https://www.ismaweb.net/2018/09/03/melayu-bumiputera-lebih-banyak-terkorban-berkorban-pertahan-negara/
SAYA tidak pernah dengar lagi,
desakan dan tuntutan Bumiputera Sabah dan Sarawak agar kerajaan mendirikan
sekolah berasaskan kaum di sana, seperti sekolah jenis kebangsaan (SJK)
Kadazan, Murut, Dayak, Iban, Melanau dan sekolah-sekolah berasaskan kaum yang
masih banyak lain di sana.
Bumiputera
Sabah dan Sarawak hanya mahukan sekolah aliran kebangsaan. Ini kerana sekolah
inilah yang menyatukan mereka selama ini. Saya mohon, agar pemimpin ultra kiasu
supaya membuat kajian kenapa perpaduan kaum Sabah dan Sarawak begitu mantap
berbanding di Semenanjung.
Puncanya
tidak lain, bahasa dan sekolah menyatukan mereka. Jika ada orang, termasuk Ahli
Parlimen Cina Sabah dan Sarawak yang tidak fasih berbahasa Melayu, semuanya
disebabkan oleh produk yang dikeluarkan oleh SJK Cina (SJKC) dan Sekolah
Persendirian Cina di sana.
Sebab
itu saya cukup tabik kepada sikap toleransi Melayu dan Bmiputera Sabah, kerana
sanggup membenarkan SJKC dan Sekolah Persendirian Cina beroperasi, didirikan
dan dibina secina-cinanya di tanah tumpah darah mereka sendiri. Sedangkan,
sekalipun Bumiputera di sana tidak pernah menuntut sekolah berasaskan kaum
mereka.
Dalam
kata lain, bahasa Bumiputera Sabah Sarawak tidak terdarjat, bahasa asing
menjadi berdarjat.
Mana
kita dapat jumpa toleransi sebegini di dunia ini kecuali di Malaysia. Terima
kasih Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya amat menghargai toleransi saudara
semua.
Justeru,
bersyukurlah. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Tidak ada negara di dunia
ini yang sanggup berkorban, membenarkan bahasa asing berkembang secara
akademik, sedang bahasa mereka sendiri seolah-olah merempat di bumi sendiri.
Sebab
itu saya mohon Bumiputera Sabah dan Sarawak supaya sentiasa berhati-hati dengan
ultra kiasu. Mereka tidak boleh diharap untuk memimpin negara. Saya tidak boleh
bayangkan jika mereka ini mendapat kuasa penuh suatu hari ini nanti.
Sempena
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah dan akan disambut nanti, sudah
sampai masanya perkara ini difikirkan demi masa depan Malaysia yang gemilang.
Ingin
saya bertanya, adakah ultra kiasu turut memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan
Sarawak ketika negeri-negeri ini dijajah sepertimana keadaan yang sama di Tanah
Melayu? Kita selalu didendangkan nama Mat Salleh, Antanum, Rentap, Sharif
Masahor, Abdul Ghapur, Penghulu Asun dan lain-lain nama Bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Adakah nama ultra kiasu turut tersenarai?
Saya
berani mengatakan bahawa peranan mereka yang berhijrah dalam memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tidaklah sebesar penduduk pribumi
atau Bumiputera. Ternyata, Melayu dan Bumiputera lebih banyak terkorban dan
berkorban daripada yang lain dalam mempertahankan pertiwi ini.
Selaku
orang Cina (Muslim) yang mengkaji sejarah China, saya cukup kagum dengan bangsa
Cina (China) ketika berinteraksi dengan alam Melayu (Tanah Melayu) sebelum
berlaku penjajahan Barat. Ketika itu, ternyata, orang Cina begitu menghormati
orang Melayu.
Begitu
juga orang Melayu begitu menghormati orang Cina. Boleh sahaja negara China
ketika itu menjajah Tanah Melayu kerana mereka mempunyai armada yang kuat.
Tetapi China tidak melakukan sedemikian atas sifat sebagai bangsa yang
bertamadun dan mahu terus mengekalkan ketamadunannya itu.
Dalam
sejarah China, negara besar ini tidak pernah menjajah negara yang menjadi destinasi
persinggahan dalam urusan perdagangan dan pendakwahan. Islam turut disebarkan
ke alam Melayu melalui China. Namun, keadaan ini mula berubah apabila pupusnya
sistem beraja, dan digantikan dengan sistem komunis 1912.
Apabila
orang Cina diresapi dengan ideologi komunis, diikuti dengan penghijrahan
besar-besaran berlaku, mereka mula berubah. Islam tidak dapat lagi berkembang
di sana. Mereka yang berhijrah turut membawa dan menyebarkan ideologi komunis.
Sifat mulia sebagai bangsa yang bertamadun mula pudar dan bermula episod ultra
kiasu ini.
Akhirnya,
bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-61 yang telah disambut dan Hari Malaysia
yang akan disambut pada 16 September, marilah kita buang semua sifat ultra
kiasu ini.
Berfikirkan
untuk membangunkan negara bukan membangunkan bangsa. Kita akan menyesalkan
suatu hari nanti jika terus membangunkan bangsa tanpa memperdulikan orang lain,
terutama Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
0 comments:
Post a Comment