Tolak
ultra kiasu di Sarawak (Sinar Harian 25.4.16)
Walaupun saya
dihalang ke Sarawak, saya tetap menyeru pengundi Sarawak menolak parti
perkauman ultra kiasu dalam PRN ke-11 negeri itu. Saya harap rakan saya, Dr
Juanda Jaya akan menang di kawasan yang ditandingi, begitu juga calon lain. Pas
dikatakan mustahil untuk mendapat anak sulung, namun dalam politik tidak ada
yang mustahil.
Semua maklum,
parti ultra kiasu hanya boleh dimenang di kawasan majoriti Cina. Sebab itu,
mereka berhempas-pulas untuk menang di kawasan majoriti bukan Cina.
Alhamdulillah, rakyat masih boleh menilai kebusukan mereka.
Tahniah!
Kepada Ketua Menteri Sarawak kerana turut menghalang pemimpin ultra kiasu untuk
berkempen di sana. Tidak mengapalah saya tidak dibenarkan ke Sarawak. Banyak
tempat lain yang boleh saya pergi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dae.
Amat malang sekali, apabila ada pemimpin membuat sesuatu keputusan tanpa
mendengar dan mengenal hati budi seseorang. Panggillah berhadapan. Tidak
mengapalah, masa ini masa dia. Mungkin akan tiba masa saya.
Ketika berada
dalam kelas memberi kuliah, saya sentiasa memberi kredit dan menjadi
pelajar-pelajar Sabah Sarawak sebagai contoh 1Malaysia. Jika mahu melihat
1Malaysia, pergilah ke Sabah Sarawak. Begitu banyak etnik, tetapi dapat hidup
aman harmoni serta saling menghormati. Bukan seperti Semenanjung, hanya ada
tiga kumpulan etnik, perang mulut tidak pernah habis.
Semua pihak
meramalkan pasukan Adenan Satem akan menang besar dalam PRN ke 11. Selaku
pengkaji politik, saya pun berpandangan sedemikian. Cuma bagaimanakah cara
untuk memastikan ultra kiasu tidak menang atau menambah kerusi. Tetapi jangan
terlalu yakin dan angkuh, kerana politik adalah sesuatu yang serba mungkin.
Menang boleh jadi kalah, kalah boleh jadi menang.
Pertama,
pengundi Sarawak mesti sedar bahawa ultra kiasu adalah parti perkauman. Sampai
bilapun akan terus perkauman, walaupun mereka mencanangkan diversiti.
Tindak-tanduk mereka tdak menampakkan sedemikian. Pengikhtirafan UEC dan
bantuan sekolah yang diberikan adalah satu kemenangan besar kepada mereka.
Tetapi biasanya, mereka tidak pernah merasai cukup, kerana itulah ultra kiasu.
Kedua, jika
Umno tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, atas sebab-sebab tertentu. Sudah sampai
masanya juga parti ultra kiasu yang boleh mengancam keharmonian penduduk di
sana diharamkan operasinya. Kadangkala saya merasa pelik, Umno tidak dibenarkan
ditubuhkan di Sarawak, parti ultra kiasu yang jelas perkauman dibenarkan. Siapa
lebih bahaya Umno atau ultra kiasu? Lebih malang lagi, ultra kiasu inilah yang
menghasut rakyat Sarawak untuk keluar daripada Malaysia, sedangkan Umno begitu
aman di Sabah.
Ketiga, apakah
kita tidak sedar hasutan ultra kiasu ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang
pernah terjadi di Singapura. Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti,
apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita
semua? Sebab itu, banyak hartanah yang telah tergadai kepada ultra kiasu di Seberang
Tambak.
Keempat, saya
harap kerajaan tidak terlalu bersangka baik terhadap ultra kiasu. Lihatkan
serangan yang dilakukan terhadap Zakir Naik sempena jelajah dakwahnya di negara
kita baru-baru ini. Jika masih ragu-ragu bacalah buku karangan pemimpin PKR
seperti Becoming Hannah a Personal
Journey dan The Long Awakening.
Saya harapkan pemimpin Islam PKR buka mata. Pastikan PKR tidak menjadi Parti
Kristian Rakyat.
Kelima, saya tidak menentang orang
bukan Islam yang baik-baik. Ramai rakan bukan Islam saya seperti itu. Tetapi
bukan Kristian Evengalis yang mempunyai perancangan busuk sama sepert Yahudi.
Pasukan Evengalis ini sedang menguasai parti ultra kiasu sekarang. Mereka mahu
menguasai negara ini. Bermula dengan Singapura, merebak ke Pulau Pinang. Tidak
mustahil negeri lain seperti Selangor dan Sarawak.
Keenam, ramai yang marah dengan
jelajah Zakir Naik, atas alasan kenapa agama lain tidak boleh dibenarkan
melakukan perkara sama. Jawapannya saya mudah. Perlembagaan tidak membenarkan,
walaupun sebagai individu Muslim saya tidak mempunyai masalah untuk agama lain
melakukan jelajah yang sama. Jangan pula ada yang bersangka baik mereka tidak
melakukan perkara yang sama. Pergilah mendengar khutbah mereka di salah satu gereja
di bandaraya, di situ kita akan ketemukan bagaimana penceramah mereka
menanamkan kebencian dan sentimen perkauman.
Ketujuh, kepada pengundi Sarawak,
yakinlah bahawa kedatangan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam
telah membuktikan kepada dunia bahawa bukan Islam boleh hidup aman damai di
bawah pemerintahan negara Islam. Inilah mungkin yang cuba dibawa dan
ditonjolkan oleh Adenan Satem dan Pas yang mula menapak di sana. Berilah
peluang kepada mereka. Tolaklah ultra kiasu kerana mereka mempunyai perancangan
busuk seperti Yahudi.
Akhir sekali,
saya sama sekali tidak terjejas sedikitpun dengan tidak dapat ke Sarawak mahu
pun ke Singapura ultra kiasu. Walaupun badan saya tidak berada di sana, tetapi
idea saya tetap mengalir dalam dunia tanpa sempadan. Harapan saya mereka yang
menang nanti dapat bertindak seperti negarawan, bukan perkauman seperti ultra
kiasu.
0 comments:
Post a Comment