Siapa syaitan sebenarnya? (Sinar Harian 18.4.16)
Islam
dalam erti kata yang luas bermakna selamat dan sejahtera. Sejarah membuktikan,
jarang sekali umat Islam mengkasari atau menzalimi bukan Islam selagi mana
mereka tidak memulakan. Jika adapun yang bertindakbalas, semata-mata untuk mempertahankan
diri daripada ancaman musuh. Itulah hakikat Islam. Penuh hikmah.
Bukan
Islam boleh hidup senang-lenang dalam sebuah negara Islam, malah kekayaan
mereka berlipat ganda berbanding pribumi, seperti di Malaysia. Begitu juga
rumah ibadat mereka. Namun, Islam tidak pernah mendapat hak yang sama apabila
berada di negara bukan Islam. Saban hari ada sahaja yang dikasari, dizalimi dan
dibunuh.
Maka
tidak hairanlah Islam agama yang begitu cepat berkembang dan mendapat sambutan
meskipun dimomokkan dengan imej negatif. Perkara ini amat dicemburui musuh
Islam.
Terbaharu,
jelajah Dr Zakir Naik, bermula di Terengganu, ditentang oleh bukan Islam,
sehingga ada kalangan pemimpin kita yang menjadi kecut dan menggelabah, dengan memberi
bermacam-macam alasan seperti beliau datang atas kapasiti sendiri, dengan kos
sendiri. Kenapa kita perlu takut? Telur letak di mana? Jawab sahaja, kami
jemput dia, sebab dia bercakap benar dan orang hebat. Kenapa berdolak-dalih?
Kenapa
menjadi begitu apologatik? Apa hak bukan Islam untuk campurtangan urusan agama
kita, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka walaupun kadangkala
mengganggu?
Pernahkah
kita bising dengan asap colok dan lautan manusia setiap kali tiba musim perayaan
mereka sehingga sesak bandaraya? Ultra kiasu melabel Zakir sebagai syaitan.
Siapa syaitan sebenarnya?
Saya
mengikuti syarahan Zakir di laman sosial. Tidak pernah sama sekali beliau
menghina agama lain. Yang ada, beliau hanya mengajak semua penganut agama menghayati
agama masing-masing, berpandukan sumber asal, tanpa ditokok tambah. Hari ini
banyak agama telah sesat. Kenapa merasa terancam?
Zakir
selalu mengulangi, beliau akan menjadi lebih Kristian daripada Kristian, jika
orang Kristian tidak menyembah Nabi Isa atau mengakui Baginda anak Tuhan, yang
tidak pernah disebut dalam Injil. Malah dalam Injil dan Hindu, begitu jelas
mengharamkan arak, babi, zina, judi dan sebagainya. Kenapa penganut agama hari
ini mengamalkan apa yang diharamkan dalam agama mereka?
Pendek
kata, program realiti Zakir, termasuk Peace TV, sarat dengan ilmu. Tidak boleh disamakan dengan program realiti
Malaysia, seperti Pencetus Ummah, Pendakwah Melinia dan sebagainya, yang lebih
kepada mencari penyanyi dan pelawak agama.
Kami
ingin mengingatkan bukan Islam negara ini; pertama, jangan campurtangan dalam
urusan agama kami. Islam adalah agama persekutuan. Keistimewaan Islam mesti
diikhtiraf oleh semua warga Malaysia. Yakinlah, kerana Islamlah, kamu berada
dalam keadaan selamat di negara ini. Ajaran Islam telah mendidik dan melembut
hati Melayu untuk menerima bukan Islam di negara ini, yang tidak pernah berlaku
dalam sejarah negara lain. Bilangan yang diterima begitu ramai. Kenapa tidak
disyukuri nikmat ini sehingga menjadi sangat ultra kiasu.
Kedua,
kami tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama bukan Islam. Pernahkah
kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan kuil-kuil mereka
serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak, kerana kita terlalu
bersangka baik. Di Negara India, kutipan atau derma kuil dipantau oleh kerajaan
dan boleh menjadi hak milik kerajaan.
Ketiga,
Zakir seorang yang diikhtiraf bukan hanya peringkat nasional tetapi antarabangsa.
Malaysia turut mengurniakan kepada beliau Tokoh Maal Hijrah 2013. Soal beliau
tidak dibenarkan masuk ke beberapa negara seperti Singapura, itu adalah perkara
biasa. Sayapun tidak dibenarkan masuk ke sana.
Keempat,
yang pelik bin ajaib di negara India, yang penduduk seratus peratus berbangsa India,
Dr Zakir tidak menghadapi apa-apa masalah. Beliau bebas berceramah dan keluar
masuk televisyen. Kenapa populasi bukan Islam yang begitu sedikit di sini begitu takut. Adakah
dengan ceramah tersebut hak mereka terabai? Tidak juga. Malah semakin terbela
dan bertambah haknya. Tengoklah apa yang berlaku di Sarawak. Saya amat bimbang
dengan perancangan licik ultra kiasu. Adakah kerana asal-usul Melayu bermula
dengan agama Hindu, maka mereka perlu dihindukan semula? Saya harap tidak ada
perancangan itu?
Kelima,
sebenarnya ada yang merasa takut agama mereka terancam. Ramai yang memeluk
agama Islam selepas berdialog dengan Zakir. Zakir hanya menceritakan perkara
benar. Asal usul agama besar di dunia ini tidak menyembah berhala. Siapa yang
berani menafikan fakta ini?
Keenam,
jika tidak bersetuju dengan Zakir, berdebatlah dengan beliau. Saya amat yakin
beliau aka menerima dengan penuh hikmah. Mengakukan sahaja, tidak ada seorang
tokoh agama di dunia ini yang boleh menghafal kitab mereka, kecuali agama
Islam. Jika ditakdirkan semua kitab agama besar dunia dimusnah atau dicampak ke
laut, saya pasti semua agama akan musnah dan hilang, kecuali Islam. Kerana walaupun
tidak al-Quran tidak berada di tangan, al-Quran akan tetap terpahat dalam minda
para ulamak dan para huffaz. Al-Quran boleh ditulis balik seperti sedia kala.
Justeru,
jangan diuji kesabaran umat Islam kerana kesabaran mereka ada had.
5 comments:
Melihat kpd golongan golongan bukan Islam dan saudara saudara seagama yg jauh dr agama, seharusnya lebih kpd perasaan kasihan dr perasaan marah. Kehadiran DZN dgn kelebihan yg dianugerahkan Tuhan pd beliau adalah satu rahmat bg yg bukan Islam utk mendgr fakta secara jelas ttg Islam dan perbandingan dgn agama agama lain, mudah mudahan menjadi pembuka jalan utk melihat kebenaran.
Bg umat Islam pula, seharusnya kita menyokong apa pun bentuk usaha dakwah, yg sebenarnya menjadi kewajipan dan tugas kita semua yg ramai dr kita abaikan.
Ungkapan beliau yg sgt menyentuh bg saya, "want to know about Islam, read the Quran, don't look at the muslim", sgt benar dlm keadaan umat Islam skrg ini.
Sorg kawan lama, full prof kat salah satu U tua skrg, jenis yg rajin puasa, rajin pegi rumah ibadat dia, bila aku tanya tanya ttg agama dia, dia boleh kata "man made". Tulah yg berlaku, agama agama yg bnyk bnyk tu sbnrnya "man made", yg lain tu pulak bnyk tokok tambah. "Man made" religion, religion of assumption. Dah tu tuduh pulak Islam pun man made, tu yg takut sgt DZN bukak tembelang diaorg tu. Moga terbukak lah hati kawan lama aku tu utk melihat kebenaran dan dpt hidayah Allah swt. Sian kat dia kot mati nanti tak sempat Islam.
1)Memanglah Quran boleh ditulis semula. Tapi yang betul2 faham dan mengerti ayat2 suci tu? Alangkan sekarang pun orang dok meghafal tapi tak faham apa yang dibaca?
2) Tentera Islam menceroboh dari Utara Afrika ke Selatan Perancis, dari Parsi ke Asia Tengah(India dan sempadan China). Itu namanya 'perang mempertahankan diri'- betul ke? Apa bezanya penyebaran Islam secara kekerasan dari wafatnya Nabi SAW sehingga ke kurun ke-17(Empayar Uthmaniyah) dengan imperialisme Sepanyol dan Portugis kurun ke-16-17?
Saya copy dari anon paling atas; 'want to know about Islam, read the Quran, don't look at the muslim.
Saya sangat setuju yg itu. Tetapi bagaimana pula bila baca Quran dan sudah difahami juga diyakini dikatakan sesat pula. Apa yang dibaca, itulah patut yg diamalkan.
Sebenarnya sy dah tahu pun dari seorang ustaz memang ada cabang ajaran sunnah yg membatalkan ayat Quran dan tokok tambah hukum jika tiada dlm Quran. Inilah yg menjadi masalah. Saya kasihan orang2 yg luar dari lingkungan Islam dan yg Islam tapi lari dari Islam, sebab mereka bg saya dah tersalah anggap tentang Islam dari Tuhan yg sebenar2nya bagaimana.
Kata2 "want to know about Islam, read the Quran....." tetapi selepas baca kena rujuk hadis sekali gus membatalkan apa yg dibaca/difahami dan juga dah baca ada tokok tambah hukum hudud yg tiada dlm Quran seperti keinginan hadis. Apa yg sy nampak hukum hudud ada di dalam kitab bible yg ulama2 sibuk kata haram bg orang bukan ulama membacanya.
Berlaku jujurlah bila mengatakan "want to know about Islam, read the Quran,........" tapi tidak mengikut ajaran Islam Quran tapi mengikuti Islam Pak Arab dengan hadis rekaan mereka yg mengaitkan nama nabi pula.
Saya petik kenyataan anda"Saya mengikuti syarahan Zakir di laman sosial. Tidak pernah sama sekali beliau menghina agama lain. Yang ada, beliau hanya mengajak semua penganut agama menghayati agama masing-masing, berpandukan sumber asal, tanpa ditokok tambah. Hari ini banyak agama telah sesat. Kenapa merasa terancam?"
Berani tak kata agama Islam pun seperti di dalam ayat di atas? Apa perasaan anda bila dikatakan agama Islam pun ditokok tambah/diubah bukan yg asli? Mesti marah kan? Begitu juga mereka yg beragama lain, marah dikatakan agama mereka bukan asli.
Kebiasaannya manusia jika dilahirkan sebagai keturunan agama Hindu pasti akan beragama Hindu. Kalau lahir dlm keluarga Kristian, Kristian lah agamanya. Sama juga Islam, lahir dalam keluarga Islam, Islam lah agamanya. Jadi, setiap manusia akan berasa agama merekalah yg paling benar.
Kalau orang Hindu lahir dan dewasa dlm agama Hindu pasti lah terasa bila dikatakan agama mereka bukan dr sumber asal. Sebelum nak mengatakan agama lain bukan bersumber yg asal, pandang dahulu, cermin dahulu agama anutan sendiri iaitu agama Islam. Bersumberkan dari yg asal ke??? Perhatikan betul2 berapa banyak tokok tambah dan pembatalan ayat Quran kononnya ikut ajaran sunnah. Kitab2 hadis yg terlampau banyak sahih ke? yg asal ke?
Post a Comment