Terror bukan terrorist (Sinar Harian 4.4.16)
Ketua
akhbar ultra kiasu membidaskan saya gara-gara tidak dibenarkan masuk ke
Singapura. Wal hal saya nukilkan dalam satu para sahaja dalam akhbar ini. Saya
boleh rahsiakan. Kenapa saya beritahu? Sedih? Menagih simpati? Jawapannya,
tidak! Sekadar mendedahkan kebobrokan ultra kiasu agar umat Islam buka mata. Ultra
kiasu sangat gembira dengan tindakan tersebut. Tidak menjadi masalah langsung
kepada saya, kerana saya ini terror, bukan terrorist.
Setiap
kali menulis atau berceramah, tidak terlintas menagih simpati mahupun menjadi
lebih Melayu dari Melayu. Cuma ingin berkata benar dan menyedarkan kita betapa
bahayanya ultra kiasu, yang kononnya mahukan diversiti, tetapi merekalah paling
perkauman. Mereka mahukan cairkan identiti negara ini yang bersumberkan kepada
sistem kenegaraan Melayu dan Islam. Apabila berjaya, mudahlah mereka untuk
menguasai. Sebab itu, bermatian mereka canangkan diversiti, agar identiti Islam
dan Melayu hilang. Saya menerima diversiti, tetapi mesti berpandukan sejarah
dan beridentiti.
Berkaitan
artikel Pulau Batu Putih, saya bertanggungjawab sepenuhnya. Pulau Batu Putih tetap kepulauan Melayu,
walaupun telah terlepas kepada ultra kiasu. Sebab itu namanya Batu Putih. Nasihat
saya, pastikan beberapa pulau lagi seperti Pulau Pisang tidak terlepas.
Pastikan kita tidak dapat pisang, orang
lain dapat pulau. Hak tetap hak. Pertahankan hingga ke titisan darah terakhir.
Jangan
buat sekali kesilapan dengan membawa kepada ICJ. Kita akan kalah. Untuk menang,
bersedialah dengan segala kekuatan yang ada (Al-Anfal: 60). Teringat kata-kata
strategik Latin, si vis pacem para belum,
jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Inilah kejayaan negara maju
yang kuat hari ini. Apabila mereka sentiasa bersedia, tidak ada negara kuat
yang lain berani memperkotak-katikkannya. Malangnya, negara-negara Islam tidak ada
atau pernah kuat, mereka asyik bergaduh melondehkan kelemahan sesama sendiri,
sehingga musuh dapat membaca.
Wahai
saudaraku, berpolitiklah selagi mana ia tidak meruntuhkan maruah agama, bangsa
dan negara. Tetapi, jika sudah nampak tanda-tanda kehancuran itu melalui perancangan
licik ultra kiasu, kembalilah bersatu berhadapan dengan musuh yang sebenar.
Jangan biarkan
negara yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu ini hancur disebabkan terlalu
mempercayai ultra kiasu dengan memusuhi Perdana Menteri. Wajarkan dengan hanya satu
(1) kesilapan atau kesalahan, menutupi 1000 kebaikan yang dibuat.
PM sudah
memberi jaminan, semua masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan sebelum
penggal berakhir. Berikanlah peluang kepada beliau. Jika beliau gagal, rakyat
ada hak untuk bertindak pada PRU14 nanti. Sudah tidak lama. Negara tidak akan
menjadi bankrap hanya kerana beberapa ‘skandal’. Tetapi negara akan hancur jika
ultra kiasu bersekongkol.
Saya amat
bimbang jika ultra kiasu ini terus menerus dibiarkan berleluasa di Pulau Pinang.
Apakah nasib Melayu di pulau Melayu ini? Pahatkan dalam memori apa yang pernah
berlaku di Singapura dan Pulau Batu Putih. Jangan berputih mata lagi. Justeru,
hamba merafak sembah, memohon dan merayu kepada Duli Tuanku Sultan Kedah,
ambillah kembali pulau bertuah ini kepangkuan Tuanku. Kasihanilah umat Islam
yang semakin tertindas di sana.
Tuanku buatlah
apa cara sekalipun bagi mendapat semula negeri ini. Hamba sedar Tuanku amat
bijaksana dalam hal ini. Benar, sejarah telah menjadi sejarah. Tetapi Duli
Tuanku mampu melakukannya. Selama ini
ultra kiasu menganggap dia insan mulia, tidak ada dosa, jauh daripada salah
silap, bersih dan berintegriti. Hari ini, sedikit demi sedikit Allah telah
tunjukkan. Apakah ini masih lagi suatu perangkap?
Sekarang bukan
lagi masa untuk menuding jari siapa yang benar, siapa salah. Tetapi membuktikan
apa yang benar, apa yang salah. Setelah terbukti, carilah jalan untuk bersatu.
Kebobrokan ultra kiasu mesti dihentikan sebelum terlambat dengan bersatu.
Kerana hanya dengan bersatu sahaja yang boleh menakut dan menundukkan mereka.
Jika kita terus bersengketa, yakinlah negara ini akan jadi purak-peranda.
Wahai Melayu!
Saudara semua sudah tidak ada banyak waktu. Ultra kiasu semakin kuat
menghimpit. Mereka mahu kerajaan buka segala ruang dan peluang untuk mereka.
Tetapi adakah mereka melaku perkara yang sama? Memberi ruang dan peluang untuk
anak bangsa.
Kajian demi
kajian telah dibuat bahawa syarikat-syarikat mereka lebih selesa mengambil
pekerja-pekerja dalam kalangan mereka sahaja. Bahasa Mandarin dijadikan syarat
untuk mengenepikan orang Melayu. Pekerja Melayu dikatakan tidak kompeten,
walaupun ada kelayakan. Jika adapun kalangan kita yang diambil bekerja, sekadar
untuk melariskan jualan dan produk.
Peliknya,
editor akhbar ultra kiasu tersebut tidak langsung memberikan ulasan betapa
perlunya diversiti itu berlaku dalam syarikat yang dibolot oleh kaum
kerabatnya. Ini belum termasuk Ahli Majlis dan JKKK PAS yang dipecat dan
digantikan dengan mereka.
Politik tetap
politik, tidak dapat lari daripada korupsi dan kroni, kecuali mereka yang ada
jiwa takutkah Allah. Mungkin tidak lama akan terbongkar satu-persatu.
Bersedialah. Setakat ini, semua memandang kepada kebobrokan dan negeri yang
diperintah BN, seolah pembangkang itu malaikat.
1 comments:
Kedah menuntut Pulau Pinang membayar untuk air yang diambil dari Sungai Muda yang berpunca dari Kedah walaupun diambil dalam sempadan Pulau Pinang. Isu Ini tidak selesai lagi, memang kerajaan ultra kiasu tak akan layan kerana mereka untung dengan cara ni. Rugilah jika mereka perlu bayar walaupun Kedah yang banyak berkorban.
Mungkin Kedah boleh mulakan dengan mengambil Seberang Prai dahulu kerana perjanjian pajakan bahagian pulau dan tanah besar adalah berasingan. Jika Kedah menuntut dan dapat Seberang Prai, kerajaan Pulau Pinang yang berpusat di bahagian pulau boleh dipaksa untuk membayar air yang disalurkan ke pulau.
Post a Comment