(Sinar Harian 12.10.15)
Pemimpin
MCA berkata saya buta politik dan mahukan saya masuk dalam parti mereka untuk
diajar lebih mendalam tentang politik dan cara hidup orang Cina. Sila semak
daftar ahli MCA.
Sebelum
MCA mahu mengajarkan saya, saya cadangkan MCA baca bahan ilmiah saya bertajuk
persepsi Cina terhadap Umno, untuk mengetahui sama ada saya memahami budaya
politik Cina atau tidak.
Saya
sebenarnya bukan mahu jadi begini, sebagaimana dipersepsikan oleh MCA dan ultra
kiasu yang lain. Saya tetap Cina sampai mati kerana itulah hakikat ciptaan
Allah. Tidak ada ertinya saya memeluk Islam jika saya anti Cina.
Saya
terpaksa jadi begini, sehingga dituduh rasis atau anti Cina, kerana ultra kiasu
terlalu mengasak Islam, sehingga ruang untuk Islam bernafas menjadi sempit. Berpolitik
boleh, tetapi jangan campurtangan dalam hal ehwal Islam, kerana kami tidak
pernah campurtangan dalam hal ehwal agama lain.
Suka
atau tidak, MCA dan ultra kiasu yang lain kena menerima hakikat bahawa warna-warni
Malaysia tidak dapat lari dari bertunjangkan kepada sistem kenegaraan Melayu
Islam (Malay polity atau Malaya canopy). Itulah sejarah dan asal-usul semua
negara yang berasaskan bangsa.
Apapun,
sebelum MCA mahu mengajar saya tentang politik Cina, mohon jawab dahulu beberapa
persoalan ringkas yang saya kemukakan.
Pertama,
soalan politik. Apakah kerusi yang dimenangi hari ini kerusi kawasan majoriti
Cina atau Melayu? Majoriti undi yang diperolehi di kawasan yang ditandingi
sebelum ini, sebelum dipinjamkan kepada Umno, terutama kerusi Kuantan, Gelang
Patah dan Wangsa Maju, undi Cina atau undi Melayu yang memberi kelebihan? Kepada
siapa MCA sepatutnya berterima kasih?
Apakah
MCA mempunyai pengaruh di kalangan orang Cina? Jika MCA kuat, kenapa semua
kerusi yang ditandingi kawasan majoriti Cina, kalah teruk? Kenapa tidak
meletakkan calon Cina Muslim bertanding kawasan majoriti Melayu? Adakah MCA
prejudis terhadap Islam?
Kedua,
soalan Pendidikan. Kenapa MCA bersekongkol dengan ultra kiasu bermati-matian
mempertahankan operasi SJKC dengan menolak penambahanbaikan oleh Kementerian
Pendidikan (KPM)? Kenapa SJKC tidak mahu ikut arahan kerajaan agar masa
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu BM) ditambah?
Ketika
KPM mencadangkan agar subjek sejarah yang baru diperkenalkan di semua Sekolah
Rendah diajar dalam BM, kenapa MCA tidak memberikan sokongan, malahan bersekongkolkan
dengan ultra kiasu agar ia diajar dalam bahasa ibunda sehingga KPM terpaksa
tunduk?
Kenapa
Sekolah Wawasan (SW) gagal mendapat perhatian orang Cina walaupun SJKC ada di
situ? Kenapa MCA tidak berkempen memperbanyakkan SW daripada SJKC? Kenapa MCA
turut bersetuju dengan tuntutan ultra kiasu agar guru Melayu yang mengajar BI
dan BM di SJKC, mesti mendapat kredit
dalam bahasa mandarin di peringkat SPM? Kenapa syarat kredit mandarin
dimestikan sehingga KPM terpaksa akur?
Kenapa
MCA hanya senyap apabila silibus dan peperiksaan BM di SJKC lebih mudah daripada
Sekolah Kebangsaan (SK)? Kenapa silibus dan peperiksaan BM tidak diseragamkan
supaya kita berlaku adil? Mana lebih utama, BM atau bahasa ibunda?
Apakah
MCA tidak tahu bahawa orang Melayu (Islam) yang menghantar anaknya ke SJKC
bertujuan untuk menguasai bahasa lain bagi tujuan dakwah, bukan terlalu obses
dengan SJKC seperti yang saya lakukan sendiri? Kenapa hujah ini selalu dijaja?
Jika
MCA mengatakan sekolah vernakular bukan punca masalah perkauman, bolehkah MCA
berikan statistik berapa ramai pelajar-pelajar yang gagal BM dalam UPSR dan
berapa ramai pula yang langsung tidak boleh bertutur dalam BM. Termasuk juga di
kalangan orang dewasa?
MCA,
Gerakan dan ultra kiasu selalu mendesak kerajaan mengiktiraf sijil peperiksaan
bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina. Bolehkah MCA jelaskan apakah bentuk
silibus dan kurikulumnya? Kenapa UEC tidak patuh kepada kehendak KPM?
Kini,
Kerajaan Sarawak telah mengiktriraf UEC. Kenapa MCA mendesak agar kerajaan
pusat mengikut langkah kerajaan Sarawak? Tidakkah MCA tahu bahwa EUC tidak
berkiblatkan silibus dan kurikulum KPM? Majlis Peperiksaan UEC bukan datang
dari KPM? Apakah kita boleh membina peperiksaan dalam peperiksaan, sama seperti
membina negara dalam negara?
Hayati apa yang dikatakan oleh Prof Dr Shad Saleem Faruqi, The Chinese and Tamil schools are actually not
protected under the constitution. The constitution only permits the right to
learn the language but doesn't give you the right to learn in the language.
There's a difference. Non-Malays conceded an electoral system with the rural
weightage, they conceded the fact that there would be Islam, Malay language,
Malay special position and that the royalty is all Malay (The Star 5 Mei 2013).
Kepada orang Melayu, fahamilah, bahawa ultra kiasu
terpaksa bertindak sebegini kerana populasi mereka semakin sedikit disebabkan mereka
tidak beranak ramai. Populasi mereka akan semakin mengecil dari tahun ke tahun.
Jika trend terus berlaku, bermakna hak mereka akan semakin sedikit. Inilah yang
menjadikan mereka terpaksa menjadi sedemikian rupa.
2 comments:
Ah Jib Gor suka sekolah vernakular .....mungkin disitu agaknya banyak lahir pakar-pakar bahasa malaysia yg memudahkan interaksi antara kaum di malaysia.
So sekarang, parti mana yang pure islam. semua bercakap soal bangsa jer. islam tu pelapik jer...
admin
bankami.blogspot.com
Post a Comment