Apa lagi MCA mahu? (Sinar Harian 19.10.15)
MCA
perlu membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan Cina, barulah boleh menuntut
ini dan itu. Jika tidak, tidak perlu tertalu bising sangat, buat kerja-kerja
asas dahulu untuk memenangi hati orang Cina. Siasat dahulu sebelum menuduh. Malu jika
pemimpin buat kenyataan semberono.
Cadangan,
buatlah kajian akademik kenapa MCA, mahupun Gerakan dan SUPP tidak mendapat
perhatian orang Cina. Isu Cina babi dan Sekolah Vernakular yang dibangkitkan,
perlu juga dilihat secara positif, kenapa Melayu memberi respon sedemikian,
tentu ada sebab.
Melayu
Islam yang saya kenali tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat jika mereka
tidak marah. Jika mereka marah, usahkan Cina babi, macam-macam lagi yang lebih
teruk dari babi yang akan keluar. Ini perkara biasa, Melayu pantang dicabar dan
rasa tercabar. Cuba fahami psiki orang Melayu sebagaimana saya fahami.
Sudah
acap kali saya sebut dalam ceramah dan tulisan bahawa saya amat tidak bersetuju dengan kata-kata
kesat stereotaip seperti Cina babi, Cina mampus, dan sebagainya.
Tidak
kurang pula yang memuji seperti Cina rajin, Cina pandai berniaga dan pujian
positif yang lain. Justeru, janganlah terlalu sensitif, sehingga terlalu
memaksa.
Apabila
PM berkata, SJKC akan terus kekal dalam sistem pendidikan, maka buatlah
penambahbaikan supaya operasi tidak terlalu kecinaan, sehingga lebih Cina
daripada Cina di negara China.
Biar
pelat sedikit dalam basa ibunda, tak apa? Asalkan bahasa Kebangsaan
dimartabatkan. Begitu juga, jika mahu UEC diiktiraf, maka ikutlah syarat-syarat
KPM. Kenapa sudah sangat mahu memenuhi permintaan KPM? Bukan mahu
mengasimilasikan orang Cina.
Pernahkah
kajian dibuat, kenapa pelajar berada dalam Universiti Awam mahupun Swasta,
masih lagi hidup dalam kotak perkauman. Pergi kekelas, duduk sesama mereka,
keluar kelas, ke kantin sesama mereka. Boleh dikatakan, kita akan nampak dengan
jelas tompok, putih, hitam, antara keduanya, di dalam dan di luar kelas.
Bila Presiden MCA berucap
"negara kita sedang diancam", sebenarnya dituju kepada siapa? Siapa
mengancam siapa? Ancaman kepada keselamatan nasional adalah apabila agenda
negara tidak dihayati. Misalnya, soal bahasa, semangat patriotisme dan
sebagainya.
Terlalu obses dengan
jawatan dan mahukan itu dan ini juga membahayakan sebab mencabar kesabaran
Melayu. Mana tidaknya, kekuatan tidak seberapa, masih tidak sedar diri. Orang
Melayu diminta berkorban, sedangkan diri sendiri tidak menampakkan pengorbanan
tersebut.
Ikutlah tindak-tanduk Parti
Progresif Penduduk (PPP), bersedia mlepaskan kerusi yang ditandinginya kepada
Gerakan jika itu yang diminta. PPP bukan sebuah parti yang mementingkan kerusi.
Sebaliknya mementingkan perpaduan dalam BN dan semangat kerjasama untuk memastikan
kemenangan BN.
Pada PRU-13, PPP gagal
memenangi semua kerusi yang diambil dari Gerakan. Apakah Gerakan boleh
memenangi kerusi tersebut jika diberi semula? Jangan haraplah. Gerakan jangan
takbur. Seperti syor saya minggu lalu kepada MCA, Gerakan juga tidak layak untuk
menduduki kerusi kabinet berasaskan kepada prestasinya. Namun, diberi juga atas
nama setiakawan.
Berbalik kepada MCA,
cadangan agar kerajaan mewujudkan Majlis Rekonsilasi Tadbir Urus Politik, Hal
Ehwal Agama dan Perpaduan bagi menyelesaikan isu ketegangan kaum, perbezaan
fahaman agama dan sosioekonomi masyarakat, tidak perlu kerana kita sudah ada Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Perkukuhkan JPNIN. Ketuanya
juga adalah orang Cina.
MCA juga mendesak mahu menubuhkan
sebuah Bank Koperasi Kojadi bagi memperkasakan pembangunan ekonomi dan
transformasi secara berkesan. Mungkin MCA mahu mencontohi kejayaan Bank Rakyat.
Tak puas lagi dengan apa yang ada? Apa lagi MCA mahu?
Bayangkan selepas ini
semua parti BN mahu menubuhkan bank koperasi, apakah kerajaan juga akan tunduk?
Cadangan saya, jutawan-jutawan MCA yang telah dikayakan oleh kerajaan,
tampillah membantu orang Cina. Jangan hanya kayakan keluarga sendiri sahaja.
Bayangkan daripada 40 terkaya di Malaysia, hampir 30 adalah orang Cina yang
dikayakan oleh kerajaan, masih tidak mampukah untuk bantu orang Cina yang lain sehingga
terpaksa tubuh bank?
Zaman globalisasi hari
ini kerajaan sibuk untuk mengecilkan bilangan bank, MCA pulak mahu menambah
bank kerana gatal punggung melihat kejayaan bank rakyat. Kenapa begitu ultra
kiasu.
MCA janganlah terlalu
fokus kepada ekonomi sangat kerana kedudukan orang Cina secara puratanya sudah
teguh. Jika mahu fokuspun, tumpukan kepada Cina yang masih gelandangan atau
mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Tidak perlu menyenangkan lagi yang
sudah kenyang.
Fokus utama kini adalah
fikirkan bagaimana mahu merapatkan hubungan kaum Cina-Melayu terutama melalui
pendidikan. Bantulah kerajaan untuk memberikan kefahaman kepada NGO ultra kiasu,
terutama penambahbaikan SJKC supaya
operasinya tidak terlalu kecinaan seperti saya syorkan minggu lalu.
Jika asimilasi itu
sudah ditolak sepenuhnya, integrasi dan akomodasi yang menjadi keutamaan,
lakukan yang terbaik untuk menjunjung agenda negara, bukan mewujudkan negara
dalam negara.
Jika perkara ini tidak
diperbaiki, tidak mustahil akan muncul banyak lagi perhimpunan baju merah
melawan kuning. Perkataan yang lebih kesat akan keluar. Ketika itu tidak guna
lagi beremosi.
2 comments:
Alham'dulillah kalau orang china faham akan semua kata2 Prop aman lah Malaysia.
Setuju sgt dgn prof
Post a Comment