Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, January 06, 2014

Perlukah sambut Tahun Baharu?

7:22 AM Posted by RIDHUAN TEE 10 comments
Perlukah sambut Tahun Baharu? 
(Sinar Harian 6 Jan 2014)

Ketika ekonomi negara berada dalam keadaan gawat, dengan kenaikan harga barang, sambutan tahun baharu dilakukan di sana sini. Persoalannya, perlukah disambut Tahun Baharu Masehi setiap tahun, sedangkan setiap bangsa (agama) mempunyai tahun baharunya sendiri?

Kalau tidak disambut, apakah negara kita tidak akan maju? Jika dikumpulkan semua perbelanjaan dan persiapan sambutan yang telah dibuat selama ini, sudah tentu berbilion telah dikorbankan. Apa faedah yang diperolehi?

Peliknya, yang menaja sambutan Tahun Baharu adalah kalangan korporat-korporat Islam. Tahun Baharu Hijrah tidak pula ditaja. Bayangkan wang tajaan itu digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan, betapa besarnya pahala yang diperolehi.

Mungkin ada berpandangan, ini salah satu produk pelancongan. Pada saya tidak, kerana ia adalah sambutan bercorak stereotype setiap tahun oleh kebanyakan negara di dunia yakni, dengan countdown, percikan bunga api, diikuti dengan konsert dan persembahan hiburan yang mengarut.

Kenapa kita perlu terikut-ikut dengan rentak barat? Inilah bahayanya jika pemikiran kita tidak diasaskan dengan agama.

Kita, rakyat Malaysia ada identiti sendiri, umat Islam dengan Tahun Baharu Hijrah atau Maal Hijrah yang telah disambut pada 5 November 2013. Bukankah memudahkan perkiraan zakat? Begitu juga dengan orang Cina dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 31 Januari 2014. Tidak ketinggalan orang India dan yang lain.

Saya tidak kata, kita tidak boleh langsung menyambut tahun baharu. Sambutlah… Tetapi muliakan jati diri atau identiti sendiri dahulu berbanding orang lain. Apatah lagi, agama Islam termaktub dalam perlembagaan, yang mana keutamaan perlu diberikan.

Permasalahannya, Tahun Baharu Masehi disambut bermula jam 12.00 tengah malam. Waktu yang sudah sangat lewat untuk anak-anak kita berada di luar rumah. Macam-macam perkara boleh berlaku. Apatah lagi ibu bapa sudah tidak kisah, sama ada anaknya balik rumah atau tidak. Tidak bolehkah kita kembali seperti zaman dahulu? Anak-anak sudah berkumpul di rumah menjelang senja (maghrib). Kenapa senja atau maghrib menjadi petanda?

Jawapannya, kerana mengikut perkiraan bulan Islam, waktu tersebut akan penanda berakhir satu hari dan bermulanya satu hari yang baharu. Jika begitu keadaan, kenapa jam 12.00 tengah malam yang ditunggu? Kita meraikan budaya siapa? Kembalikan waktu maghrib itu, seperti mana kita menyambut Maal Hijrah. Orang Cina pun berkongsi perkara yang sama sebab itulah sambutan Tahun Baharu bermula dengan makan besar atau reunion dinner pada waktu senja.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak membawa kepada pembinaan jiwa manusia. Hiburan yang disajikan terlalu lara atau merosakkan. Ia langsung tidak mencerminkan semangat patriotik, untuk melahirkan insan sayangkan agama, bangsa dan negara. Jika mahu disambut juga, sambut dengan mengikut syariat seperti yang disyorkan oleh para alim ulamak dan cendekiawan Islam.

Apabila saya memeluk Islam, kita diajar untuk mengira peredaran hari mengikut perkiraan bulan Islam atau kalendar lunar. Islam agak terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, boleh diterima sebagai adat jika tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Pada saya, tidak menjadi ‘masalah’ untuk kita menyambut tahun baru Masehi walaupun kalendar ia bukan  kalendar Islam, tetapi kalendar Gregorian  ciptaan Pope Gregory.

Namun, sambutannya biarlah  berpada-pada. Jangan sampai menenggelamkan sambutan perayaan ibadah seperti hari raya dan sebagainya. Jika disambut untuk meraikan masyarakat berbilang kaum, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan.

Tiada unsur percampuran atau pergaulan bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram yang biasanya boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan.

Kandungan keseluruhan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan Islam dan norma-norma agama lain. Saya paparkan kata-kata nukilan  seorang sahabat, yang juga saya lontarkan selama ini.

Sebenarnya kita lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram. Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
Lebih membesarkan hari Ahad daripada hari Jumaat. Lebih khusyuk mendengar lagu daripada azan dan alunan ayat al-Quran.

Lebih suka lepak, tidur, menonton televisyen daripada sembahyang.

Lebih tahu nama artis-artis daripada nama para Nabi dan sahabat.
 
Lebih suka menyebut hello, hai, selamat pagi/petang/malam daripada Assalamua’laikum. Lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih. 
 
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri. Lebih suka membaca majalah daripada buku agama dan al-Quran.

Lebih suka pergi ke konsert merapu daripada ceramah agama. Lebih suka memaki, mencarut, mengumpat orang daripada mendoakan atau menasihati mereka. Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita. Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Lebih suka menuju ke neraka daripada syurga.

Sampai bilakah negara tercinta ini akan diberkati dan dirahmati Tuhan Yang Esa jika kita terus mengikut cara hidup barat yang merosakkan? Fikir-fikirkan wahai pemimpin tercinta.

10 comments:

Anonymous said...

Sudah jadi lumrah di Malaysia setiap tahun, lebih kurang 9 bulan lepas 1 januari akan lahir anak tak sah taraf. Lebih malang, disusuli dengan kes pembuangan bayi. Yang banyak pula dari kalangan orang Islam. Yang bukan Islam ada juga bukan tak ramai tapi pandai 'simpan'. Bukanlah lebih baik dicantas dari puncanya; sambutan yang bercampur lelaki perempuan. Bila jabatan agama serbu di hotel, pandai pula puak hak asasi melenting. Sebab tu sekarang ni ada pihak yang tidak mahu jabatan agama berkuasa membuat apa- apa serbuandalam semua hal.

Anonymous said...

kenaikan TNB, tol, dll dah diumumkan. Tak paham kenapa perlu adakan sambutan. Kerajaan (pak dan mak menteri)...????. Orang Melayu yang tak berapa kaya kenapa ikut sama?.

Anonymous said...

Orang Arab lagi hebat sambut Tahun Baru.

Tak tengok TV ke?

Tak ikut cara Arab ke?

rawang said...

Pengedaran masa pasti akan merubah kehidupan manusia didunia ini. Perubahan dalam apa jua bentuk dan keadaanya memang tidak dapat dielakkan,termasuklah kita di Malaysia.

Perubahan-perubahan ini sememangnya telah memberi impak yang cukup besar dan kini secara agresif mulai mengancam umat Islam dinegara ini.Tidak seperti dulu dimana ancaman tehadap akidah dan kesatuan umat islam di Malaysia berlaku secara tidak langsung.

Apa pun segalanya kini telah membuahkan hasil apabila terdapat generasi baru melayu yang tentu Islam agamanya mulai berfikir agama yang mereka anuti dengan fikiran berpandukan lojik akal semata-mata.

Kerana itulah tindak-tanduk mereka ini sangat pelik dan mengelirukan. Bahayanya, golongan yang juga mengaku islam ini boleh mempengaruhi orang melayu yang rapuh imannya.

Aku rasa Pihak berkuasa Agama perlu tegas dan tetap pendirian mereka untuk terus bertindak mengawalnya.

Undang-undang dan peraturan Islam dinegara ini sangat istimewa kerana dilindungi oleh Perlembagaan Negara dan Raja-raja Melayu.Aku rasa di Malaysia sahaja yang mempunyai peruntukkan sedemikian.

Tapi malangnya apa yang berlaku kini seolah-olah semua peruntukkan dan peraturan mengenai Islam langsung tidak dipedulikan malah terdapat sebilangan dari golongan yang disebut tadi cuba pula untuk menjadi juara dengan publisiti murahan mereka.

Islam itu mudah dan sangat indah.Kesempurnaan dan kesejahteaan kehidupan manusia boleh dikecapi dan dirasi jika Islam itu dihayati dan diamalkan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullulah SAW.

Anonymous said...

tak perlu la nak ikut arab ke barat ke ape ke.. ikut la landasan yang sepatotnya.. cara Islam sebenarnya.. disaat negara dengan ekonomi tidak stabil.. rakyat yang ramai bersungut.. kenapa perlu membazir? siapa membazir sebenarnya.. senyum je la..

DNJ Consultant Sdn Bhd said...

Orang Islam lebih teruja menyambut Tahun baru dari menyambut tahun baru Maal Hijrah. please visit my blog http://dnjconsultant.blogspot.com/

Anonymous said...

10:39 PM, January 06, 2014,

Ko apahal pulak dok tengok TV Arab? Tak tengok TV Malaysia ke? Ko berkiblat ke mana?

Komen le apasal orang Malaysia nak sibukkan tahun baru Kristian.

Komen aku: sebab terpengaruh oleh gaya hidup orang orang barat. Termasuk ramai orang Melayu Islam.

Apa kita boleh buat: kita selalu hentam fasal ini disana sini. Propagandakan fasal tahun baru Islam.

Anonymous said...

Tak semestinya kita kena ikut cara orang Arab. Bukan semua yang orang Arab buat tu betul. Sekarang dah ramai Arab yang liberal. Bukan semua orang Arab tu mengikut batas Islam. Lagi satu perkara, kalau pun orang Arab nak sambut apa sekalipun, lantak merekalah sebab kebanyakan negara-negara Arab ni negara kaya. Kebanyakannya pengeluar minyak yang besar dan tersohor.

Kita diberi akal oleh Allah Taala, fikirlah cara mana yang terbaik untuk kita membelanjakan wang kepada masyarakat dan negara. Kata orang putih, "prioritize the necessary first", maksudnya utamakan yang perlu dahulu.

Pada fikiran saya sambutan tahun baru ala-ala barat dengan nyanyian, tarian, hiruk-pikuk, bersesak-sesak sampai tengah malam buta tu tidak perlu. Lagi satu hal cuba fikirkan sejenak apa faedah yang diperolehi dari sambutan tahun baru tu? Tak ada apa cuma hiburan dan keseronokan saja dan secara tak langsung menambahkan lagi maksiat.

Pada hemat saya lebih baik wang yang dihabiskan untuk sambutan itu disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim, badan-badan kebajikan, rumah orang-orang tua, manambah bantuan keluarga miskin, membantu pesakit miskin yang tidak mampu menanggung kos rawatan atau pembedahan, menolong mereka yang memerlukan dan sebagainya. Memanglah bantuan-bantuan sedemikian ada diberi tapi apa salahnya ditambahkan lagi jumlahnya dari membazirkan wang tersebut pada perkara yang tak perlu. Itu adalah lebih berfaedah, lebih bermakna dan lebih afdhal.

Dengan kenaikan kos hidup sekarang tentu sekali dengan secara tidak langsung golongan miskin, tidak mampu dan susah akan bertambah tersepit dan tertekan. Jumlah peratus merka yang tergolong dalam kategori tersebut juga akan bertambah.

Kenaikan kos kehidupan ini tidak sepatutnya ditanggung oleh masyarakat bawahan, pertengahan dan miskin kerana ini akan menekan kehidupan mereka. Sebaliknya ia sepatutnya dikenakan dan ditanggung oleh golongan kaya, golongan koperat, golongan atasan, golongan mewah dan yang sama dengannya, tapi bukan "disamaratakan" ke atas semua pihak termasuk rakyat bawahan, pertengahan, fakir dan miskin.

Sebaiknya dicari alternatif yang lebih bijak selain menaikkan kos kehidupan. Menaikkan kos kehidupan bukanlah cara yang boleh memberi jalan penyelesaian yang baik.

Jadi dengan demikian adalah lebih baik kalau wang majlis-majlis sambutan yang tidak perlu itu disalurkan ke arah yang sepatutnya dan yang lebih memerlukan. Dengan ini pasti semua pihak akan berpuashati dan tak merasa ralat membayar cukai dan faedah.

Anonymous said...

Kos sara hidup atau perberlanjaan harian dinaikkan oleh pihak atasan sebab mereka tidak berasa tertekan dengan kenaikan tu kerana mereka ada kuasa dan wang.

Mereka juga tidak melalui apa yang dilalui dan ditanggung oleh kami orang di bawah yang bergaji kecil. Kalau dibanding penanggungan kami orang biasa dengan mereka orang atasan/kaya memang besar bezanya macam langit dengan bumi.

Keadaan sudah berubah sekarang, dulu lain sekarang lain, begitu juga dengan saya dan keluarga terpaksa juga menukar arah dalam PRU yang akan datang. Sokongan padu yang diberi di PRU yang lepas nampaknya umpama memakan diri sendiri.

KLSE imoney said...

sohai tee o0o