Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, January 20, 2014

Isu Kalimah ALLAH: Adakah kita lemah?

1:43 PM Posted by RIDHUAN TEE 27 comments


(Sinar Harian 20 Jan 2013)

Saya cuba bersangka baik terhadap segelintir bukan Islam (Kristian, termasuk Sikh) yang mahu menggunakan kalimah Allah, namun hati kecil saya menolak. Ini berasaskan kepada pengalaman pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu. Ada segelintir daripada mereka tidak pernah ikhlas. Mereka mahu memesongkan umat Islam di negara kita sebagaimana kejayaan mereka di Indonesia.

Justeru, suka atau tidak, umat Islam mesti mempertahankan kalimah Allah yang maha suci ini. Saya tidak menolak dari segi teologi, kata-kata beberapa pemimpin PAS dan lain-lain penceramah yang mengatakan, kita perlu berbangga orang lain mahu menggunakan kalimah ALLAH. Adakah iman kita begitu lemah sehinggakan penggunaan tersebut akan memurtadkan kita? Kita berasa malu jika begitulah keadaannya? Inilah kata-kata mereka dan beberapa yang lain.

Lagipun pula, sepanjangan kajian saya, pengasas agama Sikh, Guru Nanak, bermajikan orang Islam. Justeru, tidak mustahil jika ada sedikit persamaan agama Sikh dengan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh Sikh. Saya faham itu semua.

Cuma, saya mohon mereka yang berkata sedemikian, dapat menyelami hakikat perancangan busuk segelintir pemimpin bukan Islam ini. Berdampinglah dan dapatkan pandangan daripada NGO-NGO berpengaruh di negara ini seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), ABIM, ACCIN, ISMA dan sebagainya. NGO-NGO ini sudah masak dan sangat faham dengan perancangan licik mereka untuk menghancurkan Islam.

Mereka sedang menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan ketika umat Islam berada dalam keadaan lemah. Dahulu, mereka langsung tidak berani. Kenapa hari ini mereka begitu bersemangat? Jawapannya mudah, kerana adanya sikitol dan mandaliar kalangan umat Islam sendiri yang bersekongkol dengan mereka. Hatta, sehingga begitu berani mencabar kewibawaan Sultan.

Sultan Selangor sudah beberapa kali bertitah bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam di negeri jajahannya. Kenapa masih tidak faham? Kenapa masih mahu berebut Allah? Orang Kristian tidak ada rugi satu sen pun jika tidak menggunakan kalimah yang tidak pernah digunakan selama ini, kecuali di Sabah dan Sarawak? Kenapa sekarang begitu beriya-iya?

Selama inilah juga komunikasi sesama mereka tidak pernah menggunakan bahasa Melayu sebagai medium. Cina bertemu Cina akan bercakap menggunakan bahasa Cina. Begitu juga dengan India. Kenapa hari ini tiba-tiba mereka begitu sibuk mahu menggunakan bible dalam bahasa Melayu? Pergikah ke rumah mereka buat kajian berapa banyak buku, akhbar atau channel bahasa Melayu yang dibaca dan ditonton. Boleh dikatakan langsung tiada. Kenapa hari ini mereka mahu menyimpan naskah bible bahasa Melayu?

Jawapan saya mudah, mereka mahu mengKristiankan orang Melayu, terutama Melayu yang tidak ada pendirian dan goyah akidahnya. Pengalaman di Indonesia sudah membuktikan. Mereka mahu mengulangi kejayaan ini.

Mereka mencabar kita supaya mengemukakan bukti. Berapa banyak lagi bukti yang dimahukan? Adakah kita sudah lupa percubaan guru tuisyen mengkristiankan pelajar Muslim yang mendapat tuisyen di rumahnya? Begitu juga dengan peristiwa Aishah Bukhari dan Azlina Jelani atau Lina Joey. Jika mereka ikhlas, pulang manusia ini ke pangkuan keluarganya. Ke manakah disoroknya? Jika pun mereka secara sukarela memeluk Kristian, apapun ia tetap bertentangan dengan undang-undang.

Jika benarlah dakwaan mereka bahawa Allah itu milik mereka, sekurang-kurang fikirkanlah soal sensitiviti umat Islam negara ini. Kalimah Allah adalah sesuatu yang amat sensitif kepada majoriti Melayu Islam meskipun mereka tidak atau kurang beramal dengan Islam.

Hargailah toleransi orang Melayu selama ini. Misalnya, isu rumah ibadat agama-agama lain. Kenapa kerajaan membenarkan gereja tersebut di Asia dibina di Bukit Jalil? Begitu juga dengan rumah ibadat bukan yang begitu banyak berbanding surau masjid berpuluh kali ganda.

Kadangkala tidak masuk akal dalam lingkungan satu kilometer, terdapat 8 buah rumah rumah ibarat. Lebih dahsyat lagi, jalan yang lulus terpaksa dibengkokkan menjadi bahaya, semata-mata kerana toleransi memberi laluan kepada tertegaknya rumah ibadat. Sedangkan tidak jauh dari situ sudah ada rumah ibadat mereka.

Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya jika bukan mahu mengubah identiti negara ini menjadi negara bukan Islam? Pendek kata, memang terdapat percubaan untuk mengubah identiti negara ini? Jika itu berjaya maka, tidak ada lagi beza antara Malaysia dengan negara-negara bukan Islam yang lain.

Sebenarnya, hari ini, negara kita semakin cair nilai-nilai keIslamannya. Identiti jawi boleh dikatakan hampir tiada kecuali di negeri seperti Kelantan dan Terenganu yang masih bertahan. Ada sebuah sekolah menengah missionari Kristian yang diserahkan kepada kerajaan di Bukit Mertajam yang mana pihak sekolah telah menulis jawi ke atas nama sekolah tersebut. Bekas pengelola Kristian telah menulis surat kepada pengetua sekolah tersebut, supaya membuang tulisan jawi tersebut. Begitulah liciknya mereka.

Sudahlah masjid dan surau sebagai lambang syiar Islam tidak banyak, identiti jawi semakin pupus, bandar-bandar hidup 24 jam mengalahkan bandaraya bukan Islam, jika kalimah Allahpun tidak dapat dipertahankan, apakah lagi identiti yang tinggal kepada umat Islam di negara ini?






27 comments:

Anonymous said...

Assalamualiakum Dr,

Saya terkenang pada satu gerakan dakwah yg sudah di haramkan oleh pihak berkuasa.Sepanjang saya mengenali pergerakan tersebut walaupun saya tidak menjadi ahlinya,mereka cukup kuat berusaha menentang gerakan Kristian, malahan mereka juga menentang fahaman Syiah walau pun ketika itu Revolusi Iran dan Ayatulloh Khomaini menjadi pujaan.Nampaknya mereka lebih kehadapan dalam soal ini berbanding mana-mana pihak pun.

Anonymous said...

aku kadang2 pelik jugek sekarang ni tau,malaysia ni negara islam ke negara hindu?pasal sekarang ni banyak sangatla kuil bersepah2 di sana sini,malaysia ni dah x sesuai lagi dah di panggil negara islam kalau terus mcm ni dahhh....pasal isu kalimah alllah ni memang ada agenda kapir harbi ni sebenarnya tu,bermatian matian nak rebot.....ape tindakan selanjutnye pada mereka jenis specis kepala batu ni sedangkan mahkamah dan tetapkan keputusan allah milki orang islam total????memang kurang ajar kapir2 kat malaysia sekarang ni dalam keadaan melayu tgh lemah ni....

Unknown said...

Wajib bertegas dlm hal ini. Klu nak fisabilillah terhadap kaum kafir ni panggil saya! Dah terbukti b'mana penganut islam teramai di indonesia dirosakkan akidahnya melalui kebebasan nama Allah oleh org kafir!Rakyat muda mudi kita byk yg cetek agama bertambahlah rosaknya nanti, Pemimpin agama Pas bolehlah kata ini boleh diterima sbg salah satu dakwah! Apa yg dia nampak muda mudi dtg ceramah agamanya kira dah ok tapi tak pulak pi cari & dakwah muda mudi kita yg jahil atau jauh dr agamanya sdgkan org2 kristian mendapatkan mereka2 ini! Saya mewakili umat nabi s.a.w bukan agamawan sgt sayu dan hiba melihat perkembangan mcm ni dicampuradukkan dgn politik semata2!

Chicken Vindaloo said...

I can certainly relate to this. During my school days, there were attempts to convert Muslims to Christians at my school. I was even given flyers that promoted Christianity despite the fact that I am a Muslim. When I was a teenager, I reached a point where I was confused regarding my faith, and I even became disillusioned about Islam.

I wasn't brought up with a strong foundation in Islam - even though I went for Islamic classes after my sessions at Sekolah Rendah Kebangsaan, I didn't have much of an Islamic culture at home. As a child, I learned about prayer, reading the Quran etc, but at home, I had a father who drinks, who is a womanizer - you get the idea. In addition, I also had Muslim friends whose behaviour and attitude were worse than my Christian friends, so I felt that Islam was no longer a beautiful religion.

However, I am glad that Allah S.W.T had given me the light. I read the translation of the Quran and other Islamic books such as Mauizatul Mukminin (the simplified version of Imam Al-Ghazali's Ihya Ulumiddin which is meant to be read by ordinary folks like me) and I could see just how beautiful Islam is, provided that Muslims practise its teachings. I also exposed myself to other religions by learning on Christianity, Judaism, Buddhism, Hinduism etc. and from there I made comparisons.

The problem wasn't with Islam, the problem was whether Muslims follow the teachings of Islam. Indeed, towards the end of the world, we can see all kinds of Muslims in this world - the practising ones, the ones who only believe in the Quran but rejects Hadith, the ones who put feminism above Islam, the ones who claim that they fight for Islam but in truth, they only care about their personal interests, etc.

It is really up to us Muslims to search for the truth and pray that Allah S.W.T grants us the strength and perseverance to remain steadfast in this course. Dr. Ridhuan Tee can count me in to protect kalimah Allah.

Muslim said...

Isu Kalimah, sikap golongan kafir mmg sudah diduga, kerana antara sifat dan ciri dr kufur itu adalah angkuh, menolak tidak menerima Kebenaran. Lebih dikesali adalah sikap sesetgh yg dianggap ilmuan Islam bersikap memihak kpd golongan kafir, menyokong dan merelakan Allah swt disyirikkan, yg merosakkan aqidah sendiri juga pengikut yg kurang berpengetahuan. Ketaksuban politik ini mmg menyesatkan, bila ditegur dan dinasihat dituduhnya bermotif politik. Mogalah yg tekun bersolat dibuka pintu hatinya.

Anonymous said...

Informɑtive article, exactly what I was looκing for.



Аlso visit my web site :: spilleautomat

Anonymous said...

malangnya di surau kawasan perumahan saya hampir tiap malam pada kuliah maghrib akan dipanggil ustaz yang terang2 bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir. Dan tiap kali diceritakan berkenaan hal tersebut akan disambut dengan gelak ketawa konon pelekeh pihak yang mempertahankan kalimah Allah itu dari diselewengkan...Rasa sedih bila perkara serius seperti ini dibuat persenda begitu...katanya pihak sana takut sbb iman memang depa tak kuat...Moga Allah lindungi kita semua dari trus binasa dan sesat dalam terang...Amin Ya Allah..

KKTan said...

Adakah engkau bodoh atau tak baca surat khabar? Masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak dan segelintir di semenanjung sudah mengunakan kitab bible bahasa Melayu sejak sebelum Merdeka lagi. Kenapa tak tanya kenapa sampai sekarang baru nak pertikaikan hak mereka mengunakan 'Allah'.
Kalau dah bodoh jangan bergelar Profesor. Pakai gelaran 'kangkung'. Kangkung Ridhuan kan lebih padan dengan tahap ilmu engkau?

RIDHUAN TEE said...

KK Tan, siapa yang bodoh sebenarnya, baca para 6 artikel ini. Pandangan saya tentang Sabah Sarawak. Nampak sangat kamu ni busuk hati

Amar Singh said...

Dear Prof,

I was on my way back from work today when I spotted a woman working her way through a pile of garbage. This was just outside an institute of higher education and it looked like they had just had a big feast because the rubbish was piled high and lots of it was food cartons like a pizza packing.

My wife and I are always on the lookout for the poor that we can support, so I stopped to watch for a moment. She was working hard in the hot evening sun. I will paraphrase George Monboit to describe the poor in our country and this wonderful woman, “If wealth was the inevitable result of hard work and enterprise, this poor woman would be a millionaire”.

Meanwhile all these Malaysians, like you and me, were leaving the building in their fancy and average cars, all pretending they had not seen her or that she was not their problem and that she was not one of us fellow Malaysians.

When we behave like our failed, corrupt and greedy elected leaders, we then deserve to have them lead us. She was very visible by the road side and situated at the exit to this institute of higher education.

I got down to give her some money, a lot from her perspective, peanuts from mine. She was surprised that I cared. A reaction that my wife and I have yet to come to terms with all these years.

She was possibly a 30- to 35-year-old Malay woman, me an older Punjabi man. She poorly dressed, rummaging in garbage, me in my SUV and office “baju”.

But we were both colour blind and fellow Malaysians. I squatted down in the garbage to give her some money and the second, but inevitable reaction came.

One that never fails to break my heart, she broke out into a huge smile and said a heartfelt thanks. My small gift was appreciated like a treasure.

She may be rummaging in the garbage but she has the heart and smile of a princess.

She may be poor in wealth but is rich in spirit.

She may think she is a recipient but she has given me an enormous gift, her gratitude.

Once again my heart is broken. I lament for my Malaysia, I weep for myself. How poor we are.

“Some of our leaders are so poor all they have is money.”

Malaysia is a failed nation, a regressive society. As a young person I had dreamed that one day, as we developed, we would end poverty, and discrimination and foster true respect.

Today, many years later, I know that much of our leadership’s actions have been to fill their pockets and those of their families.

As Nelson Mandela once said, “Overcoming poverty is not a task of charity, it is an act of justice. Like slavery and apartheid, poverty is not natural. It is man-made and it can be overcome and eradicated by the actions of human beings”.

This woman is a princess, more so than many who claim to be one. She is worth more than some of our leaders. She works hard at an honest living and is a true Malaysian. Would that all of us were as rich as her in heart. – January 20, 2014.

khairi said...

Assalamualaikum Dr, dan semua komentar-komentar yang ada disini...saya tak pastilah samada Isu ini untuk orang Islam atau bukan orang Islam...Tapi yang pasti kalimah ini adalah kalimah tauhid orang Islam... jadi untuk membincangkan hal ini , sepatutnya biarlah yang berhak serta arif tentang isu ini membicarakan...kite sebagai rakyat yang kurang arif dalam bab ini sepatutnya dengar, melihat serta menilai hujah-hujah yang dikemukakan oleh ahli-ahli agama ini..jangan ikut emosi dan bersentemen politik...ini tidak adil dalam berdebat sesuatu isu, lebih-lebih lagi isu yang besar ini.. kita sepatutnya bangga kerana orang Islam bukan melayu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan Kalimah ini..bukan mencaci, dan menghina, itu bukan budaya sebagai orang Islam...saya tak sanggup membaca statement-statement yang menghina doktor redhuan tee, sebab banyak sumbangan beliau dalam arena politik tidak kira mane-mane parti pun.....kita ni sedarlah sikit apabila ingin berbicara, kenali dahulu tahap ilmu kita, sekiranya ada hujah yang baik, ajak beliau berdebat...sebab isu ini bukan Dr sahaja yang mempertahankan malah,Tuan GURU Haron Din pun mempertahankan isu ini...jadi mengapa perlu penghinaan dan cacian, kritik boleh tapi jangan menghina....

Anonymous said...

saya sokong dakwah dr

KKTan said...

Lol... Ridhuan, Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak. Di semenanjung Malaysia juga segelintir umat Kristian dah guna istillah 'Allah' dalam kitab mereka. Yang busuk hati ialah engkau yang tak habis habis menulis artikel yang berunsur rasist. Thank god you are no longer considered a Chinese.

Anonymous said...

Gong xi Gong xi Dr. Tee..

Ingat nanti bila balik rumah orang tua jangan buat muka sial terhadap ibu, abang, adik adik serta saudara mara....jangan lah kamu hina agama orang lain...jangan kamu cuba nak ajak ibu dan abang n anak saudara sekalian masuk islam...jangan pulak jadi kambing hitam ke, fire starter ke, arrogant ke....
Happy CNY....

Anonymous said...

KKTan 3:00 PM, January 21,

Kau sorang saja Cina yang mengkomen kat sini. Tak mengapa, kalau komen kau tak sangat bodoh. Nak mengata Professor Ridhuan pulak. Kau apa? Ada kelulusan ke? Atau lulus sekolah Cina saja?

Jangan cakap fasal sabelom Merdeka le, wei. Sabelom Merdeka, nenek moyang kau belom rakyat pun. Stateless in this country for 150 years even under the British colonial rule.

Apa yang tak betul sejak sabelom Merdeka tak semestinya di diamkan. Masa itu belom ada Perlembagaan negara yang mengatakan Islam ada lah agama negara ini. Sekarang dah ada, dan dah dibuatkan berbagai undang undang berikutan dengannya, kau jangan bodoh lagi nak cakap itu ini yang tak senonoh.

Kau sekor yang asyik keluar di sini menggunakan perkataan Profesor kangkung. Cakap macam kominis, tabi'at macam gengster, biadap dan kurang ajar. Tak hormatkan Perlembagaan, kau sepatutnya berambus dan berhijrah dari negara ini. Takda duit nak berhijrah ke? Pergi ke Canada le, di sana penghijrah di benarkan berkerja.

Anonymous said...

KKTan,

Kau keluar lagi di 1:05 PM, January 22,

Cakap dengan sombong, panggil orang dengan nama, tak sebut pangkat Professor atau Dr, saperti orang lain buat. Biadap dan kurang ajar macam selalu kau buat. Ini lah jenis Cina Bukit yang di tulis dek Professor Professor Sejarah di sana sini.

Kau ulang pulak mengatakan apa yang kau dah kata di komen kau pada 3:00 PM, January 21 itu. Mungkin kau orang tua yang selalu lupa dan dah nyanyok. Pulaknya biadap dan kurang ajar. Macam gengster juga. Kau dah nunjukkan tebiat nak mati ke? Kuasa di tangan Tuhan, tapi kalau kau mati awal pun, takda siapa di sini yang pedulikan.

Anonymous said...

Prof Kangkung,
Selamat tahun baru cina kalau masih orang Cina Islam. Jangan lupa masa melawat saudara Mara, keluarga terdekat, jangan makan Dan minum apa apa pun. Kan masa kan Dan minum an dah tercampur aduk .

Ang pau pun jangan di terima bagitau anak-anak kamu. Takut terkena darah khinzir kat pasar atau Bak kut Teh.

Elok jangan ziarah sekali, duduk diam diam kat rumah Dan cuma sambut Hari Raya.


Taliban

Anonymous said...

Hah, The Cabinet has decided that the seizure of Bibles by the Selangor Islamic Affairs Depart­ment (Jais) remains a state issue that should be resolved by the Selangor Govern­ment.

Pening kepala le Khalid Gagap. Pening dengan isu Azmin Ali di hentikan dari PKNS BOD, sekarang pening kena murka dek Tuanku Sultan kalau dia nak bankang MAIS.

Anonymous said...

KEPADA sikitol dan mandaliar kalangan umat Islam sendiri yang bersekongkol dengan puak kristian.

Saya ingin memaklumkan, bahawa saya sebagai seorang muslim tidak membantah puak kristian hendak menggunakan kalimah Allah dalam bible. TETAPI biarlah dalam SEMUA BIBLE tidak kira dalam apa bahasa sekali pun. Saya MENYOKONG jika puak kristian hendak menggantikan GOD dengan ALLAH jika ianya ditukar dalam semua bible dalam semua bahasa.

KEPADA sikitol dan mendalir yang tanpa sedar telah merelakan diri menjadi " mubaligh " kristian, saya hendak beritahu kepada anda bahawa jika puak kristian mahu menggunakan kalimah Allah hanya dalam bible bahasa melayu sahaja, MEMANG CONFIRM TARGET MEREKA ADALAH HENDAK MEMESONGKAN AKIDAH ANAK CUCU KITA ORANG MELAYU.

KEPADA sikitol dan mendalir, PERCAYA lah hari ini saya dan anda masih kekal hidup dan mati sebagai seorang muslim, TETAPI cucu dan cicit saya juga cucu dan cicit anda belum pasti akan hidup dan mati dalam islam jika mereka termakan dakyah kristian bahawa ALLAH juga tuhan orang kristian.

Nik Aziz, kamu mungkin mati sebagai seorang islam, Hadi Awang, kamu juga. TETAPI pastikah kamu wahai Nik Aziz dan Hadi Awang bahawa cucu dan cicit kamu nanti akan hidup dan mati sebagai seorang islam ????? Belum tentu lagi ....

Saya tidak takut untuk berkata dengan penuh yakin bahawa mungkin akan ada sebahagian cucu cicit Nik Aziz dan Hadi Awang yang beragama islam dan mungkin sebahagiannya beragama kristian. Wahai Nik Aziz dan Hadi Awang, ini lah hasil yang akan kamu dapati bila kamu beria-ia menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. SEKALUNG TAHNIAH kepada anda berdua.

Sedekah Al Fatihah buat arwah Datok Harun Taib yang menentang penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Semoga rohnya ditempatkan dalam syorga bersama dengan para ambiak yang mempertahankan Allah.

Wallahualam.

RAZAK said...

SESIAPA NAK GUNA PERKATAAN ALLAH MENGUCAP SYAHADAH DULU..GUNA LAH SEBAIK2NYA..ALLAH MENAMAKAN DIRINYA SENDIRI NAMA ALLAH..DLM ALQURAN SURAH AL-IKHLAS ..KATAKANLAH YG ALLAH ITU (AHAD)..YAKNI SATU...ALLAH TIDAK BERANAK MAHUPUN DIPERANAKAN...TIDAK SEPERTI AGAMA KRISTIAN ADA ALLAH BAPA..ALLAH ANAK...ORG KRISTIAN TLG LA KAJI AYAT2 ALQURAN TERJEMAHAN BAHASA MASING SEMOGA LEBIH BEROLEH HIDAYAH...DIDLMNYA ADA DICERITAKAN TTG NABI ISA...ORG DILRG SMA SEKALI MENGHINA PARA NABI..SBB ITU TDK PERNAH MENDGR ORG ISLAM MENGHINA NABI ISA.DLM AL-QURAN DICERITAKAN YG NABI ISA BLM MATI...IA HANYA DIANGKAT KELANGIT OLEH ALLAH DAN AKAN TURUN KEMBALI SBLM KIAMAT..YG DISALIB ADALAH SRG PENYAMAR SAHAJA.

Anonymous said...

link menarik untuk dibaca sila baca komen ...http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/01/religious-police-najib-will-seal-his.html

Anonymous said...

9:31 AM, January 26, 2014,

Al Fathihah.

Unuk Dato Harun Taib.

Anonymous said...

Taliban 9:49 AM, January 24, 2014,

Kamu mengata orang kangkung, kamu balik kampung le. Ke China. Atau ke, Afghanistan ke, Pakistan ke. Itu kampung Taliban.

Berhijrah le kamu. Berambus, jangan pulang ke Malaysia.

Anonymous said...

bahasa mencerminkan identiti anda..saya tercari2 juga,kata2 or statement prof tentang sebagai org Islam yg telah memeluk Islam,tidak boleh melawat,menghormati dan berbuat baik terhadap ibubapa yg masih belom memeluk Islam..bahkan,dalam satu episod pencetus Ummah,beliau ada mengatakan sendiri,wajib bagi seseorg anak yg sdh memeluk islam itu menghormati ibubapany yg bukan islam selagit tiada yg bercanggah dgn islam...so,tolong jgn hina diri sendiri bila memberi komen.apalagi menggunakan perkataan 'sial'..satu perkataan yg saya rasa tak ada dalam kamus rakyat malaysia...siapa yg rasis?

Anonymous said...

As I read the article, I ask myself if God rewards by the measure of how much hate we sow. Or does God reward us by the amount of love we extend to our fellow humankind. I think it is the latter. Ridhuan, as you meet your mum, be Chuan Seng for a moment. Remember the love and support she gave you. The Grace that a mother has given you all your life. Would you pass it on?

Happy new year and may God bless you with good health and happiness for the year ahead.

Anonymous said...

The pseudo Malays who came in droves about 100-200 years ago are the ones monopolizing the politics of this country It is high time the issue of 'Malaysia' is discussed in the United Nations, because the forefathers of the nation are no more and today we have pseudo fathers like Mahathir Mohamad iskandar who have played no role in the independence of the country.

Anonymous said...

Ridhuan Taik Cina is already berserk thinking he is a chosen one when the whole scenario of Malaysia is a 'hijacked ' case which has to be fought tooth and nail.