(Sinar Harian 13.1.14)
Haram
tetap haram, maksiat tetap maksiat, tidak kiralah jika yang perkara tersebut
dilakukan berdekatan dengan masjid (Putrajaya) atau tempat beribadah, atau
tidak, hatta di dalam hutan sekalipun. Apakah kita beranggapan, Allah tidak
suka maksiat dilakukan berdekatan masjid atau Putrajaya, tetapi Allah suka
ianya dilakukan jika berjauhan dengan tempat tersebut? Seolah-olah Allah ada di
masjid atau Putrajaya, dan tidak ada di tempat lain? Fahami Islam dengan betul
wahai pemimpin negaraku.
Kini,
heboh isu pembukaan Restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya yang mendapat
tentangan daripada pelbagai pihak kerana disifatkan tidak bersesuaian dengan
imej bandar tersebut sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Isunya
adalah maksiat, arak, judi, zina, pergaulan bebas lelaki perempuan, diharamkan
oleh semua agama, bukan sahaja agama Islam. Persoalannya, kenapa pemimpin yang
meluluskannya begitu jahil dalam soal ini? JAKIM ada di sana, kenapa tidak dirujuk?
Kenapa
bertindak sesuka hati bila ada kuasa? Bila jahil, bertanyalah. Nescaya ada
jawapannya. Ini tidak, memandai-mandai seolah-olah Putrajaya bapak kita yang
empunya. Ingatlah, Putrajaya dibina atas duit rakyat. Rakyat yang cintakan
agama mahukan ianya ditadbir mengikut lunas-lunas agama dan hidup bertuhan.
Persoalan
yang ditimbulkan oleh segelintir pemimpin yang menentang adalah, restoran
tersebut tidak seharusnya dibenarkan beroperasi di Putrajaya kerana lebih 95
peratus penduduknya merupakan umat Islam. Putrajaya adalah pusat pentadbiran
negara bukan tempat hiburan. Bandar raya ini juga adalah bandar raya Islam
contoh kerana hampir kesemua bangunannya bercirikan kesenian Islam.
Apa
maksud semua ini? Adakah perkara haram dibenarkan di kawasan jauh dari Putrajaya?
Apakah maksud senibina Islam?
Adakah
kubah itu seni bina Islam? Begitu juga lambang bulan (sabit) dan bintang?
Apakah senibina lain, termasuk senibina Melayu
tidak Islamik? Nampak sangat kita jahil. Kubah atau bentuk bawang adalah
senibina Moorish Indian.
Islam
tidak tetapkan bentuk bagaimana masjid atau bangunan hendak dibina. Semuanya
senibina adalah Islamik, jika tidak bertentangan dengan asas Islam, termasuk
senibina Pagoda. Jika ada dalam minda kita, bahawa kubah itu Islamik, yang tidak
kubah, tidak Islamik, maka saya syorkan pergilah mengaji lebih lagi mengenai
universaliti Islam.
Cubalah
fahami isu-isu fundamental Islam. Saya amat bimbang, jika pemahaman kita mengenai
perkara-perkara yang bersifat Islamik itu hanya bersifat nama dan lambang. Bila
buat dosa, atau teringat sudah banyak berdosa, maka pergilah buat umrah dan
haji untuk mencuci dosa.
Jika
itu pemikirannya, kita ini amat jahil. Rugilah jadi orang miskin atau masuk
nerakalah mereka, sebab tidak boleh mengerjakan umrah dan haji berkali-kali
berbanding orang kaya. Allah tidak adil meletakkan kaabah di Mekah, kerana
hanya orang Arab sahaja yang berdekatan. Maka yang berjauhan, sudah tentu masuk
neraka. Wahai pemimpinku, ingatlah… Islam tidak begitu sifatnya.
Perkara
asas Islam adalah akidah, tauhid, akhlak dan syariat. Fahamilah perkara ini
terlebih dahulu. Kita tetap akan masuk syurga, walaupun tidak pernah menjejak
kaki mengerjakan umrah dan haji.
Jika
kita kata senibina di Putrajaya itu Islamik, maka malang sungguh Allah
menjadikan umat Islam dan manusia lain seperti di China, Jepun, Korea dan
sebagainya. Maklumlah masjid di sana tidak ada senibina kubah atau berbentuk
bawang.
Jika
kita mengatakan bahawa Putrajaya itu kota Firdaus, bermakna, maksiat atau
perkara haram tidak boleh dilakukan maka, di luar Putrajaya atau di mana-mana sekalipun,
termasuk di Kuala Lumpur, tetap tidak boleh dilakukan kerana, haram tetap
haram, maksiat tetap maksiat, Ia ditentang semua agama.
Jangan
rosakkan imej Islam, sekejap boleh, sekejap tak boleh. Ada bandar Islam Islam,
ada bandar tidak Islam. Islam itu Islamlah. Seperti kontroversi Islam Hadhari.
Ada Islam Hadhari, ada yang tidak hadhari. Islam itu Islamlah. Ia mesti
didaulatkan di mana sahaja kita berada.
Kalaulah
saya yang menguruskan Putrajaya, sudah lama tanda-tanda nama saya jawikan. Hard
Rock Café boleh beroperasi dengan syarat, ikut garis panduan bandaraya Islam,
termasuk menjawikan kafe tersebut. Saya masih yakin, umat Islam apabila
terpandang huruf-huruf Allah, hatinya akan gementar. Jika tidak gementar,
maknanya hatinya telah mati. Eloklah cari hati lain.
Saya
pelik, adakah pemimpin yang menguruskan Putrajaya sudah buta? Mendengar nama
Hard Rock itu sudah mencerminkan isi kandungannya. Kenapa begitu jahil?
Tidakkah Hard Rock Café, sudah dikenali sebagai sebuah restoran tempat berhibur
tanpa batasan dengan minuman keras serta muzik bising yang menjadi tarikan.
Adakah kita tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang bakal menjadi
pelanggan sasarannya?
Nasihat
saya terutama kepada pemimpin yang dilantik, tidak kira pemimpin atasan atau
pemimpin diperingkat organisasi. Jika jahil, pergi belajar. Paling kurang,
bertanyalah kepada yang pakar, terutama JAKIM yang sudah lama sedia wujud di
sana.
Janganlah
bertindak sendirian jika jahil. Kita bimbang kita akan menjadi semakin jahil
atau menjadi jahil murakab, sejahil-jahilnya. Jika asas ini tidak dibetulkan,
apa jua tindakan kita seterusnya akan terus salah dan salah…
15 comments:
Setuju, JAKIM ada di Putrajaya, sepatutnya dirujuk dalam perkara ini.
Kita tidak perlu keTalibanan tapi kita majoriti Muslim, mesti hormatkan Perlembagaan Perkara 3 mengatakan Islam ada lah agama negara ini.
Siapa yang tak suka boleh bungkus, gulung tikar.
Rakyat kena berhati hati bila memilih parti masa mengundi. Kalau yang sekongkol dengan kafir harbi yang mahukan Kristian dibenarkan mengguna kalimah Allah - masakan perkataan Tuhan sudah cukup dan lebih sesuai untuk tujuan depa - jangan harapkan depa kuat pegang kapada pendirian yang dimahukan berkenaan isu isu membabit agama Islam.
Kafir harbi sekongkolan depa Hukum Hudud depa pun di bantah bermati matian. Langkah mayat aku dulu, kata si Karpala Singh.
article anda amat mendalam maknanya , dan memberikan perumpamaan yg baik. teruskan perjuangan :)
article anda amat mendalam maknanya , dan memberikan perumpamaan yg baik. teruskan perjuangan :)
wa aksaruhum fasikun.
11:27 AM,
Guano tak ghoyak gapo dio mu nak ghoyak?
Mu panda sangak ghecek Arab ka?
Hu alloh, bengo sungguh.
Satu pandangan yang cukup menarik. Tetapi tentang kubah atau bentuk bawang yang diambil dari senibina Moorish Indian saya rasa amat kurang tepat.
Retard... If you think it is prohibited by your 'adopted' religion then don't go.
What is wrong of having a Hard Rock cafe in town or even if Putrajaya? Nobody point a gun to anyone to go.
Takut nanti suatu hari Allah SWT akan menurunkan bala seperti negara islam yang lain. Mintak dihindarkan dari segala bencana ya Allah....
KKTan,
Of course Dr. Ridhuan Tee doesn't go to Hard Rock cafe. It's not because he THINKS it is prohibited in Islam, he KNOWS that it is prohibited in Islam. Why does Dr. Ridhuan Tee reject the idea of Hard Rock cafe to be built in Putrajaya? He is doing what Muslims call 'Amar ma'ruf nahi mungkar' (i.e. maintain what is right and forbid what is wrong).
I do know of some Muslims who go to Hard Rock cafe, discos, pubs and they even drink alcohol. The thing is, these Muslims know that it is haram for them to drink alcohol, it is haram for them to have pergaulan bebas between males and females and yet they still do it. They know that they have transgressed the teachings of Islam and yet they do it.
That's why Dr. Ridhuan Tee doesn't want to have Hard Rock Cafe built in Putrajaya, where a majority of the residents are Muslims. It is not only Hard Rock cafe, but all other pubs for that matter. Alcohol and pergaulan bebas will lead to other forms of sins as well such as 'zina' (i.e. pre-marital sex, free sex), abortion due to unwed pregnancies and a host of other social problems. Muslims who are brought up with a strong foundation of Islam and practise the teachings of Islam will of course avoid such places at all costs, but what about those who are not practising Muslims or devout Muslims?
To you, of course there is nothing wrong with Hard Rock cafe - this world is nothing but play for you. However, for us Muslims, in order to prevent the problem from becoming worse, we have to nip the problem in the bud. You can always go to Hard Rock cafe and other pubs and discos elsewhere as you are free to do so. No one is stopping you.
Madman KKTan,
Know ye that the Constitution says Islam is the religion of the country, the majority of the population is Muslims.
You wanna us speak for Talibanism?
You shd be thankful you have moderate Muslims in this country and no Talibans are allowed here.
You and your kind are being ungrateful ingrates again?
Siapa yang sibuk sangat fasal religious freedom in this country, baca lah berita brikut:
National Secular Society
5.3 billion suffer restrictions on religious freedom around the world
National Secular Society
salam.. Dr. saya amirah pelajar pra-u smk sg. besi.. saya buat kajian kerja kursus sejarah brtajuk mengenai pemikiran Dr. saya ingin temu bual Dr. untuk mendapat kan maklumat2.. saya harap Dr. dpt balas komen saya.. saya berharap sgt Dr. sudi berkerjasama dgn saya :) terima kasih..
salam Dr. saya amirah pelajar pra-u smk sg besi..saya ingin temu bual dgn Dr. untuk kajian kerja kursus sejarah saya..tajuk saya mengenai pemikiran Dr. dr segi aspek politik,etnik dan agama..saya berharap Dr. dpt balas komen saya dn sudi berkerjasama dgn saya :) terima kasih
salam sdri Aminah syahirah,
emel kpd saya ridhuantee99@yahoo.com
Salam Dr,
Mohon ulasan Dr. berhubung isu guru mualaf dipaksa membuka tudung dan diugut bunuh oleh guru besar SJKC di Teluk Sengat, Kota Tinggi.
Sebagai seorang mualaf keturunan Cina, saya percaya Dr. individu paling sesuai untuk memberi pandangan berhubung isu ini. Saya yakin spesies ultra kiasu seperti guru besar tersebut sengaja mencabar orang Islam sekaligus mahu ketegangan agama semakin serius di negara ini.
Post a Comment