(30 Dec 2013)
Sambutan
penonton terhadap rancangan realiti baharu Astro Oasis, Pencetus Ummah (PU),
yang dihoskan saya sendiri amat menggalakkan. Sudah semesti bukan kerana saya
ada di situ, tetapi disebabkan oleh konsepnya yang begitu kreatif, inovatif dan
dinamik dalam mencari pendakwah negara. Tahniah warga kerja Astro Oasis.
Kini,
PU sudah menjadi fenomena. Ke mana sahaja pergi, semua orang memperkatakannya,
terutama di kalangan anak-anak muda. Tidak terkecuali yang tua. Alhamdulillah.
Selera
masyarakat sudah berubah. Kalau dahulu, rancangan hiburan yang melibatkan
artis-artis begitu mendapat sambutan. Kini, rancangan agama sudah menapak di
hati. Apatah lagi semakin ramai artis yang berhijrah ke jalan yang diredhai. Pendek
kata, kesedaran hidup berTuhan sudah meresap ke dalam sanubari.
Saya
menyeru kepada masyarakat di luar sana, tontonilah rancangan ibarat taman-taman
syurga ini, berlangsung di Pusat Konvensyen KUIS, Bandar Seri Putra, Kajang,
Selangor Darul Ehsan yang tinggal dua minggu lagi iaitu 2 dan 9 Januari 2014.
Kenapa
kita perlu menonton rancangan agama? Jawapannya supaya ilmu kita bertambah,
akidah kita makin mantap. Kita bimbang fenomena hari ini, kalangan kita yang
jahil agama mahu bercakap soal agama.
Terbaharu,
timbul persoalan, boleh atau tidak kita menyambut Krismas? Kerana ada menteri
berpandangan, kita boleh menyambut hari perayaan bukan Islam, jika akidah
terpelihara. Saya ingin bertanya, apa sandaran menteri tersebut berkata
sedemikian? Logik semata-mata?
Jika
tidak tahu, lebih baik diam. Kita bukan bercakap mengenai akidah goyang atau
tidak berada dalam majlis bukan Islam? Mungkin akidah menteri itu mantap, tidak
mudah goyah. Tidak mengapalah.
Kita
bercakap soal asas. Boleh atau tidak umat Islam menyambut perayaan agama lain?
Jika boleh, sejauhmana dibolehkan? Jika tidak, sejauhmana toleransinya.
Janganlah membuat perbandingan yang pelik-pelik.
Secara
mudah, saya turunkan dialog ini, yang saya perolehi dari seorang rakan;
Christian:
Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Muslim: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian:
Tapi kenapa? Bukankah ia hanya sekadar kata-kata? Rakan muslimku yang lain
mengucapkannya kepadaku?
Muslim:
Mungkin mereka belum mengetahuinya. Chistian, boleh tak kau mengucapkan dua
kalimah syahadah, dalam bahasa Melayu pun tak mengapa?
Christian: Oh! tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Christian: Oh! tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim:
Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...
Christian:
Sekarang, saya mengerti.
Sebagai
mualaf, dari segi dakwah, sekadar mengucapkan selamat menyambut Krismas, tidak
menjadi masalah. Begitu juga untuk menziarahi mereka seperti yang saya lakukan
ketika Tahun Baharu Cina. Tetapi untuk menyambutnya, saya fikir perlu
difikirkan kembali. Saya tidak fikir bukan Islam turut menyambut Hari Raya
Puasa/Korban atau perayaan orang Islam yang lain.
Mereka
sekadar bersama berada dalam majlis kita sebagai tanda persahabatan dan keharmonian,
bukan menyambut. Kenapa kita selalu over dalam hal ini? Sehingga sanggup
mengikut secara membuta tuli perayaan mereka. Begitu juga dengan perayaan Tahun
Baharu 2014. Jangan rosakkan diri dan agama kita kerana terlalu meraikan orang
lain.
Menurut
Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, harus kita memberikan ucapan selamat selagi
mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada
mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan.
Maksudnya
: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang Yang berlaku adil (Surah
Al-Mumtahanah: 8).
Namun,
perlu diingat, bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan
semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Islam
merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang
lain dengan menjaga batasan syarak yang telah ditetapkan.
Pendapat
ini selaras dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan 2007 mengeluarkan satu lagi
garis panduan, dengan membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat kepada
bukan Islam semasa perayaan keagamaan mereka, dengan syarat ia tidak
mengagungkan atau memuji agama lain.
Pada
saya, fatwa ini sudah jelas. Tidak perlu juga mengeluarkan pendapat, atau
membuat perbandingan, ketika kita membaca doa, orang bukan Islam tunduk hormat.
Bacaan doa adalah hak umat Islam dan dijamin oleh perlembagaan persekutuan,
walaupun bukan wajib ada. Kenapa kita terlalu apologatik dalam segala hal
apabila kita diserang atau disindir sedikit?
Tidak
boleh kita mempertahankan hak kita? Serahkan hal ini kepada yang alim dan pakar
untuk berbicara, bukan semua kita nak cakap. Saya sendiri, walaupun perayaan
Tahun Baharu Cina itu sekadar adat, tidak ada kaitan dengan agama. Saya hanya
‘menyambut’ berpada-pada. Dalam maksud, ucapkan selamat tahun baharu dan
menziarahi saudara mara serta beri angpow. Itu sahaja. Titik. Tidak ada istilah
menyambut dengan beriya-iya, sehingga menjadi lebih Cina daripada Cina sendiri.
Pendek
kata, saya ada perayaan agama Islam yang perlu diberi keutamaan. Akhirnya,
tambahlah ilmu jika jahil. Paling kurang, tontonlah Mimbar Pencetus Ummah di
Astro Oasis, bertambah juga ilmu kita.
22 comments:
Boleh minta penjelasan dr mana mana ust ttg makna, erti dan tafsiran dr perkataan "Din" dlm surah surah Al Kafirun, Ali Imran 19 dan 85.
Pernahkah Rasullullah saw atau mana mana Khalifah ArRashidun r.anhum., memberi ucapan selamat bg mera'ikan umat bukan Islam utk perayaan agama mrk, atau pernahkah Baginda saw atau mana mana Khalifah Ar Rashidun r.anhum. merayakan perayaan berkenaan bg mera'ikan umat bukan Islam yg ada dlm negara Islam sbg satu bentuk toleransi agama ?
Bukankah Rasullullah saw itu contoh ikutan terbaik kita ? Dan Sahabat Sahabat r.anhum. itu pengikut paling setia Baginda saw ? Dan tidakkah kita ingin bersama mrk nanti di Akhirat ?
Berbuat baik kpd sesiapa pun adalah kebaikan dan kebaktian, tp meredhai apatah lg menyokong kekafiran dan kemusyrikan dlm apa bentuk sekali pun, bukanlah kebaikan dan bukan pula kebaktian dlm Islam, bahkan tanda kejahilan beragama dan lemahnya iman (itu pun jika masih boleh dikatakan beriman).
Bagus lah Astro ada mengambil langkah langkah yang memberi peluang kapada penganut penganut Islam mengeluarkan suara bagi memajukan kepentingannya.
Jika tidak, Astro nampak sebagai ungrateful ingrate juga. Lesen di beri dek Kerajaan yang dipimpin Melayu/ Islam. Majoriti pelenggan Astro adalah Melayu/Islam.
Ada pulak berita berita Astro yang condong kapada pendirian pembangkang dan pendatang. Ini memudharatkan hak dan kepentingan majoriti di negara ini - Melayu Islam. Lebih lebih lagi bila tak secucuk dengan Perlembagaan negara. Dalam isu Sekolah Cina, kalimah Allah, umpamanya.
Memang mereka tidak mengkritik sebulat bulatnya. Tapi ada kes kes yang nampak berupa "spins and slants of the news" saperti dibuat dek penjanggak Malaysia Kini, Malaysia Chronicle dsbnya.
Slanting dibuat bukan sahaja dari apa yang ditulis sahaja. Juga termasuk siapa yang dipilih ditemu bual dan apa yang dilapurkan. Pilihan kata kata dan cara melapurkannya juga boleh di"slant".
Maka itulah harapan saya supaya rundingan kumpulan Bukhari membeli Redberry apekenamanya yang mengandungi akhbar The Malay Mail dsbnya akan berjaya. Maka akan lebihlah peluang mengutarakan pendirian Melayu/Islam.
Dalam pada itu saya harap Astro akan teruskan dan lebihkan "air time" dan programme bagi mengemukakakn pendirian Melayu Islam yang majoriti dinegara ini dan majoriti pelenggan mereka.
Well said. Setiap tindakan mesti ada garis panduan yg d tetapkan oleh Syarak. Setiap persepsi mesti ada nas Al Quran n Hadis.
Peminat setia PU.
Well said. Setiap tindakan mesti ada garis panduan yg d tetapkan oleh Syarak. Setiap persepsi mesti ada nas Al Quran n Hadis.
Peminat setia PU.
Ingatlah Rukun Islam Pertama :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad (SAW) pesuruh Allah.
Respect their beliefs but do not acknowledge their beliefs.
Please dont let wahabi ideology in. Few TV programmes already spoiled.
Yes, respect their belief, but tell them to respect ours.
Here, read this "reply to Pakiam by Najib":
Najib Razak Replies Murphy Pakiam
December 28, 2013 by 書 政 shuzheng
***
Dear Archbishop Emeritus Murphy Pakiam,
Congratulations on this ‘Blessed Day’ on your appointment as Archbishop Emeritus, words in upper case in case you hadn’t noticed; I see that, in the English, anything associated with Christianity get a higher order treatment. Shouldn’t those words be in lower case? They sound grand. First it’s Archbishop, now it’s Emeritus. At this rate you will soon be Archbishop Emeritus Requiescat In Pace Murphy Pakiam, if you live that long. Still I’m confident and I wish your future work for the Church of Jesus Christ will meet the grand, lofty standards that come with your retirement which, I’m told, is then followed up with your new appointment. How will you thus spend the days and evenings now that somebody else will be writing your press releases and attending court proceedings on the ‘Allah’ case?
I read too that they gave you a going-away party on the Blessed Day. There you spoke about me, the St John’s I attended as a boy, lectured me on how to be Prime Minister, and you even dragged in my mother. How thoughtful of you, Pakiam! Inter alia, which in your words are:
From a small boy, from primary school until form 3, he (Najib) was there. When it came to catechism (classes), his mother was disturbed because he was a small boy going to a (Christian) religious class. But his mother had confidence in our brothers and phoned Brother Matthew who said: ‘Please don’t worry, we will see that he doesn’t go in’.
Before responding and answering your concerns to all that, a little bit of backtracking and politics to begin with. Now, I can hear you scream and swear, ‘Politics! Again!’ In case you hadn’t been reading Malaysiakini, or in case you’ve been spending too much of your time away, in the Vatican, yes, here, in Malaysia, everything is political.
(Continued)
(Continuation- "Najib's Reply to Pakiam")
If you recall that it was in 2008, the church you headed then had declared its political position. Yes, of course, you didn’t say outright and out loud your church would support Anwar Ibrahim and Pakatan Rakyat, nor did it eschew Barisan Nasional which was then headed by my predecessor Mr Abdullah Badawi.
But, all the words and actions, including street demonstrations, pointed clearly to the preference, both by you personally and by some in your flock. You even say you’d pray for election guidance, but unless your God tells me what it is you told him in prayer, my guess is as good as your secret oral messages you tweeted to heaven. After which, your church went on to kick up a storm about Allah this and Allah that when all you had to do was come and see me, with which issues would be better resolved for the sake of all.
(Continuation - "Najib's Reply to Pakiam")
You should learn to be like the Chinese, heathens destined for hell, according to you: they never, never, never order people around. You might think you have a share on Allah, but we, the Muslims, don’t think so for reasons best not discussed here. You should convert out of Christianity, because it is an egomaniacal faith, constantly worried about itself, you about yourself, about your tribe, about the word Allah, about your rights, never about others, and whether you will go to heaven because your God is so touchy: one false move, you’re done in. You should be a Buddhist, ditch your bible and try Marcel Proust if you know how to read or if you think indulging in the sutra is a Christian sin: “What one knows does not belong to oneself.“
My point is this: once you get political, we, the politicians, are entitled to treat you and your church not as voter-bystanders but as active participants. That is, your church is given treatment as deserving a political institution with a political agenda and purpose. And with that, all reservoirs of goodwill and cordiality are gone; if there were before pretenses of amity and friendships, they are gone too.
In politics, here, in this country, anyway, it means you are accorded the status of a political animal, with its attendant antipathy and belligerence. This needn’t be so but it’s how things work, if you hadn’t already noticed, because that, too, is how you and your church have come to regard and treat the Barisan and my government, something you yourself said so on Dec 25: “You think I am not angry?“
It is bad enough you tell me you are disgusted with my government – that I must accept, as prime minister – but to then lecture me on my ‘duty’, and bring in my mother into your Allah agenda, was that necessary? You have not only dishonoured her; you have just spit into my father’s grave.
Don’t they teach you manners in the Catholic schools and in the Vatican? What; have you, yourself, forgotten where you come from? Your roots, your forefathers, and those before them, the origins of our indigenous Asian customs, manners and cultures, of a people who understood deference and civility? You have instead acquired the condescending manners and the belligerent attitudes of white Christians. Now, in the circumstance, what should be my attitude, my duty, towards your church that you claim to speak on its behalf?
(Continued)
(Continuation - "Najib's Reply to Pakiam")
Face it, Pakiam: you’re a white imitation; even your white frock shouts that out as if it were fact. Once you imitate the ways of the white man, once you acquire their values and morality, once you declare the church as a political animal then be prepared to be accorded the treatment politics give. That’s being fair, isn’t it? You and the social standing of your church is your own doing and the doing of your flock.
To be accorded a political treatment means you now sit at the back of the pews, so bark all you like.
Face it, Pakiam, you are so yesterday; Christianity is a has-been. For three hundred years, or five hundred, it has had a good run on the face of the planet, roaming wild and unfettered while you and your God completely disregard the sensitivities of other peoples, customs and upbringing that does not accord with your dogma.
Your Christianity has now run its course, so sit at the back of the pews because that’s all there is space left for you and the like. Your church is a mortuary museum to dead white men and the cross you kiss regularly and pretend to be holy is just that – a piece of deadwood. Yet you don’t; instead, like a dying man gasping for the last breathe or like a dying, rabid dog, you continue to bark, hiding behind our Constitution in order to proclaim that your barking is sanctified.
You say ‘my mother had confidence in our brothers’. Really? How would you know? If she had confidence in your brothers, why even bother to call? On the contrary: you say she was ‘disturbed’ and that’s why she called your brothers. Because if she was disturbed, she can’t be confident at the same time. Or, is that only you, a man who can hold two contradictory ideas at the same time. Is this what comes out of your Vatican teaching and bible schools? Irrationality? Un-reason and perversed?
(Continued)
(Continuation - "Najib's Reply to Pakiam")
You see, Pakiam, it’s because we distrust you and your Christianity – and now I do my duty by speaking for the rest of the other Malaysians, 92 percent of 27 million – that we have acted the way we did: putting you and your ilk in your places. Your Christianity has done enough damage on this earth, and Malaya or Malaysia is no exception to the havoc wrecked by your church, starting with that man, his name is Xavier, is it?
In the homes, children disown their mothers and fathers because they are forced to choose between Jesus and their godless parents; everybody else is a voodoo but not a piece of wood you pray to and with. Today, Muslim zealots follow the vulgar insanity of your brothers in the mission schools: they make other people bow before their Allah.
I actually feel sorry for the (non-Christian) Chinese and Indians because they, too, were subjected to your Christian indoctrination and, in their turn, had never proselytize their beliefs, on the Malays in particular. But now they must pay the price of your (Christian) sins and those of your brothers. In workplaces, Christian businesses discriminate people of other faiths because you believe nobody can be good without your kind of God.
You then went on to say your brothers made sure I was not admitted into a Christian class. Is that supposed to be a charitable, kind act? An honourable act? Because that’s your inference.
Don’t you get it, Pakiam: your brothers aren’t suppose to be here in the first place, doing the things they did to the other kids who have no connections to high places. Your bible foments hatred, contempt, as bad as filicide (see below), respect no other peoples, then hide behind its own hypocrisy and contradictions and, in Malaysia, the Constitution to say you are on a mission of peace. Your Christianity, to say the least, is inhuman; it is an abomination.
Again, now, I do my duty to my people when speaking: Malaysia has had with you and your church. Take Hannah Yeoh with you to hell, if that pleases you, but leave my people alone! Leave this country.
Merry retirement; Requiescat In Pace. Know what that mean, Brother Murphy?
Yours truly,
Najib Razak
saya setuju dgn pdpt hizrilmi, off topic boleh saya bertanya apa tips nk menarik org bukan islam untuk lebih ingin mengenali islam? saya ada kawan chinese,sangat berminat utk mendekati islam tp tidak tau bagaimana caranya..
ICute 7.57pm. Salam. Sila baca artikel saya dalam majalah al-Islam setiap bulan. saya ada kupas berkaitan perkara ini dengan panjang lebar. Apa kata, sdr bawa beliau berjumpa saya. InsyaAllah, saya akan jelaskan, apa itu Islam? Kenapa dan mengapa kita perlu berada dalam Islam?
Hikmah Sambutan Ambang Tahun Baru
Malam ini kita akan bergembira untuk menyambut kedatangan tahun baru 2014 dengan penuh kemeriahan tanpa ada sedikit pun ingat kepada sahabat2 kita yang ditimpa musibah banjir. Malam ini langit Kuala Lumpur dan langit di lain2 ibu negeri akan diterangi oleh cahaya bunga api yang diharapkan akan membawa cahaya kepada penghidupan kita dalam mengharungi tahun 2014. Malam ini bandaraya Kuala Lumpur dan lain2 ibu negeri akan digegarkan dengan bunyi letupan bunga api yang gegak gempita yang diharapkan akan menghalau segala macam hantu dan syaitan yang datang membawa segala macam bala dan musibah kepada negara kita Malaysia.
Malam ini juga akan kita hiburkan para hantu dan syaitan untuk melekakan mereka dengan berbagai konsert sama ada di bandaraya Kuala Lumpur mahupun di ibu2 negeri dengan harapan bila para hantu dan syaitan menjadi leka maka mereka tidak akan mengganggu hidupnya kita sepanjang tahun 2014 ini.
Sama2 lah kita berdoa agar sambutan tahun baru yang bakal kita adakan pada malam ini mendapat keberkatan daripada para hantu dan syaitan. Hendaknya para hantu dan syaitan akan terus menjaga Kerajaan dan Negara Malaysia ini daripada ditimpa sebarang musibah sepanjang tahun 2014.
Syabas icute dan RT. Ini yang saya suka dengor. Harap ramai lagi camtu.
Kita lihat sendiri dari apa icute cakap diatas. Mereka datang ke kita. Tidak macam Pakiam dan puak mereka - hantar "missionaries" atau mubaligh pergi cari mereka yang dalam keadaan sesak dari segi ekonomi, sosial dsbnya, cuba pikat ajak "berbuka puasa di gereja", mcm Gereja metodis Damansara Utama dulu.
Pulak nak gunakan kalimah Allah supaya senang mengambil hati mereka dengan bayangan bahawa Tuhan Kristian dan Tuhan Muslimin tiu sama. Mana boleh?
Tuhan Kristian tu 3 bentuk - The Father, The Son, The Holy Ghost. Tuhan Muslimin itu, Allah, yang satu dan hanya satu.
Merepek dia orang. Bagus lah ada jawapan untuk Najib saperti yang dipaparkan di atas ini.
Selamat tahun baru 2014. Tahun 2014 kata orang Tahun Naik. Semua naik. Alhamdulilah, itulah kejayaan Najib yang telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat. Bila rakyat masih boleh berbelanja walau pun semua barang naik, itu tandanya keadaan ekonomi rakyat naik. Syabash kepada Datok Seri Mohd Najib, bijak mentadbir dan mengurus ekonomi.
Tahun 2014 telah berjaya menaikkan nama Najib. Tahun 14 (tanpa menyebut dua ribu) Najib berjaya menaikan belanja sara hidup rakyat. Tetapi adakah PRU 14 boleh menjamin Najib kekal untuk menaikkan apa yang dia terlupa atau tertinggal untuk dinaikkan semasa dia menjadi PM selepas PRU 13.
Nasihat kita kepada Najib, sementara ada peluang naik lah apa sahaja yang awak fikir untuk dinaikkan kerana selepas PRU 14 nanti awak sudah tidak mempunyai peluang lagi. Terima kasih kerana awak telah membalas sokongan orang melayu kepada Umno pada PRU 13 dengan menaikan kos sara hidup mereka (orang melayu kampong).
Mungkin selepas PRU 14, Najib tidak mempunyai peluang lagi untuk membalas budi baik orang melayu yang telah memberikan undi kepada Umno pada PRU 13.
Kepada pemimpin Pas. Percaya lah pasti akan berlaku satu keajaiban yang maha dahsyat kepada Pas andai kata Pas sanggup memutuskan hubungan dengan DAP. Berduyun-duyun orang melayu akan menyertai Pas ibarat semut bergerak menuju kepada sebiji gula-gula di tengah-tengah padang bola.
Begitu lah keajaiban yang bakal berlaku sekiranya Pas bercerai talak 3 dengan DAP. Tak begitu kah wahai saudara ku Ridhuan Tee ?
Saya pastinya akan mengangkut habis anak beranak dan suku sakat saya untuk memberikan sokongan kepada Pas. Malah saya percaya, saudara Ridhuan Tee juga tidak ketinggalan walau pun sebelum ini saudara sendiri tidak disenangi oleh pemimpin Pas. Tak begitu kah wahai saudara ku Ridhuan Tee ?
Bencinya kami kepada Pas bukan kerana perjuangan islamnya. Bencinya kami kepada Pas bukan kerana penampilan atau cara berfesyen para pemimpinnya. Bencinya kami kepada Pas bukan kerana celuparnya mulut pemimpin. BENCINYA KAMI KEPADA PAS ADALAH KERANA PAS BERSAHABAT DAN BERSUBAHAT DENGAN SYAITAN (DAP) UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH ORANG MELAYU. Tak begitu kah wahai saudara ku Ridhuan Tee ?
dan pada PRU 13 KAMI MENYOKONG UMNO BUKAN KERANA KAMI SUKA KEPADA UMNO tetapi ADALAH KERANA KAMI TIDAK ADA PILIHAN. Tak begitu kah wahai saudara ku Ridhuan Tee ?
Akan berlakukah keajaiban itu ? Hadi Awang sebagai nakhoda, dia lah penentu muktamatnya.
Saudara Ridhuan Tee, kalau dapat tolong buat artikel bertajuk APA AKAN BERLAKU JIKA PAS-DAP BERCERAI.
Terima kasih
Anon 10:36 am; 31 disember 2013
Memang benar terlalu ramai syaitan dan hantu yang datang membuat tunjuk perasaan sampaikan Penguatkuasa DBKL tercedera.. Yang peliknya Hantu golongan KIASU langsung tak nampak muka...
Guling Kerajaan. Haa haa haa bunyi macam semudah nak berguling atas jalan raya saja. Yang buat cerita ini ada niat tersembunyi. Hanya dia saja yang tahu kenapa dia buat cerita akan ada Himpunan Guling Kerajaan semasa sambutan Ambang Tahun Baru.
Apa pun dia sudah berjaya memperdayakan berjuta-juta rakyat terutamanya orang melayu. Kisah ini sama lah dengan kisah dalam buku cerita kanak-kanak bertajuk Budak Gembala Kambing Dengan Serigala.
Menarik kalau Dr RT 'follow-up' model Felixia Yeap ibarat menarik rambut dalam tepung. Sekarang ni atas usaha dia sendiri dah ada tapi jangan ada rakan muslim yang 'menjauhkan' dia dari Islam.
Assallamualaiikum Dr Ridhuan Tee,
Cukup baik dan artikel yang boleh saya buat panduan dan terus sampaikan kepada anak saya sebentar tadi. Saya banyak merujuk coretan Dr Tee, alhamdullillah melihat Dr Tee lebih Melayu dan Muslim dari yang dilahirkan melayu-muslim.
Semoga Allah senantiasa memberkati usaha murni Dr Tee dan sekeluarga.
Buat icute, saja nak kongsi pengalaman dan semoga boleh dibuat perbandingan atau apa-apa je lah untuk kebaikan ummah.
Pertama mohon Allah menghindarkan sifat riak dari dalam diri saya, isteri dan anak-anak kami, insya Allah.
Hampir 30 tahun hidup merantau mencari rezki dibumi Allah sekeliling dunia dan anak-anak lahir-membesar di benua 'orang barat'.
Cerita nya hasil pengalaman anak saya sendiri.
Sewaktu anak lelaki saya di high school, dia cukup akrab dengan rakan 'white-canadian', 'korean-canadian', 'black-canadian' dan 'coloured-canadian'. Active bersukan dan beriadah selalu rapat dengan kekawan dia.
Dipendekkan cerita, sekarang berumur 20 tahun di tahun 3 university yang tidak bersama (masing-masing university pilihan sendiri) kekawan dia namun persahabatan mereka masih utuh dan erat.
Kawan dia bila pulang bercuti selalu lepak dirumah kami dan bercerita dia kenal ramai saudara muslim di university mereka.
Satu hari kawan anak saya yang di university lain menegur student2 muslim di university nya yang lain kenapa kawan saya ie. anak saya Md Alif Hakim tidak minum, merokok dan cukup jaga solah dan waktu nya walau diantara mereka 'chill-out' atau sedang 'berbasketball' digelanggang.
Dari teguran itu, student muslim itu terus menghentikan perbuatan mereka dan bersolah walaupun tidak mengenali anak saya tapi merasa 'malu' akan teguran dari orang yang 'belum muslim' yakni kawan anak saya itu.
Satu pengalaman lagi :
Baru saja selesai RIS - Reviving Islamic Spirit Convention selama 3 hari minggu terakhir Decenmber 2013.
Beribu muslim menghadiri convention tu termasuk kami dan anak-anak.
Akan tetapi dari 'adab' di perhentian 'drop-zone' kereta hingga ke dalam dewan yang besar dan ramai beribu-ribu orang Islam tidak bertindak dan menjaga adab (conduct unbecoming) dari segi tata-tertib sebagai orang Islam.
Terlalu banyak insiden tak boleh diceritakan tapi mungkin anda dapat mengagakkan nya.
Didalam kita menganjurkan muslim's event convention pun musuh Islam bergiat menabur risalah dan mendekati anak-anak muda muslim.
Pendek kata dalam kita cuba berdakwah, pembawakkan diri kita sendiri adalah cermin kepada daya penarik bukan muslim terhadap Islam.
Saya sendiri tidak sempurna dan tidak cukup ilmu agama Islam saya, maka berharap doa-doa sesama muslim kerana melihat pengajaran yang kami dapat adalah berdakwah untuk yang belum muslim ni payah dan tidak mudah akibat pembentukkan akidah kepercayaan mereka begitu menebal dan sesungguh nya HIDAYAH tu hanya dari Allah, kita cuma memperagakan nya dengan ikhlas.
Sayang nya anak-anak muslim yang lebih mudah untuk diperdayakan tidak kira dimana, walaupun di Malaysia.
Antara niat saya menamakan anak saya adalah moga Dr Tee atau sesama muslim dapat panjatkan doa-doa agar anak-anak saya menjadi hafiz Al-Quran sebagaimana mereka berhajat suatu hari nanti disamping doa kami sebagai ibu dan bapa.
Semoga cerita pendek ni yang lahir dari pengalaman sendiri boleh dimenafaatkan. Amin.
Maaf andai terlihat kejelikkan atau tersasar topik dan kenyataan.
Jazakaallah.
Melayu Luar Negara
Sekarang ni heboh tentang gambar dalam LRT di mana wanita Melayu yang mengandung duduk bersila atas lantai LRT manakala terlihat 2 perempuan muda cina duduk di atas kerusi. Adakah kerana sivik sudah tidak diajar?
Bagaimana dengan kenyataan hannah yeoh yang boleh dianggap rasis kerana mengatakan duduk bersila baik untuk perempuan mengandung. Rasis sebab yang duduk bersila tu Melayu, kalau sebaliknya mungkin kenyataan mengecam Melayuyang keluar.
Mungkin Dr RT boleh ulas perkara ni.
Post a Comment