(SH 16 Dec 2013)
Saya
ucapkan tahniah atas ketegasan Menteri Pendidikan ketika soal jawab di
Parlimen, pendirian untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)
yang dikeluarkan oleh Dong Jiao Zong dan sekutunya.
Alasan
Menteri, UEC tidak mengikuti aliran pendidikan kebangsaan. Justeru, tidak ada
alasan untuk diiktiraf. Ini jawapan seorang negarawan. Apa-apa jua dasar yang
bertentangan dengan dasar kebangsaan atau perlembagaan, mesti dimuktamadkan
pendirian. Jika tidak, kita tidak ke mana-mana.
Ingatlah
wahai pemimpin negaraku, kita sedang membina negara (nation building), bukan
membina rumah, yang boleh dibuat sesuka hati. Justeru, bertegaslah, tidak kira
menang atau kalah pilihan raya.
Ketegasan
yang sama hendaklah juga dibuat dalam isu perebutan tanah antara Kementerian
Pelancongan dengan Kebudayaan (KPK) dengan sebuah SJKC Chin Woo, Pudu, Kuala
Lumpur.
Pada
Julai lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertegas akan mengambil
tanah seluas 0.169 hektar yang telah digunakan oleh SJKC Chin Woo secara haram,
bagi tujuan membina Kampung Budaya menerusi projek Kota Warisan Kuala Lumpur
yang dianggarkan bernilai RM32.5 juta, berhampiran Jalan Pudu.
Menurut
KPK tanah tersebut adalah tanahnya dan pengambilalihan akan diambil pada 24
September yang lalu.
Bagaimanapun
keputusan itu mendapat bantahan daripada SJKC tersebut, terutama kalangan guru-guru dan ibu bapa,
kerana mereka mendakwa tanah tersebut adalah tanahnya. Gelanggang bola
keranjang telah dibina di situ sejak 1938. Sedangkan dalam pelan, menunjukkan
sebaliknya iaitu kepunyaan KPK.
Untuk makluman, isu ini telah
dibangkitkan sebelum ini lagi. Terbaharu, SJKC Chin Woo telah menerima notis
pemberitahuan pengosongan tapak gelanggang sukan yang dikeluarkan Pentadbir
Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG WPKL) bertarikh 28 Ogos
2013. Notis tersebut meminta pihak SJKC Chin Woo mengosongkan tapak gelanggang
sukan sekolah itu sebelum 23 September 2013. Jika tidak perobohan struktur dan
pengosongan akan dijalankan pada 24 September.
Peliknya,
pentadbir SJKC Chin Woo dalam tidak dapat menerima keputusan tersebut. Dalam akhbar dan
laman sosial ultra kiasu, mereka mendakwa KPK adalah penceroboh.
Apabila
KPK mahu mengambil tanah tersebut pada 24 September lalu, kira-kira 300 orang
berkumpul bagi membantah hasrat KPK. Akhirnya, pengambilan tertunda. Kita
mengalah lagi.
SJKC Chin Woo telah didirikan
sejak 75 tahun lalu di atas tanah milik sekolah sendiri yang menempatkan lebih
500 pelajar. Selepas itu, SJKC tersebut telah melakukan pencerobohan ke atas
tanah kerajaan dengan membina gelanggang sukan tanpa kebenaran.
Ultra kiasu berhujah jika KPK
mengambil tanah tersebut, ia akan menjejaskan aktiviti pembelajaran sekolah
itu. Pengosongan dan perobohan tapak itu akan mengakibatkan sekolah kerugian
kerana hilang dua gelanggang permainan sekaligus menjejaskan aktiviti
persekolahan.
Persoalan saya, apa yang
terjejas? Isunya gelanggang sukan, bukan roboh sekolah. Kenapa pejabat tanah
tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum pembinaan dibuat? Tanah tersebut atas
nama siapa? Siapa yang berhak? Biar undang-undang yang menentukan.
Lihatlah betapa liciknya ultra
kiasu. Mereka akan mempersalahkan sesiapa juga untuk menjustifikasinya
tindakannya. Saya amat pelik dengan ultra kiasu, mereka begitu mempertahankan
sekolah Cina, bermati-matian, termasuk gelanggang sukan.
Mereka tidak pernah risau
anak-anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam
kepala otak mereka, hanya ada Cina, Cina, Cina. Saya juga orang Cina, tetapi
saya penting agenda negara dari agenda bangsa.
Lihat isu terbaharu, ketika
lawatan presiden China ke Malaysia, Presiden MCA dan NGO-NGO Cina bukan main
lagi mencanangkan peri pentingnya bahasa Mandarin kepada rakyat Malaysia.
Rakyat disarankan mesti belajar bahasa Cina.
Kita tidak nafikan keperluan
mempelajari bahasa asing, malah Islam amat menggalakkan. Persoalannya, wajarkah
kita bahasa asing, sedangkan bahasa kebangsaan masih gagap, ada yang langsung
tidak difahami.
Peliknya, kenapa MCA dan ultra
kiasu langsung tidak ambil pusing kelemahan orang Cina rakyat Malaysia yang
begitu ramai yang tidak faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.
Asyik-asyik
hujahnya China akan menjadi kuasa besar ekonomi di rantau ini. Justeru, orang
Malaysia mesti boleh berbahasa Cina. Apakah mereka tidak terfikir tentang
kepentingan bahasa lain juga, terutama bahasa negara?
Sebelum
ini, akhbar The Straits Times
Singapura, melaporkan kerajaan Kelantan menggalakkan orang Kelantan belajar
bahasa dan budaya Cina. Katanya lima cucu bekas Menteri Besar (Nik Abdul Aziz)
juga belajar sekolah Cina, menunjukkan betapa pentingnya bahasa Cina.
Mereka
tidak faham di sebalik. Atau sengaja mahu memprogandakan isu ini. Sama seperti
anak saya yang belajar di SJKC. Matlamat saya hanya satu, untuk menyunatkan
orang Cina satu hari nanti. Memudahkan dakwah. Bukan kerana kepentingan bahasa
itu sangat. Saya harap kita semua faham.
Ingatlah!
kita belajar bahasa Cina untuk kepentingan dakwah sepertimana saranan Nabi.
Bukan untuk mengagungkan bahasa Cina sehingga memperlekehkan bahasa Melayu
(Arab) selaku bahasa kebangsaan. Jika majoriti rakyat Malaysia bukan Islam
adalah bukan Cina, saya tidak terfikir Tuan Guru Nik Aziz akan menghantar
cucunya ke SJKC.
Nasihat
saya, jangan sampai cucu Nik Aziz terlebih pandai berbahasa Cina, tetapi tidak
boleh berbahasa Arab. Jika itulah yang berlaku, kerajaan Kelantan sudah silap
dalam mengatur kehidupan rakyatnya, selaras kehendak Islam, dari segi fiqh awlawiyyat (memahami keutamaan).
12 comments:
Memang sudah nyata. Tidak lain dan tidak bukan. Sekolah Cina yang menggunakan Mandarin sebgai bahasa pengantar ada lah bertentangan dengan Perlembagaan. Perkara 152 mengatakan bahawa bahasa negara ini adalah Bahasa Melayu. Bahasa ibunda boleh digunakan hanya "selain dari untuk kegunaan resmi". Sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara.
Maka tidak wajar, malahan salah, membenarkan Sekolah Cina selepas negara ini berpaut kapada Pelembagaan negara. Ia itu selepas Merdeka di tahun 1957.
British kolonial telah membenarkan sekolah Cina. Apa yang telah ada sabelom Merdeka tidak semestinya betul selepas Merdeka. Kerajaan mesti ada bola untuk melaksanakan sistem Sekolah Single Stream Education.
Dan Timbalan Perdana Mnteri merangkap Mnteri Pelajaran mesti dipuji mengambil pendirian tegas tidak memperakui UEC. Tidak boleh. Tidak semenggah. Salah jika memperakuinya. Akan dikeji sehabis habisnya jika dibuat sebaliknya. Sebabnya nyata. UEC tidak mengikut Dasar dan Rancangan Pelajaran Negara. Jangan sesiapa lupa.
Di mana-mana negara pun mana ada yang membiarkan sekolah-sekolah menyimpang dari kebangsaan negara.
Lihat di UK, adakah Cina kelahiran UK di UK terhegeh-hegeh dengan budaya Cina? Atau mereka memperkenalkan diri mereka sebagai orang British dan berbahasa Inggeris?
Sama juga di Amerika, adakah Cina kelahiran Amerika di Amerika terhegeh-hegeh dengan budaya Cina? Atau mereka memperkenalkan diri mereka sebagai orang Amerika dan berbahasa Inggeris?
Tapi di Malaysia, bahasa Melayu pun ditukar menjadi bahasa Malaysia, kerana mereka kata "Melayu" pada bahasa Melayu itu rasis.
Adakah Cina yang berbahasa Inggeris itu berbangsa Inggeris? Mata birukah mereka semua? Hidung mancungkah mereka semua?
Kenapa mereka tak buat demosntrasi membantah penggunaan bahasa "Inggeris" kerana mereka bukan Inggeris? Kenapa mereka tak minta ditukar bahasa Inggeris menjadi Bahasa Antarabangsa, misalnya, lantaran "tersinggung" sangat dengan istilah "Inggeris" itu?
Tapi bila bab bahasa Melayu, alih-alih jadi isu rasis pula.
Pendek kata, apa sahaja berkaitan Melayu dianggap rasis. Apa sahaja berkaitan Cina dianggap "hak asasi manusia".
Bahkan juga, peranan ahli politik tidak kira dari sisi mana, tidak banyak membantu isu sebegini. Lebih dari kebiasaan hanya memburukkan lagi keadaan.
Orang politik zaman sekarang, samada yang kata hendak tolong Melayu, atau yang kata hendak tegakkan Islam, kedua-duanya sudah lari dari agendanya.
Mereka tidak lagi takutkan Allah. Mereka takut hilang undi.
Disana sini ultra kiasu membabitkan diri dalam perkara tanah haram. Jenis ini mengalahkan Belanda hendakkan tanah.
DiMantin tak lama yang lalu, suatu kampong yang memanggil tempat itu Kampong Hakka, dibina secara haram, bukan diatas tanah mereka. Dihalau keluar, mereka tak mahu. Berdemo. Datang pulak Wakil Rakyat DAP yang cuba menghalang pihak Polis menjalankan tugas.
Hah, diheret kebalai, digari tangan, dimasuk lokap, dsbnya. Komplen, dia Wakil Rakyat konon, dikenakan tindakan sebagai "common criminals". Padan muka. Pedulikan. Wakil Rakyat tidak ada imunisasi dari tindakan jenayah. Menghalang Polis menjalankan tugas ada lah tindakan jenayah.
Itu sahaja ubat yang mujarab bagi mereka. Tapi tak juga sembuh penyakit itu. Tentu akan timbul dilain masa, dilain tempat. Penyakit semula jadi ultra kiasu. Penyakit jenis merebak. Perlu dibuat begitu juga. Tak boleh di beri muka. Nanti naik kepala.
Saperti puak yang mendakwa tanah yng ada sekolah Cina itu adalah tanahnya. Gelanggang bola keranjang dibina disitu sejak 1938 tidak membuktikan kepunyaan. Mereka tahu bahawa Geran Tanah atau Suratan Hakmilik ada lah buktinya. Tapi ultra kiasu mesti berkeras. Maka Pihak berkuasa/ Pemerintah mesti berkeras juga. Panggil Polis sahaja, nyahkan mereka. Selagi takda Suratan Hakmilik, mana pelan yang ada yang menunjukkan sebaliknya itu menandakan tanah itu kepunyaan KPK.
Begitu juga SJKC Chin Woo yang telah menerima notis pemberitahuan pengosongan tapak gelanggang sukan yang dikeluarkan Pentadbir Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 28 Ogos 2013. Yang mesti dikosongkan tapak gelanggang sukan sekolah itu sebelum 23 September 2013. Jika tidak perobohan struktur dan pengosongan akan dijalankan pada 24 September.
Peduli apa mereka mendakwa KPK melakukan pencerobohan dalam akhbar dan laman sosial ultra kiasu. Bila mengambil semula atau merobohkan struktur binaan dikawasan itu, tentukan media massa diberi tahu sabelomnya supaya liputan media massa dibuat dengan sepenuhnya. Bila ada lagi Wakil Rakyat DAP cuba menghalang pihak Polis dll menjalankan tugas, buat saperi diMantin itu - tangkap mereka, garikan dan heret ke Balai Polis, masukkan kedalam lokap. Sampai masanya, heret ke Mahkamah pula dan dakwa.
Assalamualaikum saudara ridhuan,
Mudah-mudahan Allah memberi kesabaran, kekuatan, kebijaksanaan dan pertolongan kepada saudara dan mereka yang berkongsi aspirasi perjuangan dengan saudara.
Allah Maha Bijaksana dan Maha berkuasa.
Dia jualah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku kepada umat Islam di negara yang diperintah oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Pelbagai penindasan ke atas umat Islam, harta benda mereka, dan hak beragama mereka berlaku baik secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi.
Kita umat Islam di Malaysia telah diberi anugerah memerintah sebuah negara sekaligus satu amanah dan juga ujian kepada kita samada termasuk di dalam golongan hambaNya yang bertaqwa.
Mudah-mudahan pemimpin kita diberi kefahaman yang jelas, taufiq dan hidayah untuk memerintah Negara kita dengan kebijaksanaan dan saksama tanpa alpa terhadap cubaan musuh-musuh Islam yang menyerang dari segenap sudut setiap masa.
Wallahualam
Sdr Budakjawa,
Tak salah menggunakan nama itu. Tapi bagus kalau kita akui bahawa Jawa, Banjar, Bugis dan berbagai sukubangsa diSabah dan Sarawak itu semua ada lah Melayu.
Saperti Cina - mereka jarang sekali memperkenalkan diri mereka mengikut sukubangsa mereka Hokkien, Confu, Hakka, dsbnya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bahawa kita semua adalah Serumpun yang dikenali sebagai Keluarga Besar Melayu, berjumlah 350 juta kesemuanya, ada kaum kaum Melayu yang berbahasa Melayu (Keluarga Bahasa Melayu ini berjumlah lebih dari 1,200 kesemuanya) diMadagascar, South Afrika, Australia, Indo-China, Taiwan dan kepulauan Pasifik hingga ke Hawaii, baca lah buku
1. Tamadun Alam Melayu
2. The Malay Civilization
yang diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, boleh dibeli diWisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.
Persatuan Sejarah Malaysia itu telah ditubuhkan dizaman British Kolonial lagi. Sekarang ahli-ahlinya termasuk ramai Professor dan akademia tempatan saperti Professor Emeritus Dato Mohd Taib Othman (Pengajian Melayu), Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (Sejarah), Professor Zainal Abidin Wahid (Sejarah), Professor Ariffin Shuhaimi (Arkeoloji/Kajian Bahan Purba) dll.
Tambahan kpd komen utk budakjawa:
Mungkin satu sebab pendatang tak indahkan BM ia lah mereka fikir BM ada lah bahasa berbelas juta manusia sahaja. Tetapi sabenarnya ada lah bahasa 350 juta manusia dan di gunakan di lebih 1/3 muka bumi ini.
Berikut ini ada lah salinan komen berkenaan Keluarga Besar Bahasa Melayu:
Ada lebih dari 1200 bahasa didalam apa yang dipanggil “Keluarga Besar Bahasa Melayu” didunia sekarang ini.
Ahli ahli sains telah menyelidek dan mengkaji bahasa bahasa di Gugusan Pulau Pulau Melayu ini sejak pelayaran Captain Cook di Lautan Pacific. Sejak itu, berbagai pakar telah menyelidek, merekod dan mengkaji sebaran bahasa itu, yang terkemuka diantaranya seperti berikut:
Malay Peninsula: 1 (+4 Aboriginal Malayan languages)
Borneo: 153
Phipippine Islands: 160
Sulawesi: 114
Java Island: 3
Taiwan Island: 23
Madagascar Island: 11
Berikut ada lah contoh perkataan perkataan yang ada persamaan dasar didalam Bahasa Melayu, Tagalog (Philippines), Fiji, Samoa, dll:
dua, empat, lima, enam, mata, jalan, pandan, nior.
Bahasa kumpulan kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak pun banyak persamaannya dengan Bahasa Melayu.
(Punca: Tamadun Alam Melayu, penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia).
Sdr Marzuki,
Sokong pendapat Sdr.
Yang ganjilnya puak ultra kiasu ni -
Mereka berasal dari selatan China. Disana kaum mereka tak hiraukan bahasa Mandarin. Cakap harian pakai bahasa ibunda - Hokkien, Confu, Hakka dll.
Mandarin adalah Bahasa kebangsaan/ Bahasa resmi negara China. 1-2 tahun yang lalu, Pemerintah diBeijing arahkan supaya seluruh negara gunakan Mandarin dalam urusan resmi mereka, yang diSelatan China itu tunjuk perasaan membantah - adakan demo diCanton, Hong Kong dll.
Itulah lagi tanda keultra kiasuan mereka.
DAP pulak bantah apa saja. Bossnya Lim Guan Eng resmikan bangunan yang dinamakan Sun Yat Sen diPenang. Benda Allah itu takda apa kaitan langsung dengan Malaysia selain menumpang diPenang dimasa lari dari kegelutan revolusi diChina dimasa dulu.
Lim Guan Eng mahukan rakyat Penang pandang ke Sun Yat Sen dan China. Cakap saja dia Malaysian First, Chinese Second. Sabenarnya dia Sun Yat Sen/ China First, Chinese Second, Malaysia tak tahu kemana dihumbankannya.
Itu lah yang dinamakan Cakap Tak Serupa Bikin. Bahaya Jenis Ini. Lidah bercabang. Mengalahkan ular.
Sekadar Menambah
Undang2 untuk mendaulatkan bahsa melayu dah lama ujud. Papan tanda kedai sebagai contoh. Bahasa melayu harus diutamakan - diletak paling atas, tulisannya paling besar. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya - bahasa cina paling atas, tulisan cina paling besar, sedangkan bahasa melayu paling tercorot atau mungkin tak ada langsung.
Contohi saja KM Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Undang2 sudah lama ujud, maka kuatkuasakan saja lah. Tengok saja apa yang Lim Guan Eng buat di Pulau Pinang, dia ambil tindakan kepada peniaga melayu bersandarkan kepada undang2 (memang lah niat sebenar dia adalah hendak menekan peniaga melayu), tak siapa berani mengatakan tindakan Lim Guan Eng itu tidak betul.
Saya tak boleh nak bayangkan keadaan yang terpaksa dilalui oleh para peniaga melayu yang bergelandangan di merata tempat dan di serata ceruk jika ditakdirkan tampuk pemerintahan negara Malaysia ini jatuh ke tangan DAP. MUDAHAN2 SAHABAT SAYA DALAM PAS YANG TURUT MENJADI PENIAGA MELAYU GELANDANGAN DAPAT MEMBAYANGKAN SEPERTI APA YANG SAYA BAYANGKAN. Seraaammmmmmmm .....
Cadangan saya kepada PBT di negeri2 yang dikuasai oleh Umno/BN ... sila kuatkuasakan undang2 PBT anda berkenaan papan tanda premis perniagaan sebagai langkah awal kerajaan Umno/BN untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Tidak ada sebab kenapa anda PBT tidak boleh buat kalau Lim Guan Eng boleh guna undang2 PBT di Pulau Pinang untuk mengajar para peniaga melayu gelandangan di sana supaya " meniaga ikut law ".
Ana Muslimah
Mohon laluan kepada tuan tanah untuk menjelaskan perihal nama saya.
Saya mengambil perhatian komen yang mengatakan jawa adalah melayu. Justeru itu, tidak salah untuk saya menggunakan nama tersebut. Bukanlah apabila kita menggunakan nama sesuatu bangsa itu menjadikan kita berpuak-puak mahupun berpecah-belah, namun sebaliknya.
Malah sengaja saya menggunakan nama tersebut dan menunggu orang-orang yang bersifat perkauman memanggil saya sebagai pendatang supaya dapatlah saya peluang untuk menerangkan apa yang saya faham.
Hujah saya mudah sahaja. Tidak akademik seperti prof2 dan lain-lain cerdik pandai yang mengkaji secara mendalam.
Yang pertama, persamaan adat, budaya dan bahasa suku kaum di nusantara alam melayu atau disebut juga Malay Archipelago. Yang kedua, sekiranya tanah jawa dan semenanjung tanah melayu adalah kerajaan yang berbeza apatah lagi berbeza bangsanya, mana mungkin parameswara secara sewenang-wenang datang ke semenanjung tanah melayu untuk membuka kerajaan. Hal ini mungkin kerana disebabkan oleh kita adalah serumpun dan alam melayu ini adalah milik orang melayu.
Sekian sahaja.
Terima kasih atas perhatian dan balik semula kepada perbincangan topik asal tuan tanah.
Wallahualam.
Wahai Melayu, kamu kata ini Tanah Melayu tapi ekonominya dikuasai oleh kaum Cina? Apa ini? Siapa yang beria-ia memajukan tanah air sendiri,"Tanah Melayu"? We deserve to have a better government like Singapore.
Profesor ciplak nak tanding Tuan Guru? Sudah cukupkah ilmu di dada? Riak betul nampaknya? Siapalah kamu pada mata rakyat? Hanya seorang Cina gila meroyan tak tentu hala memalukan bangsa sendiri! Kalaulah kau tu dari bangsa Melayu, dah lama kamu tu kami dah talkinkan ke dalam liang lahad! Ada faham?
Post a Comment