Assalamua'laikum Sdr semua. Artikel saya ini saya copy dari artikel yang telah disiar oleh Sinar Harian hari ini. Artikel penuh akan saya siarkan bila balik bercuti nanti...
KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.
Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.
Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.
Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.
Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.
Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.
Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.
Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.
Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.
Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.
Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.
Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.
Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.
Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.
Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.
Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.
Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.
Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam.
28 comments:
Dr. Ridhuan Tee is spot-on. I voted for BN not because I really love and admire BN, but I wouldn't want Malaysia to fall under the rule of the ultra-kiasu party. We Malay Muslims really don't have a choice. However, BN is really projecting a bad image when everything goes up. Is it really necessary to increase petrol, tol, cukai pintu, etc?
As it is, I consider myself to live in moderation as I commute by public transportation (my family doesn't own a car at all), my electricity and water bills are kept below RM 50 per month by using energy-saving lamps, no air-conds, no washing machine (we all hand-wash our clothes, pillowcases, bed sheets etc) despite the fact that we are living in an urban area.
Even if tol and petrol is increased, it is not as though traffic problems will be solved. BN needs to look into the root cause of the problem, i.e. the number of vehicles on the road. No matter how big highways and freeways are built, traffic jams will never be solved if everyone wants to drive such that one household has a minimum of 3 cars, some even 4 or 5! The number of vehicles owned per household needs to be controlled and we need excellent public transportation. I don't mind commuting by public transportation as it helps saves the environment and reduces the number of vehicles on the road. However, I do feel frustrated due to irregular bus schedules that I arrive at work late, even though I leave home at 6.30 a.m. Still, with the ever-increasing cost of living, it is hard to have lots of savings considering that we don't get a salary increase that is proportional to the rise of cost of living. Even groceries are expensive.
BN will go downhill if they are not careful. The ultra-kiasu party are doing all they can to attack BN. And yet BN seems to be in delusion.
Kekadang saya terfikir, sampaikah kepada pengetahuan PM dan mamanda MENTERInya akan hal-hal rakyat atau sekadar mendengar nasihat dari penasihatnya tanpa turun kelapangan menyelami hati dan permasalahan rakyat, yang pasti pihak yang lagi satu sekarang sedang mengaut untungnya.
"Bebankan orang kaya yang bertambah kaya."
Sokong amat sesangat.
Siape yang bodoh sahaja masih bersama bn. Agendaya membela islam. Tapi bini sendiri tak pkai tudung. Undang2 hudud tak patut dijalankan di malaysia?? Kita ni sape nak persoalkan undang2 allah. Kalau tak suka dengan undang2 allah. Pegi cari planet lain. Boleh tak orang2 BN?
PERKASA boleh mula buka gelanggang politik Melayu. Tidak boleh lagi bersuara secara pinggiran. Tidak boleh lagi duduk dalam muzium Singapura dan bakal di muziumkan di Malaysia...
Kerana Melayu mereka gembira. Kerana Melayu mereka sudah lupa.
Mungkin mereka kata, apa Melayu boleh buat ?
Sebenar nya terlalu banyak. Cuma kita sendiri suka menghadkan ! Ramai tokoh dalam PERKASA. Apa lagi kekangan nya?
DAP hampir berjaya dalam misi mereka. Rasis, cauvinis, komunis dan kapitalis - bau yang sinonim dengan cita-cita berapi mengambil alih tampuk pimpinan Negara.
Semoga PM Najib mendapat hidayah ketika ini melakukan Umrah !
kepada seluruh kepimpinan umno
sudikah kalian untuk turun ke kebun bersama-sama aku..
kita menebas anak kayu bersama
kita meracun rumpai bersama
kita memerun tunggul kayu bersama
kita memancang bersama
kita mencangkul lubang bersama
kita menanam anak benih bersama
kita menabur baja dan racun bersama
kita menjaga kebun tanaman bersama
kita memasang tiang dan pagar bersama
kita berhujan berpanas bersama
kita jatuh tergolek bersama
kita menghalau babi dan monyet bersama
....
sudi dan sanggupkah kalian?
aku berkongsi rasa dgn kalian.....
nak beli baja racun pun kadang berebut dgn beras dan lauk..
macam nak mampos rasanya org spt aku mencari rezeki...
macam pengemis busuk rasanya bila memohon bantuan dijabatan2...
cuma aku nak bertanya..dalam pada kau orang mencari 'kerusi empuk'.. ada pernah ke kau org sain kontrak
untuk menyusahkan lagi dan lagi dan lagi...rakyat bawahan spt aku
Setuju dengan rencana ini.
Sikap BN, apabila dikritik mudah melenting dan bersikap defensif (bahkan kerapkali agresif);
-Jangan termakan hasutan pembangkang.
-Melayu akan hilang kuasa.
-Rakyat perlu bersyukur.
-Lebih rendah berbanding harga jiran.
-Jangan makan/guna dll.
Jawapan di atas benar-benar menyakitkan hati dan merendah-rendahkan daya fikir rakyat.
Assalam Dr Ridhaun Tee
Saya amat suka dengan lontaran komen oleh Chicken Vindaloo, maee said & kebun semaka said. ya, saya bersetuju. Jika nak penang PRU14, langkah drastik perlu di ambil PM bagaimana nak mentadbir negara dengan penuh hemah. Ikutlah cara pentadbiran Rasulullah s.a.w & pemimpin2 Islam tersohor yang mempunyai empayar masing2.
Sebagai Gen Y,kami mengharapkan kepimpinan lebih telus. Ramai rakan2 yang uruskan teks ucapan menteri2 berkata Menteri tidak buat "reseach" mereka. Saya terpaksa akur bila mendengar jawapan2 oleh Menteri di Parlimen. Amat sedih juga.
Lagi satu, di harap sebelum dasar2 baru & terutamanya melibatkan pemansuhan akta atau pengubahsuaian terhadap akta sedia ada,di rujuk kepada yang pakar dalam bidang itu & yang mengimplikasikannya dalam urusan harian.
Oh ya, PM juga di nasihatkan agar mengukuhkan barisan pengutkuasaan & perlaksanaan kerana saya melalui pemerhatian saya Malaysia terlalu lemah dalam kedua2 bidang tugasan ini. Sekadar di pinggiran & hangat2 tahi ayam.
Jika ingin menawan hati GEN Y pada PRU14 terutamanya BUMI buatlah tugasan seikhlas hati, telus, pentingkan hal negara tanpa memikirkan kepentingan peribadi & barisan pemimpin yang penuh intelektual. Tak payah lah nak tawan hati ultra-kiasu yang sah2 tak kan sokong apa yang BN buat. Buang masa je. Jangan biar kami terluka & naik menyampah. Buruk padahnya.
Bukan ugutan atau ancaman, sekadar peringatan. Even dulu ramai tak suka Tun M, tetapi akibat kebijaksaan & ketegasan TUN, BN menang lebih dari 2/3 majoriti.Ia tidak mustahil utk di gapai pada PRU14 jika slogan yang di laung-laungkan "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan" betul2 di hayati.
Sekian, terima kasih.
by : Rashidah
Good to hear from Chicken Vindaloo again after his absence for quite some time here.
Bagus mendengar gaya hidup "life of prudence"nya. Turun naik harga barangan tak kisah, cara hidupnya banyak mendatangkan faedah, termasuk exercise bila banyak berjalan ke dan daripada stesyen MRT dsbnya.
Saya puji dan sanjung tinggi pendiriannya. Harap dia masuk sini selalu memberi perangsang kapada pembaca lain.
I'm not sure if BN is in delusion. I hope it's not a deliberate act to encourage market forces to work such that they'll lead to the rush to a high income nation. A rush that I feel is not necessary when they affect the livelihood and the struggle to make ends meet by a large sector of the population.
I'll confess to not being qualified in economics, but I read the complaints against PEMANDU advising on GST, removal of subsidies, etc.
It seems to my untrained mind that the higher the cost of goods and services, the greater the clamour for higher salaries, and salaries must at one point or other be commensurate with the cost of living, otherwise there'll be a series of strikes and demonstrations - not that I agree with Mat Sabu's call for a demo on May Day next year.
When such "market forces work", they'll lead to this country having a high income status, won't they?
I don't like Najib's pseudo-liberal thinking and policies, but I would be glad to hear from qualified economists denying my simpleton beliefs and expound the real truths behind the rising cost of living - who to blame etc.
12:46 PM,
Kamu cakap dari lubang bontot Anwar Al Juburi ke? Kamu tuduh yang bodoh sahaja masih bersama bn, kamu semua yang bersama Pakatoon bangang ke? Amat teruk kebodohan korang, tak terhingga.
Ooooo, kebangangan kamu sampai ke tahap mengata tak pakai tudung bermakna tak membela Islam? Sekolah mana kamu dulu? Sekolah Cina berterusan ke? Main ulang saja apa Cikgu kamu cakap, hari hari dalam kelas, balik rumah takda didikan emak bapak, tak tahu lain hanya cuba membodohkan orang lain. Kamu cuba, tak berjaya. Sebab yang lain tahikan kamu.
Wahai si bangang, kamu semua pujuk le kafir harbi DAP tu terima Hudud, kamdian cuba laksanakan diKelantan, amacam bole? Mengarut kamu cakap.
Lebih baik kamu beri tahu rakan sekatil kamu DAP yang tak hormatkan Perlembagaan negara itu berambus, berhijrah, kalau tak, hormati dan patuhi Perlembagaan negara sapenuhnya. Amacam, bole?
Ini kali RT paling berotak bercakap tak macam dulu betul tak betul pun sokong BN. RT you sudah insaf ! Taniah !!!!
HAMPas dulu kafirkan UMNO kungsi kuasa dalam pemerintahan negara.
sekarang HAMPas jadi jalang menagih simpati kafirun, munafikun dan musrikun DAP yang hari-hari kencingkan HAMPas sehingga fanatik HAMPas sangat bodoh, bisu, pekak dan buta tak upaya beza UMNO adalah menyembah allah juga, sedang kaum kafir hari ini hidup satu rumah dengan HAMPas.
Aku nak sangat tengok kau mati dipanah petir! Aku doakan kau mati hangus sampai tidak boleh dikenali hatta satu makhluk di muka bumi ini!
7:38 PM,
Kamu tak berotak sikit pun, menuduh liar kononnya RT "tak betul pun sokong BN", tanpa beri contoh pun.
Korang jenis Pakatoon rentikan le buat camtu, bikin pembaca bosan kat Pakatoon Rakyat.
7:38 PM,
Kamu tak berotak sikit pun, menuduh liar kononnya RT "tak betul pun sokong BN", tanpa beri contoh pun.
Korang jenis Pakatoon rentikan le buat camtu, bikin pembaca bosan kat Pakatoon Rakyat.
Sokong apa Rashidah kata -
"Tak payah lah nak tawan hati ultra-kiasu yang sah2 tak kan sokong apa yang BN buat."
Marzuki,
Tak terasa ke bahawa yang paling cepat melompat bila ditegur atau dikecam ada lah ultra kiasu DAP?
Baca le berita berita berkenaan teguran Pendaftar Pertubuhan (RoS) keatas pemilihan semula CEC mereka.
Mengikut undang undang, RoS berkuaasa berkenaan apa sahaja berkaitan pertubuhan politik. Namun demikian, RoS minta DAP kemukakan butir butir lanjut keahlian mereka dll pun, DAP kurang ajar hingga nak menyaman RoS.
Bukan kah itu yang membuktikan bahawa ultra kiasu DAP menloncat saperti beruk bila diminta maklumat dek RoS yang berkuasa diatas semua itu?
Tak setuju dengan kata kata maae -
"DAP hampir berjaya dalam misi mereka. Rasis, cauvinis, komunis dan kapitalis - bau yang sinonim dengan cita-cita berapi mengambil alih tampuk pimpinan Negara."
Mereka tak "hampir" - jauh lagi nak mengambil alih tampuk pimpinan negara. Mereka tak akan dapat buat demikian jika tak dengan puak puak Melayu yang diantara mereka ada yang pengkhianat bangsa dan negara. Saperti Anwarul Al Juburi, yang membusukkan Malaysia diluar negara dan bersekongkol dengan Yahudi, Neo-Cons dan Zionis diAmerika dll.
Walau pun bersama Melayu, jauh lagi DAP nak sampai kePutrajaya - kalau boleh pun. Sistem penentuan menang pilihanraya berdasarkan kemenangan electoral college yang telah digunakan selama 56 tahun dan berlunaskan apa yang tertera diPerlembagaan negara tak akan bertukar. Mereka cuba kata menang "popular votes", tapi tak bijak kata begitu sebab diUS pun Al Gore kalah dan tak dapat jadi Presiden walau pun popular votes dia lebih dari yang George W Bush dapat. Mereka pun ikut sistem electoral college.
Majoriti rakyat mengikut sistem electoral vote itu tahu kepincangan Anwar Ibrahim dan sekutunya. Mereka yang dikampung dan pinggiran bandar pun tahu bahayanya DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan yang menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Mereka tidak akan mengundi DAP.
Tapi saya setuju dengan kata kata maae bahawa DAP "Rasis, cauvinis, komunis."
Wahai kebun semak,
Aku bukan pemimpin UMNO tapi ada kenal dengan yang memimpin diperingkat bawahan dan tengah. Ada antara mereka yang selalu turun ke kebun. Aku pun selalu kekebun, saperti pemimpin UMNO yang aku katakan itu, menebas, meracun rumpai dsbnya. Tahu benar apa yang dikatakan oleh mu.
Kenapa kamu merasa "macam pengemis busuk rasanya bila memohon bantuan dijabatan2"? Kalau tak cerita, macam mana orang nak tahu dan nak baikki keadaan ditempat kamu?
Tapi bila kamu kata "dalam pada kau orang mencari 'kerusi empuk'.. ada pernah ke kau org sain kontrak untuk menyusahkan lagi dan lagi dan lagi...rakyat bawahan spt aku" - dengan takda penerangan atau huraian, maka curiga lah akau akan maksud mu.
Kalau nak komplen dengan betul, berilah penerangan apa masalah sabenarnya, jika ada masalah dengan Jabatan Kerjaaan, sebutkan dimana dan apa jawatan pegawainya.
Jika tidak, kamu nampak macam jenis Pakatoon Rakyat sahaja. Tak adil le menuduh secara lair macam dia orang selalu buat.
Fasal harga barang naik, bertanyalah dengan yang faham ekonomi sikit - tahukan faktor faktor yang menyebabkan inflasi yang berlaku disemua negara diseluruh dunia dimasa masa tertentu. Tapi jangan tanya orang Pakatoon, ye? Mereka tentu kata macam macam yang tak betul.
10:56 PM,
Siapa yang kau nak sangat tengok mati dipanah petir tu? Anwar Al Juburi ke, Lim Guan Eng ke, Hadi Awang ke? Hehe
Bukan main busuk hati kau ye, sampai mendoakan orang mati hangus sampai tidak boleh dikenali.
Tapi, apa makna "hatta" tu? Jarang orang pakai lagi perkataan itu - kau orang kelasik ke? Kelasik dari segi umur ke?
Tu lah, kalau nak ngritik, tulih le betul betul, Mamat.
Eh, tak masuk ke komen aku nih tadi? Naah, aku cuba tekan lagi -
10:56 PM,
Siapa yang kau nak sangat tengok mati dipanah petir tu? Anwar Al Juburi ke, Lim Guan Eng ke, Hadi Awang ke? Hehe
Bukan main busuk hati kau ye, sampai mendoakan orang mati hangus sampai tidak boleh dikenali.
Tapi, apa makna "hatta" tu? Jarang orang pakai lagi perkataan itu - kau orang kelasik ke? Kelasik dari segi umur ke?
Tu lah, kalau nak ngritik, tulih le betul betul, Mamat.
Siapa yang marah harga barang naik diMalaysia, cuba baca ini:
S. Korea sees higher inflation in 2014
SEOUL: South Korea's central bank said on Thursday that it expects price pressures to rise next year as the domestic economy improves.
The Bank of Korea said in its guidelines for 2014 monetary policy that inflation would increase in 2014.
Kalau tak faham, ini dia sdikit terjemahan -
Bank Negara Korea Selatan kata inflasi akan meningkat diKorea Selatan ditahun 2014 dimasa ekonomi dalam negara bertambah naik.
Waah, Bang, ekonomi dia orang bertambah baik pun, inflasi naik. Bermakna ekonomi Malaysia pun bertambah baik le, sebab inflasi naik sekarang.
Sapa yang pandai konomi nak nafikan? Sila lah.
11:57AM,
Nampaknya kamu ni penyokong harga barang naik...cuba nak justifikasikan kenaikan harga dengan membuat perbandingan dengan korea selatan. Ini Malaysia, bukan Korea selatan. "Income per capita" korea selatan jauh lebih tinggi daripada Malaysia. Cuba rujuk pada data daripada bank dunia atau IMF.
Inflasi sesebuah negara tidak harus naik secara mendadak. Inflasi seharusnya dikawal. Kalau tidak, yang menderita adalah
rakyat. Jikalau rakyat biasa sengsara dan tidak dapat menampung kos sara hidup harian, apa guna jadi negara berstatus maju?
Yang menjadi lebih kaya adalah orang yang sudah pun kaya. Yang miskin terus jadi miskin!
Kerajaan kata akan bantu rakyat dengan BRIM. Berapa lama kita nak harapkan BRIM? Bukankah itu adalah salah satu daripada subsidi (bantuan) kerajaan? Kerajaan dah pun mengambil langkah bagi memansuhkan semua jenis subsidi secara beransur ansur. Matlamat memansuhkan subsidi adalah supaya rakyat berdikari dan mampu menanggung kos kehidupan dengan menggunakan duit poket sendiri.
Bolehkah rakyat berbuat demikian jikalau segala macam barang dinaikkan harganya sekaligus?
Gaji tak naik lagi. Ramai yang pasti bankrap.
Malah, Tun Dr Mahathir pun meluahkan pendapatnya agar kos perbelanjaan kerajaan dikurangkan dahulu. Selepas itu barulah naikkan harga barang, itupun secara sedikit agar tidak membebankan rakyat. Ini baru digelar negarawan. Malangnya ramai di pihak kerajaan memberi komen yang tidak bertanggungjawab seperti
menteri yang menyuruh pengguna jalanraya yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan tol supaya menggunakan jalan biasa. Ada yang 'menasihatkan' rakyat supaya
akur dengan keputusan kerajaan dan selaraskan cara hidup bagi menghadapi beban yang bakal ditempuh. Maklumlah menteri menteri ini hidup senang dan
mendapat segala macam elaun. Kenapa tiada seorang pun dari kerajaan yang menyeru agar perbelanjaan kerajaan dan elaun menteri dikurangkan dahulu?
Sepatutnya merekalah yang patut 'didahulukan' dalam menempuh kos sara hidup tinggi agar menjadi contoh. Ini tidak, rakyat 'didahulukan', pencapaian diutamakan.
RT, kini saya sudah mula memahami tagline gagasan 1Malaysia tersebut :(
Salam Semua..Kebelakangan ini kita dibeban dan dibelenggu dengan masalah kenaikkan kos sara hidup, tol dsbagainya. Saya amat bersetuju dengan DSNajib. Saya yakin apa yg dibuat oleh beliau amat tepat untuk jangkamasa 10 tahun dari sekarang. Walaupun pada masa ini semua rakyat mungkin x suka dan benci tetapi DSN juga teruskan agenda tersebut walau dicaci dan dihina. DSN lebih mengetahui kerana dia lebih arif hal kerja beliau. Percayalah dia bukan mahu populis. Dia seorang pejuang rakyat dan negara yg sejati bukan ada kepentingan diri mahu mengejar cita2 peribadi mau menjadi Perdana Menteri.Menurut kajian yg dibuat..jika malaysia teruskan juga dasar subsidi seperti sekarang..Kemungkinan Malaysia akan Bangkrap dlm masa 9 tahun kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak kira2 rm40bil setahun. Tetapi bermula pada 7-8 tahun akan datang kerajaan akan menanggong subsidi sebanyak rm70bil setahun. Bayangkan kira2 30-40% Bajet negara. Ii kerana perjanjian konsesus yg dibuat pada era 80an demi untuk memajukan negara melalui 'pengswastaan'. Ini terpaksa dilakukan untuk generasi kini dan akan datang pada masa itu. Bersyukur kita tidak seteruk dari negara2 lain. Ramai org luar berebut2 datang mencari rizeki yg melimpah ruah yang ada dibumi malaysia ini..seperti pendatang indon,myanmar,,kemboja,bangla dsbnya..Bersyukurlah kpd allah...
3:15 PM,
Ko kata, "Kenapa tiada seorang pun .. yang menyeru agar perbelanjaan kerajaan dan elaun menteri dikurangkan dahulu?"
Ko dah cakap sama Khalid gagap? Dan Nuor Juburi boss dia? Ngapa simpan duit gomen Selangor alih alih naikkan gaji dia sendiri. Dan Exco dia, ADUN yang kebanyakan orang Pakatoon.
Bukan naik gaji saja, naik melambong berganda ganda. Gila dia MB negeri Selangor gaji banyak lebih dari Perdana Menteri.
3.49 PM,
Ko ni terlalu beremosi. Hujah ko untuk menyerang kerajaan PR Selangor. Gaji MB dan ADUN naik ke tak naik tak menjadi masalah selagi rakyat tdk dibelenggu dengan masalah kos sara hidup tinggi.
Artikel RT adalah mengenai kenaikkan kos sara hidup rakyat awam yang naik secara mendadak. Tun Dr Mahathir pun menegur kerajaan. Bukan bererti mereka sokong PR, tetapi mengkritik sebagai negarawan yang memahami keperitan rakyat yang bakal menempuh pelbagai kenaikkan harga. Tidak salah jika kita mengkritik parti yang kita sokong, selagi ianya bernas, logik dan berpatutan.
Salam Dr Ridhuan Tee,
Sekian lama menjadi pembaca blog tuan,saya terpanggil utk mengutarakan secebis pendapat. Setiap kali pandangan yg Dr coretkan dlm ruangan ini, akan menjadi topik hangat samada positif atau negatif.
Bagi kami rakyat marhaen miskin bandar, kami mula merasa terhimpit dengan kenaikan harga barang, petrol, tol, letrik.
Kami menyokong kerajaan setiap kali menjelang pilihanraya, kami pekakkan telinga, butakan mata dengan laungan dari pembangkang...kerana kami cintakan tanah air, ketuanan melayu yg dibanggakan...namun sejujurnya kami sudah merasa tidak lagi dibela, tidak lagi didahulukan seperti slogan pilihanraya lepas. Kami bukannya buta ekonomi, tak pernah menadah tangan mengharapkan BRIM, setiap kali kami pemimpin kami berhujah di tv,pelbagai perbandingan harga barangan di buat dgn negara lain...betulkah di negara kita segalanya masih di tahap baik...kami disaran ubah cara hidup, kalau tak mau ikut tol, guna jln alternatif, kalau tak suka gula naik, kurangkan gula dan pelbagai saranan kurang bijak dari pak menteri..
Seperti yg Dr katakan, pro BN sudah mula goyah, kami juga hilang keyakinan...tak bermakna kami menyokong parti kiasu...tapi kami juga ada kuasa memilih. Pemimpin di tempat kami hanya turun padang ketika pilihanraya...kami rakyat marhaen juga akan mengunakan kuasa memilih kami ketika pilihanraya dan kami bukan dari kalangan yg mudah lupa...
Post a Comment