Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 20, 2013

Transformasi kabinet dan cyber trooper

7:09 AM Posted by RIDHUAN TEE 29 comments
Transformasi kabinet dan cyber trooper 
(Buka Minda, Sinar Harian 20 Mei 2013)

Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.

Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14.

Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai ‘kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel.

Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.

Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya ‘berbau perkauman’, diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?

Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah,  bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.

Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008?

Ringkasnya, sesiapa sahaja ‘public figure’ yang ‘pro’ UMNO BN akan ‘ditelanjangkan’ habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakan psychological  war far dan menaikkan PR.

Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius.

Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu ‘memukul’ pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?

Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia.  Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita.

Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.

Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan?

Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.

Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali.

Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India.

Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?.


29 comments:

tokgaru said...

Cerita pengundi hantu, cerita dakwat kekal tak kekal. Dah basi dah. Dah 15 hari dah kita pilih kerajaan. Dah 15 hari dah orang melayu terbanyak memutuskan Umno terus pegang tampuk kerajaan. Orang melayu yang pro Umno relax saja, tak over excited dengan kemenangan Umno. Nampak 90 % orang melayu Pas pun relax juga, sebagai tanda setuju dengan keputusan PRU13. Yang tak boleh tidur malam adalah puak2 DAP. Memang DAP mengharapkan sangat2 Umno akan tumbang, sebab itu lah mereka mencipta slogan INI KALI LA.

Tapi DAP ni cerdik, kalau dia sorang2 buat protest PRU13, takut nampak sangat macam dia tak suka Umno atau melayu membentuk kerajaan. Bimbang nampak sangat DAP anti melayu. So mereka buat penyamaran dengan menarik satu dua ekor melayu menyertai protest. Mereka gunakan Anwar untuk menjayakan penyamaran itu. Tapi 90% orang melayu tahu protest PRU13 itu agenda siapa sebenarnya. Bukan agenda Anwar sebenarnya. Bukan kerana Anwar gagal jadi PM sebenarnya. Tetapi adalah kerana DAP gagal menumbangkan Umno untuk membentuk kerajaan yang mana Anwar hanya lah sebagai proxy DAP sahaja.

Saya sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keharmonian, merakamkan setinggi Tahniah dan Penghargaan kepada para pemimpin tertinggi Pas yang mengambil sikap Menerima Keputusan Rakyat dalam PRU13. Mari lah kita biarkan Anwar dipergunakan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selagi mereka nampak Anwar berguna kepada mereka. Yakin lah tak lama lagi Anwar akan merasa ” Letih ” dan ” Keseorangan ” bila dia naik ke atas pentas untuk bercakap dia ternampak kehadiran perserta melayu dalam Protest PRU13 adalah jaaaraaaannnnng jaaaraaannnnng (meniru dialog P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang). Dan akhirnya dia akan sedar, ” Oh rupa2nya puak2 cina DAP ni nak peralatkan aku yer…… “. Dan selepas itu, pasti dia akan kembali semula ke lubuk asalnya, dan … kita terima lah dia balik seadanya kerana dia juga berasal dari kita (melayu) dan mengamalkan aqidah seperti kita (islam).

Umno dan Pas ada titik persamaan dari segi Bangsa dan Agama. Anwar dan kita juga ada titik persamaan dari segi Bangsa dan Agama. Ini lah yang sebenar2nya Kunci Perpaduan Melayu.

tokgaru said...

Perpaduan Melayu.

Saya nampak Pas sekarang ni kurang trauma dah bila sebut atau ada cadangan penyatuan Umno-Pas. Itu perubahan yang bagus. Segalanya bermula bila duri2 perpaduan melayu yang ada dalam Pas itu dicabut satu demi satu. Setakat ini " ibu duri " yang ada di Kelantan tu dah dicabut. Satu lagi " duri " yang agak besar masih ada di Trengganu. Kalau " duri Trengganu " ini dicabut saya yakin usaha yang dirintis oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menjadi kenyataan. Azizan di Kedah dah tak boleh buat apa dah, dah macam kupang tembaga, pengganti dia pun nilainya sama macam kupang tembaga juga .. akedamik tak seberapa, ilmu agama nak panggil ustaz pun tak sesuai.

Halangan perpaduan Umno-Pas nampaknya semakin berkurangan. Insyallah .. Umno-Pas akan bertaup juga akhirnya. Satu2nya titik persamaan Umno-Pas sampai mati tak akan berubah adalah Umno Melayu Pas Melayu, Umno Islam Pas Islam.

shahrul hafiz said...

yg jelas, mereka telah mencipta alasan untuk kalah..perpaduan menguatkan islam..

Anonymous said...

I love your blog.. very nice colors & theme. Did you create this website yourself or did you hire someone
to do it for you? Plz reply as I'm looking to create my own blog and would like to know where u got this from. thank you

Feel free to surf to my page :: voyance Gratuite

Anonymous said...

I used to be suggested this blog by way of my cousin.
I'm now not certain whether this publish is written by way of him as no one else know such exact about my problem. You're amazing!
Thank you!

Review my blog post - voyance Gratuite

Anonymous said...

Hi there! This article couldn't be written any better! Looking through this article reminds me of my previous roommate! He continually kept talking about this. I will send this information to him. Pretty sure he's going
to have a great read. Many thanks for sharing!

My web-site voyance en direct

Anonymous said...

Ada kah dr pernah pi layari cyber troopers pro bn, umno? Otak otak dia orang ni lagi teruk....budaya lucah, fifnah, photoshop, ....

Anonymous said...

amat berbeza entri ini dengan yang satu lagi tu..:)

Anonymous said...

Memang betul kata ustaz. Sila lihat ini: http://amishrakefight.org/gfy . Memang sesuai dengan jiwa ustaz.

Anonymous said...

Your mеthoԁ of tеlling the whοlе thing іn this aгticle is genuinеly pleasant, evеry one
be аble to ωithοut difficulty undеrstаnd it, Thanks a lot.


Feel fгеe to viѕit my blog poѕt disque ssd

Orang_MuOr said...

Salam semua,

Nak tergelak tengok kaum Cina tidak dapat menumbangkan penguasaan politik Melayu di Malaysia. Tindakan mereka secara tidak sengaja membuatkan orang Melayu UMNO membolot politik Malaysia di dalam kerajaan.

Kepada Melayu pakatan, mu memang bodoh jadi anjing suruhan kepada Cina DAP. Cina DAP tuan dalam Pakatan Rakyat,ini PR Cina punya, Melayu pakatan boleh balik hutan(pst..copy ayat Cina era 69)! Dulu ada lagi la hutan, la ni hutan pun kena gondol dek Cina.Balik mana lagi tak taula. Nilah nasib Melayu.....

Anonymous said...

Pentafsiran Semula

Racist - orang yang membangkitkan kefahaman ras atau bersifat perkauman.

Mengikut fahaman DAP dan ultra kiasu, bila orang melayu bangun mempertahankan hak2 dan keistimewaan mereka .. itu lah yang dikatakan Racist.

Mengikut fahaman DAP dan ultra kiasu, bila bukan melayu mengungkit2 hak2 dan keistimewaan yang diberikan oleh perlembagaan kepada orang melayu .. itu bukan lah Racist.

Entah lah. Sampai macam tu pun masih ada melayu yang sanggup jadi " BARUA " kepada DAP. Memang betul2 jenis BARUA PUNYA MELAYU. Siapa mereka, lu sendiri pun tau la.

Saya tabik dengan kaum ultra kiasu kerana " Tidak Ada Seorang Pun Daripada Anda Yang Mengizinkan Diri Menjadi BARUA Kepada Melayu ".

Terima kasih kepada Kepimpinan Pas kerana Tidak Sanggup Menjadi BARUA kepada DAP untuk membolehkan mereka " menawan Putrajaya secara halus " selepas PRU13.

Saya kini sedikit demi sedikit sudah boleh menerima Pas seperti keadaan sebelum PRU 2008. Insyallah, jika Pas bersatu dengan Umno, bukan mustahil saya menerima Pas secara Total.

Hj Ariffin

tokgaru said...

Sampai Bila Melayu Nak Jadi BARUA ?

Semasa PRU13, dah puas dah jadi BARUA, pakai serban pakai kopiah putih tapi arak bendera DAP ke hulu ke hilir dalam kumpulan motosikal dan kereta sampai mencecah beratus2 buah, sedangkan kita tak nampak pun cina arak bendera Pas semacam itu, jangankan nak cari 10 buah kenderaan motosikal + kereta, nak cari 3 buah basikal pun tak kan berjumpa ada orang cina yang sanggup arak bendera Pas semacam orang Pas arak bendera DAP. Ini cerita betul yang saya saksikan di kawasan saya.

Tak kan tak rasa letih DIBARUAKAN, sebelum PRU13 dah kena BARUA, lepas PRU13 kena BARUA lagi, tak rasa jemu kah ?

Sedih lagi menyedihkan, pilu lagi memilukan kerana ada melayu yang mengaku pandai, mengaku cerdik tetapi berjaya di BODOH2KAN oleh DAP, berjaya di BARUA2KAN oleh DAP. Matlamat pertama DAP adalah menawan Putrajaya secara halus pada PRU13. Tetapi nampaknya orang melayu disaat akhir PRU13 tersedar daripada seruan ” INI KALI LA “. Nasib baik, jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13, pasti akan tamat lah hayat politik orang melayu.

Ya, ya, memang betul jika Pakatan Rakyat menang PM nya orang melayu, itu sudah tentu, sebab budak dalam buaian pun tahu cina tak boleh jadi PM. Sama lah seperti di Perak dulu, cina tak boleh jadi MB, so MB nya orang melayu lah. Tapi sekadar jadi BARUA kepada DAP saja. Di Perak semasa Nizar jadi MB, cantik memang cantik, adil memang adil pentadbiran Nizar, adilnya Nizar Jamaludin sampai tercatat dalam Guiness Book Of Record dan Malaysia Book Of Record .. Melayu di beri pajakan tanah kerajaan selama 99 tahun, sedangkan cina diberi pejakan tanah kerajaan selama 999 SAHAJA. Ini lah bukti terang MELAYU akan jadi BARUA saja walaupun pegang jawatan Ketua Kerajaan.

Terima kasih Allah kerana Kau telah selamatkan orang melayu. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Anonymous said...

Bila buku terbaru Prof nak keluar. Tak sabar nak baca ni...

RIDHUAN TEE said...

Anon 1257.
Buku terbaharu bertajuk Melayu menjadi minoriti dalam majoriti

Anonymous said...

Prof Ridhuan Tee

Buku atas tajuk MELAYU - MINORITI DLM MAJORITI.

Harap buku itu dapat menyedarkan melayu untuk bertanya beberapa soalan :

Betulkah bila orang berkata ada Melayu Menjadi Barua kepada pihak yang nak menghancurkan melayu sendiri ?

Betulkah bila ada orang berkata Agama Islam Gagal Menyatukan Melayu ?

Hanya melayu yang bergelar pemimpin dan ulamak yang tahu hakikatnya.

Anonymous said...

I rеad this piece of wгiting fully on the topic οf thе diffеrеnce of most recent and previous technologieѕ, it's remarkable article.

my blog; devis fenetres

Jas Salleh said...

Penulisan tuan sentiasa menjadi aspirasi dan ilham kepada saya untuk terus menentang arus fitnah-mehnah puak ultra-kiasu Cina DAP sosialis radikal dan tentera siber Red Beans laknat mereka. Merekalah punca Api Perkauman dinyalakan sehinggakan meresahkan semua kaum dan mengocakkan keharmonian dan sifat toleransi antara agama. Usaha menyedarkan umat Islam dan kepimpinan negara mengenai Agenda Negara adalah usaha berterusan tanpa henti dan tanpa kenal erti penat lelah. Teruskan Dr, kami sentiasa menyokong usaha Dr dengan memperpanjangkan artikel-artikel Dr.

The Eugenist said...

Secara jujur, tindakan mereka sama seperti Yahudi bila seseorang mengatakan sesuatu mengenai hak kaum msg2, akan dituduh Anti Semitis. Saya tak nak implikasi apa tetapi mungkin ada benarnya ini mungkin The Jews of ASEAN.

Anonymous said...

Kaum cina tak tengok realiti Malaysia yg majoriti Melayu muslim.Tapi yg bahalol pkr dan pas dikudakan oleh cina kapir ni masih lagi jadi anjing ikut memBABI BUTA.

Anonymas said...

nampaknya enta tak pernah pergi ke laman web blogger pro umno-bn/anti-pr, yang enta tau 'dengar cerita dari orang lain' atau 'dengar cerita dari blog pro-PR yang blog pro-umno sebegitu'

enta tengok kat blog ni, ada budaya lucah, fitnah, photoshop? Bagaimana dengan orang PR yang gunakan photoshop? Tian Chua gunakan photoshop bagi mengaitkan DS Najib dengan model Mongolia halal pula? Harakahdaily memphotoshop gambar Ummi hafilda agar menunjukkan jari tengah pun halal?

Kenapa enta double standard?

Anonymous said...

Oh yeke. Kau tak tahu setakat mana DAP cybertrooper ni, lebih ganas daripada cybertrooper UMNO-BN. Kau tau tak yang mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada artis Cina terkenal walaupun sesetengahnya bukan dari Malaysia?

Contoh:

- Jackie Chan punya facebook
- PSY punya facebook
- Michelle Yeoh
- Lee Sin-je (Pelakon Malaysia yang jadi superstar di taiwan)
- Leng Yein (model Malaysia)

Ada ke patut sampai mereka post comment "i rape your family" pada seseorang? Betul ke tu? Kalau untuk cybertrooper PAS lagi la, sikit-sikit ROSMAH, ROSMAH, ROSMAH. Begitu lucah sekali yang budak-budak PAS komen dalam facebook sampai tak menggambarkan penyokong parti Islam. Baik tarik je internet daripada budak-budak ni.

Anonymous said...

Alhmdulillah atas prihatin saudara bpesan kpd kabinet. Pesanan secara hikmah pasti mendtgkn berkat. Diharap saudara tdk berkecil hati dgn kempen ABC oleh org2 melayu. C yang di maksudkn secara automatik adalah ultra kiasu dap, yg tdk merangkumi saudara RT, helen ang, annie, prof em Kkk dll yg sgt baik hati membantu kita2 ni.

Anonymous said...

Saya fikir cyber trooper DAP amat merosakkan dan menjahnamkan. Tata tutur, akhlak, adab, sopan santun dan sebagainya. Terutamanya oleh yang di gelar pasukan DAP Red Bean Cyber Troopers.

Bahasa kusut, lucah, kurang ajar dan sebagainya. Akibatnya muda mudi terpengaruh dan luntur cara berdialog dengan khalayak ramai, termasuk dengan yang lebih tinggi umur, pangkat dan kedudukan. Hingga pihak Polis pun di buatnya begitu. Lihat saha komen komen di blog blog yang antaranya mengakui menerima wang dari puak Yahudi aAmerika Syarikat. Seperti Malaysia Kini, Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan Malaysia Today.com. Banyak orang awam membaca blog blog demikian sejak sebelom PRU12 di tahun 2008.

Tambah pula, mereka selalu membohong, menipu, memutar belit dan sebagainya. Hingga yang terpengaruh kehilangan nilai nilai murni sebagai maanusia.

Paling teruk lagi mereka yang merosakkan wibawa sesiapa yang di sasarnya. Sehingga yang di sasar kehilangan hormat dan kepercayaan rakyat jelata.

Di bidang politik, mereka mengata apa sahaja terhadap parti lawan. Demikian banyak terpengarauh hingga PRU13 menunjukkan kaum Cina atas pagar mengundi Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN yang sudah 56 tahun berkhidmat untuk rakyat di negara ini.

Saya fikir jika BN tidak mengambil langkah yang sesuai, akan kehilangan tempat di PRU14. Cara yang sesuai hanya lah mmelakukan apa yang mereka buat. Tubuhkan pasukan seperti itu juga. Gajikan pasukan atau barisan pekerja pekerja yang bertugas sepenuh hari, siang dan malam, mengikut giliran atau shift, di bayar gaji bulanan.

Di tadbirkan secara suatu pertubuhan yang tidak perlu di warwarkan atau di hebohkan. Malahan boleh beroperasi secara senyap. Seperti juga Cyber Troopers Red Beean DAP yang tidak di ketahui oleh orang ramai sehingga seorang penggiat pemuda DAP keluar dari parti itu dan mengumkannya di blognya bernama SYA - The One And Only.

UMNO/BN perlu membuat seperti itu juga. Tentukan sebanyak mana komen DAP Cyber Trooper di jawab, di lawan, di "countered". Sama ada cara memberi fakta, atau menyindir atau mengetawakannya. Asalkan sekurang kurangnya menimbulkan keraguan pembaca tentang apa saja yang di bohong, di belit, di putar mereka di DAP.

Perlu di lakukan di dalam berbagai bahasa yang mereka lakukan. Perlu di ketuai seorang yang berpengtahuan dan berpengalaman dalam hal perang saraf atau psychological warfare (psywar).

Perlu ada yang membuat penyelidekan atau research di dalam pertubuhan itu. Tentukan sasaran, bahan bahan menjawab, meng"counter" tuduhan tuduhan pihak lawan, yang biasanya tuduhan liar tanpa bukti, justifikasi atau penerangan sekali pun.

Pernah di buat di sana sini sekarang pun - ada blog yang peserta peserta pro-BN hanya menyindir dan mengetawakan tuduhan liar mereka dan kesannya nyata - pembaca tidak akan menerima tuduhan mereka itu bulat bulat. Maka ada pula yang memberi penerangan meng"ounter' tuduhan yang perlu di buat demikian. Tapi sekarang perlu di buat secara suatu organisasi.

Perlu saya katakan lagi - jika UMNO/BN tidak berbuat demikian, mereka mungkin kehilangan tempat di PRU14. Begitu sekali kesan peranan cyber troopers DAP itu. BN telah merudum lagi di PRU13 lebih teruk dari PRU12, walau pun DS Najib "bent backwards" berbagai cara cuba menarik hati pengundi Cina.

Nadia said...

Dr. Ridhuan Tee, regardless whatever negative comments that you receive in your blog, no matter how much you are being condemned and criticized by others, I really respect that you speak out the truth in the name of Islam. My family and I have been observing everything that has been going around us, and yes, we live in an area dominated by ultra-kiasu and we know what they are like in reality. I don't even trust everything that my friends post in Facebook because not everything is the truth. I can easily say, more than 50% is not the truth, but greatly exaggerated. The KFC incident in I-city is one example. The video did not show the complete scenario, all it shows is the ending part where the Malay whacks the Chinese. In the end, everyone is talking about racism and that Malays are given immunity in that incident. One of my ex-friends even said Pizza Hut is racist restaurant because their order forms have a column for 'Race' and he said that Malays given 10% service charge waiver. All this while I have been a customer there with Pizza Hut, I was never given any Bumiputera rights there. So, it goes to show that I can't trust everything that they say, because most of it are just assumptions and speculations that are not even the truth. I am not saying that UMNO is 100% corrupted because let's face it, there is no such thing as totally clean politics, wherever you go. However, UMNO needs to clean up their act and adhere to Islamic way of life. My family has even lost faith in Nik Aziz and Hadi Awang because they are supposed to be 'ulama' but the things that they did proved otherwise. However, not all PAS ulama' are like that, there some good ones. We Muslims, must remain united and steadfast in order to protect Islam. May Allah S.W.T. grant you the strength and perseverance to remain steadfast in this cause, Dr. Ridhuan Tee. Ameen.

Anonymous said...

Dr. Ridhuan,

"Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif?"

Begitu ramai pemimpin Melayu menghina Islam, bukan dengan kata-kata tetapi dengan perbuatan! Kenapa yang ini Dr. Ridhuan tidak nampak? Buta hatike?

Anonymous said...

Sister Nadia,

Jihad Against Racism should be the theme of call for Islamic struggle in this country!

When we point the finger to DAP and others accusing them for being racist and ultra kiasu, do we at the same time look at ourselves and our people and ask whether we really follow the teaching of Al-Quran and the Holy Prophet p.b.u.h. for not to be racist?

Anonymous said...

Hey I know thіs is οff topic but I
ωas wondering if you knеw of any widgets І could aԁd to mу blog that automatically tweet my newest twitteг
updates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Feel free to surf to my webpage paroi de douche

Nadia said...

At Anonymous 12:49 A.M.

Yes, I agree that "Jihad against racism" should be the theme for Islamic struggle in this country. However, in truth, "Jihad against racism" should be the theme for all countries in this world, since Islam teaches mankind to be free of racism, tolerant and love one another, regardless of race and religion.

Unfortunately though, I would say that this a highly idealistic scenario, because we will never fully achieve a status of racist-free country. Why? Deep down there is always element of distrust between us - partially because of racist policies by the government and partially because of our own mindset and upbringing. If our parents teach us to be racists, we will end up being racists.

In my case, one of my best buddies is Chinese, he is Christian and he is no ultra-kiasu. In fact, if anything, he proves to me that friendship knows no barrier. Many of my friends in FB are also non-Malays. I am not blaming DAP as 100% ultra-kiasu, because there are also ultra-kiasu in UMNO, PAS and PKR. I have high respect for ex-DAP Lee Lam Thye because even my mother told me that he really serves the community and he even speaks fluent Malay, our national language. Until today he is still working on society projects such as organ donation.

Sad to say though, how many political leaders are like that? Let's face it, when it comes to politics, there are many people with their own selfish agendas. You can even read these links: http://wherebearsroamfree.blogspot.com/2010/05/paps-racist-mt-policy-part-2-pap-is.html
and
http://wherebearsroamfree.blogspot.com/2012/07/pap-perpetuating-imaginary-racial.html

These links even show that our neighbour Singapore is also a racist country and the articles are written by a Straits Chinese who converted to Islam. It goes to show that you will never get a totally racist-free country, wherever you go.