(Sinar Harian 11 Februari 2013)
Beberapa hari
lepas, seorang anggota polis berbisik kepada saya, melahirkan ketidakpuasan
hatinya mengenai skim perkhidmatan polis yang tidak sebaik skim perkhidmatan
tentera. Sedangkan dari segi menjaga keselamatan negara, lebih berat berada
dipundak mereka.Tersentak saya, memandangkan saya bekerja di sebuah institusi
keselamatan dan pertahanan.
Setelah
disiasat, rupanya benar, skim tentera lebih baik daripada skim polis. Sama
juga, isu kadangkala skim guru lebih baik daripada skim pensyarah. Apakah
kerana bilangan tentera dan guru lebih ramai, dan mempengaruhi undi, maka,
mereka lebih diberikan keutamaan?
Semua jenis
perkhidmatan memberikan sumbangan yang besar kepada negara, walau sekecil mana
pun kuantitinya. Pendek kata, setiap individu atau organisasi, mempunyai kekuatan dan
sumbangan masing-masing.Tidak boleh diperkecilkan. Namun, sudah tentu ada
beberapa kelebihan atau kredit kepada sektor-sektor tertentu. Itupun bukan
bermakna kita boleh melakukan ‘diskriminasi’.
Perlu diingat,
sektor keselamatan yang kita anggap penting, tidak hanya merujuk kepada
ketenteraan. Keselamatan bukanlah semata-mata pertahanan. Pertahanan adalah sebahagian daripada keselamatan. Pertahanan pula bukanlah semata-mata
ketenteraan. Ketenteraan itu adalah sebahagian daripada pertahanan. Adalah
dangkal jika kita merujuk pertahanan itu ketenteraan, seperti mana kita lihat
seolah-olah menteri pertahanan itu, adalah menteri tentera. Sedangkan skop
pertahanan begitu luas.
Menteri Dalam Negeri juga ada kaitan dengan Pertahanan, bukan Menteri Polis. Justeru, fungsi dan skop pertahanan perlu diperluaskan. Pertahanan saling berkaitan dengan lain-lain sektor. Misalnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), memerlukan khidmat pengangkutan, perhutanan dan sebagainya.
Menteri Dalam Negeri juga ada kaitan dengan Pertahanan, bukan Menteri Polis. Justeru, fungsi dan skop pertahanan perlu diperluaskan. Pertahanan saling berkaitan dengan lain-lain sektor. Misalnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), memerlukan khidmat pengangkutan, perhutanan dan sebagainya.
Sebab itulah
kita mempunyai program Pertahanan Menyeluruh atau total defence (HANRUH), bagi
negara-negara kecil seperti Malaysia, Singapura, Switzerland dan sebagainya.
Namun, program HANRUH kita tidak sebaik negara Singapura.
HANRUH bermaksud
penglibatan semua sektor dalam pertahanan negara, tidak hanya merujuk kepada
tentera semata, tetapi melibatkan juga sektor awam dan sektor swasta. Dalam
makna, setiap individu dan sektor mempunyai tanggungjawab besar terhadap
pertahanan dan keselamatan negara. Pendek kata, pertahanan bukanlah ketenteraan
semata-mata.
Universiti
pertahanan, bukanlah universiti tentera.Tetapi turut boleh dikongsi semua sektor,
terutama sektor polis, kastam, imigresen, jabatan pendaftaran negara dan
sebagainya. Justeru, menjenamakan universiti pertahanan untuk tentera semata
adalah tidak tepat dan bercanggah dengan konsep HANRUH.
Apakah kita mahu
menafikan sumbangan polis, kastam dan sebagainya, yang dilihat begitu aktif
dalam mempertahankan keselamatan negara. Golongan dilihat seolah-olah bekerja
24 jam sehari. Manakala, tentera hanya digembelingkan sepenuhnya jika ada peperangan. Jika
tidak ada perang, mereka dilihat seolah-olah ‘kurang berperanan’. Fenomena ini berlaku di semua negara yang aman. Kadang kala naik lemas melihat kalangan pegawai beruniform ada yang berperut buncit.
Lagi pula,
pertahanan atau ketenteraan negara kita tidak pernah diuji. Kitapun tidak tahu
sejauh mana kekuatan pertahanan sebenar? Ditakdirkan, jika berlaku peperangan
antara kita dengan negara kecil Yahudi itu, apakah kita boleh mencapai
kemenangan?
Melihat kepada belanjawan tahunan pertahanan sahaja sudah jelas menunjukkan kita sudah kalah dengan mereka. Belanjawan negara kita berada di sekitar RM10 bilion. Sedangkan negara kecil Yahudi itu melebihi SD 50 bilion (RM120 bilion), hampir 30 peratus belanjawan negara. Negara ini juga adalah antara negara yang paling kuat pertahanannya di Asia.
Melihat kepada belanjawan tahunan pertahanan sahaja sudah jelas menunjukkan kita sudah kalah dengan mereka. Belanjawan negara kita berada di sekitar RM10 bilion. Sedangkan negara kecil Yahudi itu melebihi SD 50 bilion (RM120 bilion), hampir 30 peratus belanjawan negara. Negara ini juga adalah antara negara yang paling kuat pertahanannya di Asia.
Kemenangan dalam
peperangan tidak lagi bergantung kepada kuantiti seperti dahulu. Bilangan
tentera yang ramai bukan indikator kemenangan peperangan. Hari ini, peperangan
yang adalah peperangan teknologi dan peperangan minda yang melibat taktik dan
teknik.
Kita begitu
bersangka baik, mengatakan perang dingin sudah berakhir.Tidak perlu memberikan
perhatian serius kepada sektor pertahanan negara. Sedangkan dalam Islam, ia
amat dituntut, tidak kira sama ada, ada ancaman atau tidak. Apa yang penting
adalah persediaan.
Dalam sejarah, umat Islam selalu mencapai kemenangan dalam peperangan walaupun bilangan mereka tidak ramai. Kenapa? Jawapan, tuntutan untuk bersedia menghadapi apa jua keadaan oleh ALLAH SWT, sama ada berdepan dengan musuh yang jelas atau tidak. Persiapan jihad adalah paling utama. Bacalah surah al-Anfal, ayat 60.
Dalam sejarah, umat Islam selalu mencapai kemenangan dalam peperangan walaupun bilangan mereka tidak ramai. Kenapa? Jawapan, tuntutan untuk bersedia menghadapi apa jua keadaan oleh ALLAH SWT, sama ada berdepan dengan musuh yang jelas atau tidak. Persiapan jihad adalah paling utama. Bacalah surah al-Anfal, ayat 60.
Ayat ini dengan
jelas menunjukkan bahawa persiapan keselamatan dan pertahanan adalah amat
penting. Kita mesti bersedia. Apatah lagi musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu,
yang sentiasa mengambil kesempatan. Semua sektor hendak digembelingkan, tanpa
ada satupun berkecuali.
Janganlah kita
anggap pertahanan itu hanya merujuk kepada yang bersifat regimental. Kadangkala
kita hanya melahirkan manusia yang berpura-pura atau hipokrit. Benar, kita
ditabik sana sini, ketika mereka yang tidak berpangkat bertembung dengan mereka
yang berpangkat. Tetapi itu hanya luaran. Dalaman belum tentu.
Menjelang Pilihan
Raya Umum (PRU 13), sudah sewajarnya sektor keselamatan bukan tradisi juga dilihat
secara serius, berbanding sektor tradisi (tentera dan peperangan).
Antara bukan tradisi adalah, sektor ekonomi dan kewangan negara (kementerian Kewangan), sektor makanan dan kesihatan (Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), pemerdagangan manusia, pendatang haram, ekstremis dan pelampau agama (Kementerian Dalam Negeri, JAKIM), rusuhan kaum (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional), dan lain-lain sektor serta kementerian terbabit. Pendek kata, semua sektor ada nilai dan unsur pertahanan dan keselamatan.
Antara bukan tradisi adalah, sektor ekonomi dan kewangan negara (kementerian Kewangan), sektor makanan dan kesihatan (Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), pemerdagangan manusia, pendatang haram, ekstremis dan pelampau agama (Kementerian Dalam Negeri, JAKIM), rusuhan kaum (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional), dan lain-lain sektor serta kementerian terbabit. Pendek kata, semua sektor ada nilai dan unsur pertahanan dan keselamatan.
Jika kita tidak
luaskan skop pertahanan itu, satu hari nanti pasti akan muncul universiti
polis, universiti kastam, universiti imigresen dan sebagainya. Mereka juga tidak
kurang hebatnya dalama sumbangan pertahanan dan keselamatan.
Sumbangan mereka lebih ketara daripada sumbangan tentera, walaupun senjata dimiliki tidak secanggih apa yang ada pada tentera. Lebih menyedihkan lagi, apabila berlaku huru hara, kacau bilau atau keadaan tidak tenteram, yang sering dipersalahkan adalah polis, bukan tentera atau sektor keselamatan yang lain. Polis sering menjadi mangsa. Sedangkan sumbangan mereka tidak setanding dengan imbuhan yang kita berikan kepada mereka.
Kesimpulannya, semua sektor turut memainkan peranan masing-masing dalam memberikan sumbangan mereka kepada pertahanan negara. Sudah tentu semua mereka yang beruniform perlu diberikan kredit kerana mereka menyerahkan jiwa raganya.
Sumbangan mereka lebih ketara daripada sumbangan tentera, walaupun senjata dimiliki tidak secanggih apa yang ada pada tentera. Lebih menyedihkan lagi, apabila berlaku huru hara, kacau bilau atau keadaan tidak tenteram, yang sering dipersalahkan adalah polis, bukan tentera atau sektor keselamatan yang lain. Polis sering menjadi mangsa. Sedangkan sumbangan mereka tidak setanding dengan imbuhan yang kita berikan kepada mereka.
Kesimpulannya, semua sektor turut memainkan peranan masing-masing dalam memberikan sumbangan mereka kepada pertahanan negara. Sudah tentu semua mereka yang beruniform perlu diberikan kredit kerana mereka menyerahkan jiwa raganya.
23 comments:
"The ones who control crime tend to be disliked"
Saya tidak puas hati dengan situasi ini, biar saya cerita. Beginilah keadaannya bagi polis. Saya pernah juga disaman polis kerana tidak memakai tali pinggang keledar, tapi itu memang salah saya, saya terima. Tapi yang saya lihat di internet terdapat beberapa makhluk Allah ini merakam dan keadaan mereka ketika ditahan polis, kemudian "offer" polis tersebut rasuah. Ya salah polis itu kerana menerima, tetapi membaca komen2 orang yang menghentam habis institusi polis keseluruhannya, dan yang paling menjengkelkan saya tidak nampak komen menghentam si pemberi rasuah.
Langsung polis disalahkan.
Mereka benci punya benci, kutuk2. Nanti ada masalah cari polis juga. Dungu tahap kritikal mereka ini.
Aslm dr,
Itulah keadaan malaysia, yg berkhidmat pun tak habis-habis meminta2. Tak pernah cukup dengan apa yang ada di tangan. Ini termasuklah sebilangan golongan pendidik yang bertanggungjawab melahirkan modal insan negara kita. Bayangkan pula mereka yang memerlukan khidmat... Apatah lagi.
Mudah-mudahan Allah merahmati negara kita tercinta.
Marilah berikan yang terbaik untuk negara kita, bukan meminta semata-mata. Negara itu tidak berakal, tetapi rakyatlah yang berakal dan akan menjadikan negara kuat. Rakyat yang ketrlaluan meminta boleh diibaratkan seperti lintah yang menghisap darah. Rakyat cermin kerajaan.
Semoga Allah memberi petunjuk, hidayah dan kekuatan kepada dr, saya dan semua org yg beriman untuk menjadikan negara kita negara yang aman dan makmur.
Sokong gaji tentera lebih daripada gaji polis. Tentera mana ada peluang macam yang polis ada. Bukan semua polis macam tu tapi ramai polis yang buat macam tu.
Setuju dengan Ginosaja sepenuhnya.
Mest hentam pemberi dan penerima rasuah, kedua duanya.
Mungkin lebih pemberi. Merek yang mulakannya.
Ayuh, kita hentam pemberi dan penerima sebanyak mana yang boleh.
Pembangkang pun dan banyak rasuah sekarang. Pada hal bahru 4 tahun berkuasa.
Maaf kata, kita boleh ibaratkan Polis tu mcm anjing kurap yg setia , di maki , di herdik, di baling, masih setia dgn tuannya, tak pernah giit tangan tuannya, ..sebab itu tuannya tak ambil peduli..sebab apa sebab meka tu anjing kurap katakan..tapi tuan anging tu lupa semasa pencuri memasuki rumah atau tuannya sedang tidur atau bercuti anging itu la yg menjaga rumahnya dgn setia tanpa meminta apa apa, jika salh sikit anjing itu akan di salahkan..pada hal kebajikan keatasanya masih zero..so perlukan undi di berikan pada tuan anjing tersebut yg terlalu banyak politik dan amatan demi amaran , amatan demi amaran, Anjing itu yg di jadikan anging hitam setiap kali demo BERSIH d adakan.,walllah aalam, fikir fikirkan
Jgn tuduh mcm tu ..brother..yg terlibat tu sebilangan kecil aja..kau kena fikir yg tugas di pejabat, cawagan syor, transpot, cawangan guard eskot, sb, pga, pejabat peranyaan, kem komandan, Caw kebajikan, cawa. khidmat pelangan, pancaragam, pusat latihan, Ibu pejabat, Ibu Pejabat daerah, cuma yg mungkin terlibat cawangan tertentu yg selau terlibat dgn dadah, trafik, jenayah, sundal judi dan sebagianya, yang lain kita nampak keja meka bertambah dgn nkra, sabtu, ahad cuti umum meka keluar, ( keluarga di tinggalkan ) pada hal meka tugas waktu pejabat ajaj, ronda ronda tanpa tujuan, output kosong sebab hanya penuhkan kpi,
Tambahan kini org yg beri rasuah hukuman meka amat ringan, penerima pulak hukuman berat, sepatutnya yg memberi tu di hukum berat, lesen memandu, di tarik balik, lesen perniagaa di batalkan, tp indah kabar dari rupa. SEnag cakap jika kayu bengkok, bayangnya kan bengkok juga..ikan busuk di kepala dulu tak gitu kah..
Agak korang la antara polis ngan tentera siapa yang kuat makan rasuah ? Polis ? Tentera ?
betullah yg pembangkang mengatakan polis itu di anjing oleh kerajaan...gaji pun kecil saja..
Tajuk kali ni tak ada ummmpp la. Tak ikut isu semasa la.
RT sudah jadi orang baik percakapan tak kotor dan extreme lagi ! Taniah RT I LOVE U !
Ridhuan Tee adalah seorang penipu yang menggunakan topeng agama. Diharap semua berhati-hati.
Riduan Tee semenjak U masuk Islam sudahkah U dapat 4 isteri ? Banyak duit ? Banyak kuasa ? Banyak projek ? Banyak.......?
Parpukari kata "Ridhuan Tee adalah seorang penipu yang menggunakan topeng agama"
Bior betoi bro. Ko ni macam tak senang dengan RT jer.
Teman tak bimbang dengan keislaman RT, entah2 RT ni 10 kali lebih islam dari orang2 melayu yang jadi islam FOC (free of charge).
Yang teman bimbang sekarang ni dah ada paderi yang memakai serban dan jubah, yang duk masuk kampong duk beritau dekat orang melayu, " Dale quran ada Allah, dale bible juga ada Allah. Dale isle ada Allah, dale kristian juga ada Allah. Masjid itu ghumoh Allah, gerejo juga ghumoh Allah. Mu nok ikut isle tak po, nak ikut kristian tak po. Sebab dua2 tu agama Allah ". Itu lah yang disampaikan oleh paderi tua tersebut.
Beruniform, ada kuasa untuk menembak dan mengamalkan rasuah! Apa komen saudara?
PDRM adalah antara pasukan polis di dunia yang terbanyak membunuh tahanan dalam lokap. Apa komen saudara?
Mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan sendiri telah ditegur oleh seorang hakim sebagai saksi yang paling tidak boleh dipercayai. APa komen saudara?
Mengapa PDRM selalu dikaitkan dengan RASUAH? Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang! Lihatlah rakaman youtube sendiri di mana anggota PDRM menerima rasuah tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Apasal pulak hamba Allah yang pakai nama "parpukari" mengata Ridhuan Tee penipu menggunakan topeng agama dengan tak ada hujah, penerangan atau justifikasi. Meroyan macam Pembangkang saja. Tapi blog House PK itu sentiasa anti-Pembangkang aku tengok. Ada orang menyamar dan guna nama dia di sini ke?
Begitu juga dengan benda Allah di 10:50 AM tu. Bunyi macam budak kecik saja. Tak tahu kan latar belakang RT pun, tak baca profile dia di muka depan blog dia.
10:16 PM,
Pokok bergoyang kerana pada masa masanya ada berok, monyet, kera, lotong yang menggoyang. Banyak binatang binatang tu di Malaysia. Dok di pekan pekan dan do kota pun. Selalunya bergoyang, daun tak gugur pun. Maklomlah, binatang yang menggoyang.
Jangan percaya semua youtube. Siapa saja boleh buat youtube. Kan banyak pelakon sekarang. Tak payah beli kamera yang canggih atau mahal.
Pahal pun, memang di akui banyak rasuah di negara ini. Pembangkang yang 1-2 tahun pegang kuasa pun dah rasuah.
Kena kasi link atau punca maalumat yang boeh di percayai lah bila nak menuduh, terutama nya menuduh Polis.
10:14 PM,
Tolong beri link, pautan, atau punca maklumat lah, kalau nak pembaca percaya apa kamu cakap. Sekurang kurangnya sebut akhbar mana, bila, dan kes apa bekas KPN tu di tegur sEbagai tak boleh di percayai.
Bukan semua pembaca di sini baca apa yang kamu baca. Kalau Roket, Harakah, Suara Keadilan, hanya ahli parti parti tu yang baca. Kalau blog seperti Malaysiakini - dah di beri amaran dek Menteri Hishamuddin sebab mereka laporkan apa dia kata tak betul. Blog Malaysian Insider kena saman dek bekas Pengerusi MAS Tajuddin Ramli sampai gigil lutut, terdiam beberapa hari, kamdian minta ma'af bertalu talu di blog, di akhbar akhbar arus prima, dll.
Komen komen pendek yang di buat dari 10.12 PM hingga 10:16 PM tu nampaknya nak provokasi saja.
Tapi ada yang dia buat cara bertanya, tak begitu buruk seperti menuduh liar terus menerus yang Pembangkang biasanya buat.
Namun demikian, so'alan so'alan juga sudah di tujukan kapada dia - meminta butir butir lanjut bagi apa yang di katanya itu.
Di 10:13 PM, dia menuduh bulat bulat. Tak ada angka pun di sebut. Takda punca maklumat pun di keluarkan. Tu dah nyata dia Pembangkang haprak biasa - menuduh secara liar, tak ada hujah, takda justifikasi. Bila di kata dia bodoh, harap dia tak marah.
Saudara RT
Tolong ketengahkan tajuk yang panas ikut isu terkini. Boleh kut ???
aku ambil kesempatan disini untuk meluahkan kebenciaan aku kpd polis..sunghuh pon aku tidak pernah disaman oleh polis,..tetapi intergeriti yg rata2 aku jumpa agak tidak memuaskan...menyertai polis ibarat martabat kita setinggi raja..kita sebagai rakyat biasa nih pula,ibarat kuli,hamba dan sbgainya...intergeriti low class...askar pon sama je,..bezanya tidak menpunyai kuasa,..cuma digelar pihak berkuasa,..skian terima kasih
Post a Comment