(Sinar Harian, Khamis 28 Feb 2013)
Saya tidak mahu terlibat dalam kontroversi bantuan
rakyat 1Malaysia (BR1M) atau apa juga bentuk nama bantuan yang diberikan. Pada
saya memang menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memberikan bantuan kepada
rakyat yang memerlukan, tidak kira tempat, dalam keadaan apa, masa bila, warna
kulit dan sebagainya. Apatah lagi mereka yang miskin tegar. Jika yang miskin
tegar telah berusaha tidak berubah juga, ketika itu jika perlu dibantu
sepanjang hayat, maka berikanlah. Lagipun
apalah sangat puluhan ribu berbanding dengan jutaan dan ribuan juta.
Justeru, tidak hairan jika pada zaman Rasulullah dan para
sahabat, pemimpin agung ini sanggup berkorban dan berjaga malam untuk mencari
rakyat yang memerlukan bantuan. Pada masa sama, jika ada rakyat yang kaya-raya
dan berkemampuan, tidak tampil ke hadapan membantu seperti menunaikan zakat, maka
mereka boleh diperangi atau dikenakan tindakan.
Cuma hari ini kita begitu sedih, kenapa dan mengapa
kita mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dalam konteks bantuan ini.
Tidakkah kita boleh bersangka baik daripada bersangka buruk. Tidak perlulah
melabelkan seseorang sebagai bantuan firaun, pelacur, lembu, hampas, ayam, itik dan banyak lagi
binatang kiasan dalam isu BR1M. Faedah apa yang kita dapat mengeluarkan
kenyataan sedemikian, selain menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Kenapa
kita bertindak melebarkan jurang bukan merapatkannya? Kenapa kita sengaja
melakukannya, sedangkan kita tahu perpecahan melemahkan?
Wahai umatku, kita sudah terlalu banyak berpecah.
Perlukah kita tambah dengan kesakitan sebegini. Jika kita ramai tidak mengapa
lagi jika berpecah. Tetapi perpecahan ini telah menjadikan kita minoriti, walaupun bilangannya
agak majoriti. Sebenarnya kita sudahpun menjadi minoriti dalam majoriti. Ini yang menjadikan orang lain mengambil
kesempatan.
Pada saya, lebih baik kita fikirkan bersama, cara
bagaimana bantuan tersebut boleh dimanfaatkan. Bagaimana RM500 boleh dikembangkan
menjadi RM1000 dan berbagai gandaan lagi. Seperti yang pepatah Cina sebut, beri
seseorang seekor ikan, ia hanya boleh mengenyangkan untuk satu hari, tetapi
ajar bagaimana cara menangkap ikan, ia boleh mengenyangkan seumur hidup.
Keperluan mendesak hari ini adalah soal bagaimana?
Kenapa tidak gunakan wang tersebut untuk melatih anak bangsa soal kemahiran. Bayangkan
daripada ratusan ribu yang menerima bantuan, kita ajar mereka skill menjahit,
memasak, membaiki dan sebagainya, tidakkah wang tersebut akan beranak-pinak?
Saya masih ingat datuk nenek saya dahulu, berhijrah ke
mari sehelai sepinggang. Tinggal di kampung Melayu. Mereka tidak tahu apa-apa. Kampung
Melayu tersebut begitu asing baginya. Satu-satunya Cina yang tinggal di situ. Tetapi
mereka tidak lari ke tempat perkumpulan atau perkaumannya. Mereka terus tabah
merubah hidup
Mereka tidak duduk diam. Berusaha mencari dan menambah
pendapatan. Susahnya, Tuhan sahaja yang tahu. Setelah berjaya mengumpulkan
modal, bapa saya membuka kedai runcit. Satu-satunya kedai runcit di kampung
Melayu tersebut, adalah kedai runcit bapa saya. Bapa saya menjadi kaya-raya
dengan perniagaan tersebut. Ibu saya yang asalnya buta huruf, sudah pandai menulis
dan mengira. Saya masih tidak lupa mengajar ibu menurunkan tandatangan
menggunakan huruf rumi. Walaupun buta huruf,
keinginan untuk berubah begitu tinggi.
Persoalan selalu dilontar, kenapa keluarga Cina boleh hidup
kaya-raya di kampung Melayu yang begitu asing baginya? Kenapa orang Melayu
tidak boleh hidup kaya-raya dalam perkampungan Cina? Usahkan mahu berniaga,
tempat tinggalpun, seboleh-bolehnya mereka mahu lari daripada perkampungan atau
taman tersebut. Kita tidak ada daya tahan berhadapan mereka, berbanding mereka berhadapan kita. Sikap ini
terus terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Sebagai anak, ibu bapa saya tidak suka anaknya duduk
diam atau membaca buku sahaja. Mereka akan pastikan anaknya mewarisi skill perniagaannya.
Maka diajar anaknya bangun awal pagi, kemudian sembahyang, selepas itu menolong
ibu bapa, sama menjaga kedai atau menjaga kebun. Saya diajar menjaga akaun atau
menjaga peti duit dan mengira hutang orang kampung. Istilah lebih tepat lagi
bermain angka. Permainan angka itu menjadi kami pandai matematik walaupun tidak
bersekolah tinggi.
Persoalannya, kenapa kita tidak boleh menjadi seperti
mereka? Sudahlah skill tidak dipelajari, hari ini masa banyak terbuang mengata,
mengumpat dan saling dengki-mendengki. Saya begitu teruja dengan kata-kata
pemimpin Melayu ultra kiasu sehari dua ini. Katanya, selepas menguasai
Putrajaya tidak timbul lagi soal balas dendam. Benarkah perkara tersebut akan
berlaku?
Apa yang saya lihat, selepas menang beberapa buah
negeri dalam PRU 12, boleh dikatakan semua badan yang berada di bawah kawalan
negeri berubah. Masjid surau bertukar imam dan ahli jawatan kuasa, begitu juga
dengan badan-badan seperti majlis perbandaran. Semua ahli jawatan lama
digugurkan, dimasukkan orang-orang mereka. Apakah ini bukan membalas dendam?
Sebenarnya sifat inilah yang menyebabkan Melayu tidak
boleh pergi jauh. Dalam diri mereka penuh hasad dengki. Di kala itu orang lain
mengambil kesempatan. Justeru, sudah sampai masanya kita buang sifat-sifat
negatif tersebut. Yang paling hari ini, fikirkan bagaimana cara membantu anak
bangsa untuk survive dalam dunia yang
mencabar hari ini. Jangan beri ikan, tetapi ajarlah mereka menangkap ikan.
16 comments:
Saya bersetuju dengan artikel tuan, pada hemat saya jika pemberian tersebut boleh ditukarkan dengan penambahbaikan melalui kursus-kursus kemahiran atau kerohanian adalah lebih baik kerana untuk mendapatkan negara yang baik adalah berasal dari rakyat yang baik. Sekarang terpulang kepada rakyat bagaimana memanfaatkan segala bantuan yang dihulurkan dan dari sini juga kita dapat menentukan bagaimana sikap rakyat kita sendiri. Adakah tukar kepada joran atau beli ikan untuk dimakan.
Aku bukan Pak Belalang tapi aku ni Cucu Belalang yang celik IT. Ramalan aku adalah pasti. Aku yakin. Selepas selesai LIMA di Langkawi rakyat akan diberi peluang untuk menunjukkan sokongan sama ada Mahu BN Yang Banyak Berjasa ATAU Mahu PR Yang Caca Merba.
Cucu Belalang.
Saudara RT
Bercakap tentang Hasad Dengki (HD). Tuan jangan buat2 tak tahu bahawa HD adalah pakaian yang selama ini menjadi penutup aurat kepada orang melayu. Melayu kampong ada HD, Melayu pekan ada HD. Melayu yang bukan cendiakawan ada HD, Melayu cediakawan juga ada HD. Melayu jahil ada HD, Melayu bergelar ulamak juga ada HD. Pendek kata tidak jadi melayu dan tidak diterima sebagai melayu kalau seseorang melayu itu tak ada gelaran HD.
Memang ramai melayu yang tak ada HD. Siapa mereka ? Mereka adalah bayi2 melayu yang berusia 3 tahun dan kebawah. Bila masuk usia 4 tahun HD nya mula bertapak.
Saya nak kata Jangan siapa2 mengaku sebagai melayu jika tidak ada HD dalam kehidupannya.
Nik Aziz kata kerajaan beri BR1M kepada fakir miskin umpama tabur hempas nyior kepada ayam dan campak jerami kering kepada lembu. Itu menunjukkan Nik Aziz seorang melayu yang waras lagi cukup sifatnya sebagai seorang melayu. Dia memiliki HD dalam dirinya.
Hadi Awang kata kerajaan beri BR1M kepada fakir miskin umpama Firaun tabur emas kepada rakyatnya. Sekali lagi itu menunjukkan Hadi Awang seorang melayu yang waras lagi cukup sifatnya sebagai seorang melayu. Dia memiliki HD dalam dirinya.
RT
Saya ini, kalau boleh keluar melayu macam keluar agama, saya dah lama keluar melayu. Kalau diberi pilihan saya nak jadi cina, saya tak mahu jadi melayu lagi dah. Tapi apa kan daya, suka atau tidak saya akan mati sebagai seorang melayu juga akhirnya.
Kenapa saya kata nak keluar melayu ? Saya malu dengan cina. Cina bagi saya ibarat benih rumput. Jatuh diatas batu boleh tumbuh. Jatuh diatas tanah yang gersang boleh tumbuh. Jatuh diatas pasir masih boleh tumbuh lagi. Jatuh lah dimana sekali pun rumput tetap tumbuh. Bangsa cina bertaburan diseluruh dunia, tumbuh menghijau umpama rumput yang hidup subur tanpa perlu dibajai.
Sedangkan melayu umpama benih padi. Hanya boleh tumbuh dalam keadaan atau persekitaran yang sesuai untuk tanaman padi sahaja.
Kerana saya adalah melayu yang meluat tengok cara melayu berpolitik. Saya tidak pernah meluahkan isi hati saya kepada orang lain tapi isteri saya sering mencelah, " tak baik awak cakap macam tu " bila saya selalu meluahkan kepadanya " aku menyesal jadi melayu ".
Saudara RT. Tuan seorang cina yang beragama muslim. Tuan tak jemu2, tak putus2 memberikan peringatan kepada melayu betapa pentingnya perpaduan, tapi tak seekor pun melayu terutamanya yang bergelar ulamak yang menyahut seruan ikhlas dari si cina Ridhuan Tee @ Tee Chuan Seng ini. Paling memualkan tekak saya adalah bila menatap muka2 para ulamak Pas yang tergamak memperlekehkan tuhan kita umat islam iaitu Allah. Bila disebut perpaduan melayu mereka jadi fobia, jadi histeria .. Nik Aziz jadi tak karuan, Hadi Awang jadi tak ketahuan. Seolah2 kalau melayu bersatu, Nik Aziz dan Hadi Awang akan mampos kerana dah tak ada modal lagi dah.
Saudara RT. Kalau tak ada islam, parti Pas itu dah lama berkubur. Kalau melayu bersatu Nik Aziz dan Hadi Awang dah lama jadi bahan Hari Ini Dalam Sejarah. Bagi saya parti Pas bukan hendak menegak dan mengembangkan syiar islam, tapi mereka menjadikan islam sebagai modal untuk mereka bercakap politik kepada orang melayu yang jahil lagi jumud pemikirannya.
Apa pun saya sangat berterima kasih kepada tuan. Walau pun tuan seorang cina tapi keinginan melihat melayu bersatu dalam diri tuan adalah berkali2 lebih baik daripada para ulamak melayu Pas. Semuanya kerana tuan adalah islam, tapi kalau tuan seorang cina yang bukan islam, mungkin anak bangsa tuan akan minta tuan dirujuk kepada pakar sakit jiwa.
Sumbangan tuan untuk perpaduan melayu atas nama islam sangat besar. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya selalu berdoa agar " Masih Ada Mentari Pagi " buat orang melayu selepas PRU13 nanti.
Pas rugi kerana Abdul Hadi. Pas akan kehilangan undi golongan atas pagar kerana Abdul Hadi. Mungkin Pas akan mati selepas PRU13 juga kerana Abdul Hadi.
Itu lah bahana yang akan Pas lalui kerana mempunyai seorang Presiden yang pendek aqal dan gopoh. Kalimah Allah adalah kalimah keramat, pasti akan terhukum orang yang menyekutukan Nya.
Kita akan tunggu untuk melihat bahana apa yang akan terjadi kepada Abdul Hadi pada PRU13 nanti.
Kerajaan sudah melaksanakan pelbagai bantuan latihan,kemahiran n pendidikan.Contohnya,Institut latihan perindustrian,institut kemahiran belia,giat mara dan institut kemahiran mara,felda,baitulmal,pusat internet desa,miti,sirim,pusat jalur lebar,lembaga zakat,jabatan pertanian,jabatan veterina,perhebat dan banyak jabatan2,agensi2 dan kementerian2 lagi.Sekolah,politeknik,kolej komuniti,kolej kejururawatan,kolej universiti hingga universiti.Br1m hanyalah sebagai pelengkap bantuan kewangan dan penyusunan sudsidi.
3:18 PM,
Aku cabar kamu beri tahu semua kawan, keluarga, jiran dan kenalan kamu bahawa kamu mahu "keluar melayu macam keluar agama .. nak jadi cina, tak mahu jadi melayu lagi dah."
Dengan cara itu, kamu boleh dan akan mati sebagai bukan Melayu, mungkin mayat kamu di campak di tepi jalan, di ragut anjing, berkecai macam bangkai binatang.
Tapi aku tahu kamu bukan Melayu. Hanya jenis kurang ajar keturunan kongsi gelap, penjahat dan gengster. Mahu mendatangkan panas hati di kalangan Melayu dan Muslimin. Pergi jahanam le kamu.
3:18 PM,
Sedar lah kamu, bahawa, walau bagaimana pun kamu mahukan kebaikan bagi kaum Melayu, mengatakan mahu keluar dari Melayu, bermakna juga dari Islam, itu ada lah murtad bukan sahaja dari segi agama, tapi juga bangsa.
Sebagimana isteri kamu kata, amat huduh lah tab'at kamu mengeluarkan kata kata begitu di khalayak ramai, di blog ini.
Assalam 3:18 PM,
Daripada "selalu meluahkan kepada (isteri) "aku menyesal jadi melayu", bukan kah lebih baik anda memikirkan cara cara untuk memperbaikki diri kita, dan cara cara bagi membaikki keadaan orang Melayu? Umpamanya, menulis, mengeluarkan komen komen yang membina (constructive) - tidak menjahnamkan (destructive) saperti yang anda buat itu. Keluarkan cadangan cadangan bagimana Melayu boleh membaikki diri sendiri dan kaumnya juga.
Benar, anda ada berkata "betapa pentingnya perpaduan, tapi tak seekor pun melayu terutamanya yang bergelar ulamak yang menyahut seruan ikhlas dari si cina Ridhuan Tee @ Tee Chuan Seng ini." Tapi cara anda mengata itu tidak kena, malahan kata kata "si Cina Ridhuan Tee @ Tee Chuan Seng" itu menimbulkan curiga sama ada anda Melayu atau ultra kiasu DAP yang selalu mengkeji, mengata dan merendahkan kaum Melayu dan Islam di sini sana.
Kata kata geram anda terhadap parti PAS, Hadi Awang dan Nik Aziz membayangkan anda Melayu yang bosan dengan hal mereka tidak mahukan perpaduan Melayu. Ramai yang lain pun merasa begitu, percaya lah.
Mari lah kita ikuti teladan RT, membuat sumbangan untuk perpaduan Melayu dan Muslimin secara sentiasa merayu, mengesyorkan dan menunjuk cara cara bagi orang Melayu boleh membaikki keadaan dan menimbulkan perpaduan antara kita. Dengan cara dan kata kata yang biasa di lakukan.
Assalamualaikum Prof,
Khabarnya MIC nak ambil tindakan terhadap prof. Apakah respon prof?
MIC wants action taken against Ridhuan Tee for racist remarks
Kemudian ada Moaz Nair menuduh Prof menggunakan Islam untuk bermain politik.
Portrait of an 'ultra-kiasu' racist bootlicking bigot?
bersatulah melayu.hanya melayu yg boleh mendaulatkan islam di bumi malaysia ini.perpecahan akan merugikan.
9:31 AM,
Nak kata kamu ahli MIC nak keluarkan pendapat MIC, nampaknya kamu bukan. Nak kata kamu pemberita nak dapatkan ulasan RT untuk kamu lapurkan kpd Pengarang kamu, nampaknya kamu tak bunyi macam itu. Tapi kamu bunyi macam orang yang nak provokasi, nak melagakan, nak jadi batu api. Benar kah kamu begitu?
On the link to MIC that you provided, there's no mention of the specific words, phrases or sentences objected to and complained of. Only the normal wild accusations and claims. So how to say the accusations or claims are valid or not?
(Bersambung)
Pas adalah bukan parti islam. Ia sebenarnya khawarij. Golongan khawarij ini sanggup membunuh orang islam tetapi membiarkan penyembah berhala. Tuan boleh buat kajian mengenai hadis nabi bahawa umat islam itu akan berpecah kpd 73 golongan hanya satu golongan sahaja yg masuk syurga iaitu golongan yg memahami islam seperti nabi dan para sahabat. Golongan khawarij ini mengkafirkan perlaku dosa besar sedangkan ahli sunah itidak berakidah sedemikian. Mereka dgn itu mudah mengkafirkan pemerintah islam dengan alasan rasuah atau berlaku zalim. Puak puak bid'ah lain pula seperti sufi membawa aqidah sesat dan tak ambil pusing tentang politik negara contohnya jemaah tabligh tak membenarkan jjemaahnya mengundi. Mereka mengatakan demokrasi itu bukan islam. Ya demokrasi itu bukan sistem islam tetapi kita dalam dharurat, jika kita tak undi maka orang kafir akan jadi pemerintah. Inilah beberapa contoh golongan sesat dalam islam memahami hadis tanpa mengikut pemahaman sahabat dan para salaf. Untuk. lebih lanjut sila ke blog Ilmuan Malaysia.
9:31 AM,
On the Malaysian Chronicle post referred to, the objectionable sentences seem to be as follows:
"As reported, describing the Thaipusam as a festival celebrated by “people of one colour – with no other colour” must have hurt the Hindus in the country." But I fail to see how this is objectionable or "despicable". Isn't what is said a fact?
What is wrong for "As a Muslim to .. have uttered this .. term (people of one colour) to describe the Hindus who celebrate Thaipusam? Isn't Thaipusam celebrated only by the Hindus? And aren't the Hindus in this country "only of one colour"? Is is not possible that RT chose not to use the word "black people" because those words might be sensitive to the Hindus? Whereas the words "of one colour" are not?
Is is not merely a matter of perception? That RT is perceived as racist by the ultra kiasus and therefore picked on whatever he says that can be exploited on by such people? Come on, be fair, people.
Did he use the words "warn the majority to be aware of the “ultra kiasu“ – referring to the Indians and Chinese"? And if he uses the words "ultra kiasu" to describe those who don't want to "be left behind" or "want to win all the time" or "want more, more and more endlessly", what's wrong with that? Are there not people in this country who are like that?
Nowm who's talking about "Trying to influence the Muslim minds to hate the non-Muslims and the non-Malays"? Is it not the DAP and the likes of them in Malaysia Chronicle etc that have been known since DAP formation 45 years ago that always spread hate, that caused the race riots of 1969?
Yes, we want the country to remain peaceful for the next five decades, even forever. That's why the real hate spreader, the ultra kiasus in DAP etc must behave, cease to look for and exploit each and every thing they could find.
Aku amat bersimpati dengan apa yang telah dialami oleh Dr.Ridhuan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Bangsa melayu perlu sedar bahawa mereka kini sedikit demi sedikit telah kehilangan hak dan maruah sebagai satu bangsa yang sepatutnya dihargai kerana sanggup beralah dan bersedia berkongsi hak walaupun ada diantara hak-hak tersebut jika terus diberi berkemungkinan akan menjadikan bangsa melayu hilang identiti dan jati diri sebagai pribumi di tanah air yang bertuah ini.
Seakan menjadi satu agenda wajib bagi golongan ultra kiasu untuk memerangi dan menetang habis-habisan jika timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan Islam dinegara ini. Sebenarnya apabila mereka menentang Islam secara tidak langsung mereka juga sedang memecahbelahkan ukhuwah bangsa melayu.
Tindakan dan desakan mereka kini semakin berani malah adakalanya berbaur ugutan.Ini semua kerana mereka telah mendapat sokongan dari segelintir pemimpin melayu yang begitu terdesak untuk berkuasa. Sanggup bersekongkol sesama mereka dengan perjuangan menghalalkan cara walaupun lambat laun mereka mungkin berjaya namun akhirnya Bangsa melayu juga akan tetap menerima padahnya.
Sepatutnya sikap keterlaluan dan melampau golongan ultra kiasu ini perlu dibalas buku dengan ruas. Jika perjuangan mereka begitu chauvinist dan bermotifkan perkauman maka sudah sampai masanya sebagai bangsa yang masih mempunyai majoriti, orang melayu perlu gunakan hak mereka untuk mengajar golongan tersebut dengan hanya mengundi calun melayu dalam PRU nanti. Sekiranya terdapat lebih dari seorang calun melayu maka pilihlah calun yang terbaik dikalangan mereka asalkan tetap mengundi calun melayu.
Jika berlaku sedemikian apakah golongan minoriti bukan melayu ini masih mahu mendabik dada mengatakan mereka adalah undi penentu kemenangan dalam pilihanraya sehingga sanggup untuk mengugut dalam membuat tuntutan…
sekarang ni,banyak betul, bantuan yang kerajaan salurkan, cuma kita perlu mencarinya, lepas itu jabatan kebajikan pun harus keluar mencarinya, bukan lagi hanya tunggu dipejabat. Latihan kemahiran pun banyak, kita harus merebutnya bukan hanya bersembang sahaja di kedai kopi.
Post a Comment