Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 03, 2012

Jangan tunduk kepada tekanan

7:04 AM Posted by RIDHUAN TEE 27 comments


(Sinar Harian 3 Dis 2012)

Membaca hasil kajian bersama badan antarabangsa, berpusat di United Kingdom, Equal Rights Trust (ERT) bersama Tenaganita, yang mengatakan kewujudan Perkara  89 (Tanah Simpanan Melayu) dan 153 (Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera) Perlembagaan Persekutuan, adalah punca utama diskriminasi kaum dan masalah utama negara ini, atas “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia” amatlah menjelekkan.

Selain perkara 89 dan 153, kajian ini juga turut mempersoalkan beberapa Perkara lain seperti 5(4), 8(2), 9, 10, 11, 12(1), 14, 15, 24, 26 dan 161. Semua perkara ini berkaitan dengan kebebasan, kesamaan dan keadilan. Mereka mahu negara kita mengikut cara hidup mereka yang kononnya mempraktikkan perkara tersebut, tanpa mengambil kira sejarah perlembagaan dan makna keadilan yang sebenar.

Lebih berani lagi, mereka mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menghapuskan atau memansuhkan Perkara tersebut, bagi mengelakkan diskriminasi berasaskan etnik. Peruntukan itu juga katanya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Pelik sungguh, kenapa mereka begitu risau dengan perlindungan ini sedangkan ia langsung tidak menghalang hak bukan Melayu dan bukan Islam? Apa tujuan mereka sebenar? Kenapa fokusnya Melayu dan Islam di Malaysia? Bukannya negara-negara lain yang tidak kurang diskriminasinya. Jangan pergi jauh, lihat sahaja negara yang mana umat Islam menjadi  minoriti seperti di China, Filipina, Thailand, Singapura, Perancis, malah di Britian sendiri. Adakah tidak wujud diskriminasi terhadap minoriti?

Pendek kata, diskriminasi di kalangan minoriti adalah sesuatu perkara biasa di mana-mana negara yang bangsa majoriti yang memerintah. Tidak perlu ditonjolkan seolah-olah apa yang berlaku di negara ini terlalu tenat. Pada saya, jika perkataan ‘diskriminasi’ yang ingin digunakan, saya boleh katakan diskriminasi di Malaysia masih lagi ‘positif’, berbanding negara lain yang amat jelas mendiskriminasikan Islam dan umat Islam. Umat Islam yang menjadi minoriti tidak diberikan hak untuk mengamalkan cara hidup sendiri, seperti memakai jilbab atau tudung. Kenapa kajian tidak dibuat di negara-negara ini?

Jika kerana tanah rezab Melayu dan hak istimewa Melayu, menjadikan bukan Melayu miskin atau papa kedana, mungkin saya selaku bukan Melayu, tidak dapat menerima diskriminasi ini. Hakikatnya, dengan wujudnya ‘diskriminasi’ ini, bukan Melayu terus menjadi kaya raya dan kedudukan mereka tidak terancampun. Dengan kemudahan lesen yang diberikan kepada Melayu, akhirnya menjadi hak bukan Melayu kerana Melayu menjualkannya kepada bukan Melayu. Berapa banyak tanah rezab Melayu tergadai ke tangan orang bukan Melayu. Lihatlah betapa banyak produk menggunakan label Melayu dan Islam diperalatkan demi untuk melariskan perniagaannya.

Boleh dikatakan hampir semua milik Melayu telah dinikmati oleh bukan Melayu dalam pelbagai aspek seperti lesen, biasiswa, tanah rezab dan sebagainya. Sehingga sampai ke peringkat tanah kepunyaan kerajaan telah banyak menjadi hak kuil, tokong dan gereja.

Diskriminasi apa lagi jika hari ini terdapat sebesar-besar patung dan gereja di merata tempat untuk memenuhi kehendak minoriti yang berpegang kepada agama, yang rata-ratanya kurang daripada 10 peratus tetapi identiti mereka telah menenggelamkan identiti Melayu dan Islam itu sendiri?

Peliknya, bila ada kajian membuktikan institusi kaum mereka dan ketidakupayaan menguasai bahasa kebangsaan punca masalah punca masalah, semua kalangan ultra kiasu menolak. Bila ultra kiasu melakukan kajian sebegini, mereka mahu memaksa kita menerimanya.

Siapakah mereka mahu campurtangan dalam hal berkaitan dalam negara? Apakah mereka tidak sedar bahawa perlembagaan adalam undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara dan ianya berdaulat. Mempertikaikan undang-undang sesebuah bermakna sudah mencabar kedaulatan sesebuah negara itu.

Semua ini adalah agenda Inter Faith Council (IFC) dan 14 perkara tuntutannya yang mahu merosakkan umat Islam dan orang Melayu. Mereka mahukan negara ini tidak ada lagi identiti Melayu dan Islam. Kepentingan bangsa dan agama majoriti tidak lagi dilindungi. Hak asasi manusia mengatasi segalanya. Jika mereka berjaya lakukan di sini, atau memecahkan tembok ini, maka tercapai hasrat mereka menundukkan Islam dan Melayu.

Mereka mahu menjadikan Islam dan perlembagaan kita tunduk kepada norma-norma antarabangsa ciptaan manusia yang boleh menjejaskan akidah kita sebagai umat Islam. Antara norma-norma tersebut adalah; Pertama, Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948. Kedua, Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan Malaysia pada 5 Julai 1995). Ketiga, Konvensyen mengenai hak kanak-kanak. Keempat, Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktolernasi dan diskriminasi berasaskan agama. Kelima, Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarganegaraan, suku kaum, agama dan bahasa minoriti. Keenam, Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut masih belum disahkan di Malaysia kecuali yang telah disebut. IFC mahukan semua agama mesti mengikut norma antarabangsa tersebut. Norma antarabangsa itu tidak membezakan antara penganut Islam dan bukan Islam. Untuk orang Islam, cara hidup mereka bukan lagi cara hidup Islam tetapi norma-normat antarabangsa tersebut.

Apa jua ajaran Islam yang bertentangan dengan norma tersebut mesti dihapuskan. Pendek kata, agama Islam mesti tunduk norma mereka. Manusia bebas melakukan apa sahaja, termasuk menukar agama. Walaupun namanya orang Islam atau masih mengakui Islam, mereka boleh beramal dengan ajaran agama lain. 

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia turut mengatakan setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, bersuara, beragama dan sebagainya. Bermakna, status kita sebagai umat Islam bukan lagi tertakluk kepada perintah Allah SWT tetapi kepada perintah manusia yakni norma tersebut. Kita tidak berhak lagi ke atas urusan sesama Islam. Selepas ini, Jabatan Perdaftaran negara tidak ada hak lagi untuk menolak permohonan seseorang untuk menukar agama daripada Islam kepada bukan Islam atas alasan jika permohonan ini tidak diluluskan ia akan merosakkan keharmonian dan kebebasan beragama.

Umat Islam harus berwaspada dan jangan terpedaya dengan semua diayah dan perancangan licik mereka. Mereka akan menggunakan pelbagai cara jika gagal dengan satu cara yang lain. Jangan sampai terperangkap. Pastikan kesucian Islam (Melayu) tidak tunduk kepada norma antarabangsa dan kajian picisan ini.

27 comments:

Anonymous said...

Amat nakal Tenaganita mengatakan kewujudan Perkara 89 (Tanah Simpanan Melayu) dan 153 (Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera) Perlembagaan Persekutuan, adalah punca utama diskriminasi kaum dan masalah utama negara ini.

Betina Irene Fernandez Pengarah Teganita itu menghasut. Akta Hasutan 1948 menyatakan antara aspek hasutan ada lah mendatangkan rasa marah dan benci di antara kaum kaum di negara ini. Kata kata itu semua adalah mendatangkan rasa marah dan benci kapada kaum Melayu dan Bumiputera.

Dia perlu di tangkap, di heret ke Mahkamah, di tuduh dan di bicarakan.

Anonymous said...

Mereka semua sepatutnya tahu bahawa tanah rizab Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak telah di maktubkan di Perlembagaan negara. Derap nya telah di bahath dan di luluskan oleh Parlimen.

Kepala hotak mereka mengatakan perkara perkara itu menjadi punca diskriminasi kaum.

Mereka yang tak mahu terima apa yang telah jadi undang undang di negara ini, tidak hormatkan Perlembagaan negara, ada lah punca kerosakan harmoni antara kaum.

Anonymous said...

Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di Perkara 153 Perlembagaan adalah perkara sensitif. Telah di senaraikan di dalam Akta Hasutan.

Perkara itu tidak boleh di so'al, seperti mana juga kerakyatan untuk buan Melayu juga sensitif dan tidak boleh di so'al.

Menyo'al Kedudukan Istimewa itu akan menarik yang lain menyo'al hak kerakyatan bukan Melayu. Itu tidak baik bagi sesiapa. Itu sebab di senaraikan di Akta Hasutan.

Itu sebab Irene Fernandez perlu di tangkap dan di dakwa di bawah Akta Hasutan. Sebelom kaum lain bisingkan pula hak kerakyatan dia dan sekutunya dan mengeruhkan suasana antara kaum di negara ini.

Anonymous said...

Professor Emeritus (Sejarah) Tan Sri Khoo Kay Kim telah berkata "berhijrah lah" kapada mereka yang tidak sukakan negara ini (menijak gambar pemimpin negara, mempertikaikan bendera Malaysia di himpunan Merdeka di malam sambutan hari Merdeka yang lalu).

Perlu di kata kapada Irene Fernandez dan yang lain lain sepertinya, "berambus lah". Kerana menyo'al Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Begitu besar kesalahannya - tidak mahu hormatkan Perlembagaan negara, mengemukakan perkara sensitif yang boleh mendatangkan perbalahan antara kaum di negara ini, dan melakukanya di sana sini di luar negara juga.

Bedebah mereka. Tiada ma'af baginya.

Anonymous said...

Mereka yang yang mengata Perkara 89 (Tanah Simpanan Melayu) dan 153 (Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera) itu punca utama diskriminasi kaum dan masalah utama negara ini tidak tahu sejarah negara ini.

Tidak tahu atau tidak mahu terima sejarah perjuangan lemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan negara.

Bagus lah Sejarah sudah di mestikan di sekolah sekolah mulai 2013. Generasi akan datang boleh di harapkan memahami dan menerima Perlembagaan sepenuhnya, terutama perkara perkara sensitif yang di lindung oleh Akta Hasutan.

Generasi sekarang yang tak mahu pelajari sejarah itu tapi bising anti-nasional, atau sengaja tak mahu terima sejarah itu dan mengungkit itu ini yang sensitif - suruh mereka keluar sahaja dari negara ini.

Kita tidak mahu berlaku lagi pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Satu sebab besar berlakunya itu ia lah mereka tidak menerima perkara perkara sensitif Perlembagaan negara, mengungkitnya di ucapan ucapan kempen pilihan raya 1969.

Anonymous said...

Apakah Tenaganita ada menerima dana dari luar untuk merosakkan negara ini?

Apa jadi dengan Suaram? Takkan senyap aje kot.

Jangan sampai orang melayu mengambil tindakan tersendiri!

Anonymous said...

Sesiapa yang ingin mempertikaikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang berkaitan dengan Melayu sebagai diskriminasi sepatutnya juga mempertikaikan kerakyatan percuma yang diberi secara pukal kepada pendatang asing nenek moyang mereka menjelang kemerdekaan sebagai satu bentuk diskriminasi juga!

Ini kerana dengan nenek moyang mereka menjadi rakyat PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dan kemudiannya Malaysia, keturunannya iaitu mereka ini telah didiskriminasi daripada menjadi rakyat negara China, India dan juga British!

Sepatutnya, demi mengelakkan sebarang bentuk diskriminasi, mereka sepatutnya menjadi rakyat di mana keturunan mereka berasal (bangsa Melayu sememangnya berasal dari nusantara yang sekarang telah dipecah-pecahkan menjadi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Kemboja dan beberapa wilayah lain di Asia Tenggara. Tiada persoalan Melayu berasal dari negara itu, negara ini yang sememangnya berada dalam rantau kepulauan Melayu).

Mereka yang boleh menghormati hak Melayu dan boleh menerima kenyataan berada di TANAH MELAYU sememangnya dialu-alukan. Apatah lagi yang telah menjadi saudara seagama.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bukannya Tanah Melayu dipijak, langit India, China, UK yang dijunjung!

Anonymous said...

5:46 PM,

Setuju 100%, kesemua yang Sdr kata tu.

Tak terlintas di kepala saya sebelom ini dan terima kasih memberi hujah yang boleh di gunakan tiap kali si betina Fernandez dan sekutunya mengarut fasal Per 153 dsbnya.

Benar, diskriminasi telah timbul apabila saja pendatang di beri hak kerakyatan tetapi tak berterima kasih, tak hormatkan balasan baginya - Ketuanan Melayu di rakamkan ke dalam Perlembagaan dalam bentuk peruntukan peruntukan berkaitan fungsi, tugas dan tanggungjawab YDP Agong dan Raja Raja Melayu, dalam Kedudukan Istimewa Melayu, Islam sebagai agama negara ini dan lain lain.

Anonymous said...

Kesemua posting diatas dipos oleh seekor polis disini. Kelakar betul ' polis ' ini. Masih hidup di zaman Tarzan.
Hidup Umno!

Anonymous said...

4:42 PM,

Saya fikir Tenaganita tentu ada menerima wang dari Neocon, Yahudi dan Zionis Amerika untuk menjalankan kegiatannya. Irene Fernandez, Pengarahnya, ada lah ahli Majlis Tertinggi (Supreme Council member) PKR, yang Anwar jadi bossnya.

Anwar telah pergi ke US membusuk mulutkan kononnya Malaysia tidak demokratik, menghasilkan bantuan wang dari NGO Amerika seperti yang di namakan National Endowment for Democracy untuk menyokong NGO NGO Malaysia dalam memajukan demokrasi, kononnya. Yang tak mahu terima bahawa parti Anwar sendiri, PKR, tidak demokratik tetapi berupa parti keluarga dan kroni - Zaid Ibrahim cabut keluar dari parti itu sebab fedap dengan peraturan mengundi jawatan Timbalan Presiden yang dia minat.

Bantuan itu nampaknya ada lah dalam rangka Yahudi Zaionis cuba melemahkan kerajaan Islam di merata dunia, bermula dengan Timur Tengah. Celaka mereka.

Anonymous said...

4:42 PM,

Suaram telah di buktikan oleh Pendaftar syarikat bahawa mereka menerima wang dari luar, hasil Anwar membusukkan Malaysia kononnya tidak demokratik itu juga, melalui sebuah syarikat sendirian berhad yang di tubuh mereka. Suaram sendiri telah mengakui menerima wang seperi itu.

Selepas seorang Pendakwa Raya Peranchis sendiri buktikan Suaram membohong berkenaan apa yang mereka kata ada "pembicaraan" di France berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Mlaysia, mereka cuba bawa masuk peguam Peranchis nak mencaci DS Najib dll. Kemudian mendakyah kononnya mereka tak dapat masuk, cuba mencaci di Singapura pulak.

Jahat tindakan Suaram yang di ketuai oleh Kua Ka Siong yang menjadi DAP MP suatu masa dulu, yang cuba menuduh Tun A Razak kononnya menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969 dalam bukunya yang menafikan bahawa DAP menyebabkan pergaduhan kaum itu. Peranan DAP itu nyata di sebut di dalam Kertas Putih bertajuk "13 May 1969: A Tragedy" by National Operations Council, October 1969. Google nama itu dan anda akan di bawa ke Kertas Putih itu.

Ka Siong kemudiannya telah bergaduh besar dengan pemimpin DAP, dia cabut keluar dari DAP. Kemudian dia telah menjadi ketua sebuah sekolah Cina di Kajang. Bergaduh pulak dengan Dong Zong, badan yang mengelolakan sekolah sekolah Cina di negara ini. Cabut keluar lagi dia, kali ini dari sekolah Cina itu. Masuk Suaram, dapat cari makan, sebab Suaram banyak dapat wang dari NGO Amerika itu.

Sdr kata, "Jangan sampai orang melayu mengambil tindakan tersendiri!" Saya fikir boleh ambil tindakan tiap kali mereka cuba perso'alkan konsep Ketuanan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu dan sepertinya itu. Asalkan tidak melanggar undang undang atau membawa kapada pergaduhan kamum seperti 13 Mei 1969 lagi.

Satu cara ia lah dengan mempertahankan konsep Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak itu, secara mengeluarkan hujah hujah bahawa itu semua telah di semadikan di Perlembagaan negara yang telah di bahas dan di luluskan di Parlimen negara ini. Dan semua orang yang mengaku rakyat negara ini mesti hormati dan patuhi Perlembagaan negara. Pendek kata, yang bukan rakyat pun mesti hormati Perlembagaan negara kita, jika tidak, boleh di halau keluar.

Anonymous said...

4:42 PM,

Penting sebutkan bahawa konsep Ketuanan Melayu yang tersemat di peruntukan peruntukan di Perlembagaan berkenaan fungsi, tugas dan tanggongjawab YDP Agong dan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara ini (Melayu di definasikan sebagai Islam) serta lain lain hal itu, di lindung di bawah Akta Hasutan.

Siapa yang menyo'alnya ada lah melanggar Akta Hasutan, boleh di dakwa di Mahkamah. Irene Fernandez pernah di dakwa, kes dia berbelas tahun lama nya, termasuk rayuan. Tak kisah dia lepas selepas rayuan. Pentingnya dia di dakwa, supaya dia sedar salah tingkah lakunya.

Selain dari mempertahankan konsep Ketuanan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu an Bumiputera Sabah dan Sarawak itu secara lisan dan tulisan, sesiapa yang boleh menyediakan masa boleh juga lapurkan dia kapada Polis atas tuduhan melanggar Akta Hasutan.

Akta Hasutan itu luas liputannya. Mendatangkan rasa benci antara kaum pun di anggap melanggar Akta itu. Biar pihak berkuasa menentukannya. Asalkan mereka di dakwa di Mahkamah. Biar pihak Mahkamah mengadilkannya. Asalkan mereka yang tidak hormati Perlembagaan dan mendatangkan rasa benci antara kaum di bawa ke Mahkamah.

Dalam kesibukan menyediakan rancangan, acara dan latihan untuk pilihanraya, mungkin lambat nak dapat lihat tindakan pihak berkuasa di atas lapuran yang di buat kapada Polis. Namun demikian, Polis akan membuat siasatan. Biar Peguam Negara menentukan dakwaan di Mahkamah itu. Asalkan mereka yang di lapurkan itu di siasat. Di panggil ke Balai Polis, di ambil kenyataan dan sebagainya.

Mereka yang jahat niat dan pendirian perlu tahu bahawa Melayu tidak boleh terima ungkitan mereka dengan mendiam diri. Selain dari di bedal secara lisan dan tulisan, mereka perlu di lapurkan kapada dan di siasat Polis dan di dakwa di Mahkamah.

Anonymous said...

10:36 PM,

Ko kata "Hidup Umno!" Ko orang UMNO ke? Aku pun sokong UMNO. Tapi kalo orang UMNO cam ko ni, tak payah le. Ko tak hidup di zaman Tarzan, tapi kepala ko macam kepala Tarzan. Hehe.

Anonymous said...

Siapa yang bayar gaji dialah boss ataupun tuan hamba. Lantaklah tu ketuanan melayu ke atau ketuanan bangla. Pernah bekerja dengan firma melayu. Tidak pernah dapat gaji pada hujung bulan. Kelewatan membayar gaji memang sudah menjadi kebiasaan. Kerap kali perlu meminjam dari rumah yang bukan berbangsa melayu. Sedih betul kadang kala.

rawang said...

Inilah padahnya apabila Perlembagaan negara tidak dihormati keluhurannya. Perlembagaan ini khususnya yang melibatkan hak orang melayu, umpama payung yang aku rasa masih sangat lagi relewan bagi sebuah negara unik seperti negara ini.

Apa yang berlaku hari ini adalah kerana kesilapan Orang Melayu sendiri.Orang melayu yang begitu terlalu bertolak ansur,terlalu sangat suka memberi dan berkongsi serta terlalu mudah mempercayai dan menerima serta sangat taat dan taksub mengikut pemimpin yang mereka puja walaupun terdapat tindak tanduk kepinpinan pemimpin itu yang boleh merugikan dan melemahkan orang melayu serta mendorong kepada perpecahan kesatuan orang melayu.

Kesediaan dan sikap pemurah bangsa melayu ini telah di ambil sepenuh kesempatan oleh kaum lain. Salahkah mereka untuk mengambil kesempatan? pastimya tidak, mereka pandai mengunakan hak mereka sebagai warganegara untuk menagih dan meminta. Mereka akan sanggup melakukannya tanpa berputus asa, dalam mengejar matlamat, mereka akan terus tetap bersatu dan tetap mencuba dan mereka akan terus menjadikan kelemahan orang melayu ini sebagai pemangkin dan sejarah telah pun membuktikannya. Contoh mudahnya ialah pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu yang sepatutnya merupakan teras utama bagi melahirkan sebuah negara bangsa yang sesuai untuk negara yang mempunyai pelbagai kaum dinegara ini mereka persendakan sehingga ujud keadaan yang sangat pelik dan kalut.

Keujudan sekolah Vernakular bukan sahaja memberikan kesan buruk terhadap pendidikan kebangsaan malah ianya merupakan faktur utama bagi menjarakkan lagi polarisasi kaum di Negara ini. Kini terdapat pula kolej-kolej dan yang bertaraf universiti yang langsung tidak menghormati pendidikan dan bahasa kebangsaan. Mereka mahu mendirikan kolej-kolej bertaraf universiti ini seolah-olah ianya berada samada di Negara China atau Taiwan. Apakah sebenar dan tujuan matlamat mereka?

Tidakkah pelik kalau rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dinegara ini tidak lancar pertuturan bahasa melayunya.Harus diingat Bahasa Melayu adalah bahasa asas negara Malaysia sama ada suka atau tidak hanya bahasa ini sahaja yang sesuai sebagai bahasa komunikasi utama rakyat Malaysia. Ianya bukan sekadar bahasa sebaliknya ianya merupakan teras bagi perpaduan kaum dinegara ini.

Pemerintah perlu tegas mempertahankan perlembagaan ini, terutamanya yang melibatkan hak warisan orang melayu. Tidak timbul isu perlembagaan ini tidak adil dan mendiskriminasikan kaum lain kerana Orang Melayu sendiri telah banyak bertolak ansur dan berkorban dan memberi sehinggakan hanya tinggal secebis sahaja itu pun sebagai tanda agar tidak hilang melayu di dunia.

Anonymous said...

"Peruntukan itu juga katanya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. "

Kepala hotak mereka. Patut di heret ke tempat tahanan Kamunting di bawah ISA (tak tahu boleh ke tidak di bawah undang undang gantian ISA itu), dan di tonjol tonjolkan ke dahi mereka bahawa:

1. peruntukan peruntukan Perlembagaan itu semua telah di bahath dan di luluskan di Parlimen sebuah negara yang demokratik di masa Merdeka

2. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah menerima Malaya dan Malaysia sebagai ahli, bermakna undang Perlembagaan (undang undang tertinggi) Malaysia di anggap sesuai dengan undang undang antarabangsa.

Anonymous said...

"mereka mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menghapuskan atau memansuhkan Perkara tersebut" -

Mencadangkan memansuhkan konsep Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan membuat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mencadangkan memansukan hak kerakyatan bukan Melayu, kerana itu yang satu itu ada lah pertimbangan (consideration) bagi yang lain itu.

Ini tidak baik bagi sesiapa. Perlu di ketuk kepala mereka dengan hujah hujah ini hingga mereka sedar.

Anonymous said...

"Inter Faith Council (IFC) dan 14 perkara tuntutannya yang mahu merosakkan umat Islam dan orang Melayu." -

Orang Kristian mungkin di wakili di IFC oleh puak Katholik dan yang bukan Katholik atau apa yang di panggil Evangelical.

Puak Evangelical ini telah berpecah dari puak Katholik dan puak puak Kristian lain yang telah timbul lebih lama dahulu, seperti Methodis (yang gerejanya di Damansara Utama cuba murtadkan 12 orang Islam tak lama dahulu). Puak puak Kristian itu telah memecahkan perpaduan ummat Kristian sehingga demikian lama. Kristian sejak sejarah "Crusades" telah menjadi lemah.

Mereka yang lari dari Eropah ke Amerika menubuhkan negara bahru di Amerika mulai abad 18 itu kebanyakannya yang tidak suka kongkongan Katholik, Methodist dan sebagainya. Timbul puak Evangelical di Amerika dan merecup seperti cendawan di negara bahru itu berikutnya. Mahukan kebebasan, konon. Termasuk bebas main belakang, kahwin sama jantina dan macam macam lagi mengarut.

Ada jenis Evangelical yang macam Taliban, tak boleh potong janggut (puak Amish), tak boleh kemudahan moden, pakai kereta kuda lagi di kawasan kediaman mereka.

Dengan jenis jenis seperti itu sekarang Evangelical merecup di Malaysia pula, mana tak mengancam perpaduan negara dari beberapa segi. Archbishop Katholik tak ada kuasa di atas puak puak yang bukan Katholik, maka AFC perlu mengawal "forces of disunity" itu.

Jika tidak, Menteri di Jabatan Perdna Menteri yang bertanggung jawab berkenaan hal hal agama perlu menggembeling segala tenaga dan kuasa di bawah semua undang undang yang ada bagi membendong kegiatan mereka yang tidak bertanggong jawab.

Termasuk Padri Cina Malaysia yang hebohkan dia kahwin sama jantina dengan boyfriendnya di New York, mengarut. Undang undang Malaysia tidak benarkan sodomi. Itu sebab Anwar Ibrahim di heret ke Mahkamah dua kali. Maka Padri itu juga perlu di heret ke Mahkamah.

PEMBANGKANG-DAP said...

Kenapa mereka hebohkan perlindungan ini sedangkan ia langsung tidak menghalang hak bukan Melayu dan bukan Islam –

Sebabnya ia lah depa sejenis ultra kiasu yang berselindung di atas nama mahukan sama rata, konon. Ini pendirian DAP sejak penubuhannya, memikul sepanduk Lee Kuan Yew dan PAP selepas Singapore di tending keluar dari Malaysia di tahun 1965.

Mahukan sama rata dengan tidak mengakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera di Perlembagaan Malaysia. Yang telah di bincang dan di luluskan oleh Parlimen.

Pendirian itu telah di dendang, di ungkit, di perso’al oleh Lim Kit Siang, sehingga dia telah di tahan di beberapa tahun dibawah ISA. Keras kepala, terus mengungkit. Ucapan ucapannya di kempen pilihan raya 1969 lantang, menimbulkan perasaan benci dan marah di kalangan rakyat. Tambah dengan jeritan jeritan menyayat hati, provokasi yang tidak terhingga, membuka zip seluar menunjukkan kemaluan depa penganut dan penyokong DAP di atas lori yang berkonvoy mengarak kemenangan lebih kerusi di pilihan raya itu, melalui kawasan Melayu seperti Kampung Bahru, KL, telah mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei.

Maka sekarang di ungkit lagi dek Irene Fernandez dan pertubuhannya Teganita. Dia harus di tangkap sekurang kurangnya di bawah Akta Hasutan yang melindungi Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Atau di bawah undang undang bahru yang menggantikan ISA. Untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan kaum 13 Mei itu lagi.

PEMBANGKANG-DAP said...

Ini Irene Fernandez dan sekutunya di Teganita bukan tak tahu Ketuanan Melayu ada tersemat di Perlembagaan Malaysia di dalam peruntukan peruntukan yang menyatakan kedudukan YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Fungsi, peranan dan tanggungjawab YDP Agong dan Raja Raja Melayu telah di nyatakan dengan terang di situ. Contohnya, jika tidak ada lantikan oleh YDP Agong dan Raja Raja Melayu, tidak berfungsi lah calon parti yang menang di pilihan raya sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Tetapi depa ungkit dan bantah itu semua sebab depa melampau. Depa eksploitasi dan melanda landa dalam suasana politik sebelom pilihanraya sekarang. Pemerintah nampaknya mahu elakkan heboh tangkapan dan sebagainya. Mahukan keadaan se normal yang boleh, menjelang pilihanraya. Tapi jika di biarkan, lagi depa ini naik kepala.

Depa telah membenarkan pertubuhan depa di guna oleh Anwar Al Juburi. Ada yang kata depa pun dapat bantuan wang yang di aturkan oleh Anwar di masa dia membusukkan nama Malaysia mengatakan Malaysia tidak demokratik dsbnya, dari NGO Amerika seperti National Endowment for Demokrasi, yang kononnya mahu perkembangkan demokrasi, tapi tak mahu terima hakikat bahawa parti Anwar sendiri, PKR, tak demokratik – parti keluarga dan kroni, dia boss, bini dia Presiden, anak dia Naib Presiden, kroni dia Timbalan Presiden. Cara pemilihannya di sembur dek Zaid Ibrahim, peguam dan bekas Menteri, di masa dia cabut keluar dari PKR dulu.

Yang Irene Fernandez cakap pasal kurang hak asasi maanusia bagi pekerja wanita dan buruh asing di Malaysia tu satu hal. Pergi ke Indonesia memburukkan Malaysia fasal pekerja Indonesia tu sudah keluar batas. Ni hebohkan fasal Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak – dengan pertubhan UK – itu sudah melampau. Pemerintah perlu ambil tindakan ke atas dia. Terutamanya memandang kapada hal bahawa dia pernah di tangkap dan di dakwa, kesnya meleret berbelas tahun, pun dia tak ada rasa kesal atau sedarkan kesalahannya pun. Dia keras kepala. Mesti di lembutkan.

Anonymous said...

1:11 AM,

Padan lah kau tak dapat kerja dengan syarikat besar yang bayar gaji tiap bulan ikut peraturan.

Sebab pendirian kau pun pelik. Main "Lantaklah" saja. Kalau kau kisahkan "ketuanan melayu", dari interbiu pun orang dah tahu jenis begitu tu OK.

Tapi kalau cakap pasal "ketuanan bangla", sapa nak kasi kau kerja. Syarikat Cina nakkan orang dia, syaratkan tahu Mandarin. Tukar lah pendirian kau, lain kali interbiu ada peluang orang nak kasi kau kerja baik.

Anonymous said...

Bukannya "diskriminasi" terhadap minoriti. Hanya menjaga kepentingan majoriti. Ini berlaku di mana mana negara. Di Amerika pun, orang kulit hitam, orang Hispanic dan Asian terasa mereka di diskriminasikan. Tapi hakikatnya, orang kulit putih sejak beratus tahun menjaga kepentingan kaum majoriti di sana, ia itu orang kulit putih.

Itu semua berdasarkan sejarah mereka. Orang kulit putih yang mula masuk mengadakan kerajaan di sana. Pada suatu masa, orang kulit hitam di bawa masuk sebagai hamba abdi untuk ladang ladang di Amerika. Yang lain lain masuk nak cari kerja. Jadi, undang undang yang di adakan di Amerika kebanyakannya untuk menjaga kepentingan orang kulit putih lah.

Di Malaysia, majoritinya orang kulit coklat (brown-skinned). Beribu tahun di negara ini. Orang putih datang, menjajah, bawa masuk yang lain di abad 19. Nasib baik juga kaum minoriti di ajak berunding masa sebelom Merdeka. Di derapkan Perlembagaan, beri kerakyatan kapada orang lain, di catitkan Ketuanan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera, di luluskan di Parlimen - apa pulak nak bisingkan.

Dah lah tak berterima kasih, nak ungkit pulak. Tak patut betul. Nanti orang ungkit kerakyatan yang mereka dapat, kan tak baik.

Anonymous said...

Kita perlu sedar bahawa Yahudi Zionis sentiasa mencari peluang melemahkan Kerajaan yang di teraju oleh orang orang Islam di sana sini. Terutamanya di Timur Tengah yang telah melihat kucar kacir di Mesir, Libya dan sekarang Syria.

Mereka telah membantu badan badan bukan Kerajaan di negara negara sasaran mereka. Di Malaysia, NGO seperti Suaram, Malaysia Kini dll telah mengakui menerima wang dari badan badan bukan Kerajaan di US seperti National Endowment for Democracy, yang di serap Yahudi Zionis bagi mencapai tujuan mereka.

Mereka menyokong dan membantu Anwar Ibrahim dan NGOs di bawah naungannya, tak kira bahawa parti Anwar, PKR, sendiri tidak demokratik - dia boss, bini dia Presiden, anak dia Naib Presiden, kroni dia Timbalan Presiden - Zaid Ibrahim, peguam dan bekas Menteri, telah pecut keluar dari parti itu sebab fedap dengan cara pemilihan pemimpin parti itu.

Maka Teganita membuat kajian bersama dengan Equal Rights Trust (ERT) yang berpusat di UK. Di percayai bahawa ERT juga di seludupi masuk oleh Yahudi Zionis. UK memang tempat Yahudi bermaharaja lela sejak lama dahulu, sehingga seorang Yahudi dapat menjadi Perdana Menteri Britain - Benjamin Disraeli.

Kita perlu sentiasa dedahkan niat jahat Yahudi Zionis dan sekutu sekutu mereka itu.

Mengharap RedhaMu said...

tidak hairanlah....sebab memang ni dakyah orang Kristian yang nak meruntuhkan harmoni orang Islam....tidak hairan...sila lihat agenda mereka sampai ke baitulmaqdis mereka punya agenda nak rosakkan Umat Islam di Malaysia. Baca disini>>http://www.ustazamin.com/2012/12/universiti-kehidupan-233-agenda.html

Anonymous said...

Inilah akibatnya bila konek telah dipotong dan tak boleh meliwat jubur lagi! Ah Tee sudah gila meroyan sebab telah ditegah oleh agama Islam untuk tidak meliwat dan hisap konek sendiri malahan koneknya telah dipotong macam kerbau! Orang busuk macam cibai Melayu yang selalu dia makan! Pensyarah universiti tak laku! Podah!

Anonymous said...

itulah akibatnya kalau sudah menyembah syaitan.

Anonymous said...

itulah akibatnya kalau sudah menyembah syaitan.