Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 24, 2012

Antara kucing dan anjing

9:33 PM Posted by RIDHUAN TEE 30 comments
(Sinar Harian 24 Dis 2012)

Sebagai seorang Muslim, saya amat bersetuju dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan berhubung polisi mengasingkan lelaki dan perempuan dalam isu salon rambut. Molek benar, lelaki menggunting atau mencuci rambut lelaki, begitulah sebaliknya, atas alasan mereka sejenis. Tidak batal air sembahyang. Jika inginkan lebih kelembutan, carilah lelaki lembut, tetapi bukan wanita. Biarlah wanita berurusan dengan wanita. Saya fikir ajaran agama lain pun mahukan sebegitu. Tanyalah kaum wanita. Dalam hati mereka sudah tentu ada sedikit perasaan cemburu jika yang memegang atau mencuci rambut atau badan suami mereka adalah wanita. Jika wanita perlu mereka yang sedikit ganas untuk mencuci rambut, maka carilah ‘tomboy’. Dalam maksud, dalam dunia ini kita sentiasa ada pilihan yang terbaik, sebelum mencari yang kurang baik atau bersubahat. Begitu juga lelaki, sanggupkah melihat isteri kita dipegang oleh lelaki.

Bukti-bukti telah menunjukkan apabila lelaki dibiarkan bergaul atau bercampur bebas,, tendensi untuk berlakunya maksiat adalah besar. Misalnya, rumah urut, Spa dan sebagainya. Mula-mula mengurut kaki. Selepas itu, lain pulak yang diurutnya. Maka berlaku perbuatan yang tidak diingini. Sebab itulah, Islam mengingatkan kita supaya menjauhi zina. Ini juga ajaran semua agama. Cuma Islam lebih menonjolkan kerana Islam mahu menyelamatkan maruah manusia sebelum hancur.

Justeru, saya agak teruja membaca berita pada 24 November lalu, apabila kira-kira 80,000 penganut Buddha yang dipimpin Pengasas Kuil Fo Guang Shan di Taiwan, Master Hsing Yun berkumpul di Stadium Shah Alam, bagi menggalakkan gaya hidup harmoni. Hsing Yun,  mengingatkan penganutnya agar mengamalkan nilai-nilai murni, menerapkan kasih sayang dan melakukan kebaikan. Penganut ajaran Buddha harus mematuhi peraturan yakni tidak melakukan kejahatan seperti berbohong, mencuri, pembunuhan dan kesalahan seksual. Jika mereka mengikut ajaran Buddha, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berdisiplin dan kukuh perpaduannya. Pendek kata, semua ajaran mahu menjaga martabat dan maruah penganutnya.

Di sinilah PAS perlu melakukan penegasan dalam setiap polisi yang ingin dilaksanakan. Jangan gentar atau goyah apabila diserang oleh ultra kiasu. Jangan jadi seperti kucing dan anjing apabila berhadapan dengan ultra kiasu. Lumrahnya, anjing sentiasa menang, yang kucing sentiasa kalah dan mengalah.

Rakan laman muka buku saya, bernama Haji Mansuh mengatakan ungkapan persahabatan PAS dan ultra kiasu ibarat persahabatan antara anjing dengan kucing. Juga disebut dalam pepatah Melayu. Siapa mereka, lu fikirlah sendiri. Hari ini, anjing garang itu berjaya menjinakkan kucing. Jika dahulu, kucing begitu berani mencakar apabila anjing melakukan kesilapan, walaupun saiz badannya kecil. Kini, tidak lagi. Kucing ini tidak lagi mempunyai kuku, walau pun penampilannya masih bermisai, berjanggut dan bermata garang, seperti dahulu kala, sewaktu kucing itu belum berkawan dengan anjing.

Haji Mansuh turut menimbulkan persoalan, antara anjing dengan kucing, siapa yang lebih bijak? Analoginya sebegini. Sebagai pemandu kenderaan berenjin, kita tentu biasa terserempak dengan keadaan dilema anjing dan kucing ketika hendak melintas jalan. Amat nyata perbedaan tahap IQ diantara dua spesis haiwan ini. Anjing, bila dia tersedar ada kenderaan mendatang, dia akan berpatah balik ke bahu jalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan, untuk mengawasi keadaan yang selamat sebelum melintas. Bila keadaan dah selamat barulah anjing itu berlari melintas  jalan.

Berbeza dengan senario kucing, bila tersedar ada kenderaan mendatang, ia akan memecut semahu-mahunya untuk melintas jalan, dengan ‘doa’ moga terselamat. Atau, oleh kerana  terkejut beruk, kucing akan merendahkan diri, dalam keadaan seolah-olah bersedia untuk menerkam musuh yang sedang meluru ke arahnya. Bayangkan…apakah akan terjadi kepada nasib kucing. Jawapannya: Kadang-kadang kucing itu terselamat. Namun, kebiasaannya kucing menggelupur menemui ajal di atas jalan raya.

Saya tidak nafikan kadangkala anjing ada yang mati juga di jalan raya, tetapi, rata-ratanya adalah kucing. Sebenarnya, kedua-dua binatang ada kekuatan masing-masing. Kucing adalah kesayangan Nabi dan kita semua. Manakala, anjing amat berguna untuk menjaga keselamatan, walaupun bernajis.

Kata Haji Mansuh lagi, pelik tapi benar: Saya tak rasa nak marah bila orang panggil saya anjing, tetapi saya rasa lekeh sangat bila orang panggil saya kucing. Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin para pengikut-pengikut kucing boleh membantu saya. Dahulu PAS dan ultra kiasu ibarat kucing dengan anjing, tidak boleh bersama dalam satu sangkar. Namun, kita segalanya berubah. PAS dan ultra kiasu boleh duduk, tidur, makan dan minum dalam satu sangkar. Dahulu mereka ini tidak boleh tinggal sekandang. Tetapi kini, bukan sahaja sekandang, mereka boleh berpeluk-peluk lebih erat daripada saudara sebangsa dan seagamanya. Apakah saudara sebangsa dan seagamanya itu, begitu hina berbanding dengan yang tidak seagama.

Cuma saya nak ingatkan, Anjing tetap anjing sampai bila-bilapun. Anjing tidak akan pernah cuba menjadi kucing, tapi kucing tidak pernah serik walaupun kerap kali anjing telah menggigit dan mencakarnya. Malangnya, kucing tetap mencuba sehabis daya untuk bermanja dengan anjing.  Kucing masih mahu menumpang tuah anjing.

Kita tidak perlu menjadi anjing untuk menjadi kuat. Lagipun anjing termasuk dalam najis berat. Biarlah kekal menjadi kucing asalkan berpendirian. Lagipun kucing banyak kelebihan, ia manja, cantik, menarik dan tidak seganas anjing. Sebab itu dakwah kucing mudah berjalan atas sifat-sifatnya itu. Maka tidak hairan Nabi amat sayangkan kucing.

Itu bukan bermakna kita perlu memusuhi atau membunuh anjing. Kerana pernah berlaku dalam satu kisah, seorang pelacur masuk syurga, hanya kerana pertolongannya kepada anjing yang begitu kehausan.

Tidak mengapalah mahu menjadi anjing atau kucing kerana kedua-duanya adalah makhluk Allah. Apa yang penting kita mesti tahu siapa diri kita sebenar. Untuk apa kita ciptakan. Apakah matlamat akhirnya kehidupan? Jika kucing dan anjing sedar diri dan tahu fungsi masing-masing, InsyaAllah kita selamat. Apa yang penting tetapkan pendirian. Jangan mudah goyang atau goyah apabila diserang. Kecilnya saiz kucing bukan bermakna kita lemah. Pendirian kita, kita tidak akan menyerang jika tidak serang, tetapi kita tidak akan menyerang tanpa tentangan.

30 comments:

Annasikh wal mansukh said...

Berwasiatlah dgn kasih sayang...krn takutkan kecelakaan besar menanti bg tiap2 pencela..!

ain said...

Setuju dengan Prof

Anonymous said...

Saya tak setuju kerajaan PAS Kelantan mengasingkan lelaki dan perempuan dalam isu salon rambut bagi mereka bukan Islam. Bagi orang Islam, takpa.

Tapi saya tak bermasalah dengan depa buat demikian. Naik baran bukan Islam dan kena tampar DAP sebab lama sengapkan saja hal itu, hingga di sindir dan di cabar MCA dan Gerakan. Malu muka depa.

Bila Karpal Singh berdesing lagi hentam PAS Kelantan, Exco PAS Taqiyiddin kata hentikan saman buat sementara saja dan bukan kerana Singa tu mengaum. Makna, akan di sambung lagi selepas "kajian". Sebenarnya tak tau apa kajian, tak habis habis sebut.

Tak di peduli dek PAS walau pun Singa mengaum. Singa tua dah tak ada gigi. Sebenarnya PAS nak tunjukkan depa berani, bukan asyik di tunjjal dahi, di heret di hidung dek DAP. Seperti di gambaran yang telah terbentang di fikiran rakyat.

Depa nakkan Hadi jadi PM, menyampah DAP nak ampu bodek Anwar Al Juburi jadi PM konon.

Anonymous said...

"Jika inginkan lebih kelembutan, carilah lelaki lembut .."

Jaga jaga tu, tuan. Nanti Anwar yang konon konon datang nak gunting rambut, lain pulak yang di gunting. Atau di ngending.

Jangan marah berjenaka di hari Krismas ni. Tak salah pulak jenaka tu sebab rakyat dah tahu Anwar jenis ngending macam tu.

Anonymous said...

Rumah urut, Spa dan sebagainya kebanyakannya di maksudkan lebih dari berurut dan berspa. Memang mula-mula mengurut kaki. Selepas itu, lain pulak yang diurutnya.

Kata orang, sampai ke peha pulak. Pastu "tersentuh" kononnya tempat yang sensitif. "Oh, soli," kata dia. Pastu tahu saja lah apa yang jadi.

Yang seperti itu di panggil "Rumah urut Oh Soli", kata orang.

Yang tu pulak bukan so'al anjing dan kucing. Itu so'al anjing yang mesti menyondol di masa masanya. Katanya, ramai yang masuk kupiah putih dalam kocek, berlepas ke rumah urut Oh Soli di Golok di sempadan Siam di hujung minggu.

Ada komen komen di blog yang mengatakan rumah Pok Nik Aziz di Kota Bharu pun tak jauh dari tempat macam itu.

Anonymous said...

Kami non muslim nak buat apa pun hak kami....jangan kacau hidup harian kami...kalau ada masa lapang pi jaga budak budak melayu yang sesama agama lu...

Anonymous said...

11:18 AM,

Apa dia "hak" korang tu? Cakap melalui hidung, mengata "nak buat apa pun hak kami".

Kamu tak tahu ke ada hadnya. Semua kaum ada had kapada hak mereka, tau tak? Tapi kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak ada Kedududukan Istimewa. Itu sudah jadi hak kami, tercatit di Perlembagaan dan di lindung oleh Akta Hasutan. Itu kamu semua tak boleh "nak buat apa pun".

Begitu juga Islam. Yang tercatit di Perlembagaan sebagai agama negara ini. Ada undang undang yang mengatakan, contohnya, orang Islam tak boleh di murtadkan. Itu pun kamu tak boleh "nak buat apa pun".

Tapi kalau PAS saman kedai gunting korang, atau pasangan khalwat korang, atau nak kenakan Hukum Hudud kapada korang, itu memang hak korang nak diamkan saja atau tidak.

Anonymous said...

Saya setuju . Orang bukan Islam pun diasingkan bgi salun rambut . Ini kerana untuk kebaikan semua . Kes jenayah bukan hanya berlaku kepada orang islam sahaja, malah non-muslim juga boleh terjadi jika tidak menjaga keselamatan . Dan salah satu cara untuk menjaga keselamatan adalah dengan cara ini .

Anonymous said...

Pandai RT ada sikit kemajuan tak macam dulu tetapi perlu lagi perubahan menjadi fikiran lebih moden. Betul lelaki dengan perempuan berdekat boleh menyebab badan bawah "small brother" tak tenteram tetapi jika orang itu kuat iman atau tak pesong fikir dapat menahan nafsunya. Jangan salah perempuan harus salah orang yang berniat jahat ! Seperti jangan salah orang kaya harus salah perompak !

Anonymous said...

PAS ITU la Kuching Kurap...tak tak sedar pkr dan dap sedang meliwat jubur meka dalam senyum

Anonymous said...

Kucing dan anjing sedar diri dan tahu fungsi masing-masing, tapi jahat, degil, anjing nak mengacau saja, maka kucing menjerit lah.

Tapi bila saman keluar kpd salon rambut orang Cina dan kpd pasangan khalwat Cina, anjing tak menyalak pun. Dah lama, bahru singa tua pulak melalak. Kucing pun tak peduli, sebab tau singa tu dah takda gigi!

Anonymous said...

"PAS perlu ... Jangan gentar atau goyah apabila diserang oleh ultra kiasu. Jangan jadi seperti kucing dan anjing .."

PAS bukan parti Islam. PAS parti politik. Politik ada lah "the art of compromise." Apa sahaja boleh di kompromi. Heboh saja dengan kata kata menjagi perinsip, konon. Mana ada perinsip bila mahukan Hudud tapi baling Hudud di Muktamar 2011, pungut semula di Muktamar 2012.

DAP nampak PAS macam kucing. DAP bantah Hudud, PAS baling Hudud. Jadi, DAP boleh jadi anjing lah, pergi kacau si kucing, kejar sana, kejar sini, macam DAP Exco Perak Nga dan Ngeh mengekor PAS punya MB Sekejap Nizar dulu, nak tentukan jangan salah cakap bila di depan pemberita.

Kali ini bahru si kucing PAS nak mengiau - saman salon rambut Cina dan pasangan khalwat Cina di Kelantan, dan bila Karpal Singh bising, Exco PAS Taqiyiddin kata, hentikan sementara, tapi bukan kerana Karpal cakap. Henti sementara tu bermakna nanti boleh sambung semula.

Jadi, tabi'at anjing dan kucing antara DAP dan PAS itu akan berterusan.

Anonymous said...

Doakan kebaikan kepada saudara-saudara kita bro...

Masing-masing dah akil baligh...

Orang dah akil baligh ni kalau ditegur secara negative seperti marah/caci/cerca/sindir reaksinya pasti negative juga...

Cuba tegur secara positive, insya Allaah reaksi positive juga yang akan diperolehi...

Wallaahu a'lam.

Anonymous said...

Kepada anon 10:03 AM, December 25, 2012:

Tergamak kau fitnah "rakyat dah tahu Anwar jenis ngending macam tu"...

Sebagai salah seorang "rakyat" kau dah fitnah aku...

Itu baharu aku seorang...

Kalau rakyat Malaysia ada 28 juta orang...

Maknanya kau dah fitnah 28 juta orang dengan satu baris ayat je...

Hebat?

Lu pikir la sendiri.

Anonymous said...

Saudara RT

Pas kini dah betul2 jadi seperti Murtabak. Kulit luar nampak cantik dan sekata, tapi isi dalam kulit itu dah caca merba .. murtabak ada daging, ada ayam, ada telor, ada bawang, ada kentang dan ada cabai didalamnya.

Murtabak tampak tebal dan kukuh, tapi bila saja dicubit untuk disuap kedalam mulut maka akan jatuh bertaburan lah isi-isinya. Atau cuba lah baling murtabak ke dinding dan lihat apa yang terjadi. Kalau tak percaya cubalah cubit murtabak dan suap ke dalam mulut anda atau baling murtabak ke dinding.

Berbeza dengan roti canai atau roti perata. Tampak nipis dan melayang, tapi cuba lah baling ke dinding dia tetap jatuh ke lantai sebagai roti canai walau pun bentuknya a bit crumpled. Atau cubit dan masuk ke mulut, walaupun terjurai2 tapi semua (100%) masuk ke mulut.

Saya ibaratkan Pas seperti murtabak, manakala DAP adalah roti canai. Pas nampak gah diluar tapi tak kukuh .. mudah mengalah bila didesak atau diugut.

Dah banyak dah bukti bahawa Pas mengalah kepada DAP. Selagi Pas diterajui oleh dua ulamak yang bukan MUKTABAR tetapi adalah MURTABAK maka Pas hanyalah menjadi MURTABAK (hidangan) kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.

Siapa dia 2 ULAMAK MURTABAK yang saya maksudkan ? Mereka adalah Nik Aziz dan Hadi Awang. Percaya atau tidak cubalah anda halusi pendirian mereka berdua bila berdepan dengan desakan2 dari DAP. Adakah mereka MURTABAK atau ROTI CANAI ????

Hj Mansuh

Anonymous said...

Saudara RT

Terkini kita umat islam riuh rendah fasal pendedahan oleh penulis buku CN Al Afghani. Dedah Afghani dia buang adik beradik, buang mak ayah hanya kerana terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang yang dibuat pada tahun 1981. Kini dia menyesal yang amat sangat.

Bukan Afghani saja yang dedah, dalam Utusan hari2 ada saja yang tampil menyesal kerana terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang .. sembahyang 2 imam, daging sembelihan orang Umno haram, hadir kenduri orang Umno tapi makan nasi dengan sambal belacan saja sebab nak makan daging HARAM kerana orang Umno yang sembelih, nikah orang Umno tak sah, haram sembahyang jenazah orang Umno, jenazah orang Umno tak boleh dikuburan yang sama dengan orang Pas dan haru biru habis hubungan sesama melayu, sesama islam.

Saya tabik dengan saudara. Seorang cina yang memeluk islam, tapi tak buang mak bapak dan adik beradik yang tidak islam. Tak putus silaturahim dengan famili.

Amanat Hadi Awang itu saya nak kata ia adalah Amanat Setan yang dibuat oleh Ulamak Setan yang menerima perintah daripada Setan.

Kerana apa saya panggil dia Amanat Setan ? Kerana ianya membawa banyak kerosakan daripada kebaikan kepada hubungan silaturahim sesama melayu dan sesama islam.

Kerana hanya Setan saja yang tak mahu dan tak senang melihat umat islam bersatu padu. Adakah Hadi Awang itu Ulamak Setan ? Kalau dia bukan Ulamak Setan maka dia perlu lah tampil memperbaiki segala kerosakan yang berpunca daripada amanatnya itu.

Maaf saudara RT. Saya tak ada ungkapan lagi to address this Hadi Awang melainkan ungkapan "Ulamak Setan". I am very much regret have to use this term to refer to this man.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Wahai kawan di 1:42 PM,

Aku sebut jangan marah pun kau nak marah ye? Kau takda nadi berjenaka, walu pun di hari Krismas ke? Atau kau sengaja nak cari pasal. Itu hak engkau lah. Ini negara bebas.

Tapi kau tuduh aku fitnah pulak. Cuba kau baca semula apa aku tulis. Aku kata "Anwar jenis ngending macam tu". Cakap "jenis ngending"
tak semestinya ngata dia ngending. Betul tak?

Aku boleh tunjuk bukti dia "jenis ngending". Tapi akau malas nak panjang lebar lah. Aku sebut satu saja bukti - Sodomi I, yang Hakim Mahkamah Rayuan kata dia ada nyondol. Jadi kalau dari segi nyondol, dia mesti ada ngending. Kalau tak, macam mana dia dapat nyondol.

Yang tu pun tak semua 28 juta rakyat Malaysia tahu. Budak budak dan mereka jenis yang tak baca atau dengar berita tak tahu.

Amacam, boleh jadi loyar buruk tak aku? Tapi cuba kau fikir baik baik - betul tak apa aku cakap tu.

Cari lah nadi berjenaka sikit, kawan. Hidup ni tak boleh serius saja. Tak caya tanya Anwar.

Salam bahagia.

Anonymous said...


RT bila kita nampak perempuan cantik atau sexy harus kita tahu "control" niat jahat kita. Keadaan sama kita perlu "control" beli barang tak penting bila pergi shopping. Oleh itu bila di kedai urut dimana pengurut adalah perempuan yang kita mau ialah urut badan dan jangan ada niat jahat terhadap mereka. Jika mereka minta nak "extra service" seperti kerja X harus kita "control" jangan setuju. Oleh itu Contol ! Control ! Control ! Adalah amat penting untuk menjadi dunia ini lebih aman. RT bila pergi kedai urut U boleh control kah ?

Anonymous said...

Hj Mansuh,

Setuju dah banyak bukti bahawa PAS mengalah kepada DAP. Tapi tak setuju DAP roti canai. Mungkin di baling ke dinding tak bersepai, tapi mesti memantul, bengkok dan gemeng.

Tak payah di baling pun gemeng jugak. Bergaduh antara depa fasal tanding dua kerusi, fasal Ngeh dan Teng terima dan pakai pangkat Datuk, dsbnya. Yang akhir ni fasal Ngeh alih alih ada berbelas juta Ringgit kekayaan beli saham syarikat yang punyai beribu ekar tanah di Kelantan, di katakan rasuah PAS Kelantan untuk Ngeh dan sepupunya Nga setuju Nizar jadi MB Sekejap di Perak di 2008.

PAS kata tanah beribu ekar tu masih di bawah nama Kerjaan Kelantan, hanya perjanjian usahasama memajukannya dengan syarikat berkenaan. Apa hal pun, ada bukti Ngeh mempunyai berbelas juta saham dalam syarikat tu.

DAP pulak hidup sebab ramai yang keturunan kongsi gelap dan gengster dan masih ikut cara kongsi gelap dan gengster hingga sekarang. Ada berita mengatakan ADUN BN Perak di ugut dek Nga, ADUN Perak juga, supaya jangan mendedahkan butiran lanjut fasal sepupunya Ngeh, juga ADUN Perak, punyai saham di syarikat tersebut. Dah di lapurkan kapada Polis dan ada 2 saksi - ADUN Perak juga - masa Nga membuat ugutan itu.

Harap Polis akan siasat dan Peguam Nnegara heret Nga ke Mahkamah, akan jadi kes besar sebagai "scandal of the year", dan DAP akan gemeng hingga tak boleh bergerak lagi.

Anonymous said...

Macam kat BN jugak, ler. MCA tu ibarat Babi menyondol merata. MIC tu ibarat Ular Dan Gerakan ibarat tikus. UMNO tu agaknya apa binatang?

Thanatos said...

Setuju dengan komen Hj Mansuh. Satu perumpamaan yang bagus, mudah difahami.

Saya salah seorang yang memerhati keadaan politik Malaysia, agak kecewa dengan kerajaan(kerana terlalu berlembut), dan tersangat kecewa dengan PAS, membuatkan saya tertanya-tanya banyak kali. Kenapa harus PAS memusuhi UMNO/BN(atau saudara seagama)sedangkan musuh didepan mata lagi jelas kelihatan.

Banyak fikiran saya. Pada pendapat saya, PAS ada agenda dia sendiri. Tetapi...saya risaukan apa yang bakal berlaku ialah PAS akan dibuang seperti kain buruk, atau dirombak menjadi Parti Agama Sesat kerana wujud parasit seperti Mat Sabu dan Hadi Awang. Nicky tu tak perlu cakap lah, dia dah terlalu tua untuk mampu berfikir dengan waras.

Anonymous said...

Tetapi Ah Tee adalah babi yang dikenali!

Anonymous said...

Muka macam komunis! Tulisan macam orang zaman batu! Diri terasa pandai! Associate professor my arse! Profesor bodoh! Universiti pun universiti puki mak babi! Ranking dalam dunia pun tak ada! Pergi belajar main konek lagi baik daa! Ptuih! Universiti tak laku!

Anonymous said...

Betul rasa pelik ada ustaz selalu kutuk beza jantina tidak boleh berdekat tetapi merekalah yang tak dapat "control" sehingga khawin banyak-banyak.

Anonymous said...

9:08 PM,

Yang binatang tu kamu. Babi tu DAP. Anjung tu PAS. PKR tu hantu.

Anonymous said...

Ginosaji ,

Setuju dengan pendapat Sdr.

Apa yang PAS buat tu semata mata kerana gulakan kuasa. Setuju bahawa jika mereka menang, PAS akan di buat seperti kain buruk.

Kita berdo'a lah moga moga mereka sedar.

Anonymous said...

Ooi komunis 11:41 PM dan 11:51 PM,

Kamu selalu masuk sini cakap macam tu. Cukup hodoh punya tabi'at.

Kau takda beri apa apa hujah pun berkenaan tajuk yang di kemukakan. Hanya menuduh, mengeluarkan kata kata kesat dan kotor.

Mak bapak kau tak ajar dan bimbing kau masa kecil ke? Tak guna punya maanusia.

Thanatos said...

11:41 PM, December 29, 2012
11:51 PM, December 29, 2012


Aku tahu kau orang yang selalu keluar disini dengan menggunakan bahasa yang tidak baik, malahan kurang ajar pada masa masanya, selalu di pelupuh begitu, di sekel kepala, di sembur dengan kata kata biadap dll.

Kau sorang saja. Dah lama buat gitu.

Dulu di masa tiada "Comment Moderation" di sini, ada ultra kiasu menggunakan nama Song, Malaysia, PENYOKONG DAP dsbnya, ada masanya menyamar sebagai Melayu, namun menggunakan nama yang orang Melayu pakai bila buat komen di sini. Tahap benda yang paling rendah menyamar dan sepertinya.

Aku belum pasti sama ada kau ada lah orang yang sama, walau pun gaya bahasa biadap kau lebih kurang serupa. Kau mengetawakan agama, mengejikan undang-undang mentadbir agama Islam di negara ini, cakap pasal makan babi dll. Bila aku dah pasti nanti, aku akan keluarkan kata kata perit yang pernah di keluarkan untuknya di sini.

Buat sementara itu, aku senang hati bahawa RT telah keluar menegur kau. Memang jarang di buatnya, bermakna di anggapnya tingkah laku kau tu serius untuk dia menegur.

Aku rasa kau ada lah jenis yang tidak akan hemahkan teguran sesiapa - kau sudah selalu di tegur, di sindir, di bodohkan dan di maki berbagai cara. Tapi aku mahu kau tahu bahawa tiap kali kau keluar dengan tidak berhemah di sini, kau akan di sembur dengan bahasa yang sama. Seperti yang telah di lakukan kapada benda alah Song itu. Itu saja cara nak mengajar kau dan jenis kau ini.

Komunis subversif seperti kau ni memang suka hijack perbincangan dengan kata-kata kesat seperti orang tidak berakal. Mungkin kau ni dah menghidap penyakit PHD(permanent head damage), jadi kau jadi begitu lah. Tapi harus ada orang yang pantau apa yang kau buat di internet ni, kerana sekarang kau dah jadi komunis ala gerila sekarang. Cuma kau di hutan internet lah.

Anonymous said...

Ginosaji,

Setuju dan sokong kata kata Sdr.

Kita mesti sembur benda Allah yang macam itu bila bila dia keluar dan bia bila kita sempat.

Anonymous said...

Kita orang melayu tak sepatutnya berpecah selagi kita beriman kepada ISLAM ALLAH. ISLAM ALLAH menyeru umat islam bersatu padu. ISLAM ALLAH memerintahkan kita bersolat mengadap kiblat yang satu (Kaabah di Makkah) sebagai simbol bahawa umat islam dimana juga mereka berada matlamatnya adalah satu, tuhannya adalah satu, rasulnya adalah satu dan kitabnya (quran) adalah satu. Itu yang terdapat dalam ISLAM ALLAH yang dianuti oleh semua macam bangsa diseluruh dunia.

Tetapi ada sebagian orang melayu di Malaysia yang mengaku islam tapi islam mereka bukanlah ISLAM ciptaan ALLAH (ISLAM ALLAH) tetap adalah ISLAM ciptaan Hadi Awang (ISLAM AL HADI) atau ISLAM ciptaan Nik Aziz (ISLAM AL NICKY).

Perbezaan ISLAM ALLAH dengan ISLAM AL HADI @ ISLAM AL NICKY sangat ketara. ISLAM AL HADI @ ISLAM AL NICKY hanya MENGKAFIRKAN orang melayu islam yang tidak menyokong perjuangan parti Pas atau menyertai parti Pas, tetap TIDAK MENGKAFIRKAN orang2 Patani di Thailand, orang2 melayu di Singapura, orang islam di Indonesia, orang2 islam di Vietam, orang2 islam di Cambodia, orang2 islam di Laos, orang2 islam di Myanmar, orang2 islam di bumi Arab, orang2 islam di benua eropah, orang2 islam di benua india, orang islam di benua cina WALAU PUN MEREKA TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN PARTI PAS dan MENYERTAI PARTI PAS.

Adakah Umno sampai nak beri peluang kepada Hadi Awang masuk TV untuk menjelaskan berkenaan Amanat Setannya itu membawa maksud UMNO TAKUT TELAH MENJADI KAFIR hanya kerana Amanat Setan itu.

Ingin saya bertanya. ISLAM manakah yang menjadi pegangan Umno dan ahli Umno ... adalah ISLAM ALLAH atau ISLAM AL HADI @ ISLAM AL NICKY ???

Sheikh Tan