Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 10, 2012

Pilihan raya kampus dan Pemuda Umno

8:32 AM Posted by RIDHUAN TEE 22 comments


(Sinar Harian 10 Dis 2012)

Selaku bekas pimpinan pelajar, ucapan ketua pemuda Umno yang mengatakan kejayaan kumpulan pro aspirasi dalam pilihan raya kampus menandakan sokongan orang muda kepada Umno Barisan Nasional agak sukar juga untuk diterima, walaupun ada sedikit fakta.

Sesiapapun yang mempunyai pengalaman memimpin persatuan mahasiswa, pilihan raya kampus bukanlah medan sebenar untuk menguji kekuatan sesebuah parti politik. Pilihan raya kampus adalah tempat latihan kepimpinan pelajar. Tempat pelajar belajar memimpin diri dan persatuan. Itupun mereka dikawal oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak untuk menyuarakan sokongan terhadap sesebuah parti politik, terutamanya pembangkang. Tindakan akan dikenakan. Bermakna, jika pelajar diam, tidak bermakna mereka menyokong Umno Barisan Nasional.

Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) belum tentu dapat mengawal ratusan persatuan lain yang bernaung di bawahnya. Persatuan-persatuan ini kadangkala lebih berpengaruh daripada MPP. Kewujudan MPP, kadang-kadang seperti tiada. Suara mereka jarang kedengaran dalam memperjuangkan isu-isu nasional.

Memang tidak dinafikan ada pengaruh parti politik luar seperti Umno dan Pas. Misalnya, Persatuan Mahasiswa Islam (Pengajian Islam), pro Pas. Manakala, Persatuan Mahasiswa (Sastera) pro Umno. Begitu juga dengan persatuan lain yang bersifat lebih ‘lokal’ seperti persatuan fakulti, jabatan, bahasa, anak negeri dan sebagainya. Tidak perlulah dibincangkan pro kepada parti politik mana. Pada saya, persatuan-persatuan ini sepatutnya yang didekati kerana ia bersifat dalaman, ada sentuhan hati (kefalkutian atau kenegerian) atau down-to-earth. Isu ini nampak kecil, tetapi impaknya besar. Saya harap semua faham.

Namun, seperti yang saya sebut, menguasai MPP, bukanlah petanda sebenar menguji kekuatan parti. Pelajar, kadangkala naik muak apabila bila ada campurtangan politik dalam kampus. Tidakkah mereka perlu diberikan sedikit kebebasan untuk bersuara seperti mana pindaan AUKU yang telah dibuat, yang lebih memahami aspirasi pelajar. Saya harap itulah yang akan berlaku.

Sebagai ingatan kepada yang ingin mempengaruhi pelajar, sosialisasi politik pelajar itu yang lebih dominan lebih penting untuk ditangani dan didekati. Sarjana-sarjana dalam bidang ini telah membuktikan. Pengaruh kampus tidaklah sehebat pengaruh ibu bapa dan sekolah yang mendidik mereka sejak kecil. Mereka sudah ada pendirian apabila masuk ke kampus kerana telah dewasa.

Jika ingin memenangi hati mahasiswa, kita hendaklah mulakan dengan memenangi hati ibu  bapa atau keluarga pelajar. Begitu juga dengan guru-guru di sekolah. Bukti-bukti menunjukkan anak-anak lebih terpengaruh dengan apa yang berlaku dalam keluarga dan sekolah mereka. Biasanya, ibu bapa (guru) pro Umno (Pas), anak-anak (murid) biasanya sebegitu, walaupun tidak dinafikan sebaliknya ada berlaku. Tetapi lumrahnya itulah yang berlaku.

Sebab itu, kadangkala persepsi atau tindakan pelajar tersebut berubah apabila keluar dari alam kampus. Kerana apa? Saya mohon pemuda Umno mencari jawapannya. Ramai kawan saya dulunya Umno semasa kampus telah menjadi Pas, sebaliknya, Pas menjadi Umno, tetapi tidak ramai. Pelajar Cina usahlah dicerita, kerana sebahagian besarnya ultra kiasu.
   
Jika pemuda Umno mahu juga masuk ke kampus dan mencari kekuatan sebagai langkah tambahan, apa yang perlu dilakukan ialah untuk memenangi hati mahasiswa (rakyat). Turun ke padang. Dekati mahasiswa dengan ilmu penuh di dada dan akhlak memikat. Berikan input-input yang boleh menjadikan mereka orang hebat, bukannya orang Umno. Saya amat yakin, jika Umno berada di landasan yang benar, pasti mahasiswa akan bersama Umno.

Kadangkala apabila kita berceramah kita terlalu boleh berceramah sekadar laungan hidup Melayu, hidup Umno. Terlalu dogmatik. Pengisian rohani kurang. Jiwa pelajar menjadi kosong. Inilah juga ingatan saya kepada Biro Tata Negara (BTN). Justeru, saya puji bila BTN mula menerbitkan bahan-bahan bersifat ilmiah daripada cendekiawan dan ilmuan tersohor.

Kedua, Pemuda Umno hendaklah mengurangkan program berhibur dan jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Banyakkan program yang dapat memenuhi keperluan jasmani dan rohani. Dekatkan pelajar dengan bersama mereka di masjid dan surau. Hiduplah seperti orang ‘kampung’, walaupun kita orang bandar. Sudah sampai masa kita memikirkan untuk melahirkan leader of character, yang menjadi tagline Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Saya akan huraikan dalam artikel akan datang.

Ingatlah, kekuatan pemuda terletak kepada kekuatan akhlak, minda dan strategi mereka. Penuhi ilmu di dada. Pemuda perlu belajar banyak kemahiran yang bersifat down-to-earth. Boleh memimpin dalam segenap segi. Misalnya, pemuda perlu ada ada skil untuk menjadi imam. Jangan hanya muncul ketika majlis kematian dan menghulurkan derma. Hari ini rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan wang ringgit.

Zaman berlagak dengan kekayaan sudah berakhir. Kadangkala memualkan melihat mereka bergaya berlagak tak tentu pasal dengan kereta mewah datang ke kampus atau masuk ke kampung. Zaman ini adalah zaman untuk bekerja membangun umat Islam dan parti. Yakinlah jika umat Islam terdarjat, pasti parti akan selamat. Jika umat merempat, riwayat parti akan tamat.

Kenapa hari ini Pemuda Pas lebih mendapat tempat? Kerana orang Pas boleh dikatakan ‘serba boleh’ dan down-to-earth. Walaupun mereka berlatar belakangkan professional, jurutera atau arkitek atau jurusan sains sosial, ceramah mereka berisi, mereka boleh jadi imam, bacaan Quran mereka mantap dan berbagai lagi kelebihan mereka.

Contoh, bekas pemimpin Pas atau Presiden Jati, Dato Dr. Hasan Ali. Beliau adalah bidang  perancang bandar. Apa yang beliau tidak boleh lakukan oleh orang agama. Beliau motivator yang baik. Bercakap dengan sandaran Quran dan hadis. Boleh menjadi khatib, imam dan sebagainya. Ciri-ciri inilah yang perlu ada pada pemuda Umno. Jangan terlalu berlagak dengan ijazah Oxford dan Cambridge. Universiti ini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sekadar bercakap accent orang putih, itu bukan tanda aras menunjukkan kita hebat. Kelayakan ini tidak akan membawa kita ke syurga.

Begitu juga sifat ghairah untuk menjadi pemimpin bagi mengaut projek-projek kerajaan. Zaman seperti ini sudah berakhir. Rakyat sudah mula membuka mata. Jika kita masih tidak sedar. Pasti kita akan hancur. Justeru, janganlah terlalu bermimpi dengan kemenangan pro aspirasi di kampus menandakan bahawa pemuda telah kuat. Banyak faktor lain yang perlu disedari.

22 comments:

Khalid said...

Benar!! Cemerlang pelajarang bukan bererti cemerlang kehidupan. Kalau diberi banyak mana duit pun pada rakyat tapi keluarga yang dekat tidak didekatkan dengan keimanan dan ketaqwaan tiada gunanya jua.

Anonymous said...

tiada yg paling indah dalam hidup apabila saat kita dlm 'kejatuhan'. bila kita dalam waktu 'kejatuhan' sebenarnya kita bukan menghadapi kegelapan dlm tapi sebenarnya kita 'berada dalam cahaya keterangan yg sebenarnya'
syukur allah beri aku dalam kesusahan naktau sapa kita ,sapa yg ada didalam dunia ini 'masukan' diri anda dlm kesusahan . tuan kesukaran keruntuhan pernigaan saya bukan sbb joli , riak , sombong tapi niat jahat sesama manusia yg beragama islam.
susah didunia tak sesusah dialam kubur dan alam akhirat . SUSAH DIDUNIA SATU PERINGATAN SUSAH DIAKHIRAT SATU PEMBALASAN .
TERUSKAN PERJUANGAN SAUDARI , INSYALLAH BILA SAYA OK DGN IZIN ALLAH KITA BUAT SESUATU UTK UMMAH JUGA BEKALAN UTK KITA . AMIN

Siti Najwa said...

saya setuju dengan kenyataan dr. mungkin lebih tepat lagi sy katakan ketua pemuda umno yg berucap tu perasan je lebih atau tak sedar realiti orang muda skrg.

minta tolong daripada sesiapa yang berkenaan, jangan campur tangan dalam PRK (pilihan raya kampus) milik kami. milik kamu hanyalah PRU dan PRK (pilihan raya kecil). izinkan kami beridiri atas kapasiti kami, berfikir menurut pengetahuan dan kebijaksanaan kami sendiri, merencana wawasan kami mengikut keperluan kami dan kemudiannya bersesuaian dengan kehendak kami. dengan itu kamu akan nampak apa yang kami perlu dan kami mahu. dengan cara ini, kami dapat tolong kamu semua faham diri kami. lagipun, nak tunggu kamu turun padang bersama kami memangla susah, kan?

kamu tak perlu mempengaruhi minda kami dengan ideologi politik kamu. apa yang kamu perlu buat adalah bina kredibiliti kamu supaya kami mampu mengambil kamu sebagai role model kami. jangan paksa kami terima kamu. kami orang muda, jiwa kami suka memberontak. kalau kamu berkeras dengan kami, tak faham hati kami, bertindak luar etika kamu, memang jawabnya kami tak mampu nak hormat kamu semua.

jangan pula ada yang perasan bahawa saya kutuk umno. minta maaf, konflik PRK bukanlah sesuatu yang boleh diwarnakan sbg hitam dan putih, tapi keladak yang penuh di mana2. kacau bilau dan campur tangan dari atas dan bawah. yang tersepit adalah pengundi. pengundi akhirnya diacu mengikut suasana politik semasa bukan lagi mengacu politik masa hadapan. kalau begini keadaannya, sampai bila suasana politik negara nak berubah?

Anonymous said...

Saya tidak ada masalah menerima tuntutan pemuda Umno mengatakan kejayaan kumpulan pro aspirasi dalam pilihan raya kampus menandakan sokongan orang muda kepada Umno Barisan Nasional. Sedikit sebanyak mesti ada. Saya fikir banyak.

Namun saya belom terbaca pungutan suara (polling) berkenaan dengan nya. Kalau ia pun, tidak ada pihak yang boleh melakukan pungutan suara yang boleh di harapkan (reliable) di negara ini.

Saya sokong penuh AUKU walau pun sebelom di pinda. Saya juga pernah memimpin persatuan pelajar tetapi yang tidak terlibat langsung dengan politik negara. Hanya kegiatan yang menyumbang kapada pembangunan negara selain dari hal hal politik.

Saya sendiri tahu ramai pelajar yang "naik muak apabila ada campurtangan politik dalam kampus." Mereka yang bertanggung jawab, yang sedar bahawa tujuan utama mereka ada lah untuk mendapatkan pelajaran tinggi, mencapai kejayaan akademik, bagi menyediakan masa hadapan mereka. Sebenarnya, majoriti pelajar ada lah seperti itu. Hanya segelintir yang seperti Anwar Ibrahim, melibatkan diri dalam politik hingga kena penjara.

Benar, mereka boleh diberikan sedikit kebebasan untuk bersuara seperti telah di bayangakan di pindaan AUKU. Tetapi tidak secara berdemo sini sana. Saya juga sokong penuh Akta Berhimpun 2012. Mereka yang mahu mengeluarkan suara perlu berbuat demikian mengikut garis panduan yang tertentu, tidak ikut demo jalanan seperti di buat DAP Lim Kita Siang, Anwar Ibrahim, Ambiga dll. Boleh di tempat yang tidak menyusahkan rakyat jelata.

Anonymous said...

Latihan kepimpinan melalui pilihan raya kampus adalah hanya sebahagian kecil pengalaman hidup seseorang pelajar. Pengalaman berinteraksi dengan pelajar pelajar lain dengan cara membuat mereka percaya kapada kita, setuju dengan buah fikiran kita, mahu ikut apa yang kita ingin lakukan, memujuk mereka yang tidak setuju dll. Dengan itu dapat di undi kapada jawatan yang kita mahukan.

Tujuan utama mahukan jawatan itu mesti lah bagi membolehkan kita melaksanakan sesuatu yang kita fikirkan perlu bagi masyarakat setempat atau ahli ahli persatuan itu. Bukan untuk dapat nama, dapat undangan di sini sana dsbnya. Rosak lah keadaan bila tujuan itu berlainan. Ini yang telah banyak terjadi. Maka orang politik pun menjadi korap bukan sahaja dari segi mata wang tapi juga korap di berbagai aspek lain. Sebab tujuan "masuk politik" itu sudah celaka.

Saya amat setuju dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang cuba menjauhkan pelajar pelajar ke arah "masuk politik". Banyak bencana akibatnya jika mengarah ke situ. Mengikut falsafah lama, politik sepatutnya ada lah suatu "vocation", bukan suatu "profession". Masyarakat banyak rosak akibat ramai menjadikan politik itu sebagai suatu "profession", cuba memegang kapada jawatan tak kira apa, hingga ada yang bunuh membunuh. Membunuh hanya sebab politik. Pernah berlaku di negara ini berpuluh tahun lalu.

Anonymous said...

Kalau Pemuda UMNO buat tuntutan dalam PAU saja, takpa. Jangan masuk kampus nak cari bakal member. Siapa pun tak boleh buat gitu. Termasuk parti pembangkang.

Anonymous said...

saya setuju dgn pendapat dr ttg pemuda UMNO patut menganjurkan program ilmu untuk belia. zaman sekarang ilmu sgt diperlukan untuk survival. saya juga berpendapat pemuda UMNO perlu menjadi barisan hadapan untuk menaikkan martabat ilmu beladiri org Melayu iaitu Silat Melayu. Pejuang2 Melayu zaman silam adalah org yg mahir dgn ilmu silat. sebab itulah mereka berani berjuang menentang penjajah dan tidak takut mati!!!Silat Melayu mendidik diri menjadi berani, setia dan berakhlak mulia. usah lah berkokok mengatakan diri sbg pejuang Melayu jika tiada ilmu silat di dada.

Anonymous said...

Sokong 10:52 AM.

Tak usah khuatir silat boleh mempertahankan diri dengan baik atau tidak di zaman pistol, senapang, meriam dan bom nuklear. Kuntau ke apa martial arts yang di tunjuk di filem Hong Kong, orang boleh terbang dari atap atau siling, tendang musuh berteraburan, pun sama juga.

Pentingnya, silat dan sepertinya boleh memberi sedikit kepercayaan jatidiri. Lebih pentng lagi, dengan adanya acara mengajar dan berlajar berbagai bentuk silat, akan mendatangkan saliturahim, perasaan bersatu padu antara pengikut pengikut seni silat, atau lain lain jenis mempertahankan diri.

Memang patut benar Pemuda UMNO popularkan seni silat dan sebagainya itu.

Anonymous said...

Saya lebih suka muay thai. Dan itulah yang saya belajar sekarang. Untuk mempertahankan diri peragut beg tangan yang makin ramai masa kini, sejak Datuk Hishammudin menjadi menteri dalam negeri.
Silat melayu sudah ketinggalan zaman. Tidak mampu menolong dan dipraktik dalam masa kecemasan.

Anonymous said...

4:05 PM,

Anda tak cari guru silat yang betul bila mengata "Silat melayu sudah ketinggalan zaman. Tidak mampu menolong dan dipraktik dalam masa kecemasan."

Ada berbagai bentuk silat, ada yang banyak "bunga" sahaja, untuk pameran di hadapan pengantin di majlis perkahwinan di kampong di zaman dahulu atau di pertunjukan "seni silat". Jangan cari guru silat yang macam tu. Cari guru yang ajar "pertahanan diri cara silat".

Tanya orang di sana sini, atau pergi ke Kementerian Budaya dan Sukan, tanya mereka bentuk bentuk silat yang ada dan tempat tempat di mana nak berlajar.

Boleh nak berlajar muay thai apekebende. Tapi tak manis lah mengata yang tak baik bagi silat Melayu tu.

Anonymous said...

Saya akui bahawa Pemuda PAS yang berlatar belakangkan professional, jurutera atau arkitek atau jurusan sains sosial, ceramah mereka berisi, boleh jadi imam dsbnya, tapi saya ragukan jika ada ramai yang macam itu.

Saya setuju bahawa yang berkelulusan Oxford atau Cambridge University tidak semestinya berisi atau sesuai hujah hujah mereka berkenaan pembangunan negara.

Mana yang terbawa bawa kapada konsep sama rata yang tidak mengambil kira sejarah negara ini dan latar belakang penggubalan Perlembagaan negara, yang membawa kapada Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu tercatit di peruntukan peruntukan berkenaan fungsi, peranan dan tanggong jawab YDP Agong dan Raja Raja Melayu, dan Perkara 153 di Perlembagaan negara, maka saya fikir kosong isi kata kata mereka jika tidak memperakui dan mempertahankan keadaan begitu.

Anonymous said...

"Misalnya, Persatuan Mahasiswa Islam (Pengajian Islam), pro Pas. Manakala, Persatuan Mahasiswa (Sastera) pro Umno."

Memang tujuan tujuan dan kegiatan yang tercatit di dalam "Articles of Association" persatuan mereka yang di daftar dengan Pendaftar Pertubuhan itu mendorong mereka begitu.

Tapi pentingnya jangan orang PAS atau UMNO masuk ke kampus menggodak, mempengaruhi pelajar pelajar. Yang cuba buat demikian di luar kampus lain hal, susah nak di siasat. Tapi ada lah tanggong jawab pemimpin persatuan persatuan pelajar itu supaya jangan aturkan program persatuan itu mengikut parti politik itu.

Atau bergerak mengikut telunjuk mereka. Mesti berlajar berdikari dan merdeka di universiti. Selepas lulus dan keluar universiti, nak masuk parti mana pun, mereka bebas.

Anonymous said...

Masalahnya ada lah tujuan hidup, falsafah hidup. Mesti di bimbing dari kecil, di pupuk di masa ramaja, di cari sendiri masa berlajar, terutamanya di institusi institusi pelajaran tinggi, di mana ada perpustakaan yang begitu besar, memuatkan begitu banyak buku, mengandungi bermacam ilmu pengtahuan.

Pada peringkat asasnya, boleh di lihat dari mereka "hidup kerana makan", maka menggelembong lah badan, sehingga umur belasan tahun sudah kena penyakit kencing manis, seperti banyak berlaku di Amerika. Jika makan kerana hidup, akan sayugia lah pertumbuhan badan, sederhana bentuk, cukup zat untk keperluan harian.

Pada peringkat lain, jika hidup untuk mencapai kekayaan, maka timbul lah sifat berlumba lumba, ada yang baik, ada buruknya.

Seorang falsafah German (lupa namanya) telah berkata, kerana bila kita di lahirkan sudah ada berbagai kemudahan, tujuan hidup kita septutnya ia lah menyumbang apa saja yang baik supaya generasi akan datang dapat menikmati kemudahan yang lebih banyak dan lebih elok.

Tidak kira lah ijazah Oxford atau Cambridge, kalau bergelumang dengan politik wang nyatalah tujuan hidup mereka sudah serong. Sebaliknya, kalau menyumbang mendapatkan beratus ribu, malahan berjuta, anak muda berdaftar dan mengundi di pilihan raya, itu sumbangan besar kapada perkembangan demokrasi di negara ini.

Pada diri sendiri pula, jika tujuan hidup itu betul, tak perlu di pujuk, di heret, tetapi dengan sendirinya pergi mendaftar dan mengundi bila sampai masanya. Dan menggunakan pemikiran bagi mengundi hanya calon yang bertanggung jawab menentukan masa hadapan negara ini menjadi baik.

Anonymous said...

6:37 AM,

Jangan lupa, orang PKR pun tak boleh masuk kampus menggodak atau mengsubvert pemikiran pelajar pelajar. Biar pelajar memikir sendiri.

Pahal pun tak boleh kegiatan politik di kampus.

DAP apa tah lagi. PNG - Parti Non Grata di kampus.

Anonymous said...

Penghulu said...
Anak saya umur 20+ sangat pro kepada PAS. Sebabnya dia dan kawan2nya terlalu meluat dengan sikap pemimpin2 UMNO yang majoritinya berperangai tidak islamik. Walaupun PAS tidak perfect tapi UMNO begitu hodoh!

Anonymous said...

Dato Dr. Hasan Ali memang baik orangnya tapi menjadi mangsa politik PAS. Ini lah hakikatnya bila parti yang menggunakan nama Islam tapi menyeleweng ke jalan lain.

Pelik amat pelik parti PAS itu. Dr Hassan ambil tindakan melalui JAIS menyiasat cubaan memurtadkan 12 orang Islam oleh Gereja Methodis Damansara Utama, tapi Jawatankuasa PAS Pusat senyap sahaja, sikit tak bantu dia. Lebih dari itu, bila isu jadi panas, JK Pusat itu lucut jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dia pegang, mengakibatkan dia hilang jawatan Exconya.

Mana tak tindakan Gereja Methodis itu suatu cubaan memurtadkan - mera'ikan 12 orang Islam dengan mengajak mereka "berbuka puasa" di bulan puasa di gereja. Di tempat duduk setiap orang Islam itu di letak senaskah kitab Kristian pula.

Harap akan timbul lagi ramai orang seperti Dr Hassan Ali di kalangan pelajar kita. Menymbang cara positif kapada ummah.

Anonymous said...

Bujai,

We must always remember that mainland China has been overflowing with teeming millions, now over 1.2 billion Chinese there, over populated, over crowded for hundreds of years.

And we don't want to be swarmed by them in this country, do we? Note that Lee Kuan Yew has already made Singapore 72% Chinese (damn Tengku A Rahman giving it away FOC to him).

And the communist Chinese have been flexing their muscle, placing in their passports (or was it their visas) the map or image of China with the territories long claimed by Vietnam, Philippines, Malaysia, Brunei etc as part of China. Damn.

Malaysian citizenship was already made cheap by the bloody colonialist British who "persuaded" our leaders to agree to the citizenship principles now stated in the Constitution. If it is made cheaper still, by giving to the doubtful cases (only 7,000 stateless Indians remaining anyway), there'll be an influx of Chinese, Indians and Africans into this country such that the name needs to be changed to Gilasia.

Note that the British 2011 Census (just released recently) showed nearly 75% more Muslims in their country, probably more than double non-Whites compared to the Census 10 years previously. And even the "broad-minded, gentlemanly British" have been complaining about the immigration into Britain even from their former colonies!

And British PM David Cameron has even some time back said, "Multi-culturalism is dead", echoed by a few of the also liberal minded leaders of the EU countries. They mean that there should not be the likes of Dong Zong fellows who want the so-called "multi nations within a nation" nonsense.

We must maintain the status quo in the racial mix in the country and go by the Constitution of the country strictly as far as citizenship etc are concerned.

Unknown said...

ye. zaman tunjuk kekayaan dah tamat. saya suka dengan perkataan tu.

Anonymous said...

Macam tu ke kamu ngajar anak kamu? Ada tahu perkataan "bimbingan" ke? Ada bimbing anak kamu ke?

Kalau tak suka UMNO pun, mengapa tak beri penerangan mengapa, beri fakta yang bolewh di akui dan hujah yang munasabah supaya boleh di bincang. Tidal menuduh "tidak islamik ... begitu hodoh!" - siap dengan tanda teriak !

Kamu bodoh ke? Berlajar lah sikit supaya boleh membimbing anak dengan semenggah.

Anonymous said...

11:52 AM,

Awak memakai nama Penghulu. Kalau betul awak Penghulu, rosak lah anak buah Mukim awak.

Tapi saya fikir awak kaduk di ceruk sebuah kampong terpencil saja, niat jahat, menyamar sebagai Penghulu. Tukar lah tabi'at, wei.

Anonymous said...

Komen saya di alamat kapada Bujai pada 7:57 AM, December 14, 2012 di maksudkan untik blog lain.

Di taip di dalam Microsoft Word di malam hari, tersalah di masukkan ke blog ini pada paginya.

Harap maalom.

Anonymous said...

Ah Tee yang telah dipotong koneknya meroyan macam orang gila tentang politik! Sampai masuk kubur pun kau tak akan diberi tempat! Macam orang bodoh kau meroyan tapi satu habuk tarak!