(Sinar Harian 26 Jan
2012)
Saya begitu teruja membaca berita peruntukan
sebanyak RM5 juta oleh kerajaan kepada Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). YA1M
merupakan satu badan untuk memajukan kebajikan warga artis tanah air, khasnya
anggota yayasan, melalui bantuan meliputi kesihatan, khairat/derma kematian,
bencana dan sebagainya.
Tertanya-tanya saya tidak adakah
peruntukan atau yayasan kepada ilmuan atau apa jua istilah yang diberikan
kepada mereka yang menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar atau penceramah?
Akan adakah nanti Yayasan Penceramah 1Malaysia (YP1M)? Ceramah mereka juga diulang
dan dipetik berkali-kali. Apa yang mereka dapat? Sedangkan tanggungjawab mereka
sudah tentu lebih besar berbanding artis yang majoritinya tidak ada sebarang
kelulusan (ijazah).
Penceramah menyampaikan ilmu,
membawa manusia ke jalan yang benar. Tanpa ilmu atau ijazah, mereka tidak boleh
berceramah sewenang-wenangnya. Sebab itulah tauliah diperlukan.
Berbeza dengan artis, hanya bersandar
kepada rupa dan suara serta bakat, sekalipun tidak ada kelulusan. Kehidupan
kami tidaklah seglamour artis, yang kadangkala penuh kontroversi. Tugas kami, melaksanakan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah, menyahut seruan Rasulullah, sampaikan walaupun
satu ayat.
Jika dengan menyanyi kita boleh
membetulkan masyarakat dan membentuk tamadun, sudah lama saya akan menggalakkan
anak buah saya menyanyi. Tetapi menyanyi hanyalah alat untuk berhibur. Tidak
banyak unsur-unsur pengajaran yang boleh dipetik, kecuali lagu-lagu berlirikkan
ketuhanan, kenabian, nasihat, motivasi dan patriotisme. Realitinya kebanyakan
lagu melalaikan dengan muzik menggila. Bayarannya bukan murah, menyanyi satu
dua lagu atau satu show, menelan puluhan dan ratusan ribu. Begitu juga dalam
mendapat gelaran dan darjah kebesaran. Saya tidak kata semua artis sebegitu.
Kehidupan artis tidak ramai yang
boleh dibanggakan. Mereka hanya mula bertaubat apabila usia telah lanjut.
Ketika masih ‘bergetah’, mereka memanfaatkan sepenuh kelebihan bakat, rupa dan
suara. Apabila sudah tidak ‘bergetah’ lagi, barulah hendak bertaubat atau
menjejak tikar sejadah. Lebih malang lagi, tidak ada simpanan di hari tua,
kerana terlalu mengejar glamour dan membazir ketika glamour.
Kenapa tidak manfaatkan kelebihan
yang Allah berikan dengan jalan yang betul? Jika menyanyi dan berlakon adalah
sumber rezeki apa nak buat. Tetapi biarlah kena pada caranya. Bukannya matlamat
menghalalkan, dengan mengada-ngada dan sengaja mendedahkan batang tubuh, terlalu bebas bergaul antara lelaki dan
perempuan. Ada yang menggunakan peluang
untuk mengorat orang kaya dan orang bergelar, agar dapat hidup mewah, tidak
kira yang bujang mahupun janda.
Sebab itu saya memuji artis-artis
yang sejak dari awal, ketika ‘bergetah’, mula menutup aurat dan berusaha untuk
menjadi baik. Malangnya, ada juga artis yang pada mulanya berazam untuk menjadi
baik, dengan cara dengan pergi menunaikan haji, tetapi tidak bertahan lama.
Tudung yang dipakai semakin lama, semakin terungkai. Akhirnya tinggal sejemput,
dan selepas ini tidak tahu hilang ke mana…
Saya amat menghargai dan bersyukur
apabila ada artis yang mula berubah sejak usia muda. Namun, hati kembali merasa
sedih apabila artis membaca berita ada artis mencium tangan kekasihnya apabila
diumumkan sebagai pemenang Anugerah Industri Muzik baru-baru ini. Ini baru
permulaan. Selepas ini, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Apabila ditanya,
kenapa boleh berlaku sedemikian, jawapannya, tidak sengaja kerana terlalu
gembira. Inilah akibatnya apabila terlalu gembira sehingga lupakan Tuhan. Saya
mohon kepada artis tersebut, supaya berhati-hati pada masa akan datang. Cabaran
mengharungi kehidupan artis di luar sana amat getir.
YA1M tidak diperlukan, jika sejak
awal-awal lagi artis kita beringat dan berwaspada. Sudah tentu masa depan
mereka lebih cerah. Artis sepatutnya beringat, tanpa ilmu, kecantikan dan bakat
mereka hanya sementara. Berjimatlah dan jangan terlalu mengejar glamour.
Kadang kala naik muak melihat
upacara karpet merah, pakaiannya mengalahkan artis barat, pelik memelikkan. Terdedah
sana sini sehingga nampak yang tersurat dan tersirat. Apabila ditanya kenapa
terjadi sedemikian. Jawapannya, ada apa dengan pakaian, janji, hati baik. Lebih
malang lagi, tuan punya badan tidak menjawab, kita yang menjawab bagi pihaknya.
Jika pakaian itu tidak mencerminkan keperibadian dan hati, tidakkah lebih baik
tidak perlu berpakaian langsung?
Saya tidak membantah apa jua
aktiviti kebajikan kepada sesiapapun, termasuk dana untuk artis dan seniman
khususnya yang berstatus warga emas. Ini tidak termasuk cadangan agar satu skim
insurans perlindungan khusus diwujudkan, supaya mereka tidak perlu lagi
bergantung simpati orang ramai sekiranya jatuh sakit atau telah berusia. Idea
ini satu cadangan yang bagus. Tetapi biarlah menyeluruh, tidak terhad kepada
artis sahaja.
Selaku seorang professional,
pemikir, pendakwah dan apa juga yang boleh diberikan nama, sudah sampai masanya
kerajaan turut memberikan insentif atau menubuhkan Yayasan Penceramah/Ilmuan 1Malaysia
(YP1M). Jika diizinkan dibuat perbandingan, saya fikir, jasa penceramah atau
penulis lebih banyak daripada artis.
Tulisan ini tidaklah menyalahkan
artis. Kita kadangkala terlalu melebihkan artis. Sehinggakan ilmuan
diketepikan. Semua iklan atau duta produk, menggunakan artis. Sehingga pemikiran
ahli bisnes sama seperti artis. Sampai ke peringkat membunuh nyamuk aedespun
masih menggunakan artis. Kenapa tidak ditonjolkan ilmuan atau professional.
Paling tidak, mereka lebih mahir dan lebih kenal nyamuk tersebut daripada artis.
Ini tidak, mereka yang langsung tidak berkaitan dengan nyamuk menjadi duta
nyamuk.
Ingatan saya kepada semua, apa jua
yang ingin kita lakukan, letakkanlah ilmu itu di tempat yang tinggi. Ikutilah
jejak Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tidak mampu meninggalkan harta menimbun
setelah kembali ke rahmatullah walaupun beliau seorang seniman yang agung. Jika
artis hendak dibantu, pastikan artis itu berilmu. Mudah-mudahan ilmu yang ada
dapat digunakan sebagai bekalan menjelang tua. Jika sehingga ke tua pun kita
masih jahil, agak sukar juga untuk kita bersimpati. Harta apabila digunakan
akan habis. Tetapi ilmu, semakin digunakan semakin bertambah dan semakin
menstimulasikan minda kita. Kepada artis, kecantikan dan bakat tidak bertahan
lama tanpa ilmu. Justeru, jangan kesamping ilmu, termasuk mendapatkan ijazah,
kerana ia amat berguna dalam mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Beza artis kita dengan artis barat
adalah, kebanyakan artis barat mempunyai ilmu (ijazah). Sebab itulah mereka
tidak memerlukan yayasan itu dan yayasan ini. Mereka juga tidak sengsara di
hari tuanya, kerana mereka telah bersedia. Walaupun artis barat tidak cantik,
tetapi masyarakat mereka lebih mengiktiraf bakat.
Teringat saya dengan artis Susan Boyle
dalam pertandingan British’s Got Talent
2009. Dengan bentuk badan yang besar, rupa kurang, usia agak lanjut, ketika
memasuk pertandingan (audition), bakat beliau telah berjaya memukau juri dan
penonton. Hingga hari ini, beliau berjaya dan dinobatkan menjadi artis yang
hebat. Kenapa? Para artis harus mengkaji dan belajar daripada Boyle. Jangan terlalu
bergantung kepada rupa, kerana ia tidak bertahan lama apabila menjelang tua. Namun,
jika bakat diadunkan dengan ilmu, alangkah hebatnya kita.
Dalam Islam, adunan bakat dan ilmu
tidak berakhir setakat ilmu dunia sahaja. Konsep ilmu dalam Islam berbeza
dengan barat. Kita ada ilmu duniawi dan ilmu akhirat. Kedua-duanya mesti
diseimbangkan, barulah akhlak artis akan terpancar. Inilah yang dinamakan
wasatiyyah (kesederhanaan atai berimbang) yang diwar-warkan oleh Perdana
Menteri.
Di barat walaupun artis mereka
mempunyai ilmu, tetapi tidak diseimbangkan dengan ilmu akhirat. Maka tidak
hairanlah, jika artis mereka agak pincang sedikit dan penuh kontroversi. Tetapi
sekurang-kurang, mereka masih lebih baik berbanding dengan kita yang tidak
berilmu, tetapi pada masa sama akhlak buruk dan hidup penuh kontroversi.
Akhirnya, saya menyeru kepada artis, carilah ilmu, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat, jagalah akhlak, moga-moga kehidupan kita diberkati Allah SWT. Nasihat saya juga kepada kerajaan, jangan terlalu fokus kepada artis sahaja, kerana masih ramai lagi khalayak yang memerlukan perhatian dan bantuan. Kita memuji segala bentuk bantuan atas nama 1Malaysia. Namun, pandanglah sama golongan ilmuan. Sejarah membuktikan, tamadun tidak tertegak dengan lambakan hiburan, tetapi tamadun ditegakkan dengan ilmu dan ilmuan.
Akhirnya, saya menyeru kepada artis, carilah ilmu, seimbangkan ilmu dunia dan akhirat, jagalah akhlak, moga-moga kehidupan kita diberkati Allah SWT. Nasihat saya juga kepada kerajaan, jangan terlalu fokus kepada artis sahaja, kerana masih ramai lagi khalayak yang memerlukan perhatian dan bantuan. Kita memuji segala bentuk bantuan atas nama 1Malaysia. Namun, pandanglah sama golongan ilmuan. Sejarah membuktikan, tamadun tidak tertegak dengan lambakan hiburan, tetapi tamadun ditegakkan dengan ilmu dan ilmuan.
38 comments:
Menjelang PRU13, nyata bahawa banyak tindakan Pemerintah nampak mengahala kapada mendapatkan undi. Selagi mana ada kumpulan yang di fikir mereka ada banyak jenis undi yang mereka sasarkan, selagi itu lah mereka akan tuju.
Hingga menyedihkan - penganut dan penyokong sekolah Cina pun di letak tangan di bahu, sekolah sekolah Cina yang tidak sejajar dengan Perlembagaan negara Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan pun di bantu. Sekarang giliran kumpulan artis pula.
Kelulusan mereka tak kira. Pada mereka yang ada kelulusan tinggi dengan yang tidak ada, sama satu undi tiap seorang. Dari satu segi, itu pandangan yang bak kata Inggeris "gullible", Bahasa Melayunya mungkin "Pak sauk".
Tapi kita perlu ingat juga bahawa Pemerintah di negeri negeri Pakatan Rakyat pun begitu juga. Beri RM100 kapada murid murid sekolah di Selangor dalam bentuk masuk ekaun apakenamanya, beri RM100 kapada warga tua di Penang, tak tahu pula sama ada beri air bersih secawan kapada rakyat di Kelantan yang air paipnya kotor!
Cakap fasal nak kejar undi, Pakatan Rakyat Selangor nak kejar undi selalu janji tapi cakap tak serupa bikin. Pakatan Rakyat marah bila BN gunakan cogan kata "Janji Di Tepati" sebab mereka "guilty conscious" atau "terasa", kata orang Melayu. BN janji dan tepati, tak kira kapada kumpulan artis ke, kumpulan penceramah ke. Asalkan minta atau mengendeng, asalkan jangan segan dan malu.
Tapi keadaan lebih teruk pula di Selangor. Fasal cakap tak serupa bikin, janji tak di tepati. Sekarang heboh berita lebih 300 ibu tak bersuami (single mothers) tunjuk perasaan sebab kerajaan Pakatan Rakyat tak tunaikan janji di PRU12 dulu nak beri RM100 sebulan kapada mereka, tak di beri hingga sekarang, dah 4 tahun merintah, cakap tak serupa bikin.
Saya yaakin BN akan beri mana yang di janji. Mungkin kumpulan penceramah perlu tubuhkan suatu NGO jika belom ada - Pembangkang pun bersepah ada NGO, termasuk yang Anwar Al Juburi aturkan terima duit dari Yahudi Zionis di Amerika dll.
Bila dah ada NGO kumpulan penceramah, mungkin boleh minta secara resmi kapada pihak berkenaan, saya fikir peluang dapat bantuan itu baik. Tapi kena cepat - sebelom PRU13, sebab udang tak sentiasa ada di sebalik batu dan udang tu cepat makan umpan kalau di masa berdekatan pilihan raya!
Cemburukah ustaz? Mintalah dekat umno. Kan kau bersama seekor " polis " kau selalu menghentam orang / penyokong pakatan. Sekarang padan muka kau.
Siapa yang kiasu? Kalau bukan kau dan anjing kau itu, siapa lagi....
Hah, sedar pun kau selalu ada orang "menghentam orang / penyokong pakatan."
Bukan tak boleh keluar suara, Mamat 8:22 AM. Boleh.
Tapi guna otak sikit lah, keluarkan hujah yang pembaca boleh terima, kasi fakta dan justifikasi lah. Jangan menyenyeh saja.
Kepada Anon 8:22 AM, November 26, 2012. Saya jarang memberikan komen balas terhadap apa jua pandangan yang diberikan. Tetapi cara sdr mengemukakan hujah seperti orang tidak sekolah dan bahasa yang digunakan sgt tidak tidak bertamadun. Saya hanya beri teguran, itu bukan bermakna saya cemburu kpd artis kerana saya tidak ada masalah seperti yg sdr kata InsyaAllah. Saya hanya memperjuangkan nasib khalayak secara keseluruhan. Nasihat saya kepada kerajaan adalah tulus. Sangat lucu jika sdr kata saya terpukul.
Kenapa kerajaan tak terpikir nak buat yayasan untuk penceramah macam anda?
Sebab penceramah macam anda penuh ego. Kalau memerlukan kenapa tak minta?Kalau tak perlu apa perlu jadi moralis dan menghukum pula artis khusus yg veteran. Tak cukup tu menghina mereka pula. Hati anda busuk. Apa salah mereka? Mereka tka minta. Yang minta orang yang simpati pada mereka.
Ya artis muda ramai yang jahil, tapi lebih ramai ada prinsip tak tonjol diri mereka. Apa hal anda ingat pembikin filem dan artis filem Hanyut, Bunohan , Tanda Putera, Ombak Rindu, NurKasih itu artis tak berilmu?.
Aris muda jahil gimana pun tak minta bantuan. Tak ada ilmu tapi mereka tak meminta , mereka cari jalan hidup survival sendiri dgn kudrat bakat anugerah allah.
Memang tak ada yang permanent. Apa yang permanent sampai bila bila , cuma pencen kerajaan. Ilmu memang kita bawa mati. Ingat tu Menteri menteri dan ahli parlimen dan ahli politik semua.
Kalau penceramah memerlukan pak payah jadi moralis kutuk pula artis tak ada pelajaran , tak ada moral. Jangan salahkan mereka. Kenapa tak hentam media yang bergantung pada cerita gosip dan tak bermoral artis. Kenapa berani kutuk artis sedangkan bukan semua artis perangai tak elok, bukan semua artis tak berilmu. Jangan pikir artis atau mereka yang tutup aurat tu semua perangai baik. Sebab anda penceramah anda prejudis. Ingat bukan semua penceramah ada nilai moral tinggi . Ramai juga terbawa bawa , glamorkan diri sendiri, hingga terlibat skandal seks dan korupsi, bawak bini orang masuk bilik.
Termasuk yang berjubah, bersongkok dan menutup aurat- semua boleh terjerumus hubungan seks luar nikah dan korupsi. Atas keretapi pun jadi.Kebas bini orang pun jadi. Sama sama syiok tengok laman lucah pun jadi. Tabiat ini lebih buruk dari artis yang tidak pura pura baik dan rela terima kritikan sebab mereka bersalah.
Salah mereka di gosipkan oleh media untuk jual akhbar bukan untuk membaikan perangai mereka. Media sanjung perangai tak bermoral dan di jadikan glamor dgn tambahan anugerah glamor. Yang menonton dan menjulang artis ni adalah rakyat biasa yang mahukan hiburan.
Adakah rakyat juga perlu hukuman anda?
Kalau dah berilmu dan jadi penceramah jangan lah anda terbawa bawa nak hukum orang kiri kanan. Tengok dulu kelemahan anda - ego berlebihan memang kelemahan pada penceramah.
NAGA
8:22 AM,
Aku tahu kau orang yang selalu keluar disini dengan menggunakan bahasa yang tidak baik, malahan kurang ajar pada masa masanya, selalu di pelupuh begitu, di sekel kepala, di sembur dengan kata kata biadap dll.
Kau sorang saja. Dah lama buat gitu.
Dulu di masa tiada "Comment Moderation" di sini, ada ultra kiasu menggunakan nama Song, Malaysia, PENYOKONG DAP dsbnya, ada masanya menyamar sebagai Melayu, namun menggunakan nama yang orang Melayu pakai bila buat komen di sini. Tahap benda Allah yang paling rendah menyamar dan sepertinya.
Aku belom pasti sama ada kau ada lah orang yang sama, walau pun gaya bahasa biadap kau lebih kurang serupa. Kau mengetawakan agama, mengejikan undang undang mentadbir agama Islam di negara ini, cakap pasal makan babi dll. Bila aku dah pasti nanti, aku akan keluarkan kata kata perit yang pernah di keluarkan untuknya di sini.
Buat sementara itu, aku senang hati bahawa RT telah keluar menegur kau. Memang jarang di buatnya, bermakna di anggapnya tingkah laku kau tu serius untuk dia menegur.
Aku rasa kau ada lah jenis yang tidak akan hemahkan teguran sesiapa - kau sudah selalu di tegur, di sindir, di bodohkan dan di maki berbagai cara. Tapi aku mahu kau tahu bahawa tiap kali kau keluar dengan tidak berhemah di sini, kau akan di sembur dengan bahasa yang sama. Seperti yang telah di lakukan kapada benda Allah Song itu. Itu saja cara nak mengajar kau dan jenis kau ini.
Terus berdakwah ya ustaz
*amy
Anon 8.22AM....anda mungkin juga yang berpendidikan tinggi...sebab akhir2 ini ada juga golongan The higher the education the lower the mentality. Food for thought.
Assalamualaikum.
Ustaz, Anon 8:22 itu menggambarkan tahap pemikiran penyokong pembangkang yang kita ada. Janganlah dilayan Ustaz, teruskan dengan teguran membina.
Saya amat bersetuju dengan teguran tuan.
Ilmu adalah lebih penting dari hiburan.
Ilmu perlu dimertabatkan, hiburan hanya sampingan.
Jika para Ilmuan diangkat oleh Kerajaan.. InsyaAllah Negara akan lebih makmur dan maju seiring dgn masyarakat yang berkualiti dengan Ilmu agama dan dunawi yang penuh didada.
tidak akan ada rakyat malaysia seperti Anon 8:22 AM, November 26, 201.
sudah lah tidak berbudi bahasa, kurang cerdik pula.. sungguh kasihan jika Negara Malaysia mempunyai rakyat sebegini.. :)
Betul prof. Artis yg bertudung sekarang amat meragukan kerna tiada asas ilmu islam di dada. Sebab tu mereka tidak tau apa itu muhrim, halal dan haram. Saya rasa bertudung bagi mereka cuma untuk berfesyen. Kalau di khalayak pun leh cium tgn kekasih...cuba bygkan dibelakang khalayak apa yg dia akan cium!!! Kenyataan yg dibuat oleh artis tersebut dan kekasihnya pun amat jelas menunjukkan bahawa mereka tiada asas agama. Jika org2 begini yg kita nak bantu...alamat jahanam lah agama. Bangsa dan negara. Dari kita bersekongkol dgn artis yg rata-ratanya tidak islamic..lebih baik kita menyokong para ilmuan yg sudah tentu besar dan berguna ilmunya dunia akhirat.
Benar teguran dan seruan dari Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah itu. Baru-baru ini 1 negara telah digemparkan dengan berita PELAJAR ALIRAN SAINS hanya berjumlah 20% sahaja dari keseluruhan pelajar-pelajar seluruh Malaysia. Apa sudah jadi? Ini bermakna semakin ramai generasi muda kita sudah tidak minat ke arah ilmu yang berbentuk ANALITIKAL. Kenapa? Tengok sahajalah rancangan di TV, penuh dengan program realiti berbentuk hiburan, mencari bakat jadi penyanyi, penghibur, daripada umur kanak-kanak sehinggalah ke peringkat tua pun ada. Jadi tidak perlulah pihak kerajaan pula jadi terkejut dengan penurunan minat terhadap subjek sains sehingga ke 20% itu kan?
Itu belum lagi masuk soal AGAMA. Kita lihat drama-drama Melayu di TV seboleh-bolehnya nak tayang juga imej wanita Melayu yang tidak bertudung, seksi, bergaya LIBERAL seperti mat saleh? Walhal cuba kita jenguk realiti sekarang, mana yang lebih ramai? Wanita Melayu yang bertudung atau pun yang tidak bertudung? Cuba pergi ke sekolah-sekolah, mana yang ramai? Adakah pelajar perempuan Melayu yang bertudung atau yang tidak bertudung? Jadi kalau kita mahu didik masyarakat kita ke arah yang lebih Islamik, sepatutnya yang ditonjolkan ialah pengaruh "Islamik" ini tadi, bukannya pengaruh LIBERAL pasca merdeka itu. Sepatutnya bidang hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam ini perlu ada badan penasihat agama supaya penampilan mereka di media tidak melampaui batas-batas agama.
Berbalik kepada minat terhadap SAINS, di era pemerintahan Tun Mahathir dahulu, bidang sains dan teknologi diberi penekanan yang begitu serius oleh kerajaan sehinggakan ada rancangan TV yang bagus seperti Cabaran BP dan lain-lain yang pro kepada kemahiran rekacipta. Sehinggakan muncul pengarah-pengarah filem muda seperti Aziz M. Osman yang ketika itu juga fokus kepada filem-filem fiksyen sains seperti XX-RAY (walaupun sedikit mengarut). Sekarang? Filem-filem Melayu semakin SAMPAH! Penuh kisah Cinta, komedi, tahyul, rempit dan ntah apa-apa...
Sudah tiba masanya MELAYU-ISLAM di Malaysia ini berubah ke arah yang lebih Islamik & saintifik agar maruah kita digeruni oleh musuh-musuh Islam. Ia juga dapat mengelakkan fitnah terhadap kerajaan yang memerintah dan dapat meminimakan modal politik pembangkang.
Benar teguran dan seruan dari Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah itu. Baru-baru ini 1 negara telah digemparkan dengan berita PELAJAR ALIRAN SAINS hanya berjumlah 20% sahaja dari keseluruhan pelajar-pelajar seluruh Malaysia. Apa sudah jadi? Ini bermakna semakin ramai generasi muda kita sudah tidak minat ke arah ilmu yang berbentuk ANALITIKAL. Kenapa? Tengok sahajalah rancangan di TV, penuh dengan program realiti berbentuk hiburan, mencari bakat jadi penyanyi, penghibur, daripada umur kanak-kanak sehinggalah ke peringkat tua pun ada. Jadi tidak perlulah pihak kerajaan pula jadi terkejut dengan penurunan minat terhadap subjek sains sehingga ke 20% itu kan?
Itu belum lagi masuk soal AGAMA. Kita lihat drama-drama Melayu di TV seboleh-bolehnya nak tayang juga imej wanita Melayu yang tidak bertudung, seksi, bergaya LIBERAL seperti mat saleh? Walhal cuba kita jenguk realiti sekarang, mana yang lebih ramai? Wanita Melayu yang bertudung atau pun yang tidak bertudung? Cuba pergi ke sekolah-sekolah, mana yang ramai? Adakah pelajar perempuan Melayu yang bertudung atau yang tidak bertudung? Jadi kalau kita mahu didik masyarakat kita ke arah yang lebih Islamik, sepatutnya yang ditonjolkan ialah pengaruh "Islamik" ini tadi, bukannya pengaruh LIBERAL pasca merdeka itu. Sepatutnya bidang hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam ini perlu ada badan penasihat agama supaya penampilan mereka di media tidak melampaui batas-batas agama.
Berbalik kepada minat terhadap SAINS, di era pemerintahan Tun Mahathir dahulu, bidang sains dan teknologi diberi penekanan yang begitu serius oleh kerajaan sehinggakan ada rancangan TV yang bagus seperti Cabaran BP dan lain-lain yang pro kepada kemahiran rekacipta. Sehinggakan muncul pengarah-pengarah filem muda seperti Aziz M. Osman yang ketika itu juga fokus kepada filem-filem fiksyen sains seperti XX-RAY (walaupun sedikit mengarut). Sekarang? Filem-filem Melayu semakin SAMPAH! Penuh kisah Cinta, komedi, tahyul, rempit dan ntah apa-apa...
Sudah tiba masanya MELAYU-ISLAM di Malaysia ini berubah ke arah yang lebih Islamik & saintifik agar maruah kita digeruni oleh musuh-musuh Islam. Ia juga dapat mengelakkan fitnah terhadap kerajaan yang memerintah dan dapat meminimakan modal politik pembangkang.
Assalamualaikum wahai sahabatku Proff Dr. Setelah membaca dan mengikuti tulisan2 sahabat, terpanggil pula untuk turut serta dalam merungkai permaslahan ini. "Jauhnya jurang antara artis dan ilmuan". Tajuk yang dibincangkan ni patut membuka mata semua pihak tanpa mengira pandangan politik mana2 pihak lantaran ianya adalah merupakan agenda besar masyarakat Islam kita kini yang sentiasa disogokkan dengan hiburan2 dan pesta2 hiburan yang begitu melampau sehingga melangkaui norma-norma kehidupan sebagai seorang Islam. Saya percaya, bukan imbuhan yang menjadi ukuran buat diri sahabat kerana sahabat mempunyai kemampuan dari segi material, namun ianya adalah salah satu usaha sahabat untuk menyedarkan pihak yang berkenaan untuk mengiktiraf, menghormati, melindungi serta menyokong usaha-usaha murni para ilmuan yang sumbangannya terhadap negara dan agama adalah sangat besar. Teguran sahabat juga berkisar tentang longgokan budaya asing yang sudah sampai ke tahap yang amat tidak dapat diterima akal namun mendapat tempat dihati pihak yang berkenaan sehingga sanggup mengiktiraf apa yang telah mereka usahakan dalam membela golongan mereka yang kebanyakkannya memberi impak yang amat tidak menggembirakan kepada masyarakat. Semoga apa yang sahabat luahkan membuka mata pihak yang berkenaan seterusnya tindakan yang sewajarnya dilakukan demi kesejahteraan kita semua. Sekian. Wassalam. Mohon maaf kerana tidak lagi pandai untuk menulis lantaran bidang kerjaya selepas tidak sekelas lagi 29 tahun dahulu hanya banyak berkisar kepada angka.
Harga rumah mahal, harga kereta mahal, harga makanan mahal, kebanyakannya meningkat dan terus meningkat. Masyarakat di Malaya masyarakat berhutang, beli kereta pun long term loan, hutang pelajaran pun long term loan Saya bimbang anak anak kita nanti terus berhutang dan hutang untuk hidup. Mungkin akan datang, hutang rumah pun boleh di bayar 2 generasi? Aduh, macam ni kah pemimpin sekarang membawa kita ke masa hadapan.
Penghulu Him.
Naga,
Artis banyak artis. Mungkin pada keseluruhannya artis sudah memberi persepsi yang kurang bermoral kapada rakyat jelata. Hollywood, Bollywood dsbnya. Tak ada Wood di negara ini, tapi banyak berita dan desas desus berkaitan artis yang telah menyebabkan layak tidaknya kumpulan artis menerima bantuan wang di so'al.
Benar, penceramah pun ada yang akhlaknya di perso'alkan. Tapi mungkin pada umumnya kumpulan mereka tidak memberi persepsi seperti kumpulan artis.
Btw, penceramah mana yang di maksudkan "terlibat skandal seks dan korupsi, bawak bini orang masuk bilik. Termasuk yang berjubah, bersongkok dan menutup aurat .. Atas keretapi pun jadi. Kebas bini orang pun jadi."
Yang saya baca dulu Mat Sabu dan sorang lagi orang PAS buat begitu di Kuantan. Betul ke? Anwar lain ceritanya - dia tak pakai jubah atau bersongkok.
Penghulu Him,
Betul kata Tok Penghulu tu, banyak barang naik harga, banyak terhutang dsbnya.
Tapi Tok Pengulu, cuba lah fikirkan, di Amerika Syarikat negara maju yang begitu terkemuka pun sudah banyak tahun rakyat nya merana, 8% takda kerja (hampir 1 bagi tiap 10), berpuluh juta yang nak beli rumah pun tak dapat, apatah lagi nak bayar pinjaman perumahan.
Hal itu keluar semua di kempen pilihan Presidennya di bulan lalu, hentam Presiden yang sedia ada, tapi yang sedia ada menang. Gitu juga lah hendaknya di PRU13.
Harap jangan lah Tok Penghulu takut takutkan anak buah, maklomlah Tok Penghulu ada ramai anak buah, pangkat pun di panggil Tok.
Gomen yang ada sudah banyak jasanya, Tok - 55 tahun berjasa bukan sikit sikit. Betul ada kelemahan, tapi Pakatan Rakyat baru 1-2 tahun merintah seperti di Selangor, semua kelemahan yang BN ada, PR pun ada, kalau 55 tahun, saya fikir dah jahanam negara di buatnya.
5 juta tu pun tak banyak sangat kalau dibandingkan dengan kes lembu 250 juta dll.
Ngapa RT tak sebutkan kes-kes yang merugikan semua rakyat tak kira artis ke, ilmuwan ke, penceramah ke, profesor ke, atau lain -lain kumpulan.
Kan, hipokrit bagitu?
Haish, keluor lagi fasal lembu. Ini mesti lembu punya orang. Tak ada otak.
Apa kesah budak Rafizi dan Mak Ngah apekenama Ampang tu kena dakwa di Mahkamah dulu? Rasanya dua kes Mahkamh diorang. Satu kena dakwa dek gomen sebab langgar undang undang Banking Act, satu lagi kena saman dek Shahrizat. Padan muka.
Tak cucuk cukup dengan hal gomen dah ambik tindakan di atas salah guna pinjaman RM250 juta itu dan jumlah yang terpakai boleh dapat semua dari asset yang telah di bekukan.
Tak guna punya ustaz. 250juta dan 40juta tak nampak. 5 juta nak tolong artis pun nak pertikaikan. Tiada belas kasihan langsung.
Ini ustaz memang hipokrit. Kuman diseberang nampak tapi gajah didepan tak nampak. Teguran ustaz jenis ini boleh diikutkah?
Artis - dan sasterawan - ada yang di gunakan untuk politik. PAS pun gunakan beberapa artis di himpunan mereka. Selepas itu, pungut duit dari hadhirin, nak bayar artis tu.
Di Kelantan nak bina jalanraya dengan duit rakyat konon. Tapi jalan Kuala Krai - Kota Bharu tu dah bertahun tahun pun belom siap pembesarannya. Merekut orang dalam kereta bila lalu situ sesak di jalan di Hari Raya dan hari kebesaran.
Si janggut panjang Samad Said pulak sampai mengah mengah berdemo dengan Bersih. Tak tahu macam mana dia pandang pembangunan negara. Mungkin pelajaran nya tak sampai ke tahap boleh membezakan batu dari maknikam. Benar dia di anugerah gelaran Sasterawan Negara. Tetapi tidak semestinya menunjukkan dia berpelajaran tinggi.
Bukan hanya yang berpelajaran tinggi boleh melihat mana yang baik, mana yang tidak. Tapi kemungkinannya biasa begitu. Dan jarang yang di gunakan dek politikus seperti Anwar - secara sedar atau tak sedar.
Hiburan amat penting kepada manusia kerana ia boleh mententaram fikiran dan jasmani. Tidak bersalah manusia berhiburan yang penting jangan terlampau sehingga lupa kerja. Ia lain dengan agama kerana terlampau pentingkan agama akan menyebab kita fanatik ! Ha ! Ha ! Ha !
Kadang kadang saya fikir maanusia ini ganjil. Pemikiran masyrakat sebenarnya yang ganjil. Spesifiknya, segulungan masyarakat.
Benar, penyanyi di bayar mahal, mana yang terkenal mendapat puluhan dan ratusan ribu Ringgit di negara ini. Berjuta dollar di Amerika. Pada hal, apa yang di lakukannya tidak begitu memerah otak, tidak begitu memerah tenaga. Mana yang berpeluh basah seperti mandi selepas menjerit, meloncat kadangkala saperti monyet, bukan nya memerah tenaga, tapi hanya membuang tenaga. Baiknya hanya dari segi senaman atau exercise.
Saya fikir selalu nya, "mass psychology" memainkan peranan mendatangkan "popularity" kapada penyanyi yang bernasib baik. Bila sebahagian hadzirin menepuk dengan gemuruh, menjerit melaung, yang lain terikut. Terutamanya perempuan.
Betul, bakat mesti ada sebelom keadaan itu boleh berlaku. Tapi ramai yang berbakat, tak ramai yang bernasib baik dapat lagu mereka menjadi "top of the chart".
Di Amerika pulak, ramai penyanyi dan artis jenis lain makan dadah. Sehingga ada yang mati akibatnya. Elvis Presley, contohnya. Michael Jackson makan ubat nakkan kulit jadi putih - ramai yang buat begitu nak cerahkan kulit hitam kebelakangan ini, termasuk pembaca berita di TV.
Ramai juga yang buat bedahan plastic surgery. Michael Jackson bedah hidung beberapa kali, sekejap nak mancung, sekejap nak tajam, sekejap nak ... tak tahu apa bentuk, hingga dia mati makan pill dadah ke tak tahu apa.
Maka imej sebegitu sedikit sebanyak menggosok imej artis di negara ini juga. Ada penyanyi lelaki terkenal berpuluhan tahun dahulu di beritakan menghisap dadah, yang kemudiannya kahwin dengan janda yang jauh lebih tua dari dia.
Tak tahu berapa ramai artis lain makan dadah. Di harap tidak ramai. Kalau tidak jahanam lah masa depan mereka. Dadah seperti cocaine tak ada ubat baginya. Siapa yang menyentuhnnya, terjerumus ke longkang lah akibat nya.
Begitu juga dalam mendapat gelaran dan darjah kebesaran. Cara pemikiran pegawai Kerajaan di zaman kebelakangan ini pun nampak aneh. Tak tahu jika di arahkan orang politik yang memerintah atau Pegawai Kerajaan sendiri yang melakukannya, tapi nampaknya tiap tahun di masa hari jadi Sultan dsbnya, di cari artis yang mahu di beri gelaran Dato.
Hingga pelawak, tukang masak pun di beri gelaran Dato. Suatu masa dahulu suatu negeri beri anugerah banyak puluh Dato sehingga orang berjenaka bahawa jika baling batu di stesen bas, mesti jatuh ke atas kepala beberapa Dato.
Suatu masa dahulu gelaran Dato di beri kapada mreka yang benar benar memberi sumbangan kapada negara. Sumbangan yang tidak terkira, susah di nilai. P. Ramlee pun tidak di beri gelaran Dato sehingga dia mati. Lepas itu, bila gelaran Dato sudah jadi murah, bahru pihak berkenaan terfikir nak beri Tan Sri kapada nya - bertahun selepas dia mati. Apa ini?
Sekarang ini senang saja "menilai sumbangan" artis. Selalunya, asal ada kenalan yang berkenaan, senang dapat gelaran Dato. Bila seorang penyanyi, pelawak dan tukang masak dah dapat Dato, maka yang lain pun mengharap, dan di beri gelaran Dato.
Begitu ramai Dato sekarang sehingga yang benar benar memberi sumbangan yang nilai tinggi kapada negara tidak lagi merasa bangga menggunakan gelaran Dato itu.
"Lebih malang lagi, tidak ada simpanan di hari tua .."
Memang kesian. Aziz Satar menyebut di suatu dokumentari bahawa sebelom P. Ramlee mati, dia kekurangan wang, hidup selalu dengan makan nasi dan telur saja. Pada hal Kerajaan patut menolong kemajuan perfileman Melayu yang P. Ramli penggerak yang ulung di masa itu, membantu dan menentukan dia boleh semenggah hidupnya.
Mungkin sebab banyak sangat makan telur, lebih cholesterol di dalam badanya, menyebabkan darh tinggi dan sakit jantung, dia mati masih muda umurnya.
Jika di tolong dan di bantu dan tidak sakit jantung dsbnya, P. Ramlee boleh menyumbang 20 tahun lagi ke dunia perfileman Melayu, nyanyian, lagu lagu - budaya Melayu.
Memang kesian nasib para artis di mana mana pun. Di Amerika ada bintang filem yang dapat US$10-20 juta bagi satu filem tetapi tidak semestinya hidup mereka senang, aman dan sentosa. Jika tidak di lamun dadah, keluarga berpecah belah. Jarang sekali artis Amerika yang hidup dengan hanya satu suami isteri sampai mati.
Di negara ini tidak jauh bezanya. Ramai mereka mengejarkan "glamour" tak kira apa. Hidup berlawanan di antara mereka, menunjukkan siapa canggih keretanya, "branded" jenis pakaiannya, "branded tahap boyfriendnya", berpangkat Dato, supaya boleh mempunyai "Dato darling", suatu istilah yang di popularkan oleh seorang penyanyai terkenal di suatu masa dahlulu. Atau sendiri mengejarkan pengurniaan Dato, hingga melayan pihak yang berpengaruh atau berkuasa dalam pengurniaan Dato - sejauh mana, pembaca boleh bayangkan sendiri. Tidak di nafi, ada beberapa yang tidak seperti itu, namun jumlahnya tidak besar.
Industri filem, lagu dsbnya di negara ini boleh membawa pendapatan mata wang luar yang baik bagi ekonomi negara dan juga artis. Pasaran besar yang lojiknya ada lah Indonesia. Kerajaan perlu menggalakkan dengan berbagai cara peningkatan industri itu.
Kerajaan juga perlu menggalakkan dan mengambil tindakan supaya boleh ada keluar masuk filem, pita lagu dll di antara negara ini dan negara luar dengan senang.
Adakan perjanjian pertukaran budaya (cultural exchange agreement) dan bantu projek projek arah ke situ. Jika sudah ada, pesatkan kegiatan begitu. Walau pun ada puak Pembangkang yang ber"budaya kuning" cuba merosakkan perhubungan Malaysia dengan Indonesia, contohnya, hingga ada masalah tuduh menuduh jenis masakan, mutu batik dsbnya.
Mana tak budaya kuning bila dia menjolok lubang yang keluar benda Allah yang selalunya berwarna kuning. Tapi dia mahu perhubungan dengan Israel. Astaghfirullah.
Prof..,
tiada salahnya mengeluarkan pandangan dan teguran..itu hak Prof sebagai rakyat dan sebagai orang Islam.Memberi teguran amat penting dalam kehidupan sehari2..Ada komen2 yg menyokong dan ada yg 'mencacau' lari dari tajuk.Ada yg mengutuk program2 realiti TV berbentuk hiburan..tetapi saya yakin..mereka lah orang yg suka mendengar lagu dan suka tengok film atau drama.
Tidak salah kita tidak bersetuju tetapi pada pendapat saya..jika kita ikhlas menegur dan saling ingat mengingat tetapi bagi sesetengah pihak mereka suka guna bahasa yg 'biadap dan tunggang terbalik'..ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
Saya bersetuju dngan teguarn prof..,cuma ia adalah lebih baik ibarat menarik rambut dari dalam tepung..rambut tak putus..tepung tidak berselerak..Islam itu akhlak..wALLAHU a'lam.Maaf jika ulasan saya menyalahi tatabahasa yg sepatutnya.
Sdr 11:15 AM,
Setuju tiada salahnya mengeluarkan pandangan dan teguran. Termasuk Sdr sendiri juga. Saya orang biasa, suka mendengar pendapat yang berlainan, walau pun tidak selari dengan pendapat saya. Itu meluaskan pandangan saya. Juga menggiatkan kemajuan demokrasi di negara kita ini.
Nak sebut sikit saja: di mana mana masyarakat pun di dunia ini, ada kucing hitam. Bahasa tak betul, melanggar Perlembagaan negara dan undang undang yang di luluskan oleh Parlimen mengikut peruntukan peruntuk Perlembagaan negara itu. Kita perlu terus menegur mereka bila bila masa, walau pun "ibarat menarik rambut dari dalam tepung."
Itu amat penting bagi kesempurnaan masyarakat yang perlu hidup berlandaskan Perlembagaan dan undang undang negara. Sekian, terima kasih.
Ilmu akhirat yang di bekalkan emak bapak di kelamkan dek godaan berhibur tidak terhingga. Pengaruh luar akibat globalisasi memain perana penting. Budak budak melekap kapada I Pod, lap top dan berbagai jenis alat yang mengkhayalkan mereka.
Pemerintah berpegang kapada Internet freedom yang menyebabkan budaya kuning pun boleh di akses oleh kanak kanak. Hidup berkejaran, emak bapak sibuk berkerja hingga tak cukup masa mmengawal dan mendidik anak anak dengan nilai nilai murni. Parti parti politik pulak menambahkan masalah sehingga runtuh akhlak rakyat, membantah, membangkang, berdemo tak tentu arah tujuan dan peraturan.
Kekadang saya fikir perlu ada pemerintahan kuku besi atau benevolent autocracy di negara ini bagi membaikki dan mengatur semula pergerakan rakyat ke arah hormat kapada yang tua, yang berkuasa, undang undang dan Perlembagaan negara.
Sepatutnya yang komen negatif kat sini fikir dengan berlapang dada....isu politik dengan isu yang diutarakan oleh Ustaz xsama.....
Ini tidak...oleh kerana Ustaz cenderung bagi pendapat yang tidak berpihak kepada parti yang Uols sokong....uols asyik maki n hentam dia................Terkadang terfikir...Melayu seIslam kat Malaysia akan jadi macam puak Syiah n Sunni kat luar negara kalau parti uols dapat perintah......time tu ramai yang sokong kerajaan skrang kena sembelih...........bunga-bunganya dah ada sekarang....INGAT ALLAH..wallahuallam
"Realitinya kebanyakan lagu melalaikan dengan muzik menggila."
Lagu dan nyanyian di katakan sebagai suatu unsur budaya. Tapi apa kah lagu dan nyanyian yang menjerit jerit, terlompat lompat itu budaya?
Lagu yang melalaikan dengan muzik menggila mungkin ada gunanya - membikin peminatnya melepaskan masa lapang tidak dalam aktiviti jenayah gengster, Mat Rempit, mencuri, membunuh dan sebagainya.
Tapi jenayah dadah pulak. Banyak kes dadah di laporkan berkaitan dengan kegiatan mengedengar lagu seperti itu. Di merata dunia. Dan bila khayal dengan dadah, boleh melakukan jenayah lain.
Mungkin lagu seperti itu boleh di benarkan tapi pengedar dadah di perhatikan, di kecam seketat mungkin. Undang undang keras sudah ada di negara ini. Gantung sampai mati. Ha nya tangkapan pengedar perlu selalu.
Saya bersangka bahawa YA1M tu tak wujud dgn sendiri. Tentu ada desakan dr pihak2 tertentu, permohonan, kertas kerja dll. Artis mempunyai persatuan2 spt SENIMAN yg cuba memperjuangkan nasib artis2. Mungkin mereka ada memberikan proposal kpd kerajaan sehingga wujudnya insentif2 tersebut.
Manakala ulama @ ilmuwan, masalahnya tiada persatuan (sebenarnya byk persatuan yg tak bersatu) dan lebih parah tiada kesatuan. Masing2 tetap dgn pandangan dan pendirian masing2... Jika mereka semua blh disatukan dlm satu persatuan, ada presiden, buat proposal, minta pd kerajaan, mungkin YP1M blh terlaksana.
Isu sebenarnya bkn tiada peruntukan utk penceramah, tetapi tiada peruntukan utk 'penceramah free lance' mcm tuan ridhuan tee. Nasib dan masa depan mereka kelihatan tak dibela kerajaan. Penceramah bwh JAKIM, Majlis Agama Negeri ok je, senyum je diorang...
nasihat kepada kerajaan,jangan terlalu mengejar undi..
maruah agama,bangsa adalah yg terutama.
saya harap ,Fathul bahri-Ulama umno. memberi teguran sekiranya pihak atasan kerajaan berbuat silap.
sama-sama lah kita membuat perubahan.
dan memberi teguran kepada kerajaan.
jangan hanya mencaci dan membangkang.
Malaysiakini bukan free. Tuduh liar, putar belit, pusing memusing, mengata tak tentu arah, bikin sakit hati, kena bayar doktor.
Post a Comment