(Sinar Harian, 12 Nov 2012)
Mari
kita bincangkan apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa
siapa betul siapa salah, mengenai pembangunan, melibatkan 2 blok Kondominium 29
tingkat, disambung bersekali dengan pusat komersial di Batu Caves, yang sedang hangat
diperkatakan.
Sekadar
makluman, Batu Caves di mana terletak semua kuil dan patung itu, adalah tanah
kerajaan yang diwartakan sebagai kawasan pelancongan. Bukan hak milik individu,
kecuali kawasan persekitaran yang dimiliki individu dan syarikat tertentu,
termasuk pemaju perumahan.
Bila
disebut tanah kerajaan, sudah tentu, ada keterbatasan dalam usaha membangunkan
kawasan tersebut. Kerajaan Tempatan (Negeri dan Pusat) mesti dirujuk setiap
masa dan ketika. Tidak ketinggalan pihak swasta yang mahu membangunkan kawasan
kepunyaannya, termasuk rumah individu. Segala laporan berkaitan mesti
disediakan sebelum kelulusan arahan merancang dikeluarkan. Setiap
pemaju/individu, mesti akur dengan kehendak dan syarat Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT).
Saya difahamkan,
pembangunan bangunan, pembinaan kuil dan patung di sana tidakpun dirujuk kepada
PBT di sana. Secara tidak sedar, apabila balutan dibuka, semuanya terkejut. Bagaimana
boleh dibina patung yang sebegitu besar dan tinggi. Adakah aspek keselamatan
diambil kira?
Namun, atas
dasar kebebasan beragama dan toleransi, akhirnya semua dapat menerima. Inilah
yang saya kagum dengan keterbukaan rakyat Malaysia, terutama orang Islam
meraikan kepelbagaian. Jika di negara lain, jangan harap orang Islam dapat diberi
peluang sebegini. Bukan itu sahaja, walaupun bilangan umat Islam majoriti,
bilangan surau dan masjid tidaklah sebanyak rumah penyembahan bukan Islam yang
melebihi 200 ribu. Justeru, hargailah toleransi ini dan patuhi undang-undang
dan perlembagaan.
Kadang kala saya
merasa amat pelik, kenapa ada ketika PBT dirujuk, dan ada ketikanya tidak. Jika
begini keadaannya, apa erti undang-undang diwujudkan? Pengalaman saya bekerja
dalam syarikat perumahan sebelum ini dan sekarang ini, ingin mendirikan sebuah
rumah sendiri, berbagai syarat dikenakan oleh PBT. Wal hal yang ingin didirikan
hanya sebuah unit rumah sahaja. Syarat-syaratnya sama dikenakan seperti
membangunkan sebuah projek perumahan berskala besar.
Ingin saya
bertanya kepada PBT, kenapa saya yang ingin membina sebuah rumah dikenakan
pelbagai syarat, sedangkan ada segelintir dikecualikan daripada syarat?
Pembinaan rumah saya tidak langsung berisiko berbanding dengan pembangunan
rumah ibadat atau kondominium yang begitu tinggi.
Lihat lagi
toleransi yang berlaku, setelah menerima protes, kerajaan negeri dan kerajaan
mahukan projek pembinaan projek tersebut dihentikan buat sementara waktu.
Sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk untuk menyelesaikan masalah
ini. Ini adalah satu tindakan yang betul dan bijak dalam menangani hubungan
antara agama.
Apa
juga keputusannya nanti terimalah dengan hati yang terbuka. Hargailah sikap
saling memberi dan menerima selama ini. Jika dikirakan rumah ibadat yang
menjadi korban, berapa banyak surau dan masjid yang menjadi mangsa kerana
memberi laluan kepada pembangunan.
Justeru,
kadang kala, agak sukar untuk kita menerima alasan bahawa Batu Caves akan
terlindung apabila pembinaan tersebut. Apa masalah jika terlindung sekalipun? Banyak
bangunan bersejarah negara terlindung. Perlukah Batu Caves ditayangkan sepenuh
untuk dilihat orang ramai daripada lebuh raya. Bagaimana dengan sensitiviti
orang Islam melihat patung-patung saban hari? Adakah perasaan mereka diambil
kira?
Sekadar
makluman, jika ada yang masih tidak memahami budaya Islam, umat Islam amat
sensitif dengan patung. Tetapi pembinaan demi pembinaan terus dilakukan tanpa
bertanya dan mengambil kira perasaan umat Islam. Kerajaan pula tidak mengambil
berat isu ini atas dasar toleransi beragama.
Ditakdirkan
patung tertinggi itu tumbang satu hari nanti, siapakah yang akan dipersalahkan?
Sudah PBT akan dipersalahkan kerana tidak memantau pembinaannya sejak awal. Ingin
saya bertanya, berapa agensi yang menyediakan laporan bagi pembinaan kuil
tersebut. Tidakkah kita sedari bahawa pembinaan masjid perlu mendapat kebenaran
daripada PBT?
Saya tidak
menyokong mana-mana pihak, kerana semuanya bertanggungjawab. Lagipun Islam
menghormati hak bukan Islam untuk menjalan ibadahnya. Tidak perlulah menuding
jari. Persoalan saya adakah patut, orang lain boleh ambil hak kita. Apa yang
penting tindakan nanti haruslah berpandu kepada apa yang benar, apa yang salah,
bukannya takut dengan ugutan atau undi pilihan raya.
Saya amat bimbang
dengan setiap keputusan kita hari ini. Kita selalu bertindak, tidak berasaskan
apa yang benar, apa yang salah. Tetapi tindakan kita selalu berpandu kepada
berapa undi boleh dapat bagi mengekalkan kuasa?
Hujah yang
mengatakan pembinaannya akan membahayakan nyawa pengunjung kuil dan pelancong
dari seluruh dunia akibat (kemungkinan) benda jatuh berikutan pembangunan
besar-besaran di tempat berhampiran kuil ini, hanyalah alasan. Pemaju lebih
maklum tentang aspek-aspek keselamatan pembangunan hartanah.
Pada saya, langkah
terbaik ialah dengan mengambil tindakan undang-undang jika apa yang dilakukan
oleh pemaju perumahan itu tidak betul. Isu sebenarnya adalah kepentingan
individu, bukanlah isu agama. Saya amat mengharapkan PBT, kerajaan negeri dan
pihak berkaitan dapat berbincang secara terbuka berkaitan isu dengan lapang
dada.
Pihak pemaju
mempunyai hak ke atas tanahnya bagi tujuan pembangunan setelah mengambil kira
bantahan sebelum pembangunan dijalankan. Apatah lagi setelah diluluskan dalam
mesyuarat penuh majlis pada tahun 2008 dan disokong oleh pihak yang menentang.
Persoalannya,
ditakdirkan bantahan ini berjaya, siapakah yang akan membayar pampasan kepada oleh
pemaju, yang sudah mengeluarkan belanja yang begitu banyak melakukan
kerja-kerja awal di sana? Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri?
Lagipun
Thaipusam hanya disambut setahun sekali. Selebihnya kawasan tersebut kurang
menjadi tumpuan. Hanya tempat bersembahyang harian. Justeru, tidak perlulah
memberikan alasan kesesakan jalan dan sebagainya. Tidak ada kawasan yang lebih
sesak melainkan Kuala Lumpur. Adakah kita perlu cabut bangunan-bangunan
tertentu?
13 comments:
Kebebasan beragama dan toleransi tidak boleh di praktikkan dengan sewenang wenangnya. Keselamatan penganut agama berkenaan dan pelancong yang melawat tempat itu mesti di ambil kira.
Bagi struktur yang besar dan berat, pihak berkuasa mendirikan patong itu sepatutnya mengemukakan pelan struktur baginya kapada Majlis Bandaran. Di semak oleh Jurutera Majlis Bandaran menentukan keselamatan struktur itu bila di bina. Selepas itu bahru di bina.
Kalau di bina di tempoh pemerintahan Pakatan Rakyat, itu lah jadinya. Bukan kah Batu Caves di dalam kawasan Selangor? Kalau begitu PR lah yang bertanggong jawab.
Mereka yang agamanya melibatkan menyembah patung memang memerlukan begitu banyak patung di bina. Ada yang mengatakan bahawa agama Hindu ada lebih 30,000 patung.
Tetapi patung patung itu boleh di muatkan di dalam beberapa kuil sahaja. Tidak perlu begitu banyak kuil di bina sehingga tidak "proportionate" dengan nisbah jumlah penduduk orang Hindu dan orang Islam di negara ini.
Pentingnya ia lah Perlembagaan negara menyatakan bahawa Islam ada lah agama negara ini - "the religion of this country". Agama agama lain tidak di sebut, tetapi di benarkan di praktikkan. Oleh itu, keutamaan mesti di beri kapada kepentingan orang orang Islam. Juga sebab mereka majoriti di negara ini.
Saya fikir bahaya jika bangunan tinggi dibuat berdekatan atau sekitar Batu Caves. Struktur gua batu kapur bukan keras sangat pun. Jgn lupa insiden tokong cina runtuh di Ipoh. Kerja tanam cerucuk akan melemahkan struktur gua kerana gegaran. Bagaimana kalau waktu Thaipusam orang berasak dlm gua itu dan ia runtuh? Saya lebih melihat isu ini penting kerana isu keselamatan manusia, berbnding isu agama.
Saya juga tk stuju berhala besar didirikan di situ. Kerajaan silap krna terlalu tolak ansur, sbb kuilnya pun dh terlalu besar. Bgitu juga di Kelantan, byk patung Buddha. Patung-patung buddha dan hindu sepatutnya dibina dgn saiz yg sederhana saja (cukup skdr menggambarkan tempat sembahan penganut agama tersebut). Jgnlah bandingkan dgn masjid yg besar-besar, sbb masjid bolh jd kompleks pendidikan dan pelbagai fungsi. (ttg bangunan kuil, gereja dsb yg ada pelbagai fungsi, tu saya serahkan ulama utk komen).
Nasib lah Malaysia ni takda Taliban. Di Afghanistan masa Taliban perintah dulu, patung Buddha yang di pahat dari bukit batu dan bersejarah senggaja di letupkan bom oleh depa.
Tapi di Malaysia berpatut le wei. Ini negara Islam - nyata di Perlembagaan negara - majoriti penduduknya Islam, jangan le nak buat patung begitu besor.
Dah le di Kelantan ada juga patung yang besor di biorkan Nik Aziz depa buat. Pastu Nik Aziz pigi China, balik patut bawak pelabur China bikin kilang tambahkan pekerjaan untuk oang Kelantan, tapi dia bawak kepala hotak bina mesjid RM8 juta ikut rekabentuk Cina, kamdian namakan Mesjid Cina.
Apekedarahnya oang tua tu? Berapa ketul rakyat Cina di Kelantan dia nak ambik hati? Tak kesian ke oang Melayu Kelantan yang jauh lebih majoritinya, tak di beri hormat atau nama langsung dek oang tua tu. Astaghfirullah.
Nyata: tanah hakmilik Kerajaan boleh di lakukan sesuatu hanya dengan kebenaran Kerajaan. Tapi pembinaan apa apa struktur mesti lah mengikut building bye laws yang di kuasai oleh Dewan Bandaran atau Bandaraya (DB).
Patung yang besar mesti lah mengikut pelan kejuruteraan yang boleh menampung berat patung itu. DB punya urusan.
Tanah hakmilik persendirian, termasuk syarikat, boleh di majukan hanya mengikut pelan yang telah di luluskan oleh pihak berkuasa baginya - DB. Jika menonjol mata, tidak sesuai dari segi suasana kawasan sekeliling dsbnya, DB lah yang bertanggung jawab.
Benar, sepatutnya ada input dari pihak pihak lain sebelom memberi kelulusan itu. Seperti Jabatan Alam Sekitar. Menghentikan atau memecahkan bangunan atau apa apa struktur yang telah atau sedang di bina juga DB punya kuasa.
Kalau DB di arah oleh pemegang kuasa politik, orang politik lah yang patut di ketok kepalanya (secara lisan atau undang undang).
Sekarang tengah sibuk isu penggunaan gereja untuk tujuan politik (dulu mesjid).
Rupanya ada pulak isu penggunaan agama untuk pembinaan patung tanpa rujukan kapada pihak berkuasa tempatan. Macam mana boleh jadi begini? Pembangunan bangunan, pembinaan kuil dan patung di Batu Caves tidak pun dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.
Orang berkuasa agama di situ besar sangat ke? Pihak berkuasa tempatan tak berani nak periksa atau tegur ke? Orang politik masuk campur ke?
Apakah nanti apabila thaipusam, berjuta-juta biji kelapa dibaling atau dihentak ke tanah dipastikan tak boleh melemahkan struktur patung? Struktur patung pun boleh lemah kalau camtu dan membahayakan nyawa penganut dan pengunjung. Takkan itu pun diorang tak sedar?
10:51 PM,
Menghentak kelapa ke tanah memang sebahagian dari kelakuan agama mereka dan selalu berlaku bukan sahaja di Thaipusam, juga di lain masa, di katakan berkaitan dengan menghajatkan sesuatu.
Masuk akal bahawa jika di lakukan di tepi patung itu demikian banyak di Thaipusam dan berterusan walau pun tak banyak tiap hari, dengan air kelapa itu membasahkan tanah di situ, akan menjejas integriti tanah itu dan kekuatan struktur itu.
Kita tidak mengata apa apa berkenaan kepercayaan agama mereka, hanya menyebutkan keraguan kuatnya struktur besar yang di bina kalau tanpa pelan kejuruteraan yang di luluskan oleh Dewan Bandaraya.
Kita semua orang Malaysia, menyambut segala perayaan bersama. Sekurang-kurangnya semua dapat cuti sehari.
Happy Deepavali to all ! Happy holidays too !
Saya tidak kecil hati membaca artikel dan komen di sini. Saya percaya ramai penganut Hindu di Malaysia mengambil sikap terbuka dan tidak terhiris sama sekali.
Di sini saya ingin menjemput Dr. Ridhuan dan warga blog berkunjung ke rumah terbuka sempena perayaan Deepavali.
Saya terbaca bahawa Batu Caves telah di "zone"kan sebagai kawasan pelancongan sejak dulu lagi. Jika benar, dan jika patong yang terbesar di Asia Tenggara di benarkan di bina di situ, itu ada lah kerja kerajaan Selangor Pakatan Rakyat. Sebagaimana Nik Aziz benarkan patong terbesar di bina di Kelantan.
Awasi lah. Jika mereka di benarkan merintah Selangor dan Kelantan satu penggal lagi, entah berselirat patung di negeri Selangor dan Kelantan itu. Di Penang mereka ada bangunan bernama Sun Yat Sen. Mahukan rakyat Penang memandang ke China.
Tak di peduli dek Pakatan Rakyat bahawa agama Islam ada lah agama di negara ini dan bahawa orang Islam ada lah majoriti di negara ini.
Hal pelan struktur ada lah perkara kedua. Hal PR nak menemplak muka dan maruah rakyat Islam di negara ini jadi ketara.
Fikirkanlah, tuan2 dan puan2 bila mengundi.
Prof,
UMNO Paksi Kebodohan Bangsa Melayu
Haha, Mamat yang suka iklankan kata kata jahat korang di sini.
Aku tak baca pun apa yang kamu nak iklankan, harap jangan video lucah.
Aku cuba click link yang kamu beri. Keluar:
"Content Warning
The blog that you are about to view may contain content only suitable for adults. In general, Google does not review nor do we endorse the content of this .. blog."
Kamu jangan buat tak senonoh, ye.
Salam
Kebodohan Umno
Post a Comment