Artikel sebenar bukanlah artikel ini tetapi komentar saya mengenai pembangunan di Bt Caves, tetapi pihak akhbar tidak berani untuk menyiarkannya dan saya ganti dengan artikel ini. Saya cuba 'lembut' kan artikel tersebut minggu depan, InsyaAllah.
Sinar Harian 5 Nov 2012
Terbaharu, kajian pensyarah kanan
Universiti Malaya (UM), Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid Universiti
Kebangsaan Malayasia (UKM), mendapati bahawa ramai graduan baru Cina lebih mudah
dipanggil untuk temuduga dan mendapat pekerjaan, berbanding dengan orang Melayu,
amat menarik perhatian saya.
Isu ini sudah lama saya perkatakan.
Saya amat yakin yang mempraktikkan polisi ini adalah syarikat-syarikat ultra
kiasu, menunjukkan diskriminasi kaum semakin ketara dalam proses pengambilan
pasaran buruh sektor swasta. Syarikat Melayu sendiripun ada yang mempraktikkan
perkara sebegini, sebab tidak yakin dengan kemampuan bangsa sendiri.
Bertunjangkan kepada gagasan
1Malaysia, kerajaan hari ini semakin bersifat terbuka. Ramai kalangan bukan
Islam telah dilantik memegang jawatan tinggi dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Petronas, CIMB, Telekom Malaysia dan sebagainya. IPTA juga tidak terlepas,
Timbalan Naib Canselor sudah ada di kalangan bukan Islam. Jangan haraplah IPTS
bukan Melayu akan melakukannya, kecuali jika ada keuntungan.
Maka tidak hairan jika kita lihat
ramai orang Melayu, pegawai kerajaan pencen, bergelar Tan Sri dan Dato,
diperalatkan untuk kepentingan bisnes mereka. Perlantikan mereka sekadar untuk
mendapat tender dan kontrak. Lebih malang lagi, mereka yang digula-gulakan
dengan elaun dan kerusi empuk, langsung tidak berperanan.
Kita ambil satu contoh berdasarkan
maklumat rakan-rakan yang bekerja di GLC petroleum terbesar negara. Ultra kiasu
yang dilantik sebagai salah seorang pengarah GLC ini begitu bermaharajalela. Kebanyakan
kontrak syarikat minyak ini diberikan kepada syarikat bukan Melayu. Manakala, pekerja-pekerjanya
diambil kalangan bukan Melayu. Saya tidak kata, tidak boleh. Tetapi biar
berpada-pada. Jangan sampai orang Melayu terasa telah diketepikan seperti yang berlaku.
Yang peliknya, orang Melayu
berjawatan tinggi di sana, hanya melihat sahaja. Tidak berani melawan menegur
atau melawan bos, kerana ultra kiasu ini ‘kamcing’ dengan bos nombor satu. Bos nombor
satu ini masih dengan cara hidup nafsi-nafsi. Minuman keras masih menjadi amalan. Amalkanlah
sifat sebegini, suatu hari ini, kita akan tahu nasib Melayu di bumi Melayu
seperti yang selalu saya peringatkan.
Ultra kiasu, walaupun bilangan
sedikit, tetapi mereka amat aktif bekerja siang malam tanpa jemu. Ultra kiasu
akan memastikan mereka sentiasa menang di mana sahaja berada. Lebih malang lagi
ada kalangan kita yang bersekongkol dengan mereka. Sama juga di tempat saya
bekerja. Orang Islam sendiri telah berpakat dengan ultra kiasu untuk
menjahanamkan orang Islam sendiri.
Memang agak pelik, bila saya menulis
sebegini, seorang Cina yang tidak ada apa-apa kepentingan selalu mengingatkan
Melayu sehingga saban hari saya dikutuk. Tetapi apakan daya, semangat keIslaman
mengatasi segala-galanya. Tidak mengapalah dikecam dan dihina. Apa yang
penting, untuk memastikan umat Islam selamat. Itupun jika mereka mahu sedar.
Bayangkan di kala kerajaan dan
anak-anak syarikat terus bersifat terbuka, manakala syarikat ultra kiasu terus
mengutamakan kaumnya, bagaimanakah nasib Melayu Islam ini. Perkara ini perlu
difikir secara serius oleh kita hari ini. Saya yakin, keadaan yang hampir sama
berlaku pada syarikat GLC yang lain seperti Maybank, CIMB, Telekom dan
lain-lain.
Kadangkala naik muak melihat
syarikat GLC ini, berlagak tidak tentu pasal. Kita yang menyukarkan keadaan
sehingga anak bangsa sendiri merempat. Isu penguasaan bahasa asing
diperbesar-besarkan, sehinggakan orang Melayu yang rajin, tetapi tidak
menguasai pelbagai bahasa dipinggirkan.
Maka dilantiklah orang-orang yang
kononnya menguasai pelbagai bahasa. Secara tidak sedar, mereka inilah yang
khianat, menjual rahsia kerajaan. Ada yang sanggup menjual rahsia kepada CIA,
mengutuk negara sendiri apabila berucap atau membentang kertas kerja ketika
berada di negara luar dan sebagainya.
Maka tidak hairanlah hari anak
bangsa tidak mendapat tempat dan bahasa Melayu terus merempat. Jika tidak
percaya, masuklah ke kedai TM Point, bacalah apa yang tertera di dinding-dinding dan banner mereka. Boleh
dikatakan, tidak ada bahasa Melayu digunakan. Semuanya bahasa Inggeris. Ini
baharu satu contoh. Pergilah ke GLC yang majoritinya dipimpin oleh orang
Melayu. Kenapa ada dalam pemikiran bos-bos yang dilantik memimpin syarikat
kerajaan ini, langsung tidak ada sedikitpun dalam kepala mereka untuk
mengangkat agenda kebangsaan?
Bandingkan dengan syarikat ultra
kiasu yang lain. Masuklah ke bank-bank atau syarikat kepunyaan mereka. Bahasa
Melayu hanya ada pada tanda pintu keluar dan masuk. Selebihnya menggunakan
bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu langsung tidak mendapat
tempat, sebab tidak penting, tidak komersial. Apa ada dengan bahasa Melayu?
Ini dibuktikan lagi, hasil kajian mereka juga mendapati, walaupun kedua-dua
graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan
mereka lulus dari universiti tertentu mungkin meningkatkan peluang mereka untuk
dipanggil temuduga. Namun, syarikat Cina atau dikendalikan orang asing, lebih
ketara cenderung memilih pemohon Cina.
Semua bukti ini menunjukkan, diskriminasi
kaum begitu ketara dalam sektor swasta, terutamanya dalam industri kejuruteraan.
Orang Melayu hampir pasti ditolak oleh syarikat kawalan asing, diikuti oleh
syarikat dikuasai Melayu dan akhir sekali firma dikawal Cina.
Jika beginilah keadaannya, sekolah
aliran kebangsaan sudah tidak relevan lagi. Jika isu bahasa mandarin terus diambil kira, bermakna,
orang Melayu perlu menghantar anak mereka ke sekolah Cina dan sekolah
antarabangsa bagi mendapatkan kerja di syarikat Cina. Ini menampakkan
seolah-olah ada permuafakatan antara sekolah ultra kiasu dengan syarikat ultra
kiasu, supaya kepentingan budaya dan syarikat mereka terjaga.
Nasihat saya, kerajaan perlu
mengkaji semula sifat ‘keterbukaan’ yang dilakukan selama ini. Tidak mengapalah
kalaupun berlaku ‘brain drain’, jika yang keluar itu adalah ultra kiasu tegar
yang tidak boleh dipercayai. Itu lebih baik daripada menyimpan mereka, yang
menjadi musuh dalam selimut.
64 comments:
Saya setuju bahawa syarikat-syarikat ultra kiasu menunjukkan diskriminasi kaum dalam pengambilan bukan sahaja buruh tetapi juga tenaga pengurusan peringkat eksekutif.
Nyata Melayu dan Bumiputera di ketepikan, mana ada yang di ambil, di pinggirkan dalam proses kenaikan pangkat, gaji dll. Banyak sudah komplen yang di keluarkan di blog, juga ada yang di tulis di akhbar akhbar.
Oleh itu, selagi mereka tidak menunjukkan tolak ansur dan berpatutan, jangan lah sektor awam di buka kapada mereka berlebihan dari apa yang telah di lakukan selama ini.
Tidak adil jika mereka di ambil berlebihan ke dalam sektor awam, berkerja dengan Kerajaan. Sebab kaum mereka sudah ada banyak hampir dalam kesemua bidang - kekayaan, kelulusan, daya professional. Seperti kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu, di Johor Bahru saja pun, tak ada satu kedai Melayu pun.
Dunia sekarang telah kembali ke zaman hukum rimba, sibodoh jadi makanan dipandai, simalas jadi makanan sirajin, simiskin jadi makanan sikaya itulah hakikatnya dalam masyarakat dunia kini. Walaupun orang Melayu ini ramai namun mereka lemah dalam segala lapangan kecuali Politik, dengan politik orang Melayu boleh mencorakkan masa depan mereka dengan lebih teratur untuk bersaing dalam dunia hukum rimba ini. Kalaulah tiada kekuatan politik mungkin orang Melayu akan terus ketinggalan seperti mana masa merdeka dulu. Jadi jagalah kuasa politik itu dengan sebaiknya jangan kita hilang satu2nya senjata yang masih berada ditangan orang Melayu itu untuk mempertahankan diri dari serangan 'yakjut makjut' ini. Hanya UMNO/BN sahaja yang mampu mempertahankan survival Melayu ini untuk berhadapan dunia akan datang, walaupun dituduh ' perkauman' namun UMNO/BN adalah satu kerajaan yang amat baik dalam membela rakyat tanpa mengira kaum, mana ada dalaam dunia ini Kerajaan yang menjaga rakyatnya dari hal2 yang makro sehingga mikro nya, meliputi seluruh kehidupan rakyat dari kecil sampai ke arwah pun dijaga juga.
Saudara RT
Pada saya anda adalah lebih baik daripada pemimpin melayu sendiri. Anda risau tentang masa depan melayu lebih daripada pemimpin melayu sendiri.
Saya nampak pemimpin melayu baik yang ulamak mahu pun yang bukan ulamak tidak cukup masa untuk memikirkan tentang nasib melayu di bumi melayu seperti yang anda sering peringatkan. Mereka terlalu sibuk dengan agenda mengejar kuasa dan berebut kuasa sesama mereka.
Sudah banyak kali saya mengutarakan dalam blog ini dan juga dalam blog lain. JANGAN MELETAKKAN HARAPAN PERPADUAN MELAYU KEPADA PEMIMPIN. Tidak akan menjadi kenyataan. Tak akan boleh bersatu bila Pas berkata " Orang melayu akan bersatu jika Umno dibubarkan dan semua melayu bersatu dalam Pas ".
Yang saya faham BERSATU adalah tindakan dua pihak yang berbeza pendapat, duduk semeja, berbincang dan mencari titit persamaan. Tapi yang Pas mahu adalah BERSATU bermaksud " Umno menjadi Pas " .. impossible sebab Pas juga tidak mahu menjadi Umno.
Cuma orang melayu perlu bertindak bijak dalam isu perpaduan. Orang melayu jangan terlalu percaya kepada pemimpin parti yang mereka sertai .. kerana setiap pemimpin agenda mereka adalah kuasa, manakala perjuangan melayu atau islam hanyalah setakat modal untuk membezakan diantara Umno dengan Pas.
Jika orang melayu sudi meluahkan hasrat terpendam " kami mahu melayu, kami mahu islam " melalui kertas undi saya yakin tindakan itu dapat menyedarkan pemimpin melayu yang bercakaran kerana berebut kuasa.
Kita rakyat biasa baik melayu dengan melayu mahu pun melayu dengan bukan melayu .. tak ada masalah sebenarnya .. interaksi dan perhubungan kita sama kita berjalan seperti biasa seolah2 kita tidak pernah berbeza pendapat.
Jahatnya pemimpin adalah bila mereka menanamkan perasaan curiga mencurigai yang membawa kepada benci membenci diantara kita .. pemimpin2 parti politik telah melaga2kan kita untuk mencapai cita2 politik peribadi mereka.
Ingin saya kata :
Jika kita rakyat hidup dalam suasana hubungan sesama kita harmoni .. orang politik tak boleh nak cari makan.
Punca diskriminasi perkauman tidak lain dan tidak bukan kaum pendatang tidak mahu hormatkan apa yang telah di persetujukan di antara wakil berbagai kaum di masa rundingan Merdeka.
Dalam kata kata lain, tidak mahu hormatkan dan patuhi apa Perlembagaan negara ini. Sebab apa yang telah di setujui di rundingan Merdeka telah di rakamkan ke dalam Perlembagaan.
Akibatnya, tak mahu sekolah satu aliran, dah jadi rakyat, dendam kesumat Melayu dan Bumiputera ada Kedudukan Istimewa. Akibat dendam, diskriminasi di bidang perniagaan - bidang yang paling penting bagi kemajuan, bagi menyama ratakan rakyat, bagi harmoni dan perpaduan.
Ingat, mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak membawa kapada ungkitan hak kerakyatan bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Itu tidak baik bagi sesiapa.
Kita mesti elakkan berlakunya semula pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Sektor swasta memberi kepentingan kepada produktiviti, effisiensi dan bukannya charity.
Siapa yang ada effisiensi dan produktiviti dengan permintaan gaji yang berpatutan akan mendapat kerja dengan senang. Sebaliknya juga.
Lihat juga kompleks perniagaan kepunyaan GLC. Contoh yang hangat sekarang adalah Suria KLCC.
Sentiasa berlaku peniaga atau usahawan Melayu yang berjaya dalam persaingan dengan bukan Melayu dihalau secara halus daripada tempat yang dimiliki GLC.
Ada nak jadi ni. Pemegang amanah di GLC ni dah buta mati hati agaknya. Jawatan kalau boleh nak kekal tapi bangsa sendiri ditekan-tekan dan sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu.
Saya lihat masalah akan menjadi lebih kronik jika UEC diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA!
Apa takut brain drain? Kalau yang kepala busuk memang dah tempatnya di drain, kalau brain drain pun, negara akan jadi lebih pandai.
orang melayu jadi tukang beli saja.. ok la tu. kira tolong menolong jugak.
RT anda juga Ultra kiasu jadi anda akan faham apa beza antara Ultra kiasu berbanding kaum lain. Di Malaysia kebanyakan sektor perniagaan dan perusahan dijalankan oleh Ultra kiasu. Kenapa Ultra kiasu lebih boleh daripada kaum lain adakah mereka semulajadi lahir lebih boleh ? Tidak sekali ! Setiap manusia adalah sama cuma beberapa perkara menyebab mereka tak sama, ini berkaitan agama, bangsa, alam sekeliling, semangat, keyakinan, pendidikan, pengajaran dll. Manusia seperti produk perlu menunjuk kebolehan kepada pengguna atau majikan baru dapat keyakinan mereka. Adakah anda ingin menggaji pekerja yang kualiti lemah untuk jawatan tinggi ? Apa akan terjadi adakah niaga akan lebih baik atau buruk ? Jangan cemburu kaum yang lebih mampu tetapi haruslah kita fikir macam mana nak mengatasi kelemahan kita............
Ni apekedarah anak bini, anak bapak, emak bapak dah lintang pukang, tunggang langgang dengan pendirian neraka jahanam nih -
"Malaysia Kini - 1 hour ago
The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed idea for the nation."
Di sorak dek bukan Islam di blog yang menerima wang dari Yahudi Zionis Amerika itu, pelesit yang mengeluarkan pendirian begitu juga menjadi punca diskrimanasi perkauman.
Dia memberi gambaran boleh liberal dalam interpretasi kedudukan agama Islam di Perlembagaan, konon. Maka bukan Islam memikirkan orang Islam di negara ini boleh di ketepikan, agama Islam boleh di pinggirkan.
Laknatullah pelesit itu. Di do'akan tidak di berkati Allah politiknya sebab berpendirian kurang ajar begitu.
Hairan pulak blog pembangkang Malaysia Kini hari ini beri ruang kapada pemimpin peminpin UMNO mengkritik dan memomokkan Nurul Izzah berkaitan kenyataan nya "there should be no compulsion in religion even for Malays."
MKini keluarkan beberapa tweet yang di buat oleh Umno's Temerloh MP Saifuddin Abdullah dan Umno’s Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan.
Ada juga penyunting yang pro-BN di MKini nampaknya.
1:58 PM,
"lebih boleh"? Kamu pun ultra kiasu ke?
Pandai kamu nampaknya. Atau kononnya. Sampai nak mengajar seorang Professor Madya pulaknya. Cara kamu bercakap tu nampak macam nak mengajar. Siapa ajar kamu cakap begitu? Emak bapak kamu ke? DAP ke?
"Manusia seperti produk"? Waah, bunyi macam Adolf Hitler saja kamu ni. Siapa mengajar kamu tu? Cakap lah, saya ingin tahu.
"perlu menunjuk kebolehan kepada pengguna"? Ada pulak maanusia yang "mengguna"kan maanusia lain, ye?Hebat tu. Falsafah siapa tu? Lim Guan Eng ke, Anwar Al Juburi ke, Nik Aziz ke?
"Adakah anda ingin menggaji pekerja yang kualiti lemah untuk jawatan tinggi?" Kamu tak sebut macam mana kamu nilaikan "kualiti lemah" tu? Ada sukatan ke? Pakai timbang ke? Tlong kasi tahu jenis dacing yang kamu pakai.
"Apa akan terjadi adakah niaga akan lebih baik atau buruk?" Soa'aln ini pula makna nya pun saya tak tahu, apa tah lagi tujuannya. Bahasa tinggi betul nampaknya kamu pakai.
[Bersambung]
[Sambungan]
1:58 PM,
Tak, orang tak "cemburu kaum yang lebih mampu". Cuma tak tahu siapa yang nilai "lebih mampu" tu. Dan macam mana kamu nilaikan nya. Apa kelulusan kamu? Cakap lah, nat tahu.
Kalau ikut Adolf Hitler, dia tengok bangsa saja. Hanya bangsa Aryan saja yang dia kata bagus, suci, pandai, "lebih boleh", kepala hotak dia. 6 juta bangsa Yahudi di bunuhnya. Kamu pulak macam mana? Tengok bangsa jugak ke? Kamu kenal Adolf Hitler ke? Kalau tak, kamu Google le.
"tetapi haruslah kita fikir macam mana nak mengatasi kelemahan kita............" "Kita" tu siapa? Habis, apasal ada dot dot dot panjang pulak ...........? Apa maknanya? Sindir bangsa yang tidak "lebih boleh" ke?
Kamu perlu baca buku "Tamadaun Alam Melayu" atau "The Malay Civilization" yang ada orang sebut sebelom ini, ada di jual di Persatuan Sejarah Malaysia, Jalan Tun Razak, KL. Kamu tahu sejarah ke? Tak suka Sejarah ke macam orang DAP? Kamu orang DAP ke?
Nasib kamu semua lah, Sejarah dah di mestikan di sekolah sekolah mulai 2013. Tapi kamu yang nampaknya dah ketinggalan tu, baca lah buku tersebut itu. Kalau tak, tiap kali kamu cuba nak mengajar Professor di sini, kamu kena tempelak.
Salah orang MELAYU juga yang menaikkan ekonomi orang CINA. Kuasa pembeli ditangan kita mudah terpedaya dengan orang CINA yang sememangnya tak jujur. Orang Melayu jugalah yang menjadi pengkianat pada bangsa sendiri memang tak dinafikan dari dahulu sehingga kini....sebabnya nak jadi kaya dengan jalan mudah. Nak hidup senang lenang tanpa usaha. Nah sekarang Melayu sendiri yang terhimpit bila ekonomi orang CINA pengang. Maka perlulah kesedaran diberi agar "Belilah Barangan Melayu".
Ultra kiasu yang dilantik sebagai salah seorang pengarah di Petronas itu di katakan saki baki kumpulan yang di namakan "Tingkat 4" di pejabat Tun Dol dahulu. Nampaknya dia orang Timbalan PM pada masa itu yang sekarang PM.
Saya tak faham hingga sekarang kenapa dia di sumbat ke BOD Petronas. Bukan sumbat saja, di pahat, di pasak ke dalam BOD itu. Di beritakan bahawa mula mulanya tak di setujui oleh CEO Petronas sebab dia loan delinquent - tak bayar hutang study loan ke hape Petronas. Selepas dia bayar, di pahat masuk, dapat masuk BOD Petronas. Dan CEO itu di keluarkan selepasnya.
Dia ada lah independent director, nampaknya bukan functional director atau sepenuh masa di Petronas, bergaji, atau ada tugas tertentu di sana. Biasanya independent director tidak ada kuasa, hanya pengaruh. Saya juga tak faham bagaimana dia boleh ada begitu besar pengaruh hingga banyak kontrek di beri kapada bukan Mlayu. Apa kah sebab dia di ketahui sebagai orang PM, semua orang di Petronas takut dan buat saja apa yang dia kenyit mata? Kalau gitu, jahanam lah GLC itu bila dia kentut selalu di situ.
RT,
Saya harap jangan Sdr risaukan kecaman keatas Sdr kerana cuba membetulkan keadaan yang capek di negara ini.
Semua mereka yang perjuangkan kebenaran dan keadilan di dalam keadaan di mana kebenaran dan keadailan menjadi kelam pernah di kutuk dan di kecam.
Kebenaran dan keadilan di interpretasi mengikut kepentingan politik mereka. Selalu keluar dari garisan munasabah dan berpatutan. Seperti membantu sekolah Cina yang mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar, nyata bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan yang mengatakan bahasa ibunda hanya boleh di gunakan selain dari untuk tujuan resmi dan sekolah ada lah tujuan resmi mana mana negara.
Sila teruskan kegiatan Sdr bagi menegakkan kebenaran dan keadilan itu. Kami sentiasa menyokongnya.
8.21pm,
Apa pulak kelulusan kau? Cara tulisan macam jakun, tak bersekolah ke?
Kau memang buat malu orang melayu. Biadap dan kurang ajar. Nampaknya kau yang ketinggalan zaman.
Oopi Mamat 8:17 AM,
Oang tanya ko macam macam so'alan, satu hapah pun ko tak jawab. Ko jawab lah dulu apa kelulusan ko yang oang tanya tu. Apasal ko nak tanya oang pulak sebelom menjawab. Nampak bebenor ko bodoh.
Dahtu ko kata Orang Asli Jakun tak bersekolah. Ko pigi tengok le Kawasan Orang Asli puak Jakun di Johor tu. Bukan main ramai yang pigi sekolah. Kan ko dah bodoh lagi.
Kan ko yang ketinggalan zaman, tak tau orang Jakun dah pigi sekolah. Tapi ko yang ngata oang ketinggalan zaman. Kan dah bodoh kali ke tiga ko.
Tu le, kalo taknak kena tanya macam macam soa'lan, hati hati le bila nulis.
Di Malaysia ultra kiasu mahukan Mandarin. Di selatan China, di mana mereka berasal, dia orang tak mahu Mandarin. Bantah, buat demo bila Kerajaan pusat kuat kuasakan penggunaan Mandarin sebagai bahasa resmi mereka.
Bukan so'al budaya. So'al ultra kiasu.
Smother Affis,
Betul, Melayu tukang beli saja kebanyakannya.
Tapi kita kena ubah. Dah mula Melayu berniaga. Sekarang dah capai 20% kekayaan korporat. Dari 1% di tahun 1970.
Tapi belom cukup. Dan belom kira kekayaan dalam bidang bidang ekonomi lain. Seperti bangunan komersial dan rumah kediaman.
Sekolah Cina ada lah suatu punca diskriminasi perkauman. Ia mendiskriminasikan Perlembagaan. Sebenarnya, penganjur sekolah Cina tidak menghormati Perlembagaan negara. Perkara 152 kata BM ada lah bahasa negara ini - bahasa kebangsaan dan bahasa resmi.
Maka ramai rakyat tidak setuju dengan sekolah Cina dan membantah ada nya gejala itu. Oleh itu menjadi punca perkauman.
Dong Zong yang mentadbirkan sekolah Cina juga punca perkauman. Pengikut Dong Zong ada lah juga punca perkauman. Mereka sendiri mempraktikkan pendirian perkauman sebab tak mahu bercampur dengan rakyat jelata, tidak mahu sistem sekolah kebangsa'an yang boleh menumbangkan benteng perkauman di negara ini.
Selagi ada rakyat yang tidak mahu hormatkan dan ikuti Perlembagaan negara sepenuhnya, selagi itu lah ada punca perkauman di negara ini.
Perlembagaan telah di gubal, di bahath dan di luluskan di Parlimen. Sudah menjadi undang undang yang tertinggi di negara, segala undang undang lain berpaut kapadanya, tidak boleh melanggarnya atau bercanggah dengannya. Segala apa yang di sebut di dalam Perlembagaan itu ada lah sah dan menjadi undang undang negara.
Ada pula perkara perkara yang sensitif di dalam Perlembagaan itu, yang di lindung oleh Akta Hasutan, tidak boleh di ungkit, atau di perso'alkan. Seperti Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Dan balasan baginya, ia itu hak kerakyatan bagi bukan Melayu.
Maka, hormati dan ikuti lah Perlembagaan negara sepenuhnya, wahai semua rakyat Malaysia. Ini perlu untuk keharmonian, keamanan dan kemajuan negara di jangka masa panjang. Siapa yang tidak mahu berbuat demikian, berhijrah lah ke negara kain.
1:58 PM,
Ultra kiasu tu bukan ikut bangsa lah. Ikut pendirian, pemikiran.
Kiasu tu maknanya pentingkan diri sendiri saja, tak kisahkan orang lain atau kaum lain, tak mahu kalah, asyik nak menang saja. Mana boleh macam tu.
Ultra kiasu nak utamakan atau tolong bangsa dia, itu hak dia. Ultra kiasu nak amalkan diskriminasi terhadap orang lain, itu juga hak dia.
Dalam islam pun disuruh kita orang islam utamakan atau tolong sesama islam dulu sebelum kita nak utamakan atau tolong orang dari agama lain. Kalau ada 2 orang yang sama kelayakan memohon, sorang islam dan sorang lagi bukan islam maka wajib kita pilih calon yang islam untuk mengisi jawatan itu.
Dalam politik pun serupa juga lah. Kalau ada calon islam kenapa orang islam masih nak pilih calon bukan islam lagi. Ultra kiasu ni lain sikit, kalau ada calon ultra kiasu, tak ada hari mereka nak pilih calon bukan ultra kiasu. Sebab itu lah Umno dengan Pas hanya berani masuk bertanding dalam kawasan melayu saja. Kecut telor mereka kalau nak cuba try bertanding melawan calon ultra kiasu dalam kawasan bukan melayu. Tapi calon ultra kiasu tak takut nak bertanding dalam kawasan melayu sebab mereka tahu kalau calon MCA/Gerakan/MIC aci potong jari mesti akan menang dengan sokongan dari melayu Umno. Begitu juga dengan calon ultra kiasu dari DAP aci potong kambing mesti akan menang dengan sokongan dari melayu Pas dan melayu PKR.
Tapi masalahnya orang melayu sendiri tak nak ikut islam. Mengaku saja islam tapi sayangnya kepada islam dalam politik dan perniagaan hampir tiada langsung.
Tiada Paksaan Agama
Nurul Izzah betul bila dia berkata tiada paksaan dalam beragama. Kenapa puak-puak Umno ni melatah tak tentu pasal. Memang tak dinafikan orang melayu di negara ini di paksa dan di tekan supaya kekal dengan islam. Undang-undang dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya jangan meninggalkan islam. Lebih dahsyat lagi perlembagaan penjajah yang dikekalkan oleh Umno(BN) itu sendiri seolah-olah mengugut orang melayu, " jika kau keluar dari islam kau bukan lagi orang melayu dan kau akan hilang segala hak istimewa sebagai orang melayu ". Itu bukan paksaan kah namanya ?
Sedangkan bangsa lain seperti cina dan india mereka tidak dipaksa kekal dalam agama mereka. Sebab itu ada cina yang masuk islam, ada cina yang masuk kristian. Sama juga dengan orang bangsa india. Tapi kenapa bila kena pada orang melayu nak dipaksa, " ohhhh no no no .. you cannot leave islam ".
Kalau seorang melayu itu dah tak minat lagi nak jadi islam tapi kita paksa dia supaya terus berada dalam islam maka dia akan buat perkara-perkara yang menjatuh maruah agama islam. Mungkin kah kemungkaran dan kemaksiatan yang banyak melibatkan orang melayu yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh orang melayu yang dah hilang minat nak jadi islam tapi dipaksa oleh undang-undang supaya kekal jadi islam walau pun hanya nampak islam pada nama dan pakaian saja. Nama masih Siti Fatimah, pakai seluar jean dan baju T yang ketat sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, masih mengenakan tudung kepala mengikut feshen terkini .. kerja jadi GRO, kerja jadi social escort, kerja jadi pelacur.
Orang seperti ini lah yang menjadi bualan dikalangan penganut agama lain, " islam tapi kerja GRO, kerja social escort, kerja rumah urut, kerja pelacur " .. mencemarkan nama baik dan kesucian agama islam itu sendiri.
Saya rasa orang seperti ini, " it is better to let them go rather than to keep them ". Saya fikir Nurul Izzah berniat baik iaitu beliau mahu menjaga maruah agama islam supaya tidak dicemari oleh orang melayu yang dah tak berminat lagi dengan islam. Tapi amat malang bila niat suci Nurul Izzah itu telah diputar belit oleh musuh politik bapaknya iaitu Anwar Ibrahim.
Umno mengkritik Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas amnya kerana membisu terhadap kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah. Sebenarnya Pas juga sependapat dengan Nurul Izzah, " kalau orang itu dah tak minat nak jadi islam lagi, biarkan lah dia pergi, jangan guna perlembagaan untuk memaksa dia kekal ". Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.
Ahli Pas 1956
Bukan aja ada "orang melayu sendiri tak nak ikut islam." Ada pulak anak penjangak yang main bontot kata orang Melayu boleh murtad. Boleh ikut sesuka hati fasal Islam ke apa entah, kepala hotak dia.
Salam dan terima kasih Sdr Dr. Apa boleh buat, pemimpin pemimpin Melayu yang di pileh sendiri pun semua bicara berkepentingan politik. Untuk mengaut undi kafir, sanggup merosakkan orang Islam/Melayu.
Orang orang kafir yang mencerca saudara Dr adalah dari kalangan bangsa Dr sendiri. Mereka tidak faham, dalam Islam, tidak ada Bangsa. Semua Islam bersaudara, kerana itulah sikap kita berlainan dengan mereka.
Politik Kebangsaan UMNO telah merosakkan bangsa Melayu itu sendiri.
Sejak zaman penjajah British lagi, Melayu telah di lantik ke perkihidmatan tadbir negara ini, di panggil Malay Administrative Service, kemudiannya Melayu di ambil masuk kedalam Malayan Civil Service (sekarang Perkhidmatan Tadbir & Diplomatic, PTD).
Ramai Melayu dalam perkhidmatan Kerajaan di ungkit dan di caci dek puak seperti DAP.
PTD dll perkhidmatan Kerajaan telah mengambil bukan Melayu sejak selepas Merdeka, tapi di komplen, di kata tak cukup. Pada hal, antara lain lain sebab, Melayu ada Kedudukan Istimewa di sebut di Perlembagaan negara sebagai balasan kapada kaum pendatang di beri hak kerakyatan. Asyik mahu lebih, mahu lebih dan mahu lebih, DAP dan jenisnya ultra kiasu tak kira apa.
Ekonomi di kuasai kaum pendatang, syarikat syarikat perniagaan kebanyakannya di punyai kaum pendatang dan hampir kesemuanya di anggotai oleh kaum pendatang. Iklan kerja kerja kosong menyebutkan syarat kelulusan Mandarin dsbnya.
Mana tak itu semua menjadi punca diskriminasi perkauman.
Kalo tak paham mandarin, belajarlah. Kenape nak salahkan orang? Kalau kaum bukan melayu boleh belajar bahasa melayu, apa sebab kita tak boleh belajar mandarin?
Nak tunjuk kita orang melayu hebat dan ber-ego besar ke?
Siapa yang rugi? Kaum bukan melayu banyak yang pandai baca dan tulis dalam bahasa kita tapi kita setakat bertutur dalam bahasa orang putih pun banyak yang tak mampu apatah lagi bahasa mandarin. Itulah kelemahan kita. Kalau memang syarat pekerjaan ialah kelulusan mandarin, belajarlah mandarin. Tak rugi belajar ilmu lebih.
Ahli Pas 1956,
Seingat saya si Izzah tu kata takda paksaan dala agama termasuk bagi orang Melayu. Jika benar, bukan kan bodoh cakap begitu. Termasuk kamu yang pertahankan kata kata bangang dia.
Tak tahu Perlembagaan ke? Peruntukan yang mengatakan Islam ada lah agama negara ini. Dan undang undang yang telah di kanunkan berikutan dengannya. Yang tidak membenarkan memurtadkan orang orang Islam. Juga tidak membenarkan orang Melayu/ Islam di negara ini memilih agama.
12:23 PM,
Kamu tak fahamkah Perlembagaan negara Perkara 152 mengatakan BM ada lah Bahasa Kebangsaan negara ini? Itu bermakna BM mestilah di utamakan.
Ego apa yang kamu katakan? Rugi apa yang kamu sebutkan?
Apa yang untung boleh bertutur bahasa Mandarin?
Jika mereka yang tak hormatkan BM dan Perlembagaan tidak mahu bertolak ansur dengan peluang pekerjaan di syarikat syarikat mereka, Kerajaan tidak perlu luaskan pengambilan kaum mereka di perkhidmatan Kerajaan. Boleh berpegang kapada Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak bagi meneruskan quota pengambilan kaum mereka di sektor awam. Itu bahru adil.
Ooooi Mamat Pas 1956,
Apa kena mengena komen panjang ko tu dengan tajuk pos RT?
Ko dah ikut cara mengganas DAP ke? Tak kisah apa, main bantai saja.
Nanti Anwar bantai bonxxx ko baru ko tau. Dia bukan peduli ko sokong anak dia ke tak. Janji boleh bantai, dia bantai punya.
Allah taala telah mentakdirkan wujudnya perlembangaan agar islam terus terpelihara di bumi bertuah ini...
helmi
Betul apa salah belajar bahasa Madarin ? Pasaran Cina adalah amat besar di dunia. Jika kita tahu Madarin dapat lebih pekerjaan dan perniagaan. Dunia ini penuh persaingan kita perlu berubah fikiran untuk mengelak ketinggalan zaman !
Memang perlu "kaji semula sifat ‘keterbukaan’ yang dilakukan selama ini."
Pakatan Rakyat sudah melanda landa, mengeksploitasi keadaan.
Hingga Nurul Izzah MP Lembah Pantai berani mengata kebebasan agama termasuk Melayu boleh pilih agama. Mengarut dan laknatullah dia.
Agama tidak penting kepada manusia yang ahli politik menjadi penting untuk dapat kuasa politik ! Jangan terlalu buang masa tentang agama yang penting kita perlu mengatasi masalah bangsa menjadi lebih handal, mahir, rajin, cekap dan pandai berniaga !
11:14 PM,
Tak salah belajar Mandarin. Tetapi tak boleh di sekolah yang bahasa pengantarnya Mandarin. Sebab Perlembagaan kata bahasa ibunda (Mandarin bukan ibunda pun tapi tak siapa bankang bila di masukkan kedalam karegori bahasa ibunda) boleh di gunakan hanya SELAIN DARI UNTUK TUJUAN RESMI. Dan sekolah ada lah tujuan resmi mana manan negara.
Semua sekolah perlu menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. Mandarin boleh di ajar sebabagi mata pelajaran pilihan (elective subject). Dan siapa yang mahu berlajar lebih boleh di lakukan di luar masa sekolah biasa.
Setuju dengan kata kata helmi di 10:40 PM.
Kalau boleh, nak dengar lagi kata kata dia.
Padan muka si Karpal Singh. Ini lagi satu punca diskriminasi perkauman. Tak mahu terima Ketuanan Melayu dan kedudukan Raja Raja Melayu di Perlembagaan negara.
Dia di heret ke Mahkamah. Banyak masa dia dan anak dia terpakai membela dakwaan mengungkit "the prerogative of the Sultan of Perak with regard to the appointment of the state’s Mentri Besar three years ago."
Sekarang bahru dia terhegeh hegeh mengatakan dia tidak niat demikian. Nak tunjuk dia pandai dalam undang undang Perlembagaan, konon. Dia tak ingat bahawa Sultan Perak itu dahulu ada lah Lord President atau Ketua Hakim Malaysia. Dan semua kes kes undang undang Perlembagaan di negara pun di putuskan oleh Hakim Hakim Mahkamah tertinggi di negara ini.
Sekarang mengata pulak di Mahkamah, "Sedition was the last thing on my mind.” Bahru dia sedar dia telah bercakap melalui hidung dia, tidak melalui otak dia.
Lagi cakap macam tak ikut kepala hotak dia tapi ikut hidung - dia tuduh ada "selective prosecution against him by the Attorney-General who had been influenced by “irrelevant considerations”.
Nak cuba bela diri dengan hujah ada MP lain cakap benda yang boleh di kira menghasut pulak. Dia tak sedar lagi bahawa so'al siapa dan bila nak di heret ke Mahkamah ada lah hak (prerogative) Peguam Nnegara.
Bengkok le kamu di Mahkamh tu, Karpal.
Bukan kah ini juga punca diskriminasi perkauman? Bini Lim Guan Eng takda hak duduk dalam DUN Penang masa pembentangan Rang Belanjawan negeri, ape kedarahnya dia duduk di situ? Tidak ada hormat langsung kapada maruah DUN, tempat pembikinan undang undang negeri itu. DAP hampir kesumanya Cina, Melayu nampak mereka tidak hormatkan apa apa, telah mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969, sekarang di ketahui sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
Ni dia berita maanusia yang tak hormatkan siapa pun -
Wife of Penang CM's presence raises questions
New Straits Times - 3 hours ago
However the sight of her sitting right behind Lim when he presented the 2013 budget is something which Nibong Tebal MP Tan Tee Beng finds as strange.
7:52 AM,
Tak faham ayat pertama kamu. Siapa kata Agama tidak penting kepada manusia? Walau ahli politik yang nak kuasa pun. Betul ada yang tak beragama boleh menang kerusi DUN atau Parlimen. Tapi kalau ada pun, hanya seketul dua. Pengundi majoriti terbesarnya pegang agama dan pentingkan agama.
Kamu tak mahu "buang masa tentang agama". Kamu takda agama ke? Betul, perlu mengatasi masalah bangsa menjadi lebih handal, mahir, rajin, cekap dan pandai berniaga. Tapi agama tak boleh tinggal, mesti ada perseimbangan baginya.
Kamu cakap "rajin, cekap dan pandai berniaga" tu menyindir mana mana kaum ke? Kalau betul, sila kasi tahu, supaya kita boleh bincang lagi. Kalau tak, aku sokong kamu, mesti rajin, cekap dan pandai berniaga.
cukup setakat lulus BM. Dengan bahasa serumpun nun seberang pun, nilai BM pun tak laku seberapa. macam mana nak lawan bangsa & bahasa lain? Dunia semakin kecik, agaknya mengikut teori evolusi, hanya yang gagah saja boleh hidup.
Haiyah 6:52 PM, November 08, 2012;
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan BAGAIMANAPUN tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Oooi sayang 7:29 PM,
PAS bukan niat nak bantai UMNO. Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.
PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. PAS pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.
PAS mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stokin; teruskan mainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan PAS tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga.
"syarikat Cina atau dikendalikan orang asing, lebih ketara cenderung memilih pemohon Cina."
Satu sebab lain - mitos mengatakan Melayu malas, konon. Di mulakan oleh penjajah British.
Celaka British tidak sediakan kemudahan berlajar di kampong kampong di zaman penjajahan. Hanya sekolah rendah 4 tahun. Jauh antara satu kampong dengan yang lain yang ada sekolah. Bebudak Melayu berjalan kaki 3-4 batu satu hala ke sekolah. Ramai yang tak pergi sekolah, buta huruf.
Takda pelajaran, pandangan tak luas, tak tahu peluang peluang, terus dengan budaya lama di kampong. Celaka, di kata mereka malas. Di mimik Cina di bandar bandar yang British sediakan sekolah rendah, sekolah menengah, dan juga sekolah Inggeris. Punca diskriminasi di situ juga.
Tapi sejak DEB, sudah banyak berbeza. Pulak ada diskriminasi lain jenis, lain bentuk. Akan tiba masanya akan bertukar lagi keadaan itu. Melayu sudah ramai yang berpelajaran tinggi sekarang.
Mamat 9:00 AM,
Kalau nak sebut (quote) Perlembagaan pun, jangan rujuk kpd Wikipedia lah. Kan tak bijak tu. Google lah Perlembagaan negara Malaysia atau the Malaysian Constitution. Kamu akan di bawa kpd Perlembagaan yang di cetak oleh pencetak resmi Kerajaan, lengkap dan "up to date", termasuk segala pindaan yang di buat selepas Merdeka. Takda kemungkinan tipu atau tafsiran oleh sesiapa.
Tak tahu ke kamu bahawa sesiapa saja boleh tulis di Wikipedia. Ada yang nak tulis semula sejarah Malaysia sampai jadi tunggang langgang pun tulis di Wikipedia. Siapa boleh percaya Wikipedia macam tu?
Tahu lah kamu wahai Mamat. Bahawa Perlembagaan kata bahasa ibunda boleh di gunakan hanya SELAIN DARI UNTUK TUJUAN RESMI. Mandarin boleh di pelajari tapi bukan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Boleh di gunakan tetapi tidak harus di utamakan.
Faham makna "di utamakan"? Kalau pihak swasta tak utamakan Mandarin pula dalam pengambilan pekerja, memang boleh. Tetapi pihak awam pun boleh buat seperti itu dalam pengambilan pekerja awam. Ikut saja cara sejak Merdeka dulu.
Wahai Minah PAS 1965,
Tu lah korang, orang lain main bola di padang yang takda kemuncup, korang kemuncup pun tak di tebas. Takda mesen tebas, pakai tangan pun boleh, Minah ha.
Tu sebab korang main tak betul - asyik mencabut kemuncup saja kerja nya, terlanggar sana, terlanggar sini. Habih kalau dah melanggar, "diharamkan (betul ke?), dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya", jangan nak mengungkit.
Jangan khuatir, gol sentiasa terjaga. Kita tahu PAS kadang kadang main bola pakai kain, jubah, serban dan ketayap. Ada yang pakai macam tu baring di atas jalan menghalang kereta Raja Muda Perak nak lalu. Mana boleh, Minah wei.
Tak tahu le betul ke tidak kau kata parti korang berkembang. Yang aku tahu berkembang puak puak bergaduh dalam PAS ada le. Muktamar PAS 2011 puak Erdogan berjaya menghumban Negara Islam dan Hukum Hudud. Tersengeh sengeh puak Ulama dan puak ke-3.
Tak tau le perang lagi ke tidak puak puak korang di Muktamar 2012 di Kelantan tak lama lagi. Pahal pun, DAP Kit Siang dan Karpal dok cega saja korang sebut saja Hudud, depa tentu hentam lagi. Kalau kena camtu, jangan marah UMNO ye?
Puan Nurul Izzah, teruskan usaha anda. Kami penyokong-penyokong Pas dan pimpinan serta ulamak Pas tahu niat sebenar anda. Pertahankan islam cara kita (Pas dan PKR) dan bukan ikut acuan Umno. Insyallah jika Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang dibelakang puan, perjuangan puan tak akan sia-sia.
Pas Selamanya.
Pas Selama (di Perak),
Awat tak pangge dia Yang Berhormat? Dah tak berhormat ke dia?
Baguih lah. Aku sokong bebetui. Mana nak hormat orang yang kata Melayu boleh pilih agama. Kata teruih ka, cakap bengkang bengkok ka, makna mya sama, arah ke situ. Mengarut punya maanusia.
Apalah 10:55 AM, November 11, 2012?
Kalau diberi pilihan antara Wikipedia dan anonymous, sudah tentulah Wikipedia ada lagi kredibiliti.
Samalah kalau diberi pilihan antara stesen Petronas dan Petron. Sudah pastinya Petronas kerana unsur kredibiliti patriotik tanah air daripada San Miguel.
Mamat 11:15 AM, November 11, 2012,
Umno hanya gilakan judi bola. Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada.
Umno hanya membatalkan keinginan hendak mewujudkan judi bola disebabkan tentangan yang meluas termasuk dari rakyat bukan beragama Islam malah ahli-ahli Parlimen dari DAP antara yang lantang menentang hasrat Umno itu.
Tahukah mamat bahawa TG Nik Aziz masih tunggu bola TANGGUNG Umno terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud?
Setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Huah, himpunan 1000 Ngo pada 24 nov. Aku pun nak pergi. Dapat makan dan duit poket. Harap dapat rm100 kali ni.
Kalau tak dapat duit poket, kita boikot penganjur tu.
Hah, depa dah guilty conscious, Malaysia Kini terpaksa cakap:
Nurul not anti-Islam, but a true Muslim
Malaysia Kini-Nov 9, 2012
Tu lah, asyik cari pasal saja, jadi punca punca diskriminasi perkauman.
Diskriminasi dalam pekerjaan tu memang ketara.Semasa saya kerja dengan multinasional dulu,akauntan nya berbangsa Cina. Dia kata dia pernah kerja dengan syarikat Cina sebelum itu dan terang terang syarikat itu mengdiskriminasi calun Melayu. Dia kata bila permohonan diterima untuk sesuatu kekosongan itu,permohonan dari Melayu di ketepikan untuk rejection tanpa tenguk pun.Selepas itu group yang kena reject ialah dari applicants Cina yang terlalu gemuk atau mempunyai kecacatan.Inilah realitinya.Saya setengah Cina,jadi saya pun tahu perangai sesetengah bangsa ibu saya.Yang saya tahu sekarang,bangsa Melayu memang ada masaalah yang cukup besar kerana perpecahan yang semakin menjadi jadi.Pasal Nurul tu,walau bagaimana teruknya orang Islam yang berbangsa Melayu,tugas kita untuk memperbaiki mereka, bukan untuk biarkan mereka murtad kerana kita malu mereka mencemarkan maruah Islam.Pasal kita ada attitude macam nilah puak Evangelist senang tarik remaja Islam.Di negara Barat, puak puak Evangelist ni ditolak umum, kenapa plak kita bodoh sangat dan terima mereka? Kenapakah ramai maksalleh di Barat semakin tertarik dengan Islam selepas hanya mengkaji Al Quran walaupun mereka belum kenal seorang Muslim pun?Ini menunjukkan yang cara kita menghayati Islam di Malaysia perlu diperbaiki.Lupakanlah pegangan politik dan sama samalah kita cari jalan untuk perbaiki akidah anakanak kita sebelum terlambat.
Wahai 1115;
Taktik permainan media BN dalam memainkan isu hudud bermula dengan memetik kenyataan mana-mana pemimpin PAS berkaitan hudud. Walaupun kenyataan itu hanya dibuat dengan ayat pendek tetapi dibesarkan di muka hadapan akhbar. Kemudian wartawan upahannya akan minta respon daripada pemimpin DAP yang tidak setuju dengan hudud. Perbezaan pendapat pemimpin PAS dan DAP ini lantas digembar-gemburkan seolah-olah perbalahan besar sedang berlaku.
Pendapat daripada pemimpin Umno dan ulama mudanya akan disiar untuk melaga-lagakan lagi isu ini. Pemimpin Umno biasanya cuba menjadi hero menbela pendirian PAS menyokong hudud walaupun masa umum mengetahui pendirian sebenar Presiden Umno.
Janganlah mudah terpengaruh dengan lakonan Umno-BN kerana kita semua tahu Melayu mana yang mengkhianati Melayu.
Semasa menunggu pos bahru, nak kata:
Berkorban mesti lah berdasarkan Perlembagaan negara. Jangan korbankan apa apa semangat Perlembagaan negara. Takut nanti porak peranda.
Lihat saja Mesir. Mereka porak peranda dah hampir 2 tahun sekarang. Masih tak ada perseutujuan berkenaan Perlembagaan mereka. Tak tahu bila mereka boleh dapat rang Perlembagaan di bawa kapada Parlimen, di bincang dan di luluskan. Tak tahu bila mereka boleh dapat Perlembagaan negara.
Jaga lah dan patuhi lah Perlembagaan negara kita. Dah 55 tahun umurnya. Walau pun kita tak 5000-6,000 tahun umur seperti Mesir.
Haha Helmy Syamza, blog yang hang kaitkan tu ada Blogger Notice kata not responsible for its content. Aku pun tak masuk.
Awat, ada gambaq lucah ke? Jahat sungguh hang.
Helmy Syamza 4:12 PM,
Hang tak tau ke DS Najib tak mahu keluaqkan lesen judi bola?
Bola apa yang hang cakap tu? Hang punya ka?
11:50 PM,
Saya berbangga dengan pendirian anda. Saya setuju sepenuhnya "tugas kita untuk memperbaiki mereka, bukan untuk biarkan mereka murtad kerana kita malu mereka mencemarkan maruah Islam."
Benar, ramai rakyat Amerika semangkin tertarik dengan Islam. Ramai yang telah memeluk agama Islam.
7:16 AM,
Dah betul itu semua anda cakap, apa yang anda patut buat? Takkan sekadar kata jangan percaya itu semua?
Kamon lah, kurang kurangnya keluarkan lah hujah hujah dan penerangan bagi menafikan apa yang di kata pihak BN.
Takda hujah, takda penerangan lagi ke? Dah habis modal ke?
Saya seorang Melayu, dan seorang pensyarah IPTA. Saya sayangkan bangsa saya. Tp bukanlah maknanya saya akan abaikan pelajar bangsa lain. Sebagai Muslim, saya kena adil, dn sebab itulah saya sentiasa pastikan pelajar bangsa lain juga dapat apa yg sepatutnya mereka dapat. Lgpun negara bukan perlukan Melayu saja, atau bangsa tertentu saja. Semua rakyat yg pelbagai bangsa ini penting kepada pembangunan negara.
Cuma utk bangsa saya, saya lebihkan atas inisiatif sendiri (luar skop tugas). Bg saya tiada masalah utk lbihkan bangsa sendiri. Cuma jgnlah abaikan hak bangsa lain, hanya sbb sygkan bangsa. Itu dah zalim (tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya).
12:14 PM,
Setuju. Boleh beri kpd bangsa lain apa yang mereka patut dapat. Asalkan bedasarkan kpd Perlembagaan negara.
Contohnya, memberi markah itu mesti objektif. Tapi jika ada karangan atau jawapan, atau thesis yang markah baginya antara A dan A+, saya fikir tak salah beri A+ kapada Melayu sebab itu melebihkan peluangnya mendapat pekerjaan dan itu selari dengan Kedudukan Istimewa Melayu dari mana DEB di ilhamkan.
Kepada Dr Ridhuan Tee,
Benar, memang ada syarikat (tapi bukan GLC) milik Ultra Kiasu yang guna seorang perempuan Melayu bergelar/pangkat tinggi, dalam konteks saya sendiri yang pernah bekerja di syarikat itu, beliau pegang jawatan tinggi sebagai C.E.O tapi sayangnya beliau seperti BONEKA, segala keputusan kewangan (finance), dan kebanyakan urusan pejabat ditentukan oleh pemiliknya yg berbangsa Ultra Kiasu.
Memang betul apa yang DR RT cakap. Beliau cuma berfungsi untuk dapatkan tender drp kerajaan kerana adanya nama/gelar & dirinya sebagai Melayu.
Di syarikat ini juga ada diskriminasi untuk bersolat Jumaat dan Zuhur. Namun kemudian diberi sikit kelonggaran atas campur tangan C.E.O terbabit mungkin kerana takut kehilangan beliau dari syarikat itu yg pastinya akan jejaskan strategi sykt utk mendpt tender kerajaan.
by Pekerja Sykt Terbabit
Post a Comment