Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batin. Artikel khas untuk blog. Sinar Harian tidak terbit hari ini.
Lanjutan
artikel saya bertajuk “bersatu tegakkan hukum Allah”, saya begitu teruja dengan
kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang menyertai PAS
Mei lalu,bahawa persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan
suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan
itu, diibaratkan oleh beliau seperti anjing dengan kucing. Saya tidak pasti
siapakah anjing, siapakah kucing? Sudah tentukan anjing (haram) itu ultra kiasu
dan kucing (halal) itu PAS. Jika begitulah pengibaratan, maka biasanya yang
akan menang dalam pertarungan adalah anjing (ultra kiasu). Selama inipun ultra
kiasu sahaja yang menang ekoran perpecahan Melayu yang tidak berkesudahan.
Apakah benar dakwaan beliau bahawa tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat? Buatlah kajian secara akademik, sekadar berasaskan pengalaman menyiasat sahaja tidak mencukupi rasanya. Jika ultra kiasu sudah lembut dengan Islam, sudah tentu pendirian mereka terhadap Islam berubah. Ini tidak, semakin lama semakin kuat mereka menentang Islam. Bukan itu sahaja, mereka semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam. Jika dahulu angkat kepala pun tidak berani. Hari ini disebabkan oleh perpecahan Melayu, usahkan angkat kepala, dengan kepala-kepala kita dipijaknya.
Persoalan
yang ditimbulkan kenapa ultra kiasu boleh menerima Kanun Keseksanan tetapi
tidak hudud? Jawapannya, disebabkan oleh sikap anti Islam. Ultra kiasu tidak
langsung mahu menerima apa jua agenda Islam. Ultra kiasu bukan tidak tahu
bahawa hudud ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Hudud ini adalah
untuk orang Islam SAHAJA, sama seperti kewujudan mahkamah syariah. Kenapa
mereka begitu kuat menentang? Mereka tidak mahu ada apa-apa konotasi yang boleh
dikaitkan dengan Islam, kerana akan menjadi precedence
dan kekal selamanya. Beginilah jahatnya ultra kiasu dalam perancangan mereka.
Cubalah
belajar daripada sejarah, jangankan hudud, sejak dahulu lagi ultra kiasu tidak
pernah mengiktiraf kewujudan mahkamah syariah. Sebab itu apa jua perkara
berkaitan dengan umat Islam, mereka sedaya upaya untuk elakkan perbicaraan
dilakukan di mahkamah syariah. Kenapa? Fikirkanlah sendiri.
Soal
aliran lama dan aliran baharu dalam ultra kiasu ini tidak banyak beza. Cubalah
tanya ketua pemuda dan pimpinan muda ultra kiasu yang menjadi exco kerajaan
negeri Selangor, adakah mereka bersetuju dengan hudud? Sekadar makluman, kepada
bekas polis tersebut, kebanyakan pimpinan baharu ultra kiasu dikuasai oleh
mereka yang beragama Kristian. Sikap mereka terhadap Islam begitu jelas. Sebab
itulah mereka berjaya mendirikan begitu besar gereja-gereja untuk menggelamkan
mercu tanda Islam.
PAS
akan selama-lamanya tidak akan dapat melaksanakan hudud selagi berkawan dengan
ultra kiasu yang anti Islam ini. Mereka terpaksa berkawan dengan PAS kerana
tidak ada pilihan untuk mendapat kuasa. Sama juga perkawanan PAS dengan ultra
kiasu. Real politik membuktikan, untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti
Melayu (Islam) mesti berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan
Islam ini boleh dipercayai atau tidak, lebih-lebih ultra kiasu?
Saya
mungkin tidak dapat bersetuju jika hanya melabelkan ultra kiasu itu DAP sahaja.
Ultra kiasu ini berada di mana-mana, termasuk dalam komponen Barisan Nasional.
Selagi sistem pendidikan kita, beginilah coraknya, bersifat perkauman. Selagi
itulah kita akan terus melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu, sama dalam DAP
atau parti di luar DAP.
Seterusnya, kenapa hudud begitu
ditentang, berbanding dengan amalan hubungan seks songsang LGBT? Ultra kiasu
langsung tidak menentang LGBT, tetapi menjadi jaguh dan menggalakkan LGBT.
Kenapa? Mereka mahukan umat Islam rosak. Apabila umat Islam ramai yang rosak,
umat Islam secara otomatik akan menentang hudud suatu masa nanti. Strateginya
sekarang, ‘cairkan’ kehidupan cara hidup Islam daripada umat Islam. Jangan
biarkan ada sedikitpun umat Islam mendapatkan cara hidup mereka sendiri.
Untuk makluman bekas polis ini
juga, ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan
berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh
yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab
pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat,
misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan sebagainya.
Sepatutnya beliau menggalakkan
jika ada manusia yang mahu kembali dan beramal dengan agamanya. Logiknya, tidak
ada nilai agama yang benar, yang mahu merosakkan pengikutnya. Ini tidak, agama
lain boleh diamalkan dengan sebebas-bebas dan hak mereka mesti diberikan. Jika
tidak diberikan, maka bertempiklah mereka kepada dunia bahawa Malaysia tidak
mengamalkan kebebasan beragama dan tidak menjaga hak asasi manusia.
Tetapi bila tiba kepada agama
Islam, jawapannya, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Mereka bersepakatan
menentang Islam. Mereka mahu kita kembali kepada zaman British, menjadi Islam
hanya relevan di masjid surau, pondok-pondok dan sebagainya. Dalam konteks cara
hidup, mereka akan tentang. Lebih-lebih lagi undang-undang Islam.
Kenapa
sistem demokrasi mutlak mudah diterima tanpa banyak soal, walaupun kehancuran
hasil sistem demokrasi itu berlaku di depan mata. Menurut sahabat saya Faiz
Na’man (2012), sistem demokrasi mutlak (bebas) yang tercipta oleh bangsa
Yunani, yang merupakan tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang
mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri, bukannya apa yang
telah digariskan oleh Pencipta manusia itu. Bacalah sama buku Arno Froese
(2008), bertajuk How Democracy Will Elect
The Antichrist.
Tambah
Faiz (2012) lagi, sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui
pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu
manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti,
teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud
dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju
sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan
era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi"
dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun
Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem monarki (yakni beraja) yang
telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar
Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup
bersistem dan beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil
diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.
Kedatangan
Islam ternyata telah merubah kehidupan orang Melayu. Ketika itu orang Melayu
masih belum diganggu-gugat dengan kehadiran para pendatang asing yang menetap
di situ. Orang Melayu bebas untuk menentukan cara hidup mereka. Orang Melayu
mendapat hak mereka dan cara hidup mereka. Maka tertegakkan kerajaan Islam
Melaka, termasuk perlaksanaan hukumnya. Malangnya, keadaan mula berubah apabila
Melayu lupa diri. Persengketaan sesama mereka telah menyebabkan mereka dijajah.
Hari
ini umat Islam mahu kembali semula kepada cara hidup mereka ketika zaman mereka
sebelum dijajah? Kenapa tidak boleh? Bukankah ini tanah mereka sendiri?
Tidakkah penduduk asal berhak untuk menentukan cara hidup mereka berbanding
dengan orang lain? Tidakkah juga semua bangsa yang bertuankan tanah tumpah
mereka berjaya melaksanakan cara hidup dan sistem mereka sendiri?
Saya
petik lagi kata-kata Faiz (2012), adakah kafir Barat redha dengan sistem
kenegaraan yang Malaysia guna hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari
merdeka lagi, kafir Barat terutama dari Britain dan Amerika cuba
memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam kita dengan pelbagai alasan,
mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir akibat diperintah oleh pemimpin
yang lemah dan korup, agar akhirnya umat Melayu-Islam melutut kembali kepada cara
hidup sekular. Jika mereka tidak dapat melemahkan kerajaan Malaysia hari ini
secara luaran, mereka akan cuba melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda dan
corak pemikiran para pemimpin politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda
halus mereka atas nama Hak Asasi Manusia. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah
Republik Demokrasi Liberal (Bebas) seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah
tidak lain dan tidak bukan, untuk melahirkan masyarakat “rojak” yang hilang
identiti serta jati diri kerana menganut kebebasan mutlak. Rumpun Melayu
akhirnya akan tinggal sebagai bahan sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari
ingatan dan panduan warganya. Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu
adalah paria di negara sendiri.
Inilah
hakikat yang dinukilkan oleh Faiz yang sedang dirancang oleh ultra kiasu dengan
bantuan barat. Justeru, berhati-hatilah, mudah-mudahan kita tidak merana di
bumi sendiri.
Prof Madya
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua
Jabatan
Jabatan
Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
40 comments:
Rumah terbuka PM kat Putrajaya..ketua Dap YAB LGE dapat berjamu selera semeja bersama PM, Tun M, DPM, KakRosmah, Rais Yatim, menteri menteri high ranking....
yang Dr.tee dapat apa....cakap saja lah....wak ka ka ka
wei hua zong, jangan nak biaDAP kat sini, mahai
Alamak, pagi pagi aku bukak RT nampak komen kebudakan ni. Tapi masih suasana raya, sengeh saja lah.
Selamat Hari Raya kapada semua.
Nak kata: Ibarat anjing dan kucing yang di gunakan bekas Pengarah CID masuk PAS tu membayangkan pemikiran yang tak matang. Padan lah dia masuk PAS.
Anjing dengan kucing "mencetuskan suasana politik lebih sihat"? Bukan kah anjing asyik mengejar, mengancam, memperli atau bully si kuching? Itu suasana sihat? Si kucing hidup tak senang, mengiau hingga nak terberak di buat si anjing. Suasana sihat? Dengan pemikiran seperti itu, kita tak rugi dia masuk PAS.
Sikap anti Islam -
DAP ultra kiasu telah lama di kenali sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Nyata anti-Melayu bila memikul sepanduk apa yang di panggil Malaysian Malaysia yang di gubal oleh Maha cauvinis dan Maha rasis Lee Kuan Yew bila dia, PAP dan Singapure "di tendang keluar" dari Malaysia di tahun 1965. Tengku A Rahman membuat kesilapan besar, menkhianat negara, bila lepaskan sebahagian negara ini kapada kaum ultra kiasu begitu saja. Sekarang Singapura menjadi 72% penduduk Cina kafir harbi.
Malaysian Malaysia, yang dahulu PAP dan kemudiannya DAP pikul, mahukan sama rata dengan tidak memperakui Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153 Perlembagaan. Mengungkit Kedudukan Istimewa itu, walau pun mereka sudah dapat hak kerakyatan yang Melayu ungkit kembali bila mereka buat demikian. Maka ungkitan Hak Istimewa Melayu itu nyata anti-Melayu.
Ultra kiasu DAP juga nyata anti-Islam. Teresa Kok, Ketua DAP Selangor, azan pun di komplennya. Sungguh huduh sekali tabi'at seperti itu. Pada hal agama Islam ada lah agama negara ini seperti tercatit di Perlembagaan. Dan ada undang undang yang di luluskan Parlimen berikutan dengan hal itu.
Di Penang dahulu ada perjumpaan padri padri Kristian dan pemimpin DAP menyuarakan mahu Kristian di jadikan satu daripada agama resmi di negara ini. Mana tak anti-Islam bila mereka buat begitu. Pada hal istilah di Perlembagaan menyebut "Islam ada lah agama negara ini", bermakna "The religion of this country", dan agama lain tidak langsung di sebut.
Tidak cukup dengan hal bahawa agama lain boleh di praktikkan di negara ini, mereka mahu lebih, mahu lebih, mahu lebih, sentiasa. Maka perkataan ultra kiasu amat tepat bagi mereka. Mereka mesti di tentang sehebat hebatnya.
jika perjuangan hanya nak dapat makan sekli dgn pm ka ...jangan sampai tak dapat makan dengan Nabi Muhammad SAW nanti...
X-salah kalau dia dtg , yg ko dengki apsal...
Tak salah kalau dia nak dating, yang ko dengki apsal lak...
Perjuangan Islam tidak dinilai dengan makan setalam dengan pemimpin. samalah, dengan Imam Ahmad ibn Hanbal, sedang ulamak muktazilah seronok di istana, Imam Ahamd disebat di dalam penjara.
Sekarang, kita harus menilai, adakah PAS sama macam PAS zaman dahulu?
Mana PAS sekarang sma mcm PAS dulu? Ahli UMNO yang keluar parti tubuhkan PAS dulu takda cakap fasal Hudud.
Dah cakap fasal Hudud pula, ada puak PAS yang baling negara Islam dan Hudud bedentum keluar. Pastu puak Ulama' pungut semula. Di sembur dek Karpal Singh berdesing tiap kali Nik Aziz sebut Hudud.
Mcm mcm lagi PAS sekarang dah berbeza. Ramai parasit, kata Dr Hasan Ali. Orang Islam di murtadkan dek Gereja Metodis Damansara Utama pun PAS pusat diamkan. Malah pecat Dr Hasan sebab dia ambil tindakan.
Mana "tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat?" Bertan tan syak wasangka antara depa. Bekas Pengarah CID tu dah padam istilah syak wasangka dalam kepala dia kot. Dulu hari hari siang malam asyik hidup dengan syak wasangka. Kalau tak, macam mana nak jalankan tugas CID?
Contohnya:
1. DAP nakkan jawatan PM tapi syak wasangka rakyat tak mahu terima. Jadi, terimalah Anwar menamakan LKS calon DPM, boleh harap jadi PM "by default" - kalau PR sampai ke Putrajaya, Anwar jadi PM tapi di heret ke penjara atas rayuan Sodomi II apekebenda.
2. Anwar nakkan jadi PM tapi syak wasangka PAS tak setuju. Jadi, cuba dapatkan DAP setuju dulu dengan mencalonkan LKS sebagai DPM. Tapi tak berani nak calonkan PAS apa apa jawatan penting, syak wasangka DAP dan penyokong depa marah, syak wasangka PAS nak potong tangan dll di bawah Hudud.
3. PAS nakkan jawatan PM. Tapi syak wasangka berpecah dalam PR. Begitu lama tak sebut pun sokong Anwar jadi PM. Lama lama keluar sepatah dua, kata siapa jadi PM tak penting sekarang, tunggu PRU13 dulu. Itu pun masih tak cakap depa nakkan jawatan PM. Hanya kata kalau depa dapat kerusi terbanyak antara PR, depa nak lah bersuara.
4. Hadi Awang pulak kata tak mahu bertanding lagi, tak minat nak jadi wakil rakyat, banyak sangat berjalan ke sana sini, konon. Syak wasangka PAS tak menang banyak kerusi, malu saja muka, pastu kena balon dek ahli PAS.
Yang tak syak wasangka hanya Karpal Singh saja. Nik Aziz keluar Hudud, dia bantai, Mustafa sebut saja Hudud, dia bantai, Hadi keluar saja .. eh, Hadi ada cakap fasal Hudud ke? Dia pandai nak hidup, bila Erdogan dapat pengaruhi perwakilan buangkan Negara Islam dan Hudud di Muktamar PAS 2011, merah padam muka puak Ulama', Hadi kata "Saya bebas"/ neutral. Pelesit punya maanusia.
Takda syak wasangka, kaki aku. (Bak kata omputih).
yg peliknya knp Dr Ridhuan ni negatif sangat terhadap PR sdgkan beliau d katakan bkn kalangan BN.....?
Kita sedar bahawa kuasa asing tidak mempedulikan sangat kepentingan kita. Di zaman silam dan di masa sekarang juga. Penjajah British hanya mahu memenuhi keperluan kerajaan Britain yang ghairah dengan Revolusi Industri (Industrial Revolution) sejak pertengan abad 19. Mahukan barang mentah untuk kilang kilang yang merecup tumbuh di negara mereka.
Maka segala dasar Penjajah British telah di tujukan kapada keperluan itu. Buruh asing atau "coolies" di bawa masuk untuk galian bijih timah, pembukaan ladang getah, pemembinaan jalanraya, rel keretapi dll. Perlabuhan di bina untuk menghantar keluar barang mentah dari negara ini dan membawa masuk barangan kilang mereka.
Di Amerika, buruh seperti itu di hantar pulang bila sampai masanya, di Malaysia di "aturkan" British dengan senang meninggalkan "legacy" negara ini jadi berbilang kaum.
Hal ini sudah di terima apabila tercapai Merdeka dan suatu Perlembagaan negara di luluskan oleh Parlimen Malaysia. Masalahnya timbul bila ada yang tidak mahu hormati dan patuhi Perlembagaan itu sepenuhnya.
Mereka yang tidak mahu hormati dan patuhi Perlembagaan negara perlu di suruh buat demikian bertalu talu. Mana yang tidak endahkan juga boleh di sarankan berhijrah ke negara lain yang Perlembagaan nya mereka mahu hormati dan patuhi. Ini wajar sebab asas kerakyatan mestilah mengakui, menghormati dan mematuhi Perlembagaan negara.
Ada atau tak syak wasangka, undi akan diberi kpd Pas dan sekutu2. Tiada pilihan lain. Kita tidak akan terima islam ala umno. Kita telah nampak cara umno menindas dan menghina sesama umat bagi mereka yang mengundi umno apatah lagi yang membangkang. Justeru itu, kita tiada pilihan lain.
7:27 AM,
Tak pelik. Sebab dia bukan menulis dri segi politik.
Dia tulis dari segi kenegaraan dan ketamadunan. Kan dia Ketua Jabatan,
Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Pertahanan Malaysia.
Kau baca lah jawatan dia di penghujung rencana dia tu.
9:14 AM,
Tak kesah kau nak beri undi kpd Pas dan sekutu2. Hanya kau dan grombolan kau sahaja. Tak berapa ramai banding yang akan beri undi kpd BN.
Tiada pilihan lain bagi korang yang suntuk fikiran. Di sembur Karpal Hukum Hudud kau pun korang tersengeh saja.
Takda "islam ala umno." Atau ala PAS. Islam tu Islam. Hanya kau mencaci saja di Hari Raya ni.
Apa daaa, cuba kau puji sikit BN, musuh kau tu, kan boleh nampak kau mulia. Amacam, boleh?
Maaf lah kalau aku berkasar bahasa. Tapi ni je lah yg sesuai untuk manusia2 yang otak tak mampu nak bayangkan @ fikir kesan daripada Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya.
"Tak kira apa, UMNO/BN mesti jatuh"
-ye, tak kira negara ni jadi Indonesia-ish pun, yg penting UMNO/BN jatuh. asalkan kebencian kamu dipuaskan.
Beruk2 macam ni antara yang sepatutnya dihapuskan dari Malaysia ni. Beruk2 ni yang menjadi "kayu bakar" untuk kejatuhan Malaysia(if u get what I mean). "Tak kira apa", is as good as "trading your everything for revenge".
Bangsat punya rakyat. Tak kira apa, UMNO/BN harus jatuh. Tak kisah la kan, kalau anak2 kau orang boleh keluar Islam anytime tak ada halangan. Islam will be nothing anymore.
Ye la, beruk2 macam kau orang ni yang "tak kira" ni kan mcm tu.
Bangsat. Maaf kasar bahasa, tapi nak bercakap secara ilmiah aku rasa xdpt lagi nak kasi beruk2 penyokong PAS semacam anon 9.14 ni faham.
Manusia macam kamu orang ni memalukan agama Islam...Penulis dan kaki komen disini masih hidup dizaman purba..lx habis habis serang orang cina..ini x betul itu x betul...habis...kamu nak halau semua non muslim keluar malaysia baru shoik...kumpulan manusia psychopath, pathetic , nasib baik hanya sikit manusia ni disekitar melayu..
Memang "dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu manusia mentadbir bumi ini."
Tetapi sistem yang nyata terbukti tidak berjaya dan tidak boleh di pakai adalah sistem kominis, yang tidak membenarkan agama, kepercayaan kapada Tuhan langsung.
Bila negara maju, rakyat tidak lagi menuai dengan tangan tetapi menggunakan combined harvestor dsbnya, tidak lagi membasuh kain baju pakai tangan tetapi menggunakan mesin pembasuh, dan berbagai kemudahan hidup, maanusia ada banyak masa lapang, mesti pada masa masanya menanya berkenaan kuasa yang menyebebkan dunia ini bergerak sebegitu rupa, maka berbalik lah mereka kapada agama.
Sehingga Russia dan China pun sudah ketepikan sistem kominis, praktikkan sistem kapitalis sejak berpuluh tahun lalu, agama pun mula di biarkan rakyatnya mempraktikkan.
Tapi agama Islam yang berpegang kapada Tuhan yang Maha Esa, yang satu sahaja, mangkin ramai penganutnya, di Amerika Syarikat pun. Mereka kehilangan pedoman akibat berbagai gereja bahru yang berbagai nama, banyak yang di laporkan riuh berpidato, makan wang sumbangan penganutnya, hidup mewah, masakan begitu ramai penganut menyumbang 1-2 dollar tapi hidup merepes.
Ramai yang meninggalkannya, ada yang memeluk agama Islam, yang nyata tidak membezakan miskin kaya di sisi Allah. Mana antara mereka yang sudah menunaikan Haji selalu mengeluarkan kata kata terasa semua ummat Islam serupa taraf bila menunaikan Haji itu, pakaian serupa, berjalan sebaris, tawaf dan sya'ie bersama.
Ginosaji,
Aku sokong kata kata kau.
Teruskan beb.
3:16 AM,
Bukan semua orang Cina atau semua kaum pendatang. Ha nya yang tak hormatkan dan tak patuhi Perlembagaan negara.
Kau tak baca betul ke? Tu lah, lain kali jangan tidur lambat sangat, mengomen pukul 3 pagi, baca apa orang tulis pun tak betul.
9.36pm adalah contoh terbaik produk umno. Biadap dan tidak bertamaddun.
Memalukan umat dan islam.
9.14am, bersabarlah saudara. Doa agar benda Allah seperti 9.36pm buka mata dan dapat balik ke pangkal jalan sebelum terlewat.
http://www.facebook.com/notes/%D9%81%D8%A7%D9%8A%D8%B2-%D9%86%D8%A7%D9%82%D9%85%D8%A7%D9%86/demokrasi-mutlak-tiada-masa-depan-akan-hancur/10151016730548429
Ayat Allah SWT dibawah ini ditujukan khas untuk pemimpin dan pendokong PAS dengan ucapan... sudah sudahlah nak bergaduh tu :)
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.
(Surah al-Anfal: 61-62).
Ayat Allah SWT dibawah ini ditujukan khas untuk pemimpin dan pendokong PAS dengan ucapan... sudah sudahlah nak bergaduh tu :)
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.
(Surah al-Anfal: 61-62).
Ayat Allah SWT dibawah ini ditujukan khas untuk pemimpin dan pendokong PAS dengan ucapan... sudah sudahlah nak bergaduh tu :)
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.
(Surah al-Anfal: 61-62).
Ayat Allah SWT dibawah ini ditujukan khas untuk pemimpin dan pendokong PAS dengan ucapan... sudah sudahlah nak bergaduh tu :)
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.
(Surah al-Anfal: 61-62).
Sejak bila ultra kiasu bahaya kepada Islam?
Yahudi ke, Illuminatti ke, dll adalah disebut kat kitab.
Kan orang-orang kitab semua sekeluarga suatu agama dan Tuhan?
Ustaz apa ni dan membaca kitab mana ni?
Pasal nak politik, agama pun dipermainkan ke?
Assalamualaikum Prof,
Mohon jelaskan perkataan "bermajikankan" dalam para berikut ...
"Untuk makluman bekas polis ini juga, ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat, misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan sebagainya."
terimakasih
hs
"untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti Melayu (Islam) mesti berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan Islam ini boleh dipercayai atau tidak ..?"
Kalau DAP, tentu tak boleh percaya. Mereka anti-Melayu dan anti-Islam. Nyata dari pendirian Malaysian Malaysia mereka, mahukan sama rata tapi tak mahu akui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tertera di Perlembagaan negara. Tapi dah ambik kerakyatan negara ini. Azan pun nak di komplen. Ultra kiasu sungguh.
Saudara RT
Saya tabik kepada anda. Berani dan berterus terang.
Ungkapan persahabatan DAP dengan Pas ibarat persahabatan diantara Anjing dengan Kucing .. tepat sekali.
Pepatah melayu ada menyebut " apa ni tak habis2 bergaduh, macam anjing dengan kucing saja "
Tapi hari ini Anjing garang itu dah berjaya menjinakkan Kucing. Kalau dulu Kucing2 itu pantang silap sikip kira nak mencakar saja, tapi hari ini Kucing2 itu dah tak mempunyai kuku lagi walau pun penampilannya masih bermisai, berjanggut, bermata garang dan berserban macam dulu2 sewaktu para Kucing itu belum bersahabat dengan si Anjing.
Siapa yang jadi Anjing dan siapa yang jadi Kucing .. biarlah ianya menjadi rahsia saya. Cuma yang nak saya katakan adalah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng .. sampai bila2 pun tak sanggup digelar sebagai Kucing.
Adakah pada pandangan anda sekalian watak2 Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hasan .. sama garang seperti German Shepard ???
Hj Mansuh.
Antara Anjing dengan Kucing .. siapa yang lebih bijak ?
Ikuti kisah ini. Berdasar kepada pengalaman sebenar yang di lalui oleh saya sendiri berbelas2 kali.
Sebagai pemandu kenderaan berenjin anda tentu biasa terserempak dengan keadaan bilamana seekor Anjing hendak melintas jalan dengan seekor Kucing hendak melintas jalan .. amat nyata perbedaan tahap IQ diantara dua spesis haiwan ini.
Seekor Anjing. Bila dia tersedar ada kenderaan mendatang, dia akan berpatah balik ke bahu jalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan, untuk mengawasai keadaan yang selamat sebelum melintas. Bila keadaan dah selamat baru lah si Anjing itu berlari melintas jalan.
Seekor Kucing. Bila tersedar ada kenderaan mendatang, dia akan memecut semahu2nya untuk melintas pergi ke seberang jalan dengan doa "mudah2an aku terselamat" ATAU dek kerana terperanjat besar dia akan merendahkan diri dalam keadaan seolah2 bersedia untuk menerkam musuh yang sedang meluru ke arahnya .. cuba bayangkan apa jadi dengan nasib si Kucing.
Jawapannya : Kadang2 si Kucing itu terselamat tetapi most of the time si Kucing menggelupur menemui ajal di atas jalan raya.
Pelik tapi benar : Saya tak rasa nak marah bila orang panggil saya "Anjing", tapi saya rasa lekeh sangat bila orang panggil saya "Kucing".
Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin para pengikut Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hasan yang masuk dalam blog ini boleh membantu saya.
Hj Mansuh.
Anda mungkin sudah mengikuti kisah Anjing dan Kucing yang saya paparkan di sini.
Dulu DAP dengan Pas ibarat Anjing dengan Kucing .. tak boleh bersama dalam satu sangkar.
Tapi sekarang mereka DAP dan Pas dah boleh duduk, tidur, makan dan minum dalam satu sangkar.
Dulu Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak boleh sekandang dengan Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hasan.
Tapi sekarang mereka dah boleh bersama dalam satu kandang ..
Cuma saya nak ingatkan, Anjing tetap anjing sampai bila2, Anjing tak akan pernah cuba menjadi kucing, tapi Kucing tetap kucing yang akan mencuba sehabis daya untuk bermanja dengan Anjing kerana kucing tahu kelebihan yang ada pada si Anjing.
Hj Mansuh.
9:34 AM,
Ko tau ke apa makna biadap dan tidak bertamadun. Nun, macam Lim Guan Eng tu.
Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, kata LGE biadap. Masa dia cabut keluar dari DAP. Tak tahan perbuatan LGE yang tak bertamadun.
1:57 PM,
Bukan kah ultra kiasu tu merujuk kapada kafir harbi. Yang tak masuk buku langsong.
Yang masuk kitab (Ahlul Kitab) pun tidak semestinya bukan musuh. Beratus, malahan beribu tahun perang Crusades dsbnya. Zionis Israel merampas tanah Arab Palestin. Di dera orang Palestin tak habis habis.
Sekarang Kristian yang di Malaysia pun nak pakai kalimah Allah. Pada hal perkataan Tuhan sudah cukup.
PAS adalah lembut macam kucing, tetapi ia disayangi Melayu!
DAP memang adalah anjing sejak dulu lagi! Ia adalah anjing yang menjaga rumah halaman dan harta benda dari diceroboh dan dicuri oleh pencuri dan penyamun. DAP menjadi anjing yang berjasa kepada negara!Barangkali kita boleh ibaratkanya anjing yang bersama pemuda Al-kahfi yang disebut dalam Al-Quran. Tidak ada ulama mencerca atau menghina anjing ini dalam tafsir mereka.
Dalam Al-Quran ada juga sebut sejenis anjing yang lain, iaitu anjing yang melilihkan air liuhnya sambil goyangkan ekornya mengampu tuannya mengharap-harapkan sesuatu.
Agak siapakah golongan manusia dalam masyarakat kita yang lebih sesuai dibandingkan dengan anjing jenis kedua ini?
Tapi ada sejenis anjing
Prof kangkung ialah jawatan ampu bukan daripada keilmuan dan sumbangan dalam keilmuan.
Macam ulasan Prof Kangkung.
Musuh sebenar adalah orang yg melupakan asal usul mereka. Kalau anjing, hilang bulu pun anjing juga ... tapi ada jenis manusia yg anggap diri dia itu anak jati padahal moyang dia golongan pendatang.
Ultra Kiasu - tak boleh terima langsung - macam TT lah, langsung tak nak bersemuka dgn pemimpin DAP -dah sama bangsa, apa salahnya berdiskusi, buang yg keruh, ambil yg jernih ?
Atau kalau tak nak buang yg keruh, sekurang2nya, blh dptkan bukti ultra-kiasu tu dari empunya badan, instead of buat andaian semata2.
Melainkan ada org yg percaya bulat2 apa sahaja yg ditulis oleh Dr PhD.
Post a Comment