Apabila Perdana Menteri bercakap soal model politik baharu, maka semua orangpun bercakap tentangnya tanpa berkecuali. Apabila Perdana Menteri menegaskan perlunya Barisan Nasional dan pemimpinnya perlu berubah mengikut peredaran masa dan zaman, maka semua menyokong mengatakan ya. Persoalannya, apakah langkah seterusnya? Bagaimana memastikan agar idea ini mengalir dan difahami hingga ke akar umbi? Apakah mereka yang bercakap itu faham dan berjanji akan mengotakan hasrat murni Perdana Menteri?
Pada saya, ingatan ini tepat pada masanya, terutama kepada UMNO yang menjadi teraju utama Barisan Nasional. Apapun model politik baharu yang diperbahaskan, asasnya mesti tidak dapat lari unsur-unsur tradisi yang sedia termaktub dalam perlembagaan yang selama ini menunjangi dan menjadi paksi pemerintahan negara. Misalnya, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan raja-raja Melayu. Kesemua unsur ini amat sensitif sekiranya diungkit dan dicabar. Ianya mesti dipertahankan. Diharapkan semua kaum dapat memahami perkara asas ini.
Model politik baharu yang dicadang oleh Perdana Menteri perlu memfokuskan manusia yang menjadi modal insan yang bersifat dinamik itu. Ini kerana, yang menjadikan sesebuah parti atau organisasi itu statik adalah manusia yang memimpinnya. Rosaknya Umno dan parti komponen yang lain hari ini disebabkan ada segelintir pemimpinnya yang rakus, tamak haloba dan mementing diri sendiri. Agenda agama, bangsa dan negara diketepikan. Sedih juga hari ini melihat pemimpin-pemimpin mengumpul harta, sedangkan rakyat masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru, Perdana Menteri mesti memastikan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang telah dan bakal dilantik adalah terdiri daripada mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, bersih dan berintegriti selaras dengan kata-kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bukannya, diri sendiri didahulukan, kroni diutamakan dan poket dipenuhkan. Kita tidak mahu dengar pemimpin dan parti Umno dilabelkan sebagai parti rasuah, zalim, kroni dan sebagainya, seperti sebelum ini. Ini modal pembangkang yang tidak pernah habis. Perjuangan Umno memperkasakan bangsa tidak salah, yang salah adalah segelintir manusia yang memimpin Umno.
Inilah perkara asas yang mesti diperbetulkan. Realiti politik Malaysia adalah, kebanyakan parti politik yang wujud adalah berasaskan kepada perjuangan bangsa (kebangsaan). Adakah wajar Umno begitu terbuka, sedangkan parti-parti lain hanya fokus kepada bangsa mereka sahaja? Saya bimbang agenda Melayu akan ketinggalan, apabila Umno menjadi begitu terbuka.
Lihat sahaja organisasi yang dipunyai oleh bukan Melayu seperti universiti-universiti berasaskan parti politik yang wujud, berapa ramaikah muka-muka Melayu yang diambil bekerja bermula daripada jawatan Canselor, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, hinggalah jawatan dekan dan pengarah? Sedangkan kita tahu, universiti-universiti (IPTA) semakin terbuka dan ramai bukan Melayu telah dilantik ke jawatan tinggi?
Hari ini, kita lihat Umno, selaku peneraju kerajaan, diasak kiri dan kanan, supaya lebih terbuka, sampai ke tahap dituntut supaya menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan dibuka kepada sama rata dan sama rata dalam apa jua sektor, terutama sektor kerajaan. Polisi sekarang dikatakan telah menyebabkan mereka yang berbakat dan berkebolehan telah dilamar oleh negara lain seperti Singapura (kes Tan Zhongsan, pelajar kelas satu yang memenangi hadiah Cambridge) dan ada yang tidak mahu kembali ke Malaysia, setelah senang-lenang dengan pendapatan yang lumayan di luar negara.
Kita tidak perlu terlalu mengfokuskan kes-kes terpencil sebegini. Kita tidak perlu terlalu merasai kehilangan. Ramai lagi rakyat negara kita yang setia, berbakat dan berkebolehan untuk diketengahkan. Lagipun, kehebatan seseorang tidak hanya dinilai pada kecerdasan minda semata-mata, kecerdasan emosi sebenarnya tunggak kepada kekuatan kecerdasan minda.
Pada hemat saya, selagi nasib umat Islam tidak terbela, selagi itulah politik Malaysia tidak akan reda. Hebatnya Amerika hari ini disebabkan nasib kulit putih telah terbela. Selepas itu, mereka beralih arah kepada kulit hitam. Kini, kulit putih dan kulit hitam sudah boleh bekerjasama, walaupun masih wujud sedikit diskriminasi.
Fokus hari ini adalah pada Umno. Bagaimana tranformasi itu boleh berlaku supaya nasib Melayu di bumi Melayu dapat diselesaikan dengan cepat, dengan adanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai kesedaran dan keinsafan yang tinggi. Begitu juga dengan bangsa lain yang perlukan kepada pembelaan.
Ambil contoh negara jiran kita Singapura. Negara kecil ini tetap maju kerana pemimpinnya mahukan perubahan, walaupun prinsip perjuangan asal mereka tetap tidak berubah. Integriti dan komitmen mereka begitu tinggi. Wasiat mendiang Kwa Geok Choo, isteri kepada Lee Kuan Yew, sebelum meninggal dunia perlu dijadikan ingatan.
Mendiang mengingatkan Kuan Yew supaya jangan mempercayai Umno sebab politik pemimpin Melayu Umno berasaskan bangsa dan agama. Politik Melayu katanya selalu menggunakan isu perjanjian air untuk menekan dan memberikan ancaman kepada Singapura.
Inilah yang prinsip perjuangan dan budaya politik ultra kiasu Singapura yang tidak pernah berubah, walaupun zaman sudah berubah. Modal insan ultra kiasu terus ditanamkan dan didogmatikkan kepada setiap warga mereka supaya jangan sesekali tunduk kepada kita, selagi kita tidak tunduk kepada kehendak mereka. Ternyata, mereka telah berjaya. Terlepas Pulau Batu Putih milik kita, adalah kejayaan paling besar kepada mereka.
Hari ini terbukti, Singapura begitu berjaya dalam menanamkan modal insan ultra kiasu ini. Bekas negara kepunyaan Tanah Melayu ini, sentiasa mahu menang. Justeru, segala kekuatan digembeling dan dijana, manakala kelemahan awal-awal dicegah sebelum menjadi barah, kerana kelemahan boleh menggugat kedudukan mereka yang berjiran dengan kita. Maka tidak hairanlah indeks rasuah dan korupsi berada pada tahap yang begitu rendah berbanding negara kita dan negara dunia ketiga yang lain. Ahli politik mereka, tidak perlu merasuah untuk mendapatkan kuasa, sebab hukumannya berat dan rakyat mereka diajar supaya menjaga maruah negara. Profesion ahli politik tidak menjadi rebutan seperti kita hari ini, sebab menyertai politik bukan jaminan untuk kaya.
Berbeza kita di sini, menyertai politik adalah tiket untuk jadi kaya raya. Dengan menyertai politik, segala tender dan projek kita bolot sehingga ahli politik hilang fokus terhadap perjuangan anak bangsa dan membina negara. Lihat sahaja, ketua-ketua kampung, ketua cawangan dan ketua bahagian, jangan dibandingkan dengan ketua pusat, boleh dikatakan rumah mereka seperti mahligai. Jarang kita lihat pemimpin-pemimpin ini hidupnya serba sederhana.
Bukan maksud saya, kita tidak boleh jadi kaya. Boleh, umat Islam mesti menjadi kaya raya untuk memimpin dunia, tetapi biarlah kita sebagai pemimpin nampak tidak kaya, walaupun sebenarnya kita kaya.
Justeru, model politik baharu BN yang dikemukakan Perdana Menteri amat tepat. Yang perlu dilakukan perubahan oleh Perdana Menteri adalah merubah cara orang Umno berfikir dan berjuang. Perjuangannya mereka mesti melihat legasi pemimpin terdahulu yang meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara di hadapan berbanding kepentingan lain.
Mereka sanggup berbasikal ke sana ke mari untuk merubah anak bangsa, bukannya berlagak dengan kereta mewah tanpa memperdulikan rakyat marhaen. Pilihlah barisan pemimpin-pemimpin yang bersih latar belakangnya, tanpa ada isu kontroversi yang menakutkan. Kadangkala kita pelik, kenapa pemimpin yang bukan sahaja latarbelakangnya buruk, malahan sudah terbukti bersalah, tetapi masih dikekalkan tunggul kayu ini. Tidakkah ia akan menjadi beban kepada Umno?
Umno tidak bersalah, yang bersalah adalah segelintir pemimpin daripada peringkat rendah hinggalah peringkat atas. Cubalah sesekali bawa berbincang dengan pimpinan di peringkat bawahan seperti ketua kampung atau ketua cawangan Umno, dalam kepala mereka tidak ada lain projek dan habuan. Agenda untuk memperjuangkan dan membela nasib anak bangsa boleh dikatakan langsung tidak difikirkan.
Umno tidak hanya boleh dilihat terlalu mengejar dunia atau kebendaan. Umno mesti juga bergerak kepada keIslaman atau keakhiratan. Prinsip wasatiyyah atau berimbang yang war-warkan oleh Perdana Menteri mesti difahami. Ulamak-ulamak Umno harus berani memberikan tafsiran baru yang dinamik dan tidak hanya menjadi pak turut, terikat dengan pandangan lama. Sebagai contoh, masih ada ulamak yang berpandangan, yang datang daripada Melayu itu semua Islamik. Jika datang dari bukan Melayu tidak Islamik.
Misalnya, baru-baru ini, salah seorang pemimpin Persatuan Cina Muslim Malaysia, mencadangkan kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpengaruh, supaya mencetak buku berkaitan dialog antara peradaban iaitu mengenai Konfucius, sebagai alat dakwah kepada orang Cina. Sedihnya, orang agama yang bergelar ustaz dalam pertubuhan itu berkata, tindakan tersebut tidak Islamik. Konfucius adalah orang Cina. Ajarannya tidak sesuai diwacanakan. Sedangkan kita tahu bahawa ajaran Konfucius tidak bertentangan dengan Islam, dan masih boleh dibahaskan dan didialogkan. Dialog peradaban sebegini amat penting dalam konteks berbilang kaum di negara kita.
Lebih menyedihkan lagi ada juga yang berpandangan masjid bersenibinakan Cina itu tidak Islamik. Yang Islamik adalah masjid senibina berkubah. Sedangkan seluruh dunia tahu bahawa senibina kubah bukan senibina yang datang daripada Islam, tetapi senibina Moorish-Indian. Senibina Islam adalah senibina semua bangsa. Islam menerima semua jenis senibina selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip asas Islam. Logiknya mudah, oleh kerana semua bangsa yang ada di muka bumi ini adalah ciptaan Allah, sudah tentu akan terdapat perbezaan dan kelainan. Islam menerima semua kepelbagaian ini selagi tidak bertentangan dengan prinsip Islam dan tidak mensyirikkan Allah.
Inilah model politik baru yang perlu diperjuangkan oleh Perdana Menteri. Memastikan nilai-nilai kesejagatan Islam itu dimiliki, difahami dan diterima semua manusia, tidak hanya terhad kepada segelintir puak dan suku.
Selain itu, Perdana Menteri juga hendaklah memastikan politik bodek-membodek, kipas-mengipas dan budaya ‘yes man’ tidak lagi berlaku. Kita perlu menilai seseorang berasaskan merit dan kehebatan amalannya, bukan yang lain. Kelebihan ini mesti dimanfaatkan tanpa mengira latar belakang kerana ia adalah anugerah Allah. Saya bimbang jika kita ketepikan asas ini, mereka yang berkebolehan akan memencilkan diri dan mungkin berhijrah ke tempat lain. Siapakah yang rugi? Yang tinggal adalah sisa-sisa yang tidak tahu erti perjuangan yang sebenar. Cukuplah kita telah mewarisi semua keburukan ini. Sudah sampai masanya kita berubah sebelum rebah. Syabas kita ucapkan kepada Perdana Menteri atas keberanian ini!
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
57 comments:
As Salam, saya sungguh bersetuju dan menyokong jika ada usul hendak mengetengahan filosofi atau peradaban Confucious seperti yg DR. sebut. Saya adalah graduan dari universiti di Taiwan dan mengkagumi tulisan2 para ilmuan China seperti Confucius, Meng Tze dll, saya pelajarinya kerana ia subjek wajib dlm korikulum pelajaran universiti. Ada sebuah buku hari tulisan Allahyarham Hj Ibrahim Ma berjudul " Islam & Confuciousm " merupakan buku yg berguna dibuat rujukan kpd bakal/ saudara baru kaum China untuk mendekati Islam. Teruskan lah usaha murni ini. Wassalam.-Hamid Masdar.
selagi x bertentangan dgn syariat islam, x ada masalah nak apply falsafah pemikiran org lain..
yg x boleh adalah spt pluralisme, accept semua agama adalah setara..
Pada saya model politik baharu yang diwar warkan oleh perdana menteri itu bermodalkan "takta", "wanita" dan "harta".
Inilah yang pernah ditawarkan oleh kuffar Mekkah kepada Rasulullah SAW agar tinggalkanlah dakwah.
Sebab itu rata rata setuju dengan model politik itu.Lebih lebih lagi itulah tujuan dan matlamat mereka terjun dalam arena politik kini.
Abdullah ngah,
aku tengok pembangkang mcm ko ni bukan xada visi..
ada.. cuma sempit.. (tunnel vision)..
Saya lama tak keluar disini kerana orang yang menggunakan nama PENYOKONG DAP senyap. Isi kandungan rencana RT kali ini dijangka menarik dia dan yang sepemikiran dengannya keluar lagi. Maka keluarlah saya sekarang.
Dr Ridhuan kata
"kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan raja-raja Melayu. Kesemua unsur ini amat sensitif sekiranya diungkit dan dicabar. Ianya mesti dipertahankan"
Tidak lain dan tidak bukan.
"Diharapkan semua kaum dapat memahami perkara asas ini" -
Bukan saja "diharapkan", tapi juga "dikehendakki" memahami dan jangan medakwa, mengungkit, lebih lebih lagi menyo'al. Sebab ada Akta Hasutan yang melarangnya.
Sudah banyak diperkatakan. Setakat ini saja dulu komen saya.
Dalam Umno ada mereka yang ikhlas. Begitu juga dalam Pas.
Kita sebagai pemilih tahu siapa yang wajar di angkat sebagai wakil atau jurucakap kita. Siapa yang kita boleh harap dan siapa yang kita patut rasa curiga.
Bagi saya tak ada masalah. Yang penting kita memilih wakil ikut gerak hati kita sendiri dan bukan kerana tergerak dek propaganda yang dimainkan oleh pemimpin2 parti yang memberikan ceramah berapi2, yang tak putus2 memaki hamun, yang tak henti2 memburuk2kan lawan. This apply to both be it Umno or Pas.
Bagi saya. Ada waktu saya perlukan Umno dan ada ketika saya perlukan Pas. Tengok pada keadaan.
Tapi ramai mereka di luar sana yang fanatik membabi buta. Ini lah masalah yang telah menyebabkan kuasa dan suara politik melayu dan islam semakin lama semakin mengecil.
Cuba bandingkan bilangan ADUN atau MP Melayu islam. Semasa PRU 1 selepas negara baru capai kemerdekaan dengan terkini selepas PRU 12.
tokgaru,
bila PAS pun ikut sokong DAP dlm isu kalimah ALLAH, aku dah x rs boleh harap kt diorg nie..
nak bela bangsa melayu lg la..
hopeless..
Abu Laith al-Samarqandi berkata: "Sesiapa yang bergaul dengan tujuh golongan manusia, Allah akan menambahkan kepadanya tujuh perkara :
1.Jika suka bergaul dengan golongan korporat, Allah akan menambahkan kedalam hati cinta dan tamak kepada dunia.
2.Jika suka bergaul dengan penguasa atau pemerintah, Allah akan menambahkan ke dalam hati sifat takabbur serta berhati kesat.
3.Jika suka bergaul dengan wanita, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat jahil serta cenderung kepada nafsu syahwat.
4.Jika suka bergaul dengan kanak-kanak, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat suka bergurau serta sifat tidak serius.
5.Jika suka bergaul dengan orang fasiq, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat berani akan melakukan maksiat terhadap Allah serta sentiasa bertangguh-tangguh untuk bertaubat.
6.Jika suka bergaul dengan para solihin, Allah akan menambahkan kedalam hati sifat cenderung untuk mentaatiNya.
7.Jika suka bergaul dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu kedalam hati serta sifa wara'
Maka kalian pilihlah jalan mana yang kalian mahu.
"7.Jika suka bergaul dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu kedalam hati serta sifa wara'" -
Kena tengok jugak apa jenis "ulama" tu.
Kalau ulama politik mcm Nicky Aziz, bertambahlah "fatwa" karut seperti "Tuhan pun mencarut".
Kenapa artikel DRT tidak dikeluarkan di Utusan Malaysia?Utusan Malaysia sudah tawar!
sape abu laith alsamarkandi ni?
>>>Lebih menyedihkan lagi ada juga yang berpandangan masjid bersenibinakan Cina itu tidak Islamik. Yang Islamik adalah masjid senibina berkubah.<<<
Nak tengok masjid Cina datang Seremban dah siap terbina. Lagi indah dari masjid yang ada "Kubah"
>>>Kena tengok jugak apa jenis "ulama" tu.
Kalau ulama politik mcm Nicky Aziz, bertambahlah "fatwa" karut seperti "Tuhan pun mencarut".<<<
Kena belaja juga kenal "ulama" dan jangan mencemuh ulama.
Sebab ko menyalahkan sesetengah kata seseorang itu tanpa mengambil tahu perihal sebenar maksud yang 'dia' kata.
Sebenarnya maksud mencarut itu bukanlah sepertimana yang kamu ketahui iaitu perihal sesuatu yang kotor. Tetapi adalah perihal yang menghisab sesorang itu jika DIA mengkehendaki. Bukankah Allah itu Maha Kuasa.
"Kena belaja juga kenal "ulama" dan jangan mencemuh ulama." -
Kalau nak cuba mengajar pun kenalah ada tauliah mengajar. Kenalah ada pengalaman boleh beri keterangan yang orang boleh faham.
"Sebenarnya maksud mencarut itu .. adalah perihal yang menghisab sesorang itu jika DIA mengkehendaki." -
Apa maknanya cikgugu? Karut juga penerangan itu nampaknya.
Saya dah lama nak dengar justifikasi Nicky Aziz kata "Tuhan pun mencarut". Takda siapa yang berikan. Cubaan cikgugu ni menggugat keadaan.
Tapi kalau ada sesiapa boleh beri penerangan yang terang dan memuaskan, saya sedia mendengarnya.
Contohnya, mana satu Firmah Allah diQur'an yang dia kata mencarut.
Dan, kalau dia fikir mencarut pun, kenapa keluarkan pendapat peribadi dia kapada khalayak ramai? Kan dia orang tua? Tak payah cakap dia ulamak ke, Tok gugu ke, langsung tak patut keluar "fatwa" yang mengarut.
Salam alaik sdr orang Muar, mulai minggu ini setiap Isnin, artikel saya akan disiarkan dalam Sinar Harian, sekian untuk makluman, Terima kasih.
aldan,
nampak tak? tak munasabah orang luas fikiran tak nampak apa apa yang berlaku hasil sistem politik negara yang ada model politik baharu itu.
DR Ridhuan Tee kelihatan begitu komitmented pada model politik baharu negara yang diwar warkan oleh Datuk Seri Mohjd Najib Razak itu.
Demikianlah tindakan ahli MCA yang dilabelkan lebih kemelayuannya.
Adalah mustahil orang yang punya fikiran "luas" tak nampak bukti sejarah.
setakat hari ini belum ada penzina menjadi pembela kaum wanita. Perompak berhenti dari merompak, sebaliknya yang masuk penjara selama 12 tahun pun belum tentu insaf.
Penjara penuh sesak, terpaksa bina penjara baru.
pemintaan arak, dadah, rasuah, riba, sek dan pelacur semakin bertambah.
Kalau ibu segala kejahatan ini tak dapat dikurangkan, apa apa pun hatta model politik baharu yang jelas menyimpan dari sistem politik Islam jangan diharap ia berfungsi kearah keamanan dan kebahagian kemakmuran dan kesenjahteran hidup rakyat negara ini, hatta rakyat didahulukan sekalipun.
pada saya yang sempit ini tak nampak model politik baru dan apa pun selain sistem politik Islam dapat menukar yang jahat kepada baik. Malahan keruntuhan dan kelemahan moral tetap bermaharajalela.
Maaf ya... apa yang saya nampak.begitulah hakikatnya.
Saudara Aldan
Jangan kita benci Pas secara keseluruhannya. Bukan semua pemimpin dalam Pas setuju dengan Nik Aziz. Tapi mereka yang tak setuju tak berani bersuara. Keadaan sama juga berlaku dalam Umno.
Saya bukan ahli Umno tapi berjiwa Umno. Tapi bukan semua yang Umno buat saya setuju 100%. Ada tindakan Umno yang saya nampak terlalu mengikut tuntutan sehingga merugikan melayu, tapi tak lah semua. Cuma kita nak Umno berani mengatakan " tidak " kepada tuntutan yang pelik2 yang merugikan melayu.
Umno itu melayu. Pas juga melayu. Ini lah yang kita kena terima hakikatnya.
Saya nak ulang balik posting yang sebelum ini. Bilangan wakil melayu dalam DUN dan DR semakin hari semakin mengecil adalah kerana sikap fanatik membabi buta sebahagian drp kita.
Ada di antara kita sangat fanatik kepada simbol tanpa melihat kepada semangat sebangsa dan seagama. Ini lah sebenarnya yang menjadi penyumbang besar kepada kemerosotan suara melayu di DUN dan DR.
tokgaru 9.32 AM,
Nak mencelah sikit - nak kata setuju 100 %.
Nak tambah sikit - kalau DS Najib asyik nak layan apa depa mintak, hingga menjejas hak dan kepentingan Melayu, mintak ahli UMNO nyahkan dia.
Biasiswa, contohnya - tiap satu dia beri kpd Cina, satu kurang bagi Melayu dan Bumiputera, sebab ada had jumlahnya. Pada hal Cina yang paling kaya dan kontrol ekonomi negara ini, depa ada sistem tolong yang tak bernasib baik, beratus atau ribuan yang jutawan beri biasiswa dll melalui persatuan sukubangsa dan persatuan perniagaan depa. Dah jadi institusi, adat, budaya depa. Begitu banyak wang sumbangan sehingga UTAR tak mahu terima RM30 juta dari seorang jurutera jutawan Cina. Keluaq dalam papers tak lama dulu.
Melayu ketinggalan jauh dibelakang akibat celaka British kolonial banyak kasi tongkat tolong Cina tak tolong Melayu sekolah Inggeris, berniaga dsbnya. Melayu takda tempat nak bergantung untuk ongkos pelajaran tinggi melainkan biasiswa Kerajaan.
Jangan kata Cina yang paling banyak bayar cukai. Angka yang dipuncakan dari Kementerian Kewangan/ Hasil Dalam Negeri menunjukkan depa bayaq hanya lk 30%, badan badan Kerajaan (NGOs) 40%, Melayu dll termasuk orang asing 30%.
Wassalam..Ok boss Dr. Ridhuan Tee,saya akan membeli Sinar Harian tiap2 hari Isnin.
BUUUUUU Utusan Malaysia..
Follower no. 1851, salam perkenalan dari saya.
Adakah wajar Umno begitu terbuka, sedangkan parti-parti lain hanya fokus kepada bangsa mereka sahaja? Saya bimbang agenda Melayu akan ketinggalan, apabila Umno menjadi begitu terbuka.(DRT)
Inilah yang perlu diterima oleh UMNO.Sebab dia boss dalam BN.Kalau UMNO tidak kuat,tidak berani menepis dan menubuk kembali tuntutan2 persatuan alien maka habislah UMNO dan Melayu.
Nak mintak bantuan dr "kawan baik" iaitu MCA??? "Kita bukan kawan baik, kita adik beradik juga" Ada faham kah?" hahahaha
Bersatulah Melayu!
Dr Ridhuan kata
"Perdana Menteri mesti memastikan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang telah dan bakal dilantik adalah terdiri daripada mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, bersih dan berintegriti .."
Saya fikir ini masalah yang paling besar dinegara ini sekarang. Pendek kata segala masalah besar yang ada sekarang timbul dari mereka yang kurang ikhlas, kurang bertanggungjawab, kurang bersih dan kurang berintegriti.
Lihat sahaja masalah hormatkan Perlembagaan dan ta'at setia kapada negara. Sudah banyak diperkatakan perlunya dasar dasar Kerajaan berpandukan kapada Perlembagaan. Tetapi sekolah vernakular dibenarkan berteruskan, diberi bantuan masakan langsung tidak perlu pro-aktif baginya. Begitu juga dibiarkan sindiran, ungkitan dan menyo'alkan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hinggakan rakan kongsi BN sendiri berani memajukan resolusi mahu sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan, membawa tindakbalas meminta hak kerakyatan mereka juga dihapuskan.
Maka adakah pemimpin yang mebenarkan keadaan ini timbul "terdiri daripada mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, bersih dan berintegriti"? So'al ikhlas, bersih dan berintegriti itu boleh dipertikaikan. Mungkin bertanggungjawab kapada parti mahukan menang pilihan raya, tetapi takkan tidak ada hadnya. Ikhlas dan bersih ke jika wang tunai berjuta Ringgit disuakan kapada sekolah Cina yang mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar, berintegriti kah pemimpin yang membiarkan mereka mahukan hak dan kepentingan Melayu dihiris, sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan, DEB disenyapkan didalam MBE dsbnya? Pada hal UMNO ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu bagi mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu.
Saya sedih melihatkan tiada had pemimpin melayan dan menunaikan permintaan bukan Melayu dan mengenepikan apa yang dilaungkan Perkasa dan lk 150 NGO Melayu. Saya kesal pemimpin diperingkat atasan membisu bila timbul keadaan yang tidak sayugia dari segi mempertahankan hak dan memajukan kepentingan Melayu, sebaliknya membantu kepentingan kaum yang sudah kaya raya dan maju jauh dihadapan didalam berbagai lapangan.
Orang Muor
Kalau dek kerana fanatik simbol, diletak ketul batu sebagai calon pun kita masih bagi undi juga mentang2 lah kerana dia bertanding guna simbol yang kita suka, maka sikap keterbukaan itu akhirnya akan membuka lubang kubor buat kita sendiri lah.
Kalau orang kita tak fanatik simbol, saya tak bimbang sangat. Kalau fanatik kerana islam saya sangat setuju. Umno islam, Pas pun islam.
Zendra
Jika melayu bersatu dalam satu wadah perjuangan. Akan ada lah orang yang tidak senang duduk. Dengan apa yang berlaku kepada orang melayu pada hari ini ... sangat2 memberikan keselesaan kepada mereka.
samb ...
Pada mereka ada Umno dan ada Pas masih tak cukup kao untuk melemahkan melayu. Tetapi setelah terlahirnya ke bumi melayu ini PKR sebuah parti yang melayu tidak islam pun tidak, maka keselesaan mereka semakin bertambah.
Bagaimana dengan KITA pimpinan Zaid Ibrahim ... juga melayu tidak islam pun tidak ... adakah parti itu juga seiras dengan PKR.
Pertembungan melayu dengan melayu melalui wadah2 yang berbeza boleh menjadi satu catastrophe kepada survival bangsa kita.
Kita sebagai rakyat ramai yang sedar. Tapi para pemimpin kita, kita tahu mereka sedar tapi mereka buat2 tak sedar kerana "ada benda yang nak mereka rebut sesama mereka"
Nah sekarang kita sudah ada Umno yang kononnya untuk melayu, Pas yang kononnya untuk islam.
Tapi benarkah Umno semata2 untuk melayu. Tidak. Umno terpaksa melayan orang lain juga. Kalau tak di layan ... jawabannya lu tau gua pun tau.
Pas yang bercita2 hendak menegakkan negara islam di bumi tanah melayu ini. Memang sedap untuk di dengar, tapi sakit mata melihat apa yang telah mereka buat di negeri2 yang mereka kuasai. Maksiat begitu juga. Arak dan judi pun begitu juga. Tidak betul2 terhapus.
Pas juga seperti Umno. Tidak boleh terlalu firm dengan perjuangan islamnya. Pas juga kena jaga hati bukan islam untuk mendapat undi drp mereka. Buktinya : pertubuhan himpunan penyokong Pas tak membisu dan membutakan mata bila Pas cuba mengambil tindakan keatas premis yang menjual loteri kebajikan di Kota Bharu ... bantahan mereka sama kuat seperti bantahan drp DAP dan MCA. Sepatutnya mereka memuji tindakan kerjaan Nik Aziz dalam isu loteri di Kota Bharu.
Sudahnya ... Umno terpaksa melentur dan Pas pun sama bila berhadapan dengan puak itu.
Yang tak perlu melentur adalah kita yang akan jadi hakim untuk menghukum siapa2 yang kita rasa tak mampu nak jaga melayu dan tak mampu nak jaga islam.
abdullah ngah,
usah la nak beretorik je..
apa tu model politik islam?
bagi la cth..jgn jd resmi pembangkang je, bab bercakap pandai tp smpi bab praktikal hampas..
Aldan
Model politik Islam?
Agaknya yang dimaksudkan dengan model politik Islam itu adalah dengan bermesra dengan DAP dan bermusuhan dengan UMNO.
Tak boleh nak bertolak ansur dengan UMNO kerana mereka ni boleh dilabel KAFIR tapi bertolak ansur dengan mereka yang sah KAFIR seperti DAP tak mengapa. Dibolehkan....
Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Abdullah Ngah???
ikhwan,
agaknye kot..mgkn pakatan rakyat memerintah nnti model yg digunakan dinamakan model politik islam..
sbb ada parti 'islam' di dalamnya..
buku jin-gay PR ada sebut ttg negara islam x ikhwan?
tokgaru,
Betul, ada pihak yang sentiasa pasang pahat untuk memecahkan Melayu dan Melayu tidak kiasu seperti mereka. Mereka lain parti politik pun jarang menghentam satu sama lain. Namun demikian, ada juga pahat memahat seperti Chua Soi Lek jeritkan DAP supaya selesaikan masalah lesen judi, arak dsbnya diKelantan, cuba memahat perhubungan DAP-PAS.
Saya fikir ini PKR sudah ditepi gaung, mula menjunam. Sebelom Sodomy II lagi mereka sudah bertempiar, PR kalah diPRK Ulu Selangor, tuding menuding jari. Seorang lepas seorang pemimpin mereka cabut lari. Pemilihan pemimpin mereka yang yang tidak demokratik dan transparent berakhir dengan terbentuk dinasti Anwar-Azizah-Nurul sehingga Zaid pun cabut juga.
Bila perbicaraan Sodomy II bermula, lagi banyak rakyat bosan dengan mereka. Keluar pulak video sex yang dikaitkan kapada Anwar. Saya lihat berbagai akhbar yang mengeluarkan beritanya dan berbagai blog yang membincangkannya. Saya fikir kalau tak hancur pun dia, parah, kesan SodomyII dan video sex itu keatasnya. Maka PKR tidak kemana jika Anwar bersemayam diSungai Buluh lagi.
Fasal pemimpin kita, saya ada juga pendapat yang tidak menyenangkan tapi mungkin mengeluarkannya dilain masa.
Buat sementara waktu, saya ingin nyatakan bahawa pemimpin nampaknya melayan kaum Cina teramat sangat dengan hal sekolah Cina, senyapkan DEB diMEB, beri biasiswa kapada mereka yang sudah kaya raya dan ada sistem menolong yang kurang upaya melalui sistem persatuan sukubangsa, persatuan perniagaan dsbnya, sehingga UTAR tidak mahu terima RM30 juta sumbangan biasiswa dll dari jutawan Cina beberapa bulan yang lalu.
Marilah kita terus mengeluarkan pendapat dari masa ke masa, dengan harapan pemimpin dan yang ultra kiasu sedar dan bertindak dengan sewajarnya
tokgaru,
Orang Melayu sekarang khususnya peminat BN yakni UMNO perlu berfikir ketika mengundi.Jikalau BN atau PR(khususnya BN) meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu,kita jangan sokong mereka.Kawasan Melayu hak kita,jangan letak kafir sembarangan.
Nanti pilihanraya kita jangan bg sangat BN menang.Minta orang Pekan,Pahang buang DS Najib si Bapak Vernakular.
PERPADUAN MELAYU LAGI PENTING DARIPADA PERPADUAN NASIONAL.53tahun PERPADUAN NASIONAL GAGAL!
Alamak! 53tahun perpaduan Melayu gagal juga.Aduh..
Pembangkang DAP - Melayu ketinggalan jauh dibelakang akibat celaka British kolonial banyak kasi tongkat tolong Cina tak tolong Melayu sekolah Inggeris, berniaga dsbnya. Melayu takda tempat nak bergantung untuk ongkos pelajaran tinggi melainkan biasiswa Kerajaan
What were the "tongkat tolong" did the British give the Chinese?
Read about the progress of immigrants in any county. You will find that the immigrants because they arrive with nothing, they will work extra hard to succeed compared to the natives.
Instead of blaming the Malays problems on everyone else, why not look in the mirror? Change is not brought about by assigning blame but making a positive self change.
Jack,
You poor old fellow, or young not-well read, or not-history respecting chap.
You may go on believing in your purely hard work success story, not acknowledging the Hai San and Ghee Hin secret societies, thugs and gangsters method of acquiring wealth, causing the Larut Wars and the 250 Malay tin mines disappearing drastically.
Read the book on Sejarah Negeri Perak by M.A Fauzi Basri (later, a Porfessor) published by the Yayasan Perak.
Read also about the "tongkat" the book mentions when Menteri Larut brought in Chinese from Penang to modernise his tin mines, even provided capital and land for them to start mining operations that he could tax. Instead they were treacherous on him and became goons putting the Malays down and weakening the Malays right from the mid 19th Century.
What were the "tongkat tolong" did the British give the Chinese? Obviously you didn't even read the history of British colonial Malaya where the British gave "tongkats" in the form of mining licenses, mining land leases, licenses for lotteries and gaming of all sorts (easy money, man), licenses for tin and rubber trading, etc.
And the bloody British did not give any tongkat to the Malays at all - do you know that? They didn't encourage the Malays to do business or assist the Malay traders who, as a culture, were used to "berdagang" i.e exchange of goods, like many Malays exchanged "pasir hitam" tin with bales of cloth even in the mid 19th Century.
The British wanted the Malays to "look after the food production of the country" and let them just be rice farmers and fishermen. Imagine, only 4 years of Malay schools in the kampongs where practically all Malays lived then. But the bloody Brits provided both primary and secondary schools, PLUS English schools (the passport to success during British rule), in the towns where most Chinese lived, until now.
Read about the progress of immigrants in any county? Yes I have, man. But I find that there is the very institution that was started in Larut of the 1850s, of secret societies, thugs and gangsters in every Chinatown of the major cities in any country, except perhaps Israel whose thinking is a lot like the Chinese and where perhaps the Chinese find it hard to prosper.
The very institution that had made the early Chinese in Malaya able to grab wealth. Wanna talk about illegal gambling (easy money, remember?), vice den, corrupting of the locals, illicit trade of sorts in the Chinatown where the Chinese could accumulate cash to go into bigger business from time to time?
We have looked into our own mirror, you racist fellow. That's why the Malays now have 18% corporate wealth from less than 2% in 1970. And Malays, like many of us here, now dare to hit back at your racist arguments when before we just grinned and stared aghast at you. You not only wanted to know - you also wanted to hit us, didn't you? Look at your later paragraph. Damn you.
(Continued)
(Continuation)
Jack,
We have also looked at your mirror and found that, having become the wealthiest in the country and controlling the economy, you people still want the tongkat in the 1980s onwards - like Vincent Tan got the lottery license from Daim (easy money, remember?), but was still expecting the football betting license which Najib got cold feet about a year ago.
You should go to school, boy, trying to teach us now hardy and cannot-be-bullied Malays that "Change is not brought about by assigning blame but making a positive self change." Cakap banyak pandai, ha? Look at your mirror umpteen times, man. Then read the Constitution a hundred times. Tell yourself that if you claim to be a Malaysian, you must respect the Constitution, including the sensitive aspects of that twice- approved highest set of laws in the country.
You must not begrudge the Malays getting the tongkat because you people have got it, used it for 80 years during British colonial rule, after Merdeka, even using the tongkat until now. Don't be so damn selfish and unreasonable.
Now it's time for me to pull out my long-time but long unused standard exhortation -
SEMUA RAKYAT MALAYSIA MESTI HORMATI DAN PATUHI PERLEMBAGAAN NEGARA. Jika tidak, sila ...
"Read about the progress of immigrants in any county. You will find that the immigrants because they arrive with nothing, they will work extra hard to succeed compared to the natives."
Ever heard of " Chinese Protector" post?, not here, but in Australia, back then when gold was discovered there...that post was specially created to protect chinese miner..well if u ask me, I would say, that is a type of tongkat too...
All talks and no facts make jack a dull boy...
to avoid confusion, my post was a response to Jack's comment....
"All talks and no facts make jack a dull boy..." -
All talk by Jack trying to hijack our history makes Jack a one-eyed Jack and us wanting to see his back and mebbe Anwar Ibrahim sodomizing him until he goes black.
It may sound crude but but he deserves the flak.
Saudara Pembangkang DAP
Kita simpati dengan pemimpin Umno. Mereka bersendirian berhadapan dengan tuntutan puak ultra kiasu.
Ugutan "lu kasi gua undi, lu tak kasi gua tak janji" menyebabkan para pemimpin Umno tak lena tidur memikirkannya.
Pas oleh kerana pemimpin mereka dah tak mengaku diri "melayu" maka mereka terpaksa membisu.
Pas sepatutnya mahasabah persahabatan dengan DAP. Isu pengharaman judi loteri di Kelantan, kenapa DAP menentang ?, kenapa pertubuhan himpunan penyokong Pas menentang ? Jika MCA menentang kita tak pelik kerana MCA duduk dalam BN.
tokgaru,
DS Najib nak ikut strateji dia sendiri. Kalau Tun Dr mahathir saya fikir lain caranya.
Tengok cara Najib tak banyak beza dari cara Tun Dol. Main biarkan saja depa ultra kiasu kata apa, buat apa. Sampai yang hanya kiasu tapi tak ultra kiasu sperti MCA pun turut jadi ultra kiasu. Sokong resolusi nakkan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan. Menyebabkan ada Melayu yang nakkan hak kerakyatan yang ultra kiasu pun dihapuskan juga.
Najib pun tak ambik tindakan atas Chua Soi Lek. Hanya Polis panggil ke balai bagi kenyataan. Najib beri keterangan panjang lebar diPAU UMNO yang lalu. Kalau MCA dapatkan kerusi depa yang hilang diPRU12 lain hal.
Mesti ada cara caranya supaya tak dieksploitasi sangat oleh ultra kiasu. TDM dulu laga lagakan depa, parti parti baru ditubuhkan masuk BN dsbnya. Tuntutan depa jadi berpatutan akibatnya.
Tapi ada juga nampak berlaga. Chua Soi Lek gegahkan DAP bertindak pasai lesen judi dll diKelantan. Bergegar juga sikit DAP dan PAS pasai ini.
Saya khuatir Najib ni nak liberal. Tak boleh liberal jika tak ratakan padang bola. Tak liberal jika dia tak nampak perlunya "level the playing field". Jadi pseudo liberal kalau macam itu - ingat dia liberal tapi sebenarnya tidak.
Saya masih harapkan ada lagi makan malam seperti diIstana Trengganu, KL. Mungkin senyap senyap, mungkin bukan diistana dan bukan diKL. Macam yang Nik Aziz cakap dulu - lepas makan malam, "tutup buku", tak boleh cerita panjang lebar.
tokgaru, formula sy ttg UMNO dan PAS, ialah pd PRU nnt, pemimpin2 kedua2 parti t'sbt jgn dltkkn calon UMNO mlwn PAS.
sekira ini berlaku, hasrat rkyt sampai bl tdk akan t'hasil. Tp yg kgdkl m'jd masalah bangsa kita snggup memilih wakil bkn Islam dr parti pilihan mrk, b'bnding dgn calon Islam parti lwn. tgk je PRK lepas
Jack kl mat despatch gomen, robert kuok x dpt tongkat dr k'jaan, mn dia nk jd bilionair skrg.
ultrakiasu b'pura2 lupa bl mereka kaya dlm kegiatan kongsi glp, berbaik2 plk dgn pemimpin melayu. dpt tnh dpt mcm2. last2 ckp kerja kuat. sbtlnya mereka kerja kuat menipu.
lihat shj tokey tanah metrokajang. kl dia bkn ahli mca, smpai tua lah dia jd tokay buah.
jgn cb nk downplay, krn sms ekonomi ngr mula nk membangun, insentif krjaan kpd ultrakiasu lh bnyk membawa mrk b'jy hingga ke hari ini. mereka sbnrnya bersimbiosis.
jack, if you really did a have a go with history books, you'll see the pattern in every country the british, dutch invaded.
divide and rule is the formula. bring the immigrants and have them trampled over the locals. indonesia, Fiji, Africa, all the same. they were brought and behaved like they have the privilege over the locals.Some still do, thats why they say the malays are pendatang too, just like them.
I spoke to an american black, once. He studied the social system of Africa. Do you know his solution, when l said that vernacular schools are well and alive in malaysia? To my surprise, he said, until these immigrants accept that they must unite together in common language etc of the country, they should be deported.
don't you know that, China once sent ships to Indonesia to bring back the chinese when the Indonesian have had enough with greedy, cekik darah chinese middle men between the dutch and the locals?
Go read your history books.
Also, l wonder abt the motives behind the sharp and uncontrolled price of properties as reported by JP morgan, recently in m'sia.
Is this a plan to systematically displaced the lower income malays in towns, so that they go balik kampungs?
Hazil,
"sbtlnya mereka kerja kuat menipu" -
Baru 2-3 bulan lalu saya dengar sendiri dari satu tokey nampak tak pelajaran tinggi, duduk diKL tapi ada bisness balak disatu bandar kecil, kata "semua" Cina niaga ada tipu, "kalau tak apa macam mau untung?"
Maksud dia untung besar tapi Cina jarang ngaku diorang ambik untung besar, selalu cakap cukup makan.
Saya fikir dia maksud "kebanyakan" orang Cina niaga menipu, bukan "semua". Tapi ini keluar dari mulut seorang peniaga Cina sendiri. Saya cakap dengan dia fasal harga kayu dia, mutu kayu dia, kemudian tanya dia ada tipu ke, kayu lampung pun masuk jenis "capcai" ke, sebab saya tak nak jenis itu untuk buat pondok kebun durian saya.
Dia tak berselora atau berjenaka bila kata gitu. Serius. Saya percaya apa dia cakap. Hanya tak semua, tapi "kebanyakan".
Hazil,
Last year I read news about tension between Chinese and Papauans (P New Guinea, independent years after us). Papuans even resent pendatang Chinese doing grocery and small retail shops because taking their jobs, they say.
But, the reports said, the Chinese bribed the Papuans and more Chinese came in. Smart fellows did not go to the highlands because the tribes there still practise cannibalism (makan orang). Bribing Immigration and Police to let them stay.
Jacko fello says all hard work? Ultra kiasu fello, no?
Perbualan saya dgn seorg pemilik kedai berbangsa cina, A, memberitahu saya ttg B, pemilik 3 lot kedai juga b'bgsa cina di kwsn kami bhw, B menjlnkan perniagaan haram yg lbh besar dan m'untungkan disebalik bisnes halalnya. Bisnes halalnya adalah sbg mengabui mata masyarakat agar dipandang mulia.
Rasanya, ini tidak menghairankan, lihat shj tokey kongsi gelap d zmn datuk nenek kita dl. Cuma pd masa kini, saya agak terkejut sdkt krn rupanya tradisi ini masih kekal.
Ttg kos hartanah, kita perlu mendesak kerajaan agar mengawal mereka dr terus bermaharajalela. Nmpk shj ini tnh nenek moyang kita, tp lihat lah siapa yg mengawalnya. semua atas alasan 'biarkan pasaran yg menentukan'. kerajaan pn mcm biasa akan membutakan mata....
Saya juga membaca ttg keadaan tersebut di PNG.
The US once, installed the chinese exclusion act and deported many of them long time ago. Why jack, go read the history books..they worked in the mines, did work hard. but when they came in droves to the states, they started these kongsi gelap things and violence broke out.
Dr. Tee,
'Syabas' saya ucapkan untuk Dr.!
Saya amat terpesona dengan tulisan Dr. kali ini!
Diharapkan pandangan Dr. dapat membuka minda rakyat Malaysia berbagai kaum!
Teguran-teguran tegas Dr. diharapkan memberikan kesan kepada mereka yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan politik.
:)
Penyokong DAP,
Saya sokong
Saudara RT
Nak tanya kalau boleh. Kita rasa hairan juga. Sekian lama anda menulis dalam Utusan. Kenapa tiba2 nak beralih kepada Sinar Harian pula ?
Apa yang tak kena ?
Orang melayu tak akan rugi sekiranya meletakkan islam sebagai pra syarat untuk melantik wakil rakyat.
Daripada parti mana sekali pun dia jika dia seorang islam dia tak akan biar orang lain memperlekehkan agamanya.
Adalah mustahil untuk mengharapkan wakil rakyat dari agama lain untuk mempertahankan islam.
Pertembungan calon Umno dengan calon Pas. Memang tak boleh nak elak. Umno melayu Pas pun melayu. Umno islam Pas pun islam. Dua2nya boleh cari makan di kawasan majoriti melayu saja. Dalam kawasan majoriti bukan melayu "tadak hari" walau pun nak letak calon.
Nak pilih diantara 2 parti besar orang melayu itu. Kita lihat balik track record mereka. (1)Siapa diantara mereka yang nampak berusaha untuk memberikan kemajuan kepada melayu. (2) Siapa diantara mereka yang melaksanakan islam dalam konteks yang praktikal. (3) Siapa diantara mereka yang terlalu bercita2 tinggi nak melaksanakan islam sehingga kita yang jadi penganut islam ini pun tertanya2 dalam hati "Boleh Ker ???".
Pada hari pembuangan undi "we are the ultimate judge". Dont forget that.
Salam alaik Sdr tokgaru, terima kasih kerana mengambil berat. Lebih baik tokgaru email kepada saya ridhuantee99@yahoo.com. Nanti saya respon ya.
Tuan Editor, Harap dapat link kan website kami.
htpp:// www.n9kini.com.
Teima kasih.
Pembangkang DAP - a simple question and a lengthy outburst. Wow!
I have never stated anywhere that the Malays should not get their tongkats. If the government wants to give the Malays as many tongkats as possible, for as many generations as possible, by all means go ahead.
You attacked VT, pls educate me here, were there Malays eyeing the lottery licence? So did it matter if VT got the licence or not to the Malays?
Since you hate the Chinese, Indians & dll, why not get rid of them. Something like Idi Amin did to the Indians in Uganda and Mugabe did to the Whites in Zimbabwe? Then the Malays do not have to deal with these issues and can concentrate in achieving their true success.
Nice rhymes by ABDA.
Post a Comment