Pepatah bahasa Inggeris ada berkata minda besar bincang idea (proaktif), minda sederhana bincang peristiwa (telah berlaku), minda kecil bincang hal orang (mengumpat). Inilah yang berlaku apabila isu akad nikah di masjid sebagai lokasi dikatakan menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis.
Pada saya, isu ini adalah isu terpencil dan amat kecil. Tidak timbul isu nikah di masjid ini meniru budaya Kristian, kerana cara bernikah itu berbeza. Agama Islam mempunyai identiti dan cara tersendiri dalam ijab kabul. Persoalan tempat atau lokasi tidaklah terlalu penting berbanding dengan nikah itu sendiri.
Daripada mereka bernikah di tempat lain seperti rumah pengantin atau mungkin juga di hotel-hotel sehingga berlaku pembaziran dan tidak menampakkan ciri-ciri keIslaman, lebih baik mereka bernikah di masjid.
Sekali lagi, pada saya tidak kiralah nikah di rumah pengantin, di dewan, di masjid atau di mana sahaja, yang penting bukan tempatnya, tetapi nikahnya. Paling baik dipermudahkan.
Sekurang-kurang menikah di masjid menjadikan kita lebih beradab sopan dan menjaga tata susila. Paling tidak, mendekatkan mereka yang tidak pernah atau jarang-jarang ke masjid menghampiri atau mendekati masjid.
Jika kita menjaga adab-adab dan tatasusila berada di masjid, saya tidak nampak di mana salahnya. Dalam hal ini, sudah tentu kes-kes terpencil, seperti pernikahan beberapa orang artis yang menyebabkan kemuliaan masjid tercemar, gara-gara pernikahan mereka ditaja bagi tujuan mengaut untung, glamour dan publisiti, perlu diberikan perhatian.
Lagipun masjid adalah kawasan lapang yang amat sesuai kepada para hadirin yang hadir sama ada dari segi tempat pakir mahupun kemudahan yang lain dan keselesaan.
Baru-baru ini, anak lelaki sulung saya melangsungkan pernikahannya dalam usia muda (hampir 20 tahun), sebelum pulang semula ke Mesir untuk menyambung pelajaran bidang perubatan yang tergendala akibat revolusi. Maaf kepada rakan-rakan yang tidak terjemput, maklumlah baru selesaikan yang wajib dahulu, kenduri belum lagi.
Pernikahan tersebut berlangsung di masjid Universiti Islam Antarabangsa. Kesannya begitu besar. Sekurang-kurang saya dapat memperkenalkan kepada adik-beradik dan saudara mara saya yang belum Islam tentang apa itu masjid dan peranan masjid. Selama ini dalam pemikiran mereka, di dalam masjid ada berhala.
Dengan pengenalan nikah ini, setidak-tidaknya dapat menyampaikan dakwah secara tidak langsung. Menjinakkan bukan Islam dengan masjid. Saya yakin mualaf lain yang bernikah di masjid berkongsi pengalaman yang sama,
Bayangkan seperti yang dicadangkan, jika upacara nikah diadakan di rumah pangsa satu atau dua bilik atau rumah teres atau rumah banglo. Betapa sukar dan susahnya juru nikah untuk menikahkan pasangan tersebut dalam keadaan rumah yang sempit dan tetamu yang ramai.
Saya tidak kata majlis akad nikah tidak boleh diadakan di rumah kediaman. Tetapi majlis keramaian sedemikian kurang sesuai diadakan di rumah. Justeru, saya tidak nampak, jika nikah di masjid dikatakan meniru cara dan budaya Kristian.
Sama ada mengikut sunnah atau tidak, saya tidak fikir nikah di masjid akan menimbulkan dosa atau menjadikan seseorang masuk neraka. Malah menjadi lebih pahala jika ramai yang mendirikan solat sunat tahiyyat masjid, mengingatkan kita kepada masjid dan terpaut hati dengan masjid.
Dalam kes saya, betapa besarnya pahala yang mungkin diperolehi, jika dengan membawa saudara mara bukan Islam mendekati masjid melalui majlis pernikahan, suatu hari nanti mungkin akan terbuka hati mereka untuk menerima Islam.
Lagi pula, nikah di masjid dapat dilakukan secara serentak beberapa pasangan. Bayangkan jika nikah dibuat dari rumah ke rumah, berapa ramai juru nikah yang perlu dilantik untuk memenuhi keperluan tersebut. Apapun, persoalan nikah di mana, bukanlah persoalan pokok dan sepatutnya tidak timbul perbincangan isu di sini.
Jika dilihat kepada fungsi masjid di zaman Nabi, masjid bukan sahaja pusat mengerjakan ibadat solat semata-mata tetapi pusat segala-galanya. Pendek kata, masjid juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan.
Zaman Nabi tidak ada computer di dalam masjid. Justeru, adakah dengan meletakkan computer dan melayari internet di dalam masjid hukumnya bidaah dan masuk neraka? Maka tidak hairanlah banyak negara Islam masih lagi mundur kerana pemikiran mereka masih tidak berubah dan suka kepada perkara remeh temeh.
Ini yang dikatakan minda kecil bincang perkara-perkara kecil yang tidak membangunkan minda. Pada saya jika masjid tidak mahu dijadikan pusat nikah, tidak mengapa, buatlah di mana sahaja yang mungkin boleh membawa kita ke syurga. Tetapi jangan keluarkan kenyataan yang tidak meningkat minda dan tidak mewujudkan percambahan ilmu.
Malangnya sungguh umat Islam hari ini kerana terlalu banyak membincangkan perkara yang kecil daripada permasalahan ummah yang lebih besar dan tidak pernah-pernah selesaikan.
Apakah selepas ini kita akan mengatakan membaca khutbah juga meniru ajaran Kristian, sebab agama Kristian wujud lebih lama daripada Islam dan amalan berkhutbah atau sermon telah dipraktiskan sekian lama. Saya cukup bimbang dengan budaya sikit-sikit dikaitkan meniru budaya agama lain, bidaah sana, bidaah sini. Sedangkan perkara pokok tidak pernah selesai.
Golongan agama sepatutnya menghentikan menimbulkan kontroversi atau membincangkan isu yang remeh temeh. Lebih baik masa digunakan untuk membicarakan isu-isu masa depan ummah dan masa depan agama Islam.
Saya cukup takut dan bimbang dengan trend hari ini di kalangan orang agama yang bergelar ustaz dan ustazah yang suka membangkitkan atau membawa isu-isu remeh temeh atau cerita-cerita bodoh untuk mendapat perhatian atau menjadi penonton ketawa.
Lebih menggelikan lagi menonton rancangan suami isteri yang dihoskan oleh pasangan ustaz dan ustazah yang begitu meloyakan dengan panggilan-panggilan ling (darling), yang (sayang), bang (abang) dan sebagainya. Ya, kita tidak nafikan panggilan manja itu baik, tetapi janganlah terlalu over atau berbau gatal. Kita tidak mahu nanti digelar sebagai ustaz atau ustazah yang over atau menggatal.
Saya kadang kala amat muak mendengar lawak-lawak bodoh dan cerita-cerita sedih tidak masuk akal semata-mata untuk memikat dan menjadikan penonton menangis dan berbagai lagi aksi over yang meloyakan. Tindakan sebegini, akan menjadi otak kita tidak berkembang, jumud dan tumpul.
Golongan ini tidak banyak berfikir atau membaca, tetapi hanya mencuri idea-idea orang lain agar dapat dipandang hebat.
Golongan agama sepatutnya tampil ke hadapan menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam dalam politik, kegawatan masalah sosial dan juga bagaimana cara untuk keluar daripada kemelut kemiskinan.
Daripada membincangkan isu-isu tidak mempercambahkan minda, paling tidakpun kita bincang pasal penentangan Dap terhadap keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengharamkan loteri. Akibat desakan tersebut, dikatakan kerajaan Kelantan mula memikirkan kembali akan keputusannya itu. Kita akan lihat perkembangan lanjut.
Dap percaya pengharaman penjualan tiket loteri dan larangan sambutan hari kekasih (valentine day) memberi kesan kepada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Saya amat hairan, kenapa Pas masih lagi sanggup bekerjasama dan boleh percaya dengan parti seperti ini.
Orang Cina yang baik-baik dan berpegang kepada agama, tidak pernah suka kepada judi dan gejala yang merosakkan. Apa yang diharamkan dalam Islam, turut diharamkan dalam agama mereka seperti isu judi, arak, zina dan sebagainya
Jika Pas mengambil pendekatan dakwah dan berazam mengIslamkan Dap, beritahu Dap bahawa isu judi dan hari kekasih bukan lagi soal hak asasi manusia, kerana hak ini bercanggah dengan hak Tuhan. Adakah hidup berTuhan hanya untuk orang Islam sahaja? Jawapannya, tidak. Tidak ada satu agama di dunia ini yang menghalalkan loteri atau judi?.
Ingin saya bertanya kepada Pas, berapa ramaikah orang Dap yang telah memeluk hasil usaha dakwah Pas. Sukar juga untuk dibuktikan.
Jika difikir secara logik, berapa kerat sangat orang bukan Islam di Kelantan? Kenapa Dap dan sekutunya begitu menentang? Jawapannya mudah sahaja, mereka takutkan Islam. Mereka takutkan undang-undang Islam. Mereka tidak mahu semuanya ini menjadi precedent. Setelah sekian lama berkawan dengan Pas, masih gagal lagikah Pas memberikan kefahaman Islam kepada Dap.
Selepas ini, saya yakin hujah ini akan dipatahkan dengan mengatakan, Umno sekian lama berkawan dengan MCA dan Gerakan, kenapa sehingga hari ini mereka masih tidak faham atau memeluk Islam?
Pada saya, sama ada ada lama atau tidak kita berkawan dengan seseorang, itu adalah tidak penting. Yang lebih penting, adakah kita menjalankan peranan kita masing-masing.
Daripada terus berkawan dengan mereka yang tidak mahukan nilai-nilai agama Islam (termasuk agama bukan Islam) dilaksanankan, sudah sampai masanya, Pas membantu kerajaan memberi idea dan memperkukuhkan agenda transformasi ekonomi, politik dan sosial yang sedang rancak berjalan.
Pemimpin-pemimpin negara mesti disedarkan dan dapat menunjukkan contoh yang baik. Dasar-dasar yang dilaksanakan mesti dapat dilihat memberikan manfaat kepada rakyat.
Kerajaan mesti berlapang dada menerima pandangan-pandangan daripada pembangkang jika benar-benar ikhlas dan tidak ada agenda sebaliknya. Jangan semuanya ditolak. Jika ada kebenaran dan justifikasinya, tidak salah kita menerimanya walaupun datang daripada orang yang kita tidak suka. The most important thing in any relationship is not what you get, but what you give.
Kita mungkin berkawan dengan orang yang kita tidak suka, tetapi jika kita layan orang yang kita tidak suka seperti orang yang kita suka, ianya akan berakhir dengan kejayaan. Kita mungkin berkawan dengan orang yang kita suka, tetapi jika kita layan mereka seperti orang yang kita tidak suka, ianya akan berakhir dengan kegagalan.
Perkara pokok yang perlu kita fikirkan hari ini adalah cara kita bertindak terhadap idea-idea yang bernas yang diketengahkan. Berbanding dengan melayan isu-isu picisan yang membuang masa seperti mempertikaikan nikah sama ada di dalam masjid atau tidak.
Namun begitu, jika kita sudah sedia maklum akan strategi musuh untuk terus menghancurkan, maka ketika itu kita perlulah bertindak sewajarnya. Begitu juga dengan golongan agama hari ini sepatutnya tampil membantu menyelesaikan masalah umat Islam daripada membincangkan perkara remeh-temeh.
Monday, March 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



49 comments:
Manusia apabila diserang dengan serangan akan menjawab dengan pelbagai alasan demi mempertahankan diri.
Baik buruk suatu perkara yang dilakukan oleh kita dan orang lain pasti masing masing ada hujah itu dan hujah ini.
Zaman Rasulullah SAW turun ayat sebagai penegasan tak boleh buat begitu dan begini.
Sekarang ini masing masing punya pendapat mengena hukum hakam Allah sehingga yang haram ada yang kata halal atas sebab dan puncanya.
Ingat Ulama juga terbahagi dua. Ada yang baik dan ada yang jahat. Yang jahat asyik nak menipu dan dan berbohong.
Jadi pasal baik akad nikah atas masjid ini Dr pertahan dengan hujah untuk tujuan dakwah.
Tetapi bagaimana pula orang yang buat suatu yang tak patut sehingga berlaku maksiat iaitu percampuran antara lelaki dan perempuan yang tiada batasnya ketika mengadakan siri pergambaran pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang sangat tak sopan.
saya pernah terbabit dengan akad nikah di masjid anak kawan saya yang kelihatan boleh mencamar kesucian masjid sepanjang majlis akad nikah itu.
Seorang iman masjid mendatangi saya menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku terutama sekali ketika siri pengambaran pengantin yang bising seolah olah masjid bukan lagi masjid.
Dah ketika naik masjid hanya beberapa kerat saja yang solat hormat masjid.
Abdullah Ngah,
sy setuju dgn anda..ada masanya pihak yg nak berkahwin ni cuma ingat satu perkara..meriah..meriah..meriah..kerana tu sampai ada yg lupa adab dan tatasusila, lebih2 lg adab brd dlm rumah Allah.. mungkin garis panduan yg lebih ketat perlu di war warkan di ruang masuk spt wajib tutup aurat, majlis dibuat seringkas yg boleh (sesi fotografi sila buat di taman bunga, batas muhrim dsb..
tp kembali ke pokoknya, jika masjid dikatakan bukan sekadar tpt ibadat maka sy x nampak kewajaran akad nikah di masjid ini di halang..cuma perlu guideline lbh ketat..
orang melayu memang terkenal dengan benda remeh temeh. Isu yang lebih besar tutup mata, pekakkan telinga. Isu merempit, zina, tidak mementingkan pelajaran dan berbagai penyakit orang melayu yang sepatutnya kita semua all out selesaikan dan bincangkan.
Bukan masalah nikah di masjid yang hendak dibincangkan, di mana saja ia berlaku apa yang penting niatnya hendak memaklumkan kepada masyarakat bahawa pasangan ini telah menjalin ikatan rumahtangga dan kenduri diadakan untuk menjamu selera masyarakat yang hadir tanda bersyukurnya kita bahawa pasangan ini telah selamat mendirikan masjid. Setiap perkhawinan itu umpama mendirikan masjid, ramai yang berkata begitu maka makmurkanlah masjid yang telah dibina.Ridhuan Tee mengajak kita memikir permasalahan bangsa dan agama yang lebih besar dan kesan yang mungkin tidak kita lihat hari ini tetapi generasi anak bangsa yang akan datang yang akan kita tinggalkan. Perkara yang remeh ini hanya menyekat perjalanan kita untuk bersama menuju kejayaan. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah bersatu padu jangan sampai berpecah belah. Islam itu bersaudara perumpamaannya tubuh manusia seandainya sakit salah satu anggota tubuh maka keseluruhan tubuh akan merasa kesan kesakitan itu. Sejarah telah membuktikan kehebatan melayu itu selama 110 tahun kegemilangan empayar Melaka akhirnya berkubur dek kerana persengketaan sesama bangsa itu sendiri. Kejatuhan sesuatu bangsa itu bukan kerana kekuatan bangsa lain tetapi adalah kerana kelemahan bangsa itu sendiri. Kelebihan dan kehebatan itu sama-sama kita tonjolkan, kelemahan dan keburukan itu sama-sama kita perbaiki dan jangan kita hebahkan. Bersatulah untuk memajukan organisasi, kerana organisasi yang maju adalah di kalangan ahli-ahlinya yang bersatu.
Saya tidak fasih agama.
Tergelak baca kenyataan mufti yg berkenaan.
Aduhai, mcm2.
thanks :)........ nikah di masjid boleh atau tidak??##
sya pn ada terbaca ttg isu ini, peliknya knapa bru skrg fatwa perbesarkn isu ini? betul jga apa yg pengarang katakan ini.
Sokong pendapat tak salah melakukan nikah dimesjid, tidak membazir mengadakan nikah dihotel dsbnya, lebih sayugia (solemn, suasana keagamaan, keimaman dll).
Sokong pendapat mesti dilakukan dengan penuh hormat kapada suasana mesjid, Abdullah Ngah dll boleh tolong tentukan muda mudi jangan ghairah bergambar dan bising dalam mesjid dsbnya. Imam dan kakitangan mesjid boleh mengawal mereka yang hadzir dimajlis nikah itu, buat pengumuman bahawa bergambar beramai ramai boleh dilakukan diluar mesjid.
"Saya cukup takut dan bimbang dengan trend hari ini di kalangan orang agama yang bergelar ustaz dan ustazah yang suka membangkitkan atau membawa isu-isu remeh temeh atau cerita-cerita bodoh untuk mendapat perhatian atau menjadi penonton ketawa. "-DRT.
isu ini juga prnh disentuh oleh mantan mufti perlis DR. MAZA, ttg perihal kecenderungan uztaz/uztazah a.k.a penceramah menyedapkan cerita dlm isi ceramah mrk tanpa mengira kesahihan dan kebenaran fakta yg dibawakan..hingga ada kisah yg dibawakan bukan shj bersandarkan hadis dhaif malahan palsu..
Ada yang mengatakan bahawa Imam Bukhari seorang sahaja pun telah mengumpul lebih kurang 600,000 Hadith. Walau pun kerjanya mengumpul Hadith, dia hafal hanya 200,000 Hadith. Kitabnya mengandungi hanya lebih kurang 6,000 Hadith.
Namun demikian, tidak ada sesiapa yang mengatakan yang lain lain itu boleh diketepikan. Hanya pengsahihannya telah dilakukan, lebih seribu tahun lamanya, bermula dengan mereka seperti Imam Bukhari. Ada yang mengatakan bahawa yang dikumpul itu termasuk cerita cerita penglipur lara atau pengembara.
Termasuk yang dikumpulkan oleh pihak lain, jumlah Hadith itu amat besar. Tidak sesiapa boleh mengafalnya. Maka sesiapa yang mengatakan sesuatu itu Hadith tanpa menyebut kesahihannya adalah dicurigai tujuan dan isi kandungan kata katanya.
Paderi Wayne Sapp bakar al-Quran
GAINESVILLE, Florida 21 Mac - Satu naskhah al-Quran dibakar di sebuah gereja kecil di Florida semalam selepas kitab suci Islam itu didakwa 'bersalah' atas kesalahan jenayah.-UM.
paderi Tolol..
Banyak baik dari buruknya bernikah dimasjid. Bagi mereka yang peka,tegurlah mereka mereka yang tidak bersopan dimasjid ketika majlis pernikahan tu. Ini tidak berlaku kerana iman mereka kecil,setakat berbisik dihati sahaja. Dalam blog macam para intelek pula.Ingat amal maaruf nahi munkar. Wassallam.
benar, pemimpin perlu duduk dan menilai kembali apa yg terbaik utk agama islam.
Dalam Islam tiada perkara remeh temeh, hatta masuk keluar tandas sekalipun.
Apatah lagi masuk masjid, keluar masjid.
Ia juga bukan perkara main main, lebih lebih lagi pasal adab adab yang telah disyariatkan.
Termasuk masuk tidur dan bangun tidur, juga keluar rumah dan masuk rumah.
Punca umat Islam jadi lemah atau hina ialah menganggap perkara kecil pada mereka atau dengan kata lain dianggap ia remeh temah, sedangkan itulah sebenarnya yang disyariatkan.
menganggap dalam Islam ada perkara remeh temeh inilah membuat umat Islam hidup dalam kehinaan.
pada saya dalam islam tiada perkara remeh temeh, baik pasal makan dan minum, kerana ini ia merupakan adab adab yang telah disyariatkan.
Apa tah lagi pasal masuk masjid an keluar masjid.
Kalau perkara yang dainggap kecil ini remeh tak upaya dipraktikan bagaimana pula hendak praktikan perkara besar.
Yang dainggap kecil susah hendak dorkatikan bagaimana pula hendak praktikkan perkara besar.
hendak praktikan perkara kecil pun susah senangkah praktikan perkara besar dan lebih besar.
Bukan senang, malah mustahil. Sebab hingga sekarang ini orang jahat tetap jahat miskipun ditimpa tsunami dan gempar bumi.
saya setuju dengan pendapat dr. Tee...
Saya sendiri bernikah di masjid, memandangkan isteri saya adalah anak yatim piatu.bagi saya, bila berada di masjid semuanya akan jadi lebih terkawal..kawan2 isteri yang tidak bertudung, tampil manis bertudung menghormati lokasi...
Masalah yg diutarakn Abdullah Ngah-
"Seorang iman masjid mendatangi saya menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku terutama sekali ketika siri pengambaran pengantin yang bising seolah olah masjid bukan lagi masjid"
Pendapat saya..yang harus disalahkan dlm hal ini bukan acara mahupun lokasi, tetapi individu itu sendiri..Kalau individu itu tidak menghormati lokasi, wajiblah ditegur..bukan diumpat...
Kenapa tidak ditegur ketika itu? bukan kah bagus kalau Abdullah , membuat satu perubahan dengan menegur anak kawannya..?
Pokok pangkalnye diri sendiri...dengan sedikit kawalan..tak menjadi masalah lagi...
abdullah ngah,
ada org mcm saudara la yg menyebabkan islam selalu berpecah dan sukar bersatu..
sedangkan byk ulama tersohor mengakui salah 1 punca perpecahan serta kemunduran umat islam kini adlh krn byk berselisih pndpt dlm hal ranting / furu'.. apa makna hal ranting?ya'ni hal kecil, sampingan dan bukan perkara pokok/besar spt aqidah dsb..
tapi anda? semua anggap besar dan tiada kecil..tiada remeh temeh..
apa masalah anda abdullah?
http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/03/melayu-oh-melayu.html#more
Semua pi baca blog Tun M.Memang sedap,lazat lagi berkrim.Khusus untuk orang Melayu dan bekas-bekas Melayu seperti "segelintir" orang2PAS yg Islam tp aku tak tahu apa bangsanya.
aldan
remeh (temeh)-cemeh- tak mustahak,(Tak apa) tak penting (tak apa) tak berharga (tak apa).
bolehkah bertindak begitu atau mana dia bahana berbincang perkara temeh.
Pada hal, meremehkan, atau meremah-temahkan atau menganggap remeh (tidak mustahak, tidak penting tidak bernilai atau kecil tak itu sebagai mengabaikan,menghinakan.
wajarkah seorang yang mengaku islam bersikap dan bertindak demikian hatta dalam perkara ranting/puru'.
Apakah perkara ranting/puru' tidak mustahak,tidak penting, tidak berharga.
Kalau tak mustahak, tak penting, tak berharaga bagaimana imam imam besar dalam Islam berbincang satu sama lain dan masing masing berperinsep.
Tak berbincanglah membuat umat islam lemah dan hina, kerana pakai langgar itu dan ini atau dengan kata lain boleh buat sesuka hati apa saja, sedangkan ada larangan ketika masuk masjid.
atas sebab itulah kanak yang tak mumayyiz dibawa masuk masjid dan dibiarkan lintas sana lintas situ sehingga memganggu mereka solat, sedangkan membaca Quran dengan kuat dilarang kerana boleh menganggu orang yang solat, inikan pula kanak kanak yang berkejar kejaran yang pasti haram (berdosa)
Kanak kanak tak berdosa, tapi bapanya yang berdosa.Datang masjid untuk mendapat pahala, sebaliknya buat dosa,kerana bawa anak tak mumayyiz masuk masjid konon nak ajar dan latih solat, Siapa yang suruh kita ajar dan lkatih anak yang tak mumayyiz solat.
Bukankah usia tujuh tahun diajar solat dan 10 tahun kalau tak solat rotan.Tak rotan pun, tapi jika anak tak lulus ujian sekolah adayang pukul.
Kita bertindak memdahului Allah dan Rasul SAW.
Adakah ia kecil atau remeh atau boleh diremeh-temehkan?
abdullah ngah,
aku tak tau apa ade dlm fikiran ko..tp maaf ckp la, mentaliti pembangkang mcm ko mmg rendah..
aku bukan mufti dan bukan ahli majlis fatwa..tp kalau aku boleh bersuara, aku akan ingatkan semua pihak utk jaga adab di masjid..wartakan do's n dont's..beri lbh kuasa pd imam, bilal, siak, even security utk ambil tindakan jika ade kesalahan dilakukan..dlm semua majlis! x kira akad nikah ke, maulidur rasul ke ape ke.. waimma ceramah agama pun kalau selit fitnah salah n dosa jgk..bukan kanak2 bermain berlari je..
jd buat ape sibuk2 nak halang nikah di masjid? bende ni remeh tp bila ko keluar statement salah jadi la org mcm ko nampak mcm besar..
memang patut pembangkang x menang!
Salah orang masjid juga yang tidak menegur orang yang datang kemasjid. Seharusnya mereka menegur kerana "MELAYU itu memang mudah lupa". Usah takut untuk menegur. Bukan saja untuk bernikah bahkan untuk solat berjemaah sekalipun kadang-kadang sesetengah masjid tidak menegur kanak-kanak yang membuat bising. Bukankah itu juga menganggu orang lain yang bersolat. Walaupun mereka masih kanak-kanak. Seharusnya peranan ini juga perlu untuk semua termasuk Bapa kanak-kanak. Didikan agama itu seharusnya dari kanak-kanak biar dengan tegas dan berhemah. Kerana tidak menegurlah akan menjadikan perkara kecil melarat menjadi besar.
Kenapa Akad Nikah Dlm Masjid yg diberi perhatian sgt skrg ni...Wahai Orang-Orang Alim dan setafaf dengannya..lihatlah di luar sana, berapa banyaknya penceraian, berapa banyaknya kes membuang bayi, berapa banyaknya kejadian maksiat...apakah kamu menghampiri mereka2 itu untuk membetulkan keadaan. Bukankah mereka2 itu hampir keseluruhannya beragama Islam ???
Kerana perkara remeh, pada mulanya saya enggan membuat komen panjang lebar. Tetapi selepas difikirkan lagi, perlu dicuba luaskan pemikiran mereka yang suntuk, otak yang kecil mengatakan nikah dimesjid meniru budaya Kristian.
Nasib orang Melayu dan Muslim lah adanya orang seperti itu dilantik kaMajlis Fatwa Negeri. Saya tak faham kriteria yang digunakan bagi memimilh dan melantik orang keMajlis tersebut. Mungkin berdasarkan parti politik. Jika demikian, huduh benar dan singkat benarlah pendirian mereka yang menentukan kriteria itu.
Tidak perlu panjang lebar memberi sebab sebab dan keterangan baginya. Tidak ada so'al meniru budaya Kristian. Jika demikian, bukankah kedudukannya diMajlis Fatwa itu suatu tiruan juga. Bukankah Kristian juga ada Majlis bagi membincangkan isu isu agama mereka. Hanya bezanya mereka ada Pope yang menggerakkannya dan memberi kata putus baginya.
Dinegara Islam tidak ada Ketua yang berkedudukan dan mempunyai kuasa seperti Pope diVatican. DiMalaysia YDP Agong atau Raja Raja sebagai Ketua Agama Islam bertindak diatas nasihat Majlis Fatwa Negeri atau Negara. Maka keputusan dibuat beramai ramai. Bila ada suatu bangkangan saja, seperti dibuat Nik Aziz yang bukan pun Ahli Majlis Fatwa tetapi menggunakan nama Murshidur atau Tok Guru maka lembablah nak keluar keputusan. Hanya Nik Aziz sahaja yang boleh mengeluarkan "fatwa"nya dengan sendiri dan disanjung penganutnya. Termasuk kafir mengkafir, dan Tuhan pun mencarut, katanya.
Malahan satu kemungkinan bagi kelemahan Islam ialah tiadanya suatu kuasa pusat dan bersendirian yang memberi kata putus berkenaan beberapa isu agama. Maka terdapatlah berbeza fahaman berkenaan agama Islam.
(Sambungan)
Diantara kaum Sunni sahaja pun, Saudi Arabia dikatakan mahukan Wahabi Islam. Negara lain berlain pulak fahamannya. Maka Hari Raya ditentukan dengan kiraan hisab, ada yang mengikut falak nampak anak bulan atau tidak. Yang nakkan selamat, gunakan kedua duanya sekali. Maka masih tertunggu tunggu lagilah rakyat Islam yang tidak kemampuan mempunyai kereta susah menempah teket bas atau keretapi untuk balik kekampong diHari Raya dengan cuti yang singkat.
Maka isu yang lebih menyusahkan ummah seperti penentuan Hari Raya tanpa bergantung kapada anak bulan itu perlu dilebih beratkan supaya menyenangkan mereka yang tak banyak cuti dan tidak ada kereta sendiri. Perlu diberi mereka yang dapat cuti hanya pada Hari Raya peluang menempah teket tanpa menunggu melihat anak bulan.
Jika difikirkan mendalam, adalah zalim membiarkan mereka yang berpendapatan rendah bersusah payah berkejar-kejaran ke stesen bas atau keretapi apabila Hari Raya diistiharkan. Memang benar tarikh melihat bulan ditetapkan dengan awal dan jika tak nampak anak bulan, keputusan dibuat mengikut kiraan hisab. Tetapi mengapa masih bergantung kapada anak bulan juga lagi, walhal boleh diikut kiraan hisab dizaman moden ini sekarang.
Ini yang perlu Majlis Fatwa fikirkan. Bukan mengatakan kawin diMesjid itu meniru budaya Kristian dan lain lain perkara remeh temeh.
Ada lain lain isu yang Majlis Fatwa perlu selesaikan. Yang melibatkan pendirian antara parti parti politik. Sekarang negara negara Arab sedang bergolak politknya. Sudahlah ada pertelingkahan diantara ajaran Sunni dan Syi'ah. Ada pula berbagai Mazhab didalam kumpulan itu.
Memang, Kristian pun ada berbagai perpecahan diantara mereka. Tetapi didalam keadaan yang lalu hanya Yahudi sahaja yang nampaknya mengeksploitasi keadaan. Mungkin mereka sekarang gobar tak tahu pemerintah baru diMesir dsbnya akan berbaik dengan mereka. Mereka sudah tentu sedang giat memikirkan dan membuat apa saja bagi menjaga dan memajukan kepentingan mereka. Temasuk tindakan tindakan secara senyap dan rahsia.
Maka Majlis Fatwa sepatutnya menumpukan perhatian kapada menyatu padukan ummah diMalaysia ini. Dengan apa cara sekali pun asalkan halal disisi Allah. Jangan buang masa dengan isu isu remeh temeh seperti bernikah diMesjid itu. Cukup dengan mengarahkan Imam menjaga maruah dan kehormatan suasana mesjid diMajlis nikah. Dan arahkan supaya jangan benarkan perempuan kafir tak bertutup aurat memberi ucapan ditempat Imam sujud.
zendra,
Barangsiapa yang mengatakan nikah dimasjid ini perkara remeh atau temeh temeh maka mereka itu terdiri daripada orang yang sangat tak reti agama Islam yang syumul.
Namun betullah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT bahwa kebanyakan manusia zalim dan jahil.
hujahnya, ada hadis shahih nikah dalam masjid baik dan mulia dan ulama, termasuk Imam Shafie, Hanafi, maliki berbincang panjang lebar.
Kedua, masuk masjid adalah merupakan adab yang telah disyariatkan. Oleh itu bukan perkara main main atau sia sia.
Ketiga, ia harus jika ikut adabnya dan haram jika langgar adab yang telah disyariatkan.
Keempat, nikah dalam masjid ini telah selesai hasil dari perbincangan para ulama muktabar.
Oleh itu jangan main main dalam perkara adab yang telah disyariatkan.
Abdullah Ngah,
Terima kasih diatas pandangan anda. Tetapi saya susah menerimanya sebab beberepa perkara seperti berikut:
1. Saya tak faham apa makna “syumul”. Tidak ada diKamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mungkin bahasa Arab. Jika demikian, tolong (a). beri maknanya (b). nama kamus bahasa Arab-Melayu dan penerbitnya supaya saya boleh rujuk dan fahamkan dengan sepenuhnya, kemudian mengeluarkan hujah sama ada saya tak reti “agama Islam yang syumul” seperti anda kata itu
2. Anda kata “kebanyakan manusia zalim dan jahil”. Saya fikir bukan “kebanyakan”. Maksud anda “banyak maanusia” yang begitu, bukan "kebanyakan", perkataan yang bermakna "majoriti" atau "most". Inilah yang jadi susah nak berdailog bila anda gunakan kata kata dengan sembrono saja. Pilihlah sikit kata kata anda. Kalau “kebanyakan maanusia zalim dan jahil”, teruk sangatlah dunia ini – bukan begitu?
Kita boleh bincang siapa dia yang begitu. Saya baca Nik Aziz ada mengatakan banyak orang Melayu jahil. Tapi tidak banyak yang percayakan Nik Aziz. Dia diperlikan orang sebagai mengeluar “fatwa” tetapi ada yang mengetawakan dia dan fatwanya, termasuk bila dia kata Tuhan pun mencarut. Kalau ada Firman Allah yang dia nampak sebagai mencarut pun, sebagai orang tua (tak kisah jawatan atau pangkatnya), dia tidak boleh kata begitu dikhalayak ramai.
3. Kurang faham kata kata anda “ada hadis shahih nikah dalam masjid baik dan mulia” – jika demikian, anda bermaksud tidak salah nikah dimesjid, walau pun komen anda terdahulu ada komplen fasal tingkah laku mereka bergambar dll dan anda tidak sebut ada menegur tingkah laku mereka yang demikian
4. Anda tidak keluarkan Hadith itu dengan tepat atau dengan sepenuhnya. Anda hanya kata “ulama, termasuk Imam Shafie, Hanafi, maliki berbincang panjang lebar.” Atau sekurang kurangnya sebutkan sahih mengikut siapa, sebutkan nama kitabnya, nama penerbit kitab itu dsbnya.
Ini penting sebab ada berbagai mazhab dan puak didalam Islam, dan Kumpulan Syi’ah ada pendapatnya sendiri berkenaan Hadith. Juga sebab saya baca Bukhari sahaja kumpulkan lebihkurang 600,000 Hadith, dia hafal hanya 200,000 tetapi kitabnya mengandungi hanya lebihkurang 6,000 Hadith. (Kalau perlu, saya boleh cari dan sebutkan nama buku, Professor yang kata demikian dan penerbit buku itu).
5. Tolong sebutkan siapa yang mengata “ia harus jika ikut adabnya dan haram jika langgar adab yang telah disyariatkan”. Tolong beri butir butir lanjut yang saya boleh periksa dan dapat pengesahan kata kata itu. Yang harus saya tak khuatir, yang haram saya ingin tahu.
6. Tolong juga beri tahu apa makna “perkara adab yang telah disyariatkan” – apa makna “syariatkan”, siapa, bila dan dimana disyariatkan. Dan juga makna “nikah dalam masjid ini telah selesai hasil dari perbincangan para ulama muktabar”. Apa makna “muktabar”, siapa yang membincang, dimana perbincangan diadakan, atau apa kitab yang menyebutnya.
Tolong beri butiran lanjut – kalau hanya kata Hadith sebut, susahlah nak setuju sebab itu mungkin suatu pendapat sesiapa sahaja. Dan, untuk dapat saya faham, sila gunakan Bahasa Malaysia sebab saya tidak pandai Bahasa Arab. Kalau tidak, susahlah kita mahu berdailog disini.
PERBAHASAN BERDASARKAN HADIS
Nabi SAW bersabda :
أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ ، وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ
Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini.
Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan Kubra hadis no. 15095, diriwayatkan juga oleh at Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi hadis no. 1009
Imam at Tirmizi menyifatkan hadis ini sebagai Hadis Hassan Gharib.
Syeikh Badruddin al ‘Aini menyatakan di dalam Umdatul Qari bahawa ia juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an Nasa’ie dan at Thabrani mengikut sanad yang berbeza di dalam kitab masing-masing, dan lafaz yang berbeza-beza.
(Badruddin al ‘Aini, Umdatul Qari Syarh Shahih al Bukhari, terbitan Multaqa Ahlul Hadis, tahun 2006, bil 29, hal. 332)
Ia juga telah ditakhrijkan oleh Ad Dailami (jil.1 hal. 101, hadis no. 335), Ibnu Jauzi di dalam Ilal al Mutanahiah (jil. 2, hal 627, hadis no. 1034) beliau menyatakan hadis ini sangat dha’if (lemah), dan Ibnu Hajar al Asqolani di dalamFathul Bari (jil. 9, hal. 226) juga menyatakan sanadnya lemah.
(Jalaluddin as Sayuti, Jami’ al Ahadis, jil. 5, hal. 109, hadis no. 3829)
Saya tidak mahu memanjangkan kalam di dalam perkara ini, boleh saya ringkaskan bahawa hadis ini juga telah ditulis di dalam kitab-kitab hadis berikut :
1. Mirqatul Mafatih Syarh Misykatil Masabih, karangan Mula Ali Qari (jil. 29, hal 332)
2. Jami’ al Usul Fi Ahadisir Rasul, karangan Ibnu Athir (jil. 11, hal. 439, hadis no. 8975)
3. Jam’ul Jawami’ karangan Imam Sayuti (jil. 1, hal. 429, hadis no. 170)
4. Kanzul Ummal Fi Sunanil Aqwal Wal Af’al karangan al Muttaqi al Hindi (jil. 16, hal. 291, hadis no. 44535)
5. al Ifsah Fi Ahadisin Nikah karangan Ibnu Hajar al Haitami (jil. 1, hal. 16, hadis no. 25)
6. dan banyak lagi..
PERBAHASAN BERDASARKAN FIQH
Saya teringat, ketika pengajian bersama Syeikh Sayyid Syaltut di Masjid al Azhar, beliau pernah berkata :
“Ulama Mazhab lebih arif tentang hadis daripada kita, bahkan mereka juga ahli hadis”
Maka, mazhab menjadi panduan bagi kita dalam mengeluarkan hukum sesuatu. Mereka yang tidak berpandukan mazhab, bahkan hanya merujuk terus kepada hadis Nabi SAW hanyalah dikhususkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang tersebut. Ini kerana, untuk memahami hadis bukanlah dengan hanya membaca buku, kemudian terus jadi alim. Ia memerlukan kepada manhaj yang betul, dan panduan para ulama’.
Saya akan senaraikan beberapa perbahasan ulama Mazhab tentang akad nikah di dalam masjid :
Pertama : Mazhab Hanafi
Di dalam kitab al Bahrur Ra’iq Syarh Kanzid Daqa’iq (jil. 7, hal. 461) karangan Ibnu Najim al Misri, beliau berkata :
وَأَشَارَ الْمُصَنِّفُ بِكَوْنِهِ سُنَّةً أَوْ وَاجِبًا إلَى اسْتِحْبَابِ مُبَاشَرَةِ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِكَوْنِهِ عِبَادَةً
Pengarang (kitab Kanzud Daqa’iq karangan Imam Hafizuddin an Nasafi) menunjukkan bahawa menjadi perkara sunat, ataupun wajib kepada menggalakkan akad nikah di dalam masjid, kerana ia adalah sebagai satu ibadah
Az Zaila’ie menukilkan kalam al Kamal, di dalam kitab Tabyinul Haqa’iq (jil. 5, hal. 192) mengulas hadis di atas :
وَيُسْتَحَبُّ مُبَاشَرَةُ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ ؛ لِأَنَّهُ عِبَادَةٌ
Dan digalakkan melakukan akad di dalam masjid, kerana ia adalah satu ibadah
Juga dinyatakan di dalam kitab karangan ulama mazhab lain di dalam kenyataan ini seperti ad Durrul Mukhtar Wa Raddul Muhtar, Fathul Qadirkarangan Ibnu al Humam, Majma’ul Anhar karangan Syaikhi Zadah, Syarhul Kabir karangan Ibnu Qudamah dan banyak lagi.
Kedua : Mazhab Syafi’e
Di dalam kitab I’anatut Thalibin (jil. 3, hal. 273), karangan Abu Bakar ad Dumyati menukilkan ulasan tentang hadis di atas :
واجعلوه في المساجد مبالغة في إظهاره واشتهاره فإنه أعظم محافل الخير والفضل
sambungan..
Dan adakanlah (akad nikah) itu di dalam masjid, iaitu bermeriah dalam menzahirkannya dan menghebahkannya. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik sambutan yang baik dan mulia.
Beliau juga menyatakan di dalam halaman yang sama (jil. 3, hal. 273)
ويسن أن يكون العقد في المسجد
Dan disunatkan akad nikah dilakukan di masjid
Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj Fi Syarhil Minhaj (bah. 43, hal 493), karangan Ibnu Hajar al Haitami mengulas hadis di atas :
أَخَذَ الْبَغَوِيّ وَغَيْرُهُ مِنْهُ أَنَّهُ سُنَّةٌ فِي الْعُرْسِ
Al Baghwi dan lain-lain mengeluarkan hukum daripada mengambil hadis ini (hadis yang disebutkan sebelum ini), bahawa ia adalah perkara sunat di dalam perkahwinan
(ia juga telah dinukilkan oleh Imam Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj Ila Syarhil Minhaj, bah. 28, hal. 288)
Ketiga : Mazhab Maliki
Di dalam kitab Mawahibul Jalil Li Syarhi Mukhtasar al Khalil (jil. 5, hal. 26) karangan Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad al Maghribi menyatakan :
وأما العقد في المسجد فعده المصنف وغيره من الجائزات فقال في باب موات الأرض وجاز بمسجد سكنى رجل تجرد للعبادة وعقد نكاح ولم أر الآن من صرح باستحباب العقد فيه من أهل المذهب والله أعلم
Manakala akad nikah di dalam masjid, maka penulis (kitab Mukhtasar al Khalil) dan lain-lain menyatakan bahawa ia adalah diharuskan. Beliau (penulis kitab Mukhtasar al Khalil) menyatakan di dalam Bab Tanah Tandus, dan diharuskan untuk masjid itu, dihuni oleh lelaki yang memfokuskan ibadah semata-mata dalam hidupnya, dan berakad nikah. Dan aku belum nampak ketika ini, sesiapa yang menyebut dengan jelas tentang galakan berakad nikah di situ, dari kalangan ahli mazhab fiqh. WaLlahua’lam.
Jelas, adab seorang ulama apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan. Beliau yang bermazhab Maliki menyatakan bahawa akad nikah di dalam masjid diharuskan. Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa tidak mengetahui sekiranya ada di sana mazhab yang menyatakan ia digalakkan.
ULASAN TAMBAHAN
Dinyatakan di dalam kitab Ghamzu Uyunil Basa’ir Fisy Syarhil Asybahi Wan Nazha’ir (bah. 7, hal 122) karangan Ahmad bin Muhammad al Hamawi :
قَوْلُهُ : وَيُسْتَحَبُّ عَقْدُ النِّكَاحِ فِيهِ . كَذَا فِي مُنْيَةِ الْمُفْتِي وَعِبَارَتُهُ عَقْدُ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لَا يُكْرَهُ بَلْ يُسْتَحَبُّ
Katanya (pengarang kitab Asybah Wan Nazha’ir) : Dan digalakkan berakad nikah di dalamnya (masjid). Begitu juga disebut di dalam kitab Munyatul Mufti dan petikannya : Akad nikah di dalam masjid tidak makruh, bahkan digalakkan.
Di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah, terbitan Kementerian Waqaf, bil. ke 45, no. 28, menyebut :
اسْتَحَبَّ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ عَقْدَ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِلْبَرَكَةِ ، وَلأَِجْل شُهْرَتِهِ فَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ.
Jumhur Fuqaha telah mengharuskan akad nikah di dalam masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda “Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini”
وَأَضَافَ الْمَالِكِيَّةُ فِي إِجَازَتِهِمْ لِعَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ أَنْ يَكُونَ بِمُجَرَّدِ الإِْيجَابِ وَالْقَبُول مِنْ غَيْرِ ذِكْرِ شُرُوطٍ وَلاَ رَفْعِ صَوْتٍ أَوْ تَكْثِيرِ كَلاَمٍ وَإِلاَّ كُرِهَ فِيهِ .
Ulama Mazhab Maliki menambah dalam menghukumkan sebagai harus, bagi akad nikah yang dilakukan di dalam masjid, iaitu hendaklah semata-mata lafaz ijab dan qabul, tanpa menyebut syarat-syarat yang lain, juga tanpa meninggikan suara, atau banyak bersembang. Sekiranya tidak (iaitu sekiranya terdapat unsur-unsur ini) maka, hukumnya makruh.
sambungan..
Di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah, terbitan Kementerian Waqaf, bil. ke 45, no. 28, menyebut :
اسْتَحَبَّ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ عَقْدَ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِلْبَرَكَةِ ، وَلأَِجْل شُهْرَتِهِ فَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ.
Jumhur Fuqaha telah mengharuskan akad nikah di dalam masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda “Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini”
وَأَضَافَ الْمَالِكِيَّةُ فِي إِجَازَتِهِمْ لِعَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ أَنْ يَكُونَ بِمُجَرَّدِ الإِْيجَابِ وَالْقَبُول مِنْ غَيْرِ ذِكْرِ شُرُوطٍ وَلاَ رَفْعِ صَوْتٍ أَوْ تَكْثِيرِ كَلاَمٍ وَإِلاَّ كُرِهَ فِيهِ .
Ulama Mazhab Maliki menambah dalam menghukumkan sebagai harus, bagi akad nikah yang dilakukan di dalam masjid, iaitu hendaklah semata-mata lafaz ijab dan qabul, tanpa menyebut syarat-syarat yang lain, juga tanpa meninggikan suara, atau banyak bersembang. Sekiranya tidak (iaitu sekiranya terdapat unsur-unsur ini) maka, hukumnya makruh.
وَزَادَ الْحَنَفِيَّةُ فِي الْمُخْتَارِ عِنْدَهُمْ : أَنَّ الزِّفَافَ بِهِ لاَ يُكْرَهُ إِذَا لَمْ يَشْتَمِل عَلَى مَفْسَدَةٍ دِينِيَّةٍ فَإِنِ اشْتَمَل عَلَيْهَا كُرِهَ فِيهِ
Ulama Mazhab Hanafi pula menambah kitab al Mukhtar (Durrul Mukhtar Wa Raddul Muhtar) : Sesungguhnya majlis perkahwinan itu tidak makruh sekiranya tidak mengandungi unsur-unsur yang rosak dari perspektif agama. Sekiranya terdapat, maka makruhlah hukumnya.
BILAKAH HUKUMNYA HARAM?
Sepertimana yang telah saya sebutkan, ulama fiqh telah membahaskan begitu panjang lebar tentang akad nikah di dalam masjid. Ia bukanlah satu perbincangan yang baru. Hukum asal bagi akad nikah di dalam masjid, samada harus, sunat atau wajib.
Akad nikah di dalam masjid boleh jadi haram disebabkan beberapa faktor, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami (bil. 3, hal. 1092)
أما عقد النكاح في المسجد فشيء مندوب، نطقت باستحبابه الأحاديث ولكن ما يصحبه من الرقص، والغناء فلا يجوز أصلًا، فإن كانت حفلات الزواج لا تخلو من هذه المنكرات، فلتجنب المساجد منها
Manakala akad nikah di dalam masjid, ia adalah sesuatu yang digalakkan. Telah disebut galakan tersebut di dalam hadis-hadis. Akan tetapi, apa yang diiringi dengannya unsur-unsur tarian dan nyanyian, maka tidak dibenarkan. Sekiranya majlis perkahwinan itu tidak terlepas daripada unsur-unsur kemungkaran ini, maka hindarilah masjid daripadanya.
Apa yang dinyatakan di sini ialah, akad nikah di dalam masjid itu bukanlah diharamkan. Sebaliknya unsur-unsur yang diselitkan di dalam majlis ini, yang mengandungi unsur haram, maka ia diharamkan. Pengharamannya bukan disebabkan akad tersebut, tetapi disebabkan nyanyian, tarian dan sebagainya.
Juga disebutkan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami (bil. 3, hal. 1282) :
إذا قلنا يندب عقد النكاح في المسجد ولا تجوز إقامة الحفلات فيها إذا اقترنت بمحظور شرعي كاختلاط إلى آخره
Sekiranya kita mengatakan digalakkan berakad nikah di dalam masjid, maka tidak dibenarkan melaksanakan majlis perkahwinan tersebut apabila disekalikan dengan unsur-unsur yang dilarang oleh syara’ seperti percampuran jantina dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, di dalam kitab al Madkhal karangan Ibnu al Haj (bah. 2, hal. 264) mengajar kita beberapa adab ketika melakukan akad nikah di dalam masjid, tidaklah mengharamkannya semata-mata.
sambungan..
Syeikh Mustafa al Adawiy pula melontarkan sesuatu perkara di dalam Silsilatut Tafsir (jil. 10, hal 18)
صحيح أن المسجد أفضل بقعة، لكن كون جمع الناس في المسجد للعقد أفضل من غيره يحتاج إلى دليل، وقد يكون العقد في أي مكان سواء، فسنة الرسول هي الحكم، وقد عقد الرسول صلى الله عليه وسلم في البيت، وفي المسجد، وتعقد حتى في الطريق، أو في أي مكان بحضور الولي والشهود. هذه هي السنة. لكن أن تعمل العقد في المسجد، وتقول للناس: هذه الصورة الإسلامية للعقد فهذا افتراء على سنة رسول الله عليه الصلاة والسلام
Benar, Masjid itu adalah tempat yang paling baik. Tetapi, menghimpunkan manusia di dalam masjid untuk akad nikah di situ apabila dikatakan lebih baik daripada tempat lain, maka ia perlu bersandar pada dalil. Kadangkala akad di mana-mana tempat pun sama sahaja. Maka, sunnah Nabi SAW itu menjadi hukum. Nabi SAW pernah mengakadkan orang di rumah, dan di masjid. Pernah juga akadkan orang di jalan, ataupun mana-mana tempat dengan kehadiran wali dan saksi. Inilah sunnah. Akan tetapi, apabila akad dilakukan di dalam masjid, lalu kamu pula berkata kepada manusia : Inilah cara Islam untuk akad nikah, maka ia adalah rekaan terhadap sunnah Rasulullah SAW.
Jelas di sini, Syeikh Mustafa Adawiy tidak menafikan bahawa akad di dalam masjid itu adalah sunnah Nabi SAW, sebaliknya beliau menafikan golongan yang cuba mengatakan akad di dalam masjid ini adalah cara Islam, sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap akad di rumah, atau di tempat-tempat yang lain.
Alhamdulillah, masyarakat Melayu di Malaysia, tidak pula memandang serong terhadap pasangan yang berakad di rumah. Tetapi, sangat kesal apabila ada golongan yang memandang serong berakad nikah di masjid.
KESIMPULAN
Hadis yang telah dinyatakan di permulaan penulisan ini adalah Hadis Hassan Gharib, yang telah diriwayatkan beberapa ulama’ hadis. Walaupun demikian, para fuqaha’ menggunakan hadis tersebut untuk mengeluarkan hukum berakad nikah di dalam masjid.
Maka, ringkasan hukumnya sepertimana yang dinyatakan :
1. Akad di dalam masjid hukumnya sunat berdasarkan Mazhab Hanafi dan Syafie.
2. Akad nikah di dalam masjid hukumnya harus pada Mazhab Maliki.
3. Hukumnya boleh jadi makruh, sekiranya terdapat di dalam akad nikah tersebut, unsur-unsur yang tidak elok. Sepertimana yang dinyatakan di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah. Akad nikah di dalam masjid semata-mata, tidaklah makruh, sebaliknya unsur-unsur yang digabungkan bersamanya.
4. Hukumnya boleh jadi haram, sekiranya terdapat unsur-unsur haram, sepertimana yang dinyatakan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami. Akad nikah di dalam masjid semata-mata tidaklah haram, sebaliknya unsur-unsur yang digabungkan bersamanya.
5. Tiada pendapat yang menyatakan akad nikah wajib dilakukan di dalam masjid. Sebaliknya ia boleh dilakukan di mana-mana tempat yang sesuai. Sila rujuk Silsilah Tafsir karangan Mustafa Adawiy.
6. Tiada pendapat yang mengatakan akad nikah haram dilakukan di dalam masjid, kerana Nabi SAW pernah mengakadkan orang di dalam masjid. Maka, tidak mungkin Nabi SAW melakukan perkara yang haram.
Maka, daripada kesimpulan ini, dapatlah kita fahami bahawa Islam mengajar kita supaya “tidak melampau” dan “tidak pula meringan-ringankan”. WaLlahua’lam.
abdullah ngah,
sedih la dgn kau..
kau yg copy n paste tp nampaknya kau yg x faham..
tu la lain kali yg main paste je..fahamkan sepenuhnya..
mentaliti pembangkang, x faham isu, main hujah je..dah tu hujah sendiri pun x brp faham..
Salam Ustaz,
Perkara remeh ini dah lama bermain d fikiran umat Islam sekarang.
Maaf saya berani katakan, umat Islam hanya tahu cetak buku agama yang asyik2 sama dan hanya cuma ubah wajah kulit buku sahaja...intipati dalam buku sama sahaja. Tak beruba satu pun.
Maksud saya boleh umat Islam mengeluarkan buku ilmiah moden dan pandai tarik perhatian pembeli.
Ini tidak termasuk drama tv yang selalu berulang-ulang. Hanya menceritakan tahyul umat Islam yang tidak berubah-rubah dan cerita seorg ustaz hanya banyak hadapi dugaan besar...lagi besar daripada dugaan pemimpim.
Pernah dalam satu cerita, ada seorg ustaz yang memberi ceramah d surau pejabat kami, ustaz ini memperlekehkan cara kita berwuduk apabila terkentut!
Cadangan ustaz itu, hanya cuci bontut sahaja, sebab d situ ada najis, tak perlu angkat air solat balik.
Saya ada sebuah buku yang mempertikaikan cara umat Islam bersolat dan dari "A" sampai "Z" salah berlaka...lagi sekali kita d dendangkan ilmu dan hujah remeh temeh.
Gejala ini tidak sihat dan banyak membuang masa sahaja bagi umat Islam.
Ayah saya cakap, agama Islam ini mudah dan seronok untuk deterokaia. Bukan susah d amalkan. Kenapa ustaz dan ustazah d luar sana cari perkara remeh temeh?
Berani saya cakap, ustaz dan ustazah zaman sekarang takut pada perubahan dan takut pada bayang-bayang mereka sendiri. Sikit-sikit menyalahgunakan saluran yang betul untuk kepentingan masing-masing.
Ini belum lagi penyelewengan duit kariah masjid dan surau...tutup mata aje. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Ustaz,
Perubahan anak muda ada, dan sentiasa membara untuk merubah, tetapi terdengar suara sumbang dan suara basi seperti tak gosok gigi pagi-pagi " d dunia ini cuma sementara, tak perlu d kejar-kejar , dan lagi pun bukan d ambil perhatian oleh pencipta"...lagi teruk ..."miskin lebih mulia daripada kaya"..."sekolah sekular tak bagus...hantar anak kita ke sekolah agama"...."ilmu akauan tak penting ...sebab kita tak boleh kira pahala kita d sana"...
sedih sy...
Sebelum itu izinkan sy menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga En Mat Seth yang telah meninggal dunia pagi ini, alhamdulilah Jenazah selamat d semadikan di tanah perkeburan sek 21 shah alam. Semoga roha En Mat Seth di cucuri rahmat...amin.
Saya cukup kenal en mat seth, dia seorang yang baik dan alim. Dia tak pernah tinggi suara dan mengupat dan mencari kesalahan org lain. Saya kehilangan kawan yang baik budi dan baik akhlak nya...kenangan bersama sidia akan sy ingati semasa sy bertugas d MBSA, selama 10 tahun.
Kembali kepada isu remh temih ini, sy berharap hujah-hujah yang d bentangkan biarlah bernas dan boleh d terima pakai...
Lagi satu sy nak tegur iklan-iklan d slauran elektronik, yang d imana tujuan iklan itu lari daripada tajuk, bukan nak jual produk tetapi menampkan menjual tubuh badan...siap ada no tel. Mana pernah seorg wanita memberi no tel pada lelaki yang tidak kenal? Bayangkan kalau lelaki itu tak hensem dan dan macho, tetapi memakai produk haruman badan, adakah wanita d sebelah dia atau d mana-mana bahagian akan tertarik dan sanggup memberi no tel dia ? sudah tentu seperti langit dan bumi...takut-takut perempuan itu tak pandang dan lari terus, paling kelakar pecut kereta itu...:)
Biarlah logik apabilan menjual produk...biaralah berasa apabila kita menyampai sesuatu.
Isu remeh isu lapuk isu ungking mengukit ini patutu d hentikan...
hentikan apa cara seklai pun untuk mendapat kesenangan d jalan yang salah.
Salam Ustaz.
Kelakar pun ada ngan ustaz yang pi kata nikah dekat masjid tiru kristian.
Itu " ustaz kartun ". biarkan dia terjun dengan labu2nya.
Nak tanya ustaz tu, orang melayu pakai ketayap (kopiah putih) tiru siapa agaknya ???
Ustaz ni pun macam orang politik juga. bukan semua yang depa cakap tu boleh pakai belaka.
Yang sesuai dan konstruktif ... kita ambil, yang lain2 tu ala buat halua telinga ajer lah.
Idea macam ustaz RT ni baru konstruktif. dunia boleh akhirat pun boleh.
Minda Gergasi pula kalau umat Nabi Muhammad bincang idea supaya semua org dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan seharian.Dan tinggalkan perselisihan dalam apa jua bentuk dan rupa :)
memang nikah kat masjid ni tak salah.Yang jadi masalah bila pengantin dan tetamu memakai pakaian yg tak menutup aurat dengan sempurna. Pakai baju gak tapi jarang2 nampak kulit ataupun ketat samapai nampak susuk tubuh yang seksi....sokong pada AJK untuk beri nasihat kepada sesiapa yang buat majlis akad nikah di masjid supaya mematuhi adab2 masjid....kalau tak jalan jugak ....tengking jek diorang atau halau diorang keluar...kalau diorang lawan panggil ahli kariah masjid yg lain untuk halau diorang keluar....baru padan muka.
dalam masjid pun tak selamat dari maksiat kalau tak ade ketegasan terhadp org2 yg mencemarkan tempat ibadat. Kalau nak berbogel pun berbogel le kat luar masjid...pakai baju tapi berbogel....damn betul UMNO.
report polis dulu kalau tak ade tindakan daripada pihak berkuasa baru boleh guna kekerasan.
Titik gempa hampiri Malaysia
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
maksiat dah banyak, jadi memang dah tiba masa untuk bala turun.
Kepada Anwar dan keluarga. Bersabarlah dengan dugaan tuhan. Kasihan Anwar Ibrahim ....
Kes meliwat Saiful baru saja habis. Semua orang tertunggu2 akan keputusan perbicaraan.
Datang pulak kes video sex dengan pelacur warga cina. Semua orang juga ternanti2 akan hasil siasatan oleh pihak polis.
Jika Anwar memang tak bersalah. Allah akan berlaku adil kepada kamu dan ahli keluarga kamu. Allah juga akan melindungi kamu dari apa jua keaiban.
Tapi jika memang kamu buat apa yang dituduh, maka redho lah dengan ketentuan oleh Allah swt.
Kerana hanya Allah yang maha mengetahui apa yang kamu buat dan apa yang kamu tak buat.
kebenaran akan terungkai jua
wahai rakan2 sekelian. Saya merayu agar dihentikan perselisihan pendapat ttg UMNO dan PAS. Lihat di website malaysian Insider dan Malysiakini, kita diserang oleh pelbagai pihak kerana isu agama.
Jgn kecilkan skop, krn pd zaman ini Islam dicemari bukan sahaja oleh yg bukan Islam malah sesama Islam s'diri. Renungkan lah.
Saya sarankan, anda menjawab hujjah mereka di web site tersebut krn sesungguhnya kredibiliti kita termasuk ahli politik amat rendah sekali tambahan lg dgn isu video lucah etc
Pening la dgn Pak Dolah nie...Bunyi hujah tadi macam x setuju nikah di masjid... Tapi bila kemukakan bukti hadis semuanya kontradik dgn hujah dia....
Betul gak nape dia x tegur ajer org yg mencemarkan kesucian masjid tuh??? Betul imam tu sepatutnya tegur sebab dia yg mempunyai kuasa... So dalam hal ni siapa menzalimi siapa???
Saudara Hazil
Kita mahu Umno dan kita mahu juga kepada Pas.
Kita rasa pelik. Kenapa Umno boleh bersama dengan MCA, Gerakan dan MIC tapi tidak dengan Pas.
Kita rasa terkilan. Kenapa Pas boleh bersama dengan DAP tapi tidak dengan Umno.
Unmo dan Pas tanpa sedar telah menjadikan "islam" sebagai tiket untuk menghalalkan perpecahan sesama melayu.
Umno dan Pas tanpa sedar juga telah memanupulasikan "islam" sehinga orang melayu sendiri mulai rasa tidak selamat dan tidak ada jaminan masa depan di tanah iair sendiri.
Nak selamat macam mana kalau Umno dengan Pas tak ambil serius memikirkan tentang perpaduan melayu. Yang mereka duk fikir siang dan malam adalah macam macam nak tarik undi bukan melayu kepada mereka.
Apa pendapat anda Hazil ????
Matlamat PR
PRU 12 - berpakat menafikan 2/3 penguasaan BN. Berjaya.
PRU 13 - berpakat untuk menumbangkan BN. Jika berjaya. Siapa yang akan jadi PM, jadi TPM, jadi menteri, jadi timbalan menteri dan lain2nya ... itu kemudian boleh fikir ... sudah berjaya baru kita fikir ... kita tengok lah parti siapa menang paling banyak dia lah yang akan lead the government.
Jika ini terjadi kita akan berhadapan dengan satu catastrophy yang akan mengharu birukan kita semua (rakyat malaysia).
Pakatan Pas, DAP dan PKR ... tak berapa jelas ... masing2 ada agenda sendiri2.
Pas lebih diterima di kalangan melayu yang tak berparti atau ahli Umno yang moderate sekiranya berjuang bersendirian.
Semua orang melayu mengakui Pas bercakap islam lebih daripada yang Umno cakap. Tapi orang melayu masih ternanti2 Pas buat islam lebih baik daripada yang Umno buat walau pun telah diberi peluang di Kelantan, di Trengganu dan terkini di Kedah.
Sekadar untuk sama2 kita fikirkan.
Scr strukturnya, mmg kita hny ada UMNO dan PAS. Ttpi bg saya sbg seorg rakyat M'sia tntu kita mahukan pemerintahan yg adil. Sbg rakyat kita mesti M'DESAK s'ada UMNO dan PAS agar ikhlas dan tdk terlalu b'politik i.e. PAS kt A, UMNO plk kt B dan sebaliknya wlpn antr mereka tahu hakikat dan kbnrn. Ini semua tdk lain dr nk mengambil hati kaum lain. UMNO t'lbh dhl menjuarai hal ini. dan apbila PAS melakukannya, saya dan ramai lg yg tidak menyukainya.
Kita juga mesti MENDESAK agar kepimpinan ngr membuang gejala buruk spt rasuah, salahguna kuasa, dll prkr yg bkn shj org Islam mahukan ttpi juga bangsa lain.Jgn hny terikut2 rentak ahli politik semata2 hinggakan kes2 lucah jd bhn utama politik ngr. ini amat memalukan. saya percaya, pemimpin politik membaca komen kita, dan sekiranya kita istiqamah mendesak mereka, saya pasti kita akan berjaya menyatukan persaudaraan Melayu berpegang melalui tali Islam. Islam tdk harus dipandang sbg tiket, krn Islam adalah cara hidup.
PRU 2008, rakyat tlh mmberi peluang hatta kpd DAP, ttpi lihat apa yg mrk lakukan, hujjah Dr. Tee amat tpt sekali menerangkan sikap mrk yg ultrakiasu.
Sbg umat Islam, cb kita fahami apa yg disampaikan oleh Dr. Tee dr artikel beliau. sbg rakyat yg menentukan, ketepikan buat seketika perselisihan politik, tumpukan kpd usaha bkn Islam menyerang agama kita yg paling utama.Diharap ukhuwah Islam itu dpt mematahkan serangan mereka. They are making a loud noise, and it can be heard all over the world. Penulisan akhbar, kajian bnyk menyentuh ttg ketidakpuasan ht mereka. Bgmn ttg kita, apa yg kita blh suarakan kl kita hnya b'perang sesama kita shj.
saya jg bersetuju dgn tok garu agar PAS berdiri s'diri. Sekiranya PAS kuat dan dpt melembutkan hati umat Islam dgn hikmah dan tauladan, saya percaya kebenaran akan dtg juga, dgn syarat PAS s'diri mesti bersih dr gejala yg tidak baik. Apa kelemahan yg kita lihat dlm PAS kini mgkin hasil dr nawaitu dan tindakan mereka sendiri.Itu mereka wajib perbetulkan
Ia blh berlaku sekiranya calon UMNO tdk diletakkan menentang calon PAS. Elakkan pertembungan calon UMNO dan PAS agar pengundi dpt memilih kedua2 parti ini. Dgn itu, apabila kita mendapat majoriti, UMNO dan PAS tdk lain terpaksa bekerjasama dan berdamai.
Namun demikian, saya tdk suka bercakap di atas kerangka PAS atau UMNO,krn setiap pemimpin perlu mempunyai kriteria tertentu. Akn tetapi matlamat utk memerintah bg kesejahteraan ngr harus dijunjung utk semua, Islam dan bukan Islam. Cuma kdgkl pemimpin perlu bertegas dgn syarat berilmu. saya lihat byk keputusan pemimpin kita amat dangkal dan memalukan
Salam dari bumi para anbiya’
Quoting:
“Orang Cina yang baik-baik dan berpegang kepada agama, tidak pernah suka kepada judi dan gejala yang merosakkan. Apa yang diharamkan dalam Islam, turut diharamkan dalam agama mereka seperti isu judi, arak, zina dan sebagainya”
Kenyataan sebegini amat mahal dan bermanfaat bagi kami Melayu Islam memandangkan saudara arif tentang orang Cina dan kebanyakan budaya mereka. Saya melihat ini sebagai kelebihan saudara yang mungkin tidak ada pada pendakwah lain. Semoga saudara dapat terus memanfaatkannya demi kemaslahatan ummah dan rakyat Malaysia amnya.
"Lebih menggelikan lagi menonton rancangan suami isteri yang dihoskan oleh pasangan ustaz dan ustazah yang begitu meloyakan dengan panggilan-panggilan ling (darling), yang (sayang), bang (abang) dan sebagainya. Ya, kita tidak nafikan panggilan manja itu baik, tetapi janganlah terlalu over atau berbau gatal. Kita tidak mahu nanti digelar sebagai ustaz atau ustazah yang over atau menggatal"
Saya kira cantik kiranya bahagian atas artikel tidak terlalu berbau emosi, meski kita mengutamakan kepuasan akal dalam berhujah. Sekurang-kurangnya mereka suami isteri yang sah untuk berbuat demikian, berbanding filem-filem cinta yang lebih menggelikan dan memualkan di samping ketiadaan lesen halal tersebut. Saya yakin saudara kita (hos rancangan) tidak gembira andai terbaca pendapat sebegini. Dan saya kira kes mereka juga agak remeh jika dibandingkan dengan 'keberanian' para artis yang seringkali tidak menjaga adab dalam mempersembahkan karya mereka.
Soal nikah di masjid bukanlah perkara SIA-SIA untuk dibincangkan. Pun begitu jika dibandingkan dengan isu besar ummah yang lain seperti kes zina dan buang bayi, maka isu nikah di masjid ini dikira sebagai isu remeh untuk dijadikan sumber pertelingkahan. Jelas apabila penulis menggunakan perkataan REMEH dan bukannya SIA-SIA apabila merujuk kepada isu nikah di masjid, sebagai bantahan kepada hujah saudara Abdullah di atas.
Kepentingan mempelajari Fiqh Awlawiyat tidak boleh dipertikaikan lagi apabila seringkali kita tergelincir membesarkan perkara remeh dan melupakan perkara penting yang ada di hadapan. Wisdom adalah apa yang paling diperlukan oleh mereka yang mendalami agama supaya dapat meletakkan sesuatu pada tempatnya. Walaupun saya seringkali hairan mengapa mereka yang memakai lesen ustaz/ustazah hanya tahu menghukum orang dan bukannya mencari penawar kepada tiap masalah masyarakat secara berhikmah.
Syukran atas perkongsian daripada saudara penulis, maaf andai terdapat kekasaran bahasa.
Wallahua’lam.
Post a Comment