Saya amat musykil kenapa kita perlu menyambut bulan bahasa kebangsaan peringkat kebangsaan, satu bahasa yang sedia termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan yang mesti dikuasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa berkecuali. Kenapa perlu kita mengadakan program sebegini setelah 53 tahun merdeka? Tidakkah tanggungjawab asas ini mesti difahami dan perlu dipikul oleh setiap rakyat Malaysia? Kenapa baru hari ini kita mahu kuatkuasakan iklan dan papan tanda dalam bahasa Melayu? Tidakkah kita merasa jelek selama ini melihat papan-papan tanda menggunakan bahasa yang pelik-pelik? Sebenarnya, kita tidak sensitif dengan identiti atau jati diri kita sendiri. Kita rasa lebih berlagak kerana dapat memahami bahasa (budaya) orang lain daripada bahasa (budaya) bangsa sendiri.
Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa. Namun, saya tetap bersangka baik, daripada tiada langsung, lebih baik ada.
Kadangkala saya tidak menyalah bangsa lain, kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Kita sahaja yang tidak mahu menggunakan peruntukan dan kuasa yang ada untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Saya tidak pasti sejauhmanakah kita mengimplementasikan syarat wajib lulus dalam bahasa Melayu mendapatkan kerja di sektor swasta? Apa yang saya tahu, langsung tidak ada pengawalan. Sama ada mereka lulus atau gagal bahasa Melayu, atau mungkin langsung tidak tahu berbahasa Melayu, sudah tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah Malaysia boleh! Kenapakah kepentingan masa depan ini tidak dilihat secara serius?
Sebelum inipun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah membangkitkan dan membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan. Baginda menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Kebimbangan tentang nasib dan masa depan orang Melayu akibat berpecah-belah di negara ini pernah diutarakan oleh raja-raja Melayu yang lain seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dalam ucapan-ucapan baginda.
Sehingga ke hari ini, saya amat tertanya-tanya, apa yang menjadi masalah kepada kita untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara? Negaranya berasal dari Tanah Melayu, Raja-rajanya adalah Melayu, mempunyai kuasa ke atas Islam dan Melayu, Tanah rezab Melayu, majoriti rakyatnya orang Melayu, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Melayu yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh. Persoalannya, kenapa semua ini seolah-olah ianya boleh ‘terlepas’ ataupun sudahpun ‘terlepas’. Sepanjang pengamatan saya, negara-negara lain di dunia ini, tidak ada masalah langsung untuk memperkasakan perkara-perkara asas berkaitan dengan pembinaan masa depan dalam sebuah negara bangsa, kerana mereka tahu perlembagaan asas kepada hidup mati sesebuah negara? Rosak perlembagaan, rosaklah negara dan rakyatnya.
Perlu diingat, jika kitab suci itu adalah pegangan hidup beragama, maka perlembagaan adalah asas pegangan hidup bernegara. Dalam konteks yang lebih kecil, perlembagaan adalah asas kepada penubuhan sesebuah persatuan atau organisasi. Tanpa perlembagaan, persatuan atau organisasi tidak boleh ditubuh secara sah. Jika kita tidak setuju dengan perlembagaan tersebut, kita mesti kita mengambil jalan untuk keluar daripada pertubuhan tersebut. Begitulah dalam konteks bernegara, jika perlembagaan tidak dipatuhi, kita mesti mengambil jalan untuk keluar. Carilah tempat-tempat yang mana perlembagaannya dapat memenuhi selera dan nafsu kita.
Ini asas-asas bernegara dan berpersatuan yang mesti difahami. Saya berasa amat pelik kenapa ada segelintir daripada kita tidak langsung mengendahkan arahan kerajaan supaya kurikulum sekolah jenis kebangsaan dan sijil sekolah jenis persendirian dirombak mengikut kurikulum atau silibus kenegaraan, agar penguasaan bahasa Melayu menjadi lebih mantap. Namun, sudahlah arahan tersebut tidak diikuti, mereka lebih sibuk dan takut jika kurikulum dan silibus tersebut tidak diikhtraf oleh negara lain yang menjadi kiblat mereka selama ini?
Semua ini berlaku disebabkan oleh kita terlalu banyak berpolitik daripada memikirkan agenda membina negara berasaskan identiti nasional. Kita terlalu takut kalah pilihan raya, kita terlalu takut hilang kuasa. Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri.
Kebiasaannya, kempen bulan bahasa tidak dilakukan ke atas bahasa kebangsaan kerana rakyat Malaysia wajib menguasai bahasa ini sama ada suka atau tidak. Kempen bahasa kebangsaan sepatutnya giat dijalankan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil atau di tempat-tempat bahasa Melayu tidak didaulatkan. Begitu juga dengan kempen ke atas bahasa-bahasa sampingan yang lain bagi menyemarakkan penguasaan bahasa-bahasa sampingan tersebut, seperti bahasa Inggeris.
Lihat sahaja negeri China, Jepun, Perancis, Amerika, Australia, Thailand, Vietnam dan sebagainya, bahasa mereka begitu mendominasi negara tanpa berkecuali. Kenapa negara kita tidak bersifat sedemikian? Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang guru senior India yang mengajar bahasa Inggeris, di Kuala Lumpur, menggelarkan dirinya cikgu Siva Malaysia. Beliau amat terkenal di sekolahnya disebabkan cara hidup beliau yang amat berjiwa Malaysia berakarkan semangat kebangsaan kenegaraan yang begitu kuat. Bahasa Melayunya amat fasih mengalah orang Melayu sendiri. Saya fikir cara dan akhlak beliau seperti orang Islam, walaupun hakikatnya beliau masih belum Islam.
Beliau melahirkan kebimbangannya mengenai politik Malaysia yang amat bersifat perkauman. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak didaulatkan, apatah lagi dikuasai. Selaku seorang Kristian yang selalu ke gereja, katanya, sesetengah gereja turut bersifat perkauman. Menyindir dan mengutuk bangsa dan agama lain adalah perkara biasa.
Isu video klip mengenai ceramah seorang Cina Muslim, mengenai agama Buddha dengan ‘King Kong’, sengaja diperbesar-besarkan oleh laman web Malaysian Insider, begitu jelas berniat hajat. Memang tidak nafikan pandangan tersebut tidak wajar. Apa kata kita jika orang bukan Islam turut melakukan perkara yang sama. Namun, laman web tersebut sengaja menjadi isu ini, untuk membalas dendam atas tindakan memperbesar-besarkan isu paderi Kristian menghina Islam di dalam gereja. Isu paderi gereja menghina Islam, bukan isu baru. Saya minta kita biasakan pergi sama buat siasatan di tempat-tempat lain seperti gereja, apakah mereka tidak mengutuk agama dan bangsa lain?
Apapun, Cikgu Siva amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana dapat menjaga negeri bertuah ini dengan aman damai. Dengan adanya pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara, orang bukan Islam berasa aman untuk menunaikan ibadat di rumah ibadat masing-masing.
Beliau turut memuji ceramah-ceramah oleh para agamawan Islam yang memberi ceramah dan kuliah-kuliah, yang mana mereka jarang mengutuk atau menghentam orang bukan Islam. Yang selalu diajar adalah untuk bagaimana caranya untuk menyeru bukan Islam supaya kembali memeluk Islam. Pendekatan yang kasar sedemikian, amat jarang sekali diajar di rumah Allah itu, kecuali beberapa kes terpencil.
Beliau amat menghargai toleransi umat Islam. Katanya lagi, kes pembunuhan Datuk Sosilawati adalah satu contoh jelas toleransi tersebut. Umat Islam dapat menerimanya secara terbuka tanpa menyalahkan mana-mana kaum. Pihak keselamatan pula, awal-awal telah membuat kenyataan bahawa ia tidak ada kaitan dengan isu perkauman. Begitulah seterusnya dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan supaya kita bertenang dan bertenang. Umat Islam menerima ketentuan takdir ini, tanpa rasa permusuhan dan benci terhadap orang India.
Bayangkan, andai kata peristiwa ini berlaku sebaliknya, menimpa orang bukan Melayu, yang melakukannya adalah orang Melayu. Apakah bukan Melayu akan menerimanya sebagaimana penerimaan orang Melayu? Apakah berita seperti ini tidak akan disensasikan dalam akhbar-akhbar mereka atau internet? Begitulah toleransi yang amat saya puji, bila kena pada orang Melayu (Islam), atas dasar toleransi, orang Melayu tidak banyak bicara. Namun, bila kena pada orang lain, bagaimana kesudahannya? Selama kes ini disiasat pun, ada suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan dan pihak polis. Persoalannya, kenapa kita tidak menghormati toleransi seperti ini? Apakah lagi jenis toleransi yang kita harapkan lagi?
Apakah tidak ada langsung kredit patut diberikan kepada kedudukan orang Melayu dan bahasa Melayu? Hari ini, tidak ada cara berlembut lagi untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melainkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti dikuatkuasakan mengikut peruntukan yang terdapat dalam undang-undang seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Teringat saya cerita rakan-rakan yang tinggal di Selatan Thailand suatu ketika dahulu. Mereka akan didenda jika bercakap selain daripada bahasa Siam, bergantung kepada berapa patah perkataan asing digunakan. Satu patah asing digunakan akan didenda 20 sen. Begitu kuatnya orang Siam untuk mengSiamkan rakyatnya. Keadaan kita amat berlainan sama sekali. Sudahlah bahasa kebangsaan langsung tidak digunakan, mereka yang tidak tahu langsung berbahasa Melayu boleh hidup senang lenang tanpa gangguan dan tindakan. Saya fikir, sudah sampai masa kita melakukan ke tahap sebagaimana negara-negara lain yang begitu bertegas dalam soal memperkasakan bahasa dan negara.
Sudah sampai masanya juga, kuasa penuh diberikan kepada badan-badan bahasa dan Majlis Perbandaran untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang merendah-rendah bahasa kebangsaan tanpa ada campurtangan politik. Majlis rasmi, tidak kira pertubuhan Melayu atau bukan, mesti menggunakan bahasa Melayu. Paling kurangpun jika dwi bahasa digunakan, bahasa Melayu mesti didahulukan, kemudian diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa ibunda. Penggunaan seratus peratus menggunakan bahasa ibunda dalam upacara rasmi hendaklah dipantau.
Media cetak dan elektronik yang bersifat perkauman mesti menterjemahkan bahasa ibunda mereka ke dalam bahasa kebangsaan. Saya teramat sedih membaca sebuah artikel akhbar perkauman baru-baru ini, yang mengatakan bahawa perpaduan bukan matlamat, tetapi hanyalah alat. Ternyata orang seperti ini tidak tahu sejarah negara, perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Mereka tidak mementing agenda nasional, kerana mereka lebih mementingkan bangsa. Dalam gagasan 1Malaysia disebut dengan jelas, bahawa matlamat akhir 1Malaysia adalah perpaduan. Kerana hanya dengan adanya perpaduan, negara akan aman, stabil dan mendapat kepercayaan pelabur-pelabur.
Semuanya kena bermula dengan bahasa kebangsaan kerana bahasalah yang akan menyatukan kita semua, kerana kita semua berlainan agama. Jika tidak, bagaimanakah interaksi dan komunikasi akan berlaku. Janganlah kita terlalu berpolitik dan menjaga kuasa kerana ia tidak kekal lama. Apakah identiti dan jati diri yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita nanti?
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
101 comments:
"Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri" (Mohd Ridhuan Tee)
Ini adalah salah satu daripada kejayaan Malaysia Boleh.
Kalau para pemimpin kerajaan bangsa melayu sendiri pun rasa malu dan rendah diri untuk bertutur dalam bahasa melayu di dalam perhimpunan agung parti politik bukan melayu, kalau pemimpin kerajaan bangsa melayu sendiri pun menjawab dalam bahasa inggeris kepada soalan pemberita yang bertanya soalan menggunakan bahasa melayu ... jadi apa lah yang nak diharapkan kepada mereka untuk memartabatkan bahasa melayu ini.
Kalau difikir2kan memang sedih, marah pun ada, semakin lama mereka diberi peluang oleh rakyat semakin banyak hal2 berkenaan melayu yang terhakis ... bahasa melayu dah jadi bahasa malaysia (bahasa malaysia sebenarnya adalah terdiri daripada bahasa melayu, bahasa cina, bahasa tamil, bahasa inggeris, bahasa punjabi, bahasa iban, bahasa kadazan dan lain2 bahasa yang dituturkan oleh warga malaysia), tanah melayu dah jadi malaysia ... yang masih tinggal hanyalah baju melayu (ini pun belum tentu dapat bertahan, mana lah tahu nanti ada orang yang fobia dengan perkataan melayu minta ditukar sebut sebagai baju malaysia pula)
Terima kasih banyak saudara Ridhuan Tee. Tidak rugi orang melayu mendapat saudara seagama seperti anda.
Andai kata " United Muslim National Organization " satu hari nanti menjadi kenyataan maka anda layak menjadi salah seorang pemimpin besar di dalamnya.
Izinkan saya menumpang sekaki mempromosikan tulisan saya sebelum ini dalam isu yang berkaitan -
http://dinturtle.blogspot.com/2010/10/produk-baru-pelancongan-negara.html
dan yang saya baru tulis kelmarin juga mengenai bahasa-
http://dinturtle.blogspot.com/2010/10/dalam-memperjuangkan-1bahasa-melayu.html
" Semua ini berlaku disebabkan oleh kita terlalu banyak berpolitik daripada memikirkan agenda membina negara berasaskan identiti nasional. Kita terlalu takut kalah pilihan raya, kita terlalu takut hilang kuasa. Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri " (Mohd Ridhuan Tee)
Ya memang benar. Undang2 ada untuk memartabatkan bahasa melayu. Tapi langsung tak pernah dikuatkuasakan (sudah lebih setengah abad usia ku belum pernah dengar lagi ada orang kena saman fasal tak menghormati bahasa melayu).
Papan iklan perniagaan. Tulisan bahasa lain lebih besar dari bahasa melayu, siapa peduli.
Baru2 ni saya pergi ambil ubat di hospital kerjaan (nama hospital dirahsiakan, takut nanti pengarah hospital tak boleh tidur malam). Sampul ubat hospital kerjaan ada tulisan bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina ... agaknya sebab menterinya seorang cina kut.
Otak para pemimpin Melayu memang otak penjajah, sebab itu mereka berbangga menggunakan bahasa Inggeris.
Dalam rumah tangga mereka, mereka guna bahasa Inggeris. Macam mana hendak guna bahasa Melayu sedangkan otak mereka adalah otak penjajah.
Mereka megah dan besar hati apabila menggunakan bahasa Inggeris dan beras rendah tindiri atau hina bercakap dalam bahasa Melayu.
Lebih lebih lagi mereka ada sifat takabur (bangga)dalam diri mereka sejah dahulu lagi. Maka fikiran mereka menjurus kearah itulah.
Salam DRT
Saya sokong 200% dgn tulisan Dr ini.
Puak2 ultrakiasu ini hanya mahukan 1 Negara tetapi tak mahu satu bahasa. Sebabnya mudah mereka sudah bahasa mereka tetapi negara mereka tak da negara,yg tunduk dgn desakan mereka.
Sudah sampai masanya pihak berkuasa penguatkuasa undang2berkaitan bahasa..jangan tunggu dan lihat lagi...Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tak da gunanya..
@abdullah ngah
mentaliti menyalahkan pemimpin semata2 sgt menebal dlm diri anda..
lihat sekeliling. di kalangan org biasa sendiri pun dah bersikap mengagungkan b.i.. apa diajar anak memanggil mereka? ayah, emak atau papa-mama? kita x kenalkan binatang peliharaan kpd anak dgn kucing, ikan tapi cat, fish..
seolah berbangga bila anak2 mereka boleh menyebut patah2 perkataan inggeris berbanding kwn2 nya yg tidak..
jadi ini bukan mslh pemimpin sj..kita sendiri patut ada kesedaran & keinsafan..
kalaula boleh sy juga nak syorkan doa-doa di baca dlm bahasa melayu..supaya makmum2 dan hadirin di majlis boleh faham sepenuhnya apa yg dipohon oleh si imam dan seterusnya mengaminkan dgn penuh ikhlas dan bersungguh2..tidak spt skrg yg doa si imam berjela2 tp makmum mengaminkan endah x endah..
tp sy x mahu dianggap sbg anti bahasa arab yg juga bahasa alQuran, jadi sy tinggalkan skdr sbg renungan..
Abdullah Ngah
Saya senada dengan anda dalam isu bahasa melayu.
High class melayu akan lebih banyak guna bahasa inggeris daripada bahasa melayu. Seolah2 tak nampak high class kalau tak guna istilah "I" untuk saya dan "you" untuk kamu.
Maka bila bersembang sesama mereka, jadi lah macam ni " eh you, mana menghilang ni, lama I tak dengar cerita tentang you " atau pun " we all tak suka nak join dengan they all sebab they all orang baik2 "
Tapi saya juga tertanya2, adakah orang cina bila bercakap sesama dia dalam bahasa mandarin menggunakan ganti nama "I" untuk "wo" (saya), "you" untuk "ni" (awak), "we all" untuk "wo-men" (kami), "they all" untuk "ta-men" (mereka).
Mungkin rakan2 kita yang cina yang tergolong dalam orang terpelajar, atau Dr RT sendiri sebagai seorang cina yang terpelajar boleh bagi tahu keadaan yang sebenar.
Masih mengenai bahasa melayu.
Tak berapa lama dulu, heboh pasal graduan bangsa melayu tak laku di sektor swasta kerana kurang mahir berbahasa inggeris.
Pemimpin kerajaan (Umno) jadi ghabra. Lalu usaha untuk memastikan pelajar melayu boleh menguasai bahasa inggeris diperkenalkan.
Dasar pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris diperkenalkan bermula dari sekolah rendah lagi. Parti2 MCA dan MIC tak setuju kerana mereka dah nampak musibahnya, tapi parti Umno berkeras mahu ia dilaksanakan. Maka sekolah2 kebangsaan pun melaksanakannya, guru dihantar untuk kursus, yang lulus kursus dibayar elaun bahasa inggeris, banyak duit kerajaan habis.
Bagaimana dengan hasilnya ? Adakah anak2 melayu semakin menguasai bahasa inggeris ? Bolehkah anak2 melayu bercakap broken english dengan kawan baik disekolah mahu pun dirumah semasa bermain ?
Bagaimana pula pencapaian bagi mata pelajaran sains dan metamatik di kalangan anak2 melayu ? Naik atau turun dibandingkan dengan keadaan sebelum ?
Bagaimana pula pencapaian bagi mata pelajaran sains dan metamatik di SRJKC dan SRJKT ?
Maklumat ini harus dibuat perbandingan oleh para bijak pandai di kementerian pendidikan. Baru boleh nilai sama ada dasar itu ada manfaat kepada anak2 melayu atau melingkupkan mereka.
Kesan kepada golongan melayu elit dan terpelajar, dan golongan melayu bandar mungkin tidak ada kerana mereka memang bercakap inggeris sesama mereka dalam rumah sampai ada yang tak sebut "Ya Allah !!!" waktu terperanjat sebaliknya disebut "Oh My God !!!".
Tapi apa hal dengan dengan anak cucu kami orang2 kampong yang rata2 adalah golong melayu pariah yang kerja tanam padi, potong getah, tangkap ikan, tanam sayur dan lain2 lagi perkerjaan yang kais pagi makan tengahari, kais tengahari makan malam.
Kami langsung tak dapat nak bantu anak2 kami dalam urusan kerja sekolah metamatik dan sains yang kena buat semasa dirumah ... kami sendiri pun tak berapa pandai baca bahasa orang putih, maklumlah dulunya bersekolah melayu.
Sebab itu sekarang ini ada orang melayu boleh kata Umno dah tak relevan lagi untuk orang melayu. Dan jangan lah marah atau melatah, sebaliknya mahasabah lah diri jika tidak mahu orang melayu lari daripada Umno.
Percayalah, kami masih sayangkan Umno, kami masih mahukan Umno selagi mana kami rasa Umno boleh menjadi payung kepada kami. Tapi kalau payung Umno sudah tiris (bocor), payung2 lain sentiasa melambai2 kepada kami ....
Kearah Mencapai Matlamat 1Malaysia
Semua parti politik di malaysia bersifat perkauman. Ada yang terang dan ada pula yang bersembunyi. Itu lah hakikatnya.
Kita lihat di semenanjung.
Yang terang ialah Umno - melayu, MCA - cina, MIC - india. Yang bersembunyi ialah PAS - islam, Gerakan - multi racial, PPP - multi racial, DAP - multi racial, PKR - multi racial. Hakikatnya ialah Pas - melayu, Gerakan - cina, PPP - india, DAP - cina, PKR - caca merba.
Satu lagi hakikat agama di malaysia. Melayu - islam, cina - dah ramai yang islam, india - juga ramai yang islam. Jika 3 bangsa ini dapat disatukan dengan satu malamat perjuangan maka akan selamatlah negara ini daripada kehancuran, maka akan tercapailah wawasan 1Malaysia.
Yang beragama islam harus bersatu terlebih dahulu tanpa mengira kaum, tidak melalui Umno dan tidak juga melalui Pas.
Mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, tapi kepada mereka2 yang mahukan kesatuan warga malaysia atas platform islam ... kena lah memikirkannya secara bersunguh2.
Kita harus mengakui dan patut rasa bangga bahawa muslim adalah penduduk majoriti di negara ini. Justeru muslim harus menerajui tampuk pemerintahan negara, jangan sampai terlepas kepada bukan muslim.
Jika kita usahakan atas tiket muslim maka insyallah negara kita akan selamat, muslim akan selamat, yang bukan muslim juga akan selamat, kerana muslim tidak pernah berlaku zalim kepada non muslim melainkan non muslim lah yang selalunya berlaku zalim kepada muslim.
Semua muslim warga malaysia perlu memikirkan suatu wadah perjuangan kearah United Muslim.......(letak lah apa pun perkataan yang anda fikir sesuai untuk semua bangsa dan kaum).
cakap orang puteh
http://www.youtube.com/watch?v=Ts_87zEZFqk&feature=related
now, who is talking in english?
http://www.youtube.com/watch?v=GDBI6XdFZtw
cakap ORANG PUTEH, RAIS? eat this!!
http://www.youtube.com/watch?v=ycwBd30odGU
Ini juga mengingatkan saya kepada kata-kata Ustaz Zakaria Ahmad sewaktu memberi tazkirah ditempat saya dibulan Ramadan lalu yang mengatakan...
“Tidak ada negara didalam dunia ini, sesuatu bangsa itu terpaksa membuat demontrasi kepada pemimpin negara mereka yang juga sebangsa dengan mereka...meminta dipertahankan bahasa ibunda mereka melainkan di Malaysia..” Oh Malaya Tanah Air Ku !
KUALA LUMPUR : Kediaman Perdana Menteri, akan diubah suai dengan belanja RM65 juta, menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Kebetulan terjumpa dalam internet, posting 17.10.10
Ini mungkin satu lagi fitnah pihak pembangkang kepada PM dan kerjaan. Fitnah serupa ini sebenarnya idea lapuk, mungkin dengan niat hendak mengalih tumpuan rakyat kepada PRK Galas, mungkin juga hendak menambahkan lagi kemeluatan rakyat kepada Umno.
Kami rakyat, minta kepada wakil2 rakyat, jalankan tugas anda sebagai wakil rakyat sebaik mungkin, anda dipilih bukan untuk menyebarkan fitnah. Seruan dan peringatan kepada wakil rakyat BN dan juga PR.
bila cakap sebab org melayu, u bahasakan sebagai kita....u org melayu ker....jgn la perasaan ooi...
kalau da bangsa cina, u memeluk agama islam pun ..u tetap cina...
kes sosilawati, u kata kalau kena kat bangsa lain , pasti nye org bukan melayu tu da melenting da, but org melayu tidak....saya nak tanya lupa ker ker canny ong tu...ada ka org bukan melayu melenting...think before you talk...opps sorry..bahasa mat saleh la pulak...ingat sebelum kena la wei////
padan muka!!
good one muhammad!
setuju sgt dgn pendapat dr.mohon izin link blog dr. ke blog saya, terima kasih.
Bahasa Jiwa Bangsa..
Kadangkala,kerajaan sendiri terlalu mengagungkan bahasa inggeris.Contohnya,bila ada interview jawatan sektor awam..peluang lebih terbuka luas pada mereka yang mempunyai kefasihan dalam bahasa Inggeris dan boleh bertutur dengan baik.
Saya setuju dengan Dr,"nasi telah menjadi bubur"..kalau dibiarkan bubur tu lama-lama jadi kering dan basi..
Sepatutnya semangat cintakan bahasa kebangsaan telah lama diwujudkan dari merdeka lagi..cuma kita semua lebih cenderung ke arah penggunaan bahasa Inggeris,kerana itulah hadiah penjajah yang kita agungkan selama ini.Bukan soalnya,melayu dengan bahasa melayu,cina dengan bahasa cina,india dengan bahasa India..tetapi arah kecenderungan semua kita kearah kemahiran pertuturan bahasa Inggeris.Bangga kita rakyat Malaysia dapat bertutur bahasa Inggeris dengan baik tidak dapat dinafikan.Golongan Profesional,golongan pentadbir dan pemimpin negara,semuanya lebih suka berbicara dengan bahasa Inggeris.Pengawalan penggunaan Bahasa kebangsaan lansung tiada.adakah satu hari nanti,bahasa kebangsaan adalah bahasa Inggeris??
Salam Dr. Tee,
Salah seorang guru bahasa Inggeris saya ialah Cikgu Li Yang. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau. Saya hanya belajar dari vcd dan buku beliau yang berjudul CRAZY ENGLISH.
Cikgu Li Yang tidak pernah belajar di luar negara. Beliau berjaya belajar dan menguasai bahasa Enggeris di dalam negeri China saja sehingga layak menjadi pembaca berita Inggeris dalam TV.
Cikgu Li Yang menasihatkan murid-muridnya dengan berkata,'jangan kamu anggap bahasa Inggeris kepunyaan orang British dan Amerika. Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, hendaklah kamu anggap ia milik kamu juga. Bila ada tanggapan begini, kamu pasti akan berjaya menguasai bahasa Inggeris.'
Semua bahasa adalah diilhamkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia belajari bahasa atas kesedaran, keperluan dan minat.
Bila seseorang warganegara Malaysia menganggap bahasa Melayu bukan kepunyaan orang Melayu saja, tetapi kepunyaan setiap warganegara Malaysia, maka ia akan belajari bahasa tersebut bersungguh-sungguh sehingga fasih dan pandai.
Hakikatnya, tidak semua warganegara mempunyai tahap kesedaran yang sama!
Selepas 54 tahun merdeka, masih terdapat ramai rakyat yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan peraturan bermasyarakat. Contohnya masih ramai rakyat menghisap rokok di tempat awam, tidak peduli amaran-amaran yang diberikan pihak berkuasa; membuang sampah di dalam longkang, tepi jalan dan sungai (ada pula yang buang bayi!).
Selain kesedaran, minat juga menentukan kecenderongan seseorang mempelajari dan menguasai satu-satu bahasa. Ramai pelajar Melayu luar bandar tidak berminat menguasai bahasa Inggeris kerana ia tidak digunakan dalam kehidupan harian sehingga mereka gagal dalam ujian dan peperiksaan matapelajaran tersebut. Begitu juga budak-budak Cina dan India yang tidak banyak bergaul dengan orang Melayu tidak minat menguasai bahasa Melayu kerana tidak merasakan bahasa Melayu sangat penting kepada kehidupannya.
"Begitulah dalam konteks bernegara, jika perlembagaan tidak dipatuhi, kita mesti mengambil jalan untuk keluar. Carilah tempat-tempat yang mana perlembagaannya dapat memenuhi selera dan nafsu kita" DRT
Nasihat yang baik untuk ultrakiasu. Dipersilakanlah keluar jika tidak dapat menyesuaikan diri di Tanah Melayu setelah lebih 50 tahun merdeka.
Masih isu Bahasa Melayu,
Pak2 menteri spatutnya bmuhasabah tlebih dahulu dlm apa2 tindakan dan kputusan yg diaorg buat. Tmasuklah stiap patah perkataan yg dikeluarkan. Kita rakyat marhean ni yg akan terima akibat dan padahnya.
"Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"
Isu pngajaran/pembelajaran sains & Matematik dlm B.I patut diambil teladan. Konsep tersebut sbenarnya GAGAL. Peningkatan peratusan (stiap tahun) yg diwar2 oleh kmenterian pendidikan saban tahun slps exam adalah "kencing" smata2. Hanya golongan pendidik tegar/ikhlas (blkg tabir) yg tahu tentang hal ini. Hanya pak2 menteri yg tdk dpt menerima hakikat @ tidak bpijak dibumi nyata.
Setiap tahun pak menteri (pendidikan) mgumumkan prestasi kputusan peperiksaan meningkat `tahun ini`. Bgitulah seterusnya saban tahun, tak kira siapapun yg mnjdai Menteri Pendidikan.
Sbenarnya yg harus diketahui, `indah khabar dari rupa`. Kmerosotan/kecipanan pljr melayu kian tserlah dgn plaksanaan B.I dlm Sains & Matematik. Hakikatnya para pmeriksa/ahli panel yg fenin kefala berfikir mcmana nk turunkan graf prestasi saban tahun demi menjayakn propaganda yg sememangnya GAGAL. Hingga pada akhirnya graf prestasi Sains & Matematik berada ditahap yg abnormal / memalukan. Panel2 sendiri pn dh tak sggup nk turunkan lg graf tsebut. Then barulah pak2 menteri sedar & buat kputusan kembali kpd asal (Sains/Matematik dlm BM.
"Masuk kandang lembu mengemboh, masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang rimau..kena ngap la"
"Begitu juga budak-budak Cina dan India yang tidak banyak bergaul dengan orang Melayu tidak minat menguasai bahasa Melayu kerana tidak merasakan bahasa Melayu sangat penting kepada kehidupannya" (Penyokong DAP)
Masalah ini tidak akan berlaku jika semua anak kita belajar guna satu bahasa di sekolah. Bahasa melayu dah diterima sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa negara kita malaysia.
Tapi ada pihak yang degil mahu sekolah valnucular di kekalkan. Ini lah akibatnya.
Jika kita bertutur dalam satu bahasa, melayu dengan melayu guna bahasa melayu, cina dengan cina guna bahasa melayu, india dengan india guna bahasa melayu. Saya yakin hubungan sesama kita jadi lebih mesra dan tidak ada syak wasangka.
Kes Datuk Sosilawati sebagai contoh untuk renungan bersama.
Datuk Sosilawati dan 3 rakannya mungkin terselamat dari dibunuh dengan kejam oleh Peguam Syaitan itu sekiranya kesemua mangsa memahami bahasa yang dituturkan oleh Peguam Syaitan itu kepada orang2nya. Mungkin dihadapan mangsa dan didengari oleh kesemua mangsa Peguam Syaitan itu memberi arahan kepada orangnya supaya membawa kesemua mereka pergi dan "habiskan" kesemuanya. Tapi kerana diucapkan dalam bahasa tamil yang mangsa langsung tak faham, maka sudah tentu kesemua mangsa tidak mengesyaki apa2.
Jika kesemua mangsa faham bahasa yang dituturkan diantara Peguam Syaitan itu dengan orang2nya, mungkin tidak ada seorang pun diantara yang menjadi korban, kalau ada pun setakat mengalami keceraan dalam usaha hendak melepaskan diri.
Setidak2nya dengan kejadian ini, dapat menyedarkan kita semua bahawa niat pihak2 yang mempertahankan sekolah valnucular tidak susah untuk dibaca.
Kalau dalam kes Datuk Sosilawati kita boleh kaitkan dengan perancangan untuk melakukan jenayah.
Kalau dalam segi politik, perbincangan sesama ahli Umno, difahami oleh orang2 cina MCA dan india MIC. Tapi bila cina MCA berbincang sesama mereka, adakah melayu Umno tahu apa yang diperkatakan. Begitu juga bila india MIC berbincang sesama mereka, fahamkah melayu Umno apa yang sedang diperkatakan.
Sama juga dalam PR. Adakah melayu Pas faham apa yang dibincang sesama cina DAP. Adakah melayu PKR faham perbincangan diantara india PKR dengan india PKR atau diantara cina PKR dengan cina PKR. Memang tak dinafikan dalam perjumpaan yang resmi, bahasa melayu atau inggeris digunakan, tapi bagaimana dengan yang tak resmi sesama mereka.
Kalau begitulah keadaannya bolehkah kita mengetahui apa perancangan politik mereka sebenarnya ? Kita takut, daripada apa yang kita dengar dan faham, memang clear dan semua akan berjalan dengan lancar sebagaimana dipersetujui. Tapi bagaimana dengan tutur kata yang kita dengar tapi tak faham ?
Perkara semacam ini lah yang membimbangkan kita. Nik Aziz dan Pas, faham bila LKS atau LGE atau KS bercakap kepadanya kerana mereka guna bahasa melayu atau bahasa inggeris. Tapi adakah Nik Aziz dan Pas faham bila LKS bercakap kepada LGE guna bahasa cina.
"Masuk kandang lembu mengemboh, masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang rimau..kena ngap la" (Hantu Kampong)
Bawa bersabor bro. Mana2 orang yang telah mencederakan masa depan pendidikan anak melayu dengan mencipta dasar yang pelik2 .. kita jangan hantar dia masuk kandang rimau, tapi kita tunggu dia masuk kandang PRU, lepas tu kita pakat ngap ramai2 lah, biar kita pula yang jadi ghimau.
Sayangkan anak kita tangan2kan
Sayangkan isteri kita tinggal2kan
Sayangkan pemimpin kita tukar2kan .. kalau dia udah tak nak bela kita lagi, hok yang bela kita jangan lah pula kita tukar tak tentu pasal.
"Masuk kandang lembu mengemboh, masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang rimau..kena ngap la" (Hantu Kampong)
betul kata kamu.
orang cina faham mandarin dan dialek cina.
orang india faham bahasa tamil.
orang cina dan india faham bahasa malaysia dan inggeris.
orang melayu faham bahasa malaysia dan inggeris.
apa masalah disini?
apakah kita tidak ada bahasa perantaraan?
tapi kalau malas nak belajar satu atau dua lagi bahasa selain bahasa malaysia dan inggeris, itu masalah siapa?
tahap kefahaman dan penulisan bahasa inggeris untuk kebanyakan graduan graduan IPTA pun terhad. itu masalah siapa?
masalah cina dan india ke? macam mana nak jadi kompetitif kalau setakat kefahaman pun jadi masalah?
kalau cina dan india boleh menguasai bahasa malaysia, mengapa bangsa melayu tidak sanggup belajar bahasa kaum kaum yang lain?
seperti mana mana pelajar di malaysia, saya menduduki peperiksaan SRP dan SPM saya dalam bahasa malaysia.
apa masalah dengan sekolah vernakular?
salahkah saya belajar bahasa cina?
kenapa tak ada orang soal kalau seseorang mempelajari bahasa jepun?
pernahkah orang mempertikai kenapa pelajar pelajar melayu belajar bahasa jawi?
jadi, kenapa pertikai sangat sekolah vernakular?
RT sendiri hantar anak anak pergi ke sekolah vernakular.
kenapa tak tanya dia?
A Blow To Unity In Diversity
"Budi bahasa budaya kita" & "Bahasa budaya bangsa" seringkali dilaungkan dikaca tv (milik gomen & prima) demi mempromosi dan memartabatkan bahasa tp sayangnya, siaran tv yg sama juga salah mggunakan bahasa. Ingatkah kita slogan tv1 (milik kerajaan).
"TV1 saluran infotainment anda".
Takder pn dlm kamus BM pkataan `infotainment`. DBP pn x prasan rasanya sbb tu siaran tv tu guna pkataan tu kot. Setelah mendapat komen dan kritikan pelbagai pihak, barulah slogan tersebut dilupuskan. Apacer?
salam tokgaru,
Pembunuhan Dato Sosilawati tidak berkaitan dengan bahasa, tetapi berkaitan 'hati'.
Ramai juga orang Melayu dibunuh oleh Melayu lain yang bertutur bahasa Melayu.
Dahulu pernah berlaku Dato Mokhtar Hashim (Timbalan Menteri Belia) membunuh Dato Taha (Pemimpin UMNO N. Sembilan).
Mona Efendi bunuh Dato ???? Di Raub dan kerat sehingga 18 bahagian.
Bila hati dah busuk, bergaduh juga walaupun adik-beradik, rakan separti, rakan satu barisan atau pakatan!
Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu tidak seperti nasib bahasa Cina di Tanah Besar Cina, bahsa Jepun di Kepulauan Jepun, bahasa Korea di Korea, bahsa Jawa di Pulau Jawa, bahasa Inggeris di england dan amerika, kenapa?
Ini perlu soal kembali kepada para pejuang bahasa Melayu soalan-soalan berikut:
1. Berapa banyakkah khazanah ilmu terkandung dalam buku-buku atau karya-karya bahasa Melayu? Dan apakah ilmu-ilmu itu relevan kepada perjuangan meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu?
2. Dengan menguasai bahasa Melayu ke tahap yang tinggi dan canggih, apakah dapat membantu menaikkan imej kemahiran dan kebolehan seseorang dalam pekerjaan di sektor kerajaan dan sektor swasta?
3. Dengan penguasaan bahasa Melayu ke tahap yang tinggi dan halus, apakah seseorang lebih mudah berkomunikasi dengan orang lain dalam perniagaan dan pekerjaaan bila ia mencari peluang-peluang di luar Malaysia?
Kesimpulannya nilai komersial dan ekonomi dan juga akademik menentukan kedudukan dan nasib bahasa Melayu, di bumi Melayu dan bumi orang lain!
Sama juga nasib agama Islam di bumi Melayu!
Islam di bumi Melayu hanya dianuti oleh orang Melayu yang asal Islam.
Cina dan India asal bukan Islam tidak ramai yang tukar agama kepada Islam. Kenapa?
Ini soal daya tarikan Islam dan muslim. Kenapa Islam atau muslim gagal menarik lebih ramai Cina menganut agama Islam?
Apakah Islam itu sendiri kurang daya tarikan? Atau kerana muslim adalah lazy salesman?
Pi mai pi mai dang tu juga!
Nilai, nilai, nilai! Kesedaran nilailah yang menentukan seseorang bersungguh-sungguh mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa!
Sepatutnya orang Melayu digalakkan juga rajin-rajin mempelajari dan menguasai bahasa Cina supaya dapat 'menawan hati' Cina. Apabila hati Cina dapat 'ditawan', bersemangatlah mereka menguasai bahasa Melayu seperti Dr. Tee.
an-Naas
rid.Tee dan Sahabat sekalian,
bahasa ini adalah bahasa pedagang antarabangsa. Hayatilah Sejarah Kesultanan Melaka.
Hari ini, ambo Cukup Bangga dengan sosok kecil bernama Mahmoud Ahmedinejad yang bertutur dalam bahasa ibunda tidak kira di mana sahaja.
Apa beza Iran dengan bumi bertuah ini, Malaysia?
Adakah Iran ANGKUH?
itu Hujjah EMOSIONAL!
Rasionalnya, kita lemah dari aspek Modal Insan!
Lebih Parah, Modal Insan direalisasikan oleh terma Kepemimpinan Melalui Teladan.
Jika Pemimpin Kencing Berdiri, Rakyat Jelata Kencing Berlari.
Andai Perdana Menteri Malaysia sendiri MALU berbahasa ibunda, apalah boleh diharap daripada Masyarakat Umum.
Sekira benar Kita Rakyat Malaysia SAYANG akan Bahasa Ibunda kita
Berikan Sokongan Padu 1Malaysia buat KEPEMIMPINAN RASULULLAH SAW yang disambung oleh WALI ALLAH SWT tuan guru nik abdul aziz nik mat DiKetuai bakal Perdana Menteri Malaysia tuan guru abdul hadi awang diDokong DUA IKON MASYARAKAT MAJMUK SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.
ALLAHUAKBAR!
herman che mok
JKMJB
berhadapan Sekolah Foon Yew
bersebelahan Pejabat Kesihatan Daerah JB dan RTM Johor
Persimpangan Jalan Abdul Samad-Jalan Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM.
daulat tuanku al-sultan ibrahim
ALLAHUAKBAR!
Sekarang ini tidak dinafikan Bahasa Inggeris adalah bahasa Ilmu dan bahasa yang teramat penting dalam dunia globalisasi.
Saya fikir Dr. Tee bukan nak bercakap pasal kepentingan bahasa, kerana tidak sesiapa nafikan kepentingan Bahasa Inggeris, namun apa yang saya nampak ialah penggunaan bahasa Inggeris itu yang perlu disesuaikan. Maksud saya, jika tidak sesuai dan tidak perlu untuk berbahasa Inggeris, kenapa kita hendak berbahasa Inggeris? Ini yang menjadi persoalannya?
Jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa ada kawalan dan juga kesedaran, suatu hari nanti tidak mustahil negara kita ini akan mempunyai dua bahasa pertuturan utama. Di sebelah Pantai Barat, bahasa pertuturan adalah bahasa Inggeris manakala di Sebelah Pantai Timur, bahasa pertuturan adalah Bahasa Melayu.
Saya fikir, UMNO tidak pernah ada niat untuk mempertahankan Bahasa Melayu apatah lagi memperkasakannya. Maaf cakap, jika inilah kebenarannya, saya fiir UMNO sudah gagal dan tidak sesuai lagi menjadi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan orang melayu pun secara beransur-ansur akan mencari tapak baru untuk berjuang. Kesian sungguh kepada orang Melayu.
Kalau dalam bab ekonomi, UMNO adalah jaguh mempertahankan kepentingan bumiputera, kenapa ye? tetapi dalam bab bahasa, adat dan budaya, kenapa mereka tidak menjadi jaguh untuk mempertahankan dan memperkasakannya, Ini adalah akar umbi kekuatan orang Melayu, kenapa diabaikan???
SONG
"orang cina dan india faham bahasa malaysia dan inggeris".
cuma faham bm saja..tapi nak cakap tak reti..tak tau..tak fasih..
ini la masalahnya UPS! (untuk pengetahuan saudara)
TANGGAL 8 Julai 2009 menjadi tarikh bersejarah dalam senario sistem pendidikan di negara kita.
Pada hari tersebut, Menteri Pelajaran , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012.
Pengumuman ini menjadi klimaks kepada polemik isu PPSMI ini yang berlarutan sejak pelaksanaannya. Pihak kerajaan membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk kajian ilmiah, pandangan ilmuwan serta umum dan realiti pelaksanaan dasar.
Situasi yang berlaku ini seharusnya menyedarkan kita tentang kepentingan menguasai pelbagai bahasa. Sebagai rakyat Malaysia, bahasa Melayu perlu kita martabatkan, tetapi bahasa lain juga perlu dikuasai demi meluaskan skop pergaulan dan membina jambatan untuk meneroka gudang ilmu daripada bahasa lain.
Kepada Song dan Rerakan
Negara kita sudah 53 tahun merdeka. Generasi orang cina dan orang india yang mendapat kerakyatan secara jus-soli rasanya tak banyak dah yang tinggal. Yang ada sekrang ini adalah generasi kedua (anak2) dan generasi ketiga (cucu) dan generasi keempat (cicit) mereka.
Tapi bolehkah kita percaya jika ada diantara mereka mendakwa tidak faham bahasa melayu ? Saya boleh terima jika ada diantara mereka mengaku tidak fasih berbahasa melayu. Itu pun bagi generasi kedua. Namun tak ramai yang macam tu.
Kita lihat beberapa nama yang semua orang boleh ingat dan boleh kenal. Lee Liong Sik, Lee Lam Thye, Ong Tee Kiat, Lim Kheng Yaik, Lim Kit Siang, Tan Tiong Lai, Chua Soi Lek, Lim Ah Lek, Chua Jui Ming, Tan Seng Giaw dan banyak lagi, mereka adalah generasi kedua, cuba dengar pertuturan bahasa melayu mereka dan nilai sendiri.
Cuba dengar pulak bahasa melayu mereka yang generasi ketiga diantaranya sebagai contoh Tee Chuan Seng (Mohd Ridhuan Tee), Koh Soo Khoon, Lim Guan Eng dan lain2nya, saya sendiri pun berminat mendengar bila mereka muncul di kaca tv. Kenapa ? Kerana bahasa melayu mereka cantik pada saya.
Cuba lihat tv dan ikuti temuramah outdoor dengan remaja2 cina. Banyak yang memberikan maklumbalas spontan dalam bahasa melayu yang sedap di dengar. Cara mereka menjawab, susunan ayat, saya suka (ini pendapat peribadi saya).
Sebab itu lah ramai yang terkejut, bila bacian national dibuat baru2 ini, ramai orang cina yang mendakwa tidak faham bahasa melayu bila ditemui oleh petugas banci.
Soalannya : Adakah betul2 tak faham atau sengaja buat2 tak faham dengan niat yang mereka saja yang tahu.
Pengalaman :
Dulu saya pernah bekerja dengan jabatan kerajaan. Jika nak hantar saman atau notis atau waran dikampong baru cina, sangat susah nak dapat bantuan. Jawapan favourite adalah " wa tak tau melayu, wa tak faham melayu atau wa tak boleh cakap melayu " Tapi yang kelakarnya dia boleh pula bertanya kepada kita " apa hal lu mau cari sama dia ? ".
Tapi kalau urusan yang tidak menyusahkan, walau pun dengan keadaan yang tak fasih bahasa melayu, mereka yang ditemui boleh bagi panduan sehingga rumah orang yang kita cari ditemui, kekadang ada yang sanggup bawa kita ke rumah yang kita cari.
Kalau masih ada generasi ketiga cina malaysia yang kata dia tak faham bahasa melayu, saya kata dia bohong dan berlakun saja.
Dari tadika lagi mereka sudah diajar pelajaran bahasa melayu, sambung ke sekolah rendah dan mendalamkan lagi di sekolah menengah. Zaman sekarang mana ada kanak2 yang tidak bersekolah sampai sekurang2nya Tingkatan 3 (PMR).
Senang cakap kalau jumpa orang cina, tak faham bahasa melayu, memang sah lah dia tu bukan rakyat malaysia melainkan dianya adalah seorang pendatang dengan izin atau tanpa izin mungkin dari Taiwan, mungkin Hong Kong atau mungkin juga dari Tanah Besar Cina.
Ujudnya syak wasangka diantara kita yang terdiri daripada berbeza bangsa adalah kerana bahasa pertuturan tak sama.
Dalam perkara ini saya berpendapat kita ada pilihan : Kerajaan boleh melaksanakannya jika mahu.
1. Menghapuskan semua sekolah valnukular ATAU
2. Mengekalkan keujudan sekolah valnukular tetapi menjadikan bahasa mandarin dan tamil sebagai mata pelajaran tambahan yang wajib lulus di sekolah2 kebangsaan.
Bila tiada lagi syak wasangka diantara kita kerana berbeda bahasa maka saya yakin hubungan kita terutamanya melayu-cina-india akan menjadi lebih mesra.
Bahasa Melayu:
Merupakan bahasa rasmi yang dipersetujui semua pihak dalam asas pembentukan negara Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, yang diharapkan berhasil menyatukan seluruh masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan budaya.
Terdapat lebih daripada 2,000 istilah dalam bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab, seperti rahmat, insan, solat dan sebagainya. Bermakna apabila seseorang itu menguasai bahasa Melayu, secara tidak langsung ia dapat memahami asas maksud 2,000 perkataan Bahasa Arab yang terkait dengan ajaran Islam.
Hubungan bahasa Melayu dengan ajaran Islam terkait menerusi istilah-istilah berkenaan dan ia merupakan satu warisan yang amat berharga untuk kita. Memahami istilah-istilah tersebut seharusnya memudahkan kita memahami asas ajaran Islam dan menghayatinya.
Bahasa Inggeris:
Bahasa yg sememangnya diguna pakai secara meluas dalam semua bidang, tidak hanya dalam sains dan teknologi. Terdapat rujukan keilmuan dalam bahasa Inggeris bagi pelbagai bidang yang lain juga umpamanya undang-undang, ekonomi dan sains kemanusiaan.
Terdapat banyak istilah dalam bahasa Inggeris yang diguna pakai dalam perisian komputer dan di Internet. Justeru tidak dinafikan bahawa pemahaman istilah-istilah yang digunakan adalah perlu demi memudahkan generasi muda menguasai bidang teknologi maklumat.
Penyokong DAP
Saya rasa awak tak berapa jelas maksud saya bila saya kaitkan isu bahasa dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati.
Tidak mengapa. Awak baca dengan teliti patah demi patah, kemudian awak akan faham jalan ceritanya.
Kepada Perwakilan Umno
Selamat Bersidang.
Perah otak, pecah kepala, tolong fikirkan masa depan orang melayu.
Betafakur, bertawaduk, tolong fikirkan survival umat islam.
Bermahasabah, carilah punca kenapa semakin ramai orang melayu fobia terhadap Umno.
Berwaspada dan beringat, sekali kena tipu jangan terjadi lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Banyak juga PRK telah dilalui selepas PRU 12, jadikan ia sebagai pengajaran, hendaknya di Galas dan Batu Sapi tidak pisang berbuah 2 kali.
tokgaru,
Persidangan kt PWTC tu rasanya takde sgt nk fikirkan soal nasib melayu. Laporan berita pun asyik cerita tentang undi memilih pwakilan/AJK baru. Masing2 pakat melobi nk naik pangkat @ nk btakhta jd calon PRU13. Hanya belanjawan 2011 jer yg dgr. lain2 tu smua soal pangkat,darjat dan harta benda.
UMNO, kembalikan kekuatan orang Melayu iaitu Bahasa Melayu. Saya percaya ekonomi orang Melayu akan lebih kukuh dan berdaya saing apabila kekuatan orang Melayu iaitu Bahasa Melayu dikembalikan kepada kedudukan yang sepatutnya. Saya tidak tahu bagaimana ianya akan membantu, tetapi saya percaya dan yakin bahawa ekonomi orang Melayu akan berkembang pesat dengan berkembang pesatnya bahasa Melayu di dalam negara dan juga diperingkat globalisasi.
Memang benar BI banyak membantu pengusaha-pengusaha Melayu berkembang, tetapi tidak menyeluruh dan hanya berapa kerat sahaja. Mungkin juga pemilikan ekuiti bumiputera masih belum mencapai tahap 30% disebabkan UMNO tidak memperkasakan Bahasa Melayu. Ekonomi Malaysia sepatutnya berkembang melalui penggunaan Bahasa Melayu, barulah orang Melayu boleh membina kekuatan ekonomi mereka. Jadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Ekonomi Malaysia jika hendak melihat orang Melayu memperolehi kekuatan ekonomi. Barulah dikatakan wawasan 2020 dicapai mengikut acuan sendiri.
Salam Dr. Tee dan tokgaru,
Masyarakat Malaysia semakin kompleks. Dulu, 3 kaum utama Melayu , Cina dan India di Semenanjung, dan kaum Kadazan, Iban, Bidayu di sabah, sarawak. Kini, macam-macam bangsa telah hijrah ke Malaysia dan bermastaudin di sini atas pekerajaan dan juga Malysia My 2nd Home program.
Semua IPT dari Sintuk (utara) ke Johor Bahru menerima pelajar-pelajar antarabangsa. Pelajar warga asing ini wajib belajar bahasa Melayu, tetapi demi menampung pelajar asing ini IPT-IPT tersebut terpaksa meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran. Pelajar-pelajar Melayu juga terpaksa menguasai bahasa Inggeris ke tahap lebih tinggi.
Baru-baru ini saya ikuti rancangan tv AWANI dan mendengar temubual mengenai rancangan perkembangan Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar di masa depan bahawasanya universiti tersebut akan menerima pelajar-pelajar asing yang mempelajari ekonomi dan science.
Atas dasar pelajaran Malaysia ini, sekali lagi bahasa Melayu terpaksa memberi laluan kepada bahasa Inggeris di IPT.
Saya rasa usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu selalu terbantut oleh hasrat pemimpin negara yang ingin menjana kekuatan ekonomi negara dan orang Melayu.
Baru-baru ini saya juga terdengar ramai pelajar Melayu tidak erti membaca al-quran termasuk bacaan dalam sembahyang, kesan daripada falsafah dan sistem pendidikan Malaysia yang separoh Islam dan separoh sekular.
Oleh itu saya rasa, hasrat-hasrat mempekasakan bahasa Melayu di negara ini memang sentiasa tercabar.
Satu lagi, rakan PKR dari Kajang memberitahu, sekumpulan pensyarah Melayu UKM mirip PAS mahu menubuhkan sebuah sekolah rendah Islam aliran bahasa Inggeris di Bandar Baru Bangi!
Lihat! Orang Melayu sendiri mengutamakan bahasa Inggeris sehingga belajar ugama Islam pun gunakan bahasa Inggeris!
Saya mempunyai ramai kenalan Melayu kelas pertengahan. Mereka lebih suka sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Sebab inilah Dr. Tee mengeluh 'Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu.'
Keadaan ini sama sifatnya dengan masalah pusat hiburan dan arak. demi menarik pelancong asing, pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan arak perlu disediakan dengan secukupnya. Pusat-pusat ini akhirnya menjelma sebagai pusat PELACURAN, DI TENGAH-TENGAH ibu kota sebuah negara Islam yang disegani dunia.
Berita dari surat khabar.
Pas minta Umno bari laluan di Galas. Menurut Takiyudin, seruan itu adalah atas nama perpaduan melayu.
Kalau ada sebab lain yang tersembunyi saya tak nak sentuh. Tapi saya tak bersetuju sangat dengan rayuan Pas itu, dan Umno diminta jangan layan.
Kita kena faham bahawa PRK ini adalah satu medan untuk pihak2 yang mendakwa mereka mendapat sokongan rakyat untuk membuat market testing. Tapi kalau PRU bukan lagi market testing lagi dah.
Dan sebagai rakyat yang tidak berparti, kami memang ternanti2 dan mengharapkan akan ada beberapa lagi PRK selepas Galas dan Batu Sapi. Sebab kami nak lihat antara Umno dan Pas siapa yang lebih popular dan lebih dekat dihati orang melayu selepas tsunami 2008.
Dan ini akan kami jadikan panduan untuk menetapkan siapa yang akan kami sokong pada PRU 13 nanti.
Dalam isu perjuangan memertabatkan bahasa melayu, kita tak pernah dengar suara Pas (tak tahu la pula kalu2 ada keluar dalam Harakah). Memang dalam hati ini tertanya2, andai kata Pas yang memegang kuasa pemerintahan apakah mereka akan meletak bahasa melayu sebagai bahasa resmi negara seperti mana yang Umno buat. Mungkinkah bahasa melayu bakal diganti dengan bahasa arab pula ?
Bukan mustahil boleh berlaku. Lihat saja di kelantan, nilai mata wang Ringgit Malaysia pun mereka boleh ganti dengan Dinar.
kita patut mulakan dgn menutup atau ambil alih semua sekolah vernakular dan jadikan 1 sekolah utk semua sbg kenyataan..
tiada lg SK,SJKC, SJKT sebaliknya semua menjadi SR (sek rendah) shj..spt termaktub dlm perlembagaan, anak2 cina dn india ini boleh mempelajari bahasa ibunda mrk mengikut waktu yg dikhaskan..
Dgn ini kanak2 berpeluang bergaul bersama2..anak2 bukan melayu akan menjadi lebih fasih berbahasa melayu bila bergaul dgn anak melayu..dan setrusnya bila dewasa hubungan persahabatan yg pernah terjalin akan berterusan smpi bila2..
lebih baik terlewat dari tiada langsung. perlaksanaan ini memerlukan daya survival politik yg tingi, hanya mereka yg tidak berkepentingan spt prof Khoo Kay Khim dll sj yg berani mengutarakan secara serius..
tokgaru,
(komen 9.28)
Berita dr newspaper sememangnya tdk boleh dipercayai 100%. Segala maklumat/info yg dicetak
adakalanya rekaan smata2 @ ditokok tambah oleh wartawan. Seperti yg kita maklumi, wartawanlah yg sbenarnya mencorakkan sesebuah negara. Merekalah yg menghangatkan segala2 isu yg timbul. Mereka jugalah yg menjadi batu api. Isu yg kecil akan pn akan menjadi besar/serius. Manakan tidak jika seringkali wartawan memainkan/ memutar belitkan isu2 sensitif demi meningkatkan jualan naskah mereka. Inilah yg menyebabkan kbanyakkan rakyat yg celik akan mggunakan media elektronik (blog/email/youtube..etc) utk mndapatkan gambaran sebenar.
Soal matawang. Jika kita mendalami soal ekonomi, sbenarnya matawang dinar yg paling bharga/dinamik. Itulah yg disyorkan oleh Tun Dr.M & Nik Aziz suatu ketika dahulu.
Nilai Matawang Dinar tdk akan tgugat eventhough 1 dunia mgalami krisis kewangan. Nilainya amat effective sepanjang zaman.
Contoh:Zaman nabi dgn 1 dinar emas kita boleh membeli seekor kambing. Zaman skrg berat duit 1 dinar emas bsamaan dgn harga seekor kambing (harga emas).
Kalo dgn RM, nilainya berubah mengikut inflasi.Tidak sperti dinar emas, nilai maintain wpun beribu2 tahun digunakan. Inilah yg amat ditakuti oleh negara2 penyangak matawang sperti USA.
@hantukampung
nilai emas tidak maintain.. ia juga berubah..
juga atas kelemahan2 dinar emas yg tertentu menyebabkan ia sukar mengganti peranan wang kertas skrg..
apapun, walaupun dinar emas di kelantan berfungsi lebih kpd sistem barter, sy tetap lihat dr sudut positif..sekurang2nya senang kita nak melabur dlm dinar emas skrg nie..
lebih baik dr melabur dlm skim cepat kaya!
Penyokong DAP
Mana ada orang Melayu nak belajar agama bahasa Inggeris.Main dengar mana boleh.
Kebiasaan sekolah agama kurang menitik beratkan bahasa Ingerris.Jadi mereka nak buat sekolah agama (yang diajar dalam bahasa Melayu) dan memasukkan bahasa Inggeris sebagai salah satu mata pelajaran teras.
Saya berterima kasih kalau Penyokong DAP turut menolak penjualan arak dan pelacuran.Tapi kalau kita sekat arak,kelab malam, akan ada satu parti akan buat demo dan mengatakan "INI HAK KAMI".
Tak tahu la parti mana tu.
Bangsa Melayu memilik satu sifat dan sikap yang kaum lain tdk ada. Orang Melayu begitu tinggi nilai perikemanusiaannya, terlalu pemurah, terlalu bertolak ansur dan mudah memaafkan kesalahan orang lain dan cepat lupa kesilapan lalu. Begitu juga yang terjadi dengan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa rasmi negara ini.
Selepas 53 tahun , kita orang Melayu masih lagi ‘segan dan malu’ untuk bercakap sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu. Para pemimpin pula, lebih `selesa’ berbahasa Inggeris bila berhadapan dengan media. Sehingga dilabelkan kalau hendak dilihat moden, berpelajaran dan ‘hilir’ maka bila bercakap mestilah `dirojakkan’ bahasa Melayu itu.
Jadi, janganlah kita terlalu salahkan bangsa lain kalau mereka tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul kalau kita orang Melayu masih segan-segan nak bercakap bahasa Melayu.
Jika diselidiki dgn lebih lanjut, jumlah jualan harian setiap akhbar utama Melayu hanya kira-kira 200,000 naskhah (rencana dlm Utusan Malaysia). Ini sesuatu yg tdk dapat dipercayai jika dibandingkan dengan jumlah org Melayu yang dianggarkan kira-kira 16 juta dari 26 juta penduduk.
Kalau sepuluh peratus orang Melayu membeli akhbar-akhbar Melayu sudah pasti jumlah akhbar-akhbar yang dijual melebihi 1.5 juta sehari.
Bagaimana pula dgn sikap orang-orang UMNO terhadap Utusan Melayu/Malaysia yang sering dianggap sebagai lidah rasmi UMNO.
Dalam phimpunan Agung UMNO, diumumkan ahli-ahli UMNO dianggarkan seramai 3.2 juta orang. Kalau 10 peratus orang UMNO membeli akhbar-akhbar terbitan Utusan Melayu sudah pasti jumlah yang dijual melebihi 320,000 naskah. Ini tidak termasuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah orang-orang UMNO sendiri tidak membeli akhbar-akhbar yang dianggap sebagai lidah rasminya. atau adakah kbanyakkan org Melayu melanggan Harakah, Suara Keadilan...etc. Logiknya tdk smua ahli UMNO tmasuk veteran yg mggunakan media elektronik (online).
Selain itu, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang beratus-ratus orang itu tidakkah teringin melanggan akhbar-akhbar Melayu untuk kegunaan balai-balai raya, perpustakaan dan sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Berapalah sangat harga akhbar-akhbar tersebut dibandingkan dengan undi dan sokongan yang diberi.
Bagaimana pula dengan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sendiri. Tidakkah mereka juga berhasrat melanggan akhbar-akhbar untuk kegunaan masyarakat di dalam bahagian masing-masing. Apa salahnya beli kalaupun tak suka dengan berita-berita yang disiarkan. Setidak-tidaknya boleh dibuat bungkusan goreng pisang atau untuk melindungi dari hujan sekiranya terlupa membawa payung. Harganya pun bukanlah mahal sangat.
Inilah yg dikatakan satu fenomena yang amat malang. Pejuang-pejuang Melayu di zaman menuntut kemerdekaan bermati-matian berjuang untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sehingga ia diterima dan termaktub di dalam perlembagaan negara dan dasar pelajaran kebangsaan kemudiannya diabaikan.
Tidak terniat nk menyalahkan UMNO semata2, tidak pula menyokong/mengagungkan parti pembangkang yg lain. Tetapi hakikatnya parti politik inilah (UMNO) yg seringkali/kerapkali melaungkan pjuangan bangsa melayu, martabatkan bahasa melayu, hak keistimewaan melayu, ketuanan melayu dan layu...
" tiada lg SK,SJKC, SJKT sebaliknya semua menjadi SR (sek rendah) shj..spt termaktub dlm perlembagaan, anak2 cina dn india ini boleh mempelajari bahasa ibunda mrk mengikut waktu yg dikhaskan.." (Aldan)
Ya, saya nampak ini satu pandangan yang boleh dilaksanakan oleh pihak pemerintah. Idea begini tidak memenangkan siapa .. melayu tidak, cina tidak, india pun tidak. Win-win situation kata orang.
Kalau ada pemimpin parti politik baik yang pemerintah mahupun yang pembangkang menentang idea begini, saya sarankan para pengundi khas orang melayu patut menjauhkan diri daripada mereka, begitu juga kepada para pengundi bukan melayu yang cintakan perpaduan bangsa malaysia. Mereka yang menentang adalah membawa maksud tidak mendukung perlembagaan persekutuan dan tidak mengiktiraf bahasa melayu sebagai bahasa resmi negara. Mereka adalah pengkhianat negara yang tak guna dihadapkan ke mahkamah, hanya ISA saja yang boleh menginsafkan mereka.
Saya menyokong idea saudara Aldan kerana dalam posting sebelum ini saya juga mengutarakan cadangan "sama ada sekolah valnukular dihapuskan ATAU bahasa cina dan tamil dijadikan mata pelajaran wajib lulus di sekolah kebangsaan".
Saya mengakui idea saya kurang sedikit jika dibandingkan dengan yang Aldan punya, tapi yang penting kedua2nya bermatlamatkan perpaduan bangsa malaysia.
Saya sangat terang, melalui idea sekolah rendah sahaja, semua mata pelajaran diajar dalam bahasa melayu tetapi bahasa cina dan tamil juga diajar dan wajib lulus keatas semua murid (melayu,cina, india dan lain2).
Saya juga nampak hasil sangat positif melalui :
1. kanak2 mula bergaul dan berinteraksi dengan pelbagai bangsa dari peringkat sekolah rendah lagi. Maka bila meningkat remaja dan dewasa mereka tak kekok untuk meneruskan interaksi tersebut.
2. selain menggunakan bahasa melayu sahaja sebagai bahasa perhubungan dalam bilik darjah, bahasa melayu, bahasa cina dan bahasa tamil juga boleh dipraktik dikalangan murid2 3 bangsa utama melayu, cina dan india semasa waktu rehat atau selepas habis waktu sekolah, mereka bebas meilih bahasa yang hendak mereka guna. Akan tetapi semasa kelas bahasa, setiap murid hanya dibenarkan bertutur menggunakan bahasa yang sedang diajar sahaja, lain2 bahasa tidak dibenarkan.
Inilah harapan saya dan ramai lagi mereka2 yang cintakan perpaduan kaum. Kepada para pemimpin parti pemerintah, jika ikhlas mahukan perpaduan bangsa malaysia tolong masukan ini sebagai sebahagian daripada agenda perpaduan kaum dalam mesyuarat pemimpin2 kanan BN untuk dijadikan salah satu daripada manifesto BN untuk PRU 13 nanti.
Janji kami (golongan tidak berparti), sebarang perubahan yang membawa kepada perpaduan kaum dengan mendokong semangat perlembagaan persekutuan akan kami nyatakan sokongan melalui undi kami pada PRU 13 nanti.
Sekian daripada aku yang mahu hidup aman dan damai. TOKGARU.
Ah..sedihnya Bahasa Melayu hanya gah untuk menjadi alat pujuk rayu, maki hamun, umpat mengumpat, kata mengata (kempen politik dan iklan TV) dan juga untuk hiburan ( lagu-lagu). Namun apabilabercakap soal ekonomi, soal bisness, undang-undang, bahasa melayu diketepikan. Tak ada Kelas.
janganlah dijadikan bahasa melayu ibarat orang gaji di rumah sendiri dan bahasa lain menjadi tuan.
Siapa yang salah. Adakah rakyat yang dipimpin ataupun pemimpin yang memimpin.
"Siapa yang salah. Adakah rakyat yang dipimpin ataupun pemimpin yang memimpin" - putrarahman.
bila kita bercakap dgn bukan melayu i.e org cina, siapa ikut dialek siapa. bukan ke kita yg biase ikut ckp mcm org cina?
ckp spt kasi murah la taukey, ini hali banyak panas la, lu tak mau angkat ini barang ke, dah jadi satu kelaziman bg org melayu bila bercakap dgn mereka.
ringkasnya ini memberi jawapan kpd soalan putrarahman: siapa yang salah..
sbnrnya sikap lembut hati kita org melayu yg meyebabkan timbul masalah nie..x kira pemimpin atau yg dipimpin, sikap berlembut kita memberi ruang utk bahasa melayu terhakis..
Salam Hantukampung,
Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara: "Bangsa Melayu memilik satu sifat dan sikap yang kaum lain tdk ada. Orang Melayu begitu tinggi nilai perikemanusiaannya, terlalu pemurah, terlalu bertolak ansur dan mudah memaafkan kesalahan orang lain dan cepat lupa kesilapan lalu. Begitu juga yang terjadi dengan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa rasmi negara ini.
Selepas 53 tahun , kita orang Melayu masih lagi ‘segan dan malu’ untuk bercakap sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu. Para pemimpin pula, lebih `selesa’ berbahasa Inggeris bila berhadapan dengan media. Sehingga dilabelkan kalau hendak dilihat moden, berpelajaran dan ‘hilir’ maka bila bercakap mestilah `dirojakkan’ bahasa Melayu itu.
Jadi, janganlah kita terlalu salahkan bangsa lain kalau mereka tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul kalau kita orang Melayu masih segan-segan nak bercakap bahasa Melayu........."
Saya rasa Sekolah Wawasan yang dikemukakan zaman Dr. Mahathir adalah formula paling baik untuk tujuan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak bukan Melayu dan mengeratkan hubungan kanak-kanak semua kaum demi perpaduan nasional.
Akan tetapi, niat dibelakang Sekolah Wawasan dicurigai oleh Dong Zong dan ditentang sehingga ia gagal dilaksanakan.
Dong Zong telah tekad mempertahankan sistem sekolah rendah Cina dan menengah yang sedia ada. Setiap langkah kerajaan BN mengenai SRJK Cina akan dihalusi dan diwaspadai malahan dicurigai 'ada udang sebalik batu'. Pendirian teguh Dong Zong juga telah membawa perubahan kepada landskep politik Malaysia hari ini.
Barangkali konsep Sekolah Wawasan ini boleh dilaksanakan di bawah pemerintahan PR. Alasan saya:
1. Dong Zong tidak mencurigai 'hasrat' pemimpin PR sepertimana mereka mencurigai "hasrat" pemimpin UMNO.
2. Ramai aktivis Dong Zong atu pejuangan pendidikan bahasa Cina telah aktif dalam parti-parti PR.
Saya bayangkan satu hari nanti, apabila PR memerintah Malaysia, Sekolah Wawasan dihidupkan semula, kita dapat melihat kanak-kanak semua kaum bermain di padang sekolah yang sama, makan di kantin yang sama, membaca di perpustakaan yang sama. Bila locing berbunyi, mereka masuk bilik kelas masing-masing.
Aldan dan Putra Rahman
Sebagai orang lama. Saya perhatikan kita orang melayu ini mudah turut dan terima. Kekadang saya pun pelik. Tengok bangsa lain tak macam tu pun.
Dalam kehidupan seharian, dari segi berpakaian dan amalan gaya hidup kita bangga tiru dan terima cara orang lain.
Yang cenderung kepada budaya barat, maka jadi kebaratan lah dia. Yang cenderung kepada islam, penampilan diri lebih kepada kearaban. Apakah ini membawa erti yang kita orang melayu sebenarnya sedang berhadapan dengan krisis identiti. Kita cedok apa saja yang kita rasa elok pada perkiraan kita.
Dalam soal bahasa, saya setuju dengan Aldan. Suka atau tidak kita kena mengaku bahawa kita sendiri yang jadi penyebab kepada kurangnya penguasaan bahasa melayu di kalangan bangsa bukan melayu.
Mudah cakap macam ni lah. Kita sebagai tuan rumah banyak mengikut kehendak dan karenah orang yang datang dan duduk di rumah kita. Sepatutnya orang yang datang yang ikut kehendak dan syarat tuan rumah.
Lama kelamaan orang itu pun rasa dia besar kepala dan nak pijak kepala kita pula. Nak suruh dia keluar dari rumah kita dah tak boleh dah, sebab selama dia duduk dengan kita, dia pun ada keluar belanja juga untuk penambah baikan rumah kita (maknanya dia pun ada syer juga).
Dalam keadaan sekarang kalau kita nak repair bagi balik kepada keadaan asal memang payah nak dibuat. Apa yang boleh kita buat adalah adjustment sikit di sana sini supaya semua isi rumah itu dapat tinggal dengan selesa dan tak berkelahi sesama sendiri.
Salam tokgaru, Aldan,
Dijemput meneliti pandangan saya yang ditujukan kepada Hantukampung.
Contohilah wartawan alam sekitar Karam Sigh Walia. Beliau fasih dan lancar berbahasa melayu, alunan serta susunan pggunaan bahasa yg baik dan mudah difahami. Bijak mggunakan peribahasa (setiap kali laporan) yg kadangkala kita jarang2dgr/tak pernah dgr tp sememangnya wujud/tertulis dlm kamus peribahasa. Ulasan2nya amat menarik phatian, tdk hairanlah jika beliau ditabalkan sbg wartawan terbaik setiap tahun.
Beliau antara bukan org melayu yg dinamik. Pggunaan bahasa melayunya agak mengagumkan. Pendapat peribadi - rasanya tidak semua melayu boleh bercakap bahasa indah sperti Karam Sigh Walia.
kita bukan nak lihat semua orang mampu berbahasa melayu sesempurna pakar bahasa mahupun sasterawan negara..yg kita nak masyarakat majmuk yg boleh berbicara dgn satu bahasa dgn fasih..
kepada penyokong DAP, sekolah wawasan memerlukan kos yg sgt tinggi-jika anda tahu konsep sek wawasan yg sbnr..
daripada reka pelan baru hinggalah saiz tapaknya yg luas menyebabkan ia tidak munasabah lg dilaksanakan..
fikir logik pun kita dah tau, di kawasan penempatan baru, sekolah wawasan boleh dibina..tapi bgmana dgn bangunan sekolah lama?
dan berapa % drpd belanjawan negara kita nak habiskan utk bina sekolah2 baru ni?
mansuhkan saja sek vernakular..1malaysia..1 sekolah utk semua..
melaka maju 2010..tahniah..
MB & KM negeri2 lain, tingkatkanlah usaha..
" Ramai aktivis Dong Zong atu pejuangan pendidikan bahasa Cina telah aktif dalam parti-parti PR "
(Penyokong DAP)
Memang betul. Kerana sifat mereka yang lebih banyak menentang kerajaan daripada menyokong kerajaan. Lalu, mengaktifkan diri dalam PR bukan lah benda yang menghairankan.
Mereka mahu jadi juara kepada orang cina. Suara mereka mendapat sokongan secara diam2 dari parti2 orang cina baik yang dalam kerajaan mahupun yang diluar kerajaan.
Bukan setakat itu saja sokongan yang mereka terima, malahan NGO kaum cina juga dibelakang mereka ong Zong ini.
Tapi dipihak orang melayu, hanya Umno sorang saja yang bertahan tentang bahasa melayu. Sedangkan di pihak pimpinan tinggi Pas dan PKR, diam seribu bahasa solah2 melayu bukan bangsa mereka dan bahasa melayu bukan bahasa mereka.
Ini lah keadaannya. Bukan melayu boleh bersatu walaupun mereka berlainan fahaman politik dan agama. Tapi orang melayu walaupun dalam satu agama (slogan : islam agama perpaduan). Adakah begitu keadaan nya pada ketika ini ?.
Mana perpaduan yang di laung2kan ? Apakah hebatnya islam pada slogan sahaja ?
Setiap orang melayu yang beragama islam sepatutnya mahasabah diri. Dan perlu ada perasaan malu dan rasa rendah diri kepada penganut agama lain bila bercakap fasal perpaduan.
Phamlet produk mendakwa produk sangat baik dan efektif, tapi bila dibuat demo hasil adalah sebaliknya. Jadi adakah anda fikir akan bertambah bilangan pengguna produk berkenaan ?
Kalau pun ada diantara mereka yang mangakui produk itu sangat baik dan efektif pun adalah terdiri daripada mereka2 yang sudah nampak keuntungan yang bakal menanti mereka diatas kelemahan produk tersebut.
@ tok garu
kerna itu peringatan demi peringatan oleh para pemimpin melayu, terkini dari istana tentang pentingnya legasi dan survival kuasa melayu dipertahankan..dan peringatan ini bukanlah ancaman mahupun ugutan sebaliknya beralaskan bukti2 yg nyata..
posting penyokong dap membuktikan lg apa yg kita khuatiri..hanya mereka (melayu) yg rakus dan mabuk kuasa shj akan menafikan dan berterusan mempersetankan peringatan2 yg sultan kita berikan..
Melaka...negeri dah maju, diharapkan penduduknya juga mencapai standard negeri maju. Amin.
Kalau UMNO sebenarnya ingin membantu dan mempertahankan hak Melayu, maka mereka kena menongkah arus. Dengan Pemimpin Negara adalah ahli UMNO dan dibantu sebegitu ramai ahli,saya fikir bukanlah sesuatu yang sukar untuk mencapai kejayaan jika menongkah arus.
*
* Recent press releases
o 20/10/2010: Threat to students
o 19/10/2010: Thousands protest
o 19/10/10: Students protests
o 08/10/2010: Nobel Prize
o 06/10/2010: Editor arrested
o 25/08/2010: Man shot
o 23/09/10: Nun escapes
o 31/08/2010 Tibet propaganda
o 31/08/2010 Tibetan shot
o 16/08/10: Control of religion
o 30/07/10: Monk's suicide
o 14/07/10: Hague speaks
o 09/07/10: Hague visit
o 06/07/10: Dalai Lama
o 2010 archive
* Tibet in the news
* Our publications
* Photo and video library
Rakan-rakan semua,
Sila baca berita ini dan memohon beri sokongan kepada pejuang orang tibet terhadap kezaliman pemerintahan kuku besi komunis China.
http://www.freetibet.org/newsmedia/students-protest-language-rights
Students protest for language rights
""Approximatly six thousand Tibetan students from six Tibetan schools aged 14-20 took to the streets from on Tuesday 19 October, chanting “we want equality of culture” in Rongwo town, Rebkong County (Chinese: Tongren), in the Tibetan Autonomous Prefecture of Malho (Ch: Huangnan). Eyewitnesses report that at least four thousand students took part.
The protests were sparked by Chinese educational reforms in Rebkong which stipulate that all subjects will be taught in Chinese and all textbooks will be in Chinese except for Tibetan language and English classes. These reforms have already been implemented in other areas across the Tibet Autonomous Region, including in primary schools. The use of Tibetan is being systematically wiped out as part of China’s strategy to cement its occupation of Tibet.
Students from the National Senior Middle School of Rebkong County marched through Rebkong from 7am and were joined by more and more students from other schools including the National Middle School of Rebkong, Teachers’ School of Malho, Medical School of Malho, Rebkong Yifu Middle School and the Boarding School of Rebkong County. The students then gathered outside the People’s Government Building in Rebkong. The police did not interfere with the protests."
Pemerintahan kuku besi komunis China selama ini memang menafikan hak kaum minoriti mempelajari bahasa ibunda mereka.
Rusuhan kaum Uigur (muslim) di Wilayah xinjiang tidak lama dulu berpunca daripada berbagai tekanan termasuk dasar kerajaan yang cuba menghakiskan hak belajar bahasa ibunda dan agama serta dasar asimilasi kepada budaya China kaum Han.
Ha1 ha! ha!
Dong Zong ditibai teruk oleh pembaca MALAYSIAKINI (VERSI B. cINA).
Baru-baru ini Dong Zong telah membuat kenyataan mengutuk tindakan Nobel Peace Prize dianugerahkan kepada seorang pejuang demokrasi negeri China En. Liu Xiaobo.
Dong Zong menganggap penganugerahan Nobel Peace Prize kepada Liu merupakan satu perancangan barat untuk mengugat kestabilan politik negeri China.
Pendrian Dong Zong telah dikritik hebat oleh pejuang demokrasi bahawa Dong zong telah meruntuhkan prisip perjuangannya yang dipegangnya selama 50 tahun!
Pemimpin dong zong dikritik 'double standard': Di Malaysia, perjuangkan hak pendidikan berbahasa ibunda (Cina), tetapi pada masa sama menyokong pemerintah komunis China yang tidak menghormati hak demokrasi rakyat dan hak kaum minoriti.
Ha1 ha! ha!
Dong Zong ditibai teruk oleh pembaca MALAYSIAKINI (VERSI B. cINA).
Baru-baru ini Dong Zong telah membuat kenyataan mengutuk tindakan Nobel Peace Prize dianugerahkan kepada seorang pejuang demokrasi negeri China En. Liu Xiaobo.
Dong Zong menganggap penganugerahan Nobel Peace Prize kepada Liu merupakan satu perancangan barat untuk mengugat kestabilan politik negeri China.
Pendrian Dong Zong telah dikritik hebat oleh pejuang demokrasi bahawa Dong zong telah meruntuhkan prisip perjuangannya yang dipegangnya selama 50 tahun!
Pemimpin dong zong dikritik 'double standard': Di Malaysia, perjuangkan hak pendidikan berbahasa ibunda (Cina), tetapi pada masa sama menyokong pemerintah komunis China yang tidak menghormati hak demokrasi rakyat dan hak kaum minoriti.
Para pemimpin Dong Zong telah diminta memohon maaf kepada masyarakat Cina Malaysia dan meletakkan jawatan, kerana tindakan mereka telah mencemarkan imej perjuangan Dong zong.
Salah seorang pembaca MALAYSIAKINI meminta Dong Zong memohon maaf kepada kerajaan Malaysia!
Pembaca itu berhujah bahawa berdasarkan logik tindakan Dong Zong sekarang (iaitu mengutuk penganugerhan Nobel Peace Prize kepada Liu xiaobo), segala tindakan yang merosakkan keamanan dan kestabilan negara (pada tanggapan pemerintah) merupakan perbuatan tidak menghormati kedaulatan negara tersebut dan provokasi terhadap rakyatnya!
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.
Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah “terkunci kemas” di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.
Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera. Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja.
Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.
Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.
Dengan itu saranan Presiden Umno untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.
Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno, yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.
Nurul Izzah Anwar
x habis2 dgn nurul izzah..
hopeless.
Inilah kegunaan utama bahasa Melayu iaitu untuk berkempen. Kalau kita buka Blog Si Nurul Izzah ini, banyak ditulis dalam BI kecuali posting untuk berkempen dan meraih sokongan. Saya cakap banyak, bukan semuanya.
Anon, Nurul Izah pun sama sahaja dengan pemimpin Melayu yang lain, tak tahu nak menghormati Bahasa Melayu dan tak bangga dengan kekuatan orang Melayu iaitu Bahasa Melayu.
sy x prnh jenguk blog nurul izzah lg..
tp dr tulisan yg cik anon kita selalu post kat sini rs alahai nurul izzah..mcm tu mentaliti dia..kesian betul la..
Adlan...beginilah kalau orang muda jadi pemimpin.
Kalau nak pilih sebagai pemimpin pun, biarlah berumur sikit.
Rasulullah S.A.W. diangkat menjadi Rasul pun setelah berusia 40 tahun.
Muda-muda ni, cakap memang hebat(teori), tetapi pengalaman(pratikal) kureng.
Salam Dr. Tee,
Rupanya tunjang Model Ekonomi Baru Pak Najib ialah menara tinggi 100 tingkat. Rata-rata perwakilan UMNO juga mempertahankan idea ini.
Singpura yang gagah ekonomi tiada pun menara yang tinggi.
Di Dubai sudah ada menara paling tinggi di dunia, di Mekah juga ada menara tinggi, Petronas Twin Tower di Kuala Lumpur tidak cukup tinggi lagi, maka ingin bina menara yang lebih tinggi lagi.
Rupanya orang Islam suka menara yang tinggi, menggantikan cita-cita tinggi yang lain.
Hasrat Melayu nak capai 30% ekonomi Malaysia tidak dapat, pencapaian di institusi pengajian tinggi juga tidak cukup tinggi, sebagai ganti, atau untuk memabukkan diri, menara tinggi menjadi lambang jatidiri dan kebanggaan Melayu.
Kontraktor yang menjalankan projek nanti tidak tahu siapanya nanti, yang pasti ialah pemimpin UMNO dan sekutunya Cina ultra kiasu akan untung berguni-guni!
Dr. Tee, anda Cina muslim yang telah banyak memberikan nasihat kepada saudara muslim Melayu. Tak tahu pula apakah pandangan Dr. mengenai menara tinggi ini!
Penyokong DAP, pasai apa hang bising pasai bangunan Tinggi ni. Yang nak buat bangunan tu adalah PNB menggunakan duit keuntungan tidak diagih mereka, bukannya duit rakyat. Duit dah ada dah, cuma tak tahu nak buat apa. Kalau duit dicairkan, sudah pasti ekonomi akan berkembang.
Bila buat projek mega, sudah pasti banyak peluang pekerjaan akan dwujudkan. Begitu juga peluang-peluang kepada kontraktor kecil bumiputera dan juga vendor-vendor bumiputera akan mendapat peluang projek.
Apabila bangunan itu siap nanti, PNB boleh kutip sewa dan buat keuntungan. Keuntungan itu akan digunakan untuk bayar dividen. MRuang-ruang niaga Menara KLCC habis disapu oleh bangsa asing. Biarlah ruang niaga menara baru ini dikuasai sepenuhnya oleh Melayu.Kalau tak , baik tak payah buat.
Saya percaya projek menara 100 tingkat ini tidak akan disenangi oleh pembangkang kerana mereka tahu, bangunan ini sebenarnya satu usaha untuk membantu bumiputera melayu menjana ekonomi.
sebenarnya satu kesilapan besar yang di lakukan oleh pemimpin sejak mula malaysia merdeka lagi.
dari pandangan orang luar malaysia bukanlah sebuah negara yang mencerminkan satu bahasa satu negara, tapi satu negara berbilang bahasa.
al-maklum sejarah membuktikan kekuatan sesuatu bangsa/negara terletak kepada satu bahasa di amalkan.
lambat laun suatu hari nanti jika perkara ini tidak ditangani dengan segera tidak mungkin malaysia akan berpecah mengikut kekuatan bahasa yang di amalkan.
sudah sampai waktunya para pemimpin mengambil tindakan yang tegas dan proaktif daripada perkara tersebut berlaku di kemudian hari yang sudah tentunya amat merugikan bagi rakyat malaysia.
contoh terbaik ialah negara indonesia yang mempunyai lebih 200 juta jiwa tapi kesemua mereka mahir berbahasa indonesia.
tapi di malaysia saya pasti dan amat yakin tidak semua rakyat malaysia yang boleh membaca atau menulis di dalam bahasa malaysia dengan betul.
kenapa perkara ini berlaku? sebab sejak mula merdeka 3 bangsa utama menuntuk hak agar bahasa mereka di lindungi. maka wujudlah di malaysia 3 jenis sekolah kebangsaan, SK Melayu, SK Cina, SK Tamil.
tapi di indonesia mereka tak amalkan perkara ini dan saya pun tak pernah dengar negara lain ada mengamalkan sistem seperti yang di amalkan oleh malayisa.
di india kita tak dengar ada SK Melayu atau SK Cina dan sebaliknya di china tak ada SK Melayu atau SK Tamil.
berbuatlah sesuatu dari sekarang demi masa depan genersai akan datang.
biasalah putrarahman..
apa perkara baik yg kita nak buat diorg x bangkang?
lebuhraya, menara berkembar, litar f1? "just name it"..
semuanya x guna dimata diorg..
membujur lalu melintang patah..
teruskan..di akhirnya nnti sm mcm putrajaya, dulu habis2an bangkang, kini mereka yang kemaruk sgt nakkannya..
Bangunan tinggi lebih mendatangkan maslah. Tafik jam pasti bertambah teruk di kawasan Pudu!
Jangan harap kontraktor Melayu kecil boleh dapat habuan.
Ada duit banyak bantulah petani di luar bandar membangunkan industri pertanian.
Pelabur asing sudah tak mahu mari, orang kita pula melabur diluar negeri. siapa nak sewa pejabat di bangunan tinggi?
Isu Pembangunan kampung Baru KL pun belum selesai, kan elok guna duit yang lebih membangunkan tanah orang Melayu di Kg Baru?
Saya difahamkan pemimpin UMNO tidak akan dapat banyak faedah dari pembangunan Kg Baru sebab itu tanah swasta yang dimiliki penduduk Kg Baru.
Tetapi lainnya menara 100 tingkat ini. Ia akan memberikan peluang emas kepada pemimpin UMNO mengaut keuntungan besar. Bukankah selama ini pemimpin UMNO hidup bergantung pada 'projek'?
Balak sudah habis. Tanah yang bernilai tinggi komersial hanya terdapat di negeri Selangor saja. Di KL tiada banyak tanah tinggal.
Tanah di lapangan terbang Sg. Besi telah disapu awal-awal. Sekarang sasar pada tanah sebelum stadium Merdeka pula.
Logik tak logik kamu fikirlah sendiri.
Jangan ingat pemimpin yang hidup mewah ini berjiwa rakyat. Semua pemimpin aota punya. Cina hulur duit, tak kira halal atau haram ambil saja. Sebab itu matlamat 30% DEB tidak dapat dicapai. Maruah dan nilai agama boleh jual, apa lagi yang tak boleh dilelong?
Nasib baik muncul seorang Tan Sri Khalid Ibrahim menjaga negeri Selangor yang kaya dengan sumber.
Rasuah pemimpin UMNO adalah terang di bawah matahari lagi disuluh, hanya orang buta hati yang tidak sedari.
ayat yg sama sblm semua plus highway, litar sepang, menara petronas, jambatan pulau pinang, istana budaya dll didirikan..
semua ckp penyokong dap bukan isu baru..ulang2 benda yg sama - rasuah- deb 30%- kroni - rakyat miskin dan 1001 penambah perisa lagi..
cuba tgk sendiri semua 'arca/monumen' di atas yg telah dibina, berguna atau membazir?
Terang di bawah matahari lagi disuluh,hanya orang buta hati yang tidak sedari..
baru baru ini saya telah diserang begitu hebat,kerana menyebut "Abu Lahad" dan "Abu Jahal".
Terbaru, Datuk Seri Dr Zaid Hamidi, naib presiden umno sendiri mengakui bahawa adanya "Abu Lahad" dan "Abu jahal" didalam umno, tidak terkecuali dalam parti pembangkang.
Oleh itu, apa yang saya sebut dulu itu ada kebenarannya dan tidak boleh dinafikan lagi.
Cuba bayangkan, zaman pemerintahan Nabi Mohammad SAW di Madinah dahulu pun ada "munafik" ada "fasik".
Maka tidak mustahil Abu Lahad dan Jahal,munafik dan fasik dalam umno yang sedang tunggu masa membikin umno hancur lebur.
Datuk Seri Shafie Afdal sangat bimbang dengan perkembangan terbaru dalam umno miskipun ada tranformasi yang sedang dan akan dilakukan.
kebimbangan itu adalah berpunca dari sikap puncuk kepimpinan yang tak pernah adil terhadap rakyat negara ini.
Seperkara lagi puncanya ialah datang dari sikap "megah", "besar hati","sombong", "angkuh" dan "takbur" Presiden umno yang juga perdana menteri semasa berucap merasmikan perhimpunan Agung umno ke 61.
" Jangan ingat pemimpin yang hidup mewah ini berjiwa rakyat. Semua pemimpin aota punya. Cina hulur duit, tak kira halal atau haram ambil saja. Sebab itu matlamat 30% DEB tidak dapat dicapai. Maruah dan nilai agama boleh jual, apa lagi yang tak boleh dilelong? " (Penyokong DAP)
Hari ini orang2 dalam PR bolehlah menghalakan perkara mungkar tersebut diatas kepada Umno sebab Umno masih lagi berkuasa. Hari ini memang tak ada pun taukey2 cina yang mahu hulur kepada pemimpin PR kerana pemimpin PR tak boleh bagi apa2 pun kepada dia.
Jadi taukey2 cina ini akan cari orang yang boleh tolong dia lah. Orang bisness punya perangai. Tak kan perkara macam ni pun saudara Penyokong DAP tak boleh faham.
Tapi bila PR dah jadi kerajaan, pemimpin2 PR dah ada kuasa yang boleh nak lulus atau tak nak lulus projek, boleh tentukan siapa yang hendak dibagi projek, pada masa tu taukey2 cina yang selama ini jadi kaya raya dan jutawan kerana berbaik2 dengan pemimpin Umno, berselisih bahu pun buat2 tak kenal saja.
Manakala dengan pemimpin PR yang sebelum ini mereka tak pernah rapat pun, tapi bila PR dah jadi kerajaan, orang yang sama jugalah yang akan kipas para pemimpin PR. Itulah rupa bentuk semangat setiakawan orang bisness.
" Semua pemimpin aota punya. Cina hulur duit, tak kira halal atau haram ambil saja " (Penyokong DAP)
Saya nak tanya anda. Untuk apa pemimpin PR seperti Nik Aiz, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim beria2 sangat nak kan kerusi Putra Jaya ? Nak berkhidmat kepada rakyat ? Jadi pembangkang juga boleh melalui teguran2 serta kritikan kepada pihak kerajaan dalam sidang dewan rakyat.
Yang sebenarnya adalah kerana nak kan kuasa. Kerana dengan kuasa seseorang itu boleh tolong rakyat sikit dan selebihnya boleh tolong diri sendiri, kaum keluarga dan kroni.
Janganlah jadikan penderitaan rakyat atau kesengsaraan rakyat sebagai alasan. Ada ker rakyat malaysia yang sengsara dan menderita tak makan berhari2 ? Kalau malaysia ni penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, tak ada siapa rakyat asing yang teringin nak datang cari makan di sini.
Dengan pemerintahan yang sedia ada ni, ada apa yang kurangnya ? Orang2 cina bilangan yang kaya kui bertambah, bilangan premis perniagaan orang cina tak pernah menyusut tapi kui bertambah ada lah, yang baiknya orang melayu tak pernah pun iri hati.
Sedangkan orang melayu, saudara Pernyokong DAP, awak sendiri pun sedar dan mengakui matlamat DEB 30% pun susah nak capai. Bidang ekonomi, orang melayu masih merangkak lagi, sedangkan orang cina dah boleh berlari dan memecut.
Atas alasan ini lah ramai kami yang tak berparti tak bersedia nak tukar kerajaan, tapi kalau nak tukar wakil rakyat (setakat sorang dua yang tak berjiwa rakyat langsung) tak menjadi masalah.
Kami serasi dengan Umno kerana Umno mengaku dia melayu dan dia islam. Sedangkan Nik Aziz tak mengaku dia melayu walau pun dia islam. Ridhuan Tee walau pun dia seorang cina, tapi dia seorang cina yang tahu mengenang budi dan tahu membalas jasa, lebih2 lagi dia pula saudara seagama dengan kami.
Kalau lah 75% orang cina berpendirian seperti Ridhuan Tee, kami tak bimbang untuk hidup bersama, dan negara kita akan aman.
Jadi marilah kita pakat2 fikir macam mana kita nak hidup aman dan damai supaya semua senang nak cari makan nak bela anak bini. Kata PM Najib " Think Forward ".
Penyokong DAP, pasai apa Cina hulur duit? Duit apa yang dia orang hulur?
Tak payahlah hulur-hulur duit lagi. Kalau tak dapat projek, bukan rezekilah tu. Rosaknya pemimpin Melayu pasai terima duit hulur. Bagilah peluang kat depa buat kerja dengan jujur dan amanah. 30% Ekonomi melayu masih tak capai pasal hulur-hulur duit nilah. Jangan dikayakan pemimpin Melayu dengan duit hulur-hulur ni.
Kerajaan ada perancangan tersendiri untuk memajukan Melayu. Kalau kerajaan cakap nak buat bangunan 100 tingkat, sokonglah mereka. Ambil sejarahlah, semua projek mega kerajaan yang terdahulu semuanya DAP tak sokong, tetapi sekarang ni mereka pula yang termimpi-mimpi siang dan malam nak ke sana.
Salam tokgaru dan putrarahman,
Bangunan Times Square yang berhampiran dengan stadium Merdeka masih banyak ruang kosong yang tidak dapat disewakan. Menara kembar Petronas sama juga, banyak ruang pejabatnya masih kosong kerana tiada penyewa!
Nanti Menara 100 tingkat telah didirikan, kadar sewa pejaabt mesti lebih tinggi daripada times Square dan Menara Petronas. Siapakah yang akan sewa ruang pejabat situ?
Bila tiada orang menyewa ruang pejabat, pasti akan rugilah! Yang tanggung rugi siapa? Rakyat jelatalah!
Salam Dr. Tee, tokgaru, Aldan, putrarahman,
1/3 pembelanjaan kerajaan merupakan pinjaman, ini suatu keadaan tidak normal.
Tahun 1997, hutang negara 90 billion ringgit, menjangkau 32% GDP.
Tahun 2008, hutang negara bertambah ke 4 kali ganda, iaitu 364 billion!
Tahun 2000, hutang negara bertambah sehingga 365.2 billion, menjangkau 52.4% GDP.
Kita masih enggan mengambil pengajaran daripada krisis kewangan Perancis, England, Greek dan negara EU yang lain.
Sumber asli/semulajadi negara makin berkurangan. Cukai yang dibayar oleh Petronas makin berkurangan, tetapi pembelanjaan kerajaan makin besar! Amaran Dato Idris Jalal bahawa Malaysia akan bankrap memang berasas!
Kita tunggulah saat bankrap ini tiba!
Lot kosong tak ada penyewa bukan salah kerajaan, tapi salah pengurusan bangunan tu. Pasai apa dia tak pandai market dan kasi sewa banyak mahal. Pengurusan boleh tukar status ruang. Ruang pejabat boleh dijadikan ruang niaga atau ruang penginapan. Apa-apa lah yang penting ada penyewa. Barulah hasil masuk.Jangan buat bisness rumah urut dah le kerana sudah pasti yang ramai menjadi tukang urut adalah rakyat daroi Negara Cina. Saya hairan, dulu taklah ramai pelancong Cina ni jadi tukang urut, tetapi sekarang ni berlambak-lambak. hari-hari kena tangkap. Yang bolos ramai lagi. Muka pun macam Cina Malaysia, susah nak kenal pasti tanpa melihat IC. Bila dah kena tangkap bawa ke mana ye? Saya cadangkan, hari ni tangkap, besok hantar balik. Depo pun taklah sesak. Habis cerita.
@ penyokng dap
x ada negara yg tidak berhutang..
kecuali mungkin negara kecil dgn kdn besar spt brunei, hampir mustahil..negara maju dan kaya spt amerika juga memiliki hutang..
dan lagi..
jika Tahun 2008, hutang negara 364 billion, sedang Tahun 2000, hutang negara 365.2 billion, tidakkah ini bagus?
usah risau, kerana x ingin bangkrap sbb tu kita kurangkan subsidi minyak..kerajaan x payah membazir keluar duit utk semua org termasuk org kaya, warganegara jiran selain mengkayakan penyeludup myk..tp kalau di ingat kembali, siapa yg paling kecoh bila pengurangan ni diumumkan?
soal kerugian rakyat jelata, bukan isu baru..beratus ribu rakyat m'sia menjadi mangsa pembelian rumah yg terbengkalai. mereka dibebankan hutang bank sdgkan pemaju lepas tgn, malah boleh terus mengaut untung dgn menukar menjadi nama pemaju lain pula..siapa mereka ni? PNB ker?
Kompleks Putrajaya
Sekarang ni nampak ramai yang bermimpin2 dan berangan2 nak menaklukinya.
Anwar Ibrahim tanpa segan silu mengaku memang dia mengidam nak duduk kerusi putrajaya. Kalau tidak tak ada lah kedengaran perancangan 16 sept, 16 okt, 16 nov ... last sekali habuk pun tarak. Itu lah wajah Anwar yang sebenar. Si Saiful sanggup junjung kuran dalam mesjid, tapi Anwar Ibrahim jangan kan nak jungjung kuran, malah nak junjung sejadah pun belum tentu lagi.
Hadi Awang juga teringin tapi malu2 nak istihar, nampak macam diantara yakin dengan tidak saja. Maklumlah bila duduk kerusi putrajaya, nak tidur malam pun belum tentu nyenyak, apa lagi pula nak duk pi ceramah sana ceramah sini, atau nak pi baca kitab mengajar agama kepada orang dari mesjid ke mesjid. Boleh tanya PM Najid, seronok ke dia duduk di putrajaya.
Teringat saya, dalam kempen PRU satu masa dulu Pas kondem Mahathir membazirkan duit rakyat bina kompleks putrajaya. Pas janji kalau dia menang dan dapat perintah negara, dia nak lelong putrajaya dan duit lelong itu akan diagihkan untuk membantu rakyat2 miskin. Aku yang dengar ceramah tu rasa teruja juga, tapi mujurlah aku tak pangkah Pas masa mengundi. Kalau masa tu semua pakat pangkah Pas, maka tak ada lah putra jaya seperti yang ada pada hari ini. Tapi boleh jadi juga, Pas nak kan sangat putrajaya tu bukan kerana depa nak duduk di sana, tapi bila saja depa dapat depa akan lelong dan duit lelong tu akan diagih2kan kepada rakyat2 yang miskin. Kalau itu nawaitu Pas, maka di Galas nanti orang kelantan kena lah pangkah Pas.
Tapi yang memuskilkan kita adalah brother Lim Kit Siang. Langsung dia tak sebut putrajaya, boleh jadi dia sedar siapa diri dia dan siapa parti dia. Lim Kit Siang tahu dia memang tak layak nak duduk putrajya (macam langit dengan bumi, macam pungguk rindukan bulan, macam mengharapkan bulan jatuh ke riba). Jadi dia rasa biarlah Anwar dengan Hadi yang berebut2 nak ke putrajaya, siapa pun yang berjaya dia tetap tidak akan di ketepikan kerana tanpa sokongan Lim Kit Siang dan DAP putrajaya tak mungkin menjadi kenyataan samada kepada Anwar mahupun Hadi.
Apa ada dgn putrajaya?
Pegi presint 2, anda akan jmpa dgn satu monumen setinggi 68 meter, merangkumi 25 hektar tanah. Monumen ini dipanggil obelisk. Obelisk adalah lambang bg tuhan matahari. Obelisk menyerupai tiang di jamratul ula, wusta & aqabah, dimana ummat islam merejam syaitan jahanam saban tahun pada musim haji. Kenapa binaan itu ada di M`sia? banggakah kita? Jahilkah kita?
Kita juga berlumba2 membina bangunan tinggi yg mernyerupai `tower of babel`. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible. Bangunan2 tinggi seperti ini wujud di zaman Firaun.
Mungkin selepas ini akan diwujudkan pula binaan berbentuk piramid diserata dunia.
Benarlah tentang tanda2 kedatangan hari kiamat seperti dinyatakan dlm Hadis sahih Al-Bukhari : "Ketika pengembala (unta dan kambing) berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi, itu menjadi pertanda tibanya kiamat".
Menara, Obelisk dan Piramid merupakan asas-asas binaan dajjal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangan Dajjal dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit.
Apa tokgaru, nak lelong Putrajaya kalau menang PRU. Ada akai ke apa.
Apa yang kerajaan buat sekarang ini adalah untuk rakyat. Mana tahu kalau kerajaan BN tumbang, kerajaan baru tak payahlah bersusah payah lagi nak buat bangunan, jambatan ke, lebuhraya ke. Bukankah negara kita ni demokrasi, bila-bila masa kerajaan boleh tumbang.
Duuuuuuuuuulu, masa PAS menang Terengganu, Masjid dan Balairaya yang dibina oleh UMNO mereka kuasai. Apa kata kalau UMNO tak buat Masjid, terpaksalah mereka bertungkus lumus buat masjid. Di Kelantan, nasib baik UMNO buat Masjid, tak payah lagi PAS susah-susah buat masjid.
Ini samalah dengan bangunan warisan Merdeka 100 tingkat tu. Oleh kerana nak menang hati rakyat supaya membenci kerajaan UMNO, mereka kata projek itu membazir, tetapi kalau ditakdirkan mereka menang PRU, mereka juga yang berlumba-lumba untuk menguasainya. Percayalah.
Ya Seen.
Penamaan Calon 26/10/2010.
Peperangan bakal BERMULA!
Kalau dahulu Nabi Muhammad SAW Mengetuai Banyak Peperangan Popular dengan Mata Pedang, Hari ini Kita Berperang dengan MATA PENA.
Ketepikan Emosional, Tingkatkan ROHANI didokong INTELEK bagi memenangkan PERJUANGAN ad-deenil HAQ dalam ERA POLITIK BARU ini.
HORMATI SETIAP PANDANGAN ORANG HATTA MUSUH POLITIK KITA.
Tidak Lupa TAHNIAH buat Saudara Musa Hassan kerana menjadi Ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan.
ALLAHUAKBAR!
herman che mok
JKMJB
hadapan Sekolah Foon Yew
sebelah Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan Radio Televisyen Malaysia Johor.
Persimpangan Jalan Tasek Utara-Jalan Abdul Samad
80100 Johor Bahru.
JOHOR DARUL TAKZIM
daulat tuanku sultan ibrahim
ALLAHUAKBAR!
Untuk Renungan...
Kemenangan besar PR dlm PRU12 sememangnya tidak dapat dinafikan, sama ada undi tersebut atas sebab sokongan/kerelaan rakyat, undi senyap mahupun undi protes.
Ironinya secara langsung atau pun tidak langsung, rakyat telah memberi harapan yg tinggi pd PR utk lakukan perubahan, ada yg sanggup bermandi air kimia, gas pemedih mata, disepak terajang, dipukul FRU, ditangkap, dikurung, diseksa dan hilang pekerjaan mahupun mata pencarian.
Hasinya, beberapa buah negeri telah ditawan PR dlm PRU12disamping kemenangan dlm beberapa rentetan Pilihanraya Kecil (PRK). Kini PR mengatur strategi utk menawan Putrajaya.
Logiknya, PR harus mengambil kira byk faktor, lantas berfikir pnjg tentang cita2 besarnya itu. Jgn sampai `Yg dikejar tak dpt & yg dikendong bercicirann`. Contohnya kealpaan BN dlm mghadapi PRU12, UMNO bcita2 tinggi utk menawan Kelantan, serangan habis2an & bertubi2 ditujukan/ditumpukan hanya pd Kelantan, lantas mgabaikan negeri2 lain dibwh naungannya. Ini tidak mustahil akan berlaku pd PR.
Dlm pilihanry...
IMPOSSIBLE IS NOTHING.
Mana2 part berhak untuk menang.
Tidak kira UMNO-BN ataupun PR.
Hanya rakyat yg menentukan.
Assalamualaikum,
nama sy Nashrullah Wong. sy sgt2 stuju dgn pandangan dr Ridhuan Tee yg begitu terbuka dan optimistik mengenai penggunaan bahasa melayu sbg bahasa kebangsaan kita. bak kata "di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung". wlaupun sy org cina tp sy sedar bhw sy lahir di sini dan kewarganegaraan sy adalah rakyat Malaysia, bukan China, Taiwan, Singapura ataupun mana2. jd kita memerlukan satu bahasa utk berkomunikasi dan bersatu-padu iaitu Bahasa Melayu.
sy turut berasa sedih spt dr Ridhuan Tee, di mana terdapat segelintir drpd kaum sy masih degil dan enggan memperakui bhs Melayu sbg bhs kebangsaan, lazimnya mrk anggap kalo kita ckp bhs melayu bermakna kita dah jd melayu dan khianat kat bangsa cina sndiri. pemikiran sebegitu adalah amat cetek dan pessimistic sekali. kenapa budak cina yg berkawan baik dgn melayu sering diejek dan dianggapkan pelik? kenapa org cina yg terbuka hati utk menerima budaya Melayu dikatakan dah hilang 'identiti cina' atau keturunan nenek moyang? cuba tanye diaorg sejauh manakah mrk mempertahankan budaya Cina mrk? adakah mrk mahir dlm sastera cina? adakah mrk blajar muzik cina? adakah mrk pandai kaligrafi cina? yg paling ketara, brape org yg sanggup pakai baju tradisional cina semasa menyambut perayaan tahun baru Cina? sekurang2nya org melayu masih pakai baju melayu at least time solat jumaat dan kenduri, dan org india yg pakai sari semasa pergi ke kuil utk sembahyang. org cina??? mana pergi baju samfu dan cheongsam??? jd, "budaya cina" apakah yg mrk cuba pertahankan di sini???
cuba kita lihat kat US, org cina kat situ boleh dikatakan dah 100% berassimilasi dgn budaya tempatan. bhs inggeris yg mrk tutur 100% American English, sehingga nama yg mrk pakai pun nama inggeris jugak. tp bgaimana dgn segelintir puak ultra-kiasa kat mesia? bhs mrk bkn shj tunggang langgang, ni nak kutuk org lain pulak. kalo org cina guna nama kristian takpe, tp kalo org cina guna nama Islam dicela pulak. jd kenapa komuniti Cina Amerika tidak dikutuk sebaliknya org cina yg memeluk budaya Melayu diejek dan dihina oleh bangsanya sendiri? hina sgt ke budaya melayu? ataupun disebabkan prejudis golongan tertentu?
adakah disebabkan isu hak istimewa semata2? lihat kat US, wlaupun krjn amerika mengamalkan 99% sistem demokrasi namun bangsa asli Red Indian tetap diberi hak istimewa spt pengecualian cukai dan tanah rezab (Indian reservation). ini krn bangsa kaum putih sedar bhw mrk bukan penduduk asli di situ sbb tu org Red Indian diperakui hak mrk. jd, kenapa perkara tersebut tidak dipertikaikan oleh puak ultra-kiasu di sini?
sy x kesah lah ape yg bangsa sy nak kutuk, yg penting sy tetap hormati jati diri sy. wlaupun sy memperakui bhs melayu sbg bhs kebangsaan tp sy tidak mengendahkan bhs dan budaya ibunda sy. jgnlah disebabkan kita ni kaum minoriti maka memencilkan diri kita, apa salah kalo cuba open ur mind and be friend with all races. malaysia ni milik semua kaum, bukan org cina shj. jd jgnlah berlagak mcm kaum lain tak wujud. mrk pun ade perasaan jugak.
fyi sy asal skolah kebangsaan sbb tu sy takde masalah berkawan dgn sape2 pun.
minta maaf sgt dah post byk kali sbb ade masalah teknikal...
Assalamua'laikum Sdr. Wong Chein Fui, mengalir air mata saya membaca komen sdr. Sdr dapat menyelami apa yang saya fikir selama ini dan bagaimana negara kita perlu dibentuk. Jika ramai orang Cina seperti sdr, alangkah bersyukurnya saya kepada Allah SWT. Terima kasih kerana begitu memahami
Wong Chien Fui, assalamualaikum.
Saya kira nama baru dalam blog DRT ini. Saya merupakan peminat tetap blog DRT belum lagi terjumpa nama seperti ini pada sebelum2 nya.
Syukur kepada tuhan. Saya pernah tulis andai kata 75% orang cina di negara ini berfikiran semacam DRT, maka pasti kita hidup aman damai tanpa ada kebimbangan dan ketakutan.
Tulisan anda sangat factual. Bagi orang yang waras kalau dia tahu membaca dalam bahasa melayu, dia akan sedar dimana diri dia sebenarnya.
Anda bawa kisah Red Indian di America dan kisah orang cina di America. Itu semua adalah fakta.
Saya sendiri pun tak faham apa sebenarnya yang dimahukan lagi oleh orang2 cina yang ultra kiasu ? Diberi betis mahukan paha, sesudah dapat paha masih mahukan apa lagi ?
Kita mengalu2kan orang2 cina yang berfikiran seperti Wong Chien Fui, Tee Chuan Seng, Khoo Kay Kim dan ramai lagi yang sealiran supaya mengambil bahagian dalam blog2 ultra kiasu agar dapat mengubah persepsi ultra kiasu terhadap orang melayu yang dah banyak sangat bertolak ansur dengan bangsa2 bukan pribumi.
Waalaikumsalaam abg Ridhuan,
sy dgn kwn pnah jugak rase geram bile akhbar cina tikam dari blakang dan label abg Ridhuan sbg "pengkhianat cina", tp pd masa yg sama sy turut berasa sgt lucu skali dgn tahap pemikiran mrk. abg Ridhuan jgn risau, ape yg anda cuba tayangkan slama ni ibarat komuniti cina Amerika yg 100% berassimilasi dgn budaya tempatan. jd ia bukanlah sesuatu yg memalukan malah wajib utk setiap rakyat yg menetap di Malaysia. utk puak2 ultra-kiasu ni, pemikiran mrk tak "mainstream" dan sering mengasingkan diri, umpama org china jakun yg pertama kali datang ke Malaysia. pdhal, kalo btol pun org taiwan dan china yg mari sini diaorg takde lah rasis mcm puak ultra-kiasu ni.
ade skali masa sy beli lauk utk masak rendang dari Mydin, ade sorang makcik cina nmpak sy beli daun kunyit dan lantas tanye ape yg sy nak masak. sy bgtau dia sy nak masak rendang. dia pun terkejut dan gembira sbb dia pun suke masak rendang gak tp dia tu rakyat Taiwan yg dah duduk kat Malaysia hampir 15 taun lah, dan kitorang siap bincang pasal resepi rendang lg.
kita sbnarnye tak perlu takut kat puak ultra-kiasu ni. lihat je lah saban hari smakin ramai org cina yg memeluk agama Islam. ade satu kumpulan kat facebook mmg khas utk org2 cina malaysia yg masuk islam, kat situ budak2 melayu dan cina bergaul dgn begitu mesra skali. yg penting, dgn adanye bantuan ikhlas drpd sdare2 Melayu dan org cina yg masuk islam, kita pasti tidak akan bersendirian.
Alhamdulillah.
Waalaikumsalaam tokgaru (eh ingatkan tokguru)
trima kaseh byk2 krn sudi sependapat dgn sy. ye btol mmg ni kali pertama sy tulis komen kat blog DRT tp sy pnah dgr crite pasal dr Ridhuan Tee sblom ni lg.
btol tu, kalo ade 50% pun dah kira sgt cemerlang dah. sy rase mungkin puak ultra-kiasu yg konon hidup urban ni je yg bersikap prejudis kot, cuba kita banding dgn org cina yg duduk kat kampung melayu mcm kat negeri2 utara, kelantan, terengganu, sabah dan sarawak, diaorg lebih mesra bergaul dgn masyarakat melayu tempatan wlaupun berbeza agama. boleh dikatakan toleransi dua2 pihak adalah amat tinggi.
biasalah, manusia ni kan sikap umpama semut di seberang jelas tampak, suke sgt carik kesalahan kaum lain pdhal tak sedar kekurangan diri. tujuan sy merujuk kpd contoh komuniti cina di Amerika sbb puak ultra-kiasu kat mesia ni kan suke mengagung2kan kebebasan dan sistem demokrasi kat US, tp lihatlah, mane ade negara yg boleh mengamalkan 100% demokrasi? kalo tak dah lama dah krjn US luluskan perkahwinan hubungan sejenis kat negara diaorg. kita lihat especially kalo negara yg berbilang kaum, hak2 pribumi mmg tidak dpt dinafikan. perkara ni tak boleh sama banding dgn negara China, Taiwan atau Jepun sbb negara2 tersebut dah mmg rakyat dominant asal ialah org cina dan jepun, mane ade pribumi? ini yg puak ultra-kiasu terlepas pandang.
sy pnah pikir slama ni ape yg puak ultra-kiasu ni nak sbnarnye? lepas sy perhatikan dan pikir2 btol, sy rase isu utama yg dipertikai bukanlah hak istimewa semata2. mrk sbnarnye tak suka kat agama Islam, itu je. contoh yg baik, nape mrk tak benci kat org Filipina yg asal usul jugak org Melayu? sbb org filipina ni agama Kristian. kalo org melayu murtad mrk sokong 100%, tp org cina yg masuk islam ditentang 200%, itulah hakikatnye.
ye sy akan sebarkan mesej2 yg bagus kpd sdara mara sy, kwn2 dan mrk yg online. harap2 kita dpt menikmati keamanan satu hari nnt, insyaAllah.
pd pendapat sy, dlm menangani masalah pertikaian puak2 ultra-kiasu dan jugak memartabatkan bhs Melayu sbg bhs kebangsaan, sy rase usaha dari semua pihak amatlah diperlukan tak kiralah dia tu penyokong PR ataupun BN. perkara2 yg melibatkan hak rakyat dan hukum hakam agama lebih baik rujuk kpd panduan al Quran dan hadis.
tu je sekian.
@Malaysia for all
"Hahaha keep on dreaming in your Malay supremacy delusions. No need for you to be Chinese pretender, you sore loser."
- are you talking about special rights and malay reserve land? let me ask you 1 question: these lands belonged to the malays before the encroachment and settlement of other races, so IS IT FAIR to relocate the malay people and distribute those lands to other races? what if you were one of them and why not try to put yourself in their shoes? after all it's not that other races can't buy any house at all. this whole thing is basically pretty much the same as Indian Reservation in the US, you can't simply ask the indigenous people to go away.
another thing, i don't have to pretend to be a chinese because i'm already one. just because i can write like a malay doesn't mean i must be a malay literally. you need to grow a pair and get along with other races if you want to improve your language. confining yourself within your own chinese community won't get you anywhere.
@Malaysia for all
"Hahaha keep on dreaming in your Malay supremacy delusions. No need for you to be Chinese pretender, you sore loser."
i'm not dreaming about the so called Malay Supremacy, i just prefer muslims to rule this country over republicans and don't forget who are the majority citizens here, or do you have any issue with the malay culture? why is that the chinese people in Indonesia and Thailand can immerse themselves in the bigger community without much complaint?
Itulah namanya hairan bin ajaib lagi menakjubkan.... Toleransi orang Melayu (Islam) tidak ada tolok bandingnya. Malang sangat malang kesabaran dan kebaikan Melayu diambil kesempatan...
Tapi tak mengapa. Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang... InsyaAllah, Satu hari pasti Melayu (Islam) akan berjaya..
Post a Comment