Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Thursday, October 14, 2010

Meyakini kekuatan sendiri

1:31 PM Posted by RIDHUAN TEE 31 comments
Artikel Ahad lalu tidak disiarkan oleh Mingguan Malaysia kerana kekurangan ruang. Ahad ini artikel yang telah dihantar akan disiarkan seperti biasa. Sebagai tanda terima kasih atas ingatan sdr putrarahman, saya masukkan artikel untuk minggu ini.

Meyakini kekuatan diri

Artikel saya seringkali di ‘cut’ and ‘paste’ oleh laman web ultra kiasu seperti Malaysianinsider. Tujuannya tidak lain, laman web tersebut suka melihat saya dikutuk oleh pengunjung-pengunjung mereka yang juga ultra kiasu. Komen-komen yang positif tidak disiarkan, manakala komen yang negatif dibiarkan sahaja, langsung tidak ditapis.Terima kasih atas ‘publisiti’ itu.

Sedangkan mereka yang mengikuti penulisan saya mengetahui bahawa saya hanya cuba membawa kita semua menghayati sejarah dan perlembagaan serta menginsafi akan makna keadilan yang sebenar, bertunjangkan kepada kekuatan yang sedia ada pada kita. Kepelbagaian inilah sebenarnya yang menjadi sumber kekuatan kita berbanding negara lain selaras dengan gagasan 1Malaysia. Kekuatan ini yang sepatutnya digembelingkan, menjadi satu asset negara dan bukannya diputar belitkan.

Saya amat yakin Allah SWT merahmati negara kita. Kita jarang ditimpa bencana seperti negara lain. Malah kita dianugerah dengan pelbagai kekayaan sumber dan hasil masyhul serta bumi yang subur. Bayangkan jika apa yang ada ini, ditambah dengan kepelbagaian etnik yang menghayati sejarah, berpegang kepada perlembagaan dan norma kehidupan beragama serta mempunyai semangat patriotisma yang tinggi, sudah tentu kita boleh keluar sebagai negara Islam contoh terhebat di rantau ini dan negara Islam keseluruhannya sebagaimana yang diramalkan oleh Alvin Toffler. Mari kita melayari kehebatan kita satu persatu.

Lihat sahaja tanaman getah, kopi, kelapa sawit dan sebagainya. Tanaman ini bukan berasal daripada negara kita, tetapi berasal daripada Afrika. Bila dibawa masuk dan ditanamkan di sini, ianya hidup begitu subur dan menambahkan kekayaan negara kita sehingga boleh dieksport setanding dengan negara asal tanaman ini.

Begitu juga dengan tumbuhan herba dan rempah ratus. Baru-baru ini saya berkesempatan melawat ladang kepunyaan Haji Nasuha Kasian di Pagoh. Boleh dikatakan kebanyakan herba dan rempah ratus yang ditanam, datang daripada negara luar, namun ia tumbuh dengan suburnya apabila ditanam di sini bertuah ini, ibarat fajar di bumi permata. Pendek kata, letak apa sahaja biji benih di bumi ini, boleh dikatakan semuanya menjadi. Saya amat kagum dengan nikmat anugerah ini. Malangnya berapa ramai yang mensyukurinya. Teringat saya akan kata-kata hukama, haram membiarkan tanah terbiar selama tiga tahun begitu sahaja, hukumnya berdosa.

Di Thailand, setiap inci tanah dimanfaatkan. Di hadapan rumah mereka di tanam dengan berbagai jenis tanaman, sedangkan kita sibuk dengan mencantikkan rumah dengan menanam pokok-pokok bunga. Orang lain sanggup berjemur dan mencangkul di bawah kabel elektrik menanam sayur-sayuran. Sedangkan kita terus menjadi pembeli kepada sayur tersebut. Bekalan daging lembu, kambing, ayam, beras, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan. Sedangkan kita tahu bahawa tanah kita amat subur kepada boleh dikatakan sesuai untuk semua jenis tanaman dan ternakan. Kita selalu mengamalkan budaya tidak kisah, janji makan minum cukup.

Selain itu, mengikut kajian yang dijalankan ke atas produk tempat kita seperti limau dari segi kandungan vitaminnya, ia lebih banyak daripada buah-buahan import. Menurut FAMA, masyarakat kita memandang rendah kepada buah-buahan tempatan seperti jambu, ciku, nanas, mempelam, betik serta buah-buahan bermusim seperti durian, langsat, duku, pulasan, rambutan, cempedak dan pelbagai buah yang lain. Ada yang menganggap buah-buahan ini boleh mengundang penyakit. Kita lebih berbangga dengan buah import. Pada hal buah-buahan tempatan tersebut mengandungi khasiat dan serat yang tinggi. Misalnya, salah tanggap terhadap durian sebagai buah ‘penyakit’ patut diperbetulkan. Ramai yang tidak tahu raja buah itu sangat kaya dengan potassium. Namun perlu diambil secara sederhana, jangan pula terlalu ultra atau ekstrim.

Kajian ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Toh Puan Dr Aishah Ong. Menurutnya, buah tempatan mempunyai khasiat yang tinggi berbanding dengan buah yang diimport. Bahkan, Allah SWT juga menjadikan buah-buahan sebegini secara bermusim. Durian misalnya mengandungi fiber yang tinggi, kaya dengan vitamin C dan Vitamin A. Jika ada orang kata makan durian panas badan, Allah jadikan manggis sebagai penyejuknya, itulah sebabnya manggis dan durian boleh didapati pada musim yang sama.

Buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Misalnya, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan ini turut menyumbangkan serat.

Begitulah nikmat anugerah yang tidak ternilai. Masalah hari ini kita agak tidak yakin dengan kekuatan sendiri. Media pulak tidak banyak membantu mempromosikannya. Buah-buahan import lebih banyak digunakan menghiasi iklan akhbar dan majalah daripada buah-buahan tempatan seperti ruangan kesihatan. Buah-buahan import dikatakan ada kelas dan berprestij, sedangkan buah tersebut mungkin mengandungi pengawet dan tidak segar lagi berbanding buah-buahan tempatan yang masih segar dan bebas bahan awetan.

Hujah ini menunjukkan kita seolah-olah tidak bangga dengan produk sendiri. Perkara ini berlaku dalam banyak hal. Kita lebih mempercayai kekuatan orang lain daripada kekuatan sendiri. Kita selalu memperkenalkan anak-anak kita dengan budaya-budaya dan bahan-bahan luar daripada jati diri kita sendiri. Akhirnya budaya sendiri dan produk sendiri tidak terdaulat di bumi sendiri. Orang lain menguasai kita. Kita hanya menjadi pengguna. Tidakkah kita merasa berdosa?

Tidakkah kita sedar bahawa kita mempunyai budaya yang unggul, tetapi kenapa budaya kita tidak tertonjol? Lagu-lagu Melayu dan etnik lain tidak kurang hebatnya berbanding dengan lagu-lagu barat. Persoalannya, kenapa lagu rock, hip hop, RnB dan berbagai lagi rentak barat menjadi pilihan? Ada yang beranggapan seolah-olah menyanyikan lagu etnik nampak lekeh dan konservatif, manakala bila menyanyi lagu barat nampak moden dan up to date. Inilah pemikiran yang perlu diubah.

Hari ini saya amat jarang mendengar, ahli korporat dan kadangkala ahli politik kita menggunakan bahasa Melayu bila berbicara atau ditanya oleh wartawan. Lebih menjengkelkan lagi ada wartawan yang bertanya dalam bahasa Melayu dijawab selamba sahaja dalam bahasa Inggeris.

Kita seolah-olah hendak menunjukkan kehebatan kita bahawa dengan berbahasa Inggeris, biar nampak bagus. Sebenarnya kita tidak sehebat manapun. Kita tidak akan ke mana-mana dengan hanya berbahasa Inggeris, jika perangai atau sikap tidak berubah. Lagipun bahasa Inggeris bukannya penentu kejayaan seseorang dunia, apatah lagi di akhirat. Allah tidak akan tanya, apakah kita pandai berbahasa Inggeris atau tidak? Apalah ertinya jika kita cair dengan bahasa Inggeris tetapi gagap bila membaca al-Quran, apatah lagi untuk memahaminya. Paling baik kita menguasai kedua-duanya atau lebih dari itu. Tetapi janganlah terlebih bahasa Inggeris sehingga identiti sendiri hilang entah ke mana. Bahasa Inggeris penting sebagai bahasa kemajuan, tetapi janganlah pula beranggapan dengan berbahasa Inggeris sahaja kita boleh maju. Sekadar menguasai bahasa Melayu kita tidak ke mana-mana.

Kenapa kita tidak bertindak seperti presiden Iran? Ke mana sahaja beliau pergi, bahasa Iran yang dijajanya, walaupun beliau fasih berbahasa Inggeris. Beliau amat arif mempamerkan kehebatan bangsanya dengan meletakkan ia di tempat yang betul. Bila mana beliau berucap dalam di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam bahasa Iran, orang lain kelam kabut untuk menterjemahkannya. Mereka terlalu ingin tahu apa yang akan disampaikan oleh Mahmoud Ahmadinejad. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya, Mahmoud Ahmadinejad telah berjaya meletakkan satu tanda aras atau standard pada diri dan bangsa serta bahasanya, sehingga barat terpaksa mempelajari bahasa Iran. Inilah standard yang perlu kita tonjolkan dalam budaya sendiri.

Saya amat yakin pelancong-pelancong yang datang ke negara kita mahu melihat kelainan berbanding dengan apa yang ada di negara mereka. Jika berhibur, mereka mahu melihat dan mendengar budaya dan lagu-lagu rentak kita. Bila mahu makan minum, mereka mahukan makanan dan minuman kita. Saya yakin mereka mahu merasa cendul, ais kacang dan laici kang. Bukannya menghidangkan mereka dengan arak kerana di negara mereka arak ibarat lautan. Mereka boleh minum dan mandi arak. Kenapa kita begitu perasan bahawa pelancong datang ke sini mahu minum arak dan mendengar lagu-lagu rentak barat?

Saya teramat sedih apabila melihat dalam kursus induksi perkhidmatan awam, kita diajar dengan teliti tatacara makan minum mengikut tradisi dan budaya barat dan Cina. Modul ini diwajibkan para peserta memahaminya. Malangnya apabila ditanya bilakah modul cara makan minum mengikuti tradisi dan budaya Melayu Islam mahu diajar? Maka jawapannya, ia tidak ada dalam modul dan tidak perlu diajar. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu, kita sendiri yang melenyapkan budaya sendiri.

Sebenarnya kita terlalu kebaratan dan tidak yakin dengan kekuatan sendiri. Sedangkan orang lain yang datang amat menghargai kekuatan itu. Oleh kerana, kita tidak menghargai, maka kesempatan ini digunakan oleh orang lain untuk meluntur budaya kita sendiri.

Hari ini kita seolah-olah dilanda dengan inferioriti kompleks. Kita tidak percaya bahawa apa yang ada pada kita hebat. Kita percaya kepada kehebatan orang lain. Dengan sebab itu kita tidak hargai dengan apa yang kita ada, dan mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang datang daripada barat. Kita tidak mengamalkan kata-kata budaya sendiri didahulukan, budaya orang lain dikemudiankan, yang jelas kelihatan budaya orang lain semakin mendominasi, budaya sendiri merempat di bumi sendiri, tidak mendapat publisiti.

Kadangkala saya terfikir, apakah kurangnya sensitiviti ini mempunyai kaitan dengan halal dan haram yang masuk ke perut, sehingga menyebabkan hati kita menjadi buta? Kita tidak lagi kisah mengunjungi hotel atau kopitiam halal atau tidak? Sama ada mendapat pengikhtirafan sijil halal JAKIM atau tidak? Yang pentingnya sedap, ada gaya dan glamour.

Penemuan kaki katak dalam makanan di salah sebuah kopitiam seharus menjadi pengajaran kepada kita. Ada orang sanggup buat apa sahaja untuk mengaut keuntungan dan seterusnya menutup keputihan pintu hati kita. Apakah kita sudah tidak ada pilihan sehingga terpaksa memilih perkara yang was-was daripada yang sudah terjamin halalnya? Sedapkah sangatkah makanan di tempat tersebut sehingga kita terlupa kepada tanggungjawab fardu kifayah kita? Pada saya, sebelum menolong orang lain, kita sepatutnya menolong orang kita dahulu. Sebelum membudayakan budaya orang lain, tidakkah kita patut berbangga dan mengutamakan kekuatan yang kita ada terlebih dahulu. Cintailah kekuatan yang kita ada sebelum ianya lenyap ditelan zaman.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

31 comments:

::..dYa..:: said...

Dibaca

Sangat Menarik

Terima Kasih

HantuKampung said...
This comment has been removed by the author.
HantuKampung said...

Fantastic,Ulasan yg baik dari Ustaz RT.

Benar Ulasan Dr:
Buah2an tempatan dilihat kurang mendapat sambutan dr kalangan rakyat M`sia. Kita boleh melihat sendiri dihotel2, biasanya hanya buah2an import shj yg dijadikan pemanis mulut. Tidak kurang disupermarket, kalo adapun hanya pisang dan betik.
Mungkin peminat buah2an tempatan hanya dilabelkan sbg `kampung`

Dalam sektor pertanian, sperti penanaman getah,kelapa sawit, padi & lain2, tidak byk golongan2 muda skrg yg sanggup meneruskan usaha murni dan warisan org tua. Hanya berapa kerat shj, mungkin juga tpaksa (sesetengahnya). Kbyakkan golongan muda bhijrah & bkerja dibandar dlm sektor korporat. Itulah hakikat hasil kemajuan yg perlu ditelan.Masing2 mahu mngerjar kekayaan & kmewahan hidup zaman moden wpun ada yg tsungkur dlm mngejar impian.

Tanaman sawah padi kian mengecil akibat dihimpit pembangunan. Bukit-bukau dan hutan2 hijau makin gondol digantikan dgn tembok batu. Sungai2 yg dahulunya tempat mandi btukar menjadi longkang sampah sarap. Sungguh tinggi nilai harga yg kita bayar utk mengejar kemajuan.

Sy pernah menjd tenaga pengajar di bandar KL, ada murid yg tidak kenal dgn pokok pisang dan betik. Apatah lg pokok durian,manggis, cempedak dan lain2. Mereka hanya mengenali nama buah. Itu belum diperkenalkan dgn haiwan kampung sperti kambing,kerbau dan lembu. Mereka tkejut bila dikatakan kerbau dan lembu itu haiwan yg bsaiz besar. Nasib baiklah ada Zoo Negara. Barulah kata2 sy dipercayai apabila diadakan lawatan smbil belajar ke sana. Sebelum ni mungkin mereka hanya melihat gambar shj,tidak seperti dikampung haiwan2 ini bkeliaran. So pity! Memang kesian. Bukan niat nak memperlekehkan mana2 pihak, tapi itulah kebenarannya.

putrarahman said...

Terima Kasih Dr.RTee kerana respond kepada komen saya.

Betullah, boleh dikatakan semua biji benih dalam dunia ini boleh hidup di Malaysia. Kurma yang biasa hidup di Padang Pasir pun masih boleh hidup dan berbuah. Begitu juga dengan orang. Sesiapa sahaja penduduk dunia yang datang ke Malaysia boleh hidup dengan aman tanpa gangguan seolah-olah duduk di negara sendiri bahkan ada yang lebih baik dari negara sendiri. Tetapi janganlah melampau pula. Dahlah duduk di negara orang, tetapi lagaknya lebih hebat dari warganegara.

Persoalan saya, adakah rahmat ini akan turun jika sekiranya pemerintah zalim dan menindas? Saya percaya, semakin kurangnya rakyat yang bersyukur, sedikit demi sedikit rahmat ini akan ditarik balik.

HantuKampung said...

Petikan Dr RT:
"Hari ini saya amat jarang mendengar, ahli korporat dan kadangkala ahli politik kita menggunakan bahasa Melayu bila berbicara atau ditanya oleh wartawan. Lebih menjengkelkan lagi ada wartawan yang bertanya dalam bahasa Melayu dijawab selamba sahaja dalam bahasa Inggeris"

Setuju dgn tulisan Dr RT, Lebih memalukan ada ahli korporat/menteri/YB mggunakan bahasa rojak pd ms yg sama bmati2an diparlimen kononnya memperjuangkan bahasa melayu/ibunda. Paling menyedihkan warta berita menyiarkanya kpd umum bahasa rojak tsebut. Belum diambil kira bahasa dlm drama & filem tempatan yg rata2 mgguna pakai bahasa cacamerba tersebut.

Tidak seperti di Korea, Jepun, dan Spain. Mereka mempertahankan bahasa ibunda dan ketuanan. Jika kita hendak membuat lawatan/ belajar/melancong/businees trip ke sana, tanggungjwb kita sendiri utk belajar bahasa mereka. Inisiatif lain dgn membawa/diiringi penterjemah. Jika tidak, `bolayan` lah jwpnya. Mereka maju dan membangun pesat, barangan2 mereka digunapakai seantero dunia meskipun kbyakkan org tidak memahami bahasa mereka. Semangat jatidiri inilah yg patut ada pada setiap diri kita.

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

halal dan haram orang masa kini terutama melayu ( yg dalam ic nye islam...) ialah anjing dan babi....

ntah le...

anonymous said...

Demi kepentingan politik semata-mata, Umno-Barisan Nasional sanggup mengorbankan masa depan golongan petani di Selangor dengan sikap sombong bodoh tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Ini termasuk memboikot Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari daripada dijemput menghadiri mana-mana majlis anjuran kerajaan Pusat.

Malah atas arahan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, pihak kementerian juga mengarahkan agensi di bawahnya supaya tidak menghulurkan kerjasama serta menukar pegawai pertanian yang berdedikasi di Selangor ke negeri lain.

Yaakob berkata beliau berasa kesal di atas sikap tidak bersikap profesional Noh yang mempolitikkan perkara yang berkaitan dengan sektor pertanian sehingga merugikan golongan petani di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan Noh mempolitikkan isu berhubung bidang pertanian antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat adalah amat jelas.

"Sebagai contoh, undangan saya bagi menghadiri majlis perasmian Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ditarik balik atas alasan yang tidak munasabah.

"Berbanding dengan Datuk Mustafa Mohamed, mantan Menteri Pertanian dan Asas Tani dahulu pernah berkata kepada saya sewaktu pertemuan di MAHA 2008 bahawa isu politik tidak perlu timbul dalam sektor pertanian. Ini jelas apabila saya juga diundang selaku Exco kerajaan negeri yang menjaga sektor pertanian menghadiri program perasmian MAHA 2008," katanya dalam satu kenyataan media Selasa lalu.

Beliau mendakwa, Noh juga melarang pegawai pertanian daripada institusi dan jabatan kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (Mardi), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Kata beliau, tindakan seumpama ini telah sedikit sebanyak merencatkan perancangan pertanian kerajaan negeri.

"Tambahan pula, Noh telah melantik beberapa orang pegawai khas bagi memantau kakitangan kerajaan khususnya pegawai pertanian negeri. Ini telah menimbulkan suasana kurang selesa di kalangan pegawai pertanian negeri ketika menjalankan tugas. Beliau juga telah mengarahkan pengarah-pengarah agensi pertanian yang komited kepada kerajaan negeri ditukarkan ke tempat lain.

"Ini berikutan isu menaik taraf Terusan Freeder yang akan menghubungkan Sabak Bernam dengan kawasan sawah pengairan di Tanjung Karang yang dibuat tidak dibincang bersama pihak kerajaan negeri terlebih dahulu.

"Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Noh Omar bertarikh 25 Ogos lalu dalam Utusan Malaysia yang menyentuh mengenai isu pengairan sawah di Tanjung Karang iaitu IADA Barat Laut kerana ini jelas mencerminkan beliau tidak tahu prosedur serta membelakangi bidang kuasa kerajaan negeri," tegas Yaakob lagi.

kembara said...

MalaysiaInsider tu bacul.

Ada editor tapi tak berani nak lawan balik hujah Dr Tee.Sebab tu mereka copy paste dan bagi pengunjung menghentam dengan kata kata kesat.

Unknown said...

alhamdulilah, saya bersyukur kerana ada dalam saudara seagama seperti Dr. yang tidak segan silu menceritakan dan menyampai maklumat yang belum diketahui. Selain itu, usaha Dr. dalam menyuntik semangat sayangkan agama dan negara amat berkesan kepada saya. terima kasih

asyMok_Aambo said...

Anda insan Terpilih.

Aldan said...

cik anon..

mmg drpd setandan pisang, ada sbhgn yg busuk..

cuma x la smpi sesikat.. :)

sentuh ttg bahasa spt posting DRT, dlm court pun terpaksa sediakan jurubahasa..padahal pesalah bukannya warga asing, org tempatan jgk..tp bahasa melayu pun x faham..

spt mana JAKIM diberi lebih kuasa dlm hal penyalah gunaan logo halal, DBP juga harus diberi lebih power utk bendung penyalah gunaan bahasa..

putrarahman said...

DR.Tee, posting kali ini banyak kempen dan promosi, tahniah:-

1. Kempen mengusahakan tanah terbiar.
2. kempen menggalakkan rakyat menjadi pembekal dan bukannya pengguna
3. Kempen makanlah buah-buahan tempatan.
4. Kempen hargailah adat dan budaya sendiri
5. Kempen cintailah bahasa kebangsaan.
6. Kempen jangan hanya pentingkan glamour hingga lupa fardhu kifayah.

Dalam bab penggunaan bahasa Inggeris ini, saya fikir kita kena perbetulkan kembali falsafah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat. Penguasaan Bahasa Inggeris sepatutnya digunakan untuk menggali maklumat dan ilmu yang banyak di dalam bahasa Inggeris. Ilmu dan maklumat itu kemudiannya disebarkan kembali di dalam Bahasa Kebangsaan dan bukannya dalam Bahasa inggeris.

Kalau ada yang tidak faham bahasa Kebangsaan, kena belajarlah. Rakyat kita kalau hendak bekerja dan melancong di luar negara dan akan sedaya usaha belajar bahasa negara tersebut. Sepatutnya begitu juga dengan rakyat asing yang hendak bekerja dan berkunjung di negara kita, barulah bahasa kebangsaan kita boleh berkembang dan dihormati.

Abdullah Ngah said...

Allah suhba nahuwataala sudah larang orang Islam dengan kata kata "jangan kamu ikut orang kafir" dan "jangan kamu jadi macam orang kafir."

Sebab itu sekarang ini di Malaysia kita ini macam macam ada.

Menteri besar,menteri kebinet hatta perdana menteri dan timbalannya terdiri dari kalangan gengster dan samseng.

Kaki betina, minum arak berjudi dan membunuh jadi perkara biasa.

Bayangkan jika sudahk ikut kafir dan jadi macam kafir mecam macam boleh berlaku.

pendek kata apa yang orang kafir buat mereka buat. Buat itu dan buat ini tanpa ambil kira halal haram.

tokgaru said...

Bahasa Melayu

Siapa yang tak mendaulatkan penggunaannya ? Rakyat biasa atau pemimpin ?

Tonton dikaca TV.

Temubual dengan menteri atau timbalan menteri melayu ... macam mana bahasanya ?

Temu bual dengan menteri atau timbalan menteri cina ( sekadar menyebut satu dua nama2 besar yang saya boleh ingat masa mereka ada jawatan dalam kabinet Chua Jui Meng, Lee Liong Sik, Chua Sui Lek dan Liow Tiong Lai ) ... terus terang saya kata saya sendiri sangat suka mendengar bahasa melayu mereka, daripada mendengar bahasa melayu menteri atau timbalan menteri melayu.

Terbaru, Najib berucap dalam bahasa inggeris kepada perwakilan MCA dan perhimpunan agong MCA. Kenapa ? Adakah kerana mereka yang hadir tak faham bahasa melayu ? Atau kerna Najib rasa bahasa melayu ni laku dalam perhimpunan agong Umno sahaja ? Atau Najib ada maksud sendiri yang hanya dia saja yang tahu ?

Jadi siapa sebenarnya yang "demoralised" bahasa melayu ?

Siapa sebenarnya yang tak berapa nak yakin untuk mengiktiraf bahasa melayu sebagai bahasa yang dapat menyatu padukan semua bangsa di negara ini ?

Jangan terkejut jika anda terjumpa cina kampong di Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu yang bertutur bahasa melayu sebiji macam melayu.

Saya pernah alami di sebuah hospital, berbual dengan seorang warga emas bangsa cina, saya sangka dia melayu lalu saya guna perkataan "insyallah" sepanjang berbual dengannya tanpa menyedari dia sebenarnya seorang bangsa cina.

Memang saya sangat bersetuju dengan tajuk Dr RT pada kali ini. Kita tidak bangga dengan jenama kita sendiri dan kita tidak bangga dengan produk kita sendiri. Kita lebih mengagongkan yang datang dari luar. Sedih ... tapi apa nak buat ... itu lah mentaliti kita ... dan itu lah realiti kita.

HantuKampung said...

Andai dipisah. Laut dan pantai. Musnahlah ilham. Hilang pedoman.

Andai dipisah. Cahaya dan bulan. Gelap gelita. Punah asmara.

Andai dipisah lagu dan irama. Lemah tiada berjiwa....hampa.

Andai dipisah badan dan nyawa.
Maka bercerailah jasad dan roh.

putrarahman said...

" Tanaman sawah padi kian mengecil akibat dihimpit pembangunan. Bukit-bukau dan hutan2 hijau makin gondol digantikan dgn tembok batu. Sungai2 yg dahulunya tempat mandi btukar menjadi longkang sampah sarap. Sungguh tinggi nilai harga yg kita bayar utk mengejar kemajuan."

Betul tu hantukampung, semuanya hanya kenangan. Teringat lagu kumpulan Wheels " Dalam kenangan".

Pemimpin kerajaan negeri masing-masing...gerakkan segala kekuatan yang tuan-puan ada untuk kembali memakmurkan tanah-tanah terbiar yang kebanyakkannya dimiliki oleh orang melayu. Saya baru beli 2 ekar dalam bulan pose baru-baru ni. Tanah kosong penuh dengan belukar muda. Nak buat apa tak tahu lagi.

muslimahmaid said...

Assalamualaikum

Salam hormat Dr RT,

Saya menyokong penuh kpd idea dan pandangan Dr bahawa rakyat Malaysia banyak yang tidak sedar berhubung khasiat buah buahan tempatan berbanding buah yang diimport. Semoga tulisan Dr ini akan membantu banyak pihak terutama pihak FAMA dan Jabatan Kerajaan yang terlibat di dalam mempromosikan buah buahan tempatan. Ia akan menjadi satu sumber penting bukan sahaja makanan kpd rakyat kita tetapi juga buah buahan ini sebenarnya menjana pendapatan, Pertanian adalah Perniagaan.

Berhubung dengan penggunaan Bahasa Melayu, saya juga amat sedih Dr. Bukan sahaja ramai golongan korporat mengagungkan Bahasa Inggeris sebagai medium bahasa tetapi juga mrk kurang memartabatkan Bahasa Melayu.

Dr juga boleh tambah isu seperti Papan Iklan, BillBoard...nampaknya sangat kurang Bahasa Melayu didaulatkan... satu lagi di premis premis perniagaan saya nampak pihak peniaga mengambil mudah bab ejaan dan sepatutnya ada pihak atau Agensi Kerajaan dapat memantau papan iklan yang dipasang di premis perniagaan yang menggunakan ejaan bahasa yang tidak betul. Ia seolah olah merendahkan martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Tahniah Dr kerana membawa isu-isu baru dan terkini.

wassalam

Anonymous ® said...

ramai di kalangan masyarakat kini tidak lagi meneliti sama ada halal atau haram terlebih dahulu dan bukan shj pada makanan yang akan menjadi darah daging malah perbuatan itu sendiri...dan yang paling menyedihnya anak bangsa Melayu yang menolak budaya timur yang dianggap ketinggalan dan memilih budaya barat yang bersifat terbuka tanpa batasan..

Aldan said...

“I sound like, stupid, if I speak in Malay, so I'll speak in English”..

mgkin stigma ni sgt mendalam dlm pemikiran msykt kita, termasukla pemimpin2 besar..sbb tu rata2 suka bercakap dlm bhs inggeris, walaupun si penyoal menanyakan dlm bahasa melayu..sepertinya menjatuhkan standard atau tiada kelas jika berbahasa melayu..

Abdullah Ngah said...

Apakah yang harus dilakukan oleh kita, sedangkan pihak pemerintah hari ini tak pernah ada niat untuk kembali meyakini kekuatan sendiri.

Demikian juga hala tuju modal insan dasar pendidikan negara hala tujunya tidak jelas.

Apatah lagi dasar kerajaan yang memerintah. oleh itu buatlah apa apa yang sekalipun jika tidak dilaksanakan ke arah untuk meyakini kekuatan sendiri tidak akan menjadi kenyataan.

Bak kata perpatah macam anjing salak bukitlah jadinya.

Tak dinafikan ada suara mengatakan mahu melakukan perubahan. tapi malangnya perubahan yang berlaku hari ini dari baik kepada buruk bukan dari buruk kepada baik.

Aldan said...

@ abdullah ngah

bagi sebuah negara demokrasi, apabila satu2 parti atau pakatan tidak berjaya memenangi pilihanraya, itu bermaksud mereka belum cukup baik..atau sekurang2nya masih belum berjaya memenangi hati pengundi..

bercakap ttg bahasa, ia melangkaui topik politik..kita perlukan iltizam..cakap2 yg berkisar merendah dan memperlekeh pemerintah tidak dialu2kan, krn tidak semua perkara boleh dinasabkan kpd pemerinah..sptmana kita x boleh salahkan nik aziz krn adanya org seakan fidofilia - sudin ajaib di kelantan atau krn adanya penyokong bolasepak yg rajin merusuh..

benar kita ada hak utk memilih tapi apa kata kita belajar bercakap spt seorang yg neutral..

p/s- membatal ppsmi adlh 1 lgkah yg tepat utk kembali ke landasan memartabat BM.

putrarahman said...

Belanjawan yang dibentangkan oleh PM kita, saya belum habis baca lagi. Ada tak disentuh pasal bajet untuk memakmurkan bumi kita ini? Infrastruktur dan prasarana setiap tahun diberi peruntukkan. Setahu saya penyediaan prasarana itu bukannya setiap tahun. Maksud saya, kalau dah disediakan air dan letrik, tahun depan tak payah bagi bajet lagi. Pasal apa setiap tahun ada sahaja bajet. Mungkinkah ada kebocoran kepada bajet-bajet terdahulu? Mungkin juga bajet untuk prasarana digunakan untuk perkara lain?

kembara said...

Bajet prasarana memang diperlukan.Ianya perlu melihat konteks yang lebih luas lagi.

Tengok sahaja di Kelantan,masih banyak lagi yang tidak mensdapat bekalan air bersih.Sabah dan Serawak saya tidak mahu komen.

Aldan said...

perlu lebih fokus pada sabah n srwk..
agak ketinggalan berbanding di smnnjg..

putrarahman,

perlu jelaskan lebih sikit mksd memakmurkan bumi nie..sbb agak general n skop yg luas.

Abdullah Ngah said...

aldan,

saya difahamkan kita tidak boleh salahkan pemimpin.Jika betul begitu, bermakna kita tidak tahu yang mana buruk dan yang mana baik. Atau kita adalah 2X5 saja dengan pemimpin.

Setahu saya, kita tidak boleh salahkan Allah dan Rasulullah SAW iaitu sama sekali tidak boleh bersangka buruk dan kita kena bersangka baik seratus peratus tiada sebarang keraguan lagi.

Mengapa tak boleh salahkan pemimpin, sedangkan pemimpinlah yang membuat semua keputusan tetapi tidak melaksanakan projek sepertimana bajetnya RM 160 juta untuk membangunkan luar Bandar dan dilaksanakan hanya RM 60 juta saja.

Siapakah yang bersalah dalam kes ini? Sudah tentu pemimpin dan orang yang seangkatan dengannya.

Memang ada yang tak kena dan pemimpinlah yang harus dipersalahkan.Merekalah yang bertanggungjawab dengan apa yang telah diputuskan

Demikian juga dengan anak anak kita yang beperangai jahat, pasti ibubapalah yang salah, kerana mereka hanya pandai beranak, tapi tak pandai mendidik anak.Malahan telah diberi makan dan minum dari sumber yang haram.

Status kerajaan pun demikian juga. pemimpinlah yang harus di persalahkan kerana mereka buat keputusan, tapi tak melaksanakan projek serta janji itu dan janji ini. Kan tak tunai janji itu ciri ciri orang minufik.

Kalau tak mampu jangan buat keputusan. bercakap hendak naikan pendapat rakyat, tapi tiada insentif untuk kearah itu.

Hendak naikkan pendapat kaki awam, tapi tak naik gaji. macam mana ia boleh jadi kenyataan.

Seperkara lagi yang saya nampak ialah pemimpin negara terlalu cepat buat keputusan, tetapi sangat lambat melaksanakannya.

Yang terbaiklah, lambat buat keputusan (biar betul betul masak)dan cepat melaksanakan projek yang disenaraikan barulah selari dengan harapan untuk jadikan negara ini sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya.

Datuk Salleh Majid pernah ketika ditanya mengenai ECER berkata, punca projek tidak dapat dilaksanakan ialah tiada tenaga mahir.

Tapi peliknya wailayah Inskandar di Johor dapat dilaksanakan. Nempaknya kita mengharap pihak swasta sebab itu wailayah wilayah lain projek berjalan macam kura kura.

Kalau dah tahu tiada tenaga mahir ambil dan cari tenaga mahir agar segala perancangan kerajaan beroleh kejayaan. Ada pula yang berkata,Macam mana hendak ambil tenaga mahir kerajaan tak mampu.

Hendak naikkan gaji kaki awan sebanyak RM100 sekepala sebulan pun mungkin tak mampu. Bayangkan bunos RM 500 yang diluluskan untuk satu tahun pun tak ada wang, terpaksa hutang dengan bank mungkin.

Hendak lunjakkan pendapatan rakyat konon.Bagaimana pula dengan lunjakkan ekonomi negara?

RakyatMarhaenSelangor said...

Anon 708

sila klik link dibawah utk komen terhadap Noh Omar

http://www.nohomar.net/portal/

anon said...

RMS mungkin tidak membaca berita ini;

Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

Bacaan selanjutnya di http://www.malaysiakini.com/news/140917

anon said...

Cerita Warkahdaily pula;

Noh Omar berlagak baik, ada berani minta kerajaan pusat tutup pusat judi Genting?

Dah tak ada modal nak memburukkan kerajaan PR Selangor. Depa duk cari aje apa yang boleh disuarakan. Kadang-kadang mencabar kerajaan PR Selangor buat itu, buat ini.

Tetapi masa depa duk perintah ntah berapa puluh tahun sebelum ini, satu suara pun takdak nak komplen itu dan ini.

Tapi yang kelakaunya, bila depa duk cabar PR buat itu dan ini, balik-balik kena atas batang hidung pulak. Itulah kebodohan puak-puak Umno yang tak reti nak berpolitik. Depa hanya pandai menipu dan berbohong dengan rakyat.

Bacaan selanjutnya : http://warkahdaily.blogspot.com/2010/08/noh-omar-berlagak-baik-ada-berani-minta.html

anon said...

Berita Selangorkini Online :

Dakwaan Noh Omar Tidak Bertanggungjawab Dan Salah Fakta

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.

Kenyataan beliau itu salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir.

Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat.

Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaam biasa.

KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab dan mengamalkan pentadbiran baik. Selain daripada mengumumkan harga dimedia, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus.

Bacaan selanjutnya : http://www.selangorkini.com.my/my/kenyataan-media/15553

anon said...
This comment has been removed by the author.
anonymous said...

Terimakasih Anon kerana sudi menjawab bagi pihak saya.

Perlu ditambahkan jawapan dari Yaakob bin Sapari, EXCO Permodenan Pertanian Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan, Selangor :-

Saya menyifatkan Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang membuat dakwaan bahawa kenyataan saya berunsur fitnah menunjukkan beliau tidak profesional dan berfikiran mundur.

Memetik kenyataan Noh Omar yang tersiar dalam Sinar Harian 1 September 2010 secara jelas menyatakan bahawa beliau melarang pegawai-pegawai kerajaan daripada agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (MARDI) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) menghadiri mesyuarat pembangunan STANCO atas alasan diperkudakan oleh Kerajaan Negeri.

Hakikatnya kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan agensi tersebut demi kepentingan petani. Malah, selama ini kerajaan negeri begitu konsisten bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut.

Berhubung isu Terusan Freeder, walaupun projek itu telah dibincangkan sewaktu kerajaan negeri di bawah pemerintahan BN, namun projek itu dilaksanakan di bawah pemerintahan PR. Justeru, kerajaan negeri PR mempunyai hak untuk memantau projek itu.

Justeru, saya mendesak agar projek itu tidak dipolitikkan oleh Noh Omar. Saya juga bersedia menjemput beliau untuk berdialog mengenai isu ini.