Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Tuesday, October 26, 2010

Sejarah bagaimana yang kita mahu?

6:11 PM Posted by RIDHUAN TEE 38 comments
Utusan Malaysia, 4 November 2010

Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti-parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan yang amat menghiris, mahukan kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.

Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah yang sebenar. Sejarah yang sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elakkan menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.

Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek yang lebih besar lagi yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.

Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ianya mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada Penubuhan Malaysia. Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah ke hari ini.

Kumpulan-kumpulan ekstrim ini asyik-asyik hanya bercakap soal sumbangan bukan Melayu, soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-45. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun juga penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?

Berkali-kali telah saya nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan kemerdekaan, tetapi adalah disebabkan oleh dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum ini. Sila rujuk sejarah perang China-Jepun 1894-95 dan 1937.

Jangan terlalu obses dengan sumbangan Bintang Tiga atau MPAJA dan Parti Komunis Malaya (PKM), sehingga kita sengaja lupakan sejarah yang sebenar? Maka tidak hairan hari ini tugu MPAJA dibina sebesar-besarnya di Taman Peringatan Nilai. Yang amat pelik, Majlis Perbandaran dan Arkib Negara kurang serius dalam memantau pembinaan tugu dan memorial seperti ini.

Jika benar-benar orang bukan Melayu mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun, kenapa Malayan Union yang cuba diperkenalkan oleh British pada tahun 1946, tidak ditentang? Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang bangun menentang? Ini menunjukkan perjuangan menentang kemerdekaan amat diragui sebelum detik tahun 1957.

Pada saya, kita serahkan semua sejarah kita kepada ahli sejarah. Janganlah doktor perubatan dan ahli ekonomi memandai-mandai bercakap banyak dalam isu ini. Wal hal ilmu sejarah mereka amat cetek, hanya berasaskan kepada pandangan dan laporan ibu bapa murid yang tidak puas hati dengan silibus yang sedia ada.

Mereka yang bukan berlatarbelakangkan sejarah, duduk diam-diam, tidak perlu berkokok keterlauan. Bagaimana kita menghormati profesion orang lain, begitu juga orang lain mesti menghormati profesion kita, barulah itulah dinamakan professional. Janganlah terlalu bertindak ekstrim dalam hal ini. Banyak masa terbuang dan tidak banyak membawa faedah.

Pada saya, sejarah sistem kenegaraan sesebuah negara mesti diajar. Sama seperti negera China dan India. Mereka mesti mempunyai sejarah sistem kenegaraan China dan India tersendiri. Begitu juga dengan sistem kenegaraan Melayu, mesti ada sejarah sistem kenegaraan Melayu tersendiri. Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi asas.

Negara Singapura sedang cuba dan telahpun memadamkan asas sebegini. Saya fikir MCA, DAP dan Gerakan, tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukan. Mereka orang politik, jaga sahaja kawasan dan kerusi masing-masing, serta tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Saya bukan bertujuan untuk menjadi jaguh membela orang Melayu, sebab saya orang Cina. Tetapi saya suka berkata benar, sebab saya adalah seorang pengkaji.

Ketika Tuanku Azlan Shah menerima ijazah kehormat kedoktoran undang-undang daripada Universiti Malaya, semasa menjadi Ketua Hakim Negara kira-kira 30 tahun lalu, baginda ada bertitah bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat dan resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu beringat, dan jika tidak ingat, maka seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mesti ada ada satu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita.

Dalam konteks ini Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah oleh Portugis dalam tahun 1511. Perkataan “Negeri-Negeri Melayu Bersekutu” dan “Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu” dan “Persekutuan Tanah Melayu” masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain-lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisma Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun 2009)

Sejarah sistem kenegaraan Melayu adalah akar umbi kepada sejarah negara ini. Bermula dengan perkataan “Melayu” atau “Tanah Melayu” itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Nama-nama ini terkenal di kalangan negeri-negeri China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis) (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985: 85).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu dan Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu (Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985). Namun, kedatangan penjajah British telah merubah lanskap politik Tanah Melayu. Tanah Melayu yang dahulunya dihuni oleh orang Melayu di kepulauan Melayu telah menjadi sebuah negara berbilang bangsa.

Menurut Milner (2009), walaupun bilangan orang Melayu di Malaysia hanya dalam lingkungan 15 juta orang, kurang dari 0.5 peratus daripada jumlah 350 juta orang yang tergolong dalam rumpun Melayu, namun telah memberikan pengiktirafan kepada bumi Melayu di negara yang bernama Malaysia:

Although Malaya (and its expanded form Malaysia) has in many ways been the ‘Malay’ success story - an experiment in nation building founded (at least in large part) on ‘Malay’ ethnic sentiment - this outcome was not inevitable.” (Milner, 2009: 151)

Milner turut merakamkan antara peristiwa yang memperlihatkan keyakinan rumpun Melayu terhadap kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) adalah;

“Some 250,000 people signed a petition to the United Nations with the aim of incorporating Pattani and other southern Muslim provinces (Yala, Narathiwat and Satun) in the emerging Malaya.” (Milner, 2009: 168).

Huraian dan analisis Milner sebahagian besarnya ditumpukan kepada Malaysia, serta dinamika politik yang berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang komposisi warganya terdiri daripada pelbagai agama, kumpulan etnik dan budaya tetapi termaktub di dalam Perlembagaan negara status agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu serta keistimewaan dan perlindungan kepada bangsa Melayu. Menurut Raja Nazrin (10 Mac 2009), Milner mengiktiraf bahawa Raja Melayu itu adalah institusi penting warisan bangsa Melayu.

Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu itu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa. Istana memperlihatkan sehalus budaya - mencerminkan secantik bahasa, melindungi khazanah tamadun bangsa - menyimpan kekayaan budaya bangsa. Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan negara - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara tempat rakyat tumpang berteduh. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa. Raja itu adalah lambang Kerajaan. Rakyat yang memahami ‘budaya rakyat beraja - negeri bersultan’ memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, melindungi kepentingan bangsa Melayu.

Dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia, menurut Raja Nazrin (10 Mac 2009), elemen-elemen Melayu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya yang berada di bawah payung naungan dan perlindungan Raja-Raja Melayu mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Klausa-klausa menyentuh agama Islam, institusi Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini. Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut.

Tunku Abdul Rahman (2007) pernah mengatakan, negara ini telah diakui oleh semua kaum lain yang tinggal di sini sebagai sebuah negara yang asalnya negara Melayu. Hakikat ini akan terus diakui melainkan orang Melayu sendiri mengambil keputusan untuk menunggang terbalikkannya dan menjadikannya sebagai sebuah neraka untuk kita semua. Tidak ada sesiapapun yang membangkang usaha-usaha kerajaan untuk menolong orang Melayu kerana semua orang yang siuman insaf bahawa dari zaman berzaman orang Melayu telah terbiar dalam negara mereka sendiri.

Menurut Tunku Abdul Rahman lagi, pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengikhtiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku meletakkan syarat ini adalah untuk menarik kesedaran pihak MCA tentang taraf orang Melayu yang sebenar, sambil menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin MCA dalam perhubungannya dengan UMNO.

Akhirnya pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat itu serta bersetuju rundingan tersebut berjalan atas dasar yang telah ditetapkan (Mansor et al, 2006). Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh Chandra Muzaffar dengan menyatakan, sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang. Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatis sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Ini sesuatu yang luar biasa.

Melalui proses kewarganegaraan yang dikatakan sebagai stroke of a pen ini demografi negara berubah serta-merta - hampir 40 peratus daripada warganegaranya ialah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu. Inilah sifat negara ini yang harus kita fahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Negara ini berbilang kaum dengan bahasa dan agama yang pelbagai diiktiraf dalam Perlembagaan.

Tetapi Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem beraja. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sejarah sistem kenegaraan Melayu sebelum zaman penjajah dan sistem politik yang wujud sepanjang zaman. Apa yang menyedihkan saya, tidak ramai di kalangan kita memahami keadaan ini. Ketika masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan polity Melayu dan pengaruhnya kepada negara, kaum bumiputera sebaliknya harus pula memahami hakikat masyarakat berbilang kaum. Mereka juga ada hak dan cita-cita; mereka lama bermastautin, lahir dan membesar di sini. Kedua-dua pihak harus saling memahami. (Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2005). Apakah sejarah ini perlu dipadamkan?

Malaysia juga tidak sama dengan negara-negara lain yang menjadi berbilang kaum kerana tekanan kolonialisme. Ini kerana polity Melayu itu jauh lebih kukuh sebagai sistem kenegaraan. Kerajaan Melayu Melaka dan selepas itu Johor diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ciri-ciri polity itu diterima sebagai ciri-ciri sebuah negara dan sistem pemerintahan. Ini adalah sebahagian daripada ingatan kolektif masyarakat Melayu. Perkara ini tidak difahami bukan saja oleh ahli-ahli politik malah sebahagian besar cendekiawan serta mereka yang boleh mempengaruhi pandangan umum termasuk media.

Itu sebabnya dari masa ke masa timbul isu-isu yang menjadi kontroversi menyentuh soal bahasa, agama dan sistem pendidikan. Ini kerana tidak ada kefahaman tentang latar belakang sejarah dan polity Melayu dan pengaruhnya terhadap sistem kenegaraan Melayu. Malangnya, tidak ada usaha di kalangan pemimpin masyarakat untuk memahami perkara ini - bahawa kita masyarakat berbilang kaum yang berakar umbi dalam polity Melayu. Menurut Chandra lagi, Malaysia lebih mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam konteks masyarakat berbilang kaum sekiranya memahami sejarah ini. Jika ada yang menafikannya, sengaja tidak mahu memahami, sukar untuk menjalinkan hubungan kaum yang harmonis.

Oleh kerana wujudnya polity Melayu dalam sejarah maka bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan raja-raja menjadi ketua negeri dan negara. Sejarah sebegini perlu difahami. Oleh kerana adanya polity Melayu dan sebahagian besar masyarakat Melayu dan pribumi begitu miskin dan mundur pada tahun 1957, dan dalam keadaan begitu kewarganegaraan dianugerahkan dengan begitu liberal, masyarakat Melayu dan pribumi itu memerlukan perlindungan. Itu adalah tuntutan yang sah dalam konteks pembentukan negara. Perlindungan yang dipersetujui itu adalah untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu dari segi sosioekonomi.

Frank Swettenham yang agak lama tinggal di Tanah Melayu turut mengakui negara ini adalah negara Melayu, beliau turut memuji orang Cina dengan mengatakan:

Under present conditions the Chinese are the bone and sinew of the Malay states. They are the labourers, the miners, the principal shopkepers, the capitalist, the holders of the revenue farms, the contributors to almost the whole of the revenue; we cannot do without them (Tan Teong Jin et al, 2005: vii)

Tanpa menafikan sumbangan bukan Melayu, penggunaan perkataan “Malay states” jelas menunjukkan bahawa Swettenham mengakui bahawa Malaysia adalah negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak timbul soal negara ini bukan negara warisan Melayu. Pernyataan ini turut diperkemaskan oleh Hassan Ahmad dengan mengatakan; Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu.

Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Walaupun Perjanjian Pangkor tahun 1874 dilihat seolah-olah British mulai ‘mencampuri’ urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British.

Raja Melayu tetap tidak diturunkan dari takhtanya dan memerintah walaupun dengan ‘nasihat’ pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi ‘penasihat’. Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu semakin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau ‘British Malaya’ menjadi ‘koloni British’ melalui rancangan Malayan Unionnya (Hassan Ahmad, 26 Sept 2010).

Milner (2009) mencatatkan, kerajaan-kerajaan berpaksikan Melayu itu adalah kerajaan yang mempunyai raja baik di Riau, Lingga, Deli, Siak, Langkat, Kampar dan Inderagiri di Sumatera begitu juga di negeri-negeri Kutei, Bulangan, Puntianak, Landak, Mempawah dan Sambas di Kalimantan. Di Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu diiktiraf bukan sahaja menjadi asas berkerajaan malah terlibat langsung dalam gerakan menentang Malayan Union. Demikian juga berperanan penting dalam usaha memperjuangkan dan mencapai kata sepakat menuntut kemerdekaan. Kesembilan Raja Melayu memberikan perkenan untuk ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan turut berkenan untuk dilantik salah seorang daripada baginda-baginda itu menjadi Ketua Negara secara bergilir-gilir dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semua pandangan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairanlah bagi mereka yang memahami sejarah akan menghormati bukti-bukti dan seterusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan lunak, berhikmah dan begitu bertoleransi.

Negara-negara lain tidak perlu menggunakan menonjolkan sistem kenegaraan bangsa mereka disebabkan oleh nama bangsa itu sudah mencerminkan sistem kenegaraan mereka. Nama negara sudah melambangkan identiti bangsa. Misalnya, nama Siam (Thai) menjadi Thailand. Difahamkan ada ura-ura untuk mengembalikan nama Thailand kepada Siam. Kerana perkataan Thai kurang mencerminkan keSiaman Thai. Begitu juga dengan contoh yang lain bangsa India – negara India, bangsa Cina – negara China, bangsa Arab – negara-negara Arab, bangsa Vietnam – negara Vietnam dan lain-lain negara di dunia ini semuanya berasal darisatu satu bangsa, dan nama bangsa ini dijadikan nama negara.

Malang di Malaysia, bangsa Melayu yang dahulu menerbitkan nama Tanah Melayu, telah berubah, setelah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu. Maka nama Tanah Melayu (Malaya Land) berubah kepada Malaysia. Nama Malaysia sudah tidak banyak melambang identiti kenegeraan Melayu berbanding nama Tanah Melayu.

Namun, walaupun negara Tanah Melayu telah bertukar menjadi Malaysia, perlembagaan masih lagi mengekalkan ciri-ciri keMelayuan seperti agama Islam, bahasa Melayu, hak-hak istimewa Melayu, raja-raja Melayu, tanah rezab Melayu dan sebagainya. Persoalannya, sejauhmanakah ciri-ciri sistem kenegaraan Melayu ini berjalan dengan baik? Inilah soalan yang masih belum terjawab. Apakah sejarah sebegini tidak perlu difahami dan diceritakan kepada anak-anak berbilang kaum di negara kita? Adakah cukup sekadar menceritakan sumbangan dan kerjasama Melayu-Cina-India yang ada untuk membangunkan negara tercinta ini?

Jika benar-benar kita ikhlas dalam memahamkan sejarah, jauhkan penglibatan orang politik, biarkan ilmuan dan ahli akademik yang berhujah dan menulis fakta. Keadaan hari ini menjadi kelam kabut kerana kita terlalu banyak berpolitik. Setiap parti politik mahu menjadi jaguh bangsa, bukannya mahu berkata benar walaupun pahit.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

38 comments:

Aldan said...

Bagus silibus sejarah ni di kaji semula.. revise mat saleh ckp..malah di universiti juga begitu, ade sesetengah subjek yg silibusnya disemak semula..

mungkin sesetengah perkara perlu di beri penekanan lebih berbanding yg lain..dan setuju dgn DRT, serahkan kpd yg pakar!

Anonymous said...

Salam Aldan dan tokgaru,

Anda elok ucap tahniah kepada saya kerana rakan saya telah mencapai prestasi cemerlang di Pulau Pinang. Ikutilah lapuran berikuT:

@The Penang state administration has hit a record high in state revenues for the second time this year, collecting RM1.1 billion in accumulated funds for the whole of 2009.

In the recently-released 2009 Auditor-General's Report, Penang - the only Pakatan state to receive the 'baik' (good) accreditation in their financial standing - also collected 29.1 percent more in actual revenue, bringing their tally to RM376.51 million.

azlanIn 2008, the state government had already shattered records when it surpassed the billion-ringgit mark in accumulated funds as shown in the previous Audit Report, collecting a total of RM1.025 billion.

Under the previous BN state government, the accumulated funds were at RM847.45 million for 2007.'

Unknown said...

well said sir...
Really meaningful..

When a Pen have a Soul... said...

Tahniah Penyokong DAP kerana dasar berjimat kerajaan negeri telah memecan tembok reserve Penang kpd RM1.1b.

Dlm masa yg sama juga, Penang telah mengalami kemerosotan FDI yg sgt ketara berbanding negeri lain walaupun KM nya adalah pemimpin yg paling aktif membawa misi pelaburan ke luar negera. Perlu diingatkan dasar kerjaan negeri utk tidak berbelanja kpd pembangunan yg sustain utk ekonominya pada jangka masa panjang akan mengakibatkan kelembapan ketara ekonomi negeri. Secara dasarnya kecairan yg tinggi bukanlah selalunya suatu perkara yg sgt2 baik.

Juga perlu ditekankan jika bukan kerana campurtangan PM, western digital telahpun berhasrat menarik kembali pelaburannya dari Penang.

Jika dasar kerajaan Penang diteruskan, kita akan melihat penurunan ketara dlm ekonominya utk tahun2 mendatang kerana kurangnya target approach utk economic development phase transition.

-shams-

asyMok_Aambo said...

rid.Tee,
Sejarah adalah Sesuatu Yang telah Lepas.
Sejarah bukan Bahan Eksperimen sebaliknya adalah Bahan Rujukan untuk Kita MENERUSKAN PERJUANGAN di atas 'JAMBATAN (dunia)' sebelum Kita Menuju ke Kampung Yang Kekal Abadi.
Kita ambil contoh Sejarah Penciptaan manusia yang bernama Adam oleh YANG MAHA BERKUASA sehingga Para Malaikat pun kehairanan dengan PERINTAH ALLAH SWT itu. Hatta, Ketua Malaikat tika itu, IBLIS mendapat Hukuman MANDATORI dari PENCIPTA. Berpatah arang Berkerat Rotan, IBLIS LAKNATULLAH membuat PERJANJIAN dengan PEMILIK SEKALIAN ALAM untuk Para Rasul dan Nabi terutama Ulul Azmi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW.
Selepas wafatnya MUHAMMAD SAW yang pada mulanya TAK DAPAT DITERIMA oleh umar hinggalah abu bakar membawa AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT, kita melihat PERJUANGAN ISLAM begitu PENUH RANJAU apatah selepas matinya umar. Kita dihidang Peperangan Mata Pedang puak penyokong Aishah dan puak Ali.
HARI INI, itu ADALAH SEJARAH.

Tidak lupa Sejarah Kegemilangan Ibn Sina al-Khwarizmi dan rakan-rakan, Sejarah Kejatuhan Andalusia dan Kota Baghdad, Zaman Kebangkitan Eropah, Sejarah Yahudi, Sejarah Adolf Hitler malah Sejarah Bill Gates (seorang buangan Harvard) dan Warren Buffet serta Lim Goh Tong juga Syed Mokhtar PERLU DITELITI DENGAN MENDALAM.

Kembali kepada Sejarah Tanah Air kita, tidak Penting untuk MENONJOLKAN KETUANAN BANGSA!
Kenapa?

Kerana ITU ADALAH TANGGUNG JAWAB!
Rasionalnya, Hang Tuah Hang Jebat di Melaka Abd Rahman Limbung di Terengganu, Dol Said di Naning Mat Salleh di Sabah dan rakan-rakan lain MEMIKUL AMANAH dan TANGGUNG JAWAB dari TUHAN untuk BANGKIT MENEGAKKAN KEBENARAN.

Sejarah pada Hari ini pelu Dijadikan ASAS untuk Penyatuan Timur dan Barat atas Panji KEBENARAN dan KEADILAN.

Mewajibkan Lulus SEJARAH dalam Sistem Pendidikan Malaysia itu Bagus.
Soalan-soalan Peperiksaan pula Janganlah menekankan PENGHAFALAN ATAU MENCERITAKAN SECARA KESELURUHAN CERITA DAN TARIKH YANG LEPAS.
Barulah Generasi MUDA era POLITIK BARU minat subjek Sejarah di Sekolah di Malaysia.

Akhir kalam buat kali ini, Sejarah adalah Sejarah dan HIDUP MESTI TERUS.

Kepada Pengundi-pengundi Berkaitan, PANGKAHLAH DENGAN MATA HATI pada 4 November 2010 ini.

herman che mok
JKMJB
hadapan Sekolah Foon Yew
Sebelah Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan Radio Televisyen Malaysia Johor
Persimpangan Jalan Tasek Utara-Jalan Abdul Samad
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
daulat tuanku sultan ibrahim

ALLAHUAKBAR!

RIDHUAN TEE said...

Salam semua, saya perturunkan komen oleh Sdr Wong Chein Fui untuk tatapan semua. Komen beliau saya ambil dari artikel sebelum ini. Nasib Bahasa Melayu di Bumi Melayu atau sdr boleh lihat komennya yang asli pada komen ke 87

Assalamualaikum,

nama sy Nashrullah Wong. sy sgt2 stuju dgn pandangan dr Ridhuan Tee yg begitu terbuka dan optimistik mengenai penggunaan bahasa melayu sbg bahasa kebangsaan kita. bak kata "di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung". wlaupun sy org cina tp sy sedar bhw sy lahir di sini dan kewarganegaraan sy adalah rakyat Malaysia, bukan China, Taiwan, Singapura ataupun mana2. jd kita memerlukan satu bahasa utk berkomunikasi dan bersatu-padu iaitu Bahasa Melayu.

sy turut berasa sedih spt dr Ridhuan Tee, di mana terdapat segelintir drpd kaum sy masih degil dan enggan memperakui bhs Melayu sbg bhs kebangsaan, lazimnya mrk anggap kalo kita ckp bhs melayu bermakna kita dah jd melayu dan khianat kat bangsa cina sndiri. pemikiran sebegitu adalah amat cetek dan pessimistic sekali. kenapa budak cina yg berkawan baik dgn melayu sering diejek dan dianggapkan pelik? kenapa org cina yg terbuka hati utk menerima budaya Melayu dikatakan dah hilang 'identiti cina' atau keturunan nenek moyang? cuba tanye diaorg sejauh manakah mrk mempertahankan budaya Cina mrk? adakah mrk mahir dlm sastera cina? adakah mrk blajar muzik cina? adakah mrk pandai kaligrafi cina? yg paling ketara, brape org yg sanggup pakai baju tradisional cina semasa menyambut perayaan tahun baru Cina? sekurang2nya org melayu masih pakai baju melayu at least time solat jumaat dan kenduri, dan org india yg pakai sari semasa pergi ke kuil utk sembahyang. org cina??? mana pergi baju samfu dan cheongsam??? jd, "budaya cina" apakah yg mrk cuba pertahankan di sini???

cuba kita lihat kat US, org cina kat situ boleh dikatakan dah 100% berassimilasi dgn budaya tempatan. bhs inggeris yg mrk tutur 100% American English, sehingga nama yg mrk pakai pun nama inggeris jugak. tp bgaimana dgn segelintir puak ultra-kiasa kat mesia? bhs mrk bkn shj tunggang langgang, ni nak kutuk org lain pulak. kalo org cina guna nama kristian takpe, tp kalo org cina guna nama Islam dicela pulak. jd kenapa komuniti Cina Amerika tidak dikutuk sebaliknya org cina yg memeluk budaya Melayu diejek dan dihina oleh bangsanya sendiri? hina sgt ke budaya melayu? ataupun disebabkan prejudis golongan tertentu?

adakah disebabkan isu hak istimewa semata2? lihat kat US, wlaupun krjn amerika mengamalkan 99% sistem demokrasi namun bangsa asli Red Indian tetap diberi hak istimewa spt pengecualian cukai dan tanah rezab (Indian reservation). ini krn bangsa kaum putih sedar bhw mrk bukan penduduk asli di situ sbb tu org Red Indian diperakui hak mrk. jd, kenapa perkara tersebut tidak dipertikaikan oleh puak ultra-kiasu di sini?

sy x kesah lah ape yg bangsa sy nak kutuk, yg penting sy tetap hormati jati diri sy. wlaupun sy memperakui bhs melayu sbg bhs kebangsaan tp sy tidak mengendahkan bhs dan budaya ibunda sy. jgnlah disebabkan kita ni kaum minoriti maka memencilkan diri kita, apa salah kalo cuba open ur mind and be friend with all races. malaysia ni milik semua kaum, bukan org cina shj. jd jgnlah berlagak mcm kaum lain tak wujud. mrk pun ade perasaan jugak.

fyi sy asal skolah kebangsaan sbb tu sy takde masalah berkawan dgn sape2 pun.

10:53 PM
Delete

Hanie said...

masalahnya sekarang banyak orang berfikiran bahawa sejarah yang kita belajar di bangku sekolah, atau yang sedia ada adalah tidak sahih dan sengaja diada-adakan untuk memberi kelebihan kepada bangsa Melayu. Macam mana kita hendak meyakinkan orang-orang sebegini untuk percaya akan sejarah negara kita apabila mereka sememangnya hanya mahu menulis kembali sejarah negara kita.

HantuKampung said...

Tahniah dan sekalung penghargaan buat Dr Ridhuan Tee dan saudara Wong Chein Fui @ Nashrullah Wong.

Andainya ada separuh rakyat Malaysia (tmasuk org Melayu) yg berjiwa seperti anda, maka aman dan sejahteralah negara. Ramai dikalangan rakyat M`sia (tmasuk org Melayu) yg tidak mengetahui @ tak ambil tahu @ tak nak ambil tahu tentang sejarah negara. Hanya segelintir sahaja yg membuat kajian dan penyelidikkan, itupun ada diantaranya utk simpanan peribadi sahaja.

Pendapat peribadi, kbanyakkan muallaf yg saya kenali boleh dikatakan mempunyai berbudi pkerti yg tinggi tmasuk sahabat2 lama sy dahulu (waktu sekolah) yg kini telah pun memeluk Islam. Malah ilmu agama yg mereka miliki lebih mendalam dari org2 Melayu yg sememangnya dilahirkan sbg Islam.

Alangkah indahnya jika semua kaum dimalaysia dpt menerima Islam seadaanya. Mungkin sifat tamak haloba akan terlupus, keadilan dan kesaksamaan akan terlaksana. Tiada lg isu2 perkauman yg akan timbul kerana setiap warganegara perpegang teguh dibawah satu aqidah Islam.

tokgaru said...

Wong Chien Fui, assalamualaikum.

Saya kira nama baru dalam blog DRT ini. Saya merupakan peminat tetap blog DRT belum lagi terjumpa nama seperti ini pada sebelum2 nya.

Syukur kepada tuhan. Saya pernah tulis andai kata 75% orang cina di negara ini berfikiran semacam DRT, maka pasti kita hidup aman damai tanpa ada kebimbangan dan ketakutan.

Tulisan anda sangat factual. Bagi orang yang waras kalau dia tahu membaca dalam bahasa melayu, dia akan sedar dimana diri dia sebenarnya.

Anda bawa kisah Red Indian di America dan kisah orang cina di America. Itu semua adalah fakta.

Saya sendiri pun tak faham apa sebenarnya yang dimahukan lagi oleh orang2 cina yang ultra kiasu ? Diberi betis mahukan paha, sesudah dapat paha masih mahukan apa lagi ?

Kita mengalu2kan orang2 cina yang berfikiran seperti Wong Chien Fui, Tee Chuan Seng, Khoo Kay Kim dan ramai lagi yang sealiran supaya mengambil bahagian dalam blog2 ultra kiasu agar dapat mengubah persepsi ultra kiasu terhadap orang melayu yang dah banyak sangat bertolak ansur dengan bangsa2 bukan pribumi.

tokgaru said...

Saya sokong sangat langkah kementerian pendidikan menjadikan subjek sejarah sebagai subjek wajib lulus.

Setidak2nya bebudak kita (anak melayu, anak cina, anak india dan anak lain2nya) tak lah jadi buta sejarah tentang pembentukan negara malaysia ini.

Barulah mereka boleh faham macam mana datuk nenek depa dulu berpakat untuk memerdekakan tanah melayu ini daripada perintah orang putih.

Barulah mereka tak jadi kurang ajar sesama sendiri seperti yang berlaku pada hari ni atau sejak kebelakangan ini.

Kepada Mahyudin Yassin diucapkan syabash. Walau pun dah agak terlambat kita sedar tentang pentingnya mengetahui sejarah pembentukan malaysia untuk perpaduan rakyat malasyia namun seperti kata orang putih "it is better late than never"

wayau said...

Langkah KPM mewajibkan lulus Sejarah memang dialu-alukan. Walaubagaimanapun silibus sejarah yang ada sekarang patut dirombak untuk menonjolkan sejarah yang sebenar. Perkara ini banyak ditimbulkan sebelum ini kerana selama ini kita banyak bergantung kepada sejarah kita versi penjajah. Kita patut ada sejarah sebenar kita versi kita. Saya beri beberapa contoh yang patut difikirkan:

1) sejarah Melayu sebenarnya melangkaui ribuan tahun malah sebelum kelahiran nabi Isa sendiri kerana Melayu memang asalnya di sini
2) sejarah Melayu tidak bermula dengan Kesultanan Melaka
3) kejatuhan Melaka bukan kerana mereka menggunakan senjata tradisional sebaliknya mereka telah menggunakan meriam dan senjata api. Jika tidak mengapa Portugis memerlukan sebulan untuk menawan Melaka?
4) kejatuhan utama Kesultanan Melaka adalah disebabkan pengkhianatan dalaman (seperti dijelaskan dalam kursus BTN - tapi jangan kaitkan dengan politik semasa!)
5) jangan dinafikan kesatuan Islam kerana Kesultanan Melaka mempunyai hubungan dengan Kesultanan Othmaniah. Semasa Portugis menyerang Melaka, Kesultanan Othmaniah pernah cuba menghantar bantuan ke Melaka walaupun tidak kesampaian.
Contoh yang saya beri adalah beberapa contoh fakta sejarah yang telah digelapkan. Jadi sekarang adalah tanggungjawab kita untuk mencerahkan semua sejarah kita yang digelapkan oleh penjajah dan patut diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

tokgaru said...

" Menurut Tunku Abdul Rahman lagi, pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengikhtiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku meletakkan syarat ini adalah untuk menarik kesedaran pihak MCA tentang taraf orang Melayu yang sebenar, sambil menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin MCA dalam perhubungannya dengan UMNO "
(Ridhuan Tee)

" Akhirnya pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat itu serta bersetuju rundingan tersebut berjalan atas dasar yang telah ditetapkan (Mansor et al, 2006) "
(Ridhuan Tee)

Untuk makluman saudara RT dan juga yang lain2nya. Yang RT sebut tu, adalah MCA masa zaman Tunku Abdul Rahman. Tapi MCA hari ni dah tak serupa macam tu lagi.

Hari ini MCA dengan DAP lebih kurang saja, kulit saja nampak berbeza tapi isi serupa saja.

Saudara RT tahu yang lain2 pun tahu dan apa lagi lah kami jenis orang yang tak ada parti ni.

Cuma yang tahu tapi terpaksa buat2 tak tahu adalah Umno, sebab Umno dah tak ada pilihan lain lagi dah.

tokgaru said...

Umno ? Apa ke benda nya tu ?

Untuk kesedaran semua. Ia adalah satu pertubuhan melayu yang terkuat, tergagah dan perkasa di malaysia ini. Buktinya ?

Bila hal2 yang menyentuh masa depan survival dan politik orang melayu diserang oleh berbagai pertubuhan politik bukan melayu baik yang dalam BN mahupun yang diluar BN, siapakah yang masih ada suara untuk cuba bertahan walau pun dalam keadaan yang nampak lemah ?

Ini adalah tiga pertubuhan politik yang bertunjangkan melayu. Umno, Pas dan PKR. Siapa di antara mereka bertiga ini seperti yang saya tanya di atas tadi ?

Saya tak tahu apa jawapan anda. Tapi saya ada jawapan saya sendiri.
Hendaknya keputusan PRK Galas nanti menjadi penunjuk aras dan arah kepada kita semua.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Abdullah Ngah said...

kenapa ada pihak yang tidak setuju? Pasti itu suatu yang negatif baginya.

Demikian tindakan "manusia bangsa" yang mahu tidak mahu masing masing ada agenda dan matlamat diperjuangkan.

Manusia bangsa inilah yang menjadi punca serba serbi sehingga berlaku tuduh menuduh satu sama lain.

Orang Islam dituduh sebagai pengganas wal hal yahudilah sebenarnya pengganas.

Jadi tidak hairanlah ada pihak yang tidak setuju dengan mata pelajaran sejarah wajib lulus yang akan dilaksanakan 2014 nanti.

Yang paling aneh sekali apa pihak yang cuba menjadi penghalang besar usaha tahun 2020 malaysia negara maju.

Bukan pembangkang tetapi pihak kerajaan sendiri.

Misalnya, satu cadangan supaya rakyat malaysia yang cukup usia 21 tahun didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.

Cadangan ini adalah suatu cadangan yang positif dan sesuatui dengan perkembangan teknologi maklumat yang diagung agungkan.

Tapi Malangnya, Datuk Seri Nazri Aziz menteri di jabatan perdana menteri tidak boleh mendaftarkan rakyat secara automatik kerana mereka ada yang tak mahu mengundi.

Wal hal inilah yang positif kearah meletakkan malaysia sebagai sebuah negara maju.

mengapa menolak dan tidak setuju? sedangkan ia serasi dengan perkembangan teknologi maklumat terkini.

Namun begitu, tak hairanlah jika ada pihak tidak setuju mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajar wajib lulus, kerana bagi mereka itu adalah negatif.

Mengapa tidak? kerana mereka tak mahu malaysia ini di kenali sebagai negara asal sebagai negara orang Melayu. dan orang melayulah yang membebaskan dari dibelenggui penjajahan. Lebih lebih sisi sejarahnya bangsa China tiada kaitan langsung dengan perjuangan memerdekakan negara ini.

Oleh itu pihak tadi tak mahu generasi bangsa china akan datang mengetahui hakikat sebenar negara ini. Maka mereka tetap ntidaks etuju langkah kementerian pelajar berbuat demikian.

tokgaru said...

Isu Subjek Sejarah

Dari pertubuhan yang mewakili orang cina kita dah dengar. Mereka mahu sejarah pembentukan negara malaysia itu ditulis semula.

Kita disini tertunggu pertubuhan2 politik yang bertunjangkan melayu. Apa kata Nik Aziz dan pemimpin Pas ? Apa pulak kata Anwar Ibrahim dan pemimpin2 PKR ?

Mungkin mereka Nik Aziz dan Anwar dan pemimpin2 dalam parti mereka ada idea yang lebih bergeliga daripada TPM Mahyudin Yassin ?

Rakyat tengah ternanti2 ni. Maklum lah, selepas PRU 13 nanti kalau tak Anwar yang jadi PM mungkin juga Nik Aziz.

Anonymous said...

teruskan menulis ustad cine!

HantuKampung said...

Masih tentang sejarah..

Cadangan mewajibkan lulus matapelajaran sejarah amat dialu2kan..khususnya yg berkaitan tentang kewarganegaraan.

Mungkin ada benarnya buku teks sejarah perlu dikaji semula. umumnya yg berkaitan dgn sejarah manusia seperti mana yg diceduk dari negara barat. Contohnya teori karut tentang asal usul manusia (disebabkan evolusi). Mengapa teori Charles Robert Darwin (The Origin of Species-1859) masih lg berada dlm buku sejarah sekolah?

Budak2 sekolah juga diajar dgn ilmu `pembohong` tentang zaman batu/primitif - Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam yg hakikatnya langsung tidak wujud.

Gambaran ‘manusia beruk’ duduk di dlm gua yg gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata2. Orang primitif tidak pernah wujud sebegitu juga dengan Zaman Batu.

Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, ‘evolusi sejarah’ juga tidak pernah terjadi. Manusia dan teknologi sains telah sekian lama wujud sejak beribu2 malah berjuta tahun dahulu, dimana para nabi diutuskan kepada mereka.

Dengan adanya tinggalan purba seperti piramid,obelisk, menara babel,istana balqis, mesapotamia, babylon dan lain2 membuktikan tentang kewujudan tamadun manusia bermula dari Adam & Hawa.

tokgaru said...

" teruskan menulis ustad cine! "
(susu 24k)

Ha kenapa ? sebab dia cina dia tak boleh sesuatu tentang melayu ker ?

Dah tu kau sebagai melayu, tulis lah sesuatu tentang melayu, sesuatu yang boleh menyedarkan orang melayu.

Tak pun kau minta lah ustad2 melayu pula tulis tentang benda2 yang boleh menyedarkan orang melayu.

Kau ni memang manusia yang tak reti nak berterima kasih diatas kebaikan orang lain. Kau dengan ultra kiasu sama saja. Entah2 kau ni ultra kiasu yang menyamar tak ?

parang terbang said...

hanya terjadi semulanya 13 mei baru golongan ultra kiasu sedar dimana mereka berada....

kami diam bukan kami takut....

sabo ada had.....

ingat 7 wasiat raja2 MELAYU...

dan paling mustahak ke-3....!

RIDHUAN TEE said...

Salam sdrku semua, esok 28.10.10 adalah pelancaran buku saya bertajuk Nasib Melayu di Bumi Melayu oleh Menteri Pertahanan di Perpustakaan Negara, jam 9.00 pagi. Jika berkelapangan dijemput hadir. Terima kasih

Malaysia for all said...

Hahaha keep on living in your Malay supremacy delusions. It will never fucking happen in this multi-cultural country. Keep on dunkin' in those Malay-feel-good ecstasies yeah ~ we'd like you dopes to die out ASAP, then they'll finally be future for our beloved Malaysia.

Two big middle fingers to you, doc.

The Screw said...

Salam/Selamat sejahtera,

Saya sebagai profesional akademik sangat mencadangkan subjek Sejarah bukan sekadar lulus tetapi KREDIT bagi sebarang kemasukan ke Universiti atau temuduga kerja.

Pengalaman saya sebagai penemuduga amat banyak. Saya amat sedih rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India kebanyakan yang ditemuduga tidak dapat menjawab soalan asas dengan baik seperti nama PM (kebanyakan tahu sebut najib sahaja) dan Timb. PM. Keputusan peperiksaan sangat baik tetapi rohani Malaysia langsung tiada!

Mana silapnya? mana silapnya? mana silapnya? Itulah kesan sistem pendidikan negara kita yang pelabagai aliran... SJKC, SJKT, SK. Selagi wujud pelbagai aliran, selagi itulah tiada kesepakatan dan toleransi kaum...

Kepada ahli politik, janganlah campur tangan dalam urusan pendidikan. Buatlah kerja lain di kawasan masing-masing dan jangan jadi jaguh parti politik masing-masing.

Bantulah di bidang pendidikan dengan mewujudkan sekolah SATU ALIRAN...

putrarahman said...

ahirahSaya nak berikan sokongan kepada Kerang Laut dan Nashrullah Wong. Teruskan memberi komen dan saya akan nanti komen tuan-tuan seterusnya.

Untuk pelajaran sejarah, sesuai tak kalau kita beri peluang kepada kaum Cina dan India untuk membuat Draf Sejarah kaum mereka masing-masing. Kita lihat apa yang dia orang nak tulis. Bila dah ada draf, barulah dibincangkan bersama-sama. Bila dah lulus, masukan ke dalam buku teks sejarah.

Sejarah amat penting untuk dihayati dan dijadikan iktibar. Sejarah tak semestinya berkisar kepada perkara-perkara yang dah lama berlaku, peristiwa semalam pun dah jadi sejarah. Maksudnya, bagi penulisan bahan sejarah ke dalam buku teks, fokus hendaklah pelbagai.

HantuKampung said...

Petikan dari buku "The Idea Of History", Oxford University Press, Collingwood R.G. 1966:

Perkataan Sejarah (History) berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun. History merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.

`Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban berdasarkan peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh, iaitu peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.`

Dlm Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sejarah ditakrifkan sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.

Andainya puak2 ultra-kiasu ingin/ nak sgt2/terhegeh2/terkial2 mahu nama nenek moyang mereka tercatat dlm buku sejarah, mereka perlu memahami dan mendalami erti SEJARAH terlebih dahulu. Adakah riwayat nenek moyang mereka memenuhi ciri2/aspek2 takrifan sejarah?

P/S: Sbenarnya dh t`catat pun, nama2 sperti Yap Ah Loy, Tan Cheng Lock dan Chin Peng sememangnya tercatit dlm buku sejarah.

song said...

dulu kan selalu sebut " kita orang melayu "

kenapa sekarang sebut " saya sebagai bangsa cina " ?

sudah kena hentamya?

padan muka hang!!!

song said...

nampaknya blog hang ni semakin popular.

dari 300 komen sampai sekarang 25 komen.

pathetic!!!!

Anonymous said...

Salam @song, Wong Chen Fui dan rakan-rakan,

Saya pernah nyatakan di blog Dr. Tee sebelum ini bahawa rakyat Malaysia berhadapan dgn 2 pilihan saja, iaitu pilihan kepimpinan KeMelayuan atau kepimpinan KeIslaman.

Bagi ramai, kepimpinan KeMelayuan dan kepimpinan KeIslaman adalah sama. Bagi saya, ia berbeza dan implikasinya perbezaannya besar.

Walaupun semua orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak semua orang Melayu berjiwa atau berideologi Islam.

Perbezaan ini dapat dilihat antara contoh kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan dan kepimpinan Khir Toyu, mantan MB Selangor.

Tok Guru Nik Abdul Aziz telah 20 tahun menjadi MB Kelantan, tetapi masih tinggal di rumah sendiri yang dibuat daripada papan kayu. Tiada rumah baru yang besar, mewah dan selesa dibina untuk diri dan keluarga.

Khir Toyo baru 8 tahun menjadi MB di Selangor, 'mampu' membiayai rumah bernilai 24 juta!

Amat ketara perbezaan antra kepimpinan yang berpegang kepada ideologi Islam dan kepimpinan yang berpegang kepada ideologi keMelayuan sekular.

Di situ wujud 2 sistem nilai yang berbeza!

Tok Guru bila buka mulut, Islamlah yang ditekannya, tak pernah tekankan keMelayuan! Walaupun bahsa dialet Kelantannya susah diikuti tetapi orang Cina suka mendengar ucapannya, tidak sakit telinga dan sakit hati!

Lainnya para pemimpin politik yang memperjuangkan keMelayuan. Mereka fikir hujah mereka logik dan menasabah, sesuai untuk semua manusia yang hidup di bumi yang bernama 'bumi Melayu'. Seruan dan Penekanan mereka tentang keMelayuan kadang-kadang melampau sehingga menjemput respon yang negatif atau bantahan, setengahnya dizahirkan dan setengahnya didendam dalam hati.

Islam mengajar konsep persaudaraan manusia sejagat, walaupun ia juga menekankan semua orang Islam adalah bersaudara dan hendaklah salin bantu membantu.

Saya nampak keperluan atau kewajipan seorang Cina muslim mesti membantu saudara Melayu seagamanya untuk menegakkan sesuatu yang bersifat qaumiah atau perkauman hatta yang dinamakan 'kebangsaan'.

Manusia dituntut menjunjung kebenaran yang bersifat universal, yang secocok dengan naluri, mengatasi sentimen-sentimen keluarga, puak, kabilah, kaum dan bangsa.

Sesetengah pejuang keMelayuan telah mengabaikan realiti bahawa masyarakat Malaysia adalah majmuk. Manusia atau penghuni di bumi ini terdiri daripada berbagai kaum, agama, budaya dan bahasa.

Di bidang ekonomi, kaum Melayu adalah terbelakang berbanding dengan kaum Cina dan India.

Di segi bahasa pula, tamaddun atau khazanah bahasa Cina dan Inggeris adalah lebih kaya daripada bahasa Melayu. Buku-buku ilmiah bahasa Melayu adalah sedikit berbanding dengan buku-buku Inggeris dan Cina kecuali buku pengetahuan agama Islam.

Kecenderungan kaum bukan Melayu memberikan tumpuan kepada penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Cina lebih daripada bahasa Melayu ada sebab-sebabnya menasabah. Malahan saya dapati ramai Melayu golongan intelek atau lapisan atas lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, di dalam rumah dan luar rumah. Jiran-jiran Melayu saya ramai yang sebegini.

Patriotik dan penguasaan bahasa kebangsaan adalah 2 perkara yang berbeza. Ramai ahli politik dan pegawai kerajaan yang makan rasuah, pecah amanah atau bersubhat dengan penjenayah fasih berpidato dalam bahasa kebangsaan!

Anonymous said...

Pembetulan:

"Saya 'TIDAK' nampak keperluan atau kewajipan seorang Cina muslim mesti membantu saudara Melayu seagamanya untuk menegakkan sesuatu yang bersifat qaumiah atau perkauman hatta yang dinamakan 'kebangsaan'.

Anonymous said...

Saya tidak menentang hasrat memperkasakan bahasa kebangsaan. Saya hanya tidak bersetuju dengan kaedah atau cara yang tergesa-gesa dan secara paksaan!

Dr. Mahathir bimbang tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah rakyat Malaysia. Beliau bertekad meningkatkan pembelajaran bahasa Inggeris di dalam sistem pendidikan negara sebelum bersara. Saya dan kebanyakan rakyat amat bersetuju dengan pandangannya.

Akan tetapi, cara perlaksanaan program peningkatan penguasaan bahasa Inggeris secara tergesa-gesa dan paksaan Dr. Mahathir telah mendapat tentangan hebat dari berbagai pihak sehingga Menteri Pelajaran baru terpaksa membatalkan programnya selepas 6 tahun dilaksanakan.

Bagi saya, dalam proses usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, ada keutamaan yang perlu dijaga, iaitu keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat.

Matlamat memperkasakan bahasa kebangsaan ialah perpaduan masyarakat atau perpaduan nasional. Tetapi perlaksanaannya menyebabkan sebahagian masyarakat membantah sehingga merosakkan keharmonian yang sedia ada dan perpecahan politik, bukankah ini dinamakan 'cara menyalahi matlamat'?

Renungilah!

Anonymous said...

Salam Dr. Tee,

Saya merujuk kepada petikan rencana anda di bawah:

"Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu itu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa. Istana memperlihatkan sehalus budaya - mencerminkan secantik bahasa, melindungi khazanah tamadun bangsa - menyimpan kekayaan budaya bangsa. Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan negara - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara tempat rakyat tumpang berteduh. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa. Raja itu adalah lambang Kerajaan. Rakyat yang memahami ‘budaya rakyat beraja - negeri bersultan’ memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, melindungi kepentingan bangsa Melayu."

Apa yang Dr. Tee sampaikan dalam petikan di atas memang benar dalam sejarah, kekal sebagai sejarah dan tinggal dalam kenangan sejarah.

Orang Melayu perlu maju ke depan dan harus memandang ke depan, jangan asyik memandang ke belakang atau mengenang sesuatu yang telah menjadi sejarah.

Orang Melayu perlu menjadi lebih dinamik. Untuk menjadi lebih dinamik, hendaklah mereka periksa budaya dan adat resam mereka supaya mengenal pasti unsur-unsur atau faktor-faktor yang mengkongkong dan mengekang daya dinamik mereka.

Kita biasa diajar dalam ilmu pengurusan bahawa sesuatu yang menjadi faktor kejayaan dahulu juga merupakan faktor kegagalan atau kejatuhan masa depan!

Renungilah!

Orang_MuOr said...

"Orang Melayu perlu maju ke depan dan harus memandang ke depan, jangan asyik memandang ke belakang atau mengenang sesuatu yang telah menjadi sejarah"
(PENYOKONG DAP)

Orang Melayu Islam mmg dah lama pndng ke hadapan malah lebih jauh lagi kehadapan, yg saya mksdkn adalah dunia Akhirat..

Yg kaum x tau bersyukur(termasuk org Islam) kejar tu hanyalah DUNIA semata-mata, ko nk kaya,maju,moden,megah,mewah,hidup seribu tahun apa org Islam kesah?
Jgn kacau Islam,Sultan, dan hak Melayu sudahlah..

Cuba fikir la dunia da akhir zaman..Gempa bumi,Tsunami,Taufan,Letusan gunung berapi berlaku dlm "dunia yg muda" ni..dlm agama selain agama samawi, x taulah ada ke x tulis kiamat ni..mmg patut pon mereka kejar kemewahan, tertipu dgn Dunia..

Kpd org yg boleh berfikir dgn akal renungilah ayat-ayat ini..

" Telah berkata Abu Slaiman Ad Darani,"Siapa memburu DUNIA kerana cinta padanya,bila diberi pasti tidak cukup.Namun siapa mencari AKHIRAT kerana cinta padanya,bila diberi pasti pula minta tambah dan diberikan tanpa hentinya."

Anonymous said...

Salam Dr. Tee,

Ahli sejarah hanya bertauliah menentukan fakta masa lampau, tetapi ahli politik menentukan masa depan!

Umumnya manusia yang realistik menumpukan perhatian terhadap apa yang menjamin masa depannya dan manusia yang tidak proaktif cenderong memilih hidup dalam nostalgia!

Fakta sejarah hendaklah dijadikan bahan pendidikan dan iktibar untuk menyedar diri kaum dan membangkitkan semangat berjuang dan supaya tidak mengulangi kesilapan lampau, bagaimanapun fakta sejarah ia tidak mampu dijadikan sebagai ganti kepada daya saing untuk memajukan diri dan bangsa.

Orang Cina di Singapura dan Malaysia berlumba-lumba menjaga dan meningkatkan daya saing mereka, bukan setakat untuk bersaing dengan kaum lain dalam negeri saja, tetapi bersaing di peringkat antarabangsa, sehingga Lee Kuan Yew sanggup menutup sekolah Cina dan mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris. Bagi Lee, bahasa Inggeris mempunyai lebih kekuatan dan nilai ekonomi daripada bahasa Cina.

Bagi Melayu intelek dan golongan atasan yang hidup mewah di bandar-bandar, mereka dengan bangganya mewarisi legasi penjajah Inggeris iaitu pendidikan berbahasa Inggeris, dengan sedaran bahawa penguasaan bahasa Inggeris menjadikan mereka mempunyai daya saing yang tinggi di arena poltik, bisnes dan akademik.

Bagi ahli politik yang kurang modal isu dan modal wang ringgit, Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-raja, Perkara 153 Perlembagaan dan lain-lain isu yang bersangkut paut dengan sentimen Melayu dijadikan modal politik sehabisnya untuk menonjolkan diri sebagai wira bangsa. Terdapat juga mereka yang bukan ahli politik turut tumpang kapal mempermodalkan sentimen-sentimen keMelayuan untuk mengejar sesuatu yang menjadi idaman.

Slogan dan konsep 1Malaysia yang Pak Najib kemukakan seolah-olah bercanggah dengan seruan 'mendaulatkan fakta sejarah Melayu' yang tersirat dalam rencana Dr. Tee.

Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat di sebelah Stadium Merdeka yang bersejarah itu tidak akan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia pelbagai kaum mengenai sejarah pengorbanan dan perjuangan orang Melayu di Tanah Melayu, tetapi akan meningkatkan kefahaman orang Melayu mengenai sejarah kaum 'Ad yang tersebut dalam Al-Quran ( sila rujuk http://www.psq.or.id/ensiklopedia_detail.asp?mnid=34&id=4.)

Saya berani bertaruh dengan Dr. Tee, apabila matapelajaran sejarah diwajipkan untuk memperolehi kelulusan SPM, generasi baru ultra kiasu tetap akan menari ikut dendangnya. Mereka akan skor apa yang perlu untuk melayakkan diri mereka. Penghafalan fakta-fakta sejarah dalam buku teks yang diwajibkan tidak menjamin mereka akan menjadi lebih patriotik daripada generasi sekarang yang buta sejarah Melayu.

Penghafalan sejarah itu tidak juga akan menampakkan mereka bersifat 'lebih mengerti bershukur' berbanding dengan generasi sekarang yang dikritik tidak bershukur oleh tuan punya bumi Melayu.

Anonymous said...

Saya senyap disini sebab urusan lain. Sekarang saya rasa perlu mengeluarkan komen diatas komen Penyokong DAP, bagi membenteras dakyah politiknya.

Katanya, "kepimpinan KeMelayuan dan kepimpinan KeIslaman .. berbeza dan implikasinya besar .. Nik Aziz dan kepimpinan Khir Toyu .. Nik Abdul Aziz .. masih tinggal di rumah sendiri .. Tok Guru bila buka mulut, Islamlah yang ditekannya" -

Tak sebut Lim Guan Eng buat rumah besar diPenang? Nik Aziz mengarut mengatakan Tuhan pun mencarut? Khir Toyo rumah besar, ada bukti penyelewengan?

"Lainnya .. pemimpin memperjuangkan keMelayuan .. fikir hujah mereka logik dan menasabah .. Penekanan mereka tentang keMelayuan kadang-kadang melampau sehingga menjemput respon yang negatif atau bantahan .." -

Tidak sebut pandangan dari segi sejarah dan Perlembagaan negara ini, tidak mahu terima Perlembagaan sepenuhnya? Sejarah yang mengandungi fakta dan hakikat sebenar. Perlembagaan yang dipersetujui wakil hampir kesemua kaum diParlimen di masa Merdeka dan di masa penubuhan Malaysia.

Tidak sebut Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang dengan "Malaysian Malaysia" kononnya yang subversif kapada hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Yang termaktub diPerlembagaan? Tak ambil kira bahawa kesamarataan diPeruntukan 8 diPerlembagaan mesti ambil kira Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera diPerkara 153?

Tak tahu atau ingat bahawa pendirian tersebut adalah satu sebab meletusnya pergaduhan 13 Mei 1969? Bacalah penulisan Jebat Must Die berkenaan dengannya. Baca juga Kertas Putih yang dikeluarkan Mageran dimasa Pemerintahan Dharurat 1969-71. Juga apa yang ditulis Tengku A Rahman, yang sayangkan kaum Cina, anggap LKY baik sehingga terlambat dan mengenyahkan dia dan Singapura dari Malaysia ditahun 1965.

"Sesetengah pejuang keMelayuan telah mengabaikan realiti bahawa masyarakat Malaysia adalah majmuk. Manusia atau penghuni di bumi ini terdiri daripada berbagai kaum, agama, budaya dan bahasa." -

Kalian dari Dong Zong dan sebagainya, yang disokong DAP walau pun Dong Zong mengatakan disuatu pilihan raya mereka tidak menyokong mana mana parti, mahukan "unity in diversity", cogan kata yang tidak bermakna, hanya bagus bagi sepanduk pelancongan. Mahukan a "state within a state", "a multi-nation state" mengarut. Tidak akan timbul perpaduan selagi kalian mahu memisahkan diri dari "mainstream Malaysiana", tidak mencampuri khalayak ramai, mahukan sekolah berlainan, mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar, mencanggah Perkara 152 Perlembagaan, masakan Mandarin boleh dipelajari sebagai subjek pilihan disekolah yang perlu dijadikan satu aliran seperti sekolah kebangsaan.

Benar di bidang ekonomi, kaum Melayu adalah terbelakang berbanding dengan kaum Cina, tetapi siapa yang mengatakan terbelakang dari kaum India. Ini mungkin coba'an mengkelintung kaum India secara mahu menipu mereka.

Ini sudah mengarut bila mengeluarkan perkara "tamaddun atau khazanah bahasa Cina dan Inggeris adalah lebih kaya daripada bahasa Melayu." Inilah jenis yang mendatangkan masalah dinegara ini. langsung tidak hormatkan Perlembagaan, sejarah dan asal usul negara ini. Bila dikatakan pendatang, tidak ta'at kapada negara, marah.

Bila dimestikan Sejarah disekolah sekolah, melenting. Seperti Lim Guan Eng melenting menuduh SPRM bertanggung jawab kematian Teoh Beng Hock walau pun Polis bahru sahaja mulakan siasatan di masa itu dan sebab kematian TBH belum dipastikan sehingga hari ini.

Sudah berkali kali disebutkan, masih juga diungkit lagi. Seperti puak kominis, yang keras kepala hingga sekarang pengganas Chin Peng tidak mengaku salah, tidak mahu meminta ma'af, tetapi DAP pulak mahukan dia masuk Malaysia.

DAP memang masalah besar dinegara ini selagi mereka berpendirian sedemikian.

tokgaru said...

Bahagai mata memandang ....

Pagi tadi sewaktu saya sedang bersarapan di warong melayu. Masuk seorang amoi lalu terus ke bahagian penyediaan.

Disana dia berjumpa dengan gadis2 melayu (mungkin kenalan kut). Bukan setakat shake hands tetapi sampai berpeluk2 (perempuan sama perempuan tak jadi masalah). Mesra sungguh mereka macam adik beradik. Cakap melayunya masih boleh tau dia adalah seorang cina (masih telor dan pelat pada perkataan tertentu).

Kemudian Amoi itu pergi pilih lauk pauk masak melayu. Duduk makan semeja dengan rakan2 melayunya. Bukan pakai sudu dan garfu tapi guna tangan. Kerancakan dia berbual dengan kekawan melayunya, membuatkan saya terlupa sejenak bahawa di malaysia ini ada segolongan orang cina yang bersifat ultra kiasu.

Hubungan yang semacam itu lah yang kita harap pada setiap rakyat malaysia. Sebab itu saya pernah kata, hubungan kita melayu-cina-india diperingkat rakyat sebenarnya tak ada masalah. Masalah mula timbul bila kita diapi2kan oleh para pemimpin kita, dan akhirnya kita terpengaruh dan terikut2.

Pemimpin kita ? Tak semua cakap mereka itu betul. Tak semua seruan mereka perlu kita dengari. Ambil mana yang baik dan berguna sahaja. Yang kita rasa tak sesuai, usah dipedulikan.

Ia kalau begini caranya, saya yakin kita melayu-cina-india dapat hidup bersama aman dan damai, dan negara kita akan selamat.

Anonymous said...

PENYOKONG DAP berkata lagi, ".. memperkasakan bahasa kebangsaan .. tidak bersetuju dengan cara yang tergesa-gesa dan secara paksaan!" -

Apa mengarut cakap paksaan ni? Kan dah ada dalam Perlembagaan? Kan dah 53 tahun Merdeka? Kan takede siap kata tak boleh guna bahasa ibunda selain dari urusan resmi? Kan sekolah adalah urusan resmi? Kan bercakap dikhalayak ramai pun perlu gunakan Bahasa Kebangsaan?

"Bagi saya, dalam proses usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, ada keutamaan yang perlu dijaga, iaitu keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat" -

Untuk menjaga keharmonian dan perpaduan lah maka sekolah satu aliran di perlukan. Pelik sungguh pendirian DAP. Saya sudah kata bahawa pendirian DAP memang tidak boleh di terima kerana bercanggah sangat dengan keperluan Perlembagaan. Mana boleh bersatu padu dengan berbagai sistem persekolahan? Mana boleh besefahaman dan salitur rahum jika tidak bercampur sejak kecil lagi? Setiap kali keluar hujah-hujah DAP perlu di patahkan dan dibenteraskan.

Tidak payah renungi, sudah nyata pendirian DAP tidak boleh di terima.

Anonymous said...

PENYOKONG DAP kata lagi "Orang Melayu perlu maju ke depan dan harus memandang ke depan, jangan asyik memandang ke belakang atau mengenang sesuatu yang telah menjadi sejarah" -

Datangnya kata kata itu dari puak DAP adalah melucukan. Kerana DAP memang tidak suka di peringatkan sejarah. Umpamanya, sejarah 13 Mei 1969. Kerana peranan mereka di dalam perkembangan politik yang membawa kapada trajedi itu banyak diperkatakan, malah dibukukan. Mungkin mereka terasa tersalah atau "guilty conscious".

Banyak tuduhan chauvinis dan rasis dilontarkan kapada DAP berdekad dekad yang lalu. Mana tidak rasis nya jika mereka mahu megikis hak dan kepentingan Melayu. Mana tidak coba mengikis bila mereka memikul sepanduk "Malaysian Malaysia" yang tidak mengambil kira Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Maka bukan main gah kata katanya, "Orang Melayu perlu menjadi lebih dinamik .. hendaklah mereka periksa budaya dan adat resam mereka supaya mengenal pasti unsur-unsur atau faktor-faktor yang mengkongkong dan mengekang daya dinamik mereka" -

Sebenarnya "mengkongkong dan mengekang" itu ada lah hujah hujah yang kengkang, selalu melompat lintang pukang, tunggang langgang (tiru kata kata yang saya baca disatu blog lain) seperti dibuat Tony Pua dan Lim Guan Eng.

Orang_MuOr said...

Untuk renungan..

Diceritakan,Zulkarnain dtg pada suatu kaum yg sama skali tidak mempunyai harta.Mereka menggali kubur.Ketika pagi,mereka membersihkan kubur itu serta mereka solat disebelahnya.Mereka memakan tanaman sayuran itu sama seperti binatang yg digembalakan. Demikianlah kehidupan mereka itu.

Zulkarnain mengutus agar pemimpin mereka dtg berjumpanya.Pemimpin itu menjawab,"Tiada perkara penting utk aku berjumpanya.Jika dia punya kepentingan silakn dtg berjumpaku."
Zulkarnain berkata,"Dia benar".Kemudian Zulkarnain dtg kpdnya lalu berkata,"Kuminta agar kau dtg tp kau menolak.Kini aku yg dtg."Pemimpin itu menjwb,"Jika aku mempunyai keperluan,tidak keberatan aku dtg."

Zulkarnain berkata pdnya,"Aku tidak pernah melihat suatu kaum seperti ini."Ada
apa?" Tanya si pemimpin itu."Kamu tidak ada kekayaan,tidak ada pula sesuatu apa pun.Tidakkah kau suka mencari emas dan perak utk meningktkn taraf hidupmu?" Kata Zulkarnanin.Pemimpin mereka malah menjawab "Kami amat membenci emas dan perak sbb jika keduanya diberikan,hanya membuatkn hati seseorang menginginkn kpd yg lebih utama darinya."

Zulkarnain bertanya,"Kamu telah menggali kubur jika pg,kamu membersihknnya serta solat disebelahnya.Mengapa demekian?" Pemimpin itu menjwb,"Jika kami melihat kubur,rasanya,dunia tidak lg dpt menawan hati kami."Kata Zulkarnain,"Juga aku melihat.Makanan kalian hanya sayuran.Tidakkah kamu suka memelihara binatang yg ada susu boleh diminum dan bolah ditunggang sehinga kamu lebih selesa?" Pemimpin itu menjwb,"Kami tidak suka menjadikn perut kami diisi dgn daging dan susu.Kami merasa cukup dgn sayuran itu.Mknan apapun bila sampai dikerongkong akan terus menjadi najis."

Kemudian pemimpin kaum itu menunjukkan sebiji tengkorak smbil berkata,"Wahai Zulkarnain,tahukah kau siapa ini?" Jwbnya,"Tidak." Jelas pemimpin itu,"Ini adalah seorang Raja yg diberi oleh Allah kekuasaan di muka bumi,namun ia zalim.Ketika Allah melihatnya begitu,segera dicabut nyawa sehingga ia tidak diperdayakan lg.Allah telah meniti amalnya.Dan akan dibalas di Akhirat."

Kemudian dia mengambil tengorak yg lain seraya bekata,"Wahai Zulkarnanin,tahukah kau siapa ini?"Zulkarnain menjwb,"Tidak."Lalu dia memrintah dgn adil,tawadhuk dan khusyuk.Dia jd seperti yg kamu lihat dan Allah telah meneliti amalnya sehingga dia akan menerima balasan di Akhirat."Kemudian dia menunjukkan kpd Zulkarnanin seraya berkata,"Kepala ini pun bakal menjadi seperti dua tengkorak itu.Maka fikirlah apa yg engkau perbuat wahai Zulkarnanin!"

Zulkarnain lalu berkata padanya,"Mahukah kau menemaniku?Kujadikan kau sebagai saudaraku,kulantik kau menjadi sebgai menteri dan memiliki bahagian harta yg telah diberikan Allah padaku."Pemimpin itu menjwb,"Kedudukanku dan kedudukanmu tidak sama.Tidak mungin akan berkumpul." Tanya Zulkarnain,"Mengapa?" Dia menjawab,"Semua org adalah musuhmu,sedang mereka tidak akan merebutnya dariku.Aku tidak punya apa-apa."

Sambil memberi nasihatnya, org itu lalu meninggalkn Zulkarnain yg kehairanan.....

Langkelana said...

Saya amat meminati tulisan Dr. Ridhuan Tee.
Mohon izin untuk disiarkan di Facebook saya.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=157027894338231
Sekian, terima kasih.