Pihak yang mengambil kesempatan terus memperbesar-besarkan perang mulut yang berlaku antara sebuah akhbar dengan seorang pemimpin yang disukainya. Saat-saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang menahan lukah di pergentingan. Perkara ini adalah suatu yang biasa dalam politik. Saling ingat mengingati barulah ada check and balance. Tetapi ia terus berlarutan seolah-olah tidak kesudahan. Orang lain bertepuk tangan melihat kita bertelingkah dalam serba-serbi.
Sikap terlalu defensif tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih baik dibawa berbincang, kerana itu lebih menepati kehendak Islam dan membawa banyak manfaat kepada perpaduan umat Islam.
Cukup sudahlah kita berpecah disebabkan oleh perbezaan parti politik dan ideologi, janganlah pula terbawa-bawa kepada sentimen sebegini. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa yang betul, siapa yang salah. Cerminlah diri masing-masing, apakah sumbangan kita selama ini?
Sudahkah kita lupa kata-kata seorang ahli falsafah Cina yang berbunyi, jika anda mahu menjadi pemimpin negara, terlebih dahulu pastikan keluarga sendiri berada dalam keadaan baik. Bagi memastikan keluarga sendiri baik, pastikan diri sendiri perlu baik. Bagi memastikan diri sendiri baik, pastikan hati dijaga demgan baik. Bagi memastikan hati sentiasa baik, ia perlu bermula dengan keikhlasan. Cuba tanya pada diri kita, apakah kita ikhlas menjadi seorang pemimpin?
Nilai balik apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara? Atau mungkinkan penyertaan kita dalam politik sekadar untuk membuncitkan perut dan membesarkan poket? Inilah pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pemimpin yang diberikan amanah oleh rakyat hari, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang. Jika ada jawapannya, tidak perlulah terlalu risau akan pilihan raya umum akan datang.
Seringkali kita dengar, mereka yang menyertai politik, tidak ada agenda agama, bangsa dan negara. Agenda utama mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat, setelah itu mudah untuk mendapatkan tender dan projek melalui kroni-kroni yang akan dibela. Pemikiran seperti ini perlu dibuang jauh-jauh jika ada.
Tagline Gagasan 1Malaysia, “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”, perlu difahami oleh setiap wakil rakyat tanpa berkecuali. Rakyat perlu diutamakan dalam segala hal. Tanpa rakyat siapalah pemimpin kerana kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat (dengan izin Allah). Itulah falsafah demokrasi yang saya fikir tidak bercanggah dengan sumber ajaran Islam jika diurus dengan baik berpandukan perlembagaan. Janganlah memperalatkan gagasan 1Malaysia untuk menutupi atau mengaburi tindakan kita, tetapi laksanakan gagasan tersebut sebagaimana yang dicitrakan oleh Perdana Menteri.
Malangnya, ketika Perdana Menteri mengajak rakyat memahami keutamaan, masih ramai umat Islam lebih menekankan hal remeh temeh daripada isu pokok. Bergaduh tidak tentu pasal. Mempertahankan kepentingan peribadi daripada kepentingan umum. Niat tidak lain, supaya dirinya nampak hebat, wal hal diri dan sumbangannya tidak seberapa. Ada kalanya kita menjadi pemimpin, bukan kerana kita bagus atau berwibawa, tetapi kadangkala kerana bernasib baik. Sedangkan ramai yang lebih layak daripada kita. Tetapi disebabkan mereka tidak pandai membodek dan mengampu, mereka tidak terpilih sebagai pemimpin.
Sedangkan mereka yang berfikiran seperti pandir dan tidak ada daya intelektual, begitu cepat naik dan berkuasa kerana nasib menyebelahi mereka, bukan kewibawaan dirinya. Sedangkan orang sebegini, boleh dikatakan kosong. Keluarga tidak terjaga dan terbela. Diri sendiri penuh dengan kontroversi dan sebagainya. Jika dikorek-korek nanti, keburukan yang dilakukan, lebih banyak dari kebaikan dan boleh dibuat buku. Bagaimana kita boleh harapkan orang sebegini boleh menjaga rakyat. Justeru, mereka yang ingin menjadi pemimpin atau dipilih menjadi wakil rakyat, mesti pandai menjaga diri dan keluarga terlebih dahulu. Selepas itu, barulah senang untuk bercakap soal menjaga rakyat dan menjaga kerajaan. Inilah aspirasi dan inspirasi 1Malaysia Perdana Menteri.
Jika tidak, kita akan menjadi bahan kutukan orang. Saya sudah tidak mampu lagi mendengar kata-kata seperti, “keluarga sendiri berterabur, tidak terjaga, bagaimana nak jadi pemimpin dan , menjaga rakyat”. Inilah kata-kata yang sindiran kerap kedengaran. 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sudah tentu tidak mahu memimpin yang sebegini. 1Malaysia mahukan pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berakhlak mulia untuk meneruskan legasi pemimpin yang terdahulu. Ingatlah wahai saudaraku, rakyat hari ini bukan seperti dahulu, mereka sudah boleh membezakan mata dia intan, mana dia kaca.
Jika dahulu, tunggul kayupun kalau diletakkan sebagai calon mereka akan undi. Hari ini, tunggul kayu tersebut akan campaknya jauh entah ke mana, malah tidak lagi dipandang untuk menjadi kayu api.
Sudah sampai masanya gagasan 1Malaysia meletakkan KPI atau tanda aras untuk mereka yang mahu menjadi pemimpin. Pertama, saya ingin cadangkan supaya pemimpin tersebut boleh memimpin dirinya sendiri, meletakkan Allah ditempat pertama, diikuti dengan Rasulullah dan keluarganya. Setelah dirinya terpimpin berasaskan prinsip tersebut, barulah akan terpancar integritinya, tidak rasuah dan tidak korup.
Kita tidak mahu pemimpin yang rumahtangganya berantakan, anak-anaknya pula bertaburan. Ingatlah pesanan yang mengatakan rakyat (termasuk anak-anak) menilai (lebih terpengaruh) dengan apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap. Tidak ada gunanya jika cakap tidak serupa bikin. Hanya pandai bercakap tetapi apa yang dicakap tidak ditunaikan atau dikotakan. Kata mesti dikota.
Kedua, pemimpin mereka mempunyai ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu memahami keutamaan. Keutamaan jamaah (rakyat) berada di hadapan berbanding keutamaan diri. Jangan terlalu menjaga dan mementing diri sendiri atau terlalu mengikut emosi sehingga melupakan kepentingan rakyat. Memperbesarkan perkara kecil sehingga tertinggal perkara besar. Terlalu menjaga politik diri sendiri supaya tercalon lagi, sehingga terlupa akan agenda anak bangsa sendiri. Berikanlah laluan kepada mereka yang benar-benar mahu dan mampu memimpin.
Ketiga, pemimpin sebaik-baiknya mesti bebas atau tidak dilihat daripada dosa besar dan dosa kecil. Paling baik tidak melakukan apa-apa dosa. Sudah tentu ini adalah mustahil sebab kita bukan Rasul atau Malaikat. Kita tidak dapat lari daripada kesalahan. Namun, jangan lah kita terjebak dalam dosa-dosa yang rakyat boleh mempertikaikan kredibiliti kita. Misalnya seperti minum arak, kaki perempuan, kaki judi dan macam-macam kaki lagi. Ingatlah, rakyat melihat apa yang kita buat.
Keempat, pemimpin mesti mempunyai jiwa agama dan dapat menjaga amanah bangsa. Tidak semestinya mereka mempunyai latar belakang agama atau lulusan pengajian Islam. Kepemimpinan Islam boleh terdiri daripada mereka yang professional. Kadangkala sedih juga bila melihat bila ada ‘orang agama’ menjadi pemimpin, kepemimpinan dan pandangan mereka terlalu jumud dan tidak berpijak di bumi nyata. Sikit-sikit berhujah berbalik kepada Quran dan Hadis, tetapi modus operandi entah di mana. Justeru, orang agama perlu diprofesionalkan.
Apapun jika golongan professional mahu menjadi pemimpin, mereka mesti mempunyai jiwa agama atau mengulamakan professionalism nya itu. Jangan sampai pemimpin kita tidak boleh dilihat menjadi imam. Paling kurangpun pemimpin tersebut mesti boleh memimpin bacaan doa, keupayaan berdoa adalah petanda awal menunjukkan kita mengerjakan sembahyang. Dengan makna, pemimpin tersebut mesti bersolat sebagai asas utama nilaian akhlaknya dengan Tuhan. Ingatlah, sesiapa yang sensitif dengan Allah, pasti dia akan sensitif dengan orang lain (rakyat).
Inilah ‘kalahnya’ UMNO dengan pemimpin sebuah parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam. Pemimpin parti Islam ini telah menarik ramai professional, termasuk orang UMNO yang berjiwa Islam. Profesional ini boleh menjalankan tanggungjawab ulama seperti membaca khutbah, menjadi imam, baca doa, sembahyang mayat dan sebagainya. Banding dengan sebahagian pemimpin UMNO hari ini, ada yang membaca al-Quran pun tidak betul. Bagaimana mereka boleh berdoa? Mungkin ada yang tersinggung dengan tulisan saya ini, saya pohon ampun dan maaf. Hari ini professional parti Islam ini begitu berpengaruh sehingga menimbulkan kebimbangan pemimpin bersifat ‘taliban’ dalam parti Islam tersebut. Sebenarnya UMNO tidak ketandusan orang agama dan professional, resepinya semua sudah ada. Hasil yang mahu dilihat adalah, laksanakan kata-kata keramat rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Berkata benar walaupun pahit. Jika UMNO mahukan meneruskan legasinya pada masa akan datang, UMNO tidak ada pilihan melainkan mesti dapat dilihat bersih, cekap, amanah dan dapat dilihat melaksanakan ciri-ciri kepimpinan Islam tersebut. Di sinilah yang dikatakan ‘kekuatan’ parti Islam yang sukar ditandingi UMNO.
Mereka sanggup berjemur, berjaga dan bercekang ketika pilihan raya dan melakukan kerja suka rela, tanpa meminta sebarang habuan. Tetapi tidak UMNO. Ada sebahagian mereka yang tidak ikhlas. Wang dan harta telah mengaburi mereka. Kerja sedikit, mereka mahukan habuan. Sudah sampai masanya kita latih mereka yakni kerja kerana Allah demi menjaga amanah agama, bangsa dan negara.
Jika inilah pemimpin UMNO yang bakal lahir, jangan harap parti-parti lain dapat menambah kerusi. Tetapi jika perkara asas ini diabaikan, maka tunggu kekalahan yang bakal menjelma. UMNO mesti serius dalam meletakkan kepentingan agama di hadapan berbanding kepentingan bangsa. Kebaikan mesti diutamakan daripada keburukan. Manakala jika berlaku pertembungan dua keburukan, maka kita mesti tahu memilih antara dua keburukan tersebut, mana satukah yang kurang mudaratnya. Misalnya, antara menyentuh (atau makan) babi dengan makan rasuah (atau riba). Sudah tentu implikasi makan rasuah atau makan riba, lebih buruk daripada menyentuh (makan) babi, sebab makan babi melibatkan dosa individu, sedangkan makan rasuah melibatkan orang ramai dan boleh meruntuhkan agama dan negara, sehingga sampai ke tahap boleh diperangi. Jangan pulak ada yang salah faham sehingga sanggup makan babi selepas ini.
Jika semua ini dapat difahami keadaan tidaklah seteruk hari ini. Teringat saya bila membaca buku Syed Hussein Alatas, bertajuk Mitos Pribumi Malas, antara punca kelemahan umat Islam (Melayu) hari ini, disebabkan oleh ada sebahagian pemimpin yang dipilih itu lemah, tidak ada daya intelektual. Ketiadaan daya keintektualan ini menjadikan mereka ini hanya mampu menjadi pengampu dan pembodek. Justeru, sudah sampai masa kita dapat membezakannya agar boleh bangun menjadi bangsa hebat dan digeruni.
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
124 comments:
Salam Dr RT, Lain je nada artikel Dr kali ini.... ? Banyak promote 1Msia :)) Kenapa tidak Dr sarankan usaha dipihak Najib untuk memahamkan konsep 1Msia dulu kepada para pemimpin dan seterusnya mereka pula fahamkan rakyat ?
Nak terimapakai macamana kalau konsep 1Msia itu banyak yang masih tidak jelas.
Satu lagi, Dr tertinggal syarat utama menjadi seorang pemimpin yang terbilang, maknanya mampu mempertahankan kerusi 4 penggal berturut2 ( fuyoooo... ) iaitu kesopanan. Hahahahahahahahahahahahaha.....
Seruan Ustaz RT ....
" UMNO mesti serius dalam meletakkan kepentingan agama di hadapan berbanding kepentingan bangsa "
Saya setuju dengan saranan ustaz. Saya percaya bukan maksud ustaz nak minta Umno buat islam 100%, malah Pas sendiri pun jika diberi peluang tak akan dapat buat 100%.
Dalam konteks negara malaysia dengan kepelbagaian masyarakat yang berbeda budaya dan kepercayaan, impossible sama sekali nak laksanakan islam 100% dalam setiap sudut kehidupan.
Saya kira jika Umno menerima dan melaksanakan apa2 nilai persamaan yang terdapat dalam islam dengan agama lain, itu sudah dikira baik untuk memimpin manusia supaya menjadi hamba yang taat kepada agama masing.
Secara mudah faham : Mana ada agama yang mengizinkan pengikutnya melakukan kejahatan atau melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan orang lain.
Satu pertanyaan :
1. Adakah terdapat agama yang menghalalkan zina dan pelacuran ?
2. Adakah terdapat agama yang menghalalkan perjudian ?
3. Adakah agama yang menghalalkan sesuatu yang memabukkan sehingga seseorang itu menjadi tidak berfikiran waras ?
4. Adakah terdapat agama yang menghalal pembunuhan sesama insan tanpa sebab walaupun berlainan agama.
5. Adakah terdapat agama yang menghalalkan rasuah.
..... dan baaanyaaakkk lagi benda2 yang tidak baik kepada kehidupan manusia di dunia ini.
Saya masih ingat lagi, pernah mengutarakan supaya dalam membentuk apa2 dasar kerjaan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat, pandangan orang2 pandai agama dari islam, buddha, hindu dan kristian harus di minta sama. Jangan pakai pandangan orang politik saja, sebab orang politik selalunya ada kepentingan dan muslihat dalam menyokong sesuatu dasar.
Contoh isu lesen judi, lesen arak dan lesen pelacuran : semua orang pandai dari agama2 yang saya sebut tadi tidak akan bersetuju.
Jadi kalu orang pandai dari semua agama tidak bersetuju maka apa perlu lagi kita nak benarkan renewal mana2 lesen yang tamat tempoh. Lesen yang baru tidak lagi kita dikeluarkan. Maka lama kelamaan aktiviti perniagaan yang tak bermoral dan tak berfaedah baik kepada manusia itu akan mati dan terhapus dengan sendirinya.
Yang jadi masalah dan sering di jadikan modal oleh musuh Umno adalah : lesen judi,lesen arak dan lesen pelacuran yang tamat tempoh dibenarkan renewal, tak cukup dengan yang sedia ada lesen baru masih juga dikeluarkan.
Saya rasa Umno sedar tentang hal ini. Umno juga tahu ini lah modal paling berharga kepada Pas. Umno sedar orang melayu beralih sokong kepada Pas adalah kerana kecewa dengan pendekatan Umno terhadap 3 perkara ini. Hudud atau undang2 islam itu sekadar " tambah tahil " saja dalam perjuangan Pas untuk menambah ramaikan lagi penyokong di kalangan orang melayu.
Pergi lah tanya kepada orang cina atau orang india atau orang siam atau penganut lain2 agama selain dari islam : adakah mereka suka judi, suka pelacur dan suka mabuk.
Anda tentu akan dapat jawapan yang positif yang menjurus kepada kehidupan yang baik.
Jadi kalau ada alasan : takut nak tak keluarkan lesen judi, lesen pelacuran dan lesen arak, karang bukan melayu tak sokong BN pula. Non sense, sebenarnya takut kepada taukey judi, taukey pelacuran dan taukey arak sebab selama ini duk hidup dengan bantuan mereka.
Percayalah jika Umno berani bertegas dalam hal ini, insyaalah, orang melayu akan balik kepada Umno.
Umno perlu insaf : orang melayu pergi kepada Pas kerana Pas berjanji nak buat pada hal di kelantan dan kedah yang mereka perintah pun belum berjaya dihapuskan sepenuhnya cuma ada sikit berkurangan la.
Saya percaya ini lah mesej Ustaz RT kepada Umno dalam posting pada minggu ini.
Kepada Pemimpin Umno dan pemimpin Pas.
Kami orang melayu perlu kepada Umno, dan dalam masa yang sama kami juga mahu Pas betindak sebagai check and balance yang betul2 balance.
Membiarkan Umno terlalu berkuasa juga tidak baik kepada orang melayu, begitu juga membiarkan Pas terlalu ghairah hendak menyisihkan Umno tanpa bersedia juga boleh membahayakan masa depan politik melayu.
Keputusan PRK Galas, adalah sesuai sebagai penunjuk arah sokongan melayu. Ada baik juga jika sebelum PRU 13 terpaksa berlaku 2 atau 3 PRK lagi untuk menilai sokongan rakat sama ada masih kepada BN atau sudah beransur2 kepada PR.
Salam Dr dan semua,
Minta laluan...
Marilah kita ramai2 mendoakan agar negarawan kita Tun Dr Mahathir agar cepat sembuh dan dipanjangkan usia lagi.
Banyak jasa beliau yang tidak boleh kita nafikan terutama dari segi pembangunan Negara ini.
Kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan/dosa sama ada kesalahan/dosa kecil atau pun besar.
Dari itu lihatlah kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu melebihi segalanya.Terutama sekiranya kebaikan yg dilakukan adalah lebih besar/banyak daripada kesilapan seseorang itu.
Akhir kata sy doakan Sekali lagi agar Tun Dr.cepat sembuh dan bertambah sihat serta dipanjangkan usia.
Selamat Hari Raya Adil Fitri . Maaf zahir bathin terutama kepada Dr dan semua pembahas/pembaca blog2 ini.
ikhlas,
Salam Dr RT & semua pembaca.....
Itu lah yang aku nak cakap.Belum sempat nak 'chek and balance' laaa! dah 'check mate' pulak?
Dalam agama ada politik.....
Dalam politik! Mana ada agama!?.....
Politik itu cuma sebahagian, cawangan, cabang, ranting..... sebab tu letak tunggul pun korang sembah! ehh, pangkah!
Politik mampu menjatuhkan, menghina dan 1001 membobrokkan kesucian agama.
Dalam Agama mana boleh.....
Apakah politik hari ini kerana Agama? Apakah yang Agama boleh beri kepada Ahli Politik? Orang berpolitik berkiblatkan ringgit, kuasa, tahta dan semuanya sama rasa! Membicarakan Agama antara kita dengan tuhan. Seolah olahnya kita akan mati dikeesokkan hari. Kenyataannya pada hari ini, bila berpolitik seolah olahnya sudah tidak ada esok lagi. Betullah tu, nak idup seribu tahun lagi.....
Maaf Dr. Saje tumpang semangkuk. Check out in my web…..
"Ingatlah wahai saudaraku, rakyat hari ini bukan seperti dahulu, mereka sudah boleh membezakan mata dia intan, mana dia kaca."
Maaf, saya masih tidak boleh menerima hujjah ini,
Kalau sekiranya rakyat hari ini bukan seperti dahulu mengapa umno masih menang dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.
Ini menunjukkan hujjah itu masih belum boleh dipakai dan tiada asasnya.
Tidak dinafikan,tetapi peratusnya masih rendah dikalangan rakyat awam.
Kalangan intelek mungkin tinggi (majoriti) tapi kalangan rakyat masih minoriti lagi setakat hari.
Setakat hari ini orang celek politik pun masih buta juga dengan hal hal seumpama itu, termasuk yang duduk di menara gading.
Bukan setakat itu sahaja malahan yang ada gelaran prof pun masih ramai yang tak tahu mana dia intan dan mana dia kaca.
Kalau dia tahu mana mungkin dia ingkar dengan perintah Allah.
saya kira 1 teguran yg ikhlas serta kritikan yg membina dr DRT..
harus diambil serius scr positif oleh semua bergelar pemimpin..
Dr. Tee,
Ini adalah sebuah rencana yang sangat-sangat besar manfaatnya jika pihak yang ditegur sudi menerima teguran dan seterus mengolah langkah ke arah perubahan sepertimana yang Dr. Tee cadangkan.
Syabas, Dr. Tee!
Sekiranya orang Melayu (yang Islam) menjadi kuat dan gagah material dan spiritual, negara akan maju, makmur dan aman, kaum-kaum lain turut mendapat nikmat.
Orang Melayu adalah teras dan tunjang politik Malaysia, baik Melayu baiklah seluruh rakyat, lemahnya Melayu, lemahlah negara!
Baru-baru ini 'halal' Wang Ihsan kerajaan P. Pinang kepada warga mas terlampau dipolitikkan seolah-olah para pemimpin UMNO selama ini hanya makan dari wang "suci' dan 'halal'!
Orang yang tinggal dalam rumah kaca jangganlah berani sangat lempar batu terhadap orang lain!
@ pDAP
itulah cara politician..
must struggle n strive..
begitu juga LGE, kn berjuang demi survival beliau..
dan bila smpi x tahu lumba kuda tu relate dgn perjudian, this s smthg wrong dlm kpl dia..
LGE boleh deny, asalkan apa yg die nafi betul2 fakta, bukan tindakan refleks semata2 dan kemudian bila terbukti he accuse UMNO ambil peluang di sebaliknya..
ini bukan cara politician yg betul..UMNO dah terlampau mempolitikkan, but since Dr. Asri pun dah bg tau, bukan salah warga emas tu nak return blk duit ihsan tue..
persoalannya, pemimpin PAS tau x psl sumbangan sykt judi nie..?
"Seringkali kita dengar, mereka yang menyertai politik, tidak ada agenda agama, bangsa dan negara. Agenda utama mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat, setelah itu mudah untuk mendapatkan tender dan projek melalui kroni-kroni yang akan dibela. Pemikiran seperti ini perlu dibuang jauh-jauh jika ada".
Tersangatlah bersetujunya saya dengan kenyataan DR seperti di atas. Namun demikian bukan semua pemimpin macam ni. Ada juga yang ikhlas nak menjadi pemimpin. Masalah yang dihadapi oleh pemimpin yang ikhlas ini adalah para penyokong yang disekeliling mereka asyik mencucuk dan mengampu setiap masa.
putrarahman,
Saya setuju dan percaya dengan kata-kata "Namun demikian bukan semua pemimpin macam ni. Ada juga yang ikhlas nak menjadi pemimpin."
Bukan nak menyindir atau ada maksud lain, tetapi saya benar benar ingin tahu siapa yang difikirkan yang ikhlas diantara pemimpin Melayu dibarisan kedua dan ketiga sekarang ini.
Ikhlas nak jadi pemimpin mungkin ramai. Yang saya ingin tahu ialah yang ikhlas dan sudah jadi pemimpin dibarisan kedua atau ketiga sekarang. Mungkin mereka boleh dipromosikan sedikit sebanyak bila kita membuat komen, mudah-mudahan yang benar benar ikhlas akan dapat jadi pemimpin yang ulong.
Saya terus terang mengatakan saya kurang bercampur, atas beberapa sebab, termasuk jemu dengan banyak sangat politik kotor atau yang mengenepikan hak dan kepentingan Melayu sekarang ini. Semata mata mengejar undi atau populariti. Dua dua pihak - pemerintah dan pembangkang. Melayu, Cina dan India. Yang Tok Guru pun mengecewakan, hingga sanggup kata Tuhan mencarut. Lagikan yang dipanggil Cina bukit. Memecah belahkan masyarakat.
Saya tidak nampak mereka yang ikhlas. Mungkin sebab saya tak bercampur atau membaca berita secukupnya. Maka dengan ikhlasnya saya ingin bertanya siapakah diantara pemimpin Melayu dibarisan kedua dan ketiga sekarang ini yang difikirkan ikhlas. Tidak perlu dibincang. Hanya sekadar dapat tahu nama dan sedikit latar belakang mereka, mengikut pendapat peribadi, pun jadilah. Jika nak bincang pun boleh.
Mungkin kekawan lain pun boleh mengeluarkan pendapat. Seperti tokgaru dan Aldan yang selalu mengambil bahagian didalam blog ini.
Saya minatkan pemimpin seperti Tun A Razak. Legasinya amat bermakna dan berguna kapada kaum Melayu. Dia menaikkan taraf ekonomi Melayu dengan banyaknya. Rancangan Luar Bandarnya sangat berfaedah kapada kaum Melayu. Dasar Ekonomi Bahrunya lagi satu legasi yang amat penting untuk kaum Melayu. Sayang umurnya tidak panjang - the good die young, kata orang. Sayang anak-anaknya tidak seperti dia. Banyak pemimpin sekarang ada "baggage" bermacam macam.
Saya fikir kesejahteraan negara tidak akan tercapai sepenuhnya selagi kedudukan kaum Melayu dibidang ekonomi dan pelajaran tidak seimbang dengan kaum Cina. Pemimpin Melayu yang ikhlas boleh menolong mencapainya. Ikhlas dari segi tidak mementingkan undi teramat sangat sehingga sanggup mengenepikan hak dan kepentingan kaum Melayu.
Seperti yang di coret oleh Penyokong DAP...
" Sekiranya orang Melayu (yang Islam) menjadi kuat dan gagah material dan spiritual, negara akan maju, makmur dan aman, kaum-kaum lain turut mendapat nikmat "
Setuju dengan pandangan anda. Hendaknya anda ikhlas.
Cuma nak tanya kenapa tulis " ... orang melayu (yang islam)... "
Orang melayu ni setahu saya semuanya islam .. 99.99%. Kalau ada pun yang keluar islam .. itu mereka istihar sendiri tapi tak diiktiraf dari segi undang2.
Boleh jelaskan, orang melayu macam maca yang awak kata " yang islam " dan yang macam mana pula pada awak punya fikiran " yang bukan islam ".
Harap lain kali kenalah berhati2 bila menulis.
" Orang Melayu adalah teras dan tunjang politik Malaysia, baik Melayu baiklah seluruh rakyat, lemahnya Melayu, lemahlah negara! "
Benar sekali kata awak tentang hal ini.
Sebab itu lah kami mahu orang melayu bersatu. Bersatu bukan bererti bubar Umno, bubar Pas dan bubar PKR. Kami mahu orang melayu bersatu macam mana bangsa lain bersatu. Bangsa cina sebagai contoh, ada yang MCA, ada yang DAP, ada yang Gerakan dan ada yang PKR. Tapi bila ada hal2 yang boleh menggugat kepentingan dan masa depan orang cina, mereka senada seirama.
Tapi orang melayu ni kami nampak lain sikit. Tak habis2 nak salah menyalahkan sesama mereka.
Yang menjadi penyumbang utama kepada fenomina ini adalah kerana melayu Umno anggap mereka adalah "insan berbangsa melayu yang beragama islam" sedangkan melayu Pas pula anggap mereka adalah "insan tidak berbangsa yang beragama islam".
Kami akui memang tak ramai mana pun melayu dalam Pas yang macam tu, tapi yang bahaya ni bila tekong besar dan tekong2 kecil dalam Pas ni tak mengaku dia orang melayu, maka tidak pelik kalau awak2 dalam bot itu pun macam tu juga, sebab kalau tak ikut kata tekong silap2 kena campak kedalam laut (neraka).
Zendra, untuk memberikan nama pemimpin yang ikhlas dan tidak ikhlas amat sukar kerana keikhlasan adalah terletak pada hati masing-masing. Namun saya yakin dan percaya ada pemimpin kita yang benar-benar ikhlas untuk membantu memajukan anak bangsa dan negara kerana sesungguhnya tanpa keikhlasan pemimpin-pemimpin ini, bangsa Melayu tidak akan maju dan negara tidak akan dikenali.
Petikan tulisan Ustaz RT ..
" Jika dahulu, tunggul kayupun kalau diletakkan sebagai calon mereka akan undi "
Saya tak nafikan benda tu memang berlaku. Itu waktu dulu dulu, waktu tak ada internet. Tapi sekarang dah lain.
Saya percaya ramai orang tak berparti, memang sekali pandang mereka pro Umno atau BN. Tapi kalau calon yang diketengahkan oleh Umno atau BN itu bukan selera atau berahi mereka, bukan mustahil mereka boleh swift kepada pihak yang selama ini mereka tak berapa sokong, mereka mungkin tak suka kepada pemimpin parti itu sahaja, tapi mereka tak ada masalah dengan calon yang bertanding ditempat mereka.
Ini adalah perubahan polar pengundi yang Umno kena bersedia untuk hadapi pada PRU 13 nanti.
Seruan kuno : Jika anda sokong PM Mr so and so, maka undi anda kepada Mr X adalah seolah2 anda mengundi untuk PM Mr so and so.
Dah tak laku lagi, orang dah cerdik, orang dah celik .. dan kerana itu jugalah berlaku tsunami pada PRU 12.
" Saya fikir kesejahteraan negara tidak akan tercapai sepenuhnya selagi kedudukan kaum Melayu dibidang ekonomi dan pelajaran tidak seimbang dengan kaum Cina. Pemimpin Melayu yang ikhlas boleh menolong mencapainya. Ikhlas dari segi tidak mementingkan undi teramat sangat sehingga sanggup mengenepikan hak dan kepentingan kaum Melayu " (Zendra)
Saudara Zendra.
Kita sendiri yang menentukan siapa yang nak kita letakkan harapan untuk menjaga kepentingan kita, dan bukannya kita nak dengar orang datang bagi tahu kita " ini lah dia orangnya yang akan menjaga kepentingan kamu "
PRK Galas
Nampaknya Umno lebih bersedia daripada Pas. Umno dah sebut nak letak Ku Li sebagai calon, walau pun Ku Li belum lagi bagi kata putus.
Saya baca dalam blog Pas sendiri. Mereka tak tetapkan lagi siapa nak jadi calon. Kalau baca dalam Utusan Malaysia tu boleh lah kita query kerana itu paper Umno punya.
Natijah : Baru setakat PRK dah tak tahu siapa yang nak diletak sebagai calon. Cuba anda bayangkan kalau mereka menang PRU 13 nanti, entah2 selepas 6 bulan menang pun masih tak jumpa lagi siapa yang paling sesuai nak jadi PM.
Kalau nak fikir, maka fikir lah dari sekarang. Kalau yang tak mahu fikir, haa kau ghedah (redah) saja bila laa.
Tokgaru...itu namanya strategi. Kalau umum awal, bimbang ada yang merajuk dan tidak memberikan sokongan, ataupun bimbang kalau umum awal-awal, pihak lawan akan cari kelemahan untuk didedahkan.
Macam UMNO, mereka berani cadangkan awal-awal kerana PAS memang tak berani nak merendah-rendahkan Ku Li, manakala orang UMNO sediripun tak kata apa-apa, kerana memang Ku Li adalah calon yang paling sesuai. Kalau Muhyidin tak cadangkan awal-awal nama Ku Li, nanti ada pulak yang lobi- melobi calon masing-masing.
"Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara sama berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh tidak akan bertanding pada PRK Galas nanti"
"Menurutnya, biarpun Ku Li seorang yang berpengaruh, namun beliau yakin pencalonan oleh Umno itu akan ditolak oleh Ku Li"
Ini saya copy and paste dari blog Pas. Tujuannya supaya anda yang membaca boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku.
Dari kenyataan Mustafa Ali itu nampak sangat Pas berharap supaya Ku Li tak menerima cadangan dari Umno. Nampak sangat Pas rasa gerun dan gentar bila nak berdepan dengan Ku Li.
Pas selalu duk heboh sana hebah sini. Rakyat sokong perjuangan dia, orang melayu sokong, orang bukan melayu pun sokong. So peduli apa Umno nak letak anak raja ker atau bapa raja ker sebagai calon. Apa nak takut rakyat di belakang Pas kerana rakyat dah faham perjuangan islam Pas. Yang tak mahu islam cuma ada dua tiga kerat saja yang dah sebati dalam Umno.
Sebagai orang yang boleh berfikir, anda fikir lah sendiri natijahnya.
Tokgaru, memilih calon dan bukannya memilih parti. Jika parti UMNO terutamanya meletak calon yang diterima oleh masyarakat setempat, tidak mustahil UMNO akan tewas. PRU 12 yang lalu banyak berlaku dimana calon-calon yang dipilih tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat tetapi ianya dipilih diperingkat pusat.
Pemilihan calon PRU 13 nanti hendaklah dijalankan dengan teliti jika UMNO masih nak menang dan bukannya meneruskan amalan sebagaimana biasa kerana terbukti kaedah yang digunakan selama ini telah gagal di dalam PRU 12 yang lalu. Kaedah pemilihan calon ini
seeloknya kena diputuskan daripada sekarang. Ini cadangan daripada seorang pengundi tidak berparti.
RALAT..... UMNO terutamanya meletak calon yang TIDAK diterima oleh masyarakat setempat, tidak mustahil UMNO akan tewas".
RALAT..... UMNO terutamanya meletak calon yang TIDAK diterima oleh masyarakat setempat, tidak mustahil UMNO akan tewas".
besar beban yg nak di galas di prk Galas nie..
menang akan menunjukkan trend sokongan rakyat terhadap mereka, kalah bakal menunjukkan sesuatu yg tidak kene wujud dlm calon/parti mereka..
jadi kita sama2 tunggu & lihat lah..
pada saya KuLI punyer implikasi tersendiri kpd UMNO, samada beliau menang apatah lagi kalau kalah..
sbnrnya sy sendiri muak juga bila dekat2 pilihanraya nie..x kira lah, PRU atau PRK..
mcm pDAP kata- terlampau dipolitikan. maksudnya setiap perkara yg boleh jadi isu akan di politikkan..cumanya, ia bertambah parah bila kedua2 pihak saling politik mempolitikkan..
nak tengok berita pun tunggu dekat2 hujung, time sukan pnyer bahagian..
nak buat mcm mana, dah budaya di malaysia mcm nie..bukan setakat politik, sambut raya pun kdg2 keterlaluan..bukannya semua, tp kalau tengok kdg2 byk rumah terbuka yg menyumbang pada pembaziran..
ni la tanda rakyat malaysia sdg makmur..sentosa..x la susah melarat sgt mcm dihebah sesetengah pihak..
tokgaru,
Saya tidak iri hati malahan gembira seperti Dr. Tee sekiranya seluruh orang Melayu dapat bersatupadu. Tetapi mungkin tercapaikah? Jawapan saya: tidak mungkin!
Saya juga tidak iri hati jika semua orang Melayu beragama Islam. Akan tetapi, mungkinkah semua orang Melayu beragama Islam? Jika anda jawap 'mungkin', itu adalah kerana definasi undang-undang negara berkata begitu, hakikatnya tidak!
tokgaru,
Soalan saya "Akan tetapi, mungkinkah semua orang Melayu beragama Islam?" boleh juga diubah sedikit dengan maksud yang sama:"Akan tetapi, tidak mungkinkah ada orang Melayu tidak beragama Islam?"
Anda tetap boleh jawap "tidak mungkin". Kenapa? Kerana definasi yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia berkata begitu.
Mengikut undang-undang Malaysia seseorang manusia yang mengaku dirinya atau dinamakan Melayu 'wajib' beragama Islam. Jika ia tidak mengaku sebagai Melayu, dengan sendirinya ia terkeluar dari Islam (menurut undang-undang Malaysia, bukan menurut undang-undang Islam).
Saya ada satu soalan teka-teki untuk tokgaru:
Jika seorang Cina lelaki mengahwini gadis Melayu dan melahirkan anak. Umumnya(berdasarkan perhatian saya) anak itu akan dianggap 'bumiputra' dan menikmati segala hak istimewa bumiputra seperti membeli dan memiliki tanah simpanan Melayu (mungkin kerana mewarisi dari ibu), membeli rumah dengan kadar diskaun, kuota masuk MRSM dan universiti kerajaan dan sebagainya.
Dengan kelebihan dan keistimewaan yang begitu banyak, sudah tentu anak Cina Islam itu sangat sudi menjadi 'Melayu' dan akan mengisi ruang ras dalam semua borang dengan perkataan "MELAYU". Sebagai 'Melayu' dia juga menikmati peluang yang lebih cerah berbanding dengan bumiputra lain yang bukan Melayu.
Satu hari, selepas anak Cina Islam itu dewasa, tiba-tiba ia 'insaf' atau 'terpaksa' mengaku dirinya sebagai keturunan Cina mengikut ras bapa (sudah tentu atas sesuatu sebab dan keadaan yang sangat mendesak), maka dia pun isytihar dirinya bukan Melayu tetapi Cina. Walaupun dia kembali menjadi Cina tetapi dia tetap menganut agama Islam.
Soalan saya:
1. Dia isytihar dirinya bukan Melayu, hilangkah identiti Islamnya?
2. Dia telah menikmati segala kemudahan dan keistimewaan hak bumiputra sejak kecil kerana statusnya sebagai 'Melayu'. Apakah hak istimewa ini akan ditarik dan berhenti dinikmatinya bila dia isytihar dirinya sebagai keturunan Cina?
3. Apakah orang Melayu akan memusuhi atau pandang serong terhadapnya kerana ia mengaku dirinya Cina walaupun cara hidupnya dan bahasanya lebih bersifat Melayu daripada Cina?
4. Jika dia seorang yang agak berjaya di bidang perniagaan, apakah dia masih boleh menganggotai Persatuan Peniaga Melayu?
Saya pernah terjumpa seorang manusia yang berdepan dengan soalan-soalan tersebut. Saya rasa ini bukan satu isu peribadi, sebaliknya ia hendaklah dianggap sebagai isu nasional kerana ia berkait rapat dengan dasar kerajaan, undang-undang dan hak seseorang rakyat.
Harap tokgaru boleh memberikan jawapan yang molek.
tokgaru,
Selamat pagi!
Saya telah menunggu semalaman tapi masih belum terima jawapan anda. Barangkali anda sibuk, atau anda masih garu-garu kepala mencari jawapan?
Rakan-rakan lain juga boleh tolong bagi jawapan.
Soalan saya adalah penting untuk dijawap jika anda merujuk kepada rencana Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam Harakah edisi 4 - 7 Okt 2010 berjudul 'ISLAM YANG MENGHEBATKAN MELAYU' (mukasurat F5).
Saya terasa orang Cina 'terhalang' daripada mendekati Islam di bawah dasar dan pemerintahan UMNO dan BN.
Sebaliknya kita lihat dada dan jiwa pemimpin PAS adalah begitu lapang kerana fahaman Islam yang mendalam.
Maka tidak hairanlah hari ini, ramai Cina dan India termasuk ahli-ahli DAP dan PKR begitu tertarik kepada idealogi dan perjuangan PAS.
Saya jarang membeli akhbar Harakah. Semalam saya terbaca satu rencana dalam MALAYSIKINI (B.Cina) yang ditulis oleh seorang Tan (http://anti-generationism.blogspot.com) yang mempuji-puji parti PAS sambil menggalakkan pembaca membaca sendiri akhbar Harakah untuk mengenal fikrah dan perjuangan PAS yang sebenar.
Atas dorongan Tan, saya pun membeli Harakah dan terjumpa rencana Tok Guru Nik Aziz tersebut di atas.
Kpd Penyokong DAP
Ini adalah yang saya faham. Saya tak tahu apa pula orang lain faham.
Bangsa yang diwarisi seseorang sama sekali tak boleh ditukar, dia nak istihar apa sekali dia tetap bangsa itu sampai dia mati.
Contoh : Saya ni melayu, katakan saya jatuh cinta yang amat sangat dengan seorang wanita cina sehingga saya sanggup jadi murtad demi cinta (sebab wanita itu tak mahu menukar agamanya). Lalu saya mengahwini wanita itu, hidup bahagian beranak pinak, hidup cara orang cina sepenuhnya. Namun saya tetap bangsa melayu, dan saya tak akan jadi cina walau pun saya guna nama cina, yang bertukar hanyalah kepercayaan (agama) saja, kalau dulu saya islam tapi selepas kahwin dengan wanita cina itu saya ikut agama dia.
Dalam konteks undang2 memang saya hilang keistimewaan sebagai seorang melayu. Jika saya silap tolong betulkan kerana tak malu saya nak mengaku saya tak pernah baca buku Federal Constitution.
Maknanya kalau ada orang yang istihar " aku nak keluar dari bangsa melayu atau aku nak keluar dari bangsa cina atau aku nak keluar dari bangsa india " maka kita nasihatkan orang itu pi lah jumpa pakar jiwa.
Tapi kalau dia istihar " aku nak keluar dari islam atau aku nak keluar dari buddhist atau aku nak keluar dari hindu " itu biasa lah sebab benda tu memang boleh dibuat.
Saudara Ridhuan Tee, dia tetap seorang cina macam anda (saya kira anda juga orang cina), yang berbeda agama anda berdua.
Berkenaan, anak dari cina kahwin melayu tadi, dia boleh lah istihar nak keluar melayu tapi kalau undang2 dah defined dia sebagai melayu maka hak dia sebagai melayu tetap ada. Melainkan dia declare keluar islam.
Very interesting topic. Jika ada yang celek Federal Constitution, please contribute your view to share with others.
"Jika parti UMNO terutamanya tidak meletak calon yang diterima oleh masyarakat setempat, tidak mustahil UMNO akan tewas" (Putra Rahman)
Setuju dengan anda. Cuma perkataan "tidak mustahil Umno akan tewas" tak berapa keras bunyinya. Saya selesa guna perkataan "sure Umno akan Tewas".
Kita yang tak berparti dan mereka2 yang berparti tapi bukan jenis karat hijau, banyak yang saya kutip pandangan dalam sembang2 di kedai kopi dah ramai yang sedar dan berpendirian "kali ini kami akan tengok pada calon dan bukan pada parti lagi". Itu lah naluri mereka sebagai persediaan untuk PRU yang akan datang.
Kepada Umno, kita nak ingatkan, jangan ambil mudah tentang bab ini.
Kebelakangan ini, Menteri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin, sedang diperhatikan oleh orang melayu. Mereka banyak menikam perjuangan melayu, mereka melawan arus perjuangan melayu. Pada waktu ini NGO Melayu yang berani bersuara lantang adalah PERKASA. Itu memang diakui oleh setiap orang melayu. Nak harapkan Umno, Umno takut hilang pengundi .. so PERKASA lah yang relevan.
Dan kalau dua orang ini Umno masih juga kekal calon pada PRU akan datang maka "Umno sure bungkus" bagi kawasan dimana mereka berdua ini bertanding. Kita tak rasa ralat nak bagi undi sama ada kepada Pas atau PKR.
Ada ura2 nak daftar PERKASA sebagai parti politik.
Saudara Ibrahim Ali. Anda diterima oleh kebanyakan orang melayu kerana anda non partisan. Dalam parlimen anda hentam BN anda hentam juga PR. Kami tabik kepada anda.
Kami sokong perjuangan PERKASA selagi PERKASA tidak jadi sebuah parti politik. Tapi kalau PERKASA dah jadi parti politik maka kami kena lihat balik sokongan kami kepada PERKASA.
Ini adalah kerana kami yang tak berparti ini, Umno tidak Pas pun bukan.
Hikmah Jika Ku Li Jadi Calon Di Galas
Saya tak nak bicara hikmah dari sudut politik. Saya tidak kena untuk mengatakan kalau Ku Li jadi calon, itu advantage kepada Umno. Biar lah orang2 Galas sendiri yang menentukan.
Apa yang nak saya utarakan adalah, hikmah kepada Pas jika Ku Li jadi dicalonkan.
Ku Li tu anak raja, orang Umno hormat raja, orang Pas pun sama.
Hikmahnya : Maka akan berkurangan lah dosa tukang2 kempen Pas (yang kebanyakannya terdiri daripada orang2 celek islam yang bergelar ustaz).
1. Atas sifatnya sebagai anak raja, maka tak kan ada tukang kempen yang berani memaki, mencerca, menghina dan memfitnah peribadi Ku Li. Kalau orang biasa yang jadi calon, sure akan jadi sasaran maki hamun, cerca, hina dan fitnah para tukang kempen akan hal2 peribadinya. Maka mendapatlah akan dosa mengumpat keatas tukang2 kempen Pas itu.
2. Atas jasa Ku Li yang pernah berbudi kepada Pas dalam isu royalti minyak, maka tidak tergamaklah Pas hendak berdepan dengan cara yang tak bermoral melawan Ku Li sebagai insan yang pernah cuba membantu Pas.
Maka hasilnya dijangka akan berlaku lah satu pertandingan yang sehat yang berkisar kepada isu2 siapa yang hebat dalam memajukan rakyat. Mudah2an ....
kalau umno nk kn islam,dh lama dia buat...bagi umno yg penting ialah kuasa...ada kuasa,leh kayakan kroni2...itu la perjuangn umnoo..hancus..masih lagi nk bagi umno peluang ker???,sedarlah dh 50 thn bg peluang apa yg dia dia buat utk org Melayu di kelantan??
klu betul2 nk tolong org Melayu,kenapa xnk tlg org kelantan yg 95% org melayu -islam??kenapa nak penaya org kelantan???kenapa???diorg tue org bukan melayu ker??royalti minyak tu hak org kelantan...kenapa nak penaya org melayu???bg umno,yg penting kepentingan kroni2 tertentu jer...kepentingan islam atau melayu bukan agenda..maafla DR RT,sy rasa dr RT dah tahu umno nie mcm mana kan,saya yakin yg dr RT mesti tahu yg sampai kiamat pun umno xkn nk perjuang org melayu@islam pun...saya rasa sumer rakyat malysia setuju yg umno memang korup,dh jelas lagi bersuluh..ada yang tak setuju ke??
Salam utk semua..
Saya percaya P/K Galas ini akan memberi hikmat dan memulihkan integriti politik Ku Li yg telah dicomotkan oleh media masa kerajaan.
Masihkah kita semua ingat, semasa Ku Li menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden Umno tahun lepas ... Ku Li hanya menerima pencalonan Umno Gua Musang sahaja. Ingin saya katakan semua media masa pro kerajaan memberi imej yg lesu kpd Ku Li. Beliau diibaratkan ahli politik lapuk dan tidak sesuai menjadi Presiden Umno.
Pemimpin Umno yg sebelum ini memperlekeh Kuli tiba2 memuji-muji ketokohan Ku Li. Kpd pemimpin2 ini ingat rakyat masih ingat apa anda semua umpat, hina dan melebel ku li sebagai pengacau kerana cuba menawarkan utk jawatan presiden parti.
Satu peringatan saya kpd semua..Jika Kuli berjaya menawan semula Dun Galas dari Pas hasil drp usaha dan strategi politiknya itu, apakah pemimpin2 ini akan terus memberi komen yg positif jika Kuli sekali lagi menawarkan diri untuk jawatan presiden Umno selepas ini?
Jika tidak. Nyatalah Kuli hanya alat untuk menyelamatkan Umno yg sedang sakit tenat dan cuba memulihkan imejnya yg semakin dibenci oleh rakyat kelantan.
Kpd Kuli saya yakin beliau tahu mereka yg memuji ketokohan beliau sekarang ini hanya pak turut yg akan menyanyi ikut lagu irama TPM Muhyidin..(ada udang sebalik batu beb..)
"kalau umno nk kn islam,dh lama dia buat...bagi umno yg penting ialah kuasa...ada kuasa,leh kayakan kroni2...itu la perjuangn" (Zon Hijau)
Tak apalah awak nak kata Umno tak nak islam. Saya tak bantah. Itu hak awak untuk berkata2.
Pas yang nak kan islam. Apa benda yang Pas nak buat tentang islam bagi pelik sikit daripada apa yang Umno duk buat ?
Buat lah bila dah dapat kuasa nanti, buat dan jangan tak buat.
Cuma yang saya pelik tentang lesen judi,lesen arak,lesen pelacuran. Betul lesen tu semua kerajaan pusat yang keluarkan. Tapi premis dimana aktiviti tak bermoral itu beroperasi ada dalam kawalan kerjaan negeri masing2.
Mudah cakap macam ni saja lah, kalau kerajaan negeri tak bagi lesen premis, walau pun mereka ada lesen dari federal aktiviti tak bermoral itu tak dapat dijalankan juga kerana tak ada premis.
Adakah Pas yang sudah ada kuasa di kelantan dan kedah dah buat benda yang mudah ini ? Yang ini lah rakyat macam kami ni duk tertunggu2.
Cerita hudud ni terlalu kompleks bagi kami, kalau benda sempoi macam tu pun tak leh nak settle, susah sikit lah nak meyakinkan orang2 tak berparti macam kami ni.
"klu betul2 nk tolong org Melayu,kenapa xnk tlg org kelantan yg 95% org melayu -islam??kenapa nak penaya org kelantan???kenapa???diorg tue org bukan melayu ker??"
Pada pendapat saya bukan UMNO taknak tolong, tetapi orang melayu Kelantan yang tidak mahu pertolongan dari UMNO. Buktinya mereka tidak memilih kerajaan UMNO untuk memerintah mereka.
Pelik bunyinya kalau kita sokong dan pilih orang lain tetapi mengharapkan orang lain yang akan tolong kita. Jadi orang yang kita pilih tu buat apa? Kenapa kita tidak susahkan mereka dan minta pertolongan dari mereka? Adakah disebabkan mereka tidak ada daya nak menolong kerana tidak ada sumber. Dah tahu tidak ada daya dan sumber nak tolong orang, kenapa masih menawar diri nak jadi ketua. Negara jadi kucar kacir sebab ada mereka yang tahu tidak ada daya untuk menjadi ketua tetapi masih menawar diri menjadi ketua. Lepas tu, bila dah jadi ketua, lepas tangan pulak, dan harapkan orang lain beri pertolongan. Bila orang tidak mahu menolong, pandai pula menyalahkan orang lain, kelemahan sendiri tidak pernah mahu mengaku.
sbb tu la org melayu x boleh maju..
asal nampak org senang atau kaya sikit, dituduhnya kroni..
org mcm nie lebih senang hati lihat bangsa mereka miskin daripada lihat ada yg kaya..
sakit hati agaknya..padahal sendiri cuma tau makan gaji..bila org lain berniaga dan kemudian berjaya, dituduh org tu kroni..
jgn lupa menantu nik aziz pun pangkat bukan main besar kat pmbk dulu..kroni ke makaroni tu?
patutnya tolong buktikan yg UMNO tak korup kepada semua pembaca di sini bukannya memberikan jawapan dengan memburukkan pihak yang lain semata2 nak tutup keburukan umno itu sendiri..
yang saya bangkitkan dan semua anda tentu setuju ialah UMNO banyak yang korup..setuju bukan???(saya yakin tentu ramai yg setuju kalau dijawab secara jujur)itu jer..tak perlu libatkan pihak2 lain...
selepas anda semua bersetuju pada pernyataan ini,barula kita boleh fikirkan tindakan selanjutnya...
zon hijau
orang Pas duk kata Umno korup. tak apa lah.
kita nak tunggu bila Pas dah dapat jadi PM nanti, dah ada lesen besar pada masa tu. kita takut bila dah ada kuasa, bukan setakat korup, siap dengan panau dan kudis buta sekali.
mengata dekat orang jangan berlebih sangat, takut nanti tuhan balik kan kepada kita pula.
x perlu sy jwb yes or no ..
bc statement sy dah tau setuju atau tidak..
sy x libatkan pihak lain..
cuma tunjuk mcm mn cara saudara berfikir, tu aje..
stil susah nk ngaku yg umno korup??still memperkatakan subjek lain wlpn subjeknya adalah umno bkn pihak2 laen....tlg ar jujur,smpi bila nk defense kekorupan umno tu???50 tahun dah...dari tadi duk cerita pasal org lain...susah sangat ke nak setuju yg umno korup??
nak menang pun jgn la smpi mcm tu sekali..
tunjukkan kelebihan yg boleh sendiri bagi, bukan burukkan lawan..
sbb tu x menang2..
Saudara putrarahman
'Pada pendapat saya bukan UMNO taknak tolong, tetapi orang melayu Kelantan yang tidak mahu pertolongan dari UMNO. Buktinya mereka tidak memilih kerajaan UMNO untuk memerintah mereka.'
Pendapat anda, saya dapati lebih jijik dari kenyataan Negara Amerika terhadap kerajaan baru Palestin iaitu Hamas. Melalui press conference whitehouse mengeluarkan kenyataan tidak ada lagi bantuan kewangan kepada palestin kerana parti fatah pilihan Amerika tewas kpd Hamas dalam p/raya pilihanraya Palestin.
Sebagaimana yg diketahui umum Hamas dapat memerintah Palestin menerusi P/raya yg sah begitu juga cara Pas menawan Kelantan..melalui p/raya yg sah.
Mengapa saya katakan kenyataan anda lebih busuk dari kenyataan whitehouse terhadap Palestin?
Sebabnya Amerika tak ambil hasil bumi palestin tetapi kerajaan Umno sokongan anda menyamun hasil bumi kelantan..minyak disedut tapi hasil tak dihulur.
Seperkara lagi rakyat kelantan tak bayar cukai ke menyebabkan mereka di layan sebegitu rupa. Apa yg aku tau apabila kita membeli barangan dan perkhidmatan kita sebenarnya membayar cukai kepada kerajaan. Sebagai contoh bila anda membeli kereta,barangan eletrik dan lain2,.
Bila rakyat Kelantan membeli barangan secara tak langsung mereka membayar cukai dan mereka semestinya berhak menuntut hak mereka dari kerajaan pusat.
Cukai itu semestinya dipungut oleh kerajan pusat.
Kerajaan mengenakan cukai keatas pengilang dan pengilang melepaskan cukai itu kpd pembeli.
Apabila cukai dipungut tetapi pembangunan dinafikan, pemerintahan sebegini apa yg patut digelar.
Saya pernah tinggal di Amerika semasa pemerintahan demokerat. Presiden Clinton tidak pernah mengeluarkan kenyataan yg menafikan state yang dikuasai oleh Republikan. Sebagai contoh jika lebuhraya akan diadakan, ianya melangkaui state pembangkang(Republikan).
Tetapi di Malaysia lebuhraya pantai timur hanya sampai setakat Terengganu sebab kelantan di perintah pembangkang(Samy Vellu kata LPT akan dilanjutkan ke Kelantan selepas Kelantan kembali kpd BN).
Pun begitu masih ramai lagi melayu yg ingin dirinya diperbodoh oleh pemimpin Umno..
Nampak gayanya pemerintah kafir (Clinton) lebih berpekerti mulia dari Melayu Umno.
zon hijau.
umno tak korup. yang korup (kalau betul la) adalah pemimpin. jangan lah kerana marahkan nyamuk kita bakar kelambu pula.
senang cakap, ambil ridsect sembur masuk dalam kelambu tu, mati lah nyamuk2 tu.
macam tu juga dengan politik, mana2 pemimpin yang kita rasa tak boleh nak bela kita, yang tau nak jaga tembolok dia saja, kalau dia masih dicalonkan oleh parti dia, kita jangan pangkah, kita pangkah calon parti lawan walau pun kita ni sebenarnya tak berapa berkenaan kepada pemimpin2 besar parti itu.
mana2 pemimpin yang baik dan mesra rakyat dari parti tadi, jika dia masuk bertanding, kita pakat pangkah supaya dia dapat terus berkhidmat kepada kita.
saya sebenarnya tak benci dengan parti, parti tak bernyawa, tak ada nafsu, dan tak berkuasa pun. yang jahat dan nakal adalah para pemimpin parti.
saya rasa kalau kita pakat ngundi cara macam ni, sure semua parti akan fikir berkali2 sebelum nak pilih seseorang itu jadi calon. umno akan berhati2, pas juga serupa, pkr pun sama. so hasilnya kita akan dapat gandingan wakil2 rakyat melayu yang benar2 mesra rakyat dan bersedia berjuang untuk melayu dan islam. tak kira lah dia itu umno ker, pas ker atau pkr sekali pun.
kita tak hendak, baru setahun saja jadi wakil rakyat, tau2 naik rumah banglo macam istana lagi, keta dua tiga biji, bini pun dua tiga biji juga. kita bukan tak tau berapa ribu lah elaun jadi wakil rakyat tu.
sedangkan orang macam saya ni, niaga dapat hampir2 5 angka sebulan, tapi nak buat rumah banglo pun tak mampu, masih duduk di rumah teres, keta pun setakat untuk bini sebiji dan untuk guna sendiri sebiji. takat itu saja yang saya mampu.
kalau lah dapat jadi wakil rakyat mungkin nasib saya tak begini. silapnya saya kerana waktu muda dulu kawan ajak aktif dalam politik, saya tak minat, dah umur asar begini baru timbul kesedaran, udah terlambat.
"kita nak tunggu bila Pas dah dapat jadi PM nanti".
Kalau dalam keadaan sekarang ni dimana PAS berkawan dengan DAP dan PKR, adalah lebih baik tak berlaku. Saya bukan bimbang apa, tetapi bimbang PM daripada PAS tidak ada kebolehan untuk memerintah dan sudah tentu mengharapkan rakan-rakan dari DAP dan PKR untuk membantu. Jadilah seperti di Perak.
"kita nak tunggu bila Pas dah dapat jadi PM nanti".
Kalau dalam keadaan sekarang ni dimana PAS berkawan dengan DAP dan PKR, adalah lebih baik tak berlaku. Saya bukan bimbang apa, tetapi bimbang PM daripada PAS tidak ada kebolehan untuk memerintah dan sudah tentu mengharapkan rakan-rakan dari DAP dan PKR untuk membantu. Jadilah seperti di Perak.
Jika Pas memerintah mungkin Pas dipergaruhi dan mungkin tidak dipengaruhi oleh PKR dan DAP.
Tetapi Umno memang dah sah dipengaruhi oleh MCA, Gerakan dan MIC. Contoh anda boleh tengok dengan mata kepala anda sendiri..bantuan kpd sekolah cina, pemilikan ekuiti saham tidak perlu diperuntukkna 30% kpd melayu, kemasukan ke IPTA tidak perlu ikut kuata(meritokrasi), bahasa mandarin disekolah cina akan dijadikan bahasa perantaraan.
Anak2 cina yg mengelak dari menghadiri PLKN tidak diambil tindakkan. Pemimpin 2 MCA boleh mempersoalkan hak melayu secara terbuka...aah tak tertulis aku.
walaupun dah nampak didepan mata, ..pas juga yg dikatakan menjadi tunggang Dap bukan UMno menjadi tunggangan MCA dan Gerakan
Lucu betul manusia hari ini..
saya x faham kenapa masih x nk lg ngaku umno korup..duk main pusing2 bukan umno yg korup tp pemimpin..siap dalam kurungan lagi katanya"kalau betul la"...
xkan masih x jelas lg kot dh 50 tahun diorg memerintah..saya rasa sumer rakyat malaysia setuju dgn pernyataan tue..xyah nk pusing2.. umno la,pemimpin la..mende ni jelas la bro!!!
sumer rakyat malaysia sepakat dgn mende nie...
nape anda mcm x nmpk jer perkara nie ek???saya x faham la..
saya rasa klu buat poll,adakah umno korup???yakinla 100% org yg kenal umno,tahu perangai2 org umno sokong pernyataan nie...
penglibatan org umno dlm arak..dalam judi,kasino...
rasuah...projek2 yg negeri umno memerintah yg dpt kt kroni2..ini sumer kekorupan org umno..
eh,xkn x pernah tahu kot..skg kn internet bagai...
bc utusan n BH memg xkn tahu la...
yakin sgt la dr RT pun tahu mende2 nie...ust jamil khir pun sy yakin dia tahu....
jadi,marila kita SEPAKAT utk menyatakan yg umno memang korup...
harap2 inila titik perpaduan kita semua
Salam Dr,
Zon hijau - saya setuju ! Saya setuju ! Pemimpin Umno ramai yang korup !
OK, nak bincang apa pula lepas ni ?
Bukankah kepalang yang terbaik pas tinggalkan pr dan join BN. Kita akan hormat pas dan akan sanjung pas untuk memerintah dengan ideologi keagamaannya(Islam yang sebenar la). Kerana mereka adalah Islam. Line clear. Berlandaskan BN. Memang mujarab. Memang kuat. Kalau bersendirian dengan pr maaf lah belum tentu pas akan timbul. 10 tahun lagi belum tentu. Percayalah pada statistik (kickdefella), noktah. Tapi maaf dan ribuan maaf kerana pas terlampau ego, mementingkan diri. Lihat apa sudah jadi pada Perak suatu ketika dulu??????? Pas jadi boneka kepartian lain. Setuju atau tidak tepuk dada tanyalah sesiapa.
Zon Hijau, kenyataan tuan keterlaluan sangat. Kalau UMNO ni parti korup, ko ingat negara buleh Maju ke? Tuan dan anak beranak tuan buleh bersenang lenang macam sekarang ni ke? Kalau UMNO tak main peranan dengan berkesan memerintah negara, jangan harap nak berblog-blog macam ni. TV pun masih hitam putih lagi kot. Nak harap pemimpin PAS, tak boleh harap. Akhir-akhir ni sahaja pemimpin mereka nampak ok skit.
Apa yang korupnyer. Mungkin BM aku lemah, apa maksud korup tu wahai Zon Hijau yang budiman.
Tak ade ke pemimpin2 melayu yang bersifat dan bijak seperti Nabi Muhammad s.a.w, Khalifah2 al-rashidin, Umar bin Abdul Aziz atau Salahuddin Al-Ayubi?
Jika ade, umat melayu akan bersatu semula dalam islam yang 100%(seluruhnye)dan menjadi umat yg kuat.
Pemimpin melayu skrg dan dahulu sejak merdeka cuma pandai mengatakan dengan bergayanye yang islam 100% adalah mustahil dilaksanakan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum dan budaya. Belum ape2 lagi dah surrender. Macam tak ade keyakinan jek yang islam sesuai dengan fitrah manusia dan islam mempunyai kemampuan untuk satukan pelbagai kaum di Malaysia. lemah betul... Patutlah diberi peluang memerintah 50 tahun pun kedudukan ekonomi orang melayu masih kurang 30%, ntah ape diorang buat..masalah sosial/agama org melayu dah parah. Bukan melayu tak payah susah2 nak menguasai 100% negara sebab dalam 1 atau 2 generasi lagi jika masalah sosial/agama org melayu tidak diatasi dari terus merebak, kaum melayu akan menjadi lemah dan terhapus dengan sendirinya.
Macam mane boleh dikatakan impossible laksanakan islam 100% sedangkan Umat islam dahulu memerintah kawasan yang berganda-ganda luas daripada Malaysia dengan kepelbagaian kaum,budaya, bahasa,agama yang lebih banyak tapi pemerintah2 islam ketika itu boleh laksanakan kewajipan mereka.
sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
yang menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi walaupun pihak kerajaan dan pembangkang mempersendakan usahanya itu.
Walaubagaimanapun dah dijanjikan islam akan tegak (100%)dan kuat semula di bawah pemimpin yang memiliki sifat2 nabi s.a.w.
Jika agama2 lain juga membawa kebaikan seperti agama islam tak payahlah Allah turunkan islam dan menyeksa penganut2 agama selain islam dengan azab kekal neraka di akhirat kelak.
“ Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahawasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku.” (Al-Anbiya’ : 25).
“ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).
kita harus realistik..
malaysia tidak seperti iran yg majority umatnya beragama islam..
bila majority islam tu kesannya bukan setakat pada penyatuan akidah mereka, tapi juga dr segi2 lain spt ekonomi, sosial..
mksudya bila dah major muslim, lebih senang nak gubal undang2 yg sama..
di malaysia kepelbagaian etnik, kaum dan agama memerlukan kita lebih tolerant.
boleh ke kita haramkan kemasukan artis barat utk konsert di sini kalau kaum dan agama lain tidak melarang penganut mereka menikmatinya?
Bukan kita tak percaya dengan Pas dan PKR. Kita cuma tak yakin, Pas dan PKR ni boleh buat macam mana yang Umno dah buat selama dia pegang tampuk kuasa.
Isu rasuah. Isu ikut atau tunduk kepada rakan komponen. Itu adalah sesuatu yang pasti akan terus berlaku walau pun Umno turun dari takhta kuasa.
Rasuah kerana memiliki kuasa. Kalau belum memiliki kuasa siapa nak hulor dekat Pas. Kalau hulor pun atas nama derma saja lah sebab yang hulor pun tahu dia tak boleh dapat apa2 habuan. Tapi kalau Pas dah ada kuasa yang nak hulor tu akan bagi lebih banyak lagi sebab dia pun tahu Pas boleh tolong kasi habuan yang dia harapkan.
Zon Hijau. Janganlah nak mendabik dada kata Pas bersih dari rasuah. PKR juga bersih dari rasuah, Anwar masa duduk dalam Umno dulu macam manam, tak kan tak ada yang hulor kepada dia, dia TPM masa tu, powerrr beb.
Pas belum dapat kuasa lagi, bila dah dapat kuasa nanti takut tak tertahan menerima ujian tuhan, iman dan taqwa bisa jadi tak stabil kerana duit dan pompuan beb.
Isu ikut dan tunduk kepada rakan komponen. Pas apa kurangnya. Banyak yang DAP buat menyinggung hati dan perasaan umat islam dan bangsa melayu, ada Pas berani tegur DAP, yang ada ialah ulama Pas keluar fatwa "hukumnya harus".
Yang maha pelik ialah apa saja yang Umno buat tidak ada yang tidak haram melainkan semuanya haram belaka.
Nak tanya Zon Hijau.
1. Bagaimana dengan mesjid dan surau yang dibina masa Umno berkuasa, haram tak hukumnya, kalau haram aku pun tak teringin nak solat di mesjid dan surau yang sedia ada, lepas ni aku nak pi cari mesjid dan surau yang Pas buat pula.
2. Bagaimana dengan jalan raya dan lebohraya yang dibina masa Umno berkuasa. Halal tak untuk digunakan. Kalau hukumnya haram digunakan, aku pun boleh mati loo sebab tak boleh nak bergerak kemana2 dah. Aku tau kerajaan pimpinan Umno buat jalan raya dan lebohraya tu pakai duit cukai dari perlesenan judi, arak dan maksiat. Apa orang Pas tak guna ka jalan raya dan lebohraya yang aku sebut tadi.
Zon Hijau. Kalau kau nak hentam Umno pun biar lah masuk akal. Kalau akal aku boleh terima, aku setuju dengan kau. Tapi kalau style kau kutuk Umno setakat la ni, aku nampak kau lebih banyak berada di alam fantasi yang membayangkan para pemimpin Pas tu seolah2 malaikat yang tak ada nafsu, tak makan dan tak minum.
Sorry beb. Manusia tetap manusia. Manusia boleh bertahan jika di serang dengan senjata canggih. Tapi apakah dia dapat bertahan selama2nya jika diserang dengan wang dan pompuan secara bertubi2.
Apa kata kalau pemimpin-pemimpin PAS pakat-pakat "mengislamkan" UMNO. Caranya dengan bubarkan PAS dan ramai-ramai masuk UMNO dan bertanding jawatan di dalam UMNO termasuk jawatan Presiden. Saya percaya jika TGHHA masuk UMNO, beliau masih ada peluang untuk menjadi pengerusi UMNO Terengganu.
Minta maaf kepada semua kerana mengimpikan sesuatu yang mustahil. Namun inilah yang diharapkan oleh rakyat Melayu sekarang ini, dimana pemimpin duduk di dalam satu parti.
Salam Dr RT,
kalau tak keberatan, sila dr dan tuan2 berkunjung keblog saya baca -
http://dinturtle.blogspot.com/2010/10/melayu-galas-jadikan-undi-anda-paling_9350.html
ada 4 bahagian semuanya. Macamana Melayu ?
wahai putrarahman,
Ada dua perkara yang nak saya cakapkan disini.
Pertama mengenai ada orang yang merasa dirinya betul semua dan orang lain semuanya tak betul.
Siapa mereka ini? tak lain dan tak bukan ialah orang umno.cakap pun tak serupa bikin.
Mengapa saya cap orang Umno? mereka berkata, orang lain tak layak memerintah negara ini dan dia saja yang layak.
Kedua, mengapa kita berpecah sesama Islam? tidak lain dan tidak bukan adanya orang Melayu menjadi tali barut penjajah.
Bukan setakat menjadi talibarut penjajah, malahan sehingga hari ini semua menteri kerajaan menghantar hasil negara kepada penjajah.
Kalau dahulu penjajah angkut hasil negara, tapi hari menteri menteri hantar wang yang mereka kumpul kepada penjajah.
Selepas merdeka, orang umno halalkan judi. Lebih parah lagi orang Umno tak kasih pada orang yang tidak menyokong partinya.
Tiada kasih sayang antara orang Umno dengan orang yang menyokong parti selain daripada Umno.
Bukan setakat tiada kasih sayang antara mereka malahan orang Umno tergamak melakukan kezaliman, termasuk tidak memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik yang tidak sokong umno.
Yang paling zalim sekali menarik balik royalti minyak 5 peratus yang diberi kepada negeri Terengganu apabila Terengganu diperintah oleh PAS.
inilah punca orang melayu/Islam berpecah dan tak mustahil akan berpadu balik jika berlandaskan Islam yang syumul.
Kita kena ingat percahan Orang China lebih buruk dan busuk berbanding dengan orang Melayu, tetapi perpecahannya menjadi rahmat dan jalan mudah untuk memerintah negara Malaysia ini.
China Malaysia ada MCA, ada Gerakan, ada DAP dan ada parti china yang baru ditubuhkan sebagai strategi serampang sepuluh mata disamping 900 NGO yang menjurus hala tuju untuk merampas negara ini dari tangan orang Melayu.
Salam utk putrarahman..
Semasa Pas mula2 mengambil alih pemerintahan kelantan 1990, Umno mengatakan kerajaan Pas hanya boleh bertahan satu penggal sahaja sebab tak mampu nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Dengan kata lain kerajaan kelantan PAS akan muflis...apakan nak majukan negeri, nak bayar gaji kakitangan pun tak mampu..itu fitnah yg dijaja oleh pemimpin Umno.
Tapi selepas 20 tahun memerintah kelantan kerajaan Pas masih lagi bertahan bahkan bertambah kukuh.
Pembangunan dan kegiatan ekonomi berjalan seperti biasa walaupun dengan sumber kewangan yg terhad.
Jadi pandangan yg cuba ditanam dalam kepala rakyat malaysia yg Umno saja yg tau memerintah negara ni memang tak leh pakai.. pun gitu ada juga yg termakan.
Berbalik kpd royalti minyak di Terengganu, selepas berjaya menawan Terengganu dari UMNO/BN, royalti minyak dengan segera dipotong dan diganti dengan wang Ehsan(satu agenda jahat Umno utk memiskinkan kerajaan baru negeri Terengganu).
Tahukah anda mengikut laporan audit yg dibangkitkan oleh Yb. Saifudin Nasution dalam perlimen kemanakah wang royalti itu di salurkan..
Jawapannya sebahagian wang itu diberi utk pergerakan Puteri Umno Kedah dan sebahagian lagi untuk ubah suai rumah menteri besar N. sembilan. Tidakkah ini namanya khianat..disebabkan ini adalah laporan audit maka ianya tak di bantah oleh MP umno/BN
Disitu boleh nampak mana satu pemimpin suci dan pemimpin khianat
salam...
Kepada dinturtle
Saya masuk blog awak. Saya tak setuju dengan cadangan awak minta pengundi pangkah XX. Undi tu tak dikira ... kira rosak la tu .. lebih baik jangan keluar mengundi, duduk rumah laaagi baik.
Kalau nak protes dengan Najib itu bukan caranya.
Pada saya kalau tak setuju dengan Umno, undi saja Pas. Begitu juga kalau tak setuju dengan Pas, undi saja Umno.
Kita jadikan Galas ini sebagai platform untuk menilai, siapa sebenarnya yang lebih disenangi oleh melayu. Kita nak lihat adakah perkembangan2 yang berlaku selepas tsunami politik 2008 berjaya mengaruhi persepsi melayu kepada Umno mahu pun Pas. Saya lebih cenderong untuk mengetahui benda2 yang semacam ni.
Sebab tu saya mengalu2kan jika akan ada lagi 2 atau 3 PRK sebelum datangnya PRU 13. Kita nak baca gerak politik orang melayu melalui keputusan PRK.
Becakap pasal Galas. Orang melayu mungkin tak dapat apa2. Umno tak kan pulun untuk orang melayu.
Umno dah boleh baca dah sapa yang orang melayu nak sokong. Macam biasa lah tak akan ada orang melayu Pas yang nak pi bagi undi dekat Umno, begitu juga lah tak akan ada orang melayu Umno yang nak pi pangkah calon Pas. Depa punya mind set dah macam tu.
Yang sukar nak dibaca ni adalah pengundi bukan melayu (cina) di Galas. Depa minoriti. Tapi, depa ni lah yang akan menentukan Pas menang atau Umno menang.
Kita semua tahu, apa yang Pas boleh bagi kepada depa (cina Galas) selain daripada janji masuk syurga atas rekomendasi Tok Guru Nik Aziz, jika mereka undi kepada Pas. Nak bagi duit ringgit, Pas tak berduit. Nak bagi peruntukan bermillion2, Pas nak ambil dari mana kalau kerjaan pusat tak bagi.
Jadi PRK Galas ni sebenarnya rahmat kepada pengundi cina, rezeki depa akan turun dari langit mencurah2, Umno akan bagi apa saja yang depa minta, kerana Umno nak depa bagi undi kepada Umno, kerana Umno nak menang.
Kesimpulan saya adalah : PRK Galas, melayu pi mai pi mai duk tang tu juga, yang untung orang cina di Galas.
Kalau boleh tolong respon tentang kesimpulan saya ini.
melainkan mereka x belajar dr PRK yg lepas2, mereka (BN) x akan ulang benda yg sama..
janji dn bg mcm2..tp last2 kalah jugak..
dpt peruntukan sekolah srjkc tp x undi BN pun..
"PAS sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya"
Tak ada apa yang pelik pun dengan berita ini. Siapa saja boleh jadi calon Pas, asalkan dia jangan mengaku kata dia seorang melayu dah la.
Kalau yang nak jadi calon bila Nik Aziz tanya,"mu bangsa gapo?", jangan sekali2 jawab "ambo oghe melayu".
Nik Aziz tak suka dengar perkataan "melayu", so kena jawab "ambo isle". Tapi la ni nak jadi calon Pas tak islam pun tak apa dah sebab Pas nak buka juga kepada bangsa2 lain, tapi tidak sama sekali untuk yang mengaku bangsa melayu.
Fikir punya fikir.
Pas tak terima Umno kerana Umno berjuang untuk melayu.
PAS maknanya Parti Islam Semalaysia. Ada islam dalam Pas. Setuju. Betul .. betul.
UMNO maknanya United Malay National Organization. Mana ada islam dalam Umno ? Saya setuju. Memang betul. Suuungguuuuh ....!!
Ha sekarang baru saya nampak, memang betul dalam Umno tak ada islam, tapi dalam Pas ada islam.
Saya dan ramai lagi melayu islam yang senada dengan Umno nak minta lah kepada Umno, tolong buat adjustment sikit, masih guna perkataan UMNO juga tapi ubah maksudnya iaitu United Muslim National Organization, dan buka kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam .. melayu, cina, india, siam, dan lain2 lagi.
Mungkin dengan cara ini matlamat 1Malaysia dan perpaduan seluruh rakyat akan menjadi lebih baik daripada dasar sedia ada.
Yang paling penting, akan berlaku lah penghijrahan besar2an orang Pas kepada Umno kerana dahulu islam hanya ada dalam Pas tapi sekarang dalam Umno pun dah ada islam yang disebut "muslim".
Nak tanya Dr RT, apa pula pendapat tuan ?
UMNO yang bermaksud United Malay National Organization kepada UMNO yang bermaksud United Muslim National Organization.
Saya tak main2. Saya serius. Hanya ini saja jalan yang saya nampak boleh overcome perjuangan yang bersifat perkauman dalam negara kita malaysia. Kita bersatu dalam satu parti dengan wadah yang sama untuk matlamat yang sama iaitu "keredaan illahi".
Yang nak kekal sebagai pembangkang diluar sana , biar kan lah at least ada check and balance.
x pe..
mana tau PKR bungkus nnti..
diorg akan masuk umno blk, sm mcm ms semngat 46 dulu..
yg india masuk mic atau ppp, yg cina masuk gerakan atau mca blk..
dsai masuk jel blk?.. :D
"Semasa Pas mula2 mengambil alih pemerintahan kelantan 1990, Umno mengatakan kerajaan Pas hanya boleh bertahan satu penggal sahaja sebab tak mampu nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri.
Pemimpin PAS bukan sepertimana mereka pemimpin UMNO. Pemimpin PAS lebih mengutamakan kebahagiaan akhirat, berbanding UMNO yang lebih mengutamakan kebahagian di dunia. Oleh sebab itu, kita dapati pembangunan duniawi di Kelantan terkebelakang berbanding negeri-negeri lain, tetapi pembangunan rohani lebih hebat berbanding negeri lain.
Namun demikian rakyat masing-masing mempunyai keutaman masing-masing.
putrarahman
gua banyak setuju sama lu.
rakyat semua ada keutamaan masing2 lor.
rakyat yang utamakan Allah dan akhirat sudah pasti akan pilih PAS.
gua ikut sama itu Abdullah Ngah dan Izam.
gua sokong cara Islam yang syumul.
keutamaan gua ialah amanah, cekap, bersih dan kepimpinan ikut teladan.
konon..
"rakyat yang utamakan Allah dan akhirat sudah pasti akan pilih PAS."
Sebelum memilih PAS, kena teropong juge kesan duniawi yang bakal berlaku apabila memilih PAS. Jangan hanya ingat bahagian di Akhirat sahaja tanpa pedulikan bahagian di dunia ini.
Mengundi ni bukan setakat mengharapkan balasan di ahkirat semata-mata, tetapi kena lihat juga akibat dan juga kesan yang bakal berlaku kepada kehidupan dunia.
PAS sekarang ni berkawan dengan sebuah parti yang terang-terang tidak mahu melaksanakan Hukum Islam. Bahkan parti ini berusaha untuk melemahkan dan memecah belah orang melayu iaitu bangsa yang telah berjuang untuk menjadikan Islam itu kuat dan dihormati di negara kita ini.
Aiyah Putrarahman
Apa beza dengan Umno? Umno dalm BN kerjasama dengan MCA dan MIC dll.
PAS dalam Pakatan kerjasama dengan DAP dan PKR.
Paling penting bagi gua, PAS terang2 ada dasar ikut Allah. Kerana berani dengan tulis dalam dasar bagi gua keyakinan.
Keutamaan gua kalau sudah begitu dasar PAS, maka Islam terjamin dan lunas2 menjaga harta dan tempat tinggal orang Islam sudah diiktiraf dalam Islam.
Bezanya yang ketara ialah PAS terang2 dan tak ada selindung dalam perjuangannya.
Macam Tok Guru sudah ada kasi bilang terang2 lagi, Islam sarankan kena jaga orang bukan Islam jugak.
PAS berjuang Ketuanan Islam untuk semua rakyat hidup harmoni.
patutle wat sebesar besar berhala kat kelantan..
Fitnah paling terbesar didalam perjuangan bangsa adalah bahawa Umno itu Melayu and Melayu itu Umno.
Oleh demikian apa yang dimaksudkan Utusan Malaysia didalam tulisan bertajuk “Kuasa Politik Penentu Masa Depan Melayu” sebenarnya bukan mengenai kehilangan kuasa politik oleh kaum Melayu tetapi sebenarnya adalah keresahan mengenai kehilangan kuasa politik Umno itu sendiri.
Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu tetapi masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik.
Kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang.
Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat.
Ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik penuh hasutan termasuk dengan ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang digunakan untuk mempertahankan Kuasa Politik Umno dan bukan Kuasa Politik Melayu.
Sebaliknya, Negara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan(politics of hope and liberation) untuk memertabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama.
Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan dan mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa.
Selain itu proses dan peraturan pilihanraya mesti dipulihkan agar ia adil dan telus.
Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan Umno.
Nurul Izzah Anwar
fadkhuli fii ibadi wad khulii Jannati.
Meneruskan legasi Pemimpin terdahulu.
YA ALLAH SWT KAU BUKAKANLAH HATI PEMILIK BLOG INI, SAUDARA RIDHUAN TEE AGAR BERSAMA KAMI PARA PENEGAK KEBENARAN KEADILAN
Najib Razak, tuan memang amat bijak.
Tempoh hari, kenaikan harga minyak boleh menampung Duit raya RM500 kami.
Sekarang tuan Naikkan pula Harga PRODUK FAVORIT 69 Peratus Malaysians- ROKOK dari RM9.30 kepada RM10 Sekotak.
Kalau tak ada aral melintang, Bonus kakitangan awam Tahun ini ada kan Cik Najib.
Ambo nak beli tiket balik ke Kg Sakong Besar, Semporna Cuti Sekolah Jun depan. Tak dapat Bonus RM1000 pun, dapat RM500 Ambo dah Cukup SYUKUR.
Terima kasih Jib.
AYUH PARA PENDOKONG KEBENARAN DAN KEADILAN, SIL AMBIL PERANAN BERDASARKAN KEPAKARAN MASING-MASING.
KITA GUNAKAN PJJ-POLITIK JARAK JAUH.
PASTIKAN DUN GALAS DALAM GENGGAMAN KITA.
PERTOLONGAN ALLAH SWT PASti HADIR TATKALA HATI KITA SUCI, NIAT KITA BETUL.
Ayuh Rakyat 1Malaysia
Berikan Sokongan Padu Buat KEPEMIMPINAN WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT diketuai Bakal Perdana Menteri Malaysia TUAN GURU ABDUL HADI AWANG didokong Dua Ikon Masyarakat Majmuk SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.
Puji dan Syukur tak Terhingga ke Hadrat ALLAH SWT PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Selawat dan Salam buat Junjungan Besar MUHAMMAD SAW PENGHULU SEGALA RASUL.
herman che mok
JKM Johor Bahru
Bersebelahan Jab.Kesihatan Johor Bahru dan RTM Johor,
OPPOSITE OF FOON YEW SCHOOL
Persimpangan Jalan Tasek Utara-Jalan Abd Samad
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM.
Selain itu proses dan peraturan pilihanraya mesti dipulihkan agar ia adil dan telus. - nurul izzah, posted by anon.
pemilihan dalaman parti sendiri pun lintang pukang..ada hati nak ckp pasal sistem pilihanraya kita..
($#@#@@$#%)
MACMA ok?
Ustaz Ann Wan Seng — who said Buddhism is the religion of “Kong Kali Kong” — was recipient of the Selangor Tokoh Maal Hijrah award 2009.
He was also recipient of the national Excellent Saudara Muslim award in 2008.
He’s honorary secretary of the Malaysian Chinese Muslim Association (Macma).
Incidentally, Ridhuan Tee is Macma vice president.
Ann, whose Muslim name is Ann bin Abdullah, is author of the book ‘Rahsia Bisnes Orang Cina’. (Business Secrets of the Chinese)
He also wrote ‘Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata‘. The book title translates as ‘don’t take apostasy lightly’.
The blurb says it is hoped that the book ‘Murtad’ will open the mind of Muslims in Malaysia to be always wary, alert/sensitive to the issue and the Muslim must always involve himself whether directly or indirectly in confronting the threat of apostasy happening here.
Unlike the obscure Christian in the YouTube from six years ago, this Ann bin Abdullah is a public figure. His utterances indicate the low benchmark of the men who are held up as shining examples for the ummah.
Information Minister Rais Yatim had ordered the MCMC to immediately investigate the alleged Christian pastor. MCA president Chor Chee Heung was quoted as saying the government must take stern action against anyone insulting religion.
The supposed Christian man committed his alleged offence six years ago and yet MCA made such loud, bold noises.
This ‘King Kong’ case involves a well-known winner of national and state awards as well as office bearer in major associations. Why the deafening silence from the party claiming to be the champion of the Chinese race?
Buddhists have shown that they’re willing to forgive and forget. The Muslims may not let off Benjamin Stephen (if that’s his name) so lightly.
However, in all of this, the double standards is glaring.
http://hartalmsm.wordpress.com/2010/10/09/update-mca-hypocritesuztaz-who-said-king-kong/
Ann, apa yang Nurul Izzah tulis tu adalah teori semata-mata. Umur dia muda lagi,kata pepatah baru setahun jagung. Teori dan pendapat yang diluahkan sebenarnya boleh diluahkan dengan membaca pelbagai bahan masa kini. Apa yang dia tidak jumpa dalam bacaan dia bagaimana jerih perih pejuang-pejuang Melayu yang telah berkorban jiwa dan raga untuk menjaga kuasa dan hak milik Melayu di Tanah Melayu ini.
Perpaduan Rakyat Malaysia beragama islam
Tukar United Malay National Orginazation kepada United Muslim National Organization.
Jika semua umat islam bersatu di bawah satu bumbung maka islam menjadi kuat, hukum2 islam dapat ditegakkan, hak2 bukan islam tetap dijamin, sebab kita tak pernah dengar orang islam menzalimi orang bukan islam, tapi orang islam dizalimi oleh orang bukan islam adalah perkara biasa.
Kepada yang cintakan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara ini ... cuba lah fikir2kan.
Tokgaru,
Kalo UMNO tukar United Malay National Orginazation kepada United Muslim National Organization, itu tanda dunia nak kiamat :)
Hantu Kampong
Tak apa lah kalau dunia nak kiamat pun. Lagi lama umur dunia lagi parah hidup melayu.
Latest police intimidation :
http://www.youtube.com/watch?v=gU_JgSccHLE&feature=player_embedded
Betul ke?
"ORANG MELAYU SEKARANG MELUKUT DI TEPI GANTANG ! YANG LAIN-LAIN JADI KADUK NAIK JUNJUNG! "
Titah Raja Muda Perak;
"Pantai Lukut luas terbentang,
Teluknya penuh berbatu karang,
Ibarat melukut di tepi gantang,
Masuk tak penuh, keluar tak kurang"
Raja Muda Perak sudah banyak kali menitahkan perkara ini. Muslimin mesti bersatu, Muslim mesti maju utk kesejahteraan dunia dan akhirat. Baginda Sultan Selangor juga ada mengingatkan kita tentang perkara yang sama. Terserah kepada kita sekarang ini.
(Malaysian Insider, 17 Jun 2010).
"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.
"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.
"Hanya orang yang terdesak dan masih belum matang dalam berfikir sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu "
- Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.
"Antara Kualiti & Kuantiti"
(oleh Dr. Mahathir Mohamad)
Dari sege perangkaan, 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.
Hakikatnya orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.
Dari segi politik, angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.Baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR.
Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20peratus.
Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.
Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.
Bukan jumlah besar yang menjadi ukuran. Yang penting ialah keupayaan pasukan.Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti.
-Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003
al FATIHAH buat assyahid ibrahim libya, sosilawati dan rakan-rakan, bekas adun galas che hashim sulaima, bekas mp batu sapi tuan edmund(ada probability mungkin TAUFIQ HIDAYAH ALAH SWT Tiba sesaat sebelum kemalangan) dan Kesemua Mangsa 10.10.10 Significance of PLUS Highway.
Berikan Sokongan Padu buat KEPEMIMPINAN JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW Yang disambung (meneruskan legasi pemimpin terdahulu) oleh WALI ALLAH SWT tuan guru nik abdul aziz nik mat Yang diketuai oleh bakal Perdana Menteri Malaysia tuan guru abdul hadi awang DIDOKONG DUA IKON MASYARAKAT MAJMUK SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.
Puji dan Syukur tak Terhingga sdah barang tentu ke Hadrat ALLAH SWT PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Selawat dan Salam Istimewa buat Kekasih-NYA PENGHULU SEGALA RASUL PENERIMA MUKJIZAT TERAGUNG AL-QURANUL KARIM NABI MUHAMMAD SAW.
al-fatihah.
ALLAHUAKBAR!
1Malaysia: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
herman che mok
JKM Johor Bahru
Bersebelahan Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan RTM Johor
OPPOSITE OF FOON YEW SCHOOL
Persimpangan Jln Abd Samad-Jln Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
Daulat Tuanku al-Sultan Ibrahim.
Aambo, nak ajak kami pi kenduri ke?
hadi awang layak jadi PM malaysia ker?
Aldan sayang,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhammad merupakan seorang tokoh yang tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang dikenali dunia, disamping merupakan seorang tokoh politik Islam Malaysia yang dihormati oleh kawan dan lawan.
Tahukah Aldan iaitu dalam akhir 70 an dan awalan 80 an, nama “Haji Hadi” telah bergema di Malaysia, dikala ulama-ulama pondok ketika itu mengajar di pondok-pondok mereka berkenaan hukum-hakam ibadat, tetapi kelainan yang dibawa oleh Tuan Guru apabila beliau telah membawa satu fikrah Islam yang selayaknya diterapkan dalam jiwa umat Islam, iaitu fikrah “Islam dan pemerintahan” tidak selayaknya di pisahkan.
Pemikiran ini telah menggugat pemikir-pemikir dan pendokong-pendokong fahaman secular yang bertapak didalam kerajaan, walaupun pada asalnya fikrah islam ini digemakan oleh tuan Guru sekadar di Masjid Rusila sahaja.
Rusila yang merupakan sebuah desa yang tidak dikenali sudah menjadi satu desa yang diserbu oleh ribuan rakyat terengganu dan rakyat luar terengganu pada setiap hari jumaat untuk mendengar kuliah tafsir dan khutbah jumaat, yang menjadi mimbar untuk Tuan Guru menyampaikan fikrah Islam beliau.
Hebatnya “aura” yang ada kepada seorang tokoh hebat yang bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, sehingakan Rusila merupakan sebuah desa yang tidak dikenali menjadi desa “rujukan” atau “universiti” dalam memahami politik Islam di dunia.
Kalau Aldan masih ingat, setelah selesai berlalunya pilihanraya umum pada tahun 1990, SPR mengisytiharkan bahawa negeri Kelantan sudah berjaya dimenangi oleh PAS. Lalu seluruh kepimpinan parti PAS bersetuju untuk “menabalkan” Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu memegang jawatan Dewan Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar Kelantan.
Sejarah kemenangan islam di Malaysia berulang kembali, apabila Terengganu telah dikuasai oleh PAS pada tahun 1999, yang ketika itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dilantik secara rasminya menjadi Menteri Besar Terengganu.
Kepimpinan tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Kelantan telah membuktikan bahawa Islam mampu memerintah dan berjaya memberi kebajikan kepada rakyatnya.
Antara tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru bersama exco-exco kerajaan negeri ketika itu adalah menghapuskan Tol di Kuala Terengganu, menghapuskan cukai pintu di seluruh negeri terengganu, memberikan hak tanah kepada mereka yang memerlukan dengan menghidupkan sistem “ihya Al-Mawat” dan banyak lagi.
Tindakan Tuan Guru itu menyebabkan pemerintahan Islam berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Terengganu, negeri terengganu diselubungi keberkatan sehinggakan orang-orang cina yang tidak beragama Islam sendiri mengakui kehebatan kepimpinan Islam dibawah pentadbiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.
Pemerintahan UMNO/BN dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Semuanya bermula dari pengamalan “kronisme”.
Ini kerana, selagi mana sesuatu dasar perjuangan itu tidak di asaskan kepada Islam, selama itulah keadilan tidak dapat dilaksanakan.
Kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah membuktikan kejayaan perlaksanaan Islam memberi kebajikan kepada manusia seluruhnya.
Kepada Hantu Kampong dan lelain.
Melayu : Minoriti dalam Majoriti
Pendapat No.1
"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.
- Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.
Ulasan tokgaru : Ini adalah pendapat seorang professor yang setengah masak yang mungkin tak faham langsung sepak teranjang politik demokrasi. Kalau ada melayu yang pakai cakap dia ni .. lingkup melayu jawabnya.
Pendapat No.2
" Hakikatnya orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih "
" Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20peratus "
(Tun Dr Mahathir bin Mohamed)
Komen tokgaru : Orang melayu patut dan wajar hayati, dan terima hakikat bahawa memang kita jadi minoriti dalam keadaan majoriti.
Orang melayu berpecah kerana fahaman yang berbeza walau pun sama agama. Satu faham kebangsaan dan satu lagi islam (konon nya).
Kita rakyat malaysia tak bersengketa kerana berlainan agama (kalau ada pun perbalahan sekadar macam bunyi letupan mercun lada saja).
Tapi yang membimbang kita semua adalah, persengketaan yang disebabkan oleh isu2 perkauman. Kekadang bunyi letupannya semacam mercun bola. Jika tak dibendung ia boleh meletup bagaikan sebutir bom. Ini lah yang kita tak mahu ..
sambungan ..
Memikirkan kepada keamanan dan kesejahteraan, setiap warga malaysia, saya rasa kita harus mengikut kehendak semasa rakyat terbanyak.
Sekarang kemahuan kepada islam dikalangan orang melayu sendiri sangat baik berbanding sebelum PRU12.
Sekarang kefahaman islam dikalangan bukan melayu juga sangat baik. Kalau dulu DAP takut kepada Pas kerana lebel islam yang dibawa oleh Pas, tapi hari ini DAP sudah boleh menerima Pas dan perjuangannya.
Sama ada betul atau tidak persepsi ini, itu bab lain, tapi yang sering digembar gemburkan oleh Pas adalah bahawa DAP sudah boleh menerima perjuangan islam Pas. Lantaran itu DAP dan Pas boleh bergabung dalam PR sepertimana gabungan Umno dan rakan2nya dalam BN.
Malahan Pas mendakwa KM LGE mentadbir Pulau Pinang ala kepimpinan Khalifah Abdul Aziz (maaf kalau salah sebut).
Malahan Nik Aziz sendiri dan Pas umumnya menghalalkan penggunaan ayat2 suci alquran oleh pemimpin2 DAP sewaktu berceramah kepada audience muslim walau pun si penceramah itu bukan muslim.
Malahan Nik Aziz dan beberapa ulamak Pas menghalalkan pemimpin politik bukan muslim PR menyampaikan tazkirah kepada orang islam di surau (sampai ada yang melakukannya di dalam surau di tempat solat).
Semua peristiwa ini menunjukkan bahawa bukan Pas sahaja yang menjaja kebaikan dan kehebatan islam kesana kemari, malahan parti DAP juga turut sama memainkan peranan.
Sama ada ikhlas atau tidak, sama ada "ada udang di sebalik mi atau tidak", itu bab lain. Yang kita tak boleh nak tolak adalah "islam" sangat tinggi demand nya pada ketika ini.
Umno dikecam oleh orang melayu sendiri dan oleh bukan melayu kerana memperjuangan perkauman melayu (konon nya).
Pas menolak perkauman. DAP juga tolak. PKR pun sama tolak. Jadi yang tinggal bersemangat perkauman nampaknya Umno sorang2 saja lah.
Atas sebab itu saya mencadangkan kita fikir2kan 1 parti yang dianggotai oleh semua rakyat malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum, yang berpaksikan islam sebagai matlamat dalam perjuangan.
Andai ianya menjadi kenyataan, maka perkauman tidak lagi menjadi isu yang menakutkan kita semua.
Satu parti yang orang Umno boleh join, orang Pas boleh join, orang DAP boleh join, orang PKR boleh join, orang MCA boleh join, orang MIC boleh join, orang Gerakan boleh join, pendek kata siapa saja yang beragama islam yang menjadi warga negara malaysia boleh join.
Kita beri nama parti itu UMNO yang bermaksud United Muslims National Organization.
Maka selepas itu, tidak ada lagi perjuangan untuk kaum masing2, yang tinggal hanya lah perjuangan untuk menegakkan islam untuk mensejahterakan muslim dan non muslim yang menjadi warga negara ini.
Ku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin, api kita lupa
mereka merancang masa
menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa
nenek moyang kaya raya
jangan sekali2 digadai harta bendanya
takkan melayu hilang didunia
tetapi apa gunanya
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa
kudrat tak berjasa
orang berbudi
kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir di luar kotak
ku lihat layu dalam melayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu
tanda bangsanya yang berjaya
seseorg harus dipersalahkan atas timbulnya satu 'amanat' yg menyebabkan pengikut2 PAS yg taksub dan lurus bendul telah menafsirkan sewenang2 sbg pengkafiran PAS ke atas UMNO..
dan insan itu adalah hadi awang..seorang yg pernah dlm 1 wawancara tidak dapat membezakan eksport dan import..
cik anon sayang, kalau itu pemimpin pilihan anda, terserah..
HantuKampung
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Usman Awang
Apakah Aldan kesayangku ni begitu mudah lupa tentang isu Al-Maunah yang ternyata menghantui Dr Mahathir waktu itu, sama seperti isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pihak kerajaan terpaksa mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan isu tersebut?
Kesan isu di Sauk, nampaknya tidak menyebelahi UMNO dan BN. Pihak UMNO terpaksa bertindak mempertahankan diri dengan cara mengadakan sesi penerangan seluruh negara mengenai isu Al-Maunah, walaupun PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan perkataan "sandiwara UMNO".
UMNO yang memulakan sandiwara dan mencipta satu frasa yang berbunyi "Sandiwara UMNO" dengan menggunakan semua media pro-UMNO, hanya dengan satu motif iaitu melumpuhkan pengaruh PAS serta Barisan Alternatif waktu itu.
Frasa tersebut dimanipulasi sebaiknya oleh UMNO melalui media dengan mengatakan bahawa "PAS menuduh Kes Sauk sebagai Sandiwara UMNO".
Perhatikan disini apa di sebalik rompakan senjata di Grik itu:
Motifnya jelas iaitu: Untuk menakutkan kaum-kaum lain yang bukan Islam kepada Islam dengan mengaitkan Islam secara langsung sebagai ekstrimis dan keganasan. (SB India dan Komando Mathew dilaporkan media sebagai dibunuh dengan kejam)
Mengapa Motif sedemikian: Kerana sokongan Bukan Islam terutama kaum Cina dan India terhadap PAS semakin bertambah sehingga pengaruh PAS meningkat waktu itu.(seperti mana yang berlaku sekarang!)
Cubaan UMNO melumpuhkan pengaruh PAS dan BA nampak tidak begitu berkesan sebenarnya kerana UMNO dilihat terpaksa bersikap defensif atau mempertahankan diri, bukannya bertindak secara ofensif (serangan terhadap lawan).
UMNO terpaksa menukar strateginya dan menukar pelan gerak sarafnya kepada Pelan B, iaitu mereka mesti bertindak secara ofensif.
Pakar sarafnya berjaya menemui satu strategi yang ternyata berkesan iaitu "menimbulkan isu Amanat Haji Hadi".
UMNO berjaya mengalih isu Sauk kepada isu yang dikatakan sebagai Amanat Haji Hadi yang kononnya dikeluarkan oleh Haji Hadi Awang pada 7 April 1981, di Kampung Banggol Peradong, Terengganu.
Ternyata, UMNO menemui sengat berbisa melalui isu ini. Dihentam PAS habis-habisan kerana kononnya mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang UMNO. Dikaitkan pula dengan solat dua imam yang ditimbulkan oleh UMNO di Besut.
Semuanya menjadi bagi UMNO sehingga medianya sendiri pergi menemubual Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang bagi mendapatkan penjelasan mengenai Amanat tersebut.
Namun UMNO lupa dan tidak menyedari bahawa tindakannya menemubual Tuan Guru bukan satu langkah yang bijak dan menyebelahi mereka.
Tuan Guru menjawab dengan baik dan berhikmah, sepertimana yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia, sehingga tiada ruang bagi UMNO untuk terus menyalahkan PAS dan Haji Hadi mengenai isu tersebut.
UMNO dengan sendirinya menamatkan pelan Bnya apabila menyiarkan wawancara wartawan Utusan dengan YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Mungkin itu kesilapan UMNO ataupun UMNO ada motif lain untuk terus mengenakan PAS.
Namun tindakan ofensif UMNO tidak berakhir, bila Astora Jabat terus menyalahkan Amanat Haji Hadi dalam ruangan Bicara Agama dalam Utusan malaysia.
Astora Jabat mencabar PAS dan meminta Tuan Guru Haji Hadi bertaubat.
Mengapa Astora Jabat begitu berani ?
Ini Kerana Astora tidak boleh dicabar balik secara terbuka melalui akhbar dan media lain oleh PAS. Astora dengan senang hati saban hari menyerang PAS dan pemimpin PAS melalui ruangannya di Utusan Malaysia kerana PAS tidak mempunyai ruangan yang sedemikian di mana-mana media.
al-Ikhlas.
yang dikasihi Putrarahman, jika nak datang Kenduri ke tempat ambo bermastautin silakan... ambo tadah tangan terbuka.
Dan ambo paling SUKA bersua muka dengan Golongan Neutral, sangat-sangat SUKA hingga Puak-puak BULAN yang JAHIL melabel ambo ini Special Branch (SB), namun ambo tak Kisah.
Cuma satu Putrarahman, satu Hari kita PASti akan KETEMU andai HATI kita SUCI, NIAT kita BETUL.
"Kalau Takut diLambung Ombak, Usah Berumah di Tepi Pantai.
Kepada Aldan, TUAN GURU ABDUL HADI AWANG tidak pernah MengKAFIRkan sesiapa. Beliau berpidato DARI SUDUT KAEDAH.
Aldan yang dihormati, anda BELUM KENAL siapa sosok ini Sebenarnya.
TUAN GURU ABDUL HADI AWANG exactly gifted by the GOD to be the UMMAH LEADER amnya dan PERDANA MENTERI MALAYSIA Khususnya.
"Andai Kail Panjang Sejengkal, Lautan Dalam Usah diDUGA."
HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.
1Malaysia: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
herman che mok
JKM Johor Bahru
Bersebelahan Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan RTM Johor
OPPOSITE OF FOON YEW SCHOOL
Persimpangan Jln Abd Samad-Jln Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
Daulat Tuanku al-Sultan Ibrahim.
Salam anon 7:30 pm
"Tuan Guru menjawab dengan baik dan berhikmah, sepertimana yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia, sehingga tiada ruang bagi UMNO untuk terus menyalahkan PAS dan Haji Hadi mengenai isu tersebut."
Bolehkah saudara berikan link atau rujukan untuk kenyataan diatas. Jujur, saya ingin tahu lebih lanjut penerangan Hj Hadi. Terimakasih.
Dinturtle yang kusayangi
Mungkin Din terlepas pandang bilakah internet mula diperkenalkan di Malaysia.
Mungkin jugak Din terlepas pandang bahawa tanpa internet, Utusan Online tidak wujud.
Walau bagaimana pun, Din mungkin masih boleh melanggan perkhidmatan Google untuk membantu.
Salam Dinturtle yang kusayangi
Tahukah Din apa itu sebenarnya motif Pelan B?
1. UMNO cuba mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap mereka, setelah peratus undi Melayu yang diperolehi oleh UMNO dalam pilihan raya umum lalu merosot dengan teruk.
2. Melumpuhkan pengaruh dan prestasi PAS serta memudarkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap PAS.
Sebenarnya Din, amanat Haji Hadi berakhir walaupun tidak sepenuhnya dan masih disebut oleh pihak UMNO.
UMNO menemui perancangan baru dengan mengemukakan Pelan C. Pelan baru gerak saraf UMNO ialah Hak Istimewa orang Melayu. (Skrip tahun 80-an ini diberi nafas baru sekarang. Mungkin orang Umno memegang prinsip dulu, kini dan selama lamanya)
Kalau Din masih ingat, ia mula dibangkitkan dengan sengaja oleh media UMNO dengan menyiarkan saranan David Chua dalam Mapen II, yang kononya boleh menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia berterusan sehingga pemimpin-pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan dan mendesak kerajaan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Isu tersebut meledak di waktu Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew melawat Malaysia. Mengapa ia sengaja ditimbulkan semasa Lee Kuan Yew berada di sini? Adakah untuk memberi isyarat kepada Singapura bahawa Malaysia tetap bertegas dalam soal hak-hak keistimewaan orang Melayu, kerana dulu Lee Kuan Yew pernah membangkitan soal meritokrasi, iaitu kelebihan diberi berdasarkan merit, bukan berdasarkan kaum dan Malaysia patut mengamalkan prinsip meritokrasi ini. Apakah Din tidak nampak peristiwa yang sama tentang lawatan Lee Kuan Yew ke negara ini tahun lepas?
Semua media cetak dan elektronik ketika itu terus membangkitkan isu ini sehingga ditimbulkan kembali 17 tuntutan pilihan raya oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu). Seolah-olah media memang dikawal dan diarah untuk memaparkannya kepada rakyat.
Utusan dan TV 3 sekali lagi menjadi media yang amat aktif memainkan peranan tersebut. Isu ini ternyata hangat bila disiarkan bantahan-bantahan dari orang Melayu dan juga Pemuda UMNO Malaysia.
TV 3 memaparkan bantahan dari golongan profesional Melayu termasuk pelajar IPT yang melakukan demontrasi di Putra Jaya. Tidak pula kelihatan FRU yang mengawalnya dan ia seperti dikepalai oleh PM apabila beliau sendiri yang berucap pada perhimpunan tersebut sehingga sebak dada.
Tiada pula yang ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram tersebut. Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Naib Ketuanya ketika itu juga mengadakan demontrasi dan menghantar memorandum kepada Suqiu.
Perhimpunan aman nampaknya halal bagi UMNO tapi haram bagi Barisan Alternatif.
Isu Hak Keistimewaan Orang Melayu terus dimainkan oleh media. Pemimpin-pemimpin UMNO pula terus memberi ulasan dan krtikan masing-masing ke atas pihak yang cuba mempertikaikan hak-hak tersebut.
buat asyMok,
tahniah krn saudara 'berkata' sesuatu jugak akhirnya..
tidak sekadar membuat org tertanya2 apa gerangan tulisan berjela2 yg diulang tayang berkali2..
back to hadi awang..kata2 saya jelas..amanat hadi awang telah menyebabkan ramai pengikut PAS yg taksub dan lurus bendul telah mentakfirkan org UMNO..
ye benar, hadi awang is a gift, but to PAS party only..
dan kepada anon sayang,
kes almaunah menjawab ttg persoalan adanya pengikut yg taksub ingin menjadikan negara islam dgn tgn mereka sendiri..dgn kata lain mereka yg terpengaruh bahwa negara islam, undang2 hudud mesti ditegakkan walau apa cara tanpa mengira suasana..
kita tahu siapa sbnrnya yg mengatakan kes almaunah tu sandiwara umno..soalan2 spt bagaimana senjata2 tu boleh dibawa keluar dr depoh dgn mudah? bagaimana senjata sebanyak tu muat dimasukkan dlm 1 jip? rasa2 cik anon siapa agaknye yg timbulkan soalan nie?
pesan saya, jgn terlalu yakin dgn kemenangan di pru12 yg lalu..spt ribut tsunami, ia tidak dtg setiap hari..di pru13, PR belum tentu menang lagi..
Salam...
Aku rasa Pas mendapat sokongan dari golongan muda dan kaum cina kebelakangan ini bukan disebabkan oleh Amanat Hj hadi pun..
Mereka sebenarnay dah menyampah campur meluat tengok wakil rakyat Umno/BN yang hidup mewah dan tak padan dgn gaji dan elaun yg dapat..
So, kau org rasa dari mana kemewahan yg mereka dapat tu..lu pikir2 lah sendiri..
Sekang ni..bini pun nak glamour sama..mengalah suami yg menteri..aduhai melayu ku..
Aldan sayang
Mengapa media membangkitkan isu tersebut?
Adakah ia boleh dianggap mencabul Akta Hasutan kerana cubaan media dan UMNO seolah-olah untuk menimbulkan ketegangan antara kaum?
Siapa yang patut memberi tafsiran?
UMNO mempunyai imuniti dalam semua aspek. Walau apa kenyataan dan isu yang dibangkitkan, ia tetap tidak melanggar Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan ISA di sisi UMNO dan BN.
Walau pun isu tersebut menjadi satu agenda utama UMNO, terutama gerakan Pemudanya, mengapa ia dibangkitkan ketika itu dan kini?
Pemuda UMNO bersungguh-sungguh menyerang Suqiu walaupun tindakan Suqiu mengemukakan tuntutan itu sebenarnya telah diterima oleh kabinet Dr Mahathir sebelum berlakunya pilihan raya umum. (Din boleh rujuk Berita Harian 23 September 1999 "Kabinet terima petisyen kaum Cina).
Tidakkah tindakan pemuda UMNO ini seperti ingin memulakan perang dengan rakan kongsi BN yang lain iaitu MCA dan Gerakan?
Suqiu dalam kenyataannya menjelaskan bahawa mungkin terdapat silap faham terhadap 17 tuntutan tersebut. Menurut Suqiu, tuntutan mereka langsung tidak dikaitkan dengan hak keistimewaan Melayu sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan.
Semua pemimpin UMNO nampaknya berjuang habis-habisan dalam isu mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Mungkin ada pakatan terlebih dahulu antara UMNO dengan MCA dan Gerakan sebelum isu ini ditimbulkan oleh media dan pemimpin UMNO.
Ada tersirat sesuatu disebalik isu ini, sama seperti isu Sauk dan Amanat Haji Hadi.
Apakah motif UMNO dan media-media mereka memanipulasikan isu tersebut?
Ternyata motifnya mudah untuk dikenalpasti dan hanya ada satu matlamat utama UMNO iaitu untuk mengesahkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah satu-satunya tunjang kepada masyarakat Melayu dan satu-satunya parti yang dapat mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Naib Presiden UMNO (Dato' Seri Najib) ketika itu sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia 21 Ogos 2000 (Isnin) yang berbunyi "Hak Melayu tetap dipertahan selagi UMNO berkuasa".
Kenyataan itu membawa maksud tersirat bahawa, hanya UMNO yang boleh mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Untuk mencapai matlamat tersebut, UMNO terus merayu rakyat agar mereka terus memberi sokongan yang padu kepada UMNO demi keutuhan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan dan hak-hak mereka dari digugat oleh bangsa-bangsa lain.
Dengan kaedah ini, UMNO mengharapkan sokongan kaum Melayu terhadap parti mereka dapat dipulihkan setelah merosot teruk dalam pilihan raya umum 1999 yang lalu.
Selepas isu itu, apa pula skrip sandiwara UMNO seterusnya?
Pokok pangkalnya Aldan, apa jua isu yang terpapar di dada-dada akhbar serta media elektronik pro kerajaan Barisan Nasional, hanya merupakan satu agenda gerak saraf mereka untuk memanipulasi pemikiran rakyat agar terus memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Aambo, JKM tu Jabatan Kebajikan Masyarakat ke?
Saya kesian kepada Aambo kerana dituduh SB oleh puak-puak bulan. Saya dah perati lama dah komen-komen saudara, saudara tetap beristiqamah. Saya kureng nampak sifat NEITRAL dalam komen-komen saudara.
"Kalo UMNO tukar United Malay National Orginazation kepada United Muslim National Organization, itu tanda dunia nak kiamat :" komen hantukampung. Memang hantu betul.
Adlan, golongan muda Melayu yang sokong PR, mungkin mereka menyampah dengan pemimpin UMNO, tetapi golongan muda Cina sokong PR bukan kerana menyampah kepada UMNO, tetapi mereka merasakan bahawa peluang untuk Cina berkuasa selepas PRU13 nanti terbuka luas dengan kemenangan PR. Sebab itu mereka sokong PR termasuklah parti PAS.
Anon, UMNO memang sedar bahawa ramai pengundi melayu menolak UMNO dalam PRU 12, tetapi bukan disebabkan kekuatan PAS tetapi disebabkan kelemahan UMNO. UMNO telah perbaiki kelemahan tersebut dan sokonga telah kembali kepada UMNO. Berdasar kajian terkini, sokongan popular kepada UMNO telah meningkat.
UMNO sentiasa memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu (walaupun kadang-kadang ada terpaksa dikorbankan). Oleh itu tidak timbul samada UMNO kuat atau UMNO lemah, hak istimewa tetap akan dipertahankan(sepatutnya).
Propaganda, provokasi dan gerakan perang saraf adalah agenda biasa yg berlaku dlm politik tdk kira dimana jua termasuk negara2 luar.
Dlm politik duniawi masakini segalanya boleh buat utk mencapai
hasrat/mendapat kuasa. Inilah yg dikatakan "Matlamat menghalalkan cara"
Tp x bestnya sesetengah peristiwa yg berlaku diM`sia sesuatu yg diluar jangkaan. Ada ahli politik yg tlibat dgn jenayah serius sperti kongsi gelap dan pembunuhan termasuk kes "bakar & buang" , "letup guna C4" dan etc.
Satu demi 1 rahsia tbongkar. Kantoi kmudian senyap. Rakyat skrg dh celik, dh bleh tahu kalo ada jenayah highprofil, siasatan berpanjangan berbulan2/btahun2 dan pbicaraan pula bjela2 x abis then lastly kes tutup. Apa cer?
Isu ni dh kian menular dan jelas lagi bsuluh berlaku kt negara kita ni. Parah kalo tak diubati segera.
RALAT.
"Adlan, golongan muda Melayu yang sokong PR, mungkin mereka menyampah dengan pemimpin UMNO, tetapi golongan muda Cina sokong PR bukan kerana menyampah kepada UMNO, tetapi mereka merasakan bahawa peluang untuk Cina berkuasa selepas PRU13 nanti terbuka luas dengan kemenangan PR. Sebab itu mereka sokong PR termasuklah parti PAS".
Ini sebenarnya ditujukan kepada Izam bukan Adlan.
Yang sebenarnya
"Adlan, golongan muda.......
Ross Boyert, aged 60, was found with a bag tied around his head in a Los Angeles hotel room last week. He leaves a wife and daughter.
He had worked for over 12 years as the sole manager of a number of the office blocks and residences owned by the Taib family in San Francisco, California and Seattle, Washington State.
As Sarawak Report revealed in a series of recent exposes, Taib Mahmud himself is secretly the majority shareholder of the company Sakti International, which owned much of the real estate managed by Ross Boyert.
Officially however, the shareholders were listed as Rahman, Mahmud and Jamilah Taib (his children), along with their uncles Arip and Onn Mahmud, the Chief Minister’s brothers. The sole Director of the Company was first Rahman (Sulaiman) Taib (Taib’s son), and then Sean Murray (his son in law).
Sarawak Report has now also come into possession of an extraordinary, 188 page letter sent by Boyert to the Chief Minister himself in November 2006, begging Taib to intercede on his behalf, given his role as the real person in charge of the company.
The letter, addressed to ‘Chief Minister Datuk Padinggi tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud’ and Fedexed to his residence in Singapore, begins:
“For 12 years I have endeavoured to fulfil my responsibilities as Chief Operating Officer at Sakti International Corporation in a loyal, confidential manner under the most trying of circumstances. During my tenure Sakti and its affiliates have profited greatly… I estimate the value of the holdings of the Group at US $80 million”
The letter goes on to explain in detail how, relying on an relationship based on close trust with Rahman, Boyert had gone to extreme personal financial risk and effort to rescue the failing business. In return Rahman had offered him a 50% stake in the profits, by then worth several million US dollars.
However, Boyert then explains his dismay when the Taib family reneged on the deal once the company was secure. In 2005 Rahman was replaced as sole Director by Taib’s Canadian son-in-law Sean Murray, who then proceded to sack Boyert without compensation.
Boyert brought a case for unfair dismissal and asked for his promised share of the profits. But, far from gaining Taib’s help and sympathy, Ross later said that the letter provoked a furious reaction against him.
http://www.sarawakreport.org/2010/10/taibs-former-us-aid-found-dead/
Ada satu peristiwa semasa Pas memerintah Terengganu yang saya tidak dapat lupakan. Ramai kakitangan kerajaan negeri ditukarkan dan digantikan tempat mereka dengan orang2 Pas.Standardlah tu, Umno pun buat perkara yang sama.
Bila ditanya, Ust Hadi menjawap - anggaplah itu sebagai takdir. Bila difikirkan, iya, memang takdir.Semuanya telah ditakdirkan.
Tapi bila Umno menang Tganu kembali dan bertindak serupa terhadap, Pas mengutuk habis2an sebagai tindakan zalim, tidak berperikemanusiaan. Kenapa tidak terima sebagai takdir ?
Rakyat perlu tampil ke depan memperbetulkan proses perundangan yang sudah menyimpang dari jalan yang sebenar.
Kita sudah sampai ke tahap kritikal: sistem pentadbiran dan perundangan kita di manipulasi begitu rupa sehingga orang awam yang tidak tahu undang-undang pun dapat menghidu sesuatu yang tak kena.
Masalah kita sekarang bukan masalah undang-undang; sebaliknya ia adalah masalah pelaksanaan.
Analogi kereta: orang lain pun bawa kereta yang sama tapi mereka tidak menghadapi masalah yang kita hadapi.
Dalam soal sistem – khususnya sistem perlembagaan Wesminster atau demokrasi berparlimen – kita lihat bagaimana negara yang lain, khususnya prototaip sistem di United Kingdom tidak mengalami masalah seperti kita. Begitu juga dengan Australia, New Zealand atau India.
Antara petanda menunjukkan bahawa sistem kita tidak kena ialah sikap mahkamah. Apabila terlalu banyak keputusan yang salah dan mengingkari perlembagaan dan keputusan itu sering menyebelahi kerajaan, itu satu isyarat jelas bahawa hakim-hakim tidak bebas dan takut.
Keadaan mahkamah sudah banyak kali membelakangkan perlembagaan; khususnya sebagaimana yang kita lihat dalam kes di Perak: antaranya apabila Mahkamah Persekutuan – melalui mendiang Hakim Datuk Augustine Paul – mengatakan Speaker tidak ada kuasa pemutus.
Sistem yang betul dan adil ialah apabila keputusan dibuat tanpa memikirkan nasib kerajaan memerintah. Inilah yang berlaku di negara-negara disebutkan tadi. Bagi mereka kerajaan datang dan pergi. Kerajaan boleh digantikan, lebih penting keadilan dilaksanakan.
Tetapi proses sedemikian hanya boleh berjalan sekiranya istana, mahkamah dan perkhidmatan awam sedar serta komited dengan peranan mereka. Ini semua penting dalam memastikan proses demokrasi berjalan lancar. Ini jelas tidak wujud di Malaysia dan rakyat perlu berbuat sesuatu untuk memperbetulkannya.
al-Falaq.
Kepada dinturtle kat atas, komen anda tentang Pentadbiran bulan sekejap di Terengganu itu BETUL.
Dinturtle yang dihormati,
PAS Terengganu memerlukan TERLALU BANYAK PENAMBAH BAIKKAN kerana mereka Mengsia-sia kan KARAMAH Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Perangai Kebanyakan Pemimpin peringkat Pertengahan mereka SALING TAK TUMPAH Seperti Musuh Politik mereka.
KERANA ITULAH ALLAH SWT MEMBERI PENGAJARAN BIARPUN TUAN GURU ABDUL HADI AWANG CUBA MELAKUKAN YANG TERBAIK. MAGIKA TUAN GURU ABDUL HADI AWANG TERHALANG OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PERINGKAT PERTENGAHAN YANG MEMENTINGKAN MERCEDES LAMPU BELALANG.
Kepada Putrarahman yang ambo kasihi,
JKM tu bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kami di bawah Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili yang mana mengendalikan Kes-kes Jenayah BerProfil Tinggi, Sederhana dan Kecil. Kami lah yang membantu Polis DiRaja Malaysia dan agensi-agensi penguat kuasa lain. Sebelum Publik tahu, kami lah yang mengetahui dulu.
Namun, ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI.
KERBAU DIPEGANG PADA TALI.
MANUSIA DIPEGANG PADA JANJI.
Janji Kami kepada Rakyat 1Malaysia, KAMI AKAN KORBANKAN SEGALA-GALA YANG ADA PADA KAMI, KEBENARAN DAN KEADILA AKAN DITEGAKKAN DI BUMI MALAYSIA YANG BERTUAH INI.
Syarat Nya,
Berikan Sokongan Padu buat KEPEMIMPINAN JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW Yang disambung (meneruskan legasi pemimpin terdahulu) oleh WALI ALLAH SWT tuan guru nik abdul aziz nik mat Yang diketuai oleh bakal Perdana Menteri Malaysia tuan guru abdul hadi awang DIDOKONG DUA IKON MASYARAKAT MAJMUK SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.
Puji dan Syukur tak Terhingga sdah barang tentu ke Hadrat ALLAH SWT PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Selawat dan Salam Istimewa buat Kekasih-NYA PENGHULU SEGALA RASUL PENERIMA MUKJIZAT TERAGUNG AL-QURANUL KARIM NABI MUHAMMAD SAW
1Malaysia: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
herman che mok
JKM Johor Bahru
Bersebelahan Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan RTM Johor
OPPOSITE OF FOON YEW SCHOOL
Persimpangan Jln Abd Samad-Jln Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
Daulat Tuanku al-Sultan Ibrahim.
ALLAHUAKBAR!
salam..
Rahmanputra...
" tetapi mereka merasakan bahawa peluang untuk Cina berkuasa selepas PRU13 nanti terbuka luas dengan kemenangan PR. Sebab itu mereka sokong PR termasuklah parti PAS".
Naka tanya sikit kalaulah cina menang semua kerusi parlimen yg dipertandingkan cukupkah untuk mereka memerintah? ,, cuba hang kira baik2 berapa kerusi dipertandingkan diseluruh malaysia berapa kerusi DAP dan kerusi PKR wakil cina..setahu aku apa DAP menang tu semua kerusi MCA dan Gerakan tak da pun kerusi kawasan melayu.. dapatkah berkuasa dgn kerusi cina tu aje..?
Cukuplah budaya menakut-nakutkan pengundi melayu ... PM Najib dah jawap, jangan anggap lagi kaum cina sebagai KAUM PENDATANG...
Kepada semua.
Mai kita besabor kejab. Semua kita memang nak menilai sokongan para pengundi.
Kita nak lihat orang melayu mahukan siapa diantara Umno dengan Pas.
Kita juga nak tengok orang cina pilih siapa diantara Umno dengan Pas.
Daaaan ... kita nak perati, apa yang Umno janji kepada orang melayu, daaaan ... apa pulak janji Umno kepada orang cina. Kita nak dengar. Kalau di PRK Hulu Selangor dulu, Umno kena kencing sebab bagi macam2 tapi depa beralih juga daripada BN. Kalau tak kerana Sungai Buaya, BN dah kena ngap dengan buaya dah.
Dan yang saaaangaaaat mustahak, dari situ kita dah boleh lebih kurang agak diantara perjuangan Umno dengan Pas, siapa sebenarnya yang akan menjadi pilihan rakyat pada PRU 13 nanti.
So kita tunggu keputusan PRK Galas.
Tak cukup dengan Galas, tak apa kita ada satu lagi PRK ... Batu Sapi menyusul selepas Galas.
Di Batu Sapi ada 2 benda kita nak nilai.
1. Secara tradisi dalam PR, Batu Sapi kawasan untuk PKR. Kita nak tengok adakah DAP akan beri laluan. Pas setakat tumpang2 saja di Batu Sapi.
2. PKR baru selesai pemilihan peringkat cabang. Macam2 yang kita dengar. Macam2 yang tak pernah terjadi, tapi telah terjadi .. baling kerusi, bergaduh, merusuh dan segala yang pelik2. Kita nak lihat adakah benda2 ini semua diambil kira oleh rakyat dalam memilih parti untuk menjadi kerajaan yang akan menerajui malaysia kelak.
Daaan yang paling paaaliiiing penting kita nak nilai:
" Kebijaksanaan Rakyat Memangkah "
"Antara petanda menunjukkan bahawa sistem kita tidak kena ialah sikap mahkamah. Apabila terlalu banyak keputusan yang salah dan mengingkari perlembagaan dan keputusan itu sering menyebelahi kerajaan, itu satu isyarat jelas bahawa hakim-hakim tidak bebas dan takut."
Anon, kes liwat DSAi apa cerita, dah berapa kali tangguh? Mahkamah memihak kepada kerajaan juge ke dalam kes ini?
Izam, saya tak kata memerintah tetapi berkuasa. Untuk berkuasa tidak semestinya menjadi pemerintah.
Din, memang benar apa yang dikatakan oleh saudara berkenaan pemimpin Terengganu. Mereka kurang mahir menguruskan kuasa yang mereka miliki tanpa disangka.
Aambo, saya ada sedare sorang yang kerja seperti saudara.
izam
" Cukuplah budaya menakut-nakutkan pengundi melayu ... "
Bukan nak menakut2kan, tapi nak mengingat2kan. Sebab orang melayu ni kekadang dia ghalit (lalai dan ambil rengan). Kita ni "mudah lupa" tapi orang lain tak mudah lupa.
Orang lain ... minta dan minta dan minta, desak dan desak dan desak, cuba dan cuba dan cuba ... tak berenti selagi tak dapat.
Orang kita ... minta sekali tak dapat, desak sekali orang buat tak heran, cuba sekali tak berjaya ... lepas tu senyaplah dan terus lupa.
Kita lebih banyak bersifat "defensive" sedangkan orang lain bersifat "offensive".
Hak Istimewa Melayu ... kita defensive
Penguasaan 30% ekonomi ... kita defensive
Sesekali kita kena offensive juga kut baru orang lain ada respect sikit dengan kita.
Hairan ye, kenapa Dr.RTee tidak menulis minggu ini?
Minta Dr.Tee bagi penjelasan sikit.
TQ
S: Mengapa Umno kelihatan konsisten membuat serangan?
Saya rasa serangan yang dibuat Umno menunjukkan mereka tidak ada akal, tidak ada isu dan tidak ada idea lagi.
Hanya kerana mereka mahukan pilihan raya nanti mereka ada kekuatan dengan sokongan kuasa dan media.
Mungkin pilihan raya umum akan diadakan lepas Mac depan (2011) saya rasa mungkin mereka buat persiapan, tetapi dengan cara ini ia boleh menjatuhkan Umno juga.
Saya rasa mereka benar-benar tertekan, mereka juga marah sangat sebab PAS dan DAP bekerjasama sangat erat.
Saya rasa kerjasama DAP-PAS sangat kuat bukan sahaja di peringkat atas tetapi lagi kuat di peringkat tengah dan bawah.
Sebab itulah mereka (Umno) merasa tertekan dengan situasi ini dan mereka rasa marah, mereka mahu pecahkan kita, mereka tarik PAS dengan cara perpaduan tetapi tidak berjaya, akhirnya mereka laga-lagakan PAS dan DAP dengan satu isu (Hudud) yang sudah selesai sebenarnya dahulu.
Mereka tidak berjaya buat, isu kalimah Allah mereka mainkan tidak jalan, isu judi sukan mereka jalankan tidak berjaya juga, sebab itulah mereka marah sangat kepada PAS dan DAP ini dan dia marah sangat kepada saya.
S: Pada pandangan saudara, mengapa Umno begitu marah pada saudara?
Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana 'judi bola', Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya.
Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak rugi, ini mereka boleh buat untuk 'election fund' (dana pilihan raya), dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk orang Cina.
Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini 'makan tau' (berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini berjudi sebagai budaya.
Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang Cina....(ketawa).
Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima.
Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini semua sudah terbalik.
Umno ini lain-lain perkara mereka tidak marah tetapi jika kita potong duit melalui judi mereka mereka akan marah sebab ini talian hayat mereka.
salam..
tokgaru,
Saya sangat2 setuju bila tuan mengatakan kita perlu bersikap offensive tapi dgn siapa yg sebenar kita perlu bersikap sedemikian? Adakah dgn PAS atau dgn MCA dan Gerakan? Apa yg saya dapati dalam media massa sekarang offensive (serangan) lebih menjurus kpd PAS bukannya dgn MCA yg desak bermacam2 hak melayu dari kerajaan. Sepatutnya umno perlu bersikap offensif dgn puak ini bukan dgn PAS.
Saya agak terkilan bila PM Najib berucap semasa perhimpunan Agung MCA baru2 ini menggunaka bahasa Inggeris. Apakah Cina MCA yg ingin hak samarata dgn melayu sudah tak faham bahasa kebangsaan ke.. sehingga PM terpaksa berucap dalam bahasa Inggeris.
Nampak gayanya sesama rakyat melaysia PM najib terpaksa guna bahasa inggeris takut org cina MCA tak faham bahasa melayu..apa nak buat bimbang kalau cakap bahasa melayu massage tak sampai...Slogan bahasa jiwa bangsa sudah menjadi angan2 saja la..mungkin kita defensif juga dalam soal bahasa..
Sdr Putrarahman, terima kasih kerana bertanya dan mengambil berat. Sebenarnya artikel sudah siap untuk dimasukkan ahad baru ni, tetapi Mingguan Malaysia tidak dapat siarkan, disebabkan oleh ruang yang terhad. Mengikut Mingguan, artikel tersebut akan disiarkan ahad ini. Justeru, saya hold dulu sehingga disiarkan pada hari ini.
putrarahman..
Uni pertahanan baru konvo last week..
mesti DRT bz..mgkn x smpt nak tulis..sy tahu bgmana sibuknya (bg staf U) bl U nak konvo..sbb kaitkan protokol dgn vvip..
tp ni agak sy la..ade sbb lain sy x tau.. :)
Salam Sdr Putrarahman dan sdr Aldan, terima kasih atas perhatian. Memang saya teramat sibuk minggu lalu dengan konvokesyen pertama universiti kami. Namun, sibuk macam mana sekalipun, saya sentiasa pastikan saya akan terus menulis. Ahad ini artikel akan keluar seperti biasa. Hari ini, saya siarkan artikel ini untuk tatapan semua.
Kepada anonymous
Posting jam 1234 dan 1235. Saya pasti sangat anda adalah Lim Guan Eng KM Pulau Pinang.
Cuma saya rasa teruja sikit kerana blog RT ini juga turut dibaca oleh orang2 besar dalam DAP.
Tapi saya rasa sedih kerana tak pernah jumpa tulisan orang2 besar dalam Pas masuk blog ini. Kalau ada pun dari Pas hanyalah gurkha2 kecil mereka sahaja.
Pasal judi memang saya setuju dengan anda. Saya pun hairan kenapa Umno takut sangat "to say no to judi".
Sebagai seorang melayu yang muslim, memang saya pun rasa sangat sedih dan malu.
Saya semenjak PR dapat Penang selepas PRU 12, belum sekali pun pergi lagi. Nak tanya saudara LGE,
1. macam mana situasi premis perjudian di Penang, ada kurang atau duk macam tu juga ? Sebab orang Pas kata anda tadbir Penang tiru cara Khalifah Abdul Aziz.
2. kelantan pun saya belum sampai lagi selepas PRU 12, tapi sudah 20 tahun bawah Pas, perintah ikut cara islam. Macam mana keadaan premis perjudian di kelantan. Apakah masih ada sikit2 lagi atau sudah tak ada langsung ?
Kalau saudara LGE tak senang nak jawab lain orang pun boleh. Saya tetap tunggu jawapan.
tokgaru sayang
lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan pusat.
Iaitu BN yang memerintah negara ini sejak 53 tahun lalu.
cuba check undang-undang di bawah ini :
a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948
Perlembagaan Persekutuan
JADUAL KESEMBILAN
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri
Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..
Senarai II—Senarai Negeri
(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.
Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.
Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.
Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis].
Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi.
Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.
Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..
Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan :
"Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"
Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini..
Dalam masyarakat kita, terlalu banyak unsur-unsur yang membawa kerosakan.
Salah satu daripada kerosakan itu ialah judi.
Namun, dalam beberapa keadaan tertentu 'industri' perjudian itulah antara yang kita tumpukan sekarang ini.
Industri perjudian terkait dengan lesen. Dan lesen perjudian pula ada berkait rapat dengan persetujuan daripada pemerintah di sesebuah negara terhadap industri itu.
Dan malangnya, orang Melayu Islam kita juga yang telah banyak menimbulkan masalah di dalam hal ini.
Ada beberapa cara untuk melenyapkan industri perjudian di Malaysia.
Pertamanya, JIKA parti Islam menang. Adapun kelemahan syor ini ialah, ianya tergantung kepada perkataan JIKA. Jika parti Islam kalah, maka industri judi akan berterusanlah hendaknya.
Cara kedua ialah dengan menggiatkan kempen agar rakyat kita, khasnya bangsa Melayu tidak lagi berjudi. Ini juga susah kerana tokoh-tokoh kenamaan kita juga berkenalan rapat dengan para tokoh kapitalis Magnum, Toto dan mereka pun ada kepentingan 'share'.
Lagi pula, mereka inilah yang akan menaja biaya untuk keperluan parti menjelang pilihan raya umum nanti. Maka, hubungan parti pemerintah dengan taukeh-taukeh judi ini seperti 'win-win situation'; pendekatan menang sama-sama menang.
Kesimpulannya, amalan berjudi, bertikam nombor ekor ini boleh menyebabkan seseorang itu tergelincir aqidah dan membawa kepada amalan syirik pula.
anon
"Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"
Undang2 dah ada, hukuman juga agak berat (kalau tak cukup berat pinda kepada minima RM3000 dan maksima RM10,000). Setidak2nya menggerun muslim2 yang ketagih judi.
Yang jadi masalah ialah tiada penguatkuasaan atau tidak berminat nak menguatkuasakan. Maka undang2 pun nampak cantik dan berkesan atas kertas saja lah.
Sedangkan penuatkuasaan undang2 lain rancak dijalankan.
Diantaranya : memandu melebihi had laju kena saman. memandu tanpa cukai jalan dan insuran kena saman. tak pakai tali pimggang atau topi keledar kena saman. hisap rokok tempat awam kena saman. jual rokok batang kena saman. terlupa pasang tanda amaran larangan merokok kena saman. dan macam2 lagi saman yang kena pada rakyat.
Tapi bila tiba bab judi... para penguatkuasa nampak lesu. Kenapa ? Kalau anggota penguatkuasa tu semuanya bukan islam.. ya kita boleh terima, tapi kita tahu yang jadi anggota penguatkuasa paling ramai adalah melayu. Makan gaji buta ke kamu ? Atau ada kekangan untuk melaksanakan tanggung jawab ?
Atau kamu juga bersubahat kerana sebab2 yang kamu sorang saja tahu ?
Dan paling mustahak, adakah Umno selama ini bernafas kerana bantuan daripada taukey2 judi ?
Awas Umno. Rakyat sekarang bukan macam rakyat dulu2. Parti2 politik ini kepada mereka macam orang berniaga kedai runcit saja. Jika mereka suka mereka akan masuk dan beli dari kedai anda tapi jika mereka tak suka mereka masuk dan beli di kedai lain.
Kami menegur kerana kami masih suka dan sayangkan Umno. Tapi kami juga tak jamin akan suka dan sayangkan Umno sampai kiamat.
Jadi jika Umno mau survive, tolong lah bertindak ikut kehendak rayat dan bukan ikut nafsu anda sendiri. Idea dan isu yang datang dari pembangkang tak semuanya "rubbish" dan "wild". Ia sebenarnya sesuatu yang berguna kepada Umno untuk mahasabah halatuju perjuangan supaya selari dengan kemahuan semasa rakyat.
Apabila kita berpuasa iaitu tidak makan, minum serta menjada disiplin agar kita insaf.
Untuk apa kita berpuasa? Untuk jadi baik, insaf serta ingat bahawa kita adalah hamba Tuhan.
Tapi sesetengah orang puasa tapi makan rasuah juga, puasa tapi balak rakyat ambil juga. Berpuasa matlamatnya hendak jadikan manusia baik, supaya insaf, jangan ambil harta orang, jangan cukai, jangan bebankan harga minyak naik. Setahun sekali bagi RM100 seorang kepada orang miskin tapi dia (Umno-BN) ambil RM10 juta.
Laporan World Economic Report mengatakan daya saing Malaysia jatuh lagi.
Rumusan Merill Lynch mengatakan tarikan Malaysia habis, tidak ada tarikan lagi, jatuh teruk. Bila jatuh orang tidak melabur, maknanya kerja kurang dan pengangguran meningkat.
Minyak untung satu tahun RM70 bilion tapi harga minyak tetap naik. Bila kita tanya Menteri dia kata naik sikit sahaja. Sikit bagi orang kaya yang gaji RM100,000 sebulan, naik RM1 tidak ada apa-apa kesan, bagi yang gaji RM1,000 sebulan naik RM10 ada kesan.
Sebab itu kalau nak jadi ketua kena fikir rakyat terbanyak, tengok rumah mereka, tengok tempat permainan mereka, tengok surau tempat ibadat mereka, tengok sekolah mereka, bukan sekolah untuk anak-anak orang besar, bukan rumah orang besar duduk. Baru boleh aman!
tokgaru sayang
sejauh manakah ahli-ahli UMNO mampu bermuhasabah mengakui beberapa kekurangan, kelemahan, kesilapan dan barangkali dosa-dosa mereka dengan Tuhan dan sesama manusia?
tahukah tokgaru bahawa bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad setelah PUAS nasihat, beliau marah. Puas marah, beliau merayu. Puas merayu, beliau menangis. Habis menangis, beliau berdoa.
ingatkah tokgaru, kata katanya, jika tidak dapat diperbetulkan, UMNO akan hancur dalam masa 10 atau 20 tahun.
apakah kini sudah 10 tahun berlalu?
sebenarnya tokgaru, beliau tidak mahu orang Melayu berjaya melalui jalan pintas. Beliau tidak mahu Melayu memberi dan menerima rasuah. Beliau tidak mahu UMNO menjadi parti korup.
apakah beliau telah berjaya?
Post a Comment