Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, September 26, 2010

Asas kemajuan umat

9:28 AM Posted by RIDHUAN TEE 125 comments
26 Sept 2010

Keperluan memahami keutamaan (prioriti) dalam dunia serba mencabar hari ini, adalah suatu yang mendesak jika umat Islam ingin maju, mampu bersaing dengan bangsa lain dan memartabatkan agama Islam tercinta. Untuk memahaminya, kita perlu mengetahui maslahat dan pembahagiannya seperti yang telah diadun dengan teliti oleh cendekiawan Islam.

Pertama, ad-dharuriyyat, keperluan utama manusia, satu kemestian, tanpanya manusia akan hancur. Misalnya menjaga kepentingan agama, termasuk kewajipan menyebar dan menjaganya dari ancaman musuh. Menjaga nyawa, dan kewajipan menjaganya dari segala jenis ancaman. Menjaga akal, bagi tujuan mengenal Allah dan menjaganya dari rosak, begitulah seterusnya dalam memahami keperluan lain.

Kedua, disebut sebagai al-hajiyyat, sesuatu perkara yang manusia boleh hidup tanpanya tetapi dalam keadaan yang amat sukar, seperti keperluan kepada tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. Ketiga, at-tahsiniyyat, perkara sampingan bagi manusia serta sebagai pelengkap dan hiasan, seperti keperluan rumah, kereta dan sebagainya. Dengan adanya kedua dan ketiga ini, hidup menjadi lebih sempurna dan lebih selesa serta dipandang tinggi.

Ketiga-tiga perkara ini penting, Islam tidak menolak salah satu, tetapi perlu difahami dengan jelas, susunan kepentingannya. Sejarah membuktikan bahwa keperluan memahami keutamaan atau prioriti dalam hidup adalah asas kejayaan kepada umat Islam. Jika tidak, umat Islam akan terus ketinggalan kerana tidak bertindak sepatutnya. Perkara yang penting tidak berikan perhatian, manakala yang kurang penting dilakukan bersungguh-sungguh. Dalam kata lain, perkara yang mendatangkan banyak pahala tidak direbut, sebaliknya yang sedikit pahala berebut-rebut, akhirnya kehidupan menjadi berserabut.

Umat Islam perlu sedar bahawa tanggungjawab memelihara Islam dan tuntutannya mesti ditunaikan dengan melupakan perbezaan latar belakang dan ideologi politik. Penerusan kecemerlangan Islam, bergantung kepada perpaduan umat Islam. Jika umat Islam berpecah belah, sudah tentu kesan terhadap Islam amat dirasai seperti hari ini. Kalau dahulu sebut sahaja Islam, agama ini amat digeruni, dengan maksud Islam amat dihargai dan dihormati.

Tetapi tidak kini, kedaulatan Islam mula diperlekehkan dan diperkotak-katikkan. Puncanya kerana umat sudah menjadi lemah. Perpaduan yang sepatutnya mengikat kuat umat Islam bertukar menjadi perpecahan yang nyata. Keutamaan meletakkan kepentingan Islam telah bertukar menjadi kepentingan meletakkan puak, suku, parti dan ideologi menguasai diri kita berbanding akidah itu sendiri. Kesannya, masalah tidak dapat diselesaikan, malah terus datang bertimpa-timpa.

Tagline Gagasan 1Malaysia, “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”, adalah contoh jelas dalam memahami keutamaan, bahawa rakyat perlu diutamakan dalam segala hal. Tanpa rakyat siapalah pemimpin, kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Itulah falsafah demokrasi yang saya fikir tidak bercanggah dengan sumber ajaran Islam jika diurus dengan baik berpandukan perlembagaan.

Malangnya, ketika Perdana Menteri mengajak rakyat memahami keutamaan, masih ramai umat Islam lebih menekankan hal remeh temeh daripada isu pokok. Lebih memahami perkara sunat dari fardu. Terlalu memahami fardu kifayah sehingga terlepas pandang fardu ain. Terlalu menjaga hak peribadi sehingga melupakan kepentingan jamaah. Memperbesarkan perkara kecil sehingga tertinggal perkara besar. Terlalu menekan agenda masa kini sehingga terlupa akan agenda masa hadapan.

Apabila perkara asas ini tidak difahami maka apabila berlaku pertembungan Umat Islam seolah-olah hilang punca. Mereka tidak tahu memilih, sebab sudah timbul rasa was-was. Akhirnya, terpilih perkara yang kurang mendatangkan manfaat. Mereka lebih memilih untuk berpecah dari bersatu. Maka hari ini, suka atau tidak, umat Islam mesti bijak memilih keutamaan.

Pertama, kepentingan maslahat umat Islam secara keseluruhan lebih utama daripada puak atau kelompok atau parti. Kita tidak boleh terlalu taksub kepada satu-satu parti atau ideologi sehingga melupakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya. Faedah yang dinikmati oleh ramai diutamakan dari maslahat yang hanya dinikmati oleh seorang atau kumpulan yang lebih kecil. Cukuplah pengajaran yang kita lalui, kalau dahulu Dasar Ekonomi Baru dikatakan hanya memperkayakan segelintir golongan, sudah tentu kita mahu melihat Model Ekonomi Baru yang bakal dilaksanakan dapat memakmurkan keseluruhan rakyat bersumberkan perlembagaan, tanpa ada yang tersisih.

Kita perlu melakukan sesuatu yang sudah jelas sumbernya daripada melakukan sesuatu ikut-ikutan yang kita sendiri tidak tahu asal-usul sumber ilmunya. Begitu juga mengutamakan ilmu yang jelas daripada ilmu yang tidak jelas atau masih kabur. Dalam kata lain, maslahat yang yakin boleh dicapai diutamakan dari maslahat yang masih samar. Maslahat yang lebih besar kesannya diutamakan dari yang kecil kesannya. Maslahat yang boleh berkekalan diutamakan dari maslahat yang terputus dan cepat hilangnya. Maslahat masa depan yang diyakini diutamakan dari maslahat semasa yang lemah. Maslahat akhirat di utamakan dari maslahat dunia. Semuanya ini boleh diadun dalam gagasan 1Malaysia jika benar-benar kita mahu melihat ia berjaya dilaksanakan.

Sudah tentu dalam hal ini, ilmu, pengalaman dan kepakaran yang didasari al-Quran dan Sunnah diperlukan bagi menentukan tahap keseriusan sesuatu keburukan yang mungkin timbul daripada sesuatu tindakan. Ini kerana, sebagaimana kebaikan yang berbeza-beza tingkat kekuatannya, demikian juga keburukan yang berbeza tingkatan kesan keseriusannya.

Maka setelah penentuan tahap keseriusan mudarat dibuat, kaedah berikut boleh digunakan pakai apabila berlaku pertembungan dalam dua jenis mudarat. Islam menggariskan beberapa kaedah dalam menyelesaikan pertembungan ini. Misalnya, bila mana haram (mudarat) bertemu haram (mudarat), yang manakah lebih haram (mudarat)? Antara menyentuh makan babi dengan makan rasuah. Sudah tentu implikasi makan rasuah atau makan riba, lebih buruk daripada makan babi, sebab makan babi melibatkan dosa individu, sedangkan makan rasuah melibatkan orang ramai dan boleh meruntuhkan agama dan negara, sehingga sampai ke tahap boleh diperangi.

Sama juga halnya apabila makruh bertemu makruh yang mendekati haram. Antara makan bawang, makan petai atau jering dengan menghisap rokok yang masih dikategorikan hukumnya makruh, walaupun hukum sebenar adalah haram. Sudah tentu merokok mesti ditinggalkan daripada memakan petai atau jering. Malah tidak ada siapa yang akan melarang kita makan jering dan petai berkati-katipun, kerana mudarat mudarat hampir tiada, cuma baunya yang kurang menyenangkan, berbanding rokok yang sudah tentu memudaratkan hingga ke akar umbi. Malangnya peringatan demi peringatan diberikan, umat Islam masih memilih rokok.

Umat Islam tidak ketandusan dari segi bilangannya, ramai, tetapi tidak berkualiti, lebih memilih rokok dari makanan yang kurang memudaratkan. Justeru, keutamaan kualiti lebih utama berbanding kuantiti. Kita tidak mahu melihat umat Islam bilangannya laksana buih di waktu banjir, banyak, tetapi kosong. Biarlah sedikit seperti bilangan umat Islam dalam Perang Badar, namun perpaduannya amat mantap sehingga boleh mengalahkan musuh yang begitu ramai. Hari ini bilangan kita terlalu ramai, sudahlah kurang berkualiti, ditambah lagi dengan perpecahan yang tidak seolah-olah tiada penghujung. Perkara titik bengik diperbesarkan. Bacalah ingatan Allah SWT dalam surah al-Ankabut:63 ; al-‘Araf: 187 ; al-Baqarah: 243 ; al-An’am : 116 2, Shod: 24; Anfal:26 ; Hud: 116.

Dalam menyelesaikan kemelut keutamaan ini, sudah tentu memerlukan kepada kekuatan ilmu. Tanpa ilmu semua perkara tidak menjadi. Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan. Keutamaan ilmu sudah tentu mengatasi amal. Beramal tanpa ilmu akan menyebabkan kesesatan.

Lantaran itu, Islam amat menekankan keutamaan memahami berbanding hafalan. Bila ada kefahaman, kita akan menjadi lebih teliti. Keputusan yang dibuat lebih tepat daripada membuat perubahan tergesa-gesa atau mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz lagi kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan. “Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik), maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah”. Begitulah indahnya bagaimana Islam menangani sesuatu isu mengikut keutamaan. Alangkah baiknya jika umat Islam dapat memahami. Setiap kali timbul masalah, ajaklah berdialog daripada keji mengeji atau hina menghina. Janganlah ditolak jemputan ini sebelum bersemuka.

Keutamaan berdialog dengan orang yang jahil dari terus mengenepikan mereka dan menyerang mereka dengan makian dan cacian. Inilah kaedah yang perlu difahami oleh umat Islam hari ini.
Keutamaan mengislah muslim lebih utama berbanding dakwah non-muslim. Apalah ertinya dakwah berkembang jika umat Islam terus berpecah dan bergaduh sesama sendiri sehingga boleh menggugat kedaulatan agama dan negara. Biarlah kita mulakan sedikit asalkan berterusan (istiqamah) daripada mula secara agresif tetapi terputus-putus. Sabda Rasulullah, sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

Sabda Rasulullah SAW lagi, adakah kamu ingin aku sebutkan apakah amalan yang terlebih baik dari darjat solat (sunat seorang diri) dan puasa dan sedekah? Itulah usaha pemurnian kefahaman Islam dalam ahli keluarga dan sahabat handai, sesungguhnya kerosakan kefahaman mereka adalah pencukur.

Jika kita memahami keutamaan, kita tidaklah seteruk perpecahan yang berlaku hari ini. Kita lebih mengutamakan orang lain dari orang sendiri. Semua ini boleh berlaku jika kita mempunyai keupayaan intelektual (ilmu) yang tinggi. Teringat saya bila membaca buku Syed Hussein Alatas, bertajuk Mitos Pribumi Malas, antara punca umat Islam (Melayu) lemah, disebabkan oleh pemimpinnya lemah, tidak ada daya intelektual, yang ada hanya pengampu dan pembodek. Justeru, sudah sampai masa umat Islam membezakan keutamaan ini supaya boleh bangun menjadi bangsa hebat dan digeruni. Pada saya, kewajipannya sudah sampai ke tahap ad-dharuriyyat.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

125 comments:

n.ajis said...

Al-Quran menyuruh kita "berlemah-lembut sesama mukminin dan bersikap tegas dengan golongan kafir".

Tapi, sesetengah puak yang konon mendokong Islam melakukan sebaliknya.

Sesama Muslim dimaki hamun dan diperangi bahkan didoakan kemusnahan manakala golongan kafir yang secara terang menentang Islam dihulurkan tangan persahabatan demi kepentingan politik kepartian dan taksub.

Lebih malang, gerakan mengkafirkan dan memusuhi habis-habisian sesama Muslim didalangi seorang yang mendakwa diri tokguru.

tokguru ini menyangka melakukan kebaikan atas nama agama sedangkan dia melakukan khianat kepada umat Islam.

Mungkin inilah golongan yang nampak kuat agama tapi sebenarnya masuk neraka!

tokgaru said...

Setuju dengan n.ajis

Memang macam tu lah dunia islam di malaysia ini. Tempat lain saya tak tau lah.

Apa saja yang keluar dari mulut orang yang bergelar tok guru, semuanya betul, semuanya dari hadis, semuanya dari quran. tok guru di katakan pewaris nabi, tak percaya tok guru maknanya tak percaya nabi, tak percaya nabi tak dapat syafaat, tak dapat syafaat tak bau syurga lah jawabnya.

So apa kita nak buat. Cuma yang boleh saya kata ialah tuhan bagi kita akal, maka gunakan lah akal itu untuk buat pertimbangan sebelum mengundi.

Sebab itu saya selalu duk seru : Jangan mengundi ikut orang suruh (pemimpin parti atau tok guru), tapi undi ikut kepala masing2. Lu ingat apa yang baik dan boleh kasi senang sama lu punya kehidupan .. haa undi yang itu lah. Senang macam tu.

Depa nak kempen, lantak depa lah. Depa nak hulor, sapu saja ler bukannya duit poket depa atau duit rakyat (itu duit tokey2 yang ada kepentingan).

asyMok_Aambo said...

ihdinassiratul mustakim.

TAHNIAH RIDHUAN TEE.
GOOD POINT.

Anda Seharusnya Menjadi Para Pendokong KEPEMIMPINAN WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN IS A PERFECT QUOTE.

Ayuh Bangsa 1Malaysia Berikan Sokongan Padu Buat Kepemimpinan WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT diketuai bakal Perdana Menteri Malaysia TUAN GURU ABDUL HADI AWANG diimbangi DUA IKON Masyarakat Majmuk SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.

Najib Razak dan Nazri Aziz TERUSKAN AGENDA 1Malaysia.

Apa itu TAQWA?

1. RENDAH DIRI
2. SYUKUR
3. HATI-HATI
4. YAKIN DAN PERCAYA (IMAN)

Wahai Pendukung Kebenaran dan Keadilan, Sila Ambil Peranan Masing-masing.....

SAATNYA HAMPIR TIBA!

Mereka Merancang..
ALLAH SWT MAHA MASTERMIND

makaru wamakarallah!


innama amruhu idzaa arasyaian anyyaqulalahu KUN FAYAKUUN.



herman che mok
JKMJB
opposite of Foon Yew School
next to RTM Johor & Jab. Kesihatan JB
Persimpangan Jalan Abd Samad-Jalan Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM.

tokgaru said...

Kata Ustaz RT

" Kita lebih mengutamakan orang lain dari orang sendiri "

Saya nak tambah lagi :

1. Kita lebih percaya orang lain daripada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita.
2. Kita lebih rela berpakat dengan orang lain yang tidak sebangsa dan seagama dengan kita.
3. Kita sanggup berkongsi dengan orang lain yang tak sebangsa dan seagama dengan kita.
4. Pemimpin kita sanggup berhempas pulas menunaikan permintaan dan tuntutan orang lain daripada menunaikan permintaan dan tuntutan orang sendiri yang sebangsa dan seagama.
5. Kita tak rasa sedih dan tak rasa terhina melihat bangsa kita hidup seadanya di tanah air sendiri, dan kita juga tak rasa cemburu dan irihati melihat kejayaan dan kekayaan bangsa lain.
6. Kita tak rasa apa2 bila melihat para peniaga melayu menumpang meniaga di atas longkang di lorong2 belakang di tepi bangunan perniagaan bertingkat milik bangsa lain. Dalam keadaan kita masih berkuasa, keadaannya sudah sebegitu rupa, cuba bayangkan bagaimana keadaannya kalau orang lain memiliki kuasa kaeatas kita.

Abdullah Ngah said...

Sesetengah berpendapat umat Islam miskin dengan agama, sebab itu tidak majujaya.

Saya berani mengatakan orang Melayu (umat islam) yang ada hari ini umat Islam yang tidak patuh dengan perintah.

Mereka lebih patuh kepada perintah syaitan dan iblis.

Apabila tak patuh dengan perintah,macam mana hendak di anugerahkan kecemerlangan dan kebahagiaan.

Tak patuh pada perintah ibubapa juga akan membuat anak anak tidak mendapat keberkatan.

Demikianlah dengan orang melayu sekarang ini.

Tak kurang juga yang menyalahkan agama yang mereka anuti, wal hal agama Islam itulah sebagai pendoman.

Islam tak lemah yang lemah ialah manusia punca segala kecelakaan yang berlaku bermaharajalela kini.

JayBosS said...

Menghayati tulisan Dr RT 'Asas kemajuan umat' ternyata bukan calang calang ilham keilmuannya. Pemerhatiannya memfokuskan segenap sudut demi kemajuan umat hanya 'jauhari mengenal maknikam'.

Pemimpin yang terpilih oleh suara terbanyak lantaran demokrasi, tidak seharusnya mendabik dada menafikan hak rakyat, hak asasi dan hak pengundi. Hak dan keistimewaan melayu beragama Islam sudah pun terpahat dalam perlembagaan. Hak kaum lain tidak perlu dipertikaikan. Hak pengundi mewakili demokrasi menjadi hak asasi menentukan kesejahteraan dan kemajuan umat manusia senegara.

Kedaulatan sesebuah negara bukan sekadar untuk dibangga banggakan. Mempertahankan kerukunan kehidupan didalam sebuah negara yang merdeka adalah tanggungan dan tuntutan kepada setiap pemimpin dan rakyatnya.

Sudah menjadi resam kehidupan di dunia ini, semua yang terjadi ada nikmatnya.

Keceluparan, kebiadapan dan semua rasis kedurjanaan menghina melayu dan Islam, melahirkan semangat jatidiri Kemelayuan dan Keislaman. Maki hamun, lontaran kekesatan bahasa yang menghiasi bibir mesra jiwa parah, membangkitkan keinsafan dalam diri yang serba naif ini.

Mengapa pemimpin yang kita pilih mendominasi lalu mendiskriminasi bagi mendemokrasikan nafsunya sendiri? Mereka yang diatas adalah pemimpin, kami yang dibawah ini adalah rakyat. Semua rakyat warganegara Malaysia wajib menyampaikan dan memperingatkan diri sendiri serta lima orang disekelilingnya hak kita sebagai rakyat Malaysia.

Tiada masa untuk bermalas malas, tercengang bangang, tunggu dan lihat. Sesungguhnya kita dalam kerugian yang nyata. Seorang rakyat Malaysia yang bertanggung jawab tentulah tidak susah untuk menangani lima orang temannya yang berlainan agama, bangsa dan ideologi. Setiap detik, setiap saat dan dimana sahaja bumi dipijak disitulah perdebatkan kebenaran yang hakiki.

Islam amat indah semestinya untuk semua umat di dunia ini. Bangsa Melayu amat bersopan dari itu hargai, hormati dan sayangi demi Malaysia. Agama Islam hanya ada satu kepercayaan. Orang Melayu juga hanya ada satu perjuangan, demi bangsa dan tanah airnya.....

anonymous said...

Dalam menjamin keharmonian hidup masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, PAS sentiasa mengambil pendekatan seperti dianjur Islam.

PAS berpendirian seperti apa yang pernah diungkap sahabat nabi, Saidina Ali iaitu "Orang Islam adalah saudara seiman, orang bukan Islam adalah saudara seinsan".

Itulah keindahan Islam, itulah perjuangan PAS dan itulah beza kita dengan Umno.

PAS sentiasa menghormati kaum lain kerana mereka juga mempunyai jasa terhadap negara.

PAS juga telah membuktikan pengiktirafannya kepada kaum lain dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kaum Cina dan India.

Sesungguhnya PAS belum pun memerintah negara, Melayu dan Islam sekarang sudah berada dalam keadaan terancam.

Ini adalah akibat kegagalan Umno kerana tidak termaktub pun dekat mana-mana bahawa perjuangan mereka adalah memperjuangkan agama Allah.

Berbeza dengan Umno, PAS menakrifkan politik sebagai mengurus dan membawa rakyat lebih dekat dengan kebaikan.

tokgaru said...

Kepada anonymous.

Tolong elaborate sikit hal yang di bawah ini :

" Ini adalah akibat kegagalan Umno kerana tidak termaktub pun dekat mana-mana bahawa perjuangan mereka adalah memperjuangkan agama Allah "

Perjuangan yang mana yang dikatakan memperjuangkan agama Allah.

Tolong lah, saya ni cetek agama dan tahu agama pun setakat yang basic saja.

tokgaru said...

Pas-DAP - Siapa kenakan siapa ?

Pas sebenarnya tertipu dengan pengakuan DAP bahawa mereka dah mula menyokong perjuangan Pas. Orang yang duduk dalam Pas tak nampak. Tapi kita yang duduk di luar ni nampak.

DAP terpaksa berpura2 mengaku menyokong perjuangan Pas. Kerana hanya itu saja lah cara yang ada untuk memujuk melayu supaya menjatuhkan melayu.

Umno tak akan tergugat jika Pas tidak berada dalam PR, kerana tanpa Pas DAP tak akan jadi kuat dan tak mungkin mampu menambah bilangan kerusi seperti yang ada hari ini selepas PRU12. DAP tahu tentang perkara ini, tapi Pas tak sedar bahawa dia dijadikan alat oleh DAP.

Dalam hati pemimpin Pas, mereka fikir mereka sebenarnya yang mempergunakan DAP. Apa pun kita tunggu dan lihat saja lah kesudahan drama ini.

tokgaru said...

Ada orang jadikan benda ni satu isu :

" Program bantuan sumbangan wang tunai Warga Emas & Miskin tegar di Pulau Pinang menggunakan wang judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang "

Banyak beb, RM500,000.

Ada orang yang mempertikaikan. Itu lah manusia. Dibagi salah tak bagi pun salah. Ditolong salah tak tolong lagi lah salah.

Terima dan anggap lah itu sebagai satu kebajikan orang kepada kita. Jangan pula nak bersusah payah duk korek dan tanya " eh duit yang hang derma dekat aku ni hang dapat dari mana, sumber halal atau haram kah "

Apa pun aku sebagai manusia yang pada setiap masa reti berterima kasih kepada sesama manusia, rasa itu adalah sosial comitment Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada mereka2 yang tak bernasib baik. Hendaklah lain2 kelab yang seakan2nya pun turut melakukan perkara yang sama. Setidak2nya kehadiran anda ada juga sumbangan kebaikan kepada masyarakat.

n.ajis said...

Sumbangan Warga Emas Guna Wang Judi, Halal atau Haram?

Apa fatwa tokguru PAS?

Bergantung pada siapa yang buat.

Jika UMNO buat, haram.

Jika DAP/PKR buat, halal.

Nauzubillah dari kejahatan tokguru.

izam said...

Salam...

Pertama sekali Rizal Merican kata LGE bagi duit judi kepada org islam miskin tapi bila LGE buktikan duit sumbangan utk org islam adalah bukan dari sumber judi dia tukar dakwaannya kpd warga tua miskin.(Malu la tu sebab dah nampak niat jahatnya tu...)

Aku nak nak tanya sikit siapa yg keluarkan lesen judi lumba kuda di P.Pinang tu...PR ke BN (yang ditunggangi UMNO)

Cukai2 judi yang dikutip oleh BN tu diagih kpd rakyat tu bersih ke..

Duit2 rasuah yg berlaku semasa Pilihanraya tu halal ke...

Parti yg terkenal dengan pemimpin rasuah dan salah guna kuasa nak tunjuk bagus... pirah....(Rasuah dulu...kini dan selamanya...)

anonymous said...

Siapakah yang meluluskan lesen judi?

Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam!

Siapakah yang tarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)?

Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quran kenal adab, adalah pemimpin Umno!

Dasar Umno jadikan Melayu, Islam lemah.

Aldan said...

spt tok garu, sy juga setuju dgn kata n.ajis..

asalnya mereka cuba tunjukkan yg mereka lebih alim dan lebih baik dari UMNO..

tp sejak bersekongkol dgn DAP ni, 2x5 je, malah kdg2 lebih teruk lagi..worst mat saleh ckp..

anonymous said...

Betulkah kuasa dan suara Melayu akan hilang sekiranya pembangkang menguasai kerajaan?

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negara, maka kuasa Melayu tidak akan hilang, sebaliknya kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan terhapus dari persada politik negara ini.

Dalam negara sendiri contoh yang ada di depan mata boleh digunakan sebagai fakta. Di negeri Kelantan contohnya yang hilang kuasa adalah Umno dan BN apabila PAS memerintah negeri tersebut lebih dari 20 tahun.

Begitu juga dengan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kuasa Melayu dan suara Melayu tidak hilang. Hanya yang hilang ialah kuasa dan suara Umno serta BN yang selama ini tidak pernah mengakui kekalahan mereka.

Aldan said...

di perak?

izam said...

Di perak?

Jawapannya di Perak Dr zamri beri beri tanah untuk sekolah cina seluas 1000 ekar. Dalam masa dr riduan ingin sekolah kebangsaaan diperkasakan pemimpin Umno beri tanah untuk sekolah cina...aku tak dengar pun pencebok2 umno ungkitkan..tapi kalau Ir nizar yang bagi siap kena bantai oleh media pencacai..

Itulah contoh yg paling nyata manusia munafik..

Aldan said...

jadi xde beza la..

dr zambry buat..
IR nizar pun buat..

so time to change?

izam said...

Aku nak utarakan hal yang berkaitan dengan ultrakiasu.

yang terbaharu sekarang MCA menteri pengangkutan keluarkan surat arahan kepada JPJ supaya plate no. pendaftaran MCA (negeri melaka)hanya untuk hali MCA sahaja. Dengan kata lain jika sesiapa yang berminat plate MCA tetapi bukan ahli MCA hanya boleh bermimpi saja..walaupun meletak tender yg tinggi.

Apakah ini bukan ultrakiasu..mengapakah umno tidak membantah kerana tender no. pendaftaran adalah salah satu pendapatan kepada kerajaan melaysia... jawapannya ialah MCA tidak perlu berbincang dengan UMNO dalam mengeluarkan arahan kepada agensi kerajaan kerana mereka yg ada dalam umno ni dah tak da telur.

Apa yg paling melucukan ialah meraka yg begitu hebat memaki hamun ultra kiasu tak juga bersuara sebab MCA adalah teman bersekedudukan UMNO...yg seterusnya melahirkan anak2 haram yg tak faham artikal 152/153 perlembagaan persekutuan.

minta komen dari pencebok2 umno...

Aldan said...

sama dgn salah guna kuasa DAP, salah guna kuasa MCA pun kita x terima..kalau x buat apa utusan nak reveal cerita tu?..

tokgaru said...

Saudara Izam

Isu Plet Kenderaan " MCA "

" mengapakah umno tidak membantah kerana tender no. pendaftaran adalah salah satu pendapatan kepada kerajaan melaysia... jawapannya ialah MCA tidak perlu berbincang dengan UMNO dalam mengeluarkan arahan kepada agensi kerajaan kerana mereka yg ada dalam umno ni dah tak da telur "

Satu pertanyaan berserta dengan jawapannya sekali ... cukup bagus.

Dalam kebanyakan keadaan saya setuju dengan Umno, tapi ada masa saya tak boleh nak paksa diri ini supaya setuju dengan Umno.

Memang betul kementerian pengakutan tu menterinya cina MCA. Tapi perdana menterinya melayu Umno.

Adakah waktu depa nak buat benda tu depa tak rujuk kepada PM dulu. Atau depa main bedal ikut suka saja.

Atau boleh jadi depa rujuk kepada PM dan berkata dengan tegas, walau apa pun kami nak plet MCA ni 100% tidak dibuka kepada umum... kalau nak MCA terus bersama dengan Umno.

Kita percaya PM tahu dan Umno tahu tentang benda ni. PM sedar kalau tak dibuka untuk tender maka kerajaan akan hilang pendapatan.

Hendak tak hendak depa (Umno) buat diam sajalah dengan harapan benda ni tak meletup. Tapi mulut manusia, bukan senang nak ditutup.

Kata awak Izam " mereka yang ada dalam Umno ni dah tak ada teloq "

Betui ! Betui !! .. pada masa Pak Lah dan sekarang ini la.

Masa zaman Tun Mahathir dulu .. Umno ada teloq dan jika di eram boleh menetas dan jadi anak Umno lagi.

Kalau awak nak tahu masa zaman Pak Lah jadi PM, dia eramkan teloq Umno tapi bila menetas jadi PKR. Yang itu lah ni duk tokak balik Umno dan orang2 melayu. Lingkup ...

putrarahman said...

"Antara menyentuh makan babi dengan makan rasuah. Sudah tentu implikasi makan rasuah atau makan riba, lebih buruk daripada makan babi, sebab makan babi melibatkan dosa individu, sedangkan makan rasuah melibatkan orang ramai dan boleh meruntuhkan agama dan negara, sehingga sampai ke tahap boleh diperangi."

Kepada orang Islam yang makan rasuah, ingatlah akan pesanan dan juga gambaran yang diberikan oleh DR T ini. Makan babi itu sudah dikira seburuk-buruk perangai bagi orang Islam, tetapi makan rasuah itu rupa-rupanya lebih buruk lagi.

Samalah juga dengan memfitnah ataupun mengata perkara yang tidak benar terhadap individu lain lebih buruk berbanding dengan berzina. Kalau benar dinamakan mengumpat dan kalau tidak benar sesuatu berita yang disampaikan itu dinamakan fitnah. Mengumpat pun suatu kesalahan yang berat juga di sisi Islam.

Ramai yang mengumpat dan memfitnah dalam ruangan komen DR T ini.

Kepada DR T, saya pinta mana-mana posting komen yang boleh dikategori mengumpat atau memfitnah seperti banyak kedapatan di dalam komen-komen posting sebelum ini dibatalkan sahaja kerana jika dibiarkan, bimbang DR T juga dikira bersubahat membiarkan prkara ini berlaku sedangkan DR T ada kuasa untuk mencegah kemungkaran tersebut. Contohnya komen yang terang-terang mengumpat dan menfitnah Tun Mahathir oleh para pemimpin PAS dan PKR.

Ahmad Tajuddin said...

Masa zaman Tun Mahathir dulu .. Umno ada teloq dan jika di eram boleh...?

Biar betui...

Karier politik Mahathir bin Mohamad penuh dengan insiden-insiden kontroversi. Puncanya ialah sikap dan pegangan hidup Mahathir sendiri.

Walaupun satu demi satu kontrovesi yang dicetuskannya rakyat Malaysia secara umum masih dapat mengenepikan penindasan dan ketidakadilan angkara Mahathir terutamanya sepanjang 17 tahun pemerintahannya.

Namun begitu kezaliman ke atas sesama manusia tidak akan lenyap begitu saja tanpa mendapat penghukuman di dunia ini.

Sejarah penuh dengan contoh-contoh bagaimana diktator-diktator menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan hina.

Tragedi pemecatan Sdr Anwar Ibrahim dengan cara paling mengaibkan dan tindakan yang zalim terhadap beliau telah memberi kejutan kepada hampir semua rakyat Malaysia.

Mungkin rakyat Malaysia masih boleh memaafkan Mahathir sebelum malaikat maut mencabut nyawanya supaya dia dapat menemui ajalnya sebagai seorang Muslim.

Akan tetapi rakyat tidak mungkin dapat melupakan kekejaman rejim Mahathir.

Bak kata orang-orang Yahudi yang terselamat dari Holocaust, pembersihan etnik oleh Hitler, "To forgive, yes but to forget, never!"

putrarahman said...

Setiap perkara yang berlaku itu mempunyai rahmatnya tersendiri. Orang Islam kebanyakkannya mempercayai perkara ini. Namun demikian, kenapa segelintir umat Islam yang mengaku sebagai pemimpin Islam yang kononnya mejiwai perjuangan Islam tidak pernah mahu mencari dan membuat penilaian akan rahmat disebalik pemecatan DSAI.

Kepada Pemimpin PKR, sepatutnya mereka adalah insan yang paling bersyukur kerana ekoran pemecatan DSAI, maka tertubuhnya PKR. Adakah mereka fikir, tanpa adanya pemecatan itu, Parti PKR akan wujud. Adakah mereka pernash berfikir, jika tidak ada pemecatan itu, Penang, Selangor, Perak (suatu ketika), Kedah akan berjaya dikuasai oleh PR. Adakah,mereka adalah golongan yang malas berfikir?.

Semua nikmat dan rahmat ini mereka perolehi hasil daripada pemecatan DSAI pada 1998. Sepatutnya mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada TDM kerana memecat DSAI. Sekarang ini, kes DSAi sedang berjalan dan saya percaya, jika ditakdirkan DSAI kalah dalam pembicaraan ini, rahmat besar akan menanti PKR dan PR amnya.

Ahmad Tajuddin said...

Adakah nikmat dan rahmat dirasai juga sehingga ke pemecatan DSAI dengan adanya permusuhan dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman?

Apakah anda begitu mudah terlupa dengan dendam kesumat Mahathir terhadap Almarhum Tunku memuncak apabila dia mengalami kekalahan kepada calon PAS, Haji Yusof Rawa pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar?

Kemarahan Mahathir menjelma dengan rupa sepucuk surat terbuka kepada Almarhum Tunku bertarikh 17hb Jun 1969.

Mahathir membidas Tunku dengan hebat kerana dia yakin sesungguhnya Tunkulah yang menyebabkan karier politiknya berkecai.

Surat biadap ini kemudiannya disusuli dengan buku, "The Malay Dilema" yang ditulis dalam bahasa kebanggaan Mahathir, bahasa Inggeris.

Di dalam bab 2 buku ini bertajuk "Di Mana Silapnya?" Mahathir menghentam Almarhum Tunku habis-habisan.

Almarhum Tunku pernah melabel Mahathir sebagai seorang "ultra" (pelampau).

Mahathir sememangnya melampau kerana tidak memperdulikan adab dan kesopanan budaya orang Melayu.

Cara Mahathir membidas Tunku dapat digolongkan sebagai biadab. Mungkin saki-baki pengaruh Keling Tongkang masih menebal di dalam jiwa Mahathir ketika itu.

Mahathir seorang lelaki yang terlalu marah ketika itu. Dia menghina Tunku dengan mengatakan Tunku sudah nyanyuk pada usia 60an.

Kini gilirannya untuk dipanggil "nyanyuk" pada usia 84 tahun.

Mahathir menganggap "The Happiest Prime Minister in the World" sudah "out of touch with reality".

Sekarang "The Most Arrogant Former Prime Minister in the World" ini hidup dalam alam fantasi yang penuh dengan kebatilan.

Mahathir dengan keras memberitahu Tunku bahwa "tak-kanlah yang ramai itu sentiasa salah" tetapi dia tidak mahu menerima kenyataan bahwa "yang ramai" itu sudah hilang kepercayaan dan hormat kepadanya.

Sudah adapun sepanduk yang berbunyi "Mahathir Butuh" diangkat oleh penduduk Kampung Baru.

Mahathir mendesak supaya Tunku segera meletakkan jawatan kerana orang Melayu sudah tidak menyokongnya.

Almarhum Tunku menyahut desakan rakyat dan berundur dengan cara terhormat. Akan tetapi Mahathir sungguh "recalcitrant" (keras kepala) walaupun hampir setiap minggu rakyat melaungkan slogan "Undur, Mahathir, Undur".

Bekas Perdana Menteri Australia, Paul Keating tidak mengeluarkan perkataan kurang sopan tersebut tanpa alasan.

Semasa UMNO diharamkan Almarhum Tunku telah menyokong Team B dalam cubaan menubuhkan parti baru, UMNO Malaysia.

Tunku tidak rela bersekongkol dengan Mahathir yang terkenal dengan sikap "ultra"nya.

Begitu juga sikap Tunku semasa berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara yang dihormati, Tun Salleh Abbas. Tunku bermurah hati menulis kata-kata aluan buku "May Day for Justice" yang membicarakan isu pemecatan tersebut.

anon said...

KUALA LUMPUR, Sept 27, 2010 (AFP) – British tycoon Richard Branson said Monday that the ongoing sodomy trial against opposition leader Anwar Ibrahim was discouraging investors from coming to Malaysia.

"Malaysia has a good reputation overseas. (But) what is happening to politician Anwar Ibrahim damages Malaysia a lot," he said at an investment conference in Kuala Lumpur.

"I think it is not a major issue but it is definitely a thorn. I think this has gone on for a long, long time. It looks bad overseas."

Anwar, a former deputy premier who was sacked and jailed on separate sex and corruption counts a decade ago, has said that the new allegations -- of illicit relations with a young male aide -- have been concocted to end his career.

Human Rights Watch has urged Malaysia to drop the charges, condemning the case as a "charade of justice," and the United States has warned that it is watching the saga closely.

"Malaysia can be more liberal and a lot more people will invest. If you are a bold leader you should get rid of these things that are damaging your reputation," Branson said.

Malaysia recently announced ambitious plans to double private investment over the next 10 years, to meet its goal of achieving developed-nation status by 2020.

The Southeast Asian nation is moving to reverse a sharp decline in foreign direct investment, which fell 81 percent to 1.4 billion dollars in 2009 from 7.3 billion in 2008.

Branson's Virgin Group in August 2007 bought a 20 percent stake in Malaysia-based AirAsia X, a budget airline offering long-haul flights to Asia and Europe.

Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power, after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition which has been in power for half a century.

The opposition leader, who is accused of illicit sexual relations with 25-year-old former aide Saiful Bukhari Azlan, has said he fears he will not receive justice.

Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Malaysia. If convicted, Anwar could face up to 20 years' imprisonment. His trial opened in February but which has been punctuated by lengthy delays and has made little progress.

anon said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tokgaru said...

Maka berkatalah Ahmad Tajudin

"Sejarah penuh dengan contoh-contoh bagaimana diktator-diktator menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan hina"

Betui kepada yang lain2nya. Tapi Tun Mahathir .. sampai hari ini orang masih sebut2 baik yang meluat kepadanya mahupun yang suka kepadanya .. orang masih tak lupa kepada idea memajukan negara yang dibawanya .. dan yang paling mustahak cuba bandingkan wajah dan air muka Tun Mahathir dengan mereka2 yang membencinya .. diantara mereka2 itu wajah siapa yang nampak lebih tenang dan sejuk (cool) ???

Dari segi kesihatan, Tun Mahathir dah 80 lebih .. cuba bandingkan beliau dengan mereka2 yang seusia dengannya yang tak habis2 membenci dan melaknatullah beliau .. siapa yang kelihatan lebih bertenaga.

Saya tak mahu kata itu rahmat Allah kepada Tun Mahathir. Lu sendiri buat perbandingan .. adakah Tun Mahathir hidup dalam penuh kehinaan selepas tak ada jawatan dan tak ada kuasa ?

"Tragedi pemecatan Sdr Anwar Ibrahim dengan cara paling mengaibkan dan tindakan yang zalim terhadap beliau telah memberi kejutan kepada hampir semua rakyat Malaysia"

Memang betui. Zalim kepada orang yang hanya melihat dari satu sudut sahaja. Tapi dari sudut lain mungkin ada rahmat tersembunyi disebaliknya.

Belum lagi jadi PM Anwar dah buat orang2 melayu yang cintakan bangsanya jadi resah. Dulu bangsa lain hormat pada melayu, jaga lidah mereka dengan tak menyebut perkara2 yang menyentuh sensitiviti melayu, tapi hari ini Anwar dah bagi green light dan backing.

Bayangkan kalau Anwar masih lagi dalam Umno, dan menggantikan Tun Mahathir sebagai PM, kearah mana agaknya melayu ini hendak dibawanya.

Orang2 yang benci Tun Mahathir nampak tapi buat2 tak nampak. Bila Anwar ada masalah besar kepada siapa yang dia pergi mengadu hal ?

Kalau Anwar betul2 berjiwa islam, betul2 hendak memperjuangkan islam (kerana satu ketika dulu dia adalah pemimpin no 1 dalam Abim) kenapa tak menyertai Pas, bersatu tenaga dengan Pas untuk mengajak orang melayu kembali kepada perjuangan islam sebagai satu cara untuk memantapkan kuasa politik orang melayu di bumi malaysia ini.

Percaya lah kalau Anwar menyertai Pas, maka gerakan islam di negera ini menjadi kuat, perpaduan melayu menjadi semakin utuh, dan orang melayu seperti saya tak keberatan untuk memberikan sokongan.

Kerana saya dan ramai lagi adalah sekelompok melayu yang mahu bangsa dan mahu agama. Tidak seperti sekerat dua melayu yang hanya ada agama tanpa ada bangsa dalam dirinya.

Tak silap saya, ada firman tuhan yang menyebut " maka aku jadikan manusia ini berbangsa-bangsa ... " tapi tuhan tak sebut " maka aku jadikan manusia ini beragama-agama .. "

Kesimpulan : bila Anwar tubuh PKR maka bertambah parah lagi perpaduan melayu, maka bertambah lemah jadinya melayu. Islam tak terjejas kerana islam bersifat universal, tapi melayu yang terjejas kerana melayu bersifat regional.

Saya tak risau tentang islam kerana jika islam di malaysia lemah, islam di indon masih kuat, di india masih kuat, di pakistan masih kuat, di thailand masih kuat, di bumi arab sendiri islam tetap utuh dan digeruni oleh masyarakat bukan islam di sekelilingnya.

Itu lah yang saya nampak jasa Anwar kepada orang melayu dan islam.

Ahmad Tajuddin said...

Jangan anda lupa selepas dipecat dari UMNO oleh Almarhum Tunku berikutan penerbitan buku "The Malay Dilemma", Mahathir dengan tanpa segan silu menumpang platfom PAS untuk terus membidas kerajaan pimpinan Tunku.

Mahathir sebenarnya bukan mahu menerima ideologi perjuangan PAS.
Sewaktu itu pegangannya cenderong kepada fahaman sosialis. Itu semua bukanlah perkara rumit bagi seorang yang pragmatik seperti Mahathir.

Pragmatisma Mahathir serupa seperti sifat binatang "chameleon", sejenis cicak yang berupaya mengubah warna kulitnya sesuai dengan persekitarannya.

Apabila Mahathir diterima semula ke dalam UMNO oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, segala jasa PAS semasa zaman "buang negeri"nya dilupakan begitu sahaja.

Memang Mahathir tidak tahu mengenang budi.

Mahathir berlagak bagaikan Ketua Samseng dalam cerita Hindustan dan menikam PAS bertubi-tubi dari semua arah dengan pelbagai keris puaka.

Sikap anti-PAS Mahathir boleh dikatakan mirip kepada fikrah Abdullah Ibnu Ubay, ketua puak munafik yang mempengaruhi orang-orang Islam untuk murtad selepas kewafatan Rasullah s.a.w.!

Ahmad Tajuddin said...

Mahathir amat gemar dan tidak pernah kehabisan tenaga menuduh PAS "bertopengkan" Islam untuk mencapai cita-cita politiknya.

PAS sentiasa dituduh mengeksploitasi ugama untuk kepentingan sendiri. Tetapi Mahathir lupa bahwa dia sendiri banyak memakai "topeng" sepanjang karier politiknya. Seperti cicak chameleon, Mahathir memakai topeng sosialism, Islamisasi dan nasionalis mengikut kesesuaian zaman. Mungkin sekarang topeng yang dipakainya ialah topeng yang ditempah khas bagi dirinya yakni topeng "Diktator".

Mr. Pragmatik hampir saja berjaya melumpuhkan PAS apabila melakukan "scoop" yang menakjubkan pada tahun 1982.

Yang menjadi rebutan kedua-dua pihak ialah sebutir permata yang tidak bergilap bernama Anwar bin Ibrahim.

Insan bernama Anwar mesti dibendong dan dikawal kerana dikhuatiri jika dia menyertai PAS nafas politik Mahathir akan tersekat dan mungkin membawa kepada "sudden death".

Gelombang kesedaran semula Islam yang bertiup di serata dunia semakin mendapat tempat di hati umat Islam Malaysia.

Anwar dan ABIM memainkan peranan yang tidak ternilai harganya dalam proses ini.

Mahathir semakin cemas apabila Revolusi Islam berjaya menjatuhkan rejim Shah Iran.

Sekali lagi Mahathir menyalin kulitnya dengan menonjolkan warna Islam. Ini dilakukan untuk mematahkan pengaruh PAS selepas tamatnya era Allahyarham Datuk Asri Muda.

PAS baru saja menjalani "reformasi" menyeluruh dan telah menampilkan imej Islam yang modernist.

Kalau anda masih ingat tokoh-tokoh PAS seperti Dato’ Fadzil Noor, Ustaz Nik Aziz, Tuan Guru Abd Hadi Awang dan rakan-rakan seangkatan yang lain mampu mencabar ketuanan nasionalis UMNO ke atas orang-orang Melayu yang sedang bangun dari tidur yang lena.

Generasi Melayu ini sudah membuang budaya "hippie", kekaguman dengan fahaman sosialis dan cara hidup ala Barat yang sesat.

Maka dilaksanakanlah program "Islamisasi" yang intensif untuk menghilangkan kedahagaan umat ini.

Kebencian Mahathir terhadap PAS membawa kepada tragedi berdarah.

Tangan Mahathir "berlumuran dengan darah" penyokong-penyokong PAS di sebuah kampung bernama Memali pada tahun 1985.

Walaupun Mahathir cuba menyalahkan Timbalannya ketika itu, Tan Sri Musa Hitam tetapi sebenarnya arahan untuk menyerang Allahyarham Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya dan penyokong-penyokongya datang dari Mahathir yang sedang melawat negara komunis China.

Mengapakah tidak dipanggil pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh ke atas Ibrahim Libya untuk memujuknya menyerah diri?

Apakah mereka yang terkorban itu telah melakukan keganasan terhadap negara ini sehingga wajar ditentangi dengan kekerasan?

Semasa kes tuduhan rasuah Dato’ Harun Idris pada tahun 1970an, sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO telah mengepung kediaman bekas Menteri Besar Selangor itu dan menghalang pihak polis dari menangkap Dato’ Harun.

Kumpulan Pemuda UMNO ini sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata mahu mempertahankan pemimpin agung mereka.

Kerajaan pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak telah menghantar satu delegasi untuk berunding dengan Dato’ Harun. Hasil dari tindakan Tun Razak yang penuh hikmah itu maka Dato’ Harun bersetuju menyerah diri. Peristiwa itu berakhir dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

Mahathir mesti menanggung dosa terhadap pembunuhan di Memali dan menjawab kepada balu dan anak-anak mereka yang terkorban.

Sikap "recalcitrant" Mahathirlah yang menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Umat Islam terutama ahli-ahli PAS tidak akan melupakan jenayah Mahathir ini.

tokgaru said...

Lebih 10,000 orang menghadiri perhimpuan anjuran Perkasa di Kelantan. Tun Mahathir dijemput sebagai tetamu khas.

Perkasa adalah NGO Melayu. Tentu di dalamnya ada melayu Umno, melayu Pas dan melayu PKR. Mereka hadir atas kerelaan sendiri, jangan pula ada tuduhan bodoh yang mengatakan Ibrahim Ali dengan Tun Mahathir sewa bas angkut mereka ke sana.

Itu lah buktinya melayu masih ramai yang sayang, suka dan bangga dengan Tun Mahathir. Mereka2 ini adalah terdiri daripada melayu yang nampak akan jasa Tun Mahathir, melayu yang merasai nikmat hasil perjuangan Tun Mahathir.

Boleh jadi En Ahmad Tajudin sendiri adalah orang yang berjaya dan punyai kedudukan .. hasil dari perjuangan Umno.

Umno is not perfect dalam perjuang kebangsaannya. Begitu juga Pas also is not perfect dalam perjuangan islamnya. Sifat baharu memang ada cacat celanya, itu hakikat yang kita kena terima.

Kalau anda rasa Pas sangat perfect:

Maka semua rakyat kelantan dan kedah dah jadi islam 100%, semua tempat ibadat bukan islam diubah jadi masjid dan surau kerana dah tak ada orang nak pergi sembahyang, kadar jenayah sifar, kadar buang anak sifar, kadar khalwat sifar, kadar rogol sifar, kadar berjudi sifar, kadar minum arak sifar ... sifar atas semua perkara yang dimurkai tuhan.

Tak boleh kah ?, Umno repair hal2 berkenaan kebangsaan dan Pas pula repair hal2 berkenaan keagamaan. Kemudian hasil kerja kedua jenis formen ini di cantumkan dan di war2kan kepada orang lain .. "cuba tengok hasil kerja kami, anda tak minat nak cuba ker?"

Tapi kalau dalam keadaan sekarang ni, kalau saya jadi mereka, jangankan nak cuba, nak dekati pun saya tak terbuka hati sebab nothing is xtraordinary.

Where is your face wahai pemimpin Umno anda also where do you hide your true faces wahai pemimpin dan ulamak Pas. Or may be you peoples got no face at all?

putrarahman said...

Saudara Ahmad Tajuddin, jika betul Tun Mahathir menikam PAS bertubi-tubi, kenapa PAS masih hidup dan masih bernafas? Adakah PAS memakai Ilmu kebal sehingga ditikam bertubi-tubi oleh keris pusaka tidak lut?

Kalau betul Tun membenci PAS dan mahu membunuh PAS, tidak ada halangan kepada beliau untuk membatalkan parti PAS semasa beliau berkuasa dahulu. Bukan tidak ada cadangan daripada pelbagai peringkat di dalam UMNO supaya membatalkan pendaftaran PAS, tetapi ternyata PAS masih hidup sehingga kini.

tokgaru said...

En Ahmad Tajudin .. memetik tulisan anda

"Gelombang kesedaran semula Islam yang bertiup di serata dunia semakin mendapat tempat di hati umat Islam Malaysia"

"Anwar dan ABIM memainkan peranan yang tidak ternilai harganya dalam proses ini"

Saya tak menafikan kehebatan Anwar memimpin Abim. Saya tak jadi ahli Abim pada waktu itu tapi saya respect dan kekadang saya terlibat dengan aktiviti mereka secara tak langsung.

Sebab itu saya kata, kalau Anwar benar2 nak berjuang untuk islam kenapa pi tubuh PKR. Masuk saja Pas, sure orang melayu akan bertambah memberikan sokong kepada Pas dengan adanya Anwar di dalam Pas.

Sekarang ini pun, jika Anwar sanggup mengorbankan PKR dengan membawa semua pengikutnya menyertai Pas .. anda lihat lah sambutan orang melayu.

Tak ada orang melayu yang tak mahu kepada perlaksanaan islam dinegara ini. Kita dah biasa dengan hukum dan tegahan dalam islam .. so what is there to be afraid off.

Ahmad Tajuddin said...

Korang tak terbaca ke sudah ada tanda-tanda Perkasa akan menukar wajahnya dari sebuah NGO bebas kepada sebuah parti politik?

Kononnya Perkasa akan didaftar menjadi sebuah parti. Kalau ianya tidak akan diterima sebagai komponen BN, tetapi ia akan bekerjasama dengan BN. Untuk kerjasama ini Perkasa akan meletakkan calon-calonnya di kawasan yang mana Umo tidak meletakkan calonnya kerana diserahkan kepada parti komponen lain.
(http://msomelayu.blogspot.com/2010/09/macam-mana-bentuk-perkasa-hendak-bantu.html)

Korang memang dah tahu yang Mahathir cukup meminati lagu "My Way" yang dipopularkan oleh mendiang Frank Sinatra. Lagu ini sering dinyanyikan Mahathir dalam majlis-majlis amal.

Mahathir gemar lagu ini kerana senikatanya mencerminkan prinsip hidup Mahathir sendiri. Segala-galanya mestilah dilakukan mengikut pandangan dan cara Mahathir sahaja.

Sesiapa yang menentang atau enggan mengabdikan diri kepada kemahuan Mahathir dianggap sebagai pengkhianat.

Cubalah tanya Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh, tokoh-tokoh pembangkang, Tun Salleh Abbas dan Anwar Ibrahim. Mereka ini merasakan secara terus bahang api kemarahan Mahathir.

Musa Hitam meletakkan jawatan kerana tidak tahan lagi dengan karenah Mahathir terutamanya selepas insiden berdarah di Memali.

Tokoh-tokoh pembangkang dibawa bercuti ke resort tahanan tanpa rela atas arahan Mahathir. Tun Salleh Abbas dihumban ke bawah dari menara kehakiman kerana enggan bersekongkol dengan Mahathir. Ku Li dan kerabat Team B angkat kaki meninggalkan kampung UMNO dan mendirikan desa Semangat 46. Dan sebagaimana korang dah tahu, Anwar Ibrahim dipenjarakan di dalam istana berduri kerana antara lain melakukan dosa kepada Mirzan Mahathir.

Kontroversi tercetus apabila Kementerian Pendidikan mencadangkan untuk menaikkan pangkat guru-guru dari aliran bukan pendidikan China menjadi pengetua sekolah jenis kebangsaan China.

Menteri Pendidikan semasa itu ialah Sdr Anwar Ibrahim. Tindakan ini ditentang oleh badan-badan pendidikan China. Part-parti MCA dan DAP terheret ke dalam kontroversi ini.

Datuk Lee Kim Sai dari MCA telah menaikkan kemarahan orang-orang Melayu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbau perkauman.

Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Najib Tun Razak telah bertindakbalas dengan mengadakan perhimpunan raksaksa di Padang Kelab Selangor.

Keadaan di sekitar Kuala Lumpur menjadi tegang seolah-olah 13 Mei akan berulang.

Mahathir mengambil kesempatan dari situasi genting ini dengan mengarahkan penangkapan 106 orang di bawah Ops Lalang pada Oktober 1987. Antara tokoh-tokoh utama yang ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Chandra Muzaffar.

Isu yang pada mulanya membabitkan perbalahan perkauman di antara UMNO dan MCA akhirnya dieksploitasi oleh Mahathir untuk mengurung pembangkang.

Bak kata orang, "Rezeki jangan ditolak". Mahathir merasa bertuah kerana dengan peluang ini dapatlah dia mengusulkan pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-raja dan menghancurkan kebebasan institusi kehakiman.

anon said...

KUALA LUMPUR, Sept 27 — In defending the Penang Pakatan Rakyat government, the DAP Socialist Youth (DAPSY) reminded its rival Umno Youth information chief Reezal Merican today that Cabinet ministers were paid with “forbidden” gaming money.

DAPSY chief Loke Siew Fook publicly rebuked Reezal for allegedly defaming the Penang government by claiming the state used gaming revenue to fund its poverty eradication programmes.

Loke noted that Reezal and his partymen must have run out of political ideas and issues when they had to resort to unsubstantiated and defamatory allegations to remain politically relevant in the island state.

“It is a joke how Reezal continues to play up this issue which shows the highest level of hypocrisy.

“Does Reezal, who used to be the political secretary to the previous finance minister, not know that all forms of gambling tax go into a Consolidated Fund under the Federal Government?” Loke quizzed.

The Rasah MP pointed out that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had confessed as much in a written reply to the former’s question in the previous Dewan Rakyat sitting on June 9.

Loke said he had asked Najib, who is also Finance Minister, to state whether revenue from gambling was separated from the Consolidated Fund; the mechanism to manage the gambling revenue; its uses and what percentage was channelled to deal with social woes resulting from gambling activities.

“At this time, revenue from gambling activities are categorized as government revenue. Based on Article 97 of the Federal Constitution and Financial Procedure Act 1957 (revised in 1972) all taxation or revenue received by the federal government will be credited into the Consolidated Fund,” Loke said in a scathing open letter directed at Reezal, citing Najib.

“The Consolidated Fund comprises three main accounts, the Consolidated Account, the Consolidated Trust Account and the Consolidated Loans Account.

“All revenue from payment of taxes are put into the Consolidated Account like all other government revenue and is used for purposes of management spending and national development,” Loke repeated.

“The government does not at this time have a specific allocation for curbing social problems resulting from an addiction to gambling. However, the government prepares an annual allocation to the ministries to carry out social activities.

“In addition, the government is also in the midst of research to create a specific code under the Consolidated Fund Account to account for all revenue collected from gambling activities and it will be channelled to spending allowed under syariah rules,” he stressed.

anon said...

Loke pointed that the gambling tax collected by the Barisan Nasional federal government last year amounted to RM2.3 billion, and that the figure included taxes from the casino in Genting Highlands and from revenue of numbers forecasting such as Magnum and Sports Toto.

“This figure is not invented by me but Deputy Finance Minister Senator Awang Adek in the Dewan Rakyat,” Loke said, seemingly with glee.

“For Reezal’s knowledge, part of the expenditure for national management and development is sourced from gambling revenue, which is said to be ‘haram’ (forbidden) by Reezal. This includes the allowances and salary of the prime minister, the deputy prime minister and Cabinet ministers from his beloved party,” the DAP man said.

The Penang government had earlier today disclosed it had used donations from the Penang Turf Club for the poverty eradication but claimed it was only given to non-Muslims, following Umno Youth’s allegations.

In its first allegation, Umno Youth accused the Penang government of using gambling money to pay RM100 annually to senior citizens in the state aged above 60 years.

It later claimed that the state was using the Penang Turf Club’s RM2 million donation — obtained from gambling revenue — to finance its anti-poverty programme.

Chief Minister Lim Guan Eng explained in a statement that the RM2 million donation received recently from the Penang Turf Club was separated from the pool of funds in the state’s Rakan Anti-Miskin (Friends Against Poverty) programme, also known as RAM, and was channelled only to the non-Muslims.

“We are aware of Muslim sensitivities in receiving money from gambling sources and this is why the money was separated,” said Lim, who is also DAP secretary-general.

Idris said...

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan.

Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah.

Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah.

Sehubungan itu, tambahnya PAS menganggap kenyataan supaya rakyat jangan percaya dengan Youtube adalah satu kenyataan yang ketinggalan zaman, seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu.

Sekarang, ujarnya program yang diuar-uarkan oleh kerajaan seperti koridor raya multi media sudah menjadi hantu raya kepada Umno BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet.

“Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, jelasnya menyebabkan semua berita yang dikeluarkan oleh media perdana telah dipandang sinis dan tidak boleh menaruh kepercayaan kepada rakyat.

“Inilah satu bala yang menimpa kepada kerajaan BN. Inilah akibat apabila selalu berbohong dalam pemberitaan akhirnya berita benar pun rakyat kata tipu,” katanya lagi.

Aldan said...

hmm..xde la zalim mana Dr. mahathir nie..

Anonymous said...

belajar la bersyukur

Anonymous said...

Yang asyik mengutuk mahathir tu..patutlah huruhara malaysia semasa pemerintahan Mahathir. Ramai yang hidup melarat sehingga kini termasuklah saudara.
Suka atau tidak, menjadi suatu hakikat sekiranya pemimpin itu begitu teruk..maka negara yang dipimpinnya juga akan hancur. Belajarlah erti bersyukur, walau cuma sedikit. Pembangkang yang saudara dewa-dewakan itu, apakah sumbangan mereka terhadap negara..selain dari memecah belahkan masyarakat. Kenapa tidak boleh bersatu bersama memperbaiki segala kekurangan??

Ahmad Tajuddin said...

Betul ke Mahathir zalim?

Bukankah Mahathir memang seorang "fighter" yang kental. Semangat berjuangnya jauh lebih hebat daripada Mike Tyson.

Satu demi satu lawan Mahathir tumbangkan dengan pukulan KO. Team B yang diketuai Tengku Razaleigh cuba merampas takhta Mahathir melalui pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1987.

Dalam sesuatu demokrasi yang matang perebutan kuasa secara pilihanraya adalah suatu perkara biasa. Pihak yang menang akan memerintah parti manakala yang kalah menerima hakikat kekalahan dengan terbuka. Kalau ada nasib lain tahun cuba lagi.

Bagi Mahathir sebarang cubaan untuk menjatuhkannya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Penentang mesti dihukum sekeras-kerasnya walaupun tindakbalas itu boleh membawa kepada perpecahan parti.

Bila UMNO diharamkan dan Team B tersingkir maka saki-baki ahli yang kekal di dalam UMNO Baru tiada pilihan melainkan mendaulatkan secara total kepimpinan Mahathir.

Walaupun gagal mendaftarkan UMNO Malaysia, Team B tidak berputus asa. Maka ditubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Parti bekas ahli UMNO ini mengadakan pakatan dengan parti-parti pembangkang yang lain.

S46 menjadi ahli komponen Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Gabungan pembangkang yakin dapat mengurangkan majoriti BN dalam pilihanraya 1990.

Tanpa diduga Mahathir telah menggunakan taktik kotor di saat-saat akhir pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tersebarlah dengan meluas gambar Tengku Razaleigh memakai setanjak Kadazan yang didakwa terpahat lambang salib Kristian di atasnya.

Sebenarnya lambang salib berlainan sedikit dari lambang di setanjak itu. Tanyalah rakan-rakan beragama Kristian tentang hal ini.

Malang bagi S46 kesannya sungguh dahsyat. Sokongan terhadap S46 punah sama sekali seperti ledakan bom atom di Hiroshima. Penyokong dan sukarelawan S46 berpaling tadah dan mengundi BN. S46 mengalami kekalahan yang mengaibkan kecuali di Kelantan.

Mahathir gembira tidak terhingga kerana rancangannya telah berjaya memperdayakan majoriti orang Melayu.

Rais Yatim terpaksa membina semula jambatannya yang telah beliau bakar dahulu.

Semua orang masih ingat lagi kenyataan terkenal Rais, "I’ve burnt my bridges".

Akhirnya puak S46 terpaksa merangkak balik ke pangkuan UMNO Mahathir.

Selepas memecat Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, Mahathir berharap bahwa tuduhan moral akan dapat menghancurkan ancaman Anwar kepadanya.

Mahathir kecewa kerana rakyat terutama ahli-ahli UMNO masih enggan menyokong tindakannya meskipun Sukma dan Dr. Munawar "mengaku" diliwat oleh Anwar.

Mahathir mengambil pendekatan berbeza dengan memainkan sentimen Patriotisme dan campurtangan asing di dalam hal-ehwal dalaman negara.

Ucapan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat bagaikan rahmat yang datang bergolek kepada Mahathir.
Perhatian rakyat dapat dipalingkan dari isu penganiayaan Anwar kepada kedaulatan negara.

Perjuangan golongan reformasi telahpun dilabel sebagai pengkhianat dan menjadi talibarut Amerika.

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang, iklan dan rancangan bertemakan Patriotisme di media massa dan kenyataan-kenyataan kuncu-kuncu Mahathir menghidupkan semula bayang-bayang hantu 13 Mei.

Maka keluarlah kenyataan "gempak" Pak Lah Badawi kepada dunia bahwa Malaysia akan menyalahkan Amerika Syarikat kalau tercetusnya rusuhan di negara ini.

Semuanya adalah perencanaan terperinci Mahathir untuk terus mengekalkan kuasa. Dikhuatiri akan berlaku gerakan menangkap penentang-penentang Mahathir beramai-ramai sebelum pilihanraya diadakan selepas Hariraya ‘Aidil Fitri 1999.

Mahathir mungkin berjaya dengan taktik seperti yang digunakan semasa pilihanraya 1986 dan 1990, tetapi percayalah bahwa kebenaran dan keadilan akan terserlah akhirnya meskipun bertahun-tahun lamanya berjuang.

Nelson Mandela merengkok lebih suku abad di dalam penjara apartheid tetapi dia tetap yakin akan mencapai "freedom in our lifetime" (kebebasan semasa hayat kita).

Aldan said...

adatla berpolitik..

sapa yg nk kalah bertanding?

still, Dr. Mahathir x la zalim sgt..

putrarahman said...

Sudah semakin pupuskah mereka yang boleh berpolitik dengan matang yang boleh membimbing para rakyat supaya menerima berita dan ulasan yang adil dan tidak berat sebelah dan bukannya cereka-cereka yang direka oleh ahli politik yang berkepentingan politik sehingga mengelirukan rakyat.

Ramai ahli politik yang tidak layak menjadi pengadil bolasepak kerana sering memberikan ulasan dan keputusan berat sebelah. Mereka semua layak dibaling dengan botol sejak sepak permulaan lagi.

Anonymous said...

Kalau asyik nak cerita sejarah 10-20 tahun dulu.. sampai bila pun kita tak boleh kedepan. Dendam kesumat tu mungkin kepada orang yang pentingkan nak berkuasa. Bagi kami rakyat marhaen ni tak pula terasa "kekejaman" Mahathir sptmana saudara kita tu.
Lihatlah realiti sekarang.. adakah saudara melihat pakatan rakyat sekarang ni terlalu mulia pemimpinnya. Suratkhabar semalam penuh dengan gambar kekecohan PKR mengundi. Belum cerita DAP lagi. So kita kena lihat situasi SEKARANG .. bukannya cerita dah basi yang tak relevan lagi. Dengan segala kekalutan PR masa ini , hanya manusia yang buta hati dan fikiran yang akan mengimpikan kerajaan yang "mulia" dan bukannya seperti Tun Mahathir.
Saya tak kata Umno tu perfect, tapi dibandingkan dgn PR .. insyAllah we can improve sekiranya saya dan saudara bersatu.

Aldan said...

bukan ramai, tp mmg semuanya tidak layak..

yg layak jadi pengadil adalah spr, kerana mereka tak perlu menang n tak takut kalah..

ahli politik adalah yg jadi pemain, yg bermati2an nak menang at all cost..tu yg ade clumsy tackle, ade tarik baju, ade 'dive' dpn gol lawan..tahan bola dgn tgn..

kalau kita fanatik sgt kita akan maki hamun player yg kalahkan fav player atau team kita..tapi kalau kita faham adat permainan, kita akan forget n forgive..

sptmana maradona dan henry yg di 'maafkan' krn guna tgn mcm main bola tampar..

Aldan said...

"Bagi kami rakyat marhaen ni tak pula terasa "kekejaman" Mahathir sptmana saudara kita tu."


-point yg baik..

Ahmad Tajuddin said...

Fanatik?

Mahathir sangat pakar dalam hal-hal psikologi rakyat Malaysia. Dia gemar pergi menjelajah seluruh negara setiap kali berlakunya krisis.

Lihat sajalah kempen Semarak yang dikendalikan semasa krisis-krisis 1980an. "Semarak" kononnya bererti "Setia bersama rakyat" tetapi lebih tepat kalau digelar "Setia bersama Mahathir dan anak-anak".

Tujuannya adalah untuk meraih simpati dan menyakinkan rakyat biasa bahwa pandangannya sajalah yang betul .

Cara Mahathir menangani isu-isu berhubung raja-raja Melayu ternyata berbeza dengan Perdana Menteri yang lain-lain sebelumnya.

Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Razak mempunyai hubungan erat dengan pihak istana. Sebarang masalah pasti akan dibincangkan secara baik dengan raja yang terbabit tanpa mensasikan isu tersebut.

Allahyarham Tun Hussein pun mampu mengekalkan hubungan harmonis ini dengan cara diplomatiknya. Bekas pemimpin-pemimpin ini ada sifat "gentleman".

Mahathir bukanlah seorang "gentleman". Mahathir lebih cenderung mengambil pendekatan konfrontasi dalam menghadapi kerenah pihak istana.

Apa sebab agaknya Sultan Johor yang dulu memberi nama jolokan "Mamak" kepada Mahathir? Jika gelaran "Mamak" ini dikaitkan dengan pelakon cerita yang amat popular suatu masa dulu yang pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, mendiang MG Ramachandran tidaklah mengapa kerana MGR selalu berlakon jadi hero.

Mungkin Tuanku lihat kelakuan Mahathir seperti Ketua Samseng ala cerita Hindustan/Tamil agaknya.

Pada tahun 1983 Mahathir menjelajah seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan akan perlunya dihapuskan imuniti (kekebalan) raja-raja Malaysia dari pendakwaan di mahkamah.

Kononnya Raja-raja ini sudah melampaui batas dan perlu dibendung. Pada tahun 1992-93 timbul pula isu meminda perlembagaan untuk melaksanakan rang undang-undang tanpa memerlukan kelulusan DYMM Agong asalkan perkara tersebut telah dimaklumkan kepadanya.

Maka Mahathir pun mengelilingi satu negara menjaja cadangannya. Rapat umum besar-besaran diadakan di segenap ceruk Malaysia. Dihimpunkan ahli-ahli parti komponen BN, kakitangan kerajaan dan rakyat jelata untuk mendengar amanat Maharaja Mahathir.

Untuk menyakinkan rakyat bahwa kekuasaan raja-raja Melayu perlu dibataskan maka propaganda kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mahathir mula mendedahkan salahlaku raja-raja.

Cerita-cerita lama diberi nafas baru dan di"release"kan semula untuk tontonan ramai. Wayang-wayang "cheap matinee" ini tidak dikenakan apa-apa bayaran. Tidak perlu berbaris panjang untuk membeli tiket. Semuanya percuma ikhlas dari Mahathir kepada rakyat Malaysia.

anonymous said...

Bila Tuan Ahmad menulis,

Isu yang pada mulanya membabitkan perbalahan perkauman di antara UMNO dan MCA akhirnya dieksploitasi oleh Mahathir untuk mengurung pembangkang.

To all pembangkang, don't fall for the 'rezeki' when Dr Chua said to send the BTN deputy director for counseling! Malaysia politics is well known for its 'sandiwara'.

As long as Mahathir is around, the history of his political modus operandi is important but not for the 'jahil's.

asyMok_Aambo said...

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbilaalamiin
Arrahmairrahim
Malikiyaumiddeen
Iyyakana'budu waiyyakanastain
Ihdinassiratol mustakim
Siratollazi naan amtaalaihim ghoirilmaghdubialaihim waladdolllin.

ITULAH PERANCANGAN ALLAH SWT
YANG MAHA MASTERMIND


herman che mok
JKMJB
opposite of Foon Yew School
next to RTM Johor & Jab. Kesihatan JB
Persimpangan Jalan Abd Samad-Jalan Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM.

Abdullah Ngah said...

Orang baik sedikit sangat peratusnya.namun orang jahat terlalu ramai.

Orang jahat memang mengambil mudah dalam serba serbi, apatah dalam dalam beragama.

maka lahirlah manusia generasi satu generasi yang bersikap tak apa, mudah berlaka miskipun Allah berkata buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka.

Yang paling sedih sekali, Allah kata mati bunuh diri kekal dalam neraka tapi ada ulmak yang menafikannya.

Allah kata maka riba berterusan kekal dalam nereka ada ulama menafikannya. Mereka lawan Allah.

Inilah didikan yang diterima oleh rakyat negara ini.

Oleh itu tidak hairanlah kebanyakan pemimpin negara terdiri daripada tokoh yang jahat dan zalim.

Tak hairan, mereka mendapat sokongan padu dari kebanyakan rakyat, kerana rakyat terlalu ramai yang jahat.

orang jahat pasti suka pada pemimpin yang jahat. Orang baik saja yang benci dengan pemimpin yang jahat.

Mereka ini bukan sahaja jahat kepada sesama manusia malah mereka jahat dengan Allah dan Rasulullah SAW.

Jika begitu macam mana hendak mengambil asas kemajuan umat,kerana segala apa yang ada diatas muka bumi ditadbir oleh Allah yang maha besar.

tokgaru said...

Berita mengejutkan... baca paper Metro 28.9.2010.

Karpal Singh mempertahankan penggunaan bahasa melayu dalam urusan mahkamah.

Karpal Singh kata nota penghakiman mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan, mahkamah tinggi dalam kes Anwar Ibrahim jadi tidak sah kerana ditulis dalam bahasa inggeris, perbuatan ini bertentangan dengan Artikel 152 Pelembagaan Persekutuan dan Sek 8 Akta Bahasa Kebangsaan.

Saya setuju dengan Karpal. Karpal betul dalam perkara ini. Kalau pengamal undang2 tak mempertahankan penggunanaan BM di mahkamah siapa lagi yang nak diharapkan.

Saya terkilan dan sedih kerana yang menulis nota penghakiman itu semuanya hakim bangsa melayu, tak kisah jika hakim tu cina atau india.

Kepada Karpal Singh ... diucapkan syabash dan harap anda konsisten dalam mendaulatkan BM.

putrarahman said...

" Mahathir sangat pakar dalam hal-hal psikologi rakyat Malaysia. Dia gemar pergi menjelajah seluruh negara setiap kali berlakunya krisis." Suatu ulasan berat sebelah, lihat ulasan yang adil seperti di bawah.

Semua pemimpin kelihatan seolah-olah mempunyai atitude yang sama, Namun demikian tidak dinafikan juga boleh jadi seuatu kebetulan krisis datang semasa pemimpin sedang berada di luar negara. Saya dapati ramai pemimpin yang memendekkan lawatan mereka ke luar negara bila krisis berlaku. Perkara ini sebenarnya bukanlah suatu isu.

Pakar dakam psikologi hal rakyat dipunyai oleh semua pemimpin besar semua parti dalam dunia amnya dan Malaysia khususnya.

Ada pemimpin yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi telah mengeksploitasi pengetahuan mereka itu untuk mempengaruhi minda rakyat contohnya mereka mengatakan Allah mencarut, boleh berkawan dengan syaitan yang "baik" (ada ke?) untuk tujuan menentang umat Muhammad yang mereka anggap zalim, mereka juga mengatakan parti yang diterajui oleh umat Muhamad adalah kapir dan lain-lain lagi. Kebanyakkan rakyat yang mudah taksub akan menerima bulat-bulat 'fatwa' mereka ini.

Ada pemimpin pula begitu pandai menipu minda umat Islam. Mereka akan mencari pelbagai cara untuk memenangi hati orang Islam seperti contoh untuk meniru cara pemeritahan khalifah Islam terkemuka. Namun adakah dia akan bercakap begitu jika berada di dalam kumpulan orang-orang sebangsa dan seagama dengannya. Khalifah Islam tidak akan menggunakan wang dari sumber judi untuk diagihkan kepada orang Islam. Mereka juga akan datang dan hadir ke rumah-rumah ibadat Islam bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk menunjukkan bahawa mereka dekat dihati orang Islam.

Ada pemimpin pula sungguh bijak di dalam psikologi mengubah minda rakyat sehingga mereka boleh menukar kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk mempercayai sesuatu perkara yang benar itu menjadi suatu perkara yang tidak benar dan sesuatu yang tidak benar itu menjadi benar. Lama kelamaan rakyat akan menerima semua perkara yang diluahkan oleh pemimpin sedemikian adalah benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

Hancussss.

putrarahman said...

Karpal Singh tu pandai ke berbahasa Melayu?

Ahmad Tajuddin said...

Agak-agaknya pemimpin kini yang kelihatan seolah-olah mempunyai atitude yang sama itu belajar dari mana, ya? Siapa yang memimpin mereka kepada atitude itu?

Mahathir mempunyai tafsiran radikal terhadap ugama Islam dan peranan ulamak dalam masyarakat. Dia menolak perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh dengan alasan kononnya undang-undang tersebut tidak sesuai dengan masyarakat majmuk di negara ini.

Bagi Mahathir kalau hukum Hudud dijalankan maka akan ramailah rakyat yang akan kudung tangan dan tiada lagi batu-batu untuk membuat jalan-jalan.

Oleh itu tidaklah pelik bila Mahathir menolak cadangan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Mahathir mendakwa perlaksanaan hukum ini akan menyebabkan kezaliman yang ketara berlaku.

Dalam sepucuk surat kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Aziz yang diutuskan pada tahun 1994, Mahahtir memberi amaran bahwa Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kerajaan Kelantan masih berdegil mahukan melaksanakan hukum Hudud.

Mahathir betul-betul murka dengan pihak berkuasa agama apabila tiga gadis Islam berketurunan Melayu telah ditahan oleh pegawai-pegawai JAIS di sebuah hotel pada bulan Jun 1997. Gadis-gadis tersebut adalah Fahyu Hanim, Noni dan Sharina.

Mereka telah didakwa melakukan kesalahan di bawah undang-undang agama Islam negeri Selangor yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Sebenarnya pengharaman tersebut bukannya tidak mendapat liputan meluas media tempatan. Penguatkuasaan undang-undang tersebut dilakukan setelah 2 tahun rang undang-undang itu diwartakan.

Bukanlah Mufti yang meluluskan undang-undang kontroversi itu dengan sewenang-wenangnya. Mufti telah mengemukan cadangan melarang wanita Islam berpakaian tidak sopan dan mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik kepada Majlis Fatwa Negeri.

Majlis Fatwa tersebut telah menerima cadangan ini sebagai fatwa yang boleh digunapakai. Rang undang-undang berkaitan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang didominasi oleh UMNO. Seterusnya rang undang-undang ini telah diwartakan pada bulan Mei 1995.

Ini bererti DUN Selangor sendiri telah menghalalkan penggunaan fatwa terbabit.

Semasa penangkapan tiga gadis ini dibuat, Mahathir sedang bercuti di luar negara. Apabila ditanya pendapatnya mengenai hal tersebut, Mahathir melahirkan rasa kesalnya dan menuduh pihak JAIS tidak memahami tuntutan agama.

Mahathir seterusnya membidas pihak berkuasa agama dengan dakwaan kononnya mereka telah menyalahgunakan kuasa.

Tindakan menggari ketiga-tiga pesalah tersebut dianggap melampau dan menjejaskan imej Malaysia.(korang ada baca pasal Zunar kena gari?)

Mahathir sebenarnya mahukan mereka itu diberi penerangan terperinci mengenai kesalahan yang bakal dilakukan jika meneruskan penglibatan dalam pertandingan tersebut.

Mahathir berdalih mungkin gadis-gadis itu tidak mengetahui bahwa undang-undang itu telah diwartakan.

Alangkah bertuahnya semua rakyat jika boleh memberi alasan kepada pihak polis, JPJ dan penguatkuasa tempatan bahwa kita tidak mengetahui atau memahami sesuatu peruntukan undang-undang yang diwartakan.

Malangnya samada kita membaca atau tidak sesuatu warta , kesalahan tetap kesalahan kerana sudah menjadi undang-undang sah.

izam said...

Karpal Singh tu pandai ke berbahasa Melayu?

...Karpal Singh mungkin tidak fasih dan berterabur bahasa melayunya..tapi jika beliau ingin mendaulatkan bahasa melayu di bumi ini, ianya patut disokong..seperti juga Dr RT yang ingin menjadikan Sekolah kebangsaan dan bahasa melayu didaulat..janganlah kita terlalu prejudis terhadap bangsa lain.. seolah2 org melayu sahaja yg boleh membela bahasa melayu..

Ahmad Tajuddin said...

Saya setuju dengan Izam. Janganlah kita terlalu prejudis.

Sebenarnya kemarahan Mahathir tidak tamat dengan kes tiga gadis itu. Dalam satu ceramah di Kedah Mufti Selangor, Dato’ Haji Ishak Baharom ada mengingatkan pemimpin-peminpin supaya berhati-hati dalam menyentuh isu-isu berhubung ugama Islam kerana dikhuatiri mungkin mengeluarkan pendapat yang boleh membatalkan Syahadah.

Mahathir melenting yang amat sangat kerana mendakwa ada Mufti telah mengatakan dia hampir murtad. Kontrak Dato’ Haji Ishak tidak diperbaharui.

Pada bulan Ogos 1997 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, Mahathir mengumumkan perlunya mengkaji kuasa dan peranan Mufti.

Kononnya ini demi mengelakkan Mufti membuat fatwa sesuka hati. Mahathir mahukan Mufti berbincang dengan semua pihak termasuk golongan yang bukan berpelajaran agama sebelum boleh mengeluarkan fatwa.

Dalam ertikata lain Mahathir mahukan Mufti merujuk kepadanya dalam semua hal-hal berkaitan Islam. Hal ini jika dilaksanakan samalah seperti seorang Arab meminta kawannya yang tidak mahir dalam bahasa Arab memberi pandangan mengenai suatu rencana yang ditulis dalam bahasa Arab.

Tafsiran Mahathir mengenai sesetengah hal berhubungkait dengan undang-undang Islam sangatlah diragui.

Ambil contoh apabila para ulamak dan cerdik pandai Islam menyatakan pandangan bahwa pihak yang menuduh orang Islam lain melakukan liwat mesti mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil.

Mahathir beritahu Parlimen bahwa dalam masyarakat sekarang tersangat sukar untuk mendapatkan saksi-saksi yang memenuhi tuntutan Syarak ini.

Kalaulah betul masyarakat sudah pincang pegangan agamanya Mahathirlah yang bertanggungjawab terhadap gejala ini.

Mahathir berhujjah seterusnya walaupun tidak dapat dibuktikan kesalahan itu tetapi Allah Maha Mengetahui segala yang dilakukan hamba-hambanya.

Oleh itu menjadi kewajipan masyarakat untuk menghukum orang yang bersalah ini.

Sungguh hebat "fatwa" yang dikeluarkan oleh Imam Mahathir. Tidak perlu dirujukkan kepada Majlis Fatwa mahupun diwartakan.

Mujurlah bagi seorang anak Thamby Chik bernama Rahim "fatwa" Mahathir ini dikeluarkan setelah kesnya ditutup oleh Peguam Negara, kawannya dari Melaka.

Mungkin Mahathir merasa berkewajipan menolong anak thambi ini kerana mengenangkan mereka dari rumpun yang sama. Sebab "fatwa" inilah Sukma dan Dr Munawar dihukum dengan seksyen liwat yang bercirikan semangat "Malaysia Boleh".

Macam mana pula dengan Azizan Abu Bakar yang mengaku kepada seluruh dunia telah diliwat 15 kali?

Mungkin Azizan ada mencatitkan waktu dan tempat berlakunya setiap pengliwatan di dalam diarinya kerana khabarnya dia memang tekun menulis setiap gerak-geri bekas majikannya.

Bagi Mahathir ugama Islam sememangnya boleh ditafsir menurut logik akal saja. Pandangan ulamak dianggap tidak progresif.

Mahathir mahu pendekatan orang Melayu terhadap Islam dikaji semula supaya dapat disesuaikan dengan peredaran zaman.

Tidak menghairankanlah betapa kurang berminatnya Mahathir menangani kes-kes murtad.

Seandainya Mahathir ikhlas dia akan menjelajah seluruh negara menjelaskan betapa perlunya dicegah orang Islam murtad. Rakyat Melayu yang mengaku Islam akan menyokong penuh usahanya.

Majoriti dalam Parlimen yang dimiliknya boleh digunakan untuk meluluskan pindaan yang wajar bagi menghalang gejala ini.

Mahathir boleh humban sesiapa yang menentang usaha ini masuk ke istana Kamunting. Semuanya boleh berlaku kalau Mahathir benar-benar mahukan ia menjadi kenyataan.

Sebagai pemerintah, Mahathir akan disoal di Padang Masyhar nanti mengapa dia tidak menghalang Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan ramai lagi orang Islam dari membelakangkan Islam dan terus menyembah Allah Yang Maha Esa.

anon said...

Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang cadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula alami nasib sama seperti saya.

Bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan? Saya juga percaya Perkasa tentu setuju dengan saya kalau dicadangkan sebahagian pendapatan Petronas (30 peratus keuntungan tahunan misalnya) disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk biayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

Apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi.

Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

http://www.nurulizzah.com/site/2010/09/28/mengapa-saya-ajak-perkasa-berdebat-2/

putrarahman said...

"Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera".

YB, Sebelum membuat perbandingan ini, kena tengok juga komposisi kaum di Malaysia ini. Kaum bumiputera termasuk melayu dan bumiputera lain membentuk hampir 65%. Jadi sesuailah sektor awam dihuni oleh ramai penduduk bumiputera termasuk melayu. Lagipun tak ada syarat sektor awam hanya khas untuk orang Melayu, semuanya melalui proses pemilihan dan temuduga. Ramai lagi anak melayu yang layak, tetapi tidak berjaya dalam pemilihan.

Kenapa tidak bandingkan di sektor swasta. Kaum manakah yang paling ramai. Lagipun, sektor awam yang ramai orang Melayu adalah Polis dan Askar. Kaum lain tidak minat nak sertai ke dua-dua sektor ini. Ramai yang kurang rela berkorban jiwa dan raga untuk negara. Semuanya diserahkan kepada orang melayu. Yang tangkap penjahat dan kena rempuh oleh mat rempit, hampir semuanya orang melayu. Yang bergadai nyawa di dalam hutan semasa zaman komunis dahulu kebanyakkannya adalah orang Melayu. Negara malaysia aman dan harmoni disebabkan orang Melayu yang menjadi polis dan tentera menjaga keamanan. Orang melayu jarang nak ungkit perkara ini,kerana pekerjaan itu adalah untuk mencari rezeki yang halal.

Sekarang ini peluang pekerjaan kepada anak-anak melayu semakin sempit dan terbatas. Lepasan SPM menjawat jawatan penganggur. Lepasan universiti pula berebut-rebut memohon jawatan di sektor kerajaan. Akauntan, ahli kimia, ahli fizik ataupun kelulusan apa sekalipun kecuali doktor berebut-rebut memohon untuk menjadi guru. Mereka tahu, jika tidak menjadi guru, amat sukar bagi mereka untuk bekerja disektor swasta.

Mana lagi dia orang nak kerja? Tak kesian ke? Kerja-kerja kilang yang biasanya dijawat oleh anak melayu lepasan SPM telah diserahkan kepada bangsa asing. Siapa pemilik kilang tersebut? Siapa Boss Human Resources kilang tersbut? Mereka sengaja tak nak ambil pekerja melayu tyempatan. Tak tahu kenapa?

Jadi YB, jangan ungkitlah pasal ramai melayu dan bumiputera bekerja di sektor kerajaan. Sedih.

putrarahman said...

Maksud saya, adakah Karpal Singh boleh berbahasa Malaysia dengan fasih. saya tahu dia boleh berbahasa malaysia kerana sebagai seorang MP, bahasa malaysia adalah bahasa di dalam dewan.

Saya menyokong usaha Kapral Singh untuk memertabatkan Bahasa Malaysia dalam mahkamah. Sepatutnya bukan sahaja dalam mahkamah, tetapi juga di dalam sektor lain terutama GLC. Ini tidak, banyak GLC yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar utama mereka. Mesyuarat diadakan di dalam bahasa Inggeris walaupun semua ahli mesyuarat adalah melayu.

anon said...

Hakikatnya, putrarahman, saiz sektor awam “membuncit” jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara.

Saiz per kapita anggota sektor awam di negara ini agak tinggi sekiranya dibandingkan dengan negara-negara jiran. Kakitangan sektor awam mewakili 3.68% jumlah penduduk negara ini (peratusan ini menggunakan 900,000 kakitangan sektor awam, tidak termasuk kakitangan GLC yang menjadikan jumlah keseluruhan sektor awam sekitar 1.2 juta orang).

Di Thailand, ia hanya 2.06%, Filipina 1.81%, Indonesia 1.79% dan Laos 1.24%.

“right-sizing” dalam sektor awam…satu pendekatan yang saya kira perlu di laksanakan oleh kerajaan dengan penuh perancangan yang tepat dan tepat, segala aspek perlu di buat kajian dengan jujur.

Menaik taraf sistem penyampaian dan aplkasi kerajaan adalah satu-satunya jalan yang terbaik bagi melaksanakan “right-sizing” dalam sektor awam.

Kerajaan selalu membuat kesilapan apabila membuat keputusan tanpa mengkaji sedalam-dalamnya dalam pelbagai perkara yakni kerja-kerja yang dilaksanakan tanpa perancangan dan bertangguh.

Apabila berlaku kelewatan dalam menyiapkan sesuatu perkara, antara faktor yang popular diberi alasan adalah kekurangan kakitangan.

Padahal jika sesuatu pekerjaan dirancang dengan baik perkara itu akan dapat dilaksanakan.

Selain dari itu, antara faktor lain adalah di mana pegawai atasan sendiri tidak tahu melakukan kerja-kerja secara menyeluruh.

Sistem PTK tidak berkesan kerana selalunya pegawai yang naik pangkat lulus dengan belajar secara teori dengan membaca buku, bukannya melalui pengalaman.

Di sini untuk mengisi kekurangan itu, pegawai akan mencadangkan pengambilan baru untuk menampung kelemahan diri.

Sistem mencari kesalahan kakitangan juga antara penyumbang. Di jabatan kerajaan sikap mencari salah kakitangan menjadikan kakitangan begitu berkira sangat untuk melaksanakan tugasan yang lain dari tanggungjawabnya.

Apabila belaku masalah, pendekatan yang diambil adalah menyalahkan orang yang melakukannya dan bukan menyelesaikannya. Disebabkan itu kebanyakan kakitangan kerajaan berkira sangat dalam melaksanakan kerja mereka.

Birokrasi antara penyumbang kepada masalah ini. Contohnya seperti ingin memohon kenderaan, dalam membuat tuntutan, permohonan cuti, terlalu banyak prosedur yang perlu dilakukan.

Untuk melaksanakannya memerlukan sehingga 2 hingga 3 kelulusan. Di sini kakitangan dibebankan dengan kerja-kerja yang remeh menyebabkan mereka sangat berkira.

Kakitangan awam juga merupakan manusia biasa sama seperti pekerja yang lain. Semua yang berkerja mengimpikan untuk melaksanakan yang terbaik.

Tetapi apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang melalui kerenah birokrasi, risiko yang akan dipersalahkan, tidak dihargai oleh Jabatan malahan kadang-kadang penat lelah tidak dikisahkan, dan pegawai yang pula mendapat nama menjadikan ramai kakitangan awam bekerja seperti biasa-biasa sahaja iaitu datang pukul 8 balik pukul 5.

Ahmad Tajuddin said...

Apakah Mahathir yang menerajui negara selama 22 tahun dan kini masih mencampuri urusan negara terlepas pandang mengenai 'right-sizing' dan pentadbiran sektor awam?

Asas-asas pentadbiran ekonomi yang mantap telahpun wujud sebelum Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Mahathir memperkembangkan lagi asas-asas ini dengan melakukan perubahan paradigma.

Mahathir mahukan Malaysia menuju ke arah tahap negara perindustrian seberapa segera. Dia melihat negara Jepun sebagai contoh terbaik sebuah negara Asia yang mampu bangun menjadi kuasa ekonomi yang perkasa. Mahathir ingin melakukan reformasi ala Maharaja Meiji.

Maka dilancarkan kempen Pandang Ke Timur untuk menjayakan program modenisasi Malaysia. Sebenarnya negara Matahari Terbit ini sudahpun melaksanakan usaha-usaha untuk mempergiatkan dan memperluaskan kemantapan kuasa ekonomi sebelum Mahathir menjadi PM lagi.

Kilang-kilang Jepun telahpun beroperasi di Malaysia sejak tahun 1970an. Perdana Menteri Jepun, Tanaka pernah membuat lawatan ke Malaysia pada zaman Allahyarham Tun Razak untuk mempromosi perindustrian Jepun.

Inisiatif Mahathir itu bukanlah sesuatu yang baru. Bezanya Mahathir cuba menjadikan Jepun sebagai model utama pemodenan negara. Rakyat Malaysia mahu dijadikan wira Samurai yang bersemangat juang yang tinggi.

Akan tetapi wawasan Pandang Ke Timur Mahathir menjadi kabur apabila disedari Jepun kurang berminat dan tidak benar-benar ikhlas membantu pemodenan Malaysia.

Pemindahan teknologi Jepun kepada anak watan terlalu perlahan. Kalau adapun pemindahan yang berlaku selalunya teknologi yang sampai ke sini sudah tidak digunakan lagi di Jepun. Maksudnya teknologi tersebut sudah lapuk.

Sebagai contoh usahasama Proton-Mitsubishi dalam pemindahan teknologi pembuatan enjin kereta nasional yang lembap memaksa Proton mencari rakan kongsi yang lain.

Proton tertekan apabila enjin-enjin untuk kereta nasional terjejas berikutan berlakunya gempa bumi di Jepun. Menyedari kepincangan ini Proton menjalin kerjasama dengan Citroen yang kemudiannya menghasilkan kereta Proton Tiara.

Namun begitu model ini dianggap sudah "outdated" dan perkara ini diakui sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Proton, Allahyarham Tan Sri Yahaya.

Pencapaian terhad polisi Pandang Ke Timur menyebabkan Mahathir sudah tidak berminat lagi mencanang keliling dunia reformasi ala Meiji ini.

Kemelesetan ekonomi global melanda negara paling teruk antara 1985-87.

Mahathir meminta pertolongan dari kawan sekampungnya, Daim untuk memulihkan ekonomi negara.

Sebenarnya Daim bukanlah begitu berminat untuk memegang jawatan Menteri Kewangan. Daim mempunyai alasan peribadi apabila bersetuju menolong kawannya, Mahathir.

Kemelesetan ekonomi tersebut menyebabkan kepentingan bisnes Daim turut terjejas. Saham-saham syarikat Daim susut apatah lagi berlakunya kejatuhan pasaran saham dunia pada Oktober 1987.

Daim mesti menyelamatkan hartabendanya dan cara terbaik sekai ialah dengan menyertai kabinet Mahathir.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh Daim untuk mengolah polisi dan program merangsang pertumbuhan ekonomi.

Tidak hairanlah apabila ekonomi dan kepentingan bisnes Daim pulih maka Daim pun memohon mengundur diri dari kabinet.

Masanya tiba untuk mengaut seberapa banyak keuntungan yang boleh bagi diri Daim. Lagipun Daim sendiri mengakui bahwa dia hanya berminat membuat duit.

Aldan said...

hmm..

dsh mcm ni mentaliti pembangkang..
nak buat mcm mana..

terima sajalah bebelan mereka..

x perlu dijawab, sbb statement yg dangkal dan x bertanggungjawab tidak memerlukan sebarang jawapan mahupun ulasan..

x ada value..

Ahmad Tajuddin said...

Ini bukan setakat membangkang. Kebenaran perlu diberi nafas baru.

Rakyat dihidangkan kes-kes wang balak di Pahang, salahlaku anak raja memukul jurulatih, kereta Ferrari Diablo Sultan Kelantan, "istana-istana mewah" milik raja-raja dan sebagainya. Sampaikan banglo DYMM Sultan Perlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang pun dinaikkan taraf kepada "istana".

Tidak menjadi kesalahan kalau Mahathir mahu membina sebuah "istana" di Putrajaya.

Bukannya Mahathir tidak tahu cara hidup raja-raja kita selama ini tetapi dia hanya timbulkan hal-hal itu sebagai ugutan kepada mereka.

Apalah nilainya kaum kerabat diraja kalau sudah hilang daulat. Kalau hanya setakat tinggal "Raja" pada nama, si Rajasekaran, Rajagopal dan Rajamani pun boleh mengaku saudara.

Motif Mahathir, kalau raja-raja berdegil menentangnya maka akan "pecahlah tembelang" mereka.

Seharusnya Mahathir diberi tabik hormat diraja kerana dia berjaya melakukan apa yang British gagal mencapai.

Walaupun British berjaya memaksa Raja-raja Melayu menyetujui rancangan Malayan Union tetapi tidak berhasil melaksanakannya setelah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu yang bersatu di bawah kepimpinan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar.

Buat pertama kali dalam sejarah orang Melayu segala perbezaan semangat kenegerian, loghat, adat resam dan pegangan politik diketepikan demi menghadapi ancaman 'musuh' besar ketika itu.

Mahathir atau nama penanya C.H.E. Det melihat sendiri betapa hebat kesannya siri rapat umum yang dianjurkan ketika itu.

Mahathir tahu bahwa rakyat terutamanya orang Melayu akan bersatu di belakang pemimpin mereka kalau merasa terancam.

Pengamatan ini mengajar Mahathir tentang keberkesanan "mob mentality".

Dalam hal ini "modus operandi" Mahathir lebih halus dan licin berbanding Hitler yang menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamatnya.

Kini Mahathir tidak perlu lagi bimbang mana-mana rancangannya akan tersadai di Parlimen.

Dia mampu melaksanakan apa sahaja undang-undang yang mendatangkan kebaikan padanya.

Majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang milik Mahathir.

Parlimen yang dikuasai BN hanya setakat menjadi "rubber stamp".

Ahli-ahli Parlimen, jika ada pun yang mengambil kisah, tidak menunjukkan kesungguhan dan intelek yang tinggi semasa membahaskan sesuatu rang undang-undang.

Raja-raja pula sudah dijinakkan oleh seorang Mamak Bendahara yang tersangat kebal.

Aldan said...

syukur alhamdulillah..

terima kasih Tun kerana telah menyumbang jasa yg tak terkira byknya kepada kami rakyat malaysia..

jauh lebih byk drpd apa yg pembangkang telah sumbangkan kpd kami..

Anonymous said...

En Tajudin..u ni nampaknya terlalu mementingkan nak berkuasa..apa sumbangan u terhadap ummah? Nak juga dengar sejarah kejayaan u..ni asyik buruk semuanya kat Mahathir..

Ahmad Tajuddin said...

Apakah korang juga bersyukur dengan sumbangan jasa beliau memusnahkan kebebasan kehakiman?

Kalau nama bapak boleh dikelirukan dengan nama anak, apatah lagi kalau sejarah boleh dikelirukan dengan kejayaan?

Sebelum krisis melanda kebebasan institusi kehakiman negara , pihak kehakiman negara dipandang tinggi di serata dunia.

Malahan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diiktiraf antara hakim terbaik di kalangan negara-negara Komanwel.

Malangnya sanjungan dunia terhadap badan kehakiman kita terhakis begitu rupa angkara Mahathir yang pendendam.

Kemarahan Mahathir terhadap badan kehakiman negara tidak terhingga bermula dari episod UMNO diheret ke mahkamah oleh 11 orang ahli UMNO yang tidak berpuas hati.

Kumpulan ahli UMNO tersebut telah merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai keputusan pilihanraya pucuk pimpinan parti yang diadakan pada tahun 1987.

Semasa pertandingan itu Mahathir hampir tumpas kepada gandingan Tengku Razaleigh-Musa Hitam. Sewaktu itu UMNO telah berpecah kepada Team A (Mahathir) dan Team B (penentangnya).

Kumpulan 11 ini membawa kes ke muka pengadilan kerana mendakwa terdapat segelintir perwakilan yang mengundi datang dari cawangan yang tidak berdaftar secara sah.

Mereka memohon agar pilihanraya tersebut diisytiharkan tidak sah. Kalau pemilihan terpaksa dijalankan semula tanpa penglibatan perwakilan "haram" tersebut, mungkin Team B boleh ditabalkan menerajui UMNO.

Kalau ini berlaku maka Team A terpaksa memahat batu nesan dan menyiapkan kain kapan buat Mahathir.

Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Hakim Harun Hashim memeranjatkan semua pihak. Hakim tersebut mendapati bahwa di bawah peruntukan Akta Pertubuhan 1966 bukan sahaja pemilihan tersebut tidak sah, malah parti UMNO sendiri adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah! Pendek kata ahli-ahli UMNO adalah anggota pertubuhan yang haram macam kongsi gelap.

Maka bermulalah perebutan di antara kedua-dua puak UMNO untuk mendaftar semula parti kesayangan mereka.

UMNO Baru anjuran Mahathir berjaya didaftarkan sebagai pengganti parti asal yang diisytiharkan haram tempoh hari. Puak Ku Li-Musa yang mendapat sokongan Almarhum Tunku gagal mendaftarkan UMNO Malaysia.

Selepas menewaskan cabaran Team B, Mahathir mula merancang strategi untuk membendung kebebasan badan kehakiman kerana "perjuangannya masih belum selesai".

Mahathir mahu memastikan institusi mulia ini duduk di bawah telunjuk Eksekutif i.e. kekuasaannya.

Matlamatnya tercapai apabila pindaan yang membolehkan bidang Eksekutif menguasai badan kehakiman telah diluluskan oleh Parlimen.

Ahmad Tajuddin said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Tajuddin said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Tajuddin said...

Taktik Mahathir berjaya kerana sebelum itu pada bulan Oktober 1987 pemimpin-pemimpin pembangkang dan para pengkritik sosial telah ditahan di bawah ISA melalui Ops Lalang.

Mahathir menang "walkover" kerana lawannya tidak dapat hadir.

Serangan bertali arus Mahathir secara terang-terangan terhadap keutuhan badan kehakiman menyebabkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas memanggil suatu persidangan hakim-hakim.

Dalam bulan Mac 1988 seramai 20 orang hakim bermesyuarat di Mahkamah Agung.

Mereka mencapai kata sepakat menghantar perutusan kepada DYMM Agong menyuarakan bantahan terhadap kenyataan-kenyataan berbisa Mahathir.

Tidak sampai seminggu selepas perutusan itu dihantar kepada Sultan Johor selaku DYMM Agong , Tun Salleh telah digantung dari jawatan Ketua Hakim Negara oleh Tuanku atas nasihat Mahathir.

Pada masa yang sama Tan Sri Abdul Hamid telah dilantik untuk memangku jawatan berkenaan.

Sukar untuk dipercayai orang macam Mahathir boleh beri nasihat.

Rasanya lebih tepat kalau digunakan perkataan "arahan". Entah-entah Seri Paduka terpaksa tunduk kepada kemahuan Mahathir kerana takut rahsia-rahsianya akan didedahkan.

Aldan said...

syukur alhamdulillah..
kami tetap bersyukur..

Ahmad Tajuddin said...

Alasan yang diberikan untuk penggantungan Tun Salleh ialah kononnya Seri Paduka murka terhadap perutusan para hakim.

Penggantungan ini dilaksanakan juga walaupun Majlis Raja-raja telah mengesyorkan supaya Tun Salleh dikembalikan kepada jawatannya.

Sebuah Tribunal Kehakiman telah ditubuhkan untuk menentukan nasib Tun Salleh.

Keahlian dan kesahihan tribunal berkenaan menimbulkan kesangsian tentang niat sebenar penganiyaan Tun Salleh.

Pertama, bilangan anggota tribunal sepatutnya angka ganjil supaya tidak berlaku sebarang keputusan tergantung (deadlock). Akan tetapi enam orang hakim telah dilantik menganggotai tribunal ini.

Kedua, pemangku jawatan Ketua Hakim Negara yakni Tan Sri Abdul Hamid tidak wajar menduduki tribunal tersebut kerana mempunyai kepentingan secara langsung terhadap kes yang akan didengar.

Ketiga, menurut norma-norma keadilan sejagat anggota tribunal hendaklah terdiri dari mereka yang sekurang-kurangnya sama taraf dengan orang yang hendak dihakimi.

Daripada enam ahli tribunal ini hanya seorang ahli sahaja, seorang warga Sri Lanka, yang menepati tuntutan keadilan yang disebutkan.

Bantahan yang dikemukan oleh peguam Tun Salleh tidak dihiraukan sama sekali.

Akhirnya Tun Salleh didapati bersalah di atas tuduhan menghina kredibility Kerajaan dengan membuat andaian bahwa pihak Eksekutif tidak menyakini kebebasan badan kehakiman.

Tribunal anjuran Mahathir ala mahkamah kangaroo selesai membicarakan Tun Salleh hanya dalam masa kira-kira empat jam sahaja! Pastinya suatu rekod yang membanggakan Mahathir ketika itu sebelum dipecahkan oleh kes-kes Sukma dan Dr. Munawar.

Maka lengkaplah penghinaan kepada kebebasan institusi kehakiman dengan pemecatan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara.

Selepas tersingkirnya Tun Salleh dari jawatan tertinggi ini maka tidak menghairankan sedikit pun apabila tindak-tanduk kepimpinan badan kehakiman negara mencerminkan mereka ini hanyalah sekadar menjadi orang suruhan Mahathir.

Kepercayaan rakyat terhadap kebebasan pimpinan tersebut semakin terhakis. Apatah lagi bila mana terdedahnya dakwaan bahwa berlaku rasuah di kalangan profesion kehakiman.

Penulis "surat layang" yang memuatkan tuduhan berkenaan telah dikenalpasti sebagai seorang hakim.

Anehnya tiada tindakan perundangan yang diambil terhadap individu berkenaan meskipun dakwaannya teramat serius.

Penulis surat diizinkan berundur secara "terhormat" dan kes tersebut ditutup begitu saja.

Maruah badan kehakiman semakin tercemar apabila pendedahan dibuat oleh saksi mengenai pembabitan orang ternama termasuk seorang anggota kehakiman di dalam kes perbicaraan pelacuran Ming Court-Haslinda Merican.

Rakyat seterusnya bertambah gusar apabila mengetahui betapa akrabnya segelintir anggota kehakiman dengan golongan korporat pro-Mahathir berikutan pengedaran gambar-gambar percutian kedua-dua pihak.

Sesungguhnya konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim menyaksikan sekali lagi kesefahaman dan "teamwork" rapat di antara anasir-anasir tertentu di pihak badan kehakiman dan rejim Mahathir.

Hakim-hakim yang dianggap bersimpati dengan penganiayaan Anwar (dan juga pembelakangan prinsip-prinsip keadilan sejagat) telah ditukar dengan segera.

Ahmad Tajuddin said...

Apakah korang juga tidak bersyukur dengan strategi Mahathir-Daim yang memberikan tumpuan kepada projek-projek prasarana?

Tumpuan kepada sektor swasta menjadikan sektor itu sebagai "engine of growth". Pendekatannya yang fleksible dan menarik berjaya meyakinkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia.

Kadar buruh yang kompetitif, insentif perlepasan cukai dan kemudahan prasarana yang baik membawa negara ke arah jalan pemulihan.

Apakah itu yang diiktiraf sebagai kejayaan dan kesyukuran?

Tahukah korang rangsangan ekonomi yang menggunakan pendekatan pengaliran modal yang besar tidak dapat diteruskan buat selama-lamanya?

Sudah menjadi sunnah ekonomi bahwa setiap kepesatan ekonomi pasti akan merasakan penurunan. Putaran ini selalunya berlaku setiap 10 tahun. Kemelesetan 1985-87 adalah jelmaan putaran ini. Apakah sejarah putaran 10 tahun tiada membawa apa-apa makna?

Tanda-tanda ekonomi akan "overheat" sudah mula kelihatan pada awal tahun 1990an.

Ekonomi yang berkembang terlalu pesat pada kadar sekitar 8 peratus selama 7-8 tahun berturut-turut terutamanya sektor hartanah sudah mula menampakkan ciri-ciri merudum.

Sektor hartanah berkembang dengan begitu pesat sekali menyaingi zaman pra-meleset 80an. Pemaju-pemaju berlumba-lumba membina projek perumahan mewah dan komersial yang mega.

Bermacam-macam projek seperti KLCC, KLIA, Putrajaya, KL Linear City, STAR LRT, Monorel dll bercambah bagaikan cendawan selepas hujan.

Sekiranya projek-projek ini mampu dibiayai oleh pihak swasta tanpa bantuan kewangan dari tabungan rakyat seperti KWSP dan Tabung Haji, sila teruskan jika mendatangkan manfaat kepada umum.

Anehnya ada pihak swasta memohon peruntukan dari tabungan rakyat.

Kalau syarikat berkenaan tidak berupaya mencari sumber kewangan dengan sendiri, berikanlah projek itu kepada syarikat yang tidak mengharapkan bantuan kerajaan.

Keadaan semakin meruncing dengan keghairahan pihak perbankan memberikan pinjaman mega tanpa banyak soal kepada syarikat-syarikat yang terbabit dengan projek-projek besar ini.

Korang lihatlah nasib malang yang menimpa Sime Bank dan Bank Bumiputra. Kalau dulu ekoran skandal BMF, Bank Bumi telah diselamatkan oleh Petronas.

Manakala kali ini ada bank lain yang hendak bergabung dengan Bank Bumi.

Apa agaknya nama baru gabungan ini - Bank Bumi-Commerce?

Pemaju hanya berminat dengan projek-projek raksaksa kerana pulangannya pun raksaksa. Kononnya memadailah pihak kerajaan (bukan Mahathir) sahaja yang membina rumah kos rendah untuk rakyat.

Mahathir sendiri ghairah mempromosi projek-projek mega ini. Tinggallah Sdr Anwar Ibrahim bersendirian membela nasib rakyat berpendapatan rendah.

tokgaru said...

Waah en ahmad tajudin

Awak attack tun mahathir semahu2nya. Macam lah jahat bebenor dia.

Macamlah tak ada langsung kebaikan yang dia buat kepada negara, kepada orang melayu dan kepada islam.

Cuma sebagai jalan penyelesaian yang paling sampoi adalah : kepada anda yang terbaca tulis en mad din kita ni, kalau anda tak boleh terima, tak apa, just leave it as it is.

En mad din serang tun mahathir, buat apanya ? rasanya tun mahathir tak minat nak aktif balik dalam politik lagi dah, rasanya tun mahathir pun tak kelapaq kepada jawatan PM dah.

Rasanya tun mahathir pun sedaq dia dah tua (dah 80 lebih dah), dah tak macam dulu lagi, cuma sebagai orang tua dia kena lah tegur bila dia nampak orang melayu ni kui bercelaru, kui bercempera, kui berpecah.

Tun mahathir takut, orang melayu jadi pelarian di tanah air sendiri. dia takut orang melayu merempat di bumi kelahiran sendiri. dah la kita kekayaan pun tak berapa jenuh, lepas tu duk bergaduh hang aku pasai nak berebut kuasa. kalu dapat kuasa tapi kerana orang tolong tak guna, ada kuasa tapi tak ada bisa, sebab terhutang budi dengan orang.

Jangan lah ingat apa yang tun mahathir buat sekarang ini kerana nak selamatkan Umno, dia nak selamatkan melayu sebenarnya.

Wassalam and sadaqallahulazim.

putrarahman said...

Anon. Entahlah, saya bukan kakitangan awam dan tak pernah memerhatikan perihal kakitangan awam. Jadi tidak berapa tahu kenapa ianya "membuncit" atau "mengembung" ,tetapi setahu saya bukankah sesuatu jawatan baru itu perlu melalui beberapa proses sebelum ianya diluluskan oleh untuk diadakan. sepatutnya begitulah. Takkan, sesuatu jawatan atau pekerjaan itu diwujudkan tanpa mengambil kira keperluannya diadakan.

Aldan said...

adatla, dlm ramai2 umat, pasti ada yg tak reti bersyukur dan berterima kasih..

anon said...

Orang Melayu yang taksub dengan Mahathir kena buat penilaian semula tentang orang tua crywolf ini.

Sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkuasa dan telah membuat macam-macam untuk Malaysia, namun apakah rakyat akan menyanjung dan mengenang Dr. Mahathir macam mana rakyat Vietnam mengenang Ho Chin Minh?

Nasib baik Melayu ini baik, Mahathir tak jadi Suharto atau Saddam Hussein.

Selain dari Tun Razak yang mati semasa jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, tiga Presiden yang lain sanggup berada di luar UMNO di penghujung usia mereka. Apa makna ini semua? Kenapa bila marahkan nyamuk kelambu mesti di bakar?

Mahathir pandai, dia tahu Melayu mudah lupa, mereka lupa yang dia pernah digambarkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad, orang Kedah dalam bukunya ‘Shit’, makna P... M... yang dianggap sebagai ‘kepala tahi’ dari perut yang bergelumbang dengan najis yang busuk dan memualkan. Pelanduk lupakan jerat, jerat tak pernah melupakan pelanduk.

Sewaktu Pak Lah, ramai sangat yang kutuk, maki, hamun, sumpah seranah Pak Lah seolah-olah dia seorang saja yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku di dalam negara.

Ramai yang terlupa dia ambil alih negara dari Mahathir yang selepas 22 tahun memerintah macam diktator seperti dapat kereta buruk yang sudah patut ditimbang kati dan dijual sahaja kepada pada peniaga besi buruk.

Baca balik ‘Shit’, kalau hendak tahu betapa busuknya keadaan UMNO ketika Pak Lah ambil alih UMNO dari Mahathir.

Dr. Mahathir macam Dr. Jekyll dan Mr Hide. Dulu semasa berlaku pergolakan dalaman dalam UMNO, ada yang berprasangka dalam UMNO, ada Brutus yang mahu membunuh Mahathir yang ketika itu dianggap Ceaser.

Tapi dalam era Pak Lah apakah dalam diri Mahathir tidak terdapat Ceaser dan Brutus bila dia cuba membunuh Pak Lah?

Pak Lah hanya seorang manusia biasa. Seorang pentadbir yang tak terfikir, apa lagi cita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Politik Pak Lah tak ligat macam politik Mahathir namun bila diberi tanggungjawab dia akan melakukan sesuatu mengikut kemampuannya.

Siapa pilih Pak Lah ganti doktor Mahathir?

Kenapa Mahathir pilih Pak Lah?

Mahathir tahu Melayu mudah lupa, lupa segala dosa dan kesalahan jika dia berjaya memburuk-burukkan Pak Lah dan menantunya.

Rupa-rupanya Melayu tak mahu berubah, dari dulu hingga ke hari ini.

Ramai antara orang Melayu yang masih jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut. Ramai yang telunjuk lurus, kelinking berkait. Harapkan pagar, tapi pagar yang membinasakan padi.

Apa jadi jika akhirnya rakyat percaya tulisan Shanon dalam buku SHIT yang Mahathir adalah ’Kepala tahi’.

http://www.shalattas.com/news.php?extend.44

Anonymous said...

Ini Ahmad Tajuddin 5.11 PM ikut suka cakap saja ke? Sampaikan TDM sukakan lagu "My Way" pun dibidasnya. Apa pulak katanya dengan hal Tun Razak sukakan lagu "Enjit Enjit Semut"? Mengigit diri Ahmad Tajudin, agaknya?

Tidak ada bukti dikeluarkannya. Disuruhnya pembaca "tanya Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh, tokoh-tokoh pembangkang, Tun Salleh Abbas dan Anwar Ibrahim". Ini ikut senang cakap saja. Siapa pun boleh buat, boleh tulis berjela jela.

Apakah bukti "Musa Hitam meletakkan jawatan kerana tidak tahan lagi dengan karenah Mahathir terutamanya selepas insiden berdarah di Memali"? Dan "Tokoh-tokoh pembangkang dibawa bercuti ke resort tahanan tanpa rela atas arahan Mahathir. Tun Salleh Abbas dihumban ke bawah dari menara kehakiman kerana enggan bersekongkol dengan Mahathir". Dan lain-lain lagi yang dikatanya. Termasuk "Anwar Ibrahim dipenjarakan di dalam istana berduri kerana antara lain melakukan dosa kepada Mirzan Mahathir". Keluarkan bukti kukuh, kawan. Ingat, bukti berlain dari pendapat. Pendapat boleh menjadi tohmahan, bukan bukti.

Saya bukan orang Mahathir atau orang UMNO - tidak berparti apa pun. Tapi nak juga saya lihat hujah-hujah yang mengeluarkan bukti-bukti, bukan pendapat semata-mata.

Saya didalam perjalanan dan tidak berkemudahan Internet dimasa masanya. Tidak dapat nak berdailog tetapi akan membaca jawapan-jawapan dalam masa berikutan.

Anonymous said...

Belom sempat menjawab komen-komen Ahmad Tajudin yang lain, terbaca komen Aldan -

"dsh mcm ni mentaliti pembangkang..
nak buat mcm mana..

x perlu dijawab, sbb statement yg dangkal dan x bertanggungjawab tidak memerlukan sebarang jawapan mahupun ulasan..

x ada value.."

Saya setuju dengan pendapatnya.

Ahmad Tajuddin said...

Apakah korang juga lupa yang Mahathir seorang yang terlalu yakin bahwa dia dapat melawan sunnah ekonomi meskipun pakar-pakar ekonomi sudah menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan "overheating" ekonomi berlaku.

Mahathir tidak peduli itu semua sebab dia mampu menyimpang dari "economic wisdom".

Kalau Ronald Reagan mengamalkan pendekatan "Reaganomics", Mahathir mungkin berbangga dengan "Recalcitranomics".

Tidak menghairankanlah apabila disoal mengenai projek raksaksa Putrajaya, Mahahtir menjawab sambil tersenyum mengatakan kerajaan ada peruntukan untuk projek itu.

Agaknya Mahathir fikir duit boleh dipetik dari pokok!

Sistem tender tertutup yang diamalkan oleh Mahathir mengakibatkan projek-projek mega hanya dibolot oleh mereka yang rapat dengan pemerintah.

Sesiapa sahaja boleh mengemukakan kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan jika dipersetujui oleh EPU maka projek itu bolehlah dilaksanakan.

Ini cuma pada teorinya sahaja kerana telah berlaku penipuan di dalam proses ini sehingga EPU disindir sebagai Economic Photostating Unit.

Beberapa ide dan kertas kerja telah diciplak oleh syarikat-syarikat besar dan dipersembahkan sebagai hasil usaha mereka sendiri.

Ada juga kes di mana pihak yang mengemukakan cadangan asal terpaksa menerima rakan kongsi dari kalangan korporat bernafsu besar.

Anak Mahathir sendiri seperti Mirzan didakwa melakukan penyelewengan seumpama ini. Agak-agak KJ berguru dengan siapa?

Masakan semua ini boleh berlaku tanpa campurtangan orang dalam.

Apatah lagi kebanyakan salahlaku tersebut bermaharajalela semasa kepimpinan bekas ketua EPU yang dinaikkan taraf kepada Gabenor Bank Negara.

Bagi Mahathir ini semuanya bukan isu asalkan mamak tongkang dari EPU ini mampu menjayakan wawasannya.

Bacalah buku SHIT yang dicadangkan oleh S H Alattas!

Aldan said...

slmt hari raya zendra..

bg org yang nak bergelumang dgn dosa fitnah dan adu domba mcm diorg tu, kita biarkan je la..

mungkin diorg dah confirm masuk syurga, sbb tu ckp ape pun ok..

p/s- ape citer pemilihan cabang & ranting PKR? dgr kecoh je..mesti UMNO pnyer keje la ni.. :)

putrarahman said...

Saudara Ahmad Tajuddin, Kalau betul, dikatakan mengumpat dan kalau tidak betul dikatakan memfitnah. kedua-duanya dosa besar.

Selama 22 tahun Tun Mahathir, saya dan kawan-kawan tak terasa apa-apa yang silappun di dalam apajua pemerintahan beliau. Namun selepas sahaja beliau meletak jawatan, barulah saya terasa masalah apabila ada yang cuba menggunakan pendekatan baru.

Pisau kalau disalah gunakan pasti ianya boleh memudaratkan. Begitu juga dengan Ilmu kepandaian kalau disalahgunakan boleh merosakkan.

Anon, saya fikir kaedah copy and paste ni, semua orang boleh buat, tetapi sesiapa yang melakukan sedemikian pada saya seolah-olah penyebar berita. Dinasihatkan berita-berita yang disebarkan hendaklah berita yang sahih dan ada buktinya.

Ini adalah komen terakhir saya berkenaan saudara berdua, kerana saya tidak mahu lagi membaca komen-komen saudara, bimbang terpengaruh dengan saudara yang tidak ada bukti ini dan bimbang saya akan menyebarkan kepada orang lain pula.

anon said...

Ketika pulang dari Perang Badar, peperangan yang besar di zaman Nabi Muhammad SAW, baginda berpesan kepada sahabat-sahabatnya supaya bersedia untuk menghadapi peperangan yang lebih besar.

Apabila ditanya oleh sahabat-sahabatnya perang apakah yang lebih besar itu, Nabi SAW menjawab, perang di dalam diri sendiri antara akal dan nafsu.

Ini bukan sebarangan perang, menang jadi arang, kalah jadi abu, yang harus menanggung risikonya adalah Melayu. Melayu lawan Melayu orang asing tepuk tangan.

Jangan salahkan penjual keranda mendapat untung atau penggali kubur menutup liang lahat tersenyum, bila lagi hendak rasa duit orang yang bakhil.

Bangkai tak boleh di simpan lama-lama, jika tidak mahu langau berkeliaran. Ini kenyataan, minum arak mesti mabuk punya, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah.

Jerebu politik sudah bermula, banjir kilat, tanah runtuh, gempa bumi dan letupan gunung berapi serta musibah berlaku di sana-sini termasuk dalam UMNO.

Bala yang menimpa, ramai terlupa akibat dosa-dosa sendiri.Tuhan bersifat pemurah lagi penyayang, manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Mereka terlupa kadak dan kadar. Masa sesak berdoa pada Tuhan, lepas bala lupa Tuhan.

Apakah tak mustahil perkara yang sama akan berlaku seperti peristiwa 1988 dan 1998 satu kitaran semula?

PAK HABIB

anon said...

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

anon said...

Betul ke Pak Lah tidak memberi keutamaan kepada kedaulatan bangsa dan tanah air seperti Tun Mahathir menarik imuniti dari raja-raja?

Macam mana tiba-tiba saja Mr Clean Man Tun Mahathir boleh tukarkan jadi Mr Con Man ?

Kasihan Pak Lah seorang Perdana Menteri jadi seorang penderhaka seperti gurunya Musa derhaka?

Sejauh mana benarnya Pak Lah sudah menjual bangsa dan tanah air atau kisah jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dengan Pulau Singapura yang sebesar kacang putih boleh bertukar menjadi sebesar buah tembikai kerana lidah Mahathir untuk mengekalkan dirinya sebagai seorang champion?

Kuah kari bila tumpah ke nasi enak di makan tapi bila tumpah ke baju putih kotor, begitulah najis bila berada di dalam perut ianya bersih bidalan shit curry teringat buku Shit Shahnon PM.

Tun penjual roti benggali di Langkawi akhirnya tiba dengan kereta Porsche Cayanne yang berharga lapan ratus ribu yang AP dimiliki oleh Mokhzani syarikat anaknya pengimport kereta mahal.

Mokhzani juga pernah memiliki hospital.Mirzan pernah memiliki syarikat perkapalan semasa Tun menjadi Perdana Menteri dan terkenal sebagai raja pengangkutan Malaysia. Tun Mahathir mudah lupa.

Pengaruh Mahathir nampaknya masih ditangga atas, cakapnya masih masin , boleh jadi berita sensasi, boleh jual ketika ramai orang marahkan Pak Lah.

Orang ramai nak tahu cerita yang sebenar. Hanya kebenaran saja boleh menghapuskan penipuan dan kepalsuan maka kehadiran para pemikir, penganalisa dan penulis yang ikhlas perlu.

Maka tertumpulah seluruh perhatian kepada shadow boring yang pelik dan ajaib oleh Mahathir yang mesti didokumentasikan.

Penulis adalah telinga, mata dan suara rakyat. Saya tak terhutang hidup pada Tun Mahathir, tak terhutang budi pada mana-mana pemimpin boleh melapur dan mendedahkan apa yang terselindung.

tokgaru said...

Aldan bertanya ..

" ape citer pemilihan cabang & ranting PKR? dgr kecoh je..mesti UMNO pnyer keje la ni.. "

Saya tak miss mengikuti benda ni. Buka saja paper fisrt2 berita PKR lah yang saya cari, lepas tu baru cari berita Datuk Sosilawati pula.

Ada keluar dalam paper, pemimpin tertinggi Pas trengganu tegur PKR kerana duk salahkan Umno atas kekecohan pemilihan parti mereka. Dia kata PKR ada penyakit jadi ubatkan penyakit dalam diri PKR tu dulu sebelum nak tuduh pihak lain.

Bab ni saya sokong sangatlah. Nampak benar PKR ni cuba nak bawa cerita bodoh. Rumah tangga dia berantakan kerana sebab mereka sendiri dia tuduh pihak ketiga sebagai puncanya. Aku nak tergelak pun ada .. kah kah kah.

Apa pun kita tunggu sampai mereka selesai pemilihan. Buat masa ni, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut nyanyi.

anon said...

Dr. Mahathir marah dan kecewa dengan Datuk Seri Abdullah kerana telah memungkiri janji kepadanya.

Betul ke ada gentlemen agreement ? Ketika ditanya apakah janjinya Tun cuma kata "dia tahu, saya tahu" dan meneruskan "dia mungkiri dua minggu setelah saya lepas jawatan, sungguh cepat".

Kenapa tak terangkan apakah janji yang membawa akibat?

Akhirnya rakyat yang tak berdosa terlibat akibat cerita half truth , cerita yang separuh saja benar yang menyerupai fitnah.

Apakah kita tak berhak untuk marahkan Tun Mahathir?

Saya tak terhutang hidup padanya. Saya non partisan.

Mahathir suruh Pak Lah ambil tindakan terhadap perasuah."Saya tidak boleh sebut nama, tapi saya yakin BPR tahu ini. Ada kes yang sudah diputus untuk diambil tindakan tapi tak diambil tindakan. Entah kenapa saya tak taulah."

Apa yang Mahathir buat untuk menghapuskan korupsi semasa kuasa berada di tangan?

Apa jadi dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah serta Kepimpinan Melalui Teladan dan Penerapan Nilai-Nilai Islam ?

Banyak manalah tahi Pak Lah empat tahun jika dibandingkan dengan tahi shit Mahathir selama 22 tahun?

Saya teringat kata-kata Tun Mahathir "Mungkin saya ada tabiat pilih orang yang silap". Dia sudah melakukan banyak kesilapan selama 22 tahun.

Apakah kerana beliau mengaku bersalah maka dosa-dosanya kepada rakyat terampun macam itu saja? Dan semua dosanya mesti ditanggung oleh Pak Lah?

Tun sempat mengungkit, "Saya tolong naikkan ramai orang tetapi ada yang menikam belakang saya."

Apakah Tun tak pernah menikam pemimpinnya secara terang-terang?

Apakah Tun pernah ingat mereka yang jadi gurkha sabung nyawa untuk mengekalkan dia di kerusi kuasa?

Kita tak kata Khairy baik, Khairy tak salah, tak berdosa. Siapa gurunya? Air yang keruh di hulu mustahil boleh jernih di hilir.

Satu tangan Tun Mahathir menunjuk kepada menantu Pak Lah empat yang lain menunjuk ke anak dan diri sendiri.

Siapa yang jadi billionair, kaya raya, orang Melayu di kampung atau kronis sendiri?

Tun paling marah pada Khairy sehingga dia tak dapat mengawal emosi, dia lupa membelasah Khairy tanda mengiktirafkan kehebatan Khairy seperti kaum Qurais terima perjanjian Hudaibidayah.

Mentang-mentang dia doktor, potong orang, salah kasi ubat, orang mati, doktor tak boleh dituduh pembunuh. Itu dulu masa dia jadi PM.

Tun lupa ke dia pun menulis di akhbar semasa muda. Nyanyuk kot?

Tun berterus terang, dia memang tak suka mengampu, memang dari muda lagi dia seorang yang suka menentang arus.

Dia Jebat derhaka bukan Tuah budak suruhan Tunku. Dia tak setia kepada pucuk pimpinan semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.

Dia tolak Ku Li pilih Musa Hitam.

Lupakah kita surat terbuka Tun kepada Tunku dan buku Dilema Melayu?

PAK HABIB

tokgaru said...

Kepada Ahmad Tajudin ..

Saya rasa hang ni ada masalah peribadi dengan tun mahathir. Tiap kali hang tulis, yang hang duk jaja keburukan saja.

Hello bro. Mana ada manusia yang perfect. Manusia bukan mesin. Dalam 1000 kejahatan mahathir tak akan tak ada 10 kebaikan yang dia buat kepada negara, bangsa dan agama. Tapi yang hang duk jaja yang 990 kejahatan, yang 10 kebaikan tu hang tak sebut langsung atau hang nampak tapi buat tak nampak.

Aku ni yang umur pun dah asar, hidup dari zaman tunku jadi PM sampai lah zaman najib, aku tak dapat nak bohong kepada diri aku bahawa masa zaman mahathir lah banyak perubahan yang berlaku kepada negara dan kepada bangsa melayu.

Cuma aku takut hang ni celik2 semuanya dah ada :

Dari segi kemudahan asas air dalam besi api dalam kaca, jalan tanah merah diganti lebohraya, pekan dah jadi bandar, bandar dah jadi bandaraya, kedai kayu diganti kedai batu, kedai batu setingkat naik bertingkat2 jadi pencakar langit.

Dalam bidang tenaga professional pula, melayu jadi doktor, melayu jadi peguam, melayu jadi jurutera, melayu jadi arkitek, melayu jadi saintis dan banyak lagi ... aku nampak kui bertambah pada waktu mahathir duk dalam kerjaan.

Dalam bidang ekonomi pulak, kalau dulu cina nak raya orang melayu susah hati sebab tak ada barang nak makan, nak bina mesjid cari kontraktor cina, nak bina surau kena cari kontraktor cina, tukang melayu setakat nak buat rumah kampong tu boleh la. Orang melayu masa tu malu nak meniaga takut orang kata " tak cukup makan kerana tak ada harta sebab tu lah dia meniaga ". Tapi hari ini, alhamdulilah ... hang buka mata tengok sendiri, aku tak mahu nak cerita. Cuma aku nak bagi tahu dekat hang, perubahan tu berlaku dengan ketara masa mahathir jadi PM.

Kalau hang kata aku ni bohong, tak apa hang boleh pi tanya depa2 yang sama waktu dengan aku. Betui ke tidak cerita aku ni.

Satu lagi yang aku nak bagi tahu hang tentang hebatnya mahathir ni. Masa dia jadi presiden Umno, bila dia nak bagi ucapan perasmian dan penangguhan perhimpunan agong Umno ada live telecast di tv, waktu tu hang tengok dalam kedai kopi (semua bangsa - melayu ada, cina ada dan india pun ada) atau di pejabat atau di rumah, kebanyakan orang akan terpaku depan tv duk ikuti dia punya ucapan sampai habis, esok pagi paper kalau lambat sikit tak dapat beli (bukan harakah la).

Hang anggap Tokgaru ni temberang sakan, tak apa, boleh pi cari orang lama yang seusia dengan aku, untuk nak sahkan cerita aku ini.

Aku sedih, bangsa lain tak hina dan kondem pemimpin2 melayu yang dah bersara, tapi orang melayu sendiri buat macam tu sekali kepada bekas pemimpin bangsa mereka.

Apa punya manusia la melayu ini. Agaknya pasal itu lah nik aziz kata dia tak bangga jadi seorang melayu.

tokgaru said...

Berita sensasi hari ini ..

Orang melayu miskin yang terima bantuan RM100 dari kerjaan pulau pinang pakat bagi balik duit tu kerana dari hasil yang haram.

Kelab lumba kuda nak buat kebajikan tapi orang tak sudi terima, apa nak buat. Tak apa, kutip balik duit tu dan bagi kepada yang sudi terima, habis cerita.

Apa pun sebagai rakyat yang berfikiran liberal, aku tabik dengan kelab lumba kuda tersebut kerana tidak melupai social obligation (tanggung jawab sosial).

Cuma aku rasa lain kali, jika nak menunaikan tanggung jawab sosial, tak payah lah nak bagi bantuan kepada orang miskin, hal itu ada badan yang dipertanggung jawabkan.

Aku nak cadangkan, hantar pegawai kelab pi ronda jalan2 dalam kawasan taman dan kampong, tengok mana2 yang ada lopak atau lubang, tengok mana2 titi yang dah uzur yang orang ramai duk guna setiap hari untuk langkah parit atau longkang nak pi kerja atau nak pi hantar anak ke sekolah ... minta wakil rakyat buat estimate, lepas tu bagi budget kpd dia untuk dilaksanakan.

Ini lebih baik daripada duk pi bagi dekat orang miskin. Cara ini kebajikan dia pun besar : melayu-cina-india semua boleh dapat faedah, muslim-non muslim pun boleh dapat faedah yang serupa.

Kalau ada yang tak mau guna jalan atau titi selepas daripada itu, tak apalah, depa boleh buat jalan atau titi depa sendiri.

izam said...

Saudara Zendra..

"Saya bukan orang Mahathir atau orang UMNO - tidak berparti apa pun. Tapi nak juga saya lihat hujah-hujah yang mengeluarkan bukti-bukti, bukan pendapat semata-mata."

Saya boleh terima dengan kenyataan tuan dia atas. Tapi dari penelitian saya dan merujuk kepada tulisan tuan yang lepas2, jika pemimipin parti pembangkang yg ditohmah, dimaki hamun dan direka cerita2 tanpa bukti( yg selalu dituntut oleh tuan), saya tak pernah lihat tuan mencelah dan mintak bukti dan sebagainya...

Tetapi bila pemimpin Umno dihentam saya pasti akan keluar komen tuan mintak bukti....di sini saya minta buktikan pula yg tuan benar2 tidak menyokong mana2 parti

..sekian..

tokgaru said...

Pas minta Umno jangan bertanding dalam PRK Dun Galas sebagai bukti Umno iklas nak kepada perpaduan melayu.

Memang lah kalau bertanding pun kita nampak semacam melayu lawan melayu, melayu berebut sama sendiri. Maklumlah Galas tu kawasan melayu majoriti.

Pada saya siapa menang siapa kalah, tak ada bezanya, pi mai pi mai duk tang juga, satu ketupat nasi dan satu lagi nasi himpit, kedua2nya kena dimakan dengan masak lode.

Kita ada 2 DUN duk tunggu nak PRK. satu DUN Galas di Kelantan dan satu lagi DUN Kota Seputih di Kedah. Kedua2 DUN tu melayu majoriti. Baik Umno mahu pun Pas boleh jadikan itu sebagai medan untuk menilai penerimaan rakyat terhadap mereka.

Tak apa kedua2nya bertanding, kami rakyat yang tak berparti ni nak tunggu tengok apa pilihan melayu, Umno kah atau Pas kah. Kita nak lihat di gelanggan Galas, melayu mahu siapa diantara Umno dengan Pas ? Lepas itu di gelanggang Kota Seputih pula, siapa yang akan di pilih oleh pengundi melayu sebagai wakil mereka ?

Dari situ baru lah kami yang tak berparti boleh jadikan panduan untuk memilih bila tiba PRU 13 nanti.

Kami mahu Umno, kami juga mahu Pas. Kami suka kepada Umno, kami berkenan juga kepada Pas. Ditelan mati emak diluah mati bapak, kami jadi serba salah ...

Suruh bersatu hangpa tak mau, tapi dengan orang lain hangpa boleh bersatu dan boleh berpakat.

Aldan said...

tentang apa tue? (fitnah pemimpin pembangkang).

ttg dsai? hj hadi? nik aziz? atau lge?

kecuali nak bukti dsai meliwat yg tu tunggu pendakwaraya bg, yg lain insyaAllah ada buktinya..

izam said...

Setuju dengan komen tokgaru...

Pas tak betul suruh Umno tidak bertanding P/K Galas kalau pas sendiri membuat persiapan rapi utk P/K itu..apa akan kata penyokong umno jika Umno tarik diri..tak kan nak dikatakan Umno pengecut..tak mungkin

Pada saya Umno mesti menjadi check and balance kpd pas dan begitu lah sebaliknya..yg penting rakyat mendapat manfaat..Pas pun kalau terlalu kuat di Kelantan boleh jadi lupa diri dan hanyut..dengan itu umno mesti cabar di P/K Galas.

Semasa melawat kelantan di bulan puasa lepas aku lihat di kelantan biasa aje..tak da masjid pas dan masjid umno.. semua ok boleh pii dan mai.

Kedai2 makan, perniagaan org2 melayu banyak(secara kecil2lan).kalau cari Kelab malam, dangdut dan rumah urut spt di KL ni tak da la...

Ahmad Tajuddin said...

Sekarang baru masuk waktu asar, tokgaru.

Menurut hukum-hakam ekonomi bekalan wang dalam pasaran adalah terhad. Tindakan menambah bekalan ini melalui "printing money" akan menyebabkan nilai matawang sesuatu negara jatuh.

Penjajah Jepun sebelum merdeka telah mencetak wang baru dengan banyaknya. Memang rakyat ada banyak wang yang disimpan bertimbun-timbun di dalam almari tetapi wang ini tidak laku.

Hukum-hakam ekonomi juga mewajibkan bahwa apabila banyak wang keluar dari negara lambat laun akan berlaku kemelesetan ekonomi.

Pembelian jentera-jentera berat dari seberang laut, penggajian pegawai-pegawai dagang dari negara maju seperti AS, UK, Australia, Jepun, Korea Selatan dsb dan pengiriman wang setiap bulan ke negara asal oleh pekerja-pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia, Filipina dll. menyebabkan ringgit berada dengan banyaknya di luar negara.

Untuk memastikan keadaan tidak meleset perlu ada keseimbangan di antara "savings" dengan "consumption" dan "export" dengan "import".

Kemewahan yang dikecapi oleh negara melalaikan kita dan menimbulkan perasaan angkuh. Ramai dari kita yang memikirkan seolah-olah apa sahaja yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Seolah-olah kita memilik sentuhan emas (the Midas touch).

Pasaran saham di BSKL melonjak-lonjak melampaui 1000 mata hasil dari kemasukan modal asing dari luar negara. Dana-dana asing suka melabur di Malaysia.

Bagi mereka di mana tempat yang boleh mengaut untung berlipatganda di situlah mereka akan tuju.

"Hot money" ini menggembirakan pelabur-pelabur tempatan yang menumpang gembira.

Keuntungan besar diperolehi hasil jual beli saham di pasaran yang "bullish".

Keuntungan segera "atas angin" ini menukar gaya hidup ramai pemilik saham.

Ada juga orang-orang yang sudah masuk Liga-J yakni Liga Jutawan.

Mahathir pasti tersenyum lebar melihat fenomena waktu itu. Impiannya mencipta sekelompok juwatan Melayu semakin menjadi kenyataan.

Mahathir bangga kerana ada anak-anaknya sudah menjadi ahli Kelab Juwatan Melayu yang tidak rasmi ini.

Malang bagi Mahathir dan Malaysia bulan madu itu tidak berkekalan.

Fasa penurunan ekonomi terpaksa berlaku akibat kepincangan struktur ekonomi negara kita.

Perbelanjaan besar di dalam sektor-sektor kurang produktif, pengaliran matawang besar-besaran yang berterusan, pinjaman mega tanpa sekatan, penurunan simpanan akibat sikap berbelanja dengan boros dll mengundang malapetaka.

Bagaikan retak menanti belah sahaja. Pelabur matawang nampak kesemua kepincangan ini dan mengeksploitnya dengan maksima mengaut keuntungan besar-besaran.

Mimpi indah Mahathir terhenti dan dia terjaga dari lamunan dengan sungguh berang sekali.

Terasa basah kuyup gaun tidur baldu yang dipakainya. Rupa-rupanya tongkang mewahnya yang sarat dengan harta karun sudah bocor dan dinaiki air!

putrarahman said...

Izam, saya pun tak berparti jugak, tetapi sehingga hari ini sokongan saya masih kepada UMNO dan BN dan tambah lagi satu PERKASA. Tak berparti bermaksud tidak mengisi borang untuk menjadi keahlian mana-mana parti. Dah ambil borang UMNO beberapa kali tetapi tak pernah mengisi.

Sokong hujah-hujah Tokgaru. Saya lahir pada hujung zaman Tunku dan membesar pada zaman Tun Mahathir. Pembesaran dan kematangan saya seiring dengan kemajuan negara yang dibangunkan oleh Tun Mahathir.

Namun demikian, tidak semua orang bersetuju dengan asas dan dasar kemajuan yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu daripada Pertanian kepada Perindustrian. Namun sewajarnya perbezaan pendapat ini tidaklah menjadi penyebab ataupun punca untuk merendah-rendahkan jasa dan pengorbanan Tun Mahathir.

Jangan disebabkan sekarang ini Tun Mahathir kelihatan lantang memberikan ulasan dan kritikan kepada sesuatu isu, maka ianya menjadi punca untuk kita menolak segala jasa dan pengorbanan beliau. Saya percaya jika Tun Mahathir mendiamkan diri, tidak ada pihak yang melemparkan kritikan kepadanya.

Sekarang ini tidak ada penghargaan kekal yang diberikan kepada beliau oleh kerajaan, samada jalan, bangunan, bandar ke. Tun Razak, ada bandar Tun Razak, Tun Hussin On, ada Bandar Tun Hussin On, tetapi Tun Mahthir ..Tak ada. Mungkin mereka tunggu Tun meninggal dahulu barulah penghargaan hendak diberikan, tetapi yakinkah pada masa itu UMNO yang masih memeritah. Oleh itu kepada pemimpin UMNO, semasa masih memegang tampuk kuasa, saya rayu berikanlah penghargaan sewajarnya kepada Tun Mahathir bagi mengenangkan jasa dan kemasyurhan yang telah diusahakanya untuk Malaysia di persada dunia.

Aldan said...

asar terlalu awal utk bacaan bedtime story..lps isya lebih sesuai..

putrarahman said...

Saya dah cakap, Ahmad Tajuddin hanya copy dan paste. Dia kutip daripada:

http://www.marhaen.info/v2/mar_a_steffan_khinge_assocs01.html

Siapa Steffan Khinge yang menyumbangkan artikel salah-laku Mahathir.

Aldan said...

a fanatic is always ready for an argument..

modal2 fitnah mcm tu tersimpan rapi dlm kocek diorg, ready utk copy n paste..anytime anyplace..

x ada value..x ada malu..

Ahmad Tajuddin said...

Tak kan nama pena begitu mudah dikelirukan apatah lagi nama bapak dikeliru dengan anak sementara kejayaan dikelirukan dengan sejarah?

Yang memang tak kenal malu ialah Mahathir yang segera memburu musuh yang melaksanakan operasi sabotaj ala komando.

Akhirnya Mahathir bertemu dengan seorang jutawan Yahudi warga Amerika bernama George Soros.

Sepantas kilat Mahathri menuding jari kepada Soros menyalahkannya melakukan spekulasi terhadap matawang negara-negara Asia Timur.

Katanya Soros telah menghancurkan semua kemajuan yang dicapai semenjak Merdeka dalam sekelip mata.

Yang anehnya tidak pula beribu-ribu pekerja hilang pekerjaan serta-merta. Tidak pula kedai-kedai makan hanya menjual ubi kayu sebagai hidangan.

Anak-anak Mahathir dan kroni-kroni tidak pula terpaksa mengayuh basikal Raleigh pergi ke pejabat masing-masing.

Bila Mahathir mengadu kepada Amerika, jawapannya "Soros adalah seorang warganegara yang dihormati". Kalaulah boleh mungkin Mahathir mahukan Soros diberkas seperti Amerika menangkap bekas diktator Panama, Manuel Oriega.

Lagi kuat Mahathir menghentam Soros dan rakan-rakan spekulatornya, semakin menurun pasaran saham dan nilai ringgit.

Para penganilsa saham waktu itu yakin indeks KLSE akan melantul naik apabila mencecah tahap 750 mata kerana "technical rebound" mesti berlaku.

Indeks KLSE turun lagi bagaikan roller coaster di Genting Highlands.

Para penganalisa pun berhenti memberi telahan. Mahathir terus mengangakan mulutnya besar-besar menyalahkan Yahudi.

Gerakan Yahudi di Amerika mengenakan tekanan ke atas ahli Kongres. Maka timbul usul di Kongres Amerika supaya Mahathir meminta maaf atau meletakkan jawatan. Mahathir terpaksa menelan muntahnya dan berpura-pura menafikan "kunonnya" dia ada menghina Yahudi.

Pegawai-pegawai bank menerima e-mail dari luar negara dengan ucapan penuh ikhlas, "See you at 500!". Indeks KLSE pun menjunam ke tahap 500 mata.

Aldan said...

dr. mahathir anti soros..

DSAI?

Ahmad Tajuddin said...

Aldan, bedtime mungkin tidak sesuai kerana Mahathir tidak dapat tidur barangkali melihat "tiger economies" seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia tiba-tiba mengalami sakit kronik.

Penyakit ini lebih dahsyat dari jangkitan virus HIV yang boleh mengakibatkan AIDS.

Seorang demi seorang ketua negara tumbang dan berlaku perubahan pucuk pimpinan.

Mahathir ketakutan melihat rakan karibnya Bapak Suharto mengundur diri selepas rusuhan 14 Mei 1998.

Terbayang di depan mata Mahathir hantu 13 Mei 1969 yang menjatuhkan Almarhum Tunku. Kalau pada 1969 Mahathir mendesak Tunku meletak jawatan apa pula nasib dirinya sendiri ketika ini?

Mungkinkah "Brutus" yang Mahathir bayangkan suatu ketika dahulu akan bangun menikamnya dari belakang?

Nyawa politik Mahathir semakin terancam. Mr. Recalcitrant enggan memakan ubat-ubatan Dr. IMF yang dibawa oleh timbalannya.

Mahathir melihat ubat yang dia terpaksa terima ini bagaikan racun yang boleh membawa maut.

Maka dipanggil balik kawan setianya, Daim untuk menolongnya.

Seruan Mahathir ini mirip permintaan King Arthur kepada ahli sihir, Merlin untuk memberikannya pedang sakti, Excalibur.

Mahathir lega kerana Daim dengan sukahatinya menerima pelawaan rakannya. "Kecik tapak tangan nyiru aku tadah bagi kat hang", agaknya balas Daim.

Mahathir tahu Daim pun sedang sakit kerana bisnesnya terganggu akibat kemelesetan ekonomi terbaru ini.

Macam bertemu kembali dua orang rakan lama dalam majlis nostalgia reunion bekas murid-murid. Lagipun kalau hendak menari "tango" mesti ada dua orang penari. "Just like old times", kata Orang Putih.

Daim tidak melengahkan masa menolong kawannya dari Kampung Seberang Perak.

Ambil hutang-hutang ceti dengan duit rakyat, tutup semua pintu dan tingkap rumah dan halau keluar "anak derhaka" bernama Anwar - Daim pesan pada Mahathir.

Maka ditubuhkan Danaharta dan Danamodal untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka dari diisytihar muflis.

Wang simpanan rakyat mahu digunakan supaya anak-anak emas ini tidaklah terpaksa merempat meminta sedekah di kaki lima.

Dijemput dengan permaidani merah firma Yahudi Solomon Bersaudara untuk menolongnya mengatasi krisis ekonomi negara.

Mahathir kemudiannya menjelelajah seluruh negara (macam dia selalu buat setiap kali ada krisis) sepantas kilat seperti dikejar raksaksa Godzilla memberikan penerangan.

Mahathir membayangkan perlunya melaksanakan langkah-langkah drastik.

Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara menghantar surat perletakan jawatan.

Timbalannya yang setia dipecat beberapa hari selepas berkongsi pentas di Pulau Pinang menyambut Hari Kemerdekaan.

Kasihan sungguh nasib Pak Syeikh yang tidak habis-habis melaungkan ikrar taat setia kepada ketuanya yang Mahazalim hingga ke nafas politiknya yang akhir.

Ahmad Tajuddin said...

Kalau umur dah menjangkau asar, sudah pasti korang tahu akan media talibarut Mahathir yang cuba memperdaya rakyat dengan mengandaikan seolah-olah pemecatan Anwar dan langkah kawalan modal telah mendapat respons yang positif dari pasaran.

Sungguh hebat kebijaksanaan Mahathir dapat menstabilkan ekonomi hanya dengan "kuisan pena" laung media tempatan.

Kalaulah penyelesaiannya sebegitu mudah hanya dengan "stroke of a pen", mengapa tidak ditetapkan kadar tukaran matawang kepada RM 2.50 bagi setiap dolar Amerika seperti sebelum kegawatan bermula?

Dunia pasti mengkagumi kebijaksanaan Mahathir kalau ditetapkan RM 1 bagi setiap dolar Amerika!

Murah sedikit jadinya harga jet eksekutif peribadi Mahathir. Kalau jet Presiden Amerika dinamakan Air Force One, mungkin rakyat boleh memanggil jet Mahathir ini "Recalcitrant One".

Kebelakangan ini penganalisa menganggarkan nilai sebenar ringgit sekarang ini ialah RM 3.50 berbanding RM 3.80 yang ditetapkan.

Langkah kawalan modal dikenakan menyebabkan dana asing menarik keluar wang mereka.

Ayuh kita ramai-ramai pergi ke Pakistan kata salah seorang mereka ini. Nilai ringgit dan pasaran saham tidak menampakkan bayang mahu pulih segera.

Jual beli KLSE kurang rancak dengan dagangan didahului pelabur institusi tempatan.

Apa yang Mahathir dan Daim lakukan sebenarnya hanyalah sekadar menutup lubang-lubang dalam tongkang mewah mereka supaya tidak karam. Akan tetapi tongkang ini hanya terapung sahaja tanpa mampu bergerak ke mana-mana.

Dunia sudah banyak berubah.

Ini bukannya zaman mesin taip dan teleks tetapi era cetusan teknologi maklumat.

Masyarakat dunia progresif sedang rancak membuat reformasi untuk melangkah ke alaf baru.

Teori-teori konvensional giat dikaji semula. Ide-ide lapuk sudah dicampakkan ke dalam tong sampah.

Hanya Mahathir (dan Daim) saja yang masih berpegang kepada strategi lamanya.

Dinosaur adalah kumpulan binatang gergasi yang menghuni bumi di zaman silam tetapi perubahan melenyapkan spesis itu.

Mungkin sejarah akan merakamkan era Mahathir setanding dengan riwayat spesis yang telah lama pupus itu.

Thanatos said...

Apekejadah korang letak isu politik kat dalam ni.Dr.Riduan Tee bukan memperjuangkan mana-mana kaum,tetapi dia memperjuangkan agama Islam kerana Islam merupakan agama yang benar dan sempurna!

Bangun la semua umat Islam.Berpolitik la anda.Bermadah la anda.Berkuasa la anda.Tapi jangan jadikan Islam itu liberal,kerana ini la punca segala masalah.

Nuff said.

anon said...

Percaya atau tidak pada alamat dan pertanda, ini adalah satu kepercayaan yang menjadi pegangan kepada orang Melayu. Kebanyakan pertanda yang berlaku pada Mahathir sepatutnya jadi bahan renungan kita semua.

Pertanda-pertanda yang tidak baik berlaku, tiga hari sebelum Mahathir jadi Perdana Menteri. Setiausaha politiknya ditangkap kerana jadi pengintip Russia (Agen K. G. B.). Orang kanannya tertangkap sebagai orang Melayu yang sanggup menjual bangsa dan negara tapi Mahathir tidak kisah.

Pejabatnya terbakar menimbulkan satu tandatanya. Panas sangat ke dalam pejabatnya hingga sampai boleh terbakar?

Speaker Dewan Negara Tan Sri Syed Nasir mati dalam bertugas, sikit punya dasyat ke kejadian seperti ini. Rupa-rupanya dalam senyap ahli-ahli Parlimen meluluskan Pindaan Perlembagaan.

Seorang dari menterinya ditangkap kerana didapati bersalah membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri. Sah salahnya dihukum gantung sampai mati, tapi kemudiannya tidak dimatikan tetapi diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup.

Apa makna ini semua?

Slogan Mahathir yang pertama ialah Bersih, Cekap dan Amanah. Buat apa slogan ini kalau semua orang sudah bersih, cekap dan amanah.

Ini menunjukkan dalam kerajaan Mahathir banyak sangat orang tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah.

Ini juga pertanda-pertanda yang tidak baik. Rakyat mempersendakan-sendakan BCA. Dan bila rakyat mempersendakan dia tukar pula dengan slogan baru "Kepimpinan Melalui Teladan" nak tauladan apa kalau semuanya tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah?

Siapa yang hendak ikut teladan menterinya yang cakap tak serupa bikin?

Pencuri kita tahu kerjanya mencuri, penipu kerjanya menipu. Pencuri tidak memimpin, dia mencuri saja kerjanya. Siapa pun tidak tahu kalau tidak tertangkap.

Penipu tidak memimpin, kerjanya menipu, sesekali dapat peluang dia membelit tapi dia tidak menipu sesama penipu, dia tidak belit kawan dia, dia menjalankan putar alamnya dengan orang lain.

Tapi hari ini pemimpin ada yang jadi pencuri, ada yang jadi pembunuh. Ini semua buat susah hati pencuri, pembunuh dan penipu. Mereka hendak buat kerja apa lagi?

Menteri kena kata kurang ajar dalam Parlimen menangis terisak-isak. Datuk Wan Mokhtar, Menteri Besar Terengganu kena tuduh dalam Dewan pun menangis juga. Bila orang besar-besar guna menangis sebagai senjata mulalah rasa tidak seronok, kasihan buaya kehilangan modal.

Kalau semua menteri macam perempuan, macam agar-agar, macam ampai-ampai laut. Habis pemuda harapan bangsa kita jadi pondan nanti. Kalau dah jadi pondan, apa pun tak boleh buat. Kalau nak buat juga, buatlah. Tapi rakyat tak bertambah.

Selagi bintang Mahathir masih terang dia buatlah apa saja yang dia suka. Orang yang sudah kena sawan Mahathir akan ikut saja. Walaupun mengikutnya susah, tak ikut lagi susah. Mahathir bukan tahu kasihan.

Itulah parahnya kalau para pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan ada pekong, ada kurap.

Bagaimana kalau pekong kurap didedahkan, sikit punya malu ke. Siapa kata politik itu tidak kotor. Dahlah kotor berpanau pula.

PAK HABIB

Aldan said...

sian..

pengkisahan ttg dr. mahathir pjg berjela, tp x tau apa result nya..

yg kita lihat dr. mahathir skrg takla spt yg diceritakan oleh dia..

tak nampak terancam..x nampak takut..tak nampak bimbang atau sakit..

begitulah kalau punya semangat dan azam yg tinggi, walau difitnah apa pun tetap steady..

yg nmpk makin nak bungkus adalah rival beliau, yg prnh lari bersembunyi di kedutaan turki..itu baru tanda org2 yg takut dan pengecut..

dan skrg dgn ranting2 dan cabang2 nya yg patah riuk, x ada lagi tsunami politik..16 sept kekal jadi sejarah..

bersama dr. mahathir kita sama2 lihat nnti berakhirnya riwayat petualang bangsa yg telah berjaya melahirkan insan2 taksub dan jumud demi hala tuju yang satu-

sama rata, sama rasa..depan belakang, sama saja.. :)

p/s- menjelang prk galas nie, pasti pelbagai fitnah membuak2 keluar..nantikan shj koleksi copy n paste mereka dlm episod yg akan datang!

anonymous said...

Pentadbiran manusia di atas muka bumi ini adalah sebahagian dari Islam.

Manusia perlu makan, dan untuk makan, kita mesti berkerja. Kerja itu sebahagaian dari Islam. Mencuri juga satu cara yang boleh di jadikan sebagai wadah mencari makan, begitu juga bergelumang dengan riba dan rasuah. Kerana riba rasuah dan mencuri itu juga boleh mendatangkan makanan, dan mencari makanan adalah sebahagian dari Islam, namun kita tidak boleh katakan yang mencuri, merompak itu sebahaian dari Islam.

Mentadbir negara adalah satu perkara yang ada dalam Islam dan tidak boleh di pisahkan daripada Islam, kerana semua perbuatan manusia terpaku pada hukum Allah swt.

Kalau kita mahu menegakkan hukum Allah swt, kita semestinya berpaut kuat dengan hukum itu, dalam apa jua kaedah yang kita gunakan.

Semoga, kita di Malaysia diberkati Allah s w t dengan pemimpin yang hatinya lebih ikhlas dan tulus, hanya pada Allah swt, dan yang boleh menyatupatukan semua ummat Islam di dalam satu wadah perjuangan hanyalah kerana Allah swt.

Bagaimana kita hendak bersatu, sedangkan semua tenaga kita tertumpu pada usaha untuk menjatuhkan saudara seislam kita?

Seringkali kita melihat mereka yang bergiat dalam dunia politik tanah air, membuat tuduhan itu dan ini atas orang orang yang tidak hadir semasa tuduhan itu dibuat.

Orang itu dan ini di katakan korup, pembuat maksiat dan seterusnya. Perbuatan ini dilakukan di masjid, di pejabat pejabat, di akhbar dan di mana jua.

Pada Islam wujud pentadbiran manusia, dengan kaedah kaedah yang terpaku pada peraturan yang termaktub dalam Al Quran dan Sunnah nabi s.a.w

anonymous said...

Aldan,

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan 'fitnah'?

...dari saya yang kerdil ini
berpendapat ianya berkaitan dengan satu berita atau cerita dari seseorang yang busuk hati melihat kelebihan orang lain yang mana cerita atau berita itu adalah
palsu semata-mata dan ianya mempunyai tujuan yang jahat serta busuk lagi membusukkan.

...di sini ingin saya bertanya kepada anda semua.. apakah kita
selama ini mempunyai kepentingan sekiranya kita dicap sebagai 'pembuat fitnah'.

.. adakah dengan jatuh kerajaan sekarang maka kita sebagai rakyat biasa akan dapat kontrak atau tender untuk suku-sakat atau kroni kita?

... bagi saya TIDAK..

Habis tu kenapa kita mengambil tindakan sebegini?

...saya bertanggapan bahawa
tidak ada mana-mana saluran yang sudi 'mendengar'pandangan kita yang tidak berkiblatkan kepada kerajaan.

... bukan bermakna kita bencikan kerajaan tetapi sebenarnya kurang senang dengan cara pemimpinnya 'melayani' kita selama ini.

... seolah-olah negara kita kini bapa mereka yang punya.

... hasil dan harta boleh diwarisi
sewenang-wenangnya.

APAKAH KITA KOLOT... TAK EDUCATED LANGSUNG?

... adakah kita menganggap bahawa tanpa mereka (UMNO)maka malaysia akan mundur?

... adakah semua kakitangan kerajaan akan meletak jawatan sekiranya kerajaan sekarang TUMBANG?

pemimpin hanyalah membuat dasar tetapi para ahli ekonomi serta cerdik pandai yang bersusah payah untuk memajukan negara kita.

... percayalah TANPA UMNO,
malaysia pasti lebih berjaya....

... berbalik kepada isu fitnah itu
tadi.

... sebagai contoh samada anda masih ingat atau sengaja lupakan.

bagaimana bekas PM menuduh atau membuat FITNAH dengan menyatakan mata DSAI.

yang tercedera adalah disebabkan perbuatannya sendiri untuk menagih simpati rakyat.

... tetapi selepas suruhan diraja menyiasat walaupun ada yang sangsi,
mendapati bahawa 'orang kuat 'PDRM yang punya angkara.

... mana asasnya tuduhan PM?

Jawablah wahaiku Aldan...

1) DSAI (apa? dr mahathir anti soros, Aldan?) dituduh melanggan pelacur.... kenapa digugurkan tuduhan itu kalau ianya
bukan fitnah.

2)DSAI dituduh liwat, kuat seks dan seumpama dengannya.... kenapa last minute gugurkan kes ini (Aldan, yang ni mana tu value dan x malu ke?)

3) DATO' ISHAK BAHAROM (bekas mufti)..... kenapa dia difitnah bahawa kontraknya tidak disambung walhal kontraknya baru sahaja disambung pada ketika itu..bukan
kerana kerajaan membela ratu cantik mereka...

4)USTAZ KAMAL ASHAARI... ..kenapa menamatkan perkhidmatannya.... adakah kerana kes mayat menjadi khinzir atau babi (istilah sekarang..nak hapuskan image DSAI)

ATAUPUN pembongkarannya tentang kegagalan kerajaan menanggani kes MURTAD.

...kalau saya list down FITNAH-FITNAH umno tentulah mengambil masa..banyakkkkk tapi sekadar mengingati bahawa fitnah mereka amat dahsyat.

... MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA CETAK diperkudakan.....mana ada saluran kita?

....HARAKAH..itupun sudah berapa kali DATO' HISHAMUDIN YAHYA dipanggil ke KDN untuk diberi 'katadua'.

...kalaulah semua menganggap bahawa laman ini pun sebagai saluran
fitnah... tak tahulah saya apa yang terjadi kepada pemikiran (otak) mahupun negara kita.

... ataupun kes-kes yang saya sebutkan tadi terkena kepada kita
ataupun saudara kita..barulah kita bangun memberontak sekiranya undang-undang yang ada tak dapat melindungi kita sebagai contoh.

...MEMANGLAH kita sedari hanya segelintir semacam Aldan lah yang merupakan musuh dalam selimut yang mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan apa yang terjalin
selama ini.

...tetapi kenapa begitu mudah sangat dipengaruhi?

...di manakah semangat kental
anda?

....di manakah semangat jihad anda?

...sesungguhnya kita telah dapat membezakan antara musuh, sahabat kedai kopi ataupun sahabat sejati sepertimana yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasullah saw.

putrarahman said...

"... adakah kita menganggap bahawa tanpa mereka (UMNO)maka malaysia akan mundur?"

Bukan semua pemimpin ditakdirkan membawa kemajuan kepada negaranya. Perkara ini boleh dibuktikan apabila kita membaca sejarah kerajaan Umaiyyah dan juga Kerajaan Abbasyiah. Bukan semua pemerintah Islam yang dilantik berjaya membawa kemajuan dan kegemilangan kepada negara Islam terdahulu.

Masih banyak negara di dalam dunia ini yang masih mundur disebabkan kesilapan para penduduknya memilih pemimpin mereka. Namun demikian, ada juga negara yang mampu untuk terus maju walaupun pemimpin bersilih ganti.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat kita sepatutnya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada BN yang diterajui oleh UMNO kerana telah membawa negara kita sehingga ke tahap ini sekarang ini.

Apa akan jadi sekiranya pemimpin UMNO tidak berjaya memerintah dengan baik dan negara kita masih di dalam keadaan mundur dan masih bergantung kepada hasil pertanian untuk mengerakkan ekonomi negara? Nak tukar pemimpin bukan suatu yang mudah bagi budaya politik di negara kita ini.

Oleh yang demikian adalah persoalan seperti di atas sepatutnya tidak wajar dipersoalkan kerana seolah-olah menafikan kemajuann yang telah dibawa oleh UMNO terhadap negara kita ini.

Aldan said...

kerana saya tidak mahu berangan tanpa berpijak di bumi nyata..

kerana sy tidak menyokong politik membenci dan menghasut..

kerana sy tidak nampak lebih baiknya jika pembangkang yang memerintah..

kerana sy tidak terhijab melihat Nik Aziz pun ada kelemahan dan kesalahannya sendiri..

kerana sy tidak tertipu bahawa hukum hudud akan dilaksanakan bila PR menang..

kerana sy tidak terikut2 org yg anti polis, anti sprm, anti deb, anti ketuanan melayu, anti bahasa melayu, anti keistimewaan melayu, anti perlembagaan, anti itu ini..

kerana sy tidak langsung menghormati pemimpin yg lidah bercabang, yg tunjuk baik, yg tunjuk alim, yg konon nak memulihkan demokrasi tapi sendiri mengamalkan demokrasi terpimpin, yg mengata dulang paku serpih, yg menggunakan agama utk kepentingan politik sendiri..

kerana sy bukanlah org yg jumud taksub dan mudah dipengaruh..

kerana sy percaya jihad bukanlah sekadar bertakbir..apalagi berbaring di tengah jalanan..

p/s- tarif air naik, nikmat utk semua..lalalala....

anonymous said...

Wahai putrarahman

Apakah anda juga mudah lupa bahawa bekas PM Malaysia yang ke-4 Tun Dr Mahathir kebelakangan ini mula menjadi vokal yang agak nyaring berkenaan dengan isu kepentingan dan masa depan orang Melayu.

Terbaru beliau melahirkan kebimbangan tentang masa depan orang Melayu yang bakal menjadi kaum minoriti di tanah air sendiri.

Walaubagaimanapun kita berterima kasih pada beliau kerana kenyataan beliau membuatkan orang Melayu sedikit tersentak khususnya Melayu UMNO.

Mungkin Allah SWT mula membuka pintu hati Tun Mahathir supaya berasa insaf akan nasib dan masa depan orang Melayu yang semakin membimbangkan.

Beliau selaku seorang pemimpin Melayu yang memegang tampuk pemerintahan yang agak lama iaitu selama 22 tahun.

Dalam tempoh tersebut berbagai pendekatan betul atau salah yang digunakan untuk mengubah wajah Malaysia kepada negara yang maju dan berdaya saing.

Namun beliau berjaya melakukan perubahan dan kemajuan terhadap negara mengikut acuan dan kehendak beliau.Antara perkara yang beliau lakukan yang menyebabkan Melayu Mundur dan berpecah :

Memperkenalkan dasar industri sedangkan orang Melayu ketika itu begitu mahir dalam bidang pertanian ini menyebabkan anak-anak Melayu meninggalkan kampung kerana lebih suka bekerja kilang dari menjadi petani.

Akhirnya banyak tanah-tanah/kebun-kebun terbiar dan akhirnya terjual begitu sahaja.Bidang pertanian yang kebanyakkannya diusahakan oleh orang Melayu tidak diberi tumpuan yang khusus dan golongan petani Melayu menjadi miskin.

Perpecahan orang Melayu berlaku di zaman pemerintahan beliau bermula krisis UMNO 1987 iaitu pergeseran beliau dengan Tengku Razaleigh dengan tertubuhnya Parti Semangat 46 dan tragedi pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan pada 1998 seterusnya menyebabkan Melayu berpecah lebih teruk dengan wujudnya PKR pimpinan Anwar Ibrahim.

Tragedi perpecahan di kalangan orang Melayu terjadi adalah semata-mata kerana Tun Mahathir mahu mengekalkan kuasa dan pengaruh beliau berterusan.

Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terus ditimpa pelbagai musibah akibat sibuk bertelagah untuk mempertahankan si pemimpin yang rakus.

Akhirnya Agenda perjuangan terhadap bangsa Melayu terus menuju kegagalan.

Ahmad Tajuddin said...

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang ingin bangkit daripada kelemahan dan kejatuhan memerlukan empat kekuatan iaitu keyakinan terhadap kebolehan diri, kepimpinan yang amanah, solidariti yang mantap dan disiplin yang tinggi.

Keempat-empatnya memainkan peranan besar dalam ketahanan bangsa.

Harapan kita, biarlah semua pemimpin Melayu dari parti mana sekali pun dapat duduk semeja untuk berbincang secara ikhlas ke arah membina semula kekuatan Melayu yang hari ini semakin terhakis kesan daripada pelbagai pertentangan politik sesama bangsa.

putrarahman said...

"Memperkenalkan dasar industri sedangkan orang Melayu ketika itu begitu mahir dalam bidang pertanian ini menyebabkan anak-anak Melayu meninggalkan kampung kerana lebih suka bekerja kilang dari menjadi petani.

Akhirnya banyak tanah-tanah/kebun-kebun terbiar dan akhirnya terjual begitu sahaja.Bidang pertanian yang kebanyakkannya diusahakan oleh orang Melayu tidak diberi tumpuan yang khusus dan golongan petani Melayu menjadi miskin".

Secara peribadi saya setuju dengan kenyataan di atas. Perubahan dasar daripada Pertanian kepada Perindustrian telah menyebabkan punca ataupun asas kekuatan ekonomi orang melayu teramai telah diabaikan. Sepatutnya kedua-dua bidang iaitu pertanian dan juga perindustrian hendaklah dimajukan secara beriringan. Mungkin jika bidang pertanian dimajukan dan tidak diabaikan, sekarang ini orang Melayu sudah ramai yang menjadi petani-petani bertaraf jutawan.

Di tempat saya, banyak tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan kerana anak-anak muda sudah tidak berminat untuk mengusahakannya. Saya pernah melontarkan idea supaya kerajaan Terengganu menubuhkan satu Jabatan yang khusus untuk memajukan tanah-tanah terbiar dengan tenaga kerja tempatan yang bergaji tetap. Saya percaya ramai anak-anak muda Terengganu yang memohon untuk bekerja secara tetap walaupun dibidang pertanian. Objektif idea ini supaya Terengganu menjadi pengeksport utama makanan seperti padi, jagung, ubi kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Namun demikian saya tidak menyalahkan Tun Mahathir kerana mengubah negara kita daripada sebuah negara beasaskan pertanian kepada sebuah negara perindustrian kerana setiap pemimpin mempunyai cara dan impian masing-masing, yang penting rakyat tidak diabaikan. Mungkin jika TGHHA yang menjadi PM, pendekatan lain pula yang dibawanya.

Aldan said...

"Memperkenalkan dasar industri sedangkan orang Melayu ketika itu begitu mahir dalam bidang pertanian ini menyebabkan anak-anak Melayu meninggalkan kampung kerana lebih suka bekerja kilang dari menjadi petani"

kelakar giler org ini..pemikirannya jelas terkehadapan; berbanding rakan2 segua dizamannya..
seseorang tolong kembalikan dia ke ice agenya.. mgkin scr tak sengaja die ter'travel' ke tahun 2010 nie..

p/s - nasib baik dr. mahathir yg jd PM, bukan orang ini.. syukur alhamdulillah..

cuit said...

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam supaya mengamalkan Islam yang sebenarnya, bukan Islam yang diajar oleh penjajah Tanah Melayu, British.

Menurutnya, apa yang berlaku pada hari ini, kebanyakkan orang Melayu melaksanakan Islam yang diajar oleh British, yang membawa pelbagai masalah.

Beliau berpendapat perpaduan yang amat perlu pada hari ini adalah perpaduan bukan perpaduan Melayu tetapi perpaduan untuk semua.

"Perpaduan semua, yang pertama, perpaduan (di kalangan) orang Islam dan yang kedua perpaduan manusia. Kita tak boleh (melihat perpaduan) satu aspek sahaja. Kita perlu mengambil kira masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita,"jelasnya ketika ditanya pihak media.

Menelusuri usaha perjumpaan dan dailog diantara PAS dan Umno, Ustaz Hadi berkata, pada tahun 1980-an, bebrepa NGO pernah menganjurkan perjumpaan diantara PAS dan Umno.

Pada ketika itu, katanya, PAS telah bersedia untuk berjumpa dan berbincang, tetapi akhirnya perjumpaan yang dirancang itu dibatalkan kerana Umno tidak bersedia

Sehubungan itu, beliau menegaskan, matlamat perpaduan yang sedang diperkatakan dewasa ini, bukanlah untuk menyelamatkan Umno tetapi mahu menyelamatkan Melayu dengan Islam.

"kita bukan untuk menyelamatkan Umno, kita nak menyelamatkan Melayu. Nak selamatkan Melayu, mesti dengan Islam. Kalau nak selamatkan Umno, itu bukan urusan kita, itu urusan Umno, urusan dia. Ya, kita mesti menyelamatkan melayu dengan Islam,"jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru supaya orang-orang Melayu mesti kembali kepada Islam dan menyokong PAS, kerana menurutnya hanya ada dua parti orang Melayu yang dominan iaitu PAS dan Umno.

"Parti Melayu yang ada dua, iaitulah Umno dengan PAS. Melayu (berjumlah) 60% (daripada penduduk negara). (sedang kaum lain dan) DAP tak sampai 60%. Sama ada orang Melayu menyokong Pas atau orang Melayu menyokong Umno.... Itu saja,

"Kalau orang Melayu berani sokong PAS, tukar (sokongan), daripada Umno kepada PAS, barulah kita (PAS) boleh memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan Melayu,"katanya.

Oleh yang demikian, menurut Ustaz Hadi, PAS wajar diberi peluang pada kali ini untuk menjuarai perpaduan kerana katanya, sehingga kini, sudah 50 tahun Umno diberi peluang tetapi tidak berhasil membentuk perpaduan sebenarnya.

"Kita minta supaya PAS diberi peluang untuk menjuarai perpaduan (pada kali ini). Bukan UImno yang menuarai perpaduan kerana Umno sudah 50 tahun memimpin negara (tetapi gagal). Dengan sebab itu sudah tiba masanya orang Melayu menyokong Pas dan mengambil alih untuk kita tunjuk bagaimana agenda perpaduan kita, itu caranya,"ujarnya yakin.

Justeru, katanya, orang Melayu mesti beralih dan menyokong PAS supaya kekuatan enam puluh peratus undi Melayu itu berpihak kepada PAS dan PAS akan memimpin orang Melayu Islam.

Sekiranya berlaku sebaliknya, menurut beliau, masalah yang melanda orang Melayu Islam kini tidak akan dapat diselesaikan.

Melayu Malaysia said...

Saya bukan nak minta anda semua lupa asal-usul bangsa, lagipun Allah telah menjadikan kita bersuku-suku dan dalam bangsa yang berbeza. Cuma, fikirkanlah lebih banyak tentang cara untuk hidup bersama dalam keadaan yang aman, bukannya buat sesuatu perancangan dengan memikirkan satu bangsa sahaja. Perancangan sedemikian akan gagal.

Cuba fikir di luar kotak, bagaimana jika perpaduan diadakan dengan Islam yang menjadi asasnya?

Pasti ianya lebih baik, kerana Islam memang tidak terhad kepada bangsa. Kita perlu ucap terima kasih kepada orang Arab yang menyebarkan Islam ke luar semenanjung Arab.

Jika tidak kerana mereka, kita di sini masih tiada hala tuju, dan hidup secara amimisme. Namun, kita sebagai orang Melayu yang mendapat hidayah Islam, tidak pula mahu menyebarkannya secara damai dengan masyarakat bukan Islam. Malah, kita macam membenci mereka kerana cemburu dengan penguasaan ekonomi yang mereka ada.

Tak patutlah macam itu. Dengan berbaik-baik dan pada masa sama bertegas dengan mereka, kita boleh dapat satu bentuk perpaduan yang lebih meyakinkan.

Kita harus gunakan peluang yang ada ini untuk mempromosikan nilai-nilai Islam kepada mereka. Pada diri kita sendiri, kita harus buang sifat prejudis dahulu, kemudiannya buanglah sifat-sifat buruk yang ditegah oleh Islam.

Tunjukkan bahawa kita ini satu kumpulan yang bersopan-santun, hormat-menghormati sesama manusia.

Cuba fikirkan cara hidup kita dan pergaulan dengan orang lain, adakah kita hormat kepada rakan serumah kita, atau rakan sekelas?

Bagaimana pula dengan orang-orang yang kelihatan lekeh, seperti pengawal keselamatan kolej, atau tukang cuci di tempat kita, adakah kita dengan tidak sengaja ada bertindak seperti menghina mereka.

Kalau diceritakan perbuatan buruk kita, memang banyak kan? Jadi cubalah kurangkannya perlahan-lahan. Jika kita lebih utamakan bangsa sekalipun, tunjukkan bahawa kita ini dari kumpulan bangsa yang bersopan-santun dan berbudi bahasa.

Dari situ pun, orang dari agama/bangsa yang berlainan akan nampak keindahan yang ada pada kita.

Dengan perbuatan seperti ini diamalkan, bukan setakat Melayu dapat bersatu, malah seluruh negara dapat bersatu di bawah nilai agama Islam yang sangat mulia. Dengan perpaduan sedemikian, kita pasti akan kuat dan tidak akan dipecahbelahkan oleh unsur perkauman yang semakin ganas sekarang.

Nathaniel Tan said...

Apakah satu-satunya cara umat Melayu akan berjaya bersatu adalah melalui gabungan parti-parti politik Melayu?

Teori ini tidak harus diterima serta merta tanpa kajian teliti.

Perpaduan Melayu tidak boleh berasaskan ketaatan buta atau kepercayaan yang berdasarkan warna kulit sahaja.

Dalam 50 tahun pentadbiran kerajaan dan 30 tahun di bawah Dasar Ekonomi Baru, tidak ramai yang bukan dari golongan elit boleh dikatakan menikmati manfaat dari kepimpinan parti ‘ulung’ Melayu yang kononnya mengagungkan agenda Melayu.

Perpaduan apa jika rasuah masih bermaharajalela? Perpaduan apa jika Melayu kaya terus rompak dan mencuri daripada Melayu miskin?

Apabila Melayu kaya dan berkuasa mengagihkan seratus ringgit dari setiap sejuta ringgit yang dicurinya secara haram dari khazanah negara untuk “mengurangkan beban” Melayu (yang sanggup menjadi ahli Umno), itu bukan perpaduan namanya.

Dalam sejarah Malaysia, rakyat Melayu yang sedar dan enggan ditipu lagi terpaksa meninggalkan payung Umno dan memulakan wadah perjuangan yang baru dan bersih. Maka terlahirlah beberapa parti politik yang baru yang majoritinya masih orang Melayu.

Tidak mungkin perpaduan Melayu tercapai ketika mereka yang sanggup menggadaikan maruah dan masa depan bangsa dan negara untuk kepentingan diri masih berkuasa di Malaysia.

Sejarah jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa jelas menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru dan telah gagal sama sekali untuk mengangkat martabat bangsa. Sebaliknya, rakyat Melayu kian miskin dan jurang antara Melayu miskin dan Melayu kaya meningkat secara mendadak.

Dengan pandangan sekilas pun, mereka yang sedar boleh menilai untuk sendiri asal-usul kepedihan ekonomi yang kini semakin membebankan rakyat. Rakyat marhaen terpaksa mengurangkan pembelian beras kerana harga yang meningkat, manakala orang besar kerajaan sanggup mengguna duit rakyat untuk membeli 13 buah kereta Mercedes untuk digunakan oleh Exco kerajaan.

Rakyat terus dibeban dengan kenaikkan harga minyak, harga tol dan harga barang-barangan tetapi kerajaan seolah-olahnya terlalu sibuk membelanjakan sumber dan tenaga melancarkan tuduhan kurang berasas dan serangan peribadi terhadap lawan politik mereka – nasib rakyat pula kian terabai.

Dari keadaan separah ini, mampukah perpaduan sejati dilahirkan?

Yang diperlukan untuk perpaduan – bagi orang Melayu mahupun orang bukan Melayu – adalah pentadbiran negara yang adil dan berintegriti, kesaksmaan dan keutuhan institusi-institusi negara, serta ketelusan dalam segala aspek kerajaan.

Dari batu-bata ini barulah perpaduan Melayu boleh dibina. Dari asas ini akan munculnya rakyat yang memfokuskan daya tenaga negara untuk menjamin kekuatan ekonomi negara dan meringankan beban hari ke hari untuk semua rakyat Malaysia.

Kemakmuran ekonomi dan ketelusan pentadbiran pula akan menjadi ikatan yang menyatukan semua insan yang berintegriti.

Thanatos said...

Perjuangkan Islam,bukan kaum.Kerana ini la asas perpaduan.
Perjuangkan Melayu Islam aje tak cukup,ini dah berbaur perkauman.

putrarahman said...

"Tidak mungkin perpaduan Melayu tercapai ketika mereka yang sanggup menggadaikan maruah dan masa depan bangsa dan negara untuk kepentingan diri masih berkuasa di Malaysia".

Perpaduan melayu sebenarnya tidak pernah menjadi persoalan apabila dilihat kepada peringkat akar umbi. Orang melayu diperingkat akar umbi masih boleh bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti harian. Namun demikian mereka bukannya orang melayu yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan juga menentukan hala tuju melayu.

Perpaduan melayu telah dipisahkan ataupun kelihatan tidak brcantum apabila kita menyuluh kepada peringkat pemimpin. Pemimpin melayu dari parti mana sekalipun kelihatan tidak pernah menuju ke titik yang sama untuk mencapai kata sepakat. Masing-masing menuju dan mengemudi parti masing-masing ke haluan yang berlainan. Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan mereka semuanya disokong dan dinaikkan oleh akar umbi. Jawapannya disebabkan pemimpin yang memantau akar umbi dan bukannya akar umbi yang memantau pemimpin. Jika diambil kira sejarah Islam, pemimpin hebat Islam telah memohon supaya mereka dipantau oleh rakyat dan bukannya mereka yang akan memantau rakyat.

Oleh yang demikian, perpaduan melayu sebenarnya mula merenggang diperingkat pemimpin yang disebabkan mereka telah melupakan perkara asas didalam Islam iaitu menyerahkan kepimpinan mereka untuk dipantau dan dinilai oleh rakyat sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Islam terdahulu seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al Khatab, Umar Abd Aziz dan lain-lain lagi.

Unknown said...

Salam Dr Ridhuan,

Satu penulisan yang bermula dengan baik, padat dan amat menyakinkan. Malangnya, Dr tetap selitkan fahaman politik Dr ke dalamnya dan ini menyebabkan artikel ini dah jadi cacat. Tak kira betapa bagusnya penulisan Dr tetap memperlihatkan sifat-sifat hiprokit dalamnya.
Dr berbincang akan keutamaan. Dr juga harus tahu keutamaan dalam pemilihan pemimpin. Haruskan dalam konteks Islam, kita memilih pemimpin yang terlibat dengan pelbagai kemungkaran? Haruskah kita menyokong pemimpin yang sedemikian? Bagaimana mungkin seorang yang menyeru kepada Islam mengajak orang lain memilih pemimpin yang korup?
Dr haruslah berhati-hati supaya Dr tidak dilihat sebagai manusia yang lidahnya bercabang. Cakap lain buat lain seperti mana saranan TPM kita, "Bila jumpa orang, cakap bahasa orag. Bila jumpa hantu, cakap bahasa hantu." Maafkan saya kalau tersilap tulis.

Aldan said...

jgn la suka beretorik..

jgn ikut sesetengah pemimpin yg sekadar petah bercakap tp tidak tahu mentadbir..

ingatla sekadar bertakbir di jalanan itu belum dikira memperjuangkan agama, sudah berjihad..

n.ajis said...

good point Aldan.

apatah lagi yg bertakbir dah bertukar bertakebeer.

memang bukan jihad pun.

yg haram bertukar halal kerana takut hilang undi bukan Islam.

musuh agama dianggap sahabat.

saudara seagama dianggap musuh sampai kiamat.

akibat taksub, fungsi akal dimatikan.

akhirnya, sekadar jadi keldai tunggangan pihak berkepentingan ambil kesempatan.

izam said...

Setuju N.AJIS

Dah lebih 50 tahun tidur sebantal, masih faham2 artikal 153 perlembagaan persekutuan. Menjadi keldai tunggangan kpd Gerakan di P.pinang dibiarkan sahaja...melayu p.pinang merempat dibiarkan atas dasar semangat setia kawan..ha..ha.ha..

Dalam pada itu sibuk untuk merawat melayu kelantan...hingga lupa kpd melayu p.pinang...kata pepatah melayu kuman seberang laut nampak..gajah dikelopak mata kabur..

Anonymous said...

Dr. Tee,

Saya dapati ramai manusia menjual nama agama untuk mencapai pelbagai matlamat termasuk matlamat politik, kewangan, nama diri, fahaman perkauman dan sebagainya.

Di Malaysia, agama Islam adalah agama resmi dan agama anutan kebanyakan rakyat, ia telah diperdagangkan oleh ramai orang termasuk beberapa ahli yang kiat komen dalam blog Dr. Tee.

Agama Islam telah dijadikan senjata untuk menyerang kem atau parti atau kumpulan politik lain yang tidak sehaluan.

Agama Islam bukan lagi dijadikan sebagai asas nilai pegangan untuk menasihat ke arah kebaikan dan keharminian, tetapi digunakan untuk membakar sentimen-sentimen mereka yang kurang waras/jahil untuk menentang pihak-pihak atau kumpulan politik yang tidak sehaluan.

Ajaran Islam juga diselewengkan untuk menghasut atau mengelirukan orang awam dan penganut supaya menentang pihak lain yang tidak sealiran pemikiran.

Ini adalah pengamatan saya, kalau salah sila berikan teguran.

Terima kasih.

Anonymous said...

Penyokong DAP - saya setuju dengan saudara.

tokgaru said...

Kepada Kalian

Tak guna kita nak berbalah. Tak guna kita nak memburukan2kan sapa2 .. tak nampak banyak kebaikan.

Kita sekarang tak benar2 tahu apa cita rasa sebenar orang melayu selepas tsunami politik 2008. Kebanyakan kita main teka saja.

Mai kita bersabar sekejab. Tak lama lagi tahu lah kita. Sapa yang menjadi pilihan orang melayu .. diantara Umno dengan Pas.

PRK Galas dah tentu berlaku. Pas bertanding, Umno juga akan letak calon. So kita tunggu saja keputusan di Galas.

Kalau Umno menang, maknanya orang melayu dah mula yakin balik dengan perjuangan Umno.

Kalau Pas menang, maknanya orang melayu mahu berlaku perubahan dalam urus tadbir negara ini mengikut acuan islam.

So let us wait with full of patient for the Galas polling outcome.

jasa ekspedisi said...

mampir nich dari Jaksel...
saya suka blog anda
salam