Mingguan Malaysia 20 Sept 2010
Tahun ini hari raya aidil fitri bertemu hari jumaat. Seperti sebelumnya, apabila hari kebesaran ini bertemu dengan jumaat, maka umat Islam bertangungjawab mengerjakan dua solat berjemaah. Satu, solat sunat idul fitri dan kedua, solat fardu jumaat. Solat sunat jika dikerjakan mendapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa. Manakala solat fardu, dikerjakan sudah tentu dapat pahala, ditinggalkan berdosa besar.
Memang tidak dinafikan ada hadis yang menyebut, apabila bertemu dua kewajipan solat ini, maka kewajipan solat jamaah fardu jumaat dilonggarkan digantikan dengan solat fardu zohor. Persoalannya, perlukah kita memilih antara salah satu daripada dua tuntutan solat ini? Tidakkah kita boleh berkorban sedikit sebagai tanda kasih sayang kita kepada Allah SWT?
Rata-rata kita lihat, ketika solat sunat idul fitri, jemaahnya melimpah ruah sehingga tidak cukup ruang, ada yang terpaksa membentang sejadah di atas jalan. Malangnya tidak sedemikian kita lihat solat jemaah fardu jumaat.
Sama juga dengan solat sunat terawih dengan solat fardu isyak. Boleh dikatakan rata-rata jemaah solat sunat Terawih jauh meninggalkan jemaah solat fardu Isyak. Sedangkan kita tahu status pahala solat sunat tidaklah sebesar pahala solat fardu, termasuk juga jamaahnya. Pendek kata, kita begitu beriya-iya melakukan perkara sunat dengan membelakangkan kewajipan fardu. Apakah pemahaman ini punca kepada kemunduran umat Islam?
Lebih menyedihkan lagi, jalan raya menjadi sesak ketika menunaikan tanggungjawab solat jemaah ini. Ada kalangan kita yang sanggup meletakkan kenderaan di tengah-tengah jalan sehingga jalan yang mempunyai banyak lorong menjadi satu lorong, menyukarkan kenderaan untuk bergerak lancar. Maka menyumpahlah orang bukan Islam dan mereka yang tidak solat berjamaah, disebabkan perbuatan kita yang menyusahkan orang lain.
Sudah menjadi budaya kita tidak mahu bersusah sedikit, asyik mahu ambil jalan pintas dan kalau boleh, mereka mahu memakir kenderaan di depan tangga masjid, walaupun datang lewat berjemaah. Tidakkah lebih baik kita memakirkan kenderaan agak jauh sedikit, tidak menyusahkan orang lain dan pahala kita dikira sejauh mana kita berjalan menuju ke masjid.
Perbuatan yang dibincangkan di atas, menunjukkan bahawa masyarakat kita masih tidak dapat membezakan keutamaan atau priority dalam hidup, terutama antara kewajipan fardu dan sunat, antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.
Persoalannya, kenapa begitu lama berada dalam agama Islam, kita masih lagi tidak memahami untuk memilih keutamaan ini? Antara kepentingan adat dan juga ibadat. Antara kepentingan agenda individu dan agenda negara. Antara bahasa kebangsaan dengan bahasa kaum. Antara semangat perkauman dengan semangat dengan semangat patriotisme.
Apabila saya membangkitkan isu minggu lalu, ramai yang sinis. Bahasa kebangsaan bukanlah asas kepada patriotism, seolah-olah tidak ada kaitan dengan Islam. Inilah pemikiran yang langsung tidak pernah mahu bersyukur. Sengaja tidak mahu faham apakah maksud patriotism yang sebenar? Mereka masih mahu menafikan bahawa cintakan negara atau mengutamakan agenda besar negara adalah satu kefarduan seperti mana kita menjaga ibadat kita. Jika negara kucar kacir atau tidak aman, apakah kita boleh beribadat dengan sempurna?
Jika ibadat itu adalah asas dalam kehidupan beragama, maka semangat patriotism adalah asas kepada kehidupan bernegara, tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Sayangkan tanahair dan cintakan agenda besar negara adalah dalam lingkungan makna patriotism. Kita tidak boleh mengambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Sayangkan tanahair, tetapi tidak sayangkan bahasa tanahair, agama tanahair, jati diri tanahair, lagu tanahair, bendera tanahair, raja dan sebagainya. Islam menuntut kita beramal secara menyeluruh, sebagaimana firman Allah SWT, “wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya” (Al-Baqarah: 208).
Rasulullah adalah contoh individu yang terlalu sayangkan tanahair, kota kelahirannya. Baginda menitiskan air mata apabila meninggalkan kota tanahairnya semasa berhijrah ke Madinah. Nabi Ibrahim pernah berdoa untuk negeri Mekah dengan doanya di dalam surah Al Baqarah “Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman makmur”. Cendekiawan Islam,Yusuf al Qardhawi pernah menyebut: “Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi SAW sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, Baginda berkata kepada kota Mekah: “Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukan kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya”. Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergelenang air mata Rasulullah dan Baginda bersabda: “Biarkanlah hati ini memperakuinya”. Begitulah semangat patriotism yang ingin diungkapkan.
Saya fikir umat Islam sudah sampai ke tahap wajib membaca buku Yusuf al-Qaradawi bertajuk fiqh-awlawiyyat atau memahami keutamaan. Adalah tidak wajar kita melakukan amalan secara terbalik. Yang sunat diutamakan, yang wajib dikemudiankan. Maka tidak hairanlah jika kita tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam. Sepatutnya, yang wajib didahulukan, yang sunat tidak ditinggalkan. Adalah suatu yang ganjil jika ianya diterbalikkan atau kadangkala yang fardu tidak dikerjakan langsung.
Apakah ini punca kepada permasalahan dan kemunduran yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini? Mereka rela bekerjasama dengan bukan Islam, secara sengaja mengenepikan umat Islam? Akibatnya agenda agama, bangsa dan negara tidak menonjolkan. Kita sibuk menjaga kuasa dan melayan tuntutan orang lain.
Pada hemat saya, ini adalah kaitan dengan cara hidup kita yang memahami Islam secara terpisah-pisah, tidak mengikut keutamaan. Kita memahami ibadat terlebih dahulu sebelum memahami Islam. Tidakkah sepatutnya kita memahami Islam sebagai satu cara hidup dahulu, selepas itu memahami tuntutan ibadah dalam Islam secara bersepadu. Misalnya, cara kita memahami ibadat puasa sebelum memahami Islam. Akibatnya kita begitu berjaga-jaga di bulan puasa sehingga terlupa tanggungjawab kepada Islam secara keseluruhan di bulan-bulan lain. Akibatnya, bulan puasa dilihat sebagai bulan ibadat, manakala bulan lain bulan berjahat.
Sikap seperti ini mesti diubah jika umat Islam mahu mencapai kejayaan dunia akhirat dan maju ke hadapan. Umat Islam mesti memahami keutamaan dalam hidup. Mengutamakan Allah lebih daripada mengutamakan manusia. Kita sanggup menghabiskan wang ringgit melancong ke sana ke mari, tetapi tidak pernah terlintas di hati untuk berkunjung ke rumah Allah? Maka tidak hairan pelancong yang datang ke sini, disaji dengan cara hidup mereka berbanding cara hidup kita. Kita lebih selesa mempersembahkan lagu rock, hip hop dan rnb di depan mereka berbanding caklempong, lagu-lagu asli, dondang sayang, dan sebagainya. Kita lebih utamakan budaya orang lain berbanding budaya sendiri.
Kita bersungguh-sungguh memandaikan anak bangsa berbahasa Inggeris tetapi kita tidak takut mereka sudah mula pelat berbahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Jika di barat bandaraya atau kota metropolitan mereka mula lengang selepas jam 12 tengah malam, malangnya ada segelintir daripada kita, terus berhibur tanpa mengira siang atau malam. Akibatnya, jati diri sendiri tidak terdaulat di bumi sendiri
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Apakah kita akan terus menyalahkan pengaruh barat atau pengaruh Yahudi daripada menyalahkan diri sendiri. Bila saya sebut bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan. Ada segelintir yang mengatakan ia tidak penting. Yang lebih penting adalah tsunami politik yang berlaku pada 2008.
Pada mereka, patriotism adalah dengan mengundi pembangkang dan menolak kerajaan yang ada pada hari ini. Pemikiran kita masih berselingkung dengan politik kepartian yang amat sempit. Tsunami politik 2008, menjadikan kita leka akan agenda negara. Kita tidak fikirkan maslahah umat Islam secara keseluruhan. Dalam pemikiran kita, dia orang kita atau bukan. Jika bukan, kita tolak, jika orang kita, kita layan dia, dengan mengenepikan bakat dan merit yang ada pada seseorang.
Justeru, sudah sampai masanya kita menubuhkan satu badan atau institusi seperti yang pernah dicadangkan oleh pakar hubungan etnik, Shamsul Amri Baharuddin yang mahukan kerajaan menubuhkan Majlis Sains Sosial dan Kemanusiaan Kebangsaan bagi membolehkan semangat patriotism disemai dan dididik melalui tindakan kasih sayang. Sama ada mereka sayang kepada negara atau tidak, itu satu perkara yang sukar dan tidak ada negara dalam dunia dapat mengukur nilai ini. Apa yang penting adalah untuk menyemai keutamaan ini. Penjelmaan mengutamakan agenda negara seperti bahasa kebangsaan, menerima sistem yang boleh menyatupadukan, menggalakkan perbincangan lebih terbuka mengenai hal-hal ini, bukan hanya leka dengan kepentingan masing-masing, tanpa memikirkan kepentingan tentang masa depan.
Penubuhan majlis ini penting bagi negara kerana ia akan membawa pemahaman lebih mendalam tentang makna perpaduan itu sendiri. Kerangka kita berbincang tentang perpaduan sebenarnya masih belum jelas. Hal ini dapat meletakkan satu kedudukan ilmu sains sosial itu dalam konteks sebenar. Dalam memperkatakan tentang perpaduan, masyarakat perlu melihatnya secara menyeluruh, bukan hanya selapis. Buat masa ini, kita mungkin telah mempunyai wadah (wacana) tetapi wahananya masih tiada. Sebenarnya, ia adalah ‘tiang seri’ kepada perpaduan rakyat. (Mingguan Malaysia, Ahad, 26 Ogos 2007).
Mencegah lebih baik dari merawat. Elakkan tindakan action-oriented. Kita seharusnya belajar daripada kejayaan orang lain, walaupun kadang kala terpaksa menggunakan kekerasan. Kerajaan Jepun misalnya, di bawah pimpinan Shinzo Abe secara berani meluluskan undang-undang yang mewajibkan sekolah mengajar anak-anak Jepun erti patriostime ketika berhadapan dengan remaja mereka yang sudah mula tidak mempedulikan sejarah negara. Jepun maju kembalikan semangat Nagasaki dan Hiroshima yang pernah menjadi padang jarak padang tekukur dalam Perang Dunia Kedua. Berbekalkan semangat patriostime yang tinggi Jepun berjaya bangun semula dengan megahnya.
Begitu juga dengan bagaimana negara Singapura mengajarkan rakyat mereka erti patriotism setelah berpisah dengan Malaysia. Semangat patriotism inilah yang menjadi negara ini berjaya, bukan sistem merit atau colour-blind seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Malaysia haruslah belajar daripada strategi dan amalan negara ini apabila berhadapan dengan masalah semangat patriotik, jati diri dan kekentalan jiwa rakyat mereka dari luntur, demi survival agama, bangsa dan negara. Jati diri rakyat Singapura diasuh dengan begitu teliti dan bersistematik bukan hanya pada hari sambutan kemerdekaan tetapi juga melalui program sepanjang tahun bermula dari sekolah rendah hinggalah kepada program khidmat negara.
Begitu juga apa yang berlaku di Amerika. Semangat patriotism adalah asas kepada kejayaan negara kuasa besar ini. Patriotisme rakyat mereka terhadap tentera dan sejarah negara mereka sememangnya tidak dapat ditandingi oleh rakyat negara lain. Pada tarikh 4 Julai setiap tahun, rakyat Amerika dengan mudah menunjukkan sikap cintakan negara dan patriotisme secara spontan tanpa dipaksa. Apakah kita masih mahu berpeluk tubuh melayan kerenah dan terus berpolitik yang merugikan?
Semuanya bermula dengan memahami yang keutamaan dalam hidup. Ingatlah pesan M Jegathesan pelari terpantas Asia 1996 yang menerima Anugerah Merdeka baru-baru ini. Katanya keadaan sebelum dan selepas merdeka begitu berbeza: “Lapan tahun saya terpaksa berdiri menghormati lagu God Saves the Queen dan bendera Union Jack di sekolah. Jadi apabila kita merdeka dan mempunyai lagu dan bendera sendiri, semangat kemerdekaan 1957 itu masih terasa sehingga hari ini”.
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
Sunday, September 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



86 comments:
Petikan drp posting Ustaz RT
"Apakah ini punca kepada permasalahan dan kemunduran yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini? Mereka rela bekerjasama dengan bukan Islam, secara sengaja mengenepikan umat Islam? Akibatnya agenda agama, bangsa dan negara tidak menonjolkan. Kita sibuk menjaga kuasa dan melayan tuntutan orang lain"
Memang. Dan saya setuju. Ketara sangat umat islam memang begitu sifatnya. Tak boleh nak berpakat dan bekerjasama sesama sendiri dalam urusan politik dan ekonomi.
"Kita bersungguh-sungguh memandaikan anak bangsa berbahasa Inggeris tetapi kita tidak takut mereka sudah mula pelat berbahasa Melayu atau bahasa kebangsaan"
Memang betul dan tak salah lagi. Orang kita akan mentertawakan dan memandang lekeh jika ada warga kita yang bercakap atau sebut perkataan english dengan cara yang salah atau kurang betul. Pada hal si pendengar itu faham apa yang hendak disampaikan oleh si penutur.
Tapi tak siapa peduli untuk mentertawakan atau menegur jika si penutur salah sebut perkataan BM atau menggunakan tata bahasa yang lintang pukang dalam BM.
Contoh 1
Itu olang tatak lumah punya. Dia Singapore pegi. Satu minggu balu balik mali.
Contoh 2
Saya Singapore mari. Api kereta naik juga. Sini mari sebab mau cari kerja.
Biasanya kita pula yang akan bertutur dengan si penutur tadi mengikut telo atau pelat dia.
Itu lah kita sebenarnya. Itu lah bentuk jati diri yang ada dalam diri orang melayu sendiri.
Sedih rasanya. Kita orang melayu tak rasa bangga jadi melayu dan tak bangga dengan bahasa kita, sedangkan orang lain sanggup mati kerana mempertahankan bangsa dan bahasa mereka.
Belajarlah daripada puak ultra kiasu ..... mereka adalah pejuang yang sebenar, yang sanggup mati dalam mempertahankan apa yang ada pada mereka.
Bagi mereka " melepaskan apa yang sudah dimiliki kepada orang lain, tidak sama sekali. Tapi menambah kepada apa yang sudah ada, itu lah matlamat perjuangannya nya "
Tapi orang melayu " perjuangan kita bukan nak menambah atau mempertahankan apa yang kita sudah ada, malahan menuju kepada penghakisan kepada apa yang menjadi milik kita "
Salam Dr,
minta izin untuk c&p beberapa perenggan. Kelas tulisan dr kali ni ! Ha, yang lain tu ingat ya - PATRIOTISMA ! Nak bawa masuk pkr ke, dap ke, pas ke, umno ke biarlah ada kaitan ngan patriotisma.
Nanti adalah mamat nak bercerita hal liwat la, kucing dia kena rogol kucing sebelah la... pas tu salahkan Mahathir.
Kepada Anda Yang Mencintai Kedamaian dan Kesejahteraan Hidup.
Sama2 lah kita sedekah kan saratul fatihah kepada Dato' Susilawati dan 3 yang lain yang telah dikorbankan dengan begitu kejam sekali oleh manusia yang tidak layak di panggil manusia.
Suatu pembunuhan yang terkejam sekali dan paling tidak berperikemanusiaan dalam sejarah jenayah di negara malaysia ini.
Kepada sahabat saya Asymok Ambo, daripada anda selalu mendoakan Laknatulah kepada Umno dan para pemimpinnya, adalah kkanan lebih di aminkan doa anda itu oleh seluruh umat islam jika anda mendoakan Laknatullah kepada penjenayah yang paling kejam itu yang telah merentap nyawa Dato' Susilawati dan 3 yang lain.
Assalamualaikum... Dr tahniah kerana membawa isu patriotisme sempena Hari Malaysia. Sewajarya rakyat Malaysia perlu bersatu hati di dalam memartabatkan negara Malaysia menjadi negara yg berbilang kaum dan menyuburkan demokrasi. Saya ingin mencadangkan agar Dr dapat mengupas isu JHEOA berhubung isu proses dakwah kpd orang Asli di Malaysia. Negara Malaysia dah merdeka sejak 53th tapi berapakah statistik Orang Asli yang telah menganut agama Islam. Bagaimana cara berdakwah kepada golongan golongan ini. Saya mohon Dr dapat memberikan cadangan dan idea bernas utk membantu agensi yang bertanggungjawab. Apa yang saya tahu Pendakwah Kristian amat hebat dalam usaha menyampaikan ajaran mereka walaupun kita tahu Malaysia adalah negara Islam. Paderi sanggup duduk bersama sama masyarakat Orang Asli dan bersedia diasimilasikan oleh Kumpulan yang besar. Mrk menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Bagaimana Pendakwah Islam pula Dr? Bagaimana agensi yang terbabit boleh membantu Pendakwah Islam di dalam usaha menyampaikan ajaran Islam yang syumul kpd golongan orang asli yang belum mendapat hidayah Dr. Mohon Dr berikan kupasan jika bukan diwaktu terdekat tapi diwaktu akan datang dan sesuai.
Banyak sudah kes jenayah bunuh yang saya baca dari laporan media atau tonton dalam berita tv.
Tapi kes pembunuhan Dato' Susilawati dan 3 rakannya, kekal dalam kepala saya sampai ke hari ini. Dari hari pertama berita keluar sampai hari ini saya masih teringat2 dan terbayang2.
Yang membuat saya teringat, adalah kebaikan dan kebajikan Dato' Susilawati yang banyak berjasa kepada masyarakat di kampong kelahirannya dan juga orang2 lain yang memerlukan bantuan. Tapi apa nak buat, tuhan tentu mempunyai sebab tersendiri kenapa insan berhati mulia sepertinya tidak harus tinggal lebih lama di atas dunia ini.
Yang membuatkan saya terbayang2 adalah bila saya cuba membayangkan betapa sakitnya dan terseksanya keempat2 mangsa sebelum menemui ajal bila di laporkan bahawa mereka disiksa, dipukul dengan kayu base ball dan ditikam bertubi2 sehingga tak bernyawa lagi. Tak dapat nak gambarkan betapa terseksanya mereka.
Ya, selepas mereka semua sudah tak bernyawa lagi, mayat mereka dibakar menjadi abu. Pada peringkat ini sudah tidak ada kesakitan lagi, sama ada di bakar atau dicincang.
Bagi kesemua " binatang ganas " yang melakukan perbuatan kejam tersebut, hukuman gantung sampai mati ( jika disabitkan bersalah ) tak memadai sebagai hukuman.
Mereka sepatutnya dihukum campak kedalam sangkar ular berbisa, atau dihukum campak kedalam sangkar ular sawa yang sedang kelaparan, atau dihukum campak kedalam kurungan yang terdapat berpuluh kala jengking (scorpium). Mungkin mereka dapat turut merasai proses kematian secara perlahan2 sebagai mana yang di lalui oleh Dato' Susilawati dan 3 orang rakannya.
Solat sunat idulfitri hanya sekali satahun.
Maka mudah dilaksanakan disamping terlalu gembira menyambut hariraya yang diambut secara tradisi atau adatnya sahaja.
Solat wajib macam jumaat juga mudah kerana dilaksanakan sekali seminggu sahaja.
Tapi solat wajib lima kali sehari semalam itu payah walaupun mudah.
menurut beberapa kajian oleh pihak yang boleh diyakini, sebanyak 90,83 dan 72 peratus orang Melayu tak solat lima waktu sehari semalam.
Inilah punca orang Melayu yang mengaku beragama Islam tiada kekuatan.
Atau dengan lain mereka tiada kualiti.
Inilah punca mereka tiada semangat patriotisme sehingga apa apa yang jadi hak tidak pernah di pertahankan.
Usah untuk menuntut haknya, malah mempertahankan hak langsung tidak diambil kira asalkan mereka dapat habuan jadi kayaraya.
Agenda para pemimpin negara hanya untuk mengumpul harta semata. namun untuk menjaga kuasa tiada dititkberatkan langsung.
tok garu,
Banyak benar cadangan majlis itu dan majlis ini dari bijak pandai melayu supaya dapat mempertahankan hak orang melayu yang sudah hampir hampir hapus dek betapa telusnya kerajaan yang memerintah.
Bagi saya buat apa pun, jika ikan sudah buruk di kepala pasti berrebak ke ekornya yang barangkali, nasi sudah jadi bubur.
Setakat hari ini belum ada farmula atai kaedah nasi yang sudah jadi bubur dalam dipulihkan menjadi nasi putih biasa.
Kampung melayu hilang sati persatu hanya tunggu masa kampung baru Kuala Lumpur akan hilang lenyap tanpa ada yang kesal ia suatu yang sangat berbahaya hatta kuasa politik sekalipun.
Inilah akibatnya, manusia yang memisahkan agama dengan politik miskipun ada semangat patriotisme yang tiada pendomannya.
Pemergian Datuk Sosilawati Lawiya sungguh menyedihkan. Rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama menganggap beliau sebagai seorang usahawan yang sungguh berjaya. Pemergian Allahyarhamah telah meninggalkan satu kekosongan bagi mereka yang pernah menikmati jasa baik dermawan ini.
Kami mendoakan supaya penjenayah2 yang melakukan perbuatan keji ini akan dihukum bukan sahaja mengikut hukum manusia tetapi seterusnya, hukum Tuhan.
Semoga keluarga Allayarhamah diselubungi ketenangan hati pada masa ini.
A`oodhu billahi min ash-Shaytani 'r-rajeem. Bismillahi 'r-Rahmani 'r-Raheem, Assalamualaikum, Semanagat Patriotisme memanglah harus adaa semu orang muslimin damn muslimah tidak kira kaumnya. Inilah yang menyatukan puak-puak satu negara dibawah suatu pemerintahan. Saya amat menyokong bahwa kita harus bertindak dalam menyemaikan semangat kebangsaan ini daripada dihakis oleh pengaruh-pengaruh berniat iblis dan setan yang senantiasa bertujuan untuk menyesatkan manusia. Salah satu cadanagan adalah unntuk ulamak sendiri yang konon berlagak ulamak untuk menerimanya. Sekarang ini, ada ulamak-ulamak Parti Anak Setan yang sudah mengikut keriakan merebut kuasa dunia lalu menghentam sendiri semanangat patriotisme dengan menyatakan ia adalah salah dari segi Islam. sifat tidak mahu terima pandangan orang lain menyesatkan mereka lagi sehingga orang lain itu tidak berhak untuk berbincang dengan mereka. Apabila kita analisa dunia, saya fikir yang kita harus berpegang kepada kenyataan-kenyataan didalam AlQuran yang suci itu bagaimana manusia itu harus plejari dari dunia yang diciptakan Allah yang Maha Esa. Tidakkah Allah swt telah bersabda bahwa manusia itu dicipta dari kesatuan elemen-elemen dan ini mungkin merujuk kepada gen-gen kita. Ulamak adalah suatu komponen gen-gen komuniti dan umat Islam tetapi sekiranya ada suatu kecacatan pada ulamak ini, maka akan lahirlah bayi yang tidak sempurna. Tanggunjawab yang dipikul oleh mereka yang mengelarkan mereka adalah ulamak bukan suatu tanggungjawab yang kecil tetapi yang amat berat sekali. Mereka ini harus senantiasa ada introspeksi diri untuk menegesyorkan mereka itu tidak salah tetapi malangnya mereka ini kerap kali meminta maaf dengan mudah sekali kalau kesalahan sendiri tetapi sekiranya kesalahan orang lain itu, TIADA MAAF BAGIMU!!!.
Masih lagi berkenaan manusia yang layak di label sebagai " haiwan ganas ".
Kelmarin, dilaporkan dalam surat khabar. Pembantu rumah warga indon beragama muslim, diperlakukan seolah2 benda yang tak ada nyawa dan sensation. Dikejami oleh 2 ekor haiwan ganas jantan dan betina yang juga merupakan laki bini.
Apa bangsa haiwan ganas itu ? Dianya adalah sama jenis atau sama spesis dengan haiwan2 ganas yang telah meragut nyawa Dato' Susilawati dan 3 rakannya. Sama agama dan kepercayaan dengan haiwan2 ganas yang telah ditangkap polis di Banting.
Apa pun kita tidak lupa merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan polis kita yang cekap dan cepat menangkap haiwan2 itu sebelum dia mengganas dan meragut lebih banyak nyawa lagi.
Kalau anjing2 rotwieler milik haiwan paling ganas yang bernama Patmanaban boleh dimatikan atas kepentingan keselamatan haiwan ternakan yang terdapat disekeliling, maka Patmanaban ini selaku kepala kepada haiwan2 ganas belaannya perlu juga segera diadili dan dilupuskan dahulu supaya manusia dapat menjalani hidup dengan selamat, kemudian baru proses pelupusan haiwan2 belaan Patmanaban pula dilakukan.
Kisah kekejaman kepada pembantu rumah indon beragama islam sering di laporkan. Siapakan pelakunya ? Apa agama si pelaku ? Apa bangsa si pelaku ?
Tahukah anda ? Apa bangsa ? Apa agama ? ... majikan yang mendera Nirmala Bonat ? dan banyak lagi kes penderaan pembantu rumah.
Begitu juga seperti yang dilaporkan kelmarin. Apa bangsa mereka laki bini ? Apa agama mereka berdua ekor ini ?
Hubungan malaysia-indon jadi dingin kebelakangan ini. Banyak sebabnya tapi penderaan pembantu rumah warga indon salah satu yang diungkit2 oleh puak Bendera yang mahu mengganyang malaysia.
Mungkin puak Bendera ini tidak mendapat gambaran jelas siapa yang sering mendera warga mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di malaysia.
Mungkin puak Bendera ini tidak tahu bahawa semua pembantu rumah warga indon yang muslim merasa amat selesa dan selamat berada dengan majikan melayu yang selalunya melayan pembantu rumah mereka seolah2 ahli keluarga sendiri.
Itu lah baiknya orang yang beragama islam berbanding dengan orang agama lain. Orang islam ada dalam dirinya : sifat bertimbang rasa, sifat belas kasihan, sifat mahu berkongsi (tak tamak), sifat kemanusiaan.
sila lawat ke wwww.ismaweb.net
untuk melihat apa yg dibawa oleh satu NGO yg kecil dibawa oleh ISMA
http://ustabdullahzaik.wordpress.com/
minda presiden ISMA.
sekadar perkongsian.
Entahlah dimana silapnya, tanpa disedari ataupun disedari tanpa disengajakan ataupun dirancang tanpa disedari, kita telah membiarkan pemerkosaan dan pencemaran terhadap hak milik warisan bangsa berlaku demi untuk mengejar pembangunan dan pemodenan.Pemerkosaan ini berlaku sedikit demi sedikit sehingga sampai ke tahap dimana ianya sudah boleh diselamatkan lagi.
Sejak sebelum kita merdeka sehinggalah setelah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan, kita dapati bahawa sedikit demi sedikit hak milik kita telah dicerobohi dan dihapuskan secara halus dan secara kasar. Pencerobohan ini berlaku seiring dengan tekad kita untuk mengejar pebangunan dan pemodenan.
Tanpa kita menyedari bahawa dalampada kita mengejar pembangunan dan kemodenan itu, kita terlupa untuk memperkemaskan nilai jati diri bangsa dan warganegara dan membiarkan terlalu banyak ruang-ruang kosong untuk dicelah dan dimasuki unsur-unsur luar yang lema-kelamaan meghakis sifat jati diri dan patriotisme dalam jiwa warganegara kita. Pengirian unsur-unsur baru dan asing itu telah membenihkan budaya-budaya baru ke dalam peradaban kita.
Budaya yang paling malang tetapi paling cemerlang sekali ialah budaya menghargai dan memuja hak milik orang lain dan memandang rendah terhadap hak milik sendiri.
Hak milik asing seperti pakaian, makanan, bahasa, kenderaan, lagu, seni, budaya, dan pelbagai lagi telah diserap ke dalam peraliran hidup kita sehari-harian. Semua perkara-perkara ini telah mengikis sama sekali semangat patriotismem yang tulin dan jitu. Hasilnya, negara kita menjadi sebuah negara yang hilang identitinya dan kekallah selama-lamanya menjadi sebuah negara majmuk di dalam semua perkara.
Setuju dengan Putrahman
Orang melayu memang sangat mudah menerima sesuatu yang didatangkan dari luar.
Kita senang berjubah kesana kemari. Kita selesa berpakaian seperti orang arab pada hal cakap arab sepatah pun tak tahu.
Saya tak pernah lagi jejak kaki dibumi arab. Adakah boleh kita jumpa dengan orang2 arab yang berpakaian kebangsaan melayu seperti mana mudahnya mereka berjumpa melayu berjubah ala arab di malaysia ini.
Ada melayu jahil yang sanggup berkata : pakai kereta buatan tempatan tak ada class, pakai BM atau Mers baru ada class, baru orang pandang. Pada hal second hand value kereta buatan tempatan adalah jauh lebih baik daripada second hand value continental cars.
Semuga melayu tak terus menerus tertipu.
Kata2 Tun Dr.M : `Melayu mudah lupa` sememangnya benar. Org2 melayu ni semangatnya naik turun @ lbh tepat `hangat2 tahi ayam`. Apa2 shj yg dilakukan semuanya sekerat jln. Kebangkitan org2 melayu/Islam di Malaysia bermusim. Panas dan hot chick pd waktu2 tertentu and then sepi seribu bahasa. Ibarat `pahat dgn penukul` atau `sudah terhantuk baru terngadah`. Selagi tak kena btg idung sendiri org2 Melayu/Islam hanya berdiam diri.
Hanya ada segelintir sahaja yg betul2 bjuang/berada di saf depan.Kebanyakkan yg lain `Ompilu kukutkang` (Engkau pegi dulu aku ikut belakang).
Salam semua,
Pandangan saya tentang isu sekolah cina
http://dinturtle.blogspot.com/2010/09/sekolah-cina-here-to-stay.html
bagi saya,
punca kejayaan dan kemakmuran singapura dan amerika syarikat disebabkan mereka mempunyai kerajaan yang amanah serta berkaliber.
salam
Apabila ada statement mengatakan pembangkang dr Parti melayu Islam sanggup bekerjasama dgn non muslim berbanding sesama muslim...tetapi tidakkah Parti terbesar orang melayu iaitu peneraju negara ini juga bekerjasama dgn non muslim bagi membentuk kerajaan serta mengekalkan kuasa pemerintahannya lantas mengukuhkan sekularismnya..apa beda diantaranya..jika berlaku kepincangan didalam negara baik dr apa jua aspek samada perkauman mahupun agama,jgn disalahkan pembangkang krn yg patut dipertanggungjawabkan adalah pemerintah itu sendiri. jika wibawa, kaliber, amanah, serta fatonah sudah pastinya kekacauan yg timbul dpt diatasi. kegagalan pemerintah dituding pada pembangkang yg belum mentadbir negara ini.
Salam semua,
Memang isu patriotisme amat sukar diterapkan dalam negara yang serba materialistik dan sekular. Apatah lagi dalam negara yang kecil seperti "Malay"sia diburukkan lagi dengan isu berbilang bangsa dan agama.
Singapura juga tidak kurang masalahnya berhadapan dengan isu patriotisme bila benar-benar diamati. Ramai warganya tak kira bangsa berhijrah ke negara lain atau setidak-tidaknya memegang permastautin tetap di negara lain khususnya Australia. Buktinya, ramai tenaga kerja di Singapura sekarang ini dari pemandu bas hinggalah ke penjaga kaunter di 7-eleven terdiri dari warga China apabila rakyat sendiri pergi berhirah ke negara lain.
Jadi sebenarnya tiada beza selagi "mentaliti pendatang" seseorang itu yang diwarisi dari nenek moyangnya yang hanya datang mengejar kekayaan di rantau ini tidak dapat digugurkan. Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang dilahirkan "Melayu" tetapi telah sama-sama terpengaruh dengan "mentaliti pendatang" ini.
Melayu, Oh Melayu! Apalah Bala Nasib Bangsa Ku? http://impianarjurnamalaysia.blogspot.com
Terbaru dilaporkan " Nik Aziz tak rasa bangga jadi orang melayu "
Adakah ini bermaksud Nik Aziz tak mahu dirinya dikenali sebagai seorang melayu ? Adakah Nik Aziz mahu mengistiharkan dirinya " Aku adalah seorang manusia islam yang tak ada bangsa "
Nik Aziz dah tua, dah nyanyuk. Kita harap ahli2 Pas tidak ada yang berfikiran seperti Nik Aziz.
Setuju tak jika saya kata :
1. Tidak ada manusia dimuka bumi ini yang tidak ada bangsa. Tapi ada manusia dimuka bumi ini yang tak ada agama.
2. Diantara pengenalan mengikut bangsa dengan pengenalan mengikut agama, pengenalan mengikut bangsa datang lebih dahulu daripada pengenalan mengikut agama.
3. Agama seseorang boleh berubah dan tidak kekal sampai kemati, tapi bangsa seseorang kekal sampai kemati.
Sambungan....
Nik Aziz telah menyempitkan pemikiran dan kefahamannya. Hendaknya tidak ada orang2 Pas yang turut sempit sesempit pemikiran Nik Aziz. Nik Aziz hanya nampak islam di Malaysia sahaja. Memang di Malaysia semua melayu adalah islam. Jadi kalau kita kata " saya orang islam bermaksud juga saya adalah orang melayu ". Sebab itu dulu2, orang cina masuk islam disebut " cina masuk melayu ", orang india masuk islam disebut juga " hindu masuk melayu ".
Nik Aziz kena belajar dari pendakwah bebas peringkat internasional seorang bangsa cina nama Ustaz Hussain Yee yang berasal dari Malaysia.
Dalam satu forum umum yang pernah saya ikuti, Ustaz Hussain Yee ini menegaskan : " Bila saya masuk islam, emak dan kaum keluarga saya menganggap saya sudah masuk melayu, saya bukan cina lagi. Tapi saya bilang kepada mereka, saya tidak masuk melayu tapi saya hanya masuk islam, Hussain Yee ini tetap seorang cina sampai mati " (lebih kurang macam itu lah yang disebut oleh beliau dalam ceramahnya)
Dan kini Ustaz Ridhuan Tee, saya percaya beliau tidak pernah mengaku dirinya bukan cina lagi selepas masuk islam dan berkahwin dengan orang melayu. Beliau tetap mengaku dirinya sebagai seorang cina.
Walau pun Ustaz Ridhuan Tee banyak menyuarakan pendapat dan pandangan yang membela nasib dan masa depan politik orang melayu, walau pun beliau banyak mengkritik dan menghentam bangsanya sendiri yang ultra kiasu, tapi beliau tidak lupa diri sehingga ke tahap tidak mengaku cina atau tidak bangga jadi orang cina.
Tapi Nik Aziz berlainan sekali. Hendaknya Hadi Awang, MB Kedah Ustaz Azizan, Nasarudin, Hassan Ali, Mahfuz Omar, Mat Sabu, Mustafa Ali dan lain2 pendokong serta penyokong Pas tidak berfahaman seperti Nik Aziz.
Saya mengagumi kemampuan Ustaz Ridhuan Tee dan Ustaz Hussain Yee lebih daripada mengagumi Nik Aziz.
Ustaz Hussain Yee : Daripada Buddhist masuk Kristian masuk Islam. Tentulah pengalaman dan ilmu perbandingan agamanya lebih praktikal. Sudah banyak manusia yang berjaya di islamkan oleh beliau. Pernah dalam satu ceramah beliau bertanya kepada hadirin melayu " Saya orang melayu panggil cina mualaf, cina baru masuk islam. Lahir kafir dan sekarang baru islam. Tuan2 dan puan2, lahir islam dan sampai sekarang islam, maknanya sudah lama islam daripada saya. Mungkin ada yang sudah 40 atau 50 atau 60 tahun jadi islam. Saya nak tanya sudah berapa orang kawan2 cina atau india yang rapat dengan tuan2 dan puan2 masuk islam di tangan tuan2 dan puan2 " (sampai hari ini saya tak dapat nak melupakan pertanyaan beliau itu kerana ia adalah suatu cabaran kepada kita yang ramai kenalan dikalangan cina dan india).
Kepada Nik Aziz, saya nak tanya :
1. Anda seorang Tok Guru yang hebat. Sudah berapa orang cina dan india yang telah masuk islam dalam tangan anda ?
2. Anda rapat dengan DAP, rapat dengan Lim Kit Siang, rapat dengan Lim Guan Eng, rapat dengan Karpal Singh dan anda kata DAP sekrang sudah boleh terima perjuangan islam yang dibawa oleh Pas. Soalan saya, sudah berapa orang ahli DAP yang masuk islam sejak Pas rapat dengan DAP ?
Untuk 2 soalan ini saya tahu, Nik Aziz tak akan layan saya kerana dia pun tak pernah masuk dalam blog Ustaz RT ini. Tapi ramai orang Pas dan pemimpin Pas yang baca blog Ustaz RT.
Harap ada yang sudi response.
NGO Melayu, Perkasa, Tun Mahathir dan Ibrahim Ali - Di Hentam Oleh Nazri.
Lebih kurang macam itu lah bunyi laporan yang saya terbaca dalam sebuah media cetak.
Semua yang saya sebut tadi adalah suara2 yang lantang mempertahankan hak dan kepentingan melayu di saat bangsa2 lain begitu biadap dan kurang ajar terutamanya puak ultra kiasu mengungkit2 keistimewaan melayu dan bumiputra.
Pada ketika itu, dimana suara dari pemimpin2 Umno, dimana suara dari menteri2 Umno, dimana suara Nazri. Semua diam dan kecut untuk membalas segala ungkit-ungkitan yang sangat menyakitkan telinga dan hati orang melayu. Tiada peringatan dan tiada juga amaran kepada pihak yang mengungkit daripada mereka2 yang saya sebut tadi.
Yang berani kedepan adalah Tun Mahathir, Ibrahim Ali dan NGO Melayu.
DAP dan MCA bermain wayang mengungkit segala apa yang boleh diungkit. PAS dan PKR tanpa sedar turut membantu dari belakang.
UMNO tersepit dan seolah2 mengiakan apa yang diungkit.
Pada masa yang sama Nazri bertindak macam gunting dalam lipatan atau macam duri dalam daging kepada perjuangan mempertahankan melayu.
Ia memang tak ada orang melayu yang boleh menafikan. Pada ketika itu yang berani bersuara adalah :
1. NGO Melayu, pemimpin2 NGO Melayu, Tun Mahathir serta Ibrahim Ali.
2. Seorang Ustaz bangsa cina bernama Tee Chuan Seng @ Mohd Ridhuan.
Soalan saya :
1. Apa yang Nazri buat untuk memberi peringatan kepada ultra kiasu yang tidak tahu berterima kasih kepada orang melayu ?
2. Apa yang para Ustaz melayu buat untuk mempertahankan hak bangsanya yang dipertikaikan oleh bangsa kaum pendatang ? Apakah ustaz2 melayu ini merasakan mereka bukan melayu lagi kerana mereka memperjuangkan islam ?
Untuk Nazri, jika dia masih lagi bertanding pada PRU 13 ini, undi anda kepada pembangkang adalah lebih bermakna daripada memberikan undi kepada Nazri.
Nazri perlu dijadikan kambing hitam untuk memberikan pengajaran kepada pemimpin melayu yang takut untuk mempertahankan hak dan kepentingan melayu.
No place in malay's heart to this kind of malay leaders.
Perjuangkan Agama, Bukan Bangsa.
Akhir2 ini dilihat ramai pahlawan2 Melayu yg bangkit mempertahankan ketuanannya. Masing2 nk jadi pendekar tp hakikatnya hanyalah mainan politik semata2 ibarat `tanam tebu dibir mulut`.
Kenapa baru sekarang nk tunjuk tocang,Tidakkah kita sedar ketuannan melayu sudah lama terhakis hari demi hari sejak 53 tahun lepas?
Siapa yg mengkhianati bangsa Melayu? Jawapannya:Bangsa Melayu itu sendiri.
Antaranya;
1-Siapa yg menghapuskan tulisan jawi sehingga lahirnya generasi yang buta jawi dan al Quran.
2-Siapa yg cuba menghapuskan sekolah agama rakyat (SAR. Umumnya pelajar SAR ini adalah orang2 Melayu yang beragama Islam akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik.
3-Siapa yg menggadai Tanah rizab melayu (khazanah-bertukar milik khususnya dibandar2 besar.
4-Program Matrikulasi utk bumiputera telah dicerobohi.Kini usaha menggodam serta melacurkan MRSM dan UiTM. Angkara Siapa?
(X pcaya tanya Nazri Aziz)
5-Royalti negeri2 majoriti Melayu dinafikan atas sbb politik.
6-Sains & Matematik (sekolah kerajaan) ditukar pengajaran dlm BI sedangkan sekolah jenis kbangsaan remain dlm bahasa ibunda. Siapa yg terima padah akibat dari tindakan drastik/gelojoh ini.
7-Siapa sahaja yg lantang mengkritik kerajaan(terutama org Melayu) akan ditangkap @ sumbat dlm sangkar ISA.
8-ASB ditenggelamkan oleh AS1M. Perancangan siapa?
Pejuang Melayu yg ada sekarang pun macam kata pepatah "Ayam berkokok berderai2, Tak sedang ekor bergelumang tahi"
ahasibannasuanyutraku anyakulu amanna wahum layuftanuun.
ISLAM semai semangat Patriotisme.
ISLAM adalah Kebenaran dan Keadilan.
Bergembiralah wahai Pendukung Kebenaran dan Keadilan kerana di Hadapan kita Hanya ada Dua KESUDAHAN
1. PERTOLONGAN ALLAH SWT
2. SYAHID FISABILILLAH
Rakyat 1Malaysia Berikan Sokongan Padu Buat Kepemimpinan WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT diketuai Bakal Perdana Menteri Malaysia TUAN GURU ABDUL HADI AWANG diDokong ikon Masyarakat majmuk 1Malaysia SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.
innama amruhu idzaa aradsyaian anyaqulalahu KUN FAYKUUN.
herman che mok
JKMJB
next to RTM Johor
Persimpangan Jln Tasek Utara-Jln Abd Samad
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM.
Hantu Kampung, usahlah kita asyik bertanya siapa yang khianat bangsa melayu, tetapi mengabaikan untuk bertanya kenapa terjadinya pengkhinatan itu.
Apabila kita telah mengetahui sebab dan kenapa, bolehlah kita membuat langkah pencegahan supaya sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah tidak mengulangi perkara yang sama.
HantuKampong.
Tuding menuding, tuduh menuduh sesama kita, tak bawa apa2 perubahan, malahan lebih banyak kerosakan yang akan berlaku kepada orang melayu.
Pas kata Umno lah yang menyebabkan melayu sentiasa berada dalam kerugian. Umno pula kata Pas adalah perlingkup masa depan politik melayu.
Jangan lupa. Kedua2nya serupa sahaja. Ibarat orang meniaga. Matlamatnya nak bagi orang beli barang yang mereka jual. Kalau laku barang ada lah untungnya.
Cuma kita kena lah pandai dalam membuat pembelian. Kedua2 barang itu ada guna kepada kita sebagai orang melayu dan orang islam .. kalu pun tak diguna pada setiap masa, tapi ada dalam keadaan tertentu kita perlu kepada benda yang kita tak perlu dalam keadaan biasa.
Dan lagi jangan sampai kita terbeli benda yang pakai tanda halal palsu walau pun yang promot produk itu adalah orang islam sendiri.
Trend sekarang ni, produk dengan tanda halal palsu menggunakan tok2 guru dan alim ulamak melayu islam sebagai promoter mereka. Tetapi yang jadi masalah mereka yang jadi promoter tu tak sedar mereka telah dijadikan promoter untuk melariskan produk dengan tanda halal palsu yang mana satu ketika dulu sangat2 tidak digemari oleh orang melayu islam.
Tapi hari ini, nampaknya semakin bertambah bilangan melayu islam yang nampaknya sudah boleh menerima produk dengan tanda halal palsu itu selepas " dihukum haruskan " oleh tok2 guru dan ulamak yang jadi promoter kepada syarikat Dig And Push Sdn Bhd.
setelah lebih 50 tahun memerintah,dengan slogan memartabatkan bangsa Melayu..apakah sudah berjaya bangsa melayu dimartabatkan oleh mereka..
masih lagi nak beri peluang kepada mereka???
apa hasil yg org melayu dapt skg nie??50 tahun mereka mengatakan memperjuangkan org Melayu,kenapa masih lagi ramai org melayu kais pagi makan pagi,kais petang makan petang??
kenapa dah 50 tahun mereka bekerjasama dgn parti2 bukan melayu,masih lagi x mampu menyedarkan mereka ttg patriotisme..kenapa??
dah 50 tahu apa yg diorg buat supaya org bukan melayu menjadi lebih patriotik terhadap negara??
masih lagi x nak salahkan mereka ker??berpuluh2 tahun memegang majoriti dalam parlimen,org melayu masih ketinggln dan org bukan melayu sedikit sahaja yg patriotik???
berapa ramai org bukan melayu yg nak jadi polis n askar??
bapa ramai org melayu yg jadi security guard n minah kilang utk menampung kehidupan...??
dah lebih 50 tahun berlalu...fikir2kan..
andai kata mereka ikhlas nak bantu org melayu..x perlu 50 tahun utk org melayu berubah..tp skang sudah lebih 50 tahun,kedudukan org melayu di buminya sendiri semakin tergugat...
apa kerja yg diorg buat sebenrnya...
mna org2 yg ikhlas di kalangan mereka selama lebih 50 tahun ini???
apa lagi yg kita tunggu..
kita boleh maafkan mereka tapi kita takkan benarkan mereka berkuasa lagi..sudah2la percaya kepada mereka lagi..islam ntah ke mana,melayu pun ntah kemana..
lakukan perubahan..
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2010/09/apakah-nik-aziz-dan-pas-nak-gadai-tanah.html
Saya hanya ingin komen tentang isu solat idul fitri dan solat jumaat. Di sini, saya rasa ada sedikit kekeliruan. Penentuan terhadap perlaksanaan suatu ibadah harus diutamakan dalil perlaksanaan ibadah tersebut sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan bukan semata-mata berdasarkan dalil logika yang kita rasa munasabah. Ada hukum wajib yang boleh gugur atas sebab-sebab tertentu, umpama dalam kes solat idul fitri dan solat jumaat. Apabila kewajipan itu gugur, tidak perlu kita mahu memaksa ia dilaksanakan dengan hujah-hujah logika seperti "berkorban". Perkara ini harus dibiar terbuka menurut kecenderungan masing-masing. Apabila Nabi S.A.W. tidak memberatkan umatnya, kenapa kita mahu memberatkannya?
Kasih pada Allah bukan semata-mata ditunjukkan pada pengorbanan, sebaliknya pengorbanan itu perlu berdasarkan ilmu yang benar. Ramai orang bukan Islam yang berkorban juga untuk tuhan-tuhan mereka, tetapi ia sia-sia kerana pengorbanan mereka tidak berdasarkan ilmu yang benar.
Ibadah dalam Islam bukan semata-mata diukur dengan siap yang paling banyak melakukan, tetapi adalah berdasarkan siapa yang paling benar (yakni paling menepati sunnah Nabi S.A.W.).
Saudara Zon Hijau
" kenapa masih lagi ramai org melayu kais pagi makan pagi,kais petang makan petang?? "
Bukan nak membela siapa2. Saya rasa orang melayu kena mahasabah diri sendiri. Adakah kita lemah ekonomi kerana tidak dibantu oleh pemerintah atau kita sendiri tidak membantu diri sendiri.
Kita boleh bawa sekor kuda yang dahaga kepada air tapi kita tak boleh nak paksa kuda itu minum air.
Pemerintah buat banyak untuk memajukan orang melayu. Tapi orang melayu, ada yang pulun dan ada yang buat tak tahu saja.
" kenapa dah 50 tahun mereka bekerjasama dgn parti2 bukan melayu, masih lagi x mampu menyedarkan mereka ttg patriotisme..kenapa?? "
Memang benar. Umno walau pun merupakan pemegang share terbanyak dalam BN ternyata gagal membentuk semangat patriotisma di kalangan rakan kongsinya. Ada keadaan nampak seolah2 Umno terikut dengan rentak rakan kongsi.
Sudah 53 tahun berlalu, dan mereka semakin kuat dan kukuh, baik ekonomi mahupun politik.
Tepatkah tindakan Indonesia tidak membenarkan pembantu rumah (PR) warganya bekerja di Malaysia?
Siapa yang suka mendera pembantu rumah?
Siapa yang suka mengambil kesempatan di atas kedaifan orang lain?
Siapa yang suka mempergunakan orang lain demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri?
Siapa yang suka mengerah keringat orang lain akibat sikap tamak haloba?
Mungkin PAS boleh tolong jawab kerana mereka kenal rapat dengan golongan "pendera" ini, yang terkenal dengan sikap tamak, pentingkan diri sendiri dan tidak boleh bertoleransi serta ultrakiasu.
Bersambung ...
Cuba perhatikan resmi puak ultra kiasu. Sekali mereka melangkah mereka tidak akan berundur kebelakang. Contoh : jika mereka tuntut 10 perkara, pemerintah tunai hanya 3 perkara, mereka senyap seketika selepas mendapat 3 perkara yang diberi, tapi 7 perkara lagi tidak juga digugurkan, bila keadaan sesuai mereka tuntut 10 perkara lagi (7 yang lama campur 3 yang baru). Itulah style mereka.
Tapi kita orang melayu lain, minta 10 orang layan 3 saja, yang 7 lagi tu kita biar dia burn macam tu saja.
Contoh : Masa PRK Hulu Selangor baru2 ni, riuh rendah orang Umno minta nak letak calon, BN tak layan pun, BN letak MIC juga sebab MIC tuntut itu kawasan tradisi dia, pada hal situ melayu majoriti.
Apa kesudahanya : calon melayu kalah kepada calon bukan melayu. Post mortem mengatakan pengundi bukan melayu lebih daripada 75% bagi undi kpd Zaid. So kesimpulannya yang bagi menang Kamalanathan adalah undi melayu lah, dan dah tentu lah undi drp orang2 Umno yang duk riuh rendah mintak nak letak calon sebelum penamaan calon.
Itu lah contoh yang dapat saya bagi. Orang melayu ni mudah cool. Minta tapi orang tak layan, tak apa, tak merajuk, orang melayu ni tak reti nak protes, yang mereka tahu ikut saja apa kata ketua mereka.
Cuba bayangkan masa PRK Hulu Selangor tu, Umno berjaya letak calonnya. Sure Zaid akan menang besar sebab undi padu (99%) daripada bukan melayu (kaum india khususnya) sebagai undi protes kerana BN tak layan permintaan mereka. Dan memang pun .. Umno sendiri tak yakin menang jika dia letak calon, kerana melayu dah pecah 3 .. yang nak undi Umno hanya penyokong Umno saja .. melayu Pas undi Zaid, melayu PKR undi Zaid, 90% bukan melayu undi Zaid.
Bukan terkeluar topik no, tapi nak cerita bagaimana bukan melayu membina kekuatan politik, dan pada masa yang sama nak bagi tahu juga macam mana kekuatan kuasa politik melayu semakin hari semakin merosot .. orang kui kedepan tapi kita kui kebelakang.
Asalamulaikum Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Saya telah mendapatkan buku Ustaz yang bertajuk Masib Melayu Di Bumi Melayu.
Pendapat saya buku tersebut memang menarik dan sungguh bermanfaat. Sepatutnya buku tersebut diedarkan diseluruh IPT dan Sekolah Menengah
Semoga Ustaz Dr terus menulis dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini.
Salam Perjuangan
tokgaru(5:03),
-Ironiknya tidak timbul soal tuding jari @ tuduh menuduh. Hakikatnya kita sperti meludah ke langit. Mgkin disebabkan adanya pemimpin2 Melayu (UMNO+PAS+PKR) yg tdk ikhlas menjd khalifah. Umumnya `siapa yg mkn cili, dia akan terasa pedasnya`.
Kenapa kita berpecah,bergaduh dan saling membenci? Semuanya kerana pemimpin. Merekalah yg meniupkan api perkauman. Mereka juga yg membuat provokasi & propaganda. Tidak kurang pemimpin yg jd batu api. Golongan2 ini x sepatutnya dijadikn role model.
Soal tanda halal (sah/palsu) itu tugas pihak bwajib utk pmantauan. Mereka diberikan hak & kuasa utk ambush @ attack owner/tokey. Nowadays, ada kalanya sukar memastikan yg mn halal/haram. Kalo rs was2 kita refer pd yg lebih arif. Senang cerita, kalo kompius xyah beli, byk lg pilihan yg ada. We have a choice.
Zon Hijau
Anda minta orang melayu buat perubahan. Buang yang dah 53 tahun pegang kuasa tapi tak jaga kepentingan melayu, ganti dengan yang baru.
Bukan saya tak yakin dengan yang baru, kalu tengok pada packaging and labeling, memang menarik dan terasa nak beli. Tapi isi yang ada dalam kotak tu pun campur aduk lebih kurang macam yang lama juga. Takutnya akan jadi .. pi mai pi mai duk tang tu, kong kali kong, dua kali lima.
Apa2 pun, orang melayu sendiri kena pandai bermain politik, jangan undi kerana ketua suruh tapi undi ikut kepala kita sendiri2.
Orang lain dah lama dah duk praktis cara macam tu .. sebab tu Penang is theirs already .. dan Umno/BN akan berputih mata untuk tempoh masa yang lama, silap haribulan akan berputih mata sampai bila2.
tokgaru (8:59);
Setuju (smbil angkat tngn).
Mmg betoi pun. Org Melayu mmg camtu, ikut sgt kehendak pemimpin. Mcm kena cucuk tali idung. Kalo pemimpin kata nk letak `botoi kicap` jd calon. Kompom yg taksub pakat2 pi pangkah botoi kicap tu.
Contohilah ultrakiasu dlm pjuangan mereka menuntut hak ibarat menarik rambut dlm tepung.
Saudara HantuKampong
" Soal tanda halal (sah/palsu) itu tugas pihak bwajib utk pmantauan. Mereka diberikan hak & kuasa utk ambush @ attack owner/tokey. Nowadays, ada kalanya sukar memastikan yg mn halal/haram. Kalo rs was2 kita refer pd yg lebih arif. Senang cerita, kalo kompius xyah beli, byk lg pilihan yg ada. We have a choice "
Bukan ini yang saya maksudkan, bukan pasal haram halal makanan dan minuman yang saya maksudkan.
Saya kiaskan tanda halal palsu kepada halatuju perjuangan politik orang melayu islam hari ini supaya jangan kena tipu bila orang lain guna tok2 guru dan lain2 " pandai islam " untuk mendapatkan sokongan orang melayu untuk melingkupkan kuasa politik melayu sendiri.
Tak mengapa, apa pun terima kasih kerana sudi respon.
Tapi terkilan kerana, tak ada sorang pun dikalangan penyokong Pas yang response kepada posting saya yang sebelum anda. Kerana faham saya beza agama dengan bangsa adalah seperti yang saya tulis, kalau saya silap minta dibetulkan, cuma jangan lah sumpah laknatullah seperti yang sering dilakukan oleh Asymok Ambo.
Setuju tak jika saya kata :
1. Tidak ada manusia dimuka bumi ini yang tidak ada bangsa. Tapi ada manusia dimuka bumi ini yang tak ada agama.
2. Diantara pengenalan mengikut bangsa dengan pengenalan mengikut agama, pengenalan mengikut bangsa datang lebih dahulu daripada pengenalan mengikut agama.
3. Agama seseorang boleh berubah dan tidak kekal sampai kemati, tapi bangsa seseorang kekal sampai kemati.
Apa komen anda? Hendaknya boleh membantu mana2 orang melayu yang dah tak mahu mengaku melayu kerana terlalu taksub kepada perjuangan islam (kooononnnn nyaaaaa !!!!).
Untuk makluman semua " saya ini adalah seorang berbangsa melayu yang beragama islam "
HantuKampung, tokgaru,
Orang Melayu budaya berlain, selalunya ta'at setia, sehingga Hang Tuah sanggup bunuh Jebat, rakan seperjuangannya dan kawan karibnya.
Tetapi sudah bertukar watak dan pendirian Melayu, tidak lagi mebuta tuli, mengikut telunjuk pemimpin yang danggal dan dayus. Hanya segelintir yang ikut fatwa Nik Aziz Tuhan mencarut. Atau yang kononnya liberal hingga sanggup menjual bangsa sendiri, pengkhianat bangsa. Tak sedarkan bangsa lain maju ekonominya jauh kedepan dengan cara cara ultra kiasunya dan sekarang mahukan kuasa lebih, dengan tidak mengirakan harmoni dan perpaduan negara.
Tidak semestinya Penang lekat ditangan mereka dengan amat lama. Dahulu Penang pernah diperintah mereka kemudian diambil kembali. Kita perlu tunggu timbulnya pemimpin-pemimpin yang tidak danggal dan dayus dan sanggup memikirkan kepentingan yang lebih luas dari kepentingan sendiri. Ini tidak semestinya lama sebab Nik Aziz pun sudah lanjut umurnya. Begitu juga Lim Kit Siang dan yang seangkatan dengannya. Mahu pun DS Najib yang tidak lepas dari tiupan angin perubahan dikalangan UMNO.
Yang saya khuatirkan ialah semangat ta'at setia pun kurang dari sebahagian besar rakyat Malaysia. Apa tah lagi semangat patriotisme. Pada saya ta'at setia itu mesti, adalah dasar dan asas bagi setiap rakyat. Hormatkan, ikuti dan hidup dengan Perlembagaan negara.
Patriotisme itu peringkat satu lagi - sayangkan dan cintakan negara sehingga sanggup mati dan sukarela menyumbang tenaga dsbnya untuk mempertahankan dan memajukan mertabat dan maruah negara.
Kedua dua ta'at setia dan patriotisme itu bukan sekadar kata kata saya sayangkan negara sahaja atau membayar cukai sahaja, sebab buruh asing pun bayar cukai negara ini melalui levi. Mesti dibuktikan berdasarkan Perlembagaan negara.
Saudara Zendra.
Salam aidil fitri kepada anda. Terima kasih kerana meluangkan masa response tulisan saya.
Saya terbaca dan anda pun mungkin juga seperti di laporkan dalam akhbar " Nik Aziz tidak bangga jadi orang melayu "
Soalan saya : Lalu Nik Aziz mahu jadi orang apa ?
Di bumi Arab, ada orang bangsa arab yang islam , ada juga bangsa arab yang kristian, tak ketinggalan juga ada bangsa arab yang yahudi (maaf saya tak tahu apa istilah agama orang yahudi).
Yang dibimbangkan : Nik Aziz ini telah menyempitkan pemikirannya sendiri, dunia bagi dia setakat negara Malaysia ini saja. Itu lah akibat bila jadi katak bawah tempurung. Akibat bila jadi setakat pendakwah kampungan, yang hanya tahu berceramah agama kepada orang2 dia sahaja. Saya takut ada ramai lagi orang melayu yang terpengaruh dengan pemikiran sempit Nik Aziz, lalu tidak mahu mengaku sebagai melayu.
Saya sebut Ustaz Hussain Yee, kerana beliau adalah pendakwa peringkat internasional yang berdakwah kepada umat islam yang terdiri daripada berbagai bangsa di serata dunia. Pendekatan Ustaz Hussain Yee adalah lebih praktikal, mudah difahami dan mudah diterima, dan tak berbelit2. Sedangkan Nik Aziz ni hebat setakat Pulau Melaka saja.
Sebab itu saya tanya : Kalau Ustaz Hussain Yee yang baru jadi islam sudah mengislamkan ramai orang, berapa ramai cina dan india di malaysia ini yang jadi islam dalam tangan Nik Aziz.
Nik Aziz berlagak sebagai ulamak yang serba tahu seperti yang pernah berlaku satu masa dahulu. Negara dilanda jerebu, pendapat ulamak diminta, keluar dalam paper, keluar dalam tv, maka ramai lah diantara mereka yang berkata itu adalah tanda dunia sudah akhir zaman siap dengan dalil dan hadis lagi mereka berhujah. Jerebu mula2 sekali sampai di KL, ada seorang yang fanatik Pas berkata kepada saya, kerana di KL tu terlalu banyak maksiat (minum arak, judi dan zina) maka tuhan turunkan bala
(jerebu).
Yang sebenarnya, jerebu itu berlaku kerana orang indon di sumatera bakar hutan pada musim kemarau. Tak percaya tanyalah kepada anggota bomba dan penyelamat kita yang pergi sumatera bantu padamkan kebakaran hutan di sana.
Kelakar betul lah depa ni. Buat lawak sungguh. Tahu sedikit jangan lah berlagak tahu banyak. Nanti orang2 macam saya ni akan ketawakan.
Untuk mengetahui perkembangan dan perjalanan Ustaz Hussain Yee, just type the word " hussain yee " then search.
tokgaru,
Salam aidil fitri kemabli.
Jika benar Nik Aziz tidak mengaku dirinya Melayu, mungkin dia sudah nyanyok. Walau pun dia bepakaian sebagai Arab adn menganuti agama Islam dengan kuat, dia tidak Arab dan tidak boleh menjadi Arab walau bagaimana pun.
Memang kaum Arab didifinasikan sebagai mereka yang berbahasa Arab, tidak kira Islam, Kristian atau Yahudi (orang Iran bukan Arab walau pun berpakaian saperti Arab kerana mereka berbahasa Farsi), Nik Aziz bukan Arab dari segi itu pun kerana dia tidak berbahasa Arab setiap masa.
Tambah lagi dia tidak Arab bila mengatakan Tuhan pun mencarut. Tiada Arab yang kurang ajar dan mengatakan begitu walau pun yang bukan beragama Islam.
Terus terang saya katakan saya menunggu masa apabila Nik Aziz tidak lagi memainkan peranan didalamm politik PAS. Jika dia mahu jadi ahli DAP dan memainkan peranan didalam DAP, saya tak kisah.
Saudara Zendra
Kalau betul lah nik aziz tu diterima oleh DAP dan diterima juga oleh PKR baik atas sifat dirinya yang disenangi oleh kedua2 parti tersebut atau atas halatuju perjuangan yang dibawa oleh nik aziz, maka sebagai membuktikan sokongan ikhlas dan penerimaan ikhlas kepada nik aziz oleh pucuk pimpinan DAP dan PKR, maka ada baiknya :
Mereka melantik Nik Aziz sebagai peneraju utama gagasan Pakatan Rakyat dari sekarang lagi. Mungkin Zendra, saya dan ramai lagi akan terbuka hati untuk bersama PR tanpa menyertai mana2 parti.
Persoalannya : Sanggup kah mereka dan boleh kah mereka menerima Nik Aziz sebagai ketua mereka. Yang kita nampak sekarang ini adalah mereka duk suruh nik aziz memfatwakan " boleh " atas sesuatu yang orang melayu islam tak boleh terima, contohnya : bukan islam guna ayat2 quran semasa ceramah kepada orang islam, bukan islam masuk dalam mesjid dan surau duk bagi tazkirah kepada orang islam, dan banyak lagi yang pelik kepada kita tapi tak pelik kepada nik aziz.
Yang jadi masalah besar kepada orang melayu hari ini adalah orang tua nik aziz ni dia tak sadar bahawa dia dijadikan alat oleh satu pihak untuk menggagalkan usaha menyatu padukan orang melayu.
Rindu pula dekat Hadi Awang, nama president Pas tu dah tenggelam ke.
Hui. .tak pandai politik. .bace saje. .
Ayuh Bangsa 1Malaysia Berikan Sokongan Majoriti Buat Kepemimpinan WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT diketuai Bakal PERDANA MENTERI MALAYSIA TUAN GURU ABDUL HADI AWANG diDokong Dua SARJANA IKON Masyarakat Majmuk 1Malaysia SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH.
Dan.....
INGATLAH WARGA PENEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN
MUSUH PALING TRAGIS ADALAH
MUSUH DALAM SELIMUT.
Juga.....
usah lupa
IF CAN'T BEAT THEM, JOIN THEM
anyway.....
IT'S BETTER LATE THEN NEVER
kerna.....
Untuk BAHAGIA KEKAL ABADI
Pegang LIMA BENDA
1.Memurnikan AKIDAH
bagaimana nak murnikan AKIDAH?
Tuntutlah ILMU.
bagaimana pula nak Tuntut Ilmu Pada zaman penuh KEFASIQAN ini tatkala Majlis dan Jabatan yang dipertanggung jawabpun diPerkuda oleh Nafsu......
Jawabnya Setiap Individu MESTI SUCIKAN HATI BETULKAN NIAT, Bukalah AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT yang diRakamkan PENCIPTA kepada Kekasih-NYA, JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW.
nescaya ALLAH SWT akan Tunjukkan JALAN.
Barulah Mudah kita Meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW Sedikit demi sedikit.
Kerana Baginda SAW telah Berpesan
"TIDAK KAMU AKAN SESAT SELAMA-LAMA BILA PEGANG QURAN DAN CARA HIDUPKU"
Perlu amat diingat, Sunnah nabi bukan Sekadar Cara Berpakaian dan bercakap berjela-jela dalam Bahasa Arab walau orang tak faham mahupun menggunakan kayu untuk memberus gigi.
Bersangka baik pun sunnah nabi.
Meraikan kawan-kawan pun sunnah nabi.
Tidak mementingkan diri sendiri pun sunnah nabi.
Membuang sampah ke dalam tempat sepatutnya pun sunnah nabi.
Menutup kelemahan orang pun sunnah nabi.
Dengan kuasa ALLAH SWT, Kita Menuju
AKIDAH Yang MURNI
2. Memuliakan AKHLAK
contohnya kita mengalu-alukan Para Penagih dadah dan Pelacur yang cuba Berjemaah Bersama.
AKHLAK Yang Mulia akan MENGHINDARI Penyakit Hati Yang Paling Hina iaitu DERHAKA DALAM TAAT.
3. Istiqamah (berterusan) dalam Syariat
Maknanya Kita Beramal dengan ILMU kita tadi.
Tepat, padat dan Ringkas.
Senang orang Faham.
Kekadang manusia lain Faham hanya dengan Gerak tubuh kita tanpa kita Perlu Berkata-kata.
4. PENGORBANAN HARTA
inilah masalah paling utama MUSLIM terutama Malaysia.
Paling mudah adalah Zakat Fitrah.
Terlalu banyak RUNGUTAN KITA.
Ada yang kata tak kat tukang ambil duit tu lah.
Ada yang kata mahal lah.
Ingatlah, Khadijah sebelum kahwini nabi adalah SAUDAGAR TERKAYA.
Namun Sebelum Khadijah dipanggil PENCIPTA, Khadijah sempat menitipkan kata-kata yang MENGALIRKAN AIR MATA MUKMININ MUKMINAT.... apa tidak ada apa lagi kah untuk ku berikan untuk ISLAM? andai begitu Jual Sajalah Kain Kafan yang akan diguna untuk Kapan kan aku, Juallah DEMI MENEGAKKAN AD-DEENIL HAQ!
5. PENGORBANAN DIRI
ini adalah kemuncak Segala-gala.
andai Keempat-empat tahap tadi Kita Khatam, barulah kita Sampai ke Makham ini.
Di benak Insan Pilihan ALLAH SWT ini HANYA SATU......
SEMATA-MATA KEREDHAAN ALLAH SWT
dia tidak mengejar bidadari bermata berlian
dia langsung tidak mengharapkan apa-apa
yang dia mahu hanyalah KEREDHAAN ALLAH SWT
untuk orang seperti ini
JANJI ALLAH SWT
dunia akan datang kepadanya
DUNIA AKAN RUKUK DAN TUNDUK SUJUD KEPADANYA.
sesungguhnya.....
janji manusia buat kita kecewa
JANJI ALLAH SWT ADALAH BARANG YANG PASTI.
innamamruhu idza aradsyaian anyaqulalalahu KUN FAYAKUUN.
herman che mok
JKMJB
opposite of Foon Yew School
next to RTM Johor & Jab.Kesihatan JB
Persimpangan Jalan Abd Samad-Jln Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM.
thanx a lot to Sultan of Johor atas Kunjungan ke Kelate met Sultan Muhammad V.
MAY ALLAH BLESS WE ALL.
Salam Dr RT,
Asyik Mambo ni serius ke bergurau atau menyindir ? "Ayuh Bangsa 1Malaysia Berikan Sokongan Majoriti Buat Kepemimpinan WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT diketuai Bakal PERDANA MENTERI MALAYSIA TUAN GURU ABDUL HADI AWANG diDokong Dua SARJANA IKON Masyarakat Majmuk 1Malaysia SUPREMO LIM KIT SIANG dan MAULANA KARPAL SINGH."
Bahagian lain kira ok la tapi bahagian atas ni bunyi kelakar la !
Nak promosi sikit penulisan saya -
http://dinturtle.blogspot.com/2010/09/lks-jangan-jadi-ignorant-najib-juga.html
Kes Penderaan Pembantu Rumah
Rakyat Indon tunjuk protes lagi di Kedutaan Malaysia disana.
Persoalannya : Siapa yang kena dera dan siapa pula yang mendera.
Jawapannya : Yang kena dera pembantu rumah beragama islam yang serumpun (sebangsa) dengan orang melayu. Yang mendera adalah bukan islam.
Kes : Nirmala Bonat majikan bukan islam bangsa cina. Winfaida majikan bukan islam bangsa india.
Kita Jarang atau Tak Pernah Dengar Langsung : Pembantu rumah bukan islam yang kena dera sebegitu rupa oleh majikan bukan islam (majikan islam memang tak ambil pembantu rumah bukan islam)
Natijah Kejadian : Mungkin Allah nak bagi tahu kepada orang islam, bukan islam tak akan memberi layan baik kepada orang islam jika mereka memiliki kuasa keatas orang islam.
Pengajaran : Fikir lah panjang2, jangan kerana gila nak berkuasa, berpakat dengan orang kafir untuk melakukan perubahan yang akan mengubah segala apa yang kita ada dan nikmati selama ini.
Peringatan : Sekali ianya terlepas daripada gengaman kita, mungkin buat selama2nya kita tak akan dapat mengambilnya balik.
Seruan ini aku tujukan kepada orang Melayu dalam Umno, orang Melayu dalam Pas dan orang Melayu dalam PKR.
Dalam kes pembantu rumah Indonesia yang kena dera ini, saya turut bersimpati dengan mereka. Namun sebagaimana kata Tokgaru, kebanyakkan kes yang berlaku ialah melibatkan majikan bukan Melayu dan tidak beragama Islam.
Selain daripada itu, mungkin rakyat Indonesia tidak tahu, bertapa ramai juga pembantu rumah Indonesia yang dilaporkan telah bertindak menipu majikan masing-masing samada lari dengan meninggalkan anak kecil yang kelaparan, lari dengan mencuri wang dan harta majikan, membakar rumah majikan dan sebagainya. Kes-kes ini ada yang dilaporkan ada yang tidak dilaporkan dan kebanyakan majikan yang terkena adalah di kalangan majikan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Untuk menyatakan perkara ini samada benar atau tidak, saya tidak boleh mengesahkannya.
Oleh yang demikian, rakyat Indonesia sepatutnya bersikap rasional dalam hal ini. Rakyat Malaysia tidak pernah bersubahat atau bertindak melindungi penjenayah. Jika mereka salah, mereka akan mendapat pembalasan yang sewajarnya tanpa mengira siapa yang menjadi mangsa mereka samada rakyat Malaysia atau rakyat asing.
Ganyang Malaysia
Gerakan mahu mengganyang malaysia oleh kumpulan Bendera ini sebenarnya di kepali oleh warga indon yang beragama kristian.
Manakala yang banyak terinaya adalah pembantu rumah indon yang muslim. Begitu juga dengan majikan yang kena inaya dengan pembantu rumah indon kebanyakannya melayu muslim.
Pelik juga kisahnya, tak pasal2 orang kristian pula yang mahu jadi juara membela nasib pembantu rumah yang muslim.
Bertambah pelik lagi bila pemerintah disana yang juga muslim turut menari ikut gendang paluan puak kristian.
Mungkin ada pihak lain yang ada agenda tersembunyi mahu lihat hubungan 2 bangsa serumpun ini jadi tegang. Lalu memudahkan mereka melakukan apa yang mereka cita2kan.
Hendaknya Pak Najib dengan Pak Susilo cepat dapat membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat.
Lihat saja di Malaysia, dulunya Melayu pecah kepada Pas dan Umno. Sudah hampir 50 tahun masih juga Umno di atas. Peluang itu datang bila Pak Anuar Ibrahim ditendang keluar dari Umno lalu dia berdendam sampai akhir hayat barangkali. Mahu masuk Pas, semasa dalam Umno Pak Anuar pernah meludah kepada Pas. Lantas ada pihak yang cadangkan supaya tubuh saja PKR dan buka kepada semua bangsa tapi masih melayu sebagai peneraju.
Nah sekarang melayu sudah pecah 3. Sekarang mereka sudah nampak peluang untuk menguburkan Umno mungkin menjadi lebih mudah.
Tidak mengapa Umno terkubur, jika yang menggantikan Umno itu punyai ketahanan diri untuk menepis cabaran yang menanti.
Kita bimbang yang ghairah nak ganti Umno, tidak punyai kemampuan dan ketahanan.
Lumrah dunia, kita orang islam tak pandai nak mengkucar kacirkan orang agama lain, apa lagi nak memesongkan akidah mereka. Tapi sudah terbukti banyak kehidupan muslim dan akidah muslim yang berjaya dikucar kacirkan oleh agama lain.
Kerana : mereka boleh menyerap masuk dalam kumpulan muslim dalam bentuk dan rupa yang berbagai, sedangkan kita muslim tidak boleh buat macam itu kerana agama kita tak suruh dan tak benarkan sama sekali.
Saya masih tak faham kenapa ada juga yang cuba mempertikaikan kebenaran dek kerana taksub dalam berpolitik. Kita susah nak rasa menghargai perjuangan apabila kita tidak mahu belajar sejarah. Berfikir secara fakta dan penganalisaan. Syabas DrRT.
*** Din Turtle macamana nak masuk blog ko ye...
salihsatulagi - jemput datang, silakan. dinturtle.blogspot.com
Nak tunjuk kita ni bumiputera sangat, sorang2 nama pelik sungguh, nak sebut berputar lidah !
Semalam 23 September bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Katanya juga dia bukanlah bersikap perkauman.
Dr Mahathir juga menggambarkan bahawa orang Cina atau India mungkin menjadi Perdana Menteri jika PR mengambil alih negara, kerana Perlembagaan tidak menghadkan jawatan itu kepada mana- mana kaum.
Saya berpandangan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.
Selain penggunaan isu perkauman untuk Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak.
Masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.
Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan. Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.
Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong.
Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?
Nurul Izzah Anwar
MP, Lembah Pantai
KUALA LUMPUR
Wah, ini nampaknya dakyah politik keluar dari WR Nurul Izzah. Saya biasanya tidak minat dengan dakyah politik tetapi saya menyokong Tun Dr Mahathir yang dibidasnya dan ingin mengeluarkan sepatah dua kata berkaitan dengannya.
Dia menggunakan perkataan "memainkan api perkauman" dan "tidak bertanggungjawab" kerana TDM mengatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat memerintah dan "menggambarkan bahawa orang Cina atau India mungkin menjadi Perdana Menteri jika PR mengambil alih negara".
Apa yang dikata oleh TDM itu benar dan WR itu sendiri telah menyebutkan "kerana Perlembagaan tidak menghadkan jawatan itu kepada mana-mana kaum."
Mengapa dipandangnya kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan "merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara"? Itu pendapat dia. Orang lain banyak yang tak setuju dengan pendapat dia. Saya terang-terang menyatakan tidak setuju dengan pendapat dia.
Saya dah makan garam lebih dari dia dan, walu pun tidak berkecimpung didalam arena politik, telah mengikuti perkembangan politik bukan sahaja ditanah air sendiri tetapi juga dibeberapa buah negara luar negeri yang saya pernah diami bertahun-tahun tiap satu. Saya percaya pendapat saya juga boleh diambil kira dan pendapat saya ialah kata kata TDM itu benar.
Tambahan pula dia amat banyak berpengalaman dibidang politik. Memang pembangkangnya hampir tidak pernah setuju dengannya tetapi saya ingin menyatakan saya, yang tidak berparti apa apa, setuju dengannya.
Kita tahu WR tersebut telah dipanggil keBalai Polis, disiasat dibawah Akta Hasutan berkaitan dengan sebutannya diatas Perkara 153 Perlembagaan. Sekarang dia menggunakan perkataan "Politik Ketakutan" yang saya tidak pasti kena pada tempatnya atau tidak. Dia menyebut lagi Perkara 153 Perlembagaan dan menohmah TDM menggunakannya "sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak". Pada saya ini berupa dakyah politik semata mata.
Pendapatnya berkenaan Melayu dipesong (pasung?) pemikirannya melalui (oleh?) UMNO saya tidak ingin sentuh dengan panjang. Itu juga hanya pendapatnya.
Saya amat kecewa dengan perpecahan kaum Melayu dan berharap WR ini akan nampak jalan disuatu masa dihadapan bagi bersatu padu dengan Melayu lain, tidak asyik dengan mahu berdebat dengan TDM dan pemimpin Melayu lain. Cukuplah berdebat diParlimen. Gunakanlah masa diluar Parlimen bagi memikirkan dan mengambil langkah supaya menyatupadukan Melayu.
Bila Melayu sudah bersatu, lebihlah harapan negara akan dapat bersatu padu, menjadi kuat dan sejahtera.
Saya tidak ingin berdebat politik diruang Dr Ridhuan ini atau dimana mana. Seperti biasa, selepas mengeluarkan pendapat, saya akan duduk diluar pagar mendengar hujah-hujah dan melihat tindak tanduk pihak lain sehingga merasakan perlu mengeluarkan pendapat lagi.
Salam Dr RT,
Debat ? Untuk apa ? Nak cari kebenaran atau cari political mileage untuk diri sendiri ?
Kalau benar nak cari kebenaran, buatlah pertemuan tertutup, ngan muhrim samalah kalau tak, tak pasal2 TDM kena tangkap khalwat pulak ngan anak anwar ! Masa tu berdebatlah banyak mana kau nak.
Zaman dulu orang Melayu cabar mencabar ni ada isi, nyawa dipertaruhkan demi mempertahankan kebenaran dan maruah. Sekarang cabar politik pakai air liur je.
sebijik macam LKS !
Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.
Pagi tadi saya dikunjungi oleh seorang rakan karib yang mengatakan rasa terkejutnya dengan tersiarnya berita muka depan utusan mengenai kenyataan Mahadir yang maksudnya "Melayu akan habis", kata saya sebenarnya "mahadhir yang akan habis" bila Pakatan Rakyat menang.
Kenyataan terbaru Mahadhir itu bagi saya menggambarkan kebimbangan dirinya sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kerana segala kemungkaran yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM satu masa dulu akan dibongkar.
Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mengatakan Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Dakwaan Mahathir yang disiarkan dihalaman hadapan akhbar rasisi utusan kelmarin jelas merupakan kenyataan bersifat perkauman
"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.
Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.
Keadaan yang sama telah berlaku kepada kawan baiknya yang juga bekas Presiden Indonesia, Suharto yang telah berdepan dengan pembongkaran segala kemungkaran sehingga diseret ke mahkamah semasa dipenghujung hayatnya.
Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Bagi saya ini satu lagi kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti.
Kenyataan Mahadhir bagi saya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Mahadhir sudah sangat terdesak dengan berjuang dengan Perkasa yang rasisi itu.
Malah bagi saya Perkasa yang tidak jelas halatujunya menjadi pilihan dan dahan berpaut yang sangat rapuh kepada perjuangan akhir hayat Mahadhir.
Sesungguhnya UMNO dan Perkasa sudah ditolak oleh orang Melayu yang sudah lama kehilangan kuasa akibat oleh pemimpin Melayu yang mementingkan perjuangan peribadi kroni serta kepentingan kelompok kecil sehingga kuasa politik dan ekonomi Melayu terhakis sekian lama.
Sesungguhnya dengan wadah Pakatan Rakyat, khususnya PAS , saya melihat dengan keadilan Islam yang berjuang tanpa batas bangsa, sebenarnya inilah yang akan menyelamatkan kuasa Melayu yang dimaksudkan.
Dr Khalil Idham Lim
http://idhamlim.blogspot.com/2010/09/umno-yang-hilang-kuasa-bukannya-melayu.html
Keadaan tenat sudah sampai.
Sehingga kini tiada lagi ada manusia intelektual yang berwibawa menyebelahi BN. BN banyak mengandal pada 'one man show' iaitu Dr Mahathir Mohamad. Beliaulah yang telah menguasai Umno dan BN paling lama sehingga dalam penguasaannya tiada siapa dalam kedua-duanya itu boleh menyuara berlainan dengannya.
Negara melalui parti pemerintah sedang membakar sentimen ras dan agama, tujuannya meraih sokongan orang Melayu dari semua pandangan politik untuk meneruskan agenda politik 'pecah dan perintah'. Umno mahukan semua orang Melayu balik kepada pentadbiran 'Ketuanan Melayu'.
Pentadbiran Mahathir Mohamad dulu dikatakan telah mentiriskan sejumlah RM100 bilion. Sememangnya terlalu banyak kejadian ketirisan berlaku. Misalnya peruntukan RM54 bilion untuk program ekuiti orang Melayu hangus dibolot oleh petualang yang masih menjadi misteri siapa gerangannya yang memanfaatkan RM52 bilion itu.
Jurang kesenjangan antara golongan kaya dan yang sederhana semakin tajam. Pelaburan langsung asing (FDI) semakin menurun berbanding dengan negara-negara jiran yang suatu masa dulu adalah penerima FDI yang terbelakang.
BN sudah banyak terlanjur. Usaha pemulihan ekonomi tidaklah begitu hebat berbanding dengan retoriknya. Lagi-lagi petunjuk pertumbuhan ekonomi kita yang terumbang-ambing dijadikan ukuran. Pertumbuhan ekonomi di negara seperti Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Thailand sudah naik dan malahan pertumbuhan ekonomi Singapura telah naik jauh tinggi. Negara kita mungkin tercicir jika dibandingkan dengan ekonomi negara di rantau ini yang sama-sama dipukul oleh krisis keewangan pada pertengahan tahun 1997 dulu.
Rakyat Malaysia kian merasa yang 53 tahun pemerintahan BN boleh melelahkan. Kita perlu angin segar baru untuk menyongsong kita ke alaf baru. Pemerintahan negara Malaysia bukan boleh dimonopoli oleh BN saja. Kitapun memiliki orang yang berkaliber dari Pakatan Rakyat untuk memerintah.
Satu hal sebahagian besar pemimpinn dari Pakatan Rakyat belum mengenal korapsi lagi, mereka masih bersih dan seharusnya diberi peluang pada mereka sekurang-kurangnya sekali mentadbir negara untuk kita mengetahui kebolehan mereka.
Di bawah BN kita jenuh mengenal korupsi.
Secara logiknya juga rakyat Malaysia yang sudah ada kesedaran politik dan menginsafi betapa BN telah banyak menyeleweng mahukan BN disisihkan.
Dr Khalil,
Apa yang anda katakan fasal Tun Dr Mahathir tidak bertanggung jawab adalah juga semata-mata pendapat anda.
Anda ada pangkat "Dr" tetapi tidak diketahui didalam bidang apa. Walau jika dibidang politik pun, mendakwa TDM "sangat tidak bertanggungjawab" menuduh kerajaan PR dikuasai DAP adalah juga pendapat yang sesiapa pun boleh keluarkan.
Demikian juga kata kata anda ".. Perkasa yang tidak jelas halatujunya menjadi pilihan dan dahan berpaut yang sangat rapuh kepada perjuangan akhir hayat Mahadhir" itu adalah pendapat anda. Tidak semestinya dipersetujui orang lain, termasuk saya.
Maka tohmah menohmah ini semua menjadi dakyah politik. Boleh dikeluarkan tetapi tidak perlu dipercayai. Pada penghujungnya, mana yang lebih banyak dipercayai akan menang. Tetapi saya percaya pendapat anda kalian adalah minoriti.
Percaya tidaknya kapada seseorang itu juga bergantung kapada hormatnya kapada orang lain. Saya muskhil jika anda hormat kapada TDM, walau pun berbeza pendirian. Sebab anda menyebut namanya sebagai "Mahadhir" masakan namanya ialah "Mahathir". Dan anda menggunakan pangkat "Dr".
Saya mungkin berpendirian yang sama dengan anda. Saya tidak menggunakan pangkat "Yang Berhormat" dan sebagainya kapada Wakil Rakyat. Tetapi saya menulis tidak menggunakan pangkat apa apa.
Dan saya berpandukan kapada tidak ada undang-undang memerlukan Wakil Rakyat dipanggil "Yang Berhormat". Terutama sekali mereka yang pada saya tidak nampak berhormat, termasuk yang memanjat meja, berdiri diatas meja dengan pakaian seragam ADUN Perak, menjerit kapada ADUN lawan. Saya sokong DYMM Sultan Perak yang mengkomen mereka berkelakuan tidak berhormat, termasuk yang menjerit diParlimen.
Ini tidak perlu saya buktikan sebab sudah keluar berita dan gambar menunjukkan kelakuan itu dimedia massa dimasa yang lalu. Begitu juga TDM tidak mengeluarkan bukti dalam ucapan atau kenyataannya berkenaan PR dikuasai DAP. Mungkin sebab tidak cukup masa atau ruang berbuat demikian dimasa itu. Tentu dia boleh keluarkan berbagai bukti baginya bila difikirnya perlu. Dia 40-50 tahun didalam arena politik, tidak mungkin dia tidak boleh berbuat demikian.
Tun Mahathirlah yang membuat malaysia nasi sudah menjadi bubur.
Tun Mahathir juga sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
Ku Li pernah sebut banyak kali agar orang Melayu sedar siapa sebenar pengkhianat Melayu.Tapi tak sedar sedar juga hingga sekarang.
Masakan tidak? raja melayu dibogelkan hanya tinggal seluar dalam saja hingga hari ini.
Kuasa besar ada pada perdana menteri dan perdana menteri boleh buat apa saja. Nak bela gengster ke nak bela perompak ke.pendek kata boleh buat apa saja halal haram tiada baginya.
lebih lebih lagi mereka bela tauke tauke judi, tauke arak tauke rasuah untuk kumpul sebarapa banyak harta.
oleh itu tidak hairan setiap 17 minit lahir seorang anak tanpa bapa, rogol, bunuh dan pelbagai jenayah lain berlaku dengan berleluasa.
kenapa? kerana pemimpin yang ada sekarang semuanya buruk di kepala.
Sekarang ini nama Taek Jho Low siapa yang bela? dia ditahan di Paris bersama Paris hilton kerana dadah.
inilah kerja pemimpin Melayu yang mendakwa rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan.
saya sokong Drs Khalil.
Siapa pengkhianat Melayu?
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
18. Saya sokong sepenuhnya kenyataan Abdullah Ngah.
" Kita perlu angin segar baru untuk menyongsong kita ke alaf baru." - SAYA SETUJU.
"Pemerintahan negara Malaysia bukan boleh dimonopoli oleh BN saja" - SAYA SETUJU ! Sebab itu kita ada Pilihanraya. Yang menang akan bersorak, yang kalah kenalah terima mereka tidak mendapat majoriti.
"Kitapun memiliki orang yang berkaliber dari Pakatan Rakyat untuk memerintah." - emmm... ya lah kot
"Satu hal sebahagian besar pemimpinn dari Pakatan Rakyat belum mengenal korapsi lagi" - ya ke dok ? emmm.. oklah
"seharusnya diberi peluang pada mereka sekurang-kurangnya sekali mentadbir negara untuk kita mengetahui kebolehan mereka." - janganlah merayu begitu... sedih rasa. Tapi nak menjadi kerajaan biarlah atas kebolehan dan kepandaian kita...takkan nak menang atas undi kesian.
Maksud saya, memang ramai yang tak puas hati ngan BN, bukan saja dikalangan penyokong Pakatan. Saya sendiri tak puas hati.
Tapi janganlah sekadar kritik dan komplen memanjang...... adakah dengan menunjukkan kesalahan BN bermaksud PR lebih baik ? TAK, ia hanya menunjukkan BN banyak salah.
Tapi kalau nak tunjuk PR lebih baik, buktikanlah biar rakyat tengok. BUKAN dengan cara komplen/kritik memanjang.
Saya cakap ni sebagai rakyat biasa - saya nak sangat tengok 4 negeri dibawah Pakatan dapat diperintah secara 'sama/centralised', maksud saya macam perintah negara. Kalau apa yang ada sekarang dijadikan contoh, maknanya kalau Pakatan kalahkan BN, setiap negeri akan punya style yang berbeza dan tersendiri ?
Memburukkan orang lain tak semestinya menunjukkan kita betul, buktikan kita betul baru orang terima kita betul.... betul tak ?
Ke nak debat gak ?
Mahathir memang GAGAL dari mula beliau masuk UMNO. Nawaitunya semulajadi memang salah. Tak ada siapa dalam kepimpinan UMNO yang diberinya tahniah. Pertama kali Mahathir mengakui dia GAGAL. Malangnya dia menyalahkan orang Melayu yang menyebabkan dia GAGAL besar. Dia tidak sedar, kegagalan beliau hanya satu, TETAPI kegagalan orang Melayu kerana kerakusan dan kurang ajar biadap beliau adalah 1000. Siapa lebih gagal sekarang?
Selama 20 tahun Mahathir mengatur strategi parti, pencapaian beliau paling ketara ialah, Mahathir lebih dikenali sebagai Perdana Menteri paling ramai Timbalan. Satu demi satu dikhianatkannya.
Banyak yang boleh kita dengar dan percaya; tetapi tak boleh baca di media sebab media arus perdana dikawal ketat oleh orang berpekung.
Apakah Mahathir tidak pernah buka dan baca Al-Quran? Di dalamnya, terang-terang Allah swt. berfirman bahawa “tidak ada Kerajaan dunia yang akan kekal melainkan Kerajaan Allah swt.”.
Ha, Profess sin Al Replier dah keluar lagi.
Dikeluarkannya bermacam pendapat. Mengikut kata Dr Khalil Idham Lim, itu "kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti."
Begitu juga banyak kata-kata dikomen lain yang membidas Tun Dr Mahathir. Pendapat sahaja, tidak disokong fakta atau hujah-hujah yang berdasarkan fakta.
Mengikut kata loyar, I rest my case.
Melihat unsur-unsur khianat yang dijana oleh Mahathir kebelakangan ini, tak dapat tidak kita akan berkata bahawa perbuatan Mahathir tak lebih dari manifestasi hasrat hati beliau semula jadi untuk memusnahkan identiti orang Melayu di negara sendiri.
Mahathir mahu orang Melayu merasa dan menganggap diri mereka kerdil (inferior) di negara ini. Mahathir mahu orang Melayu dirasuk perasaan negatif dan pesimistik terhadap diri dan bangsa sendiri.
Mahathir menerap “Dasar Membalas Dendam” kepada orang Melayu kerana orang Melayu sudah semakin insaf siapa Mahathir, UMNO dan BN. Kerana orang Melayu berpelajaran – ada ilmu dan boleh berfikir; inilah yang menyebabkan Mahathir cukup-cukup khuatir.
Sebenarnya, Mahathir tidak mahu orang Melayu bangkit memperbaiki diri sendiri. Beliau mahu orang Melayu terus menganggap bangsa mereka “naïve”. Dengan itu, Mahathir akan dapat mendorong UMNO mengamalkan dasar “Dinasti Feudal”, iaitu meletakkan anak-anak dan zuriat Mahathir dan sekongkolnya sebagai penerus kepada dinasti “Perdana Menteri”. Dan, dengan itu, segala harta rompakan mereka beratus billion dari wang rakyat akan berkekalan dalam tangannya.
Itulah sebenarnya dasar “Penjajahan” yang Mahathir dan UMNO cetus, terap dan ledakkan. Hampir semua pemimpin UMNO berstatus “jutawan”. Padahal orang Melayu di pendalaman dan desa tak cukup makan! Mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.
Kalau anda tak percaya, cuba anda melawat perkampungan Melayu di Padang Terap di Sg. Petani, Kedah. Kemiskinan menjadi-jadi dan semakin parah. Ada keluarga yang makan sekali sehari. Pagi berpuasa, malam berbuka. Bukan kerana mereka taatkan agama melebihi kita, tetapi beras dalam sumpit untuk tak ada.
Everyone is brainwashed to love Mahathir and to convince that he sucks, it requires plenty of time and patience, before everyone could see the real picture!
Profess sin Al Replier
Kamu banyak sin - dosa. Dan mengarut bila mengata "hasrat hati beliau (Tun Dr Mahathir) semula jadi untuk memusnahkan identiti orang Melayu di negara sendiri."
Mungkin kamu masih berhingus atau belom dilahirkan dia dah masuk UMNO nak membangkitkan Melayu. Sampai kena buang, melawan Tengku A Rahman, masuk balik, jadi PM 22 tahun.
Memang dia ada kesalahan. Mungkin kamu seroang saja yang tak ada salah. Tapi mengatakan dia mmahu memusnahkan identiti orang Melayu - kamu mengarut amat sangat.
Kamu macam koboy. Loose gun. Tembak sana sini, ikut suka, tak fikir apa. Jaga, macam ini selalu kena muka kau sendiri. Aku harap yang ini pun kau sedar dah kena muka kau.
Tak guna layan orang macam kau. Hanya bila-bila perlu saja.
Mahathir sendiri membangkitkan isu “PM Cina”. Itu adalah contoh benar yang disengajakan oleh beliau untuk mencuit dasar perkauman “totok”. Dasar perkauman begitu adalah ditimba beliau dari falsafah Penjajah. Mahathir adalah penjana dasar “Pecah dan Perintah”.
Jika Penjajah berfalsafah supaya negara yang berjaya medapat kemerdekaan diagendakan supaya hilang keyakinan; hematnya begitu jugalah dasar Mahathir. Itu sebab, Mahathir merancang, jika orang Melayu cerdik dan berpelajaran, Mahathir sedar apa sudah jadi hari ini. Mahathir cukup khuatir orang Melayu bangkit mengkritik dan mendedahkan salahurus, salahtadbir dan kebusukan kerajaan. Orang Melayu akan mampu berfikir menuntut hak mereka. Mereka akan bertindak. Mahathir dan UMNO/BN akan musnah!
Buktinya hari ini, Mahathir tidak mahu itu. Dengan itu Mahatir beragenda menyekat unsur berbentuk pembangunan dan kemajuan ilmu dari peradaban orang Melayu. Mahathir mahu orang Melayu terus-menerus hidup bebal dan dungu. Itu sebab punca dan saluran memperolehi ilmu oleh orang Melayu disekat. Mereka dihambat.
Lihat sekarang, Biasiswa diganti dengan pinjaman. Sistem IPT di swastakan. Kerana Mahathir tau, 90% orang Melayu hidup dalam kemiskinan. Bila orang Melayu bodoh dan dungu, regimnya akan terus memerintah. Dengan itu kekayan dari rompakan dan rasuah mereka akan terselamat!
Dari pelbagai dasar regimnya, makin jelaslah bahawa Mahathir sengaja mencorak dasar UMNO supaya berusaha mempunah-ranahkan kepentingan orang Melayu. Oleh kerana pemimpin UMNO ini terlampau mementingkan “tembolok” sendiri, mereka sanggup telan bulat-bulat semua dasar “kebinatangan” Mahathir terhadap bangsa sendiri. Mereka tak peduli – asalkan tembolok mereka penuh berisi.
Sebaliknya, kerana kekuatan politik Mahathir terletak di tangan kaum Cina, dia tidak berani berlaku sewenang-wenangnya kepada kaum itu. Sebabnya, kerana Mahathir tahu orang Cina adalah “king maker” dalam ledakkan politik terkini. Oleh itu, Mahathir sanggup buat apa saja untuk mereka. Dia sanggup gadai Melayu dan cagarkan UMNO.
Buktinya, rangka percaturan kuasa yang dirancang Mahathir menunjukkan bahawa beliau sedang ampuh mengampu-bodek kaum Cina; demi kepentingan penerusan kuasanya. Mahathir tak berani sentuh kepentingan Cina. Malah, UMNO sendiri telah dicagar bulat-bulat demi kepentingan beliau. Yang utama bagi Mahathir sekarang ialah, UMNO akan terus berkuasa.
Apakah orang Melayu sedar mereka sedang dianiaya oleh Mahathir dan UMNO/BN?
Parti Islam Semalaysia Pas kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir mengugut melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan melayu jika terus berpecah.
Pas berpandangan Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini.
Berkali-kali Pas tegaskan kepada rakyat kalau umno kalah yang menangnya ialah Pas.
Umno akan berhadapan dengan Pas di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno.
Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham. Tun masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung umno sahaja. Seolah-olah selain daripada umno, melayu tidak boleh bersatu.
Inilah khurafat umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara.
Dulu pemimpin umno sering mendakwa bahawa selain daripada umno memerintah tidak akan maju. Hujah ini sudah lapok, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.
Rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
Selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang melayu antaranya, berapa banyak tanah rezab melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang melayu di pendalaman.
Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meretokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan Pegawai Persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.
Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada melayu semasa beliau berkuasa.
Sekarang kenapa beliau begitu lantang seolah-olah mengugut orang melayu mesti bersatu dengan umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakat beliau mengaut kekayaan negara.
Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat.
IPOH 24 September, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menegaskan bahawa pandangan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad hanyalah kenyataan politik lama dengan tujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
Beliau berpandangan sebenarnya Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno kini sudah dapat menjangkakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Menurut beliau jika umno menjadi pembangkang maka tidak ada siapa baik pemimpinnya atau pengikutnya yang sanggup menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk pergerakan parti umno itu pada masa akan datang, serta berkemungkinan besar parti umno ini akan menjadi tidak relevan dan ditolak oleh seluruh rakyat akan kewujudannya.
Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat menteri-menteri umno yang sudah membeli tanah dan rumah di luar negara untuk menyenangkan mereka tinggal disana jika umno tidak dapat memerintah Malaysia pada masa akan datang.S
ebenarnya pemimpin umno kini sentiasa berada dalam ketakutan kerana satu persatu kes-kes mereka semua akan dibongkar dan dibawa kemuka pengadilan jika Pakatan Rakyat dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.
Memetik kata-kata beliau ” Kita tahu selama ni pemimpin-pemimpin umno memperolehi duit dari pengusaha-pengusaha kilang dan syarikat-syarikat kroni mereka untuk menjana kewangan parti mereka. Jika umno jadi pembangkang selepas ini maka tiada siapa yang sanggup beri duit pada umno ”
Beliau menyimpulkan kenyataan yang dikeluarkan Tun Mahathir itu adalah kenyataan yang berbaur ugutan kerana Tun Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar untuk kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.
Profess sin Al Replier,
Aku coba layan satu kali lagi -
Kamu menuduh semata mata. Contohnya, kamu kata
"Buktinya, rangka percaturan kuasa yang dirancang Mahathir menunjukkan bahawa beliau sedang ampuh mengampu-bodek kaum Cina; demi kepentingan penerusan kuasanya."
Apa bukti macam itu? Semuanya tuduhan, beb. Coba pergi keMahkamah sekali sekala, dengar hujah-hujah yang dikeluarkan Peguam disitu, dapatkan bayangan apa yang dipanggil bukti, apa yang tidak. Bahru boleh berbincang dengan bermakna disini, tidak mengarut menohmah dan berdakyah politik tak habis habis yang geng korang buat disini.
Meluatlah cakap korang ni. Selamat malam kapada kamu dan geng kamu.
Cuba anda lihat kata-kata dari Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa.
“Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.
“Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno.
"Keadaan itu diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.
“Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.
“Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka.
"Lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.
“Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.
“Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu.
"Data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.
"Orang-orang Melayu harus ingat bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.
“Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.
“Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?
"Orang-orang Melayu tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.
Mahathir terlupa bahawa selama ini Menteri Besar daripada UMNO telah banyak mencabuli maasyarakat Islam dan bangsa Melayu sendiri.
Rasuah yang menjadi amalan pemimpin-pemimpin UMNO menyebabkan begitu ramai umat Islam yang rata-rata terdiri dari bangsa Melayu menderita sehinggakan mereka terpaksa bangun menentang MB-MB berpuaka ini sekalipun terdiri dari bangsa sendiri.
Mahathir menggelapkan matanya terhadap MB-MB dari kalangan UMNO yang telah menjual negeri dan bangsanya kepada orang asing.
Di Johor, apa yang telah dilakukan oleh MBnya sehingga sebahagian negeri itu kini telah tergadai kepada negara jiran?
Di Pahang dan Selangor sebelum ini, apa yang telah dilakukan oleh MB-MB UMNO terhadap tanah-tanah dataran tinggi yang di atas terbina pusat kasino terbesar di rantau ini?
Kini Mahathir memainkan sentimen bangsa dan agama untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap parti yang pernah ditinggalkannya semata-mata kerana protesnya terhadap seorang PM yang dilantiknya tidak mendengar kata-katanya.
Beliau berkata sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam al-Quran dan hadis.
Mahathir cuba bercakap mengenai "perpaduan Islam" sedangkan beliau sendiri adalah musuh terhadap Islam dengan menuduh hukum-hukum Allah dengan perkataan-perkataan keji dan hina. Cuba lihat:
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” (kata Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994).
2. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).
3. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” (Dr Mahathir Mohamad: 2 Mei 1992.
4. “Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.” (Dr Mahathir Mohamad: 1994).
5. “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.” (Dr Mahathir Mohamad: 4 Ogos 1994).
6. “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq.” (Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994, Nilam Puri).
7. “Tujuan menutup aurat ialah kerana pada zaman Nabi, Arab Jahiliah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO, pita rakaman).
8. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 14 Ogos 1994, pita rakaman).
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.
Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.
"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.
"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.
"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.
"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...
"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.
Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.
"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.
Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.
"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.
"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.
Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:
- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)
- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)
- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.
- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM
"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.
Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.
zebra belum mati lagi ke?
tak guna punya orang tua.
mana itu citizen arrest?
cakap besar saja and useless.
Memetik tulisan Idris
" Berkali-kali Pas tegaskan kepada rakyat kalau umno kalah yang menangnya ialah Pas "
" Umno akan berhadapan dengan Pas di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno "
Lega seketika bila terbaca kenyataan diatas. Maknanya di kawasan mana Umno letak calon maka di situ Pas akan bertanding.
Tak apa, pada saya tak ada masalah. Sebab saya boleh terima kedua2nya. Dah banyak kali saya kata, saya ni Umno tidak Pas pun tidak.
Kalau ikut teori Idris, nampak mudah la bagi orang melayu kalau nak try kerjaan baru. Kita nak try tengok sama ada kerjaan baru nanti akan membela dan menjaga kepentingan melayu atau tidak. Kita nak try sama ada kerjaan baru nanti kalau pun rasuah tapi tak lah sehebat Umno (bukan saya kata tapi kata depa yang tak suka kpd Umno)
Tak apa, nampak seolah2 orang melayu ni dah meluat bebenor dengan Umno. Kita ada pilihan iaitu Pas. Pas pun parti melayu juga .. pi mai pi mai duk tang tu juga lah.
Cuma nak tanya Idris, masa awak tulis tu awak dalam keadaan sedar atau tidak? Kalau semua kawasan yang Umno letak calon Pas akan lawan, habis calon melayu PKR nak lawan kawasan mana pula ? Adakah kamu bermaksud, calon melayu PKR akan lawan di kawasan bukan melayu majoriti ? Nak ke depa bagi peluang kepada calon melayu masuk berlawan di kawasan depa ? Kalau di bagi peluang pun, awak ingat calon melayu boleh makan ker kalu berdepan dengan calon orang depa sendiri atas tiket BN ?
Nak ingatkan Idris, sepanjang usia aku yang dah banyak kali mengundi PRU ni, aku tak pernah terjumpa lagi lah adanya kawasan majoriti bukan melayu yang calon melayu (Umno) masuk bertanding. Yang aku duk nampak calon bukan melayu bertanding di kawasan melayu, lepas tu menang besor walau pun berlawan dengan Pas.
Balik2 macam yang pernah aku tulis satu ketika dulu : Terjumpa kedai runcit bukan melayu dalam kampong melayu .. itu biasa lah. Tapi jika terjumpa kedai runcit melayu dalam kawasan 95% bukan melayu .. itu sangat luar biasa.
Berbalik pasal Pas dan PKR. Aku rasa korang berdua akan bertekak juga sudahnya .. kerana berebut nak letak calon di kawasan majoriti melayu. Pi mai pi mai Umno juga yang dapat advantage.
Sebelum letak calon korang Pas dan PKR akan bertekak. Lepas pilihanraya (jika PR menang) pun korang akan bertekak lagi .. berebut sapa nak jadi PM.
Bila fikir benda2 macam ni lah kadang2 buat hati aku, sat panas dan sat sejuk dengan Pas. Jiwa aku ni, separuh Umno dan separuh lagi Pas.
Saudara Idris, jika terjadi keadaan semacam itu, melayu Pas dengan melayu PKR duk bertekak tak habis2 .. siapa yang akan dapat advantage jika PR betul2 menang ?
Kalau awak kata, saya mengarut saja, tak apa kita tunggu bila sampai waktunya .. kita tengok apa yang akan berlaku.
Ustaz RT
Nak tanya ni. Minggu ni tak ada topik baru ker ?
Apa dah jadi ? Kalau kerana letih tak apa asal jangan kerana dah jemu sudah lah.
Anda banyak menyumbang dan sumbangan anda sangat bererti kepada kami. Itu lah saja yang boleh saya bagi tahu.
Terima kasih banyak2.
Kepada Zendra
Ada sekoq telah tersalah masuk kandang barangkali. Kita nak bincang sesuatu yang boleh membina. Tapi dia duk tanya soalan pelik.
Nasihat saya kepada awak. Tok sah duk layan yang sekoq tu. Biaq la dia salak menyalak sorang2.
Pas kenal Umno dari jauh sebab Pas sekarang tak pernah tidoq dalam satu kelambu dengan Umno.
Tapi Anuar Ibrahim kenal Umno lebih dari Pas kenal Umno sebab Unuar lama duk tidoq dalam kelambu Umno.
Kalau Pas kata Mahathir jahat, Unuar pun sama jahat juga kerana masa dia jadi orang kanan Mahathir, dia pun siang malam duk fikiaq macam mana nak bagi Pas hancoq.
Satu yang Pas tak boleh ambil mudah adalah Umno ni cekap dalam berhadapan dengan musuh politiknya .. dia ada strateginya, dia ada senjata pemusnah untuk digunakan bila terdesak. Tapi dia kalah bila berdepan dengan tuntutan dari rakan2 segagasan .. tang bab yang ini aku pun kadang2 rasa frust juga.
aiyo tokgaru,
bukan salah masuk kandang. banyank bloggers dah bosan dan muak dengan idea dan soalan soalan awak dan sikap biadap zebra.
jadi apa awak nampak adalah beberapa ekor seperti kau dan zebra yang masih lepak kat sini.
sekarang tiada lain orang yang aktif melainkan seekor seperti kau.
Song
Memang banyak soalan saya yang tak dijawab oleh orang yang ultra kiasu macam awak.
Saya tak pernah tanya soalan yang berbelit2. Saya selalu fokus kepada benda yang ada depan mata.
Kalau benda yang ada depan mata pun kau orang tak mau mengakui keujudannya, jadi tak ada guna nak bicang dan kemukakan bermacam2 solution yang hanya sedap untuk baca saja.
Saya selalu menekankan : Bentuk lah diri kita supaya jadi manusia yang tahu berterima kasih, tahu mengenang kebaikan orang lain kepada kita. Barulah wawasan 1Malaysia boleh menjadi kenyataan.
apa jasa awak kepada saya yang patut saya cakap terima kasih, tok garu?
Membaca komen-komen daripada orang kuat PAS dan PKR, saya dapati mereka sedang mengelupur kepanasan ekoran daripada sambutan yang diberikan oleh rakyat jelata kepada perhimpunan yang diadakan oleh PEKASA baru-baru ini. Jika kita amat-amati, sekarang ini para pemimpin PKR atau PAS menggunakan pelbagai saluran dan chanel untuk 'membunuh' imej dan jasa Tun Mahathir.
Mereka semua adalah insan-insan yang tidak pernah bersyukur di atas nikmat keamanan dan keharmonian serta kejayaan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada negara Malaysia di bawah kepimpinan Tun Mahathir sehingga membolehkan mereka menikmati 'kebahagian' hidup yang kecapi sekarang ini. Mereka tidak pernah mempunyai rasa untuk menobatkan kebahagian yang dikecapi, tetapi sentiasa mentaklinkannya di mana-mana.
Mereka masih gentar dengan setiap butir bicara TDM kerana mereka tahu bahawa setiap yang benar itu akan mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. dan mereka bimbang dan takut untuk menghadapi kebenaran. Kebenaran yang dibongkar oleh TDM amat pedih untuk didengar dan amat pahit untuk ditelan oleh mereka.
Post a Comment