Mingguan Malaysia, 8 November 2009
Isu satu sekolah, satu sistem pendidikan bukanlah satu perkara baru. Ia telah dibahaskan sejak dahulu lagi. Sayapun dah berbuih-buih bercakap dan menulis. Keadaan masih sama dan tidak banyak berubah. Jawapannya, mudah sahaja, pendidikan telah dipolitikkan. Jika bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu? Kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan, tetapi ia tidak digunakan atau dikuatkuasakan. Kita sibuk melayani tuntutan dan desakan politik segelintir kumpulan ultra kiasu. Akhirnya, bahasa dan sistem pendidikan tidak dapat diperkasakan di bumi sendiri. Negara ini seolah-olah tidak ada identiti berbanding negara lain.
Bila ada ura-ura untuk mewujudkan satu sistem pendidikan, maka golongan ultra kiasu ini akan bangun menentang. Pada mereka, peninggalan nenek moyang mesti dipertahankan bermati-matian. Mereka akan melakukan apa jua cara termasuk mendesak dan menggugut sekiranya kerajaan meneruskan niatnya. Desakan dan ugutan mempunyai kaitan rapat dengan politik pilihan raya. Akhirnya, kerajaan terpaksa tunduk. Sistem satu sekolah senyap buat seketika.
Kini suara itu muncul kembali, tetapi dengan nada berlainan. Satu sekolah untuk sekolah aliran menengah. Sememangnya aliran menengah telah lama disatukan. Tidak banyak lagi sekolah vernakular untuk aliran menengah, berbanding aliran rendah (1300 SJKC + 530 SJKT). Boleh dikatakan kebanyakan bukan Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan disebabkan oleh tempat yang terhad di sekolah menengah Cina (5 peratus). Justeru, tidak timbul isu sebenar, satu sistem pendidikan untuk sekolah menengah.
Perkara pokok yang perlu dibahaskan secara serius ialah bagaimanakah hendak mewujudkan satu sistem pendidikan yang dapat menyatukan anak-anak di peringkat sekolah rendah. Kanak-kanak tidak boleh dipisahkan sejak dari kecil. Kajian demi kajian dan pengalaman menunjukkan bahawa akibat mereka dipisahkan dari kecil amat sukar untuk disatukan ketika mereka meningkat remaja berada di sekolah menengah. Wujudnya kelas-kelas peralihan dan penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan sekolah vernakular menyebabkan interaksi antara pelajar bukan Melayu dengan Melayu amat berbatas. Akhirnya, mereka kekok, malu dan tidak mahu bercampur. Apatah lagi bahasa kebangsaan tidak dapat difahami. Mereka akan hidup dalam kepompong mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan mereka menjadi semakin kiasu.
Sebagai Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan guru di sekolah yang majoriti pelajar bukan Melayu, selama 6 tahun hingga kini, saya dapat merasakan hubungan kaum berada pada tahap amat membimbangkan. Pelajar-pelajar ini tidak bercampur setelah 6 tahun dipisahkan di sekolah rendah. Dengan sebab itu, polarisasi kaum terbawa-bawa hingga ke peringkat menengah dan pengajian tinggi. Lihatlah apa yang berlaku di IPTA dan IPTS. Saya tidak perlu bercerita lanjut. Sudah terang lagi bersuluh. Sampai bilakah kita akan terus membincangkan isu ini? Selagi mana kita tunduk kepada tuntutan dan ugutan mereka, sampai kucing bertandukpun kebuntuan ini tidak akan dapat dipecahkan. Sedih yang teramat sangat, apabila kita hanya memikir kepentingan masa kini berbanding dengan kepentingan masa hadapan. Kepentingan politik diutamakan, kepentingan membina negara diabaikan. Mungkin kita tidak berapa merasai sangat kesannya hari ini, tetapi sanggup kita tinggalkan semuanya ini kepada anak cucu cicit kita? Saya bimbang ketika itu sudah terlambat untuk diperbetulkan.
Berkali-kali telah saya katakan, akibat sistem pendidikan perkauman sebegini menjadikan hubungan kaum di negara ini ibarat api yang tidak dapat dipadamkan sepenuhnya. Kita berjaya memadamkan api tersebut, tetapi bara api itu masih menyala. Bara inilah yang amat membahayakan untuk jangka panjang.
Baru-baru ini Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah menganjurkan persidangan mengenai pendidikan tinggi dan pembangunan bangsa. Kerisauan yang sama diperbahaskan dengan panjang lebar mengenai sistem satu sekolah dalam arus pendidikan perdana seperti saranan Prof. Khoo Kay Kim.
Dalam dunia hanya negara kita sahaja yang menerima pakai pelbagai sistem aliran sekolah. Negara lain hanya ada satu sekolah. Kalau adapun lebih dari satu, sudah lama dihapuskan, bagi mencapai kepentingan masa hadapan dan nasional. Dengan sebab itu, Thailand awal-awal telah menghapuskan dan merobohkan sekolah Cina pada tahun 1930-an (Ye Lin-Sheng, 2003). Sebenarnya Malaysia adalah syurga kepada orang bukan Melayu. Mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak berhak dapat. Mereka adalah seperti seadanya mereka seperti mana asal mereka. Perkara yang menguntungkan ini biasanya disenyapkan. Malah golongan ini terus mendesak agar sekolah vernakular ini terus ditambah dalam setiap Rancangan Malaysia.
Persoalan saya, adakah kita bersungguh-sungguh dalam soal ini? Berkali-kali saya membangkitkan bahawa kepentingan nasional atau negara mesti diletakkan di hadapan berbanding kepentingan etnik. Sekolah nasional mesti diutamakan berbanding sekolah etnik. Agenda nasional adalah untuk memperkasakan masa hadapan. Manakala agenda etnik, lebih bersifat kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Inilah bara yang masih terus menyala menunjukkan betapa serius politik perkauman di negara kita. Rujuklah artikel sebelum ini di dalam Utusan Malaysia.
Kerajaan mesti membuat keputusan yang tegas seperti yang telah dilakukan oleh negara lain seperti Thailand dan negara-negara lain di dunia. Kerajaan tidak boleh tunduk atau bertolak ansur dalam memperkasakan masa hadapan. Saya bukan bermaksud kita menghapuskan hak bukan Melayu untuk belajar bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh belajar bahasa ibunda mereka. Tetapi pelajar-pelajar ini tidak boleh dipisah-pisahkan sejak dari kecil.
Tamadun dunia membuktikan, apabila rakyat dipisahkan sejak dari kecil, kita sebenarnya mengundang bahaya di depan mata. Cukuplah dengan sistem politik dan ekonomi yang bersifat perkauman. Jangan kita tambahkan lagi dengan sistem pendidikan yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara bangsa.
Benar, kita perlu berbincang. Tetapi pernahkah mereka bersetuju? Jawabnya tidak pernah. Malah mereka semakin mendesak dan menuntut. Justeru, apa tunggu lagi? Apakah kita perlu menunggu peristiwa 13 Mei berulang untuk kita mengkaji semula sistem pendidikan kita? Ketika itu sudah terlambat. Berapa lama masa diambil untuk bangun semula selepas itu? 20 tahun? 30 tahun? Pendek kata, kesan 13 Mei masih lagi kita dapat rasai hingga hari ini bagaimana sukarnya untuk bangun setelah jatuh.
Alasan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan terlalu keMelayuan dan keIslaman (doa pagi) bukanlah hujah yang kuat untuk menolak sekolah satu sistem. Apakah lagi identiti yang boleh ditonjolkan lagi dalam sebuah negara yang berakarkan sebuah bangsa? Kalau inipun dicabut, apakah lagi identiti yang tinggal kepada Melayu dan Islam? Tidakkah kita sedar kedudukan ini dijamin dalam perlembagaan? Apakah kita masih belum faham perkara asas ini setelah sekian lama hidup di bumi bertuah ini?
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
82 comments:
Assalamualaikum Dr,
Saya nak tanya pendapat Dr tentang kedudukan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Negeri Johor jika Sistem satu aliran dijalankan.
Sebab pada saya, jika kita nak gunakan SK saja sebagai satu sistem aliran yang ada, sudah tentu sekolah aliran agama akan terjejas.
Cara yang paling molek adalah sekolah wawasan iaitu kita kongsi kemudahan antara sekolah yang ada. Contohnya 1kantin, 1padang.
Ataupun kita wajibkan SJKC dan SJKT wujudkan kuota 40% untuk Kaum Melayu disekolah mereka jika mahu sekolah mereka dikekalkan. Begitu juga kita. Kita buka 40% kuota untuk Cina dan India dan kaum lain dalam sekolah aliran agama.
Mungkin ini lebih mudah. Satu lagi, PLKN adalah antara contoh terbaik menyatukan kaum di negara kita. Apa kata jika buat satu lagi program untuk pelajar sekolah rendah terutamanya tahun peralihan dari sekolah rendah ke menengah ala-ala PLKN. Tapi sebulan saja.
Salam Dr. Ridhuan,
Sekiranya kerajaan (PM) masih ragu-ragu tentang apakah sebenarnya "suara rakyat" mengenai cadangan sekolah satu aliran (dari sekolah rendah, bukannya sekolah menengah seperti yang diperkatakan oleh ahli politik), adakan saja "Pungutan Suara" (referendum). Perkara ini juga telah lama diusulkan seberapa ketika dahulu di sini.
Sememangnya isu perpaduan ini telah dipolitikkan sebegitu rupa dan kaum ultra kiasu mengambil kesempatan untuk mementingkan diri sendiri.
Seperti kata Prof Khoo:-
“Apabila berbincang mengenai isu-isu nasional, kenapa mesti pemimpin-pemimpin membiarkan diri mereka dikuasai oleh perasaan perkauman yang tebal? Tanggungjawab utama mereka adalah untuk menyatu padukan rakyat, bukannya mengasingkan mereka.”
"“Sekiranya saya memilih untuk menjadi juara kaum etnik sesuatu kaum, adakah saya mampu untuk menyumbang ke arah pencapaian perpaduan nasional?”
Saya berharap, para pemimpin, terutamamya PM, mendahului perpaduan negara daripada politik dalam hal ini.
Salam Sejahtera.
"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"
NJ
Salam Dr, Malaysia perlukan seorang pemimpin besar politik yang berani untuk membuat perubahan kepada sistem satu sekolah diMalaysia sebagaimana Mantan PM Singapura Lee Kuan Yew mengubahkan sistem sekolah Singapura kepada satu aliran walaupun ditentang oleh ultra kiasu dimasa itu.
PM Najib walaupun dia tegas dan berwawasan didalam banyak perkara belum mendapat semangat berani untuk membuat perubahan kepada sistem satu sekolah ini. Saya rasa sampai dia pencen pun dia tidak akan membuat apa-apa diatas nama "political expediency".
Kita berdoa supaya pengganti PM Najib ialah seorang yang berani untuk membuat perubahan kepada sistem satu sekolah, macam Lee Kuan Yew.
Terimakasih diatas penulisan Dr mengenai perkara yang sangat mustahak untuk masa depan Malaysia ini.
Salam Tuan Dr Ridhuan Tee
Semuga kesedaran ini merubah nasib yang dialami oleh Sekolah Wawasan. Semuga juga kesedaran ini tidak merestui perjuangan kiasu ini melalui referendum yang diangin-anginkan.
Suara-suara yang cuba mengubah rentak SSS, dengan mengatakan mengadakannya di peringkat menengah itu pula sebenarnya membangkitkan sesuatu yang non-issue. Yang jadi issue ialah amalan perkauman jadi pilihan yang mengakibatkan anak kecil dipisah-pisahkan dari awal-awal lagi mengikut kaum.
Situasi di Thailand mungkin berlainan sedikit kerana negara itu tak pernah dijajah oleh bangsa asing yang telah mengamalkan dasar pecah dan perintah.
Lagipun orang cina disana tidak mengusai ekonomi seperti di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.Maka mudahlah mereka menghapuskan sekolah satu jenis ni.
Sekolah satu aliran ini nampaknya hanyalah satu fantasi.
Salam Sdr Shahnizat bin Sakiran,
Saya percaya apa pun mesti berpegang pada Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Sek Ren Agama seperti yang dirisaukan oleh saudara adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sekolah Agama mempunyai kedudukan istimewa di bawah Artikel 3, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersesuaian sebagai Agama Persekutuan.
12(2) Every religious group has the right to establish and maintain institutions for the education of children in its own religion, and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.
Bahagian "it shall be lawful for the Federation or a State " merujuk kepada keperluan untuk menyediakan apa-apa keperluan termasuklah pendidikkan agama yang meliputi Sekolah-Sekolah Agama Negeri.
Dan perlu diingat bahawa Sek Agama masih berada dalam 'skop' Sek Keb dengan menerima pakai Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini berbeza dengan Sek Ren Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang gunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar UTAMA.
Jelas sekali, tidak ada isu memperjuangkan satu aliran sekolah kebangsaan akan menjejaskan sekolah aliran agama. Dari segi Perlembagaan, sekolah agama adalah lebih tinggi taraf dan terlindung dari sekolah vernakular.
Dan jika diteliti Perlembagaan Persekutuan, kita akan lihat tidak ada peruntukan untuk mengekalkan sistem vernakular.
(sambungan)
Untuk perincian yang lebih lagi mungkin kita semua boleh rujuk gerakan kempen satu sekolah (SSS) yang digerakkan oleh blog berikut. Satu perincian yang cukup baik saya kira:
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/
Terima kasih.
Wassalam.
Salam Ustaz,
Saya menyokong benar kenyataan Ustaz, mengenai bila dan kenapa perlu di layan mereka ini, sedangkan kita tahu permintaan kita tak kan di terima.
Inilah Malaysia, yang cukup unit, dari tuntutan merdeka hingga berkongsi kuasa dan kerakyatan kaum bumiputra sentiasa mengalah.
Kita orang melayu tidak mahu di tuduh menjadi penghapus bahasa etnik, agama dan identiti bangsa mereka. Tindakan kerajaan Thailand ada buruk dan ada baiknya. Tetapi adakah mereka berubah kerana sayangkan negara atau mereka "nak hidup"?. Saya takut apabila berlaku apa-apa terhadap negara ini, kaum minoroti yang merasa dirinya tertindas semasa zaman Melayu, akan berpaling tadah dan tidak mahu menolong menyelamatkan negara ini daripada musuh luar.
Saya menyokong satu sistem kouta, satu kemudahan, satu padang untuk di jadikan palfom atau langkah pertama untuk menyatu padukan semua kaum-kaum ini semasa mereka kecil lagi. Jangan ambil tindakan drastik atau terburu-buru takut-takut akan di pandang serong. Kerajaan mestilah mengambil langkah bijak seperti "menarik rambut dari tepung".
Saya faham dan saya juga sedar unsur-unsur perpecahan dan sifat-sifat kebencian sudah terbit di kalangan setiap anak bangsa kaum di Malaysia. Sekiranya tidak di ambil tindakan segara, ianya pasti mengundag 13 Mei sekali lagi.
Cadangan semua pihak tidak kira ilmu, kedudukan, bangsa dan agama dan golongan etnik telah diambil kira dan sedang di kaji oleh kerajaan. Saya yakin dan saya pasti SEKOLAH SATU ALIRAN akan terbit jugak, dan bibit perpaduan dan kesedaran semua masayrakat tentang pentingnya perpaduan akan menjadi kenyataan.
Cuma yang manjadi persoalan adakah kita SEDIA BERKORBAN demi masa depan anak-anak dan cucit cicit kita? Adakah kita sanggup melihat dan mendengar kesan-kesan tindakan kita yang tidak kehadapan demi masa depan mereka. Tepuk dada tanya lah fikiran kita.
Saya berharap tentang persoalan sekolah agama dan tidak agama tidak menjadi persoalan, yang penting kita kena mulakan langkah pertama supaya kita tidak terlambat. Saya berharap kerajaan dapat bertindak dengan cepat tetapi berhikmah demi masa depan anak dan cucu-cicit kita.
Ustaz, terima kasih kerana membangkitkan isu ini. Saya faham dan sedar bahawa Ustaz bersedia menerima tindakan utra kiasu bila-bila masa menyerang peribadi Ustaz.
Keberanian ustaz bercakap dan mengolah sesuatu isu semasa tanah air, saya hargai dan saya ucapakan terima kasih. Semoga Allah s.w.t melindungi Ustaz dan keluarga tercinta. Amin.
Salam ustaz.
As-salam untuk semua,
Islam sangat indah dan syumul, diturunkan untuk kebahagiaan seluruh manusia tanpa kira warna kulit dan lisannya. Islam bila diamalkan dalam keluarga, damailah keluarga; diamalkan dalam masyarakat, damailah masyarakat!
Rakyat Malaysia pelbagai kaum sedang menikmati suatu keamanan dan kedamaian yang tidak wujud di banyak negara-negara majmuk yang lain. Kedamaian ini bukan diasaskan oleh kerajaan Perikatan dahulu, bukan juga oleh kerajaan Barisan Nasional yang terbentuk selepas peristiwa 13 Mei, apa lagi oleh PAS dan DAP.
Kedamaian ini wujud, pada pendapat saya, sejak sebelum penjajah British datang menjajah tanah Melayu. Tanah Melayu dahulu dan Malaysia kini aman damai, adalah kerana rata-rata orang Melayu, samada yang sokong UMNO atau PAS, samada yang tinggal di kampung, desa atau bandar, mempunyai sifat dan falsafah hidup yang dicorakkan oleh ajaran Islam, walaupun kefahaman Islam mereka tidak menyeluruh dan sempurna. Oleh kerana Islam agama yang menyeru kepada perdamaian, jiwa Orang Melayu terpengaruh lama dan menjadi bangsa yang cintakan kedamaian. Kerana pengaruh tamaddun Islamlah orang Melayu menjadi bangsa yang lemah lembut dan bersopan santun.
UMNO hanya wujud setengah abad dahulu, dipimpin oleh golongan elit yang pernah menerima tarbiyah pendidik British, jauh lama selepas orang Melayu menerima pendidikan Islam dari pendakwah dan ulama.
Dasar dan agenda perjuangan UMNO walaupun mengutamakan KeMelayuan dan bersifat perkauman dan kebangsaan, agenda Islamnya tetap tersurat dan tersirat dan tidak mungkin dinafikan walaupun ia tidak diutamakan dan ke’alim’an tidak dijadikan sebagai syarat kepimpinan. Parti Melayu satu lagi, PAS, yang diasaskan oleh ulama dan tok lebai dan kini telah dianggotai oleh ramai cendekiawan dan ahli profesional, menjadikan Islam bulat-bulat sebagai dasarnya.
Islam bermakna sejahtera. Kita harus sangat-sangat bersyukur atas nikmat Allah yang diberikan kepada Negara Malaysia. Kita harus berjuang menguat dan mengukuhkan Islam dalam diri kita, keluarga kita, kaum kita, dan masyarakat kita.
(Bahagian 1, bersambung)
(Bahagian2)
Islam adalah agama dakwah. “Siapakah lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah sambil beramal salih dan berkata: sesungguhnya aku ini adalah dari kalangan muslimin” (Maksud ayat Al-Quran). Justeru, keadilan Islam yang bersifat universal mesti ditunjukkan kepada mereka yang belum Islam, malahan terhadap mereka yang memusuhi Islam. Kita harus berdoa supaya hidayah diturunkan kepada mereka yang belum Islam.
“LA IKRAHA FID-DIN”, tiada paksaan untuk menerima Islam. Tuhan tidak paksa semua manusia beriman kepadaNya, bagaimanpun setiap individu muslim dan masyarakat Islam secara kelompok dituntut mengamalkan dan melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan peribadi, masyarakat dan negaranya.
Allah menyeru kita sama-sama memegang pada taliNya, jika kita mahukan kedamaian (Sila rujuk Surah Ali Imran ayat 102 dan tafsirnya). Manusia bersatu padu dan menikmati kasih sayang atas rahmat Allah, bukan kerana menghadiri sama sekolah dan kolej atau bertutur bahsa yang sama. Cuba lihat berapa banyak negara orang Islam yang sama keturunan, sama bahasa, berperang dan bunuh membunuh sesame sendiri! Cuba lihat MCA sekarang dan parti-parti lain yang pernah berpecah belah. Kesimpulannya ajaran dan prinsip Islam tidak dipratikkan, Allah akan cabut nikmat kedamaian.
Rasulullah s.a.w. telah menggunakan kesempatan perdamaian Hudaibiah untuk menjalankan dakwah. Orang PAS dan PKR juga harus menyampaikan dakwah bil-hal kepada rakan-rakannya yang belum Islam atau jahil tentang Islam. Pemimpin UMNO yang diamanahkan kuasa pemerintahan oleh Allah akan disoal di akhirat nanti:’ Hang berkawan dan berkongsi kuasa dan kekayaan negara dengan MCA dan MIC selama 50 tahun, adakah hang amalkan dan menyampaikan Islam kepada rakan-rakan hang ?”
Ustaz-ustaz PAS juga akan disoal Allah di akhirat nanti:”Kamu berpakat dengan DAP menentang pemerintahan BN, kamu kritik dan mencemuh UMNO, apakah amalan SALIH dan teladan yang kamu lakukan? Dan apakah mesej Islam telah kamu sampaikan kepada rakan-rakan DAP yang dulu terang-terang menentang hokum hudud dan Negara Islam?”
Begitu juga dengan Dr. Ridhuan Tee, Allah akan soal:’ Hang menjadi ahli MCA dan rapat dengan Ong Tee Kiat, apakah hang telah menyerunya kepada Islam?’
Saya boleh memberikan jaminan kepada saudara Dr. Ridhuan dan rakan-rakan lain dalam forum ini bahawa Allah tidak akan menyoal kamu di akhirat nanti:’ Berjayakah kamu menyatukan system sekolah di Malaysia? Dengan kuasa pemerintahan yang Aku amanahkan kepada kamu, sungguhkah dan berjayakah kamu memaksa cucu Ah Chong dan Samy masuk ke sekolah kebangsaan 1MALAYSIA?’
Jangan buat lawak la UMMATAUNWASOTO,
Bukankah sekolah satu aliran ini dapat mengeratkan perpaduan?Bukankah perpaduan juga di tuntut dalam Islam?
Bagaimana nak berdakwah kepada bukan Islam kalau kita tidak rapat atau mengenali mereka dengan lebih dekat?
tak perlu sekolah satu aliran...
yang perlu adalah PEMERINTAH yang ada hari ini TURUN dari SINGGAHSANA kerana KALIAN telah GAGAL.
Kita hanya perlukan satu tajuk akhbar arus perdana di muka depan sahaja untuk merealisasikan apa yang Dr. cadangkan di sini iaitu " KABINET BERSETUJU UNTUK MEWUJUDKAN SEKOLAH SATU ALIRAN SAHAJA."
Namun sanggupkah para pemimpin politik kita mengorbankan apa yang mereka perolehi sekarang ini. Sanggupkah mereka melepaskan seseuatu yang penting yang mereka miliki sekarang ini iaitu kuasa. Aku fikir, sudah paastinya teamat-amat-amat sukar untuk mereka melepaskannya. kita boleh ambil contoh seperti apa yang berlaku di Perak.
Jadi kesimpulannya, jika suatu hari nanti negara kita porak peranda akibat hubungan kaum yang tidak stabil, punca utamanya adalah para pemimpin politik masa kini.
Salam Sdr Shahnizat. Terima kasih kerana sudi layari blog saya. Maaf, kerana saya tidak sempat respon dgn cepat. Sekarang musim peperiksaan. Apapun, saya setuju dgn pandangan sdr. Cuma, bagaimanakah hendak merealisasikan sistem sekolah seperti sekolah wawasan, dalam keadaan bangunan telah sedia ada dgn kawasan yang terhad. Mungkin idea sekolah wawasan sesuai untuk sekolah baru dibina. Itupun sekolah wawasan yang sedia ada menghadapi masalah. Tidak dapat sambutan daripada bangsa tertentu. Mereka menuntut ini dan itu. Seperti kantin mesti ada masakan atau makan ikut kaum. Pertembungan antara pengetua atau gurubesar sekolah-sekolah terlibat. Tidak cukup kemudahan padang dan sebagainya. Banyak lagi faktor lain. Sdr boleh baca dapatan kajian pelajar2 saya mengenai sekolah wawasan. Dgn sebab itu, sekolah wawasan tidak dapat mencapai matlamat yg sebenar. Cara yg boleh difikirkan ialah kerajaan ambilalih semua sekolah dengan tegas. Tetapkan kuota bangsa ikut penempatan sesebuah kawasan. Daulatkan bahasa kebangsaan. Wajib semua belajar bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cian dan Tamil. Panjang waktu untuk pelajar Islam belajar agama. Tidak ada sesi petang, hanya ada satu sesi. Nampak, memang sukar. Kita kena mulakan. Kepentingan negara mesti diutamakan berbanding kepentingan etnik. Tetapi kita perlukan peruntukan tambahan, untuk bina kemudahan-kemudahan lain. PLKN berjaya kerana kita wajibkan mereka menyertainya. Tetapi tempoh masa terlalu singkat. Banyak lagi yang ingin saya tulis, cukup dulu setakat ini
Assalamualaikum...
Buat Dr Ridhuan dan semua yg melayari bog ini...
mungkin sukar utk kita melaksanakan sistem satu aliran. tentangan demi tentangan akan terus dihadapi. jadi, adakah salah kalau anak2 yg berada di SK diajar dgn bahasa tamil and mandarin selain dr bahasa melayu? Dengan itu, mereka telah dididik dari awal utk memahami bahasa selain dari bahasa melayu. jangan kerana peperiksaan UPSR, maka perkara ini tidak mahu dilaksanakan. Kerana murid2 di sekolah aliran istimewa ini perlu mencapai target 7A untuk berjaya. manakala kita hanya berbangga dengan pencapaian 5A. mungkin agak melampau untuk memaksa anak kita untuk memperoleh byk A. mungkin tidak perlu diuji dalam ujian UPSR bagi bahasa cina dan tamil dalam sekolah kebangsaan. sekadar pengetahuan untuk masa depan anak2 kita.
hanya cadangan dan pandangan sahaja...
Percayalah...selagi mana ada SEGELINTIR masih memperjuang semangat BANGSA, selagi itulah JANGAN HARAP sekolah satu aliran BERJAYA. Lantas, kita akan LIHAT betapa CANTIK nya ISLAM. ISLAM menentang sekeras-kerasnya MENDAHULUKAN BANGSA dari UMMAH SEJAGAT. ISLAM UNTUK SEMUA. Ingatlah RAKYAT MALAYSIA... Kepemimpinan Melalui TELADAN.
Sekali ingin aku tegaskan bahawa para pemimpin politik yang ada sekarang ini hendaklah memikirkan kesan dan akibatnya yang bakal terjadi kepada negara kita yang berbilang kaum ini yang dipisahkan-pisahkan dari segi bahasa dan budayanya. Cukup sukar untuk menyatukan mereka yang hidup ini, namun demikian, kita hendaklah memikirkan merekayang masih belum dilahirkan dan bakal dilahirkan.
Jika kita tidak mengusahakan sesuatu kepada mereka bermula dari sekarang, apabila mereka lahir nanti mereka akan mewarisi apa yang kita miliki sekarang ini. Apa yang aku sentuh di sini adalah hubungan antara kaum di negara kita ini, yang mana menurut kajian-kajian pakar maih belum membanggakan dan ada juga yang berani mengatakan pada tahap membimbangkan.
Oleh yang demikian pendapat-pendapat pakar hubungan kaum hendaklah didengari oleh semua pihak termasuk para pemimpin politik kita , itupun JIKA MEREKA MEMIKIRKAN NASIB ANAK CUCU KITA DIMASA AKAN DATANG.
Aku percaya hubungan kaum kita pada masa kini cuma dicantum dengan ikatan hubungan politik antara pemimpin politik. namun demikian, kita dapat lihat sekarang ini hubungan politik sesama pemimpin pun retak dan bercelaru. Jika cantuman ini sudha terlerai, aku percaya tidak ada lagi perkara yang boleh mencantumkan hubungan antara kaum di negara kita. Oleh yang demikian, amat penting kita mencari satu faktor yang kukuh bagi menjadi faktor pencantum hubungan kaum di negara kita ini. Faktor bahasa dan budaya aku fikir boleh menjadi satu faktor utama. Mungkin ada pihak yang akan mencadangkan faktor agama, namun bagi aku, agama adalah sesuatu yang cukup individu bagi seseorang kerana ianya melibatkan pegangan dan kepercayaan hidup mereka.
faktor budaya mungkin agak sukar, kerana ada sesetengah kaum yang sanggup mati anak atau agama mereka asalkan budaya dan adat nmereka tidak dihapuskan. faktor bahasa, aku fikir mungkin mudah untuk dijadikan faktor yang kuat untum mencantum penduduk kita, tetapi hendaklah difikirkan sesuatu langkah yang konkrit bagi melaksanakan satu bahasa sahaja seperti pengharaman penggunaan bahasa lain kecuali bahasa kebangsaan bagi cebarang cetakan dan penyiaran.
TQ
Banyak hujah yang diutarakan menekankan andaian bahawa hubungan kaum akan dieratkan dengan terhapusnya sistem pendidikan vernakular. Saya mengajak kita sekalian melihat dari segi pembelajaran murid-murid yang terlibat. Seperti mana yang diperdebatkan dan berkesudahan dgn tamatnya PPSMI, itulah rasional sekolah rendah Cina dan Tamil masih wujud. Bahasa yang paling berkesan untuk tujuan pembelajaran 3R adalah bahasa ibunda atau pun bahasa yang paling difahami oleh murid2 tersebut. Maka, ada juga segelintir yang paling selesa dengan bahasa Inggeris. Maklumbalas dari sekolah anak saya adalah bahwa 70% dari murid2 dlm kelas berbahasa Inggeris dirumah. Ini merumitkan lagi senario dan landskap pendidikan tahap sekolah rendah di negara. Memang ada meritnya menyatukan semua demi hubungan ras di Malaysia tetapi bagaimanakah ini mungkin dicapai tanpa digadai masa depan bukan Melayu yang rata2 didiskriminasikan dengan terpaksa mempelajari 3R dalam bahasa Malaysia. Oleh kerana itu, tidak semestinya isu ini dilihat sebagai isu politik semata2. Ahli politik adalah satu2nya saluran yang wujud untuk mencanang isu supaya dapat perhatian pihak berwajib. Sistem penyuaraan hasrat rakyat masih mentah dan ahli politik akhirnya menjadi jalan yang paling berkesan. Oleh itu, patutkan dilabel sebagai isu politik langsung diabaikan kepenting murid2 terlibat.
Selagi Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda sebahagian besar rakyat Malaysia, proses penyatuan satu sistem sekolah rendah akan tersekat. Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan.
Justru, timbul soalannya, adalah BM dianaktirikan dgn sistem vernakular. Semestinya tidak! Ridhuan Tee tersilap dan mungkinnya berselindung dengan muslihat menghasut perasaan kaum dengan pandangannya yang bias. BM kekal bahasa kebangsaan sebagaimana diamalkan dipentadbiran negara, terpapar megah dipapan2 tanda jalan (tak nampak pun Kuching Road atau pun Bukit Bintang Road) dan difahami rakyat Malaysia Gen Y kini.
Ridhuan Tee tak perlu menghasut dan menghiris hati dan perasaan orang Melayu. Suara Cina jarang kedengaran di sini untuk memberi penjelasan dan mencerminkan realiti kaum Cina. Hari ini, saya naik teksi dari Bangar ke pejabat. Memang ditakdirkan traffic jam dan pakcik yang berumur 61 tahun ini mula berbicara mesra dengan saya. Bekas anggota tentera ini memberitahu kepada saya dia memandu teksi bukan kerana wang tetapi untuk memahami masyarakat kerana latarbelakangnya sebagai tentera yang sering terlindung dari masyarakat majmuk Malaysia. Dia berkata bahawa sebenarnya tak ada masalah dengan kaum lain nak bergaduh dgn Melayu tetapi politik semata2.
Oleh itu, Ridhuan Tee harus redakan gelora jiwanya dan tenangkan diri supaya lebih jelas dengan implikasi tindak tanduknya menghasut setiap hujung minggu tak habis habisan. Bukan kita orang Cina mahu Ridhuan Tee berdiri di mana2 pihak tetapi sebagai seorang insan ciptaan Tuhan, amalkan yang baik, jauhkan yang jahat.
Sekiranya RT sanggup menggunakan bakat dan kebolehannya untuk mengeratkan hubungan antara insan, saya akan sokong RT 100%.
Syaitan mmg tak suka kalau manusia nak berbuat baik atau cenderung kearah kebaikan. Dalam 'apa saja jenis kebaikan' yg manusia nak buat, syaitan akan hasut dgn begitu kuat spt menanamkan sifat takut, waswas, tak yakin, dan sbgnya...
Pepatah org alim, "tidak akan rugi org yg bermesyuarat dan tidak akan menyesal org yg beristikharah".. Jadi ada baiknya, kita bermesyuarat dan bersolat istikharah dulu.. Daripada terus menentang @ menyokong membuta tuli.. Sedangkan Nabi SAW pun diperintah bermesyuarat dgn para Sahabatnya @ ahli keluarganya dlm segala hal.. Tak begitu 'muslimin muslimat' sekelian?
Ordinary Joe,
Benarkah bahasa Melayu didaulatkan seperti mana yang sepatutnya dalam Perkara 152, Perlembagaan, seperti yang didakwa OJ?
Lihat Perkara 152, Perlembagaan.
******
Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
*****
Pendidikan adalah urusan rasmi. Dan sudah tentulah sewajibnya sekolah Cina menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Baru kena dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang semua rakyat Malaysia 'mengaku' iktiraf. Kita tidak pun menghalang Cina nak belajar bahasa Mandarin. Apa salahnya diselit pembelajaran bahasa Mandari dalam kurikulum? Kenapa susah sangat nak terima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA? Kononnya iktiraf BM sebagai bahasa Kebangsaan tapi tidak pun diterjemah dalam bentuk perbuatan.
Salam Dr Ridhuan Tee & semua,
Kita lihat:
Bahasa ibunda orang India di US ialah bahasa Tamil dan Hindi. Bahasa ibunda orang Melayu di US ialah bahasa Melayu. Bahasa ibunda orang Cina di US pula bahasa Hokkien, Hakka, Mandarin dan lain lain. Bahasa ibunda orang Perancis di US ialah bahasa Perancis. Bahasa ibunda bagi orang Arab di US ialah bahasa Arab.
Tapi SEMUA MURID di US boleh berjaya sekiranya berusaha dengan gigih WALAUPUN menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan di US.
Tak ada pun banyak songeh macam spesis ULTRA KIASU di Malaysia ini.
Dr,
pada pendapat saya, rakyat/ibu bapa malaysia harus mempunyai hak untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang mereka rasa paling bagus sistem pengajarannya.
1.sebenarnya sekolah cina tidak pernah menghalang kemsukan kaum-kaum lain, maka adalah tidak wajar dikatakan bahawa sekolah cina (sekolah pelbagai aliran) menjadi punca masalah perpaduan kaum.
2.sebenarnya sistem pengajaran cina amat bagus, anda boleh lihat dari segi pencapaian akademik atau kareer dalam bangsa cina yang menerima pendidikan cina.
3.semakin ramai ibu bapa pelbagai kaum yang menghantar anak-anak ke sekolah cina kerana kualiti pengajaran yang lebih baik, berdisiplin, di samping itu dapat menguasai satu lain bahasa yang penting di dunia.
4.masyarakat cina sebenarnya tidak membantah untuk menghantar anak ke aliran sekolah yang lain jika sistem pengajaran sekolah tersebut amat baik. contohnya BM High School.
Apabila sistem pendidikan disetarakan, adakah sistem peringkat universiti juga disamakan?
Masalah sebenar isu perkauman bukan berpunca daripada sistem pendidikan kita. Jika ya, mustahil sistem pendidikan ini dapat kekal sehingga kini.
masalah sebenar isu perkauman berpunca daripada ketidakseimbangan pendapatan. macammana nak selesaikan masalah ini? melalui sistem pendidikan yang bagus, kualiti insan ditingkatkan, bukan menjadi common, tetapi special. seterusnya mendapat pekerjaan yang setara dengan ilmu pengetahuan yang ada, maka ketidakseimbangan dapat dikurangkan.
Tak perlulah ada individu nak dakwa, dabik dada kononnya sekolah Cina berkualiti. Tiada fakta yang sahih pun untuk membuktikan dakwaan tersebut. Saya produk SK boleh cemerlang. UPSR semua A. PMR semua A. Malahan menjadi pelajar terbaik di sekolah yang majoritinya pelajar kaum Cina dan India. Guna alasan lainlah.
Seperti yang saya cakap. Semua murid boleh berjaya dalam mana-mana sekolah sekali pun. Tak kiralah guna bahasa apa sekali pun. Dan sudah tentulah lumrahnya, ada pelajar yang cerdas dan ada pelajar yang lemah.
Fakta dari kajian ilmiah, lebih 80%daripada pelajar kelas peralihan, sangat lemah dalam asas bahasa Melayu. Asas! Inilah kualiti rakyat Malaysia yang hanya melihat kepada RM sahaja.
Persoalannya kenapa Sekolah Cina banyak sangat songeh tidak mahu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama? Hilangkah identiti Cina kalau gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama? Kan sudah dikatakan bahawa bahasa Cina boleh diselit dalam kurikulum.
Sistem tersebut kekal sebab ahli politik Cina kerap kali menggunakannya sebagai senjata untuk raih undi. Dan Melayu pula banyak beralah. Kita lihat spesis ULTRA KIASU tidak menghormati orang Melayu dengan pelbagai tuntutan yang jelas menyerang perkara-perkara yang bersangkutan dengan Perkara 153.
Kalau benar-benar demokratik kita buat pungutan suaralah. Semua rakyat undi. Tengok sama ada bertahankah sistem vernakular tersebut. Ada berani sokong dilakukan pungutan suara peringkat nasional? Ada berani gesa parti politik Cina bersikap demokratik dalam hal ini? Mesti senyap tak berani punya.
Jadi tak payahlah keluarkan hujah sedemikian rupa. Tak lakulah rasanya. Kepentingan Melayu ingin dikikis, dihapus. Tapi sistem sekolah Cina yang lapok tinggalan penjajah pandai pula mereka pertahankan. Padahal tidak ada pun dalam Perlembagaan yang melindungi sistem vernakular ini.
saya sokong pungutan suara.
kalau betul-betul sistem satu aliran, termasuklah IPTA seperti UiTM juga harus dibuka kepada semua kaum?
pada pendapat saya, Cina memang kiasu. tetapi inilah sifat yang meningkatkan daya saing dan mendorong kejayaan.
saya di sini bukan nak pijak sekolah-sekolah lain, tetapi cuma ingin mempertahankan sistem vernakular yang telah berjaya membawa kemakmuran negara sejak kemerdekaan.
menjawab persoalan kembara politik, sekolah cina di peringkat menengah menggunakan ketiga-tiga bahasa utama dalam pengajaran. Maka tiada isu songeh Cina tidak mahu menggunakan bahasa Melayu.
Sekolah Cina bukan sahaja tempat pendidikan, malah ia juga tempat mewarisi budaya Cina yang penting.
selain daripada itu, sekolah cina juga pelajari budaya kaum lain dalam minggu-minggu kebudayaan.
Kejayaan sistem pendidikan Cina boleh dilihat dalam senarai anugerah dekan di IPTA, lebih daripada separuh adalah kaum Cina yang datang dari sekolah Cina. Jangan salah fahamkan saya sebagai racist, saya cuma nak membuktikan pendidikan Cina yang elok-elok tidak patut dimansuhkan. Jika dimansuhkan, bukan sahaja kerugian kaum Cina, malah seluruh rakyat Malaysia.
Salam untuk semua.
Saya juga ingin berhujah menggunakan nada yang nakal seperti sesetengah penulis kommentar:
Kenapa mesti menggunakan BM sebagai bahasa pengantar di semua sekolah?
Adakah semua sekolah kerajaan dibina dan dibiayai oleh pembayar cukai Melayu saja?
Apakah murid-murid bila diajar dengan bahasa ibunda, mereka tidak akan cinta pada negara Malaysia atau mustahil mencapai tahap patriotik seperti mereka yang dididik dengan bahasa BM?
Betapa ramai pegawai kerajaan yang dididik guna BM dari kecil hingga universiti, tetapi makan rasual, tidak amanah menjalankan tugas dan membazirkan duit pembayar cukai?
Betapa ramai politikus yg dididik dgn BM bersikap perkauman, membakar semangat perkauman dan mencetuskan isu-isu perkauman atas nama ‘Patriotiksme’ atau ‘Perpaduan Nasional’ atau ‘Kebangsaan’ atau “Satu Negara Satu Bahasa”, semata-mata untuk menjadi ‘hero’ demi mencapai ‘personal political milage’?
Betapa ramai mereka yg dididik dengan BM nmenjadi Mat Rempit, peragut, penagih dadah, peogol anak sendiri, kaki ekor, mudah tertipu oleh skim kaya cepat?
Kesimpulannya, yg dididik dengan BM belum tentu menjadi manusia baik dan rakyat berguna kepada masyarakat apa lagi menjadi rakyat patriotik.
Yg dididik dengan BM juga belum tentu menjadi muslim salih yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Mereka yg menekankan satu aliran sekolah terutmanya Dr. Ridhuan Tee diminta buktikan dengan fakta dan angka berdasarkan kajian saintifik bahawa mereka yg dididik dgn bahasa Cina dan Tamil di Negara ini akan jadi kurang patriotik, kurang berakhlak mulia, kurang pegangan nilai-nilai agama yg murni, kurang hormat jiran tetangga, kurang cintakan negara Malaysia berbanding dgn mereka yg dididik dengan BM dan menjadi penghasut supaya kaum tertentu dibenci dan dicurigai oleh kaum lain.
Islam adalah agama syumul dan universal, nikmat terbesar dari Allah untuk semua manusia tanpa kira kaum, bahasa dan keturunan. Rakyat bukan Islam yg hidup di bawah pemerintahan yg benar-benar mengamalkan ajaran Islam juga akan dapat nikmat Islam sekalipun mereka tidak diberi hidayah untuk beriman kepada Allah dan Rasul!
Apabila Islam disebarkan, ajarannya diamalkan, konsep keadilannya dilaksanakan, semua kaum di Negara ini akan merasa nikmatnya, maka mereka akan bersatupadu di bawah rahmat Islam.
Orang Melayu sendiri pernah berpecah belah jadi 3 parti. Pemimpin UMNO yg dididik dgn BM pernah pecah menjadi Semangat 46 dan PKR. Pemimpin MCA yg berbahsa Cina kini menjadi 3 puak untuk merebut jawatan. MIC yg cakap Tamil juga pecah jadi pelbagai puak. Ini adalah bukti nyata bahawa bertutur bahasa yg sama tidak menjamin perpaduan. (Bersambung)
Saudara-saudara yang budiman:
Manusia yg diterangi cahaya Islam akan terhapus sifat jahiliahnya. Sifat perkauman adalah salah satu sifat jahiliah.
Sebagai contoh, saudara Kamal Koh, keturunan Cina, sekolah rendah sampai menengah juga sekolah Cina, tapi kahwin India, lahir keturunan yg berwarna kulit seperti Melayu (tetapi belum tentu diiktiraf sebagai BUMIPUTRA). Kamal Koh berbangga sebagai Cina dan tahu berbahsa Cina kerana itu adalah kurnia Allah kepadanya selaku keturunan Cina.
Beliau juga berbangga sebagai rakyat Malaysia, kerana itu juga adalah kurniaan dan takdir Allah untuknya.
Beliau paling bangga menjadi seorang muslim kerana beliau yakin Islam adalah agama syumul dan muslim adalah golongan yg diredhoi Allah dan belaiu akan kembali dan berjumpa dengan Tuhannya satu hari nanti.
Tengok juga contoh saudara Muhammad Tiang dari Setiawan. Beliau berbahsa Cina dari sekolah rendah sampai universiti Taiwan , balik ke Malaysia bekerja di kilang milik orang Taiwan dan Jepun, tetapi kerana hidayah beliau menganut agama Islam, solat 5 waktu dijaga, akhirnya dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Perak Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Muhd Tiang boleh bertutur bahsa Melayu dengan pelat Cina yang tebal, tetapi beliau begitu selesa duduk ditengah-tengah ahli PAS bangsa Melayu dan merasa dirinya umpama "ikan hidup dalam air'.
Setelah BN rampas kuasa kerajaan negeri Perak, Mohd Tiang hilang pekerjaannya. Akan tetapi salah sebuah sekolah menengah Cina di Ipoh swasta menerima beliau menjadi guru mengajar sabjek sains dan matematik. Saya percaya beliau akan gunakan kesempatan sebagai guru untuk menceritakan kebaikan Islam dan menyemai benih perpaduan di hati-hati murid Cina sekolah tersebut berdasar konsep universal Islam.
Saudara-saudara, renungkan! Rakyat Malaysia yg berbilangan bahasa adalah faktor pemyumbang kepada kemajuaan dan kemakmuran, dan tidak semestinya menjadi faktor perpecahan dan kemunduran!
Waspada! Dalam masyarakat kita ada sekelompok manusia yg berhati busuk, rakus tetapi malas berusaha, ingin cepat kaya tanpa perlu bekerja tungkus lumus, ingin cepat naik pangkat dengan memijak kepala orang lain, atau membeli ijazah dan bodik professor tanpa perlu bersungguh-sungguh membuat kajian, ingin mengaut keuntungan besar dgn memberi rasual kepada menteri dan pegawai kerajaan, atau mengmalkan nepotisma dan menutup peluang persaingan secara sihat. Kelompok manusia ini terdiri daripada keturunan Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain.
Mereka yg berasal dari sekolah kebangsaan dan berbahsa Melayu tetapi tergolong dalam kelompok manusia rakus ini, walaupun mungkin tidak tergolong kelompok 'kiasu' sepertimana yg disifatkan oleh Dr. Ridhuan Tee, tetap merupakan api dalam sekam dan musuh (Negara yang sembunyi)dalam selimut (bahsa kebangsaan)! Kelompok ini adalah pengancam sebenarnya kepada keamanan dan kemajuan masa depan Negara sekalipun mereka mungkin membesar di bawah slogan kebangsaan dan fasih bertutur dan menulis bahasa Melayu.
Salam UMMATANWASOTO,
Pokok pangkal semua mesti pegang pada Perlembagaan. Kalau semua tak pegang pada Perlembagaan jadi bercelarulah semuanya.
Kamu cakap kenapa mesti guna bahasa Melayu. Sebab itu yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan. Pendidikan yang merupakan sesuatu yang rasmi wajib menggunakan bahasa pengantar utama dalam bahasa Melayu. Kalau nak belajar bahasa Mandarin, subjek itu boleh ditawarkan. Sama seperti bahasa lain, seperti bahasa Arab, Tamil, Kadazan dan lain-lain. Tidak ada masalah pun. Kita tak halang. Malah menggalakkan semua murid belajar pelbagai bahasa.
Kenapa kita bersolat menggunakan bahasa Arab? Dibaca dalam bahasa Arab? Kerana itu telah digariskan dalam al-Quran. Individu yang bersolat wajib membaca surah dalam bahasa Arab. Bukan sesuka hati guna bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan Melayu. Kerana itu sudah ditetapkan begitu. Kena patuh. Kalau doa, bolehlah nak guna bahasa apa pun. Allah terima. Tapi afdal guna bahasa Arab.
Begitulah juga dengan Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk urusan rasmi. Dan pendidikan adalah sesuatu yang rasmi.
Dan kita bercakap berkenaan dengan sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan. Kita tidak bincang segala jenis sekolah yang dibiayai oleh persendirian. Sekolah persendirian lantak pi dia lah brudder. Ini sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dibiayai oleh kerajaan.
Kalau sekolah persendirian menyokong guna bahasa pengantar utama dalam BM itu satu bonus. Kalau tak pun lantak dia lah, duit dia.
Salam UMMATANWASOTO,
Berkenaan perihal 'rampas kuasa' di Perak sila baca artikel ini untuk lihat sendiri lidah bercabang Pakatan Rakyat:
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/bubar-dun-lain-hulu-lain-parang.html
Selamat membaca!
sekolah cina SJKC, SMJK tidak dibiayai kerajaan. Kerajaan hanya memberikan gaji guru, dan kadang-kadang bila dekat pilihanraya, adalah bonus sikit.
segala duit duit untuk mendirikan sekolah, membeli meja kerusi, membeli tanah, bayar elektrik, air, cuci tandas, indah water, bina dewan, pasang aircond, dan banyak lagi, semua dibiayai oleh masyarakat tempatan dan juga lembaga pengarah sekolah dalam bentuk derma.
jadi saudara kembara politik telah salah dalam hujah ini.
jika kerajaan biayai sekolah cina pun tiada salahnya, sebab cina bayar cukai juga.
Sdr Malaysia, saya fikir lebih baik sdr buat research di SJKC. Adakah benar, kerajaan hanya menanggung gaji guru sahaja. Bagaimana dengan bangunan SJKC. Saya boleh bersetuju pembinaan bangunan tambahan. Peruntukan juga diambil daripada wakil rakyat. Jangan terlalu kiasu. SJKC termasuk dalam sekolah bantuan modal. Sekarang tarafnya hampir sama dengan SK.Semua pelajar dapat bantuan buku teks. Banyak lagi saya boleh sebut, sebab saya sentiasa mengambil tahu perkembangan SJKC. Lain kali saya akan tulis dalam bentuk yang lebih panjang.
Kembara Politik, mintak dijelaskan apa yang dimaksudkan:
- "spesis ULTRA KIASU"
- "pendidikan adalah sesuatu yang resmi"
- "rakyat Malaysia yang hanya melihat kepada RM sahaja"
- "Kepentingan Melayu ingin dikikis, dihapus."
Terima kasih.
Ridhuan Tee, penjelasan RT mengenai SJKC begitu nakal sekali, seolah-olah dengan memetik kesilapan "Malaysia" dalam responsnya, ketidakadilan yang diperlakukan ke atas SJKC dikerdilkan dalam pandangan para pembaca. Hakikatnya, SJKC hanyalah disokong separa dan bukan sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa terutama oleh RT yang terang2 terlibat dalam SJKC. Gambaran palsu ini adalah satu penganiayaan kepada guru-guru yang duduk semeja dgn RT dan juga pelajar2 yang berkerakyatan Malaysia, tetapi hanya mendapat sokongan separa dari kerajaan. Keikhlasan itu perlu dan wajib dalam hal ini.
Pada asasnya, kerajaan dilantik rakyat untuk mengurus negara. Cukai dikutip DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT. Oleh itu, jangan mencana gendang berdendangkan irama zaman feudal bagaikan kami sebagai rakyat Malaysia yang menyumbang wang dan keringat kepada bangsa Malaysia (Malaysian nation). Kami sebagai ibubapa berhak memilih jenis pendidikan yang bersesuaian dengan kehendak anak2 kita, berteraskan pegangan kedaulatan undang2 negara dan naungan Raja-raja Melayu. Anak2 saya semuanya bersekolah rendah Cina dan ada yang sudah bersekolah menengah kebangsaan berkawan dengan orang Melayu, Cina, India dan lain2. Tak ada masalah.
Sukar bagi saya mengukur keikhlasan RT dalam isu ini. Dalam diberikan ruang diakhbar perdana untuk menyuarakan pendapat, hargailah ruang intelek yang diberi rakyat (perlesenan akhbar adalah atas ehsan rakyat menerusi wakil2nya, ia itu kerajaan yang dilantik untuk mengurus negara). Jangan mencemari ruang minda rakyat yang masih murni dan tak tahu nak menyangsi dan membenci. Kesyukuran kita pada Tuhan atas kepercayaan yang diberi haruslah dikembalikan dengan perbuatan yang baik, antaranya menyuarakan pendapat yang menyatukan rakyat jelata dan bukannya menghasut mengikut rentak hati sendiri.
Maaf kerana teguran agak tegas tetapi kami semua hanyalah insan yang singgah di dunia kurniaan Tuhan buat sedetik dua waktuNya. Bukalah ruang hati kepada segala siapa yang berbuat baik pada kita, celikkanlah mata pada semua itu. Dan pada yang tidak sempurna, pincang, selagi tidak berniat buruk, marilah kita sama-sama memandang jauh ke depan.
Sdr OJ, pernahkah sdr membuat kajian mengenai SJKC? atau sekadar mendengar cerita-cerita manusia yang tidak pernah puas. Telah sy sebut bhw SJKC adalah sekolah bantuan modal. Carilah maknanya? Bangunan asas dan keperluan asas disediakan oleh kerajaan, termasuk gaji guru-guru dan kakitangannya. Siapakah yg membina SJKC dalam setiap Rancangan Malaysia? Saban tahun bertambah SJKC? Adakah ia berlaku ditempat lain? Org Melayu bayar cukai juga di S'pore, ada tak sekolah Melayu di sana? Dalam dunia ini, hanya Msia shj yg mempraktikkan sistem sebegini. Tidak bersyukur lagi ke? Sdr OJ adalah seperti keturunan OJ pada asalnya. Tidakkah itu toleransi org Melayu yg tidak ada tolok bandingnya. Apa lagi yang sdr mahukan lagi? Mahu SJKC setaraf dengan SK? SK ini untuk semua. Ada tak sekolah Melayu di negara Msia ini? Tetapi kita ada sekolah Cina. Masih tak bersyukur? Buat kajian pula ke atas sekolah wawasan. Kenapa org Cina tidak memberikan sambutan? Jgn asyik berckp soal bayar cukai shj.Bayar cukai tidak cukup untuk menilai toleransi org Melayu. Sdr tahu tak, ketika keturunan kita berhijrah ke Asia Tenggara, sebenar negara-negara lain seperti Thailand, Burma dll menolak kemasukan penghijrah, hanya Tanah Melayu yg bermurah hati menerima kita semua. Dgn sebab itu bila sy berckp, saya sentiasa kaitkan dengan sejarah. Sy sentiasa sedar siapa diri saya. Sebab itu sy sentiasa bersyukur dgn apa yg ada. Jgn beri betis hendak peha. Tak baik bersikap sedemikian. Sy tidak ada masa nak berhujah panjang, elok juga sdr OJ baca artikel saya ahad ni. Pasti sdr OJ akan teruja lagi. Apapun, jgn anggap komen sdr sy tolak mentah2. Saya sentiasa muhasabah diri sendiri, apa jua yg sdr komen. paling kurang dapat juga idea untuk menulis dalam siri akan datang. OK OJ. Jumpa lagi
menurut RT nampaknya sekolah cina seumpama pengemis yang mengemis di tepi jalan. tidak pernah puas meminta-minta. macamlah kewujudan kami disebabkan oleh anugerah kerajaan yang belas kasihan.
Macamlah cina merupakan parasit yang mementingkan diri dan tidak pernah berjasa.
macamlah negara malaysia ini milik Malayu punya, cina india dan lain-lain adalah pendatang asing seumpama pekerja indonesia yang berhijrah ke malaysia.
bukankah cina dan india hijrah ke malaysia sebab dibawa oleh inggeris? kenapa pula menurut hujah RT bahawa thailand dan burma menolak cina kecuali tanah melayu?
tanah melayu menerima cina untuk berhijrah ke sini, adakah itu satu kesilapan? atau tindakan yang betul?
oh ya, nak tanya, kiasu satu kesalahan ke? kiasu tidak halal ke? sikap kiasu telah menyinggung perasaan kaum lain ke?
kenapa RT suruh kita jangan kiasu?
bagi saya, kiasu itu satu amalan baik yang mendorong/ menjadi motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
kalau RT benci dengan sikap kiasu cina, maka boleh dikatakan RT benci dengan kejayaan yang dicapai oleh cina. sikap cemburu ini tak bagus la.
BAHAGIAN 1/2
The devil is in the details
Ridhuan, anda harus membaca teliti maklumbalas2 kami kerana ianya membina, ingin mendorong anda ke arah yang lebih inklusif dalam bicara. Nyata anda tidak membaca teliti, maklumat yang saya utarakan adalah atas pengalaman saya sendiri sbg seorang ayah yang anaknya bersekolah SJKC. Bukan satu, tapi dua orang permata saya. Anda perlu meningkatkan research dan penelitian maklumbalas sebelum berhujah. Gelaran anda sebagai Ustaz, Doktor dan Pensyarah Kanan disanjung oleh pembaca2 Melayu yang rata2 memihak kepada anda. Oleh itu, janganlah memberi pendapat dan hujah yang tidak tepat. Dan RT, kalau orang Cina tak puas, dah banyak diminta. Sedangkan disini, kita hanya ingin mempertahankan hak dan keperluan kita. Mustahil RT tidak tahu membedakan. Saya mengrelakan diri dikatakan tak puas mempertahankan hak asasi tetapi tidaknya menghakis hak Melayu. Agenda itu tidak masuk akal kerana hak Melayu termaktub dlm Perlembagaan. Selagi kami dinaungi Raja2 Melayu di bumi Malaysia, soal menghakis hak Melayu tak timbul. Takrifan RT mengenai bantuan modal itu bisa sangat difahami tetapi masih separa bantuan. Read my lips, kami pembayar cukai dan jangan nak memutar belit argumen dengan omong kosong. Utarakan logiknya. Jangan pakai expresi yang melagakan emosi Melayu-Cina. Tak baik terutama sekali Muslim, Ustaz dan insan yang diteladani di IPTA.
Half-truths are lies
Di S'pura memang takde sekolah Melayu tapi Ridhuan oh Ridhuan, sekolah Cina pun takde jugak! Tak caya? Pergi tengok sendiri dan kalau malas sangat nak buat research, Google aje atau pun telefon Singapore High Comm. Inikah pendekatan ilmiah RT? Di sinilah timbul keresahan saya - anda diberi peluang menulis di ruang akhbar nasional dan ini adalah tanggungjawab yang berat. Suarakan yang benar, tepat, membina dgn tujuan membina negara sejahtera. Bukannya tulisan yang berpartisan dan cuba menghakis hubungan antara kaum. Bagi anda sebagai Ustaz, korupsi lebih jijik, kenapa tidak diberi perhatian? Merokok, setahu saya adalah salah disisi Islam. Lihatlah bilangan orang Islam yang merokok, membinasakan badan anugerah Tuhan, kenapa tak di perjuangkan? Sementara itu, bayangan orang "kiasu" yang hanya khayalan diminda RT dijadikan ilham untuk tulisan menghasut yang berselindung di belakang gelaran ustaz dan Dr. Insafilah kesilap anda, tak terlewat lagi.
BAHAGIAN 2/2
Me, same as my immigrant ancestors???
Anda kata "Sdr OJ adalah seperti keturunan OJ pada asalnya." Betulkah? Dah buat research kah? Logik pun mungkin tak pakai. Saya fasih membaca, berbicara dan menulis dalam BM. Saya berlidah kelu di Taipei, Shanghai, Wuhan, dan mana2 saja di negara China. Saya pandai menghafal Rukunegara dan begitu juga anak2 saya. Apakah saya masih sama dengan keturunan asal saya? Sekira RT tak tahu nak menilai maklumat di depan mata sehinggakan penilaian anda terhadap saya begitu terpesong sasar, maka saya risau akan hujah anda yang berpotensi menyerap ke dalam minda orang Melayu yang begitu percaya kepada anda. Itu salah. Amat salah. Saya menganggap diri saya berjiwa Malaysia, berbeda dari nenek moyang saya... (saya generasi ke-3 di bumi Malaysia) Adakah ibubapa saya tidak bertoleransi juga? Orang Melayu memang bertoleransi tetapi begitu juga ramai orang2 Cina. Jangan menyamakan majoriti dengan segelintir pejuang extrim kepentingan etnik Cina. Begitu juga dengan orang Melayu majoriti. Saya tak akan menyamakan mereka dengan segelintir pejuang extrim kepentingan Melayu. Anda juga bertanya "Masih tak bersyukur?". Jawapan saya adalah "ya". Dapat sebutir beras mengalas perut pun kita mesti bersyukur pada Tuhan. Tidakkah ajaran RT begitu? Mungkin RT seorang ustaz yang unik, dimana perasaan syukur disamakan dengan kepuasan kepada sesuatu yang tidak adil lantas berpeluk tubuh. Saya risau dengan teologi begini.
Do not rewrite history about Chinese in South East Asia...
Mengenai hujah bahawa di Asia Tenggara orang Cina ditolak, saya tertawa runsing sebab seorang itu adalah hujah "baloney" yang herannya tercicir dari bibir seorang akademik. Tahukah anda terdapat seorang raja Siam yang berketurunan Teochew? Dia membebaskan Siam dari penjajahan Burma dan menyatukan Siam di bawah naugannya. Raja Taksin menggalakkan penghijrahan Cina terutama dari Teochew. Kebanyakan yang berhijrah itu adalah lelaki dan ramai yang mengahwini wanita Thai. Pada satu masa, mereka di beri hak istimewa bergelar jin-luang? Antara 30'an dan 50'an, atas dasar politik di bawah diktator Plaek Pibulsonggram, orang Cina di pinggirkan walaupun dia sendiri separa Cina. Salah satu sebabnya pada masa itu ramai yang bukan rakyat Thailand. Kini, orang Cina dan Sino-Thai banyak menerajui segala strata masyarakat di Thailand. Itulah, bila RT berhujah, orang ingat benar tapi sebenarnya tidak tepat dan saya amat terkilan dengan kecuaian anda. Kalau malas nak pergi ke Thailand buat research, pakai aje Wikipedia. Saya tahu pada akhirnya, RT akan menang kerana RT ada Mingguan Malaysia dan sokongan orang politik yang asyik sangat dgn lunaknya hujah RT. RT juga tak dicabar seperti diblog dan bisa berleluasa dgn pandangan berat sebelah dan tak berasas ilmiah. Tetapi bagi saya, Tuhan menghargai mereka yang menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama, pengaman kepada manusia sejagat. Itulah yang akan saya terus memperjuangkan. Tulisan RT di baca se negara tetapi bagi saya, memadailah Tuhan membaca isi hati dan niat saya.
SALAM untuk semua.
Hujah Malaysia sedap juga dengarnya, walaupun nadanya seolah-olah beliau marah tapi saya percaya jiwanya tenang sebagai seorang warga Malaysia yg waras dan rasional.
Cara Malaysia berhujah mengingatkan saya 1 dialog yg pernah diadakan di Fedaral Hotel lebih 10 tahun dahulu di mana Speaker DUN Selangor sekarang, YB Teng Chang Hing yg ketika itu menjadi Ketua Pemuda DAP telah membentangkannya hujahnya berdasarkan konsep MALAYSIAN'S MALAYSIA berbalas hujah pembahas dari Pemuda PAS.
Bagi saya, Pemuda PAS yg pandai berhujah berdasarkan konsep Islam yg universal sentiasa di pihak yg benar dan sentiasa menang mengalahkan pihak yg mewakili UMNO atau BN di mana-mana majlis bahas atau dialog.
Tetapi pada malam itu, YB Teng telah berhujah dengan bahasa Melayu yg fasih, dengan ayat-ayat yg tersusun rapi, berdasarkan logik-logik hak asasi manusia dan sistem demokrasi yg diamalkan di Malaysia dan ia adalah julung kali, bagi saya, hujah pembahas Pemuda PAS "diatasi" oleh pihak lain.
Elok juga kita menjadikan blogspot Dr. Ridhuan sebagai medan pembahasan demi membuka minda semua rakyat Malaysia yg cintakan Negara, Bangsa dan Agama.
Satu ketika dahulu, kerajaan melaungkan slogan "MASYARAKAT PENYAYANG". Ini satu slogan yg sangat besar ertinya bagi sesebuah negara lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk yg banyak kumpulan etnik yg berbeza warna kulit, bahasa, anutan dan agama.
Malangnya, pemimpin-pemimpin negara dan ahli-ahli politik di Malaysia kebanyakan jenis yg "cakap tak serupa bikin". Slogan tidak akan berkesan tanpa 'pimpinan melalui teladan'.
Pepatah Cina berkata: "Guru kitab mudah dicari, guru teladan susah dijumpa." Malaysia telah merdeka 50 tahun, berapa ramaikah Menteri Besar yg bersifat Zuhud seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz yg "Bersusah hati sebelum rakyat bersusah hati, bersenang selepas rakyat bersenang"?
Kedudukan istimewa Agama Islam termaktub dalam Perlembagaan. Islam adalah agama resmi Persekutuan. Sejauh mana nilai-nilai dan ajaran Islam yg universal dihurmati dan dihayati oleh pembuat dasar negara?
Ajaran Islam yg diwahyukan Tuhan pencipta sekalian manusia menghurmati dan mengiktiraf semua bangsa dan lisan mereka. Perbezaan warna kulit dan lisan adalah tanda kebesaran Tuhan dan tidak harus dijadikan hujah untuk salin menafikan antara satu sama lain. Perbezaan ini seharusnya dinikmati sebagai suatu keindahan alami, bukan dikhuatiri sebagai penghalang atau ancaman kepada perpaduan nasional.
Syaitan memang suka melihat kita berpecah belah dan mencela antara satu sama lain, menghasut kita dengan pelbagai alasan atau helah. Malahan Syaitan boelh menipu manusia dengan menggunakan nama "Allah". Maka berhati-hatilah kita!
Keimanan mesti dikukuhkan dengan ilmu, dan ilmu juga boleh menyesatkan jiga nafsu kita tidak dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.
UMMATAUNWASOTO, saya setuju dengan saranan anda. Memanglah sesuai blog ini dijadikan medan kita berdialog dan bertukar idea. Hujah kontroversial haruslah dikilas sehingga terbukti ketulenannya atau pun akan ianya retak dek kelemahannya.
Salam untuk semua.
Sejak dahulu ladi, penghujah-penghujah Melayu yg cintakan slogan 'SATU BANGSA, SATU NEGARA DAN SATU BAHASA" suka menggunakan kata-kata Prof Khoo (sekarang tambah lagi Dr. Ridhuan Tee) untuk menegakkan kefahaman mereka mengenai sistem satu aliran sekolah.
Dalam isu perpaduan negara, amat sinis, Prof. Khoo, seorang ilmuan keturunan Cina yg masyhur namanya, dirinya dinafikan oleh majoriti Cina yg berbahasa Cina. Maka suara Prof. Khoo adalah suara golongan 'amat sedikit' masyarakat Cina yg sama sekali tidak mewakili hasrat kaum Cina di Malaysia.
Kalau dipungut suara di kalangan orang Cina, pandangan dan pendirian Prof. Khoo dan Dr. Ridhuan Tee pasti 'kalah' dan dianggap salah. Dari segi ilmian, Prof. Khoo dan Dr. Ridhuan mungkin benar, juga mungkin tak benar!
Sekalipun Prof. Khoo dan Dr. Ridhuan benar (iatu dari segi ilmian atau kajian akademik), 'kebenaran'nya tidak kena mengena dengan konsep "Haq" (Kebenaran)yg ditegakkan oleh tujuan Al-Quran.
Oleh itu, jika ada pihak berperang dan mati memperjuangkan 'kebenaran' Prof. Khoo dan Dr. Ridhuan, matinya ada sia-sia.
Maka saya suka meningatkan di sini, tidak mengapa kita berperang mulut dan pena di medan ini, kerana ia tidak akan tumpah darah, tetapi biarlah kita berhujah dengan sopan santum dan tidak gunakan bahasa yg keras.
Buktikanlah kita semua ini rakyat yg berkualiti, sangat cintakan Malaysia dan bersedia bersatupadu untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani. Dan untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani, pelajar dari semua kaum hadir ke sekolah yg sama bukanlah rukunnya.
Sdr OJ,
Saya ingin tanya juga apa maksud Sdr berkenaan ayat-ayat Sdr utarakan seperti berikut:
1. "digadai masa depan bukan Melayu yang rata2 didiskriminasikan dengan terpaksa mempelajari 3R dalam bahasa Malaysia."
2. "Selagi Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda sebahagian besar rakyat Malaysia, proses penyatuan satu sistem sekolah rendah akan tersekat. Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan."
Saya lebih suka gunakan terma Bahasa Melayu. Saya tidak mahu gunakan terma bahasa Malaysia, kerana sudah melihat sikap hipokrit ULTRA KIASU yang kononnya lebih menerima terma bahasa Malaysia, sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Nampak sungguh celaru dan wujud diskriminasi pemikiran Sdr terhadap Bahasa Melayu yang kita rakyat Malaysia sendiri akui dan terima sebagai bahasa Kebangsaan dan jelas termaktub ketinggiannya dan keutamaannya dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
Dalam satu masa (poin nombor 1) Sdr mengatakan dengan belajar menggunakan Bahasa Melayu masa depan orang Cina tergadai. Adalah sesuatu yang sungguh menghina apabila Sdr labelkan sebagai tindakan tersebut sebagai diskriminasi. Dan perkataan "terpaksa" sudah menjelaskan sikap orang Cina terhadap bahasa Melayu yang mereka kononnya dabik dada akui sebagai bahasa Kebangsaan.
Padahal, sudah jelas saya terangkan bahawa individu boleh berjaya dalam pelajaran dengan apa pun bahasa yang digunakan asalkan ada kesungguhan dan kegigihan. Saya telah pun memberikan contohnya di komen sebelum ini. Cuma Sdr sahaja yang malas hendak akui dan terima dengan baik.
Di suatu masa lain pula (poin nombor 2) Sdr sendiri sebenarnya akui bahawa usaha ini merupakan usaha yang murni yang perlu dilaksanakan. Sdr sebenarnya sudah mengakuinya dengan ayat berikut:
"Selagi Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda sebahagian besar rakyat Malaysia, proses penyatuan satu sistem sekolah rendah akan tersekat. Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan."
Persoalannya: Bilakah masanya seperti yang Sdr tulis "dalam jangka panjang" tersebut?
Kita renung kembali apa yang diimpikan oleh Negarawan Tun Abdul Razak:
"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. - Penyata Razak, Perenggan 12, 1956."
Ini cerita tahun 1956. Tahun 2009 pun masih cerita yang sama? Beransur-ansur? Lihat, betapa cukup bertoleransinya orang Melayu. Diberi masa dengan beralah, tidak mengejut.
Jadi, bila agaknya impian Sdr melalaui ayat "Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan" itu akan menjadi kenyataan kalau tidak ada usaha ke arah itu. Dan impian itu tidak akan berlaku selagi adanya spesis ULTRA KIASU.
Sdr malaysia,
Saya sudah katakan, apa-apa pun kena pegang pada Perlembagaan. Jangan jadi ULTRA KIASU. Bila sebut sahaja ingin buat satu aliran, mulalah diserangnya MRSM, UiTM, dan segala kepentingan orang Melayu yang diterjemah dari Perkara 153 Perlembagaan. Inilah yang saya katakan spesis ULTRA KIASU.
Rujuk post saya berkenaan spesis ULTRA KIASU yang apabila diberi betis idamkan peha. Diberi peha, tamakkan semua.
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/11/belajar-belajarlah-memberi-bukannya.html
Salam semua,
Kita lihat bagaimana spesis ULTRA KIASU yang tamak haloba ini tidak pernah kenal erti bersyukur. Semua nak dikikisnya.
Rujuk desakan si ULTRA KIASU Lim Kit Siang yang menggesa Kerajaan DEB dihapuskan sama sekali:
http://blog.limkitsiang.com/2009/10/30/end-nep-which-has-trapped-malaysia-in-middle-income-group-instead-of-becoming-a-high-income-economy/
Salam Ummatanwasoto,
Sdr tulis:
"Oleh itu, jika ada pihak berperang dan mati memperjuangkan 'kebenaran' Prof. Khoo dan Dr. Ridhuan, matinya ada sia-sia."
Macamlah Sdr tinggi sangat ilmu agamanya sampai boleh nak tentukan mati sia-sia.
Inilah perangai pendokong Pas. Selalu ingat dia yang lebih alim dan berhak menentukan 'Sia-sia' atau 'Berfaedah', 'Syurga' dan 'Neraka'.
Elok Sdr rujuk perangai pelik Pas yang didedahkan di sini:
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/06/064-fatwa-fatwa-dangkal-dari-mulut-pas.html
Terima kasih.
Sdr OJ. Terima kasih kerana memberikan hujah-hujah sdr. Saya ingin bertanya kenapa org Cina di Thailand hanya ada 3 peratus sahaja berbanding Tanah Melayu dahulunya lebih dari 50 peratus, sekarang ini 25 peratus. Bacalah buku Leon Comber (2007). baca juga pandangan Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan tentang Tanah Melayu dan orang Melayu. Jawapannya banyak di sana. Kenapa org Cina di Thailand lebih Siam daripada Siam? Kajilah perlembagaan Thailand. Begitu juga 3 peratus minoriti Cina Indonesia. Lihatlah nama-nama orang Cina di Thailand dan Indonesia. Fikir-fikirkan. Artikel saya dalam Mingguan Malaysia Ahad ini akan menjawab persoalan OJ. Saya amat menghargai hujah-hujah yang akademik, tapi jgn serang peribadi. Itu menampakkan kedangkalan kita.
Sdr OJ. Tentang Singapura. Singapura bukan Singapore, Pulau Pinang bukan Penang. Asalnya adalah negeri Melayu. Dari segi hak orang Melayu berhak dapat Sekolah Melayu di Singapura. Kajilah nasib orang Melayu di sana. Baca buku Lily Zubaidah (1998) tentang Singapore Dilemma. Tahukah sdr di mana Lily Zubaidah sekarang? Hanya kerana dia membela nasib Melayu, apa telah terjadi kepada org Melayu di buminya sendiri. Kenapa di S'pura hanya ada sekolah Inggeris, Lee Kuan Yew tidak ada pilihan. Kajilah sejarah pemisahan Singapura dengan Malaysia. Kajilah juga latar belakang Lee Kuan Yew. Sdr OJ akan dapat jawapannya. Hujah-hujah sdr OJ menjadikan saya lebih mengenai sdr. Terima kasih sdr OJ.
Shahnizat,
PLKN dah terlalu lewat. budak-budak dah dewasa. sistem sekolah wawasan, kongsi kantin dan padang, sama seperti hidup seharian kita yang kongsi satu shopping kompleks dan satu jalan raya. tetap tak bercampur dan tetap tak SATU.
cara terbaik adalah pendidikan awal dah bersatu..
Sdr kembara politik,
nampaknya dari sudut pandangan anda, juga berasa bahawa kaum cina seumpama pengemis yang mengemis di tepi lorong.
kami selalunya, dalam mata sesetengah orang, hanya pendatang asing yang singgah di Malaysia. sebagai warganegara kelas kedua. sedangkan sumbangan yang kami berikan kepada negara boleh dikatakan setanding dengan bumiputera. ini membuktikan kami juga taat kepada Malaysia, tanpa ragu.
cina yang Ultra kiasu seperti yang dikatakan Kembara Politik bahawa 'apabila diberi betis idamkan peha'.
Pendidikan Cina merupakan warisan kefahaman confusian yang lebih daripada 2000 tahun, pendidikan cina merupakan sebahagian daripada budaya cina.
ingin mengekalkan pendidikan (budaya) cina sesuatu yang mahal ke? mengkikis hak kaum lain ke?
tidak halal ke?
akan memudaratkan ekonomi negara ke?
sikap ultra kiasu satu kesalahan ke? tidak halal ke? mengkikis hak kaum lain ke?
kiasu sesuatu yang mulia sebab ia dianggap sifat yang mendorong kejayaan seseorang. kembara politik benci lihat pencapaian orang lain ke?
Beginilah ulasan dalam buku sejarah semasa memperkenalkan sejarah agama Islam mengenai Wahyu pertama
"Bacalah dengan nama Tuhan Engkau Yang menciptakan.
Menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah! Dan Tuhan engkau adalah Maha Dermawan,
Yang mengajar dengan pena,
Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (96:2-6)."
sumber:http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/Kawin2.html#89
Guru saya menerangkan bahawa maksudnya ilmu penting untuk membimbing orang.Sila jelaskan kalau pemahaman saya salah.
Tak pernah pun ulasan-Nya mengatakan bahawa- "ajarlah hanyalah dengan satu bahasa/ satu cara etc"
Oleh itu, tak faham-faham saya mengapa adanya orang yang ingin mansuhkan sekolah beraliran berbagai,yang dengan objective yang sama- memberi ilmu.
Secara jujurnya, kami dari Sekolah Cina tidak berkeyakinnan dengan sistem pendidikan yang tidak berasaskan Confucious. Yang kita nampak, Mat Rempit,golongan Cina materialistic yang pentingkan wang daripada keluarga, golongan yang negative dan agresive, kebanyakkannya dari sekolah kebangsaan.
Saya belajar di sekolah kebangsaan semasa sekolah menengah. Guru masuk kelas dan tulis nota atas papan sahaja, tak pernah pun sembang dengan kami, bimbing kami dengan pengalaman hidup,ajar 1 tahun pun tak ingat nama semua orang.
Saya amat terperanjat pada mulanya.
Lepas kerja, saya difahamkan memang begininya sekolah kebangsaan, di mana pendidikan berasaskan buku sahaja,tiada pendidikan sekunder lain yang berasaskan budaya, sejarah dan pengalaman.
Pada pendapat saya, sebab tiadanya budaya /sejarah/pengalaman yang beribu-ribu tahun seperti Budaya Cina/India yang dapat diajarkan dan dibimbingkan.
Bukannya saya maksudkan budaya/sejarah/pengalaman Melayu tidak baik, tetapi sahaja tidak cukup kalau berbanding.
Oleh itu, Dr.,mengapa apabila negara kita begitu uniknya dapat mempelajari/memcombinasikan ilmu dari pelbagai kaum yang berilmu dan bersejarah unggul sejak beribu ribu tahun, kita padahal tidak menghargai peluang ini dan ingin mansuhkannya?
Dengan kombinasi budaya dan ilmu 3 kaum terbesar di dunia ni, orang Malaysia seharusnya sangat kuat dan competative!
Inginkan satu aliran, buktikan kepada kita sistem pendidikan kebangsaan kini berkesan.
Pendidikan BUKAN SETAKAT BAHASA sahaja. Berikan pendapat anda sahaja apabila anda betul-betul faham apa yang diajar di Sekolah Cina/India.
Kalau mahukan sekolah satu aliran, scope pendidikannya perlulah digarispanduankan dengan teliti,dengan tidak memansuhkan budaya orang lain, dan juga utilize manfaat dengan kombinasi kebaikan ilmu dari semua kaum.
Tergelak saya nampak contoh kamu gunakan Thailand. Thailand mempunyai 200++ sekolah Cina. Inilah listnya
http://www.thaicn.com/index.php?langtype=cn&pageid=cn_21
(Tak faham Mandarin walaupun anda orang Cina? Kiralah petak...)
Punca masalah perpaduan bukan aliran pendidikan yang berbagai, tetapi orang-orang kamulah yang tidak berpandangan jauh dan tidak adil.
Janganlah kaitkan pendidikan dengan isu perkauman.
Marilah kita bincangkan keberkesanan sekolah beraliran bukan kebangsaan dan kebangsaan.
Kumpulkan statistik keputusan SPM,STPM dan pertandingan akademi antarabangsa,tahulah anda setakat mana pencapaian sekolah bukan kebangsaan.
Survey dengan kaum bukan Cina yang hantar anak mereka ke sekolah bukan kebangsaan, mereka akan beritahu anda bezanya.
Pernah kawan saya yang mengajar di sekolah Cina mengatakan bahawa "datangnya seorang bapa Melayu- saya sokong sekolah Cina, 3 anak saya,2 anak sekolah Cina, 1 sekolah kebangsan, hanya 2 orang tu yang sering balik rumah dan jaga ibu bapa yang tua."
Anda boleh mengatakan ini satu contoh sahaja, tapi ingin saya beritahu anda, dalam golongan Cina pun ada jurangnya Cina sekolah kebangsaan dengan bukan kebangsaan. Di mana Cina yang bersekolah kebangsaan yang tidak berpeluang untuk belajar dari cerita/kakata pepatah/sejarah/Confuciuos Cina biasanya amat materialistic, tidak pentingkan keluarga, tidak sopan dan sebagainya.
Pendidikan itu bukan main pasalnya, bukan alat politik,ianya penting untuk manfaat semua rakyat. Anda sebagai professional yang kononnya berilmu tinggi, seharusnya mencadangkan sekolah beraliran satu yang berdasarkan fakta- fakta yang praktikal dari segi scope pendidikan,'content' pelajaran dan sebagainya selepas mengaji dan membandingkan apa yang diajar di semua aliran.
Anda bebas untuk berfantasi, tapi anda seharusnya bertanggungjawab atas luka yang anda sebabkan kepada mereka yang bersusah payah mengekalkan 'wisdom' budaya untuk kebaikkan yang dinikmati semua rakyat Malaysia.
Salam untuk semua.
Sdr Kembara Politik dan rakan-rakan yg cintakan perpaduan:
Saya sebenarnya dari spesis Kiasu atau Ultra Kiasu.
Segala puji pujaan utk Allah subhanahu wa taala. Tidak lama dulu, terbaca dalam akhbar Melayu arus utama, Prof. Diraja Ungku Aziz sarankan "Melayu perlu belajar sikap kiasu"
Sdr boleh juga rujuk rencana Dr. Ridhuan Tee termuat dalam http://www.scribd.com/doc/7545096/Melayu-Mesti-Kiasu-Untuk-Berjaya
Saya amat setuju dgn pendapat Dr. Ridhuan (waktu rencana itu ditulis beliau belum bergelaran Dr.) dalam rencana tersebut bahwa terdapat ayat-ayat Al-Quran yg menyarankan kita supaya mempunyai semangat 'kiasu'.
Istilah 'kiasu' boleh diertikan dgn makna positif dan juga negatif.
Pernah saya terbaca akhbar Sinpapura gunakan istilah "kiasu' mengkritik sikap melampau sesetengah orang Cina Singapura yg berkelakuan memenuhkan pinggan dgn makanan ketika makan buffer tetapi tidak menghabiskannya sehingga menjadi pembaziran.
Islam menyarankan kita amalkan sikap 'sederhana' (middle way) berdasarkan hadis Rasulullah berbunyi "Khairul umuri awsatuha" (Sebaik-baik urusan ialah yg ditengah-tengah).
Dalam agenda 'menegakkan bahasa kebangsaan' utk tujuan perpaduan nasional, kita perlu cari jalan tengah dan amalkan sikap sederhana supaya matlamat yg sebenarnya (iaitu perpaduan hakiki antara kaum)dicapai, bukan 'kemenangan' atau 'kecapaian' suatu dasar negara atau konsep yg disarankan pemimpin politik atau tokoh akademik.
Kesederhanaan adalah satu sikap positif. Kita perlu ada sikap positif untuk mengendalikan semua aspek kehidupan kita.
Kehadiran kaum Cina dan India bersama sistem nilai dan budaya tradisi mereka di bumi Melayu sudah jadi suatu kenyataan. Pertembungan budaya yg berbeza dan kepentingan kaum telah berlaku dan akan terus wujud.
Konflik antara manusia telah bermula sejak zaman Nabil dan Qabil, anak Nabi Adam dan tidak akan berakhir sebelum Hari Kiamat.
Konflik antara manusia adalah fitrah dan jangan ditanggapi bersifat negatif semata-mata. Kemajuan Malaysia hari ini adalah hasil cara pemimpin negara dahulu hingga sekarang menangani pelbagai konflik antaranya konflik antara kaum dan agama dalam negara.
Dalam hal pengendalian konflik antara kaum dalam negara, saya ingin mengucapkan Syabas dan tabik kepada pemimpin kerajaan Perikatan yg dipimpin oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan rakan-rakannya yg memimpin kaum Cina, India dan lain-lain. Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku telah mengasaskan beberapa tradisi yg baik dan terus diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sekarang.
(Bersambung)
Bersambung dari comment tadi
Saya gunakan nama samaran UMMATAUNWOSOTO kerana ia satu istilah penuh dengan makna positif. Perkataan UMMATAUNWASOTO diambil dari Al-Quranulkarim. Tuhan mahu kita ummat Islam menjadi 'ummataunwasoto' iaitu 'ummat tengah'. Belajarlah dari Ustaz Shahazan dari UIA kalau mahu tahu lebih banyak tafsiran istilah ini.
Bila sebut-sebut istilah mulia ini, teringin saya mengajak rakan-rakan semua merenung masalah ummat Islam hari ini.
Muslim seluruh dunia bersemangat memberikan sokongan kepada pejuang Palestine utk membebaskan mereka daripada kezaliman Zionis Yahudi. Tetapi negara-negara Arab sendiri tidak dapat bersatupadu utk menentang Israel yg berjiran dgn mereka walaupun mereka satu rumpun bangsa, sama bahasa dan agama!
Cuba kita lihat masalah buruh asing yg bekerja dan memberikan sumbangan besar kpd pembangunan ekonomi Malaysia. Jutaan buruh asing ini adalah muslim dari Indonesia dan Bangladesh. Tetapi saya tidak nampak kerajaan Malaysia yg orang Melayu Islam menjadi tunjangnya mempunyai dasar dan keperihatinan melindungi hak dan kebajikan mereka dari sudut keperimanusiaan mahupun dari sudut kewajipan syariat dan ukhuwah Islamiah. Begitu banyak kes-kes penganiaya terhadap pembantu rumah asing dan buruh asing tidak diberi gaji atau ditipu gaji mereka adalah indikator tahap 'kemanusiaan' segelintir majikan Malaysia dan juga agensi kerajaan yg diamanahkan mengurus hal ehwal buruh asing.
Bukankah orang Indonesia yg menjadi pembantu rumah dan buruh di negara kita itu satu rumbun bangsa dengan kita (Melayu) dan sama agama? Sejauh mana pembuat dasar dan pegawai yg menjalankan tugas melindungi hak dan kebajikan mereka? Saya sendiri tidak berpuas hati walaupun saya bukan dari rumpun bangsa Melayu.
Rakan saya, Alex Ong yg beragama Kristian adalah aktivis Migrant Care, organisasi prihatin kepada kebajikan buruh Indonesia. Banyak kali berlaku kes penganiayaan buruh Indonesia, sdr Alex Ong yg kedepan sekali membela mangsa dan tidak kelihatan orang Melayu perseorangan atau organisasi membantunya secara bersungguh-sungguh! Sehingga hari ini saya belum lagi kenal mana-mana organisasi muslim aktif dalam hal ini selain Migrant Care.
Apa yang saya cuba tekankan di sini ialah jangan kita cari masalah dengan menimbulkan perkara-perkara yg pada hakikat asalnya bukan masalah. Wujudnya sekolah vernakular Cina dan India bukanlah masalah negara melainkan ada bukti ia benar-benar menggugat keamanan sosial dan keselamatan negara, tetapi niat yg ingin menghapuskan sekolah-sekolah ini akan menimbulkan masalah dan mengorbankan kestabilan negara.
Untuk menangani konflik dan masalah antara kita rakyat Malaysia, kita perlu kembali kepada pokok pangkal iaitu akuilah kita semua ini adalah manusia dan mempunyai maruah dan naluri manusia. Dan hendaklah sentiasa ingat kita semua adalah anak cucu Adam yg sepatutnya salin kasih-mengasihi dan hurmat-menghurmati satu sama lain dalam soal perasaan, keperluan rohani dan keinginan jasmani.
Soal bumi yg kita sama-sama pijak ini namanya Tanah Melayu ke atau Bumi Malaysia ke, hak Melayu ke atau hak orang asli ke, marilah kita mencapai kefahaman harmoni berdasarkan konsep yg diwahyukan dalam Al-Quranulkarim. Mudah-mudahan Allahu Rabbul-'Alamin membimbing kita semua ke jalan yg lurus dan destinasi yg selamat.
Renungilah sama-sama!
Kembara Politik,
Saya akan menjawab pertanyaan KP tetapi mengikut tatasusila blog, silalah jawab soalan berikut dahulu yg sudah dipost lama:
Kembara Politik, mintak dijelaskan apa yang dimaksudkan:
- "spesis ULTRA KIASU"
- "pendidikan adalah sesuatu yang resmi"
- "rakyat Malaysia yang hanya melihat kepada RM sahaja"
- "Kepentingan Melayu ingin dikikis, dihapus."
Terima kasih.
Ridhuan Tee, anda langsung tidak menghubungkan respons anda kepada point utama saya ia itu kurangnya kepadatan ilmiah dalam hujah RT. Bukti kukuh saya mengenai Thailand dielak terus dan cuba dipesongkan perhatian kepada isu lain. RT, itu taktik wawancara saluran popular, bukannya proses seorang akademik. Pendekatan akademik adalah dengan membentuk hipotesis dan menampilkan fakta2 yang "representative" dari segi statistik atau pun kesahihan nya dari segi proposisi kesejarahannya. Saya boleh suruh RT baca 10 buku juga. Tak guna, buat hipotesis dan buktikan, lepas tu buat rujukan kat footnote. Takkan RT tak tahu. Adakah RT menerbitkan kertas yang tak ada rujukan dan bila present kertas itu diseminar dan soalan dilontar kepada RT, RT lontar balik suruh mereka baca buku. Bila saya present paper, saya terpaksa buat rujukan, pilih yang kukuh. Buat nota supaya bila dilontar soalan, kita sedia memberi penjelasan. Kalau tak tahu, kita menilai sama ada soalan relevant dan kalau relevant dan kita memang tak ada jawapan, kena kata tak tahu dan handle dengan elok kalau rujukan kita dah cukup. RT mestilah mengambil berat jawapan anda diblog kerana ini rekod bertulis. Dikalangan akademik, kegagalan mendekati satu isu dengan cara ini bermakna kesimpulan harus ditangguh.
Dari segi pendekatan ilmiah, tujuan seorang akademik adalah untuk menggerakkan process kommunikasi supaya target audience dapat memahami argumen RT. Banyak tulisan dalam akhbar yang keras dan menusuk nilai2 peribadi. Tetapi, dapat ditelan dan dihadamkan - iaitu ada kebaikan dari membacanya. Tulisan RT ada juga bahagian yang OK tetapi terlalu banyak andaian yang diperbuatkan bagi fakta. Itu tak baik. Kalau itu disebut peribadi, harap maaf, apabila anda terlalu sering membuat tuduhan dan mengutarakan hujah yang akhirnya menjadi fitnah kepada segolongan besar insan Tuhan yang lain, saya berhak menegur anda. Dan RT, pergilah tonton Youtube anda sekali lagi dan bacalah artikel anda sekali lagi, hasilnya pasti akan membawa keinsafan kepada anda mengenai teguran serangan peribadi. Kalau dari tulisan Umma dan Blogger, saya terharu kerana mereka menyinarkan sifat intelek dan sifat menyayangi masyarakat insan ciptaan Tuhan dam saya dapat merasainya, saya rasa amat tersayang pabila membaca tulisan RT dan hanya berasa hampa dan kecewa kerana kurangnya kandungan ilmiah tetapi diberi juga ruang untuk berpropaganda. Kalau nak berpropagandaan, tak perlulah fakta. Tembak je lah. Tak perlulah sinar Islam menerangi minda, agenda peribadi dan pihak2 yang terselindung dalam kesamaraan itu dah mencukupi.
Bagi seorang yang bergelar Ustaz menggunakan istilah Ultra Kiasu kepada satu lapisan besar masyarakat memang mengundang teguran. Kalau saya dirasai salah berkata demikian, silalah RT rujuk perkara kepada jemaah ustaz yang lain dan juga golongan orang Islam yang lebih matang dari RT. Jangan rasa segan berbuat demikian kerana ini adalah demi kebaikan RT khususnya dan dakwah Islam kesuluruhannya kerana "posture" RT yang dilihat mewakili pandangan Islam begitu merosakkan imej Islam dari mata pandangan bukan Islam.
Renungilah.
P/S: Saya menjangka RT akan menggunakan ruang Mingguan Malaysia untuk menghentam kami yang memberi pendapat di sini tetapi sebelum berbuat demikian, berdoalah. Mintak pada yang Esa pedoman supaya RT MEMBINA, bukannya MEMBINASA. Seperti Tuhan yang PENYAYANG, Ustaz dorong pembaca untuk MENYAYANG, dan bukan MEMBENCI. Kalau tak pasti impak tulisan anda (memang berkesan, unfortunately), pergilah buat survey. Pentingnya RT, bila kita disembahyangkan, apakah sumbangan kita kepada Tuhan dan insan2 ciptaNya yang boleh diperingati turun temurun?
Salam untuk semua.
Apa yg diluahkan oleh Blogger dalam 2 kommennya pada jam 1.58 AM hari ini terasa ada asas dan kebenarannya walaupun saya jenis manusia yg tidak suka membuat perbandingan antara kaum sejak dahulu lagi kerana ia akan menyentuh perasaan dan hurmat diri kaum lain. Yg baik harus kita terima, yg keroh kita jernihkan, yg buruk kita hindarkan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:'Hikmah adalah barang yg tercicir dari orang beriman, ia lebih berhak mengutipnya apabila terjumpanya di mana-mana saja.'
Benar pengalaman saya sepertimana yg dikatakan oleh Blogger. Dalam pelajaran sabjek Bahasa Cina, samada di sekolah jenis kebangsaan atau persendirian, ia mengandungi akhlak, falsafah, budaya, iktibar sejarah dan sebagainya. Perkara yg sama tidak terkandung dalam sabjek pelajaran Bahasa Malaysia. Bila kita bandingkan isi kandungan buku-buku teks 2 sabjek ini, kita akan mengakui kebenarannya.
Saya tidak berniat merendahkan mana-mana sistem pendidikan, tetapi kita perlu senantiasa mempelajari kelebihan orang lain untuk majukan diri kita.
Pendidik sekolah Cina di Malaysia juga sentiasa mengubah isi kandungan malahan kaedah pengajaran sabjek Bahasa Cina untuk menyesuaikannya dgn perkembangan arus zaman. Dahulu mereka banyak membuat rujukan kpd pengalaman Taiwan, kini pula mula menceduk pengalaman China Tanah Besar.
Semua ustaz akan mengakhiri ceramah atau kuliahnya dgn berkata, 'Yang baik adalah daripada Allah, yg buruk atau kekurangan adalah dari diri saya.'
Adakah saudara faham maksud kata-kata ini?
Bukankah kata-kata ini bercanggah dgn Rukun Iman yg ke enam yg mewajibkan kita mempercayai segala nasib buruk dan baik ditentukan Allah Ta'ala dgn Qadha dan KadarNya?
Jika saudara faham, maka tiada percanggahan. Tetapi bagi orang yg tak faham, terasa ada percanggahan.
Dalam permasalahan sekolah satu aliran, jika kita faham betul kata-kata ustaz di akhir ceramahnya dan juga maksud Qadha dan Kadar, kita tidak akan membuang masa yg banyak untuk menyelesaikannya!
Sesiapa yg tidak faham boleh belajar dan dapatkan kefahaman daripada ustaz-ustaz yg faham.
Akhir kata, perkara yg baik yg terkandung dalam tulisan ini adalah daripada Allah subhanahu wa ta'ala, yg buruk adalah dari diri saya. Wassalamu 'alaikum.
Salam untuk semua.
Saya baru saja terima email berikut dari seorang pelajar perempuan dari UIA:
Ummatanwasoto means 'a justly balanced ummah(society)', from my understanding, it means a society with no extremism to any direction, right?
This phrase occur in Al-Qur'an in surah Al-Baqarah verse 143.
By the way, why did you choose this name? what meaning does it brings for you??
Saya ingin ajukan soalan berikut kepada Dr. Ridhuan, Kembara Politik dan semua rakan-rakan yg mengikuti blog ini:
1. Apakah 'a justly balanced ummah(society)' boleh disecocokkan dengan konsep 1Malaysia yg baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri?
2. Apakah mustahil utk berjaya kita memperjuangkan wujudnya sebuah
'a justly balanced ummah(society)'
di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan penganut agama?
3. Apakah 'a justly balanced ummah(society)' tidak mungkin dibentuk tanpa mengorbankan sekolah vernakular Cina dan Tamil? Jika jawapannya 'ia', diminta berikan nas naqli dan aqli.
Wassalam.
UMMA (maaf kerana dipendekkan nama), terima kasih atas pendapat anda.
Berbalik kepada sekolah satu aliran, saya memang sokong pada zahirnya tetapi perlaksanaannya perlu mengambil masa. Tujuan persekolahan yang utama ialah untuk meceduk ilmu. Sudah saya jelaskan dari perspektif kaum Cina bahawa bahasa paling berkesan untuk pembelajaran 3R asasi adalah dalam bahasa ibunda. Perjuangan pemansuhan PPSMI juga berlandaskan argumen tersebut. Satu lagi faktor adalah selera ibubapa sendiri dari segi pendekatan pendidikan (berbeza dari sekadar pembelajaran yang saya hadkan di sini sebagai hanya merangkumi aspek ilmiah sedangkan pendidikan mencakupi aspek moral dan kerohanian). Nyata SJKC dan sekolah kerajaan berbeda.
Bagi saya, bagi faktor pertama, ianya bergantung kepada arus perubahan sosial yang menjadi penentu (determinant) tahap adoption BM sebagai bahasa ibunda mereka. Kita perlu belajar dari negara jiran apakah cara ataupun pendekatan yang efektif untuk meningkatkan adoption BM sebagai bahasa ibunda.
Keduanya,mungkin kita harus menukar sistem "governance" pendidikan kita kepada sistem autonomi yang giat diusahakan di Singapura/Singapore (RT, sila pilih satu) dan United Kingdom. Sistem ini memperuntukkan dana kerajaan dan pada masa yang sama memberi kelonggaran yang wajar bagi pihak school board untuk operasi sesebuah sekolah tersebut. Ini bukan saja mengujudkan persaingan antara sekolah lantas meningkatkan mutu pendidikan, ia juga dapat memenuhi citarasa kelompok2 tertentu dimasyarakat kita yang majmuk. Baru2 ini di "Third International Conference on World-Class Universities" di Shanghai, Jamil Salmi dari Bank Dunia dalam keynote speechnya membandingkan UM dan NUS (Spore) yang asalnya universiti yang sama. Dia mengatakan bahawa di Spura, NUS diberi lebih autonomi dan itu membolehkannya memacu ke depan jauh melewati pencapaian Universiti Malaya. Konsep yang sama ini telah digunapakai pada peringkat persekolahan.
Sekurang2nya, dalam jangka pendek, mungkin pendekatan sekolah autonomi boleh memintas proses satu aliran. Dalam konteks pendidikan di Malaysia yang lebih rumit, saya menjangka ini mencabar tetapi harus diterokai.
Ingin saya salamkan kepujian saya kepada UMMATAUNWASOTO. Kewujudan lebih ramai Muslim yang serasionalnya barulah dapat memperkembangkan ajaran Islam dan membantu menukar persepsi negatif orang lain kepada Muslim.
Beliaulah yang paling berkelayakan memberi komen sebab pemahaman dan pengalamannya yang tercebur dalam dua-dua bidang(pendidikan Cina dan ajaran Islam).
Bukan seperti RT yang sahaja memberi pendapat dengan Bias kiasu konnonya tanpa betul betul ada fakta dan pemahaman teliti.
Teladan yang baik kita pelajari dan sanjungkan.
Maka berkata-katalah Tuan malaysia:-
1) "sistem vernakular yang telah berjaya membawa kemakmuran negara sejak kemerdekaan..." ini pembohongan besar lagi amat jahat; berniat mengekalkan kerusakan.
2)"sebenarnya sistem pengajaran cina amat bagus": setuju, ia amat bagus bagi rakyat negeri China. Untuk Malaysia, lebih baik sistem sekarang iaitu sistem pengajaran kebangsaan; sangat terbaiknya sekali dua kali adalah esok sistem SSS dilaksanakan. Tuan malaysia bunyinya seperti rakyat negara China, maka tidak berhak menyuarakan kata sumbang atau mengajar Negara Malaysia.
3)"Masalah sebenar isu perkauman bukan berpunca daripada sistem pendidikan kita ...". benar lagi. Tapi benarnya hanya bila sistem vernacular dan berbagai aliran diserapkan kedalam sistem tunggal SSS. Sebelum itu, perkauman semakin menebal akibat sistem vernacular rakyat asing nih.
4)"..Cina memang kiasu. tetapi inilah sifat yang meningkatkan daya saing dan mendorong kejayaan.." Benar lagi. Pandailah tuan malaysiaa ni. Saya setuju. Ia meningkatkan daya saing dan kejayaan dikalangan kiasu sahaja. Si kaya bertambah kaya.Si miskin bertambah miskin. Cina kaya bertambah kaya. Bukan cina miskin bertambah miskin. Jurang melebar dan melebur dan memusnah. Kekayaan diidentify mengikut kaum. Dan ini baik bagi negara ... terutama untuk saudara mara tuan kiasu. Cantek. Asu kowe.
5) "sekolah cina SJKC, SMJK tidak dibiayai kerajaan..." Betul dan benarlah tu lagi. Rasionalnya ialah sekolah-sekolah ini kepunyaan negara asing dan untuk kepentingan rakyat asing. Adalah bodoh jika kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat untuk membiayai rakyat asing yang tidak menyumbang apa-apa manfaat malah kerusakan untuk negara.
6) "... nampaknya sekolah cina seumpama pengemis yang mengemis di tepi jalan ..." Betul lagi tuan asing nih, syabas syabashhh ... nampaknya begitulah ... desas desus berbunyi mereka menghantar pengemis kehormat berjumpa menteri-menteri kita untuk mengemis, memujuk dan mengugut ... kalau tak bagi nak buat demonstrasi jalanan. Rear Admiral Anuarlah yang mengajar semua kelakuan pelesit ni.
7)Bersambung lain kali. Tuan malaysia jangan cabut tau. Tungguuuuuu. I syyaayang you. Muuaaah. Flying kiss.
Salam Sdr Ummataunwasoto,
Saya memetik tulisan Sdr di atas:-
"Kenapa mesti menggunakan BM sebagai bahasa pengantar di semua sekolah?
Adakah semua sekolah kerajaan dibina dan dibiayai oleh pembayar cukai Melayu saja?"
Seterusnya, hujah-hujah Sdr selepas itu adalah berkisar kepada penggunaan BM dan Orang Melayu.
Pada hemat saya, BM=Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan rakyat Malaysia, bukan bahasa Orang Melayu.
Adalah lebih tepat lagi, saya rasa, bahasa Orang Melayu adalah Bahasa Melayu Jawi, bukannya Bahasa Malaysia.
Di Bumi Malaysia, rakyat Malaysia sepatut hidup berlandaskan Rukun Negara & Perlembagaan Persekutuan di mana kedudukan BM telah dinyatakan dengan jelas. Sekali lagi, Bahasa Malaysia bukannya Bahasa Melayu Jawi.
Jadi kepada persoalan Saudara, kenapa mesti menggunakan BM sbg bahasa pengantar, saya kira, kerana negara ini negara Malaysia dan rakyat negara ini adalah rakyat Malaysia. Sudah tentu bahasa kebangsaannya pun Bahasa Malaysia lah. Hanya bukan rakyat Malaysia sahaja yang tidak mahukan Bahasa Malaysia ini.
Sekali lagi, saya rasa, Saudara telah berkecamuk antara "Melayu" dan "Malaysia". Tentang persoalan Sdr apakah semua sekolah ini dibina dengan cukai ke atas orang Melayu sajakah? Tidak Saudara. Sekolah-sekolah terbina dengan hasil cukai ke atas rakyat Malaysia.
Sekiranya pendidikan yang menggunakan bahasa kebangsaan (BM) ini ada kelemahan, maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia yang SEJATI untuk sama-sama memperbaiki dan memperelokkan kepincangan ini.
Jadi saya rasa, tuduhan saudara yang mengaitkan mat rempit, perogol anak sendiri dsb dengan BM ini adalah amat tidak wajar.
Salam.
"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"
NJ
Ummataunsoto wrote :-
"Maka suara Prof. Khoo adalah suara golongan 'amat sedikit' masyarakat Cina yg sama sekali tidak mewakili hasrat kaum Cina di Malaysia."
I agree because Prof. Khoo, a chinese-ethnic, has successfully blend himself with the local and thus he is no longer seen as a Chinese, but a Malaysian.
Of course he does no longer represent the Chinese, because he is a Malaysian living in Malaysia. Prof. Khoo is no longer a Chinese and he is not living in the Republic of China.
I hope what you said "suara golongan yang amat sedikit" is not entirely true because if this happenned, then this country is full of Chinese when Chinese should be in the Republic of China, not Malaysia.
Sistem pendidikan vernakular yang terdiri daripada berbagai sekolah sesetengah berasaskan bahasa (malaysia, mandarin, tamil) tidak perlu dimansuhkan.
sebab sekolah-sekolah ini mempunyai pelajar daripada berbagai bangsa.
saudara DAL,
jangan lupa bukan sahaja cina mempunyai masalah ketidakseimbangan pendapatan, malah di kalangan melayu lagi ketara!
Salam,
Pendek saja saya nak ulas disini..
Apa kata kita mula dulu dengan menukar nama ataupun panggilan/gelaran SJK(C) ataupun SJK(T) kepada SK (Sekolah Kebangsaan) dahulu ataupun nama lain yang dirasakan sesuai.
Kita buang dahulu elemen yang melambangkan perkauman dan mencipta elemen persamaan sedikit sebelum kita hendak melangkah lebih jauh lagi. Banyak sangat kontroversinya.
Boleh tak cadangan ini dipertimbangkan dan dilakukan wahai OJ, Malaysia dan Blogger tak ketinggalan juga saudara ummataunwasoto? Kita kan sama2 rakyat Malaysia.
Tuan malaysia berkata lagi;
1) "Sistem pendidikan vernakular ... tidak perlu dimansuhkan." Betul. Benar. Kalau dimansuh perang kita nanti. Ia hanya perlu diserapkan kedalam mainstream SSS yang menetapkan jaminan keutuhan semua bahasa ibunda. Saya sokong tuan.
2) " ..jangan lupa bukan sahaja cina mempunyai masalah ketidakseimbangan pendapatan, malah di kalangan melayu lagi ketara!.." Betul lagi. Bulls eye. Terhit the nail on the head. Ketidak seimbangan meluas dan ketara mengundang ketidak puasan terhadap sikiasu. Parah negara kalau 13 mei berulang ... dan kalau berulang, puncanya juga berulang, iaitu ketidak sensitifan si kiasu terhadap si miskin.
Nazimudin, saya setuju. Itu memang satu cadangan yang baik. Pada dasarnya, saya juga pro satu aliran tetapi memang betul kata anda, banyak kontroversi pada masa ini.
Molek.
Kenn. Prof Khoo is a respected academician. His arguments are well founded. Reality on the ground is that many Chinese do not reject the idea outright. In fact, single stream education is a good idea. The issue confronting Chinese (err, Malaysians of Chinese descent) parent are two fold:
- mother tongue is still the best medium of instruction for the learning of 3R's
- SJKC have developed an approach that meets the needs of Chinese parents today - i.e. (a) discipline - to toughen our children to face a very competitive world out there (b) infusion of a healthy dose of Chinese morals and culture - needless to say, this is akin to what Islam is to Malays - it helps the Chinese to stay anchored in the moral sense of the word. Mind you, all of these are not bad and does not take away from the Malays.
So, our challenge is to be able to work together to forge an educational philosophy that can be translated into an implementation that keeps the best of ALL worlds. The final system must not be biased towards any religion or race. I believe the keyword here is trust and willingness to be inclusive in the process.
Kenn, this is also the reason why I vehemently object to the approach taken by Ridhuan Tee in his column. Journalistic liberty without responsibility is anarchy at best, propaganda for some. The underlying motives of his articles are clearly not constructive but very divisive. It is designed to influence opinions by using arguments not founded on truth and good conscience. Bankrupt of scholarly research and willingness to engage intellectually, the process of debating his views is as arduous process, peppered with continual attempts on the part of RT to side-step healthy discourse.
We want to engage constructively. We understand the need to continually evolve to stay relevant globally. We want a system that will strengthen all Malaysians, Malays, Chinese, Indians, etc. A progressive Malaysia is only possible when we are ALL on steadfast footings.
For me, people such as RT are agent provocateurs serving a sinister purpose under the guise of religiosity and academic camouflage. I know I would be hard hit in his response but there are many others out there who feel likewise.
Salam untuk semua.
Kepada saudara NJ, KENN dan lain-lain,
Saya memohon maaf sekiranya cara saya kemukakan soalan saya dirasakan mencabar dan menyinggong perasaan sesetengah pihak. Sebab itu saya perjelas terlebih awal bahawa saya akan 'berhujah dgn nada yg nakal'.
Saya keturunan Cina yg bernasib baik untuk menguasai bahasa Cina kerana ayah saya menghantar saya ke sekolah Cina supaya mewarisi pusaka kebudayaan Cina.
Guru yg paling dihurmati dan disegani oleh murid-murid di sekolah menengah saya ialah guru disiplin yg berasal dari negeri Cina. Beliau keturunan Hui, iaitu kaum minoriti Cina yg menganuti agama Islam. Beliau mengajar sabjek bahasa dan sastra Cina dan sejarah Cina. Penguasaannya terhadap ajaran dan falsafah tradisi China memang hebat dan menjadikannya dihormati murid-muridnya.
Saya berkesempatan membaca terjemahan dan tafsir Al-Quran dan terjemahan kitab hadis Taj dalam bahasa Cina pada umur 16 tahun ketika seluruh ummat Islam di negeri China diharamkan menyimpan apatah lagi membaca Al-Quran kerana Revolusi Budaya sedang berlaku.
Pada umur 24 tahun, saya menjadi guru di Hong Kong Islamic College di Pulau Hong Kong mengajar sabjek Pengetahuan Islam dalam bahasa Kantonese.
Isteri saya mamak. Semua anak saya berwarna kulit Melayu, tetapi bukan Bumiputra. Mereka fasih bertutur Mandarin, Melayu, Inggeris dan Tamil. Tiada apa yg saya boleh banggakan dgn anak-anak saya jika mereka gagal menjadi muslim yg salih.
Keluarga saya agak unik, sama seperti uniknya masyarakat Malaysia, pelbagai bahasa dipertuturkan oleh pelbagai kaum dan bangsa. Kalau benar wujud sejenis bangsa bernama bangsa Malaysia, tidak ramai yg layak dipanggil bangsa Malaysia seperti anak-anak saya!
Pelancong asing kagum dgn keunikan Malaysia kerana manusia yg berlainan warna kulit, bahasa dan agama boleh hidup dgn harmoni dalam masyarakat ini.
Pelancong tidak akan kagum dgn Thailand atau Jepun pada aspek ini.
Kenapa kita mesti tiru Thailand dan Jepun dalam soal bahsa dan sekolah? Sistem sekolah di Hong Kong lebih layak ditiru!
Saya ceritakan semua ini utk menarik perhatian sdr-sdr dan supaya sdr-sdr mudah memahami rumusan saya berikut:
1. Bahasa adalah anugerah Tuhan kepada sesuatu kaum utk berkomunikasi dan utk membezakan kaum itu daripada yg lain, iaitu menjadi identitinya. Setiap bangsa harus berbangga dengan bahasa anugerah masing-masing dan menghurmati hak kaum lain utk mempelajari, mendalami dan mewarisi bahasanya.
2. 'Bangsa Malaysia' atau etnik 'Malaysia' yg sebenarnya tidak wujud, sekalipun berlaku kahwin campur seperti saya dan melahirkan anak-anak seperti anak-anak saya. Kalau bangsa Malaysia wujud, di mana hendak kita letakkan istilah Melayu dan Bumiputra? Tanpa istilah Melayu dan Bumiputra, Perlembagaan Malaysia akan jadi tidak releven dan harus dibuat pindaan yg besar. Oleh itu, Kenn boleh pertahankan Prof. Khoo sebagai "Malaysian but not Chinese", tetapi ia tidak memberi apa-apa makna kpd Prof. Khoo dan orang lain. Anak-anak saya yg berwarna kulit Melayu dan boleh bertutur 4 bahasa lebih layak digelar bangsa Malaysia, tetapi mereka bukan Bumiputra, oleh itu istilah baru ini tidak ada makna selain bermaksud 'warganegara Malaysia'. (Bersambung)
3. Ramai rakyat Malaysia bersedia diassimilasikan terutamanya mereka yg menganut agama Islam dan berkahwin dgn Bumiputra. Akhirnya mereka semuanya menjadi Melayu dan Bumiputra. Proses ini boleh memenuhi konsep SATU NEGARA, SATU BANGSA dan SATU BAHASA. Rakyat Malaysia bebas membuat pilihan utk menerima proses ini atau tidak. Ramai bukan Melayu tidak minat malahan menentang proses ini terutamanya golongan yg digelar Dr. Ridhuan 'kaum kiasu' dan ultra kiasu. Saya adalah dari kaum kiasu malahan ultra kiasu. Saya bangga sebagai orang Cina, itu kehendak Tuhan untuk saya. Kalau anak cucu saya minat nak jadi Melayu, saya biarkan, tetapi saya akan berusaha memastikan mereka jadi Melayu yg bertaqwa kpd Tuhan.
Saya tidak berminat perjuangkan SATU NEGARA, SATU BANGSA, SATU BAHASA. Saya hanya berminat terhadap perjuangan melahirkan sebuah masyarakat madani dan ummatanwaswotho di negara ini dan di dunia.
3. Mereka yg perjuangkan sekolah satu sistem dan sangat ingin melihat kanak-kanak dari semua kaum belajar dalam satu sekolah dan satu kelas, saya ingatkan dan nasihatkan supaya berlapang dada seperti pemimpin negara yg sedia ada, janganlah jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Dan tak payahlah gunakan senjata 'Perlembagaan Negara' utk menaikkan semangat penyokong.
4. Kepada sdr-sdr muslim, saya ingin nasihatkan bahawa kita tidak akan jadi mulia dan hebat kerana jenis bahasa yg kita tutur, dan nama bangsa yg kita pakai. Kita hanya akan jadi mulia dan hebat dengan hati nurani yg bersih, dada yg lapang, bersedia menghurmati dan mempelajari warisan budaya orang lain.
Ummataunwasoto. Terima kasih atas penjelasan tuan. Sekiranya inilah Islam yang disinarkan kesetiap pelusuk negara, tak ada benci membenci, hasut menghasut. Tuan bacalah blog yang ternary oleh Ridhuan Tee dan telitikan respons pertama dan kedua - itulah yang saya anggap perbuatan bukan Islam. Adakah saudara sebagai seorang Cina sebegitu akhlaknya sebagaimana dilakarkan oleh RT?apa pun jawapan tuan, the damage is done. Dari respons pembaca, dia berjaya dalam misinya. Oleh itu, saya bertanya, bila RT disembahyang, apakah yang terpahat dihati dada mereka yang tertusuk oleh jarum2 fitnahnya.
Teruskan menulis Dr!!
Ordinary Joe,
Saya lambat datang kesini dan sekarang saya perlu mempertahankan Ridhua Tee kerana apa yang anda katakan itu tidak benar. Saperti, "Ridhuan Tee tersilap dan mungkinnya berselindung dengan muslihat menghasut perasaan kaum dengan pandangannya yang bias". Yang saya nampak ia lah di sebalik nya: anda yang mungkin bermuslihat.
So'al yang ditimbulkan bukan nya mengekalkan kedudukan BM. Itu sudah nyata di Perlembagaan. So'al nya ialah penghormatan kapada kedudukan BM itu. Menggunakan BM sebagai bahasa penghantar bagi semua sekolah menunjukkan penghormatan itu. Satu aliran bukan nya bermakna bahasa ibunda atau pun Bahasa Mandarin, yang juga bahasa resmi People's Republic of China, tidak boleh di pelajari. Bahasa itu boleh di pelajari sebagai mata pelajaran pilihan.
Mengapa pulak anda menomah Ridhuan Tee dengan kata-kata "tindak tanduknya menghasut setiap hujung minggu tak habis habisan." Apa kah yang anda anggap "yang baik" dan "yang jahat"?
Zendra,
Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh anda. Bila kita minta semua yang mengaku rakyat Malaysia ini guna bahasa Kebangsaan, kita akan dilabel perkauman. Dilabel rasis. Tetapi jika Lim Kit Siang laung untuk buang segala hak Melayu, itu mereka label sebagai hak asasi dan samarata. Itulah dia sikap ULTRA KIASU meraka ini.
Saya sangat bersetuju dengan Puan. Penghormatan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan perlulah diletakkan di tempat yang sepatutnya iaitu sebagai bahasa pengantar UTAMA di semua sekolah.
Tidak ada seorang pun yang mempertikaikan atau menidakkan sesuatu kaum untuk belajar bahasa ibundanya. Belajarlah sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut. Belajarlah agar cemerlang bertutur dalam pelbagai bahasa.
Kita sangat mengalu-alukan semua kaum mempelajari pelbagai bahasa. Anak saya pun mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan walaupun bahasa tersebut bukanlah bahasa ibundanya. Malah mendapat markah yang tinggi dan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.
Mereka boleh berjaya walaupun tidak dihantar ke Sekolah Cina atau Tamil. Itulah yang saya cakap. Persoalan berjaya atau tidak dalam pelajaran bergantung kepada usaha gigih.
Persoalan utama: Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia yang mendabik dada mengaku menjunjung tinggi Perlembagaan susah sangat mahu meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya selari dengan kedudukan bahasa tersebut dalam Perlembagaan?
OJ,
Tak perlulah saya jawab secara spesifik. Segala komen saya sudah pun menjawab 4 persoalan yang dikemukakan oleh Sdr itu sebenarnya tetapi Sdr mungkin tidak berupaya menafsir dengan baik apa yang telah saya sampaikan.
Salam Ummatanwasoto,
Sdr telah membuat beberapa rumusan yang dinomborkan 1,2,3,3 dan 4.
Rumusan nombor 1 Sdr:
"1. Bahasa adalah anugerah Tuhan kepada sesuatu kaum utk berkomunikasi dan utk membezakan kaum itu daripada yg lain, iaitu menjadi identitinya. Setiap bangsa harus berbangga dengan bahasa anugerah masing-masing dan menghurmati hak kaum lain utk mempelajari, mendalami dan mewarisi bahasanya."
Faktanya:
1. Tidak ada seorang pun di sini yang mempertikaikan bahawa bahasa adalah anugerah Tuhan. Kita akui.
2. Tujuan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA tidak pun bertujuan menghapuskan identiti sesuatu kaum.
3. Tiada seorang pun yang beradi di sini yang menidakkan hak kaum lain untuk belajar bahasa, mendalami dan mewarisi bahasanya.
Kesimpulan bagi rumusan nombor 1 Sdr:
1. Sdr tidak tahu apa itu bahasa pengantar UTAMA.
2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar UTAMA bermakna bahasa tersebut diletakkan di tempat yang istimewa selaras kedudukannya dalam Perlembagaan.
3. Bahasa selain bahasa Melayu sangat digalakkan pembelajarannya dan ditawarkan sebagai subjek elektif. Belajarlah agar cemerlang. Kerana kecemerangan itu sangat dituntut agama.
Persoalannya: Adakah akan hilang identiti keCINAan dan KeINDIAan jika kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA sedangkan bahasa Mandari dan Tamil turut sama ada ditawarkan?
Kembara dan Zandra. Saya kira mesej yang cuba disampaikan tidak dapat difahami. Oleh itu, saya permudahkan:
- kita rakyat Malaysia hidup selangit, di bawah naungan Raja2 Melayu berteraskan Perlembagaan negara
- SJKC menggunakan BC untuk memastikan anak2 Malaysia berketurunan Cina dapat mempelajari 3R dgn berkesan, pada waktu yang sama, mempelajari BM sehingga tahap di mana mereka dapat masuk sistem kebangsaan di sek menengah. BM tidak dipinggirkan. Tuduhan bahawa BM tidak dihormati atau dimertabatkan persepsi masing2.
- satu aliran - itu tidak dapat dinafikan lagi sesuatu yang akan tercapai tetapi pada hari ini, masaalah terbesar adalah hakikat bahawa pembelajaran anak2 begitu terjejas kerana mereka terpaksa belajar BM dan pada masa yang sama terpaksa mempelajari sabjek2 menggunakan BM yang pada mereka baru saja bermula.
Janganlah kita selesa dengan apa yang senang pada kita dan tak ambil kisah apa yang sukar bagi orang lain.
Kembara Politik memang saya kagumi kerana berpencapaian tinggi. Itu membuktikan bahawa pembelajaran sabjek2 menggunakan bahasa ibunda KP memang cun pilihannya. Memang cun. Anak2 KP juga semuanya anak2 pintar. Saya percaya KP dan tahu KP tidak berbohong. Tetapi, adalah pengalaman KP "representative of the population"?
Renungilah.
Dan akhirnya KP, jangan marah2 sangat. Kita hanya beri pendapat kerana isu ini kita semua hadapi dan kesudahannya mengimpak ramai. Tak salah kalau dibincang. Jangan mudah rasa dipijak. Tak ada orang yang pijak. Saya rasa kemarahan yang ditunjukkan KP pelik kerana kalau kita salah, kita betulkan. Saya selalu percaya, yang tak ada Tuhan, bila dipijak, dia melenting kerana dia percaya, di dunia ini, dia saya yang mampu mempertahankan dirinya sendiri. Yang kenal Tuhan, terutama yang maha berkuasa, dia pun rasa secure dan kalau orang silap, dia berbesar hati. Kalau orang yang benar2 zalim dan jahat, dia tahu Tuhan yang akan menghakim dan menghukum mereka yang melanggar perintah2 yang diturunkannya. Oleh itu, mintak maaf kalau saya rasa rata2 reaksi para blogger Islam yang kuat melenting dan buat "virtual amok" pelik, memang pelik.
Sdr OJ,
Bukan marah. Tapi nasihat. Umpama marahkan anak, marah-marah sayang. Tapi anak akan ingat kita tidak sayangkan dia bila kita marah, kerana anak tidak tahu apa sebenarnya niat dan tujuan sebenar kita marah. Tapi bila dah 'besar' baru 'anak' sedar bahawa bagus kena marah dengan 'ayah'. Baru dia berterima kasih kerana kalau tidak kena marah dengan 'ayah' mungkin tidak jadi 'orang'. Saya sangat percaya orang yang menentang sebenarnya tidak ramai. Saya pernah berbual dengan seorang guru sekolah kebangsaan berbangsa India baru-baru ini. Sungguh hebat cikgu ini. Dia mengajar subjek Tamil dan bahasa Inggeris. Dalam perbualan kami, dia menyatakan begitu menyokong kuat usaha 1 aliran. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar UTAMA. Malahan, beliau dengan bangganya mengatakan bahawa ramai anak Melayu yang begitu cemerlang pencapaian bahasa Tamil setaraf denga anak-anak India itu sendiri. Beliau juga dengan penuh bersemangat turut sama menyokong anak India belajar bahasa Arab dan Mandarin. Saya pun amat bersetuju dengan pandangannya. Saya anggap dia sangat ikhlas dalam memberikan pandangan. Saya kagum dengan sikap yang sebegini. Golongan pendidik nampaknya berupaya melihat semua ini dengan sangat baik.
Kembara Politik, saya lega bahawa KP tidak marah. Setidak2nya, saya tahu keimanan yang ada itu menonjol juga kesahihannya. Memang benar golongan pendidik dapat melihat banyak hal yang kita tak nampak. Tetapi KP, bukannya semua. Begitu juga, saya rasa KP ada juga pendapat2 yang bernas. Namun begitu, perihal paradigma ayah-anak itu, berhati2lah kerana banyak kerajaan yang dah tumbang cakap macam tu. Dalam zaman ini, kita menoleh belakang dan mencontohi sifat mendengar tamadun2 agong termasuklah kerajaan Athens di mana suara rakyat didengari. Saya percaya tamadun Islam pada satu masa dahulu begitu juga.
It' Better Late than Never.
tak kisah lah in BM ke, dalam bahasa omputih ke, rojak asma ke, rojak buah ke, yang penting
YANG BAIK KITA AMBIL SEBAGAI TELADAN N ENCURAGEMENT
BEGITU JUGA YANG BURUK...
Kerna in al-Baqarah ayat 216 Kurang Lebih Membawa maksud.....
"...kamu rasa Itu BAIK untuk kamu tapi ACTUALLY NOT and; WE ALL rasa Sesuatu itu SUDAH CUKUP BAIK but IN FACT, THE WORST..."
ITU FIRMAN ALLAH SWT
PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Dan For Malaysians
The Most Important Thing
We have Our PERLEMBAGAAN!
Every Malaysians must get into the Kerangka Besar PERLEMBAGAAN MALAYSIA kerana PERLEMBAGAAN MALAYSIA tidak lari dari AL-QURANUL KARIM dan Suri Teladan MUHAMMAD SAW. Dan kerana Malaysia ini MAJORITI ada Kalimah tauhid...
INSAN dengan KALIMAH TAUHID ini kena banyak BERKORBAN
ingat...
BERKORBAN!
BERKORBAN!
BERKORBAN!
Kerna Janji ILAHI
"Bila mana Datang KEBENARAN, Lenyaplah KEBATILAN dan Yang BATIL itu PASti akan LENYAP."
So, WHAT FOR TO AFRAID OF???
tak payah lah nak panggil mana-man golongan sebagai ULTRA KIASU kerana itu semua hanya merumitkan lagi Semangat 1Malaysia:Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan...
Kesian lah pada Najib Razak tu, DAH BERBUIH mulut Najib BERKIAS!
Berkorbanlah wahai INSAN BERILMU!!!
coz...
GOD ALWIZ WITH US.
I HOPE THAT THIS MESSAGE IS NOT DELETED AGAIN - by RT ( RAHMAN TEOH )
BUT NOT RT - RIDUAN TEE THE DR!
HAVE THE GUTS TO FACE THE TRUTH OR YOU SHALL BE CALLED A COWARD!
If the last & great beloved prophet of Islam Prophet Muhammad profess that we should gain and get AS MUCH knowledge form THE Cradle to THE Grave even to SEEK IT IN CHINA !
WHY TO EVEN CHINA IF A MAY ASKED THE LEARNED DR?
WHY NOT MALAYSIA OR INDIA OR ENGLAND OR IRAN OR EVEN USA ?
YOU ARE AN UZTAZ AND ISLAMIC SCHOLAR WITH GREAT CREDENTIALS!
WHY QUESTION AND RESTRICT THE RIGHTS OF ANOTHER FELLOW HUMAN BEING TO DO WHAT THEY WANT (STUDY)WITHIN ACCEPTABLE LAWFUL MEANS?
IS STUDYING IN ANY OTHER LANGUAGE DANGEROUS AND DAMAGING TO OUR SOCIETY? IS IT A CRIME ?
OR IS IT A POLITICAL GAME ?
IF THIS COUNTRY SERIOUSLY WANT TO UNITE ITS PEOPLE, THERE IS ONLY ONE SOLUTION!
1. JUSTICE & EQUALITY!
ALL HUMANS ARE EQUAL THE ALMIGHTY ALLAH swt SAID THAT !
WHY ARE WE DISPUTING HIM ?
CAN WE HAVE A REASONABLE GOOD ANSWER FROM AN ISLAMIC SCHOLAR?
TGNA SAID THAT AND HE PROFESS IT !
THAT'S WHY MORE & MORE PEOPLE GET ATTRACTED TO HIS WAY OF LIFE!
MANY MORE NON MUSLIMS WILL BE ENLIGHTENED BY HIS GOOD DEEDS & FEAR OF ALLAH.. RATHER THEN JUST WORDS..ONE MALAYSIA!
I GUESS YOU, AS A POOR GOVT SPONSORED DR. GET CAUGHT IN IT AND HAS TO DEFEND A POOR DECISION AND COME UP WITH POOR ARGUMENTS & JUSTIFICATIONS !
PLEASE DO NOT BRING SHAME TO CHINESE CONVERTS ALL OVER THIS WORLD.. AS YOU HAVE DID THE LAST TIME MY FELLOW COUNTRY MAN WITH THE SAME SIR-NAME (TBH) WHEN HE WAS KILLED...!
ISLAMIC LAWS ARE APPLICABLE TO ONLY MUSLIMS..NOT OTHERWISE, IF THEY ARE NOT WILLINGLY ACCEPTING IT...
T.B.H's UNBORN CHILD IS NOT A MATTER FOR THE SYARIAH LAWS TO DECIDE..!
PLEASE REFRAIN FROM RIDICULING YOUR GOOD SELF ANY FURTHER...
HOPE TO SEE THIS RESPONDED WITH SOME SOLID ARGUMENTS AND TRUTH's...
INSYA ALLAH
WASSALAM
Post a Comment