Mingguan Malaysia, 15 Nov 2009
Seperti yang dijangka pantang soal pendidikan vernakular disentuh, maka melompatlah segelintir ultra kiasu ini. Mereka mengatakan itu hak mereka. Kepentingan etnik mesti dijaga. Jangan campurtangan. Sedangkan saya bercakap dalam soal pembinaan negara bangsa, memperkasakan masa depan dan kepentingan nasional, dengan tidak menafikan hak bangsa lain untuk belajar bahasa ibunda. Apakah kita masih tidak faham? Lebih ekstrim lagi, mereka mencadangkan jika mahu dibuat sekolah satu aliran, jadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama?
Maka tidak hairanlah hari ini mereka amat bangga dan megah dengan nama-nama tambahan seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadangkala naik mual memanggil dan mendengarnya. Mereka bangga dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat. Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard dan glamour? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah 1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.
Bukanlah niat saya untuk menanamkan api kebencian antara kaum. Tetapi serangan demi serangan menyebabkan saya terpaksa berterus-terang bagi menunjukkan segelintir mereka ini yang tidak pernah bersyukur. Mereka lebih rela diasimilasi dan diakulturasikan dengan barat berbanding Melayu dan Islam.
Apa jua perkara yang berkaitan asimilasi dan akulturasi dengan Melayu Islam akan dipandang rendah dan langsung tidak akan diamalkan. Manakala cara hidup barat diterima bulat-bulat. Misalnya, cara hidup Melayu seperti berpakaian Melayu, bersongkok, makan menggunakan tangan dan muzik Melayu. Pernahkah kita lihat orang bukan Melayu sekurang-kurangnya mengakulturasikan dengan cara sedemikian? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.
Dalam konteks 1Malaysia, adalah lebih wajar kita mengasimilasikan atau mengakuturasikan diri dengan cara hidup Melayu Islam, kerana ia lebih membawa manfaat kepada masa depan negara. Orang Islam amat kagum dan mudah cair jika ada di kalangan bukan Melayu yang mencuba meminjam cara hidup mereka. Ini tidak, kita lebih barat dari barat. Termasuk juga dengan orang Melayu. Kadang-kadang sampai terlupa bahawa mereka ini orang Melayu kerana terlalu kebaratan.
Sebagai Cina Muslim, bangsa saya memang tidak mahu dikaitkan dengan Melayu langsung terutama dari segi cara hidup. Kalau adanya yang berjinak-jinak dengan Melayu hanyalah untuk dipergunakan dan diperalatkan. Amat sedikit sekali orang Melayu yang bekerja di syarikat-syarikat bukan Melayu. Syarat-syarat seperti keupayaan bahasa Mandarin dijadikan alasan untuk menolak pekerja Melayu. Berbanding dengan syarikat-syarikat Melayu yang mengambil pekerja-pekerja bukan Melayu, atas alasan bukan Melayu lebih rajin daripada Melayu. Bahkan, kadangkala bukan Melayu juga dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Siapakah yang lebih sanggup memberi dan menerima sebenarnya dalam hal ini?
Kalau adapun orang Melayu (termasuk Indonesia) diambil bekerja hanya dipergunakan untuk melariskan jualan makanan dan perkhidmatan. Melayu diperalatkan. Nama Melayu akan digunakan untuk melariskan jualan seperti jenama makanan yang mempunyai nama-nama Melayu dan Islam. Sedangkan hak-hak mereka asas mereka tidak penuhi. Orang Melayu tetap redha sebab itulah periuk nasi mereka. Berapa pekerja-pekerja Melayu Islam yang datang mengadu kepada saya kerana dihalang untuk solat Jumaat dan solat fardu? Saya boleh senaraikan satu per satu syarikat tersebut. Solat dikatakan membuang masa dan mengurangkan kualiti dan produktiviti. Sedangkan kita sedia maklum, semakin takut seseorang itu dengan Allah, semakin kuat dia bekerja untuk manusia, sama ada majikannya itu Islam atau tidak. Sifat takutkan Allah akan menjadikan dia berhati-hati melakukan pekerjaan. Saya tidak nafikan ada yang kuat solat, tetapi malas dan culas.
Apakah wujud perancangan untuk memisahkan orang Melayu dengan Tuhannya agar mereka menjadi cair? Apabila ikatan mereka dengan Allah telah cair, maka lunturlah semangat jihad mereka, maka mudahkan untuk mensekularkan dan menguasai mereka. Inilah tindakan licik yang mesti kita sedar. Saya tidak maksudkan jihad itu dengan berperang, tetapi cukup sekadar jihad itu menuntut perubahan untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan Maha Pencipta.
Kadangkala saya tidak menyalahkan mereka. Mereka mencari dan mengambil kesempatan. Kita sahaja yang leka dan syok sendiri. Kita tidak menghargai apa yang kita ada, apatah lagi untuk menguatkuasakannya. Kita rela korbankan segala yang ada pada kita asalkan negara dapat bergerak maju ke hadapan, walaupun yang dikorbankan itu adalah maruah agama dan bangsa. Misalnya kedudukan bahasa dan dasar pendidikan.
Kenapa kita tidak kaji kekuatan yang ada pada kita sebelum mengkaji kekuatan orang lain? Saya amat pelik kadang-kadang, kita begitu beriya-iya mengkaji orang lain sehingga terlupa kepada diri sendiri. Ini menyebabkan kekuatan sendiri terabai disebabkan oleh terlalu taksub terhadap orang lain. Apakah ini sebenarnya sekularisme?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar diwajibkan belajar dan memahami pelbagai teori yang datang daripada barat (terutamanya) dan timur daripada tokoh-tokoh tertentu. Teori-teori ini bukan sahaja disuruh hafal, malahan mereka yang berjaya menerangkan lebih lanjut itulah pelajar yang terbaik dan diberi markah tinggi. Contoh kecil, teori strategi dan peperangan Tsun Tzu. Pelajar-pelajar dipaksa menghadam teori ini luar dan dalam, kulit ke kulit, sehingga kadangkala terlupa tanggungjawab terhadap al-Quran dan Sunnah. Strategi Tsun Tzu tidak hanya diaplikasikan dalam peperangan tetapi juga dalam perniagaan. Sedangkan Tsun Tzu tidak pernah masuk universiti, apatah lagi mengambil SPM dan PMR.
Paling saya hairan, kita lupa dalam agama kita ada pakar dan pemikiran strategi perang yang cukup hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Khalid Ibn Walid, Omar al-Khattab, Salahuddin al-Ayubi dan sebagainya. Tokoh-tokoh amat jarang dibincang dan ketengahkan. Apatah lagi untuk dihafal teori-teorinya. Apakah kurangnya tokoh-tokoh ini berbanding dengan Tsun Tzu, Kautilya (India), Clausewitz, Duhe dan sebagainya? Saya tidak menolak tokoh-tokoh ini, tetapi biarlah diseimbangkan dengan tokoh kita yang tidak kurang hebatnya.
Apakah Tsun Tzu pernah mendapat ijazah atau PhD daripada universiti? Tidak juga. Kenapa hari ini pelajar-pelajar universiti pelbagai peringkat mengkaji strategi peperangan orang yang tidak pernahpun ada atau masuk universiti? Nabi Muhammad SAWpun tidak pernah masuk universiti. Tetapi Nabi adalah Rasul pilihan Allah. Makamnya amat tinggi. Maka tidak hairan Michael Hart (2006) meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia agong maha hebat daripada 100 orang terhebat dunia meninggalkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha, Konfucius, Aristotle, Tsun Tzu dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Malangnya tidak ramai yang mengkaji.
Hari ini sudah terbalik, barat amat berminat mengkaji peribadi orang timur. Tetapi orang timur sibuk mengkaji barat sehingga terabai kehebatan tokoh sendiri. Justeru, saya tidak hairan, bila orang bukan Islam tidak mahu diasimilasikan atau diakulturasikan sebab kita tidak pernah hormat diri tokoh kita atau diri sendiri.
Saya tidak percaya kita boleh bangun dengan acuan orang lain. Sejarah menunjukkan semua bangsa bangkit dengan kekuatan dan acuan sendiri. Jepun bangkit dengan semangat Kejepunan, Cina dengan semangat Kecinaan. Apakah kita mahu bangun dengan semangat kebaratan? Sudah tentu orang Islam mesti bangun dengan semangat keIslaman. Barulah kita mendapat keredhaan Allah SWT.
Baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat penting kementerian. Kebetulan dalam mesyuarat tersebut ada seorang usahawan Amerika boleh berbahasa Melayu secara pelat. Hanya kerana seorang Mat Salleh, serta merta pengerusi mesyuarat terpaksa korbankan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya amat yakin presiden Iran tidak akan sama sekali melakukan sedemikian, walaupun beliau pandai berbahasa Inggeris. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan bahasa sendiri, siapa lagi yang mahu kita harapkan untuk mendaulatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



109 comments:
Salam Ustaz.
Seperti biasa...serangan peribadi menjadi senjata utama melemahkan Ustaz. Tetapi saya kagum dengan Ustaz tidak mengaku kalah dan sudah biasa bergelar yang buruk-buruk. Lebih teruk keluarga Ustaz jugak di heret bersama. Harap Ustaz bersabar dan tenang menghadapi ujian dari Allah s.w.t.
Mengenai isu hari ini yang di bangkitkan oleh Ustaz saya amat terperanjat dengan ulasan yang di tulis Ustaz. Kalau betul itu fahaman mereka, kalau itu lah keputusan mereka tidak mahu berkongsi, tidak mahu bersatu padu, tidak mahu kalah, kita terpaksa mengambil langkah segera dan memulakan langkah dahulu.
Memulakan langkah kita, saya cadangkan sekolah kebangsaan, di WAJIBKAN pelajar bangsa melayu mengambil subjek Bahasa Manderin dan Tamil dan MESTI lulus kedua-dua subjek ini. Saya yakin dan saya telah mengkaji orang melayu tidak akan menolak sistem baru ini.
Semasa kementerian pendidikan mengumumkan kelas bahasa Manderin dan Tamil di ajar di sekolah kebangsaan, saya terasa rugi kerana tidak dapat masuk kelas tersebut. Saya bercakap dalam hati "kenapa kerajaan lambat menwujudkan kelas itu". Kalau tak saya dah lama fasih berbahasa Manderin dan Tamil.
Tentang isu memperjuangakan Bahasa Malayu, saya tidak nafikan ianya mengambil masa dan di sertakan undang-undang yang jelas. DBP tidak dapat bertindak kerana undang-undang kuasa yang ada cumalah terhad dan tidak boleh bertindak.
Saya mencadangkan DBP membuat promisi "SATU BUKU DBP UNTUK DIBACA OLEH PELAJAR DI SEKOLAH MANDERIN DAN TAMIL". Adakan pertandingan tersebut di sekolah Jenis setiap bulan. Bas jualan buku DBP di setiap sekolah kebangsaan dan jenis kebangaan akan membuka ruang dan membuka minda pelajar-pelajar menguasai bahasa ibunda negara.
Promosi dan galakan mesti di beri kepada mereka. Saya tak boleh salahkan utra kiasu ini kalau menolak mentah-mentah. Ini kerana Kerajaan - terutama Kementerian Pendidikan dan DBP tidak bersungguh-sungguh mendaulatkan Bahasa Malayu di sekolah. Sistem lama mesti berubah. Media masa, media elektronik dan promosi berterusan mesti berjalan tanpa henti.
Saya yakin kalau DBP turun padang membuat jualan buku DBP di setiap sekolah Jenis Kebangsaan, minat ingin membaca di kalangan semua kaum akan bertambah dan sedar bahawa indahnya bahasa Melayu dan adat Timur. Oleh itu tidak wujud nama orang putih di kalangan orang timur.
Ustaz, saya ucapkan terima kasih kerana sekali lagi bangkit dengan isu-isu bernas dan standart Universiti. Dimana isu-isu Ustaz membuka minda saya. Terima Kasih Ustaz.
Ustaz "gengamlah bara api, sampai ianya menjadi debu". Semoga berjaya Ustaz.
Saya masih menunggu buku keluaran Ustaz.
Salam dari saya.
Asalamualaikum.
salam dr.
setelah saya baca bicara dr,
saya teringat bagaimana negara jiran kita indonesia mendaulatkan bahasa mereka. sehingga nama2 mereka juga perlu ada ciri2 kebangsaan republik indonesia. seandainya negara kita mengambil langkah serupa. mungkin akan terjadi demontrasi lebih hebat, kerana rakyat malaysia memang suka dan bangga berbuat demikian.
tentang masyarakat cina.
sejak dari zaman persekolahan hingga skrg. saya bersama mereka dimana2 jua. apa yg dr tulis mmg saya selalu alami dan berselisih faham sudah lumrah.
tksh coretan dr.
hingga skrg saya malu dan terguris dgn penghinaan mereka bagi menjawap perdebatan soal maruah bangsa melayu.
saya tahu itu bukan salah mereka.
mungkin bangsa melayu ramai yg masih lena dan leka tetang mertabat bangsa melayu sehingga dr sendiri menulis bagi memertabatkan bangsa melayu.
antara kisah yg mengguris hati saya. suatu masa saya memanggil rakan2 sejawat berbangsa cina dan 2 antara mereka dari hong kong utk berbincang bagi mendapat penjelasan berhubung gangguan seksual pekerja2 bawah naungan saya.
mereka sering kepusat2 hiburan.
kebanyakannya mereka dilayan oleh org2 melayu.
mereka juga terlalu mudah mendapat kenalan gadis2 melayu berbanding bangsa mereka sendiri. kebanyakan gadis2 melayu mudah menemani hingga ke ranjang. ditempat saya bertugas juga mereka yg kenal mesra dgn pekerja2 mudah dibawa kemana2.
bagi mereka beranggapan semua gadis2 melayu mudah dibawa keranjang.
banyak lagi kisah2 remeh tapi memalukan atau menghina bangsa melayu. tapi saya akui itu bukan salah mereka.
sekali lagi saya bertksh pd dr.
smga dgn ini bangsa melayu terjaga dari lena.
Orang Melayu khususnya dan islam amnya sepatutnya sedar dengan apa yang Dr cuba jelaskan sejak awal lagi.
Agak malang kerana akan ada orang Melayu sendiri yang akan menjadi "Petualang Bangsa" yang akan membela sekolah vernakular semata-mata untuk meraih sokongan dari "Ultra Kiasu" demi kepentingan politik.
Jika semua orang islam terutama Melayu bersatu dalam sesuatu hal yang melibatkan kepentingan umum pasti kita dapat mengatasi kehendak golongan Ultra Kiasu ini.
Malangnya ini tidak akan berlaku kerana pasti "Orang yang gila kuasa" ini tak akan duduk diam..
syabas Dr,
Melayu patut bangun dan jangan menjadi bangsa yang ultra malas.
cerita sedikit,
bapa saya seorang kontraktor. pada tahun 2005, seorang kawan bapa saya yang berbangsa melayu memnta tolong bapa saya untuk menyiapkan satu projek membina pagar mengelilingi sebidang tanah milik jabatan perikanan, atas alasan kawan melayu tu tak mampu nak melaksanakan projek itu. untuk pengetahuan, projek itu telah melalui beberapa tangan, dan peruntukan hanya tinggal jumlah yang kecil sahaja.
(tahulah kejadian menyeleweng ini perkara biasa dalam sistem pengagihan projek kerajaan)
lihat kesiannya kawan malayu itu kerana tarikh siap projek dah dekat, maka bapa saya yang berhati lembut pun tolonglah.
bapa saya telah mengupah beberapa pekerja melayu muda yang tinggal berdekatan untuk melaksanakan projek tersebut.
(patut dipuji kerana tidak mengupah pekerja asing)
apa yang saya nampak, kumpulan yang ultra malas itu (lebih kurang 5 orang) sambil duduk dan sembang sementara mesin pengisar simen berjalan. lepas tu kumpulan ultra malas tu pun berdua-duaan menolak kereta sorong isi simen, lepas tu tuang ke dalam acuan yang sebagai base untuk pagar, SETIAP 15 MINIT!
masa yang lain tu, merokok dan duduk bawah teduh sembanglah.
saya kesian dengan kumpulan ultra malas itu sebab mereka miskin sangat. mereka sering pinjam duit dengan bapa saya, walaupun diberi upah sebanyak RM80 sehari.
tiba masanya membayar gaji yang dibayar setiap 2 minggu, apabila gaji kumpulan ultra malas tu ditolak dengan pinjaman dahulu, tinggallah sedikit gaji yang dapat.
teka apa yang kumpulan ultra malas tu buat, mereka bawa kawan-kawan yang berlagak macam samseng mengelilingi dan menggugat bapa saya untuk bayar gaji lebih. dalam situasi sebegitu, bapa saya terpaksa akur (tidak tahulah apa akan berlaku jika bapa saya enggan naik gaji) dan bagi gaji rm100 sehari.
apatah lagi, konkrit yang telah dibina itu amat tidak rata, macam gigi gergaji, bapa saya terpaksa upah pekerja bangladesh untuk memperbaikinya.
beginilah kualiti dan perangai kumpulan ultra malas tu.
akhirnya, projek yang berjalan selama 2 bulan itu telah rugi lebih kurang RM7 ribu. dahlah peruntukan projek tu pun hanya dapat menutup kos sahaja. nasib baik sempat siap pada hari siap projek yang ditetapkan.
kumpulan ultra malas ini tidaklah mewakili seluruh bangsa melayu, sebab dalam kalangan kawan saya di universiti, ramai yang rajin study dan buat assignment.
tetapi insiden ini telah menimbulkan perasaan stereotaip dan bapa saya akan mengelak untuk mengupah pekerja melayu muda. dah takut la! saya mengaku kita cina ultra kiasu.
Betul ke cerita ni?
jangan duk kisah with the serangan peribadi...
YANG BENAR TETAP BENAR!
Saya perhatikan semua nilai yang datang dari Barat itu dianggap sebagai 'international'. Mungkin ini berlaku dari kesan penjajahan minda melalui berbagai media.
Memakai tali leher dan baju coat adalah pakaian international, tidak ada siapa yang akan menolak untuk memakainya di majlis-majlis.
Makan pakai sudu dan garpu, juga nilai international, tidak siapa yang berani memperlekehkannya.
Saya lihat Average Joe ini asyik mengatakan Ridhuan Tee memfitnah dan menghasut.
Di rencana yang lalu dia ligat menomah bermacam macam. Bila saya baca rencana itu, saya dapati Ridhuan Tee tidak saperti yang di tomah AJ ini. Saya sampai ke blog ini lambat tapi saya sudah tinggalkan komen di rencana yang lalu juga mempertahankan Ridhuan Tee.
Apa kah AJ sakit hati bahawa Ridhuan Tee memeluk agama Islam dan berpendirian yang berlainan dari Cina biasa?
Sekarang AJ mengatakan, "Kalau dikupas rencananya minggu ini, memang jelas asas ilmiahnya lemah dan amat bersifat hasutan." Senang sahaja dia berkata begitu. Dia tidak mengeluarkan hujah-hujah yang membuktikan tomahan itu. Tidak ada justifikasi di beri. Apa tujuan sabenar nya AJ ini?
PKR-DAP-PAS not racial parties?
All that they want is the Indian and Chinese votes like in the 12th general election. Not the Indian and Chinese problems!
Name some of these problems please.
Mr malaysia and Ordinary Joe is one?
They are good whaaat!
Yes. Good at stirring hatred, ill will among Malaysians, especially provoking the Malays to look with suspicion towards the Chinese and Indian brother citizens, to emulate them how to show hate and ill will towards everything Malay.
Mr malaysia and ordinary joe are working towards another 13 Mei.
Another 13th Mei is also good, for the rich will lose all their riches, the poor stand to lose nothing. Ther cannot cart Malayan soil to China their motherland.
Lets encourage Mr malaysia and Ordinary Joe and rally to their calling.
Zendra, silalah amati tulisan saya pada rencana yang lepas - berasaskan fakta. Apa yang yang jelaskan sebagai proses pembentangan hujah2 ilmiah digunakan dimana2 saya. Sekiranya anda pernah present paper atau pun buat tesis, itu disiplin asas.
Sekiranya Zendra tidak meneliti argumen saya, memang tak dapat saya bantu.
Kembara. Cerita tu betul ke tidak, kita memang tak tahu. Tetapi apa yg jelas saya tak boleh menggelar Kembara ultra malas kerana insiden itu. Begitu juga dgn Ridhuan Tee. Kata orang Cina, pakai bambu sebatang orang sekampung dihambat. Kita rasa terfitnah olehnya setiap kali munculnya rencana RT.
Kalau dikupas rencananya minggu ini, memang jelas asas ilmiahnya lemah dan amat bersifat hasutan. Boleh saya kata disini bagi setiap cerita orang Cina yang buruk, banyak yang baik juga. Baru2 ni, staff melayu dari dept yang lain suami sakit tenat, kita hulurkan bantuan. Terdahulu dari itu, staff melayu sakit dan kereta dipecah masuk dan derma dihulurkan. Cerita macam ini Ridhuan Tee tak pakai punya.
First Born. I am not sure if you have been reading the responses clearly or not. If you can quote portions that are stirring hatred, I am happy to look at them and respond accordingly.
I can only come to a few conclusions that can explain your outburst:
- it was not my views that you were reading but RT's that that irreversibly imbued a sense of hatred and prejudice towards non Malays like me,
- you are an agent provocateur that has a singular objective to silence alternative views and voices of reason - a tactic not uncommon in psychological tactics, or well,
- you are simply not able to cope with the arguments presented and have decided to run amok, virtually, that is.
If we have another May 13, it is not because of people like me but because of people like you, who turn a blind eye to irresponsible journalism. Go ahead and do a May 13, or worse... the main losers are not going to be just the Chinese or Indians but ALL of us. Companies that have strong bumi ownerships will suffer when Chinese consumers suffer. To help you understand, if May 13 results in a country in tatters and houses and assets plunge in value, Bumi owned banks will not be able to recover the loans and spiral into an unrecoverable liquidity position. Better still, kick the Chinese out of the country and things can just get worse. You will get a major international embargo including freezing of assets (including reserves) because of massive human rights violation. History will replay: the Chinese purged from the country will take their human capital elsewhere and continue with life. If you ethnic-cleanse this country of the non-Malays, the world will take note that you will suffer. Even South Africa suffered greatly just by Apartheid alone. Ethnic cleansing by Malaysian Malays will trigger a major economic catastrophe. And imagine, all these happen when the non-Malays have done no wrong but for the incitement of hatred week after week by an Ustaz.
So my friend, read the blogs carefully. WE ARE VOICING OUR VIEWS TO HELP EVERYONE TO UNDERSTAND THAT WHEN RT TALKS ABOUT NON MALAYS IN A CERTAIN LIGHT, HE IS NOT OFTEN RIGHT!!! IF YOU STAY SILENT, REMEMBER HOW HITLER AND HIS PROPAGANDA MACHINE LED GERMANY INTO AN ABYSS OF DEADLY FOLLY - YOUR INACTION WILL BE FATAL.
My friend, it is all in your hands. Join hands to curb irresponsible partisan propaganda and live another day to see a better Malaysia. If May 13 is what you want to avoid, let's join hands and do the honour together. Whacking and kicking small fries like us in the stomach will not do you any good.
maaf sebab berkata secara tidak sopan dengan melabelkan sesetengah orang sebagai ultra malas. tetapi ini sebagai serang balik kepada sesiapa yang mengatakan cina sebagai ultra kiasu. niat saya cuma nak mengingati sesiapa yang berkenaan, jangan senang-senang melabelkan orang lain jika anda tidak ingin dilayan dengan cara yang sama..
saudara first born,
kalau anda merasa kata-kata saya menggugat ketenteraman negara, silakan lapor kepada polis. saya sedia mempertahankan hujah saya yang dianggap ekstrim oleh saudara first born.
harus dikatakan seluruh dunia dipengaruhi oleh trend globalisasi. seperti yang dikatakan oleh RT bahawa Jepun kuat sebab semangat kejepunan, tetapi adakah RT mengetahui bahawa jepun membangunkan ekonomi ketika jepun pergi melawat ke barat dan membawa teknologi barat ke dalam jepun?
semangat kebangsaan itu harus tertanam dalam hati. saya sebagai cina juga cintakan malaysia. bila perlawanan badminton china lawan malaysia, saya sokong malaysia habis-habisan.
bila cina sebut mempertahankan pendidikan vernakular, ia tidak berbau perkauman, dan bukanlah untuk mementingkan hak atau etnik seperti yang dikatakan oleh RT dalam perenggan pertama, tetapi ia adalah untuk mempertahan sistem pendidikan tersebut, untuk mewarisi pendidikan cina confucian yang telah beribu-ribu tahun dan mempelajari esensi dalam sistem pendidikan itu, ia tidak dapat dibelajar dalam kelas mandarin dalam sekolah kebangsaan, kerana ia adalah satu budaya pembelajaran, bukan sekadar subjek mandarin sahaja, dan juga bukan untuk mempertahankan hak kaum.
banyak ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina, mengapa mereka buat begitu? untuk belajar bahasa mandarin? bukankan dalam sekolah kebangsaan juga mempunyai kelas mandarin?
sebab mereka tahu sistem pembelajaran sekolah cina adalah berlainan, walapun subjek itu sebenarnya sama, maka ibu bapa tersebut ingin bagi anak mereka mencuba budaya pembelajaran yang berbeza. kalau betul sekolah cina buruk, sistem pembelajaran teruk, ektrimis, berbau perkauman, trend pelajar bangsa melayu dan india memasuki sekolah cina akan menurun sehingga 0.
Salam Ustaz Dr Ridhuan Tee,
Biasalah tu. Memang spesis ini kuat melompat.
Salam semua,
Bila kita minta semua yang mengaku rakyat Malaysia ini guna bahasa Kebangsaan, kita akan dilabel perkauman. Dilabel rasis. Tetapi jika Lim Kit Siang laung untuk buang segala hak Melayu, itu mereka label sebagai hak asasi dan samarata. Itulah dia sikap ULTRA KIASU meraka ini.
Saya sangat bersetuju dengan komen Zendra di post terdahulu. Penghormatan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan perlulah diletakkan di tempat yang sepatutnya iaitu sebagai bahasa pengantar UTAMA di semua sekolah.
Tidak ada seorang pun yang mempertikaikan atau menidakkan sesuatu kaum untuk belajar bahasa ibundanya. Belajarlah sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut. Belajarlah agar cemerlang bertutur dalam pelbagai bahasa.
Kita sangat mengalu-alukan semua kaum mempelajari pelbagai bahasa. Anak saya pun mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan walaupun bahasa tersebut bukanlah bahasa ibundanya. Malah mendapat markah yang tinggi dan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Di tambah pula dengan keberkesanan program j-QAF. Begitu cantik dan berkesan sekolah kebangsaan kita sebenarnya.
Mereka boleh berjaya walaupun tidak dihantar ke Sekolah Cina atau Tamil. Itulah yang saya cakap. Persoalan berjaya atau tidak dalam pelajaran bergantung kepada usaha gigih.
Usahlah mendabik dada kononnya sistem sekolah Cina terbaik. Saya sendiri berjaya membuktikan bahawa pelajar sekolah Cina bukanlah yang terbaik pun dengan mendapat pelajar terbaik walaupun majoriti Cina yang masuk ke sekolah menengah tersebut dari sekolah jenis kebangsaan Cina.
Malah saya dapati pelajar yang dari Sekolah Cina ini semacam jadi rakyat Republik Komunis China pula kerana ada yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Mereka berada di kelas peralihan. Keadaan ini memang tidak boleh diterima.
Persoalan utama: Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia yang mendabik dada mengaku menjunjung tinggi Perlembagaan susah sangat mahu meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya selari dengan kedudukan bahasa tersebut dalam Perlembagaan?
Salam Ummatanwasoto dan semua,
Sdr telah membuat beberapa rumusan yang dinomborkan 1,2,3,3 dan 4 di dalam komen artikel yang terdahulu.
Rumusan nombor 1 Sdr:
"1. Bahasa adalah anugerah Tuhan kepada sesuatu kaum utk berkomunikasi dan utk membezakan kaum itu daripada yg lain, iaitu menjadi identitinya. Setiap bangsa harus berbangga dengan bahasa anugerah masing-masing dan menghurmati hak kaum lain utk mempelajari, mendalami dan mewarisi bahasanya."
Fakta di pihak saya:
1. Tidak ada seorang pun di sini yang mempertikaikan bahawa bahasa adalah anugerah Tuhan. Kita akui.
2. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA di sekolah-sekolah tidak pun bertujuan menghapuskan identiti sesuatu kaum. Malahan, kaum Iban, Bidayuh, Malanau dan lain-lain kaum di Sarawak dan kaum Kadazan, Bajau, Dusun dan lain-lain kaum di Sabah masih kukuh identiti mereka mengikut kaum masing-masing WALAUPUN menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA di sekolah-sekolah kebangsaan di sana.
3. Tiada seorang pun yang berada di sini yang menidakkan hak kaum lain untuk belajar bahasa, mendalami dan mewarisi bahasanya.
Kesimpulan bagi rumusan nombor 1 Sdr:
1. Sdr tidak tahu apa itu bahasa pengantar UTAMA.
2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar UTAMA bermakna bahasa tersebut diletakkan di tempat yang istimewa selaras kedudukannya dalam Perlembagaan. Dan Sdr bersikap negatif terhadap bahasa Melayu itu sendiri yang sudah dimaktub dalam Perlembagaan yang diletak sebegitu cantik sebagai bahaas Kebangsaan.
3. Bahasa selain bahasa Melayu sangat digalakkan pembelajarannya dan ditawarkan sebagai subjek elektif. Belajarlah agar cemerlang. Kerana kecemerangan itu sangat dituntut oleh agama.
Persoalannya: Adakah akan hilang identiti keCINAan dan KeINDIAan jika kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA di semua sekolah sedangkan bahasa Mandarin, Tamil, Arab dan lain-lain bahasa turut sama ditawar?
Sdr malaysia,
Kamu fahamkah apa maksud kiasu dan bezanya dengan ULTRA KIASU?
Ustaz Dr Ridhuan Tee seorang berbangsa Cina. Tetapi atas sikap beliau, saya tidak pula label Dr Ridhuan yang berbangsa Cina ini sebagai ULTRA KIASU. Saya tidak pula label Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang berbangsa Cina sebagai ULTRA KIASU.
Tidak salah bersikap kiasu. Sikap kiasu untuk berjaya sebenarnya ada dalam diri setiap kaum. Yang salahnya adalah bersikap ULTRA KIASU.
Sesapa nak mengkritik Dr Tee biarlah menyerang hujahnya,jangan duk serang peribadi.
Budak sekolah rendah pun boleh tulis.
Sdr Ordinary Joe,
Usahlah hendak tohmah RT sedemikian rupa. Sdr yang berhujah tapi tenggelam hilang punca.
Sdr OJ pernah berhujah seperti berikut:
****
1. "digadai masa depan bukan Melayu yang rata2 didiskriminasikan dengan terpaksa mempelajari 3R dalam bahasa Malaysia."
2. "Selagi Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda sebahagian besar rakyat Malaysia, proses penyatuan satu sistem sekolah rendah akan tersekat. Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan."
*****
Saya lebih suka gunakan terma Bahasa Melayu. Saya tidak mahu gunakan terma bahasa Malaysia, kerana sudah melihat sikap hipokrit ULTRA KIASU yang kononnya lebih menerima terma bahasa Malaysia, sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Nampak sungguh celaru dan wujud diskriminasi pemikiran Sdr OJ terhadap Bahasa Melayu yang kita rakyat Malaysia sendiri akui dan terima sebagai bahasa Kebangsaan dan jelas termaktub ketinggiannya dan keutamaannya dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
Dalam satu masa (poin nombor 1) Sdr mengatakan dengan belajar menggunakan Bahasa Melayu masa depan orang Cina tergadai. Adalah sesuatu yang sungguh menghina apabila Sdr labelkan sebagai tindakan tersebut sebagai diskriminasi. Dan perkataan "terpaksa" sudah menjelaskan sikap orang Cina terhadap bahasa Melayu yang mereka kononnya dabik dada akui sebagai bahasa Kebangsaan.
Padahal, sudah jelas saya terangkan bahawa individu boleh berjaya dalam pelajaran dengan apa pun bahasa yang digunakan asalkan ada kesungguhan dan kegigihan. Saya telah pun memberikan contohnya di komen sebelum ini. Cuma Sdr sahaja yang malas hendak akui dan terima dengan baik.
Di suatu masa lain pula (poin nombor 2) Sdr sendiri sebenarnya akui bahawa usaha ini merupakan usaha yang murni yang perlu dilaksanakan. Sdr sebenarnya sudah mengakuinya dengan ayat berikut:
"Selagi Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda sebahagian besar rakyat Malaysia, proses penyatuan satu sistem sekolah rendah akan tersekat. Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan."
Persoalannya: Bilakah masanya seperti yang Sdr tulis "dalam jangka panjang" tersebut?
Kita renung kembali apa yang diimpikan oleh Negarawan Tun Abdul Razak:
"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. - Penyata Razak, Perenggan 12, 1956."
Ini cerita tahun 1956. Tahun 2009 pun masih cerita yang sama? Beransur-ansur? Lihat, betapa cukup bertoleransinya orang Melayu. Diberi masa dengan beralah, tidak mengejut.
Jadi, bila agaknya impian Sdr OJ melalaui ayat "Tetapi, saya rasa dalam jangka panjang, ini akan menjadi satu kenyataan" itu akan menjadi benar-benar kenyataan kalau tidak ada usaha ke arah itu.
Dan ingatan buat Sdr OJ: Impian palsu Sdr OJ itu tidak akan menjadi realiti selagi adanya spesis ULTRA KIASU.
saudara KP,
dalam hujah di atas saya tidak mngatakan sekolah cina sekolah yang terbaik. tolong fahamkan maksud saya.
saya bermaksud sekolah cina mempunyai budaya pembelajaran yang berbeza, bukan sekadar belajar dalam bahasa cina. budaya pembelajaran itu tidak dapat dipindahkan ke sekolah lain dengan hanya mewujudkan kelas mandarin.
sebagai, seorang pelajar dari sekolah cina, saya tetap dapat bergaul rapat dengan kawan melayu dalam universiti, bermain sukan dalam pasukan yang saya seorang saja orang cina, berkawan baik dengan pensyarah saya dan makan tengahari dengan mereka.
kalau kita lihat semua benda dalam aspek perkauman, maka jadilah isu perkauman.
Hello Apek malaysia and Aney Ordinary Joe;
First Born was taking about racist Dap+Pkr+Pas. It is true about their interest. Only voters but not their welbeing. How long since PRU 12. What good for the people have done?
It is true that you pose a muhibbah security problem to Malaysian brotherliness tolerance and goodwill.
It is true that you all are doing your best to destabilise peace by stoking ill-feelings among fragile tollerance between multiracial Malaysian ... see how they react towards you ... as you expected ... as provoked. The good Dr. Redhuan is talking about nation buiding to quanch human dissatisfaction. You are stoking fire to bring down whatever was built.
By doing these it is apparent that your main interest is not local and Malaysian but that of a hostile foreign entity despite claiming otherwise. You are not serving the best interest of anything local except yourselves and maybe your masters from across the shores.
First Born remind us about the terrible consequeces of May13, and you come up with the gory details of how to go about it by slyly mentioning the kicking of the Chinese, ethnic-clensing and appartheidism - all ugliness of the highest degree of human acts.
You are accusing First Born as an agent provocateur - but it is well known that super racists called others racist, liars and deceivers labled others as such, ultra kiasu lee kuan yue labled Mahathir ultra Malay. Thus we know that you are a plant, a stool pigeon and a professional agent provocateur. Your aim is to sever whatever weak bonds there is in multi-racial Malaysia.
People, friends and countryman, let's sever them off before they sever us from one another.
People who call other people racists are actually RACISTS themselves. They pretend that they don't do anything and yet they are the ones who are Racists and Fascists. Yes, I am talking about prople like malaysia, ordinary joe and co. Where is their national Malaysian spirit? Where is the desire to have anything based on national aspirations, unity and racial harmony? Where is the desire to build a united and stable Malaysia? Where? They keep on saying that their "datok moyang" culture and language must be retained in their foreign language schools at whatever cost. I thought these vernacular schools were meant just for a passing period after which they would go back to their motherland which is China. I think these ungrateful people made a mistake of being Malaysians, they should just pack their bags and "balik kampong". End of story. No need to learn the National Language of Malaysia as I am sure they can get assimilated easily in the forefather's land. Easy what??!!
Assalamualaikum Dr. dan keluarsa.
Muga2 diberi Allah dalam keadaan sihat dan sajehtera.
Kalau kita perhatikan sejak azali lagi apa2 saja yang dilakukan untuk kebaikan pasti akan mendapat tentangan.
Penentangan ini berlaku dan dilakukan kerana ianya tidak sehaluan dengan mereka, sebaik mana sekalipun pendapat atau cadangan yang dikemukakan pasti tidak akan diterima oleh gulongan tersebut, seolah2 mereka telah menutup semua pintu dan tingkap hati mereka rapat2.
Sabenarnya mereka ini bukan tidak tahu saranan yang disuarakan itu adalah betul, tetapi diatas sebab2 tersebutlah maka penentangan dilakukan, kerana mereka cemburu dan takut segala tulisan yang Dr. lakukan akan memberi pengaruh kepada orang ramai, dan apabila ini berlaku, lama kelamaan pengaruh mereka pula akan mengecil, inilah yang sangat2 menakutkan mereka.
Sifat takut selalunya lahir apabila sesorang merasa dirinya lemah...
Oleh yang demikian saya berharap kepada Dr. supaya dengan kekuatan yang diberi Allah dapa meneruskan perjuangan ini seterusnya, yang mustahaknya setiap perjuangan itu hendaklah ikhlas seikhlasnya..
Sekian, dengan didahului doa muga2 Dr. dan Keluarga dalam keadaan selamat senantiasa.
Wassallammm..
Assalamualaikum Dr. dan keluarsa.
Muga2 diberi Allah dalam keadaan sihat dan sajehtera.
Kalau kita perhatikan sejak azali lagi apa2 saja yang dilakukan untuk kebaikan pasti akan mendapat tentangan.
Penentangan ini berlaku dan dilakukan kerana ianya tidak sehaluan dengan mereka, sebaik mana sekalipun pendapat atau cadangan yang dikemukakan pasti tidak akan diterima oleh gulongan tersebut, seolah2 mereka telah menutup semua pintu dan tingkap hati mereka rapat2.
Sabenarnya mereka ini bukan tidak tahu saranan yang disuarakan itu adalah betul, tetapi diatas sebab2 tersebutlah maka penentangan dilakukan, kerana mereka cemburu dan takut segala tulisan yang Dr. lakukan akan memberi pengaruh kepada orang ramai, dan apabila ini berlaku, lama kelamaan pengaruh mereka pula akan mengecil, inilah yang sangat2 menakutkan mereka.
Sifat takut selalunya lahir apabila sesorang merasa dirinya lemah...
Oleh yang demikian saya berharap kepada Dr. supaya dengan kekuatan yang diberi Allah dapa meneruskan perjuangan ini seterusnya, yang mustahaknya setiap perjuangan itu hendaklah ikhlas seikhlasnya..
Sekian, dengan didahului doa muga2 Dr. dan Keluarga dalam keadaan selamat senantiasa.
Wassallammm..
salam ustaz.
Terus hidupkan kebenaran Islam dimata orang bukan Islam..
Salam Dr Ridhuan Tee,
Ma'af saya tak menggunakan pangkat "Dr" bila mula membuat komen disini. Sdr mempunyai ijazah-ijazah yang bertauliah dan sekarang menjadi Pensyarah Kanan diUniversiti yang dihormati, dan saya ingin mengambil perhatian di atas perkara itu.
Saya mendapati pendirian Sdr memerangsangkan dan dengan tidak rasa janggal atau segan saya mahu mempertahankannya dari anasir-anasir yang saya rasa anti-nasional dan chauvinis.
Kapada Average Joe saya mahu menyatakan:
Di rencana ini anda menomah rencana Dr Ridhuan "jelas .. (meng)hasut". Salepas komen saya di atas, anda ha nya menyebutkan "proses pembentangan hujah2 ilmiah .. present paper atau pun buat tesis, itu disiplin asas".
Apa ini? Macam itu memang senanglah sesiapa pun mengata macam-macam, saperti budak, sebagai kata Kembara. Anda tak fikirkah Dr Ridhuan pernah present paper atu buat tesis? Dia ada PhD dan tiada siapa yang menidakkan nya sebab blognya memberi latarbelakangnya yang boleh diperiksa jika perlu.
Anda sepatut nya mengeluarkan hujah-hujah mengapa dia anda kata menghasut, apa justifikasi bagi pendapat itu. Jika demikian bahru dikatakan anda orang yang bertanggung jawab dan mungkin berniat baik atau constructive, tidak sebaliknya.
Zendra,
Bagi spesis-spesis ULTRA KIASU ini memanglah kalau ada individu berjuang untuk meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya selaras dengan kedudukannya dalam Perlembagaan akan dilabel rasis dan perkauman. Sebenarnya, perjuangan itu bukanlah mengambil hak mana-mana kaum. Ianya lebih kepada meletakkan di tempat yang selayaknya.
Mereka ini sebenarnya secara tidak langsung, tidak mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Kita tidak cakap pun sekolah Cina dirobohkan. Atau ditutup sama sekali. Kita cuma menggesa agar diselaraskan sistemnya yang menerima pakai bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar UTAMA. Sekolah Jenis Cina itu pula diserap ke dalam satu sistem yang seragam dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA. Mereka ini sebenarnya tidak percaya sama sekali dengan kekuatan bahasa Kebangsaan itu.
Mereka dabik dada kononnya mesti guna bahasa Mandarin untuk berjaya. Mereka dakwa kononnya hanya dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama maka akan wujudlah iklim yang sesuai dalam pembelajaran. Inilah anggapan salah yang emsti dibetulkan dalam pemikiran ULTRA KIASU.
Apakah kita mesti berbangga dengan rakyat yang sebegini?
Tidak!
saya cukup tertarik dengan ulasan-ulasan Dr. mengenai senario melayu-islam kini. Kadang2 kita mendabik dada mengatakan kita lebih 'celik' daripada org lain, pada hal yg dia nampak hanya 'lakonan' semata-mata. kita kerap sangat berbalah berbanding mengambil sebanyak mungkin peluang yg ada depan mata. kita terlalu banyak meminta daripada memberi. kita terlalu mudah memberikan tanggapan negatif kepada semua walaupun segelintar melayu sahaja yg berkenaan (tak bermoral).
kita terlalu banyak membuang masa berpolitik fitnah-menfitnah berpecah-belah daripada memikirkan nasib survivor bangsa islam di Malaysia, jadi janganlah mimpi kita mampu melihat Palestin dibebaskan dari cengkaman Yahudi sekiranya umat islam berteruskan begini.
saya cukup kesal mengenangkan bangsa saya sendiri. bercakaran sesama saudara dan amat malang mengambil musuh sebagai teman. kajilah semula bagaimana kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol sehingga umat islam disembelih seluruhnya. bertitik tolak apabila antara kerajaan islam yg masing2 bertelagah dan amat malang ada yg bersekongkol dgn kerajaan kristian untuk memusnahkan kerajaan islam yg lain. yg akhirnya, bukan kerajaan Islamnya yg bertahta malah bina sehina-hinanya. ingatkah peristiwa April Fool?
sejarah cukup jelas. teramat jelas. jika dikaji dalam al-quran, terlalu byk menceritakan sejarah2 kaum terdahulu. utk apa? kerana sejarah mengajar kita byk perkara yg sepatutnya kita lebih waspada. malangnya ramai yg mengaku ustaz gagal memahami mukjizat al-quran itu sendiri.
teruskan perjuangan Dr. dan saya disini turut mendoakan agar kekuatan, keselamatan dan kesihatan yg baik diberikan daripada Allah. insya-Allah, kebenaran tidak akan kalah pada kebatilan. Wallahualam.
Salam sejahtera Dr. Ridhuan,
Dalam mengikuti blog Dr. ini, saya agak tertarik untuk memerhatikan komen-komen yang diberi oleh Sdr. Ordinary Joe (OJ) dan Sdr. Ummataunwasoto (UT).
Dari pemerhatian saya:-
1. OJ & UT adalah berketurunan cina seperti Dr. juga (saya terbaca komen yang mereka sendiri tulis)
2. OJ&UT adalah tidak sehaluan pendapat dgn Dr.
Drp. komen-komen mereka berdua, saya dapat merasakan semacam mereka berdua "sakit hati" dgn Dr. apabila Dr. memberikan pendapat-pendapat yang membela Malaysia, bukannya "China". Sama juga kalau Prof. Khoo Kay Kim dibincangkan.
Ruangan ini apabila membincangkan soal negara ini, negara Malaysia, mereka berdua dan yang seangkatan tetap berhujah sebagai seorang "China" bukannya "Malaysia".
Kita semua disini, baik keturunan Melayu, atau keturunan cina, keturunan India, masing-masing bertungkus lumus untuk bergabung dibawah satu payung yang identitinya "Malaysia".
Tetapi, OJ&UT dan yg seangkatan yang lain, berhujah dengan menegakkan identiti "china", sangat tebal kecinaan mereka ini. Walaupun UT membayangkan beliau seorang muslim cina yang berpengetahuan dalam agama, saya tidak dapat tidak utk mengesyakki bahawa UT cuba menampilkan dirinya sebagai suatu saingan yang setaraf dgn Dr. Ridhuan Tee yang umumnya satu malaysia siapa Dr. Ridhuan Tee ini. Kita tidak tahu UT ini sebnear2nya muslim atau seorang yang membaca banyak bahan berkaitan dgn agama Islam. Walaubagaimanapun, ini adalah spekulasi yg tidak wajar saya panjangkan.
Pokoknya, kita semua bercakap untuk mempertahankan Malaysia (walau apapun keturunan kita) tetapi OJ & UT ini mempertahankan kecinaan mereka di bumi Malaysia (walaupun cuba membabitkan keterampilan muslim). Memang susah untuk bertemu titik pertemuan kalau macam ini. Hujah-hujah OJ & UT akan begitu mantap dan tidak nampak serong sekiranya mereka berhujah sebagai seorang rakyat China di negara Republik China.
"Negara ini Negara Malaysia"
Semerah Padi
Sejarah berulang lagi. Memang biasalah di medan blog ini serangan bertubi-tubi disasarkan dengan cara sebegini. Misalannya Kembara Politik, bacalah respons saya dengan sebaiknya. Sekiranya PPSMI ditentang begitu hebat kerana menyusahkan anak2 Melayu dalam proses pembelajaran 3R, apakah argumen ini secara tiba-tiba tidak laku pada anak2 orang Cina yang bertutur Bahasa Cina di rumah. Sama sahaja dengan budak2 Melayu. Oleh itu, point 1 itu penting dan mesti difahami. Sekira pembelajaran tersekat kerana penggunaan BM, masadepan mereka akan diimpak kerana gagalnya mereka membina asas untuk sekolah menengah. Bukankah masa depan boleh digadaikan? Pendekatan sekarang adalah untuk mengukuhkan 3R termasuklah pembelajaran Bahasa Malaysia yang membolehkan mereka masuk ke sekolah menengah aliran kebangsaan. Tinjaulah dahulu hakikat sebenarnya. Oleh itu, Point 2 tidak bercanggah kerana apabila orang Cina di Malaysia menggunakan BM sebagai bahasa utama/pertama/ibunda, perdebatan aliran tidak wujud lagi kerana pembelajaran 3R akan menggunakan bahasa yang familiar. Saya tak nampak percanggahan di sini. Lebih membimbangkan adalah sikap pro-satu aliran yang begitu meluap-luap sehinggakan dogma dan prejudis anda diproject kepada orang lain. Inilah apa yang terjadi. Kalau diteliti tulisan saya, jelas, teramat jelas, saya bukan pro PRC, Taiwan, Macau, Hongkong atau Singapore. Respons begini hanya membentuk stereotaip dan orang lain tak boleh disalahkan.
Saya juga harap UMMA juga terus memberi pandangan kerana Malaysia ini bukan golongan ini yang punya. Ianya miliki Melayu, Senoi, Negrito, Iban, Melanau, Kadazan, dsb. Jadi, harapan saya bagi negara kita adalah supaya puak extremis tidak akan mensenyapkan sesiapa yang berjiwa Islam yang tulen dan murni, berjiwa negara dan pengaman sesama manusia. Dikala sesiapa yang minta orang Cina di Malaysia balik ke China, janganlah marah kalau ada yang minta kamu balik ke Sumatra, Yunnan ataupun Pasifik Selatan kerana reaksi ini memang diundang.
malaysia,
Saya harap anda yang menggunakan nama negara kita sebagai nama di blogosphere ini benar benar berjiwakan Malaysia. Ada satu blogowner yang menggunakan nama Malaysian Heart tapi nampak hatinya berada diSingapura atau dilain tempat.
Bukan sayangkan negara itu setakat melaung sokongan di perlawanan badminton dan sebagainya. Yang amat penting ialah menghormatkan Perlembagaan negara dan menggunakannya sebagai dasar hidup kita. Tidak ada lain cara bagi membuktikan jiwa, malahan, kesetiaan dan patriotisma terhadap negara.
Perlembagaan adalah nadi, batu asas dan tulang belakang negara. Tiada Perlembagaan, tiada lah negara. Hanya kawasan yang menjerumus dengan "the law of the jungle". Kerana Perlembagaan itu adalah undang-undang yang paling tinggi di mana mana negara pun.
Bagaimana mahu dikatakan hormat kapada dan sanggup hidup berlunaskan Perlembagaan masakan mahukan sekolah vernakular? Pada hal nyata Perlembagaan mengatakan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan negara ini. Ia mesti dijadikan bahasa penghantar semua sekolah sekolah. Sebab sekolah adalah urusan resmi mana mana negara pun.
Tidak wajar mempelajari budaya Cina diwaktu sekolah biasa. Tidak ada peruntukan baginya atau bagi pendidikan cina confucian diPerlembagaan atau dimana mana pun. Sebaliknya Kerajaan atau sesiapa pun tidak menghalang pembelajaran dan pendidikannya, asalkan tidak diwaktu sekolah.
Baguslah anda sebagai bekas SRJKC "dapat bergaul rapat dengan kawan melayu dalam universiti, bermain sukan dalam pasukan yang saya seorang saja orang cina". Tetapi sekolah vernakular susah mahu dipertahankan. Timbalan Menteri Pelajaran sendiri telah mengumumkan ditahun 2008 bahawa suatu kajian Kementerian dan suatu pertubuhan lain telah menunjukkan bahawa 25% dari murid-murid SRJKC behenti sekolah sabelom sampai peringkat SPM.
Tambahan pula, kita semua tahu bahawa pada umumnya pendaftaran di sekolah vernakular tidak berupa kepelbagaian kaum dan dengan itu tidak menimbulkan rasa hidup bersama dan bersatu diperingkat mustahak, iaitu peringkat "formative age" kanak-kanak.
Kita amat perlukan rasa bersama (sense of togetherness) dan semangat bersatu (sense of unity) memandang kapada kerenggangan kaum yang semangkin ketara kebelakangan ini.
Saya amat bersetuju dengan komen zendra;
"Perlembagaan adalah nadi, batu asas dan tulang belakang negara. Tiada Perlembagaan, tiada lah negara."
I am also strongly agreeable with San that certain people...
"You are stoking fire to bring down whatever was built."
Pemerhatian dari Semerah Padi pun ada kebenarannya!
Tok Jerai, pada pendapat saya, 'mereka' bukannya cemburu tetapi takut.
Sebenarnya tidak perlu takut kerana Kembara Politik sudah merumuskan;
"Tidak salah bersikap kiasu. Sikap kiasu untuk berjaya sebenarnya ada dalam diri setiap kaum. Yang salahnya adalah bersikap ULTRA KIASU."
Jadi, Dr Ridhuan, seperti mana andik79 komen "gengamlah bara api, sampai ianya menjadi debu".
Dan Shahnizat, "Orang yang gila kuasa" ini tak akan duduk diam.."
Sementara Kang Nasir berpesan,
"mungkin bangsa melayu ramai yg masih lena dan leka tentang mertabat bangsa melayu sehingga dr sendiri menulis bagi memertabatkan bangsa melayu."
Jangan lupa 'the bee' yang mengemukakan soalan-soalan ini;
"Where is the desire to have anything based on national aspirations, unity and racial harmony? Where is the desire to build a united and stable Malaysia? Where?"
Dr Ridhuan Tee, ikutilah pesanan daripada M.Nasir,
"Terus hidupkan kebenaran Islam dimata orang bukan Islam.."
Salam semua,
Saya musykil dan terfikir sesuatu lanjutan daripada perkara yang sedang kita perbincangkan ini..
1. Apakah pendirian pejuang2 bahasa Melayu yang lantang menidakkan dasar PPSMI sebelum ini didalam hal sekolah satu aliran?
2. Apakah pendirian parti PAS dan PKR yang sebelum ini bersungguh2 menyokong perjuangan pejuang2 bahasa tersebut sehingga mengadakan demonstrasi besar-besaran didalam hal sekolah satu aliran ini pula?
3. Melihat kepada tentangan dan penolakkan daripada masyarakat Cina dan India baik daripada komponen parti memerintah mahupun pembangkang dengan cadangan sekolah satu aliran ini dengan alasan yang kita semua maklum, Apakah mereka juga tidak fikir perasaan orang Melayu apabila soal hak keistimewaan orang Melayu mereka pertikaikan?
4. Apakah orang Melayu dan Islam masih tidak menyedari akan akibat bilamana kita berpecah dan masing2 cuba mengambil hati rakan2 kita itu dengan memperkenalkan pendekatan yang menghakis sedikit demi sedikit keistimewaan kita orang melayu, akhirnya siapa yang akan untung dan siapa pula yang tentu rugi?
Apa yang saya boleh simpulkan, orang melayu ini amat baik hati dan amat bertolak ansur manakala Islam yang dianuti oleh orang melayu itu amat adil dan saksama.
Kalaulah ada kaum lain samada kaum Cina dan India yang bukan beragama Islam memegang tampuk kuasa negara ini, adakah kita semua boleh fikir yang kita akan ada rasa kesejahteraan dan keamanan yang kita semua sedang kecapi sekarang ini.
I realy..really doubt it...
Oleh itu marilah kita sama2 orang melayu dan Islam semuanya bersatu hati dan janganlah berpecah belah lagi.
Janganlah ambil pendirian bahawa dengan kita menjatuhkan rakan bangsa kita sendiri dan kita pula mengambil alih, kita yakin keadaan akan menjadi lebih baik. Amat singkat dan bahaya pendirian sebegini. Bukankah lebih baik kita cari jalan tengah dengan perdamaian dan perpaduan. Bukankah lebih manis jika ianya terjadi. Bukankah ianya suruhan agama juga.
Janganlah dengan sikap dan pendirian kita sekarang ini, anak cucu kita sendiri yang akan rugi dikemudian hari.
#### PETIKAN DARI TULISAN RIDHUAN TEE ###
Seperti yang dijangka pantang soal pendidikan vernakular disentuh, maka melompatlah segelintir ultra kiasu ini. Mereka mengatakan itu hak mereka. Kepentingan etnik mesti dijaga. Jangan campurtangan. Sedangkan saya bercakap dalam soal pembinaan negara bangsa, memperkasakan masa depan dan kepentingan nasional, dengan tidak menafikan hak bangsa lain untuk belajar bahasa ibunda. Apakah kita masih tidak faham? Lebih ekstrim lagi, mereka mencadangkan jika mahu dibuat sekolah satu aliran, jadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata merekamengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandanganterhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama?
#### KOMEN ####
Kalau disentuh isu2 Melayu, tentu ada reaksi, daripada yang beradab teruslah kepada yang biadap. Nampaknya, RT kenalah spesifik. Siapa yang dimaksudkan di sini? “Segelintir” tu cukup kecil tetapi kalau dibaca seterusnya, boleh disalahtafsir sebagai deskripsi seluruh masyarakat Malaysia keturunan Cina.
#### PETIKAN TULISAN RT ####
Maka tidak hairanlah hari ini mereka amat bangga dan megah dengan nama-nama tambahan seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadangkala naik mual memanggil dan mendengarnya. Mereka bangga dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat. Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard dan glamour? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah 1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.
#### KOMEN ####
Kalau nak dikatakan serangan peribadi, ini mungkin contoh yang paling baik. Yang tak dikenali pun dah kena serang. Ibubapa memberi nama kepada anak ada maksudnya. Jangan diperlekehkan dan dipandang keji semata2 kerana nama mereka dari Barat. Nama seperti Ridhuan pun dari arah barat juga. Bezanya hanya beberapa Zon Masa. Saya yang tak ada nama barat pun rasa segan dengan komen macam ni. Sebagai Ustaz, memang tak manis sangat terutama sekali bagi yang Ustaz tak kenali. Mungkin RT kena tukar nama yang lebih local, seperti Awang atau pun nama yang benar2 Melayu dan bukannya import dari Timur Tengah. Jangan melenting kerana itulah implikasi komen RT terhadap amalan menggunakan nama barat bagi “segelintir” orang Malaysia. Bagi saya, itu kebebasan mereka... kalau sebagai Ustaz dah mual dengan nama macam tu, macam mana nak berdakwah. Hati tu dah benci, masih boleh menyayangi insan yang memerlukan dakwah RT? Renungilah. Itulah isu saya dengan artikel RT. Menghasut. Bila yang membaca pun rasa “mual” dengan sesiapa saja yang ada nama barat dan timbul masaalah perselisihan, he will walk away atau pun cerita lain pulak. Elak, kita cakap.
#### PETIKAN TULISAN RT ####
Bukanlah niat saya untuk menanamkan api kebencian antara kaum. Tetapi serangan demi serangan menyebabkan saya terpaksa berterus-terang bagi menunjukkan segelintir mereka ini yang tidak pernah bersyukur. Mereka lebih rela diasimilasi dan diakulturasikan dengan barat berbanding Melayu dan Islam.
Apa jua perkara yang berkaitan asimilasi dan akulturasi dengan Melayu Islam akan dipandang rendah dan langsung tidak akan diamalkan. Manakala cara hidup barat diterima bulat-bulat. Misalnya, cara hidup Melayu seperti berpakaian Melayu, bersongkok, makan menggunakan tangan dan muzik Melayu. Pernahkah kita lihat orang bukan Melayu sekurang-kurangnya mengakulturasikan dengan cara sedemikian? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.
Dalam konteks 1Malaysia, adalah lebih wajar kita mengasimilasikan atau mengakuturasikan diri dengan cara hidup Melayu Islam, kerana ia lebih membawa manfaat kepada masa depan negara. Orang Islam amat kagum dan mudah cair jika ada di kalangan bukan Melayu yang mencuba meminjam cara hidup mereka. Ini tidak, kita lebih barat dari barat. Termasuk juga dengan orang Melayu. Kadang-kadang sampai terlupa bahawa mereka ini orang Melayu kerana terlalu kebaratan.
#### KOMEN ####
Sorry RT, pergi buat soal selidik impak rencana anda. Kebencian itu ditanam dengan taktik yang lebih kotor dari penjajah. Mereka “divide and rule”, strategi pentadbiran. RT “highlight differences and stoke the fire of hatred”. Saya merasakan pendekatan ini memang kotor. Saya sentiasa galakkan RT memainkan peranan pengaman tetapi tidak diendahkan. Kalau nak dikatakan orang lain “tak pernah bersyukur”, itu dusta dan fitnah. Sebagai seorang Ustaz, anda dipandang sebagai mewakili Islam. Taktik begini begitu kotor. Ramai yang bersyukur bukan kerana apa tetapi mereka tahu, kehidupan ini adalah pemberian Tuhan. Mereka bersyukur. Kalau tak bersyukur, takkan berpesta pada hari2 kebesaran masing2. Apakah salah diutarakan apa yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki sebagai tanda tidak “pernah” berasa syukur. Kalau diakhbar berdusta begini, saya risau bila Ustaz berkhutbah dengan pendekatan yang sama. Saya harap tidak.
Sewaktu saya kahwin, lagu didendangkan pada malam jamuan makan malam itu lagu Melayu. Rata2 kebanyakan orang Malaysia keturunan Cina bila ke luar negara, kempunan makan makanan pedas Malaysia – nasi lemak, rendang, dsbnaya. Assimilasi itu berlaku dan bagi orang peranakan Cina, proses ini sudah sampai ke tahap yang agak lanjut.
Oleh itu, RT, cakap yang benar. Yang tak pasti, sila selidik dan semak.
#### PETIKAN RENCANA RT ####
Sebagai Cina Muslim, bangsa saya memang tidak mahu dikaitkan dengan Melayu langsung terutama dari segi cara hidup. Kalau adanya yang berjinak-jinak dengan Melayu hanyalah untuk dipergunakan dan diperalatkan. Amat sedikit sekali orang Melayu yang bekerja di syarikat-syarikat bukan Melayu. Syarat-syarat seperti keupayaan bahasa Mandarin dijadikan alasan untuk menolak pekerja Melayu. Berbanding dengan syarikat-syarikat Melayu yang mengambil pekerja-pekerja bukan Melayu, atas alasan bukan Melayu lebih rajin daripada Melayu. Bahkan, kadangkala bukan Melayu juga dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Siapakah yang lebih sanggup memberi dan menerima sebenarnya dalam hal ini?
#### KOMEN ####
“Bangsa saya?” Siapa yang melantik RT sebagai jurucakap masyarakat keturunan Cina di Malaysia. Berjuta orang Cina di Malaysia dan bermacam rupa, agama dan latarbelakang keluarga dan asal usul. Generalisation seperti ini tidak membantu membina kesefahaman. Ini hanya akan menimbulkan rasa benci.
#### PETIKAN DARI OJ ###
Kalau disentuh isu2 Melayu, tentu ada reaksi, daripada yang beradab teruslah kepada yang biadap. Nampaknya, RT kenalah spesifik. Siapa yang dimaksudkan di sini? “Segelintir” tu cukup kecil tetapi kalau dibaca seterusnya, boleh disalahtafsir sebagai deskripsi seluruh masyarakat Malaysia keturunan Cina
#### KOMEN ####
Betul ke segelintir itu kecil?Sekolah wawasan pun ditentang habis habisan.Inikan pula memansuhkan sekolah vernekular.
Sdr OJ,
Spesis ULTRA KIASU memang tidak ada niat untuk berasimilasi secara lembut. Itu sebablah spesis ULTRA KIASU ini banyak songeh tidak mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA. Alasan-alasan yang diberikan lebih kepada penolakan untuk mengekalkan sikap ULTRA KIASU. Alasan PPSMI sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan. Kaum bumiputra di Sarawak dan Sabah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing pun masih boleh berjaya. Mereka di sana bersikap cukup patriotik dan menjiwai semangat Malaysia. Bukannya semacam spesis ULTRA KIASU yang keras kepala macam komunis bintang 3. Kalau kita ambil pendapat semua, saya sangat percaya bahawa mereka akan lebih suka mengangkat kedudukan bahasa Melayu itu selari dengan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia.
Mengapa pula sistem di negara-negara lain yang menggunakan bahasa Kebangsaan mereka dalam teras pendidikan tidak mempunyai masalah? Sebab semua mereka akur denga kedudukan bahasa tertentu yang telah dijadikan bahasa rasmi. Kita tidak pernah dengar pula sistem pendidikan kebangsaan di UK menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama. Kita tidak pernah dengar pula sistem pendidikan China menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama, jauh sekali bahasa Melayu.
Tetapi kenapa di Malaysia mesti ada 3 bahasa pengantar utama? Sebabnya hanya 1: ULTRA KIASU yang tak sedar diuntung.
salam dr.
kami geng bpn AKAN MENOLONG sehabis daya kami untuk bantu doktor.
jika sudi saya sedia berhubung dengan dr melalui Yahoo Messenger.
blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com
too cheee
“Bangsa saya?” Siapa yang melantik RT sebagai jurucakap masyarakat keturunan Cina di Malaysia. Berjuta orang Cina di Malaysia dan bermacam rupa, agama dan latarbelakang keluarga dan asal usul. Generalisation seperti ini tidak membantu membina kesefahaman. Ini hanya akan menimbulkan rasa benci."
Dr Tee bukan juru cakap, tetapi pandangan umum yang mana semua orang sudah tahu.Dia cuma perjelaskan saja.
PPSMI memang satu kesilapan,tetapi menggunakan bahasa Melayu bukan satu kesilapan.Mana mungkin mereka yang mendiami sesuatu kawasan gagal bertutur dalam bahasa yang diguna pakai oleh golongan mojoriti.
Tengok saja mat bangla,pakistan dan nepal.Mereka ni tak pernah masuk kelas bahasa Melayu,tapi duduk 2,3 tahun kat Malaysia boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu.Jika mereka boleh, mengapa mereka yang mengaku warganegara tidak boleh??
#### PETIKAN DARI TULISAN RIDHUAN TEE ###
Seperti yang dijangka pantang soal pendidikan vernakular disentuh, maka melompatlah segelintir ultra kiasu ini. Mereka mengatakan itu hak mereka. Kepentingan etnik mesti dijaga. Jangan campurtangan. Sedangkan saya bercakap dalam soal pembinaan negara bangsa, memperkasakan masa depan dan kepentingan nasional, dengan tidak menafikan hak bangsa lain untuk belajar bahasa ibunda. Apakah kita masih tidak faham? Lebih ekstrim lagi, mereka mencadangkan jika mahu dibuat sekolah satu aliran, jadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandanganterhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama?
Komen:
Memang benar Dr Ridhuan Tee. Spesis ULTRA KIASU ini memang mana pernah memandang tinggi bahasa Melayu. Almaklumlah, ULTRA KIASU. Hatta, mahu belajar bahasa Melayu pun disebabkan kerana 'terpaksa'.
Kononnya di mulut mereka percaya bahawa suati hari nanti akan terlaksana juga semua sekolah yang menggunakan bahasa Melayu tetapi menentang umpama langsung tidak mahu menuju ke arah itu. Sampai kucing bertanduklah jawabnya.
Elok sangat Kerajaan berikan kuasa kepada rakyat untuk tentukan halatuju pendidikan di Malaysia. Buat referendum peringkat nasional. 1 rakyat 1 undi. Kita tengok setakat mana yang nakkan kekal sistem lapok zaman penjajah yang guna bahasa selain bahasa Kebangsaan. Rasanya, 80% akan bersetuju untuk terima pakai bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar UTAMA. Manakala hanya 20% ULTRA KIASU yang berhempas pulas mempertahankan sistem lapok.
#### PETIKAN TULISAN RT ####
Maka tidak hairanlah hari ini mereka amat bangga dan megah dengan nama-nama tambahan seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadangkala naik mual memanggil dan mendengarnya. Mereka bangga dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat. Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard dan glamour? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah 1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.
Komen:
Benar Dr Ridhuan Tee. Memang sudah ada Muslim yang lupa diri. Yang mesti diingatkan dari semasa ke semasa.
Dan bertambah pelik jikalau bukan Muslim pula yang terasa.
#### PETIKAN TULISAN RT ####
Bukanlah niat saya untuk menanamkan api kebencian antara kaum. Tetapi serangan demi serangan menyebabkan saya terpaksa berterus-terang bagi menunjukkan segelintir mereka ini yang tidak pernah bersyukur. Mereka lebih rela diasimilasi dan diakulturasikan dengan barat berbanding Melayu dan Islam.
Apa jua perkara yang berkaitan asimilasi dan akulturasi dengan Melayu Islam akan dipandang rendah dan langsung tidak akan diamalkan. Manakala cara hidup barat diterima bulat-bulat. Misalnya, cara hidup Melayu seperti berpakaian Melayu, bersongkok, makan menggunakan tangan dan muzik Melayu. Pernahkah kita lihat orang bukan Melayu sekurang-kurangnya mengakulturasikan dengan cara sedemikian? Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.
Dalam konteks 1Malaysia, adalah lebih wajar kita mengasimilasikan atau mengakuturasikan diri dengan cara hidup Melayu Islam, kerana ia lebih membawa manfaat kepada masa depan negara. Orang Islam amat kagum dan mudah cair jika ada di kalangan bukan Melayu yang mencuba meminjam cara hidup mereka. Ini tidak, kita lebih barat dari barat. Termasuk juga dengan orang Melayu. Kadang-kadang sampai terlupa bahawa mereka ini orang Melayu kerana terlalu kebaratan.
Komen:
Benar Dr Ridhuan Tee. Dahulu pun saya lebih suka berdiam diri. Kononnya lebih suka bertoleransi. Bertolak ansur. Tapi dalam tak sedar kita yang ditolak beransur-ansur. Kita lihat sahaja bukti-bukti bagaimana segelintir ULTRA KIASU yang secara terang menolak pemakaian songkok contohnya walaupun ianya dalam majlis RASMI yang telahpun ditetapkan kod berpakaian. Banyak songeh. Mereka inilah yang sepatutnya dikritik oleh masyarakat. Tapi nampak gayanya ULTRA KIASU ini dipuja pula. Memang berjaya benar dasar pecah dan perintah Inggeris ini. Kalau nak bercerita tentang Pecah dan Perintah ini memang panjang ceritanya. Kena kembali kepada sejarah. Dan diakui bahawa dasar ini telah menyebabkan jurang yang begitu besar dalam semua segi. Ekonomi, pendidikan, taraf hidup, sosial dan lain-lain.
kembara tulis:
“Bangsa saya?” Siapa yang melantik RT sebagai jurucakap masyarakat keturunan Cina di Malaysia. Berjuta orang Cina di Malaysia dan bermacam rupa, agama dan latarbelakang keluarga dan asal usul. Generalisation seperti ini tidak membantu membina kesefahaman. Ini hanya akan menimbulkan rasa benci."
Dr Tee bukan juru cakap, tetapi pandangan umum yang mana semua orang sudah tahu.Dia cuma perjelaskan saja.
*******
Benar kembara. Semua orang dah tahu perangai ULTRA KIASU cuma malas nak bersuara atas sebab tolak ansur, bertoleransi. Memang Melayu sikapnya cukup baik. Dagang lalu ditanakkan nasi.
Dear Dr. Sir,
Ordinary Joe, OJ.
It is quite obvious and clear to me that your inner feeling, OJ, does really show out.
You really have "an axe to grind", "some scores to settle", so to speak, against Dr. Ridhuan Tee. You may deny it, but your comments in this blog, this post, the posts before, do really show out and quite clear too.
I bet, if Dr. Ridhuan Tee, is not a chinese-origin, your comment would be much different. Maybe you wont be commenting at all. Dr. Ridhuan Tee, Prof. Khoo Kay Kim, Prof. Teo Kok Seong amongst other, will be the ones, you and the other adamant "chinese" minded people like to give a real good bash when they talked about being Malaysian and building this nation, Malaysia.
You hate it most when chinese-origin people left their "chineseness" to become Malaysian.
OJ, there is a country named the People Republic of China out there. Not very far and not costly if you go via Air Asia Berhad. Maybe you can find peace there and talk all about "chineseness" as you like.
This is Malaysia. Accept that or leave.
Ordinary Joe,
Mengapa nak "split hairs"? Kan Dr Ridhuan sudah kata "segelintir". Tak ada hujah lain ke bila nak menomah dia menghasut dsb nya? Ini bukan bukti menghasut.
Kalau anda merasa termasuk dalam kumpulan "segelintir" itu, mengaku sahaja lah. Jangan nak mengatakan yang dia maksudkan kesemua kaum Cina. Apa yang anda lakukan itu yang sabenarnya menghasut - mengajak yang lain marah atau bencikan Dr Ridhuan.
Macam Timbalan Menteri Pelajaran yang hendak membuat lapuran polis kerana kumpulan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) gunakan perkataan "gejala". Dia tak tahukan bahawa perkataan itu ada lebih maana dari yang dia tahu. Apa anda juga tak faham maana menghasut? Janganlah kata Dr Ridhuan menghasut kalau anda tak faham perkataan itu.
Ordinary Joe,
Semangkin banyak saya baca komen anda, semangkin bertambah nampak nya pemikiran anda "warped", lojik anda nampaknya "weird".
Dr Ridhuan memberi contoh, tujukan kapada rakyat umum, tidak khas kapada sesiapa. Bagaimana pulak anda kata itu "contoh serangan peribadi yang paling baik"? Memanglah dia menujukan kapada "Yang tak dikenali" tapi macam mana pulak anda mengatakan dia "menyerang"? Apa maksud anda?
Kalau dia mengata orang-orang yang dikenali atau orang-orang yang nyata ada, khas kapada sesiapa, mungkin boleh dikatakan menyerang. Ini, dia hanya memberi contoh umum. Aneh sekali pemikiran anda ini.
Kalau tak setuju, cakaplah tak setuju. Kita boleh terima. Dr Ridhuan pun boleh terima. Ini free country, everybody has the right to his/ her opinion, within reason. Tapi janganlah mengatakan Dr Ridhuan menghasut atu menyerang. Tak benar dan muslihat nampaknya maksud anda. Tidak lojik, tidak wajar, tidak sayugia.
Anda yang menyerang secara personal keatas peribadi Dr Ridhuan bila anda berkata, "Mungkin RT kena tukar nama yang lebih local, seperti Awang atau pun nama yang benar2 Melayu dan bukannya import dari Timur Tengah".
Kalau anda tidak menyerang keatas peribadi Dr Ridhuan, hanya membantah atau menyatakan pendapat secara umum, saperti apa yang dia lakukan, tiada siapa akan "melenting" kerana itu hak anda. Anda tambah pulak dengan kata-kata peribadi lagi, ".. kalau sebagai Ustaz dah mual dengan nama macam tu, macam mana nak berdakwah. Hati tu dah benci, masih boleh menyayangi insan yang memerlukan dakwah RT?" Anda sendiri yang mengatakan, "hati tu dah benci".
Sudah saya renungi, Mr OJ. Saya masih tak faham dan tak boleh terima apa yang anda katakan sebagai "isu saya dengan artikel RT. Menghasut. Bila yang membaca pun rasa “mual” dengan sesiapa saja yang ada nama barat dan timbul masaalah perselisihan, he will walk away atau pun cerita lain pulak. Elak, kita cakap".
Boleh dibuat pungutan suara diantara yang membuat komen-komen disini. Saya yaakin pemikiran anda itu tidak diterima. Dr Ridhuan bukan menghasut. Dia mengeluarkan pendapat dan memberi contoh secara umum, tidak di tujukan kepada sesiapa secara personal, dan dia mengaturkan bahasa dan kata-katanya dengan menggunakan perkataan "segelintir". Sebaliknya, anda tidak. Ikut suka cakap saja, atau ikut lojik atau cara pemikiran yang saya lihat aneh.
Saya akan terus mempertahankan Dr Ridhuan. Sebab tujuan dia adalah untuk pembangunan negara. Pendapat-pendapat dan cadangan-cadangannya adalah arah ke situ. Tidak ada yang saya lihat disebaliknya.
Salam saudara Ridhuan Tee,
"Dikala sesiapa yang minta orang Cina di Malaysia balik ke China, janganlah marah kalau ada yang minta kamu balik ke Sumatra, Yunnan ataupun Pasifik Selatan kerana reaksi ini memang diundang."-ordinary Joe
hmm, saya memang suka kalau terjumpa ayat ni.
Pernah dengar perkataan Golden Chersonese?ini nama yang diberikan oleh Ptolemy(90-168) kepada Tanah Melayu.peta1 dan peta2.peta yang dilukis beliau.ini peta purba jadi jangan cakap tak sama pulak dgn peta moden..
Terdapat satu puisi purba tamil yang menyebut tentang Kedah, Pattinappilai.Puisi tersebut merujuk kedah sebagai Kadaram atau Kataha.(sebutan yang berbeza ini memang biasa, sama seperti kita menyebut jepun, indonesia menyebut jepang,tetapi tetap merujuk kepada nippon)ditulis pada penghujung abad kedua masihi.digambarkan barang-barang dari Kedah terlalu banyak dan bertimbun-timbun di jalan-jalan ibukota Chola.memang sudah berpenghuni rupanya tanah melayu ni.
sejarah tanah melayu bukan bermula dengan melaka, sejarah negara lebih lama.rajin-rajin baca buku terbitan universiti tempatan dan luar negara ya.
ahli antropologi mengatakan melayu berasal dari yunnan.semua manusia sentiasa berhijrah.adakah orang melayu berhijrah dari yunnan 500 tahun lepas?tentulah tidak, pemghijrahan ini berlaku ribuan tahun dahulu.
orang melayu yang datang dari sumatera dan jawa tidak boleh dikatakan pendatang, kerana berada dalam lingkungan budaya yang sama.
jangan cakap tanah melayu milik orang asli sahaja.situasi yang sama berlaku dimana-mana.contohnya jepun, orang ainu merupakan orang asli disana, tetapi orang jepun yang mengawal dan memerintah jepun sejak dahulu lagi.orang asli dan melayu telah lama berada di sini.
begitu juga tanah melayu, cuba cakap pada orang jepun, bahawa mereka adalah pendatang,negara jepun milik orang ainu.mungkin penampar jawapan yg diberi.
melayu pendatang dari indonesia?haha.jangan buat lawak bodoh kat sini, dan jangan memperbodohkan diri sendiri.
First, allow me to congratulate Dr Mohd Ridhuan Tee for providing this open forum so transparent.
Secondly, from my observance, even on this 'open' platform, there are not many in support of OJ, UT, FB & M. It can be counted that OJ & UT had written the most.
Therefore, I believe the majority are in favor for Dr Mohd Ridhuan Tee unless I am proven wrong otherwise.
I can also see that many are in favor of 1Malaysia. However, only a few are against the implementation.
In a democratic country, I think we should listen to the majority. Besides, 52 years is already a delay but never the less, it is better late than not to implement at all.
#### ARTIKEL RT ####
Kalau adapun orang Melayu (termasuk Indonesia) diambil bekerja hanya dipergunakan untuk melariskan jualan makanan dan perkhidmatan. Melayu diperalatkan. Nama Melayu akan digunakan untuk melariskan jualan seperti jenama makanan yang mempunyai nama-nama Melayu dan Islam. Sedangkan hak-hak mereka asas mereka tidak penuhi. Orang Melayu tetap redha sebab itulah periuk nasi mereka. Berapa pekerja-pekerja Melayu Islam yang datang mengadu kepada saya kerana dihalang untuk solat Jumaat dan solat fardu? Saya boleh senaraikan satu per satu syarikat tersebut. Solat dikatakan membuang masa dan mengurangkan kualiti dan produktiviti. Sedangkan kita sedia maklum, semakin takut seseorang itu dengan Allah, semakin kuat dia bekerja untuk manusia, sama ada majikannya itu Islam atau tidak. Sifat takutkan Allah akan menjadikan dia berhati-hati melakukan pekerjaan. Saya tidak nafikan ada yang kuat solat, tetapi malas dan culas.
#### KOMEN ####
Perengan ini adalah usaha untuk terus meracuni fikiran orang Melayu terhadap orang Cina. "Melayu diperalatkan?" Kenyataan ini membodohkan orang Melayu bagaikan begitu mudah diperalatkan. Apakah RT tidak mengikuti perkembangan semasa pencapaian korporat dan politik Melayu. Bank milik Bumiputra berapa, milik Cina berapa? Renungilah. Lihat juga pegangan ekuiti Melayu di BSKL, berapa peratus nilainya dipegang Melayu sekiranya ditafsir adil menggunakan nilai pasaran saham dan bukannya "par value"? PLUS milik siapa? UEM milik siapa? "Melayu diperalatkan?" Melayu yang tahu kekuatannya, yaitu yang berpendidikan dan peneraju korporat tentu senyum kambing dengan penilaian RT. Malangnya, yang tak terlibat langsung dalam bidang ekonomi tentu percaya. Maklumlah, Ustaz, Doktor.
Memang kotor sekali taktik mengatakan bahawa pekerja2 Melayu Islam dihalang untuk solat Jumaat dan solat fardu. Kalau berlaku, lapurkan pada pihak berkuasa, saya sokong. Jangan fikir Ustaz aja ada Tuhan dihati, kaum lain jugak ada dan prihatin. Jangan dipakai buluh sebatang, hambat orang satu kampung.
#### RENCANA RT ####
Apakah wujud perancangan untuk memisahkan orang Melayu dengan Tuhannya agar mereka menjadi cair? Apabila ikatan mereka dengan Allah telah cair, maka lunturlah semangat jihad mereka, maka mudahkan untuk mensekularkan dan menguasai mereka. Inilah tindakan licik yang mesti kita sedar. Saya tidak maksudkan jihad itu dengan berperang, tetapi cukup sekadar jihad itu menuntut perubahan untuk menjadikan kita lebih baik dan dekat dengan Maha Pencipta.
Kadangkala saya tidak menyalahkan mereka. Mereka mencari dan mengambil kesempatan. Kita sahaja yang leka dan syok sendiri. Kita tidak menghargai apa yang kita ada, apatah lagi untuk menguatkuasakannya. Kita rela korbankan segala yang ada pada kita asalkan negara dapat bergerak maju ke hadapan, walaupun yang dikorbankan itu adalah maruah agama dan bangsa. Misalnya kedudukan bahasa dan dasar pendidikan.
#### KOMEN ####
Orang Melayu tak mudah cair. Kalau mudah cair tentu Melayu dah hilang dari dunia kerana dimanipulasi. Tak pun. Malayan Union ditenggelamkan. Raja2 Melayu didaulatkan dan berkuasa hingga hari ini. Kekuatan Melayu bertambah berkali ganda sejak 57. Dalam masa 50 tahun akan dijangka menjadi kuasa mutlak atas asas bilangan penduduk, kekuatan ekonomi, politik dan keagamaan yang tak luntur dek zaman. Ke mana saja, ada surau, masjid dan azan berkumandangan setiap pelusuk negara. Melayu mudah cair? Janganlah berkata demikian. No 1, palsu. No 2, tujuan dan motif kenyataan itu tak baik.
Orang Melayu seperti orang lain ada pengorbanannya demi mengejar kemajuan. Itu biasa. Tetapi jelas sekali pencapaian Melayu tidak boleh ditidakkan. Angkasawan Melayu pun ada. Doktor bedah hati yang mengubati saudara saya pun Melayu, specialist yang jaga saya jangka panjang pun Melayu (saya ada opsyen tukar, tapi tidak, sebab dia best!) Banyak hospital milik bumi. Jururawat yang tahu macam2 medical method dan teknologi pun Melayu. Saya rasa, orang Melayu tak mudah cair. Jangan disilapkan sopan santun, beradab dengan "mudah cair". Bila cair, hilang bentuk, hilang identiti, hilang kekuatan. RT tersilap. Tersilap besar.
CK. Anda memberi penjelasan panjang lebar dan saya setuju. Apa yang ck bilang, Jepang juga pendatang. Oleh itu, tak baik suruh orang balik China sebab tak berasas. Saya setuju dengan CK. Oleh itu menyuruh orang Malaysia Melayu balik Indonesia dan Orang Malaysia Cina balik Cina tu memang buat lawak bodoh. Setuju. Itulah point saya. ... jangan mengundang bila orang membalas sebab tujuannya untuk menunjukkan yang melontar batu dahulu itu lawak bodoh.
Nampaknya keadaan makin gawat. oleh itu, berbalik la semula pada perlembagaan Malaysia yg ada definisikan erti Bangsa Melayu...
rajin-rajin la baca buku, bukan sibuk dok mengata or membuat kesimpulan sendiri. rata-rata pelajar tingkatan 6 pun dah clear maksud melayu dalam erti kata perlembagaan.
OJ, saudara gagal untuk memahami hakikat sebenar disini.
Jika bukan saudara yang mengatakan Melayu adalah pendatang di sini, baguslah. Tetapi masalahnya ahli politik pun berani mencanangkan benda yang sama.Saya sudah muak dan bosan dengan ayat-ayat yang sama dan saudara juga cuba menjual ayat yang sama disini.
Jepun bukan pendatang di tanahair sendiri.Walapun mereka berhijrah dari korea dan china. Mereka adalah orang yang pertama mendirikan kerajaan di sana, memerintah dengan sistem sosial yang lengkap, bertamadun.
Begitu juga dengan orang melayu disini.mereka adalah orang pertama memerintah Tanah Melayu. British membuat perjanjian dengan Sultan melayu, bukan dengan orang asli.orang asli berada dibawah perlindungan sultan.orang melayu yang berjuang mempertahankan sejak ribuan tahun daripada chola dan tai(melayu di negeri utara dan pantai timur),majapahit(negeri selatan).
Kenyataan bahawa orang cina adalah pendatang tidak dapat dinafikan, walaupun oleh saudara Ridhuan Tee.Tetapi disini saudara Rihduan Tee sudah tidak boleh dikategorikan sebagai pendatang lagi, kerana beliau sudah menjadi rakyat malaysia dalam ertikata sebenar.begitu juga dengan ribuan yang lagi seperti Prof Khoo,jaclyn victor dan lain-lain individu yang telah bercampur dengan majoriti, berperangai seperti orang malaysia, bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan fasih.
masalahnya sekarang terdapat banyak orang cina dan india yang masih dalam mentaliti zaman penjajah,tidak mahu bercampur dengan orang melayu,sekolah tak nak sama-sama,mendiskriminasi orang melayu secara halus.
mereka juga menghina orang melayu, semua institusi yang diurus orang melayu dipermainkan, PDRM, tentera dan IPTA.Maruah orang melayu diinjak-injak dengan bangga atas dasar kebebasan bersuara.
golongan inilah yang dikatakan pendatang.Bila dikatakan balik China dan India mereka marah, tetapi mereka sendiri berperangai sebegitu.salahkan diri sendiri, bukan menuduh orang lain.
cuba lihat ni
inilah yang dikatakan pendatang, apa pun tak tahu, cuma mengadu-domba sahaja.
jadi tak salahlah apa yang ditulis oleh saudara Rihduan Tee.
Ordinary Joe 1.55 pm -
Saya tidak nampak perenggan yang disebut anda itu sebagai "meracuni fikiran orang Melayu terhadap orang Cina". Dr Ridhuan mahu menimbulkan kesedaran Melayu di atas hak nya. Terutama berkaitan solat. Dia tidak langsung menyebutkan Cina di situ. Apakah Cina sahaja yang berniaga di Malaysia ini?
Anda berkata, "Melayu diperalatkan?" Kenyataan ini membodohkan orang Melayu bagaikan begitu mudah diperalatkan". Jikalau Melayu tidak komplen kapada dia, mengapa anda sibuk menuduh dia menghasut dan sebagainya?
Salepas itu anda bercakap saolah-olah anda Melayu, "Apakah RT tidak mengikuti perkembangan semasa pencapaian korporat dan politik Melayu. Bank milik Bumiputra berapa, milik Cina berapa? ... Lihat juga pegangan ekuiti Melayu di BSKL, berapa peratus nilainya dipegang Melayu sekiranya ditafsir adil menggunakan nilai pasaran saham dan bukannya "par value"? PLUS milik siapa? UEM milik siapa? "Melayu diperalatkan?" Ini pun boleh diiktiraf sebagai anda menghasut supaya Melayu bencikan Dr Ridhuan.
Kata-kata anda, "Lihat juga pegangan ekuiti Melayu di BSKL, berapa peratus nilainya dipegang Melayu sekiranya ditafsir adil menggunakan nilai pasaran saham dan bukannya "par value"?" - ini boleh ditafsir sebagai anda menyindir. Apa tujuan anda menggunakan perkataan "sekiranya ditafsir adil"?
Apa pulak anda mengatakan "Memang kotor sekali taktik mengatakan bahawa pekerja2 Melayu Islam dihalang untuk solat Jumaat dan solat fardu"? Apa salahnya dia mengeluarkan pendapatnya diblognya? Kalau anda tak setuju, nyatakan. Keluarkan hujah-hujah yang menyokong pendapat anda. Tapi janganlah kata dia menghasut. Dan sebagaimana yang saya sudah tunjukkan di atas, anda nampaknya yang menghasut.
Saya pun tak faham apa maana, "Jangan dipakai buluh sebatang, hambat orang satu kampung". Adakah anda mengatakan dia sebatang karah sahaja, tak boleh memberi pendapat, berdiskusi? Kalau anda lihat betul-betul di sini, ada ramai penyokong nya, bukan buluh sebatang. William diatas sudah pun buat pungutan suara secara informal - bacalah dan ambil perhatian.
Yang pentingnya, Dr Ridhuan bukannya "menghambat orang". Dia nak naikkan semangat orang Islam diMalaysia, yang kebanyakannya Melayu. Anda tak nampakkah dia juga bidaskan Melayu dengan kata-katanya, "Saya tidak nafikan ada yang kuat solat, tetapi malas dan culas"? Namun demikian, saya tak nampak Melayu marah kapada dia. Apa yang anda sibukkan ini? Apa tujuan anda yang sabenar? Ada hidden agenda ke?
Salam Dr.
OJ menulis:-
"Dikala sesiapa yang minta orang Cina di Malaysia balik ke China, janganlah marah kalau ada yang minta kamu balik ke Sumatra, Yunnan ataupun Pasifik Selatan kerana reaksi ini memang diundang."
Kenapa berhenti setakat itu sahaja? Jom! Marilah kita semua balik ke tempat di mana Nabi Adam mula bertapak di muka bumi. Kerana di situlah tempat asalnya semua, bukan?
Kita mengambilkira bangsa manakah yang mula-mula sekali memulakan "governance", menubuhkan kerajaan di sesuatu tempat itu. Semenanjung ini adalah Semenanjung Tanah Melayu kerana orang Melayu yang menubuhkan kerajaan pada mulanya walaupun sudah ada kaum asli. Seperti juga Amerika Syarikat yang mana kaum yang dah ada adalah Red Indian, tapi kaum "Anglo-Saxon" diterima sebagai pengasas.
Tanah Melayu selepas 1957 telah menerima untuk menubuhkan "Malaysia" yakni, orang Melayu menerima orang china & indian yang "stateless" ketika itu untuk sama-sama bekerjasama menjayakan sebuah negara bernama Malaysia.
OJ masih tetap lagi seorang China. Maka saranan untuk balik ke negeri China adalah wajar bagi OJ dan sejenisnya.
"Negara Ini Negara Berdaulat"
Semerah Padi
Silap la Semerah Padi kalau nak OJ balik ke tempat turunnya Nabi Adam kerana jika dia bukan beragama Islam, dan tentu tak percaya pada Islam. Jika percaya, mengapa tidak peluk Islam?
Org bukan beragama Islam ni memang dari dahulu lagi tak kan puas dengan muslim sehinggalah muslim itu murtad. Tapi yg jadi makin pelik, ada yg mendabik dada memperjuangkan Islam tetapi merelakan diperkudakan oleh bukan Islam semata-mata dijanjikan untuk berkuasa. Ingatlah, janji bukan Islam (dalam erti kata berpolitik) hanya umpan bukan kenyataan. Jika ada muslim yg berfikir dia cerdik untuk tundukkan bukan Islam ini, sebenarnya bukan Islam 2x atau lebih cerdik daripada muslim tersebut. Lagi dahsyat.
...maka Laporan Audit Negara 2009 pada tahu hadapan akan terus STEREOTAIP!
Udah lah tu RAKYAT MALAYSIA, kita 1Malaysia, tak usahlah Bergaduh apatah memanggil anak Adam dan Hawa yang lain ULTRA KIASU or whatever. Berbaik Sangka lah.....
Yakin dan Percayalah ke Hadrat ALLAH SWT
#### PETIKAN RENCANA RT ####
.
.
Contoh kecil, teori strategi dan peperangan Tsun Tzu. Pelajar-pelajar dipaksa menghadam teori ini luar dan dalam, kulit ke kulit, sehingga kadangkala terlupa tanggungjawab terhadap al-Quran dan Sunnah. Strategi Tsun Tzu tidak hanya diaplikasikan dalam peperangan tetapi juga dalam perniagaan. Sedangkan Tsun Tzu tidak pernah masuk universiti, apatah lagi mengambil SPM dan PMR.
Paling saya hairan, kita lupa dalam agama kita ada pakar dan pemikiran strategi perang yang cukup hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Khalid Ibn Walid, Omar al-Khattab, Salahuddin al-Ayubi dan sebagainya. Tokoh-tokoh amat jarang dibincang dan ketengahkan. Apatah lagi untuk dihafal teori-teorinya. .
.
.
.
Nabi Muhammad SAWpun tidak pernah masuk universiti. Tetapi Nabi adalah Rasul pilihan Allah. Makamnya amat tinggi. Maka tidak hairan Michael Hart (2006) meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia agong maha hebat daripada 100 orang terhebat dunia meninggalkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha, Konfucius, Aristotle, Tsun Tzu dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Malangnya tidak ramai yang mengkaji.
### KOMEN ###
Saya kurang pasti mengapa tumpuan diberikan kepada Sun Tzu (孫子) (atau pun Sun Zi). Sepengalaman saya, ramai tokoh zalam silam yang telah diberi perhatian. Pada satu masa Niccolò di Bernardo Machiavelli begitu mendapat perhatian kerana teori sains politiknya yang begitu dikagumi sehingga perkataan machivallian dicipta. Ramai lagi yang dipopularkan bagi bermusim. Sun Tzu menjadi popular kerana teori strategi perang dia berkesan dan didapati berkesan turun temurun. Memang dia tak ada PhD tetapi itu soalan yang agak pelik kerana PhD itu ciptaan orang puteh, RT pun ada. Sepatutnya RT tak boleh berkiblat barat. Universiti Pertahanan pun ikut sistem barat. Ah... itu memang tajuk perbincangan yang lain. Esok RT kena jalan ke uni sebab teknologi kereta itu asasnya dari barat. Alamak, jammed betul ni. Esok tak tahu apa RT nak pakai ke uni, esok? lusa? Takkan pakaian ala barat - shirt and pants???? Tenunannya juga teknologi barat. Jadi RT, tak habis habis. Baling boomerang, kena muka. Ada simpulan bahasa Melayu yang maksudnya agak sama tapi saya segan nak pakai di sini. Nanti RT marah, minggu depan, attack kat Mingguan Malaysia pulak. Nama saya Joe pun dah disebut Ahad lepas :-)
Macam ni lah RT, yang baik kita terima, yang buruk kita tolak. Timur ke barat ke tak penting. Intelek ini anugerah Tuhan. Jangan kerana tak muat dalam teori sempit kita, ianya ditolak. Jangan diperlekehkan pencapaian orang lain sebab dia bukan dari timur. Bila tiba musimnya tokoh Islam dipopularkan, ada orang yang baca, kaji, serap, hayati dan amalkan. Michael Hart ada buat percubaan dengan Nabi Muhammad SAW tetapi sabarlah, bila tiba masanya, ianya akan berlaku.
Buat sementara waktu, saya harap pembaca Mingguan Malaysia tak boikot benda2 yang datang dari barat terutamanya dari orang Yahudi. Masaalahnya, komputer yang sedang saya pakai, Intel, design Yahudi di Israel!!!! EPROM yang ada dalam komputer juga ciptaan seorang Yahudi bernama Dov Frohman. RT dengan gambar segaknya memegang handphone mungkin kena buang jugak sebab handphone pertama dibangunkan di Motorola lab kat Israel. Di NASDAQ, Yahudi memiliki bilangan syarikat yg ketiga banyak, dengan itu, mereka memacu pembangunan teknologi dan IT di dunia. CISCO yang merupakan tulang belakang jaringan Internet di pejabat2 kerajaan dan ahem, mungkinnya universiti pertahanan itu banyaknya direka di Israel. Kalau tak pakai CISCO, tentu pakai HWAWEI dari Repablik Rakyat China (ai, lagi terok!)
Tak tahulah RT, apa RT nak buat esok. Semuanya asing... tak pe, Yahudi pulak. Bukan Yahudi, China pulak.
Itulah, terima yang baik, tolak yang jahat. Jangan nak pandai melagakan ikut kaum, ikut barat-timur dsbnya.
Sdr OJ,
Tak payahlah nak berbelit sana sini. Lipat sana, lipat sini. Penyudahnya kita tahu juga betapa prejudisnya rakyat kita terhadap bahasa Kebangsaan mereka sendiri. Tak boleh itu, tak boleh ini. Tak boleh guna sebab itu sebab ini. Banyak sahaja kilasnya. Pusing 360 darjah.
Kalau diadakan pungutan suara rasanya yang akan terima bahasa Melayu (bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah ialah 80% dan hanya 20% sahaja yang menolak. Saya harap OJ tidak tergolong dalam yang 20% itu. Sebab 20% inilah yang ULTRA KIASU. Yang selebihnya 80% itu adalah semua kaum yang bersatu dengan 1 bahasa Kebangsaan, rela menerima kekuatan bahasa tersebut. Dan saya masih berharap Sdr OJ boleh join kami yang berada dalam 80% tersebut.
### PETIKAN RENCANA RT ###
Hari ini sudah terbalik, barat amat berminat mengkaji peribadi orang timur. Tetapi orang timur sibuk mengkaji barat sehingga terabai kehebatan tokoh sendiri. Justeru, saya tidak hairan, bila orang bukan Islam tidak mahu diasimilasikan atau diakulturasikan sebab kita tidak pernah hormat diri tokoh kita atau diri sendiri.
Saya tidak percaya kita boleh bangun dengan acuan orang lain. Sejarah menunjukkan semua bangsa bangkit dengan kekuatan dan acuan sendiri. Jepun bangkit dengan semangat Kejepunan, Cina dengan semangat Kecinaan. Apakah kita mahu bangun dengan semangat kebaratan? Sudah tentu orang Islam mesti bangun dengan semangat keIslaman. Barulah kita mendapat keredhaan Allah SWT.
Baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat penting kementerian. Kebetulan dalam mesyuarat tersebut ada seorang usahawan Amerika boleh berbahasa Melayu secara pelat. Hanya kerana seorang Mat Salleh, serta merta pengerusi mesyuarat terpaksa korbankan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Inggeris. Saya amat yakin presiden Iran tidak akan sama sekali melakukan sedemikian, walaupun beliau pandai berbahasa Inggeris. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan bahasa sendiri, siapa lagi yang mahu kita harapkan untuk mendaulatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.
#### KOMEN ####
RT, orang Timur dah lama kaji orang Timur. Pergi kunjung mana2 perpustakaan di universiti barat, dah banyak kajian dan tesis dibuat. Hanya tak dikomersilkan. Saya suka membacanya bila dah letih buat ulangkaji kat perpustakaan. Itu pun dah lama.
Jadi saya nak tanya RT: RT nak bangun dengan acuan Islam, acuan sendiri? Tak siapa yang menolak kalau RT nak bangun dengan acuan Islam, tak salah. Tapi memang pelik2lah kalau bila saya cuba juxtapose dengan kenyataan sebelumnya: "Saya tidak percaya kita boleh bangun dengan acuan orang lain." Kalaulah orang Malaysia dengan acuannya "sendiri" walau pun berunsur Cina nak bangun, boleh juga ya? Sekurang2nya, China, tanah asal nenek moyang RT lebih dekat dari timur tengah yang sebenarnya, di barat. Orang puteh yang namakannya Middle East, langsung diterjemahkan Timur Tengah. Esok RT kena pergi uni tukar istilah. Jgn kiblatkan London.
Akhirnya, nyata sekali RT tidak konsisten, malah percanggahannya amat ketara. Kalau saya disuruh komen rencana akademik yang lain, misalannya Prof Khoo, mungkin saya tak dapat nak cakap banyak... RT ni Mat Hentam. Sampai pegawai kerajaan yang cuba melayan usahawan itu dengan baik pun kena ketuk. Sekurang2nya, berilah galakan kerana mencuba untuk buat apa yang dia fikirkan wajar. Kenapa nak dipandang serong. Kalau betul ada hasrat nak buat baik, tanya pegawai tu kenapa dia berbuat demikian. Dengan penjelas dengan hati yang terbuka. Pasti anda akan faham motifnya. Keredhaan Tuhan tetap akan diterima.
Sdr OJ,
Jangan anggap RT tabur api kebencian. Tidak ada pun timbul perkara itu. Kadang kala kita mesti bersikap tegas untuk pastikan perkara yang baik berlaku.
Saya tak nampak adanya jalan secara berlembut boleh menjayakan seluruh impian rakyat terbanyak. Saya percaya OJ pun impikan perkara yang sama. Dan jika dikira, saya yakin banyak yang sokong dari yang bangkang.
Kadang kala kena dengar juga suara yang banyak. Jangan asyik dengar suara beberapa kerat individu seperti Dong Zong. Ianya tidak mewakili semua rakyat. Jatuh bangun kerajaan adalah adat seluruh dunia. Tapi jatuh bangun negara tidak boleh dimaafkan.
Kembara Politik. Dalam apa yang disebutkan diblog terakhir, pandangan saya dan anda dipisahkan satu sahaja - timeline. Itu pun sudah saya jelaskan. Saya sendiri produk aliran kebangsaan kerana banyak bergaul dengan budak2 Melayu sebelum ke bangku sekolah. Tetapi atas pengalaman tersebutlah saya merasakan golongan tersebut memerlukan B Cina untuk belajar 3R dan buat persediaan untuk masuk sistem kebangsaan ditahap menengah. Tetapi, penjelasan ini setiap kali disalah tafsir dan dianggap menolak BM sebagai bahasa kebangsaan dan menolak 1 aliran sedangkan saya tidak.
Saya pragmatik. Kalau hari ini juga budak2 Cina umur 7 tahun selesa dgn BM, hapuskan saja aliran Cina. Dari banyak blog yang lampau, saya dah kata, isunya budak2 tu tak faham. Bayangkan, dia masuk kelas, budak Melayu tu faham setiap ayat yang cikgu bilang dan dia serap dlm otak dan yang disuruh buat tu dia buat. Budak Cina tu pulak tak faham. Macam mana nak belajar dgn berkesan. Cikgu pun frust. Itulah sebab saya kata, bagi diorang 6 tahun belajar 3R, prepare their Malay to learn effectively in Form 1. Kalau tak faham position saya dan nak tuduh saya ini dan itu, susahlah.
Sdr OJ,
Elok Sdr baca kembali komen-komen Sdr terhadap RT. Semuanya Sdr komen di luar konteks. Komen-komen Sdr sebenarnya kosong. Saya pun sudah malas hendak berhujah panjang. Sdr OJ lebih suka memilih untuk berhujah bersimpang-siur sehinggakan 'menyorokkan' kepentingan untuk bangun dengan kekuatan bahasa Kebangsaan kita.
Saudara Kembara, niat kita berdua sama, nak membina negara. Tetapi pendekatan kita jelas tak sama kerana latar belakang berbeda dan fakta yang kita kutip dalam perjalanan hidup kita menyebabkan kita mencerna banyak isu dengan kesudahan yang berbeda. Sudahlah. Saya bukan Komunis, Cauvinis Cina atau pun bintang tiga. Kalau saya terlanjur kata dgn Kembara, minta maaflah.
Orang seperti saya ni, ada frustration kita. Bukan tak layak nak berhijrah ke negara barat di mana kehidupan lebih selesa. Tapi ini negara tempat lahir kita. Walau tak difahami ramai Melayu, bagi kita orang Malaysia keturunan Cina yang dah 3rd generation or more, ini tanah tumpah darah. Bila kita ke Hongkong, kita di panggil "Mah Lai Yan" - Melayu. Kita tinggal lama kat situ pun kempunan makanan Malaysia. Saya waktu lunch pun makan nasi Melayu, sedap tapi cannot find in whole world kecuali at home. Itu yang ramai Melayu tak faham kerana Kembara bukan Malaysian Chinese. Tapi yang paling frust ialah apabila orang macam RT buat rencana yang bila saya baca pun, saya terasa impaknya memang buruk. I dah tanya colleague kat tempat kerja, Chinese and Malay, mereka setuju.
Malangnya, inilah negara kita buat masa ni. Ustaz pun diperalatkan politik. Tapi kita tak boleh putus asa. WE have to look forward to better days ahead.
Sdr OJ,
Itulah saya kata. Masa yang diberikan sebenarnya sudah cukup lama. Sejak sebelum merdeka lagi sudah ada wujudnya kesedaran ini. Tapi atas sikap tolak ansur, sikap toleransi, akhirnya sampai sekarang situasi yang Sdr cakapkan tersebut masih wujud. Kenapa masih berkeadaan sebegini? Bagi saya, suara Sdr bukanlah suara majoriti. Untuk melihat suara majoroti itu elok kiranya Kerajaan melaksanakan referendum atau pungutan suara peringkat nasional. Ala-ala pilihanraya. Semua rakyat boleh undi untuk tentukan. Bukankah itu lebih demokratik. Tidak akan ada lagi peras ugut ahli politik yang hanya pandai main perasaan rakyat untuk pancing undi.
Sdr OJ,
Kalau nak tohmah Ustaz diguna ahli politik nampak gayanya Sdr silap. Malah tidak ada pun ahli politik yang berani untuk melaksanakan cadangan bahasa Kebangsaan di seluruh sekolah atas sebab undi. Yang banyak kita lihat ialah segelintir ahli politik dari kedua-dua belah akan guna isu ini dan dakwa bahawa itulah suara sebenar rakyat. Padahal mereka tidak pun mewakili rakyat majoriti yang mahukan bahasa Kebangsaan diangkat sewajarnya.
Ahli politik yang sebegini selalu menangguk di air keruh. Menggunakan suara-suara kecil dan mendakwa itulah kehendak SELURUH rakyat.
Masa yang "terlalu" lama itu kerana transisi tak diurus elok oleh kerajaan. Kalau KP buat analisis, negara ni memang Melayu yang kontrol. Peratusan undi siapa yang banyak. Isunya pengurusan isu. Jadi kalau tak diurus dan tangani dengan betul, melaratlah jadinya. Bagi orang Cina, pendidikan itu begitu penting. Jadi, isu yang saya ketengahkan itu kita harus fikir dengan inovasi dan kreatif.
Singapura pun dah lama tak ada sekolah Cina. Lee Kuan Yew yang tutup. Cina pun meradang. Lepas tu, dia tutup Nanyang University. Tapi, sistem pendidikan yang menggantikannya di reka supaya budak Cina, Melayu dan India pun OK. Apakah caranya? Kena kaji.
Jadi kalau KP nak force your way on these people, kena ambil pendekatan yang prihatin dan total. Sekiranya tidak, tak heran ditolak.
Dah lewat, nak tidur. Esok nak kerja. Tak kerja, tak ada gaji, tak dapat nak bayar cukai, kerajaan pun jam.
Selamat malam and have a nice day tomorrow.
Sebahagian dari artikel RT ni saya setuju- pasal mempertahankan jiwa bangsa sendiri, hormat bahasa dan budaya sendiri.
Kami orang Cina bersusah payah atas tanah ini mempertahankan pusaka budaya sendiri sejak dulu lagi, oleh itu saya amat setuju dan memahami ikatan dan pentingnya.
Sebagai rakyat Malaysia, di mana bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita, dalam hati saya kepentinggan mempertahankannya sama seperti pentingnya mempertahankan budaya dan bahasa ibunda saya.
Saya menumpang sedih apabila nampak bahasa Melayu tidak dipentingkan dalam 'occasion' yang sepatutnya gunakan BM. Saya menumpang sedih apabila budaya Melayu sendiri tidak dikukuhkan seperti Batik, Kebaya dll.
Tapi saya keliru dengan Melayu sendiri, sama ada budaya Melayu atau budaya Islam yang dipentingkan? Dalam artikel RT sebutkan tentang keislaman, tapi kaitkan dengan BM pula. Namun, BM bukan sama dengan Islam, sebahagian daripada agama dan budaya haruslah dibezakan.
Orang Melayu haruslah pertimbangkan mana 'direction' mereka pasal memperjuangkan kebangsaan mereka.
Maaf sekiranya BM saya yang tertulis di sini tidak nampak 'kekuatan perjuangan' sebagaimana saya katakan. Memang lepas sekolah jarangnya peluang guna BM, namun saya sentiasa cuba sedaya upaya untuk guna BM supaya tidak melupakan bahasa kebangssan sendiri, di mana identiti saya sebagai rakyat negara ini terbukti.
Dan saya salamkan harapan saya kepada kawan Melayu semua supaya kebangsaan dan budaya anda bangkit dan diperkukuhkan sesisi dengan agama anda.Sekiranya Melayu hormati budaya sendiri, barulah mereka memahami hati bangsa lain untuk mengekalkan budaya sendiri. Denganlah sikap saling faham-memahami ini barulah kita semua orang dapat menghormati sesama lain.
Ikhlasnya saya sarankan komen 'UltraKiasu' ini tidak digunakan lagi sebab ia hanya bias tanpa fakta yang kukuh.
Pertahanan pendidikan aliran Cina dan India bukan sekadar kiasu tetapi atas pertimbangan dan kajian yang teliti untuk masa depan cucu supaya mereka mempelajari iktibar, sejarah dan jiwa bangsa yang diturunkan selama beribu-ribu tahun oleh moyang kita.
Cuba bayangkan betapa banyaknya ajaran yang dapat kita pelajari dengan pengalaman hidup dan sejarah unggul yang terbukti kesannya sejak beribu-ribu tahun dahulu?
Kita seharusnya menghargai keunikan negera ini dan cuba menghala ke sistem pendidikan unik yang melihat dari segi memkombinasikan segala unsur-unsur positif dari budaya dan ajaran semua kaum.
Yg baik harus kita terima, yg keroh kita jernihkan, yg buruk kita hindarkan, barulah kita dapat membentukkan orang Malaysia yang tersaing di dunia.
Teringat saya dengan Transformer. Kuasanya paling kuat apabila berbagai jenis robot 'combine' bersama, samalah konsepnya :D
Wahai Blogger
Perkataan Ultra Kiasu ini sebenarnya ditujukan kepada sebuah parti.
Kenapa parti tersebut digelarkan Ultra Kiasu?
1. Dahulu parti ultra kiasu ini dikenali sangat vokal dalam mengkritik. Kini, bila giliran mereka untuk dikritik, mereka menganggap diri mereka sebagai benar dan orang lain sebagai salah.
2. Adakah parti ultra kiasu ini membuka maupun 'sedikit' sejak 52 tahun yang lalu? Sebenarnya orang Melayu tidak pernah 'kiasu'. Mereka bukan hanya membuka sedikit TETAPI sebenarnya banyak. Sebaliknya, parti ultra kiasu ini meminta lebih banyak lagi.
3. Kenapa parti ini dikatakan tersangat kiasu sehingga ditambah ungkapan ultra yang bermaksud tersangat (ekstrim)(ataupun tak boleh berkompromi) kiasu?
Sebabnya,
a. parti ini tersangat takut kepada Islam sehingga kini terkenal sebagai parti anti-Islam.
b. parti anti-Islam ini ultra kiasu kerana melaungkan ungkapan-ungkapan yang tersangat ultra seperti “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
4. Kenapa parti ultra kiasu tersebut anti Islam?
Sebabnya.
a. parti tersebut TIDAK akan menegakkan negara Islam dan TIDAK akan melaksanakan hukum Islam.
b. parti tersebut memperalatkan nama Umar Abdul Aziz untuk "mencairkan" orang Islam. Parti tersebut cuba menipu rakyat dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz.
5. Kenapa parti tersebut tersangat ultra?
Sebab,
a. parti tersebut terdiri daripada orang politik yang bermain licik untuk mengatasi amaran di al-Quran.
b. parti tersebut tidak akan memperkasakan bahasa kebangsaan yang terpelihara.
c. parti tersebut sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu.
d. parti tersebut kini sudah terdedah dengan tembelang musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.
Dikala sesiapa yang minta orang Cina di Malaysia balik ke China, janganlah marah kalau ada yang minta kamu balik ke Sumatra, Yunnan ataupun Pasifik Selatan kerana reaksi ini memang diundang.
<-------- quote taken from a comment posted by OJ previously..
wut i'll say : KO IGT KO SAPE???
Sdr OJ,
Sdr tulis:
"Jadi kalau KP nak force your way on these people, kena ambil pendekatan yang prihatin dan total. Sekiranya tidak, tak heran ditolak."
Selama ini, ULTRA KIASU Dong Zong akan menolak apa saja pendekatan yang diambil oleh Kerajaan. Pendekatan secara berlembut dan prihatin sebenarnya tidak langsung dipeduli oleh ULTRA KIASU Dong Zong ini. Kesimpulannya: Tidak ada langsung pendekatan yang diterima oleh Dong Zong kerana sikap ULTRA KIASUnya. Lihat dan kaji sahaja bagaimana gaya pemikiran Dong Zong ini.
Rujuk:
http://ideasofan-ideot.blogspot.com/2009/11/comment-on-dr-mahathir-we-dont-even.html
Hanya ada 2 cara sahaja untuk menutup sikap banyak songeh ULTRA KIASU Dong Zong ini.
1. Kerajaan terus sahaja laksanakan sistem 1 aliran dengan menggunapakai bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.
2. Jika Kerajaan agak keberatan dan bimbang akan kehilangan UNDI. Apa kata serahkan kepada rakyat dengan adakan referendum nasional. Rakyat tentukan halatuju pendidikan. Keputusan referendum sama ada mahu meneruskan sistem vernakular atau tidak akan dijadikan asas pembuatan keputusan.
Dan baru-baru ini Dong Zong sekali lagi membuatkan rakyat mual dan muak dengan perangai ULTRA KIASUnya.
Rujuk artikel berikut:
http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/11/18/dong-zongs-answer-to-the-one-school-system/
Bagi saya, tidak ada istilah pendekatan lembut bagi menangani ULTRA KIASU seperti Dong Zong ini.
"Orang berbudi, kita berbahasa"
Terima kasih.
Sdr KP,
Saya rasa perlu dijelaskan di sini bahawa Dong Zong, atau pun Dong Jiao Zong (United Chinese School Committees Association of Malaysia (UCSCAM) adalah organisasi yang mengurus sekolah2 60 buah sekolah menengah persendirian yang menggunakan Bahasa Cina. 23 daripada sekolah ini adalah dari Sabah dan Sarawak.
Bilangan sekolah sedemikian telah berkurangan dengan banyaknya kerana telah bertukar kealiran kebangsaan. Antara contohnya adalah Chung Ling High School, Penang Chinese Girls' High School, Jit Sin High School, Ave Maria Convent High School (Ipoh), Sam Tet High School (Ipoh). Sekolah2 persendirian menengah Cina langsung tidak mendapat apa bentuk dana dari kerajaan. Pembiayaannya adalah dari yuran dan derma.
Dari penjelasan di atas, Dong Zong adalah minoriti dan mewakili minoriti. Itulah argumen saya, bahawa pendekatan RT dalam rencananya nakal, kerana memberi satu imej yang salah terhadap masyarakat Cina. Majoriti, ya majoriti anak2 Cina bersekolah menengah di sekolah2 kebangsaan. Menduduki peperiksaan yang sama dengan anak2 kaum lain. Oleh itu, kalau nak tujukan argumen menentang Dong Zong, buat terang2. Menggunakan istilah Ultra Kiasu dan sebagainya tak professional.
Saya dah baca artikel dari The Sun yang di petik oleh "Jebat Must Die". Pernahkan Sdr KP bertanya, berapa peratus rakyat Malaysia kaum Cina yang bersealiran dengan Dong Zong? Jawapannya penting kerana ianya determinant (penentu) kepada pandangan sdr terhadap orang Cina majoriti.
Saya mintak semua pembaca blog kaum Melayu di sini berfikir dengan jelas - kuasa politik di Malaysia terang2 dalam tangan Melayu. Sama ada zaman gemilang BN (Satu Parti) atau pun kini dengan BN lwn PR (Dua Parti), kuasa Melayu tetap No. 1. Ini bukan salah mana2 pihak saja semata2. Orang Melayu sendiri mesti melakukan apa yang betul dan wajar untuk negara. Seorang dua pun dah cakap: buat referendum... Bagi saya, kalau tujuannya nak tunjuk kuasa Melayu, tak payahlah, sekarang pun dah No. 1. MCA tunduk pada UMNO. Gitu jugak MIC. Yang selainnya sama saja.
Tapi kalau usaha itu adalah untuk mencapai kata sepakat, buatlah, tapi mestilah memberi ruang secukupnya untuk kita berbincang dan mengatur alternatif yang menunjukkan ada kesungguhan untuk mendengar semua pandangan. Kosnya adalah sangat, sangat tinggi.
Saya melihat kemelut ini hasil daripada kegagalan orang politik memimpin rakyat dengan adil dan saksama. Pandangan yang berbeza memang banyak. Saya ingin mendengarnya.
OJ,
You are making sense as a chinese nationals.
Here is Malaysia. We are all Malysians here, except you and your minority group.
You missed the People's Republic of China? Surrender, if you have myKad in your wallet. Find your home in China mainlaind.
No point arguing with a chinese, here in the land of Malaysia.
Kenn. As far as I know I have not offended you. If you continue with your stupid go back to China line, please find yourself a DNA testing lab, take a cheap plane ride to where your DNA points to. I am 100% sure it is not here. You are one of those who cannot talk sense. Reminds me as the shouting buffoons at a recent shah alam town hall meeting. Don't talk through your rear anatomy.
For people like you, it is ok to use money from haram taxation, Genting, Calrsberg, nombor ekor, Babi farm, you name it. I am not asking you to make these halal because I respect your rights and religion. But if you are so uncouth and make stupid remarks like that, be man enough to walk your talk: log off your computer right now because all new intel chip architecture is developed by yahudi. The very bits and bytes you type to this blog was routed by Cisco designed-by-Jews routers. Think about what I said before you engage me, otherwise, please reserve your mouth for lunch. If you engage nicely and sensibly, others do not mind debate, even if it is a bit heated but do not try to silence others by such dumb taunts.
Other readers please do not feel offended because it is not aimed at you. We live in a multi ethnic society with problems to solve. If we are willing to share the blood and sweat of others to enjoy, let's also recognise each other's rights to an opinion. Constant racial taunts are so lame and counter productive.
Sdr OJ,
Tidak perlulah Sdr terasa apabila saya menghentam ULTRA KIASU Dong Zong.
Jangan ingat bahawa referendum digunakan untuk tunjuk kuasa. Referendum diguna untuk selesai masalah.
Berkenaan dakwaan bahawa MIC dan MCA tunduk dengan UMNO jelas menunjukkan sikap Sdr. Apakah dengan PAS dan PKR tunduk kepada DAP barulah Sdr berasa selesa?
Selama ini pun wakil Cina dan India bertanding di kawasan majoriti Melayu pun boleh menang. Pokok pangkalnya bukanlah sebab majoriti kaum. Tetapi lebih kepada majoriti suara. Inilah yang terpakai kepada kaedah referendum.
Jika mahu kaitkan dengan politik susahlah, sampai bilapun hasrat semua akan terbantut. Dan usahlah diikut perangai Dong Zong dan mereka-mereka yang menentang. Sudah-sudahlah.
Rujuk pula bagaimana sentimen anti bahasa Kebangsaan ini dimainkan oleh Lim Kit Siang pada pilihanraya 1969. Kaum Cina dihasut dan diminta menggunakan kuasa undi untuk menentang keras bahasa Kebangsaan. Dan saya tidak akan hairan sekiranya akan ada ULTRA KIASU yang sentiasa menentang kerana sudah memahami sikap mereka ini.
http://bibliotheca.limkitsiang.com/1969/04/30/the-education-issue-on-may-10/
WE WERE WARNED...!o_O
Sdr KP,
Anda tersilap. Dalam blog saya, saya mengatakan bahawa DZ hanya mewakili minoriti. Saya meyarankan supaya kita tanya, berapa peratus orang Cina yang sokong DZ. Saya tak "terasa". Banyak perselisihan timbul kerana salah faham.
Bila KP kata "Apakah dengan PAS dan PKR tunduk kepada DAP barulah Sdr berasa selesa?", saya baru faham kenapa KP begitu bersedia menentang saya. Pelik, saya tak cakap begitu tetapi KP put words in my mouth. Saya nafikan begitu. Sesama manusia, dalam ajaran ugama apapun, kita jangan tunduk pada manusia. Kita tunduk pada Tuhan tetapi sesama manusia, kita haruslah menggunakan intelek untuk menguruskan masalah. Selagi kita ada Tuhan dalam hati, itulah landasan kita bila berintelek. Yang saya nak tekankan di sini, Melayu memang berkuasa dan "calling the shots". Oleh itu, kuasa dah ada. Bukan saya MCA main politik, UMNO pun sama. Saya tahu referendum itu adalah satu "number game". Tetapi undi itu adalah hasil daripada penelitian satu2 isu. Oleh itu, referendum itu hendaklah didahului dengan forum2 dan perbincangan2 yang membuka minda rakyat sebelum mengundi.
Dalam sistem demokrasi, suara rakyat itu penting. Oleh kerana itu, kita mestilah menggalakkan "intellectual discourse" yang membina negara. Saya amat sedar, dalam kemajmukan masyarakat kita, banyak yang kita tak dapat setuju. Sentiasa ada percanggahan pendapat setiap hari tetapi kita mestilah melihat kepada senario yang lebih besar dan bertanya, "what do we have in common" dan kurangkan "our differences". Hasilnya tentulah mengamankan keadaan. Kalau tidak, tak habis. Kalau semua nak perangai macam Kenn, sampai bila tak habis... sikit2 suruh orang "balik". Mungkin kerana Kenn dah buat research dan dapat tahu bahawa Intel chip sekarang memang dari Intel Lab Israel, dia dah buang komputer tu sebab najis. Mungkin juga terperangkap tengah jalan kerana mungkin sebahagian jalan tu dari duit Genting, duit pengusaha ladang babi atau pun duit Carlsberg yang maha haram. Itulah saya cakap, let's accept one another dan jangan kita nak taruh tak tentu hala, tak sedar realiti sebenar masyarakat majmuk kita ini.
Akhirnya, bagi saya, apa yang penting adalah keamanan, kesejahteraan hidup rakyat dan pencapaian rakyat setiap lapisan masyarakat supaya kita dapat menjadi orang yang terbilang dimata dunia. Tak guna jadi jaguh kampung semata-mata. Kita harus buat apa yang perlu untuk menjayakannya - 1 aliran mungkin sebahagian daripadanya.
Saya ulangi lagi di sini: orang Melayu tak lupa kekuatan diri. Pencapaian orang Melayu di bumi Malaysia "is more than what you think". Saya tak silap. Oleh itu Zendra, bila anda kata saya "cakap macam orang Melayu", saya memang tak faham maksudnya. Apakah yang berlegar dalam fikiran Zendra? Hmmm...
Jumpa lagi minggu depan dan kepada semua, selamat bersua kembali.
OJ,
You are chinese, we are Malaysians.
No point talking to a chinese, a lost soul.
It' Better Late than Never.
tak kisah lah in BM ke, dalam bahasa omputih ke, rojak asma ke, rojak buah ke, yang penting
YANG BAIK KITA AMBIL SEBAGAI TELADAN N ENCURAGEMENT
BEGITU JUGA YANG BURUK...
Kerna in al-Baqarah ayat 216 Kurang Lebih Membawa maksud.....
"...kamu rasa Itu BAIK untuk kamu tapi ACTUALLY NOT and; WE ALL rasa Sesuatu itu SUDAH CUKUP BAIK but IN FACT, THE WORST..."
ITU FIRMAN ALLAH SWT
PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Dan For Malaysians
The Most Important Thing
We have Our PERLEMBAGAAN!
Every Malaysians must get into the Kerangka Besar PERLEMBAGAAN MALAYSIA kerana PERLEMBAGAAN MALAYSIA tidak lari dari AL-QURANUL KARIM dan Suri Teladan MUHAMMAD SAW. Dan kerana Malaysia ini MAJORITI ada Kalimah tauhid...
INSAN dengan KALIMAH TAUHID ini kena banyak BERKORBAN
ingat...
BERKORBAN!
BERKORBAN!
BERKORBAN!
Kerna Janji ILAHI
"Bila mana Datang KEBENARAN, Lenyaplah KEBATILAN dan Yang BATIL itu PASti akan LENYAP."
So, WHAT FOR TO AFRAID OF???
tak payah lah nak panggil mana-man golongan sebagai ULTRA KIASU kerana itu semua hanya merumitkan lagi Semangat 1Malaysia:Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan...
Kesian lah pada Najib Razak tu, DAH BERBUIH mulut Najib BERKIAS!
Berkorbanlah wahai INSAN BERILMU!!!
coz...
GOD ALWIZ WITH US.
It' Better Late than Never.
tak kisah lah in BM ke, dalam bahasa omputih ke, rojak asma ke, rojak buah ke, yang penting
YANG BAIK KITA AMBIL SEBAGAI TELADAN N ENCURAGEMENT
BEGITU JUGA YANG BURUK...
Kerna in al-Baqarah ayat 216 Kurang Lebih Membawa maksud.....
"...kamu rasa Itu BAIK untuk kamu tapi ACTUALLY NOT and; WE ALL rasa Sesuatu itu SUDAH CUKUP BAIK but IN FACT, THE WORST..."
ITU FIRMAN ALLAH SWT
PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Dan For Malaysians
The Most Important Thing
We have Our PERLEMBAGAAN!
Every Malaysians must get into the Kerangka Besar PERLEMBAGAAN MALAYSIA kerana PERLEMBAGAAN MALAYSIA tidak lari dari AL-QURANUL KARIM dan Suri Teladan MUHAMMAD SAW. Dan kerana Malaysia ini MAJORITI ada Kalimah tauhid...
INSAN dengan KALIMAH TAUHID ini kena banyak BERKORBAN
ingat...
BERKORBAN!
BERKORBAN!
BERKORBAN!
Kerna Janji ILAHI
"Bila mana Datang KEBENARAN, Lenyaplah KEBATILAN dan Yang BATIL itu PASti akan LENYAP."
So, WHAT FOR TO AFRAID OF???
tak payah lah nak panggil mana-man golongan sebagai ULTRA KIASU kerana itu semua hanya merumitkan lagi Semangat 1Malaysia:Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan...
Kesian lah pada Najib Razak tu, DAH BERBUIH mulut Najib BERKIAS!
Berkorbanlah wahai INSAN BERILMU!!!
coz...
GOD ALWIZ WITH US.
hari ini pun dah 1 Dzulhijjah 1430H.
Benar, ramai kita TERLEPAS PANDANG!
Kita asyik duk bicara soal Tunai haji ke Kota suci Makkatul Mukarramah!
Hingga terlupa...
INI BULAN PENGORBANAN!
Let's Thinking outside the Boxes to ALL MALAYSIANS.
JAZAKALLAHU KHAIRA.
Salam Dr.
Saya setuju sangat-sangat dengan apa yang Dr. tuliskan disini.
bagi mereka yang tidak bersetuju, saya percaya hati kecil mereka turut bersetuju, namun demi menjaga adat resam dan kepentingan diri dan kaum masing-masing, mereka menolak segala hujah Dr.
Penolakan sesuatu yang baik walaupun hati kecil bersetuju bukanlah suatu yang baru. Pada zaman Nabi Muhammad mula-mula menyebarkan Islam di bumi Makkah dulu pun dah terjadi. Bukanlah bermakna aku menyamakan apa yang Dr tuliskan di sini sama seperti dakwah Nabi S.A.W. jauh sekali dan tak ada yang sama pun, tetapi keadaannya penerimaan dan penolakannya yang serupa.
Salam untuk semua.
Kita semua rakyat Malaysia.
Kita semua cintakan Malaysia.
Kita semua patut hormat antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.
Jangan kita cemuh-mencemuh antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jangan kita tanamkan rasa benci antara satu puak dengan puak lain ikut etnik.
Janganlah tanamkan tanggapan yang salah dan negatif terhadap kumpulan tertentu supaya kumpulan tersebut disalah faham dan dibenci oleh kumpulan lain secara total.
Kalaulah DAP diserang dgn istilah 'KIASU ' atau 'ULTRA KIASU', saya mengaku saya suka berkawan dgn anggota KIASU atau ULTRA KIASU kerana, ramai kawan DAP saya hidup berprinsip dan berakhlak, berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa takut kepada ugutan dan ancaman pihak yg berkuasa.
Kalau bukan pejuang DAP BERMATI-MATIAN perjuangkan prinsip demokrasi, hari ini kita mungkin tidak menikmati tahap amalan demokrasi yg ada.
Pejuang DAP kebanyakan tidak beragama Islam, mereka pegang kpd nilai dan prinsip tradisi budaya kaum masing-masing dan prinsip demokrasi Barat. Kalau mereka tidak betul dari segi niali akhlak ketimuran dan prinsip demokrasi, kita boleh tegur dgn adab ketimuran dan demokrasi.
Yg saya harap ialah orang Melayu Islam, hargailah nilai agama Islam yg kamu lahir dgnnya dan diwaris dari nenek moyangmu. Belajarlah Islam kalau tidak tahu.
Orang Melayu Islam adalah kumpulan terbesar dan menjadi arus perdana dalam negara ini. Kuasa negara di tangan orang Melayu Islam. Kuasa tadbir negara juga di tangan pegawai-pegawaui kerajaan yg rata-rata Melayu Islam. Kuasa tertinggi Islam di tangan raja-raja mengikut Perlembagaan Negara, bukan di tangan ulama. Tapi semua raja-raja Melayu Islam juga.
Walaupun Cina menguasa ekonomi, tetapi mereka hanaya boleh menari ikut rentak kerajaan yg menentukan dasar dan peraturan.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Dua jenis manusia, baik mereka baiklah ummah, rosak mereka rosaklah ummah, iaitu pemegang kuasa dan ulama.
Jangan salahkan orang lain kalau berlaku masalah dalam negara dan masyarakat. siapa yg menetukan dasar dan menjalankanya?
Nabi juga bersabda: Islam tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripadanya.
Saya lihat, ramai orang Melayu Islam samada tidak yakin atau kurang yakin kepada Islam. Kurang yakin mungkin kerana jahil, tidak yakin kerana tidak beriman! Oleh itu mereka cari formula yg bercanggah dgn Islam. Mereka terikut-ikut toeri barat. Konsep dan teori Kebangsaan ADALAH DARI BARAT padahal Barat tidak beriman kepada Allah. Barat menjajah dunia dan cuba memperhambakan manusia lain.
Oleh itu konsep Kebangsaan adalah racun kepada pemikiran orang Islam. Al-Quran mengandungi prinsip-prinsip kemanusiaan yg bersifat universal yg jauh mulia dan agong daripada konsep Kebangsaan Barat.
Umat Islam asalnya kuat dan bersatu. Barat telah berjaya pecah-belahkan dunia Islam dgn konsep Kebangsaan, kesan buruknya sehingga hari ini. Lihat saja antara Indonesia, Malaysia dan Brunei, sama-sama Melayu dan Islam, tak boleh kumpul kekuatan! Singapura lebih gagah, garang dan bengis hidup di tengah-tengah negara islam ini.
Oleh itu, saya nasihatkan Dr. Ridhuan dan rakan-rakan lain, kaji betul-betul ruh Islam, jangan lagi ditipu oleh konsep kebangsaan yg diajarkan oleh guru Barat!
Sebab kita tak faham Islam, kita mudah saja serang kumpulan lain dgn nama jolokan KIASU dan ULTRA KIASU.
AMAT HODOH dari pandangan Islam cara kita melayani manusia yg jahil tentang Islam. Mereka sebenarnya tidak menentang Islam, mereka hanya salah faham tentang Islam, sebab kita sendiri gagal memahami Islam dgn betul apalagi nak fahamkan orang lain!
Cuba lihat, bekas mufti berceramah agama boleh dikepong oleh berpuluh pegawai cegah maksiat dan polis ! Bagaimanakah orang bukan Islam nak faham tentang Islam kalau bekas mufti nak cermah tentang Islam pun disekat? Bilakah puak KIASU dan ULTRA KIASU akan dapat giliran untuk mendengar penjelasan tentang Islam?
Adakah ustaz Ridhuan mempunayi tauliah jika beliau dijemput ke p. Pinang untuk memberi ceramah agama kpd kumpulan KIASU dan ULTRA KIASU?
Islam bukan lagi agama universal, agama kebangsaan pun bukan, ia adalah agama negeri!
Wahai umat Melayu Islam, renungilah!
Semerah Padi dan rakan-rakan lain,
Salam Malaysia atas sekalian!
Kita cintakan Malaysia kerana kita lahir di sini, membesar hisap susu dari ibu bumi ini!
Sini bukan tanah Arab kenapa sebahagian orang Melayu bermati-matian pertahankan tulisan Jawi yg gunakan huruf Arab(Cina kata tulisan taugeh)? Sini juga bukan Rom, kenapa orang Malaysia gunakan huruf Latin untuk eja namanya?
Kenapa Malaysia nak cari dan bina identiti sendiri dgn unsur-unsur dan warisan budaya yg jauh dari bumi sini? Bukankah tanah Cina dan India lagi dekat dgn bumi Malaysia daripada tanah Arab dan Rom?
Kenapa tidak cipta "tulisan" bahasa Malaysia sendiri seperti orang Korean cipta tulisan sendiri dan tinggalkan tulisan Cina yg dipelajari lebih awal? Itu barulah betul-betul ada identiti 'MALAYSIA'!
Jangan tipu sendiri! Ramai orang Melayu tinggal di Cape Town South Africa menjadi kumpulan etnik yg maju dan bertamadun beramal dgn ajaran Islam. Mereka bertutur bahsa Inggeris disamping mengekalkan sebahagian bahsa Melayu, menjadi pegawai kerajaan dan berniaga, menikmati kemajuan ekonomi lebih baik daripada orang kulit hitam yg asli di bumi situ.
Ramai juga Melayu menghuni bumi Australia yg dikuasai oleh orang kulit putih berasal dari England. Jika satu hari nanti, orang putih Australia berkata semua rakyat Australia hendaklah mengaku dan menamakan diri sebagai 'Australian', dan lupakanlah perkataan 'Melayu', apakah akan jadi?
Ramai juga orang Melayu hidup di kota Makkah, sehinggakan ramai Arab Makkah boleh bertutur bahasa Melayu! Adakah wajar saudara Semerah Padi beritahu mereka: "Akuilah dirimu 'Arab Saudi', jangan kata diri kamu 'Melayu', ini bumi Arab Saudi'?
Bumi ini Allah punya, di mana kamu pijak, situ jugalah DIA jadi Tuan. You panggil diri 'Malaysian', tidak tambah pahala, tak namakan diri 'Malaysian' juga tak akan kurang pahala amal! Mati nanti, pandai-pandailah hitung berapa banyak amal kebaikan telah lakukan untuk bakti kepada rakyat Malaysia atau rakyat bukan Malaysia!
Nabi Muhammad s.a.w. dan khulafaur-rasyidin tidak pernah ajar umat Islam dan rakyat bukan Islam zaman itu:"Ingat! Kamu rakyat Arab, lupakanlah gelaran bangsa asalmu!'
Kita bangga sebagai rakyat MALAYSIA kerana 'MALAYSIA BOLEH', tetapi apa salah kalau Dato Mansur Azhar(yg mengeliling dunia dgn kapal layar) berbangga sebagai orang Melayu dari Malaysia? Apakah kurang setia kepada negara Malaysia Dato Siti Nurhalizah yg menyanyi di Teater London mengaku dirinya Melayu dari Malaysia? Umat Islam di negeri China sangat sanjung tinggi Tun Dr. Mahathir sebagai juara umat Islam yg berani mengkritik Amerika Syarikat bukan bagi pihak negara Islam saja tetapi juga bagi pihak dunia ke tiga. Mereka tidak kenal Tun Dr. Mahathir sebagai 'MALAYSIAN' tetapi 'Malay and Islam leader'.
Kalau ikut teori Semerah Padi, saya juga tak patut bangga sebagai muslim sebab itu hanya identiti agama, saya hanya harus bangga sebagai 'MALAYSIAN'.
Di dunia ini tiada cat berwarna 'MALAYSIA' yg boleh catkan saya menjadi 100% MALAYSIAN. Bumi Malaysia kecil saja berbanding dgn bumi China! Tetapi bumi China pun kecil berbanding dgn bumi Allah!
Jangan tipu sendiri, dan jangan disesatkan oleh pemikiran kebangsaan!
Islam adalah rahmat untuk seluruh manusia, perjuangan Islam akan mendatangkan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia! Tetapi perjuangan asabiyah Melayu yg sempit yg bertopengkan Kebangsaan Malaysia akan merugikan semua orang , Melayu sendiri dan rakyat bukan Melayu.
Semerah Padi dan rakan-rakan,
Sekali lagi Salam MALAYSIA atas kamu sekalian!
Semerah Padi cuba menegakkan pentingnya Malaysia, maka saya sengaja sampaikan Salam Malaysia (bukan Salam Islam) untuk semua.
Identiti Negara Malaysia adalah penting untuk semua rakayat dari semua kaum, tak kira dia Cina, Melayu, India, Kadazan dan Iban.
Tetapi satu identiti lagi penting dari identiti Malaysia, iaitu identiti sebagai hamba Allah! Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung! Ke mana-mana pun bumi Allah, di mana-mana pun kita junjung perintah Allah, iaitu firmannya dalam al-Quranul karim.
Beberapa tahun lalu saya ziarah kawan muslim di kawasan pendalaman Negeri China. Saya diperkenalkan produk jenama PERFECT (sebutan dalam bahasa Cina WANMEI) yg dipasarkan dgn sistem MLM. Kawan saya kata ini adalah produk dari Malaysia. Saya hairan kerana tak pernah dengar jenama ini di Malaysia. Akhirnya saya kenal pasti ia memang produk yg dikeluarkan rakyat Malaysia keturunan Cina bernama Gu. Gu berasal dari Melaka. Saya kagum dgn kebolehannya berjaya memasarkan produk dipasaran China . Hanya setelah produknya terkenal dan masyhur beberapa tahun di negeri China, kemudian baru ia melancarkan produk itu di Malaysia!
Gu yang hanya bersekolah sampai menengah saja kini menjadi Bendahari kepada Dewan Peniaga Cina Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia. saya rasa bangga dgn kejayaan Gu. Kalau ada mana-mana rakyat Malaysia lain mencapai tahap kejayaan yg sama, saya juga akan rasa bangga baginya. Contohnya Tony yg memajukan AirAsia dan Syed Mokhtar yg mendirikan Bukhary Foundation.
Kalau Gu tak pandai berbahasa Cina, Tony dan Syed Mokhtar tak pandai berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka mencapai tahap kejayaan yg begitu tinggi. Kalau mereka belajar di sekolah aliran kebangsaan, bukan tak boleh berjaya, tetapi sukar, kerana penguasaan bahasa Cina dan Inggeris tidak setinggi di aliran sekolah Cina dan Inggeris.
Inilah hakikat ramai rakyat tidak mahu sekolah satu aliran saja. Tun Dr. Mahathir berkeras kepala mahu laksanakan juga pengajaran sains dan matematek dalam bahasa Inggeris kerna menyedari bagaimana pentingnya penguasa bahasa Asing! Saya tidak setuju dgn cara Tun paksakan sistem pembelajaran Inggeris atas semua rakyat tanpa diberi hak memilih! Begitu juga saya tidak akan setuju dipaksakan sistem satu sekolah atas kaum bukan Melayu di mana bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah.
Dr. Ridhuan dan rakan-rakan Melayu dalam forum ini mesti rasional dan mengaku keterhadan bahasa Melayu di beberapa segi walaupun ianya tetap perlu dihurmati sebagai Bahasa Kebangsaan. Pada masa yg sama, Dr. Ridhuan dan rakan-rakan perlu belajar untuk mengenali kelebihan bahasa Cina dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah rendah Cina.
Perkara ini ada berkaitan dgn rasa. Masing-masing ada rasa, "kullu hizbin bimaa ladaihim faarihun", setiap puak bangga dgn apa yg ada pada mereka.
Kita hidup di era global, persaingan juga bersifat global. Kesediaan untuk bersaing untuk 'servival'adalah perkara lebih mustahak diambil kira dalam perhitungan pendidikan generasi baru. Kita mahukan anak kita lebih berdaya saing, tetapi pemimpin politik mahukan anak kita bersatu padu sejak kecil lagi dgn andaian belajar di sekolah sama sejak kecil akan lebih menjamin perpaduan bila membesar nanti. Andaian ini tak salah, tetapi ia akan menyebabkan sebahagian kanak-kanak kaum Cina dan India terkorban kerana bahasa ibunda mereka bukan bahasa Melayu dan peluang penguasaan bahasa ibunda di waktu kecil terhapus.
Bahasa Cina adalah bahasa yg rumit dan sangat susah dikuasai penulisannya. Selalu ada kawan Melayu minta saya mengajar bahasa Cina, saya tidak galakkan dgn berkata. 'lebih baik kamu pergi belajar bahasa Arab. Bahasa cina lima kali ganda lebih susah daripada belajar bahasa Arab.' Dr. Ridhuan tidak pernah ke sekolah Cina, walaupun dia orang Cina dan tahu dialet Cina, tapi kalau disuruhnya belajar bahasa Cina, pasti beliau akan surender, sebab itu sampai hari beliau tidak boleh berbahasa Cina dan kurang memahami budaya dan hasrat kaumnya sendiri. Sebaliknya beliau salah faham terhadap kaumnya sendiri sehingga mencetuskan perbalahan yg tidak perlu!
Seandainya terdapat salah faham dan cetusan perbalahan yang tidak perlu, sudahkah UMMATAUNWASOTO membuat lapuran rasmi kepada pihak berkuasa?
Sebagai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab, UMMATAUNWASOTO wajib membuat tindakan yang sewajarnya.
Tanpa lapuran rasmi, pihak berkuasa tidak dapat bertindak.
keliru dgn ummataunwasoto.
Mulanya dia kelihatan spt 'atas pagar', mengajak semua beramal dgn ajaran Islam tulin, jgn cemuh mencemuh, tapi last2 dia pun menghentam juga..
Dan lg dia kata Islam tu dah sempurna, tp dia suka pula DAP yg bawa demokrasi.. demokrasi tu dr Islam ke?
hidayah ummat seluruh alam!!
Ummataunwasoto, who cares about the difficulty on learning Mandarin but this is not the issue. The issues here are Malaysia, National Language, racial harmony and the stability of the country. Are you really a Malaysian? If so what is the National Language of Malaysia? By the way, if you follow the Satu Sekolah Untuk Semua "proposals" (check http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com), the foreign language that you mentioned which is also the National Language of a foreign country will be taught as an elective language. No one says that it will be scrapped. Pray tell me, why shouldn't Malaysians be Malaysians? Why do the Chinese and the Indians go for segregation and in consequence self alienation? What is wrong in mixing around with Malaysians of other religion and race from young? Why should the Chinese and Indians mix only with their own kind? Why do you sacrifice your children for your own selfishness and clustered-mind opinions? If it is like this, then I am not wrong to say that you all are really pendatangs and are just here temporarily ..and will go back to China and India one day or maybe you people have an agenda against Malaysia .....
Salam Sejahtera Dr. Ridhuan,
Saya juga memerhatikan komen-komen yang diberi oleh Sdr Ummataunwasoto di blog Dr. RT ini.
Permerhatian saya:-
1. Dia seorang China
2. Dia mungkin beragama islam ataupun seorang yang banyak membaca mengenai islam
3. Dia cuba menampilkan dirinya supaya setaraf dgn Dr. RT - Walaupun Dr. RT seorang berketurunan china, tapi hati/jiwa atau the "inner side" of Dr. RT adalah teguh kepada "Malaysia", bukan seperti Sdr Ummatauwasoto, yang kekal sebagai seorang China.
4. Sdr. Ummatauwasoto mempergunakan Islam, mencampur adukkan islam dalam menegakkan hujahnya.
Walaupun "Islam" yang kita kenali itu berasal dari tanah Arab, "Islam" itu sendiri berkembang hampir keseluruh dunia. Apa yg saya nak nyatakan di sini, adalah berhubung dgn "Universal".
Ummatauwasoto akan menggunakan "Universal" ini utk melarikan dirinya apabila kita berbincang mengenai identiti Malaysia. Walaupun "islam" universal, tidaklah boleh guna hujah "universal" ini seolah-olah, kalau orang Arab menunggang unta, maka tempat lain pun sepatutnya universal juga dgn menunggang unta. Inilah silapnya ummataunwasoto bila mencampuir adukkan agama.
Di sini Malaysia. Bahasa Kebangsaannya adalah Bahasa Malaysia. Bangsanya adalah Bangsa Malaysia yg terdirti daripada pelbagai anutan agama.
Ummatwasoto kata dia China. Dia berhujah bersemangat seperti seorang China. Jauh berbeza dari Dr. RT.
Susah apabila seorang china yang berada di Malaysia, berhujah menegakkan kecinaannya dibumi asing.
Maaf, saya nak buat lawak yang tidak lucu.
Jangan jadi seorang ummat yang kena taun sehingga jadinya mcm seekor sotong yang tidak bertulang belakang. Nanti sotong itu dipotong-potong dibuat lauk mee soto pulak.
"Nama negara ini adalah Malaysia"
Semerah Padi
Sekiranya dikaji pola interaksi diblog ini, menarik sekali - ada 2 golongan, satu yang menyokong RT dan lagi satu mengkritik.
Jelas sekali yang menyokong itu banyak sekali berlari daripada hujah mereka yang mengkritik. Mereka beralih dari menganggap diri mereka Melayu kepada menganggap diri mereka orang Malaysia apabila logik dari mereka yang mengkritik RT semakin kuat cengkamannya sehingga susah nak lari dari apa yang rasional, munasabah dan boleh terima.
Pola interaksi ini tidak akan mendatangkan manfa'at.
Tiada kesudahan yang positif. Bila puak pro mula "kalah", laungan perkauman digunakan dan menghancurkan segala prospek untuk mendatangkan hasil dari perbincangan.
Apakah ini Malaysia yang kita ingin? Apakah kita bangsa yang tak berupaya berlaga akal? Apakah apabila kita mula "kalah", kita akan menanam kata di bibir lawan dan memberi gambaran pihak lawan sudah bersuara, dengan hujah yang tak boleh dipertahankan?
Fikirkanlah semasaknya sebelum mengeluarkan kata-kata yang akan merosakkan hubungan baik antara kaum.
Salam Ummatanwasoto,
Tak ada siapa pun larang nak belajar bahasa Mandarin dan Tamil. Saya amat galakkan. Malahan anak saya turut belajar bahasa tersebut di SK. Tak jadi masalah.
Pokok pangkalnya mestilah letakkan bahasa Melayu itu di tempat yang sepatutnya selari dengan tarafnya dalam Perkara 152. Jadikan BM itu sebagai bahasa pengantar utama. Susah sangat ke? Berat sangat ke pengorbanan tersebut?
Malahan tidak ada satu klausa pun yang melindungi sistem pendidikan vernakular dalam Perlembagaan. Itu saya kira bukanlah menghapuskan hak tetapi lebih kepada meletakkan kembali perkara yang selama ini diletakkan di tempat yang salah.
Kita boleh saya berbincang panjang lebar tentang Perlembagaan jika mahu.
Sdr OJ,
Nampaknya Sdr tak faham sindiran saya. Sdr sendiri yang terlebih dahulu cakap MCA dan MIC ikut cakap UMNO. Kemudian saya sindir Sdr dengan ayat berikut:
"Apakah dengan PAS dan PKR tunduk kepada DAP barulah Sdr berasa selesa?"
Bagi saya mudah sahaja persoalannya yang perlu dijawab dengan ikhlas oleh semua rakyat Malaysia:
Adakah kita bersetuju jika bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah?
Dan jawapan kita sebagai rakyat Malaysia itu sebenarnya akan mencerminkan apakah benar tajuk artikel "Apabila kekuatan sendiri dilupakan" ini.
Usaha Kerajaan mahu sukatan pelajaran bahasa Melayu diseragamkan di sekolah vernakular ini pun ditentang.
Chinese groups against national schools’ BM syllabus
Kong See Hoh
KUALA LUMPUR (Nov 17, 2009): A number of Chinese groups are against the Education Ministry's proposal for vernacular primary schools to adopt the same syllabus used in national schools for the Bahasa Malaysia (BM) language subject, the Chinese press reported today.
Currently, the BM textbooks used in Chinese and Tamil primary schools are different from that used in national schools. So are the UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) BM examination papers.
Responding to a report in Sin Chew Daily, which broke the story on standardising the BM syllabus on Monday, Dong Zong (United Chinese School Committees Association) president Dr Yap Sin Tian sees the move as burdening pupils from vernacular schools who have to grapple with three languages.
He pointed out that for Chinese schools, where BM is taught as a second language, to adopt the same syllabus as that used in national schools, where BM is taught as a first language, goes against the principles of the national education philosophy.
He said Chinese school pupils have to learn three languages and cannot be expected to follow the same syllabus and the same way of learning BM as their peers in national schools.
To force Chinese schools to adopt the same syllabus will also affect the character of these schools, he said.
He urged the ministry not to resort to all means to change the syllabuses in Chinese schools. National Union of Heads of School president Pang Chong Leong echoed Yap's concern on the possibility of an added burden on Chinese schools pupils.
He was worried that Chinese schools pupils might not be able to catch up as they have one more language to learn than national school pupils.
Pang, who said he had made clear the union's stand at a meeting with the ministry, hoped that it would think thrice on the proposal.
Hua Zong (Federation of Chinese Associations in Malaysia) president Tan Sri Pheng Yin Huah said instead of raising the standard of BM in vernacular schools, the move may backfire as the pupils, because of the medium of instruction in their schools, may have problems coping with syllabus of a higher standard.
He said pupils may end up with an aversion to the language, and "worse still for Chinese schools, parents seeking better environment to learn the national language may decide to send their children to national schools where Chinese language is already made a subject".
United Chinese School Alumni Association of Malaysia said in a statement that Chinese schools cannot accept the proposal as it is a roundabout way of reducing the number of classes for subjects taught in Mandarin.
It has been reported that the ministry proposed that along with the change in syllabus, vernacular schools will have to teach BM an additional 90 minutes a week, at the expense of other subjects.
On Monday, Education Director-General Datuk Alimuddin Md Dom told Nanyang Siang Pau that the government is considering adopting national school BM syllabus in vernacular schools beginning with Year One in 2012.
He said if the pilot project proves successful in Year One, it would be extended to other classes.
He said the move is aimed at bring the standard of the language in vernacular schools to be on par with national schools.
However, he said it is still at the conceptual stage.
Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said the ministry needs in-depth studies on the proposal and has yet to make a decision.
He said he had objected to the proposal in at least three internal meetings. - The Sun, 17 Nov 09.
Dr Ridhuan Tee,
Baru-baru ini saya bertanyakan dengan seorang guru. Rupa-rupanya sukatan pelajaran di negara kita tidak seragam. BM UPSR di SJK dikatakan hanya tahap murid darjah 3 dan darjah 4 sahaja. Begitu juga dengan subjek lain yang tidak diseragamkan. Data pencapaian peperiksaan menunjukkan bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga selepas bahasa ibunda dan diikuti bahasa Inggeris. Kelulusan murid dalam bahasa Melayu UPSR di SJK amat menyedihkan walaupun tahap kesukaran sudah pun direndahkan ke tahap darjah 3 atau darjah 4 sahaja. Dan kita akan lihat sangat ramai rakyat Malaysia yang lemah berbahasa Melayu disebabkan tidak seragamnya sukatan pelajaran dan yang paling utama tidak diseragamkan bahasa pengantar utama.
Isu 1 Aliran adalah satu isu yang tak berpenyelesaian walau pun sudah berlarutan beberapa dekad. Oleh itu, timbul satu persoalan yang amat penting - adakah pendekatan yang telah kita gunakan sekian lama harus di perbaharui?
Kembara Politik, Semerah Padi, THE BEE dan rakan-rakan,
Terima kasih atas teguran saudara. Teguran saudara sekalian telah membuat saya berfikir lebih dalam.
Izinkah saya menjawap beberapa hujah dan pandangan:
1. Kpd THE BEE: Semalam saya menghadiri satu majlis makan malam dan persembahaan seni Cina anjuran Persatuan Agama Buddha yang bertujuan kutip derma untuk membina bangunan tambahan. Saya pakai kopiah putih supaya mudah dikenali sebagai muslim. (Kehadiran saya boleh dijadikan satu isu 'hukum' bagi sesetengah muslim Malaysia yg ingin tahu 'hukum' tentang semua hal.) Yang duduk semeja ada saudara Sikh yg pakai serban yg jauh lebih menonjol dari kopiah saya dan saudara India beragama Hindu dan Kristian'. Saudara India yg duduk sebelah saya yg jauh lebih tua daripada saya berkata dengan bahasa Inggeris, 'Artis dari negeri China di atas pentas cakap bahasa Mandarin, kamu semua faham yah. Dulu di sekolah saya (zaman jajahan Inggeris) semua budak Cina tak tahu cakap Mandarin, sekarang semua budak Cina tahu berbahasa Mandarin. Ini sangat bagus berbanding dengan kami kaum India, banyak jenis bahasa.' Saya faham maksudnya bahawa di negara India, lain wilayah lain bahasa resmi (official language), contohnya wilayah Tamil Nadu menjadikan Tamil sebagai bahasa resmi dan wilayah Jammu jadikan Urdu sebagai bahasa resmi walaupun dalam Perlembagaan India Hindi dan Inggeris termaktub sebagai bahasa resmi Republic of India. Mengetahui ramai mamak termasuk ustaz dari Tamil Nadu tak tahu cakap Hindi, saya pun tanya,'Penduduk Tamil Nadu tak belajar Hindi sebagai bahasa Kebangsaan ke ?' Orang tua itu jawap, 'mereka tak paksa.'
Dalam famili saya, 3 bahasa dituturkan, iaitu Tamil, Melayu dan Mandarin. Tamil adalah bahasa ibunda isteri saya dan saudara maranya ramai, maka, Tamil mengatasi Mandarin dalam famili saya. Tapi rancangan TV bahasa Hindi mengatasi rancangan bahasa Tamil! Saya tak minat langsung rancangan dua-dua bahasa itu. Saya lebih suka menyendiri di tingkat atas dengan berita Mandarin TV2, TV7, BERNAMA atau Astro saluran 301. Tetapi waktu makan, saya tak pernah jemu dengan masakan kari. Isteri saya pulak suka belajar masakan Cina demi menjaga hati saya.
Anak sulung suka berbahasa Aandarin dengan anak kedua, tetapi berbahasa Melayu dengan adik-adiknya. Antara 2 anak paling kecil pulak suka berbahasa Mandarin.
Menantu saya yg berasal dari Indonesia tak tahu Mandarin dan Tamil, tetapi tunjuk minatnya untuk belajar bahasa Tamil kerana beliau 'dikepong' oleh saudara mara yang bertutur Tamil.
Hidup famili saya sangat-sangat harmoni dengan pelbagai unsur budaya!
Cerita saya ini hanya membayangkan bahawasanya pelbagai bahasa dalam sebuah negara dan famili tidak menjadi halangan kepada pencapaian harmoni.
Harmoni bermula dari HATI kita.
Saya pernah bersungguh-sungguh belajar bahasa Tamil di peringkat awal perkahwinan saya. Saya cari hingga jumpa buku tatabahasa Tamil di Jalan Masjid India. Saya sempat belajar dan hafal semua huruf Tamil, tetapi akhirnya saya 'give up' kerana isteri saya tak dapat membantu saya. Dia tak pernah ke sekolah Tamil dan buta huruf Tamil.
Saya bercerita semua ini di sini bukan untuk berbangga tetapi untuk menyatakan bahawa saya amat sangsi terhadap konsep dan teori SATU NEGARA, SATU BANGSA, SATU BAHASA.
Kesangsian saya bukan berpunca dari nafsu. Sejak saya menganut agama Islam pada umur 17 tahun, saya cuba hidup berpandukan 'ajaran Islam yang original', bukan 'Islam yang telah "diKEBANGSAANkan" oleh Melayu yang sedia kepada negara', bukan juga "Islam Taklid", bukan juga "Islam KeCinaan".
(Salam. Saya terpaksa berhenti di sini untuk menyempurnakan Solat Fajar)
ummattaun menulis,
Dalam famili saya, 3 bahasa dituturkan, iaitu Tamil, Melayu dan Mandarin. Tamil adalah bahasa ibunda isteri saya dan saudara maranya ramai, maka, Tamil mengatasi Mandarin dalam famili saya. Tapi rancangan TV bahasa Hindi mengatasi rancangan bahasa Tamil! Saya tak minat langsung rancangan dua-dua bahasa itu. Saya lebih suka menyendiri di tingkat atas dengan berita Mandarin TV2, TV7, BERNAMA atau Astro saluran 301. Tetapi waktu makan, saya tak pernah jemu dengan masakan kari. Isteri saya pulak suka belajar masakan Cina demi menjaga hati saya.
Tau pun ! Macam negara ini juga lah apabila bahasa rumah tidak dipertuturkan, langsung masing-masing dgn bahasa sendiri sampai ada yang MENYENDIRI tengok berita mandarin tak bergaul dgn anak-anak & isteri dek bahasa yg berlainan.
Masa bila nak bertemu muka?
Masa MAKAN, perut lapar, baru nak semeja. Kena belajar masak cina, kerana apa? kerana NAK AMIK HATI, yakni, sesuatu yg boleh dikatakan bukan dgn keadaan rela.
So? buta ke lagi mata kau wahai ummat taun & OJ yang negara ini negara Malaysia, bukan negara china atau india?
Post a Comment