Mingguan Malaysia, 1 November 2009
Sebagai umat Islam kita mesti percaya dan patuh apa jua yang datang daripada Allah SWT, kerana kita adalah makhluk ciptaannya. Namun, pada masa yang sama kita juga perlu tahu realpolitik negara dan masyarakat kita. Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Mungkin kita akan berhujah, hukum Islam adalah untuk orang Islam sahaja. Manakala bukan Islam berhukum mengikut ajaran agama mereka. Persoalannya, pernahkah parti atau mereka ultra kiasu bersetuju dengan idea tersebut? Tidak perlu saya peringatkan lagi jawapan mereka.
Saya amat hairan, kenapa kita terhegeh-hegeh mahu naik roket bersama mereka menuju ke bulan? Sedangkan kita sudah tahu destinasi roket tersebut bukan ke bulan. Saya bimbang mereka yang membawa roket tersebut sudah bersiap sedia dengan payung terjunnya bila mereka tahu roket tersebut tidak boleh dibiarkan sampai ke bulan. Jika begitulah keadaannya, kenapa kita sanggup naik roket tersebut bersama mereka? Kenapa kita tidak tukar sahaja sahaja roket tersebut kepada lain pesawat yang sudah ada destinasinya cuma mungkin pendekatan berbeza?
Tidakkah kita boleh duduk semeja dan berbincang untuk ke destinasi tersebut. Kalau pun tidak mahu menaiki bersama, sekurang-kurang mulakan langkah pertama, bersua muka atau duduk semeja membincangkan apakah langkah terbaik untuk sampai ke destinasi? Jangan terus bersangka buruk? Kenapa boleh bersangka baik dengan musuh yang sudah jelas niat buruknya?
Kita perlu fikirkan bersama bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di negara kita daripada bercakap soal hukum yang amat sukar dilaksanakan kerana majoriti-minoriti kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak sedemikian geografi penduduknya.
Adalah lebih baik nilai-nilai Islam diperkasakan terlebih dahulu kerana saya yakin nilai-nilai Islam turut dikongsi oleh semua agama. Saya tidak nampak ada satu pun nilai-nilai baik Islam ditolak oleh agama lain. Apa yang diharamkan oleh Islam turut diharamkan oleh agama lain seperti berzina, berjudi, minum arak, mengumpat dan lain-lain. Yang menolak nilai agama hari ini adalah kalangan mereka yang terlampau ghairah dengan cara hidup barat yang mengagung-agung hak asasi manusia. Hari ini ternyata hak asasi yang keterlaluan telah menghancurkan barat. Barat mula sedar akan kepentingan hidup beragama (Ziglar, 2000).
Di kala barat sudah mula menghampiri agama, adakah kita mahu menerapkan kehancuran yang telah mereka alami ke dalam kehidupan kita. Sebenarnya terlalu banyak persamaan nilai dalam agama-agama yang masih belum kita laksanakan. Ini yang saya belajar semasa menganut agama Buddha dan Kristian satu masa dahulu. Persamaan itulah yang perlu kita cari dan selesaikan untuk dilaksanakan, bukannya membuang masa membincangkan sesuatu yang jauh dari realpolitik dan amat sukar dilaksanakan. Akhirnya, wang ringgit dibazirkan, kerana membincangkan perkara yang tidak boleh dilaksanakan kerana tidak memahami realpolitik dan berpecah belah tidak tentu pasal. Siapakah yang rugi sebenarnya?
Saya bukan menolak negara Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji politik, saya membaca realpolitik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat umat Islam berpecah. Kita sudah terlepas Singapura, adakah kita mahu lihat Singapura kedua selepas ini? Apakah kita tidak boleh membaca pemikiran ultra kiasu ini? Mereka begitu bersungguh-sungguh menyerang kita dengan berani. Apakah kita mahu terus mengalah?
Kita lihat sahaja nasib yang menimpa ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Saya amat bersimpati dengan beliau. Niat beliau baik, mahukan kondom dan arak tidak dijual secara terang-terang di kedai serbanika. Tetapi pandangan beliau telah diserang habis-habisan oleh golongan ultra kiasu ini, terutama wanita bukan Islam yang tidak memakai kondom. Sepatutnya, kaum lelakilah yang lebih beriya-iya membantah, sebab mereka yang memakai kondom, malangnya mereka yang tidak memakai kondom yang begitu berani, mahukan kondom dijual di khalayak dan digunakan ketika melakukan hubungan seks ‘secara selamat’. Lebih menyedihkan orang Islam pun menentang sama. Apakah dengan hanya memakai kondom hubungan seks dikira selamat? Kenapa tidak pertikaikan sebab-musabab mereka memakai kondom? Apakah mereka yang memakai kondom itu sudah bernikah atau tidak?
Saya yakin kebanyakan mereka yang menggunakan kondom adalah kalangan yang mengamalkan seks bebas. Bagi pasangan suami isteri, agak jarang mereka menggunakannya, sebab yang Allah berikan itulah yang terbaik sekali digunakan tanpa diubahsuai. Tetapi bagi mereka yang tidak percaya kepada Tuhan, seks bebas itulah pilihan, maka bersepah-sepah kondom di merata tempat. Mereka yang melanggar perintah Tuhan tidak perlulah dibela sangat, berbanding mereka yang mahu mengikut perintah Tuhan. Saya yakin, bagi pasangan suami isteri, jika mereka menggunakan kondompun, mereka tahu erti malu, kondom akan dibeli secara ‘rahsia’ dan disimpan di tempat sepatutnya.
Tetapi bagi mereka yang tidak tahu malu, secara terang dan bangga membeli kondom dan arak di khalayak. Apakah mereka yang menggunakan kondom benar-benar merasakan seks selamat, sedangkan perbuatan mereka adalah tidak selamat? Jika seks selamat menggunakan kondom ini melibatkan pasangan bernikah, saya rasa lega. Tetapi rata-rata pelanggan kondom ini terdiri dari kalangan yang mahukan seks selamat, walaupun cara itu tidak menyelamatkannya.
Jika kondom dan arak dikatakan sebagai kebebasan dan hak asasi manusia, saya cadangkan mereka yang menentang ia dijual secara tertutup supaya meletakkan kondom dan arak di depan pintu rumah untuk memudahkan anak-anak mereka melakukan seks secara selamat. Beli sahaja sebanyak sedozen dan letakkan di tepi pintu atau berhampiran meja makan. Kenapa kondom perlu disimpan di dalam rumah selepas ia dibeli? Jika ia sesuai dijual secara terang-terangan, elok juga diletakkan di tempat yang strategik di rumah untuk diambil oleh anak-anak. Katakan pada mereka, ‘jika mahukan seks selamat pakailah kondom’. Saya yakin, mereka yang suka memakai kondom, tidak tergamak untuk meletakkan kondom secara terbuka. Persoalannya, jika kondom itu tidak sesuai diletakkan di rumah secara terbuka, apakah manis ia dijual secara terbuka di kedai?
Perkara ini tidak perlu dibincangkan untuk dilaksanakan kerana ia adalah common sense. Mungkin ia sesuai diamalkan di barat, tetapi tidak di Malaysia, masyarakat timur yang terkenal dengan tatasusila dan kelembutannya. Saya bukan melarang peminat-peminat kondom dan arak menggunakannya, tetapi biarlah tahu malu sedikit apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma dan tatasusila manusia, walaupun tidak salah memakainya untuk mereka yang bergelar suami isteri.
Saya yakin mereka yang suka kepada kondom dan arak ini adalah kalangan jenis manusia yang tidak takut pada Tuhan. Pasangan suami isteri jarang menggunakan kondom kerana ia bukanlah suatu yang menyeronokkan dalam hubungan seks yang halal. Apakah selepas ini kita akan menyokong idea untuk mengadakan mesin kondom dan mesin arak di luar bangunan seperti mesin air atas dasar hak asasi manusia? Kenapa hari ini kita tidak membincangkan mudarat yang dibawa oleh kondom dan arak? Pernahkah kita buat kajian, berapa ramai manusia yang tidak berdosa mati disebabkan oleh kaki arak yang gagal mengawal kereta terbabas sehingga menyebabkan kemalangan kepada orang lain?
Justeru, saya menyokong sekiranya kondom dan arak dijual secara tertutup. Inilah tatasusila orang timur seperti yang termaktub dalam rukun negara. Malu melakukan melakukan perkara yang merosakkan apatah lagi sek bebas. Sebut sahaja kondom, kita rasa malu, walaupun mungkin ia diperlukan.
Sebenarnya kondom dan arak ini adalah bertujuan untuk merosakkan umat Islam. Bila umat Islam telah cair dan rosak, senanglah golongan ultra kiasu ini untuk menguasai minda orang Islam. Dengan sebab itu, mereka amat menentang sebarang percubaan untuk menyembunyikan kondom dan arak di khalayak, sebab yang rosak bukan mereka tetapi orang Islam. Saya amat bimbang, kita tidak mampu lagi bangun setelah jatuh. Ketika itu orang lain telah menguasai kita.
Kepada mereka yang mahu ke bulan, adakah roket benar-benar membawa kita ke sana?.
47 comments:
Salam Ustaz.
Apabila saya baca artikel Ustaz di Utusan Mingguan tadi, saya merasa kagum dengan keberanian ustaz bercakap dengan terus terang dan tumpu pada agenda yang lebih penting.
Cuma saya berharap Ustaz dengan keberanian yang ada dapat membongkar siapa 'utra kisau' tu?
Bunga-bunganye saya dah nampak siapa dia, tetapi kalau Ustaz yang bagi tahu lagi "Gentleman" Ustaz.
Harap Ustaz dapat mengeluarkan BUKU ILMIAH tentang agama, bangsa, negara, ekonomi dan sosial masyarakat.
Harap Ustaz dapat pertimbgangkan cadangan saya ini.
Harap Ustaz dapat semangat untuk terus berjuang menegakan yang benar!
Salam Ustaz.
Salam Ust Dr Ridhuan,
Pada pendapat saya, Roket yang dilancarkan akan mendarat di negeri Singa. Kerana di situlah tempat dia terbina.
Salam Ustaz,
Saya setuju dgn cadangan Sdr andik79.
Sudah tiba masanya Ustaz menerbitkan pandangan dan pemikiran Ustaz dalam bentuk buku.
Saya mengikuti pemikiran Ustaz dalam hal perpaduan Islam dan Satu Sekolah Untuk Semua (sekolah satu aliran).
Moga dibukukan.
kpd andik79.x payah nak gentleman,memang kita dah tau siapa golongan ini.bila baget di umumkan,yg mana tidak menguntungkan mereka cepat2 mereka hentam.konon x selari dgn 1mlysia.tp bila untung kpd mereka shja,diam membisu.cthnya pinjaman tekun ditambah.
begitu juga golongan parti yg merayu dari dlm x habis2 dgn idea 1parti x kira kaum utk bn.konon dpt menarik skngan kaum kiasu lain.mendakwa konsep 1parti amat bertepatan dgn konsep 1 mlysia.
tp bila idea skolah 1 aliran,maka melompat lah puak2 ni kononnya menindas hak mereka.
adakah konsep skolah 1 aliran x selaras dgn konsep 1 mlysia???
In The name of ALLAH SWT
Kita akan PASti kan ROKET akan tiba di destinasi, BULAN PURNAMA.
perkara pokok merosakkan umat ISLAM bukan ARAK, jauh sekali KONDOM...
Umat ISLAM rosak dek PEMERINTAH (ada yang dah lebih 50tahun MEMERINTAH) yang tidak AMANAH!!!
seperti tidak amanah nya MARA (majlis AMANAH rakyat) membeli sebuah laptop pada harga RM42, 400.
ini bukan kali pertama Ambrin Buang n the gang Reveal KEDURJANAAN Kepemimpinan Melalui Teladan.
Bukan salah staf MARA tersebut, apatah IBU yang mengandung dan melahirkannya.
Therefore, sebelum Ridhuan Tee BERLAGAK ANGKUH menyimpulkan DESTINASI ROKET BUKAN KE BULAN, apa komen Ridhuan Tee Abdullah tentang sebuah laptop pada harga hampiri RM50 000 guna DUIT RAKYAT!
Jangan kata KES TERPENCIL!
RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH1
apa semua ini!
ATAS NAMA ALLAH SWT
kami akan TUNJUK JALAN kepada ROKET untuk ke BULAN...
Namun KAMI YAKIN dan PERCAYA
Taufiq Hidayah HakMilik MUTLAK ALLAH SWT
Kami hanya MENYAMPAIKAN...
ALLAH MAHA BESAR.
salam ustaz & semua.
saya amat bersetuju pandangan ustaz.
memang pada hakikatnya hukum&ketetapan yg ALLAH beri agar umat2nya mematuhinya adalah hukum yg terbaik, malah tak perlu digubal & tiada siapa yg perlu mempertikaikannya.
sebaliknya hukum & undang2 ciptaan maanusia boleh dipinda mengikut kesesuaian semasa.
Lumrah org melayu yg tak gentar dengan undang2 & hukum2 samada dari hukum2 yg allah telah tetapkan mau pun hukum2 dari ciptaan. yg jelas & nyata DADAH umpamanya. ramai org tahu apa hukumnya, tetapi mengapa org melayu masih menopolinya, bahka org melayu sendiri yg jadi pengedarnya, sedangkan mereka tahu hukuman mati bagi pesalahnya.
tentang hudud pernah dibincangkan dlm forum disini.
http://community.tv3.com.my/3forum/topics.aspx?ID=640&PAGE=7
bila isu dipolitikkan. perbincangan jadi pincang sehingga keluar dari tajuk perbincangan malah emosi sering digunakan bagi menyampai maksud yg tersirat & menguatkan hujah2.
SALAM BUAT DR.
TAHNIAH ATAS KEBERANIAN DR MENDEDAHKAN KEPINCANGAN YANG SEMAKIN SERIUS DI KALANGAN PIMPINAN DAN DASAR PARTI-PARTI POLITIK TERTENTU DI NEGARA INI.
SAYA MELAHIRKAN KEKAGUMAN ATAS KETERBUKAAN DR DALAM MEMASTIKAN KEBENARAN SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN DALAM PENULISAN.
SAYA DOAKAN ALLAH MELINDUNGI DR DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ATAU DARI APA JUA ANCAMAN DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN INI.
TERUSKAN PENULISAN DR, KAMI DI BICARA KELANTAN SENTIASA MENYOKONG
AsyMok_ambo,
Kau ni memang buta & tolol
Kepada Tuan Asymok Mambo,
Pandangan peribadi ikhlas daripada saya, janganlah gunakan diatas nama Allah S.W.T dengan sewenang-wenangnya dengan nada penuh emosi pula.
Tanpa saudara sedar, perbuatan saudara melalui penulisan saudara menggambarkan agama Islam serta penganutnya rendah nilai intelektualnya. Sedikit sebanyak Agama Islam itu turut tercalar dengan perlakuan penganutnya. Saudara juga turut menggambarkan serta mengiyakan bahawa parti 'Bulan' itu penuh dengan orang2 yang ekstrim dan jumud. Pantang menerima teguran dan kritikan. Banyak saya baca tulisan2 serta komen2 di Blog2 dan website2 yang tidak menyokong parti pemerintah menggunakan nada dan bahasa seperti saudara. Janganlah rosakkan imej dan reputasi parti 'Bulan' tersebut.
Dengan pernyataan diatas, Saya tidaklah menyokong perlakuan tidak amanah tersebut. Setiap yang didapati bersalah pastinya akan mendapat hukumannya baik didunia mahupun diakhirat kelak. Bukankah pihak pemerintah telah pun mengarahkan siasatan terperinci dijalankan lanjutan daripada laporan Ketua Audit Negara tersebut. Takkanlah kesalahan yang dilakukan oleh setiap pegawai Kerajaan, maka kita salahkan pihak pemerintah pula. Lagi pula tak semua pegawai Kerajaan terdiri daripada penyokong parti pemerintah. Parti pembangkang banyak juga mendapat sokongan daripada pegawai Kerajaan. Perdana Menteri (selaku ketua parti pemerintah) tak tahu menahu pun komputer tu dibeli dengan harga sedemikian. Adilkah kita letakkan kesalahan itu kepada beliau. Kita rakyat marhain ini sepatutnya mengambil sikap bersangka baik serta bersabarlah menantikan hasil siasatan tersebut.
Kesimpulannya, bersederhanalah dalam mengambil apa-apa pendirian pun. Berlapang dadalah sekiranya menerima nasihat serta pandangan orang lain. Itulah suruhan serta ajaran agama kita.
Maaf sekiranya saudara terganggu dengan pandangan saya ini.
Berkata keras bukan SEMESTINYA kita MARAH...
ALLAH SWT Melaknat di dalam AL-QURANUL KARIM namun PINTU TAUBAT senantiasa TERBUKA.
Kalau KITA suka MENGKRITIK, sila BERLAPANG DADA menerima PERSEPSI dan KRITIKAN orang wahai tuan puan...
INGATLAH...
MUHAMMAD SAW dipanggil ORANG GILA!
Albert Einstein dilaknat kawan-kawannya...
Malah Bill gates dibuang universiti...
Imam Bukhari pun dituduh SESAT!
Dr Asri pun BARU DITANGKAP!
سُÙˆۡرَØ©ُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء
ÙˆَÙ‚ُÙ„ۡ جَآØ¡َ ٱلۡØَÙ‚ُّ ÙˆَزَÙ‡َÙ‚َ ٱلۡبَÙ€ٰØ·ِÙ„ُۚ Ø¥ِÙ†َّ ٱلۡبَÙ€ٰØ·ِÙ„َ Ùƒَانَ زَÙ‡ُوقً۬ا (٨١)
And say: "Truth (i.e. Islâmic Monotheism or this Qur'ân or Jihâd against polytheists) has come and Bâtil (falsehood, i.e. Satan or polytheism) has vanished. Surely! Bâtil is ever bound to vanish." (81)
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81)
Elakkan KETAKSUBAN wahai 1MALAYSIA
Sesungguhnya...
Lembut tidak bererti ORANG BAIK
Keras TIDAK BERERTI orang JAHAT...
ISLAM BUKAN PADA KULIT.
Ambo YAKIN dan PERCAYA
Destinasi ROKET adalah ke BULAN.
WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH
INSYA ALLAH.
Memang destinasi roket ke bulan.
Dan sekarang pun memang tercapai pun.Kita tengok bulan sekarang pun dah start tak tentu arah.Terima kasih kepada roket.
Seperti mana kata AsyMok_ambo, arak dan kondom bukan perkara pokok meroskkan umat Islam.Dan roket telah pun menyedarkan bulan hakikat ini.Maka tidak hairanlah bulan yang dulu begitu membenci benda- benda semua ini telah pun menjadi pejuang dan mempertahankannya.
Dr Tee anda silap,memang destinasi roket ke bulan.Tetapi untuk apa,itu yang kita belum pasti.
Yang membuatkan kita ummat Islam rosak bkn kerana adanya arak atau kondom, atau pemerintah..! Tapi kerana lemahnya iman ummat Islam itu sendiri..bila mana iman yg ada dlm diri kita x mampu mencegah kita dr menjauhi perkara2 munkar.
Imam Ahmad rah. beritau, umat ini takkan dpt diislahkan selagi tak mengikut cara umat (Sahabat Nabi SAW) terdahulu diislahkan.
Wallahua'lam
Salam Dr
Saya suka baca artikel dr, semuanya memang kena sangat, memang real dan wajar diketengahkan. cuma kekadang risau jugak kalau2 DAP tu hantar orang bunuh Dr?? minta2 dijauhkan..
blog ni adik saya yang kenalkan kepada saya dan sampai sekarang kami follow. minta maaf cakap, biar cina yang cakap tentang cina, sebab cina memang kenal dan tau tentang cina.. maksud saya biar dr sndiri yang cakap ttg DAP, MCA etc.. sbb dr org cina dan memang tau sgt2 disebaliknya..
saya dah biasa sangat dengan cina ni, nama pun tinggal di pulau pinang. memang saya ludah DAP. melayu bodoh pi sokong DAP tu.
ASYMOK_AMBO tu BODOH. nuff said.
teruskan menerbitkan artikel2 berani dan pedas, saya amat berharap semua orang kita sedar mengenai perkara ini. jgn la pandang saya racis, benci cina. tapi senang cakap la, kalau muka diludah, kita nak cakap baik2 lagi ke? faham apa maksud saya? kalau tak faham baca 100 kali
tepuk dahi la bila orang melayu mula sokong DAP... memang patut kena ludah.
saya berasa selesa dan nyaman membaca komen nazimuddin dan dengan itu lebih mudah kata kata nya masuk ke jiwa saya.
komen asymok tidak mendatang kan kesan begitu malah menakutkan saya dan membuat saya rasa tidak mahu mendekati beliau.
sebarang penyelewengan oleh agensi kerajaan itu bukankah di kesan dan didedahkan oleh agensi kerajaan yang lain di wujudkan untuk mencegah penyelewengan itu? jabatan audit adalah juga agensi kerajaan.
dalam setiap organisasi ada audit nya sendiri yang mendedahkan ketidakpatuhan dan penyelewengan dalam organisasi itu sendiri. jika sebuah bank mendedahkan penyelewengan oleh pegawai nya sendiri melalui audit, tidak pula seluruh bank itu dikatakan sebagai menyeleweng.
semua orang pun membenci rasuah tapi tidak pula memarahi semua orang lain?
semasa sekolah saya di beritahu nabi kita s.a.w. seorang yang lemah lembut sentiasa tersenyum dan berdakwah dengan lemah lembut dan berhemah.
kenapa asymok dan rakan rakan tidak begitu? mengapa membuat tuduhan kasar secara semberono keatas semua orang yang tak sependapat?
ramai pegawai kerajaan yang tidak rasuah. kenapa mereka di tuduh secara tangkap muat?
ridhuan tee tidak di lahirkan sebagai orang islam dan tidak berbangsa melayu. bukan kah Tuhan memilih siapa yang di beri petunjuk dan siapa yang di sesatkan? berapa ramaikah ahli roket yang di bawa ke bulan dan menjadi seperti ridhuan tee?
jika tidak bersetuju dengan pendapat beliau, tidak kah boleh di hujjahkan secara ilmiah? tanpa serangan atas peribadi?
ya,
saya juga setuju.
org yg berilmu & bertaqwa tidak berbicara dgn emosi.
berapa ramai pemimpin2 sedemikian.
malah yg bertopengkan islam belum pasti berbicara dgn menggunakan akal.
saya bersetuju dengan nazimudin.sebenarnya pembangkang ni susah n pantang kalau ditegur walaupun kita tegur untuk kebaikan.seperti datuk harussani zakaria,bekas mufti perak dicaci dan dihina poleh pemimpin dan penyokong pas apabila beliau menegur untuk kebaikan PAS.mcm ni ke islam?islam mereka dari segi politik dan bukannya islam yang dibawa nabi muhammad S.A.W,sebab nabi tak mengajar umatnya caci mencaci sesama islam.
syurga dan neraka adalah hak milik Allah.Nik aziz takde kuasa atau syafaat pun untuk menentukan sape masuk syurga atau masuk neraka.Nik aziz ckp masuk pas boleh masuk syurga,siapa nik aziz nak cakap macam tu?adakah ulama yang suka melihat umat islam bergaduh ini dan yang tak suka lihat perpaduan antara umat islam terjalin ini layak menentukan semua itu?kpd penyokong bulan,jgnlah jadi lurus bendul sangat.jgnlah yang buruk pun anda sokong.berfikiran terbuka dan matanglah.janganlah putar belit ayat al-quran demi untuk kpntgn dunia dan pada jalan yang salas khususnya buat asymuk.DAP dgn jelas menolak islam dan hukum hudud,karpal singh pun terus trg ckp,"nak tubuhkan negara islam,langkah mayat saya dulu".renungilah...
Salam semua...
Saya sedih apabila membaca petikan dibawah ini.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23089&Itemid=1
Kalaupun ya dah tak sudi, carilah ayat2 yang manis dan sopan untuk menolak supaya orang yang ditolak itu tidak berkecil hati. Bukan begitukah budi bahasa orang Melayu. Bukan itukah ajaran Nabi kita..
Cuma nak mengingatkan kalau terlupa.. bumi ini bulat dan ianya berputar. Hari ini kita rasa kita diatas, kita dah jadi ghairah dan kita terlupa yang kita semakin hari semakin angkuh. Insaflah, pastinya ada hari kita akan balik kebawah jua.
Rupa-rupanya, perpaduan yang kebanyakkan diantara kita harap-harapkan semakin hari semakin kelam...
Drpd: Pengundi atas pagar
Peri pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-Imran: 103)
Justeru kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Sehubungan ini Allah s.w.t menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)
Hadis;
Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.
Janganlah kamu bersangatan membenci seseorang kerana mungkin suatu masa nanti ia akan menjadi sahabat kamu dan janganlah kamu melampau mengasihi seseorang kerana kemungkinan suatu hari kelak ia menjadi musuh kamu.
Yang paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan (Riwayat bukhari dan muslim)
Firman Allah swt ;
Dan jika pihak musuh cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui – al-Anfal ayat 61
Dan katakanlah kepada hamba- hambaku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik ( benar ) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka . Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu - Al-Israk ayat 53
A quite good story..
don't forget to leave your comment in myutusanmalaysia.blogspot.com
Wani-dsp,
My Utusan Malaysia
Pemimimpin ummah, ali KWJ menegaskan
"aku benci teramat orang memujiku namun AKU AMAT SUKA ORANG MENGKRITIKKU"
terima kasih semua.
salam...asymuk dapat terima kritikan sebab memang dia yang banyak wat salah dan silap.baguslah mengaku kesilapan diri.belum terlambat lagi asymuk.Alhamdulillah,ko dgr jgk nasihat kitaorg ni,ingatkan dah berhati batu dah.hehe...
Assalamualaikum. Sdr/i yang meluangkan masa menjenguk blog saya. Saya amat menghargai.Saya minta maaf kerana kadangkala tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan atas kesuntukan masa. Namun, saya baca semua apa yg sdr tulis. Segala kritikan saya muhasabah diri dan terima dengan dada terbuka. Apa yang penting kita berhujah secara baik dan ilmiah, bukan menyerang dan mengecam peribadi. Salam hormat saya. Sdrmu. Ridhuan Tee
Kepada sdr andik79, sebenarnya ada 2 buah buku saya dalam proses penerbitan. Tapi mengambil masa sedikit untuk diterbitkan. Proses editing. InsyaAllah, saya akan maklumkan nanti, apabila buku tersebut diterbitkan. Apapun saya amat menghargai segala pandangan, cadangan dan komen sdr semua. Saya hanya insan kerdil, melontarkan sedikit buah fikiran untuk difikirkan bersama. Semoga Allah merahmati kita semua dan menjadikan kerja-kerja kita ini sebagai amal jariah. Salam hormat
Salam Ustaz dan rakan2...
Saya pohon maaf kerana akan sekali lagi melontarkan tulisan yang agak panjang dan telah pun disiarkan sebelum ini.
Apa yang saya mahu capai hanyalah sekadar melontarkan fikiran yang bersarang dikepala ini serta harapan yang terbuku dihati ini untuk dipanjangkan kepada rakan2 diluar sana untuk sama2 difikir dan dibahas.
Mudah-mudahan juga 'message' didalamnya dapat sampai di kalbu pucuk pimpinan diatas sana untuk melaksanakannya. Ada orang berkata, dunia ini boleh berubah bukan hanya disebabkan oleh suatu kuasa besar ataupun seorang pemimpin yang agong tetapi kadang2 ianya boleh berubah hanya disebabkan oleh seorang kerdil yang membuat satu permintaan daripada hati yang ikhlas.
Berikut adalah harapan saya yang kerdil ini...
Mencari Arah Merealisasikan Perpaduan Ummah
Bahagian 1
Saya dan ayah selalu bercakap dan berhujjah pasal politik. Ayah saya seorang ustaz pencen yang tebal sokongannya kepada PAS dari dulu, kini dan kemungkinan besar, selama2nya.
Manakala saya pula tidak menyokong mana2 parti, hatta mengambil pendirian tidak mendaftar sebagai pengundi. UMNO & PAS keduanya tidak memperolehi 1 undi tersebut dari saya. Bila ayah tekan saya disitu, saya pun menegaskan bahawa saya lebih selesa dengan pendirian peribadi saya. Saya tidak mahu terkongkong didalam semangat kepartian. Kedua-duanya saya bebas untuk sokong dan kedua-duanya saya boleh pukul. Ianya bergantung kepada ‘subject matter’ yang dibawa oleh mereka. Bagi saya, objektif UMNO & PAS adalah sama iaitu membangunkan Agama, Bangsa dan Negara, cuma mereka menggunakan cara dan pendekatan yang berbeza.
Saya ingin menegaskan disini bahawa PAS & UMNO adalah merupakan bangsa saya sendiri yang saya hormat dan saya sayang. Dan saya amat sedih,geram dan kecewa bila kedua2 nya tidak berjumpa titik penyatuan dan jalan tengah. Hang kata kat aku, aku kata kat hang. Meleret2 sampai ke laa...
Insaflah, bilamana pemimpin diatas bercakaran, kerosakkan yang terjadi dibawah ini amat buruk sekali. Pengikut2 dibawah yang hanya pandai mengikut ini akan sanggup bertikam lidah bertegang urat lalu bergaduh sesama mereka. Siapa yang punya angkara? Siapa yang menyebabkan dan membiarkan perkara ini terjadi berlarutan? Siapa yang mempunyai kuasa dan upaya untuk meredakan keadaan ini? Siapa….?? Jawapannya… kamulah wahai pemimpin2 diatas sana. Kamu lah yang bertanggungjawab. Rasanya, kamu jugalah yang akan disoal oleh Yang Maha Kuasa nanti.
Akan tetapi, bila melihat keadaan selepas PRU yang lepas, saya menjadi amat runsing kerana ada kemungkinan bangsa serta anak cucu saya kelak akan merempat dibumi sendiri. Dengan sebab itu, saya mesti mendaftar sebagai pengundi dan telah pun saya lakukan. Cuma pendirian saya kali ini, tak kiralah parti mana bertanding, asalkan wakil rakyat tu sebangsa dengan saya sudahlah. Kalau kedua2nya sebangsa, saya tak fikirkan lagi nak pangkah siapa. Jika kedua2nya daripada bangsa lain, akan ada 1 undi rosak daripada saya.
Bila ditanya ayah lagi, mengapa ayah tak nak sokong UMNO. Jawapannya ialah kerana UMNO tak nampak ada cita2 hendak melaksanakan hukum Islam. Saya pulak kata, kita bersangka baiklah dengan menganggap mungkin cara pendekatan UMNO berlainan iaitu menguatkan ciri/nilai keislaman yang lain terlebih dahulu. ie. Kita dah buat sistem kewangan dan Takaful Islam dan kita telah berjaya pun. Hukum Hudud tersebut mungkin perlu mengambil masa sebelum dapat dilaksanakan kerana mungkin ada elemen2 lain yang perlu diperincikan atau dijayakan terlebih dahulu sebelum ianya terlaksana selain daripada kesediaan masyarakat menerima pakai hukum tersebut. Ayat Quran pun turun beransur ansur bukannya sekali gus. PAS yang dah memerintah Kelantan lama pun, masih tak jalankan hudud lagi…ujar saya.
Ayah jawab ringkas, dah lebih 50 tahun memerintah, tapi tak nampak apa2 bayang pun dari UMNO. Paling tidak PAS ada menyimpan cita2 dan juga susahlah PAS nak gerakkan Hudud berseorangan di Kelantan sahaja. Banyak kekangan dan perihal teknikal terlibat. Katanya lagi, Nak tunggu berapa lama lagi..? Kita bukannya tahu umur kita dan ayah tak nak mati dalam keadaan menyokong pihak yang tidak mengambil berat dalam melaksanakan SEMUA perintah Allah S.W.T. seperi yang nyata tercatat didalam Al-Quran.
Bila sampai kesitu, saya pun terdiam…. Bersambung..
Bahagian 2
Meminjam kata2 Malcolm X, ’Orang kita telah membuat kesilapan dengan keliru mengenai pendekatan dengan objektif. Selama mana kita bersetuju dengan objektif, kita seharusnya tidak bergaduh sesama kita hanya kerana kita percaya didalam pendekatan ataupun strategi kita. Kita mesti selalu ingat setiap masa bahawa kita bukannya berjuang untuk melebarkan lagi jarak antara kita. Kita seharusnya berjuang untuk mencapai objektif dan matlamat bersama’. Dan ujar beliau lagi, ’Kita tidak boleh fikir untuk bersatu dengan orang lain sehingga kita sanggup dan boleh bersatu sesama kita’.
Terpanggil kerana saat2 genting ini, saya hendak melontarkan cadangan supaya UMNO sebagai parti memerintah memulakan dahulu gerakan perubahan untuk menyatukan kembali orang2 Melayu. Sekali dua pihak disana menolak, janganlah pula kita berputus asa. Kita mesti faham bahawa mereka pernah terluka.
Cadangan saya, Apa kata UMNO mengambil inisiatif meletakkan iltizam melaksanakan hukum hudud pada tahun 2020. Jadikan ia suatu elemen penting didalam Wawasan 2020. Kita kumpulkan intelek, cendiakawan, ulama Islam dari dalam dan luar negeri didalam suatu ‘Suruhanjaya Diraja’ bagi merangka segala perincian dan perancangan kearah itu. Tidak kira pembangkang ataupun Kerajaan, masing2 hendaklah berbincang dan bermesyuarah bagi terlaksananya hukum hudud pada 2020.
Rakyat kebanyakkan akan dapat ditarbiyah dengan usaha ini serta mempunyai cukup masa untuk memahami seterusnya menerima pakai hukum tersebut. Lupakanlah penerimaan daripada rakan bukan Islam lain dahulu kerana hukum ini seharusnya tidak ada kena mengena pun dengan mereka. Kita semua percaya apa yang tercatat didalam Al-Quran adalah perintah mahupun larangan daripada Allah yang mana kita semua dikehendaki patuh dengannya. Dia sahaja yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya. Oleh yang demikian, apa yang nyata di sisi Allah sudah semestinya kita perlu melaksanakannya. Hukum itu juga bertujuan untuk memelihara kita semua dan ianya amat cantik dan sesuai,cumanya mungkin kita yang jahil ini telah terkhilaf dan tidak nampak kecantikkan tersebut memainkan peranannya lagi.
Apabila ini dilakukan, sudah tiada alasan lagi untuk pihak disana untuk menjarakkan lagi hubungan dengan pihak disini. Apa yang diperjuangkan selama ini telah didengar, diberi perhatian dan akan dilaksanakan. PAS dapat apa yang mereka perjuangkan. Tun Mahathir pula dapat melihat wawasan 2020 diaktifkan kembali. Pak Lah juga sedikit sebanyak dapat juga melihat Islam Hadhari beliau diangkat kena pada tempatnya serta Datuk Seri Najib dapat melihat konsep 1Malaysia beliau berjalan di landasan yang betul dan tepat.
Semua orang Melayu akan jatuh hati dengan UMNO juga PAS. Tidak perlu lagilah kita menagih simpati dan ehsan daripada orang lain sehingga boleh tergadai masa depan anak2 kita. Selepas itu, kita fikirkan pula saudara kita di Parti KeAdilan. Saya tiada apa2 cadangan hendak dilontarkan buat masa ini cuma apa yang boleh dikatakan adalah seruan untuk kita lupakan segala episod lama. Tak usahlah digali dan diungkit lagi cerita lama. Sudahlah dan cukuplah. Kita semua sebenarnya sudah penat. Realitinya, rakyat bawahan terutama generasi baru sekarang tidak kisah sangat cerita2 lama ini. Kalau didakwa dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman sekalipun, apa yang rakyat dapat? Berapa banyak masa dan sumber yang berharga akan terbuang begitu sahaja dalam kita nak menghukum orang. Apa yang telah hilang tetapkan hilang. Yang pastinya, apa yang rosak akan bertambah rosak.
Dengan adanya sikap ini, titik penyatuan diantara UMNO dan PAS akan dapat dilihat. InsyaAllah. Seterusnya umat Islam amnya dan Melayu khususnya akan menjadi lebih kuat bagi menghadapi apa jua cabaran yang timbul. Sekiranya kita membantu agama Alllah, nescaya Allah akan membantu kita. Jangan lah kita risau yang keterlaluan. Kita mesti buat kerja kita dulu selebihnya adalah kerja Allah S.W.T semata-mata dimana kita pasrah dan berserah kepadanya.
Sekian, Wallahualam
Sdr Nazim, InsyaAllah. Saya akan jawab perkara yang sdr lontarkan itu dalam keluaran yang akan datang. Minggu ini saya akan menulis soal sekolah satu sistem. Memang saya ingin jawab, tapi masih banyak komitmen lain yang masih belum selesai. Saya amat memahami perasaan dan isi hati sdr yang begitu tulus dan ikhlas, jika ramai orang seperti sdr, saya sudah tidak risau lagi. Salam hormat saya
Salam Ustaz,
Saya amat gembira dan berbesar hati diatas kesudian ustaz untuk mengupas isu yang saya lontarkan sebelum ini. Saya menanti, InsyaAllah. Saya bersyukur Negeri yang bertuah ini dianugerahkan insan seperti ustaz. Mudah-mudahan lebih ramai lagi rakan2 bukan Islam kita mendapat taufik dan hidayah seperti ustaz.
Sesungguhnya, apa yang baik itu adalah dari Allah S.W.T. dan yang cela dan kekurangan itu datangnya dari diri saya yang kerdil ini. Terima Kasih.
OKlah kita terimalah bahawa roket itu memang sedang menuju ke bulan. Cuma jangan kita butakan mata dari melihat tanda tanda menunjukkan bahawa roket itu sarat berisi bahan peledak.
Ketua Menteri P. Pinang menyebut-sebut ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Exco Kerajaan Negeri Perak dari DAP Nar Goh Ming membaca ayat-ayat suci Al-quran.
ADUN Perak dari PKR, Chang Mian Kai membaca ayat Al-Quran berbunyi 'wa amruhum syura bainahum' dan pepatah Arab ketika membahaskan kertas kerja Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin di Konvesyen Pakatan Rakyat Negeri Perak pada 30hb Oktober 2009,untuk mengingatkan rakan-rakan dalam PR supaya mengamalkan prinsip syura yang dituntut oleh Islam.
Pakatan Rakyat yang baru berumur setahun jagong telah berjaya 'memikat' (atau 'memujuk') pemimpin politik bukan Islam mengiktiraf kegemilangan pemerintahan Khalifah Islam zaman silam, menunutut prinsip Islam diamalkan. Apakah alamat semua ini? Islam makin dihurmati di mata bukan Islam atau makin menjadi hina kerana orang bukan Islam "sewenang-wenangnya" menggunakan ayat Al-Quran dan fakta sejarah untuk tujuan politik?
Bilakah MB-MB dan menteri UMNO akan mula sebut-sebut atau berikrar mereka akan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz?
Bilakah pemimpin MCA dan MIC akan gunakan ayat atau maksud Al-Quran untuk mengingati sesama rakan-rakannya dalam Barisan Nasional, termasuk menjauhi zina dan rasuah?
Satu gejala yang sangat interesting sedang berlaku di semua pentas ceramah Pakatan Rakyat: Ustaz PAS berceramah dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabawi, pemimpin PKR dan DAP berceramah menggunakan hujah-hujah demokrasi, pendengar dari kaum Melayu, Cina dan India tidak membantah malahan bersorak. Bukankah gambaran ini gambaran 1Malaysia: Demokrasi dituntut dan Islam tidak dibantah?
Saya berharap UMNO boleh membawa perubahan yang sama ke dalam BN. UMNO telah berkahwan dengan MCA dan MIC selama 50 tahun, bilakah akan diperdengarkan ayat-ayat dan maksud Al-Quran kepada rakan-rakannya? Janganlah UMNO kongsi kuasa dan kekayaan negara saja! Islam adalah rahmat Allah untuk seluruh alam. UMNO hendaklah juga kongsi Islam dengan kaum-kaum lain yang rata-rata tak faham lagi Islam.
Dr. Ridhuan juga janganlah pandai hentam DAP sebagai kelompok kiasu saja. Dalam pimpinan DAP juga terdapat peribadi mulia seperti Tunku Abdul Aziz, mantan pengerusi International Transparancy Committee! Dr. Ridhuan harus juga mendampingi pemimpin DAP dan menjelaskan prinsip-prinsip keadilaN Islam. Pendekatan DR. Ridhuan selama ini hanya mencetuskan prasangka dan permusuhan, dan menghapuskan peluang-peluang untuk berdakwah.
Ketua Menteri P. Pinang menyebut-sebut ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Exco Kerajaan Negeri Perak dari DAP Nar Goh Ming membaca ayat-ayat suci Al-quran.
ADUN Perak dari PKR, Chang Mian Kai membaca ayat Al-Quran berbunyi 'wa amruhum syura bainahum' dan pepatah Arab ketika membahaskan kertas kerja Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin di Konvesyen Pakatan Rakyat Negeri Perak pada 30hb Oktober 2009,untuk mengingatkan rakan-rakan dalam PR supaya mengamalkan prinsip syura yang dituntut oleh Islam.
Pakatan Rakyat yang baru berumur setahun jagong telah berjaya 'memikat' (atau 'memujuk') pemimpin politik bukan Islam mengiktiraf kegemilangan pemerintahan Khalifah Islam zaman silam, menunutut prinsip Islam diamalkan. Apakah alamat semua ini? Islam makin dihurmati di mata bukan Islam atau makin menjadi hina kerana orang bukan Islam "sewenang-wenangnya" menggunakan ayat Al-Quran dan fakta sejarah untuk tujuan politik?
Bilakah MB-MB dan menteri UMNO akan mula sebut-sebut atau berikrar mereka akan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz?
Bilakah pemimpin MCA dan MIC akan gunakan ayat atau maksud Al-Quran untuk mengingati sesama rakan-rakannya dalam Barisan Nasional, termasuk menjauhi zina dan rasuah?
Satu gejala yang sangat interesting sedang berlaku di semua pentas ceramah Pakatan Rakyat: Ustaz PAS berceramah dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabawi, pemimpin PKR dan DAP berceramah menggunakan hujah-hujah demokrasi, pendengar dari kaum Melayu, Cina dan India tidak membantah malahan bersorak. Bukankah gambaran ini gambaran 1Malaysia: Demokrasi dituntut dan Islam tidak dibantah?
Saya berharap UMNO boleh membawa perubahan yang sama ke dalam BN. UMNO telah berkahwan dengan MCA dan MIC selama 50 tahun, bilakah akan diperdengarkan ayat-ayat dan maksud Al-Quran kepada rakan-rakannya? Janganlah UMNO kongsi kuasa dan kekayaan negara saja! Islam adalah rahmat Allah untuk seluruh alam. UMNO hendaklah juga kongsi Islam dengan kaum-kaum lain yang rata-rata tak faham lagi Islam.
UMNO mesti menyampaikan mesej Islam kepada rakan-rakannya yang bukan Islam jika benar perjuangannya untuk 'BANGSA, NEGARA dan AGAMA'.
Dr. Ridhuan juga janganlah pandai menyindir DAP sebagai kelompok kiasu saja. Dalam pimpinan DAP juga terdapat peribadi mulia seperti Tunku Abdul Aziz, mantan pengerusi International Transparancy Committee!
Bilakah Dr. Ridhuan akan mendampingi pemimpin DAP secara hikmah dan menjelaskan prinsip-prinsip keadilaN Islam dan kesyumulan dan keindahan Islam.
Pendekatan DR. Ridhuan selama ini hanya mencetuskan prasangka dan permusuhan, dan menghapuskan peluang-peluang untuk berdakwah.
Ntah la..dulu tak pernah pun baca ayat Al Quran..tapi kalau berubah tu bagus la..
Tapi janganlah berubah masa ceramah politik je,kena buktikan.Duk baca ayat AlQuran tapi pada masa sama menghina orang Islam dengan mempertahankan arak dan rumah urut buat apa?
Maaflah,saya tak pasti siapa yang berubah sebenarnya..
Sebenarnya saya tak heran langsung pemimpin DAP boleh baca Ayat Al Quran,kat US tu belambak Kristian dan Yahudi boleh baca Al Quran.Siap ada PHD lagi.
Tapi yang paling penting adalah perlaksanaan nya.Jangan baca hanya untuk tarik orang Melayu dengar ceramah sahaja!
Saya pernah menyuarakan pendapat saya di sini mengenai respons sesetengah orang Islam terhadap inisiatif bukan Islam, keliru dibuatnya. Kami diminta lebih memahami agama Islam, sampailah ke tahap IPTA, di mana pengajian Islam itu diwajibkan. Bila dah ada yang memetik Al-Quran dibuat teladan, meskipun bukan berugama Islam, dipandang dgn kesangsian pula. YOU GOT TO MAKE UP YOUR MIND. Kami terus keliru. Bila menulis surat dalam B. Inggeris ke jabatan kerajaan, ianya dipulangkan dan tak dilayan. Tetapi bila kita bercakap BM walau pun dengan begitu fasih, dijawab dgn Bahasa Inggeris. Akhirnya, ramai yang rasa keliru dan tidak mengendahkan langsung lagi macam mana nak melayan permintaan orang Melayu/Islam. Janganlah saya diserang bertubi-tubi hanya semata-mata kerana suara saya berdiri bersendirian di forum ini. Sekiranya ada hasrat nak berdialog, maka dengarlah dengan hati yang terbuka dan renungilah mendalam supaya timbul resolusi yang membina.
Orang Cina bukan kiasu, hanya sedar bahawa dalam dunia ini, tak ada "free lunch". Semua yang ada di tapak tangan kita hasil keringat. Bukan kerana tak percaya kepada Tuhan dan hakikat bahawa rezeki itu adalah dariNya. Tetapi semata-mata kerana walau agama apa pun, doktrinnya masih sama, Tuhan kurniakan kesempurnaan tubuh badan, intelek dan dianugerah bakat dan kebolehan. Namun, tanpa keringat, rezeki tak kan diberi. Itulah sebabnya orang Cina begitu bertungkus lumus dalam hidupnya. Yang dikejarnya bukan sekadar harta benda tetapi perasaan nikmat rezeki Tuhan kerana darah dan keringat dirinya.
Fahamilah kita. Janganlah difitnahkan lagi. Kami rasa serba salah kerana cam ni tak betul, cam tu salah. Apakah yang dimahukan sebenarnya.
Oleh kerana ini jugalah saya saban kali menegur Ridhuan Tee kerana analisisnya tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia kaum Cina. Walaupun dia mungkin akan cuba mengatakan bahawa "kiasu" itu ditujukan kepada DAP tetap, tanyalah hati. Tuhan maha pengasih dan penyayang. Kita semua ciptaanNya dan dikasihiNya. Jangan menimbulkan rasa benci and hina kepada orang keturunan Kiasu. Kita juga makhluk Tuhan yang berhati perut dan memahami bahawa setiap orang tak kira ada "dignity", atau pun harga diri. Yang menghina Melayu dan Islam itu bukan orang "Kiasu" tetapi orang seperti Ridhuan Tee.
Saya mintak Ridhuan Tee cubalah resipi ini: tulislah artikel yang menyatukan rakyat. Jelaskanlah agama Islam dari perspektif En Ridhuan sbg orang berketurunan Cina kepada orang Cina. Kalau perlu diterjemahkan, relakanlah diri walau bagaimana benci pun pada bahasa itu. Sumbangkan artikel keakhbar Inggeris dengan tujuan yang sama. Jadilah diri anda "peace maker" dan bukan batu api, menyemai duri di hati.
Itu sajalah pendapat saya. Lama tak menyumbang sebab rasa kecewa dengan pendapat2 yang menyokong Ridhuan Tee walau pun tulisannya tidak berbukti walaupun saya dah mintak dulu lagi.
Wahai OJ yang aku sanjungi
Janganlah kamu cepat kecewa oleh kerana komen-komen yang menyokong Dr Ridhuan. Itu kan hak-hak asasi setiap pembaca samada nak menyokong ataupun tidak sebagaimana kamu juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.
Pasal surat yang dipulangkan oleh jabatan kerajaan, tak kan itu pun boleh dikelirukan. Bahasa rasmi kerajaan ialah bahasa kebangsaan. Tak kan OJ begitu mudah keliru pasal bahasa Malaysia?
Apakah yang sungguh tidak memahami dan difitnahkan? Janganlah sungguh mudah terasa diserang bertubi-tubi. Apakah ini bukan sebuah platform untuk OJ dan kita bersama berforum?
Apakah terasa serba salahnya untuk Kembara menyatakan "Jangan baca (ayat al-Quran) hanya untuk tarik orang Melayu dengar ceramah sahaja!"?
sy strongly agree dgn 1 of d comment appeared here.. my dad pun ckp bende yg same.. dh 50tahun that particular party memerintah, rakyat marhaen mcm kami ni lebih byk tak dpt drpd dpt.. bukan tak bersyukur cume sedikit pelik.. tempat tinggal sy sendiri jd contoh.. tanah yg dijanjikan akan diberi smp sudah tak diberi.. alasannye : tggu lepas pilihanraye.. tggu punyu tggu tup2 smp pru yg lepas.. org kg pakat xmo pangkah dh sbb janji dh berkulat.. smp zakaria mati.. smp onn dh tuka jawatan.. dok tang tu jugakk la tanah ni.. rakyat marhaen menderite.. jd bile mereke berpindah ke party lain, bukanlah sbb party itu bagus tp sbb mereke kecewe dan takde choice lain yg ade.. muda mudi bercinte pun kalau frust alangkan ade yg bunuh diri gile meroyan dan sebagainye.. inikan pule bile berckp psl janji amanah yg dh lebih 20 tahun tak tertunai2.. ultra frust la jadinye..
papepun, sy pon berpegang pd prinsip : undi calon islam.. tak kire dr party mane.. kalo 2 2 islam, sy tawakal pilih slh sorg.. tp kalo 2 2 bukan islam, sori...
kalau tiada kondom, lahirlah anak berlori-lori. kondom adalah cara terbaik dalam mengawal saiz keluarga, walaupun tidak halal dari segi Islam, tetapi tidak dihalang dalam agama lain.
jika beli kondom bermakna bernikah, Dr,
adakah beli pisau bermakna orang tu akan merompak?
adakah beli gam-gam bermakna orang tu akan hisap gam?
setiap benda dunia ini ada dua sisi yang bertentangan. satu bagus, satunya tidak. bagaimana orang hendak mempergunakannya terpulang kepada tahap ketamadunan orang itu.
Apa itu kondom sebenarnya?
Kondom itu adalah penghalang yang sering digunakan dalam hubungan seksual untuk mengurangkan kemungkinan kehamilan dan penyebaran penyakit menular seksual(STD).
Penggunaan kondom terhambat oleh keengganan untuk "membuang" sperma, yang ditakrif sebagai melampaui sosiokultural yang mementingkan pembiakan. Sperma sebenarnya diyakini menjadi "ubat mujarab" untuk perempuan dan mempunyai kesan kesihatan bermanfaat.
Penggunaan kondom sering juga dianggap sebagai penyebab impotensi.
Persoalan di sini ialah mengapa kondom digunakan untuk mengurangkan penyebaran STD? Apakah kita menggalakkan sesuatu di sini dengan penggunaan kondom?
(selain daripada mengurangkan kemungkinan kehamilan)
Salam perjuangan Dr. Ridhuan,
Jazakallah atas perkongsian artikel yg sangat bermanfaat ini, saya amat menyokong pandangan Dr.
Moga Allah menguatkan Islam dengan rijal2 (pemuda2 hebat) seperti Dr.
MACAM MANA NAK CAKAP DENGAN DR?
KALAU UMNO SENDIRI DUK TAKUTKAN RAKYAT BUKAN ISLAM SELAMA INI APA NAK JADI?
HUDUD KEJAM - TU LAH MAINAN UMNO,,,..NAK NAFIKAN KE? HUDUD TIDAK BOLEH PAKAI ! UMNO DUK KATA HUDUD TIDAK BOLEH PAKAI! ADAKAH SAYA BOHONG ?
MACAM MANA NAK JINAK MEREKA IKUTI KEBAIKAN & KEBENARAN ISLAM?
ADAKAH DR NAK NAFIKAN SEGALA NYA?
ADAKAH UMNO MERCIMNKAN ISLAM YANG DIPERINTAH ALLAH swt KEPADA KITA?
SIAPA YANG TIDAK BETOL DR?
DARI: RT - RAHMAN TEOH
Post a Comment