Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, October 25, 2009

Perpecahan Islam yang disengajakan

6:44 AM Posted by RIDHUAN TEE 41 comments
(Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009)

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya dituduh sebagai tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Senang sahaja caranya, kutuk pembangkang dan puji UMNO, maka kita akan dibayar berjuta-juta. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung. Orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance.

Cuma satu perkara yang saya pohon, yang baik kata baik dan sokonglah. Manakala, yang tidak baik, boleh ditegur dengan cara berhikmah. Jangan tolak semua disebabkan tidak sehaluan. Lebih hina lagi, suka menyerang peribadi. Adakah peribadi kita semuanya baik? Ingat saudara, kadangkala kita juga menyimpan pekung di dada. Kita juga buat silap, tetapi kita tidak berani untuk mendedahkannnya, dibimbangi terpalit ke muka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Saya mengatakan yang benar, jika hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukumnya, parti ultra kiasu dan sekutunya, bukanlah pakatan yang sesuai. Sebab mereka tidak pernah bersetuju dengan Islam. Parti ultra kiasu itu amat kuat menentang Islam. Takkan tidak nampak lagi. Sementara sekutunya pula sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong idea PAS untuk menubuhkan negara Islam. Cubalah PAS bertanya walaupun sekali kepada kepimpinan tertinggi mereka. Jawapannya, mereka memang tidak mahu Islam. Agenda peribadi mereka jelas, mahu membalas dendam. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Siapa yang rugi? Orang Islam juga. Adakah orang bukan Islam rugi? Tidak. Mereka tetap untung sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat, walaupun berhadapan krisis dalaman parti sendiri.

Justeru, bila saya mencadangkan PAS bekerjasama dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO, itu bukan retorik kosong. PAS dan UMNO adalah parti dominan umat Islam di negara ini. Arah tuju Melayu Islam bergantung kepada dua parti ini. Bukan parti ultra kiasu dan sekutunya yang baru setahun jagung. Perjuangan mereka ada agenda tersembunyi. Saya minta saudara semua, bacalah bahan-bahan yang terlampau banyak dalam internet. Jangan lupa baca juga bersama perjuangan freemason. Saudara tentu akan mendapat gambaran sebenarnya.

Manfaat PAS berkawan dengan UMNO lebih banyak hasil Islamnya berbanding dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak Islam, termasuk sekutunya. Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar Islam benar-benar tertonjol walaupun ketuanya orang Islam. Fikirkan sendiri. Jangan berkonflik dalam diri, seksa hidup kita. Biarlah kita berkawan dengan musuh, sekurang-kurangnya kita telah kenal hati budinya, daripada berkawan dengan musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

Saya bukan ahli UMNO, saya tidak mendapat satu senpun dari UMNO. Tetapi saya melihat politik umat Islam amat merugikan. Jika berkawan dengan UMNO, tidak dapat menegakkan Islam, apakah berkawan dengan musuh UMNO, Islam dapat ditegakkan? Tidak juga. Jadi, timbangkanlah mana lebih baik antara keduanya. Itu sahaja. Habis cerita.

Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan pecah segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat seperti pilihan raya Bagan Pinang baru-baru ini. Orang lain bergaduh juga, tetapi pergaduhan mereka macam adik-beradik. Hari ini nampak bergaduh, esok mereka berbaik-baik. Tak pernah dengarpun sampai pecah kepala. Kenapa kita tidak boleh menjadi sedemikian? Kenapa perlu berpatah arang berkerat rotan. Masalah inilah yang menghantui umat Islam hari ini sehingga kita diperkotak-katikkan. Umat Islam merempat di bumi sendiri. Apakah kita yakin kita boleh bangun selepas ini?

Bandingkan dengan negara China, mereka hanya ada satu Cina. Tidak timbul Taiwan itu keluar daripada Cina. Pada kerajaan China, Taiwan itu adalah Cina. Cina tetap Cina. Taiwan tidak boleh bersekongkol dengan Amerika untuk menghancurkan Cina. Sebab apa? Jawapannya, sebab kerajaan China, kenal musuh yang sebenar dan musuh dalam selimut. Sebarang percubaan menghancurkan China, tidak ada kompromi.

Dengan sebab itu, kerajaan China amat tegas dengan Taiwan. Sebarang percubaan untuk ‘mengAmerikakan’ Taiwan akan ditentang habis-habisan. China mengambil pendekatan satu Cina dan maruah bangsa lebih penting daripada segala-galanya. Berpegang kepada prinsip yang SATU ini, akhirnya China menjadi hebat. Musuh ketatnya Amerika pun rasa takut, apatah lagi musuh yang cuba menjadi musuh dalam selimut. Tamadun mereka adalah warisan nenek moyang yang tidak boleh dijual beli dan tidak ada kompromi. Jika Taiwan dirosakkan, maka hancurlah konsep kesatuan SATU China. Saya harap pembaca faham sedikit perbandingan ini dengan negara kita dan kaitannya dengan artikel saya minggu lepas. Begitulah hebatnya pegangan ajaran nenek moyang dan tamadun bangsanya.

Islam tidak pentingkan nenek moyang, sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang ada Allah lebih hebat daripada mereka yang percaya kepada nenek moyang. Allah yang menjadikan nenek moyang. Kenapa hari ini manusia yang menyembah Allah, lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang. Janganlah pula menyalahkan Allah, kerana kita tidak bersatu atas nama Allah walaupun Allah memberi amaran, berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu berpecah belah.

Manusia yang yakin dengan Allah telah terbukti akan kehebatan. Lihatlah tamadun yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak ada sedikitpun kekurangan. Persoalannya, kenapa umat Nabi SAW begitu naif? Sukarnya sangatkah kita hendak bersatu atas dasar Islam? Apakah penyatuan Islam itu perlu tunggu wujudnya negara Islam atau perlaksanaan hukum Islam?

Kenapa kita tidak dapat membaca realpolitik Islam di negara kita? Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Tidak kah kita terfikir bahawa orang bukan Islam tidak akan selamanya bersetuju dengan Islam?

Jika begitulah keadaannya, bolehkah PAS menubuh negara Islam jika berkawan dengan mereka yang terang-terang menolak Islam. Tidak boleh juga. Jika begitulah keadaannya, kenapa tidak hari ini kita bersyukur dengan kepimpinan Islam yang sedia ada dan cuba memperkuatkan lagi agar nilai-nilai Islam terpancar walaupun hakikat sebenar hukum Islam tidak dapat dilaksanakan?

Saya fikir hari ini, kita perlu duduk semeja untuk fikirkan bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di negara kita daripada bercakap soal hukum hudud yang amat sukar dilaksanakan kerana majoriti-minoriti negara kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak sedemikian geografi penduduknya.

Adalah lebih baik nilai-nilai Islam dilaksanakan kerana saya yakin nilai-nilai Islam turut dikongsi oleh semua agama. Mana ada satu nilai-nilai baik Islam ditolak oleh agama lain. Apa yang diharamkan oleh Islam turut diharamkan oleh agama lain seperti berzina, berjudi, minum arak, mengumpat dan lain-lain. Nilai-nilai baik lain tidak perlu disebutkan, kerana saya yakin semua akan bersetuju, kecuali bagi mereka yang terlampau ghairah dengan cara hidup barat.

Jika ada agama yang mengatakan apa yang dilarang oleh Islam itu dibolehkan, dan nilai-nilai baik itu ditolak, saya berani mengatakan bahawa hina sungguh agama mereka. Tetapi tidak sedemikian. Apa yang saya belajar semasa menganut agama Buddha dan Kristian satu masa dahulu, sebenarnya terlalu banyak persamaan. Persamaan itulah yang perlu kita cari dan selesaikan untuk dilaksanakan, bukannya membuang masa membincangkan sesuatu yang jauh dari realpolitik dan amat sukar dilaksanakan. Akhirnya, wang ringgit dibazirkan, kerana membincangkan perkara yang tidak boleh dilaksanakan kerana tidak memahami realpolitik dan berpecah belah tidak tentu pasal. Siapakah yang rugi sebenarnya?

Saya bukan menolak negara Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji politik, saya membaca realpolitik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat umat Islam berpecah. Perpecahan yang disengajakan. Kita sudah terlepas Singapura, adakah kita mahu lihat Singapura kedua dan selepas itu, Singapura ketiga?

41 comments:

Unknown said...

salam

Unknown said...

salam

Unknown said...

salam

ALFAF said...

Sedih saya mengenangkan pemimpin yang hanya berjuang diatas kefahaman sempit dan dendam yang tak terlerai.
Saya sokong 100% bila doc tulis pasal kerajaan sekarang perlu di sokong untuk membangunkan Islam yang lebih realistik.. bukan mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih celaru yang berjuang dalam kesamaran dan berkonflik sesama sendiri..
Yang musnah tetap bangsa sendiri dan agama tergadai.

AsyMok_ambo said...

Saudara Ridhuan Tee, Tiada Sesiapa di kalangan DAI'E FISABILILLAH menuduh anda tali barut mana-mana pihak. Kalau orang yang Tidak Berilmu (BODOH lah tu...) mengatakan sedemikian kepada anda, buat apa anda nak peduli. Saya PUN AMAT SUKA SAUDARA dari dahulu samapi sekarang. Walaupun ambo ni HIJAU PEKAT ambo sokmo mengimpikan untuk BerSahabat dengan demo Tuan. KEBERANIAN Saudara untuk 'REVEAL EVERYTHING' Mengagumkan Kawe. Kawe TABIK SPRING pada saudara Ridhuan Tee. Tinggal lagi ambo teringat kata-kata HIKMAH Insan terbilang, Edward de Bono- Topi itu Baik, Kasut itu Baik. Namun jika Topi itu diletakkan di Kaki, Kasut itu diletakkan di Kepala, bukan sahaja orang akan terpinga-pinga melihat kita malah FUNGSI sebenar Kasut dan Topi akan Malap. Therefore, with the most respect, I would like to INVITE with the RedCarpet Saudara Ridhuan Tee Abdullah bersama WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN. Insan-insan gemilang dan AMAT BERANI seperti Saudara Ridhuan, Dr Asri dan Prof. Aziz Bari Benar-benar satu ASET BERNILAI yang boleh digelar SINGA ALLAH SWT.
Tinggal lagi, Kami suka Berterus-Terang. BARANGSIAPA TIDAK YAKIN DENGAN PERJUANGAN ISLAM TULEN, SILA BERAMBUS! BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG LEBIH BAIK. To all MALAYSIANS, ISLAM tidak pernah Berpecah. Ingat, BANGSA tidak LAKU Langsung di sisi ALLAH SWT. Sifirnya MUDAH. Tegakkan ISLAM, bukan setakat BANGSA, HIDUPAN tIdak Bernyawa pun Akan Mendapat RAHMAT PEMILIK SEKALIAN ALAM. Juga, ISLAM bukan Pada Kulit. NAMUN... andai kata lah buah durian, kulitnya kelihatan begitu cantik, berkilat-kilat. baunya pula harum semerbak. Bila dibuka kulitnya pula, nah isi yang nampak begitu ranum dan menggiurkan. Bila dijamah, begitu empuk dan tatkala dimakan, AMAT SEDAP! Mungkin satu dalam SATU TRILION.
Teruskan Perjuangan Saudara Ridhuan.
AYUH BERSAMA KAMI KE BULAN.
NAIK ROKET TAK SALAH KAN...
PENUH HIKMAH, FATANAH dan KEBIJAKSANAAN.
ALLAH MAHA BESAR.

terry bogart said...

-main sedap je sebut Wali Allah..

-harap saudara ridhwan selepas ni berhujah dengan dalil2 n fakta yg lebih kukuh (skang ni pun base on fakta tapi...saya rasa perlu ditingkatkan kerana anda penilai politik/pensyarah... ) saya selaku mahasisiwa, mengharapkan hujah2 yg bernas..


p/s..harap suatu hari nanti anda mencapai level prof murad merican n prof aziz bari

semoga hidup dan mati utk islam

Kang nasir said...

salam dr & semua.

saya rasa terharu & sedih bila mengenangkan insan yg sebangsa saya memperlekehkan & mempersendakan dr.

saya setuju catatan & luahan dr.

saya malu dgn teman2 yg sebangsa dgn dr.
kadang2 ada diantaranya saya terkedu utk menjawapnya.

mmg sudah lumrah bangsaku begitu.
smga dr tabah & terus menulis utk kebaikan ummah.

AMIN.

Kenn said...

Dr. Sir,

Prof. Khoo Kay Kim also receives the same treatment from these "ultra-kiasu" beings when Prof. Khoo recently said that, single stream system (schooling) will contibute much toward unity and he calls for doing away with multiple streams. (Read here)

As expected, these "ultra-kiasu" beings condemn Prof. Khoo accusing him to be one of UMNO's dog. (Read the blog's owner comment as one of the example here)

This is not about religion. This is about being ultra-kiasu protecting their skin in the wrong country. Whose fault is then when these ultra-kiasu are being labelled as "pendatangs"? They are so very-chinese setting foot in the wrong country. They ought to be back in the China Republic.

Tok Jerai said...

Assalamualaikum Dr. dan keluarga
Muga2 diberi Allah dalam keadaan selamat dan sihat sajehtera.

Inilah masaalahnya di Malaysia ini, semua Pemimpin terutama yang beragama Islam merasakan dirimereka adalah terbaik dari yang baik, mereka tak pernah berhenti sejenak berfikir dan bermuhsabah, adakah mereka dah cukup baik, bukan setakat itu sahaja, penyokong2 pun tumpang semangkok mendabek dada menyatakan merekalah pengamal Islam sabenar.

Trend dan angin tersebut selalunya muncul dan kehadirannya mengikut musim yang dibawa dan diucapkan oleh lidah pemimpin2 mereka, pengalaman telah menyaksikan macam macam fatwa dikeluarkan, yang heran tu segala tuduhan dan fatwa ini ditujukan kepada sesama islam yang tidak sehaluan Politik dengan mereka, tapi apabila perkara yang sama berlaku kepada penyokong2 mereka tak apa pulak.

Semua pemimpin mereka seolah2 dianggap maksum, membawa perempuan orang kebilik hotel pun taka apa.. malahan ada yang menganggap Tok Guru Nik Aziz sebagai Wali Allah, ketaksuban ini telah melindungi akan sifat2 sebenar Wali Allah yang sepatutnya ada kepada seseorang.

Saya sangat2 bersetuju malah sangat2 berharapa agar semua pemimpin Islam duduk semeja mencari jalan yang selari untuk menyatu padukan kembali umat Islam yang semakin tara perpecahannya.

Seandainya perkara sebegitu mudah pun tidak boleh dilaksankan, maka tak payah lah dok bercakap soal perpaduan, apatah lagi soal untu memperkasakan Islam, masing2 duduklah sebagai pemimpin yang bebal dan menrima apa sahaja nasib yang akan menimpa umat Islam.

Kalau ada orang Melayu berugama Islam perasan sangat nak naik roket pun naiklah, kerana mungkin roket boleh meletup, atau mungkin akan selamat sampai kebulan, cuma yang perlu diingat, untuk menaiki roket tu janganlah sanggup memijak sesama saudara Islam.....

Sekian..Wassallam.

kekwa66 said...

Saudara,
Tak baik saudara labelkan mereka yg sebangsa dengan saudara tu 'kiasu' walaupun mereka berlainan agama dengan saudara!!! Nada saudara ni seolah-olah saudara telah lupa daratan!! lupa dari mana asal usul saudara! Tak hairan lah mereka melenting apabila membaca artikel saudara ini!

kembara said...

Kita bukannya suruh Pas bergabung dengan Umno. Tetapi setakat kerjasama dalam hal Islam.Tetapi alngkah sedihnya,belum pun bersemuka di meja, perasaan curiga sudah memenuhi ruang hati.

Memang benar Pas memperjungkan Islam,saya pun sokong.Umno juga pun ada memperjuangkan Islam walaupun tidak 100 peratus.Semuanya ada baik dan buruk.Yang buruk ini lah yang kita perlu perbaiki.

Kita bukan bergabung bukan nak menindas bangsa lain.Tetapi untuk kebaikan umat Islam dan semua rakyat Malaysia.Tetapi macam mana hendak bergabung kalau dendam kesumat di hati masih lagi belum pudar.

Ada yang gila dengan partinya.Bagaikan partinya sudah menjadi taraf agama.Ini adalah sekelompok manusia fanatik dan membabi buta.Dan manusia ini lah memberi kuasa maksum kepada pemimpin mereka.

Kalau DAP boleh diterima bagaikan dosa mereka sudah diampunkan oleh pemimpin mereka, mengapa orang Umno tidak boleh? Apakah kerana dosa meraka tidak diampunkan oleh pemimpin tertinggi mereka?

Anonymous said...

salam dr

saya sgt setuju dengan apa yg ustza katakan..

smg ustaz terus lantang bersuara..

terskan ..berikan kesedaran pd mereka2 ini yg masih berada di takuk pemikiran yg kolot

sekian.

kusuwa said...

Wahai kekwa66;

Sebenarnya pasal "lupa dari mana asal usul", Dr Tee telah banyak kali menjawab persoalan tersebut.

Samada pembaca begitu mudah lupa atau tidak memahami bahasa kebangsaan ataupun berpura-pura 'tidak berhikmah' di dalam memberi komen ataupun tidak memahami Islam.

Cuba teliti penulisan kali ini;

"Islam tidak pentingkan nenek moyang, sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang ada Allah lebih hebat daripada mereka yang percaya kepada nenek moyang. Allah yang menjadikan nenek moyang. Kenapa hari ini manusia yang menyembah Allah, lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang."

CW Wong said...

Saya baca teliti tulisan Ridhuan Tee. Jelas dari logiknya, perjuangannya haruslah menuju kepada kesatuan Nusantara, Indonesia, Brunei, Mindanao, Champa, Selatan Thailand dan serpihan kepulauan Asia Tenggara yang ada penduduk Melayu Islam. Wah, megahnya kesatuan Melayu Islam ini, memertabatkan kedudukan Melayu dan Islam sekaligus bukan sahaja di Asia tetapi di mata dunia yang penuh dengan kafir ini.

Berlandaskan prinsip-prinsip Islam and jatidiri Melayu, bersama-samalah Negara Nusantara Melayu Islam (NNMI) ini membina tamadun yang merangkumi rohani dan jasmani, dengan pencapaian sains dan teknologi yang menyaingi Amerika Syarikat dan membina paksi ketiga yang akan mengimbangi pengaruh Amerika, China dengan NNMI sebagai pengimbang realpolitik dunia.

Ridhuan Tee, talk is cheap. Your rhetorics are simply so nice to read and the sad thing is, so many of the readers and taking it all hook and sink. Anybody can talk. Anybody can raise the adrenalin of the readers and stir up emotions. Calling people ultra-kiasu is just so Islamic and cool. You seem to enjoy saying it so much on a race that have so many faces unknown to you. How have they offended you that a blanket repeated running commentary that is of only partial substance and half truths are being fed to the Malays week after week. Seek your conscience before the next article. Feel good and feel right could be a manifestation of a misguided self righteousness. Meditate of the Word of God and ask for his enlightenment before the next barrage.

In the meantime, should I carry on with NNMI to create a feel good feeling among our Malay countrymen unrivalled even by NTV7?

I know this will open a floodgate of hate comments. I am ready to experience Islamic love in full force. Please shower me with your great compassion and love.

andik79 said...

Salam Ustaz,

Saya memang terharu dan sedih dengan apa yang terjadi dgn umat Islam sekarang ini. Pertelingkahan dan pergaduhan kerana perbezeaan pendapat dan fahaman adalah satu yang merugikan semua pihak.

YANG KALAH JADI ABU, YANG MENANG JADI ARANG.

Ini yang terjadi umat Islam sekarang. Saya berharap cemohan dan tuduhan yang liar terhadap Ustaz jangan di ambil kesah. Tetapi cemohan itu di jadikan panduan pada Ustaz mengeluarkan sebuah buku dengan penjelasan yang lebih jelas tentang isu-isu semasa tanah air.

Semoga Ustaz berjaya mematahkan hujah-hujah mereka.

Sekian.

kembara said...

Ordinary Joe

Saya kurang pasti anda faham atau tidak tulisan Dr minggu ini.Isu yang diutarakan adalah perpaduan Islam.Bukannya perpaduan Melayu.Apa itu Negara Nusantara Melayu Islam (NNMI)?Apakah selama ini Dr tee melaugkan perpaduan Melayu atau Islam?

Memang sinis komen anda.Mengatakan perpaduan Melayu ini untuk menyaingi Amerika.Amerika tidak akan takut dengan perpaduan Melayu ini.Malah mereka menyokongnya.Tetapi bila perpaduan Islam di sebut,mereka tidak akan senang hati.

Lihatlah negara Arab, dari dulu lagi mereka ini diserang oleh orang Eropah,kemudian Amerika.Amerika memberikan alasan senjata pemusnah yang kononnya ada di Iraq untuk menyerang. Tetapi India ,Pakistan,Korea yang mengaku ada senjata nuklear tidak pula di sentuh.Kerana apa semua ini berlaku?kerana mereka percaya apa yang umat Islam percaya Iaitu perpaduan diatas nama Islam menjadikan umat Islam kuat.

Dan inilah yang diusahakan oleh masyarakat Islam termasuk di Malaysia.Anda yang menyebut tentang perpaduan atas nama Melayu langsung tidak timbul.Sebab itu saya hairan parti Ultra kiasu terlalu takut bila hendak dilaksanakan konsep negara Islam.Kita laksanakan undang2 Islam hanya ke atas orang Islam,mengapa mereka terlalu takut melebihi orang Islam?

merekatakpandaikitayangbodoh said...

asymok tu bangang ke apa? ada ke nik aziz yang tak pernah pun melontarkan pandangan yang bernas, yang dikaji di seluruh dunia dikatakan wali allah?tahap pemikiran nik aziz tu staraf budak sekolah menegah je, bukan nak ngutuk tapi itu kenyataan. apa yang dia tahu selain mengutuk orang?

Kenn said...

Ordinary Joe,

I hope you will stop making comment mixing up race and religion. Melayu is not a religion, and Islam can be embraced by many people in this world.

Either you are really a "mixed-up" guy who dont even know what Islam/Melayu is OR you have some kind of motive behind such comments that you have made here. Whatever the motive is, your comment here seems to be hitting the Malay and Islam.

Many can see through your skin, OJ.

fitflex said...

pas x buleh bersatu dgn umno.sebab dasar x sama.pas dasar islam dan umno dasar sekular.tp pas buleh bersatu dgn dap.mesti sebab dap pun dasar islam jugak.kerna dap ada umar abd aziz.tetapi disebalik pas buleh bersatu dgn dap dan tidak dgn umno,ahli2 pas buleh aje berkahwin dgn umno,dgn dap x buleh le pulak.begitu jugak bab solat jemaah.x penah le pulak pas ni pi jemaah dgn dap.dgn umno tiba2 buleh le pulak.begitu jugak le qurban,haji dan amalan islam yg lain.

so dlm bab politik aje pas sudah menidakkan ayat quran "dan berpegang teguhlah kamu dgn tali allah dan jgnlah kamu berpecah belah".

dan bab politik juga pas sudah mengambil sebahagian ayat quran dan meninggalkan sebahagian yg lain.

jd buleh ke nik aziz terus mendakwa sipolan ini ke syurga,sipolan itu ke neraka??

jika begitu berharap sgt aku nik aziz bg hukum sipolan2 yg menubuhkan caw dap batu.ke syurga atau pun ke neraka mereka2 itu.

harap ada yg memberikan jawapan....

Muffakiratul Mukminah said...

Salamuallahi 'alaik Dr,
Moga terus tabah dan sabar dengan ujian dariNya.
Terus tegakkan kebenaran.
Harap ramai yang dapat buka mata dan jangan sempitkan fikiran.
Islam untuk semua.
Jazakallah...

Anonymous said...

My dear OJ

Talk is NEVER cheap. Some people only see the mistakes that other people make but they could never ever see their own. That is why these writings by Dr Tee are never cheap.

Have you ever realised that once you see death up close, then you will know what the value of life is. That is why talk is never cheap.

Besides, if you just let people step on you, you’re like a staircase. That is what all these writings are all about.

Anonymous said...

Islam is not about logic, my dear OJ.

It is not about anybody can talk and neither about a blanket of repeated running commentary nor calling people ultra-kiasu is just so Islamic and cool.

Ultra kiasu simply means having mindsets that they are untouchables and that everyone is wrong except themselves.

By using this term is to remind the readers how this ultra kiasu party is very strongly against Islam.

Therefore, the readers should never be deceived with their rhetorics on Umar Abdul Aziz & 'amar makruf nahi mungkar'.

Nadim said...

Saya dan Ayah selalu bercakap dan berhujjah pasal politik. Ayah saya seorang ustaz pencen yang tebal sokongannya kepada PAS dari dulu kini dan kemungkinan besar, selama2nya.

Manakala saya pula tidak menyokong mana2 pihak, hatta mengambil pendirian tidak mendaftar sbg pengundi pun.UMNO & PAS both x dpt 1 undi dr saya. Bila ayah tekan saya disitu (kerana mungkin PAS dah hilang 1 undi), saya katakan balik bahawa saya selesa dgn pendirian peribadi saya. Saya tak nak terkongkong dalam kepartian. Dua2 saya sokong dan dua2 saya boleh pukul.

Bagi saya, Objektif UMNO & PAS adalah sama, membangunkan agama, bangsa dan negara cuma menggunakan cara dan pendekatan berbeza. Oleh itu, asalkan saya buat kerja2 yg menyumbang kepada objektif kita yg sama tersebut, org lain janganlah kecoh sgt. lebih baik dari org yang berdegar2 sgt menyokong, tapi cara/pendekatan/usaha dia utk mencapai objektif bersama hanya terhenti sekadar memangkah kertas undi dan menyokong saje lah. Lebih teruk lagi, bila dia main baling2 botol pulak.

Bagi saya PAS & UMNO adalah bangsa saya sendiri yang saya hormat dan saya sayang. Dan saya amat geram bila kedua2 nya tak jumpa titik persamaan dan kesatuan. Hang kata aku, aku kata hang. Meleret2 sampai ke laa...

Tapi, bila melihat keadaan selepas PRU yg lepas, saya amat risau kerana ada kemungkinan bangsa saya akan merempat dibumi sendiri. Saya mesti mendaftar sbg pengundi. Cuma pendirian saya kali ini, tak kiralah parti mana, asalkan wakil rakyat tu sebangsa dgn saya sudahlah. Kalau kedua2nya bangsa saya, saya tak fikirkan lagi nak pangkah siapa.

Bila ditanya ayah lagi, mengapa tak nak sokong UMNO. Jawapannya ialah kerana UMNO tak nampak ada cita2 hendak melaksanakan hukum Islam. Saya pulak kata, kita bersangka baiklah dengan menganggap mungkin cara pendekatan UMNO berlainan iaitu menguatkan ciri/nilai keislaman yang lain terlebih dahulu. ie. Kita dah buat sistem kewangan islam dan kita telah berjaya pun. Hukum hudud tersebut mungkin perlu mengambil masa sebelum dpt dilaksanakan kerana mungkin ada elemen2 lain yang perlu diperincikan dan dijayakan terlebih dahulu sebelum ianya telaksana selain daripada kesediaan masyarakat menerima pakai hukum tersebut. Ayat Quran pun turun beransur ansur bukannya sekali gus. PAS yang dah memerintah Kelantan lama pun, tak jalankan hudud lagi.

Ayah jawab, dah lebih 50 tahun memerintah, tapi tak nampak apa2 lagi pun. Paling tidak PAS ada menyimpan cita2 dan jgk susah PAS nak gerakkan hudud di Kelantan shj. Banyak benda teknikal terlibat. Katanya lagi, Nak tunggu berapa lama lagi..? Kita bukannya tau umur kita dan ayah tak nak mati dalam keadaan menyokong pihak yang tidak mengambil berat dalam melaksanakan semua perintah Allah seperi yang nyata tercatat didalam AlQuran.

Bila sampai kesitu, saya pun terdiam.

kusuwa said...

Wahai ordinary joe

Kalau diteliti secara mendalam, akan ternampak dengan amat jelas;

1. Dahulu parti ultra kiasu ini dikenali sangat vokal dalam mengkritik. Kini, bila giliran mereka untuk dikritik, mereka menganggap diri mereka sebagai benar dan orang lain sebagai salah.

2. Adakah parti ultra kiasu ini membuka maupun 'sedikit' sejak 52 tahun yang lalu? Sebenarnya orang Melayu tidak pernah 'kiasu'. Mereka bukan hanya membuka sedikit TETAPI sebenarnya banyak. Sebaliknya, parti ultra kiasu ini meminta lebih banyak lagi.

3. Kenapa parti ini dikatakan tersangat kiasu sehingga ditambah ungkapan ultra yang bermaksud tersangat kiasu?

Sebabnya,

a. parti ini tersangat takut kepada Islam sehingga kini terkenal sebagai parti anti-Islam.

b. parti anti-Islam ini ultra kiasu kerana melaungkan ungkapan-ungkapan yang tersangat ultra seperti “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

4. Kenapa parti ultra kiasu tersebut anti Islam?

Sebabnya.

a. parti tersebut TIDAK akan menegakkan negara Islam dan TIDAK akan melaksanakan hukum Islam.

b. parti tersebut memperalatkan nama Umar Abdul Aziz untuk "mencairkan" orang Islam. Parti tersebut cuba menipu rakyat dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz.

5. Kenapa parti tersebut tersangat ultra?

Sebab,

a. parti tersebut terdiri daripada orang politik yang bermain licik untuk mengatasi amaran di al-Quran.

b. parti tersebut tidak akan memperkasakan bahasa kebangsaan yang terpelihara.

c. parti tersebut sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu.

d. parti tersebut kini sudah terdedah dengan tembelang musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

Unknown said...

Saya rasa cadangan tuan untuk PAS dan UMNO bersatu menubuhkan kerajaan perpaduan untuk perpaduan umat Islam adalah tak tepat. UMNO bukan parti yang berdasarkan ISLAM sebaliknya NASIONALISMA seperti Nabi Muhammad menentang Abu Jahal dan konco-konco Nasionalismanya.UMNO dah terkenal dengan perang sarafnya yang nakkan perpaduan bila tersepit, bila sendiri dah kuat, di tendangnya saudara sendiri (ISLAM). Perpaduan apakah ini , sepertiu kahwin Mut'ah, bila dah tak nak buang saja..apakah perpaduan ini yang tuan mahukan. Pada pandangan saya perpaduan Islam memang baik tapi bukan kerajaan perpaduan, bubarkan kedua-dua parti, tubuhkan parti ISLAM yang baru. Kalau benda tu pun tak boleh, perpaduan yang tuan maksudkan adalah perpaduan lakonan untuk menewaskan musuh, tak lebih dari itu.

Minda Aktif said...

Mahamad

Kalau parti bukan Islam yang yang baru2 ini bergaduh boleh duduk semeja dan menuju ke perpaduan, tak kan orang2 Islam tak kan tak boleh buat oleh kerana Allah!

Anonymous said...

salam Dr,
kita wajib bersatu demi menunaikan perintah Allah dan juga dalam masa yang sama kita dilarang berpecah...kerana kita akan jadi lemah...inilah realitinya sekarang. Jalannya sekarang semua kumpulan perlu membuang segala kepentingan peribadi dan bersihkan niat bersatu semata-mata untuk mendapat ridha Allah dalam rangka menjadi hambanya yang paling bertaqwa, kita pasti berjaya. Oleh itu kita semua sebagai umat Islam tak kira dari parti / kumpulan mana sekalipun berkewajiban menegakkan KHILAFAH DI ATAS JALAN KENABIAN hanya dengannya sahaja cita-cita kita untuk bersatu akan terlaksana bukan sahaja di Malaysia bahkan seantero dunia umat Islam akan bersatu dan pasti akan kembali menjadi umat yang mulia dan perkasa seterusnya dapat memimpin dunia dengan penuh keadilan, sebelum tibanya saat kehancuran alam ini yang tak berapa lama lagi. wallahu 'alam. [sila lawat www.mykhilafah.com]

xplorer said...

doc , you are absolutely correct.I really don't understand the mentality of PAS leader , UMNO was being accused of practising ISLAM VERSION UMNO which according to them is not right but at the same time they are collaborating with the devil and this according to them is acceptable.

UMMATAUNWASOTO said...

di

xyfix said...

salam..
1. saya nk ucapkan terima kasih sebab saudara ibarat 1 dalam sejuta dr rakyat berbangsa cina, yg masih menghormati bangsa melayu sebagaimana kami, melayu sentiasa bertolak ansur walaupun, kadangkala memakan diri kami sendiri.
2. perpecahan islam adalah disebabkan kedaifan ilmu umat islam itu sendiri, tidak mengaplikasikan apa yg dianjurkan oleh islam.kita smua agaknya perlu diberi kursus asas tentang islam, dan kaitannya dalam kehidupan, barulah kita sedar tentang keperluan untuk bersatu.
3. di malaysia, perpecahan itu lebih ketara dikalangan orang islam berbangsa melayu. seperti kata Raja Dr Nazrin Shah, Melayu hanya bersatu apabila ditekan. takkan kita nak suruh orang lain tekan kita selumat2nya baru kita nak bersatu? tapi itulah realitinya.
4. saya berharap saudara ridhuan tee terus berada "dipihak yang benar" tanpa berpaut pada agenda politik sebelah pihak semata2. Jika PAS dipihak yang benar, berkata benarlah. Jika BN dipihak benar, berkata benarlah juga. Berkata benar supaya ketelusan dan ketulusan kita menjadi nasihat kepada yang terpesong/berlaku salah.
5. siapalah saya untuk memberi pandangan, cuma mungkin boleh difikirkan bersama, kerana saya menghormati saudara, sebagaimana saudara adalah pejuang bangsa dan agama kita bersama.

terima kasih

Alia'a said...

Salam Ustaz,

I am only an immature student studying in UPM, and I first knew about your existence during a morning tazkirah and today would be the first time I'm reading your page.
Based on this post, I strongly agree with you. Politicians and leaders may speak loudly about uniting the Muslims of our country but they do not do so in the name of Islam. It's merely for their own objectives and self-satisfaction.
I personally think that the main reason why PAS hasn't achieved it's goals yet would be the fact that our Malays themselves are afraid of being a COMPLETE ISLAMIC country. They cannot face the rules that Islam has set for them...
I salute your bravery and courage of speaking up despite all the dirt that Muslims themselves are throwing at you. You will always be in the prayers of those who spend their time to think with the God-given brain and heart.
ps: i'm sorry if this comment isn't as mature as what it's supposed to be.

Life said...

I am agreeable with Alia'a that unity is the key word.

Be it the muslims, the buddhists, the taoists, the hindus and every religion in Malaysia should unite themselves first before embarking on the next step of 1 Malaysia.

I salute Najib for offering his hands first to PAS. Such initiative from one who also initiated the 1 Malaysia slogan should be accepted if PAS struggle is genuine.

MOHD FIRDAUS said...

salam....dr,saya bersetuju pendapat dr.dulku pas cakap berkongsi kuasa dgn kafir(mic dan Mca) untuk memerintah malaysia adalah haram tapi hari ni PAS ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri apabila bergabung dgn DAP.tgklah apa DAP dah buat,main2kan bacaan ayat al-quran,desak azan di selangor diperlahankan sebab ganggu ketenteraman awam.marah kat penguatkuasa yang rampas arak dari kedai serbaneka.mcm ni ke pas cakap nak tubuhkan negara islam sedangkan DAP dgn jelas menolak islam.renungilah....

MOHD FIRDAUS said...

salam...kita patut terima islam yang dibawa nabi muhammad S.A.W,dan bukannya islam yang dibawa oleh PAS sebab banyak keraguan dan terpesong dari ajaran islam itu sendiri...

Unknown said...

nampaknya dr keliru antara bangsa dengan agama..

China tu satu bangsa.
Islam tu satu agama.

maka jangan samakan bangsa = agama

kita semua umat manusia. kenapa pula ada musuh-musuh sesama umat manusia, adakah kita dianggap musuh apabila kita tidak sama pemahaman? adakah kita dianggap musuh apabila kita lain agama, lain bangsa, lain entiti?

matlamat yang paling ultimate manusia haruslah mencapai perpaduan dalam dunia.

Mohd Saifuddin Bin Mohamad said...

Bercakap tak guna turun padang lebih baik dan anda akan disanjung. Kalau berilmu tapi tidak gunakan ilmu tersebut untuk perjuangan useless
Jika ustaz rasa UMNO itu betul jom joint Umno dan berjuanglah untuk menegakannya
Jika rasa PAS itu betul joint PAS dan tegaklanlah dasarnya jangan hanya bercakap perabih ailiur sahaja.
Kenapa asyik nampak suruh orang islam bernaung dibawah OMNO sahaja sedaanngkan dah 50 tahun islam tak kemana
Sekarang tibalah masa ajaklah umat islam bersatu dibawah PAS untuk memacu islam ke puncak jaya
Insyaalah
Memilh untuk berada dijalan tengah ibarat manusia yang tidak jelas identiti janbtinanya

komando said...

THE FACT IS THAT IF UMNO IS SERIOUS & WANTS TO MAKE A PACT WITH PAS TO CHAMPION AN ISLAMIC STATE, THEY MUST FIRST CHANGE!

REAL CHANGE NOT SUPERFICIAL OR COSMETIC LIKE USING "BOTOX" OR SURGICALLY ASSISTED FACE LIFT's !

IF THEY ARE SERIOUS..THE BIG WORD "IF"....!

First : DO AWAY WITH THE "TUAN MELAYU" & "MELAYU TUAN" MENTALITY...

WE ARE ALL Born as the "HAMBA of ALLAH" ...NOT AS KINGS, QUEENS, PRINCESS, PRINCE...PM, PRESIDENTS...OR TUANS !

REMEMBER WE ARE ALL BORN AS THE Slaves of Allah the Almighty!

"ALLAH MADE US ALL EQUAL - THE KORAN IS A LIVING PROOF" - ARE WE TRYING TO DISPUTE IT...AGAIN?

MAN MADE LAWS ARE - FOR MAD MAN ONLY!

DIVINE LAWS ARE SUPREME! ARE WE DISPUTING THAT AGAIN DEAR DR?



FOR WHATEVER REASON..THE GREAT PROPHET MUHAMMAD s.a.w himself NEVER EVER DREAM and wanted to be a King!

He could if he wanted so!

BUT HE REMAINED FAITHFUL TO ALLAH swt AND OBEDIENT TO HIS OWN very TEACHINGS !

He made others feel and realize that ISLAM is peace to all...not only TO humans but all life forms in this world...!

HE CARRIED THE MESSAGE OF LOVE AND EQUALITY TO ALL....HUMAN KIND...HE WAS A KIND HEARTED MAN !

CAN UMNO REALLY CHANGE FROM A BAD HAT TO AN ANGLE?

LOOK AT ALL THE CORRUPTION, ABUSED, MISMANAGEMENT AND COUNTLESS CASES AT HAND..TELL ME HOW CAN THEY CLEAN UP THIS MESS?

SO CAN UMNO DO THIS DEAR DR?
DO NOT BLAME THE OTHERS..LOOK AT THE FACTS IN FRONT OF OUR EYES!

IF THE ANSWER IS YES !
WE HAVE A CHANCE !
NOT OTHERWISE ?

NO ROCKET CAN BE SEEN OR HEARD ?

RT - RAHMAN TEOH

komando said...

THE FACT IS THAT IF UMNO IS SERIOUS & WANTS TO MAKE A PACT WITH PAS TO CHAMPION AN ISLAMIC STATE, THEY MUST FIRST CHANGE!

REAL CHANGE NOT SUPERFICIAL OR COSMETIC LIKE USING "BOTOX" OR SURGICALLY ASSISTED FACE LIFT's !

IF THEY ARE SERIOUS..THE BIG WORD "IF"....!

First : DO AWAY WITH THE "TUAN MELAYU" & "MELAYU TUAN" MENTALITY...

WE ARE ALL Born as the "HAMBA of ALLAH" ...NOT AS KINGS, QUEENS, PRINCESS, PRINCE...PM, PRESIDENTS...OR TUANS !

REMEMBER WE ARE ALL BORN AS THE Slaves of Allah the Almighty!

"ALLAH MADE US ALL EQUAL - THE KORAN IS A LIVING PROOF" - ARE WE TRYING TO DISPUTE IT...AGAIN?

MAN MADE LAWS ARE - FOR MAD MAN ONLY!

DIVINE LAWS ARE SUPREME! ARE WE DISPUTING THAT AGAIN DEAR DR?



FOR WHATEVER REASON..THE GREAT PROPHET MUHAMMAD s.a.w himself NEVER EVER DREAM and wanted to be a King!

He could if he wanted so!

BUT HE REMAINED FAITHFUL TO ALLAH swt AND OBEDIENT TO HIS OWN very TEACHINGS !

He made others feel and realize that ISLAM is peace to all...not only TO humans but all life forms in this world...!

HE CARRIED THE MESSAGE OF LOVE AND EQUALITY TO ALL....HUMAN KIND...HE WAS A KIND HEARTED MAN !

CAN UMNO REALLY CHANGE FROM A BAD HAT TO AN ANGLE?

LOOK AT ALL THE CORRUPTION, ABUSED, MISMANAGEMENT AND COUNTLESS CASES AT HAND..TELL ME HOW CAN THEY CLEAN UP THIS MESS?

SO CAN UMNO DO THIS DEAR DR?
DO NOT BLAME THE OTHERS..LOOK AT THE FACTS IN FRONT OF OUR EYES!

IF THE ANSWER IS YES !
WE HAVE A CHANCE !
NOT OTHERWISE ?

NO ROCKET CAN BE SEEN OR HEARD ?

RT - RAHMAN TEOH

komando said...

THE FACT IS THAT IF UMNO IS SERIOUS & WANTS TO MAKE A PACT WITH PAS TO CHAMPION AN ISLAMIC STATE, THEY MUST FIRST CHANGE!

REAL CHANGE NOT SUPERFICIAL OR COSMETIC LIKE USING "BOTOX" OR SURGICALLY ASSISTED FACE LIFT's !

IF THEY ARE SERIOUS..THE BIG WORD "IF"....!

First : DO AWAY WITH THE "TUAN MELAYU" & "MELAYU TUAN" MENTALITY...

WE ARE ALL Born as the "HAMBA of ALLAH" ...NOT AS KINGS, QUEENS, PRINCESS, PRINCE...PM, PRESIDENTS...OR TUANS !

REMEMBER WE ARE ALL BORN AS THE Slaves of Allah the Almighty!

"ALLAH MADE US ALL EQUAL - THE KORAN IS A LIVING PROOF" - ARE WE TRYING TO DISPUTE IT...AGAIN?

MAN MADE LAWS ARE - FOR MAD MAN ONLY!

DIVINE LAWS ARE SUPREME! ARE WE DISPUTING THAT AGAIN DEAR DR?



FOR WHATEVER REASON..THE GREAT PROPHET MUHAMMAD s.a.w himself NEVER EVER DREAM and wanted to be a King!

He could if he wanted so!

BUT HE REMAINED FAITHFUL TO ALLAH swt AND OBEDIENT TO HIS OWN very TEACHINGS !

He made others feel and realize that ISLAM is peace to all...not only TO humans but all life forms in this world...!

HE CARRIED THE MESSAGE OF LOVE AND EQUALITY TO ALL....HUMAN KIND...HE WAS A KIND HEARTED MAN !

CAN UMNO REALLY CHANGE FROM A BAD HAT TO AN ANGLE?

LOOK AT ALL THE CORRUPTION, ABUSED, MISMANAGEMENT AND COUNTLESS CASES AT HAND..TELL ME HOW CAN THEY CLEAN UP THIS MESS?

SO CAN UMNO DO THIS DEAR DR?
DO NOT BLAME THE OTHERS..LOOK AT THE FACTS IN FRONT OF OUR EYES!

IF THE ANSWER IS YES !
WE HAVE A CHANCE !
NOT OTHERWISE ?

NO ROCKET CAN BE SEEN OR HEARD ?

RT - RAHMAN TEOH

Anonymous said...

assalamualaikum.saya adalah di antara golongan bawahan yang semakin rimas degan permasalahan yang berlaku pada bangsa saya hari ini.saya sangat-sangat berterima kasih pada doc yang pada saya sangat-sangat berani untuk menegakkan kebenaran atas nama ISLAM.saya harap doc jujur pada diri sendiri,sampai bila-bila,kerana pendapat saya,insan yang memperjuangkan kebenaran atas nama islam tidak akan mungkin dapat mengecapi kejayaan perjuangannya didunia yang fana ini,melainkan di alam yang kekal itu jualah tempatnya di mana kejayaan itu dapat mereka rasai.banyak lagi yang saya nak kongsi denfan doc,tapi masa sangat-sangat terbatas untuk saya.teruskanlah perjuangan doc atas nama ISLAM,INSYA ALLAH.

Unknown said...

1) bangsa bukan agama
2) masyarakat bukan agama
3) parti politik bukan agama
4) negara bukan agama

Tetapi agama boleh berada di dalam
kesemua di atas.

Jangan gunakan perbalahan agama (siapa betul siapa salah) utk kemusnahan
kesemua diatas.

Fikir2 kan lah ...