Mingguan Malaysia, 4 Oktober 2009
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Saya amat bersimpati ke atas nasib yang menimpa seorang pemimpin atau ketua sebuah parti Islam di negeri Selangor yang juga merangkap exco kerajaan negeri Selangor. Lebih malang lagi, exco tersebut terpaksa berhadapan dengan orang dalam parti sendiri, yang meminta beliau meletakkan jawatan exco kerajaan negeri. Jika parti ultra kiasu ini mahu mengikuti stail pemerintahan Umar Abdul Abdul Aziz, tindakan exco itu boleh dikira betul. Exco tersebut hanya memberikan kritikan dan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengendalikan kes melibatkan pentadbir awam.
Ternyata parti ultra kiasu ini begitu tertutup kepada pandangan dan kritikan yang mana bercanggah dengan cara urus tadbir khalifah Umar. Dahulu merekalah yang begitu lantang mengkritik. Orang lain semua salah. Sekarang, bila kena batang hidung sendiri, sendiri yang betul, orang lain salah. Jelas sekali, parti ultra kiasu ini tetap tidak mahu mengalah atau mengaku salah, malah mereka masih lagi boleh bersorak gembira kerana ada orang Melayu yang bersekongkol dan mempertahankan mereka. Saya tidak faham di manakah sebenarnya kedudukan kepemimpinan Umar Abdul Aziz yang ingin dicontohi? Inilah muslihat musang berbulu ayam mencairkan rakan sekutunya.
Untuk makluman pembaca, Umar Abdul Aziz amat mengalu-alukan perbezaan pendapat. Khalifah bersikap terbuka kepada sesiapapun yang mahu mengkritik kepimpinannya. Dalam isu ini, exco berkenaan hanya mahukan supaya pegawai kerajaan yang disiasat tidak dimalukan di khalayak. Sebenarnya inilah gaya kepimpinan Khalifah Umar. Menjatuhkan maruah orang lain di khalayak tidak dibenarkan dalam Islam. Justifikasi exco tersebut memang ada kebenarannya.
Sebagai contoh, ketika pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah berlaku satu peristiwa seorang yang dituduh menyebarkan berita yang dirasakan boleh membawa kepada fitnah. Lalu orang itu telah dibawa ke hadapan khalifah. Bagi memastikan berita tersebut, khalifah lalu berkata dengan memetik ayat Quran yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan (Al-Hujurat: 6). Dalam ayat ini merujuk kepada orang fasik, bayangkan dia orang itu munafik atau sekutu dengannya.
Mendengar sahaja kata-kata khalifah Umar, lelaki tersebut memilih untuk menerima maaf daripada khalifah dan tidak meneruskan niatnya untuk menyebarkan berita yang dibawanya itu. Apa yang ingin saya tonjolkan di sini ialah bagaimana rakyat di bawah pemerintahan khalifah beramal dengan Islam. Ajaran Islam bukan sekadar iman di dalam hati, tetapi diamalkan dalam segala aspek kehidupan. Ini menyebabkan mereka berhati-hati di dalam percakapan, pemberitaan dan tindakan, kerana bimbang sekiranya perkara yang dibawa itu boleh membawa kepada fitnah, walaupun mungkin berita itu benar.
Tujuan khalifah amat murni, agar perkara tersebut tidak membawa kemudaratan di dalam masyarakat dan menimbulkan salah faham. Bayangkan jika yang membuat tindakan itu kalangan musang berbulu ayam yang hanya memperalatkan gaya kepimpinan khalifah Umar untuk membalas dendam ke atas mereka yang tidak disenanginya.
Ternyata dalam isu ini, khalifah Umar benar-benar membuat pertimbangan walaupun mungkin khabar berita itu benar, apatah lagi sekiranya berita atau tuduhan itu memang salah atau bohong semata-mata. Adakah sifat ini masih ada pada kumpulan ultra kiasu itu? Bayangkanlah jika pada zaman ini, maklumat dan khabar berita menjadi bahan yang boleh dijual beli kerana mengejar harta, pangkat dan kemewahan, tanpa mengira sama ada maklumat yang dibawa itu betul atau salah. Yang penting dendam terbalas.
Hari ini, kita amat sedih, kerana hanya mengejar pangkat dan kemewahan, menyebabkan umat Islam lupa untuk menjaga hubungan persaudaraan Islam dan hubungan sesama manusia. Rasulullah SAW telah menyebut betapa eratnya hubungan sesama mukmin. Saling cinta mencintai dan berkasih sayang laksana salah satu anggota badan sakit maka seluruh anggotanya yang lain akan terasa kesakitan itu. Adakah perasaan seperti ini masih wujud di kalangan umat Islam? Jika tidak, bayangkan bagaimana kita boleh mempercayai pihak musang berbulu ayam ini?
Kita mesti ingat, pertembungan dan pertarungan sesama orang-orang Islam hanya akan melemahkan kita. Walaupun masih ramai orang yang menamakan diri masing-masing dengan nama Islam dan sangat marah apabila dikatakan kepadanya sebagai lemah iman dan kurang Islamik, tetapi dalam masa yang sama mereka mempermainkan ajaran Islam dan membelakangkan ajaran yang diperjuangkan. Bukan sahaja mereka membawa fitnah yang membawa dosa kepada diri mereka tetapi juga memalukan Islam dan umat Islam. Mereka lebih suka melihat umat Islam jahanam disebabkan sikap ingin membalas dendam sesama sendiri, lantas mempercayai orang lain lebih daripada orang sendiri.
Islam membenarkan kita memberikan pandangan dan kritikan sekiranya perkara tersebut menyentuh dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau amar makruf nahi mungkar. Slogan inilah juga yang dicanangkan di negeri parti ultra kiasu ini. Saya masih musykil adalah mereka faham atau tidak slogan ini? Atau sekadar bahan mainan mencairkan kita? Apa yang kita lihat hari ini mereka mahu melepaskan geram dan membalas dendan dengan menonjolkan diri serta menjatuhkan seorang yang lain. Pada saya, mereka yang ingin mencontohi khalifah mesti berlaku adil bukannya fasik atau munafik. Mereka seolah-olah boleh dibeli untuk melakukan tuduhan-tuduhan sesama manusia yang boleh membawa bencana kepada umat dan negara.
Umat Islam perlu sedar, kita perlu menjadi contoh kepada umat manusia. Apatah lagi jika mahu mengikuti stail khalifah Umar. Hendaklah kita malu kepada diri sendiri dan malu kepada Allah SWT sekiranya diri kita sendiri bernama Islam, tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam. Ingatlah kata-kata Umar bin Al-Khattab bahawa kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan dengan selain daripada cara yang dimuliakan, nescaya Allah SWT akan menghina kita. Allah SWT mengingatkan kita, “kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah”.(Ali-Imran: 110)
Ikhtibar corak pemerintahan Umar Abdul Aziz patut menjadi teladan kepada golongan ultra kiasu ini. Sebenarnya mereka tidak pernah percaya kepada Islam, apatah lagi mereka yang memperjuangkan Islam. Saya cukup yakin, bukan mudah untuk exco tersebut untuk menjalankan aktiviti seharian kerana sentiasa akan diawasi oleh golongan ultra kiasu ini. Saya turut yakin pergerakan exco ini diawasi saban hari kerana golongan ini amat takut dengan mereka yang memperjuangkan Islam kerana mereka memang anti-Islam. Logiknya mudah, jika mereka tidak percaya kepada Islam, bagaimana mereka boleh percaya kepada orang Melayu. Inilah nasib yang telah menimpa orang Melayu di bumi Melayu di Singapura. Adakah kita masih lagi buta melihat nasib umat Melayu Islam di sana? Apa bezanya antara parti yang memerintah Singapura dengan golongan musang berbulu ayam ini?
Lihat contoh terbaru, seorang pemimpin muda pakatan sekutu parti ultra kiasu ini, telah melontarkan satu pandangan agar Ketua Menteri negeri ultra kiasu ini digilirkan. Sebenarnya, perkara ini bukanlah isu baru, sebab ia telah lama yang telah dibangkitkan oleh parti Melayu sebelum itu. Spontan, beberapa jam sahaja selepas isu ini dibangkitkan, sayap pemuda dan pengerusi parti ultra kiasu ini terkinja-kinja ibarat cacing kepanasan. Kiasu sungguh.
Apa kata sayap musang berbulu ayam ini? Mereka menyalahkan rakan sekutunya sebagai gila kuasa. Pada mereka, belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan. Persoalannya, sampai bila? tunggu kiamat? Tidakkah kita masih ingat, sebelum itu beberapa kali sebuah parti Melayu Islam membangkitkan isu yang sama dengan alasan mereka mempunyai kerusi majoriti? Adakah permintaan atau pandangan itu dilayan oleh parti sekutu mereka? Jawapannya, tidak. Ini sifat Belanda dapat tanah seperti Yahudi di Singapura. Apa yang boleh kita belajar? Maknanya, mereka ini tidak ada dua atau tiga, tetapi mereka hanya ada SATU. SATU inilah yang menjadi mereka kuat. Sebab SATU ini tetap bersatu mempertahankan hak kebanggaan nenek moyang mereka. Ibarat Islam, Islam hanya ada SATU, kita tetap satu mempertahankan yang SATU. Bezanya SATU dalam Islam adalah untuk semua bangsa kerana SATU ini tidak bersifat perkauman tetapi bersifat sejagat. Saya harap kita semua faham apa yang saya maksudkan.
Bila saya berkata sedemikian, saya yakin saya akan dituduh sekali lagi, tidak dapat memahami golongan ini secara mendalam walaupun saya sebangsa dengan mereka. Saya juga akan dituduh bersalah kepada nenek moyang. Persoalan saya, apa guna nasib keturunan nenek moyang terpelihara, jika maruah agama dipersenda atau tergadai? Mana lebih utama nenek moyang atau Allah Yang Maha Agong? Pada mereka mungkin nenek moyang, tetapi pada saya Allah SWT segala-galanya. Oleh kerana nenek moyang dijadikan Allah SWT, maka saya mesti sujud kepada Allah SWT berbanding nenek moyang. Nenek moyang tidak perlu saya sujud, ia tetap terpahat di hati untuk diingati. Keturunan bagi saya sudah tidak penting apabila berlaku pertembungan dengan kepentingan Tuhan yang telah membuka hati ini untuk menerima Islam. Allahhuakbar!
Kepada mereka yang merasakan keturunan lebih penting berbanding Tuhan, maka jagalah keturunan itu baik-baik. Muliakan mereka. Jangan berzina. Jauhi hubungan terlarang. Sahkan hubungan suami isteri. Buat yang disuruh, jauhi yang dilarang. Kotakan kata-kata amar makruf nahi mungkar. Barulah keturunan nenek moyang menjadi mulia dan aman di alam kubur. Jika tidak, nenek moyang akan berantakan kerana kita sebenarnya telah khianat kepada mereka. Janganlah kita berlagak pandai bercakap pasal keturunan dan nenek moyang, jika kita sendiri yang khianat atau menjadi munafik.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
24 comments:
Assalamualaikum,
Alhamdulilah, nice and sweet. Kalau perkataan ultra kiasu ini boleh digantikand dengan suatu perkataan lain adalah lebih baik.
Saya juga tertarik dengan cara Dr. menyeru puak-puak ini untuk menghormati nenek moyang dengan erti yang sebenar. Sinis, pedas, mendalam mesejnya, tetapi tidak perlu kepada gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya.
Tahniah.
Wassalam
salam, saya amat bersetuju dengan comment dr yang menyentuh tentang penyatuan atas Islam.
Umat Islam perlu bersatu tanpa mengira latarbelakang keturunan dan bangsa. Tepat dengan apa yang digagaskan oleh Rasulullah S.A.W semasa menubuhkan negara Islam Madinah, rasulullah menyatukan kaum dan bangsa atas satu matlamat iaitu untuk Islam, tiada perbezaan warna kulit bangsa bahkan politik. Mereka hidup dalam aman harmoni dan berkasih sayang, tidak mementingkan diri sendiri.
Dengan bersatunya ummat Islam kekuatan Islam tiada tandingan lagi, dan umat Islam serta pemerintahnya tidak perlu meminta bantuan "orang lain" untuk mentadbir negara.
Iama-sama kita berjuang untuk menyatukan umat Islam khususnya di malaysia.
1 MUSLIM is the best for 1 Malaysia
Salam Dr Tee,
Bersetuju dengan pandangan Dr,tapi kepercayan mereka berasaskan Nenek Moyang.Oleh kerana itu Komunis mudah menyebarkan FAHAMAN mereka.Tidak seperti kita yang Percayakan kewujudan Allah atau Hindu yang percaya pada wujud tuhan.
Salam Ustaz,
Saya amat besetuju dgn ayat terakhir Ustaz, kalau nak hormat nenek moyang, hormat betul-betul, jangan ada adegan tersembunyi disebalik warak, dan tunjuk baik sana sini dan bersimpati sangat kat si mati.
Teruskan perjuangan Ustaz, ye betul tu, utamakan Agama islam dulu bari kita mencapai perpaduan sesama kita. 1 Malayasia 1 Islam!
as-salam..
nampaknya saya sayang nak tingalkan adat resam..
cian ..keluarga saya..
Assalamualaikum Dr.
Sabenarnya sebagai Umat Islam yang betul2 mengamalkan Islam, apatah lagi meletakkan Islam sebagai Wadah Perjuangan maka sudah sewajibnyalah kita kena bersatu, kerana saranan ini telah lama dibawa oleh Rasull Allah, kerana keagongan Islam tidak akan terbena tanpa umat Islam sendiri bersatu.
Iktibar demi Iktibar telah dipertontonkan oleh Allah kepada kita, bagaimana akibat yang berlaku kepada umat Islam disebab kan oleh perpecahan yang berlaku dan dilakukan, sahingga kesatu tahap sekarang dimana kesucian Islam dipermainkan, dihina malahan umat Islam diberi gelaran Pengganas dan sebagainya.
Usaha usaha kearah perpaduan sejagat yang sepatutnya menjadi Ajenda Utama Umat Islam pada masakini, khususnya diMlaysia seolah olah dipandang sepi, para2 Pemimpin yang sepatutnya memainkan peranan penting kearah Perpaduan Umat Islam asyik bercakaran macam budak2 ingusan yang baru pandai bermain tempurung dan pondok2...
Apakah makna Membangun bersama Islam, kalau setiap kita bangun daripada tidur telah terisi didalam hati kita sifat2 tercela yang tidak lain melainkan untuk menjatuhkan sesama Islam, kita lebeh mempercyai musang berbulu ayam daripada ayam berbulu ayam, kita lebeh menyayangi rakan sesama parti daripada saudara sesama Islam...
Sekian Wassallam.
Salam Dr.
Salam Dr,
Mingguan Malaysia saya beli setiap ahad & membuka blog untuk melihat komen...semoga Allah S.W.T membuka pintu hati golongan super duper ultra kiasu ni mendapat hidayah..Amin..
Gimme a break. Chinese party equals ultra kiasu?
Put some maturity in your writing yea...even if you intend to write about politics, there should be some rational discussion.
Too one sided, and the normal person can see it as a blatant accusation of the other.
I am not into politics, but please write sensibly.
nice hujjah but try not to be too BIAS! please...
Is there anything kind works from Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh etc.
Be Fair bro...
TUHAN MAHA ADIL.
My dear yipwt
It is wrong to say chinese party equals ultra kiasu!
It is actually The PARTY that wants to follow the rule of Umar Abdul Aziz style equals to ultra kiasu.
Why ultra kiasu?
Because this specific party do not want to lose nor admit their own faults.
Previously this ultra kiasu party was known to be so vocal in criticizing. They find faults with others. Now, when it is their turn to be criticized, they considered themselves to be correct and others as wrong.
Why is it WRONG to say chinese party equals ultra kiasu?
Because this ultra kiasu group claimed that their party is for ALL RACES.
The ultra kiasu party's CHAIRMAN who is a NOT A CHINESE is known to utter this word; "over my dead body on the establishment of an Islamic state".
This ultra kiasu party also utter these words; "Malaysia is a secular state", "Malaysia is not owned by the Malays", "Malay is also immigrants"
My dear AsyMok_ambo,
It is NOT bias.
It is actually that degrading the pride of individuals in the public are not allowed in Islam.
Besides, what if the action by those foxes in the sheep clothing using the Caliph Umar leadership style going out to avenge on those who they are not happy to be with?
It is NOT bias.
Dr Tee DO NOT want to see the Muslims destroyed because of their attitude to avenge themselves, whereby trusting other people more instead of their own people.
Dr Tee is only reminding the Muslims they need to be an example to all mankind for Allah SWT himself reminded the Muslims, "Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah." (Al Imran: 110)
Tulisan yang hebat tetapi kalau diteliti betul-betul tulisan si bodoh ini ibarat tong kosong sahaja. Si bodoh ini hanya tahu mengukit keburukan orang lain terutamnya dari parti pembangkang. Binatang yang telurnya telah dikasi ini hanyalah tahu menyalak laksana penulis upahan UMNO. Tahu hanya menggunakan perkataan kiasu sahaja laksana anjing yang menggilai tahi setelah merasanya! Kalau ajak berdebat secara terang-terang tentulah bersembunyi di sebalik kangkang isterinya! Sudahlah bodoh!
orang yang tidak berupaya berfikir panjang cuma akan dikuasai emosi yang liar.sudah tentu tidak dapat mengawal diri.
si bodoh yang sebenar adalah si bodoh yang tidak sedar akan kesalahan diri sendiri dan lebih buruk, tidak peduli akan teguran orang terhadap keburukan mereka.
anjing yang menggilai tahi setelah merasainya adalah sama seperti si bodoh yang sebenar tadi yang hanya memalukan diri dengan teguran yang tidak memberi apa apa kebaikan.
mungkin si bodoh tadi memiliki sedikit kecerdikan dengan tidak memaparkan nama sebenarnya..
kemudian timbul persoalan...
siapakah si bodoh sebenarmya?
klu tidak bersetuju dengan pendapat ngan post ini,tidak perlu la untuk memaki hamun..ckup skdar melontarkn pandangan anda..sedangkan islam membenarkan perbezaan pendapat..4:59
Apo nak jadi?
Apakah orang yang bodoh boleh bagi tulisan yang hebat?
Apakah ibarat tong kosong itu bodoh? Bukankah tong kosong itu boleh diisi dengan pelbagai benda?
Macam mana boleh diibaratkan sebegitu?
Tak perlulah untuk saya mengulas tulisan selanjutnya. Dua ayat pun sudah cukup.
Lain kali, nak bagi komen, biarlah ia bernas sikit walaupun menggunakan nama samaran!
Secetek-cetek air pun, biarlah ia jernih, ok?
Maksudnya, secetek mana ilmu yang kamu ada, janganlah dengan komen yang sebegitu pendek itu menunjukkan kerakusan kamu.
Assalamualaikum
Khas untuk saudaraku Dr. Ridzuan Tee.
Dr. manusia apabila sudah hilang per timbangan maka akan ter pacullah keluar dari mulut mereka perkataan2 lucah, carut, maki hamun dan sebagai nya, kalaulah ada lagi perkataan kotor lain nescaya akan diperkatakan nya, kerana semata2 untuk memuaskan hati mereka yang kosong, tandus dan gersang.
Usah dihiraukan Dr. sabenarnya itu semua datangnya dari orang bodoh, biarkan mereka dengan kebodohan mereka, cuma kita berdoa muga2 Allah membuka pintu hati mereka..
Teruskan apa yang telah Dr. mulai..kami bersamamu Dr.
Wassallam
sedih dgn org melayu...mudah dipancing emosi... melatah dgn isu remeh.. byk isu ptg x ada yg minat utk bncngkn, mencari satu jalan utk membina kekuatan umah, fizikal dan rohani. kekuatan ekonomi dan bernegara.sibuk dgn komen yg emosional... sibuk dgn isu org lain. sudah kah fikirkan masalah melayu dan Islam di Malaysia, apa jalanya utk kita bangkit membina ummah... agar tidak menjadi hamba dan merempat di tanah air sendiri. sudahkah difkrkn nasib anak cucu nanti, kita melalak isu remeh seolahnya generasi muda melayu hari ini ckp kukuh ekonominya, seolah sdah menguasai kuasa ekon negara, sdang menjadi tuan di tanah air sendiri... sdgkan hakikatnya majoriti di luar sana sahabat2 kita terumbang ambing membina kehidupan dan masa depan, ramainya juga menjadi kuli kepada bangsa asing.. umpama tikus mengemis di kepuk padi. inilah masalah melayu hari ini...x sdar diri yg dirinya itu susah dan penuh bermasalah hampir merempat ditanah air sendiri,,, tp masih lagi x sdar2, majoritinya leka dgn hiburan dan segolongan lg asyik bercakaran sehingga lalai dan trlupa tanah air tercinta hampir tergadai.... mudah utk melihat realiti ini.... dptkan statistik jumlah tanah rizab melayu yg tinggal hari ini, dptkn juga peratus dan jumlah milikkn @ keluasan hartanah org melayu, belum lagi statistik kwsn perumahan yg majoriti melayu, khususnya perumahan mewah...tu x jenguk lagi perniagaan dan kwsn bandar yg peniaganya majoriti melayu, walaupun india minoriti dah ada pun 'little india,.... entahlah...apa lah malang wahai melayu...itupun masih leka dan x sdar2 lagi.....melayu! wahai melayu! memang melayu mudah lupa.....
Islam yang diamalkan oleh rakyat Malaysia masih belum menyatukan umatnya dalam satu saf perjuangan. Perkara ini disebabkan ada pengamal Islam di negara kita yang menjadikan Islam itu sebagai dasar ataupun asas perjuangan parti politik mereka. Mereka sanggup menjadikan Saudara SeIslam sebagai musuh parti politik mereka. Jadi, macamana boleh dikatakan Islam itu sebagai alat untuk perpaduan jika begini keadaannya.
Tanpa parti politik pun, sebuah negara itu masih boleh ditadbir. Parti politik hanyalah satu alat untuk mencapai kuasa bagi maksud menjadi pemerintah. Duuuuuuuuluuu, mana ada parti politik pun.
Oleh yang demikian, bagi mencapai perpaduan dalam Islam, saya fikir agama Islam itu tidak boleh dijadikan asas dan dasar perjuangan sesebuah parti politik.
Hanya orang yang cerdik sahaja mengatakan bahawa orang lain juga cerdik dan hanya orang bodoh sahaja yang mengatakan orang lain itu bodoh.
Salam,
Semasa pilihanraya kecil Ktrg yang lalu, saya berada di terengganu atas urusan kerja dan sempat menghadiri ceramah pakatan rakyat dimana salah seorang penceramah adalah YB Lim Guan Eng. Di dalam syarahannya belia ada menyebut tentang Umar Abd Aziz dan juga amar maarof nahi munkar. Bilamana beliau menyebut perkataan tersebut maka org ramai akan ketawa yg menunjukkan persetujuan dgn kata-kata itu. Saya cukup kagum pada ketika kerana beliau dapat menarik hati org-org melayu di terengganu yang kebanyakkannya hidup di kampung.
Selepas selesai ceramah itu pula, semasa berjalan secara perlahan-lahan ke kereta, saya ada mendengar suara-suara di tepi dari org ramai yang mengatakan 'LGE sebenarnya nak masuk islam, tapi dia respect org tua dia (LKS), nanti bila org tua dia tiada maka dia akan masuk islamlah, Insya Allah.
Satu persoalan timbul di pemikiran saya pada masa itu, statement itu maybe true and maybe not. Dari manakah asalnya datang statement spt itu sehingga pakcik-pakcik di terengganu boleh berkata begitu. Sesiapa yang menyampaikan kepada mereka secara senyap-senyap. Adakah benar ianya bermula dari mulut niat ikhlas LGE atau ianya telah diada-adakan oleh seseorang. Jika benar baguslah, tapi seeloknya tidaklah perlu mununggu sampai saat itu. Jika tidak, tak tau lah saya nak comment.
Salam dr,
Pendekatan dr yang mendahulukan god's right dari human right amat saya sokong sama sekali. Apa2 tindakan yang kita niatkan dan lakukan dalam bentuk tingkahlaku mestilah berasaskan kepada agama barulah kehidupan kita akan sentiasa sejahtera dan harmoni
Assalamualaikum
God first,for sure we will prosper forever. InsyaAllah.
Salam
Shazli Ezzat Ghazali
Post a Comment