Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, October 18, 2009

Untungnya bersatu dalam senyap

7:56 AM Posted by RIDHUAN TEE 24 comments
(Mingguan Malaysia 18 Oktober 2009)

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Pergolakan yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.

Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.

Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.

Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut.

Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.

Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap? Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.

Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.

Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.

Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak. Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Saya tidak yakin selepas ini BN akan berjaya untuk merampas kembali Pulau Pinang dan mungkin negeri lain yang telah terlepas, kerana parti ultra kiasu ini telah berjaya menyusun strategi yang mantap dan berjaya ‘mencairkan’ orang Melayu dengan gaya urus tadbir Umar Abdul Aziz dan slogan amar makruf nahi mungkar. Jika Melayu telah ‘cair’ maka tidak susahlah untuk mendapatkan kemenangan, sebab undi yang diperolehi telah solid.

Amat malang sekali parti-parti Melayu Islam hari ini, usahkan bersatu dalam senyap, perpecahan mereka ibarat berpatah arang berkerat rotan. Jalan damai teramat jauh. Mereka ibarat bercerai talak tiga. Tidak ada lagi rundingan. Rela mencari pasangan baru walaupun tidak sehaluan. Jika mahu rujuk semula sekalipun, terpaksa melakukan kahwin secara Cina buta. Rugi sungguh orang Melayu, mereka yang bercerai dan berpecah, Cina juga dapat nama dan sahamnya.

Jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Memenuhi segala tuntutan dan desakan mereka untuk mendapatkan semula kepercayaan dan undi? Jawapannya memang sukar untuk diberikan, tetapi tidak mustahil. Umat Islam mesti bersatu supaya menjadi kuat. Bila kita kuat, maka susah juga orang lain pijak kepala kita. Masalahnya hari ini kita lemah, dengan sebab itu kaduk naik junjung.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang, bukanlah satu ukuran untuk kita mengatakan bahawa BN telah berjaya memenangi hati Cina dan India. Banyak faktor lain yang perlu kita kaji. Jangan terlalu syok sendiri sebab nanti kita juga yang rugi. Apa yang penting sekarang ini ialah mencari jalan bagaimana kerajaan perpaduan boleh diwujudkan. Bagaimana hendak menyatukan antara UMNO dan PAS, kerana tonggak kekuatan Melayu Islam bergantung kepada dua parti politik ini.

Lupakanlah PKR buat sementara waktu. Sebenarnya parti ini tidak sekuat mana jika PAS tidak bersama mereka. Walaupun ia diterajui oleh orang Melayu, tetapi Melayu tetap rugi kerana di situ ada kumpulan ultra kiasu. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Beruntungkah Islam dan PAS berada dalam pakatan itu? Saya yakin, jika PAS beralih arah, pakatan akan tersungkur dan akan kalah di mana-mana sahaja tempat yang ditandingi.

Saya masih boleh meramalkan orang Melayu PKR akan kembali kepada UMNO suatu hari nanti seperti yang kita lihat lompatan demi lompatan yang berlaku. Hari ini mereka gah kerana dendam telah terbalas, ultra kiasu bersama mereka. Persoalannya, terbelakah Islam dan Melayu, jika Melayu memerintah sekalipun? Jawapannya, Melayu tetap rugi di Selangor. Pendek kata, di manapun Melayu memerintah, mereka tetap rugi sebab mereka bercerai talak tiga dan tidak bersatu dalam senyap.

Saya jarang sekali melihat insiden-insiden buruk berlaku apabila berlaku pertembungan antara calon-calon Cina dengan parti ultra kiasu dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Berbanding dengan apabila berlaku pertembungan antara parti-parti politik Melayu. Kita selalu dengar, ada yang pecah kepala, dibaling batu/botol dan berbagai-bagai lagi. Rupa-rupanya kita berpecah luar dan dalam, sanggup putus saudara. Masih jauh untuk bersatu dalam senyap.

24 comments:

Amin Baek said...

saya setuju!!mereka even nmpk spt tidak meneyenangi satu sama lain,tetapi sbnarnya menyimpan dan mempunyai hasrat yg lebih kurg sama..

saya amat mengharapkan PAS kluar dari paktan dan strusnya berjuang scara bsendiran..pling tidak pun,bergabung la dgn parti yang sesuai dgn matlamat nye..haluan yg sgt nmpk berbeza,tetapi pendirian sanggup dgadaikan..ke mana arah tuju pjuangn membela Islam,jika rakan pakatan,trus trang menolak..

umat Islam sekarang menjadi lemah akibat perpecahan dsebbakn poltik..Ini melayu PAS,ini melayu UMNO..nauzubillah..Islam yg septotnya jadi penyatu sudah berubah wajah dek kerana poltik

wallahuallam

King-Fx said...

Salam Dr,

Contoh yang paling mudah mengenai betapa bersatunya parti2 berkarat Cina ini apabila adanya cadangan untuk MENYATUKAN SEKOLAH mengikut aliran KEBANGSAAN. Maka gempa bumilah Malaysia.

Nadim said...

Terimakasih diatas diagnosis ustaz... saya percaya selepas ini, kritikan terhadap ustaz akan lebih hebat lagi.

Meminjam kata idola saya, Malcolm X...Kita tidak boleh fikir untuk bersatu dengan orang lain sehingga kita sanggup dan boleh bersatu sesama kita. Apakah ruginya jika kita bersatu?? dan Apakah untungnya jika kita berpecah?? saya rasa semua orang tahu akan jawapan yang bersatu itu lebih baik daripada berpecah tetapi entah kan bagaimana sehingga hari ini kita masih tidak jumpa titik penyatuan.

Saya nak cadang supaya UMNO mulakan dahulu gerakan perubahan untuk menyatukan kembali orang2 Melayu.
Bagaimana hendak bersatu dengan PAS... kita semua mesti bincang dan fikir dalam ruang lingkup ini...

Saya hendak melontarkan suatu cadangan... Apa kata UMNO mengambil inisiatif untuk yang pertama meletakkan iltizam untuk melaksanakan hukum hudud sepenuhnya pada tahun 2020. Jadikan ia suatu elemen penting didalam wawasan 2020. Mulai sekarang sehingga 2020, kita kumpul intelek, cendiakawan, ulama islam dari dalam negeri dan luar negeri didalam suatu task force yang dinaungi oleh DYMM Seri PAduka Baginda yang Dipertuan Agong untuk merangka segala perincian dan perancangan kearah itu, tidak kira pembakang ataupun penyokong kerajaan berbincang dan bermesyuarah bagi mencapai hasrat terlaksananya hudud pada 2020.

Rakyat kebanyakkan akan dapat jua ilmu dan dengan sendirinya akan ditarbiyah dengan usaha ini dan dapat mempunyai cukup masa untuk menerima pakai hukum hudud tersebut. Saya percaya hukum Allah ini amat cantik dan sesuai cumanya kita yang jahil ini tidak nampak kecantikkan tersebut lagi. Nahh...masa yang ada rasanya sudah cukup untuk memperlihatkan kecantikan hukum tersebut.

Dengan ini titik penyatuan diantara UMNO dan PAS akan dapat dilihat.Isyaallah. Seterusnya umat Melayu dan Islam akan lebih kuat bagi menghadapi apa jua cabaran yang timbul.. Sekiranya kita membantu agama Alllah, nescaya Allah akan membantu kita.

Sekian, Wallahualam

AsyMok_ambo said...

IN THE NAME OF ALLAH SWT
We must remember one thing...
ISLAM wasn't PAS; PAS is a platform in prove that 'ISLAM RAHMAT TO ALL THE LIFE AND NON-LIFE'.
As PEWARIS KEPEMIMPINAN RASULULLAS SAW, no wonder who we are and no matter how we attited ourselves, we must ENTERTAIN
1. SIDDIQ (Benar@the Truth)
2. AMANAH (Berlaku Adil yakni Letak Sesuatu pada Tempatnya dalam Melaksanakan Amanat@the Trustworthy)
3.TABLIGH (Menyampaikan ILMU walau sepotong AYAT@the Delivery of Messages)
4.FATANAH (Tarik benang dalam Tepung@Hikmah dalam Penyampaian@the Strategic Management@the Strategic Thinking@ the Strategic Planning).
So, It was very RIDICOLOUS to Hope For PAS abandoning the Friends of DAP and PKR. DAP is not doing any Fault. ALLAH SWT Confimed "LA IKRA HAFIDDIIN"@"TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA"@"NO FORCE IN BEING MUSLIM"
That's The Fact.
Because...
al-Isra' 81- "Bila Mana Datang KEBENARAN, Lenyaplah KEBATILAN dan Yang BATIL itu PASti Akan Lenyap."
Itu JANJI ILAHI.
Mungkin HARI INI ada Sebilangan Kita MARAH NAK MAMPU kepada Saudara Karpal Singh namun JANGAN KITA LUPA, Umar al-Khattab dahulu; sebelum nurTaufiqHIDAYAH ALLAH SDWT Hadir, Umar bersumpah AKAN MEMANCUNG JUNJUNGAN BESAR SAW.
Nur TaufiqHIDAYAH ALLLAH SWT ini MUHAMMAD SAW Pun Tiada Secubit Hak Pun...
USAH PELIK ANDAI DI SANA NANTI, KARPAL DITEMPATKAN DI FIRDAUSY NAMUN KITA (termasuk ambo sendiri) DILONTAR NUN KE JAHANNAM...
Teruskan Perjuangan Saudara Ridhuan Tee.
Mata Pena Itu LEBIH BERBISA dari MATA PEDANG.
Kami Pula Akan TERUS MELANGKAH.
Dan Melangkah Dan Melangkah Dan Melangkah.
KAMI MENUJU KE BULAN PURNAMA ANDAI ADA ROKET, KAMI AKAN GUNAKAN... CEPAT SIKIT EKK...
WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH.

KHATEEB said...

Pendapat saya, sebelum agenda perpaduan MELAYU dilaksanakan...sebelum UMNO dan PAS bersatu, UMNO perlu tukar dasar dahulu kepada ISLAM...ISLAM adalah jalan penyelesaian kepada segala permasalahan yang timbul...apa yang perjuangkan ialah ISLAM, bukan agenda MELAYU semata-mata...berpecahnya MELAYU sebab mengabaikan ajaran ISLAM itu sendiri...

CW Wong said...

It's good to be back. Another week, another article.

Anonymous said...

hasrat pas untuk menjadikan negara Malaysia sbuah negara islam telah sdikit tersasar apabila pemimpin pas mengumumkn untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara kebajikan.

ramai orang buntu apabila parti politik yang memperjuangkan islam telah bersatu dengan parti pembangkang dan menukar hasrat mereka untuk menjadikan malaysia sebagai negara islam kepada menjadikan malaysia sebuah negara kebajikan.

fikir-fikirkanlah...

TAAVEEKUN PERAK said...

salam DR,
Pada pendapat saya disebabkan oleh dua orang Melayu yg sgt gilakan kuasa ketika inilah puncanya Melayu berpecah kpd tiga puak.Dua Melayu yg saya maksudkan itu adalah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.Eloklah mereka berdua ini bertaubat dan kembali menyatukan bangsa Melayu yg dilihat semakin tenat dihimpit elemen2 ultrakiasu.

JoN said...

sebagai anak jati pulau pinang dan membesar di kawasan georgetown suadah lama merasakan tempias ini,
apa-apa pun parti yang memerintah negeri ini pastinya kalangan bukan melayu sehingakan sanggup mengimport dari negeri lain asalkan bukan melayu, tapi disini saya ingin tegaskan kami anak jati pulau pinang sememangya disisihkan sejak sekian dulu lagi, seumpama sampah di tempat sendiri, PAS dan PKR jangan la dok berlakon jadi hero melayu di negeri ini sesungguhnya parti-parti ini lah yang sanggup ketepikan nasib bangsa melayu pulau pinang, UMNO pun jangan la mendabik dada mengatakan pembela nasib bangsa disebabkan UMNO tidak pernah berbuat apa-apa pun untuk melayu kawasan pulau ini, jadi apa yang buleh diperkatakan lagi,
parti DAP suatu masa dahulu pernah berniat akan menjatuhkan penguasaan orang-orang melayu dalam sistem pemerintahan negara ini tapi mereka sanggup menunggu ratusan tahun pun tidak mengapa asalkan misi mereka berjaya, saya pernah mendengar ceramah DAP di mindenheight satu masa dahulu.
jadi kaum-kaum PAS jangan berlakon mengatakankan mereka ini isalamik padahal 60% ahli-ahlinya kurang ilmu agama, dan mereka mempunyai pemimpin yang bersifat takbur dan riak, PKR seperti sedia maklum semua mengetahui bahawa anwar ingin kuasa de facto hanya untuk dirinya sahaja dan sanggup bekerjasama dengan pertubuhan2 yang mempunyai sejarah merosakkan orang-orang islam, UMNO pula seperti hanya untuk golongan tertentu sahaja.
jadi bagaimana kesudahannya nasib bangsa melayu di bumi pulau pinang terutamanya kawasan pulau dan juga melayu-melayu di negeri lain.
saya bukan ingin menjadi rasist tapi sikap kaum kiasu inilah mengajar saya menjadi benci yang amat sangat kepada mereka namun saya perlu sedar tak semua orang-orang cina di malaysia ini mempunyai sifat dan sikap golongan ekstrim kiasu yang mempunyai selera yang amat kejam ke atas bangsa yang pernah memberi bantuan untuk mereka suatu masa dahulu. persoalannya sekarang berapa lama lagi orang-orang melayu perlu bercakar satu sama lain disebabkan idealogi-idealogi parti yang berbeza, mengapa melebihkan pegangan parti dari agama sendiri.
ingat selagi melayu bercakar satu lama lain golongan-golongan ini akan menjadi lebih kuat lagi!! wahai saudara-saudara islamku bersatulah demi masa depan.

kembara said...

Memang tiada paksaan dalam beragama.Dan hidayah pun bukan di tangan kita.Adakah kita perlu berpeluk tuduh ketika Islam dihina?Atau kita akan berkata "Biarkan lah,meraka bukan Islam.Mereka tak faham tentang Islam,mana tahu esok lusa Allah akan bagi hidayah".

Kalau begitu biarkan sahaja orang menghina Islam,Kita tgk sahaja orang mencemuh Islam.Tak perlu perlu nak berdemontrasi atau melaunkan itu dan ini.

Kalau si penghina Islam itu berubah menjadi baik.Maka sudah pasti layanan kita akan berbeza.Seperti juga Saidina Umar.Kerana saidina Umar mentang Islam sebelum dia berubah,maka orang Islam juga menentang beliau,Selepas dia mendapat hidayah dan menjadi baik,orang Islam juga berubah sikap terhadapnya.Dan bukan nya semasa saidina Uamr menetang Islam,Orang Islam berkata"Biarkanlah, dia bukan orang Islam ,dia tak faham akan ajaran Islam".

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fitflex said...

KHATEEB said...

Pendapat saya, sebelum agenda perpaduan MELAYU dilaksanakan...sebelum UMNO dan PAS bersatu, UMNO perlu tukar dasar dahulu kepada ISLAM...ISLAM adalah jalan penyelesaian kepada segala permasalahan yang timbul...apa yang perjuangkan ialah ISLAM, bukan agenda MELAYU semata-mata...berpecahnya MELAYU sebab mengabaikan ajaran ISLAM itu sendiri...
---------------------------------
kenapa jika dgn umno pas meletakkan syarat??buleh sy tau apa syrat yg pas letakkan kpd dap sblm bersama-sama dlm pr???

adakah islam akan terpinggir jika pas bersatu dgn umno jika nak dibandingkan pas bersatu bersama2 pr???

yg jelas semakin pas mendabik dada menyatakan golongan kafir mula meyakini pas,semakin lantang islam dihina di mlaysia.

dan semakin islam dihina kafir2 dimlaysia ni,semakin kurang pemimpin2 pas yg bangun pertahan islam dari hinaan kafir2 ni....

DPR said...

steady lah abang halim..usahawan melayu berminda glokal...selit sana sini janji promosi!...selamat maju jaya abg halim! "JOM BERSATU!!!"

Masterzizoul said...

1.1 Diantara ciri-ciri masyarakat membangun ialah mempunyai perpaduan dan kesatuan. Jika diamati situasi negara-negara membangun yang lain maka dapat kita lihat wujudnya suasana perpaduan dan kasih sayang dalam masyarakat mereka sedangkan sebahagian negara yang lain masih terkebelakang dan diselubungi dengan perpecahan dan kebencian.

1.2 Oleh sebab itu, perkara ini menjadi keutamaan Rasulullah S.A.W yang beliau lakukan selepas hijrah dari Mekah ke Madinah. Seperti yang dimaklumi, hijrah nabi junjungan adalah untuk membina masyarakat Islam yang baru. Beliau telah berjaya menyatupadukann ikatan diantara muhajirin dan ansar, mushrikin dan ahli kitab yang sebelum itu ternyata berpecah.

1.3 Perpaduan akan memberikan laluan membuka arah kepada kemajuan dan pembangunan. Ditambah pula dengan keharmonian, masyarakat mampu untuk hidup dalam keamanan dan ketenangan. Maka undang-undang memainkan peranannya disini kerana ia mengatasi atas segala yang lain. Semua menghormati undang-undang dan berusaha ke arah melaksanakan tanggungjawab masing-masing terhadap negara dan bangsa.

1.4 Perpecahan pula sebaliknya akan hanya menjadikan masyarakat hidup dalam ketakutan, kebencian makin bertambah, mungkin sehingga membawa kepada hilangnya peranan undang-undang itu. Yang kuat memamah yang lemah, yang kaya menggunakan yang miskin. Inilah yang membantutkan perkembangan masyarakat kearah pembangunan.

1.5 Oleh itu, Islam yang syumul telah menjadikan perpaduan, kerja-kerja terhadap perpaduan dan keharmonian, dan menjauhi punca-punca yang boleh menyebabkan perpecahan dan persengketaan sebagai suatu kewajiban syar'i yang mulia dan dituntut. Firman Maula 'azza wajalla :

" واعتصموا بحبل الله جميعاً ولا تفرقوا "

Berdasarkan kepada kedudukan tinggi yang diletakkan kepada perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat, maka merupakan satu tanggungjawab bagi semua untuk bersungguh-sungguh dalam membina hubungan kasih-sayang dan keharmonian di antara kita. Perlu diingat perpaduan disini bukan hanya bermaksud merapatkan hubungan diantara Muslim dan bukan muslim sahaja tetapi turut menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, kesemuanya bersatu di bawah payung permerintahan pemimpin yang bijak dan Adil.

kembara said...

Kita bersatu bukan hendak menindas bangsa lain,tetapi untuk menolong orang Islam itu sendiri.Masalah akan timbul bila umat Islam bersatu diatas kepentingan selain agama.Mungkin kuasa,bangsa dan harta.Jika kita tengok sejarah sekalipun, jika ada kerajaan Islam menindas orang lain,kerajaan itu sudah meninggalkan ajaran agama.

Oleh sebab itu, orang bukan islam tidak seharusnya bimbang dengan perpaduan umat Islam.Kita bukan hendak menindas orang bukan Islam.
Hatta sekarang pun,belum pernah kerajaan menindas bangsa lain,walaupun ada dalam kalangan mereka mendakwa di"ethnic cleansing"kan.Sehinggakan menjaja cerita bodoh dan tak masuk akal ini ke negara luar.

Abuafnan said...

salam.

Dr. tahniah artikel yang mantap dan komen yang bernas.

memang benar apa yang dr ungkapkan. mungkin satu hari golongan ultra kiasu akan menguasai malaysia , dengan penyatuan mereka, dan orang melayu serta muslim di malaysia masih leka. dan sebagaimana yang kita tahu mereka bukanlah beragama ISLAM.

alangkah baiknya jika orang yang beragama Islam di malaysia ini bersatu, biarlah mereka berbeza pendapat dan fahaman politik,

tetapi jika berlaku sesuatu perkara yang menjejaskan Islam mereka akan bersatu hati untuk menanganinya, bukan saling menyalahkan.

umat Islam perlu bersatu dengan nama Islam ( saya tidak maksudkan mana-mana parti politik atau gerakan )kalau PM kita laungkan 1 Malaysia untuk menyatupadukan rakyat malaysia, kita perlu laungkan 1 Muslim untuk menyatukan umat Islam di malaysia.

kenapa tidak ? jika mereka boleh bersatu dalam senyap kenapa kita yang ada garis panduan syariat Islam dan sunnah Nabi yang menggalakkan kita bersatu, dan mementingkan persaudaraan sesama Islam, tidak boleh bersatu??

cuba kita lihat semula sirah Nabi.. apakah kepentingan bagi nabi ketika mula sampai di madinah untuk mentadbir sebuah negara, beliau mempersaudarakan antara muhajirin dan ansar.?

kenapakah tidak beliau terus memilih pembantunya, memikirkan soal ekonomi untuk memajukan negara, atau mencari pengaruh untuk meramaikan penyokong, dan sebagainya sebagai seorang pemimpin.

Hikmah yang paling besar, Nabi telah menyelesaikan masalah modal insan dalam sesebuah negara apabila beliau telah mempersaudarakan muhajirin dan ansar,

tidak akan ada lagi permusuhan sesama sendiri yang boleh meruntuhkan pemerintahan sesebuah negara.

atas dasar persaudaraan jika tidak dipilih untuk sesuatu jawatan, tidak ada hasad dengki, cah keting dsbg,

negara aman dan semuanya bersatu hati menentang musuh negara.

sanggup bekorban demi Islam dan tanahair tercinta.

alangkah baiknya jika kita semua bersatu dengan nilai-nilai dan amalan-amalan yang terdapat dalam.
Islam

kita bersatu demi Islam , kita berpisah demi Islam, kita mati demi Islam.

saya cadangkan Dr tulis pula tentang 1 Muslim. tq dr.

APPLE said...

"mana boleh sama... minyak dengan air, mana boleh sama"

itulah yang dijawab oleh seorang 'orang kuat' bendera hijau setelah di beritahu bahawa, "tidak kisah la UMNO atau PAS, yang penting ISLAM"

sangat mengecewakan dan masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka..

merekatakpandaikitayangbodoh said...

raja raja melayu sebagai ketua ugam islam mesti menitahkan parti parti politik melayu bersatu.titah ini mesti dibuat keran allah. adakah bertentangan dengan islam menitahkan umat melayu bersatu? jawapannya tidak.titahkan juga nama MALAYSIA ditukar semula kepada negeri TANAH MELAYU.jadikan negeri tanag melayu ini negara islam.rakyat kita yang kafir membanta? tidak, mereka telah menerima islam menurut kta parti PAS

Tok Jerai said...

Asalamualaikum Dr. & Keluarga.
Muga2 sentiasa dalam lindungan Allah.

MENGHUKUM, MENGHINA, MENUDUH.

telah menjadi mainan dikalangan mulut2 Pemimpin Politik masakini, terutama yang mendabik dada mengaku memperjuangkan Islam, sahinggakan sanggup memutuskan Silatulrahim antara sesama islam, memecah belahkan rumahtangga orang dan berbagai lagi perkara yg. dilarang, Apakah melakukan semua ini dalam politik tak salah? Tuhan tak kira? Apakah bercakap semasa memegang kitab dengan bercakap semasa memegang bendera tak sama?.

Pendapat saya Dr. Kreteria utama yang menyumbang kepada perpecahan Melayu adalah berpunca dari virus yang bernama melayu, untuk menyatu kan sabenarnya tak susah!!, tetapi sengaja disusahkan, Vaksin Mujarab yang bernama Islam yang patut digunakan tidak disuntik dengan betul, masing2 terlalu angkuh menarik harga kerana terlalu cintakan kuasa Politik yang cuma bersifat sementara.

Pengalaman ditahun 60han mengikut Fatwa PAS, Kerajaan Perikatan yang memerintah secara berkongsi kuasa antara UMNO, MCA dan MIC adalah haram dan kafir dan selepas itu keluarlah macam2 HUKOM, sahingga kan ada yang berani menghukum Orang2 UMNO kafir, dikampong saya apabila ada kematian, Orang2 PAS akan duduk berasingan menyisihkan diri daripada orang2 UMNO, bagitu juga dengan kenduri kendara dan sebagainya.

Perpecahan ini diintai oleh puak2 Ultra Kiasu, mereka telah membaca kelemahan Orang2 Melayu, peluang ini mereka gunakan dengan halus dan teratur, jarum hasutan ditusuk perlahan2, mereka belajar sejarah Islam, kerana mereka tahu Vaksin yang mujarab untuk melemahkan orang2 Melayu adalah "Islam" tak heranlah lahirnya jelmaan Khalipah
Ab. Aziz, Amal Maaruf Nahi Mungkar
di Pulau Pinang yang memukau orang2 Islam secara halus dan terancang, walaupun puak2 Ultra Kiasu ni tak pernah pun Mengucap
Dua Kalimah Shahadat.

Kemana perginya Fatwa dan Hukum yang pernah dikeluarkan? apakah Fatwa dan Hukum itu dimasuhkan apabila Pas sendiri bersekongkol dengan Parti bukan Islam?, tidak kah senjata yang dilontar untuk menikam lawan kembali memakan diri sendir?.. Siapa Menipu Siapa?????

Sedih rasa hati melihat keadaan Orang2 Melayu di Malaysia, agak nya timbul satu kepuasan melampau dihati bila dapat menjatuhkan sesama Melayu, dendam sebesar kelingking dibalas sebesar gunung
itupun rasanya belum puas lagi, kalau pasal ceramah sanggup berabih duit berpuluh km pun pergi, tapi Kelas Ugama dimesjid tak sampai setngah KM pun tak hadir, Sembahyang Jemaah diMesjid tak sampai 10 orang, bagaimana perpaduan boleh dipupuk?

Rugi Ugama rugi Bangsa...
Satu hari Orang Melayu akan menangis pula dibumi Melayu....

Barang dijauhkan Allah jua.

AJ said...

Salam, saya baca comments rakan-rakan tentang perpaduan PAS & UMNO, rata-rata meletakkan satu syarat sebelum bersatu. Kenapa kita kena memberi syarat sebelum bersatu. Apakah salahnya jika kita mula penyatuan dalam keadaan 'as is basis'. Selepas itu barulah kita berbincang, berdiskusi dan apa-apa yang lain lagi yang kita nak buat dan laksanakan. Saya begini lagi baik hasilnya. Sememangnya didalam berbincang tak semua org akan setuju dengan sebarang keputusan yg nak dibuat, tetapi dalam masa yang sama pihak yang satu lagi kenalah memberi kepafahaman kepada pihak yang lagi satu. Baru lah akan berjaya apa yang kita war-warkan untuk dilaksanakan tetapi kena ada tolenrasi di dalam perbincangan dan keputusan.

Kita kena sedar bahawa pada sekarang ini orang Islam terpisah kepada berbagai pertubuhan atau group dari segi cara hidup islam yang kita amati in our daily lives. Practice Islam dengan cara yang sama. Dan semuanya mengaku yang cara hidup mereka adalah cara yang betul. So bila dimasa berbincang untuk membuat sesuatu keputusan maka satu mechanism hendaklah cari. Dan apabila sesuatu keputusan itu sudah dibuat, maka takde lagi suara-suara sumbang dibelakang yang mengatakan sebaliknya.

Wallahuallam

fitflex said...

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22928&Itemid=1

baca ulasan ini

fitflex said...

juga baca ini...

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/29/pas-keperluan-muktamar-khas-luarbiasa

MC_Shaharul said...

nie geng atas pagar lak ker nie?nk tunjuk darah tue darah melayu n Islam la kononnye eh?ontahla..sy syorkn kpd ustaz,ustaz x nk ker berjuang dlm Islam?knp ustaz x pnh nk tgur tentang sgala kemaksiatan yg dilakukan oleh umno?merosakkn akhlak remaja,isteri kpd pemimpin2 tidak menutup aurat,smpai ada pemimpin wanita islam smpai ke tahap melakukan perzinaan dgn lelaki lain..buktinya ada pd suami kpd wanita tersbut n telah dihebahkn di dlm akhbar2 yg tlh lps,jd dimana rasionalnye hendak bersatu dgn org2 yg mengkhianati Islam?harusnya ustad lbh fhm coz nama anda pn ustad so sdah pasti fhm tentang hukum hakam agama...


patutkah pas n umno bersatu?sdgkn pd masa dahulu pas pernah bersatu ketika di dlm perikatan n pd akhirnya pas tlh dibuang dari perikatan seterusnya berlaku bermcm2 kezaliman di negeri kelantan,mmg spatut umat Islam msti kena bersatu,tp biarlah bersatu atas landasan Islam yg sbnr...klu ada sesetengah komen yg mengatakan knp pas bersatu dgn dap n keadilan,bg sy lbh baik perpakat dgn org yg tidak mengkhianati org lain,wlaupn parti itu cina tp sekurang2nya dia blh fhm ape itu keindahan Islam..salahkah kita mendekati dgn org cina or org yg bukan Islam??salah menunjukkn keindahan Islam itu kpd bangsa lain?tidak mustahil suatu hari nnti org2 yg bkn Islam ini yg akan lbh memahami Islam n blh menerima Islam..

sy cuma manusia biasa yg tidak mempunyai byk ilmu seperti ustaz,hanya sekadar pandangan..ustaz lbh memahami apa itu perkara2 berkaitan Islam,cuma apa yg sy mahukn ulama2 atau cerdik pndai Islam cuma hanya diam apabila melihat kemungkaran n takut utk menyatakan kebenaran..
seperti mana Allah berfirman "hendaklah ada diantara kamu sesuatu umat menyeru kpd kebaikan,dan mencegah kpd kemungkaran"

Anonymous said...

Ya Allah Ustaz. Pemikiran Ustaz memang serupa dengan saya. Sekiranya semua orang Melayu di negara ini mempunyai pemikiran sebegini, maka sudah tentu kita tidak akan menjadi bercelaru seperti sekarang. Orang Melayu harus belajar psikologi. Harus boleh membaca between the lines. Harus bersatu-padu dalam isu2 yang melibatkan hak2 Melayu/Islam tak kira apa parti pun. Sekiranya kedua2 parti Melayu yang besar ini terpaksa bergantung dengan kaum lain untuk political survival, maka nampak sangat sudah ada perkara yang tak kena. Saya yakin sekiranya salah satu dari parti ini menangpun, hakikatnya Islam/melayu masih tak menang. Kecelaruan ini perlu mencapai noktahnya sekiranya kita tidak mahu menempa nasib seperti saudara2 kita di Singapura. Negara maju, tetapi umat Islam/Melayu tenggelam. Kita semua wajib belajar sejarah Singapura supaya satu hari nanti kita tidak akan menjadi the next Singapore.