Sinar Harian 27.4.15
Mendengar wakil rakyat ultra kiasu berbahasa
Melayu (BM) di parlimen saya menjadi loya. Berpuluh tahun dan bergenerasi
tinggal di bumi bertuah ini, masih lagi tidak dapat menguasai BM dengan baik. Masih
menggunakan kata-kata “lu” (kamu) dan beberapa perkataan lain seperti
terburu-buru menjadi “terbulu-bulu”, raja menjadi “laja” dan macam-macam lagi
perkataan yang melucukan.
Sebagai orang Cina, saya akui, memang
sukar untuk menyebut perkataan yang ada huruf “R”. Sebutan lori menjadi loli, lari-lali,
rama-rama-lama-lama, durian-lulian, rumah-lumah, ragu-lagu. Haiyaa…ini maciam
pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…
Jika minoriti Cina Terengganu dan
Kelantan boleh menyebut dengan baik, kenapa orang lain tidak boleh. Bukankah
kita bangsa Malaysia. Janganlah dibandingkan dengan Cina di Indonesia dan
Thailand. Mereka jauh lebih baik.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Inilah akibatnya dalam sebuah negara yang mendaulatkan BM sebagai bahasa negara,
ada orang lain yang meletakkan bahasa ibunda lebih tinggi dari yang lain,
seolah-olah tinggal di negara lain. Kumpulan ini sedang membina negara dalam
negara. Perkara tidak pernah berlaku di dunia lain, kecuali Malaysia yang
terlalu bertolak ansur sehingga ditolak beransur-ansur.
Sudah sampai masanya setelah sekian
lama peluang diberikan, kerajaan menggubal undang-undang, mereka tidak boleh
menguasai BM dengan baik perlu diberikan pilihan.
SPR mesti mensyaratkan sesiapa sahaja
mahu menjadi wakil rakyat sama ada peringkat Parlimen mahupun DUN, paling
kurang perlu mendapat kepujian (kredit) BM dalam SPM. Kelayakan minima, ada
diploma. Wakil Rakyat perlu ditemuduga penguasaan BM dan sejarah Kenegaraan, sebelum
dibenarkan bertanding.
Kita tidak mahu perbahasan di dewan
atau parlimen seperti pasar malam. Amat
malu memilih gelagat wakil rakyat hari ini berkelakuan seperti budak-budak.
Setakat ini, mengikut undang-undang sedia ada. Semua warganegara, berumur
21 tahun, bermastautin, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan
dalam perkhidmatan, tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah, mendapat
pengampunan jika mempunyai rekod jenayah, tidak pernah didenda tidak kurang
daripada RM2000.00,
tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar, bertanding atas nama parti atau sebagai calon
bebas dan mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon dan tidak
pernah dihukum penjara melebihi 12 bulan, layak bertanding.
Saya teringat satu insiden suatu
ketika dahulu apabila TPM ditanya wartawan dalam bahasa Inggeris (BI), maka TPM
jawab dalam BM. Wartawan tersebut tidak faham dan mahukan TPM menjawab dalam
BI. Siapakah mereka? Sudah tentu wartawan ultra kiasu.
Sudahlah wakil rakyat tidak boleh
menggunakan BM dengan baik, wartawan yang melaporkan beritapun sama. Apakah
kualiti berita mereka boleh dipercayai? Sudah tentu tidak.
Justeru, penangkapan beberapa wartawan
kanan laman sosial ultra kiasu baru-baru ini patut menjadi pedoman. Kerja
mereka menipu untuk menjual berita. Inilah realiti sebenar yang berlaku,
termasuk mereka yang memahami BM, pun menipu juga.
Buktinya berita mengenai saya yang
ditahan di lapangan antarabangsa Kuching, gara-gara saya tidak dibenarkan
memasuki Sarawak. Media ultra kiasu tanpa usul periksa memutarbelit berita
tersebut mengatakan saya ditahan. Wal hal saya tidak pernah menjejak kakipun di
tempat tersebut.
Kedua, berita mengenai anak saya yang
dikatakan memalsukan sijil SPM. Wartawan Bernama yang pertama sekali mendapat
berita tersebut, pada 24 November 2014, melaporkan anak saya adalah mangsa
pemalsuan sijil oleh agen. Tiba-tiba keluar dalam The Malaysian Insider (TMI),
beritanya adalah, anak saya terlibat dalam pemalsuan sijil SPM. Saya menjadi
mangsa kutukan dunia, sehingga ke hari ini, untuk mematikan karakter saya.
Menyedari pembohongan itu, wartawan Bernama
menelefon saya mengatakan bahawa beritanya telah diputarbelitkan oleh TMI. Empat
jam selepas itu, berita di TMI bertukar
mengikut apa yang dilaporkan Bernama yakni anak saya menjadi mangsa penipuan. Inikah
kualiti laman sosial yang dipertahankan ultra kiasu?
Saya telah membuat laporan polis
tentang perkara tersebut. Saya bertanya kepada wartawan TMI, kenapa berita mengenai
saya diputar belitkan? Maka jawapannya, itu adalah kerja editor kanan yang
telah mengeditkan berita yang telah dibuat. Editor itu dengan sengaja
menyelewengkan berita itu.
Berita ini juga turut dipetik oleh
akhbar Cina kerana geramnya mereka terhadap saya. Begitulah jahatnya ultra
kiasu yang mendakwa diri mereka telus dalam pemberitaan, sebagai berita alternatif.
Peliknya, apabila pengarang tersebut
ditangkap untuk disoal siasat berhubung dengan pemalsuan berita mengenai hudud
dan raja-raja Melayu, wakil rakyat ultra kiasu pakat-pakat berpakaian hitam di
parlimen dan DUN, sebagai tanda protes, membelakangkan raja Melayu.
Inilah kebobrokan ultra kiasu. Mereka
semua betul, kita semua salah. Saya sendiri pernah bercakap dengan wartawan
kanan berbangsa Melayu yang ditangkap itu. Kenapa saya sentiasa menjadi target
berita. Jawapannya, itu memang kerja mereka, kerana saya adalah target, public
figure. Nasihat kepada semua, jangan bertindak ‘terbulu-bulu’ (terburu-buru).