Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 16, 2015

Maaf atau tidak, sama sahaja

8:05 AM Posted by RIDHUAN TEE 14 comments
(Sinar Harian, 16.3.15)

Ultra kiasu terus menekan Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, agar meminta maaf ke atas kenyataannya, iaitu mengenai kenaikan harga, yang ditujukan khas kepada peniaga Cina yang mengambil kesempatan.

Memahami psiki ultra kiasu, saya menasihatkan Ismail, agar tidak  memohon maaf. Biarlah ultra kiasu mahu mengambil tindakan mahkamah. Belum tentu mereka menang. Pihak yang didakwa belum tentu kalah.

Saya amat yakin, jika Ismail meminta maaf, mereka akan bercanang dan menepuk tangan. Mereka akan jaja merata. Ismail mengakui kesalahan dan kesilapannya. Kita menang, Ismail kalah. Biarkan sahaja. Kita pun mahu lihat sejauhmana ‘kejantanan’ ultra kiasu.

Saya tidak nafikan memohon maaf itu satu amalan yang mulia dan amat dituntut dalam Islam. Tetapi dalam kes ini, ternyata telah dipolitikkan. Ultra kiasu sangat licik. Apatah lagi menangguk ketika di air yang keruh.

Keikhlasan dalam meminta maaf bila melibatkan perkara yang kita benar-benar kita berasa bertanggungjawab terhadapnya. Jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Belum tentu yang jernih akan terus jernih. Tidak mustahil yang jernih akan menjadi keruh semula.

Seperti yang telah saya ulas sebelum ini, dari segi akademik, fakta Ismail itu tidak salah. Tidak mustahil peniaga mengambil kesempatan.

Masih teringat sewaktu kecil dahulu, saya disuruh oleh aruah bapa saya, seorang peniaga kedai runcit, di kampung Melayu, supaya mencampurkan minyak petrol dengan minyak tanah, beras putih + beras merah (perang), mengubah timbangan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang boleh memberikan keuntungan lebih, saya diminta melakukannya walaupun perbuatan itu salah.

Maka tidak hairan, jika ada peniaga keli atau patin memberikan makanan babi atau mencampakkan bangkai babi ke dalam kolam peliharaan, seperti yang pernah berlaku baru-baru ini. Belum termasuk lagi kilang bihun yang kotor, menggunakan logo-logo berbunyi Melayu dan Islamik, seperti cop masjid, cop Fatimah, cop rumah Melayu dan lain-lain.

Mungkin kenyataan ini akan menjauhkan diri mereka dari Islam, tetapi saya terpaksa bercakap benar, berdasarkan pengalaman, bagi mendedahkan kebobrokan ultra kiasu, untuk berlaku adil kepada orang Islam yang kerap menjadi mangsa dan dimangsakan oleh kita sendiri.

Cuma, apa yang boleh kita ambil iktibar daripada peristiwa ini? Pertama, umat Islam mesti mencebur diri dalam perniagaan. Mereka mesti menjadi pengeluar, bukan pengguna semata-mata. Kita akan terus menjadi mangsa jika bidang perniagaan (pengeluar) terus dimonopoli bukan Islam.

Lagipula, bidang perniagaan adalah suatu bidang yang amat dituntut dalam Islam. Tidak hairanlah jika 9/10 punca rezeki itu datangnya hasil dari perniagaan. Banyak hadis lain yang mahu umat Islam mencebur diri dalam perniagaan.

Selama-lamanya kita akan terus dianiaya dan ditindas jika tidak menguasai ekonomi. Misalnya, pemilik syarikat telekomunikasi bukan Islam yang begitu sombong hari apabila sudah berjaya. Adakah mereka tidak sedar bahawa kekayaan yang mereka ada pada hari ini disebabkan oleh sistem kerajaan sedia ada, yang membolehkan mereka menjadi kaya? Benar, tidak nafikan, mereka bekerja keras. Tetapi adakah mereka boleh menjadi hebat tanpa sokongan?

Mereka akan cari apa jalan untuk menjadi kaya, sama ada melalui jalan halal atau haram, terutama jika terpaksa merasuah. Ini tidak termasuk perniagaan cepat kaya seperti menjadi along, pelacuran, perjudian, dan sebagainya. Siasatlah berapa ramai orang Vietnam dan China yang dijadikan pelacur.

Malang sekali penguatkuasa yang menerima habuan rasuah, membenarkan mereka buat kerja haram sehingga menjadi kaya-raya. Pengalaman saya suatu ketika dahulu, bekerja dengan syarikat perumahan, antara agendanya adalah bagaimana untuk ‘kawtim’ penguatkuasa agar projek berjalan lancar.

Nasihat kepada orang Melayu (penguatkuasa), jangan jadi barua, hanya untuk menjadi ‘kaya sekejap’ dengan mengambil rasuah. Ingat masa depan agama, bangsa dan negara.

Kedua, apabila ada peniaga Melayu yang mahu menceburi bidang perniagaan, secara kecil-kecilan. Kita sepatutnya galakkan seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, mengingatkan penguatkuasa supaya tidak mengambil tindakan semberono terhadap mereka yang mahu berniaga secara halal.

Jangan kenakan pelbagai syarat sehingga perniagaannya gagal dan terpaksa ditutup. Misalnya, aduan yang diterima mengenai perniagaan TADIKA. Puluhan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk memenuhi ‘syarat-syarat’ Dewan Bandaraya yang begitu rigid. Apabila semua syarat telah dipenuhi, tiba-tiba dapat surat dari mereka mengatakan premis tersebut tidak sesuai, ada bantahan orang ramai, TADIKA di kawasan tersebut sudah mencukupi dan berbagai lagi. Apa makna semua ini?

Kenapa dari awal perkara ini tidak beritahu? Pergilah buat siasatan seluruh bandaraya, berapa banyak kawasan rumah dijadikankan premis perniagaan haram? Ada rumah dijadikan perniagaan bateri kereta yang amat membahayakan. Ini belum termasuk perniagaan haram yang lain, yang telahpun dikenakan tindakan atas aduan orang ramai.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA

14 comments:

Prestige Idea said...

Assalamualaikum semua. Dari pengalaman berniaga sejak 2008 dlm bidang hadiah korporat, printing dan alatulis, saya perhatikan dalam bidang perniagaan ini, kita harus menguasai dari peringkat pembuat atau pengimport kemudian pemborong dan akhirnya penjual yg menjual ke end user.Jika kita berharap kpd pemborong2 Cina ni eventually dia akan menekan kita dgn menyekat bekalan, memberi harga yg double standard dan menaikkan harga. Peniaga2 Melayu takkan boleh naik selagi berharap kpd pemborong Cina.

Anonymous said...

RT ko boleh tutup kedailah...Tak banyak komen bermakna ko syok sendiri lo....kakaka

Anonymous said...

12.05am
Kami orang melayu/islam sngt menghormati
Prof.Ridhuan Tee, tulisan dan apa juga entry beliau kami sentiasa ikuti penulisan nye.
Percaya ramai orang melayu sngt mengkagumi
Prof.Ridhuan Tee.
Tak bnyk komen x bermakna syok sendiri, kadang2 kami merasa segan dgn beliau sebab beliau membela melayu/islam berbanding ade segelintir melayu yg menjadi pengkhianat bangsa melayu.
SELAMAT MAJU JAYA PROF.INSYAALLAH.

Anonymous said...

Terima kasih Prof. Ridhuan Tee.. saya sokong kenyataan Prof.
Semoga ramai lg umat Islam yg dilorongkan sebagai peniaga sehingga ke peringkat pengeluar. Aamin.

msunther said...

kesian dengan melayu yang melayan rt. fakta yang benar tipu/judi tak ada cina pun tak ada. dulu cina berniaga dan monopoly ekonomi yang ini nak monoply islam pula, sedar bro takan takada ulama2 yang waras dengan penipu cina ini?

Anonymous said...

RT gila dan fanatik patutlah kurang peminat kerana boleh memalukan bangsa dan agama

Anonymous said...

Prof.Ridhuan Tee,

Kenyataan Datuk Tan Lian Hoe mengenai Hudud yang baru diluluskan oleh DUN Kelantan telah membuktikan penulisan Prof tentang ultra kiasu selama ini!

Apakah Datuk Tan Lian Hoe langsung tidak menghormati keputusan 44 anggota dewan undangan negeri Kelantan?

Bahkan kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) juga telah sebulat suara turut menyokong rang undang-undang itu.

Apakah parti Gerakan telah menghina Islam dengan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu?

Mengapa Datuk Tan langsung tidak menghiraukan teguran Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum ini?

Nampaknya betullah penulisan Prof selama ini tentang penekanan yang sentiasa dilakukan oleh pihak ultra kiasu dalam BN!










Anonymous said...

Salam Datuk,

Kelemahan peribadi pegawai penguat kuasa adalah satu faktor sebab kurangnya didikan agama dan moral.

Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa mempercayai adanya balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan adalah lagi satu faktor.

Undang-undang dan hukuman yang ada tidak diperkasakan untuk membendung gejala yang tidak diingini. Dunia boleh "kaw tim", kenapa nak percaya pada akhirat?

Kini, zaman ICT. Mengapa masih terdapat proses panjang untuk urusan yang boleh dipermudahkan dengan ICT?

Wan Ibrisam Fikry said...

Prof,

‘Once upon a time’, kita dislogankan dengan Bersih, Cekap, Amanah. Slogan ini hanyut dibawa arus… arus deras menuju negara maju 2020.

Di tahun 80an juga, kita dengar slogan “Kepimpinan Melalui Teladan”. Tetapi tiada teladan yang boleh kita ambil dari para pemimpin kita. Teladan apa yang hendak diambil dari perasuah selain dari kita juga turut melakukan rasuah sepertinya.

Apa beza rasuah dalam parti dan rasuah dalam kerajaan? Apa buktinya pemimpin tersebut tidak merasuah dalam kerajaan jika dia sanggup merasuah dalam partinya sendiri?

Mungkin soalan yang lebih relevan ialah kenapa kita boleh menerima perasuah sebagai pemimpin kita? Tiada orang lainkah yang lebih jujur dan amanah yang boleh dipertanggungjawabkan?

Anonymous said...

setuju....kdg2 segan dgn prof krn membela melayu...terima kasih prof

Anonymous said...

setuju....kdg2 segan dgn prof krn membela melayu...terima kasih prof

Anonymous said...

setuju....kdg2 segan dgn prof krn membela melayu...terima kasih prof

mad said...

I setuju dgn riduan tee walaupun dia nya dr org cina tapi dia pembela islam demi agama

Anonymous said...

Ternyata ismail membuat komen yang berbaur perkauman dan politik.. dah salah mengaku dan minta maaf.. apa punya ustaz begini, ajaran sesat ke???