Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 23, 2015

Berani kerana benar demi ALLAH

12:28 AM Posted by RIDHUAN TEE 16 comments
(Sinar Harian, 23.3.15)

“Saya sokong perlaksanaan hudud kerana ALLAH, bukan kerana Umno”. Kata ketua pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika membahaskan hudud di DUN Kelantan. Membaca kenyataan ini air mata bergelinang tanpa disedari.

Inilah negarawan sebenar. Umno perlu meramai orang sebegini, barulah boleh menang banyak kerusi. Meletakkan Islam mengatasi segala-gala. Berani kerana benar. Menilai yang benar itu benar, walaupun mungkin datang dari lawan. Kenal siapa lawan itu boleh dijadikan kawan. Bezakan dengan musuh sebenar, ultra kiasu, penentang Islam.

Mungkin ada yang sinis, dengan berkata, ini semua strategi politik Umno. Tetapi, pada saya, bukan mudah untuk untuk pemimpin Umno bersetuju dengan hudud. Jika bukan Allah yang mengatur segalanya. Bukan seperti PKR. Mengaku Islam, tetapi menolak hukum hudud dengan pelbagai alasan, seperti masih belum lengkap, belum dibincang, tidak sesuai, kemiskinan masih berleluasa dan macam-macam lagi.

Biarlah orang kafir sahaja yang beranggapan sedemikian. Sebagai umat Islam, kita bersangka baik dahulu. Jika ada yang tidak kena, sama-samalah kita perbaiki. Sampai bila kita harus menunggu dan memberikan alasan, kemiskinan dan keadilan harus diberikan keutamaan.

Selama ini kita mengamalkan sistem demokrasi, adakah kemiskinan dan ketidakadilan dapat dihapuskan? Tidak juga. Justeru, kenapa tidak beri peluang untuk hukum Islam itu berjalan?

Jangan jadi seperti parti Gerakan, Mca (BN) dan ultra kiasu (PR). Awal-awal lagi sudah mengugut untuk keluar parti, jika ada parti Melayu yang menyokong hudud. Dasar gunting dalam lipatan, api dalam sekam.

Silakanlah berbuat demikian jika berani. Adapun Gerakan dan Mca, tidak menguntungkan Umno. Malah Umno terpaksa mengorbankan kerusi majoriti kawasan Melayu untuk memberikan laluan kepada mereka. Siapa untung, siapa rugi?

Pendek kata, kemenangan Gerakan dan Mca, adalah kerana ehsan undi Melayu. Parti ini ternyata gagal memenangi hati Cina, kerana majoriti Cina mengundi ultra kiasu. Namun, Gerakan dan Mca terus mendapat kerusi Menteri dan timbalan, walaupun tidak layak. Inilah kelebihan muafakat BN. Sanggup korban Melayu, meskipun Melayu telah lama terkorban.

Sama ada ultra kiasu berada dalam BN atau PR, ultra kiasu tetap menang dan untung. Ultra kiasu tetap menang. Bersatu dalam senyap. Kita sahaja yang tertipu. Kalau tak percaya, cuba usik SJKC, seperti untuk tambah pembelajaran BM, melompatlah mereka semuanya. Inikan pula hudud.

Sepatutnya ultra kiasu tidak perlu bisingpun kerana tiada kaitan dengan mereka. Hudud adalah untuk orang Islam. Ultra kiasu berterima kasih kepada Islam, kerana dengan hikmah Islamlah, mereka dapat membina empayar hingga menjadi kaya raya, sehingga Melayu ada yang merempat. Kenapa tidak bersyukur?

Jangan ingat, bila Islam dilaksanakan, keadaan akan menjadi lebih buruk. pelancong akan ketakutan. Lihatlah Brunei. Pelancong bertambah. Saya lihat di hotel mereka ada macam-macam orang manusia dari luar negara. Orang baik takkan takut dengan hudud, yang jahat sahaja terasa, takut kena.

Logiknya mudah, mereka mahu tahu cara hidup Islam. Mereka mahu merasai cendol, abuyat dan lain-lain makanan Alam Melayu.

Saya amat hairan kenapa parti ultra kiasu dibenarkan beroperasi di Sarawak. Parti ini bukan sahaja perosak Islam malah menggugat keharmonian di sana. Hasutan demi hasutan sedang berjalan, nak bawa Sarawak keluar dari Malaysialah. Umat Islam yang faham Islam, tidak akan melakukan sedemikian.

Lebih menghairankan lagi, ahli parlimen Pas Kuala Terengganu begitu marah dengan saya kerana artikel saya yang sering mensasarkan ultra kiasu. Saya dituduh lebih Melayu dari Melayu, menghina kaum sendiri dan sebagainya. Menjauhkan bukan Islam dari Islam.

Saya hanya melondehkan kebobrokan ultra kiasu yang menjadi musuh kepada Islam. Saya tidak merujuk semua orang Cina itu utra kiasu. Tetapi saya merujuk kepada semua bangsa, yang menentang Islam dan perlembagaan negara.

Hari ini terbukti apabila menentang hudud yang dibawa oleh Pas sendiri. Kenapa ahli parlimen tersebut berdiam diri? Kenapa mensasarkan saya yang mempertahankan Islam apabila diserang ultra kiasu. Apa beliau buat apabila Islam dipijak dan dihina ultra kiasu?

Terus terang, saya amat bangga dengan kerajaan Brunei, ketika ultra kiasu seluruh dunia, mengutuk dan mengejinya kerana melaksanakan Islam, rakyatnya bersatu hati mempertahankan tindakan pemimpin mereka. Pesanan Sultan Brunei,

“Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata TIDAK atau TUNGGU DULU sedang undang-undang itu bukanlah baru digubal tetapi telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih lagi. Apabila Undang-Undang Syar’iah terlaksana maka barulah bumi yang permai ini dapat diungkap sebagai “Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur” iaitu Negeri Yang Baik dan Tuhan Maha Pengasih”.


Sejak syariat Islam dilaksanakan, belum ada lagi orang yang dipotong tangan. Bukan Islam terus membina empayar. Inilah hebatnya Islam. Bersatulah wahai umatku sebelum terlambat. 

16 comments:

Anonymous said...

Kalau hudud (undang-undang Islam)dilaksanakan, orang Islam tak berani terima rasuah.

Maka pemberi rasuahlah yang akan kepanasan; banyak 'projek' yang melanggar undang-undang dan ekonomi gelap akan lumpuh.

Penguatkuasaan menjadi tegas, tiada ketirisan. Kita pun tahu, siapa pemberi rasuah terbesar di Malaysia dan mereka juga yang melalak penjawat awam mengamalkan rasuah.

Banyak masalah negara boleh selesai jika tiada yang berani terima rasuah!

Anonymous said...

Saya ingin mengulangi ungkapan prof iaitu "Orang baik takkan takut dengan hudud, yang jahat sahaja terasa, takut kena."

Kini, barulah kami tahu siapa sebenarnya yang jahat.

Anonymous said...

Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz.

Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya.

Anonymous said...

Specially dedicated to Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz;

You and me, we made a vow with Allah
For better or for worse to uphold Allah's commandment
I can't believe you have let down others with your remarks
But the words you spoke hurts

For centuries many have doubts with their conviction
Denying every evidence that Allah has revealed
I wish you will retract your words
But man is known for their arrogance (Surah Luqman 31: 18-19)

I have loved Islam for many years
Maybe I am just not relevant to you
You've made me realize my deepest fear
By continuing to uphold yourself as clever

You say I’m crazy to discuss hudud
Cause you don't think I know what you've done
And I know...
I know I’m not the only one

Anonymous said...

Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia.

"Hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga=jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu." surah al Maaidah, ayat 49

Anonymous said...

Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt.

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan ingatlah sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." surah an Nisa' ayat 56

Anonymous said...

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat perintah dan ketetapan Kami dan yang angkuh merasa dirinya lebih daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehinggalah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah." surah al A'araf ayat 40 - 41

Anonymous said...

Saya setuju dengan prof bahawa tidak perlunya kita takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah.

Hukum Hudud adalah undang-undang jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah disabitkan dengan kes jenayah.

Oleh itu, tidak perlu takut dengan hukuman Hudud kerana hukuman Hudud tidak akan dikenakan kepada mereka yang tidak bersalah seperti membunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak.

"Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

Anonymous said...

Mengapa kita tidak boleh menerima hukum yang dicipta oleh Allah bagi mendisiplinkan kehidupan manusia. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri? (Rujukan surah Al Baqarah ayat 138)

Apakah Hudud akan menjejaskan pelancongan?

Pelancong bercuti kerana mencari ketenangan. Pelancong datang untuk menikmati keindahan alam, Pelancong lebih selesa dengan penduduk yang sopan santun. Pelancong tidak mahu ditipu bila membeli barang.

Apakah kita inginkan pelancong datang untuk melakukan maksiat dan mungkar yang boleh merosakkan dirinya dan menularkan budaya keji dalam negara kita?

Apakah kalian mahukan negara kita jadi pusat percutian seks atau pusat percutian judi?

Anonymous said...

Apakah hudud akan menjejaskan FDI negara? Tahkah kalian Hudud merupakan suatu undang-undang pencegahan dan mendidik?

Pelabur lebih yakin sekiranya sistem perundangan adalah adil. Pelabur hanya akan melabur sekiranya sistem perundangan negara yang boleh menjamin dan memelihara hak serta tidak menganiaya dan juga boleh menghindar jenayah.

Pelabur lebih yakin melabur dengan sesebuah negara yang boleh menghindar korupsi dan penindasan.

Anonymous said...

Memang tidak dinafikan Hudud wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Sudah pastinya undang-undang Allah lebih berkesan untuk menyelesaikan masaalah manusia sebagai makhluk yang diciptaNya.

Maka, janganlah mencari 1000 alasan atau dalih untuk mengelak diri dari melaksanakan perintah Allah.

Jika British Law boleh dilaksanakan sekian lama dalam negara kita sedangkan hampir tiadanya penduduk tetap negara kita berbangsa British, mengapa masih ada sebahagian dari kita yang begitu prejudis terhadap perlaksanaan hukum Hudud sementara majoriti penduduk negara kita adalah Muslim?

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar" surah at Taubah ayat 63.

Azrul Mohd. Khalib said...

Dear 9:21 AM, March 27, 2015;

You wrote about "adil" & "aniaya" & "penindasan".

Consider the case of Nik Raina who has been pursued relentlessly by the Wilayah Persekutuan Religious Department (JAWI) despite a defective charge.

JAWI’s actions were determined by three courts of law (civil and Shariah) to be illegal, of bad faith and unconstitutional. Yet they still are pursuing her after three years.

This case has been the very definition of injustice and a neglect of the standard of care required of a legal criminal case. Instead they have been dependent on the tactics of bullying, intimidation, fear and oppression in the hope that they can beat Nik Raina into submission and defeat.

Islam requires the utmost prudence, caution and compassion in the enforcement of the law and prosecution of cases.

The enforcement of hudud will be dependent on the religious departments to demonstrate a clear understanding of the basic legal principles of justice, fairness and compassion. They must also be open to dialogue, criticism and debate.

They must be accountable, transparent and exercise prudence and care in enforcement of the law.

Anonymous said...

Dear Azrul...

First, hudud has not been implemented in the case of Nik Raina.

Second, Nik Raina case is not a criminal case. Therefore, it has nothing to do with hudud.

Third, if it is a defective charge, why Nik Raina is not suing JAWI?

Aloysious Mowe said...

Dear Azrul,

What comes under hudud does not depend on human reason, societal norms, or democratic consensus. Some might be tempted to call hudud offences arbitrary. The pious believer, however, would deny that any divine ordinance could be called this.

God has decreed that these five offences have specified penalties, and therefore, by necessity, God must have good reasons for doing so. It is only our limited knowledge that prevents us from understanding why God regards cheating on your husband as a more serious crime than murdering him.

Do you know that some Catholic bishops seem to believe that wearing a condom is a more serious sin than infecting your sexual partner with HIV?

Questioning hudud is not a simple matter of choosing what kind of rules one wants as a Muslim. The only reason for the classification of these crimes as hudud is that they have been so ordained through God’s revelation to the prophet Muhammad.

To question the status of hudud is to raise fundamental questions about the nature of the Islamic revelation.

If God is so explicit and unambiguous about the penalty for theft in Surah al-Maida, on what grounds is this Quranic verse to be ignored?

If one can challenge so clear a Quranic ordinance, what else in the Quran can be questioned?

The reason why hudud has such a privileged position is grounded in the conviction that, of the vast corpus of Islamic law, these offences alone have had their penalties explicitly determined by God.

Question hudud, and everything is up for grabs. Why pray five times a day? Why obey the rules for inheritance? If the explicit may be ignored, the less explicit may have even less significance.

The hudud issue raises a far more central issue: how can a pious Muslim choose not to be ruled by hudud law? To do so would be to move the science of the interpretation of the Quran, and the notion of what revelation really means, far ahead of what traditional Sunni Islam is willing to concede.

Anonymous said...

Salam Azrul,

Hudud is just a form of punishment for a number of crimes mentioned in the Qur’an. Only criminals and criminals want-to-be, should be afraid of it.

A proper Muslim would never reject hudud per se because he/she knows that it is a part of Islamic law and Islamic law is a part of Islam. However, a proper Muslim also would not allow people who are incompetent to use hudud as their rhetoric just to get into power because they are going to create bigger disaster.

Hudud and Islamic law will not appear good and convincing in the hands of those who do not possess adequate moral and intellectual integrity.

Therefore, this is a matter of giving the trust (amanah) to the rightful people. Implementing hudud is a big trust and it should not be given to just anybody.

Islamic law and political system cannot be conceived nor practiced outside the framework of Islamic ethics and morality because justice actually begins with the self.

Md. Asham B. Ahmad

Anonymous said...

Menyentuh isu pendakwaan ke atas Nik Raina, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa memandangkan belum ada fatwa atau perintah larangan pada tarikh 23 Mei itu untuk memaklumkan orang awam tentang status buku terjemahan karya Irshad Manji itu, adalah sama sekali bertentangan dengan semangat keadilan untuk mengheret tertuduh ke Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Jenayah Syariah itu.

Apa yang boleh kita pelajari dari kes ini? Pertama, sewaktu Jawi datang menyerbu kedai milik Bejaya Books itu dan merampas buku terjemahan hasil karya Irshad Manji ini, fatwa atau perintah larangan mengenainya belum wujud lagi.

Ketiadaan fatwa ini ditekankan oleh kedua-dua mahkamah, manakala perintah larangan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya selepas peristiwa itu berlaku.

Kesimpulannya, Jawi bertindak gopoh dan ini mendedahkan agensi awam itu diserang oleh pihak lain.

Kedua, umum ketahui Akta Kesalahan Jenayah Syariah hanya terpakai kepada orang beragama Islam. Nik Raina memang beragama Islam, tetapi dia hanya seorang pekerja yang dibayar gaji oleh syarikat berkenaan.

Mengikut mahkamah adalah tidak adil untuk seorang pekerja beragama Islam yang bertugas dengan sebuah syarikat milik bukan Islam dikenakan prosiding jenayah, manakala majikannya kebal daripada tindakan.

Mahkamah mengesahkan majikan Nik Raina tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan di bawah Akta berkenaan kerana sebagai sebuah syarikat yang diperbadankan ia adalah satu entiti korporat yang tidak berupaya mengamalkan apa-apa agama. Kesimpulannya, tindakan penguatkuasaan perlu adil, tidak bersifat diskriminasi.

Ketiga, Mahkamah Tinggi mempersoalkan kenapa buku terjemahan ke dalam bahasa Melayu diharamkan pada hal naskhah asalnya dalam bahasa Inggeris yang dipasarkan secara meluas di negara ini tidak dikenakan apa-apa tindakan?

Keempat adalah soalan berikut - Bila seluruh dunia mempersoalkan buku pertama “The Trouble with Islam”, disusuli oleh buku kedua “Allah, Liberty and Love”, kenapakah pihak berkenaan tidak segera mengkaji kandungan kedua-dua buku ini dan membuat fatwa mengenainya?

Kesimpulannya, badan fatwa kebangsaan atau negeri lambat bertindak, dan ini menyukarkan Jawi menjalankan tugasnya dengan berkesan dan secara sah.

Akhir sekali, Jawi perlu sedar bahawa apa juga tindak-tanduk mereka, sekalipun nampak menepati kehendak undang-undang, masih boleh dipersoal menerusi semakan kehakiman di mahkamah sivil negara ini.

Tindakan yang pada zahirnya nampak teratur dan sah masih boleh diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi sivil sebagai tidak sah jika didapati ia elemen ultra vires (melampaui kuasa), unconstitutional (menyalahi Perlembagaan Persekutuan), mala fide, tidak munasabah (unreasonable) atau tidak rasional.

Tindakan Jawi boleh juga dipersoal dan dibatalkan oleh mahkamah jika berlaku kesilapan prosedur - misalnya ada pelanggaran keadilan asasi (breach of natural justice), berat sebelah, gagal memberi hak untuk didengar, atau gagal menyatakan sebab keputusannya.