Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 20, 2015

Apa nak jadi dengan Umno?

8:36 AM Posted by RIDHUAN TEE 66 comments
Apa nak jadi dengan Umno? (Sinar Harian 20.4.15)

Saya tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam PERKIM, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat.

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adalah itu salah dalam sebuah negara demokrasi? Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau  pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu dari garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri.

Kita selalu mencari  siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta. Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud.

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsa oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong manapun. Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri. Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.  

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini.

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam “perangkap” Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu ‘ditendang’ keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985.

Walaupun mereka masih sepakatan, ultra kiasu mahu berlagak wira,  supaya nampak hebat, seolah-olah penyelamat. Malang sekali jika ada yang buta. Pas tidak perlu diingatkan. Pas tidak pernah lupa apa yang Umno pernah lakukan. Malah, Pas turut mengkafirkan Umno. Hari ini, kenapa Pas kembali lunak? Sudah tentu Presiden Pas ada jawapannya.

Peristiwa Memali tidak wajar dijadikan penyebab untuk Pas terus berdendam dengan Umno. Ibrahim Libya tidak akan hidup kembali meskipun dendam Pas terbalas. Allah mengetahui segala-galanya. Mereka yang bersalah tidak akan terlepas. Kejahatan yang dikesali, lebih baik dari kebaikan yang ditakburi. Inilah ultra kiasu yang sangat takabbur.

Mereka memperlekehkan Pas seolah-olah tidak bernilai satu sen pun. Presiden dan pimpinan Pas bukanlah bodoh untuk masuk dalam perangkap Umno. Mereka sangat kenal siapa Umno. Namun, saya amat yakin pimpinan Pas memikirkan kepentingan umat Islam berhadapan bahaya ultra kiasu.

Tidak dinafikan ada orang Umno yang menolak dan menentang hudud. Tetapi tidaklah sejahat ultra kiasu. Pernahkah Pas dibawa berbincang sebelum ditendang dari PR Sabah?

Ingatan saya kepada Pas, selagi berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan. Biarlah ultra kiasu meminggirkan Pas. Kita mencari redha Allah, bukan redha manusia.


Pas mesti bersabar dan istiqamah. Rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno membusuk, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno. Kepada Umno, ingat amaran Allah, tidak mustahil, Allah akan gantikan kamu dengan orang yang lebih baik, jika kamu terus leka dan tidak sedar diri. Kembalilah kepada Allah dalam membuat sebarang keputusan. In shaa Allah selamat.  

66 comments:

Anonymous said...

Sudah tentu Tun telah menggunakan saluran parti. Lebih dari itu, bagi tidak menggobarkan pemimpin pemimpin UMNO lain, dia telah menggunakan "saluran empat mata".

Berdua'an dengan DS Najib berbincang, mengemukakan perkara perkara yang di fikirkan nya perlu di buat. Demi kepentingan UMNo, kepentingan negara. Paling mustahak sekali, kepentingan menang di PRU14.

Bukan kah sudah di lapurkan bahawa pada suatu masa dulu Najib telah tidak memberi masa menjumpai nya selama 6 bulan. Dan kebelakangan ini tak tahu berapa lama mereka tidak bertemu berbincang berdua.

Saya sokong apa yang Tun kata. Saya sokong pendapat supaya Najib di gantikan. Demi kepentingan kemenagan UMNO/BN di PRU14.

Anonymous said...

Ramai yang telah bersara berpendirian tak mahu masuk campur politik walau apekebende sekali pun. "Bukan boleh menukar keadaan, bukan boleh "solve the problems of the world," kata kepala hotak depa.

Tak sedarkan penting nya undi dan seruan yang boleh menjadi banyak dan menukar keadaan. Ada yang malas, bila bersara ha nya "makan, tengok TV dan tidur, exercise pun tidak", kata seorang kenalan saya. Tak lama lepas itu, dia pun gol. Rugi hayat, rugi tenaga, rugi usaha usaha menukarkan pemikiran dia.

Pada hal ramai yang masih layak berkerja, sebab umur bersara di Malaysia ini jauh lebih rendah dari di Japan dll nya. Maka menymbang secara megeluarkan buah fikiran, menegur mana yang salah, menggalakkan mana yang betul boleh di buat sehingga kita mati.

Maka yang keluar ia lah G25, semalam keluar pulak G40, entah tak lama lagi G itu dan G ini. G yang tak menyenangkan hati dari segi pendirian mereka terhadap pembangunan negara. Mengatakan Islam dan Hudud itu ekstremis. Tak pulak menegor ekstremis ultra kiasu DAP, mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Wahai Melayu yang pandai dan bijaksana, buktikan kepandaian dan kebijaksanaan kamu itu semua. Tubuhkan lah G10000 dan lebih lagi. Laungkan panggilan supaya semua rakyat hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara. Dan tahukan apa itu ta'at setia dan patriotisme kpd negara.

Serukan suapaya Melayu/ Islam bersatu, supaya tidak di perdayakan dan di cuba tindas oleh kaum pendatang DAP dan yang sepemikiran dengan nya. Kalau tak dengan menyertai NGO itu ini, boleh melakukan nya di komputer saperti di sini.

Anonymous said...

Sejuk hati dengar nasihat Dr...ITU tanda ikhlas bila beri nasihat. Tq Dr.

kiasfansuri said...

masalah bukan pada umno, tuan.masalahnya pada tun mahathir.

KAW said...

"Pas mesti bersabar dan istiqamah. Rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno membusuk, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno."

Saya sangat bersetuju dengan tulisan prof ini...

Bangkitlah Pas... be the man...jadilah pemimpin yang mampu menjaga Islam dan umatnya melalui sifat berani..tegas..amanah...kebijaksanaan sahaja tidak memadai utk seseorang itu diangkat menjadi pemimpin...

Berilah peluang kepada rakyat marhain seperti saya utk mengundi PAS pada PRU14 nanti..

Semoga Pas berjaya dalam melaksanakan hukum hudud...istiqamah dan jangan mudah tunduk kepada tekanan....insyaallah

KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB? said...

RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.

1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion

- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudka
n 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion

- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)

- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq

- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar kita keluar dari Mesir.

- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.

Anonymous said...

kiasfansuri,

Siapa kata masalahnya pada tun mahathir?

Masa Tun merintah 22 tahun dulu, ada banyak ke gereja, kuil dll merecup keluar? Bandingkan lah dengan sekarang. Najib bagi apa hampir semua yang pendatang mahukan. Biasiswa pun beri kpd kaum yang terkaya di negara ini dah berpuluh puluh tahun. Depa begitu ramai jutawan yang menymbang biasiswa dll utk yang kurang mampu antra depa, hingga UTAR tak mahu terim RM30 juta sumbangan dari seorang jurutera jutawan Cina 1-2 tahun lalu.

Nak salahkan Tun Mahathir, awat tak beri penerangan. Kalau nak puji Anwarul Al Juburi pun, beri keterangan lah.

Anonymous said...

Macam mana nak sokong PAS. Selagi ada pelawak jenaka Mat Sabu. Penjahat Kominis Mat Indera yang bakar Balai Polis Bukit Kepong pun di kata nya wira.

Bagus lah sekarang dia dapat ha nya 9 pencalunan sebagai Timbalan Presiden PAS. Pencabar nya dapat 70 lebih pencalonan.

Kalau dia menang juga di pilihan parti bulan Jun nih, teruk lah.

Anonymous said...

Sdr KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?,

Bagus usaha usaha anda itu. Tapi betul ke, boleh percaya ke kesemua nya? Ngapa tak bagi link kpd punca maklumat itu supaya pembaca boleh nilai boleh caya ke tak maklumat maklumat itu.

Anda pulak linkkan kpd blog Sakmongkol, pembelot UMNO, sekarang DAP. Curiga tiap apa yang Sakmongkol kata dan apa yang keluar dlm blog nya.

Ngapa pihak berkuasa tak buat mcm Sdr buat itu? Ahmad Maslan Peg. Penerangan UMNO ke, Kementerian Penerangan ke Multimedia ke apekenamanya sekarang. Coba le kasi tau depa yang bodoh (perkataan yang Mahkamah Tinggi kata tak defamatory) dan bangang (perkataan yang Najib gunakan) tuh.

Bila depa tak beri peneangan mcm yang Tun Mahathir minta, ramai lah yang sokong supaya Najib di gantikan.

Anonymous said...

Memang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Tapi yang orang risaukan, wang masuk takda. Bayaran bunga meningkat setiap bulan, sehingga billionaire Ananda Kishnan pinjamkan RM2 billion, tak tau lah interest-free ke.

Tujuan 1MDB apa dia? Melabur ke, perkhidmatan sosial ke? Kalau perkh sosial, bakpa pnjam demikian banyak?

Pakai konsultan asing bikin bonds. Bayar Goldman Sachs dll beratus juta US$. Goldman Sachs, the lead consulting firm, di katakan dapat US$300 juta dari urusan itu saja. Lebih RM1 billion tu, bang. Konsultan lain pun dapat juga.

Tun Mahathir kata biasa nya bayaran "fees" untuk perkhidmatan spt itu ha nya 6%, tapi Goldman Sachs dapat 10%. Beza 4% tu pahal?

4% beza itu = 40% dari apa Goldman Sachs dapat = 40% dari US$300 million = US$120 = RM456 million. Ramai rakyat tertanya tanya ada kaitan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz, tiba tiba jadi kaya, Rosmah selalu ke US, naik executive jet dsb nya?

Tu ntara sebab orang nakkan Najib di ganti.

Dan Goldman tuh nama Yahudi rasa nya.

Anonymous said...

Anak tiri Najib, Riza Aziz, baik dengan 33 year-old billionaire Jho Low yang bersosial minum arak beccumbu cumbu dengan pompuan termasuk dengan film star/ model apekebende Paris Hilton.

Euromoney interview Joho Low di pusat perniagaan nya di Hong Kong, di katakan Jho Low ada kaitan dengan 1MDB. Dia yang tubuhkan Trengganu Investment Agency untuk menyalurkan pelaburan wang minyak Trengganu dahulu. TIA di ambil alih dek 1MDB dan Jho Low ada kaitan dengan sebuah syarikat Timur Tengah Petro apekebenda yang tak trkenal tapi dapat business deal besar dari 1MDB.

Di katakan sebuah syarikat lain yang di kaitkan dengan Jho Low terima US$900 dari business deal itu. Wow, itu RM3+ billion, beb. Ada kaitan juga dengan anak Rosmah/ anak tiri Najib tiba tiba jadi kaya raya ke? Dan dengan Rosmah pergi US dll, guna executive jet, pakai brand items, cincin berjuta juta ke?

Mana tak orang sokong Tun Mahathir nakkan Najib di gantikan.

Siapa kuat bohong said...

Bohong itu satu hal.

Saya teringat bagaimana Tun pernah berkata pilihanraya umum akan datang "boleh jadi" yang paling kotor. Beliau menyuarakan kebimbangnnya terhadap penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi dan memenangi pilihanraya.

Siapa yang bohong pasal projek IC?

Sejarah telah menunjukkan Tun pernah menuduh Anwar Ibrahim mencederakan diri sendiri sewaktu berada di bawah pengawasan pihak polis.

Beliau mendakwa memiliki bukti yang kukuh dalam kes liwat Anwar Ibrahim, tetapi enggan untuk ke mahkamah dan mempersembahkan bukti tersebut di kandang saksi.

Beliau juga pernah mendakwa royalti minyak kepada Terengganu adalah semata-mata wang ehsan, sedangkan Tun Salleh Abbas terlibat secara langsung sewaktu penggubalan Akta Kemajuan Petroleum menegaskan sebaliknya.

Apakah pembohongan sebegini menunjukkan imej yang baik untuk seorang bergelar negarawan?

Apatah lagi perbohongan yang diulang-ulang adalah tindakan yang tidak berakhlak. Sidiq adalah salah satu sifat nabi dan sifat ini wajib dimiliki oleh kepemimpinan. Bohong adalah lawan kepada sidiq, merupakan sifat yang mustahil kepada nabi. Memiliki sifat bohong bermakna nabi yang palsu.

Negara akan selamat sekiranya ia bermula dengan percakapan yang jujur.

Ketika bertemu dengan rakyat Malaysia di Malaysia Hall di London, beliau ‘mendedahkan’ kononnya Anwar tidak mengistyharkan hartanya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu di London rakyat Malaysia di Malaysia Hall boleh percaya. Kini, masa telah membuktikan sebaliknya.

Beliau juga menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987 di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’. Dalam buku tersebut, beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza tetapi polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap. (http://www.erapasca.com/2011/02/mahathir-bohong-mengenai-operasi-lalang.html)

Beliau sendiri mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia sedangkan perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Anonymous said...

"1MDB membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion." -

Mengapa tak mulakan projek itu secepat mungkin bila mulakan 1MDB? Tanah dalam Wilayah Persekutuan, takda masalah ubah syarat penggunaan tanah, pecah geran dsb nya.

Bukan kah booking fees, bayaran 10% di masa tanda tangani Surat Perjanjian Jual Beli yunit yunit fasa pertama dsb nya boleh mendatangkan wang masuk, untuk bayar bunga pinjaman bank dll? Tak lah mendatangkan lebih banyak so'al hingga kena pinjam RM2 billion dari Ananda Krishnan.

Anonymous said...

Tak nak cerita tentang Kg. Medan ke? Dah agama Islam tergugat dah.

Bisu seribu bahasa?

Kalau akal berpolitik, memang benda ni usah dibicara oleh Dr?

Anonymous said...

"selagi berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan" -

PAS Permatang Pauh ada jati diri, jaga maruah PAS.

PKR keluarkan kenyataan tak mahu pertahankan Hudud di PRK Permatag Pauh, PAS Bahagian di situ buat resolusi di mesyuaat tahunan mereka Ahad lalu minta PKR minta ma'af sabelom penamaan calon 25 April, kalau tak mereka tak akan sokong calon PKR.

Anonymous said...

Mr Siapa kuat bohong,

Bohong itu siapa pun buat. Malaikat saja yang tak buat. Kekadang hangpa bohong bini, bohong anak, bila malas nak drive depa around atau ke mana mana.

Anwarul Al Juburi? Lagi teruk. Tak ngaku ngaku dia menyodok jambu jambu nya. Nuduh pulak dua Mahkamah tertinggi di negara ini tak adil dsb nya. Mengarut.

Alamak, awat hang coba kata hal Tun Dr Mahathir tak "persembahkan bukti tersebut di kandang saksi" sebagai bohong? Cetek pemikiran hang.

Tak nampak ke bukti dah di keluarkan di pembicaraan Sodomi I. Drebar bini dia yang tak jambu pun di sodok nya. Dah pelahap bebenor le dia, Yeop.

Sodok China Doll pun dia tak ngaku. Kamdian bohong pasal Omega watch. Kesian kak Jijah, kena le ngaku jam tu ada pada dia. Tapi tak tunjuk pun supaya boleh "put the matter to rest". Sampai la ni, Mamat.

Anonymous said...

Mamat Siapa kuat bohong,

Betui tidak nya interpretasi apa apa akta bukan di atas Tun Salleh Abbas. Walau pun dia terlibat secara langsung sewaktu penggubalan Akta Kemajuan Petroleum itu.

Betui tidak nya bergantung kapada Mahkamh tertinggi di negara ini. Ada di bawa ke Mahkamah ka perkara itu? Sampai ke Mahkamh Federal ke? Kalau tarak, itu pendapat saja. Sapa pun boleh ada pendapat apa saja.

Hang punya Bang Nuor bergelar negarawan ka? Atau banduan? Jangan marah, ye, itu fakta.

Setuju, Negara akan selamat sekiranya ia bermula dengan percakapan yang jujur. Tapi hang ni cakap jujur ka?

Tak faham apa maksud hang "masa telah membuktikan sebaliknya" salepas mengatakan "Ketika bertemu dengan rakyat Malaysia di Malaysia Hall di London, beliau ‘mendedahkan’ Anwar tidak mengistyharkan hartanya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu di London rakyat Malaysia di Malaysia Hall boleh percaya." Sapa kata la ni depa tak caya? Kalo hang satu dua saja lagu tu, tak le boleh kata depa tak caya.

Nun, yang Dato Murad M Noor, bekas Pegawai Tinggi Bank Negara kata dalam Surat Sumpah nya boss Allied Bank Tong Kong buatkan 20 Master Accounts bagi membolehkan Al Juburi kumpul RM3 billion tuh, camna? Ada istiharkan ka?

Anonymous said...

Siapa kuat bohong,

Awat hang dok pertikai Tun Mahathir kata polis bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987? Dia gunakan perktaan "bertanggongjawab" ka? Atau bukan kah dia kata itu "tugas Polis" mengambil tindakan dalam hal ISA?

Hang tau ke bahawa banyak hal Polis jalankan tugas tanpa kebenaran atau rujukan kapada Menteri? Hang tahu ka jika ISA perlukan Menteri luluskan tangkapan? Kalau betui, tolong sebutkan Perkara berapa dlm Akta itu.

Klau pun Menteri kena tanda tangan, tak masuk akai hang ka bahawa dalam kes kes tertenntu depa boleh berkeras mahukan tangkapan ISA di buat mengikut pendapat depa bagi mejaga keselamatan dalam negara?

Laaa, hang sebut buku 'Conversations with Mahathir Mohamad’ bakpa. Tak tau betui tidak yang dia tulis. Ada silap dengaq ka, silap interpretasi maksud ka. Dahtu, hang bagi link kpd blog yang mengata "mahathir-bohong-mengenai-operasi-lalang.html". Sapa nak percaya, kawan wei.

Lagu tu, hak lain lain hang kata tuh aku pun dah malaigh nak komen. Aku ucapkan hang selamat sejahtera tapi aku tak pecaya apa hang kata.

Anonymous said...

Anon 8:38 AM, April 21, 2015;

Link pun sudah bagi. Lu tak kasi baca? Haiyah! Nanti gua bilang lu buta, lu marah.

Baca elok-elok lah. Jangan malas kasi semak itu link lah!

Anonymous said...

Anon 9:08 AM, April 21, 2015;

Lu sekolah darjah enam sahaja?

Baca mau kasi baik-baik. Hujah nombor 4;

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion

Nombor 4 sudah kasi tau RM40 bilion. Budak macam lu memang tak boleh baca between the lines!

Pi main jauh-jauh.

Anonymous said...

Prof,

Saya setuju dengan saranan kiasfansuri (12:22PM) yang mengatakan "masalah bukan pada umno, tuan.masalahnya pada tun mahathir".

Saya merujuk kepada penulisan Dato Din Merican OPEN LETTER to Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Antara penulisan Dato Din Merican ialah;

a) Allegations will remain allegations and there is no way you and your supporters can convince us at this stage that Najib should be asked to resign.

b) Why is this so? My answer is a simple one. You made it possible and are now witnessing the consequences of your craftsmanship. While you were in power (1981- 2003), you were able to create an all powerful Executive Branch, making the Judiciary (with the dismissal of Lord President Tun Salleh Abas in 1988), Parliament, the much respected civil service, the Police and the Armed Forces subservient to the Prime Minister. Our system of checks and balances in public administration was destroyed.

c) Malaysians are basically timid. We especially the Malays have been conditioned by Tun Dr. Mahathir (refer to his controversial book, The Malay Dilemma and Dr. Syed Hussein’s critique of it in his book, The Myth of the Lazy Native) have been conditioned to think that we have dilemmas. In truth, we all want progress and modernisation, and shun ignorance and backwardness.

d) At the party level, you removed promising leaders like Tun Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah who were a threat to you and created UMNO Baru after your own image to replace the outlawed UMNO.

e) What is worse is that you killed democracy in UMNO Baru by amending the constitution to ensure that it would be impossible for the posts of President and Deputy President to be challenged in party elections.

f) So today, the President in office holds absolute power over the party. No challenge is possible and that, in my humble opinion, is your legacy. You have to learn to accept this for a fact and that is Najib is today the most powerful man in our country.

Anonymous said...

Kepada Anonymous yang berlagak macam samseng kepada KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?

Coba hang jadi jantan dan tolong jawap satu demi satu fakta yang dikemukakan oleh KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?

Jangan pandai main spin!

Anonymous said...

Anon 8:38 AM, April 21, 2015;

Persoalan Ngapa pihak berkuasa tak buat mcm Sdr buat itu? Ahmad Maslan Peg. Penerangan UMNO ke...

Ini jawapannya;

1. Ahmad Maslan dikecam teruk di laman sosial Twitter berhubung statusnya mengenai tandas di Kuala Lumpur Convention Centre menyifatkan kenyataan yang dibuat olehnya sebagai kurang bijak.

2. Kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan juga sering kali mengundang reaksi negatif dalam kalangan orang ramai termasuk membabitkan isu kenaikan harga bahan api.

3. Rakyat melabel Ahmad sebagai pengampu kerana membodek bosnya dengan mempertahankan keputusan Putrajaya mengambil dasar yang tidak popular.

4. Beliau mengakui dirinya bukanlah seorang yang popular dan paling dibenci apabila dikaitkan dengan cukai GST.

5. Rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad Maslan yang terbaru tidak bijak.

6. Dulu Ahmad Maslan kata apabila GST dilaksanakan, harga akan jadi murah. Kini harga semakin mahal. Jelas beliau gagal untuk menyakinkan segenap lapisan rakyat terutamanya yang ada ilmu dan berpelajaran mengenai GST ini.

7. Pelajar Fakulti English Professional dan Communications, Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad Maslan tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST.

"Kerajaan mesti terangkan dulu pada pelajar. Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.

Seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Muhammad Shamil, 20, pula mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan GST dan jawapan Ahmad pula seperti menghentam pembangkang.

"Saya tengok menteri tadi lebih kepada nak hentam pembangkang daripada menjawab soalan. Masalah saya bukan GST, tapi pelaksanaan GST.

"Saya okey dia (Ahmad) datang ke sini, tapi dia tak menjawab soalan,"

Salah seorang pelajar bertanya kepadanya, mengapa cukai tersebut dilaksanakan sedangkan ekonomi yang sedia ada tidak stabil dan ramai berpendapat ia membebankan.

Ahmad bagaimanapun menyelar kenyataan pelajar tersebut, mengatakan sistem SST yang membebankan dan bukannya GST, dan terus menyelitkan topik yang tiada mengena dengan soalan yang diajukan.

Apa yang boleh disimpulkan sekiranya seorang menteri gagal menjawab soalan yang dikemukakan di sebuah menara gading?

Kesimpulannya ialah nilai kepercayaan rakyat kepada apa jua kata-kata yang terhambur dari mulut Ahmad Maslan sudah dianggap sebagai sifar.


Anonymous said...

Pada dasarnya berbohong atau berkata dusta atau berperilaku tidak jujur haram hukumnya dalam Islam. Al Quran dan al hadits secara tegas mencela mereka yang suka berbohong.

Al Quran menganggap berbohong adalah perilaku orang yang tidak beriman.

Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah pembohong. (An Nahl 16 ayat 105)

Rasulullah menegaskan haramnya berdusta dan menjadi salah satu tanda orang munafik:

Tanda orang munafik ada tiga: berkata bohong, ingkar janji, mengkhianati amanah (HR Bukhari & Muslim).

Bersifat jujur adalah wajib bagi seorang muslim. Bohong atau berkata dusta adalah haram. Namun demikian, dalam situasi tertentu bohong dibolehkan. Misalnya, dalam keadaan terpaksa. Atau dalam beberapa situasi yang di mana berbohong justru akan membawa kebaikan di banding kalau berkata jujur. Seperti untuk menyenangkan isteri dengan mengatakan masakannya enak, walaupun sebenarnya tidak enak, dsb.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Apakah tulisan Datuk berkenaan Peristiwa Memali ada kaitan dengan komen Siapa kuat bohong?

Anonymous said...

10:12 AM,

Apa nak di cerita tentang Kg. Medan?

Baca lah lapuran ini:

MBPJ officers have classified the church in PJ that was forced to take down a cross after protests by a group of Muslims as illegal.

MBPJ said the church was unlicensed as it has not submitted a written application to operate as a place of worship, The Star reported.

The shoplot used as a church also "does not have a license to operate as a place of worship".

Those saying the protest is politically motivated, pointing to the involvement of a local Umno branch chief, is stupid. Th man had explained that it was coincidental that he got watsapp from youngsters about the matter and he tried to diffuse any tension that may arise.

"Shoplots that are converted into places of worship or meditation centres must comply to Act 133 Section 70(12) and a written application with the activities described must be submitted for approval. We need these compliance as to ensure safety of the people using the building," said the MBPJ Officer.

She added that all places of worship intending to display a logo or symbol on the building must comply with the council's permit.

"Be it a lotus, trident or a cross, a council permit is needed," she added.

Anonymous said...

Kalau hanya dalam masa beberapa tahun sahaja Najib melalui 1MDB boleh dapatkan pelaburan melebihi RM40 bilion sedangkan Mahathir tidak dapat melakukannya selama 22 tahun, ini sudah tentu Najib lebih bagus.

Kejayaan Najib perlu dipuji dan bukannya dikeji.

9 fakta yang dibentangkan oleh KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB telah membuktikan kewibawaan Najib.

Anonymous said...

Apakah US300 juta berbanding kepada pengurusan bond berpuluh bilion US dollar?

Samada menggunakan perkhidmatan nama orang putih ataupun Yahudi, ini menunjukkan Malaysia masih tidak setanding orang barat. Oleh itu, terpaksalah outsource sehingga boleh berdikari.

Insha Allah, dalam masa terdekat, mungkin Malaysia boleh menasihati serta memberi perkhidmatan yang mungkin menjangkau berbilion dollar kepada negara lain.

Anonymous said...

G25,

Tak payah lah melompat dok kata "protesters of Taman Medan Church incident tarnished image of Islam".

Hangpa baca lah apa MBPJ kata depa tuh tarak permit buat gereja dan letak tanda silang di situ.

Hangpa berat sabelah ka? Tak mau komen depa yang bukak gereja tanpa permit ka? Siapa yang mulakan destabilize keadaan?

Camna kredibiliti hangpa camtu? Cmana nak kata hangpa elite ka, terpelajar ka, tak periksa apa, dok hentam sabelah pihak saja.

Kata bodoh, hangpa marah. Tapi Mahkamah Tinggi dah kata perkataan bodoh tu tak defamatory, noooooo?

Anonymous said...

1:08 PM,

Satu kli lu pakai nama "KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?" Lepas itu lu pkai nama Anonymous. Lu c&p punya olang ka? Aiyya, manyiak musuk punya olang la lu.

Itu c&p article kasi link tatak bole caya punya lorr. Haiyah! lu bukan buta, pun bolo, lorr.

Kasi link bole caya punya lorr. Lu kasi Sakmongkol punya link, lain lain link bohong punya olang tulis, sapa mau caya?

Kasi link macam 1MDB punya, Polis punya atau gomen punya Jabatan ka, boleh caya lah. Tapi Pakatan punya gomen pun mana bole caya, hmsat punya cakap lorr.

Anonymous said...

Saya berpendapat Tun cemburu dengan kejayaan Najib yang dalam masa yang singkat boleh menarik pelaburan berbilion dari luar negara. Apatah lagi wang berbilion tersebut sedikit pun tidak disalurkan kepada jambatan bengkok atau kepada pembangunan lapangan terbang di Kedah!

Samada pembangkang termakan umpan Tun, allah wa alam.

Membaca tulisan "Anonymous KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB" bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hilang menunjukkan kerajaan prihatin dengan pembangunan.

Saya yakin dengan waktu yang terdekat, hasil dari pelaburan 1 MDB akan muncul.

It is obvious the opposition is worried when 1 MDB produce its result.

Anonymous said...

Tajuk minggu ini ialah "Apa nak jadi dengan Umno?".

Tunggulah nanti bila ada tajuk pasal Taman Medan.

Lagipun kita tak nak Noh Omar saman mereka yang kait insiden Taman Medan dengan UMNO.

Anonymous said...

1:13 PM, April 21, 2015,

Kamu cakap pasal pembangunan tanah RM40 billion. Langsung takda kena mengena dengan apa aku perso'alkan di 9.08, antara nya -

"Memang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Tapi yang orang risaukan, wang masuk takda. Bayaran bunga meningkat setiap bulan, sehingga billionaire Ananda Kishnan pinjamkan RM2 billion, tak tau lah interest-free ke.

"Pasal apa pinjam banyak sangat ...

"Pakai konsultan asing bikin bonds. Bayar Goldman Sachs dll beratus juta US$. Goldman Sachs, the lead consulting firm, di katakan dapat US$300 juta dari urusan itu saja. Lebih RM1 billion tu, bang. Konsultan lain pun dapat juga.

"4% beza itu .. RM456 million .. ada kaitan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz, tiba tiba jadi kaya, Rosmah selalu ke US, naik executive jet dsb nya?"

Kamu bukan saja bodoh, juga bangang mcm Najib kata. Jenis kamu lah yang banyak menyokong Najib dan. Rosmah. Jadi, itu lah sebab nya 1MDB dll menjadi isu isu besar negara sekarang.

Rosak Melayu dan negara di buat dek jenis bodoh bangang kamu nih.

Anonymous said...

1:45 PM, April 21, 2015,

Kamu copy and paste lagi, kali ini kamu salin apa Din Merican kata pulak. Kamu sama ornag nya dengan yang sekejap guna nama panjang, kemudian guna Anonymous pulak.

Bermacam komen kamu tulis, mencoba tegakkkan benang basah.

Satu hapah pertanyaan yang orang buat di sini kamu tak jawab. Sebaliknya kamu menuduh tak habis habis. Amat keji jenis kamu dan perbuatan kamu ini.

Kalau lah kamu coba jawab satu dua pertanyaan Tun Dr Mahathir, atau yang di kemukakkan di blog ini, kan ada harapan orang faham kemana Najib nak pergi. Ke gaung PRU14 ke, ke Hollywood atau New York dengan eksekutif jet bersama Rosmah, mendudukki rumah rumah yang anak tiri nya Riza beli beratus juta.

Anonymous said...

Wahai mamat 1:51 PM, April 21, 2015,

Yang sepatut nya kamu fahamkan apa yang di kemukakan penulis di sini dan menjawab nya, kamu pulak menuduh orang sebagai samseng dsb nya.

Aku terangkkan lagi -

1. Mengapa 1MDB pinjam banyak sangat
2. Mengapa tak jalankan projek yang membawa wang masuk secepat mungkin, supaya ada wang masuk, supaya tak sampai ke tahap meminjam RM2 billion personal loan dari Ananda Krishnan?
3. Kerajaan UMNO di bawah Najib takda maruah ke?

Sekali lagi aku ulang supaya masuk ke dalam kepala hotak kau yang amat keras -
Bukan orang perso'alkan projek projek yang di"conceptualise"kan - pakai perkataan besau kau ye, tapi tak fahamkan apa yang orang perso'alkan.

Orang perso'alkan cara menjalankan 1MDB - sebagai business ke, sebagai perkhidmatan sosial ke, sebagai alat memberi peluang beli dan pakai executive jet ke, dan sebagai nya.

Anonymous said...

4:00 PM,

Fahamkan lah bahawa apa yang di perso'alkan ia lah mengapa bayaran "fees" kpd konsultan konsultan asing itu begitu tinggi. Tun Dr Mahathir kata biasa nya 6%, mengapa yang ini 10%?

Beza nya di anggarkan sebanyak hampir RM500 juta. Menimbulkan so'al jika ada kaitan nya dengan anak tiri Najib (anak Rosmah dengan laki lain) menjadi alih alih kaya.

Tambah pulak, syarikat yang di kaitkan dengan kawan baiknya, Jho Low, di lapurkan menerima US$900 juta (RM3+ billion) melalui "deal" syarikat Timur Tengah Petro apekenamapenuh nya dengan 1MDB.

Boleh ke anda tolong beri penerangan yang memuaskan dan punca maklumat yang boleh di percayai? Terima kasih kalau boleh. Kami ingin nak tahu.

Anonymous said...

2:33 PM,

Puji hangpa sikit, melompat hang mcm kera kena belacan, noooooo?

Teruih menghentam Ahmad Maslan pulak. Pada hal, yang hangpa keluaqkan di sini tuh bukan lah apa sangat, bagi link pun yang susah nak caya.

Nih, aku nak habaq sikit saja - Ahmad Maslan tu di lantik Najib, la ni makan gaji sebagai Timb Menteri, jugak di lantik Najib. Jadi, tentu lah dia keluaqkan kata kata yang baguih untuk Najib. Mcm hangpa jugak.

Begitu jugak apa yang keluaq dari mulut hangpa Pakatun di anggap sebagai keluaq dari lubang bontot Anwaq Al Juburi. Amacam, masuk akai dak?

Anonymous said...

3:47 PM,

Tolong jangan silap faham - bonds itu bukan "pelaburan" dari luar negara, tapi hutang Kerajaan kita.

www.investopedia.com/university/bonds/bonds1.aspInvestopedia

Bonds are debt, whereas stocks are equity. This is the important distinction between the two securities.

What Are Bonds?

www.investinginbonds.com/learnmore.asp?catid...2

A bond is a debt security, similar to an I.O.U. When you purchase a bond, you are lending money to a government,

Anonymous said...

Siapa sahaja yang menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan salah dan akhirnya Mahathir juga yang akan berusaha menurunkan mereka yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan beliau, akhirnya Musa juga tidak sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan Ghaffar, akhirnya beliau memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu beliau juga sedar yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka Abdullah lah yang dijangka orang yang paling sesuai untuk menggantikan beliau.

Apabila Abdullah menjadi gantian kepada beliau, Abdullah juga tidak sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh arah Muhyiddin untuk bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil mendapatkan gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.

Sekarang ini sudah dipanggil ramai perwakilan UMNO oleh Dr Mahathir dan mengkritik Najib pula. Najib juga tidak betul kepada Dr Mahathir. Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan Muhyiddin pula. Ramai pasti yang Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah jika Mahathir masih hidup sehingga umur 100 tahun.

Pendeknya jika kita menerima pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan menjadi aman politiknya. Pilihan-pilihan Mahathir semuanya pilihan yang salah.

Kenapa pilihan Mahathir itu sentiasa salah?

Jawapannya mudah kerana pemilihan Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai pengganti beliau itu adalah pilihan yang salah. Dr Mahathir sentiasa menuduh timbalannya yang salah kerana pemilihan beliau sendiri oleh Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang-orang lama dalam UMNO itu sebagai pilihan yang salah.

Kalaulah Dr Mahathir itu pilihan yang betul masakan beliau mewariskan politik yang kacau bilau seperti sekarang ini? Beliau (Mahathir) sentiasa memilih timbalan-timbalannya yang salah.

Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara.

Anonymous said...

Woi macai 3:47 PM,

Hang tak tau ka bahawa Chedet masa Ringgit Malaysia kena attack dek Yahudi Zionis currency speculator George Soros di zaman Asian Financial Crisis tak pi kat Asian Development Bank atau World Bank pun?

Dia kasi selesei masalah kita sendiri, akhir nya berjaya tetapkan Ringgit pada tahap RM3.20 = US$1.00. La ni, bawah Najib dah turun lagi nilai mata wang kita - dah sampai RM3.60 hang tau ka?

Kalau oang lain perintah Malaysia di masa Asian Financial Crisis, dah telungkup Malaysia, hang tau dak?

Dok float bond hang kata pelaburan! Nun hak depa pi cangkong di tepi parit bendang padi bukak seluaq nampak ketui ketui keluaq dari bontot tu pun ada oang pangge "pi melabur" hang tau ka?

APA YANG KITA DAPAT DARI PINJAMAN 1MDB RM42 BILION? said...

Untuk membangunkan negara sejak dahulu kita terpaksa berhutang namun rekod negara kita mampu membayarnya.

Macam kita nak beli rumah dan kenderaan terpaksa berhutang tapi kita masih mampu bayar.

Yang penting kita perlu menjaga keamanan negara agar ekonomi sentiasa mantap dan semua rakyat gembira.

Tak perlu nak pening kepala pikir masalah negara, kerajaan tak suruh pun kita bayar hutang negara. Sama juga tak perlu pening kepala fikirkan hutang jiran tetangga, jaga hal sendiri.

Biar Bank Negara yang settle hutang negara kita teruskan bekerja cari rezeki halal dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Dalam perniagaan ada untung rugi. Tapi perangai pencacai time rugi bising, time untung tak nak bersyukur...dah bagi penerangan tak mau dengar plak.

Bila dah tahu fakta tak lah jadi kekal membangang sepanjang masa dok sibuk soal cari kesalahan orang lain.

Anonymous said...

10:49 AM,

Tak setuju anda mengatakan yang Muhyiddin juga akan jadi pilihan yang salah.

So'al nya, kalau buat apa yang Mahathir tak setuju, di tegor nya sebagai mantan Perdana Menteri (selalu nya tak secara terbuka), boleh beri penerangan.

Yang masalah nya, tak beri penerangan yang mencukupi. Saperti 1MDB, banyak so'alan so'alan yang ramai rakyat ingin tahu tak berjawab.

Anonymous said...

APA YANG KITA DAPAT DARI PINJAMAN 1MDB RM42 BILION? 2:28 PM,

Awat hang ni tak faham faham yang oghang dok pertikaikan ia lah kenapa tak jalankan dengan cepat projek projek yang boleh wang masuk cepat, spt Bandar bahru di lapanagan terbang lama tuh. Kan boleh kutip duit tempahan booking fees, duit bayaran permulaan di masa tanda tangan Surat Perjanjian Jual Beli dll lagi.

Siapa pun tahu bahawa untuk membangunkan negara dengan pesat perlu berhutang. Tapi tak faham camna kaitan kata kata hang “kita perlu menjaga keamanan Negara” dengan kata kata “agar ekonomi sentiasa mantap dan semua rakyat gembira.” Di masa masa rakyat tak gembira pun, keamanan Negara tak terjejas. Keamanan terjejas bila rakyat gelisah akibat tak di perintah dengan betui.

Tak bijak la hang dok cakap tak perlu nak pening kepala pikiaq masalah negara, macam lah rakyat tak boleh bersuara. Bila wang rakyat terlibat, mana boleh dok jaga hal sendiri saja, beb. Bayaq cukai satu sen pun, jadi Stakeholder jugak, la, Mista.

Hang bunyi mcm diktator plak, oghang nak tanya, nak keluaq pendapat tak boleh, hang dok kata mcm mcm. Hang ni sekolah Al Hitler ka? Sabenaq nya oghang mcm hang ni yang kekal membangang sepanjang, dok pikiaq hang pandai sangat, tapi tak.

Banyak so’alan dalam komen komen di sini pun hang tak jawab. Hang dok copy and paste saja, pastu hang kata oghang lain bodoh. Bangang lah hang camtu.

Ok, cuba hang jawab pasai apa 1MDB tak mulakan projek pembangunan Bandar di tanah airport lama tu secepat mungkin sekarang dah berapa tahun 1MDB berjalan. Amacam, bole? Kami nak dengaq. Bukan nak cabaq hang, saja betui betui nak tahu ni, Mamat.

Taman Medan said...

Noh Omar tak boleh saman sebab ada bukti gambar orang UMNO bermesyuarat

http://omakkau.blogspot.com/2015/04/sudah-kantoi-demo-anti-salib-taman.html

Anonymous said...

Saya setuju dengan 2:28 PM.

Buat apa kita nak pening bila ada niat jahat menjatuhkan Najib?

Saya nak jawab persoalan tentang pinjaman dan komisen yang dibayarkan.

Bila anda membeli Proton atau Myvi dan pinjaman yang dibuat katakan adalah sebanyak RM42 ribu, jurujual (salesman) mendapat komisen RM500.

42 ribu = 42,000
42 juta = 42,000,000
42 bilion = 42,000,000,000,000

Kalau pinjaman RM42 ribu, komisen adalah RM500, maka pinjaman RM42 billion, komisen yang sepatutnya adalah RM 500 ribu juta. Tetapi dalam kes 1MDB, komisennya adalah RM500 juta sahaja.

Berbalik kepada pinjaman kereta, peminjam membayar secara ansuran pinjaman bersamaan bunga yang dikenakan.

Dalam kes 1MDB, bayaran pinjaman bond dengan dividen yang dijanjikan hanya dibayar selepas tamat tempoh iaitu pada Mar 2023.

Saya harap pembaca bijak membuat penilaian dengan sendiri dan tidak mudah dikelirukan oleh pihak yang mempunyai niat yang tertentu.

Anonymous said...

Anon perlu ikhlas bagi komen. Setiap hujah tertera linknya. Jangan hanya komen link hanya ke Sakmongkol.

Kalau Anon tidak periksa link yang tertera pada setiap hujah, periksalah sekarang.

Anon kena jujur.

Anonymous said...

Saya setuju duit 1MDB tidak hilang. Adalah satu fitnah yang besar membuat tuduhan yang hutang firma 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM42 bilion itu "hilang"!

Anonymous said...

Bukan mudah untuk mentadbir sebuah negara. Berpuas hatilah dengan kestabilan ekonomi dan keharmonian ini. Sama-sama kita jaga negara tercinta ini.

Pencapaian Malaysia di bawah kepimpinan Najib selama ini membuktikan bahawa kerajaan BN menepati setiap janji kepada rakyat.

Ramai yang kononnya fikir mereka betul telah memperbuat tipu daya yang melampau demi kelangsungan politik mereka. Saya sangat-sangat tidak bersetuju dan sekerasnya mengutuk tindakan mereka yang menggunakan pendekatan menghina-dina orang lain.

Menyiar dan menyebar, apatah lagi membuat fitnah durjana dengan kemahiran dan ilmu yang diberikan atas kurniaan Allah S.W.T adalah mereka yang tidak tahu bersyukur.

Ada ilmu, gunakan untuk tujuan yang lebih baik dan lebih afdal.

Jangan sampai Allah S.W.T memandang anda dalam keadaan murka di akhirat kelak.



What is wrong with 1MDB? said...

From the beginning, it was wrong. It started off as an off-budget and it was not put before the Parliament.

The money was borrowed. So it is not sovereign wealth but sovereign debt.

The bond raised by Goldman Sachs costs more than usual for government borrowings. The interest rate at 5.9% was too high. Government loans usually attract about 3% or below.

In addition, 10% commission went to Goldman Sachs which means that 1MDB gets only 90% of the money borrowed yet has to pay interest on 100%, raising the interest rate to 6.6%. Averaging at 6%, yearly interest on RM42 billion is about RM 2.5 billion. Since 2009, there has been no income from all the assets. And 1MDB had to borrow RM2 billion to pay the interest. The loan is now RM42 billion.

Total initial borrowings amounted to 42,000,000,000 (RM42 billion). As far as can be ascertained the investments are as follows:

a.Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM8.5 billion. This is higher than market price. The licence was about to expire.

b. Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM2.3 billion. Again high above market price. The licence was abut to expire.

c. Purchase of Jimah Energy for RM1.2 billion.

d. Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320 million ie: RM64.00 psf. Land last sold in the area was at RM7,000 psf.

e. Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM363.5 million, ie. at RM 91.00 psf. Estimated value RM1,000 psf.

f. Purchase of 234 acres land in Air Itam in Penang RM 1.38 billion, ie. at RM135.00 psf.

It should be noted that TRX land is close to land recently sold at RM7,000 psf. Assuming the market price is RM3,000 psf, the true value of this land is RM6 billion. The government has therefore lost 5 billion plus because 1MDB paid only RM320 million.

With regard to the Sungai Besi Airport land, 1MDB paid RM363.5 million for 495 acres – ie. at RM91 psf. Assuming market price for this land is RM1,000 psf, the government lost approximately RM20 billion.

The land in Penang is of poor quality and has more than 1,000 squatters. Yet 1MDB paid RM1.3 billion, ie. RM135 psf.

These are all the purchases that are known. They all add up to RM14.7 billion. So there is approximately RM27 billion left.

More than US$1 billion was said to be paid to PetroSaudi without verification as to the value of this company or its assets.

Where is the rest of the money? said...

A certain amount was registered in the Cayman Islands. What was the money used for? What was brought back to Malaysia? What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore? Why? Where was the money brought back from? Why is this money not used to pay the RM2 billion interest? Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche?

Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back?

Clearly, 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money, the government lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the government is approximately RM25 billion.

1MDB revalued all its assets at RM52 billion. That is because government land was brought at far below the market price. It can only use this money to repay loans if it succeeds in selling them off as land or after development. Progress on TRX is very slow and there is no work on Sungai Besi land. No money will be generated during development, only outflows.

It is this disappearance of a huge amount of borrowed money by 1MDB and the inability to answer questions regarding what happened to the funds that disqualifies Najib from being prime minister of Malaysia.

Anonymous said...

Mamat APA YANG KITA DAPAT DARI PINJAMAN 1MDB RM42 BILION?,

Dah keluor dah - apa yang Tun Dr Mahathir janji dia akan sebutkan pendapat nya kemana wang itu pergi. Di pos nya terbahru, dia kata bahawa tak sampai separuh dari RM42 bilion itu yang "accounted for", yang 27 bilion tak tahu pegi ke mana.

Ko pigi le ke blog dia dan jawab dia di situ atau di sini pun takpa.

Aku belom sempat nak keluorkan di sini butiran lanjuut apa dia kata dan pendapat nya bahawa itu hutang yang di jamin gomen kita, makna, kalau 1MDB rugi, kita semua rakyat yang tanggung. Last aku chek, duit cukai tuh, 0.00001% aku yang bayor.

Selama ini aku sokong kuat UMNO/BN, sekarang masih sokong kuat lagi, tapi tak sokong lagi Najib dan bencikan Rosmah sejak PRU13. Aku ada hak pegang pendirian gitu - this is free country, Mamat.

Nak tanya sikit, jangan marah - ko dapat apa dari itu semua?

Anonymous said...

Saudara yang mengguna nama APA YANG KITA DAPAT DARI PINJAMAN 1MDB RM42 BILION?,

Cuba kamu jawab so’alan so’alan dan komen komen Tun Dr Mahathir berkenaan 1MDB yang di keluarkan nya di blog nya Chedet blogspot semalam, yang kata nya telah menyebabkan dia mahukan DS Najib meletak jawatan, yang saya sokong. Antara nya:

1. Dari jumlah RM42 bilion pinjaman 1MDB, ha nya lk RM14.7bil sahaja yang “can be accounted for”. K mana pergi nya RM27.3 bilion yang lain itu.

2. Pembelain yang di ketahui, ha nya berjumah RM14.7 bilion. Jika kamu tahu ke mana yang RM27 bilion itu pergi, sila lah beri tahu di sini.

3. Lebih dari US$1bilion (RM3.6 bilion) di katakana di bayar kapada PetroSaudi “without verification as to the value of this company or its assets.”

Tun Dr Mahathir senaraikan pembelian 1MDB:

a. Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM8.5bil.

b. Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM2.3bil

c. Purchase of Jimah Energy for RM1.2bil

d. Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320mil

e. Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM363.5mil

f. Purchase of 234 acres land in Air Itam in Penang RM1.38bil

Tun Dr Mahathir kata “1MDB is not getting any returns from its investments and the Government has lost money when 1MDB paid only RM683mil for TRX and Sungai Besi land.”

Dia juga kata “the total losses incurred by the Government is approximately RM25bil. 1MDB revalued all its assets at RM52bil. That is because Government land was brought at far below the market price.

“It can only use this money to repay loans if it succeeds in selling them off as land or after development. Progress on TRX is very slow and there is no work on Sungai Besi land. No money will be generated during development; only outflows,” he said.

Tun kata 1MDB “was wrong from the beginning. The money was borrowed. So it is not sovereign wealth but sovereign debt.

“A company with RM1mil capital with no assets cannot borrow 42,000 times its capital with no collateral. That 1MDB is able to do so is because of Government guarantees.

“In other words, it is the Government which is borrowing the money. If 1MDB loses money, the Government will bear the loss. Yet the operation of 1MDB is not overseen by Government officers responsible for the management of government funds,” kata Tun Dr Mahathir.

Anonymous said...

Anon 8:31 PM, April 23, 2015

Nampaknya anda terpengaruh dengan politik benci yang disemai oleh mereka yang mempunyai niat tertentu.

Nampaknya mereka berjaya menanam sifat benci dalam anda.

Anonymous said...

Anon 7:08 AM, April 24, 2015

Jangan marah sebab bawah ini adalah copy & paste dari portal BERNAMA. Lain kali jangan malas buat research.

(rujukan : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1126227)

Selain dari itu, elok juga anda baca hansard dari parlimen. Untuk kesenangan anda, sila ke paparan http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-rakyat.html?uweb=dr

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah percaya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tercetus berasaskan persepsi yang dimainkan oleh golongan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin tidak semua rakyat terpengaruh dengan persepsi yang diwujudkan berhubung polemik syarikat pelaburan strategik kerajaan itu, termasuk yang dimainkan oleh pihak media tertentu.

"Isu ini diwujudkan berasaskan persepsi oleh golongan tertentu, termasuk media apabila media tertentu telah memainkan isu ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan senator Datuk Yahaya Mat Ghani mengenai langkah diambil kerajaan, bagi memastikan isu 1MDB tidak berpanjangan, dan tidak terus menjadi spekulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahmad Husni menarik perhatian bahawa dalam isu 1MDB, pihak-pihak berkenaan lebih cenderung memainkan isu kontroversi tetapi tidak pula menyentuh tentang pelaburan menguntungkan yang dibuat oleh syarikat itu.

"Saya hairan, bila kita lihat dalam laporan akhbar umpamanya, tidak ada langsung diceritakan pelaburan (1MDB) dalam Petro Saudi yang telah menjana keuntungan sebanyak US$487 juta atau bersamaaan RM1.494 bilion," katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datin Rahimah Mohamad mengenai sama ada kerajaan boleh meyakinkan rakyat selepas proses audit 1MDB selesai, Ahmad Husni berkata beliau yakin ia dapat diselesaikan berdasarkan inisiatif kerajaan, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Kabinet juga telah memanggil (1MDB) dan kita meneliti satu demi satu dan kita minta 1MDB pula buat pembentangan dan dari situ sepatutnya Kabinet telah berpuas hati," katanya.

Bagaimanapun, kata Ahmad Husni, atas permintaan pihak tertentu supaya audit yang dibuat lebih telus, hasil audit 1MDB akan diserahkan kepada PAC yang dianggotai anggota parlimen Barisan Nasional dan pembangkang untuk dibincangkan.

Menjawab soalan Senator Datuk Boon Som a/l Inong berhubung perkembangan audit yang dijalankan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB, Ahmad Husni berkata ia sudah dimulakan dan segala dokumen juga dikumpulkan untuk diaudit.

"Kita (kerajaan) telah memaklumkan kepada Ketua Audit Negara supaya melakukan audit itu secara komprehensif. Selepas audit selesai, selepas itu kita boleh jawab tohmahan terhadap 1MDB," katanya.

Anonymous said...

Kepada mereka yang mudah terpengaruh dengan permainan politik tempatan mengikut rentak barat, sila baca;

a) http://en.wikipedia.org/wiki/Negative_campaigning

b) buku Attack Politics http://www.amazon.com/Attack-Politics-Negativity-Presidential-Government/dp/070061561X

c) sinopsis Attack Politics https://kuecprd.ku.edu/~upress/cgi-bin/978-0-7006-1680-0.html

Anonymous said...

Wahai 8:31PM,

Umno sudah hilang identitinya samasekali. Saya sudah tidak mengenali Umno lagi. Parti yang disebut sebagai Umno itu sudah tidak rupa Umno lagi. Umno hanya tinggal pada nama tetapi tidak ada rohnya lagi. Umno ibarat kucing dengan tikus. Dulu kucing makan tikus tetapi kucing sekarang takut pada tikus.

Pemimpin-pemimpin sekarang tidak memahami apa itu Umno sebelum mereka menyertai parti itu. Sampai sekarang mereka tidak memahami apa itu Umno dan mereka jugalah yang menjadi pemimpin parti itu dan mentadbir negara dengan cara yang kita lihat sekarang. Mereka menganggap menyertai Umno dan seterusnya menjadi Menteri dan sebagainya itu merupakan perkara yang “ultimate” bagi mereka tetapi mereka tidak pernah berusaha untuk menjaga apa yang terkandung dalam BAB3 Perlembagaan Parti itu.

Dosa terbesar Umno ialah membantutkan daya pemikiran orang Melayu. Orang Melayu tidak dibenarkan berfikir di luar kotak tetapi dalam masa yang sama mereka beretorik supaya orang Melayu menjadi bangsa yang global. Bercakap yang benar di dalam Umno itu merupakan kesalahan dan kita tahu yang Umno hanya bergantung kepada kuasa pinjaman yang diberikan rakyat sahaja. Umno tidak mampu mempertahankan diri dengan menunjukkan kerja baik dan membangun.

Orang Melayu sudah begitu lesu, tidak berdaya berfikir secara jelas kerana jiwa mereka telah ditawan dan dikurung tanpa boleh berbuat sesuatu untuk kemajuan masa depan mereka. Mereka telah diasah yang boleh menjamin masa depan mereka ialah Umno sahaja.

Tetapi Umno itu sendiri sedang menghadapi saat kematian kerana penyakit yang tidak boleh diubati seperti rasuah, rendah diri serta tunduk kepada tekanan yang dilakukan oleh mereka yang telah digaji dan diupah untuk menjaga mereka. Rakyat tidak boleh berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak pemerintah yang diberikan mandat oleh rakyat itu sendiri.

Umno tidak sedar yang rakyat mahu hidup aman damai dengan jiran tetangga dan tidak mahu lagi terkongkong dengan perasaan rasis yang menebal. Umno masih memainkan perasaan dan sentimen perkauman.

Anonymous said...

Wahai 8:31 PM

Umno masih mengharapkan yang isu Melayu masih dalam keadaan ketinggalan akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak Umno kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama di nyanyikan oleh kepimpinan Melayu Umno, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?

Ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang merupakan isu yang sangat “expedient” bagi pimpinan Umno untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini lagi untung bagi parti Umno yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.

Umno seolah-olah tidak mahu Melayu ini maju ke depan kerana jika Melayu sudah maju maka Umno akan hilang isu untuk menyaingi parti-parti lain yang kian hari kian mendapat sambutan dari rakyat yang rata-rata sudah menggunakan akal anugerah Tuhan untuk menilai dan berfikir untuk memilih yang mana yang baik dan yang sebaliknya.

Keghairahan Umno untuk terus berkuasa ini menjadikan orang Melayu mangsa kepada nafsu Umno untuk terus berkuasa. Orang Melayu masih dalam ketakutan kerana mereka terpedaya dengan cara Umno yang suka menakut-nakutkan mereka (orang Melayu). Umno sudah menjadi zalim kerana menekan bangsanya sendiri dan memundurkan pemikiran mereka sehingga mereka tidak boleh bergerak untuk memajukan diri mereka (Melayu).

Apabila orang Melayu mempunyai sedikit pandangan yang berbeza, Umno akan mengungkit kononnya jasa-jasa yang telah diberikan Umno kepada mereka itu harus dibalas dengan memberikan sokongan walaupun mereka merompak dan menyamun. Kita sedih dengan kelemahan bangsa kita dalam hal ini walaupun setengah dari mereka telah belajar jauh di antara dunia tetapi mempunyai pemikiran yang masih dijajah dengan kumpulan penjenayah politik dan ekonomi seperti Umno ini. Nampak sangat sikap pemimpin-pemimpin Umno yang mereka tidak suka kepada bangsanya yang berfikir.

Umno sudah ketandusan idea untuk menjawab perbahasan dalam banyak isu politik. Umno hanya tinggal dengan taktik gertak menggertak serta melakukan pembelian undi dan melakukan penipuan dalam pilihanraya nanti seperti yang mereka lakukan selama ini.

Taktik yang lain ialah dengan menghina dan menggunakan kata-kata kesat yang tidak bertemadun dan beragama. Umno seolah-olah sedang menghadapi penyakit gila talak dan tidak keruan lagi.

Mencarut-carut di alam cyber sekarang ini sudah menjadi pakaian penyokong-penyokong Umno untuk berkempen bagi menegakkan benang basah mereka. Mereka tidak sedar manusia sekarang sudah lebih tinggi tamadunnya. Memaki hamun dan mencarut itu hanya membayangkan betapa “desperado” nya Umno masa kini dan memaki hamun itu hanya dilakukan oleh mereka yang sengkek sahaja.

Umno hanya membina sifat penakut kepada orang Melayu sahaja kerana jika orang Melayu takut dengan isu rasis yang di gembar gemburkan olehnya lagi berpeluang mereka untuk berkuasa dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan orang Melayu lagi.

Orang Melayu dididik supaya tidak menggunakan pemikiran yang rasional, sebaliknya menggunakan sentimen dan emosi semata-mata. Hasilnya wujudlah kumpulan penyokong-penyokong Umno yang tidak dapat berfikir dan membahaskan isu-isu penting dalam negara, justeru mereka hanya menggunakan kata-kata yang tidak baik seperti babi, anjing, baruah dan sebagainya yang kotor-kotor belaka. Bahasa yang mereka gunakan tidak langsung melambangkan bangsa mereka.

Kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris dan sebagainya, sekarang kita bukan setakat dijajah tetapi seperti kita sedang ditekan oleh kuasa seperti “Malayan Union” dahulu, tetapi kali ini dari sekumpulan bangsa sendiri yang menamakan kumpulan mereka Umno (baru) yang mula dipelupori oleh Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Orang Melayu hanya diperguna untuk bertepuk dan bersorak dan pemimpin-pemimpin terus menipu dan mengelirukan mereka (orang Melayu). Lagi mereka (orang Melayu) ditipu lagi kuat mereka bertepuk dan bersorak. Kalau kita cuba menegur, orang yang di tipu tadi akan memaki hamun kita pula dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak punya tamadun.

Anonymous said...

Wahai 8:31 PM

Persoalan "ko dapat apa dari itu semua?" buatkan saya memikirkan nasib UMNO di masa akan datang.

Masalahnya ahli-ahli UMNO tidak ada lagi kesetiaan kepada parti mereka semata-mata kerana tidak dapat kehendak hati.

Kini, UMNO dipergunakan untuk kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

Anonymous said...

Bagi Mahathir yang paling utama ialah peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir.

Semasa beliau mengambilalih kepimpinan kerajaan dengan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan Mahathir merupakan seorang PM yang tidak mempunyai ‘grassroot’ yang kuat. Mahathir memulakan kepimpinan negara dengan menyisihkan pemimpin sebarisan dengan beliau secara sistematik. Jika dikaji dan dipandang dari apa sudut sekali pun Tengku Razaleigh lah yang sepatutnya menjadi pemimpin selepas beliau. Tetapi beliau tidak mahukan Tengku Razaleigh kerana beliau tidak mahu dibayangi oleh TR yang semasa itu menjadi ikon kepimpinan dalam UMNO. Jika TR menjadi Timbalan beliau niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri berdekad-dekad lamanya itu tidak akan tercapai.

Beliau menggunakan Musa Hitam yang kebetulan juga seorang yang bercita-cita tinggi tetapi tidak dapat menyaingi kepopularitian TR. Mahathir memilih Musa untuk menyaingi TR dengan menggunakan pengaruh beliau (Mahathir) dengan merancang pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dahulu. Musa hanya di perguna untuk melemahkan TR secara sistematik. Akhirnya Musa sendiri terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mahathir meletakkan mereka yang tidak sebulu dengan Musa seperti Daim dan Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO semasa itu.

Begitulah cara Mahathir bermain politik. Beliau tidak memberikan tumpuan untuk membentuk kepimpinan, sebaliknya semua pemimpin didikan Tun Razak itu dilaga-lagakannya untuk meletakkan beliau duduk dengan aman dalam jangkamasa yang amat lama. Ghaffar Baba mengambilalih dan selepas itu Ghaffar di jadikannya mangsa dengan merancang Anwar untuk menandingi Ghaffar sehinggakan Ghaffar lari dan meletakkan jawatan sebelum pertandingan parti di adakan pada 4hb November tahun 1993 dahulu.

Selepas itu terjadi pula perpecahan beliau dengan Anwar yang membawa kepada UMNO sehingga hari ini dan menggantikan pula dengan Abdullah yang begitu lemah dalam memimpin negara. Abdullah yang sedang mengantuk di sorongkan bantal semata-mata untuk menggantikan Anwar dan semasa itu beliau sudah mentadbir negara selama 22 tahun mengikut sistem beliau yang membawa perpecahan itu. Beliau tahu Abdullah bukannya ‘material’ sebagai seorang PM tetapi beliau merancang untuk menjadi de facto Perdana Menteri menggunakan Abdullah yang beliau sangkakan boleh dipusing kepala dari luar.

Malangnya Abdullah yang lembut itu rupa-rupanya seorang yang degil dan tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau maka Abdullah di hinanya dan bertindak mahu menjatuhkan Abdullah dan beliau sanggup meninggalkan UMNO sebentar sementara Abdullah di buang atau meletakkan jawatan.

Beliau tahu Najib juga bukan material sebagai seorang PM yang baik tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula kepucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan Najib.

Apabila berlaku satu di antara dua kejadian sahaja yang akan memberhentikan Mahathir melakukan kerja mengadu-domba ini. Yang pertamanya jika beliau tiada lagi dalam dunia ini dan keduanya jika Mukhriz berjaya mencecah pucuk pimpinan negara kita ini.

In other words, a leader from yesterday will only take us back to yesterday! The fact is yesterday is already over, and we are never going back.

Anonymous said...

Kononnya ada orang terhutang budi kepada Razak. Ironinya beliaulah yang terlebih awal mengetahui Razak mengidap leukaemia. Bahkan beliau pun tahu akan kesihatan Dr Ismail Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew menuduh beliau terlibat dalam rusuhan 1965 di Singapura.

Menurut Asia Sentinel, "Beliaulah yang memaksa bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan."

Beberapa tahun yang lepas ada terbaca blog ktemoc yang bertajuk "Was Tun Razak murdered?" The tale went that Razak was so taken by the intellect of Ghazalie Shafie that he persuaded that the top civil servant to leave his government job, join UMNO, participate in a general election and become a minister. Ghazalie eventually rose to become the powerful Home Minister after the late Tun Dr Ismail passed away. Razak was grooming him to be a future PM. After the Malay street-wise fighter became the PM, Ghazalie who was more of an intellect than a wily politician, suffered a bad turn in his political fortune.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri berkata tiada gunanya jawab beliau.

Rujukan : Past air crashes that involved VIPs

Anonymous said...

8:08 AM, April 25, 2015,

Anda nampak tidak betul, bukan "politik benci yang disemai oleh mereka yang mempunyai niat tertentu". Ha nya nak tahu kan kemana wang RM42 bilion itu pergi.

Anda jawab lah ke mana pergi nya yang RM27 bilion TDM tanya itu.

Anonymous said...

8:25 AM, April 25, 2015,

Tak perlu cakap malas tak malas. Ini so'al kita berbeza pendapat dan berbincang. Beri tahu saja pendapat dan fakta yang anda percaya, saya juga buat demikian. Dan kita berbincang.

Saya sedar bahawa BERNAMA ada lah agensi Kerajaan dan menerangkan pendirian Kerajaan atau pemerintah. Yang penting nya ia lah penerangan ke mana pergi RM27 bilion itu.

Laporan Bernama yang di linkkan itu menyebut "tidak ada langsung diceritakan pelaburan (1MDB) dalam Petro Saudi yang telah menjana keuntungan sebanyak US$487 juta atau bersamaaan RM1.494 bilion." Masih tidak ada keterangan di mana RM27 bilion itu.

Beri lah link Hansard dll yang menyebutkan ke mana RM27 bilion itu pergi. Yang ada punca maklumat yang boleh di percayai. Dari setaf 1MDB, terutama nya. Sekali lagi aya sebutkan - ini bukan witch hunting, ha nya semata mata nak mendapat penerangan yang tepat dan yang boleh di percayai.

Benar, tidak semua rakyat terpengaruh dengan persepsi yang diwujudkan berhubung polemik syarikat pelaburan strategik kerajaan itu. Tapi ramai yang ragu ragu ada lah pengundi di PRU14. Saya mahukan UMNO/BN menang. Mengharapkan pihak berkenaan hilangkan persepsi buruk itu dengan cara yang boleh di terima pengundi.

Di harap dapat Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu membentang pendapat mereka dengan cepat. Sebab kian hari ada mereka yang mengeluarkan persepsi dan keraguan mereka. Jangan marah mereka spt saya. Ini negara bebas. Tiap rakyat berhak membuat simpulan dan persepsi sendiri.

Bagus lah jika "Kabinet juga telah memanggil (1MDB) dan kita meneliti satu demi satu dan kita minta 1MDB pula buat pembentangan dan dari situ sepatutnya Kabinet telah berpuas hati." Harap di bentangkan secepat mungkin. PRU14 tak lama lagi.

Harap Bernama dsb nya siarkan berita spt itu dengan selalu. Jangan tunggu apa yang di kata di Parlimen saja. Kejar Menteri itu dll, minta komen kpd so'alan so'alan yang di keluarkan tiap hari.

Apa yang di panggil "news portal" amat jahat. Sentiasa keluarkan, twist, spin dan slant so'alan dan komen Tun Dr Mahathir dll. DS Najib tak lesenkan mereka spt Singapore buat. Maka bebas mereka kata apa saja. Keluar lagi persepsi yang tak baik terhadap Kerajaan UMNO/BN.

Sekali lagi - jangan marahkan mereka yang bebas mengata dan menyo'al apa sahaja. Coba beri penerangan di atas so'alan dan komen itu setiap hari dan sebanyak mana yang boleh. Ini pendapat dan cadangan saya yang ikhlas. Demi masa depan UMNO/BN di PRU14 dan berikut nya.

Anonymous said...

8:32 AM, April 25, 2015,

Dengan ikhlas nya saya cadangkan jangan beri rujukan wikipedia. Sebab kurang di percayai. Sesiapa saja boleh menulis di situ. Selalu di minta penerangan, punca maklumat dsb nya dek pengarang di situ.

Juga buku Attack Politics dsb nya tak menarik mereka yang ha nya mahu penerangan di atas wang pnjaman 1MDB.

Anonymous said...

9:43 AM, April 25, 2015 dan
10:43 AM, April 25, 2015,

Panjang lebar anda menulis. Ada yang saya setuju ada yang tidak.

Saya tidak ahli UMNO pun. Tapi sokong UMNO sejak mula boleh memikirkan nasib dan kepentingan Melayu dan negara.
Saya mahukan pemimpin yang jujur. Yang tidak banyak sangan controversi. Pemimpin sekarang ini, isteri dan keluarga nya pun banyak controversi. Dah gitu, 1MDB tak di beri penerangan yang memuaskan pihak pengundi spt saya. Amat dukacita.

Tak setuju "Dosa terbesar Umno ialah membantutkan daya pemikiran orang Melayu." Cerita "pemikiran luar kotak" kebanyakan pengundi tak faham apa dia.

Tapi saya setuju dan percaya kuat apa yang anda kata - "Mereka telah diasah yang boleh menjamin masa depan mereka ialah Umno sahaja."

Anda berbunyi Pakatun bila mengata "Umno itu sendiri sedang menghadapi saat kematian kerana penyakit yang tidak boleh diubati seperti rasuah, rendah diri serta tunduk kepada tekanan yang dilakukan oleh mereka yang telah digaji dan diupah untuk menjaga mereka."

Saya jawab senang saja: Pakatun pun begitu juga. Setiap kelemahan UMNO/BN ada, Pakatun pun ada. Lebih teruk lagi - nepotism Pakatun, spt Anwar Al Juburi dan keluarga, Lim Kit Siang dan Guan Eng, Karpal Singh dan anak anak nya. Pakatun cakap tak serupa bikin dan lebih teruk lagi.

Anonymous said...

3:45 PM, April 25, 2015,

Untuk rekod, aku nak kata bahawa kamu nampak nya biadap dan kurang ajar. Menyebut Tun A Razak secara kamu tidak menghormatkan dia.

Kamu menyebut Asia Sentinel sebagai punca maklumat yang mengarut, menuduh "Beliaulah yang memaksa bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan." Mengapa kamu tak sebut Lim Kit Siang atau Guan Eng? Kamu "ungrateful ingrate, ultra kiasu pendatang DAP" ke?

Apa kena mengena "Rujukan : Past air crashes that involved VIPs" dengan Tun A Razak? Dari situ nampak lah kamu ini mengarut orang nya.

Anonymous said...

Semua ini sudah ditakdirkan Allah kerana GST dan 1MBD menyebab BN hancur. Inshallah !!!