Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, October 16, 2017

Hinanya ultra kiasu melihat perpaduan

1:36 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments
Hinanya ultra kiasu melihat perpaduan
SEBUT sahaja wujudnya sekolah berasaskan kaum (SJKC) yang menjadi punca kepada masalah perkauman di negara ini, ultra kiasu seperti cacing kepanasan terus menyalak mengatakan kewujudan sekolah vernakular bukan kepada masalah perkauman. Puncanya adalah daripada UMNO dan PAS yang terlalu memperjuangkan Melayu dan Islam.
Kedua-dua ideologi ini yang menjadi pegangan dan diperjuangkan mesti dihapuskan bagi mencapai perpaduan. Tatkala parti-parti mereka berasaskan kaum boleh memperjuangkan bangsa dan agama mereka, hak umat Islam yang bergelar pribumi dikatakan rasis.
Hina sungguh ultra kiasu yang berada di Centre for Policy Initiatives (CPI) ini. Padanya, sekolah vernakular (SJKC) bukanlah punca. Malah, SJKC adalah suatu kekuatan kepada Malaysia. Apakah benar? Peliknya kenapa dia tidak menyentuh parti politik perkauman yang lain seperti MCA, DAP, Gerakan dan MIC, yang jelas mewakili satu kaum.
Meskipun dalam DAP dan Gerakan ada sedikit wajah-wajah Melayu ultra kiasu, semua itu adalah wayang untuk menunjukkan parti mereka berbilang kaum.
Hujah lapok mengatakan SJKC mendapat sambutan orang Melayu dicanang ke seantero dunia bagi membuktikan betapa diversitinya SJKC. Dia tidak mengambil pusing akan ramainya pelajar Melayu di SJKC adalah dalam kalangan berbinkan Abdullah bapa. Dalam maksud, ramai anak-anak Melayu dalam di SJKC adalah dalam kalangan anak yang tidak sah taraf (anak luar nikah). Ibu bapa mereka berasa malu untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana takut diejek oleh kawan-kawan.
Ultra kiasu ini turut menuding jari bahawa kewujudan sekolah agama, MRSM dan UiTM, tidak kurangnya menyumbang kepada masalah perkauman. Apakah dia tidak sedar bahawa selama ini terdapat bukan Melayu dalam kalangan orang Cina di MRSM? Dia tidak sedar betapa mulia kerajaan hari ini yang begitu terbuka. Cuma bilangan orang Cina tidaklah ramai, sebab realitinya orang Cina tidak suka menghantar anak mereka ke MRSM kerana takut dimelayukan. Salah siapa? Pernahkah dia buat kajian bukan Melayu di MRSM. Sama juga orang bukan Melayu yang mendapat tanah rancangan FELDA.
Kewujudan sekolah agama dan institusi Melayu Islam yang lain dibenarkan oleh Perlembagaan. Kewujudan badan ini langsung tidak menggugat hak orang bukan Islam. Malahan hak bukan Melayu semakin bertambah. Pengumuman demi pengumuman telah dibuat oleh Perdana Menteri apabila merasmikan Perhimpunan Agung MCA, MIC dan Gerakan. Bagaimana dengan lambakan NGO Cina yang ada lebih kurang 9,000 buah? Apakah itu bukan penghalang perpaduan.
Namun, salah kita juga kerana terlalu mencanangkan ‘unity in diversity’, perpaduan dalam kepelbagaian. Sedangkan orang lain bercakap soal ‘unity is uniformity’, perpaduan itu adalah persamaan. Apabila banyak persamaan, memang mudahlah untuk bersatu. Namun, terlalu banyak perbezaan, tidak memungkinkan untuk kita bersatu.
Tanyalah pemimpin ultra kiasu, mereka akan jaja ‘unity in diversity’ ini ke seluruh dunia, kerana merekalah yang paling banyak mendapat manfaat daripada situ. Rancangan TV, radio, akhbar, penajaan rancangan, dan pelbagai lagi, majoriti adalah dalam bahasa mereka.
Apa jadi dengan jati diri tempat dan negara. Ibarat mati segan, hidup tak mahu. Antara wujud dengan tidak. Cuba lihat apa sudah jadi dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Apakah benar-benar dilaksanakan? Janganlah bercakap soal perkara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan seperti kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
Pemimpin negara maju seperti Britain berkali-kali mengulangi ‘multiculturalism is death’. Pada mereka persamaan perlu lebih banyak diwujudkan bagi mencapai perpaduan. Kita perlu begitu teruja dengan ‘diversity’ dan ‘multiculturalism’. Kita tahu atau tidak isu pokok ini. Jika tidak tahu lebih baik mengaji? Menguruskan perbezaan bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Siapa yang telah terlebih berkorban?
Sebab itu saya terkejut apabila seorang profesor ulung berkata, faktor kedai mamak, roti canai, nasi lemak dan banyak lagi yang bersifat kosmetik dijaja ke serata tempat sehingga bagi menunjukkan betapa hebatnya perpaduan di negara kita. Apakah sandaran profesor ulung ini? Di manakah keulungannya sehingga diberikan pengiktirafan sedemikian rupa?
Jika benarlah faktor yang disebut itu adalah pemangkin perpaduan, kenapa pemimpin politik negara kita kerap kali mendendangkan isu pemisahan sejak kecil melalui sistem pendidikan. Saya harap profesor ulung tersebut, perlu lebih banyak membaca dan bergaul dengan khalayak untuk melihat realiti yang sebenar. Jika tidak sia-sia sahaja gelaran ulung diberikan. Tidak nampak keulungannya.
Ya, saya tidak nafikan diversiti yang ada, tetapi kita perlu berpegang kepada persamaan yang telah lama wujud iaitu Perlembagaan. Perlembagaan menjunjung beberapa perkara besar yang disebut sebagai unsur-unsur tradisi iaitu Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa negara, hak istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan kesultanan Raja-raja Melayu. Inilah juga kontrak social yang berlaku dalam kalangan datuk nenek moyang kita dahulu yang begitu jauh memandang ke hadapan.
Orang Melayu bersedia menerima bukan Melayu dengan syarat bukan Melayu perlu bersedia menerima perkara yang disebut di atas. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, orang bukan Melayu diterima dengan begitu mudah menjadi warganegara secara pukal ‘tanpa syarat’ setelah menerima unsur-unsur tradisi di atas. Kenapa masih tidak bersyukur?
Malangnya, apabila perkara tersebut diterima, sejauh dikhadam dan dikhatam? Sejauh kebolehan berbahasa Melayu? Begitu juga menerima dan menghormati hak istimewa orang Melayu? Ini belum lagi isu menerima kesultanan Melayu dan Islam sebagai agama negara.
Ultra kiasu begitu memberahikan anugerah pangkat dan gelaran daripada sultan daripada menghormati sultan. Sebab itu, sukar sangat untuk melihat mereka berbaju kebangsaan ketika menerima anugerah dan pingat. Mereka lebih teruja memakai pakaian Barat, berblazer dan bertali leher.
Pakaian baju Melayu, bertanjak dan berkeris amat jarang dapat dilihat. Berbanding dengan orang Melayu yang memakai pakaian Cina dan kurta ketika Cina dan India berhari raya. Minggu ini orang India akan merayakan Diwali, lihatlah berapa ramai pemimpin Melayu akan memakai kurta.
Ramai yang kurang bersetuju apabila saya mengambil contoh negara Thailand dan Indonesia dalam membincangkan isu perpaduan. Tetapi kejayaan mereka memang tidak dapat dinafikan. Pada saya, negara ini sangat kuat jati dirinya. Begitu juga dengan negara dunia lain. Cuma Thailand dan Indonesia amat dekat dengan kita dari segi jarak dan juga dekat di hati.
Di Thailand dan Indonesia, boleh dikatakan tidak nampak langsung papan tanda dalam pelbagai bahasa. Tulisan dan bahasa luar akan disiamkan atau diindonkan terlebih dahulu. Pendek kata, semuanya, siam-siam-siam dan indon-indon-indon. Begitu juga dengan siaran TV dan produk jenama luar yang masuk. Semuanya akan disiamkan atau diindonesiakan sebelum dipasarkan.
Tidak seperti kita, terlalu lumrah melihat papan tanda atau nama kedai yang langsung kita tidak tahu apa maknanya. Lebih-lebih lagi ditulis dalam bahasa Cina. Orang Melayu hanya ternganga, tidak tahu apa-apa makna.
Lebih bahaya lagi, ultra kiasu ini mempertikaian semua institusi Islam ini dibiayai melalui dana awam atau cukai yang dibayar oleh rakyat berbilang kaum. Padanya, semua ini tidak adil. Peliknya kenapa akta hasutan tidak digunakan? Apakah dia sudah lupa perjanjian yang dibuat oleh datuk nenek moyangnya sebelum Perlembagaan dirangka. Bodoh yang tidak boleh diajar.
Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa orang Islam layak menggunakan wang dari Federal Consolidated Fund (Dana Persekutuan Yang Disatukan) untuk tujuan-tujuan pembangunan Islam.
Dalam maksud, jika kerajaan tidak membantu penubuhan dan pengukuhan institusi agama Islam, itu tidak adil kepada umat Islam. Sebaliknya, jika kerajaan turut membantu penubuhan institusi agama bukan Islam, itu sudah tersangat adil, maka bersyukurlah. Misalnya, memberikan peruntukan khas membina dan mencantikkan rumah ibadat dan sebagainya berkaitan hal ehwal agama mereka.
Ultra kiasu CPI juga membuat perbandingan, kewujudan sekolah antarabangsa lebih baik daripada kewujudan sekolah agama dan MRSM, kerana ianya terbuka kepada semua kaum. Pernahkah dia membuat penyelidikan mengenai operasi dan silibus sekolah antarabangsa.
Subjek sejarah Malaysia sudah tidak menjadi keutamaan. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan sejarah negara luar. Perkara ini dimaklumkan oleh guru mengajar di sekolah antarabangsa. Kita sudah hilang kawalan. Sekolah antarabangsa tidak ada jati diri Malaysia. Saya minta Kementerian Pendidikan buatlah siasatan.
Dalam negara, kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti keIslaman dengan menggunakan dana awam, termasuk membina universiti-universiti dan kolej Islam, menubuh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, mengadakan tilawah al-Quran, Majlis Agama Islam, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama Islam, rancangan agama dalam radio dan televisyen milik kerajaan, hinggalah kepada majlis-majlis tahlil dan ceramah agama dalam waktu pejabat, di bangunan pejabat.
Muzakarah ini pun dibuat dengan dana awam. Semua itu dilakukan atas dasar bahawa ‘Islam adalah agama bagi Malaysia’. Agama lain tidak ada keistimewaan ini. Apa yang ingin ditonjolkan datuk nenek moyang yang terdiri daripada berbilang kaum sangat proaktif, berbanding kita hari ini yang sangat perkauman.
Ultra kiasu CPI ini juga mempersoalkan kedudukan sekolah aagama yang terdiri daripada murid beragama Islam sahaja, berbanding SJKC yang ramai juga orang Melayu dan India. Saya ingin ingatkan, ultra kiasu CPI ini berilmu tinggi dengan gelaran yang ada, rupanya tidak.
Pertama, sekolah agama tidak perkauman dan tidak rasis kerana operasinya dibenarkan oleh Perlembagaan, dan telah dipersetujui oleh semua kaum. Malah, kewujudan institusi agama (Melayu) yang lain juga tidak rasis, seperti UiTM, JAKIM, Majlis Agama, jabatan agama dan banyak perkara lain berkaitan Islam.
Kedudukan Islam bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersekali dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Bukti ini menunjukkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai kedudukan keistimewaan berbanding yang lain.
Melalui kuasa Perlembagaan inilah, Seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 digubal dan mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya memperuntukkan pengajaran agama Islam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada lima belas orang. Semua perbelanjaan bagi pengajaran itu dibiayai oleh kumpulan wang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan (Mohd Salleh Abas 1985).
Fakta ini menunjukkan Islam, diberikan keistimewaan berbanding agama lain meskipun Perlembagaan turut menjamin hak kebebasan beragama. Dana awam boleh digunakan untuk pembangunan syiar Islam. Semua fakta ini telah saya tulis sebelum ini. Saya terpaksa mengulangi.
Bukan Islam di Malaysia amat bernasib baik, kerana kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan SJKC/T dan juga rumah ibadat, walaupun tidak disebut dalam Perlembagaan. Inilah toleransi dan keadilan yang tidak ada tolok bandingnya.
Perlu diingatkan, lebih dari 15 buah negara di dunia menjunjung agama dalam Perlembagaan Negara masing-masing, mengikut siapakah yang menjadi majoriti (Kristian, Islam atau Buddha).
Antara negara Kristian adalah Ireland (Perkara 6), Norway (Perkara 1), Denmark (Perkara 3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina (Perkara 2), Bolivia (Perkara 3), Panama (Perkara 36), dan Paraguay (Perkara 3). Manakala, negara Islam ialah Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara 1), Iraq (Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) dan negara Buddha ialah Thailand (Perkara 7).
Semua negara ini memberikan keistimewaan kepada agama mereka. Jadi, apa masalahnya? Kenapa negara kita yang dia telah tinggal bergenerasi yang dipertikaikan. Ultra kiasu CPI sepatut didakwa mengikut Akta Hasutan.
Kedua, semua pelajar sekolah agama boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) dengan baik. Majoriti mereka lulus BM dalam peperiksaan.
Cuba ultra kiasu kaji berapa ramai pelajar SJKC yang gagal dalam sabjek BM. Mereka juga tidak boleh berkomunikasi dalam BM, sehingga kelas peralihan (remove class) terpaksa diwujudkan bagi membantu memperbaiki BM mereka. Mana ada dalam dunia ini satu sistem yang menyediakan kelas khas untuk mereka yang buta bahasa kebangsaan, kecuali Malaysia? Hargai usaha kerajaan ini.
Ketiga, dahulu sekolah agama dan sehingga kini sekolah tahfiz dibangunkan oleh rakyat atau umat Islam, termasuk dana bantuannya. Ia dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sekolah agama bantuan penuh kerajaan tidak banyak, berbanding bilangan SJKC berganda-ganda bilangannya yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan hari ini, lebih daripada 1,300 buah dan SJKT lebih 500 buah. Itupun kerajaan terus diugut dan didesak untuk menambah SJKC kerana katanya ia bagus untuk perpaduan sebab ramai Melayu di sana.
Lebih malang lagi, SJKC tidak mahu mengikut arahan kerajaan supaya ditambahkan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek BM. Sebarang cubaan untuk memandaikan murid-murid SJK dalam BM ditentang kerana takut penguasaan bahasa ibunda terjejas.
Malah, SJKC sanggup meletakkan syarat kepada kerajaan supaya guru-guru Melayu dan India yang mengajar BM dan Bahasa Inggeris, mesti mempunyai latar belakang SJKC dan Sekolah Menengah Cina dan mendapat kredit Bahasa Cina dalam peperiksaan (SPM).
Keempat, saya adalah kalangan anak Cina pada usia belasan tahun yang mengikuti kelas agama dan mengambilnya dalam peperiksaan (SRP dan SPM). Sepanjang P&P yang berlaku, ustaz atau ustazah tidak pernah tanamkan kebencian kepada kaum lain (bukan Islam), kerana Islam tidak membenarkan.
Kelima, sekolah agama menggunakan bahasa pengantar BM, sedangkan SJKC menggunakan bahasa asing (ibunda). Sudah tentu tahap kesayangan murid terhadap bahasa berbeza. Murid SJKC lebih sayang bahasa ibunda daripada bahasa kebangsaan. Saya meminta semua kita pergilah ke SJKC dan dengar mereka menyanyikan lagi Negaraku.
Lihat perlakuan dan sebutan lagu Negaraku. Akan kedengaran, ‘negalaku, lanah tumpahnya lalahku, lakyat hilup, bersatu dan maju, lahmat bahgia, Tuhan kulnia yaa saa, laja kita, selamat bertaataa’. Begitu juga apabila lagu negeri Selangor dinyanyikan, baris yang berbunyi Allah lanjutkan usia Tuanku, kalimah Allah itu akan dimutekan. Mereka telah diajar supaya jangan sebut kalimah Allah itu sebab mereka tidak bertuhankan Allah. Sedangkan ia adalah lagu rasmi negeri.
Pernah berlaku satu insiden, guru sekolah kebangsaan ketika mengedarkan buku teks, secara tidak sengaja terberi buku teks agama kepada murid bukan Islam. Apabila ibu bapa murid tersebut menyedari, mereka telah datang ‘menyerang’ guru buku teks tersebut dan turut dibawa perkara ini ke Pejabat Pendidikan Daerah. Inilah sifat diversiti selalu dicanangkan ultra kiasu.
Keenam, bagi membuktikan kebolehan berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar SJKC, apa kata kita anjurkan debat atau syarahan atau hari interaksi antara sekolah agama dan SJKC. Kita lihat, siapa yang akan lebih mudah berinteraksi dan bergaul. Saya amat yakin murid-murid SJKC akan memencilkan diri, kerana mereka ada masalah komunikasi dalam BM.
Sebagai warga yang sayangkan Malaysia dan bangsa saya sendiri iaitu bangsa Cina, saya merayukan kepada bangsa saya, terimalah penambaikan yang dianjurkan oleh pakar-pakar pendidikan, terutama untuk memandaikan murid-murid SJKC supaya dapat menguasai bahasa Melayu. Janganlah menjadi terlalu ultra kiasu. Ia tidak membawa kebaikan untuk masa depan negara.
Ketujuh, mungkin kepada kaum Cina, agama itu tidak penting. Tetapi tidak kepada umat Islam. Sekolah agama bertujuan mendalamkan pengetahuan umat Islam terhadap Islam. Mudah-mudahan dengan ajaran tersebut, mereka akan menjadi semakin baik dan bertoleransi.
Sejarah membuktikan, penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang datang berhijrah, sangat tinggi, disebabkan oleh pengajaran dan kefahaman mereka terhadap Islam. Sebab itu mereka dilayan dengan baik kerana tuntutan agama. Jika ditakdirkan orang Melayu tidak faham Islam ketika mana penghijrahan itu berlaku, apakah ketika itu ibu bapa dan datuk nenek ultra kiasu akan diterima dan dapat tinggal senang lenang di negara tercinta ini.
Justeru, berpada-padalah bila bercakap. Ingatlah, melalui kefahaman orang Melayu terhadap Islam itulah yang menjadi mereka lebih terbuka dan bertoleransi dan sangat meraikan kepelbagaian. Firman Allah dalam al-Quran:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Saya masih teringat dan tidak dapat lupakan kata-kata seorang pelancong dari China ketika memberikan komen mengenai pendidikan Cina di Malaysia. Katanya, “orang Cina di Malaysia sangat bernasib baik dan beruntung kerana sistem pendidikan Cina yang diperolehi di sini lebih Cina daripada Cina di negara dia sendiri iaitu di China. Di negara komunis China, kebebasan dan hak yang diperolehi pendidikan Cina di sana tidak sebebas dan secina seperti yang diperolehi orang Cina di Malaysia”.
Kata-kata ini menjadikan saya tersentak, kenapa segelintir ultra kiasu Cina Malaysia masih tidak bersyukur, malah menjadi semakin ultra kiasu apabila sistem pendidikan diusik sedikit. Mereka sanggup mengugut kerajaan untuk tidak mengundi parti yang memerintah sekiranya tidak memberikan lebih hak dan membantu SJKC sepenuhnya.
Apabila semua permintaan mereka dipenuhi kerajaan, mereka masih tidak mengundi parti pemerintah, malah terang-terang memilih parti ultra kiasu. Menjadi lebih pelik lagi kepada saya, kenapa kita masih buta?
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Wednesday, October 11, 2017

Cina Tidak Bersih?

2:27 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments
Cina tidak bersih?

Saya ingatkan isu dobi mesra Muslim dah selesai. Rupanya tidak selesai lagi. Saya kurang bersetuju dengan generalisasi atau persepsi Cina tidak bersih, hanya kerana kencing berak tidak basuh, menggunakan tisu.

Memang secara fizikal memang majoriti orang Cina kencing berak tidak menggunakan air. Mereka menggunakan tisu. Tetapi mengatakan secara umum, Cina tidak bersih, saya tidak setuju.

Secara umum, masyarakat Cina sudah terkenal sifat pembersih, walaupun mereka tidak berpegang kepada hadis, kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Tetapi berbanding dengan mereka yang berpegang dengan hadis tersebut, cuba lihat bersih atau tidak rumah atau restoran atau tempat kerja mereka.

Saya berani mengatakan, dalam soal ini, dari segi fizikal, Cina lebih pembersih. Jarang sekali rumah Cina yang saya pergi, lantai mereka berlumut, kotor, bersawang dan sebagainya.

Berbanding dengan kita, usah pergi jauh. Lihat masjid surau kita. Pergi bahagian tempat wuduk, tandas dan sebagainya. Ini belum termasuk ruang solat berselerak dengan tahi cicak.

Kadang kala saya ketawa seorang diri, kita menjaga sangat soal bersih dan suci, tetapi anak-anak kita  inilah yang memenuhi pasaraya, melepak, merokok, hisap dadah, mencuri, termasuk mencuri kasut di masjid dan melakukan lain-lain perbuatan yang memalukan. Mereka inilah pemakan makanan halalan toyiban.

Sedangkan mereka yang tidak bersih, tidak suci, pemakan babi dan pemelihara anjing dan sebagainya, mereka yang bekerja siang malam untuk mencari wang dan menjadi kaya raya. Gejala sosial mereka tidaklah sehebat kita hari ini. Sebab itu, komen secara umum sebegini tidak berhikmah

Saya menghormati hak Zamihan untuk memberi pendapat sebagai seorang rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dia ada hak untuk memberi pandangan termasuk isu dobi yang telah saya ulas sebelum ini dalam portal Ismaweb (sila baca). Tetapi membuat generalisasi CIna tidak bersih perlu dibuat secara berhati-hati, kerana merugikan dakwah.

Jika umat Islam begitu suci dan bersih, kenapa tidak ada sebuah negara Islam pun yang boleh dikategorikan bersih dalam kalangan 30 buah negara teratas di dunia meskipun negara Islam tidak kurang bilangananya. Mungkin dijika dibanci lagi, turut tidak tersenarai dalam 50 terbersih dunia.

Islam bukan hanya bercakap soal bersih suci sahaja. Malah, lebih besar daripada isu pendidikan anak-anak selepas itu. Tidak ada gunakan mendirikan rumah berdepan kaabah, dapat meminum air zam-zam dan mengerjakan umrah saban hari dan haji saban tahun, sekiranya kita hanya ekstrem dalam satu aspek sahaja, tetapi tidak ekstrem dalam perkara lain dalam melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup. Apakah negara dan orang Arab boleh dicontohi meskipun rumah mereka mengelilingi kaabah dan dapat meninum air zam-zam saban hari?

Ya, nampak saya selalu saya tidak bersefahaman dengan Cina ultra kiasu yang menentang Islam.  Tetapi dalam isu generalisasi sebegini saya tidak dapat menerimanya kerana ia bercanggah dengan realiti hidup bermasyarakat majmuk apatah lagi mahu berdakwah kepada mereka. Jika nak suci sangat, jangan
kunjungi pasaraya atau kedai-kedai Cina. Boleh dikatakan semua produk makanan dan pasaraya adalah keluaran mereka.

Janganlah ‘bercakap banyak’ mengenai isu halal dan suci, selagi mana umat Islam tidak menjadi peniaga atau pengeluar. Selagi kuasa ekonomi tidak berada di tangan umat Islam, dan selagi itulah sukarnya kita mendapat sesuatu yang halal dan suci.  


Begitu juga, jangan pegang wang siling atau kertas kerana semua itu sudah berlegar di kedai babi dan kedai judi. Kenapa kita simpan duit ini dalam wallet dan membawanya bersolat. Bukankah ia tidak suci? 

Tuesday, October 10, 2017

Hebat sangatkah keluaran Oxford?

5:57 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments
Hebat sangatkah keluaran Oxford?

Saya hairan bila sebut sahaja beberapa universiti yang berada dalam senarai ‘ivy league’ seperti Cambridge, Harvard, Oxford dan lain-lain, semua orang akan terkesima. Seolah-olah bila dapat masuk sahaja ke tempat tersebut, maka menjadi orang bergunalah mereka atau hebatlah sangatlah mereka.

Ramai juga rakyat mereka yang belajar di sana, ke mana mereka hari ini? Adakah semua berjaya? Atau sekadar berlagak dengan bahasa Inggeris accent orang putih
Apa guna keluar daripada Oxford jika jahil tentang sejarah bangsa dan agama sendiri.

Sangat menyakitkan apabila  mendengar apabila ditanya wartawan kepada seorang pemimpin mengenai kedudukan sekolah vernakular, maka pemimpin ini pun menjawab, “jika nak tutup sekolah vernakular, maka sekolah agama pun mesti ditutup”. Adakah ini jawapan orang keluaran Oxford? Faham atau tidak, erti dan makna perlembagaan? Jika tidak faham, sila bertanya kepada yang faham. Menyamakan sekolah venakular dengan sekolah agama, adalah perbandingan yang amat dangkal.

Sangat meloyakan lagi apabila seorang anak muda daripada sebuah parti politik sanggup membuat memanggil wartawan dalam sidang akhbar semata-mata untuk memberitahu bahawa beliau sanggup menolak tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran ke Oxford demi untuk negara. Wahhhh! Hebatnya!!!.

Terkedu saya, perlukah kepada sidang akhbar perkara yang sangat bersifat peribadi. Lebih hebat lagi ketua ultra kiasu memuji, beliau adalah bakal pemimpin atau menteri Malaysia pada masa hadapan. Sesiapa yang dapat menghidu kelicikan ultra kiasu, pasti ada beberapa sebab ultra kiasu melakukan sedemikian. Ultra kiasu tidak akan mengangkat anak Melayu sewenang-wenangnya.

Pertama, ultra kiasu tidak akan memuji atau mengangkat seseorang jika tidak ada terselit sesuatu yang menjadi kegemarannya. Antaranya adalah sifat liberal. Sebab itu, orang Melayu yang menyertai parti mereka dalam kalangan yang liberal. Mahu menghalalkan apa yang diharamkan. Contoh, pesta arak, seks bebas dan sebagainya. Jika ada pemimpin yang bercakap inilah hak asasi manusia, itulah yang paling disukai ultra kiasu.

Kedua, ultra kiasu tidak akan mengangkat Melayu yang suka kepada Islam. Kepada mereka, Melayu yang suka kepada Islam akan menjadi ancaman kepada mereka. Islam akan menjadi barah kepada parti ultra kiasu. Sebab itu, jika ada dalam mereka yang menyertai parti ultra kiasu bertudung atau berpurdah, itu bukan sesuatu yang menghairan. Cuba salami hati budi mereka, pasti dalam kategori antara faham dengan tidak agama Islam yang menjadi anutannya. Ini kerana orang yang faham Islam tidak akan menyertai ultra kiasu.

Ketiga, ultra kiasu sangat obsess dengan orang Melayu yang bersifat Malaysian Malaysia, Malaysia untuk orang Malaysia. Tidak ada lagi hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Semuanya sama rata dan sama rasa. Mereka yang kuat memperjuangkan perkara 3-12 (Islam), perkara 152 dan 153 (bahasa dan hak istimewa Melayu) dalam perlembagaan, tidak ada tempat dalam parti ultra kiasu. Ultra kiasu sangat suka jika pendidikan Melayu diinggeriskan, tanpa mengusik sekolah vernakular.

Keempat, kebanyakan mereka yang duduk dalam parti ultra kiasu dalam kalangan Melayu yang jahil. Masih mengekalkan tabiat buruk seperti minum arak dan suka kepada pergaulan terlalu bebas. Lelaki dan perempuan sudah tidak boleh beza.  Sebab itulah mereka amat menyokong pesta arak dibuat secara terbuka walaupun ditentang oleh majoriti umat Islam. Sepatutnya, mereka bersama menyokong cadangan iaitu jika mahu minum arak, lakukanlah di tempat yang tertutup, mandilah sepuas-puasnya.

Kelima, tidak ketinggalan ultra kiasu juga suka dan sedang memancing  orang agama untuk mempertahankan partinya menggunakan hujah al-Quran dan Hadis. Saya teruja untuk melihat, sejauhmanakah beliau mampu untuk mempertahankan kerajaan yang diterajui parti ultra kiasu ini? Saya ketawa beruk, apabila seorang pemimpin PAN berkata, ultra kiasu tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri negara ini. Begitu juga menjadikan hasrat negara ini negara Kristian adalah sesuatu yang mustahil kerana mereka tidak akan mendapat dua pertiga dan tidak mendapat perkenan raja-raja Melayu.

Jahil sungguh pemimpin Melayu ultra kiasu ini. Memanglah mereka tidak akan menjadi Perdana Menteri. Mereka tidak akan mengisytiharkan negara ini negara Kristian. Jika mereka berbuat demikian, makin singkatlah hayat politiknya. Apa yang mereka akan lakukan apabila mendapat lebih kuasa ialah dengan menghalalkan segala perancangan Kristian, untuk memurtadkan lebih ramai orang Melayu dan mengkristiankan bukan Melayu Islam. Berapa ramai orang Cina dan India yang sudah dikristiankan mereka. Sekarang mungkin kesannya tidak nampak. Jangka panjang, pasti akan dapat dirasaikan, ditambah dengan dalam kalangan Melayu yang tidak ada jati diri. Apakah kita masih buta bagaimana mereka mempolitikkan isu kedai dobi mesra Muslim seperti yang saya ulas minggu lalu.

Sebab itu, hari ini ultra kiasu amat memberahikan Perdana Menteri Melayu dalam kalangan ultra kiasu yang boleh menjadi boneka mereka, yang jahil dan yang liberal. Termasuk anak muda yang mendakwa menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Oxford atas semangat sayang dan cinta negara.

Jika sayalah, dengan tawaran tersebut, sudah lama saya pergi. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China. Menuntut ilmu itu amat mulia berbanding dengan berpolitik yang belum tentu terjamin dan penuh dengan kekotoran. Ramai orang lain yang tinggal yang sanggup berkorban untuk negara. Apakah beliau menganggap beliau seorang sahaja sanggup berkorban apa sahaja? Tidak mungkin seorang anak muda sanggup berjuang dengan tangan kosong tanpa mendapat apa-apa habuan.

Satu lagi, apa jaminan selepas balik daripada Oxford, kita akan menjadi lebih hebat? Mark Zuberkerg, gagal di Harvard, hari ini beliau seorang yang begitu hebat. Justeru, ada apa dengan Harvard?

Mendiang Lim Goh Tong tidak pernah ke tempat tersebut, hatta sijil sekolah rendah pun tiada, tetapi dia mampu menerokai bukit Genting sehingga Genting Highland menjadi pusat pelancongan dunia. Mendiang dan perniagaan keluarga tersenarai dalam 10 terkaya Malaysia.\

Begitu juga dengan Syed Mokhtar Bukhari, sampai SPM sahaja, berjaya menjadi menerajui syarikat konglomerat dan disenaraikan dalam 10 terkaya di Malaysia.

Dalam kehidupan ini, bukan soal di mana tempat kita belajar. Tetapi lebih penting adalah attitude dan aptitude. Attitude berkaitan dengan sikap manakala aptitude pula berkaitan bagaimana kita dapat menggunakan segala kelebihan yang Allah berikan untuk kebaikan diri dan sejagat.

Inilah sikap orang Cina yang saya puji. Kenapa hari ini ramai Cina yang berjaya di Malaysia walaupun bilangannya tidak seramai Melayu? Orang Cina tidak mahu gagal di bumi orang. Sebab itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Mereka tidak ada masa untuk membuang masa, melepak, sembang kosong, merempit dan banyak lagi tabiat membuang masa. Peliknya, kenapa orang Melayu yang dianugerahkan oleh Allah dengan agama Islam, tidak menjadi lebih baik daripada itu? Tidakkah dengan Islam menjadi anutan menjadikan ia lebih baik? Elok juga kita muhasabah.

Justeru, masuk Oxford atau tidak, bukanlah jaminan berjaya atau tidak. Oxford bukan segala-gala. Namun demikian, jika ada yang terlalu berbangga dengan Oxford, saya harap mereka menghadam beberapa berikut:

Pertama, belajarlah sejarah Malaysia yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Jati diri ini tidak boleh dipadamkan dan mesti didendangkan sentiasa. Tujuannya supaya jati diri tidak mati. Jika mati jati diri ini, maka akan keluarlah kenyataan atau pendapat yang pelik-pelik. Inilah yang paling disukai ultra kiasu. Orang inilah yang akan dicanangkan bakal Perdana Menteri Malaysia.

Kedua, lanjutan daripada itu, kenapa sejarah ini telah melakarkan sebuah perlembagaan yang meletakkan status Islam, Melayu (bahasa dan hak istimewa) dan Raja di tempat yang tinggi, unsur tradisi yang sangat terpelihara dan mesti dipelihara. Ultra kiasu tidak suka kepada Melayu yang berpegang kuat kepada unsur tradisi ini.

Ketiga, perbaiki diri meningkatkan jati diri dengan mempelajari ilmu agama agar tidak menjadi jahil. Sekadar boleh sembahyang lima sehari dan menghafal beberapa ayat al-Quran, masih belum cukup. Dalamilah al-Quran dan hadis agar tidak hanyut dengan arus liberal yang semakin mempengaruh dan menghimpit. Jika kita mampu bertahan dan tidak mudah diperalatkan, maka tatkala itu saya tabik dengan keluaran Oxford.

Keempat,  keluaran Oxford mesti pandai berhujah dan mampu untuk berhadapan serta menundukkan sifat ultra kiasu yang wujud pada rakyat Malaysia. Antaranya, dalam kalangan anggota akhbar berbahasa Inggeris yang menggunakan lambang bintang dan akhbar Cina yang rasis. Akhbar ini dan ketua pengarang sangat bahaya.  Mereka membawa agenda ultra kiasu dan liberal, yang mahu menjadikan negara ini Malaysian Malaysia, sekular, liberal, berpesta arak dan judi, serta tidak ada lagi jati diri dan identiti Melayu dan Islam.  

Akhirnya, saya merayu kepada rakyat Malaysia, supaya menilai seseorang bukan berasaskan kepada kelulusan atau Oxfordnya. Tetapi nilaikan melalui neraca iman dan takwa. Dalam kata lain, mempunyai attitude dan aptitude positif yang boleh membawa negara ini ke arah lebih baik serta berjati diri. Dapat menjaga rakyat dan negara ini berpaksikan kepada perlembagaan yang menjadi tunggak kehidupan bernegara.

Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan

Universiti Sultan Zainal Abidin

Monday, October 02, 2017

Dobi: Jahat dan busuknya ultra kiasu

12:36 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments
Dobi: Jahat dan busuknya ultra kiasu

Jarang sekali ketua pengarang sesebuah akhbar turut membuat liputan berita-berita semasa, berbanding anak buahnya. Tetapi itulah yang berlaku kepada akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dan tidak ketinggalan yang berbahasa Cina. Ultra kiasu ini mengambil sepenuh peluang menangguk di air keruh, membuat liputan berita “dobi for Muslim only”.

Beliau memanipulasi setiap peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej Islam agar penganutnya  yang secular dan liberal semakin jauh daripada Islam, seterusnya meninggalka Islam (menjadi murtad). Manakala yang bukan Islam semakin membenci Islam, yang selama ini mula mendekati.

Selepas ini, tercapai perancangan busuk nafsu serakah mereka, Islam dianggap sebagai agama yang ekslusif untuk orang tertentu sahaja bukan seperti fitrah keuniversalannya untuk semua. Bertepuk gembiralah mereka, Islam tidak mendapat sambutan dan dianggap sebagai Taliban. Mereka boleh berpesta arak, berpesta zina, berpesta babi, berpesta judi, berpesta hiburan hedonism, berpesta gay dan berbagai pesta lagi.

Isu kedai dobi ini adala isu yang amat kecil dan sangat terpencil, tetapi sengaja diperbesarkan dan disensasikan. Malang sekali jika kita tidak dapat mencium perancangan jahat dan busuknya. Memanglah kenyataan dan tindakan tersebut nampak seperti ekstrem, rasis dan Taliban. Mana tidaknya apabila terpampang papan tanda, “for Muslim only,  dan “Mesra Muslim dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas factor kesucian. Segala kesulitan amat di dikesali”. Ini perkara biasa.

Banyak tempat yang terpampang, “for non Muslim only”, seperti kedai arak, kedai judi, kedai babi dan macam-macam kedai tidak halal. Kenapa kita tidak kata itu rasis, ekstrem dan berbagai istilah negatif lagi. Sebab kita faham, mereka tinggal dalam sebuah negara Islam. Itu hak mereka. Ini tidak termasuk rumah sewa dan banyak lagi papan sedemikian rupa ditempat kerja.

Berbanding dengan umat Islam yang menjadi minoriti, apakah mereka mempunyai hak yang sama seperti bukan Islam tinggal dalam negara Islam? Lihatlah dunia. Umat Islam di China, usahkan nak dapatkan mengamalkan cara hidup Islam, berpuasa yang menjadi hak asasi pun tidak dibenarkan.  Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa hidup dalam kawasan bergelumang maksiat dan makanan haram. Bergemulang dengan babi, judi, arak, zina dan sebagainya.

Justeru, apa masalah umat Islam mahukan hak mereka di negara asal usul mereka. Salahkah? Rasiskah tindakan itu? Jawapannya, TIDAK. Asas ajaran Islam mengharamkan rasis, mendiskriminasi atau membenci orang lain atau bukan Islam atau orang kafir. Bagaimana Islam boleh berkembang sehingga ke hari ini jika mengambil tindakan sedemikian? Islam berkembang di mana? Di kawasan Islam atau bukan Islam? Jawapannya, di kawasan bukan Islam.

Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan kedai dobi tersebut atas nama dakwah. Apakah selepas ini, orang Islam akan menyamak wang siling dan wang kertas sebelum menyimpan dalam wallet atau beg kerana wang ini sudah berlegar di kedai-kedai babi. Termasuk juga kedai arak, kedia judi, kelab malam dan berbagai tempat maksiat lagi. Selepas ini akan timbul fatwa, apakah solat kita sah atau tidak, membawa wang dalam poket ketika solat.  Apakah selepas ini semua pakat-pakat mengeluarkan wang dan meletakkannya di tempat lain supaya tidak dibawa ketika bersolat? Jika itulah yang berlaku, berpestalah pencuri-pencuri selepas ini.

Saudaraku, inilah realiti yang perlu difahami hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Kita tidak dapat mendapat suci dan sesuci sucinya. Tidak perlulah kita bertanya lebih detail, apakah sepemakai pernah makan babi atau anjing, pakaian terkena najis babi atau tidak, kencing berak basuh atau tidak. Tidak perlulah sebegitu ekstrem

Nanti kita akan ditertawakan. Jika kumpulan kita ini terlalu suci, mengambil berat soal halal haram, kenapa kumpulan inilah yang memenuhi penjara, pusat serenti, menagih dadah, merempit, melepak, seks bebas dan sebagainya. Kita terlalu sensitif dengan najis sana dan najis sini, tetapi gagal dalam mendidik anak-anak untuk menjadi manusia, beramal dengan Islam sepenuhnya. Negara Islam tidak pernah masuk dalam ranking 10 teratas negara terbesih dunia, tidak juga dalam rangking 20, 30 dan 40. Rata-rata negara Islam rankingnya tidak bersi, sebagaimana negara pemakan babi, peminum arak, pengamal zina dan sebagainya.

Pendek kata, mereka yang selalu bergemulang dengan ‘najis’ dan makan makanan haram, anak mereka tidak terlibat dalam gejala buruk, malah amat rajin bekerja mencari wang, sehingga menguasai lebih 70 peratus ekonomi negara ini.

Bukanlah tujuan saya selepas ini kita berlonggar atau bermain dengan najis berat. Tetapi untuk mendapatkan seratus peratus suci dan sesucinya memanglah payah. Terimalah hakikat dan realiti bahawa Islam lahir atau beranak di kawasan orang bukan Islam. Islam tidak bermula dikawasan orang Islam, kerana mana ada orang Islam ketika Islam diwahyukan kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Dalam maksud, Islam lahirkan di kawasan orang bukan Islam, kawasan orang jahil, kawasan kotor, kawasan zina, kawasan arak atau kawasan maksiat. Bagaimana Islam berkembang. Islam berkembang dengan hikmah. Dengan hikmah akhirnya Islam berjaya membersihkan yang kotor, menyucikan yang tidak suci. Lebih hebat lagi, mengIslamkan yang bukan Islam, sehingga seluruh tanah Arab menjadi bersih suci. Seterusnya Islam terbesar ke seluruh dunia seperti yang kita lihat hari ini. Dunia hampir menjadi bersih sepenuhnya.

Justeru, janganlah kerana ada bukan Islam yang membawa pakaian terkena najis babi atau mungkin sengaja mereka membawa pakaian yang ‘dibabikan’,  untuk didobikan, sehingga kita mengambil tindakan menyekat mereka datang dengan tulisan ‘for Muslim only’.

Tetapi, setelah termenung panjang, terfikir juga saya kenapa peniaga sanggup menanggung kerugian dengan menghadkan pelanggannya untuk orang Islam sahaja. Apakah peniaga ini tidak mahu mengaut keuntungan yang banyak dengan bertindak sedemikian. Mesti ada sebabnya? Dia pula tahu sebelah kedai dia ada dobi bukan Islam. Kenapa dia pun tidak mahu bersaing atau pun tamak mengaut monopoli keuntungan? Baik sungguh dia memberi rezeki kepada bukan Islam, jika dipandang daripada segi positifnya.  

Sepatutnya ultra kiasu bertepuk gembira kerana tidak perlu bersaing dengan peniaga Islam. Orang bukan Islam boleh terus pergi ke dobi bukan Islam. Rezeki kepada mereka. Kenapa perlu bangkitkan atau kaitkan dengan, diskriminasi rasis atau Taliban sehingga pembesar negara terpalit sama. Lagipun itu hak dia, kedai dia, duit dia. Suka hati dialah.  Kenapa kita salahkan penjajah Inggeris selama ini yang memisahkan kita mengikut sehingga menjadi rasis kelihatannya. Masyarakat yang bersifat pluraliti menjadi pluralistik. Interaksi yang ikhlas menjadi interaksi secara terpaksa.

Peniaga dobi tersebut secara terang berkata, beliau tidak pernah memusuhi bukan Islam dan hubungan beliau dengan bukan Islam sangat baik. Peliknya kenapa akhbar ultra kiasu membesar-besarkan isu sehingga pembesar campurtangan? Inilah perancangan busuk dan jahatnya ultra kiasu.

Apakah ultra kiasu menjual babi dan menternak babi di kawasan berhampiran dengan penempatan orang Islam tidak rasis. Kenapa tidak ternak sahaja di kawasan berdekatan mereka. Bukankah itu menjadi kesukaan dan kegemaran  mereka? Oh ya, baru saya ingat, ultra kiasu suka makan babi, tetapi tidak suka bau tahi babi.

Sama juga kelihatan, kenapa kawasan perkuburan mereka selalu dibuat berhampiran dengan kampung-kampung orang Islam, kenapa tidak letak sahaja berhampiran dengan kawasan mereka. Muslihat tidak rasis apa ini? Oh ya, saya lupa, mereka suka hantu pergi ke kawasan orang Islam dan menjauhi kawasan mereka.

Sebenarnya ultra kiasu tahu, tidak sepatutnya ia disensasikan. Tetapi ultra kiasu jahat ini terus mengambil peluang. Sebab pelakunya Melayu

Ini mengingatkan saya insiden ketuk ketampi di penjara November 2005, melibatkan seorang wanita Cina (China) bogel dalam penjara ketika zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Ketika berita tersebut,video berdurasi 20 saat itu belum dapat disahkan bangsa apakah yang terlibat, akhbar ultra kiasu heboh, kononnya wanita Cina (daripada China) telah dianiaya dipenjara. Hanya dengan melihat kulitnya berwarna putih daripada belakang. Sehingggakan Pak Lah turut terpaksa menghantar diplomat kita ke China untuk meminta maaf kepada kerajaan China. Begitulah baiknya orang Melayu. Buat salah sikit yang belum tentu salah dia, belum dibuktikan, dah minta maaf. Orang yang seumur hidup mereka buat salah, tidak pernah dipaksa minta maaf.

Namun, setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya insiden ketuk ketampi wanita bogel tersebut bukan warga China tetapi orang Melayu. Selepas disahkan Melayu, senyap sunyi akhbar ultra kiasu tersebut. Tidak ada liputan rasis lagi. Masihkah kita buta? Buta hati dan buta mata?

Inilah nasib Melayu di bumi. Bila kesilapan itu dilakukan oleh Melayu maka heboh satu Malaysia. Tetapi apabila melibatkan ultra kiasu, sepi sesepi sepinya. Inilah agenda jahat dan    busuknya ultra kiasu. Tolak mereka dan jangan beri undi kepada mereka dalam PRU akan datang walaupun sekerat.

Jika hanya kerana dobi mesra Muslim dikatakan rasis dan taliban, bagaimana dengan tindakan ultra kiasu yang amat rasis sebelum yang cuba disenyapkan. Mari kira lihat tindakan rasis ultra kiasu satu persatu daripada dahulu hingga sekarang.

Pertama, insiden ketuk ketampi pada tahun 2005 seperti yang saya sebutkan di atas. Selain itu, kita selalu terbaca papan tanda atau iklan kerja “for Chinese only”. Kenapa akhbar ultra kiasu berdiam diri? Saban hari mereka mencari kedai atau papan tanda “for Muslim only”. Apakah selepas ini mereka akan turut mempertikaikan Tanah Haram (Masjidilharam) supaya menjadi Tanah Halal?

Kedua, kajian dan bukti kukuh yang dibuat oleh penyelidik (pensyarah) Cina sendiri di Universiti Malaya pada tahun 2012, terhadap syarikat Cina yang lebih cenderung memilih graduan Cina daripada graduan Melayu. Manakala syarikat Melayu lebih terbuka dalam mengambil graduan Cina. Siapa yang lebih terbuka dan siapa yang terlebih rasis? Cina atau Melayu? Ketua pengarang akhbar ultra kiasu jawab. Ini tidak termasuk iklan kerja “for Chinese only”.

Ketiga, syarat ketat Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan Zong Jiao Zong kepada guru-guru bukan Cina (Melayu dan India) yang mengajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mesti mendapat kredit dalam SPM dalam Bahasa Cina sebelum layak mengajar di SJKC. Mereka yang meletakkan syarat ini tinggal di mana? Di China atau Malaysia? Apakah ini tidak terlebih ekstrem atau rasis? Malang sungguh kita, kera di hutan di susukan anak di rumah mati tak makan. Peliknya, kenapa mufti Perlis, orang kuat CIMB, G25, SIS dan ramai lagi orang Melayu yang liberal ini tidak kata itu rasis?

Keempat, penolakan NGO rasis Cina terhadap pengajaran sabjek sejarah dalam BM di SJKC. Apabila persatuan rasis Cina yang saya sebut di atas, menolak pengajaran sabjek sejarah dalam Bahasa Melayu (BM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah oleh Kementerian Pendidikan, termasuk SJKC dalam Bahasa Melayu ditolak mentah-mentah oleh si rasis ini dan langsung tidak dilaksanakan di SJKC, tidak pula dikatakan rasis. Kenapa semua akhbar ultra kiasu diam? Apakah kita pekak bahawa sabjek sejarah diajar dalam Bahasa Cina di SJKC hari ini. SJKC langsung tidak mengendahkan arahan kerajaan. Bayangkan, bagaimana boleh berlaku, arahan kerajaan yang diluluskan dan dikuatkuasakan tidak diendahkan oleh warganegara yang hidup di bumi bertuah ini. Terlebih malang lagi, ia langsung tidak dikatakan rasis? Politik apakah yang kita sedang mainkan ini? Hanya kerana laparkan undi, kita gadaikan agenda negara. Apakah mufti Perlis, mengambil tahu atau tidak perkara ini? Jika sudah tahu selepas pendedahan ini, bersuaralah. Siapa yang lebih rasis?

Kelima, sedar atau tidak selama ini mewujudkan sekolah vernacular berasaskan kaum itu sangat rasis. Saya pernah diberitahu, ada guru Cina yang mengajar sabjek sejarah di SJKC menyamakan Raja-Raja Melayu dengan sakai. Insiden seperti ini banyak berlaku, tetapi tidak pernah disensasikan, hanya kerana tidak ramai orang Melayu di SJKC. Yang dikatakan hampirkan 20 peratus anak-anak Melayu di SJKC, hampir separuh daripadanya berbin Abdullah, iaitu anak luar nikah, yang mana ibubapanya malu anak tersebut dihantar di Sekolah Kebangsaan.

Keenam, sedar atau tidak, syarikat ultra kiasu yang mengambil pekerja Melayu untuk melariskan jualan mereka supaya dapat status  halal dan dapat memikat pelanggan Melayu walaupun sebenarnya ada yang tidak halal. Ini tidak termasuk pekerja-pekerja Melayu yang tidak dibenarkan menunaikan solat jumaat pada hari Jumaat, kerana didakwa membuang masa.

Ketujuh, lambakan NGO-NGO Cina melebihi bilangan NGO-NGO Melayu, mempertahankan hak kaum masing-masing, apakah tindakan ini tidak rasis. Untuk makluman, di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan bumiputera, beragama Islam, bilangan NGO Cina lebih banyak daripada NGO kaum majoriti. Terdapat hampir 9000 NGO Cina, berada di tangga teratas, berbanding dengan NGO Melayu dan Bumiputera. Apakah ini tidak rasis?

Kelapan, begitu juga dengan akhbar cetak, surat khabar. Walaupun Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, bilangan akhbar Cina jauh melebihi bilangan akhbar berbahasa Melayu. Akhbar berbahasa Melayu paling banyak ada kurang daripada lima. Akhbar Cina melebihi 10 dan diterbitkan dua kali sehari. Jika dicampurkan dengan akhbar tamil, Bahasa Inggeris dan lain-lain, ternyata akhbar Bahasa kebangsaan tersangat sedikit.

Kesembilan, sedar atau tidak. Siaran televisyen, lebih banyak berbahasa Cina daripada berbahasa Melayu di dalam sebuah negara berasal-usulkan Melayu. Kalau tidak percaya sila buka siaran TV, termasuk radio awam dan swasta. Lihat dan bandingkan, berapa banyak siaran dalam Bahasa kebangsaan dan berapa banyak siaran dalam siaran bukan Melayu, terutama siaran saluran China, Hong Kong dan Taiwan. Pergilah ke rumah mereka lihat. Mereka langsung tidak membuka siaran tv atau radio Bahasa Melayu. Kecuali adik beradik saya dan sebahagian Cina Kelantan dan Terengganu. Saya bukan rasis. Tetapi jika terlalu ditonjolkan siapa lebih rasis? Maka saya tidak boleh berdiam diri.

Kesepuluh, kita perasan atau tidak, penajaan iklan dalam rancangan-rancangan tv. Cuba lihat siapa penajanya untuk rancangan berbahasa Cina dengan rancangan berbahasa Melayu. Jika masih belum perasaan, saya ingin mengajak saudara menonton bersama untuk melihat siapa lebih rasis, siapa tidak.  Begitu juga di peringkat universiti, pelajar-pelajar Cina melalui persatuan Cina saban tahun mengadakan pesta tanglung dan berbagai aktiviti Cina yang lain. Cuba lihat perjalanan aktiviti mereka dan penaja-penajanya. Ini tidak termasuk iklan lucah syarikat penerbangan murah yang mahu meliberalkan orang Melayu dengan menggunakan karikatur buah dada wanita yang mendapat kecaman daripada netizen. Hina sungguh syarikat ini untuk mencari keuntungan dan merosakkan Melayu. Kecaman yang diberikan tidak sehebat kepada dobi Melayu tersebut. Antara agenda meliberalkan Melayu Islam dengan dobi rasis, mana lebih bahaya?

Kesebelas, saya mohon saya masuklah ke bank-bank, syarikat komersial, kedai-kedai yang ada kepunyaan bukan Melayu di negara kita tercinta pada hari ini. Lihatlah penggunaan Bahasa yang digunakan. Adakah BM benar-benar didaulatkan sebagai Bahasa negara dan Bahasa kebangsaan? Boleh dikataka syarikat yang dipunyai oleh bangsa Cina majoritinya ini, langsung tidak mendaulatkan BM. Semuanya dalam Bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris. Pergilah dan buat siasatan, jangan kata saya yang rasis selepas ini. Lebih malag lagi banyak syarikat Meayu dan GLC kerajaan turut mengkesampingan BM. Salah siapa? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Pergilah ke CIMB, Maybank dan banyak GLC kerajaan, lihatlah nasib Bahasa Melayu.

Keduabelas, pergilah ke kaunter bank Cina. Lihatlah nasib bahasa Melayu dan berapa ramai pekerja Melayu serta berapa ramai pekerja Cina yang diberi jawatan tinggi. Jika ada pekerja Melayu, mereka hanya berada di kaunter, bertudung dan disyaratkan mesti boleh berbahasa Cina. Boleh dikatakan semua pekerja Melayu kaunter di bank yang dipunyai oleh jutawan Cina boleh berbahasa Cina. Bagaimana dengan Melayu berjawatan tinggi di bank tersebut. Ada atau tidak? Jawapannya, ada. Jawatannya adalah pegawai syariah bank yang bertanggungjawab memastikan produknya halal untuk menarik pelanggan Melayu berurusan, melabur dan menyimpan wang di bank tersebut. Pendek kata, orang Melayu di syarikat Cina hanya untuk mengaburi mata orang Islam untuk meyakinkan produknya halal dan dapat status halal walaupun sebenarnya ada yang tidak halal. Kita pun tergoda kerana ada kata-kata Sistem Perbankan bersyariatkan syariat Islam. Inilah kosmetik yang berlaku dan sedang berlaku di negara tercinta. Mereka tidak rasis, kita yang mempertahankan hak kita yang menjadi hak sebenar dikatakan rasis.

Ketigabelas, berbanding dengan dengan bank GLC kerajaan, seperti Maybank dan CIMB juga GLC kerajaan yang lain. Berapa ramai orang Cina diberi kepercayaan menjawat jawatan tinggi. Siapa lebih rasis saudaraku. Masuklah ke dalam Maybank dan CIMB, saudara pasti akan dapat lihat warna warni Malaysia. Berbanding dengan bank rasis lain yang hanya meletakkan Melayu di kaunter-kaunter dan perbankan Islam.

Keempatbelas, sedar atau tidak ultra kiasu ini sangat memandang rendah kepada bahasa dan budaya Melayu. Sesama mereka tidak akan pernah bercakap Melayu. Jauh sama sekali. Begitu juga dengan mengamalkan budaya Melayu. Amat jarang sekali melihat ultra memakai baju Melayu, termasuk dalam acara rasmi seperti pembukaan parlimen. Rata-ratanya memakai pakaian barat, bertali leher. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh memakai pakaian mereka dan makan bersepit apabila bersama mereka ketika musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina. Pernahkah mereka memakaikan baju Melayu ketika mengunjungi rumah terbuka orang Melayu berhari raya? Jangan haraplah. Siapa yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong? Apabila kita memakai dan menggunakan Bahasa Cina dalam memberi ucapan dan mengamalkan budaya mereka seperti berpakaian ala Cina, maka mereka ultra kiasu ini berteriak dan menjerit, inilah 1Malaysia. Tetapi pernahkah mereka melakukan perkara yang sama terhadap kita dan kita pun menjerit inilah 1Malaysia. Jangan hipokrit. Jawapan saya mudah, ultra kiasu memandang rendah kepada Bahasa Melayu dan adat budaya Melayu. Memakai pakaian Melayu dan adat budaya Melayu dianggap sebagai “soi” atau sial. Saya sangat teruja untuk melihat presiden MCA, Gerakan, DAP dan lain-lain Cina memakai baju Melayu, bersongkok dan bersampin ketika mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri pada tahun hadapan.

Sebenarnya, banyak lagi yang mahu saya tonjolkan betapa rasisnya ultra kiasu. Ini tidak termasuk papan tanda “pets are not allowed” di hotel, pangsapuri, pasaraya dan sebagainya. Masih ada yang bangang membawa binatang ini ke tempat sebegini. Tidak pulak dilabelkan rasis. Artikel ini sudah menjadi terlalu panjang. Apapun, perancangan busuk, licik dan jahat ultra kiasu sangat terserlah dalam isu dobi ini, terutama untuk memburuk-burukkan agama Islam melalui sedikit mungkin ‘kesilapan’ kita. Tetapi yakinlah, ia tetap tidak akan berjaya, kerana kami sudah kenal siapa beliau.

Mungkin ada sedikit kesan kepada orang Islam yang jahil. Tetapi kepada mereka yang faham Islam, jangan haraplah. Malah kita akan terus memerhatikan gelagat dan perancangan busuk mereka. Kita akan mempertahankan hak Islam walaupun amat pahit. Kita akan tidak sepengecut seperti pandai menyamar dan berselindung. Menggunakan media diluluskan oleh kerajaan atas dasar persefahaman dalam parti komponen BN dan atas dasar demokrasi. Percayalah, mereka ini tidak mengundi parti pro BN.

Sama seperti apa yang dilakukan musuh-musuh Islam di luar sana. Terus meneruskan memburukkan imej Islam dengan penonjolan berlebihan Daesh, IS dan ISIS, namun Islam terus mendapat sambutan dalam kalangan bukan Islam di serata dunia. Mungkin perkembangan Islam agak perlahan di Malaysia, tetapi amat cepat berlaku di dunia lain.

Semua ini berlaku kerana, bukan Islam di luar sana dapat membezakan, mana dia propaganda, mana dia perancangan busuk ultra kiasu dan mana Islam yang sebenar. PEW Research Centre berpengkalan di Amerima Syarikat, meramalkan pada tahun 2050, agama Islam akan menjadi agama terbesar dunia, mengatasi agama Kristian yang menjadi majoriti buat masa  ini. Logiknya kenapa Kristian lebih ramai buat masa ini kerana agama Kristian lebih lama daripada Islam daripada segi usianya. Wajarlah. Hampir 1000 tahun perbezaaan.

Sebab itu, ultra kiasu ini sedaya upaya memastikan Islam tidak mendapat sambutan di negara Islam. Mereka mahukan umat Islam menjadi semakin liberal dan seterusnya keluar daripada Islam itu sendiri dan menentang Islam. Mereka mahu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam dan dijuga dharamkan oleh agama mereka sendiri. Mereka mahu menjadikan Malaysia ini, syurga arak, syurga judi, syurga segala maksiat dan sebagainya, barulah puas hati mereka.

Kesimpulannya, apa juga perkara berkaitan dengan Islam fundamental atau asas-asas hidup beragama, termasuk yang bukan Islam mahukannya, akan ditentang habis-habisan oleh ultra kiasu. Bapak segala rasis bukan kita, kerana agama Islam bersifat sejagat, amat melarang membenci dan mendiskriminasikan bukan Islam. Sangat jelas termaktub dalam al-Quran. Sebab itu, hak-hak mereka sentiasa terjamin. Mereka lebih kaya daripada kita. Rumah ibadat mereka langsung kita tidak kacau, malah lebih banyak dan berganda-ganda daripada masjid dan surau. Tiga puluh ribu masjid surau. Lima ratus ribu rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara. Adilkah? Siapa yang terlebih baik ini? Mereka juga mendapat hak yang lebih banyak daripada kita.


Sebenarnya, lahirnya bapak segala rasis seperti ketua pengarang akhbar ultra kiasu tersebut disebabkan kita membenarkan kewujudan semua perkara berasaskan kaum seperti pendidikan, media massa, media cetak, NGO-NGO dan sebagainya tanpa melihat paksinya kepada perlembagaan. Kita tidak memberi hak kepada yang berhak.Tetapi kita memberikan hak kepada yang ‘tidak berhak’ hanya kerana mahukan mengekalkan kuasa dan mendapatkan undi. Berbaloikah semua ini? Akhirnya, lahirlah ketua pengarang akhbar ultra kiasu yang menjadi bapak segala rasis tetapi berselindung bahawa mereka adalah pejuang semua kaum dan bersifat diversiti. Telanjangkan ultra kiasu ini. Saya pasti mereka tidak akan mengundi BN, tetapi parti ultra kiasu. Bukalah mata, buka hati. Jangan biarkan ia mati. 

Tuesday, July 04, 2017

Malang sungguh Bahasa Melayu

5:48 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments
Malang sungguh Bahasa Melayu

Apa istimewanya pegawai perubatan yang bergelar doktor sehingga dengan mudah diberikan kelonggaran hanya lulus bahasa Melayu peringkat SPM untuk mendapat tempat dalam sektor awam berbanding dengan profesion yang lain? Apakah negara kita berada dalam keadaan kritikal sehingga sanggup matlamat menghalalkan cara? Apakah benar rugi dakwaan kita akan hilang kepakaran setiap tahun sedangkan mereka hanya pegawai perubatan sahaja, bukan pakar?

Sedangkan sebelum ini kita pernah didendangkan bahawa berlaku lambakan graduan perubatan. Setiap tahun hampir 5,000 pelajar di dalam bidang perubatan tamat pengajian tetapi hospital latihan hanya dapat menampung kira-kira 3,000 doktor pelatih. Saya amat musykil dengan jawapan yang mengatakan kita amat kritikal kekurangan doktor pelatih. Apa yang sedang dipolitikkan disebalik semuanya ini?

Justeru, saya ucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengambil berat isu negara ini dan mahukan kementerian berkaitan memberikan penjelasan segera. Alasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa kelonggaran syarat kelayakan Lulus BM itu adalah bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM adalah tidak masuk akal. Pegawai Perubatan ini warga negara mana? Afrika atau Malaysia?

Berbanding skim perkhidmatan yang lain, syarat yang lebih tinggi diwajibkan iaitu Kredit BM sebagai syarat lantikan. Manakala, calon yang memohon lantikan secara tetap Pegawai Kesihatan di KKM hanya perlu lulus BM di peringkat SPM. Pendek kata, pegawai perubatan tidak boleh ‘disusahkan’ dengan BM, kononnya perkhidmatan mereka sangat kritikal.

Pergilah ke negara mana pun untuk melanjutkan pelajaran sekalipun, kita mesti luluskan bahasa kebangsaan mereka terlebih dahulu sebelum layak untuk meneruskan pengajian. Peliknya, negara kita langsung tidak mengenakan syarat kepada pelajar luar Negara yang belajar dan bekerja di sini.

Selepas ini Hua Chong dan Dong Jiao Zong akan mendesak kerajaan mengiktiraf UEC dan standard BM mereka atas dasar, pelajar sekolah Cina tidak diwajarkan ‘disusahkan’ dengan BM, sebab mereka terpaksa menguasai bahasa ibunda. Jika mereka mengaku anak Malaysia, mahu tinggal di Malaysia, perlulah bersusah sedikit. Ini masalah negara. Jika tidak mahu bersusah, carilah tempat lain yang lebih menyenangkan, tetapi bukan di sini. Saya amat yakin, kebanyakan mereka yang terlibat adalah dalam kalangan  bukan Melayu, yang tidak menganggap perkara ini penting.
Keputusan ini sudah tentu akan menambah dan memburukkan masalah lambakan graduan perubatan yang terpaksa menunggu dari 3 hingga 6 bulan untuk mendapat penempatan di hospital latihan. Pihak bertanggungjawab sanggup mengenepikan agenda negara semata-mata mahu meraikan pelajar perubatan. Belajarlah daripada Jepun selepas menjadi padang jarak padang tekukur dalam Perang Dunia Ke-II pada 1945. Jepun mementing agenda negara dan membina insan. Jepun mengamalkan ‘making people before making product’. Bina insan dahulu sebelum keluarkan produk,”

Keadaan itu berbeza dengan Malaysia, kita mahu mengeluarkan produk tanpa membina insan. Inilah malapetaka sedang menanti. Kelayakan asas bahasa negara adalah isu negara dan tidak boleh dimain-main atau diperjudikan. Jika beginilah caranya kita membina negara, pasti kita akan keluar menjadi negara maju yang gagal. Tidak ada erti kemajuan material tanpa disertai dengan kemajuan pembangunan insan.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini dan pegawai perubatan sepatutnya berasa malu. Tidak ada negara yang sanggup membuat keputusan sehina ini hanya kerana mahu meraikan pegawai perubatan. Berlaku adillah kepada pegawai perubatan yang belajar sesungguh-sungguh dalam SPM untuk mendapat A bagi kertas BM. Tindakan ini adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Soal BM bukan soal keputusan SPM semata-mata. Ia melibatkan banyak aspek, seperti kenegaraan, jati diri, semangat patriostisme dan lain-lain lagi. Apakah mereka yang berada dalam bidang perubatan tidak nampak perkara ini?  Mudah sungguh kita berkata, tidak menjadi masalah kepada mereka untuk berinteraksi dengan pesakit dalam BM kerana mereka rakyat Malaysia. Benarkah rakyat Malaysia baik komunikasinya dalam BM? Buatlah kajian. Bukti-bukti menunjukkan, hatta wakil rakyat sekalipun BM mereka berterabur.

Bayangkan bagaimanakah pegawai perubatan ini boleh memberi rawatan yang berkesan kepada pesakit sekiranya terdapat masalah komunikasi dengan  pesakit? Kerap kali kedengaran berlaku kesilapan diagnosis dan rawatan kerana doktor tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pesakit. Kadangkala saya amat musykil kenapa kita perlu menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan sedangkan BM adalah bahasa yang sedia termaktub dalam perlembagaan, yang mesti dikuasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa berkecuali? Sebenarnya, kita tidak sensitif dengan identiti atau jati diri negara. Kita rasa lebih berlagak kerana dapat memahami bahasa (budaya) orang lain daripada bahasa (budaya) bangsa sendiri.

Saya masih ingat bagaimana seorang pelajar Jepun Masaya Ono, 21, mahasiswa daripada Universiti Bunkyo Gakuin, mengakui terkejut apabila menjumpai rakyat Malaysia tidak pandai bertutur dalam BM. Sebaliknya, pekerja asing lebih fasih berbahasa Melayu berbanding rakyatnya sendiri. Ono berkongsi ceritanya ketika bercuti di beberapa negeri di utara Semenanjung seperti Perak dan Pulau Pinang.

Kadangkala saya tidak menyalah bangsa lain, kerana tidak dapat menguasai BM. Kita sahaja yang tidak mahu menggunakan peruntukan dan kuasa yang ada untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Tidak ada syarat langsung kelayakan BM kepada mereka yang bekerja di sektor swasta? Sama ada mereka lulus atau gagal, boleh berbahasa Melayu, atau tidak, sudah tidak menjadi ukuran.  

Sehingga hari ini, saya amat tertanya-tanya, apa yang menjadi masalah kepada kita untuk menguatkuasakan BM sebagai bahasa negara? Negaranya berasal dari Tanah Melayu, Raja-rajanya adalah Melayu, mempunyai kuasa ke atas Islam dan Melayu, Tanah rezab Melayu, majoriti rakyatnya orang Melayu, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Melayu yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh. Persoalannya, kenapa semua ini seolah-olah ianya boleh terlepasataupun sudahpun terlepas.

Semua ini berlaku disebabkan oleh kita terlalu banyak berpolitik daripada memikirkan agenda membina negara berasaskan identiti nasional. Kita terlalu takut kalah pilihan raya, kita terlalu takut hilang kuasa. Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri.

Lihat sahaja negeri China, Jerman, Jepun, Perancis, Amerika, Australia, Thailand, Vietnam dan sebagainya, bahasa mereka begitu mendominasi negara tanpa berkecuali. Kenapa negara kita tidak sedemikian? Bahasa Melayu bukan semata-mata subjek wajib lulus peperiksaan, tetapi ia  adalah teras kepada perpaduan dan integriti nasional. Penghayatan bahasa kebangsaan dalam menzahirkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Saya sarankan supaya pelajar yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa diwajibkan mengambil BM level SPM yang dikawal selia oleh Lembaga Peperiksaan Negara. Kelonggaran tidak sepatutnya diberikan meskipun mereka dalam jawatan kontrak.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ahli Majlis MAAC