Dobi:
Jahat dan busuknya ultra kiasu
Jarang sekali ketua pengarang sesebuah
akhbar turut membuat liputan berita-berita semasa, berbanding anak buahnya.
Tetapi itulah yang berlaku kepada akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dan
tidak ketinggalan yang berbahasa Cina. Ultra kiasu ini mengambil sepenuh
peluang menangguk di air keruh, membuat liputan berita “dobi for Muslim only”.
Beliau memanipulasi setiap peluang dan
ruang untuk memburuk-burukkan imej Islam agar penganutnya yang secular dan liberal semakin jauh
daripada Islam, seterusnya meninggalka Islam (menjadi murtad). Manakala yang
bukan Islam semakin membenci Islam, yang selama ini mula mendekati.
Selepas ini, tercapai perancangan busuk
nafsu serakah mereka, Islam dianggap sebagai agama yang ekslusif untuk orang
tertentu sahaja bukan seperti fitrah keuniversalannya untuk semua. Bertepuk
gembiralah mereka, Islam tidak mendapat sambutan dan dianggap sebagai Taliban.
Mereka boleh berpesta arak, berpesta zina, berpesta babi, berpesta judi,
berpesta hiburan hedonism, berpesta gay dan berbagai pesta lagi.
Isu kedai dobi ini adala isu yang amat
kecil dan sangat terpencil, tetapi sengaja diperbesarkan dan disensasikan.
Malang sekali jika kita tidak dapat mencium perancangan jahat dan busuknya.
Memanglah kenyataan dan tindakan tersebut nampak seperti ekstrem, rasis dan
Taliban. Mana tidaknya apabila terpampang papan tanda, “for Muslim only, dan “Mesra Muslim dobi ini hanya menerima pelanggan
beragama Islam sahaja atas factor kesucian. Segala kesulitan amat di dikesali”.
Ini perkara biasa.
Banyak tempat yang terpampang, “for non
Muslim only”, seperti kedai arak, kedai judi, kedai babi dan macam-macam kedai
tidak halal. Kenapa kita tidak kata itu rasis, ekstrem dan berbagai istilah negatif
lagi. Sebab kita faham, mereka tinggal dalam sebuah negara Islam. Itu hak
mereka. Ini tidak termasuk rumah sewa dan banyak lagi papan sedemikian rupa
ditempat kerja.
Berbanding dengan umat Islam yang menjadi
minoriti, apakah mereka mempunyai hak yang sama seperti bukan Islam tinggal
dalam negara Islam? Lihatlah dunia. Umat Islam di China, usahkan nak dapatkan
mengamalkan cara hidup Islam, berpuasa yang menjadi hak asasi pun tidak
dibenarkan. Mereka terpaksa menerima
hakikat bahawa mereka terpaksa hidup dalam kawasan bergelumang maksiat dan
makanan haram. Bergemulang dengan babi, judi, arak, zina dan sebagainya.
Justeru, apa masalah umat Islam mahukan
hak mereka di negara asal usul mereka. Salahkah? Rasiskah tindakan itu?
Jawapannya, TIDAK. Asas ajaran Islam mengharamkan rasis, mendiskriminasi atau
membenci orang lain atau bukan Islam atau orang kafir. Bagaimana Islam boleh
berkembang sehingga ke hari ini jika mengambil tindakan sedemikian? Islam
berkembang di mana? Di kawasan Islam atau bukan Islam? Jawapannya, di kawasan
bukan Islam.
Secara peribadi saya tidak bersetuju
dengan tindakan kedai dobi tersebut atas nama dakwah. Apakah selepas ini, orang
Islam akan menyamak wang siling dan wang kertas sebelum menyimpan dalam wallet
atau beg kerana wang ini sudah berlegar di kedai-kedai babi. Termasuk juga
kedai arak, kedia judi, kelab malam dan berbagai tempat maksiat lagi. Selepas
ini akan timbul fatwa, apakah solat kita sah atau tidak, membawa wang dalam
poket ketika solat. Apakah selepas ini
semua pakat-pakat mengeluarkan wang dan meletakkannya di tempat lain supaya
tidak dibawa ketika bersolat? Jika itulah yang berlaku, berpestalah
pencuri-pencuri selepas ini.
Saudaraku, inilah realiti yang perlu
difahami hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Kita tidak dapat mendapat suci
dan sesuci sucinya. Tidak perlulah kita bertanya lebih detail, apakah sepemakai
pernah makan babi atau anjing, pakaian terkena najis babi atau tidak, kencing
berak basuh atau tidak. Tidak perlulah sebegitu ekstrem
Nanti kita akan ditertawakan. Jika kumpulan
kita ini terlalu suci, mengambil berat soal halal haram, kenapa kumpulan inilah
yang memenuhi penjara, pusat serenti, menagih dadah, merempit, melepak, seks
bebas dan sebagainya. Kita terlalu sensitif dengan najis sana dan najis sini,
tetapi gagal dalam mendidik anak-anak untuk menjadi manusia, beramal dengan
Islam sepenuhnya. Negara Islam tidak pernah masuk dalam ranking 10 teratas
negara terbesih dunia, tidak juga dalam rangking 20, 30 dan 40. Rata-rata
negara Islam rankingnya tidak bersi, sebagaimana negara pemakan babi, peminum
arak, pengamal zina dan sebagainya.
Pendek kata, mereka yang selalu
bergemulang dengan ‘najis’ dan makan makanan haram, anak mereka tidak terlibat
dalam gejala buruk, malah amat rajin bekerja mencari wang, sehingga menguasai
lebih 70 peratus ekonomi negara ini.
Bukanlah tujuan saya selepas ini kita
berlonggar atau bermain dengan najis berat. Tetapi untuk mendapatkan seratus
peratus suci dan sesucinya memanglah payah. Terimalah hakikat dan realiti
bahawa Islam lahir atau beranak di kawasan orang bukan Islam. Islam tidak
bermula dikawasan orang Islam, kerana mana ada orang Islam ketika Islam
diwahyukan kepada Baginda Rasulullah s.a.w.
Dalam maksud, Islam lahirkan di kawasan
orang bukan Islam, kawasan orang jahil, kawasan kotor, kawasan zina, kawasan
arak atau kawasan maksiat. Bagaimana Islam berkembang. Islam berkembang dengan
hikmah. Dengan hikmah akhirnya Islam berjaya membersihkan yang kotor,
menyucikan yang tidak suci. Lebih hebat lagi, mengIslamkan yang bukan Islam,
sehingga seluruh tanah Arab menjadi bersih suci. Seterusnya Islam terbesar ke
seluruh dunia seperti yang kita lihat hari ini. Dunia hampir menjadi bersih
sepenuhnya.
Justeru, janganlah kerana ada bukan
Islam yang membawa pakaian terkena najis babi atau mungkin sengaja mereka
membawa pakaian yang ‘dibabikan’, untuk
didobikan, sehingga kita mengambil tindakan menyekat mereka datang dengan
tulisan ‘for Muslim only’.
Tetapi, setelah termenung panjang, terfikir
juga saya kenapa peniaga sanggup menanggung kerugian dengan menghadkan
pelanggannya untuk orang Islam sahaja. Apakah peniaga ini tidak mahu mengaut
keuntungan yang banyak dengan bertindak sedemikian. Mesti ada sebabnya? Dia
pula tahu sebelah kedai dia ada dobi bukan Islam. Kenapa dia pun tidak mahu
bersaing atau pun tamak mengaut monopoli keuntungan? Baik sungguh dia memberi
rezeki kepada bukan Islam, jika dipandang daripada segi positifnya.
Sepatutnya ultra kiasu bertepuk gembira
kerana tidak perlu bersaing dengan peniaga Islam. Orang bukan Islam boleh terus
pergi ke dobi bukan Islam. Rezeki kepada mereka. Kenapa perlu bangkitkan atau
kaitkan dengan, diskriminasi rasis atau Taliban sehingga pembesar negara
terpalit sama. Lagipun itu hak dia, kedai dia, duit dia. Suka hati dialah. Kenapa kita salahkan penjajah Inggeris selama
ini yang memisahkan kita mengikut sehingga menjadi rasis kelihatannya.
Masyarakat yang bersifat pluraliti menjadi pluralistik. Interaksi yang ikhlas
menjadi interaksi secara terpaksa.
Peniaga dobi tersebut secara terang
berkata, beliau tidak pernah memusuhi bukan Islam dan hubungan beliau dengan
bukan Islam sangat baik. Peliknya kenapa akhbar ultra kiasu membesar-besarkan
isu sehingga pembesar campurtangan? Inilah perancangan busuk dan jahatnya ultra
kiasu.
Apakah ultra kiasu menjual babi dan
menternak babi di kawasan berhampiran dengan penempatan orang Islam tidak
rasis. Kenapa tidak ternak sahaja di kawasan berdekatan mereka. Bukankah itu
menjadi kesukaan dan kegemaran mereka?
Oh ya, baru saya ingat, ultra kiasu suka makan babi, tetapi tidak suka bau tahi
babi.
Sama juga kelihatan, kenapa kawasan
perkuburan mereka selalu dibuat berhampiran dengan kampung-kampung orang Islam,
kenapa tidak letak sahaja berhampiran dengan kawasan mereka. Muslihat tidak
rasis apa ini? Oh ya, saya lupa, mereka suka hantu pergi ke kawasan orang Islam
dan menjauhi kawasan mereka.
Sebenarnya ultra kiasu tahu, tidak
sepatutnya ia disensasikan. Tetapi ultra kiasu jahat ini terus mengambil
peluang. Sebab pelakunya Melayu
Ini mengingatkan saya insiden ketuk ketampi
di penjara November 2005, melibatkan seorang wanita Cina (China) bogel dalam
penjara ketika zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Ketika berita tersebut,video
berdurasi 20 saat itu belum dapat disahkan bangsa apakah yang terlibat, akhbar
ultra kiasu heboh, kononnya wanita Cina (daripada China) telah dianiaya
dipenjara. Hanya dengan melihat kulitnya berwarna putih daripada belakang. Sehingggakan
Pak Lah turut terpaksa menghantar diplomat kita ke China untuk meminta maaf
kepada kerajaan China. Begitulah baiknya orang Melayu. Buat salah sikit yang
belum tentu salah dia, belum dibuktikan, dah minta maaf. Orang yang seumur
hidup mereka buat salah, tidak pernah dipaksa minta maaf.
Namun, setelah siasatan dibuat,
rupa-rupanya insiden ketuk ketampi wanita bogel tersebut bukan warga China
tetapi orang Melayu. Selepas disahkan Melayu, senyap sunyi akhbar ultra kiasu
tersebut. Tidak ada liputan rasis lagi. Masihkah kita buta? Buta hati dan buta
mata?
Inilah nasib Melayu di bumi. Bila
kesilapan itu dilakukan oleh Melayu maka heboh satu Malaysia. Tetapi apabila
melibatkan ultra kiasu, sepi sesepi sepinya. Inilah agenda jahat dan busuknya ultra kiasu. Tolak mereka dan
jangan beri undi kepada mereka dalam PRU akan datang walaupun sekerat.
Jika hanya kerana dobi mesra Muslim
dikatakan rasis dan taliban, bagaimana dengan tindakan ultra kiasu yang amat
rasis sebelum yang cuba disenyapkan. Mari kira lihat tindakan rasis ultra kiasu
satu persatu daripada dahulu hingga sekarang.
Pertama, insiden ketuk ketampi pada
tahun 2005 seperti yang saya sebutkan di atas. Selain itu, kita selalu terbaca
papan tanda atau iklan kerja “for Chinese only”. Kenapa akhbar ultra kiasu
berdiam diri? Saban hari mereka mencari kedai atau papan tanda “for Muslim
only”. Apakah selepas ini mereka akan turut mempertikaikan Tanah Haram
(Masjidilharam) supaya menjadi Tanah Halal?
Kedua, kajian dan bukti kukuh yang
dibuat oleh penyelidik (pensyarah) Cina sendiri di Universiti Malaya pada tahun
2012, terhadap syarikat Cina yang lebih cenderung memilih graduan Cina daripada
graduan Melayu. Manakala syarikat Melayu lebih terbuka dalam mengambil graduan
Cina. Siapa yang lebih terbuka dan siapa yang terlebih rasis? Cina atau Melayu?
Ketua pengarang akhbar ultra kiasu jawab. Ini tidak termasuk iklan kerja “for
Chinese only”.
Ketiga, syarat ketat Hua Zong, Dong
Zong, Jiao Zong dan Zong Jiao Zong kepada guru-guru bukan Cina (Melayu dan
India) yang mengajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mesti mendapat kredit
dalam SPM dalam Bahasa Cina sebelum layak mengajar di SJKC. Mereka yang
meletakkan syarat ini tinggal di mana? Di China atau Malaysia? Apakah ini tidak
terlebih ekstrem atau rasis? Malang sungguh kita, kera di hutan di susukan anak
di rumah mati tak makan. Peliknya, kenapa mufti Perlis, orang kuat CIMB, G25,
SIS dan ramai lagi orang Melayu yang liberal ini tidak kata itu rasis?
Keempat, penolakan NGO rasis Cina
terhadap pengajaran sabjek sejarah dalam BM di SJKC. Apabila persatuan rasis
Cina yang saya sebut di atas, menolak pengajaran sabjek sejarah dalam Bahasa
Melayu (BM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah oleh Kementerian
Pendidikan, termasuk SJKC dalam Bahasa Melayu ditolak mentah-mentah oleh si
rasis ini dan langsung tidak dilaksanakan di SJKC, tidak pula dikatakan rasis.
Kenapa semua akhbar ultra kiasu diam? Apakah kita pekak bahawa sabjek sejarah
diajar dalam Bahasa Cina di SJKC hari ini. SJKC langsung tidak mengendahkan
arahan kerajaan. Bayangkan, bagaimana boleh berlaku, arahan kerajaan yang
diluluskan dan dikuatkuasakan tidak diendahkan oleh warganegara yang hidup di
bumi bertuah ini. Terlebih malang lagi, ia langsung tidak dikatakan rasis?
Politik apakah yang kita sedang mainkan ini? Hanya kerana laparkan undi, kita
gadaikan agenda negara. Apakah mufti Perlis, mengambil tahu atau tidak perkara
ini? Jika sudah tahu selepas pendedahan ini, bersuaralah. Siapa yang lebih
rasis?
Kelima, sedar atau tidak selama ini
mewujudkan sekolah vernacular berasaskan kaum itu sangat rasis. Saya pernah
diberitahu, ada guru Cina yang mengajar sabjek sejarah di SJKC menyamakan
Raja-Raja Melayu dengan sakai. Insiden seperti ini banyak berlaku, tetapi tidak
pernah disensasikan, hanya kerana tidak ramai orang Melayu di SJKC. Yang
dikatakan hampirkan 20 peratus anak-anak Melayu di SJKC, hampir separuh
daripadanya berbin Abdullah, iaitu anak luar nikah, yang mana ibubapanya malu
anak tersebut dihantar di Sekolah Kebangsaan.
Keenam, sedar atau tidak, syarikat ultra
kiasu yang mengambil pekerja Melayu untuk melariskan jualan mereka supaya dapat
status halal dan dapat memikat pelanggan
Melayu walaupun sebenarnya ada yang tidak halal. Ini tidak termasuk pekerja-pekerja
Melayu yang tidak dibenarkan menunaikan solat jumaat pada hari Jumaat, kerana
didakwa membuang masa.
Ketujuh, lambakan NGO-NGO Cina melebihi
bilangan NGO-NGO Melayu, mempertahankan hak kaum masing-masing, apakah tindakan
ini tidak rasis. Untuk makluman, di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah
Melayu dan bumiputera, beragama Islam, bilangan NGO Cina lebih banyak daripada
NGO kaum majoriti. Terdapat hampir 9000 NGO Cina, berada di tangga teratas,
berbanding dengan NGO Melayu dan Bumiputera. Apakah ini tidak rasis?
Kelapan, begitu juga dengan akhbar
cetak, surat khabar. Walaupun Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, bilangan akhbar
Cina jauh melebihi bilangan akhbar berbahasa Melayu. Akhbar berbahasa Melayu
paling banyak ada kurang daripada lima. Akhbar Cina melebihi 10 dan diterbitkan
dua kali sehari. Jika dicampurkan dengan akhbar tamil, Bahasa Inggeris dan
lain-lain, ternyata akhbar Bahasa kebangsaan tersangat sedikit.
Kesembilan, sedar atau tidak. Siaran
televisyen, lebih banyak berbahasa Cina daripada berbahasa Melayu di dalam
sebuah negara berasal-usulkan Melayu. Kalau tidak percaya sila buka siaran TV,
termasuk radio awam dan swasta. Lihat dan bandingkan, berapa banyak siaran
dalam Bahasa kebangsaan dan berapa banyak siaran dalam siaran bukan Melayu,
terutama siaran saluran China, Hong Kong dan Taiwan. Pergilah ke rumah mereka
lihat. Mereka langsung tidak membuka siaran tv atau radio Bahasa Melayu.
Kecuali adik beradik saya dan sebahagian Cina Kelantan dan Terengganu. Saya
bukan rasis. Tetapi jika terlalu ditonjolkan siapa lebih rasis? Maka saya tidak
boleh berdiam diri.
Kesepuluh, kita perasan atau tidak,
penajaan iklan dalam rancangan-rancangan tv. Cuba lihat siapa penajanya untuk
rancangan berbahasa Cina dengan rancangan berbahasa Melayu. Jika masih belum
perasaan, saya ingin mengajak saudara menonton bersama untuk melihat siapa
lebih rasis, siapa tidak. Begitu juga di
peringkat universiti, pelajar-pelajar Cina melalui persatuan Cina saban tahun
mengadakan pesta tanglung dan berbagai aktiviti Cina yang lain. Cuba lihat
perjalanan aktiviti mereka dan penaja-penajanya. Ini tidak termasuk iklan lucah
syarikat penerbangan murah yang mahu meliberalkan orang Melayu dengan
menggunakan karikatur buah dada wanita yang mendapat kecaman daripada netizen.
Hina sungguh syarikat ini untuk mencari keuntungan dan merosakkan Melayu.
Kecaman yang diberikan tidak sehebat kepada dobi Melayu tersebut. Antara agenda
meliberalkan Melayu Islam dengan dobi rasis, mana lebih bahaya?
Kesebelas, saya mohon saya masuklah ke
bank-bank, syarikat komersial, kedai-kedai yang ada kepunyaan bukan Melayu di
negara kita tercinta pada hari ini. Lihatlah penggunaan Bahasa yang digunakan.
Adakah BM benar-benar didaulatkan sebagai Bahasa negara dan Bahasa kebangsaan?
Boleh dikataka syarikat yang dipunyai oleh bangsa Cina majoritinya ini,
langsung tidak mendaulatkan BM. Semuanya dalam Bahasa ibunda dan Bahasa
Inggeris. Pergilah dan buat siasatan, jangan kata saya yang rasis selepas ini.
Lebih malag lagi banyak syarikat Meayu dan GLC kerajaan turut mengkesampingan
BM. Salah siapa? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Pergilah ke CIMB, Maybank
dan banyak GLC kerajaan, lihatlah nasib Bahasa Melayu.
Keduabelas, pergilah ke kaunter bank
Cina. Lihatlah nasib bahasa Melayu dan berapa ramai pekerja Melayu serta berapa
ramai pekerja Cina yang diberi jawatan tinggi. Jika ada pekerja Melayu, mereka
hanya berada di kaunter, bertudung dan disyaratkan mesti boleh berbahasa Cina.
Boleh dikatakan semua pekerja Melayu kaunter di bank yang dipunyai oleh jutawan
Cina boleh berbahasa Cina. Bagaimana dengan Melayu berjawatan tinggi di bank
tersebut. Ada atau tidak? Jawapannya, ada. Jawatannya adalah pegawai syariah
bank yang bertanggungjawab memastikan produknya halal untuk menarik pelanggan
Melayu berurusan, melabur dan menyimpan wang di bank tersebut. Pendek kata,
orang Melayu di syarikat Cina hanya untuk mengaburi mata orang Islam untuk
meyakinkan produknya halal dan dapat status halal walaupun sebenarnya ada yang
tidak halal. Kita pun tergoda kerana ada kata-kata Sistem Perbankan
bersyariatkan syariat Islam. Inilah kosmetik yang berlaku dan sedang berlaku di
negara tercinta. Mereka tidak rasis, kita yang mempertahankan hak kita yang
menjadi hak sebenar dikatakan rasis.
Ketigabelas, berbanding dengan dengan
bank GLC kerajaan, seperti Maybank dan CIMB juga GLC kerajaan yang lain. Berapa
ramai orang Cina diberi kepercayaan menjawat jawatan tinggi. Siapa lebih rasis
saudaraku. Masuklah ke dalam Maybank dan CIMB, saudara pasti akan dapat lihat
warna warni Malaysia. Berbanding dengan bank rasis lain yang hanya meletakkan
Melayu di kaunter-kaunter dan perbankan Islam.
Keempatbelas, sedar atau tidak ultra kiasu
ini sangat memandang rendah kepada bahasa dan budaya Melayu. Sesama mereka
tidak akan pernah bercakap Melayu. Jauh sama sekali. Begitu juga dengan mengamalkan
budaya Melayu. Amat jarang sekali melihat ultra memakai baju Melayu, termasuk
dalam acara rasmi seperti pembukaan parlimen. Rata-ratanya memakai pakaian
barat, bertali leher. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh memakai pakaian mereka
dan makan bersepit apabila bersama mereka ketika musim perayaan seperti Tahun
Baharu Cina. Pernahkah mereka memakaikan baju Melayu ketika mengunjungi rumah
terbuka orang Melayu berhari raya? Jangan haraplah. Siapa yang hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong? Apabila kita memakai dan menggunakan Bahasa Cina dalam
memberi ucapan dan mengamalkan budaya mereka seperti berpakaian ala Cina, maka
mereka ultra kiasu ini berteriak dan menjerit, inilah 1Malaysia. Tetapi
pernahkah mereka melakukan perkara yang sama terhadap kita dan kita pun
menjerit inilah 1Malaysia. Jangan hipokrit. Jawapan saya mudah, ultra kiasu
memandang rendah kepada Bahasa Melayu dan adat budaya Melayu. Memakai pakaian
Melayu dan adat budaya Melayu dianggap sebagai “soi” atau sial. Saya sangat
teruja untuk melihat presiden MCA, Gerakan, DAP dan lain-lain Cina memakai baju
Melayu, bersongkok dan bersampin ketika mengunjungi rumah terbuka Perdana
Menteri pada tahun hadapan.
Sebenarnya, banyak lagi yang mahu saya
tonjolkan betapa rasisnya ultra kiasu. Ini tidak termasuk papan tanda “pets are
not allowed” di hotel, pangsapuri, pasaraya dan sebagainya. Masih ada yang
bangang membawa binatang ini ke tempat sebegini. Tidak pulak dilabelkan rasis. Artikel
ini sudah menjadi terlalu panjang. Apapun, perancangan busuk, licik dan jahat
ultra kiasu sangat terserlah dalam isu dobi ini, terutama untuk
memburuk-burukkan agama Islam melalui sedikit mungkin ‘kesilapan’ kita. Tetapi
yakinlah, ia tetap tidak akan berjaya, kerana kami sudah kenal siapa beliau.
Mungkin ada sedikit kesan kepada orang
Islam yang jahil. Tetapi kepada mereka yang faham Islam, jangan haraplah. Malah
kita akan terus memerhatikan gelagat dan perancangan busuk mereka. Kita akan
mempertahankan hak Islam walaupun amat pahit. Kita akan tidak sepengecut
seperti pandai menyamar dan berselindung. Menggunakan media diluluskan oleh
kerajaan atas dasar persefahaman dalam parti komponen BN dan atas dasar
demokrasi. Percayalah, mereka ini tidak mengundi parti pro BN.
Sama seperti apa yang dilakukan
musuh-musuh Islam di luar sana. Terus meneruskan memburukkan imej Islam dengan
penonjolan berlebihan Daesh, IS dan ISIS, namun Islam terus mendapat sambutan
dalam kalangan bukan Islam di serata dunia. Mungkin perkembangan Islam agak
perlahan di Malaysia, tetapi amat cepat berlaku di dunia lain.
Semua ini berlaku kerana, bukan Islam di
luar sana dapat membezakan, mana dia propaganda, mana dia perancangan busuk
ultra kiasu dan mana Islam yang sebenar. PEW Research Centre berpengkalan di
Amerima Syarikat, meramalkan pada tahun 2050, agama Islam akan menjadi agama
terbesar dunia, mengatasi agama Kristian yang menjadi majoriti buat masa ini. Logiknya kenapa Kristian lebih ramai
buat masa ini kerana agama Kristian lebih lama daripada Islam daripada segi
usianya. Wajarlah. Hampir 1000 tahun perbezaaan.
Sebab itu, ultra kiasu ini sedaya upaya
memastikan Islam tidak mendapat sambutan di negara Islam. Mereka mahukan umat
Islam menjadi semakin liberal dan seterusnya keluar daripada Islam itu sendiri
dan menentang Islam. Mereka mahu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam
dan dijuga dharamkan oleh agama mereka sendiri. Mereka mahu menjadikan Malaysia
ini, syurga arak, syurga judi, syurga segala maksiat dan sebagainya, barulah
puas hati mereka.
Kesimpulannya, apa juga perkara
berkaitan dengan Islam fundamental atau asas-asas hidup beragama, termasuk yang
bukan Islam mahukannya, akan ditentang habis-habisan oleh ultra kiasu. Bapak
segala rasis bukan kita, kerana agama Islam bersifat sejagat, amat melarang
membenci dan mendiskriminasikan bukan Islam. Sangat jelas termaktub dalam
al-Quran. Sebab itu, hak-hak mereka sentiasa terjamin. Mereka lebih kaya
daripada kita. Rumah ibadat mereka langsung kita tidak kacau, malah lebih
banyak dan berganda-ganda daripada masjid dan surau. Tiga puluh ribu masjid
surau. Lima ratus ribu rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara. Adilkah?
Siapa yang terlebih baik ini? Mereka juga mendapat hak yang lebih banyak
daripada kita.
Sebenarnya, lahirnya bapak segala rasis
seperti ketua pengarang akhbar ultra kiasu tersebut disebabkan kita membenarkan
kewujudan semua perkara berasaskan kaum seperti pendidikan, media massa, media
cetak, NGO-NGO dan sebagainya tanpa melihat paksinya kepada perlembagaan. Kita
tidak memberi hak kepada yang berhak.Tetapi kita memberikan hak kepada yang ‘tidak
berhak’ hanya kerana mahukan mengekalkan kuasa dan mendapatkan undi.
Berbaloikah semua ini? Akhirnya, lahirlah ketua pengarang akhbar ultra kiasu
yang menjadi bapak segala rasis tetapi berselindung bahawa mereka adalah
pejuang semua kaum dan bersifat diversiti. Telanjangkan ultra kiasu ini. Saya
pasti mereka tidak akan mengundi BN, tetapi parti ultra kiasu. Bukalah mata,
buka hati. Jangan biarkan ia mati.
0 comments:
Post a Comment