Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 16, 2014

Apa yang adil dan tidak adil?

8:51 AM Posted by RIDHUAN TEE 34 comments


Hari ini 2 artikel saya diterbitkan, 1. Sinar Harian, 2. Berita Harian. Saya akan paparkan artikel Berita Harian selepas ini
 
(Sinar Harian 16.6.14)

Paderi ultra kiasu berkata, generasi hari ini dan akan datang semakin hilang kepercayaan kepada Putrajaya kerana gagal menyelesaikan banyak isu berkaitan agama dan kaum. Kewujudan kumpulan yang digelar ekstremis (Islam), melalui ceramah perkauman (rasis), tidak diambil tindakan sewajarnya.

Paderi ultra kiasu ini merujuk kepada cara pihak berkuasa menangani isu seperti  kalimah Allah, rampasan bible bahasa Melayu, penganjuran Seminar Kristologi di UiTM, perebutan mayat (yang jelas Islam), ‘serbuan’ ke atas majlis perkahwinan Hindu dan sebagainya.

Misalnya, tindakan JAIS ke atas majlis perkahwinan pasangan Islam dan Hindu. Mereka gunakan perkataan serbu, sedangkan JAIS berkata ia pemeriksaan biasa.

Apakah mereka tidak baca atau sengaja tidak mahu ambil kedudukan istimewa Islam dalam perlembagaan? Sebarang ancaman terhadap Islam tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Titik. Inilah hakikatnya. Faham!

Pendek kata, segala tindakan kita yang tidak menyebelahi mereka, itu tidak adil. Manakala, respon atau tindakan mereka secara agresif terhadap kita, maka itu adalah adil, seadil-adilnya.

Contoh lain, apabila Perdana Menteri menyaman laman web ultra kiasu. Semuanya itu tidak adil. Tetapi apabila ultra kiasu menyaman akhbar Melayu dan stesen TV seperti RTM dan TV3, itu semua adil. Pemikiran rimba mana yang kita amalkan.

Satu lagi, apabila Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, mengkritik kerajaan dan sistem perundangan negara ini, bertindak seperti parti pembangkang, tidak pula ditegur dan dikatakan ekstremis.

Peliknya bila sesuatu berpihak kepada mereka, mereka diam, tidak dipuji kitapun. Tetapi apabila sesuatu isu berpihak kepada Islam, yang mengikut kehendak perlembagaan, maka itu didakwa sebagai ekstremis.

Saya amat bersetuju dengan cadangan bahawa sudah sampai masanya kerajaan meneliti badan ini dan menghadkan kuasa badan-badan tertentu supaya tidak terlalu kurang ajar.

Badan ini selalu mendakwa mereka mewakili semua pengamal undang-undang (seramai lebih kurang 14,500. Sedangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan, hanya setakat lebih kurang 2000 peguam sahaja yang hadir untuk memilih pimpinan mereka.

Secara kebetulan, saban tahun yang aktif hadir adalah peguam ultra kiasu, maka tidak mustahil yang terpilih adalah kalangan ultra kiasu. Maka, bersekongkollah mereka.

Saya amat mengharapkan kita semua jangan terlalu bersangka baik apabila berhadapan dengan musuh Islam atau ultra kiasu. Aplikasikan pemikiran strategik tentera. Terlalu bersangka baik akan merugikan kita dan ultra kiasu semakin memijak kepala kita. Ingat kata-kata ini, you must have doubts about everything.

Napolean Bonarparte pernah berkata, read and re-read deeds of the great commanders, that’s the only way to learn the art of war...the leader who has qualities  and marital like fine judgement, courage and resolution  must see the problem with his own eyes and must listen with his own ears. Commanders who sees through other people’s eyes cannot command an army that he supposed to command.

Walaupun kita dituntut untuk bersangka baik, tetapi kepada musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu, kita perlu ada rasa ragu.

Inilah strategi yang dipraktikkan ultra kiasu selama ini terhadap kita. Sebab itu, apa jua tindakan kita, tidak ada langsung kebaikan di sisi mereka.

Kita selama ini sudah terlalu baik. Lihat bagaimana kita membenarkan mereka membina gereja terbesar di Asia di Bukit Jalil, dengan bilangan penganut Kristian yang terlalu sedikit lebih kurang 10 peratus. Ini tidak termasuk gereja-gereja di setiap negeri, daerah, kawasan, rumah kedai dan kampung orang Asli.

Jika adil itu adalah seorang sebiji atau sama rata dan sama rasa, sudah tentu orang Cina yang berfahaman Buddha Konfucius dan Taoism lebih berhak, kerana kedudukan mereka banyak melebihi 20 peratus.

Tetapi kita tidak mempraktikkan semua ini. Kita bagi kebebasan seluas-luas. Cuba lakukan perkara yang sama di Singapura. Baru kita tahu, beruntung atau tidak tinggal di sini.  

Saya ingat kata-kata,  10% of conflicts are due to difference in opinion. 90% are due to wrong tone of voice. Apa yang berlaku hari ini kita berikan kebebasan kepada 90% suara-suara sumbang menyuarakan hak mereka. Akhirnya, kita sendiri tertekan.

Gunakan strategi Roy H William berkata, a smart man makes a mistake , learn from it and never makes that mistake again. But a wise man finds a smartman and learns from him how to avoid the mistake altogether.

Monday, June 09, 2014

Ultra kiasu ‘menang’ di Teluk Intan

7:37 PM Posted by RIDHUAN TEE 23 comments


(Sinar Harian 09.06.14)

Selaku anak Perak yang pernah bersekolah dan tinggal di Teluk Intan, keputusan PRK Parlimen Teluk Intan, tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan bahawa rakyat telah beralih sokongan kepada BN. Muhasabah dan post mortem perlu dilakukan, jika BN ingin terus mengekalkan parlimen tersebut dan menambah kerusi parlimen yang lain masa akan datang.

Peningkatan undi Cina dan India bukan bermakna, BN boleh bersedap hati. Langkah drastik yang perlu difikirkan adalah kenapa berlaku peningkatan undi Melayu kepada ultra kiasu yang jelas menentang Islam dan mahukan Malaysian Malaysia?

Ketika kempen PRK, saya sempat menemubual beberapa pengundi. Salah seorang daripadanya adalah bekas pegawai kerajaan (pencen) dan aktivis UMNO. Katanya, “saya sudah muak dengan BN (UMNO). UMNO kroni, korup dan salah guna kuasa. Dah selalu minum kopi (BN), apa salah beralih kepada teh (pembangkang). Manalah tahu, teh ini lebih baik daripada kopi. Jika teh tidak sedap, kita tukar balik”. Begitulah perasaan bencinya kepada UMNO BN. 

Lebih memeranjatkan lagi, dua orang anaknya yang bekerja sebagai guru (Kementerian Pendidikan), tinggal di Kuala Lumpur, sanggup balik ke Teluk Intan untuk mengundi ultra kiasu, bagi memberi pengajaran kepada BN. Fenomena Melayu baharu ini perlu dianalisis dengan serius. Melayu baharu ini perlu disedarkan bahawa jangan kerana terlalu marahkan UMNO, sanggup menggadaikan maruah dan prinsip. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

UMNO pula perlu melakukan muhasabah dan kajian. Kenapa kalangan Melayu Islam begitu benci dengan UMNO sedangkan sebelum ini mereka adalah orang kuat UMNO? Perkara ini penting sebelum ultra kiasu lebih bermahajarajalela memenangi hati Melayu.

Kita tidak boleh berdiam diri terhadap ultra kiasu yang menjadi musuh Islam. Ingat kata Winston Churchill "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Ultra kiasu bijak berpolitik. Soal mereka tidak percaya kepada calon Melayu tidak timbul. Ultra kiasu tahu mana Melayu yang boleh diundi, mana yang tidak. Sebelum ini, DUN Pasir Bedamar (dalam parlimen Teluk Intan) ditandingi oleh calon Melayu  ultra kiasu selama 3 penggal berturut-turut bermula tahun 1986, itulah Fadzlan Yahya.

Penurunan undi Cina terhadap ultra kiasu, adalah strategi. Ultra kiasu perlu memenangkan Cina berhadapan dengan calon Melayu Muda yang tidak berprinsip. Pada ultra kiasu, tidak mustahil Melayu dalam ultra kiasu akan berpaling tadah, seperti yang berlaku sebelum ini, setelah tidak tahan dengan suasana kecinaan dalam parti tersebut.

Tiga tahun akan datang, menjelang PRU 14, apabila pembangunan Teluk Intan tercapai seperti yang dijanjikan BN, tidak mustahil ultra kiasu kembali menang. Perkara ini adalah suatu yang lumrah. Kenapa dan mengapa kebanyakan kawasan parlimen di Kuala Lumpur dimonopoli ultra kiasu? Jawapannya mudah. Bandar yang telah membangun, tidak akan mundur semula. Jadi, buat apa beralih kepada BN.

Justeru, berpada-padalah berjanji dan menunaikan kepada pengundi Teluk Intan. Selain daripada menumpukan perhatian kawasan ultra kiasu, jangan kesampingkan kawasan orang Islam itu sendiri. Begitu juga kawasan pedalaman, seperti di Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan lain-lain.

Apa jua alasan yang diberikan sama ada undi Cina atau undi India bertambah, pengundi Melayu Islam mesti diberikan perhatian. Jangan kerana terlalu berterima kasih kepada orang lain, orang sendiri dilupakan. Jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Berdasarkan observasi dan pendapat rakan-rakan, saya galurkan kenapa ultra kiasu boleh dianggap menang, walaupun kalah di medan.

Pertama, ultra kiasu menang kerana berjaya mewakilkan dua wakilnya menjadi menteri kabinet. Seorang dari Gerakan, seorang lagi dari MCA. Keberadaan dua menteri kabinet Cina dianggap amat tinggi berbanding dengan bilangan kawasan parlimen yang dimenangi yang begitu sedikit. Siapakah menteri Melayu yang akan terkeluar? Kita tengok nanti. Jika ditambahkan lagi potfolio menteri, amat tidak wajar, kerana sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak memerlukan banyak menteri.

Kedua, ultra kiasu berjaya memikat dan menarik simpati generasi muda Melayu baharu dengan menonjolkan ‘kebaikan’ mereka dan mempamerkan ‘keburukan’ UMNO BN. Semua insiden buruk yang berlaku ketika berkempen, itu adalah UMNO. Malangnya, masyarakat percaya. Bagaimana UMNO BN mampu menepis ‘keburukan’ yang selalu dilabelkan itu.

Ketiga, ultra kiasu menang dari segi imej kerana ‘berjaya’ menonjolkan calon Melayu bagi menunjukkan mereka tidak rasis. Imej ini amat baik ditonjolkan kepada negeri-negeri lain dan berjaya memikat anak muda. Wal hal, calon Melayu tersebut hanyalah alat. Ultra kiasu menang memperalatkan Melayu yang memperlekeh dasar bangsa sendiri.

Keempat, ultra kiasu menang dalam persaingannya dengan PAS. PAS hilang kredibiliti, prinsip dan maruah, apabila mempertahankan calon ultra kiasu yang tidak berhijab dan secara terang menolak hudud.


Akhirnya, kepada UMNO BN dan PAS, buatlah muhasabah diri dan transformasi  untuk menghadapi PRU 14 yang lebih bermakna. Dampingilah orang PAS seperti Dato’ Harun Din dan mintalah pandangannya. Kenapa ulamak ini menolak persekongkolan PAS-ultra kiasu?

Sunday, June 08, 2014

Bila hati sudah tertutup

9:05 PM Posted by RIDHUAN TEE 18 comments
(Berita Harian 8 Jun 2014) 

Kajian selama eksperimen selama 6 bulan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid (2013), pensyarah dari Universiti Malaya membuktikan bahawa kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum Cina dan syarikat Antarabangsa yang jawatan pentingnya dikuasai oleh kaum Cina di negara ini.

Mulanya saya ragu dengan kajian ini. Maklumlah takut diserang. Saya mengambil inisiatif menelefon pengkaji tersebut untuk memastikannya. Alhamdulillah, kajian ini ternyata benar. 

Menurut pensyarah tersebut, kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat Cina yang mengiklankan kerja kosong.
Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil dengan kelayakan serupa yang dihantar.
Ternyata di sini, wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan Cina. Kajian mendapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % dan 4.8% untuk graduan Melayu.

Bagi syarikat Antarabangsa yang dipegang jawatan tinggi oleh kaum Cina menunjukkan, 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga. Manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Walau bagaimanapun, penemuan mereka turut menunjukkan syarikat Cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”. 

Menurut Dr Lee, kajian ini tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan Melayu, akan menjadikan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina. 

Persoalan saya, adakah keputusan kajian ini tidak rasis? Siapakah yang lebih terbuka? Siapakah yang lebih rasis? Kajian ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini benar. Peliknya, kenapa seringkali saya dijadikan sasaran dan kutukan? Ohhh bangsaku!

Saya amat mengharapkan kajian ini dapat membuka mata orang bukan Melayu. Alasan yang mengatakan orang Melayu tidak dipanggil kerana mereka sudah ramai berkhidmat dalam sektor awam amat tidak realistik dan sukar untuk diterima. 

Hari ini, sektor awam telah dibuka seluas-luasnya. Sehinggakan pengambilan jawatan konstabel polis tidak memerlukan bukan Melayu mendapat kredit dalam Bahasa Melayu (SPM) untuk melayakkan mereka memegang jawatan tersebut. Lagipun, memang sudah menjadi sifat orang Cina tidak mahu bekerja dengan sektor awam disebabkan oleh pakej gaji yang tidak menarik (rendah). 

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya rujuk dalam penulisan saya. Saya tidak melabelkan semua orang Cina. Tetapi kepada mereka yang bersifat sebegini. Saya petik kata-kata saudara Faiz Naaman yang selalu dikecam kerana bersetuju dengan idea saya. 

“Saya anti Cina? Anti SEMUA bangsa itu? Seriously? Jika saya kritik Cina atau apa bangsa pun saya akan cuba spesifik kepada kelompok subset dalam golongan itu. Contohnya apabila saya sebut Cina Kafir (yang cenderung kepada Harbi), bermakna Cina jenis itu sahajalah yang saya kecam, bukan Cina jenis lain seperti Cina Muslim atau Cina Kafir Zimmi. Mereka yang sudah lama berada dalam akaun FB saya ini biasanya sudah faham dengan prinsip saya apabila mengkritik terutama apabila menyentuh golongan Cina Kafir Harbi, Cauvinis dan apa yang selalu disebut oleh Prof Madya Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai ULTRA KIASU ini.

Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.

Kata-kata ini ada kaitan dengan surat yang dituju kepada saya dan  Abdullah Zaik (Isma) oleh saudara Shamil Norshidi, presiden Kelab Umno US East Coast, tanggal 15 Mei 2014, yang disiarkan laman web ultra kiasu. 

Tanpa usul periksa dan mengenali saya, Shamil menyerang dengan  memetik kenyataan Gretchen Rubin dalam bukunya, The Happiness Project. Pada beliau, apa yang di negara kita hari ini sudah cukup cantik. Tidak perlu ada orang seperti saya atau Isma yang sentiasa memberikan kritikan dan pandangan. 

Saya minta beliau baca kajian ini. Nasihat saya, baliklah ke Malaysia, belajar adat budaya dan cara hidup di sini. Jangan terlalu obses dengan cara hidup barat. Sekadar mengambil kata-kata Rubin, tidak cukup kalau tidak ada input-input Islam dan sejarah Tanah Melayu. 

Memang tidak dinafikan ramai orang memusuhi penulisan saya. Bak kata Winston Churchill pernah berkata, "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Saya tidak bercakap kosong, tetapi ada faktanya. Bayangkan setelah sekian lama tinggal di negara tercinta ini, masih ramai yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, apatah lagi untuk memahaminya. Kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Apakah saranan saya agar orang sebegini mencari tempat lain itu salah? Buatlah kajian. Anak muda jangan terlalu emosi. Inilah juga masalah dalam Umno, kurang tarbiyyah ruhiyyah. 

Beliau begitu marah bila saya membangkit soal lambakan rumah ibadat. Fahami maksud adil dalam perspektif barat dan Islam. Adil bukan seorang sebiji tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malaysia adalah seadil-adil negara apabila membenarkan begitu banyak rumah ibadat orang bukan Islam berbanding agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita bising apabila masjid dirobohkan bagi tujuan pembangunan, berbanding orang lain?

Beliau juga memetik kata-kata Muhammad Ali,: “Rivers, ponds, lakes and streams - they all have different names, but they all contain water. Just as religions do - they all contain truths.” Kata-kata ini boleh dipetik dalam konteks. Tetapi dalam menganalisis politik Malaysia, kata-kata tidak sesuai wahai adikku Shamil.

Memang kita ada nama-nama yang berlainan. Tetapi rasa air itu juga berlainan. Air sungai, lombong, tasik, dan air terjun, walaupun mengandungi nama iaitu AIR, tetapi sumber airnya dan kandungan mineralnya berbeza. Perbezaan ini perlu difahami asal-usulnya. 

Memang kita mahukan persamaan, baharulah wujud 1Malaysia. Tetapi persamaan itu hendaklah berpandukan kepada agama dan sejarah budaya sesuatu bangsa. Pada saya, presiden Kelab Umno US East Coast ini perlu banyak lagi belajar sejarah Melayu dan sejarah agama Islam yang suci ini. Barulah pintu hati tidak tertutup. 


Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Monday, June 02, 2014

DNA babi dan ultra kiasu

9:13 AM Posted by RIDHUAN TEE 27 comments


(Sinar Harian 2 Jun 2014)

Analogi badminton saya digunakan ultra kiasu sepenuhnya untuk menyerang peribadi saya habis-habisan, sedangkan artikel tersebut telah dihantar kepada Sinar Harian seminggu sebelum Piala Thomas. Saya pun tidak tahu Malaysia masuk final, kecuali pada hari tersebut. Saya hanya respon kepada artikel seorang editor yang menyerang saya.

Ultra kiasu menelanjangkan segala latar belakang dan kelemahan saya. Ada yang menuduh saya menyokong Jepun. Ada aku kisah! Janji, saya kenal diri, tahu arah tujuan dan matlamat hidup di bumi tercinta ini. Buatlah apapun. Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sejak dahulu lagi saya berpesan, jangan percayakan ultra kiasu, yang saya rujuk kepada mereka yang menentang Islam dan sentiasa mahu menang. Kita terus bersangka baik. Hari ini mereka memasukkan babi dalam makanan kita (coklat).

Apa tujuan mereka? Tidak sengaja melakukannya? Mereka sengaja mahu menghitamkan hati kita semua agar tidak sensitif lagi dengan Islam. Selepas itu, mudahkan mereka memasukkan jarum jahatnya itu. Akhirnya kita bertelingkah sesama sendiri. Mereka menangguh di air keroh.

Kita mesti bertegas, tanpa kompromi lagi. Tidak perlu bakar kilang ini seperti mana cadangan ekstrim sesetengah pihak. Tarik balik lesen. Tutup kilang coklat ini. Malaysia tidak akan bankrap jika mengambil tindakan ini.

Perkara ini amat penting untuk dijadikan pengajaran kepada syarikat lain. Jika tidak, pasti ultra kiasu akan menjadi lebih berani. Saya bimbang, hari-hari nanti, kita makan babi, walaupun bukan dalam bentuk babi sebenar.

Sebab, rata-rata ultra kiasu adalah pengeluar, kita pula adalah pengguna. Pendek kata, selagi mana kita bukan pengeluar, selagi itulah sukar untuk mendapat makna halal sepenuhnya. Halal bukan hanya soal babi, tetapi juga soal kebersihan dan kesuciannya, termasuk tahap keracunan. 

Misalnya, di Singapura, ultra kiasu amat berhati-hati menyalurkan makanan mentah kepada rakyat di sana. Kadar racunnya (pesticides) pada tahap minimum, kerana mereka tahu, ia akan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan di sana.

Kita di sini lain pula. Ada ditemui, kandungan racun begitu tinggi. Maknanya, ultra kiasu beri yang terbaik kepada ultra kiasu Singapura. Kita diberi racun agar cepat mati dan menderita sakit.

Saya setuju dengan respon bekas mufti Perlis, Dr Maza, bahawa dosa termakan babi tidaklah sebesar makan rasuah, riba dan lain-lain. Saya tambah, tidak berdosapun jika tidak sengaja termakan, sebab tidak tahu. Itulah jawapan saya selepas insiden ini, kepada setiap persoalan yang ditanyakan. Amat kelakar sekali ada yang berpandangan, kita perlu meminum air tanah untuk menyamak perut.

Malah, saya kata, dari segi dakwah, tidak perlu samak sekalipun jika terpegang najis ini, kerana samak adalah persoalan mazhab. Malu juga kadang-kadang apabila kita membeli rumah atau kedai bukan Islam, kita samak seluruh bangunan untuk mendapatkan ‘kesuciannya’. Publisiti dibuat secara besar-besaran, sehingga mempamerkan bahawa agama Islam ini ‘menyusahkan’.

Bayangkan saudara baharu yang baharu sahaja memeluk Islam, kita suruh dia balik ke rumah ibu bapa dan bertindak menyamak seluruh rumahnya. Implikasi terhadap dakwah terlalu besar. Islam itu mudah.

Kita begitu bersungguh-sungguh soal samak, tetapi tidak bersungguh dalam perkara haram yang lain, yang lebih besar mudaratnya. Misalnya, fitnah-menfitnah, mengadu-domba, memutuskan tali silaturrahmi, rasuah, judi, riba, arak dan sebagainya.  Ini adalah dosa melibatkan orang ramai dan bertali-temali. Berbanding memakan ata mungkin termakan babi, yang merupakan dosa individu, yang mudah diampunkan Allah jika bertaubat (nasuha).

Hujah ini bukan bermakna kita boleh bertoleransi dengan ultra kiasu yang secara  mengaja memasukkan babi dalam makanan kita. Kepada ultra kiasu yang menyeru kepada perpaduan dan mahu hidup aman damai, kenapa tidak tampil ke hadapan bersama orang Islam mengutuk perbuatan terkutuk ini? Kenapa senyap sunyi? Adakah kerana sekapal? Jangan cakap sahaja pandai.

Ingatan saya kepada umat Islam; Pertama, jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. Sedap ini adalah persoalan masuk ke anak tekak sahaja. Bila masuk ke perut, hilanglah rasa sedap itu.

Saya amat hairan kepada orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari JAKIM,seperti kedai yong tau foo, kopitiam yang pernah terjumpa kaki katak, kedai kek campur arak dan banyak lagi. Adakah kita tidak ada pilihan?

Saya tidak akan menjejak kaki ke kedai makanan ultra kiasu jika tidak ada pengesahan halal JAKIM. Tidak kira hebat macam macam manapun. Sama seperti sedap berzina. Hanya seketika sedapnya. Haram tetap haram.

Kedua, berhati-hatilah dengan ultra kiasu. Mereka adalah kalangan yang licik dan busuk hari. Saya tidak kata semua, tetapi segelintir. Mereka tahu kita ada undang-undang halal. Mereka tahu prosedur halal dan mendapat  sijil halal, tetapi kenapa mereka masih lakukan?

Ketiga, berasaskan pengalaman saya yang pernah menternak dan memakan babi sebelum Islam, minyak babi adalah antara bahan ‘terbaik’ penyilat, penahan dan penyedap, berbanding dengan minyak atau lemak lain. Jika ada ada makanan yang berkilat seperti mee, kek dan lain-lain, tidak mustahil telah dicampur dengan makanan haram,

Justeru berhati-hatilah. Tidak siapa menolak keamanan dan perpaduan,  tetapi golongan ultra kiasu yang busuk hati mesti diberi pengajaran. Apakah fenomena Melayu baharu yang bersekongkol dengan ultra kiasu hari ini adalah kaitannya dengan isu ini?