(Sinar Harian 18.11.13)
Saya terkejut beruk, apabila
perbahasan bajet 2014 di parlimen yang mulia dua minggu lalu, digunakan sepenuh
ruang dan peluang oleh seorang ahli parlimen andartu ultra kiasu, untuk
menghentam saya membuta-tuli. Andartu ini mendakwa, beliau mendapat maklumat
dari beberapa pensyarah di tempat saya. Siapakah pensyarah malang itu?
Saya kenal orang itu, juga seorang
ultra kiasu, pensyarah kriminologi berstatus andartu. Peliknya, apa kaitan saya dengan bajet 2014?
Terima kasih kerana mempopularkan lagi nama saya yang sudahpun popular,
berbanding profesor ultra kiasu itu, tiada siapapun kenal dan ambil peduli
walaupun bergelar profesor. Sumbangannya pun tiada. Jika tidak percaya, datanglah
bertanya di tempat saya. Kajiannya berligar sekitar mak nyah dan pondan. Adakah
ini pertahanan?
Beberapa pertuduhan mengenai saya
dibangkitkan di parlimen; Pertama, pensyarah dan pelajar tidak senang dengan
pengajaran saya di universiti. Siapa tu? Jika mereka adalah kalangan ultra
kiasu, itu tidak mustahil, sebab mereka bermasalah, anti Islam dan
anti-kerajaan. Saya pula sebaliknya. Siapa tidak kenal Ridhuan Tee? Seorang
yang berani dan vokal, bukan pengecut dan tiada telur seperti ahli parlimen dan
pensyarah ultra kiasu itu. Maaf, masuk bakul sendiri. Jika berani, mari
berdepan dan berdebat. Mohon ahli parlimen ultra kiasu beritahu siapa pemberi
maklumat tersebut. Saya cabar.
Kedua, saya tidak faham maksud
pertahanan kerana menggalakkan perang, dikaitkan dengan artikel saya mengenai
perebutan Pulau Batu Putih yang sudahpun terlepas kepada Singapura apabila
perkara ini dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Jawapan, ijazah-ijazah
saya semua berkaitan dengan pertahanan, bukan seperti pensyarah tersebut, latar
belakang kriminologi tetapi mengajar subjek strategi. Apa kaitan? Kelakar
sungguh?
Lagi pun, pemimpin China berkali-kali
menggalakkan perang dengan kenyataan sesiapa yang berani memasuki Kepulauan
Spratly yang menjadi milik bersama beberapa negara termasuk Malaysia,
jawapannya perang. Kenapa tidak berani kutuk pemimpin China? Sama juga
kenyataan Lee Kuan Yew, jika Malaysia berani menghentikan bekalan air,
jawapannya, perang. Kenapa tidak kutuk Lee Kuan Yew? Bila saya memberi
pandangan, tidak boleh? Salahkah saya memberikan pandangan atas dasar kebebasan
berkarya dalam akademik?
Ketiga, saya menggalakkan ethnic cleansing dengan menyokong
Hitler, berkaitan tindakan Hitler membunuh Yahudi beramai-ramai dalam peristiwa
Holocust. Sebelum komen, bacalah buku Hitler bertajuk Main Kamp, baru boleh
bergelar pensyarah strategi. Cari jawapan kerana Hitler bunuh orang Yahudi.
Baca juga, kenapa Yahudi memusuhi Islam. Jika tidak faham, memang langsung
tidak sesuai mengajar subjek pertahanan kerana bukan bidang.
Keempat, komen saya terhadap
perayaan kaum tertentu sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. Apakah tidak
betul? Kenapa tidak pertikaikan mereka
yang mempersendakan sembelihan korban di sekolah? Kena pada Islam, tidak
mengapa. Kena pada mereka tidak boleh.
Kelima, tulisan saya dituduh sebagai
sesat. Ingatkan rakyat Malaysia bodoh. Sudah lama saya dikenakan tindakan jika
tulisan saya sesat. Sebenarnya, bukan saya yang sesat sebab saya orang Islam.
Saya tukar agama dahulu yang sesat kepada agama yang lagi terang agar tidak
sesat. Saya punyai pengikut yang ramai dalam Face Book dan Fan FB. Bukan macam
profesor yang sesat lagi menyesatkan tu, langsung tak ada kawan. Kalau adapun
yang sejenis, andartu dan bujang senang.
FB pun tidak ada siapapun peduli. Penulisan hampas.
Keenam, saya dituduh rasis. Peliknya,
macam mana saya boleh rasis. Saya tidak mempertahankan Cina walaupun saya Cina.
Malah saya dituduh lebih Melayu dari Melayu. Jadi, di mana rasisnya?
Sebenarnya ultra kiasu itu yang
rasis. Partinya hanya untuk satu kaum. Ketika baru menjadi exco Selangor,
beliau mendesak mahu mewujudkan bandar Cina yang penuh kecinaan di Selangor,
termasuk indusri Cina, universiti Cina, sekolah Cina dan semua berkaitan Cina
untuk menarik pelaburan China.
Tidakkah ultra kiasu sedar bahawa
kita tinggal dalam sebuah negara berasaskan kepada Malay Polity? Jika tidak faham, mari profesor sains politik dan
strategi ajarkan.
Apakah mungkin saya tidak dituduh
rasis, jika saya mengajar mempertahankan komunis dan MPAJA sebagaimana yang
didewa-dewakan oleh ultra kiasu? Pendirian saya, biar saya khianat kepada
bangsa daripada khianat kepada agama dan negara. Lagipun, yang ditanya malaikat
nanti bukannya bangsa dan keturunan nenek moyang, tetapi Tuhan, Rasul dan
Agama.
Kesimpulannya, dalam dunia akademik,
kami bebas memberikan pandangan. Jangan jadi bodoh, Perkara yang sensitif boleh
dibincangkan dalam perbahasan akademik, terutama dalam kelas, barulah berlaku
percambahan idea. Jika tidak, pelajar kita akan jadi jumud seperti profesor itu.
Profesor yang memberi maklumat
kepada ultra kiasu sungguh pelik. Patutlah beliau sanggup berhijrah dari utara
ke sini. Rupa-rupa profesor ini memang tidak diterima di sana. Di sinilah
beliau mengemis simpati. Jika dahulu, beliau berkata universiti pertahanan
adalah seperti penjara. Hari ini, kerana nak kekal di sini, dia kata universiti
inilah yang terbaik. Dasar hipokrit. Malang sungguh pelajar di bawah seliaannya,
mendapat profesor mangkuk sebegini.