Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 30, 2011

Apakah kita masih buta?

7:23 AM Posted by RIDHUAN TEE 290 comments
Sinar Harian, 30 Mei 2011

Akhbar perkauman ultra kiasu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen keadilan untuk mendiang Lim Lian Geok (meninggal 1985), seorang aktivitis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Tujuannya tidak lain, supaya rukun politik mereka bertambah utuh dan kukuh.

Tidak ramai kalangan kita yang mengenali Lian Geok kecuali orang Cina. Elok juga umat Islam negara ini mengenali beliau daripada terlalu obses mengenali artis. Sekurang-kurangnya dengan mengenali ultra kiasu akan menjadikan kita lebih peka dan sensitif dalam menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961. Kewujudan sekolah tersebut hingga ke hari ini adalah hasil usaha beliau, terutama apabila sekolah tersebut rosak teruk akibat peperangan pada tahun 1945. Maka tidak hairanlah jika Lian Geok diangkat memimpin Persatuan Guru-Guru Cina Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.

Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar. Mendiang didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum.

Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok. Hari ini, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Nama Lian Geok mesti dibersihkan. Lantaran, tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan supaya mengiktiraf ‘perjuangan’ beliau. Ultra kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh perlembagaan atas hak kebebasan bersuara.

Pada hemat saya, hak dan kebebasan bersuara perlu ada batas-batasnya. Adakah wajar kata-kata ini dihemburkan dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu: “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”.

Saya tidak pernah mendengar kata-kata seumpama ini diungkap oleh bangsa minoriti yang tinggal di mana-mana negara yang dihijrahinya. Jika kata-kata ini diungkapkan di Thailand dan Indonesia, sudah lama mereka dihumban dalam penjara.

Tetapi kerajaan Malaya ketika itu begitu berlembut. Di sinilah berhikmahnya kita dalam menangani isu-isu antara kaum. Saya yakin, kerana Islamlah yang melembutkan hati Melayu untuk terus bertoleransi. Lian Geok juga masih diberikan kebenaran tinggal di sini sehingga ke akhir hayatnya walaupun tidak lagi menjadi warganegara.
Bandingkan di Indonesia, apabila Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno, beliau memberi pilihan kepada orang Cina sama ada balik semula ke negeri asal atau mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia. Majoriti orang Cina memilih untuk tinggal di Indonesia. Ini kerana, sudah menjadi dasar negara China ketika itu sudah tidak mahu lagi menerima mereka yang telah berhijrah. Kepulangannya ke tempat kelahiran akan menjadikan mereka lebih menderita.

Perkara yang sama berlaku di Malaya. Justeru, berterima kasihlah kepada kerajaan, kerana begitu berlembut membenarkan bukan warganegara tinggal di sini dan mengekalkan cara hidup tanpa diasimilasikan. Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur di atas kemurahan hati kerajaan, malah beliau terus didendangkan sebagai wira kerana ‘setianya’ terhadap negara ini.

Beliau disanjung, dipuji dan dijulang serta diangkat tarafnya sebagai sebagai seorang patriot. Sedangkan kita tahu makna patriot adalah mereka yang sanggup berjuang mempertahan tanahair meskipun nyawa adalah gadaian. Kata-kata keramat beliau ini telah menjadi rukun politik orang Cina yang langsung tidak boleh disentuh. Jika disentuh, mereka akan mengugutkan untuk mengundi pembangkang.

Malah ultra kiasu terus menerus tanpa berputus asa mencari sebanyak mana hujah untuk memartabatkan perjuangan Lian Geok. Kenyataan Lian Geok dalam akhbar Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan hujah untuk menonjolkan kehebatan beliau. Antara lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular. Perkara ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanahair dan memohon kewarganegaraan. Jika benarlah perjuangan beliau, sepatutnya perjuangan ultra kiasu menjadi semakin berkurang, tetapi kenapa ultra kiasu tidak pernah puas?

Sebagai mengenang dan menghargai ‘jasa beliau yang begitu hebat’ maka Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok (PPKLLG) telah ditubuhkan. Saya tidak pasti pusat ini berdaftar secara sah atau tidak, tetapi alangkah malangnya sesebuah pertubuhan diluluskan tanpa dikaji dahulu sejarah, latar belakang dan tujuan penubuhan. Ternyata, pertubuhan ini adalah pertubuhan perkauman yang disokong oleh majoriti NGO Cina yang ada. Ringkasnya, pertubuhan seperti ini akan terus menambah tidak berkurang.

Isu yang dibawa oleh PPKLLG sama sekali tidak banyak berbeza dengan isu yang dibawa oleh 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (suqiu) ketika penamaan calon DUN Merlimau, 26 Februari 2011 lalu. Suara mereka senada, sehati sejiwa. Mereka mengemukakan tuntutan yang sama iaitu kembalikan taraf warganegara Lian Geok, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan berikan layanan sama rata kepada sekolah vernakular. Sebarang bentuk diskriminasi hendaklah dihentikan segera. Tidak cukup dengan itu, sambutan secara besar-besaran sempena memperingati perjuangan beliau diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak pernah menghalang, kerana jika dihalang, undi akan lari. Saya amat memuji ‘semangat’ dan keberanian yang ada dalam perjuangan mereka, alangkah baik jika umat Islam mempunyai semangat sedemikian, yang tidak pernah luntur.


Jika dihayati ‘perjuangan’ Lian Geok, sepatutnya ia akan dapat menurunkan semangat ultra kiasu kumpulan ini. Tetapi bermula tahun 2008 hingga ke hari ini, menunjukkan sebaliknya. Mereka sibuk memperbesarkan isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan SPM tahun lalu. Mereka menuduh JPA yang bukan-bukan tanpa memberi peluang kepada JPA untuk membela diri. JPA bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan kerana tertakluk kepada ‘boss’ atau menteri yang bertangunggjawab.

Lebih malang lagi pemimpin-pemimpin ultra kiasu dalam komponen Barisan Nasional turut mengecam JPA. Mereka ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging. Berkali-kali saya telah nyatakan inilah strategi paling licik, bersatu dalam senyap. Tekanan demi tekanan dan desakan begitu agresif dibuat.

Ultra kiasu mendesak supaya Talent Corp mengambilalih urusan ini daripada JPA. Pada mereka, JPA tidak telus, hanya mementingkan pelajar Melayu sahaja. Formula yang ada tidak mahu diterima pakai. Andai kata Talent Corp diberikan mandat untuk menguruskan hal ini, saya yakin Talent Corp akan menjadi mangsa seterusnya, jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahi ultra kiasu. Pendek kata, apa yang cuba dilakukan kerajaan semua tidak betul. Mereka sahaja yang betul.

Cemerlang tidak hanya boleh dinilai dengan mendapat A+ sahaja. Saya fikir banyak faktor lain yang perlu diambil kira terutama aspek kecerdasan emosi (EQ). Apa guna mendapat A+ jika matlamatnya untuk mendapat biasiswa sahaja. Setelah tamat pengajian, bayang entah ke mana. Mereka tidak terasa terhutang budi. Tidak mahu menabur bakti di bumi sendiri. Malah ada sanggup mengkhianati dan belot.

Justeru, definisi pelajar cemerlang perlu penjenamaan semula, supaya tidak disalahertikan. Bagi memenuhi tuntutan ini, JPA telah mengadakan temuduga kepada semua pelajar-pelajar terlibat. Ultra kiasu begitu menentang tindakan JPA. Ultra kiasu sudah dapat menjangkakan jika temuduga dibuat, pelajar bukan Melayu agak sukar untuk menandingi pelajar Melayu, terutama dari aspek keupayaan berbahasa walaupun mungkin mereka mendapat A+ dalam subjek bahasa Melayu.

Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan. Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan?

Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini. Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu.

Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang. Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang.

Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat.

Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat.

Tidak ramai yang mengetahui setakat ini layanan kerajaan terhadap sekolah vernakular sudah hampir sama sekolah kebangsaan. Semua gaji guru-guru di sekolah vernakular dibayar oleh kerajaan. Cuma sebahagian bangunan dan tanah kepunyaan mereka. Kerajaan ingin memberikan layanan yang sama dengan syarat kembali bangunan dan tanah kepada kerajaan untu ditadbir secara profesional, tetapi sampai matipun mereka tidak akan serahkan. Justeru, adakah adil kita meminta layanan sama rata dan sama rasa, tetapi kita langsung tidak boleh disentuh. Keadaan yang sama akan berlaku kepada sekolah Methodist ini. Kita tidak boleh berlembut lagi, kerana kepala kita sudah di pijak. Sudah sampai masanya kita bertegas untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Jadikanlah ‘perjuangan’ Lim Lian Geok sebagai iktibar. Apakah kita masih buta?

Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut. Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram. Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur?

Monday, May 23, 2011

Di mana kiblat kita?

8:08 AM Posted by RIDHUAN TEE 181 comments
Sinar Harian 23 Mei 2011

Pemimpin ultra kiasu yang pernah ‘menyerang’ saya suatu ketika dahulu mengenai perdebatan anak luar nikah, masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sekolah vernakular adalah antara punca kepada kemerosotan atau kelemahan tahap penguasaan bahasa kebangsaan kalangan pelajar bukan Melayu. Lebih berat lagi katanya, bahasa bukanlah punca polarisasi antara hari ini. Puncanya adalah datang daripada ketidakadilan dasar Umno (Barisan Nasional) yang memerintah kerajaan. Pendek kata, pada mereka aspek bahasa dan sekolah perkauman bukanlah penyumbang utama.

Beliau mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) baharu-baharu ini. Cadangan saya, kalau kita menolak sesuatu fakta, maka kemukakan fakta baharu atau buat kajian baharu untuk membidas kajian terdahulu. Ini tidak, cakap seperti orang tidak sekolah. Elok juga kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan kajian yang serupa, jika tidak yakin dengan kajian sebelum ini. Jangan terlalu menyalahkan orang lain.

Menyalahkan kerajaan Umno (BN) dan sistem pendidikan menengah kebangsaan yang didakwa gagal memandaikan anak bangsanya menguasai bahasa negara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Ultra kiasu tetap ultra kiasu. Adakah beliau tidak sedar bahawa beliau juga produk sekolah menengah kebangsaan. Jika dari kecil beliau mendapat pendidikan sekolah rendah Cina, kemudian belajar di sekolah menengah Cina, masuk universiti Cina, saya yakin, beliau tidak akan mampu bercakap bahasa Melayu seperti adanya sekarang.

Ultra kiasu ini turut menyalahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah tidak membolehkan pelajar-pelajar vernakular menguasai bahasa kebangsaan. Sudah tentu dalam hal ini mereka merujuk kepada guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu. Jika begitulah keadaannya, saya cadangkan kita biarlah guru Cina mengajar bahasa Melayu. Kita mahu lihat, berjaya atau tidak mereka memandaikan anak bangsanya.

Fakta perlu diiringi dengan penyelidikan (R&D). Paling tidakpun, pergilah buat tinjauan di sekolah vernakular. Uji kebolehan berbahasa mereka. Sila anjurkan pertandingan pidato atau bercerita. Biar kita pakat-pakat dengar bagaimana pelajar sekolah ini berhujah dalam bahasa Melayu. Jangan terlalu menegakkan benang basah.

Berapa ramai ahli politik dan ahli perniagaan Cina apabila disoal dalam bahasa Melayu, terus tiba-tiba beralih kepada bahasa Inggeris atau bahasa ibunda. Jelas-jelas menunjukkan bahawa mereka tidak boleh berbahasa kebangsaan. Sebenarnya, jika dibanci ramai ahli-ahli parti ultra kiasu yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Bagi mereka agenda nasional tidak penting, yang penting agenda bangsa.

Ultra kiasu berhujah lagi, apa guna menguasai dan lulus bahasa Melayu, jika akhirnya nanti mereka tidak dapat masuk dalam sektor perkhidmatan awam yang rata-rata dibolot oleh Melayu (80 peratus)? Justeru, orang Cina terpaksa menumpukan bahasa yang mempunyai nilai komersial seperti Inggeris dan ibunda. Ultra kiasu sengaja memejam mata bahawa produk sekolah vernakular turut lemah dalam Inggeris. Mereka sengaja tidak mahu membuat kajian kenapa orang Cina tidak berminat menyertai sektor perkhidmatan awam dan berapa ramai telah dilantik memegang jawatan tinggi, tetapi asyik menuding jari kepada kerajaan.

Bagi mereka yang cerdik dan membuat kajian, sosialisasi seseorang itu yang menentukan kemahiran berbahasa dan tahap perpaduan kaum. Jika sosialisasinya perkauman, maka perkaumanlah jawapannya. Parti ultra kiasu janganlah nak menunjuk hebat, cubalah bertanding di kawasan majoriti Melayu dan berkempenlah dalam bahasa Melayu, kita mahu lihat, sejauhmana ahli-ahlinya boleh pergi jauh dengan bahasa kebangsaan ini.

Bagaimana pelajar sekolah vernakular boleh menguasai bahasa Melayu jika hanya diajar tiga kali seminggu, yakni lebih kurang 2 jam seminggu. Kerajaan cuba menambah masa P&P bahasa Melayu di sekolah vernakular tetapi ditolak mentah-mentah oleh Dong Jiao Zong. Hujah mereka mudah, melebihkan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Mandarin. Hari ini mereka menuntut supaya diberikan layanan samarata dan sama rasa, tetapi kurikulum langsung tidak boleh disentuh, apatah lagi mahu menyerahkan bangunan, tanah dan pentadbiran sekolah.

Keadaan akan menjadi lebih gawat lagi apabila baharu-baharu ini Presiden MCA mengumumkan bahawa MCA akan menandatangani Memorandum of Cooperation (MoC) dengan 7 universiti Taiwan melalui Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) and Koperasi Jaya Diri (Kojadi). Universiti tersebur adalah The Chinese Culture University, Feng Chia University, MingDao University, TransWorld University, I-Shou Univesity, the National Taipei University of Technology, and the National Taiwan University of Science and Technology. Menurut presiden ultra kiasu itu, perkara ini perlu dilakukan kerana hanya 1peratus peratus sahaja pelajar-pelajar Cina daripada keseluruhan 86,000 pelajar-pelajar vokasional di negara ini.

Persoalannya, adakah angka ini benar? Jika benar, adakah bilangan yang sedikit ini disebabkan oleh dasar kerajaan atau memang orang Cina itu sendiri tidak mahu memasuki vokasional tempatan, maka peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mencinakan lagi orang Cina dengan menghantar mereka ke Negara China. Kenapa perlu ke Taiwan? Tidak ada negeri lain lagikah untuk dikunjungi? Pergilah ke negeri berdekatan, untuk menjimatkan belanja seperti Thailand yang tidak kurang membangunnya atau sekurang-kurangnya ke Korea Selatan. Hebatkan sangatkah Taiwan dalam bidang vokasional? Sebelum ini saya telah sebut, lebih baik pelajar Cina didedahkan dengan persekitaran di luar lingkungan bangsanya, barulah tidak menjadi ultra kiasu.

Alasan kedua katanya adalah selari dengan Progran Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah kepimpinan Perdana Menteri untuk melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran. Dalam jangka masa 10 tahun, negara memerlukan 30 juta peluang pekerjaan, 40 peratus daripadanya adalah pekerja mahir. Ditanya sama ada sijil tersebut akan diiktiraf oleh kerajaan atau tidak, senang sahaja jawapan presiden ultra kiasu ini, itu kerja MCA untuk memastikan ia diiktiraf berdasarkan kejayaan beliau mendesak kerajaan mengiktiraf beberapa universiti di China.

Persoalan saya, adakah dengan berada di negara China, mereka akan mempunyai jati diri Malaysia yang kukuh. Apakah agenda mereka di sebalik semua ini, kalau bukan untuk melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu bagi memperkasa agenda bangsa berbanding agenda nasional? Kita amat bimbang jika agenda bangsa terlalu banyak ditonjolkan polarisasi akan semakin meluas, walaupun gagasan 1Malaysia itu yang dijadikan hujah utama dalam mewujudkan perpaduan antara kaum.

Terbaharu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mencadangkan penubuhan Kolej Kadazan Dusun dan Murut atau Kolej KDM di Sabah. Satu lagi agenda bangsa. Tidak lama lagi selepas itu, tidak mustahil setiap parti komponen BN berasaskan etnik, akan menyuarakan perkara yang sama atas alasan “untuk menjaga bangsanya dalam mencapai matlamat gagasan 1Malaysia”.

Bayang di negara kita mempunyai lebih daripada 50 jenis etnik. Jika setiap etnik, mahukan institusi pengajian sendiri, apa akan jadi dengan sistem pendidikan Malaysia pada masa akan datang? Tidak perlu ditanya kepada setiap etnik untuk mendapatkan persetujuan, kerana sudah pasti mereka akan bersetuju. Inilah akibatnya apabila kita membenarkan universiti berasaskan kaum dan parti-parti politik perkauman beroperasi. Sepatutnya perlembagaanlah yang menjadi terma rujukan dalam melakukan apa jua perkara, terutama soal pendidikan nasional, yang menjadi tunggak pembinaan negara bangsa. Ini tidak, dalam kepala kita hanya ada agenda bangsa.

Seperti ultra kiasu yang lain, alasan penubuhan kolej tersebut adalah untuk memajukan masyarakat kaum itu, bersama kaum lain, di bawah konsep 1Malaysia dan juga membawa semangat mengukuhkan perpaduan, supaya tidak ada kaum yang akan merasa terpinggir. Sekali lagi gagasan 1Malaysia menjadi batu galasannya. Malangnya sungguh gagasan ini, dipergunakan untuk mendapatkan sama rata dan sama rasa, bukannya untuk mendapatkan keadilan, kerana makna keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Ditakdirkan nanti, jika diluluskan kolej ini, kaum Iban, Melanau, Dayak dan sebagainya di Sarawak akan meminta diwujudkan kolej atau universiti yang sama. Bayangkan selepas ini, jika orang Asli mendesak kerajaan menubuhkan universiti orang Asli. Sudah tentu pening kepala kita dibuatnya, sebab dari segi hak, mereka lebih berhak. Selepas itu, diikuti minoriti Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan bersatu menuntut kerajaan menubuhkan Universiti Siam atas alasan 1Malaysia! Tidakkah haru-biru sistem pendidikan negara kita?

Kewujudan kolej atau universiti hendaklah berdasarkan kepada keperluan bukannya tuntutan. Lambakan universiti berdasarkan tuntutan hanya akan menjejaskan kualiti pendidikan. Cukuplah dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang sedia ada. Sama-samalah kita memperkasa dan memperkuatkannya.

Perlu diingat, semua ini bermula apabila kita meluluskan universiti yang dipunyai oleh MCA, Gerakan, MIC dan NGO-NGO perkauman yang ada. Akibatnya, sudah tentu ada bangsa merasa terpinggir, apatah mereka adalah bumiputera yang sepatunya mempunyai lebih hak. Sedangkan yang lain, bukan bumiputera, bukan sahaja mendapat universiti sendiri malahan idea universiti merdeka telah pun menjadi realiti.

Fahamkah kita apakah maksud universiti itu sebenarnya? Di luar negara, tidak ada universiti berasaskan etnik. Jika adapun adalah ‘kerusi’ atau pusat kajian etnik tertentu. Cuma di negara kita amat pelik dan memelikkan, kenapa universiti berasaskan etnik atau parti politik diwujudkan? Saya cadangkan supaya ‘kerusi’ atau pusat kajian etnik-etnik diwujudkan di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang sediakan ada, daripada mewujudkan kolej atau universiti khusus untuk kaum tertentu. Dalam pada itu, masih belum terlambat untuk mengambilalih dan menyerapkan universiti berasaskan parti politik atau NGO perkauman ke dalam pendidikan nasional.

Saya merayu kepada bumiputera Sabah dan Sarawak, janganlah bertindak seperti parti ultra kiasu. Perkauman ultra kiasu hanya akan meruntuhkan negara. Kerajaan pula janganlah terlalu melayan tuntutan ini. Jika beginilah keadaannya, IPTA yang lain akan terjejas teruk pada masa akan datang kerana tidak dapat bersaing dengan IPTS yang sudah tentu lebih gagah dari segi kewangannya dan mendapat sokongan serta dokongan rangkaian antarabangsa.

Setiap kaum akan bermati-matian membantu dan mempertahankan universiti bangsa mereka sendiri. Saya yakin, sudah pasti kekuatan ultra kiasu jauh melebihi kekuatan kerajaan kerana kekuatan kewangan mereka lebih besar. Apatah lagi jika derma mereka di universiti ultra kiasu dikecualikan atau boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Universiti mereka sudah menjadi kaya raya.

Saya amat yakin, sebahagian besar cukai-cukai telahpun dialirkan ke sana dan akan dialirkan seterusnya. Ini sudah pasti akan meninggalkan kesan terhadap pendapatan negara. Akhirnya, siapa yang akan rugi? Kedudukan IPTA sudah tentu akan terjejas. Peruntukannya terhad dan perlu dikongsi dengan IPTA yang lain. Berbanding dengan universiti perkauman mereka terus mendapat dana demi dana. Lebih beruntung lagi, kadang kala tanah dan beberapa prasarana lain diberikan secara percuma oleh kerajaan. Tidak perlulah saya sebut nama universiti ultra kiasu tersebut.

Selain itu, masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan menjadi semakin suram. Maklum sahajalah, pada mereka bahasa Melayu tidak ada nilai komersial. Buat setakat ini hanya subjek teras sahaja yang diajar dalam bahasa Melayu seperti Kenegaraan Malaysia dan Hubungan Etnik, selebih semuanya diajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Ke manakah arah tuju pendidikan negara kita menjelang 2020 nanti? Apakah kita akan berjaya membina sebuah negara bangsa dan masyarakat idaman?

Monday, May 16, 2011

Bertindak sebelum terlambat

6:54 AM Posted by RIDHUAN TEE 125 comments
Sinar Harian 16 Mei 2011

Minggu lalu, saya bertemu dengan seorang Menteri bertanyakan “kenapa benarkan orang Kristian membina begitu banyak gereja dan dibina berskala besar, di tempat strategik, sedangkan penganutnya tidak ramai. Lagi pula gereja yang ada pada hari ini sudah lebih daripada mencukupi”. Menteri tersebut menjawab: “kalau kita tidak beri, mereka berhujah kenapa kerajaan Kelantan membenarkan patung Buddha yang berbaring dan duduk begitu besar di sana sedangkan penganut Buddha atau bilangan orang Cina amat kecil?” Tersentak juga mendengarnya.

Maknanya, apa juga fakta yang kita kemukakan, percayalah kita tidak akan menang, mereka akan mencari bukti dan seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka. Lebih malang lagi, mereka ada precedent untuk dijadikan rujukan, terutama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat boleh luluskan, kenapa kerajaan pusat tidak boleh? Kini kerajaan pusat benar-benar dalam dalam keadaan dilema, terdesak dan mendesak. Akhirnya, terpaksa beri atau bersetuju, walaupun pahit. Siapa untung, siapa rugi ? Jelas-jelas umat Islam dan negara Islam yang rugi. Mereka, ibarat gergaji dua mata, kiri kanan makan. Jika begitulah keadaannya, sudah tentu trend sebegini akan dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Perancangan Roger Bacon (1214 - 1294), seorang orientalis barat ternyata berjaya. Beliau mensasarkan negara-negara Timur bagi tujuan pengkristianan. Gerakan Kristianisasi perlu diperhebatkan agar dunia Kristian dapat diperluaskan di sebelah timur. Selaras dengan tujuan ini, beberapa strategi diatur antaranya memahami bahasa-bahasa penting sesebuah negara itu. Ternyata mereka telah berjaya melalui penggunaan nama Allah dan terjemahan kitab injil dalam bahasa Melayu. Kedua, mengkaji perbezaan antara sesama Muslim dan kemudian memecah-belahkan mereka. Ketiga, mengkaji hujah-hujah lawan agar dapat ditumpaskan. Ketiga-tiga strategi ini ternyata begitu berkesan di negara tercinta ini. Malangnya, kita terus bersangka baik.

Berasaskan kepada pengalaman pernah memeluk agama Kristian dan berita beberapa rakan Kristian yang selalu ke gereja, laporan sebuah akhbar Utusan sabtu lalu mengenai gerakan Kristianisasi tidaklah mengejutkan. Memang tidak dapat dinafikan ada cita-cita ke arah itu, walaupun mungkin tidaklah seekstrem seperti yang dilaporkan atau digambarkan. Namun, untuk menafikan sama sekali gerakan itu tidak wujud, itu tidak adil kepada Utusan. Utusan seolah-olah bersendirian. Kawan sudah jadi lawan.

Gerakan Kristian di Malaysia melalui saluran parti ultra kiasu dan beberapa parti politik yang lain telah lama wujud. Ketua ultra kiasu di Selangor adalah perancang utamanya. Cuma kita sahaja yang terlalu bersangka baik selama ini. Setiap hari Ahad, bulletin Selangor ultra kiasu diberikan dan diedarkan percuma di gereja. Tujuannya agar mereka terus dapat mempertahankan kuasa.

Kita bukan tidak kenal siapa ahli Parlimen Jelutong ultra kiasu? Beliau yang asalnya tinggal di Subang Jaya sanggup bertanding di Pulau Pinang semata-mata untuk merealisasikan cita-citanya bersama-sama ketua parti ultra kiasu di Selangor. Ahli parlimen ultra kiasu ini juga pernah menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pengganas, walaupun kita tahu JIM adalah NGO yang bersifat moderat. Sebelum menjadi ahli parlimen, beliau bukanlah siapa-siapa sangat. Cuma beliau menjadi semakin bongkak apabila bergelar wakil rakyat. Begitulah wakil rakyat ultra kiasu yang lain.

Saya telah berkali-kali nyatakan dahulu, strategi mereka cukup licik, sedikit pertolongan kepada Melayu akan diberikan publisiti secara besar-besar dalam akhbar mereka dalam media internet mereka. Tujuannya tidak lain untuk mencairkan hati umat Islam agar tertarik dengan mereka. Sedikit kesalahan kita diperbesar-besarkan. Jika sedikit hak mereka yang didakwa itu hak asasi mereka diusik, maka heboh satu Malaysia.

Hati bertambah sakit apabila mendengar seorang menteri kanan beragama Kristian sanggup berkata, “apa salahnya Kristian menjadi Perdana Menteri”? Memang tidak salah kerana perlembagaan tidak nyatakan agama, siapa yang akan menjadi Perdana Menteri? Persoalannya, mereka yang faham akan sejarah dan politik Malaysia tidak akan tergamak untuk merebut jawatan tersebut daripada orang Islam (Melayu). Dalam hal ini, sudah kita mahukan pemimpin yang berintegriti dan dihormati.

Memang menjadi tanggungjawab penganut Kristian menyampaikan ajaran agama mereka ke seluruh dunia, sebagaimana yang termaktub di dalam kitab suci mereka. Sama seperti tanggungjawab kita terhadap Islam. Istimewa di negara kita, agama Islam dilindungi daripada dakyah anasir lain.

Mereka mahu menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai syurga Kristian setelah mereka berjaya di Indonesia. Sasaran mereka seterusnya adalah Malaysia, setelah berjaya di Singapura. Antara kawasan sasaran dan pusat mereka ialah Mentakab, Kuantan, Perak dan sebagainya. Negeri-negeri yang diperintah oleh ultra kiasu, usah ceritalah. Itu memang syurga mereka. Ramai wakil rakyat mereka adalah orang kuat Kristian.

Berbaik biarlah berpada. Pembinaan rumah ibarat perlu ada formula, bukan ikut siapa banyak duit, maka dia boleh bina sebanyak manapun yang dia suka. Jika itulah formulanya, suatu hari nanti pasti Malaysia akan dipenuhi gereja, tokong dan kuil, kerana kemampuan mereka amat luar biasa berbanding umat Islam, kerana mereka mempunyai rangkaian antarabangsa.

Saya masih teringat bagaimana wartawan majalah al-Islam dua tahun lalu, Julai 2009 ditangkap kerana menyamar di dalam gereja. Heboh satu Malaysia, kecaman dikenakan ke atas pengurusan majalah al-Islam. Tidak ada sesiapapun yang membela majalah dan wartawan tersebut, malahan orang politik mengeluarkan kenyataan yang amat menyakitkan.

Kadangkala saya teramat sedih melihat cara kita berpolitik. Kawan tidak mempertahankan kawan. Kawan makan kawan. Kawan menjadi lawan hanya semata-mata takut hilang kuasa. Bila ada isu-isu yang dirasakan tidak menyebelahi, kita sanggup menikam kawan. Kawan tinggal terkonteng-konteng. Akhirnya kawan itulah yang menjadi mangsa keadaan, sedang kawan itu belum tentu bersalah sepenuhnya.

Saya tidak kata perbuatan menyamar di gereja itu dibolehkan, tetapi selaku rakyat Malaysia, kita juga mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku di sana. Apakah tidak benar gerakan memurtadkan orang Islam turut dilakukan di gereja? Kena pada orang Islam, senyap, kena pada mereka semua yang terlibat menjadi mangsa. Bukankah isu murtad lebih dituntut untuk dipertahankan oleh umat Islam dari membela kematian seorang yang disiasat dalam kes jenayah yang belum tentu keputusannya lagi?

Pihak gereja sudah tentu akan menyalahkan kita yang menyelongkar isu murtad atau perkara-perkara yang berkaitan dengan strategi mereka. Bayangkan jika tidak siasatan dan penyamaran yang dilakukan oleh wartawan al-Islam, mungkin tiada siapa yang tahu akan perancangan gereja selama ini. Kita begitu garang menyalahkan dan menyerang Umno sesama Islam, tetapi apabila melibatkan golongan bukan Islam kecut menikus. Pihak gereja sudah tentu tidak akan mengaku atas segala perbuatan mereka. Itu perkara biasa dalam perancangan ultra kiasu.

Mengapa kalau sesuatu isu itu melibatkan Islam kita mendiamkan diri. Malah saling salah menyalah sesama sendiri. Pihak mubaligh dan gereja yang menjalankan kegiatan memesongkan akidah Islam dari rumah ke rumah, sekolah, hospital, universiti, kilang, pejabat dan sebagainya tidak mengapa, atas dasar kebebasan hak asasi manusia. Semua isu mereka menang. Isu-isu yang menyebelahi kita, kalah.

Jika seorang bukan Islam mati kerana tidak diketahui sebabnya dipertahankan dengan bersungguh-sungguh, termasuk orang Islam dan pertubuhan Islam, sehingga mendesak sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan. Adakah tindakan yang sama dilakukan dalam mempertahankan Islam? Jika kita begitu beriya-iya mempertahankan kematian tahanan polis, SPRM, isu Hindraf, isu ISA dan sebagainya dipertahankan oleh segelintir kumpulan Islam dengan berani, mengapa kita perlu membisu seribu bahasa apabila Islam dienjak-enjak?

Lina Joy hanyalah salah seorang di antara sekian ramai remaja Melayu yang sudah terjerumus ke lembah kekufuran. Saya tidak tahu apakah gelombang Kristianisasi itu disedari oleh para pemimpin utama negara ini, atau memang mereka tahu tetapi tidak berdaya untuk membendungnya. Setidaknya sehingga saat ini masih belum nampak bagaimana mereka berusaha untuk menangani gejala tidak sihat tersebut, atau memang sengaja dibiarkan masalah tersebut terlerai dengan sendiri.

Tidak dinafikan ada gereja-egerja yang menjadi pusat untuk mengecam Islam dan merendah-rendah agama Islam. Cuba lihat you tube ini, http://www.youtube.com/watch?v=sxmt78dtxsg. Bagaimana paderi Kristian menghina dan mengecam Islam. Tidak seorangpun umat Islam yang bercakap. Bayangkan jika kita yang berceramah sedemikian, maka kita akan dikritik, dihentam dan diberikan publisiti secara besar-besar. You tube ini hanyalah satu dalam seribu, banyak lagi yang mengecam Islam. Umat Islam hanya diam. Tidak ada langsung protes dibuat. Sebenarnya menurut rakan saya inilah yang berlaku di banyak gereja di Malaysia.

Bayangkan jika itulah yang kita lakukan, seluruh orang Kristian akan bersatu akan menentang, mendesak kerajaan mengenakan tindakan terhadap mereka. Walaupun bukan Islam diharamkan menyebarkan agama mereka kepada orang Islam kerana dijamin oleh perlembagaan. Tetapi mereka tidak kisah, kerana kita buat tidak kisah. Kita terlalu berlembut kerana takut kehilangan undi.

Semua kelemahan kita sudah masak di kalangan Kristian. Dengan sebab itu, mereka begitu begitu lantang dan berani. Kita sahaja yang terlalu takut. Saya ingin ingatkan kepada kita semua, kekuatan kita bukan bergantung kepada Melayu tetapi amat bergantung kepada kekuatan Islam. Jika Islam di kalangan Melayu hancur. Akan hancur Melayu suatu masa nanti.

Yusuf al-Qaradawi (2010) mengingatkan tidak ada maknanya wujudnya umat ini tanpa Islam, mereka tidak akan mendapat kemenangan tanpa Islam. Tidak ada kesatuan bagi mereka tanpa Islam dan tidak ada kemuliaan bagi mereka tanpa Islam. Saidina Umar RA pernah berkata: Kita sekarang ini kaum yang ditimpa kehinaan, tetapi Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Tetapi bila kita mencari kemuliaan kepada selainnya, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita semua.

Yusuf al-Qaradawi mengingatkan lagi, antara bala gerakan Islam hari ini adalah perpecahan dan perselisihan yang kita lihat berlaku sehingga berpuak-puak. Setiap kelompok puak melihat dirinya sahaja yang dianggap sebagai jemaah Muslimin, bukannya sekumpulan daripada orang Muslimin. Mereka menganggap semua kebenaran berada di pihaknya dan yang jauh daripadanya hanya menerima kesesatan. Memasuki syurga dan terselamat dari neraka adalah ganjaran kepada orang yang mengikutinya. Jemaahnya sahaja yang dianggap sebagai golongan berjaya dan golongan selainnya akan hancur!

Beliau menambah lagi, tidak mengapa terdapatnya pelbagai dan beberapa jemaah Islam, asalnya kepelbagaiannya dari sudut bentuk dan pengkhususan, bukannya pelbagai dari segi penentangan dan percanggahan. Wujudlah berapa banyak jemaahpun yang memperjuangkan aspek yang berbeza seperti pendidikan, ekonomi, kebajikan, akidah dan sebagainya,jika akhirnya mereka boleh bersatu atas nama Islam.

Namun, jika sebaliknya berlaku, dan kita terus menjadi pak turut semata-mata kerana hendak menjaga hati orang, menambah undi untuk terus berkuasa, maka tunggu kehancurannya. Saya amat bimbang selepas kita tidak mampu untuk bangun, bila mana ultra kiasu semakin kuat dan berkuasa. Justeru, bertindak sebelum terlambat. Mereka merancang, kita juga kena merancang. Mudah-mudahan perancangan kita diberkati Allah SWT melalui firmanNya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7).
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Monday, May 09, 2011

Jangan terlalu mengalah sehingga kalah

7:32 AM Posted by RIDHUAN TEE 75 comments
(Sinar Harian 9 Mei 2011)

Akhbar rasis terus menggembar-gemburkan peristiwa seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) pada 14 April lalu. Dalam kejadian itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan. Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju oleh seorang pemuda Cina melanggarnya, lalu meninggal.

Saya amat menghargai sikap dan jasa baik mendiang. Atas rasa tanggungjawab kerajaan turut memberikan bantuan. Peliknya, bantuan kerajaan terhadap keluarga mangsa tidak banyak diberikan perhatian dan publisiti. Malah ada yang mengutuk dan sinis.

Terbaharu, Shin Chew melaporkan Hua Zong atau Persekutuan Persatuan Cina Malaysia mengatakan pendirian mereka akan menyokong Barisan Nasional dan MCA jika kerajaan benar-benar melaksanakan gagasan 1Malaysia berasaskan sama rata dan sama rasa dalam semua polisinya, terutama berkaitan sistem pendidikan Cina. Jika tidak, orang Cina akan memilih DAP dan akan wujud sistem dua parti. Sebelum itu, Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sabah (UA) mendesak kerajaan supaya mengiktiraf dan memberikan layanan sama rata kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di universiti-universiti dari negeri China. Publisiti diberikan secara besar-besaran. Sama ada mereka ada kelulusan bahasa Melayu atau boleh berbahasa kebangsaan langsung tidak dibangkitkan.

Malah mereka mendesak supaya kerajaan menghantar lebih ramai lagi pelajar ke China berbanding 3000 yang ada pada hari ini. UA membandingkan jika negara China boleh menghantar 10,000 pelajarnya ke sini, kenapa kita tidak? Ultra kiasu sungguh. Berapakah populasi China berbanding dengan Malaysia. Pada saya angka 3000 sudah cukup besar. Lagipun menuju tempat yang sama. Mungkin menambahkan lagi sentimen perkauman.

Kata UA lagi, majoriti pelajar sekolah persendirian Cina di Sabah hanya dapat melanjutkan pelajaran ke negeri China sekitar 8.5 peratus. Selebihnya 36 peratus berada di universiti tempatan. Semua ini disebabkan oleh polisi kerajaan yang membantutkan mereka ke China. Persoalan saya, di manakah kiblat kita? China sahajakah destinasinya? Pada saya biarlah pelajar Melayu ke China, belajar mengenai bangsa lain. Pelajar Cina sepatut banyak belajar mengenai bangsa Melayu. Pergilah ke Indonesia atau mana-mana kepulauan yang bukan Cina untuk belajar tentang bangsa lain pula. Jangan asyik melihat sehala sahaja. Dunia hari ini memerlukan kita melihat berbagai hala, elok banyak berjalan, baru luas pandangan dan bertambah pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita.

Tidak timbul soal pelajar-pelajar kita yang pergi belajar di sana dapat merapat hubungan bilateral antara kedua buah negara. Hubungan kita dengan China memang telah baik sejak zaman Tun Razak lagi iaitu bapa kepada Perdana Menteri. Kedatangan Perdana Menteri China sudah cukup membuktikan. Tidak cukupkah lagi? Menghantar lebih ramai pelajar ke sana hanya akan mengikis jati diri atau mengubah kiblat kita. Sehingga akhirnya sanggup mengutuk negara sendiri seperti namewee yang terlalu lama tinggal di sana.

UA juga mendesak kerajaan supaya memberikan biasiswa terhadap pelajar-pelajar Cina yang ingin belajar di China. Terfikir saya tidak ada lagi negara lain di dunia ini yang hampir 200 buah, selain China? Saya ingatkan Cina di Sabah, kurang sedikit kiasunya, rupa-rupa langsung tidak ada bezakan. Hanya lautan sahaja yang memisahkan, roh dan jasad tetap sama. Adakah ini bukan 1Cina 1Bumi. Bila ada akhbar yang menulis 1Melayu 1Bumi, bukan main lagi dihentamnya. Bila mereka mengamalkan sikap 1Cina 1Bumi, disokong seratus peratus. Saya yakin ini bukan suara UA seorang tetapi suara orang lain juga seperti parti dan NGO ultra kiasu. Mereka langsung tidak peduli soal keupayaan bahasa kebangsaan.

Persatuan ini memberikan reaksi mengenai sokongan orang Cina akan berubah kepada DAP, berbanding MCA jika kerajaan tidak melihat perkara ini dengan serius. Persoalan saya, adakah benar selama ini mereka mengundi Barisan Nasional? Saya yakin tidak, selama ini mereka mengundi parti ultra kiasu, sebab sikap mereka sudah jelas menunjukkannya.

Nampaknya perjuangan perkauman tidak pernah habis dalam politik Malaysia. Memperlihat seolah-olah Malaysia jaguh perkauman. Berita inilah yang selalu diwar-warkan setiap masa sehingga orang luar melihat minoriti berada dalam keadaan tertekan disebabkan oleh bentuk berita sebegeini; berita nasional vs berita perkauman dan pendidikan nasional vs pendidikan perkauman (vernakular) tidak pernah akan selesai dan disensasikan.

Publisiti akan ‘ketidakadilan’ dasar kerajaan diberikan seolah-olah sudah tidak ada cerita lain di Malaysia ini. Wal hal, keadilan yang dinikmati sudah melimpah ruah, cuma mereka mahu menambah lagi yang telah diperolehi. Satu kebaikan bangsa sendiri dicanang habis-habis, sedangkan kebaikan orang lain yang tidak terkira banyaknya disenyapkan. Sama juga peristiwa jika ada seorang bukan Melayu mati dalam tahanan di tangan SPRM atau Polis, heboh 1Malaysia, sedangkan ramai lagi Melayu yang mati, tetapi tidak ada siapa peduli.

Berapa ramai muallaf yang kalah dalam perbicaraan mendapatkan hak mereka, perebutan anak, perebutan mayat dan sebagainya, disenyapkan? Namun jika satu dari kalangan mereka yang kalah, maka Malaysia dituduh tidak mengamalkan kebebasan hak asasi manusia, mahkamah syariah tidak adil, ada campurtangan politik dalam mahkamah dan sebagainya. Malaysia digambarkan seolah-olah tidak menjaga hak mereka langsung. Kebebasan media dikatakan disekat sama sekali dan berbagai tohmahan lagi. Mereka seperti kaduk naik junjung, diberikan betis hendak peha.

Saya begitu hairan bagaimana Indeks kebebasan media terbaharu 2011 oleh Freedom House, meletakkan Malaysia di tangga 143 daripada 196 negara yang dikaji. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di bawah Timor Timur (18), Filipina (21), Indonesia (23), Thailand (29) dan Cambodia (30), tetapi mengatasi Singapura (32), Brunei (34) dan Nietnam (36). Negara yang mengamalkan kebebasan media dalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland dan Luxembourg. Sedangkan kebebasan media di negara ini saya lihat agak bebas, walaupun tidak sepenuhnya.

Jika kita bandingkan kebebasan media Melayu dan media bukan Melayu, saya berani mengatakan media bukan Melayu mempunyai lebih kebebasan daripada media Melayu. Dari segi bilangannya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa media bukan Melayu sudah menenggelamkan media Melayu. Mereka lebih bebas melaporkan kerana majoriti orang Melayu tidak tahu isi kandungannya.

Ya, saya tidak nafikan ada kawalan terhadap media, terutama kepada media pembangkang. Perkara ini biasa berlaku di mana-mana. Malah kita lebih baik daripada Singapura, yang selalu dipuji oleh ultra kiasu ini. Saya amat jarang mendengar mereka mengutuk Singapura walaupun kebebasan media mereka lebih teruk daripada negara kita. Yang saya tahu mereka memujinya dan saban kali mengunjungi negara Yahudi itu untuk mengatur langkah dan strategi.

Pada saya, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya. Kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka terutama dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti internet, blog dan portal berita. Adakah bila hajat mereka tidak tercapai, dan mereka gagal memenuhi nafsu ultra kiasunya, bererti media negara ini dikatakan tidak bebas? Semua ini berlaku saya fikir disebabkan oleh tindak-tanduk ultra kiasu yang sengaja membesar-besar atau mereka-reka cerita-cerita sensasi untuk menarik perhatian orang lain. Hasilnya, media kita dikatakan tidak bebas.

Saya tidak pasti berita perhimpunan Kristian seluruh diPulau Pinang yang digembar-gembur itu benar atau tidak. Jika benar, bermakna kaduk sudah naik junjung. Mereka sudah benar-benar mencabar kewibawaan kita. Kepala kita sudah dipijak-pijak. Di manakah maruah kita sebagai penganut agama Islam?

Kita sedia maklum, berapa kerat sahaja penganut Kristian di negara ini. Tolak campur lebih kurang 10 peratus. Tetapi publisiti mereka menenggelamkan agama lain, termasuk agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Ternyata mereka telah menang besar dalam isu kalimah Allah dan terjemahan kitab Injil dalam Melayu. Kita juga yang kalah kerana terlalu mengalah. Mereka mahu tunjuk besar kepala lagi, walaupun saya yakin mereka sedar bahawa agama Islam mendapat perlindungan yang istimewa dalam perlembagaan. Mereka sengaja mencabar. Isu kalimah Allah sudah cukup menyayatkan dan mengguris hati kita. Bukan kita tidak melarang menggunakan mahu menggunakan kalimah Allah atau menterjemahkan kitab Injil dalam bahasa Melayu. Secara peribadi, saya tidak melarang, bukan makna bersetuju. Persoalannya, kenapa sekarang baharu ditimbulkan? Apa tujuan di sebalik? Saya petik kata-kata cendekiawan tersohor Profesor Syed Naguib Al-attas mengenai isu kalimah Allah yang berbunyi:

“Allah is not from Bahasa Malaysia, it is not a National Language. It belongs to the Language of the Muslims all over the world. Therefore your argument using this for the word ‘Allah’ does not fit into your idea of God because Allah does not have a son. It is not one of three. That is why, out of respect to Allah we can’t allow you to use this. We agree you want to use God then use ‘Tuhan’ as we also use that. But we understand in the Malay language ‘Tuhan’ is not a translation of Allah. That is why we say,. So Allah cannot be translated as no language has translated Allah. But if they use it and they say in Indonesia they have used it, why can’t we here. It is because of the Muslims. If Muslims don’t care, they will go on and use it, and in Indonesia they are using not only that but other things too. They even call it choir for selawat. Choir is not a Selawat as selawat is for the Prophet. It is not singing a hymn”.

Pendapat ini memang tepat dan padat. Kalimah Allah bukan berasal datang daripada bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Kalimah ini kepunyaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, penggunaan kalimah ini tidak sesuai kepada agama lain kerana kalimah Allah berbeza dengan Allah menurut Kristian.

Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Rujuk surah Al-Ikhlas. Allah bukan satu dalam tiga atau tiga dalam satu. Sebab itu kalimah ini tidak dibenarkan digunakan. Kita boleh bersetuju menggunakan perkataan Tuhan, kerana di Malaysia perkataan ini memang digunakan. Tetapi perkataan Tuhan bukan terjemahan daripada kalimah Allah. Dengan sebab kita menyebut ‘Tiada tuhan melainkan Allah, bukan ‘Tiada tuhan melainkan Tuhan’. Mereka boleh gunakan di Indonesia kerana dibenarkan, silakan, tetapi tidak di sini.

Kepada orang bukan Islam, jangan begitu berani mencabar orang Islam. Paderi-paderi Kristian mengeluarkan kenyataan mereka tidak mencabar kewibawaan Islam, tetapi tindak-tanduk mereka tidak menunjukkan sedemikian. Mereka amat kurang ajar dan biadab. Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu mengalah. Jangan terlalu fikirkan soal undi dan kemenangan pilihan raya. Apa guna sorak jika kampong halaman tergadai. Kita akan menyesal seumur hidup. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang disebabkan tangan-tangan kita sendiri yang merosakkan.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Monday, May 02, 2011

Di mana salahnya bahasa Melayu?

9:34 AM Posted by RIDHUAN TEE 119 comments
Sinar Harian 2 Mei 2011

Tidak ramai yang mahu menerima hakikat bahawa sekolah vernakular menjadi punca kepada kelemahan penguasaan bahasa kebangsaan dan masalah interaksi antara kaum dalam mencapai matlamat perpaduan nasional. Sehinggalah kajian terbaharu tahun lalu, membabitkan 159 sekolah di seluruh negara, oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), mendapati ramai pelajar dari sekolah-sekolah terbabit tidak faham sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kebangsaan dan menjadi dewasa.

Kajian sebelum ini, turut membuktikan perkara yang sama. Pada tahun 1993, lebih 61 peratus pelajar sekolah vernakular tidak mencapai tahap minima penguasaan bahasa Melayu. Perkara ini terus disenyapkan. Tidak seperti isu 1Melayu 1Bumi. Bila terkena pada batang hidung sendiri mereka diam, tetapi bila kena pada orang lain, heboh 1Malaysia. Kajian sebegini sememangnya amat tidak disenangi oleh parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perkauman yang ultra kiasu. Komen-komen dalam Malaysianinsider terus menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kenapa UMNO dan BN dimangsakan dalam isu ini?

Selama inipun, kerajaan seolah-olah langsung tidak boleh menyentuh sekolah vernakular, walaupun sebahagian besar bantuan diberikan? Setiap kali penambahbaikan dibuat untuk memperkasa bahasa Melayu, akan ditentang habis-habisan. Ternyata, mereka memandang rendah kepada bahasa kebangsaan. Jika pandaipun bahasa Melayu boleh pergi ke mana? Lebih baik menguasai bahasa ibunda atau bahasa Inggeris! Ada juga faedahnya. Mereka tidak fikir langsung soal membina negara. Dalam kepala otak mereka adalah untuk mengekalkan warisan bangsa dan membina kekayaan. Persoalannya, boleh kita bekerja dengan aman, jika negara tidak stabil atau saling bercakaran?

Sudah berbuih-buih mulut saya bercakap dan lenguh tangan menulis. Tetapi setiap kali saya bangkitkan maka melompatlah kumpulan ultra kiasu? Adakah ini bukan bermakna mempertahankan 1Cina 1Bumi? Jangan terlalu menuding jari, takut memakan diri.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Semua sedia maklum bahawa bahasa ibunda adalah bahasa rasmi sekolah vernakular dan diajar dan pertuturkan hampir 24 jam, jika tidak tidur. Manakala bahasa kebangsaan hanya diajar lebih kurang 3 kali seminggu dalam jangka masa 40 minit setiap waktu. Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Dengan makna, bahasa kebangsaan ini hanya ‘digunakan’ 2 jam daripada 5 hari persekolahan daripada 120 jam yang ada. Jika dicampur hari cuti Sabtu Ahad, bermakna bahasa kebangsaan hanya digunakan tidak sampai satu peratus seminggu dari 168 jam. Adakah ini wajar bahasa Melayu ‘dilayan’ sedemikian rupa dalam sebuah negara yang mendaulatkannya (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan)?

Dengan scenario sebegini, bayangkanlah apakah bahasa kebangsaan boleh dikuasai? Nampaknya agenda membina negara masih terlalu jauh untuk dicapai walaupun telah lebih 53 tahun kita merdeka. Persekitaran dan sosialisasi politik hidup rakyat negara ini amat berbau perkauman sehingga membantutkan pengamalan dan penghayatan agenda besar negara. Akibatnya, agenda bangsa semakin besar dan besar kepala, manakala agenda negara menuju kepada kepupusan.

Sebenarnya kita tidak ada pilihan dalam membina negara? Jika tidak dipaksakan dan diwajibkan agenda negara ini dihayati, sampai kiamatpun kita akan menghadapi masalah yang sama. Jika saban hari berinteraksi dengan orang sama, bahasa yang sama, sekolah yang sama dan budaya yang sama, media yang sama, di manakah titik pertemuan dan persamaan untuk dicari dalam masyarakat berbilang kaum? Bagaimanakah anak-anak ini boleh mengutamakan agenda negara? Maka tidak hairanlah jika mereka gagal. Kita sengaja menggagalkan mereka. Kita sudah bentuk mereka menjadi ultra kiasu sejak kecil.

Selaku Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, di salah sebuah sekolah menengah yang majoriti pelajarnya datang dari sekolah vernakular di Ampang, masalah ini begitu ketara. Pelajar kelas peralihan, langsung tidak tahu bahasa Melayu mudah. Situasi sebegini tidak banyak bezanya apabila mereka bergerak ke tingkatan 1-5. Janganlah kita sangka bahawa mereka yang tidak berada di kelas peralihan bermakna bahasa Melayu mereka sudah baik!

Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan baru-baru ini di sekolah saya sebutkan tadi, majoriti pelajar Cina gagal bahasa Melayu. Peratusan kelulusan SPM 2010 turun menjunam sebanyak 10 peratus. Semuanya gara-gara pelajar-pelajar bukan Melayu gagal dalam bahasa Melayu. Apabila keputusan SPM tidak meningkat, sekolah, pengetua, guru-guru dan PIBG disalahkan? Apakah tindakan ini wajar?

Bila ditanya guru sekolah vernakular, mereka menyalahkan guru sekolah menengah kerana tidak pandai mengajar bahasa Melayu. Persoalan saya, apakah yang yang kita lakukan untuk memandaikan mereka dengan bahasa Melayu ketika anak-anak itu masih rebung? Kita teramat sedih mendengar, kerajaan memperuntukan berbilion ringgit untuk penambaikan pengajaran bahasa Inggeris. Terkini, lebih 10,000 guru akan dilatih untuk memandaikan anak bangsa berbahasa Inggeris. Persoalan saya, bagaimana dengan bahasa kebangsaan? Berapa pula peruntukan yang disediakan? Berapa ramai pakar disediakan?

Benar, bahasa Inggeris penting untuk kemajuan, bahasa Melayu pula bagaimana? Manakah lebih penting antara agenda kemajuan dan agenda perpaduan (negara)? Tidak ketinggalan agenda patriotisme? Apakah negara akan maju jika rakyatnya tidak ada semangat sayangkan bumi tercinta ini? Kemajuan seperti ini tidak akan kekal lama.

Saya sudah letih memperkatakan perkara yang sama setiap kali. Bila tulisan ini disiarkan, saya akan dihina, dikecam dan dikeji. Sedangkan kita tidak pernah serius. Kita hanya mahu menjaga hati orang atau menjaga undi. Apabila NGO-NGO atau parti politik menyerang, kitapun menjadi kelam kabut. Akhirnya kita mengalah, mengalah dan mengalah, seterusnya kalah. Masalah terus menjadi masalah sehinggalah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Jika tidak percaya, berkunjunglah ke Kolej New Era, Universiti Terbuka Wawasan dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Operasinya langsung tidak ada bezanya dengan sekolah vernakular, malah lebih teruk lagi. Universiti Merdeka telah wujud sebenarnya, dengan nama berbeza walaupun kerajaan telah bertindak mengharamkannya.

Tidak cukup dengan itu, mereka masih tergamak terus menekan kerajaan supaya memberi layanan sama rata dan sama sama kepada semua sekolah vernakular, mengikhtiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan banyak lagi. Pendek kata, selagi ada sekolah vernakular, tanpa dilakukan penambaikan secara tegas, selagi itulah terlalu sukar untuk kita mencapai perpaduan dan matlamat membina negara. Tunggu dan lihat akibatnya.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Monday, April 25, 2011

Berbaik biarlah berpada

6:49 AM Posted by RIDHUAN TEE 104 comments
Sinar Harian, 25 April 2011

Keputusan pilihan raya Sarawak sudah terang lagi bersuluh akan trend pengundiannya. Tidak perlu diulas panjang. Jawapannya semua sudah ada. Parti-parti komponen Cina Barisan Nasional (BN) sudah tidak dapat lagi mewakili masyarakat Cina. Majoriti Cina telah nekad memilih parti ultra kiasu sahaja. Parti Cina komponen BN sudah tidak percayai. Dalam kata lain, pilihan mereka hanyalah parti ultra kiasu.

Trend pengundian sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa ataupun baharu muncul dalam politik Malaysia. Undi yang diperolehi oleh parti-parti bukan Melayu dalam BN selama ini, saya berani mengatakan adalah undi orang Melayu dan bumiputera. Ini toleransi yang selalu saya katakan tidak ada tolok bandingnya. Melayu mengundi bukan Melayu, tetapi belum tentu bukan Melayu mengundi Melayu atas semangat 1Malaysia.

Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa SUPP masih boleh menang sebelum ini? Jawapannya, ketika itu ultra kiasu masih belum ada contoh untuk diketengahkan atau dibuktikan. Kini, tidak lagi. Mereka telah ‘berjaya’ mendapatkan Pulau Pinang dan Selangor. Bukti telah ada. Pembelaan terhadap bangsa mereka begitu jelas sekali. Hanya orang Melayu yang tidak membela Melayu (Islam). Inilah malangnya nasib Melayu di bumi Melayu.

Politik Cina sama ada Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak tidak banyak bezanya kerana mereka berpegang kepada konsep 1Bangsa yang menjadi rukun politiknya. MCA dan Gerakan tidak perlulah mencuba nasib di Sarawak atau memberi pandangan. Ia hanya akan menyakitkan semua pihak terutama orang Melayu dan bumiputera. Tepuk dada tanya selera, kenapa pengundi mereka turut mengundi ultra kiasu. Carilah jalan dan merangka strategi untuk memenangi hati orang Cina kembali, bukannya menuntut ini dan itu.

Terbaharu, Naib Presiden MCA mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak meletakkan jawatan kerana tidak mendapat sokongan orang Cina. Pada saya, suruhlah atau tegurlah pemimpin mereka dahulu meletak jawatan kerana terlibat dalam skandal seks yang amat memalukan tetapi masih dipilih menjadi pemimpin. Jangan mengata dulang, paku serpih.

Jangkaan terhadap bangsa saya dan cara mereka berpolitik tidak banyak berubah. Mereka amat bijak. Kebijaksanaan inilah yang menjadikan politik Melayu terus berada dalam kerugian, kerana Melayu tidak mahu mengambil pengajaran. Perpecahan tidak ada kesudahan, malah semakin menakutkan, seolah-olah tidak ada penghujung. Apakah akan terjadi pada masa akan datang? Masih belum dapat dipastikan. Tuhan sahaja yang tahu. Yang pasti, trend politik Melayu langsung tidak menguntungkan Islam dan Melayu, kerana mereka kurang berjiwa 1Melayu dan 1Islam.

Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mendakwa parti mereka telah mendapat sokongan berbilang kaum. Saya ingin mencabar parti ini supaya bertanding di kawasan majoriti Melayu atau bumiputera dalam pilihan raya umum akan datang bagi kawasan parlimen, kita lihat siapa mengundi siapa?

Janganlah kerana telah menang beberapa kerusi tambahan, sudah mula perasan bahawa parti mereka mendapat sokongan semua kaum. Kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kidurong yang mengandungi 27,225 pengundi, mewakili 46.2% Iban, 38.1% Cina, 15.2% Melayu dan lain-lain 1%, dijaja ke sana ke mari sebagai contoh. Majoriti 6930 yang diperolehi didakwa hasil undian semua kaum. Sedangkan kita tahu, ia adalah undi solid orang Cina dan undi protes Iban dan Melanau terhadap ‘Pek Mo’(dalam bahasa hokkien disebut sebagai rambut/bulu putih).

Memang tidak dinafikan undi popular BN telah banyak menurun selepas 2008. Sepatutnya kita mengambil pengajaran daripada semua yang berlaku. Tetapi kita sengaja memejamkan mata. Pemimpin yang sudah terbukti korup terus dicalonkan dan bertanding. Bila berkempen, cakap tidak serupa bikin. Seekor kerbau yang membawa lumpur, hampir semuanya terpalit.

Benar, faktor Pek Mo memang menjadi beban kepada pentadbiran Perdana Menteri. Jika dahulu cerita-cerita Pek Mo hanya berligar di kawasan bandar, kini ia telah tersebar di luar bandar, sehinggakan orang aslipun tahu. Bau bangkai gajah memang tidak dapat ditutup lagi. Apapun kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tidak perlulah lebih garpu daripada sudu seperti yang dilakukan oleh MCA. Orang Cina tidaklah begitu ramai berbanding dengan bumiputera Sarawak (juga Sabah). Kenapa perlu terlalu kecoh jika sokongan Cina berkurangan di sana? Yang penting jaga mereka yang tidak ultra kiasu.

Kekalahan SUPP tidak meninggalkan sebarang kesan kepada orang Cina. Sama ada ultra menang atau SUPP kalah, keadaan tidak banyak berubah. Yang menjadi kebimbangan saya adalah SUPP akan menjadi bersifat ultra kiasu bagi memenangi hati orang Cina seperti yang dilakukan oleh MCA dan tidak ketinggalan Gerakan. Soal moral dan akhlak sudah tidak penting lagi. Kalah atau menang soal lain, tetapi mesti ultra kiasu.

Apa tidaknya, jika parti ultra kiasu menang besar, parti bukan Melayu komponen BN kalah, mereka tetap menang, kerana ada kuota atau kerusi senator atau jawatan menteri yang menunggu. Maka tidak hairanlah mereka berebut-rebut mendapatkan kerusi senator apabila dikosongkan tanpa rasa malu.

Misalnya, apabila Murugiah (dahulunya PPP kini MIC) tidak disambung lagi tempoh kesenatorannya, maka berebut-rebutlah parti-parti nyamuk ini, mahukan ia diisi, sedangkan kekuatan mereka boleh dikatakan tidak seberapa. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada sokongan Melayu melalui semangat BN. Inilah dinamakan menangpun untung, kalahpun masih untung. Siapa yang rugi? Melayu juga yang rugi. Bila Melayu rugi, maka Islam pun turut terpalit sama.

Justeru, jika UMNO masih lagi dengan keputusan meletakkan calon bukan Melayu bertanding dengan kawasan majoriti Melayu, ia hanya akan merugikan politik Melayu pada masa hadapan. Adakah adil orang Melayu dipaksa mengundi calon bukan Melayu, sedangkan bukan Melayu kurang mengundi Melayu (UMNO). Berbuat baik biarlah berpada.

Pada saya, jika parti-parti bukan Melayu komponen BN merasakan dirinya kuat, biarkan mereka bertanding menentang ultra kiasu sahaja. Kita lihat siapa yang akan menang? Jika ultra kiasu juga yang menang, ‘wajar’ mereka diberikan kerusi menteri bagi mewakili masyarakat Cina. Jika BN tidak tergamak, maka ketika itu bolehlah ditawarkan kepada parti Cina komponen BN yang kalah melalui lantikan sebagai senator. Mereka akan menolaknya jika bermaruah. Sama seperti percubaan MCA mendesak Ketua Menteri Sarawak supaya berundur kerana tidak mendapat sokongan Cina. Jangan cakap tidak serupa bikin. Sebenarnya pembangkang tidaklah sekuat mana, masalahnya BN yang lemah.

Saya amat yakin MCA dan Gerakan sudah dapat menjangkakan nasib yang akan diterima, terutama pada pilihan raya umum akan datang. Sebagai persiapan, pemimpin-pemimpin mereka mula mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar oleh pemimpin Melayu dan Islam. Ada yang mengambil pendekatan pukul anak, sindir menantu. Tidak kurang pula yang begitu lancang dan celupar. Tidak menghairankan jika suara mereka akan menjadi sama sebiji seperti suara parti dan NGO ultra kiasu selepas ini, dengan nada sedikit berbeza. Strateginya memberikan tekanan.

Pendek kata, mereka perlu menjadi ultra kiasu untuk kekal relevan dan bertaring, kerana penampilan parti ultra kiasu telah menenggelamkan mereka. Tidak mustahil, kedua-dua parti ini akan bergabung dengan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan yang lebih hebat kepada kepimpinan Islam di negara kita. Realitinya sebenar telahpun berlaku. Malang sungguh umat Islam tidak dapat mengesan baunya.

Misalnya, artikel bertajuk ‘1Melayu 1Bumi’ terbitan Utusan Malaysia terus menerus dimanipulasikan untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO. Wal hal, tidaklah seserius bagaimana mereka menghina raja-raja Melayu dan menghina Islam sebagai perkara yang mempunyai keistimewaan dalam perlembagaan.

Pemimpin ultra kiasu Selangor bertaraf andartu ini mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk bertindak tegas terhadap akhbar tersebut dan penulisannya dengan kadar segera, bukannya setakat mengatakan itu adalah pandangan peribadi penulis. Ultra kiasu sungguh andartu ini. Saya cadangkan andartu ini berkahwin untuk meredakan sedikit nafsu bujangnya. Jangan terlalu bongkak dengan sedikit kemenangan pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Sikit-sikit apa juga yang bertentangan dengan mereka, maka gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai hujah. Fahamkah ultra kiasu ini apakah gagasan 1Malaysia sebenarnya?

1Malaysia bukan gagasan menjaga hati orang dan memuaskan hati semua pihak. Tetapi gagasan ini adalah idea mengurus dan mentadbir negara berasaskan perlembagaan. Perlembagaan adalah asas keadilan. Melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan adalah asas kepada kepada gagasan 1Malaysia, walaupun pada ultra kiasu mungkin tidak adil. Jika pemimpin ultra kiasu boleh sewenang-wenangnya mengata orang lain, kenapa tidak kebebasan bersuara akhbar tersebut?

Saya tidak bertujuan mempertahankan tulisan dan penulis tersebut. Tetapi lebih baik kita melihat apa yang benar, apa yang salah. Apakah selama ini ultra kiasu tidak mempertahankan 1Malaysia 1Cina? Saya masih teringat dan tidak dapat melupakan kenyataan pemimpin andartu ini sebaik sahaja mereka berjaya menguasai negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Perkara pertama yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Bandar Cina hendalah mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Alasannya mudah, untuk menarik pelabur-pelabur Cina. Terang-terang kenyataan bercanggah dengan perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Tidak ada sesiapapun termasuk akhbar Utusan Malaysia mengutuk kenyataan tersebut dan meminta beliau meminta maaf.

Tiba-tiba tulisan ‘1Melayu 1Bumi’ sengaja diperbesar-besarkan. Wal hal, belum ada lagi modus operandinya. Ia hanya pendapat seorang penulis sahaja, bukan melambangkan pendapat keseluruhan akhbar tersebut mahupun UMNO. Sudah seminggu berlalu, isu ini terus diperbesarkan dan mereka sudah menuding jari menyalahkan Perdana Menteri, dan UMNO

Terkini, orang kuat MCA mengajak rakyat Malaysia memboikot akhbar Utusan. Saya hanya tersenyum sendirian. Akhbar Utusan pun tidak perlu bimbang. Saya yakin selama inipun mereka tidak pernah membaca Utusan. Pilihan mereka hanya berminat membaca Shin Chew, Nanyang dan akhbar perkauman sewaktu dengannya.

Akhirnya, saya ingin bertanya tidak cukupkah lagi dengan China Town dan universiti perkauman yang telah diluluskan oleh kerajaan, seolah-olah sama seperti universiti merdeka yang diperjuangkan selama ini? Sebenarnya, universiti merdeka telah wujud dengan nama yang berbeza. Jika tidak percaya, pergi ke Kajang, singgah ke Kolej New Era. Ini tidak termasuk IPTS yang lain seperti Universiti Terbuka Wawasan dan Universiti Tunku Abdul Rahman.

Soalan khas kepada andartu ultra kiasu ini dan juga ultra kiasu yang lain, adakah mendesak kerajaan mengikhtiraf sekolah vernacular setanding dan setaraf dengan sekolah kebangsaan tidak menggambarkan tindakan 1Cina? Yang peliknya, mereka mahukan kerajaan mengikhtiraf, tetapi pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut tidak dibenarkan kerajaan campurtangan langsung. Ini termasuk kurikulum, tanah, bangunan dan sebagainya. Adakah tindakan ini tidak melambang atau tidak sama dengan 1Melayu 1Bumi?

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Monday, April 18, 2011

Siapa lebih hina?

6:58 AM Posted by RIDHUAN TEE 114 comments
Sinar Harian 18 April 2011

Tulisan ini tidak bertujuan untuk bersetuju dengan rasuah. Rasuah itu haram dan tetap haram sampai bila-bila. Sesiapa yang terlibat tetap masuk neraka. Namun, jika tidak ada pilihan antara makan rasuah dengan makan babi, lebih baik makan babi, kerana mudarat rasuah lebih teruk daripada mudarat memakan babi.

Makan babi hanya melibatkan dosa individu dengan Allah kerana memakan makanan yang diharamkan. Sedangkan makan rasuah, bukan sahaja melibatkan dosa seorang tetapi ramai orang, termasuk mereka yang tidak berdosa turut terpalit, kerana disuapkan rezeki haram.

Dengan sebab itu, janganlah hairan apabila anak-anak hasil didik rasuah ini tidak begitu menjadi walaupun telah dihantar ke sekolah agama. Cuba ingat kembali, halal atau tidak rezeki yang disuapkan ke mulut anak-anak. Rezeki haram tidak semesti menyuapkan babi, itu sudah tentu haram. Tetapi lebih haram lagi adalah hasil rezeki rasuah dan riba. Begitulah besarnya haram dan mudarat rasuah.

Rasuah boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara. Bayangkanlah jika kita lepaskan penjenayah, pengedar dadah, penyeludup, penjual rahsia sulit kerajaan dan sebagainya, melalui habuan yang diberikan, apakah akan terjadi kepada masa depan kita? Misalnya, jika Singapura tahu semua maklumat rahsia dan keselamatan kita, bagaimanakah kita boleh berhadapan dengan mereka jika musuh semua tahu kekuatan dan kelemahan kita. Sudah tentu mereka lebih bersedia.

Justeru, usaha-usaha SPRM hendaklah diberikan pujian. Jangan bertindak seperti ultra kiasu. Tidak ada satu kebaikan yang dihargai atas segala usaha SPRM oleh golongan yang tidak sedar diuntung ini. Kematian Allahyarham Sarbani dan mendiang Teoh Beng Hock terus dijadikan isu politik menghentam SPRM. Sedangkan perbicaraan dan pembuktian masih belum selesai. Kesihan sungguh SPRM. Buat salah, tak buat salah. Tujuannya supaya kita menjadi serba salah seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Inilah budaya ultra kiasu yang sudah terpahat.

Pada ultra kiasu, mereka sahaja yang betul, orang lain tidak. Peliknya, kita asyik sibuk menyalahkan SPRM dan menangkap penerima rasuah. Persoalannya bagaimana dengan pemberi rasuah? Siapakah atau bangsa manakah majoriti yang memberi rasuah ini? Patutkah mereka dibiarkan bermaharaja lela?

Sebenarnya pemberi rasuah lebih bahaya daripada penerima, kerana tidak akan ada penerima jika tidak ada pemberi. Golongan inilah yang sepatutnya kita kerjakan dan cari hingga ke lubang cacing, kerana mereka pencetus rasuah. Malangnya, mereka masih bebas. Yang menerima bala adalah penerima rasuah. Rata-rata penerima dikaitkan dengan orang Melayu (Islam).

Saya tidak nafikan sebagai orang Islam (Melayu) majoritinya adalah penjawat awam. Bermakna, yang memberi adalah bukan Melayu dan yang menerima adalah orang Melayu. Setakat ini, yang menerima menjadi mangsa, yang memberi masih bermaharajalela. Yang menerima kaya sehari atau mungkin sebulan atau setahun dan tidak mustahil menderita seumur hidup jika tertangkap. Manakala, yang memberi, kaya seumur hidup. Hidup senang lenang dan membawa lari kekayaan serta berseronok tinggal di negara lain.

Adakah ini adil? Keluarga pegawai yang menerima rasuah malu seumur hidup. Rasuah yang diterima jarang sekali boleh memperkayakannya, apatah lagi soal keberkatan. Sedangkan pemberi rasuah terus dengan kerjanya memberi rasuah. Mereka akan terus merasuah.

Saya ucapkan tahniah terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Setakat yang dilaporkan, seramai 62 pegawai JKDM pelbagai pangkat ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita. SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut. Walaupun angka-angka ini dipertikaikan dari segi jumlahnya oleh JKDM, tetapi rasuah tetap berlaku dan jumlahnya tidak kecil.

Saya ingin tegaskan di sini, semua hasil rasuah adalah haram dan lebih haram dari babi. Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela menyentuh dan memakan babi. Janganlah pulak selepas ini ada memilih babi setelah menolak rasuah. Ia sekadar perbandingan betapa bahaya, jijik dan hinanya rasuah. Sebab, dalam pemikiran masyarakat kita, babi itu lebih hina, seolah-olah ia bukan makhluk Allah.

Sehina-hina babi, paling tidakpun babi tetap makhluk jadian Allah. Babi mesti dihormati dari sifat, rupa dan segi kejadiannya. Jika ditanya pada babi, babi tidak akan ingin menjadi babi, jika ia tahu ia akan dihina semasa di dunia. Sama seperti anjing. Semua binatang ini tidak boleh dihina, walaupun kita haram memelihara, menyentuh dan memakannya. Jika binatang ini memerlukan pertolongan, kita wajib menolongnya daripada tersiksa atau disiksa.

Lupakah kita kepada peristiwa seorang pelacur yang dijanjikan Allah syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing yang dahaga? Saya tidak kata selepas ini, jika ada pelacur yang memberi makan atau minum anjing atau babi, mereka akan dijanjikan Allah syurga. Peristiwa ini hanya sekadar pengajaran supaya kita tidak menghina makhluk Allah.

Adalah salah jika kita memandang hina makhluk tersebut, dan langsung tidak merasa bersalah kerana memberi, mengambil dan menerima rasuah. Babi tidak pernah memberi dan menerima rasuah. Sekurang-kurang ia lebih mulia daripada manusia yang terlibat rasuah. Saya amat mengharapkan selepas ini SPRM akan mencari hingga ke lubang cacing pemberi rasuah. Hukumlah mereka dan malukanlah mereka, sama seperti penerima rasuah seperti yang sedang berlaku.

Namun, selain daripada menghukum, pihak berkuasa juga hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan atau pro-aktif. Sektor-sektor sebegini, termasuk polis, imigresen, Jabatan Pengangkutan dan jabatan lain yang melibatkan pemberian kontrak dan tender, hendaklah dipandang serius dan dipantau dari masa ke semasa.

Ianya perlu bermula dengan pengambilan mereka untuk berkhidmat di jabatan kritikal tersebut. Pastikan mereka yang ingin berkhidmat, benar-benar takut kepada Allah daripada takut kepada manusia. Ini bukan bermakna dengan mengambil ustaz atau ustazah bekerja di sana. Mereka boleh dipilih dari kalangan pelbagai latar belakang, tetapi aspek spiritual hendaklah diambil kira. Saya tidak kata semua golongan agama baik dan tidak menerima rasuah. Tetapi sekurang-kurang sifat takutkan Tuhan (God fearing) dapat menjadi pelindung kepada amalan terkutuk ini.

Kempenkan kepada mereka dalam pejabat, luar pejabat dan media bahawa makan rasuah lebih jijik daripada makan babi. Kalau boleh ambil gambar babi tersebut dan gantungkan di leher mereka yang telah dibuktikan kerana mengambil rasuah.

Saya masih teringat, bagaimana di negara maju, amalan-amalan buruk dikempenkan dan disamakan dengan sifat binatang. Bila berlaku perlanggaran undang-undang tersebut, anak-anak akan mengingatkan bapa jangan seperti babi atau secara automatik muka mereka yang mengamalkan rasuah bertukar menjadi babi...., ini hanya satu misalan sahaja.

Saya kira makhluk yang bernama babi agak berkesan untuk dijadikan bahan kempen, kerana makhluk ini sudah sinonim dengan konotasi negatif dengan rupanya yang hodoh, walaupun tidak sepatutnya dilakukan.

Kedua, gaji dan elaun mereka yang bekerja di sektor ini juga hendaklah dinaikkan. Ia bukan bertujuan untuk memanjakan mereka atau seolah-olah mereka ini elitis, tetapi kadang kala kita tidak ada pilihan. Mereka yang merangka gaji terutamanya Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidak seharus merasa tercabar jika gaji polis atau kastam melebihi gaji mereka.

Lagi pula, pembuat dasar seharusnya tidak diletakkan di tangan PTD sahaja. Semua sektor kerajaan hendaklah terlibat, apatah lagi sektor yang kritikal ini. Pandangan mereka hendaklah diambil kira. Saya teramat sedih apabila mendengar ramai doktor pakar di sektor kerajaan meletak jawatan kerana tertarik dengan insentif atau tawaran sektor swasta.

Logiknya mudah, kenapa semua pakar perubatan beralih arah kepada sektor swasta? kerana gaji mereka tidak pernah dapat melebihi ketua setiausaha, apatah lagi ketua setiausaha negara. Secara peribadi, saya tidak akan merasa dengki dan iri hati jika gaji mereka di sektor kritikal ini melebihi gaji pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain, terutama PTD yang terdiri daripada kalangan mereka yang membuat dasar.

Biarlah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itulah baru dinamakan keadilan. Keadilan bukan sama rata dan sama rasa. Jika sektor kritikal diberikan dua, sektor lain satu, pada saya itu adalah adil, kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Namun demikian, bukanlah bermakna sektor lain dianaktirikan. Jika kerajaan sudah mampu, berikanlah peluang yang sama kepada sektor lain juga. Perkara pokok yang mesti diketahui adalah belanja secara berhemat.

Ambil contoh negara Singapura walaupun agak sukar untuk saya mengambil contoh ini. Gaji Perdana Menteri, Menteri kabinet dan ahli parlimen teramat tinggi. Mereka tidak perlu meminta atau menerima rasuah kerana jawatan tersebut sudah ada jaminan seumur hidup. Di negara kita, gaji wakil rakyat masih berada pada tahap menyedihkan. Maka tidak mustahil jika wakil rakyat terlibat dalam rasuah dan mencari funder atau orang kaya atau syarikat yang boleh menjadi tulang belakangnya.

Saya mempunyai ramai rakan seangkatan yang menjadi wakil rakyat. Boleh dikatakan pada peringkat awalnya hampir habis hartanya dibelanjakan untuk membantu rakyat kononnya. Ketika itu mereka belum tahu lagi selok belok untuk mencari sumber kewangan atau funder, kecuali peruntukan tetap yang memang telah disediakan dan sudah tentu ia tidak mencukupi.

Maklum sahajalah nama wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) sudah sinonim dengan bantuan. YB adalah tempat mendapat bantuan. Sedangkan YB itu adalah pemudah cara sebagai saluran membantu rakyat. Ini tidak, YB menjadi pusat rakyat dengan meminta pelbagai bantuan. Sehingga ada yang datang membawa bil air dan api untuk dilangsaikan. Ini tidak termasuk lagi dengan bantuan terhadap anak-anak dan berbagai lagi. Apatah pada masa kini yang mana ramai kalangan ibubapa yang anak-anaknya akan memasuki universiti. Sudah tentu pejabat YB menjadi tumpuan, kerana Yang Berhormat bukan lagi tempat Yang Berkhidmat, tetapi Yang Berduit.

Sikap seperti ini hendaklah dihindarkan. Rakyat mesti disedarkan bahawa wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat, bukan tempat meminta segala macam. Inilah yang menyebabkan YB-YB kita terpaksa mencari sumber lain bagi menampung hidup dan mengekalkan jawatan. Akibatnya rasuah berleluasa. Funder-funder ini tidak akan membantu YB-YB tersebut secara percuma. Mereka memerlukan sokongan YB untuk mendapat projek dan tender.

Akhirnya, saya memuji jika ada langkah untuk mengenalkan subjek integriti dan rasuah ini di sekolah-sekolah dan tidak ketinggalan di universiti. Anak-anak mesti diberitahu akan bahayanya rasuah. Tidak cukup sekadar hukuman rasuah hendaklah ditingkatkan semaksima mungkin. Jika tidak hukuman mati, sekurang-kurang sehingga penjara seumur hidup, bergantung kepada besar atau kecil rasuah yang berlaku.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Monday, April 11, 2011

Siapa pula yang betul?

7:05 AM Posted by RIDHUAN TEE 123 comments
Sinar Harian 11 April 2011

Menyambung bicara saya sebelum ini bertajuk akhbar mana yang betul? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata percakapannya semasa sesi temuramah dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini telah disalah tafsir oleh wartawan berkenaan sehingga menyinggung perasaan parti komponen dalam Barisan Nasional.

Akhbar Cina melaporkan, Nazri menyifatkan MCA ibarat isteri yang asyik mengadu kepada orang luar akan perlakuan suaminya yang menganiayanya seperti penderaan seks, tidak memberi nafkah tetapi menolak untuk bercerai. Nazri juga dilaporkan berkata supaya MCA tidak bertindak seperti hero orang Cina melalui tindakannya mengkritik Umno. Pemimpin MCA tidak kurang hebatnya dengan skandal seksnya yang akan menyebab wanita tidak mengundi MCA.

Menurut versi MCA yang percaya kepada akhbar tersebut, Nazri dikatakan mencabar MCA untuk keluar daripada BN jika tidak bersetuju dengan dasar Umno daripada mencabar, dan mendesak Umno saban kali.

Nazri mengatakan pemberita tersebut tidak faham konteks yang dimaksudkan. Nazri berkata laporan berkenaan berpunca daripada salah tafsiran dan kemungkinan wartawan akhbar terbabit tidak begitu memahami Bahasa Melayu.

Saya tidak bertujuan menyebelahi Nazri, tetapi saya yakin kekeliruan ini disebabkan oleh soal bahasa dan bunga-bunga bahasa. Sama juga isu novel Interlok, agak sukar juga untuk difahami sepenuhnya jika tidak berlatar belakangkan bidang sastera. Dengan sebab itu, bidang kepakaran amat penting. Termasuk juga wartawan dan kefasihan berbahasa.

Subjek sastera kadang kala lebih susah daripada subjek sains kerana jawapannya subjektif. Dengan sebab itu, agak sukar sikit untuk pelajar sastera skor A atau A+ dalam SPM berbanding pelajar sains. Logiknya mudah, sastera bermain dengan lenggok bahasa dan seni, sedangkan sains dan matematik melibatkan hasil uji kaji dan angka.

Maka, tidak mustahil jika tidak ramai pelajar Cina dalam SPM baru-baru ini yang mendapat A+ atau A dalam subjek sastera dan bahasa Cina, kerana subjeknya susah seperti juga sastera Melayu.

Namun, cuba kita lihat reaksi pemimpin mereka. Pemimpin-pemimpin Cina tampil mendesak Kementerian Pelajaran memberikan jawapan kenapa pelajar-pelajar mereka tidak ramai dapat A? Tidakkah skima dan cara pemeriksaan boleh dilonggarkan agar ramai yang dapat A? Tujuannya tidak lain, supaya subjek ini tidak menghalang daripada ramai lagi yang mendapat straight A? Pendek kata, mereka tidak mahu subjek hidup mati mereka ini menghalang mereka untuk terus cemerlang. Saya harap kita semua dapat membuka mata akan strategi licik ini. Tidak perlu saya berbicara panjang.

Pemeriksa diminta memberikan kelonggaran. Adakah A+ yang kita lihat bukan kualitinya? Ini yang dikatakan buat salah, tak buat salah.

Kenapa tidak dipersoalkan berapa ramai pelajar Cina yang gagal dalam bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Mereka tidak kisah pun anak bangsa mereka gagal dalam bahasa kebangsaan. Yang penting adalah bahasa ibunda. Kita masih membutakan mata dan memekakkan telinga.

Buktinya nyata, sekolah di tempat saya menjadi Yang DiPertua PIBG, keputusan SPM tahun 2010 merosot 10 peratus kerana ramai pelajar Cina gagal bahasa Melayu. Kenapa ia tidak dipersoalkan? Kenapa tidak dapat A dalam bahasa Cina yang dijadikan isu dan hujah untuk menekan Kementerian Pelajaran. Mana lebih utama bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan? Malang sungguh negara ini, setelah merdeka 53 tahun, kita masih gagal memberikan kefahaman bahawa bahasa negara itu lebih penting daripada bahasa bangsa.

Terbaharu, Dong Jiao Zong menentang keputusan kerajaan untuk menahan setahun lagi kepada pelajar-pelajar tahun enam yang gagal dalam Bahasa Melayu di sekolah vernakular. Pada mereka, mereka mesti dibenarkan untuk terus ke sekolah menengah. Menahan mereka selama setahun lagi selepas tamat darjah enam ini akan menjadi sekolah vernakular menghadapi masalah guru dan bilik kelas.

Pendek kata, sebarang usaha penambahbaikan bahasa kebangsaan akan ditentang. Manakala, jika adalah kekurangan dalam bahasa ibunda akan diperjuangkan habis-habisan. Maknanya, sampai kiamatpun, isu bahasa ini tidak akan selesai, kerana agenda bangsa lebih diutamakan daripada agenda negara.

Maka tidak hairanlah kes Nazri Aziz ini berlaku. Jika wartawan tersebut benar-benar menguasai bahasa Melayu sudah tentu tidak timbul isu. Tetapi saya naik meluat apabila MCA dan Gerakan terus-menerus membangkitkan ketidakpuasan hatinya terhadap kenyataan Nazri Aziz.

Kini, saban hari laman web pembangkang memainkan isu ini dan beberapa pemimpin parti komponen BN meminta Nazri memohon maaf secara terbuka. Sedangkan beliau bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin bahagian bukan wakil kerajaan. Alasan mudah, kata-kata tersebut bercanggah dengan semangat 1Malaysia. Malang sungguh gagasan ini menjadi alat untuk memenuhi nafsu dan kepentingan bangsa.

Kepada Nazri Aziz, tidak perlu rasa cuak dengan desakan MCA dan Gerakan kerana dalam politik Cina, parti-parti politik tidak kuat. Gerakan dan DAP hanya menyuarakan pendapat Dong Jiao Zong. Yang paling kuat dalam permainan politik adalah NGO mereka seperti Dong Jiao Zong. Badan ini yang sepatutnya ditangani dengan serius.

Begitu juga dengan isu Persekutuan Kristian Malaysia seperti kaduk naik junjung, tidak mahu menerima al Kitab (Injil) dalam bahasa Melayu yang telah dicop oleh kerajaan. Pada saya mudah sahaja, tidak perlu layan golongan sebegini, buang masa sahaja. Bayangkan nasib umat Islam di negara bukan Islam seperti India dan China. Adakah mereka bebas melakukan apa sahaja?

Saya secara prinsipnya tidak pernah gentar atau mahu menghalang sama ada Al-Kitab tersebut mahu diterjemahkan dalam apa jua bahasa, hatta penggunaan nama Allah sekalipun. Malah tidak perlukan dicop dengan apa-apa perkataan. Berikanlah kepada mereka ‘sebiji’ seperti yang dicetak atau apa jua kemahuan mereka. Tetapi uniknya di Malaysia, agama Islam dilindungi dalam perlembagaan persekutuan.

Inilah perbezaan ketara antara Malaysia dengan negara-negara lain di mana bukan Islam menjadi minoriti. Bukan kerana Malaysia tidak mempraktikkan kebebasan, tetapi Islam mempunyai kedudukan istimewa berbanding dengan agama lain. Selain daripada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam perkara 3(1), pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atua Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuh atau menyelenggara atau membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam perlembagaan yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca bersama dengan perkara 3(1) iaitu:

Perkara 11(4): Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.

Begitu dalam perkara 12(2) menyebut: adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

Tidak ketinggalan dalam Perkara 121(1A) turut menyebut: mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam kuasa mahkamah syariah.

Semua fakta ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan agama Islam dalam perlembagaan amat istimewa tanpa menafikan hak-hak agama lain. Malah kalau kita lihat secara realiti, hak-hak agama lain kadang kala sudah jauh meninggalkan hak-hak Islam itu sendiri. Lihat sahaja kedudukan bilangan rumah ibadat bukan Islam, berkali-kali ganda daripada bilangan masjid dan surau. Umat Islam tidak pernah bising atau menuntut supaya paling tidakpun bilangannya biarlah sama atau mengikut pecahan penduduk antara Islam dan bukan Islam.

Seperti yang pernah saya sebut dahulu, berapa banyak masjid dan surau menjadi korban untuk memberikan laluan kepada pembangunan. Umat Islam tidak banyak cakap dan mereka redha. Berbanding dengan jika sebuah dua rumah ibadat mereka mahu dirobohkan untuk laluan pembangunan. Maka hebohlah satu dunia seolah-olah hak agama mereka dinafikan. Malah ada yang sanggup mendesak kerajaan membuka semula rumah ibadat yang telah ditutup buat sementara kerana berada di kawasan berisiko tinggi dan tidak selamat digunakan. Sedangkan banyak lagi rumah ibadat yang masih kosong dan tidak digunakan sepenuhnya.

Pada saya toleransi umat Islam terhadap agama lain amat tinggi. Ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk tujuan menyemarakkan agama mereka seperti pemberian tanah dan bantuan-bantuan yang lain. Cuma kita minta jangan terlalu mendesak dan mengambil kesempatan, kerana ia akan melukakan hati umat Islam.

Saya amat bersyukur dapat tinggal di bumi bertuah ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang merangka perlembagaan kerana melindungi kepentingan agama Islam di negara ini bagi melindungi orang-orang Melayu (Islam). Jika tidak, saya tidak tahu apa akan terjadi dengan sebahagian umat Islam hari ini yang mudah ‘cair’ dan rosak akhlak serta akidahnya. Jika tidak ada perlindungan, berapa ramai lagi yang akan murtad atau beralih kepada agama lain kerana serangan dan strategi mereka amat hebat dan licik?

Akhirnya, saya juga meminta pihak polis dan orang Islam supaya membuat pemantauan di gereja. Lihat realiti yang berlaku. Siasat apa yang ada di sana. Tidakkah kita sedar bahawa Selangor Times, bulletin pembangkang diedarkan di gereja-gereja, terutama di FGA Jalan Kuchai Lama?

Tidak ada siapapun yang bercakap isu ini kerana buletin tersebut menyebelahi mereka. Gereja telah menjadi tempat menyemaikan idea pembangkang. Tidak cukup lagikah kebebasan yang diberikan selama ini? Siapakah dan apakah yang betul sebenarnya?

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Monday, April 04, 2011

Akhbar mana yang betul?

7:56 AM Posted by RIDHUAN TEE 86 comments
Sinar Harian 28 Mac dan 4 April 2011

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkang, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma sebuah akhbar berbahasa Melayu (bukan Sinar Harian). Menurut laporan, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SJKC Semambu (Dong Zong) selepas bermesyuarat.

Menurut Pengerusi lembaga sekolah itu, mereka pada awalnya bersetuju menerima akhbar percuma tersebut yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta, bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Cina. Namun, keputusan ini terpaksa ditarik balik setelah didesak oleh pertubuhan-pertubuhan Cina. Lihatlah betapa dominannya pertubuhan ini sehingga boleh menentukan hala tuju sekolah, bukan guru besar dan guru-gurunya.

Alasannya, akhbar tersebut adalah akhbar rasis, berat sebelah dan bersifat perkauman. Persoalan saya, adakah akhbar-akhbar bukan Melayu tidak perkauman? Adakah cara pemberitaan akhbar bukan Melayu begitu telus dan tidak ada agenda perkauman? Tepuk dada, tanya iman.

Persoalan pokok, tidakkah kewujudan sekolah vernakular itu sendiri adalah perkauman? Berapa banyak dasar kerajaan yang ditolak kerana dikatakan boleh mencairkan identiti perkauman sekolah ini? Namun mereka tidak pernah malu meminta peruntukan kerajaan. Saban kali kerajaan didesak dan diugut. Lebih hina lagi desakan dan tuntutan dibuat ketika pilihan raya. Kita tunggu apa pula permintaan mereka ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau.

Jangan jadi paku dulang, paku serpih, mengatakan orang, sendiri yang lebih. Kerajaan terlalu banyak bersabar dan bertoleransi membenarkan sekolah dua sistem. Sekolah Satu Sistem (SSS) hanya satu impian, langsung tidak dipedulikan. Benar, perlembagaan tidak menghalang kewujudan sekolah vernakular, tetapi jangan sampai ia menjadi tempat mengkorupkan pemikiran pelajar yang masih mentah.

Saya tidak nampak begitu kuatnya akhbar berbahasa Melayu untuk mengkorupkan minda anak-anak sekolah vernakular, berbanding peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan ibu bapa. Sesiapa yang membuat kajian sosialisasi politik, agen keluarga dan sekolah, adalah yang paling kuat mendominasi dan mempengaruhi pemikiran anak-anak, berbanding media cetak.

Media cetak mengambil masa untuk dibaca, sedangkan peranan guru dan ibubapa lebih kepada mencerita atau menyampaikan secara langsung. Sudah tentu kehadiran batang tubuh lebih berpengaruh. Berita-berita akhbar boleh ditepis dan ditapis begitu sahaja, jika guru-guru dan ibubapa berperanan. Sama juga dalam konteks berpersatuan. Persatuan yang paling berpengaruh di kalangan orang Cina adalah persatuan ibubapa, guru dan lembaga sekolah Cina (Dong Jiao Zong), bukannya parti politik Cina. Antara parti politik Cina, sudah tentu parti ultra kiasu yang paling berpengaruh berbanding MCA dan Gerakan.

Sepatutnya kita berterima kasih kepada syarikat swasta terbabit kerana sanggup menaja akhbar tersebut, bagi membantu kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan. Mungkin ada yang akan menaja akhbar berbahasa Melayu seperti Sinar Harian. Sekurang-kurangnya anak-anak kita boleh belajar mengeja dan seterusnya dapat membaca.

Saya tidak fikir pelajar SJKC boleh memahami berita-berita berat yang dilaporkan seharian oleh tersebut. Akhbar hanya sebagai alat pemudah cara, bukan matlamat membentuk anak-anak menjadi ultra Melayu. Inilah yang selalu saya kata, ultra kiasu tetap ultra kiasu, walaupun di mana mereka berada.

Semua dasar yang baik ditentang. Ini bukan kali pertama, kementerian pelajaran telah banyak kali cuba melakukan perubahan. Tetapi bukan sahaja tidak diterima, malah terus didesak dan diasak. Akhirnya kementerian menyalah.

Sejak dahulu saya cadangkan supaya tranformasi dilakukan terhadap sekolah vernakular, kerana kewujudannya dapat menyokong aspirasi perlembagaan, terutama pemerkasaan bahasa kebangsaan. Kenapa kita tidak bentangkan kajian keberkesanan Sekolah Wawasan yang gagal menarik perhatian bukan Melayu? Sekolah Wawasan yang menggabungkan tiga bukan sekolah pelbagai aliran tidak mendapat sambutan. Hanya dipenuhi pelajar-pelajar Melayu.

Pada golongan ultra ini, percampuran sekolah ini akan menyebabkan bangsa mereka ‘cair’. Mereka tidak mahu menjadi Cina pisang (Chinese Banana), di luar nampak macam Cina, tetapi di dalam tidak serupa Cina. Mereka mahu menjadi seperti Cina di negeri Cina. Orang seperti saya, Profesor Khoo Kay Kim dan Profesor Teo Kok Seong tidak diterima, kerana jatuh dalam kategori Cina pisang. Pisang pun pisanglah, tetap menjadi rebutan, harganya pun sekarang mahal, khasiatnya pula tinggi.

Apa guna menjadi tidak pisang, kalau hadirnya kita membebankan dan menyusahkan orang lain. Buatlah perbandingan, mana ada sistem sekolah dalam dunia ini seperti Malaysia. Toleransi kita teramat-amat tinggi. Tidak ada tolok bandingnya. Itupun masih lagi tidak bersyukur.

Kita hanya pandai mengajar (to teach), tetapi bukan mendidik (to educate). Sedangkan dalam pembelajaran, mengajar dan mendidik tidak sama. Mengajar mudah, mendidik agak sukar. Mendidik melibatkan unsur-unsur emosi dan pengorbanan. Sedangkan mengajar hanya sekadar menunaikan tanggungjawab menghabiskan silibus.

Salah mengajar hasilnya kurang ajar, salah didik hasilnya derhaka. Ramai di kalangan kita ambil enteng dua perkara ini. Maka tidak hairanlah jika ramai yang kurang ajar kerana kita hanya mengajar bukan mendidik.

Golongan ultra ini selalu berhujah, sekolah vernakular mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dari aspek bahasa, tetapi juga kehebatan matematik atau ilmu kira-kira. Subjek sejarah tidak penting kerana membebankan. Pandai matematik, boleh buat duit. Memahami sejarah, geografi tidak ke mana-mana. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan. Itulah rungutan Prof. Khoo Kay Kim.

Pelajar hari ini, berpelajaran, tetapi moralnya rendah. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!

Lupakah kita kepada berita menyedihkan tahun 2007 apabila adik Subashini ditemui meninggal dunia, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam peperiksaan UPSR? Sejauh mana kematian Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Saya tidak boleh melupakan kematian seorang anak yang tidak berdosa seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR? Inilah yang saya bimbang apabila kita terlalu berpolitik dalam sebuah negara yang memberikan kebebasan tanpa kawalan.

Sesungguhnya berita itu benar-benar menjadikan kita kecewa dan hampir putus harapan terhadap masa depan pendidikan negara ini. Lebih-lebih lagi dengan komen simplistik sesetengah pihak. Sedangkan kes adik Subashini sepatutnya menggegarkan seluruh sistem pelajaran negara kita.

Peluang semua pelajar adalah sama. Tiada diskriminasi. Sekolah adalah salah satu tempat pemupukan nilai perpaduan semua kaum. Bumi bertuah ini bukan hanya untuk orang Islam tapi pelbagai bangsa dan agama hidup bersama. Sampai bilakah kita terus mahukan perbezaan, sedangkan persamaan tidak dicari. Justeru, satu mekanisme mesti dicari supaya kita tidak dipisah-pisahkan lagi. Rujuklah perlembagaan sebagai asas perbincangan.

Falsafah pendidikan negara sebenarnya sudah mantap tapi hasilnya masih belum menyerlah dan belum dapat sepenuhnya memberikan kesan langsung kepada pelajar. Jika adapun, itu adalah usaha dan inisiatif dari pihak pimpinan sekolah. Berdikari dengan mencuba resepi sendiri dari mengikut sahaja sistem pelaksanaan sedia ada.

Saya merasakan sistem sedia ada dan terpisah-pisah hanya memenuhi akal tapi kurang menitikberatkan kemampuan mengisi hati dan perasaan yang turut berkembang sama dengan kemampuan akal. Proses pengajaran tidak seiring dengan pendidikan.

Ini kerana, pendidikan melibatkan tarbiyyah. Tarbiyyah mengajak manusia mengagungkan dan membesarkan Pencipta, taat setia kepada agama, bangsa dan negara, tanpa berbelah bahagi. Tarbiyyah ini mesti dilakukan ketika peringkat rebung, sebelum mereka menjadi buluh. Jika pada peringkat rebung lagi sudah salah, maka sudah tentu buluhnya tidak dapat dilentur lagi. Maka tidak hairanlah masalah terus menjadi masalah, jarang dapat diselesaikan dengan jayanya.

Bacalah surah Nuh, ayat 14. Sesungguhnya Dia menjadikan kamu bertingkat-tingkat (beberapa bahagian). Dengan maksud, pendidikan itu berperingkat, bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

Dalam ayat lain pula, Allah SWT mengatakan bahawa prinsip kebenaran yang mesti diwariskan dan kebenaran itu tidak boleh dibuat-buat, apatah lagi sembunyikan atau dipolitikkan. Katakanlah kebenaran itu, walaupun mungkin amat pahit. Kemudian kitab itu Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri (tidak menurut isi kitab itu) dan di antara mereka ada yang sederhana (menurut sekadar tenaganya) dan ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar (Surah Al-Fatir ayat 32)

Mudah-mudahan ayat ini menjadi panduan kepada kita. Memang benar ibu bapa dan guru perlu jadi pendidik utama, tetapi persekitaran dan maklumat yang disampaikan kepada anak-anak kita perlu juga dipastikan benar. Dengan harapan anak-anak kita menjadi insan berguna daripada menjadi beban masa hadapan. Semuanya bermula dengan didikan awal di peringkat keluarga dan sekolah.

Jika sekarang ini, kita ajar mereka berkongsi, yakinlah bila besar nanti mereka akan berasa peduli kepada orang lain. Namun, jika kita terus pisahkan mereka, hadapilah realiti yang sedang berlaku di depan mata, kau-kau dan aku-aku, apa aku peduli sama kamu. Visi dan misi negara tidak dikongsi bersama. Adakah ini bentuk masyarakat 1Malaysia yang kita idam-idamkan?

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau