Monday, May 09, 2011

Jangan terlalu mengalah sehingga kalah

(Sinar Harian 9 Mei 2011)

Akhbar rasis terus menggembar-gemburkan peristiwa seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) pada 14 April lalu. Dalam kejadian itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan. Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju oleh seorang pemuda Cina melanggarnya, lalu meninggal.

Saya amat menghargai sikap dan jasa baik mendiang. Atas rasa tanggungjawab kerajaan turut memberikan bantuan. Peliknya, bantuan kerajaan terhadap keluarga mangsa tidak banyak diberikan perhatian dan publisiti. Malah ada yang mengutuk dan sinis.

Terbaharu, Shin Chew melaporkan Hua Zong atau Persekutuan Persatuan Cina Malaysia mengatakan pendirian mereka akan menyokong Barisan Nasional dan MCA jika kerajaan benar-benar melaksanakan gagasan 1Malaysia berasaskan sama rata dan sama rasa dalam semua polisinya, terutama berkaitan sistem pendidikan Cina. Jika tidak, orang Cina akan memilih DAP dan akan wujud sistem dua parti. Sebelum itu, Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sabah (UA) mendesak kerajaan supaya mengiktiraf dan memberikan layanan sama rata kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di universiti-universiti dari negeri China. Publisiti diberikan secara besar-besaran. Sama ada mereka ada kelulusan bahasa Melayu atau boleh berbahasa kebangsaan langsung tidak dibangkitkan.

Malah mereka mendesak supaya kerajaan menghantar lebih ramai lagi pelajar ke China berbanding 3000 yang ada pada hari ini. UA membandingkan jika negara China boleh menghantar 10,000 pelajarnya ke sini, kenapa kita tidak? Ultra kiasu sungguh. Berapakah populasi China berbanding dengan Malaysia. Pada saya angka 3000 sudah cukup besar. Lagipun menuju tempat yang sama. Mungkin menambahkan lagi sentimen perkauman.

Kata UA lagi, majoriti pelajar sekolah persendirian Cina di Sabah hanya dapat melanjutkan pelajaran ke negeri China sekitar 8.5 peratus. Selebihnya 36 peratus berada di universiti tempatan. Semua ini disebabkan oleh polisi kerajaan yang membantutkan mereka ke China. Persoalan saya, di manakah kiblat kita? China sahajakah destinasinya? Pada saya biarlah pelajar Melayu ke China, belajar mengenai bangsa lain. Pelajar Cina sepatut banyak belajar mengenai bangsa Melayu. Pergilah ke Indonesia atau mana-mana kepulauan yang bukan Cina untuk belajar tentang bangsa lain pula. Jangan asyik melihat sehala sahaja. Dunia hari ini memerlukan kita melihat berbagai hala, elok banyak berjalan, baru luas pandangan dan bertambah pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita.

Tidak timbul soal pelajar-pelajar kita yang pergi belajar di sana dapat merapat hubungan bilateral antara kedua buah negara. Hubungan kita dengan China memang telah baik sejak zaman Tun Razak lagi iaitu bapa kepada Perdana Menteri. Kedatangan Perdana Menteri China sudah cukup membuktikan. Tidak cukupkah lagi? Menghantar lebih ramai pelajar ke sana hanya akan mengikis jati diri atau mengubah kiblat kita. Sehingga akhirnya sanggup mengutuk negara sendiri seperti namewee yang terlalu lama tinggal di sana.

UA juga mendesak kerajaan supaya memberikan biasiswa terhadap pelajar-pelajar Cina yang ingin belajar di China. Terfikir saya tidak ada lagi negara lain di dunia ini yang hampir 200 buah, selain China? Saya ingatkan Cina di Sabah, kurang sedikit kiasunya, rupa-rupa langsung tidak ada bezakan. Hanya lautan sahaja yang memisahkan, roh dan jasad tetap sama. Adakah ini bukan 1Cina 1Bumi. Bila ada akhbar yang menulis 1Melayu 1Bumi, bukan main lagi dihentamnya. Bila mereka mengamalkan sikap 1Cina 1Bumi, disokong seratus peratus. Saya yakin ini bukan suara UA seorang tetapi suara orang lain juga seperti parti dan NGO ultra kiasu. Mereka langsung tidak peduli soal keupayaan bahasa kebangsaan.

Persatuan ini memberikan reaksi mengenai sokongan orang Cina akan berubah kepada DAP, berbanding MCA jika kerajaan tidak melihat perkara ini dengan serius. Persoalan saya, adakah benar selama ini mereka mengundi Barisan Nasional? Saya yakin tidak, selama ini mereka mengundi parti ultra kiasu, sebab sikap mereka sudah jelas menunjukkannya.

Nampaknya perjuangan perkauman tidak pernah habis dalam politik Malaysia. Memperlihat seolah-olah Malaysia jaguh perkauman. Berita inilah yang selalu diwar-warkan setiap masa sehingga orang luar melihat minoriti berada dalam keadaan tertekan disebabkan oleh bentuk berita sebegeini; berita nasional vs berita perkauman dan pendidikan nasional vs pendidikan perkauman (vernakular) tidak pernah akan selesai dan disensasikan.

Publisiti akan ‘ketidakadilan’ dasar kerajaan diberikan seolah-olah sudah tidak ada cerita lain di Malaysia ini. Wal hal, keadilan yang dinikmati sudah melimpah ruah, cuma mereka mahu menambah lagi yang telah diperolehi. Satu kebaikan bangsa sendiri dicanang habis-habis, sedangkan kebaikan orang lain yang tidak terkira banyaknya disenyapkan. Sama juga peristiwa jika ada seorang bukan Melayu mati dalam tahanan di tangan SPRM atau Polis, heboh 1Malaysia, sedangkan ramai lagi Melayu yang mati, tetapi tidak ada siapa peduli.

Berapa ramai muallaf yang kalah dalam perbicaraan mendapatkan hak mereka, perebutan anak, perebutan mayat dan sebagainya, disenyapkan? Namun jika satu dari kalangan mereka yang kalah, maka Malaysia dituduh tidak mengamalkan kebebasan hak asasi manusia, mahkamah syariah tidak adil, ada campurtangan politik dalam mahkamah dan sebagainya. Malaysia digambarkan seolah-olah tidak menjaga hak mereka langsung. Kebebasan media dikatakan disekat sama sekali dan berbagai tohmahan lagi. Mereka seperti kaduk naik junjung, diberikan betis hendak peha.

Saya begitu hairan bagaimana Indeks kebebasan media terbaharu 2011 oleh Freedom House, meletakkan Malaysia di tangga 143 daripada 196 negara yang dikaji. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di bawah Timor Timur (18), Filipina (21), Indonesia (23), Thailand (29) dan Cambodia (30), tetapi mengatasi Singapura (32), Brunei (34) dan Nietnam (36). Negara yang mengamalkan kebebasan media dalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland dan Luxembourg. Sedangkan kebebasan media di negara ini saya lihat agak bebas, walaupun tidak sepenuhnya.

Jika kita bandingkan kebebasan media Melayu dan media bukan Melayu, saya berani mengatakan media bukan Melayu mempunyai lebih kebebasan daripada media Melayu. Dari segi bilangannya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa media bukan Melayu sudah menenggelamkan media Melayu. Mereka lebih bebas melaporkan kerana majoriti orang Melayu tidak tahu isi kandungannya.

Ya, saya tidak nafikan ada kawalan terhadap media, terutama kepada media pembangkang. Perkara ini biasa berlaku di mana-mana. Malah kita lebih baik daripada Singapura, yang selalu dipuji oleh ultra kiasu ini. Saya amat jarang mendengar mereka mengutuk Singapura walaupun kebebasan media mereka lebih teruk daripada negara kita. Yang saya tahu mereka memujinya dan saban kali mengunjungi negara Yahudi itu untuk mengatur langkah dan strategi.

Pada saya, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya. Kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka terutama dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti internet, blog dan portal berita. Adakah bila hajat mereka tidak tercapai, dan mereka gagal memenuhi nafsu ultra kiasunya, bererti media negara ini dikatakan tidak bebas? Semua ini berlaku saya fikir disebabkan oleh tindak-tanduk ultra kiasu yang sengaja membesar-besar atau mereka-reka cerita-cerita sensasi untuk menarik perhatian orang lain. Hasilnya, media kita dikatakan tidak bebas.

Saya tidak pasti berita perhimpunan Kristian seluruh diPulau Pinang yang digembar-gembur itu benar atau tidak. Jika benar, bermakna kaduk sudah naik junjung. Mereka sudah benar-benar mencabar kewibawaan kita. Kepala kita sudah dipijak-pijak. Di manakah maruah kita sebagai penganut agama Islam?

Kita sedia maklum, berapa kerat sahaja penganut Kristian di negara ini. Tolak campur lebih kurang 10 peratus. Tetapi publisiti mereka menenggelamkan agama lain, termasuk agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Ternyata mereka telah menang besar dalam isu kalimah Allah dan terjemahan kitab Injil dalam Melayu. Kita juga yang kalah kerana terlalu mengalah. Mereka mahu tunjuk besar kepala lagi, walaupun saya yakin mereka sedar bahawa agama Islam mendapat perlindungan yang istimewa dalam perlembagaan. Mereka sengaja mencabar. Isu kalimah Allah sudah cukup menyayatkan dan mengguris hati kita. Bukan kita tidak melarang menggunakan mahu menggunakan kalimah Allah atau menterjemahkan kitab Injil dalam bahasa Melayu. Secara peribadi, saya tidak melarang, bukan makna bersetuju. Persoalannya, kenapa sekarang baharu ditimbulkan? Apa tujuan di sebalik? Saya petik kata-kata cendekiawan tersohor Profesor Syed Naguib Al-attas mengenai isu kalimah Allah yang berbunyi:

“Allah is not from Bahasa Malaysia, it is not a National Language. It belongs to the Language of the Muslims all over the world. Therefore your argument using this for the word ‘Allah’ does not fit into your idea of God because Allah does not have a son. It is not one of three. That is why, out of respect to Allah we can’t allow you to use this. We agree you want to use God then use ‘Tuhan’ as we also use that. But we understand in the Malay language ‘Tuhan’ is not a translation of Allah. That is why we say,. So Allah cannot be translated as no language has translated Allah. But if they use it and they say in Indonesia they have used it, why can’t we here. It is because of the Muslims. If Muslims don’t care, they will go on and use it, and in Indonesia they are using not only that but other things too. They even call it choir for selawat. Choir is not a Selawat as selawat is for the Prophet. It is not singing a hymn”.

Pendapat ini memang tepat dan padat. Kalimah Allah bukan berasal datang daripada bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Kalimah ini kepunyaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, penggunaan kalimah ini tidak sesuai kepada agama lain kerana kalimah Allah berbeza dengan Allah menurut Kristian.

Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Rujuk surah Al-Ikhlas. Allah bukan satu dalam tiga atau tiga dalam satu. Sebab itu kalimah ini tidak dibenarkan digunakan. Kita boleh bersetuju menggunakan perkataan Tuhan, kerana di Malaysia perkataan ini memang digunakan. Tetapi perkataan Tuhan bukan terjemahan daripada kalimah Allah. Dengan sebab kita menyebut ‘Tiada tuhan melainkan Allah, bukan ‘Tiada tuhan melainkan Tuhan’. Mereka boleh gunakan di Indonesia kerana dibenarkan, silakan, tetapi tidak di sini.

Kepada orang bukan Islam, jangan begitu berani mencabar orang Islam. Paderi-paderi Kristian mengeluarkan kenyataan mereka tidak mencabar kewibawaan Islam, tetapi tindak-tanduk mereka tidak menunjukkan sedemikian. Mereka amat kurang ajar dan biadab. Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu mengalah. Jangan terlalu fikirkan soal undi dan kemenangan pilihan raya. Apa guna sorak jika kampong halaman tergadai. Kita akan menyesal seumur hidup. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang disebabkan tangan-tangan kita sendiri yang merosakkan.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

75 comments:

JAS SALLEH said...

Biasalah tu Doktor. Tapi insya Allahu Ta'ala kita tidak akan mengalah kepada sikap ultra kiasu serta tidak akan membiarkan lagi kerajaan ini berseorangan menghadapi tekanan-tekanan yang di buat atas ketidakwarasan ahli politik DAP yang diketahui tidak berminat hendak berkongsi apa-apa selain berkongsi gelap.

kluangman said...

Mereka tidak akan kuat dan yakin untuk mendesak atau sekurang kurangnya mencuba jika tidak ada sokongan dari pengkhianat bangsa dan ugama di kalanagn kita yang taksub dan bertuhankan kepada pemimpin dan parti.

Mereka menolak kepimpinan sekarang yang kurang bagus tetapi mereka sanggup pula menerima kepimpinan yang telah menggadai bangsa dan ugama.

ikhwan said...

Salam Dr Ridhuan

Artikel Dr dan pendedahan yang saudara buat memang menarik.

Itulah yang saya selalu katakan dahulu, puak utrakiasu ni sebenarnya tak faham matematik. Atas kertas mungkin ramai yang dapat A, tapi dari segi praktikal nampaknya hancur! Mereka selalu membuat perbandingan berdasarkan asas yang tidak seimbang.

Sebagai contoh alasan mereka untuk menanbah penghantaran pelajar ke Cina “Malah mereka mendesak supaya kerajaan menghantar lebih ramai lagi pelajar ke China berbanding 3000 yang ada pada hari ini. UA membandingkan jika negara China boleh menghantar 10,000 pelajarnya ke sini, kenapa kita tidak?”

Benar kata Dr, kita lihatlah pada bilangan populasi; 10,000 pelajar dari jumlah penduduk Cina yang 1.3 billion hanyalah 0.00075% berbanding dengan 3,000 pelajar dari 28 juta penduduk Malaysia. Ini adalah 0.011%. Nampak tak bezanya!?

Lagi pula pelajar Cina itu orang Cina dan datang ke Malaysia. Memang eloklah tu untuk melihat budaya orang luar berbanding dengan pelajar Cina Malaysia yang nak menambahkan lagi ketotokan Cina mereka dengan belajar di Cina.

Saya sokong kalau kerajaan nak tambah sampai 10,000 pelajar dan diberi pula biasiswa untuk sambung belajar di Cina. Tapi eloklah pelajar Melayu dan kaum lain yang dihantar. Yang pelajar pelajar Cina ni eloklah hantar ke Negara Negara lain biar terbukak sedikit minda mereka ini. Biar mereka lihat sikap bagaimana yang sepatutnya mereka ada bila berada di “Negara orang”. Kurang sedikit ketotokan Cina mereka ini.

PEMBANGKANG-DAP said...

Tidak boleh. Langsung tidak boleh. Jangan beri pengiktirafan dan layanan sama rata kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di universiti-universiti dari negeri China. Terutama sekali jika tak ada kelulusan Bahasa Malaysia.

Itu akan bercanggah dengan kedudukan Bahasa Malaysia didalam Perlembagaan. Dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang juga ada didalam Perlembagaan.

Tidak ada so'al sama rata selagi ada Perkara 153 Perlembagaan. Tun Dr Mahathir pun ada kata begitu. Dato Seri Najib sudah terangkan panjang lebar diPerhimpunan Agung UMNO yang lalu. Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumi Sabah dan Sarawak tidak boleh dipinda, ditukar atau dibincang atau diperso'alkan pun. Sebab ia dilindung Akta Hasutan.

Jika diperso'al, maka hak kerakyatan depa yang menyo'al juga akan diso'al. Itulah kira'annya bila hak kerakyatan itu juga disebut didalam Perlembagaan.

Jika mereka ada kelulusan Bahasa Kebangsaan pun, tidak boleh diiktiraf sama rata. Jika diiktiraf, akan penuh mereka dimerata tempat, tidak ada lagi Kedudukan istimewa Melayu dan Bumi Sabah dan Sarawak. Kerajaan mesti hormati dan patuhi tujuan Perlembagaan itu. Sebagaimana juga semua rakyat Malaysia mesti hormati dan patuhi Perlembagaan negara.

Setuju dengan Dr Ridhuan bahawa 3000 yang ada pada hari ini pun sudah amat banyak. Tidak ada so'al membandingkan negara China boleh menghantar 10,000 pelajarnya ke sini dengan jumlah yang Malaysia hantar ke China. Langsung tidak masuk akal. Hanya akal ultra kiasu saja yang buat bandingan itu.

Untuk maklumat pelawat baru disini, saya keluar disini diatas nama PEMBANGKANG DAP sebab ada yang dulu keluar pakai nama PENYOKONG DAP, selalu mempopagandakan DAP, mengata Melayu dengan kata kata yang tidak semenggah.

Selepas di tuding bersama kawan kawan lain disini, dia lenyap. Tapi saya teruskan menuding depa yang tidak hormati dan patuhi Perlembagaan negara. Sebab roda saya sudah berjalan dan akan berterusan.

dinturtle said...

saya setuju kita hantar LEBIH RAMAI budak-budak produk sekolah cina ni belajar kat kampung mereka, biar berpuluh ribu pun !

Tapi tiket satu hala je. Nak balik punya jam, mereka kena ambil ujian Hak Kerakyatan Malaysia. Uji Bahasa Kebangsaan mereka, uji kefahaman mereka tentang apa ertinya menjadi rakyat Malaysia, uji mereka tentang perlunya dasar2 afirmatif kerajaan .... Jangan bagi masuk balik selagi tak lulus !

abda said...

Nak kena jaga diorang yang dah ada sini, datang berlajar konon. Jangan ada yang tak balik.

Dahlah banyak yang melancung tak balik, melacur. Anwar kata orang jumpa sekor baru baru ni. Bukan aku, bukan aku, bukan aku, kata Anwar.

Celaka Melayu yang korap diImigeresen, sampai Ketua Pengarah dan Timbalan pun kena tangkap banyak duit pada diri sendiri dan dirumah. Harap diorang masuk jel lama dan dapat penyakit kurap. Tak guna punya Melayu.

Banyak Cina yang tak balik diEngland. Tapi sekarang British dak ketat, hambat diorng di restoran Cina dll disana. Sejak PM diorang David Cameron kata "multi culturalism is dead".

jan said...

Biarlah Cina nak menjadi Cina, kita tumpukan kpd India dan kaum Bumi yg lain utk menjadi Malaysian yg sebenar.

abda said...

Tak boleh nak biarkan diornag jadi Cina, kawan. Diorang kena jadi Malaysian.

Kalau nak jadi Cina, kena duduk dinegeri China.

lalat said...

katakanlah kpd cina itu cukup2lah memperjuangkan bangsa, tahap tertinggi yg boleh diperolehi tlhpun sampai pada garisnya.Apa yg penting adalah menjaga tahap yg dicapai skrg. jgn sampai ianya menjadi sebaliknya.

Aldan said...

BANGANG PUNYER ULTRA KIASU..

cerita ong kim koon wira sbb mati masa tolong melayu.. apsal x ckp siapa yg langgar melayu tue? dan sape plak yg langgar ong tue? ultra bangang betul ..

10000 pelajar china belajar di sini? ye ke dtg belajar? ke menyundal..asal ada rush, GRO yg kene tangkap almost semua pelajar china yg salah guna pas pelajar + pas lawatan..

apa UA nak hntr ramai budak cina ke china plak? nak buat pertukaran GRO?

HAHAHA..ultra stupid pnyer ultrakiasu..

abda said...

Aldan,

Aku suko ko punya double ultra tu, haha.

Kesian Cina yang mati nak tolong tu. Dia patut diberi bintang, pothomus ke kata orang, tak macam pelukis kartun, pelawak, bintang filem India pun diberi Dato. DAP pulak budak sekolah pun nak beri Dato. Mengarut punya cita.

Tapi aku sokong ko punya so'alan - siapa langgar Melayu tu?

Ni aku pakai "ko", "suko", "cita", "tu", nanti yang ultra kiasu sekor tu kata aku macam sapa lagi tak tau lah. Lantaklah dia.

Abdullah Ngah said...

Dr,

saya sangat setuju dengan dr pasal ini perkataan Tuhan bukan terjemahan daripada kalimah Allah. Dengan sebab kita menyebut ‘Tiada tuhan melainkan Allah, bukan ‘Tiada tuhan melainkan Tuhan’.

Mereka boleh gunakan di Indonesia kerana dibenarkan, silakan, tetapi tidak di sini.

Kepada orang bukan Islam, jangan begitu berani mencabar orang Islam. Paderi-paderi Kristian mengeluarkan kenyataan mereka tidak mencabar kewibawaan Islam, tetapi tindak-tanduk mereka tidak menunjukkan sedemikian.

Mereka amat kurang ajar dan biadab. Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu mengalah. Jangan terlalu fikirkan soal undi dan kemenangan pilihan raya. Apa guna sorak jika kampong halaman tergadai. Kita akan menyesal seumur hidup. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang disebabkan tangan-tangan kita sendiri yang merosakkan.

Orang yang merasa menyesal adalah orang orang yang beriman dan bertakwa saja.

Malaysia dan Indonesia tiada bezanya. Mereka sama saja. Lebih lebih lagi Indonesia guru dan Malaysia murid.

Sudah tentu anak murid akan ikut gurunya miskipun ia jelas "salah".

Kadang kadang yang salah, "betul" dan yang "betul" pula salah.

Malahan murid lebih hebat lagi macam kita duduk dengar perpatah; guru kecing berdiri murid kencing berlari.

itulah yang saya nampak sehingga para pemimpin yang ada sekarang bukan saja mengalah malah "tulah" hingga boleh "dibeli" atas kepentingan diri sendiri.

Sebab itu mereka memikirkan undi, undi, undi, segala galanya. Tak kira negara tergadai.

ikhwan said...

Saudara Abdullah Ngah,

Saya rasa komen anda amat "berpatutan".

Yang UMNO habis duduk melutut, tak ada telur , yang dah bawak keluar keris boleh masuk balik keris kedalam sarung :) duit negara di gadai, tanah bangsa digadai....semata mata kerana politik nak kan undi.

Yang PAS, dulu berdegar degar nak hukum Hudud, dulu berapi kata jangan undi orang Kafir, sekarang tidur sekatil malahan sebantal dengan orang yang menentang hudud dan kafir yang disuruhnya dulu jangan undi.

Kerana apa????

Semata mata kerana UNDI...kerana POLITIK..........

Melayu oh Melayu.......

Aldan said...

Abdullah ngah,

sblm ni aku ingat ko penyokong PAS. tp tgk komen ko ttg kalimah Allah nmpk mcm aku silap. sbb org PAS x pernah akan bertentangan pendapat dgn nik aziz..

ttg indonesia, mmg pelik sbb di sana org islam boleh berkahwin dgn org kristian. moga kita sbg 'anak murid' x akan ikut perangai 'guru' pelik tue..

Aldan said...

abda,

diorg pandai spin, mati tolong melayu jd hero.. habis kalau melayu tu x dilanggar cina, kan ke cina tu x payah dtg tolong.. x la mati agaknya..

ultrabangang.. agaknya kalau yg langgar melayu tu melayu, then yg langgar hero tu pun melayu ntah apa jadik..

tokgaru said...

Wahai Kalian

Entah lah. letih aku nengok perangai puak ultra kiasu ni. tak habis2 menuntut itu ini daripada kerajaan (Umno).

Yang Umno ni pun satu gak. siang malam tak habis2 duk fikir macam mana nak tarik undi depa kepada BN.

Umno. siang malam duk fikir apa lagi yang aku nak bagi kepada puak2 ni supaya depa akan undi aku pada PRU 13 karang.

Ini pendapat dari orang yang tak berapa cerdik politik macam Tokgaru ni lah.

" Bagi jangan tak bagi. selagi Umno boleh bagi, bagi lah, kalau boleh dengan teloq2 sekali. isnyallah mereka akan tetap tak pandang pun kepada kebaikan Umno, Penang tak akan mereka lepas kan "

Ini semua terjadi adalah kerana celako, celako, celako tok2 guru Pas dan pemimpin Pas yang telah menikam bangsa dan agama sendiri dari belakang.

Dengan Umno tak duduk sekali kerana daging sapi di sangka daging babi, tapi dengan DAP daging babi di khobarkan sebagai daging sapi. Celako ... celako ... dan celako sungguh ... sehingga akhirnya melayu dan islam mungkin di timpa kecelakaan.

Anonymous said...

Desakan ultra kiasu adalah cara mudah mereka untuk mendapat sesuatu keuntungan seperti kanak-kanak yang mahu sesuatu dibeli oleh emaknya dan jika tidak dipenuhi akan menangis berguling-guling. Jika kerajaan kalah dengan desakan mereka, mereka akan mengulangi mendesak seterusnya, dan lagi dan lagi dan tiada kesudahannya. Adakah mereka akan membalas jasa ??? mustahil.

tokgaru said...

Musibah kpd melayu.

tuhan bagi kita akal. fikir lah dengan akal yang waras. jangan lah kerana tengok orang tu pakai serban dan pakai jubah, sebut hadis dan tafsir makna quran sampai berbuih mulut, maka dia kita anggap sebagai ulamak, hingga apa saja kata2 dia kita anggap betul belaka seolah2 macam fatwa.

ulamak jenis apa ni. asal sebut saja fasal perpaduan melayu. terus dia melenting macam orang sasau.

ulamak kristian dan ulamak yahudi pun tak berperangi macam tu lah.

melayu rusak. islam rusak. kerana ramai orang melayu yang tak nampak fenomina ini "

"yang disangkakan daging babi itu sebenarnya adalah daging sapi, manakala daging babi mereka telan kerana ada orang berpengaruh dikalangan mereka yang memberitahu bahawa sekarang ini daging babi sudah harus di makan"

Contoh paling nyata : Aku pernah satu masa dulu mendengar dalam ceramah mereka.

" Haram orang melayu islam mengundi calon Umno, kerana Umno itu berpakat dengan orang kafir cina MCA dan Gerakan dan india MIC .... bla bla bla blaaaaah ..... "

tapi hari ini ... lebih kurang macam ni lah.

" Dulu daging sapi haram kerana bercampur dengan daging babi. tapi sekarang daging sapi hak yang bercampur dengan daging babi pun dah jadi harus dan boleh di makan "

Fatwa sapa niiiii ???? .... kalau lu tau ... jawab supaya ramai orang akan dapat tau.

awatcheq said...

Salam Dr Ridhuan,

Syabas diatas keberanian anda menulis artikel ini. Tapi saya percaya ramai kaum Cina yang masih berpaksikan negara China sebagai negara asal mereka. Yang hairannya, bila mereka digelar pendatang, mereka marah tapi hakikatnya asal usul tetap kebal menguliti kehidupan mereka.

Doa saya muga Allah merahmati Dr dan keluarga dunia dan akhirat. Terima kasih Dr diatas penulisan artikel ini. I'm proud of you!

salam hormat,
Awat Cheq

dinturtle said...

Satu perkara yang boleh difikirkan bersama -

Kita duk hentam mereka yang kiasu ....... adakah mereka ini baru je diberanakkan didunia yang tiba2 je muncul ? Maknanya mereka ni dah lama wujud, dibesar dan dididik mengikut acuan dan persekitaran kiasu.

Jadi kenapa yang mereka ini sejak akhir2 baru je vokal ? Dimana mereka sebelum zaman Paklah ?

Jawapannya mereka sentiasa ada bersama kita cuma sejak akhir2 ni mereka melihat kesempatan terbuka SEBAB pemimpin2 Melayu yang ada lemah.

Kalau kiasu bising tapi tak dilayan oleh pemimpin, lama2 kering juga tekak menyalak. Itu dulu.... Sekarang tiap kali menyalak mereka dapat friskies !

1 - dah memang perangai kiasu tu kiasu, kita bising pun tak guna.
2 - faktor yang berubah dalam senario politik kita adalah pemimpin Melayu
3 - Maka jika kita ingin perubahan, tumpuan kita adalah kearah pihak yang boleh diubah, yang punya kuasa mengubah keadaan - pemimpin Melayu / Umno.
4 - Kita bising /hentam pemimpin Melayu BUKAN kerana kita pembangkang tapi sebab kita sayangkan Melayu dan kita mahukan perubahan.

Tidak ada usaha langsung dipihak kerajaan untuk mengubah keadaan malah makin banyak dibina kilang2 yang terus memproses produk2 generasi baru kiasu.

Bagaimanakah rupanya masadepan anak cucu kita kelak jika keadaan sedia ada diteruskan ?

Pengikut Nabi Muhamad said...

orang2 kafir tidak akan senang selagi orang2 islam mengikut mereka....

Itu sudah terbukti kebenarannya dalam Al Quran dan oleh mana2 bangsa di dunia ini selain dari Islam....Jadi kita hendaklah faham supaya sentiasa bersatu supaya kita dapat mengalahkan mereka....dan mempertahankan agama kita dari di gadai...

Abdullah Ngah said...

Aldan,

Anda kata "ttg indonesia, mmg pelik sbb di sana org islam boleh berkahwin dgn org kristian. moga kita sbg 'anak murid' x akan ikut perangai 'guru' pelik tue..

ketika saya tunai haji terlalu ramai orang malaysia (murid) ikut orang Indonesia dalam perkara solat lelaki dan perempuan dalam satu syaf.

Saya ada menulis rencana isu itu dalam Berita Harian yang bertajuk: Indonesia guru malaysia murid.

Terutama laki bini berduaan dalam syaf yang sama, sedangkan hukumnya haram.

Ini dijelaskan oleh Aziz Baaz ulamak besar Saudi.

Orang Indonesia jadi perkara biasa. Yang hairan orang Malaysia ikut sama berbuat yang haram dalam solat, sedangkan dalam rumah kita.

Itu rumah kita sendiri syaf anak lelaki sama anak lelaki tak boleh masuk dalam syaf anak perempuan.

Manakala anak anak perempuan bersama ibunya dibelakang.

Apabila sampai di Mekah tengok orang Indonesia solat laki bini orang Malaysia ikut turut.

Tengok hari ini, kebanyakan perempuan pakai cincin ikut Firuan yang pakai dijari terlunjuk sedangkan Rasulullah SAW pakai di jari kelingking dan diboleh pakai pada jari manis.

Ada pulak pendapat membolehkan lelaki pakai gelang selain Emas.

Allah ingatkan kita jangan ikut kafir dan jangan jadi macam yahudi. Hariini sudah ramai yang ikut kafir dan jadi macam yahudi.

Pada hal Rasulullah SAW itu, dan kami hanya menyampaikan yang nyata bukan palsu. mengaku islam tapi masih tak terima kenyataan yang Rasulullah SAW sampaikan.

Bukan saja orang macam kita malah ulamak juga turut pertikai hadis nabi yang jelas nyata itu dan berkata tak begitu, tapi begini. Pada ia jelas nyata.

Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa ikut kaum itu maka dia jadi kaum itu.

Maksudnya kita kita ikut kaum kafir maka kafirlah kita. Tapi bekas Mufti Perlis kata tak sampai jadi kafir.

Bukan ini mempertakaikan apa yang nyata dari hadis tadi.

Siapalah kita sedangkan Rasulullah menyampaikan apa yang nyata.iaitu yang dinyatakan oleh Allah yang tak boleh sama sekali buruk sangka terhadapnya.

Tak nyatakan dengan hadis itu sehingga boleh berkata tak sampai jadi kafir. Siapa kita berbanding dengan Nabi Allah itu.

ROBINSON said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ginosaji said...

@ROBINSON

Budak dah menyalak, menggunakan emosi sebagai paksi untuk berbicara. Ape yang kau tak puas hati? Ape asas kau untuk berdebat? Ape point kau?

Tak pasal2 menyalak. Ape yang Dr.RT cakap sampai kau marah macam budak sasau?

Speak no petty squabble. It's no harm being humble. If not you're showing your brain like most rabble.

P/S : jangan marah2 nanti kena jual. gunakan otak untuk berfikir dan akal sebagai asas untuk berbicara. kau beruk dari mana? bahasa Melayu kau teruk.

ikhwan said...

Ginosaji

Ini perangai biasa ultrakiasu.....
Macam si budak jaga cyber cafe SONG tu lah...

Dah tak ada modal nak berdebat.....meraung, maki hamun, berguling guling atas lantai macam budak kecik.

Kalau bukan kerana hormat pada tuan punya blog. Mamat Robinson ni aku dah %$#^@*&^!!!

ikhwan said...

Pendapat peribadi saya berkenaan isu AlKitab dan Kalimah Allah.

Saya bersetuju dengan Dr Ridhuan dalam isu AlKitab. Kalau nak terjemah bahasa Melayu pun terjemah lah. Boleh orang Islam baca dan lihat betapa banyak percanggahan didalam kitab tersebut. Saya rasa makin kuat iman orang orang Islam nanti. :)

Cuma yang saya tidak setuju adalah berkenaan dengan kalimah Allah. Saya tahu ada ustaz ustaz lain yang tidak kisah dengan pengunaan kalimah ini oleh orang kristian contohnya ustaz nik aziz dan Dr Maza.

Ustaz Nik Aziz tu saya tak berapa peduli tapi Dr Maza adalah antara yang saya hormati.

Tetapi didalam hal ini (kalimah Allah) saya tidak bersetuju sama sekali dengan mereka.

Memang di Arab dan Indonesia telah lama mereka guna. Di Malaysia ini lain. Mereka sudah lama menggunakan "bible" tanpa menggunakan kalimah Allah. Tiada masalah pun tetapi kenapa tiba tiba pula mahu menggunakannya. Malahan ada perkataan melayu lain yang boleh digunakan iaitu TUHAN. Amatlah tidak logik apabila mereka tetap mahu guna kalimah Allah. memang jelas ada "udang di sebalik batu", ada rancangan tersembunyi.

Inilah yang dikesalkan dan dipersoalkan.

Wallahua'lam

abda said...

Aiseh ikhwan, I neber tot the fler could be a cyber cafe worker. I tink u r rite la.

I oso feel the same like you about the Robinson fler.

You all know me la, selalu masuk cakap sokong, setuju saja.

Mana bagus, sokong la. Tapi mana jahat, hentam jugak.

Datu said...

Assalamualaikum w.b.t Dr.

Perkara yang sama pernah berlaku di Sabah ketika era Allahyarham Tun Datu Mustapha. Pada ketika itu, paderi-paderi yang kebanyakkannya dari luar negara menlancarkan kegiatan subversif dikalangan masyarakat kristian agar menolak pemimpin Islam dan mengukuhkan kuasa politik kritian disana.

Alhamdulillah tindakan pantas Allahyarham Tun Datu Mustapha mengepung gereja-gereja paderi-paderi ini dan kemudian mereka ditangkap dan dihalau balik ke negara asal.

Tindakan ini banyak menyumbang kepada survival agama Islam bukan saja dari konteks perkembangan agama Islam tetapi juga dari aspek penguasaan politik masyarakat Islam di Sabah.

Mengambil iktibar dari kejadian tersebut, tindakan proaktif harus di ambil sebelum segalanya terlambat dan kesucian Islam di Malaysia terhakis.

Allahualam...

zendra said...

Banyak telah diperkatakan berkenaan pengunaan kalimah Allah. Antaranya

1. Allah ialah Bahasa Arab, maka sudah semula jadi orang Kristian dinegara Arab menggunakan kalimah itu bagi Tuhan mereka. Tetapi diMalaysia, Allah sudah menjadi “Bahasa Islam”, maka tidak boleh Kristian diMalaysia menggunakan kalimah itu.

2. Masakan ada Bahasa Malaysia yang tepat baginya, ia-itu, Tuhan.

3. Sebelom penubuhan Malaysia, Kristian diSabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah sesuka hati mereka. Selepas penubuhan Malaysia, mereka perlu menggunakan Bahasa Malaysia baginya.

4. Selepas penubuhan Malaysia, ada tindakan dilakukan seperti dinyatakan oleh Datu diatas, tetapi pada umumnya, penggerak penggerak social (social activists) sibuk dengan masalah melampau (extremism) dan ras (racism) yang membawa kapada pergaduhan kaum tahun 1969, kemudiannya masalah menyama ratakan padang pertandingan melaui DEB. Kurang tumpuan dan masa menyuarakan isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian diSabah dan Sarawak.

5. Bila mereka mula memberi tumpuan dan mengambil masa mengenegahkan perkara ini, sepatutnya pihak Kristian berpatutan (be reasonable) dan biarkan kalimah Allah digunakan oleh hanya orang Islam dinegara ini dan mereka gunakan istilah Tuhan. Pada hal perkataan Tuhan, yang telah digunakan dikalangan rakyat yang “Serumpun Melayu” atau "natives of Sabah and Sarawak" yang bukan Islam, sejak berabad abad, amat sesuai bagi Tuhan mereka yang berbentuk “The Trinity”, ia itu The Father, The Son and The Holy Ghost. Masakan Allah ialah Satu, tidak lain tidak bukan, hanya Satu.

6. Kedegilan menggunakan kalimah Allah memberi bayangan niat pemimpin Kristian yang dikatakan ada tujuan mempengaruhi rakyat Melayu biasa (seperti didifinasikan didalam Perlembagaan) yang beragama Islam. Ini tidak baik dan keadaan status quo dari segi nisbah atu “ratio” penganut agama dinegara ini mesti sentiasa dipelihara dan ditentukan.

So’alnya ialah mengapa Kerajaan biarkan perkara ini berlarutan? Tun Dr Mahathir ada kata diblognya bahawa dizaman pemerintahannya, dia gunakan dialog dengan Tan Sri Pakiam, peringatkan tanggung jawabnya sama sama menjaga ketenteraman agama dinegara ini, diberinya gelaran Tan Sri dan sebagainya. Maka tidak kecoh perkara ini. Kecoh timbul dipentadbiran Tun Abdullah yang dilihat lemah dan boleh dieksploitasi.

Sekarang ada Jawatankuasa atau saluran bagi menyelesaikan masalah ini melalui rundingan, tidak berkeras diMahkamah dengan Rayuan dan Kaunter Rayuan (Appeal and Counter Appeal), menrenyahkan semangat dua dua belah pihak. Malangnya, Menteri-Menteri berkenaan diJabatan Perdana Menteri nampaknya bermain politik, melutut kapada peluang undi dan Dato Seri Najib nampaknya juga mengejar undi sesangat sehingga masalah ini berlarutan.

Kita perlu mendesak, secara yang dibenar undang undang, supaya Dato Seri Najib mengambil langkah yang tegas bagi menyelesaikan perkara ini buat selamma lamanya.

Aldan said...

abdullah ngah,

"ketika saya tunai haji terlalu ramai orang malaysia (murid) ikut orang Indonesia dalam perkara solat lelaki dan perempuan dalam satu syaf."

tu solat berjemaah atau solat bersendirian?

"Maksudnya kita kita ikut kaum kafir maka kafirlah kita. Tapi bekas Mufti Perlis kata tak sampai jadi kafir."

aku percaya ade " " di mana yg ex mufti tu maksudkan. ikut kafir dr segi apa? kepercayaan? ibadat? kalau dr segi berpakaian cth ikut pakai kot@ blazer tentula x smpi jadi kafir.. just ikut makan pizza@tiramisu xkan jadi kafir..?

tp kalau ikut mandi sungai buang bala, ikut raya pakai baju santa klos, atau ikut main lilin vigil yes, aku xde keraguan setuju dgn ko..

Aldan said...

isu alkitab-

selama ni diorg x suka ckp bhs melayu, x menulis dlm bhs melayu, x baca akhbar bhs melayu, alih2 tiba2 nak 'mengaji' kitab berbhs melayu?

bayangkan kucing xnak makan ikan, nak makan kobis..

Anonymous said...

Betul kata Datu diatas. Saya pun ada baca berkenaan tindakan Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah pada masa itu. Dia orang yang tegas dan kuat semangat Islamnya.

Sebenarnya, dizaman British perintah, diMalaya dulu penyebar agama Kristian yang dipanggil "missionaries" melanda landa mendapatkan penduduk tempatan masuk Kristian. Tak jalan dengan Melayu, diorang tumpu kapada Cina dan India. Jadi, banyaklah budak budak Cina dari kampong dan pinggiran bandar, kerja tukang jahit, "amah" atau pembantu rumah, dan sepertinya, diajak kegereja, diberi jamuan teh, makan, diajar Bbahasa Inggeris, dll.

Sampai masa ada amoi amoi yang kenalkan dirinya "I am Wendy. I am Klistian, you know. Father John say I go to Heaven".

Maka bertambahlah jumlah Kristian dinegara ini. Selepas Merdeka, Kerajaan hambat keluar Christian missionaries tu. Banyak lari ke Sabah Sarawak. Bila Malaysia ditubuhkan, diorang tinggal dengan Pas Kerja atau sebagainya. Bila diorang melanda landa menyebar agama Kristian, pas diorang tidak disambung. Yang kasar, ditamatkan tempoh pas diorang.

Tak terbaca pasal paderi-paderi yang kegiatan subversif sehingga dikepung gereja-gereja, paderi-paderi ditangkap. Baguslah dapat dengar dari Datu ini.

Betul, tindakan proaktif perlu di ambil dalam keadaan sekarang.

tokgaru said...

DAP dahulu dan DAP sekarang.

Dahulu Pas tak ngam dengan DAP. DAP tak lah berani sangat nak hentam atau tentang islam dan melayu.

Tapi sekarang Pas dan DAP dah ngam. nampak sangat perangai kurang ajar DAP kepada islam dan melayu semakin menjadi2.

Mungkin itu lah yang berjaya di capai oleh Pas selama mereka ngam dengan DAP.

Dulu DAP takut nak bersuara kerana bimbang Pas akan menyebelahi Umno bila kepentingan melayu dan islam di sentuh.

Tapi kini, tinggal lah Umno terkonteng2 sorang diri cuba untuk mempertahan melayu dan islam.

Itu lah hakikat yang kita sebagai orang melayu terpaksa akui.

Hendaknya biarlah Nik Aziz sebagai sorang melayu ada sikit rasa malu kepada saudara Ridhuan Tee yang banyak dah membayangkan malapetaka yang akan menimpa umat melayu jika keadaan berterusan begini.

Wahai Nik Aziz berlapang dada lah engkau untuk berbincang dengan Umno demi masa depan melayu dan islam.

MELAYU KULAI said...

Salam.
Mohon izin mengcopy artikel yang cukup menarik ini.
http://melayukulai.blogspot.com

MELAYU KULAI said...

Salam.
Mohon izin Dr utk saya mencopy artikel yang cukup bermakna ini.
http://melayukulai.blogspot.com

Ginosaji said...

Keadaan begini berterusan kerana satu.

PAS fikir nak gunakan DAP. Tapi realiti ia berlaku sebaliknya. PAS yang dipergunakan.

Aku tak tau ape rancangan Nik Aziz tapi... jangan kerana emosi negara tergadai. Betul cakap dia pemimpin la yang bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. Dan dia perlu ingat dia juga seorang pemimpin.

DAP berani...sangat berani sekarang ni. Kenapa kerajaan ni macam tak ada telur? Dah tau PAS bersatu apa lagi kasi hentam la teruk2. Kenapa nak undi sangat sampai sanggup kepala kena pijak? Tu yang macam Dr.RT cakap : menang sorak kampung tergadai. Nilah realiti yang berlaku di Malaysia.
Kerajaan kita LEMAH. Sangat laaa lemah.
Diluah mati anak, ditelan mati bapak. Lumrah alam, pro dan kontra. Nak berubah kena mula berubah atau langsung tak berubah!

abda said...

Nik Aziz takde rancangan ape pun. Nak jadi MB sampai mati. Kalu boleh nak numpang ke Putrajaya. Ngarapkan kalau PR diPutrajaya dia boleh dapat beratus juta Ringgit nak guna untuk Kelantan.

Dia peduli apa kalau negara tergadai. Bukan dia paham pun itu semua. Dia asyik "kagumkan Karpal Singh", kata dia. Tak peduli Karpal kentutkan dia. "Over my dead body to Hukum Hudud" kata dia.

Firrbudi aka Lensahijau said...

Salam semua,

Disini saya tidak menyentuh tentang agama atau kelemahan bangsa melayu. Saya ingin laungkan kehebatan bangsa melayu yang semakin menyerlah dari beberapa bidang yang mungkin kita sedari atau tidak. Bangsa melayu ini sangat merendah diri hingga kadang kala dipergunakan oleh bangsa lain. Tetapi jika sifat rendah diri ini di guna pada tempatnya sahaja dan tunjukkan potensi sebenar bangsa ini, saya percaya bangsa ini tidak kurang hebatnya dengan bangsa yang bertamadun 5000 tahun itu. Saya amat berbangga dengan pencapaian beberapa atlet sukan tanahair melayu yang bukan sahaja berada diperingkat asia malah didunia. Nama-nama besar seperti Azizulhasni Awang, Anwar Manan, Azlan Iskandar, Nafizwan, Fateha Mustapha, Sazali Samad, Roslinda Samsu dan skuad bolasepak kebangsaan yang rata2 adalah bangsa melayu sangat membanggakan. Wira2 muda di era millenium ini telah membuktikan melayu sangat berpotensi cuma sikap rendah diri yang menebal menutup potensi itu. Nama2 bintang sukan dunia dan asia sejak zaman post merdeka seperti Rabuan Pit, Misbun, Mohktar Dahari dan bersambung ke generasi emas adik beradik Sidek yang mengungguli all england, Malek Noor, Mirnawan Nawawi, Rosman Alwi dll sudah membuktikan ada jagoan bertaraf dunia lahir dikalangan bangsa nusantara ini. Akhir2 ini bintang sukan Melayu lebih menyerlah berbanding beberapa personaliti bangsa lain spt Lee Chong Wei dan Nicol David. Yang lain masih mampu ditewaskan oleh mana-mana atlet melayu. Jagoan basikal seperti Josiah Ng yang satu ketika adalah atlet lumba basikal terbaik dalam sejarah negara juga tidak terfikir akan kewujudan satu lagi personaliti kecil 'the rocket pocketman' yang lebih menyinar dari beliau yang melupuskan legasinya sekelip mata di mata dunia. Dimanakah salahnya, apa yang saya amati adalah sikap mnenonjolkan diri dan keyakinan yang kurang adalah punca segalanya. Jadi didik lah anak2 tuan/puan mempercayai kebolehan dan potensi mereka, berikan dorongan yang tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Bangkit dan berjalanlah dimuka bumi sebagai insan yang bermaruah dan pantang mengalah sebelum melawan. Generasi hebat bangsa melayu telah muncul, jika bangsa melayu memiliki kekuatan ekonomi nescaya potensi anak-anak melayu akan lebih mendominasi kerana rata-rata anak cina dikerah dan diajar belajar sepanjang masa tanpa memupuk kekuatan fizikal, disitu kelemahan anak-anak muda cina. Mereka hanya kuat dalam kelompok mereka dan sangat lemah bila berseorangan. Itulah bukti golongan cina di Kelantan dan di Kedah, mereka terpaksa mengikut adab resam melayu setempat kerana mereka tahu untuk hidup mereka harus masuk kedalam corak hidup setempat. Sebab itu jugalah tiada calon DAP bertanding dikawasan melayu, kerana mereka hanya juara bagi bangsa mereka sahaja. Sebenarnya, bangsa mereka juga tidaklah sekuat mana, buanglah sikap memandang tinggi kepada mereka. Berfikirlah bangsa kita juga hebat.

wassalam

tokgaru said...

Sedara Ginosaji

mungkin tuan boleh fikirkan logik atau tidak hipotesis Tokgaru ini.

PRU 13 pasti akan datang. bila. hanya PM Najib saja tahu. tapi Che Det kata tak sesuai dibuat pada tahun ini.

kata kan lah. pada PRU 13.

Pas berjaya kalahkan Umno. tapi setakat cukup makan saja.

DAP pula berjaya mengalahkan MCA, Gerakan dan MIC. semua kawasan majoriti cina dan bandar mereka sapu bersih. dah berlaku pun di Sarawak.

PKR pula hancus kepada calon2 bebas tajaan senyap2 oleh DAP. dah berlaku juga di Sarawak.

dalam 3 parti besar ini Pas menang dominan tapi setakat cukup2 makan saja.

bersambung....

tokgaru said...

Sambungan ...

Lim Kit Siang dah tentu akan menabalkan Nik Aziz sebagai PM. Lim Kit Siang tak akan terima jika Hadi Awang atau lain2 pemimpin kanan Pas jadi PM. Why ????

1. suara dan seruan Nik Aziz ada pengaruh dalam Pas. ahli2 Pas akan taat tanpa berbelah bagi kepada perintah Nik Aziz.

2. Hadi Awang dan lain pemimpin kanan Pas, tidak boleh dipercayai. Hadi Awang cuba mempelupori kerjaan perpaduan dengan Umno. manakala lain2 pemimpin kanan Pas pulak tak begitu keras menentang usaha perpaduan melayu.

3. Nik Aziz sangat konsisten menentang sebarang usaha untuk menyatupadukan orang2 melayu. bencinya Nik Aziz kepada Umno melebihi dia membenci yahudi.

semua kriteria yang ada pada Nik Aziz yang saya sebut diatas tadi sebenarnya adalah suatu advantage kepada perjuangan DAP.

diperhatikan. Lim Kit Siang "boleh makan" Nik Aziz. tapi Nik Aziz tak kan "boleh makan" Lim Kit Siang.

tak perlu lah kita tunggu sehingga hipotesis Tokgaru itu menjadi kenyataan. sekarang pun dah boleh nampak.

1. Penang. Pas kena telan hidup2 dengan DAP.

2. Selangor. PKR dominan 1 kerusi jer. PKR jadi MB. jika Pas + PKR, DAP tak bersuara jadinya. tapi siapa yang control MB Selangor. DAP tak dapat jadi MB pun tak ralat.

3. Perak. DAP dominan tapi Nizar dari Pas dilantik jadi MB. Kena telan dengan DAP sampai lulus 999 tahun pajakan untuk cina dan 99 tahun pajakan untuk melayu.

keadaan ini lah yang akan terjadi dalam kabinet kerjaan malaysia jika keputusan PRU 13 memihak kepada Pas.

Jadi Mahu Kah Kita atau Rela Kah Kita Membiarkan Keadaan Seperti Itu Terjadi.

Allah Taala beri banyak kejadian untuk kita orang melayu berfikir.

Adakah kita hanya mula nak berfikir setelah kita rebah ????

Perhitungan Tokgaru ini terbit bila Tokgaru berkata dalam diri "Jika aku menjadi Lim Kit Siang, maka ini lah yang aku akan buat"

tokgaru said...

Sedara Firrbudi

saya setuju bangsa melayu tak lemah pada asalnya.

buktinya. bangsa melayu lah yang membina tamadun hidup berukun di tanah melayu ini.

tapi hari ini kita menjadi semakin lemah dan semakin berpecah kerana terlalu taksub kepada pemimpin.

walau pun mereka sedar pemimpin itu hendak membawa mereka kepada kehancuran, masih juga mereka terpengaruh dengan janji2 syurga yang entah kan ia entah kan tidak.

ini lah masalah nya dengan orang melayu. ada akai tapi tak boleh pakai.

saya tak kata Umno betul dan Pas salah. begitu jugalah sebaliknya.

boleh kah kita menafikan bahawa semua parti politik bukan melayu sekarang ini berebut2 memperkudakan parti2 politik melayu untuk mencapai cita2 perjuangan untuk membawa mereka ke persada kuasa.

Umno perlu kepada sokongan bukan melayu untuk mengekalkan kuasa. Pas juga perlu kepada sokongan bukan melayu untuk mendapatkan kuasa.

kita sebenarnya dalam keadaan lemah sekarang ini. Umno terpaksa tunduk kepada tuntutan bukan melayu. Pas pula terpaksa beralah kepada DAP.

yang tersepit bukan nya Umno mahu pun Pas. yang tersepit sebenarnya adalah kita orang melayu.

saya bimbang. Umno terlepas kuasa. Pas tak dapat kuasa. tau2 orang lain yang dapat kuasa.

saya hanya mau lihat melayu bersatu. kalau masa zaman allahyarham Tun Razak, Datok Asri Muda boleh bawa Umno duduk dalam satu kelambu. kenapa tidak pada era anak allahyarham Tun Razak iaitu Datok Najib, Hadi Awang juga ajak Pas duduk dalam satu kelambu dengan Umno.

saya yakin Umno akan menerima masuk Pas ke dalam kelambu mereka dengan syarat tak buat kacau dari dalam kelambu.

dahulu Pas dihambat keluar dari kelambu Umno kerana duk buat kacau dalam kelambu.

tinggal kan lah Nik Aziz sorang2 di luar kelambu biar lah dia jadi santapan para nyamuk aedes dan malaria.

yang tak mahu melayu bersatu hanya lah Nik Aziz sorang2 saja. kenapa kita mesti gadaikan masa depan berjuta2 umat melayu kerana Nik Aziz sorang.

apa kah Nik Aziz sudah menjadi Tuhan ataupun Allah kepada orang2 Pas ???

Anonymous said...

Umno perlu kepada sokongan bukan melayu untuk mengekalkan kuasa. Pas juga perlu kepada sokongan bukan melayu untuk mendapatkan kuasa.
(tokgaru)

Oleh itu kita perlu buang pemimpin yang nakkkan sangat undi Cina ni.Mereka ini(pemimpin Melayu)
jadi begitu sebab salah kita juga terlalu taat pada parti.Mereka tau"PANTANG MELAYU DERHAKA".Aku nak ingatkan semua orang Melayu supaya ingat peristiwa2 yang berlaku sekarang ni,jangan lupa bila pemimpin Melayu ni berkempen ditempat anda.Bila dia keluar tempat hang, dia cakap lain.Cakap macam India di Kalinga betol.Dr Orang_MuOr

anti bohmau said...

sikap kiasu cina memang amat tebal. dlm satu mesyuarat jk meraikan sorang pegawai yg akan bersara bg mengenangkan jasanya, kami terkejut kerana sorang cina ajk tu kata "buat apa raikan yg dah nak pencen? apa yg kita dapat? LEBIH BAIK kita raikan yg akan gantikan dia, barulah ada hasil!" kami yg melayu ni njadi tersentak krn kita ditanam dgn sifat kenangkan budi, jadi kita raikan pegawai yg akan pencen bg menunjukkan penghargaan kita atas jasa baiknya selama ini & kita juga akan raikan pegawai yg akan gantikannya utk mengenali dgn lebih rapat. tapi pak haji pengerusi kami begitu diplomasi orangnya & terus mengatakan pendapat kiasu cina tu ada betulnya tapi kita perlu juga kenang jasa orang JIKA INGIN JASA KITA PULA DIKENANG!! padan muka dia. rasanya bila dia pencen tak ada orang akan kenangkan dia sebab selama ni dia terlalu berkira!

Dr,

sikap pembangkang yg selalu mengagungkan kerajaan singapura agak pelek kerana pembangkang di singapura sepatutnya dsokong oleh pembangkang malaysia atas kapasiti yg sama...apakah pembangkang malaysia bersikap double standard??

memang iya pun kerana mrk bebas memaki hamun sesuka hati kpd pihak kerajaan tp pihak kerajaan kena sentiasa bersopan bila berkata2 dgn mereka! mrk mudah menuduh kerajaan mengamalkan rasuah sedangkan bila mrk memerintah 3 negeri & mengamalkan berbagai bentuk rasuah mrk cuba berselindung dgn berbagai alasan...seolah2 mrk bersih sgt!kena ingat kes2 rasuah dap berkaitan mendiang teoh bh masih lagi disiasat...

sikap biadap pembangkang menular kepada pelajar2 universiti yg berkiblatkan pembangkang. pelajar2 yg mendokong aspirasi pembangkang sentiasa biadap, besikap keras kepala & sentiasa mahu menang walaupun yg membiayai pengajian mrk adalah pihak yg mereka tentang iaitu kerajaan. bukan tidak boleh mereka berbincang dgn baik & berbudi bahasa tetapi sudah resmi mereka perlu bersikap demikian konon utk menunjukkan mrk lebih bijak berjuang!!!

tapi pihak pembangkang perlu sedsar, ramai lagi orang bijak pandai berdiam diri kerana yg pandai2 ni biasanya bersikap diam2 ubi berisi. lagipun lantang bukan bererti bijak tapi lantang mcm ketua umum mereka hanya utk menutup mulut orang lain dari menceritakan yg benar! hakikatnya mereka bukan pejuang bangsa tapi lebih kpd memperjuangkan seorang yg bermasalah peribadi yg ketara!

Anonymous said...

Firrbudi aka Lensahijau,

Setuju bangsa Melayu ni sangat merendahkan diri. Selalu kena eksploitasi. Bukan dibidang politik saja. Bidang ekonomi, sosial dan hampir kesemuanya.

Yang saya tak tahan ialah: "Gua caya lu la towkay. Kira belakang hari pun takpa. Kasi gua wang makan dulu cukup la." Masih ada berlaku sekarang, tahun 2011 ni.

So'alnya: kita nak terkenal dibidang atlet ke? Atau sukan ke? Atau ekonomi dan pelajaran ke?

Melayu perlu sedar. Mesti ada maruah. Jangan biarkan orang naik kepala kita. Buang istilah "Takpa lah" dari bahasa harian kita. Gunakan kata kata "Give me what I want, then only I give what you want". Runding apa dia. Jangan terlalu mengalah hingga kalah.

Mungkin boleh macam tu 1,000 tahun dimasa depan. Sebab budaya Melayu bukan budaya ultra kiasu. Bukan budaya ambik untung, ambik risiko, bukan budaya berniaga, kumpul harta. Tapi to be fair to Malays, DEB sudah capai 18% kekayaan korporat. Harap boleh maintain dan bertambah.

Tapi Najib sudah senyapkan DEB dalam MEBnya. Ini dah masuk bidang politik. Anda tak mahu cakap. Saya pun dah malas nak cakap. Menyampah. Tapi kena terus kena cakap. Kalau tak, 2,000 tahun lagi tak tau Melayu kemana.

Btw, Melayu pun sejarahnya 5,000 tahun. Ada yang kasi tau ditulis dibuku "Tamadaun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization" keluaran Persatuan Sejarah Malaysia.

Abdullah Ngah said...

rakan pembahas,

Kita kena ingat bahawa orang Melayu macam Hang Tuah dan Jebat.

Apa sudah jadi dengan peristewa Tuah dan Jebat.

Dalam politik kini pun ada watak Tuah dan ada wakat Jebat.

Berani saya katakan bahawa Tuah adalah barua dan Jebat derhaka kah?

Itulah Melayu sebenarnya. Bunuh membunuh atas kepentingan peribadi dan yang benar menjadi mangsa oleh yang ada kuasa.

Malangnya bangsa lain yang mendapat untung dan Melayulah yang mendapat rugi. kerana untung rugi menjadi perhitungan hala tuju Hang Tuah moden.

Jebat terus menerus mangsa dari kerakusan yang tak pernah puas.

Melayu oh Melayu. Apa lagi yang kamu mahu?

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=6rF0GYNmXHk

Link tersebut mengenai pendapat Mahathir terhadap bahasa."Saya pun tak berapa setuju PPSMI .....Siapa yang anjurkan? Dr M dan UMNO..."Link ini dituju khas untuk saudara ikhwan.

Anonymous said...

Dr Ridhuan,

Selepas membaca semua komen dalam blog Dr & blog seperti Perkasa, adakah Dr rasa John R Malott dalam Wall St Journal, The Price of Malaysia's Racism betul dengan pandangannya?

abda said...

Waah senyap saja semua orang nampaknya. Sebok agaknya. Aku lambat rehat minum teh kali ni.

Aku cuma nak kata terkejut dengar anti bohmau kata "sorang cina ajk tu kata "buat apa raikan yg dah nak pencen? apa yg kita dapat? LEBIH BAIK kita raikan yg akan gantikan dia, barulah ada hasil!"

Ini lah yang aku bosan dgn diorang ni. Melampau. Budaya apa ni? Asyik nakkan hasil saja. Budi orang berpuluh tahun pun tak mau kenang sikit pun. Jenis ni tak patut ada dinegara ini. Mcm mana pulak dia jadi ajk, anti bohmau?

Tak payah diplomasi dengan orang mcm ni. Bukan faham diplomasi, bukan dia peduli, berok mcm ni. Cakap terus kemuka dia. Biar yang lain tenung dia. Jangan lantik atau pilih dia ke ajk lagi lain kali.

abda said...

Anonymous 4:26 PM,

Aku fikir tak payah kesahkanlah omputih bekas Duta yang orang kata tak diplomatik pun tu. Dia bekas Duta diMalaysia, berkawan dngan Anwar, keji Malaysia mcm Anwar. Tak guna punya orang.

Aku boleh teka apa dia cakap semuanya serong kpd sokong Anwar, bangkang Kerajaan. Racism kepala hotak dia. Yang nyata rasis tu DAP. Tentu dia kata yang lain pun rasis. Dia baca dan dengar dari Pembangkang saja. tentu berat sebelah.

Tak tahulah kalau Dr Ridhuan nak jawab. Setau aku dia selalunya tulis pos saja.

Anonymous said...

Salam.

Saya dapati kebanyakan muslim Melayu atau muslim Cina Di Malaysia dan dalam perbicaraan blog ini telah hilang pedoman. Mereka terlalu bersifat perkauman, amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia, apatah lagi dengan konsep Islam yang menekankan persaudaraan manusia sejagat!

Anonymous said...

Mereka yang menegaskan hanya muslim boleh gunakan kalimah Allah patut insaf bila melihat Dato Eskay bersumpah laknat di masjid (rumah Allah) memperalatkan nama Allah!

Muslim yang banyak salah guna nama Allah untu menipu manusia lain atau menginaya musuh politik!

Orang Kristian tidak salah guna nama Allah untuk menekan seteru politik!

Orang Melayu jahat ke Kristian jahat!

Adakah Kristian gunakan kalimah Allah untuk mengaibkan pemimpin politik orang Islam?

Orang Melayu yang paling banyak salah guna Allah untuk mengaibkan sesama orang Melayu!

Sepatutnya orang Melayu lebih perlu dididik dan dikawalselia dalam soal penggunaan kalimah Allah!

Anonymous said...

Abdullah Ngah,

Anda lebih rasional dan lebih ikhlas berbanding dengan yang lain.

Manusia hanya dapat mendengar atau membaca perkataan zahir, tetapi Tuhan dapat melihat hati kita!

Kita patut ada kasih sayang sesama manusia, barulah Tuhan akan sayang kita.

Orang yang hati perutnya penuh dengan hasad dengki dan perasaan irihati, bagaimanakah Tuhan nak curahkan kasih sayang padanya?

ikhwan said...

Anon 4:19pm

Terima kasih kerana bagi link tersebut.

Dah lama tengok dan dah biasa dengar hujah yang sebegitu, tapi pendirian saya tetap sama.

Buat pengetahuan; saya setuju dan tidak setuju dengan sebahagian pendapat Dr M. Dalam hal ini, saya tidak setuju.

PPSMI English mahupun Mandarin. Dua dua tak setuju.

Kita boleh bincang hal ini ditopik lain yang lebih spesifik.

Terima kasih

ikhwan said...

Salam semua

Ingatkan nak berehat sekejap minggu ni. Tapi nampaknya banyak komen dari "Anons Anons" yang perlu dijawab.

Kesalah fahaman mereka ini perlu diperbetulkan.

Lagi satu kepada "anonymous" sekelian. Bukankah elok kiranya anda semua meletakkan nickname samaada di permulaan atau diakhir komen anda. Bukan apa, supaya senang kami hendak rujukkan nama apabila membalas komen.

Buat pengetahuan, ini adalah "etika asas" ketika memberi komen.

Terima kasih

ikhwan said...

Saya mulakan dengan komen anon 12.55am.

Dia kata ramai "kebanyakan muslim Melayu atau muslim Cina Di Malaysia dan dalam perbicaraan blog ini telah hilang pedoman"

Kerana apa? Dia kata kerana "Mereka terlalu bersifat perkauman, amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia, apatah lagi dengan konsep Islam yang menekankan persaudaraan manusia sejagat!"

Saya pula kata Cina yang lebih sesat dan sememangnya tak ada pedoman. Saya kata lagi: mereka ini (Cina) tak ada kompas moral jadi mana nak ada pedoman?

Kerana apa?

Kaum Cina itu lebih bersifat perkauman berbanding kaum melayu. Mereka mahu sekolah perkauman mereka sendiri, mereka mahu universiti perkauman mereka sendiri, mereka mahu bahasa perkauman mereka (Bukan bahasa ibunda) diiktiraf samarata dengan bahasa rasmi negara ini, mereka mahu agama mereka sama taraf dengan agama Islam. Dan yang lebih teruk, semua yang diatas tersebut dipinta dan dilakukan di negara orang lain iaitu di Tanah Melayu bukan di negara mereka iaitu negara Cina!!!!

Orang Melayu minta identiti perkauman mereka itu sedangkan mereka di Tanah Melayu, Manakala Cina Muslim dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi, maka disokongnya orang melayu. Inilah semangat persaudaraan Islam!. Memang betullah lah tu.

Takkan islam melarang kita menghiasi rumah sendiri dengan identiti sendiri? Takkan Islam menyuruh kita pergi rumah orang lain dan mintak orang tersebut supaya menghias rumah mereka dengan identiti kita yang bukan tuan punya rumah? Kemudian kita kata pula yang tuan rumah itu rasis apabila tuan rumah cuba mempertahankan identiti mereka dirumah mereka!!??

Takkan Islam membenarkan, Orang melayu pergi ke Negara Arab hatta negara Cina sekalipun, kemudian tidak hormat pada budaya dan bahasa tempatan pada negara tersebut? Takkan Melayu boleh mintak sekolah perkauman Melayu dan Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara Arab dan negara Cina?

Takkan Islam membenarkan kita melaung laungkan dan meminta yang SAMARATA apabila kita tahu itu akan lebih menguntungkan KAUM kita dan akan merugukan kaum yang lain? dan tidak ADIL? Adakah ini bukan perkauman? Inikah yang disuruh oleh Islam? Bukan sahaja Islam, malahan kristian, buddha, hindu??? Inikah yang agama agama ini suruh?

Jadi siapakah yang lebih perkauman? Cina? Melayu dan cina muslim?

Fikir fikirkanlah Mr Anon 12:55am!

tentang 1Malaysia; lagi contoh penyalahgunaan konsep 1Malaysia. harap Mr Najib membaca blog ini dan harap beliau boleh memberi penjelasan tentang kefahaman sebenar 1Malaysia kepada mereka yang sering menyalahgunakannya termasuk si Anon 12:55am ni.

Sekian.

Wallahua'lam

Ginosaji said...

Seperti yang aku cakapkan sebelum ni. Semua silap berpunca dari canang-canangan "sama rata" dari Najib sendiri. Sama rata apakejadah. Ni la akibatnya kalau nak menang sorak.
Cuba kalau diam je takyah ckp pasal sama rata tu. Buat je kerja. Peduli apa orang nak cakap apa. Yang penting isi bukan menyalak lebih.

abda said...

Sokong ikhwan, sokong Ginosaji.

Kan aku dah cakap, kerja aku ni selalunya menyokong saja.

Akan masuk lagi bila lapang.

Joel said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back and we'll talk about it.

Thanks!

Joel Houston
JHouston791@gmail.com

ikhwan said...

Sambungan kepada anon 12:55am

Yang saya peliknya disini....mereka (puak ultrakiasu cina) pandai pulak bercakap berkenaan Islam dalam bab bab perkauman dan "persaudaraan berbilang bangsa" :)

Tapi bila bab perkauman Cina; yang ini tidak pula mereka mahu rujuk pada Islam, bila "time" orang melayu punya "perkauman" tiba tiba jadi alim pulak sampai habis melayu diorang ni hentam.

Bila berjudi, main perempuan, berzina, Ah Long, minum arak dan sebagainya, tak pandai pulak nak bercakap tentang Islam atau merujuk pada Islam!!?

Memang "kelakarlah" mereka mereka ini....

hahahaha

Ginosaji said...

@ikhwan

Biasa la tu. Golongan2 "opportunist" ni memang dah sinonim dgn "cakap x serupa bikin". Mereka sibuk cakap kita rasis, rasis, rasis. Tapi diorang rasis tak apa pulak?

Badut2 ni semua memang bagus buat sarkas. Mesti ramai yang hadir dan sokong. Erm.... dah terbukti pun.

indrana said...

"Hua Zong atau Persekutuan Persatuan Cina Malaysia mengatakan pendirian mereka akan menyokong Barisan Nasional dan MCA jika kerajaan benar-benar melaksanakan gagasan 1Malaysia berasaskan sama rata dan sama rasa dalam semua polisinya, terutama berkaitan sistem pendidikan Cina. Jika tidak, orang Cina akan memilih DAP dan akan wujud sistem dua parti."

Demikian Dr Ridhuan memetik lapuran Sin Chew.

Tidak boleh "sama rata dan sama rasa dalam semua polisinya", sebab ada Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Selagi ada Perkara 153 didalam Perlembagaan negara, tidak boleh sama rata dan sama rasa.

Dato Seri Najib sudah memberi penerangan panjang lebar diPerhimpunan Agung UMNO yang lalu, selepas MCA menyokong usul seminar yang mahukan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan, yang menarik tindak balas mahukan hak kerakyatan mereka yang berkenaan juga dihapuskan.

Najib telah menyatakan sepenuhnya
bahawa Perkara 153 itu tidak boleh dipinda, dibincang dimana mana pun untuk dipinda, termasuk diParlimen, sebab ianya dilindung oleh Akta Hasutan yang mengharamkan tindakan seperti itu.

Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah itu disemadikan didalam Perlembagaan bukan dengan sewenang wenangnya sahaja, bahkan selepas lama difikirkan dan diperhatikan oleh pemerintah kolonial British betapa perlunya hal itu diterterakan didalam Rang (derap) Perlembagaan yang mereka sediakan sebelom memberi kemerdekaan kapada Malaya dahulu.

Menteri Jajahan Kolonial British telah menyatakan diParlimen Britain dimasa membincangkan kemerdekaan untuk Malaya ditahun 1956 bahawa Kedudukan Istimewa Melayu itu telah ada sediakala atau "since day one". Bacalah rekod perbincangan Parlimen Britain, yang dikenali sebagai Hansard, jika mahu mengetahui apa yang dikatanya sepenuhnya.

Kedudukan Istimewa Melayu itu adalah berdasarkan sejarah negara ini. Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak (yang mendapat Kedudukan Istimewa itu juga dimasa penubuhan Malaysia ditahun 1963) tidak akan membenarkan Kedudukan Istimewa itu dipertikaikan atau diso'al, jauh lagi dibincang untuk tujuan pindaan dan sebagainya.

Sejak 65 tahun lalu, Melayu telah menentang dengan kerasnya cadangan British menubuhkan apa yang dipanggil Malayan Union, suatu rangka negara yang tidak menyatakan Kedudukan Istimewa Melayu dengan institusi Raja Raja Melayu dan sepertinya itu, dan konsep Malayan Union telah jahanam dan dibenam ditahun 1946.

Sebelas tahun kemudian, ditahun 1957, konsep politik yang dipanggil Persekutuan negeri negeri Melayu dan apa yang dipanggil "Straits Settlements" telah disemadikan dengan tertubuhnya Federation of Malaya yang merdeka dan bermaruah.
Konsep yang berdasarkan sejarah dan kedudukan bangsa Melayu yang sudah beratus, malahan beribu, tahun ada dinegara ini sebagai kaum yang mengelolakan sistem pentadbiran masyarakat dan apa apa bentuk undang undang yang ada sejak dahulunya.

Oleh itu, siapa yang tidak mahu memperakuinya, tidak mahu menerima sejarah dan keadaan dan sistem politik yang British kata telah ada "since day one" itu, tidak mahu hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara ini, memang patut berhijrah kenegara yang mereka boleh patuhi Perlembbagaan dan undang undangnya.

Kaum yang sudah dapat menikmati kekayaan dan berbagai peluang dinegara ini, sudah menjadi yang terkaya dan termaju didalam berbagai lapanagan, termasuk pendidikan, mesti memberi pula kapada negara apa yang sudah menjadi tanggung jawab semua rakyat - ia itu perasaan ta'at setia berdasarkan Perlembagaan negara.

Mereka yang lebih 100 tahun sebelom Merdeka langsung tidak ada kerakyatan, dan hanya "stateless" dan menumpang semata mata, mesti berpatutan dengan kaum yang ketinggalan jauh dibelakang, yang telah menyetujui mereka diberi hak kerakyatan dimasa Merdeka dahulu.

Mesti berterima kasih, berpatutan atau "reasonable". Tidak lain dan tidak bukan. Demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Anonymous said...

Hua Zong pun hendakkan "sama rata dan sama rasa ... terutama berkaitan sistem pendidikan Cina."

Mana boleh. Depa sekolah prebet. Tak ikut sukatan pelajaran sekolah kebangsaan. Standard pass Bahasa Malaysia lebih rendah dari sekolah kebangsaan. Diam diam saja begitu, ramai rakyat tak tahu.

Cuma 60 buah sekolah Cina (menengah) saja dapat keistimewaan tu. Beribu sekolah kebangsaan murid muridnya kena pulas, tungkus lumus nak pass BM, termasuk budak Cina diSK. Mana adil? Apa special puluhan ribu budak SJKC banding dengan ratusan ribu, malahan jutaan, budak diSK? Pada hal Special Position tu untuk Melayu dan Bumi Sabah dan Sarawak saja. Diaorang pendatang pulak sudah dapat Special Position. Apa ni?

Bila Kementerian Pendidikan buat keputusan nak samakan standard pass sekolah Cina degan sekolah kebangsaan, nak komplen pulak. Inilah yang dikatakan ultra kiasu sesangat. Dah dapat Special Position untuk BM senyap senyap, tak mahu distandardkan dengan SK. Pastu nak lagi, nak lagi, nak lagi. Apa ni?

abda said...

Aku ingat bila Sejarah dimestikan disekolah sekolah, keadaan akan bertukar. Bertukar sebab tak banyak lagi kena mengalah. Atau pihak lain mula sedar dan diorang pun mula mengalah.

Boleh jadi makan masa lama, tapi kata omputih kota Roma bukan dibina dalam sehari dua saja.

Ini aku kena hentam pulak karang. Gunakan pepatah omputih pulak. Agaknya pepatah Melayu yang dekat - lambat lambat asalkan dapat.

abda said...

Dah pulih Google/ Blogger.com problem agaknya. Tak dapat masuk blog ini dan beberapa blog lain beberapa hari.

Harap takda lagi berlaku. Ada yang kata cubaan hacking mainstream blogs. Kalau benar, tau sajalah siapa yang buat.

Tak boleh suspek? Boleh. Kalau tak macam mana nak perintah dan kawal keselamatan negara. Bukan saya, tapi Polis dllnya.

Aldan said...

aku x kesah org nak bantah ke nak demo ke nak merusuh suh batalkan ppsmi dan kembali ajar sc n math dlm BM..tp jgn pk SK je..

Yg kt sjkc tu pun x ngaja dlm bhs melayu jgk..pesal x bantah? psl x demo?

takut? kat SK je perlu martabatkan bhs kebangsaan, kat sjkc lantak diorg la?

waddehellokutty?

Anonymous said...

Kisah menyabung nyawa.

Datang sini naik tongkang. Tak kira ombak besar dalam lautan. Masuk Pulau Pinang menumpang. Hidup susah jadi jembalang.

Diheret masuk kongsi gelap. Ikut lawan gaduh suku kaum. Hokkien lawan Confu. Hakka lawan Kwantung. Dah berani mmenyeberang lautan, mesti berani lawan penjahat gengster.

Sampai lama dah jadi darah daging kesah lawan. Lari ke Perak, Selangor, Sungai Ujung. Ada juga Hai San dan Gee Heng. Tak boleh lari dari kongsi gelap gengster. Hidup mesti asyik berlawan. Perang Larut, perang Kudin ke perang apa. Asyik menyabung nyawa.

Masuk pulak Lee Kuan Yew. DiSingapura lawan kominis dalam bandar. Di Malaysia lawan kominis dalam hutan. Susah susah masuk kominis. Sabung nyawa sampai Persetujuan Haadyai.

Lee Kuan Yew lawan kena tendang keluar Malaysia. Lim Kit Siang pulak lawan. Sampai ke anak Guan Eng masih lawan. Gaduh kaum 13 Mei 1969 tak mengaku buat. Kongsi gelap gengster leluasa sampai sekarang. Buat apa saja orang lain tutup mulut, telinga dan mata.

Mana dia peduli Bahasa Malaysia, sekolah kebangsaan itu semua. Hidup dah tabi'at semula jadi. Lawan, lawan, lawan. Desak, desak, desak, desak. Dong Zong ke, Hua Zong ke.

Kisah menyabung nyawa. Dilautan, didaratan.

Anonymous said...

Orang Melayu pun menyabung nyawa. Melayu pun dah 5,000 tahun didunia. Asal diGugusan Pulau Pulau Melayu. Kata buku keluaran Persatuan Sejarah Malaysia.

Menyabung nyawa berlayar dalam perahu pakai pelampong (outrigger), kemudian dalam kapal besar. Sampai Madagascar, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, IndoChina, Taiwan dan Hawai. Ada kaum Melayu yang nyata Melayu dibeberapa tempat itu. Melayu Champa diVietnam dan Cambodia, umpamanya.

Tapi Melayu ni alah sabung menang sorak ke? Jangan marah aku cakap macam ni. Tapi nak marah pun marah lah. Kita semua ada hak keluar pendapat. Jangan kata kasar sudahlah.

Kalau nak lawan kogsi gelap dan gengster tu susahlah. Sebab itu tak ada dalam budaya kita.

Melayu hidup tak terdesak sangat rasanya. Baling batang ubi kayu pun boleh hidup. Sepanjang tahun boleh hidup. Gitu juga padi bukit (hill rice). Tak macam negeri China. Sejuk salji 3-4 bulan setahun. Sejuk mengokol kena cari duit beli baju sejuk tebal tebal, berlapis lapis. Melayu tak pakai baju pun boleh hidup.

Pulau pulau banyak sungai, laut keliling. Boleh tangkap ikan jugak sepanjang tahun. Ini semua bikin kita hidup tak terdesak sangat, tak sabung kuat macam Cina ke? Aku tak mengata. Hanya tanya.

Tak susah cari makan, hidup senang lenang, ada ubi kayu, beras bukit atau beras lumpur, ikan buat pekasam tahan berminggu, apa nak susah susah sejak beribu tahun ke.

Sekarang boleh makan suap, guna kuasa, bini dua, rumah besar kereta besar, simpan perempuan dan sebagainya ke. Nak kuasa, nak masuk syurga, tak peduli apa, sebantal dengan penjanggak DAP ke? Nak jadi PM, katak lompat, sodok sana sodok sini, masuk jel, keluar lagi, sodok lagi, janjikan TPM kapada DAP ke? Pecah belah, nakkan undi, melutut sana melutut sini ke?

Aku tak tahulah. Aku sokong RT kata jangan terlalu mengalah sehingga kalah.

Anonymous said...

Dari kita sibok pasal agama lain baik kita pikir ttg generasi muda melayu. Yg bnyk merempit, bohsia, bohjan, buang anak,pelacur, kawin muda,ubu muda, janda muda, gila glamer, tercicir, tercorot, sangup bermadu, merampas, kaki dadah, pengedar dadah, mencuri dan bnyk lagi yg lain kebnyakan nya belia melayu. Jadi bayangkan apa jenis generasi melayu yg ada 10 tahun dr skrg.

Anonymous said...

Ada cadangan apa nak buat?

Anonymous said...

Nak tempeleng, anak orang. Amacam?

Anonymous said...

1. Budaya. Emak bapak tak ajar cukup.

2. Ekonomi. Emak bapak sibuk sangat. Kejar duit, dua dua kerja, tak ada masa nak kawal anak.

3. Pengaruh asing. TV. Astro. Pihak berkuasa tak kawal ketat. Internet. Pihak berkuasa tak boleh kawal. Emak bapak tak kawal anak.

4. Politik. Pihak berkuasa tak kisah sangat. Nak kejar undi. Tak mahu guna undang undang dengan ketat. Biarkan biarkan.

5. Agama. Macam macam pengaruh luar. Shi'ah pun ada sekarang. Penuntut luar dll. bawa masuk.

6. Akhlak. Korupsi berleluasa sekarang. Tangkap, suap duit. Lepas. Buat lagi. Yang lain pun buat. Kedai makan bukak 24 jam bersepah. Tidur awal bukan tabi'at sekarang. Tidur lambat, keluar malam, kutu embun jadi tabi'at.

7. Politik muda. Pemuda UMNO haprak punya orang. Patut boleh buat macam macam progrem bela akhlak. Takda. Bising sana bising sini. Bukan kisahkan sangat hal Melayu. Pegi hentam Perkasa. Sokong Pemuda MCA.

Apa kita nak buat? Peringkat sendiri kita dah tau. Peringkat msyarakat amacam?

Anonymous said...

Ni apasal orang banyak nakkan orang yang Ostorlia tak mau ni?

Cuba baca kepala berita ni:

Thailand looking at Australian asylum seeker swap

AFP - ‎59 minutes ago‎

SYDNEY - Thailand is interested in an asylum seeker deal similar to the one Canberra plans with Malaysia as Prime Minister Julia Gillard reiterated Sunday that new boat people will not be processed in Australia.

Kalo yang rempit, bohsia apa ke bende tu kita hantar keSiam saja amacam? Marah ke mak bapak deme?

Yang tak hormat Perlembagaan pun mesti juga - kenergi asal deme le.

couverv said...

haha bengong bengong, setiap angan2 harus ada pelaksanaan atau ia sekadar menjadi angan2 lapuk !!. Kita boleh berhujah hatta pelajar tadika kalau diberi latihan yg cukup pun boleh berhujah, sekadar hujah, Melayu dah layu ditelan hujah demi hujah. Tatkala kita sibuk berhujah mereka terus menerus menujah dan kamu juga yg jatuh di ufuk timur.MOSSAD

Ginosaji said...

@MOSSAD

Ala kecoh la kau spy Yahudi. Ape kau tau kitorang x buat ape2? Dengan memberi hujah di internet ni antara salah satu "effort" kami membuat perubahan, walaupun sikit.

Bangga la konon letak nama Mossad tu? Aku kahak je la kt kau. Tak sedar diri pnye manusia.

Anonymous said...

Punca semua ini adalah kelemahan pemimpin Melayu yang lebih pentingkan pilihanraya sehinggakan menjual bangsa dan agama pun tak mengapa.