Sinar Harian, 30 Mei 2011
Akhbar perkauman ultra kiasu membuat liputan besar-besaran mengenai kempen keadilan untuk mendiang Lim Lian Geok (meninggal 1985), seorang aktivitis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Tujuannya tidak lain, supaya rukun politik mereka bertambah utuh dan kukuh.
Tidak ramai kalangan kita yang mengenali Lian Geok kecuali orang Cina. Elok juga umat Islam negara ini mengenali beliau daripada terlalu obses mengenali artis. Sekurang-kurangnya dengan mengenali ultra kiasu akan menjadikan kita lebih peka dan sensitif dalam menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961. Kewujudan sekolah tersebut hingga ke hari ini adalah hasil usaha beliau, terutama apabila sekolah tersebut rosak teruk akibat peperangan pada tahun 1945. Maka tidak hairanlah jika Lian Geok diangkat memimpin Persatuan Guru-Guru Cina Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.
Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar. Mendiang didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum.
Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok. Hari ini, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Nama Lian Geok mesti dibersihkan. Lantaran, tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan supaya mengiktiraf ‘perjuangan’ beliau. Ultra kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh perlembagaan atas hak kebebasan bersuara.
Pada hemat saya, hak dan kebebasan bersuara perlu ada batas-batasnya. Adakah wajar kata-kata ini dihemburkan dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu: “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”.
Saya tidak pernah mendengar kata-kata seumpama ini diungkap oleh bangsa minoriti yang tinggal di mana-mana negara yang dihijrahinya. Jika kata-kata ini diungkapkan di Thailand dan Indonesia, sudah lama mereka dihumban dalam penjara.
Tetapi kerajaan Malaya ketika itu begitu berlembut. Di sinilah berhikmahnya kita dalam menangani isu-isu antara kaum. Saya yakin, kerana Islamlah yang melembutkan hati Melayu untuk terus bertoleransi. Lian Geok juga masih diberikan kebenaran tinggal di sini sehingga ke akhir hayatnya walaupun tidak lagi menjadi warganegara.
Bandingkan di Indonesia, apabila Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno, beliau memberi pilihan kepada orang Cina sama ada balik semula ke negeri asal atau mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia. Majoriti orang Cina memilih untuk tinggal di Indonesia. Ini kerana, sudah menjadi dasar negara China ketika itu sudah tidak mahu lagi menerima mereka yang telah berhijrah. Kepulangannya ke tempat kelahiran akan menjadikan mereka lebih menderita.
Perkara yang sama berlaku di Malaya. Justeru, berterima kasihlah kepada kerajaan, kerana begitu berlembut membenarkan bukan warganegara tinggal di sini dan mengekalkan cara hidup tanpa diasimilasikan. Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur di atas kemurahan hati kerajaan, malah beliau terus didendangkan sebagai wira kerana ‘setianya’ terhadap negara ini.
Beliau disanjung, dipuji dan dijulang serta diangkat tarafnya sebagai sebagai seorang patriot. Sedangkan kita tahu makna patriot adalah mereka yang sanggup berjuang mempertahan tanahair meskipun nyawa adalah gadaian. Kata-kata keramat beliau ini telah menjadi rukun politik orang Cina yang langsung tidak boleh disentuh. Jika disentuh, mereka akan mengugutkan untuk mengundi pembangkang.
Malah ultra kiasu terus menerus tanpa berputus asa mencari sebanyak mana hujah untuk memartabatkan perjuangan Lian Geok. Kenyataan Lian Geok dalam akhbar Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan hujah untuk menonjolkan kehebatan beliau. Antara lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular. Perkara ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanahair dan memohon kewarganegaraan. Jika benarlah perjuangan beliau, sepatutnya perjuangan ultra kiasu menjadi semakin berkurang, tetapi kenapa ultra kiasu tidak pernah puas?
Sebagai mengenang dan menghargai ‘jasa beliau yang begitu hebat’ maka Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok (PPKLLG) telah ditubuhkan. Saya tidak pasti pusat ini berdaftar secara sah atau tidak, tetapi alangkah malangnya sesebuah pertubuhan diluluskan tanpa dikaji dahulu sejarah, latar belakang dan tujuan penubuhan. Ternyata, pertubuhan ini adalah pertubuhan perkauman yang disokong oleh majoriti NGO Cina yang ada. Ringkasnya, pertubuhan seperti ini akan terus menambah tidak berkurang.
Isu yang dibawa oleh PPKLLG sama sekali tidak banyak berbeza dengan isu yang dibawa oleh 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (suqiu) ketika penamaan calon DUN Merlimau, 26 Februari 2011 lalu. Suara mereka senada, sehati sejiwa. Mereka mengemukakan tuntutan yang sama iaitu kembalikan taraf warganegara Lian Geok, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan berikan layanan sama rata kepada sekolah vernakular. Sebarang bentuk diskriminasi hendaklah dihentikan segera. Tidak cukup dengan itu, sambutan secara besar-besaran sempena memperingati perjuangan beliau diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak pernah menghalang, kerana jika dihalang, undi akan lari. Saya amat memuji ‘semangat’ dan keberanian yang ada dalam perjuangan mereka, alangkah baik jika umat Islam mempunyai semangat sedemikian, yang tidak pernah luntur.
Jika dihayati ‘perjuangan’ Lian Geok, sepatutnya ia akan dapat menurunkan semangat ultra kiasu kumpulan ini. Tetapi bermula tahun 2008 hingga ke hari ini, menunjukkan sebaliknya. Mereka sibuk memperbesarkan isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan SPM tahun lalu. Mereka menuduh JPA yang bukan-bukan tanpa memberi peluang kepada JPA untuk membela diri. JPA bukan mudah untuk mengeluarkan kenyataan kerana tertakluk kepada ‘boss’ atau menteri yang bertangunggjawab.
Lebih malang lagi pemimpin-pemimpin ultra kiasu dalam komponen Barisan Nasional turut mengecam JPA. Mereka ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging. Berkali-kali saya telah nyatakan inilah strategi paling licik, bersatu dalam senyap. Tekanan demi tekanan dan desakan begitu agresif dibuat.
Ultra kiasu mendesak supaya Talent Corp mengambilalih urusan ini daripada JPA. Pada mereka, JPA tidak telus, hanya mementingkan pelajar Melayu sahaja. Formula yang ada tidak mahu diterima pakai. Andai kata Talent Corp diberikan mandat untuk menguruskan hal ini, saya yakin Talent Corp akan menjadi mangsa seterusnya, jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahi ultra kiasu. Pendek kata, apa yang cuba dilakukan kerajaan semua tidak betul. Mereka sahaja yang betul.
Cemerlang tidak hanya boleh dinilai dengan mendapat A+ sahaja. Saya fikir banyak faktor lain yang perlu diambil kira terutama aspek kecerdasan emosi (EQ). Apa guna mendapat A+ jika matlamatnya untuk mendapat biasiswa sahaja. Setelah tamat pengajian, bayang entah ke mana. Mereka tidak terasa terhutang budi. Tidak mahu menabur bakti di bumi sendiri. Malah ada sanggup mengkhianati dan belot.
Justeru, definisi pelajar cemerlang perlu penjenamaan semula, supaya tidak disalahertikan. Bagi memenuhi tuntutan ini, JPA telah mengadakan temuduga kepada semua pelajar-pelajar terlibat. Ultra kiasu begitu menentang tindakan JPA. Ultra kiasu sudah dapat menjangkakan jika temuduga dibuat, pelajar bukan Melayu agak sukar untuk menandingi pelajar Melayu, terutama dari aspek keupayaan berbahasa walaupun mungkin mereka mendapat A+ dalam subjek bahasa Melayu.
Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan. Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan?
Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini. Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu.
Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang. Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang.
Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat.
Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat.
Tidak ramai yang mengetahui setakat ini layanan kerajaan terhadap sekolah vernakular sudah hampir sama sekolah kebangsaan. Semua gaji guru-guru di sekolah vernakular dibayar oleh kerajaan. Cuma sebahagian bangunan dan tanah kepunyaan mereka. Kerajaan ingin memberikan layanan yang sama dengan syarat kembali bangunan dan tanah kepada kerajaan untu ditadbir secara profesional, tetapi sampai matipun mereka tidak akan serahkan. Justeru, adakah adil kita meminta layanan sama rata dan sama rasa, tetapi kita langsung tidak boleh disentuh. Keadaan yang sama akan berlaku kepada sekolah Methodist ini. Kita tidak boleh berlembut lagi, kerana kepala kita sudah di pijak. Sudah sampai masanya kita bertegas untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Jadikanlah ‘perjuangan’ Lim Lian Geok sebagai iktibar. Apakah kita masih buta?
Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut. Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram. Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur?
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



290 comments:
«Oldest ‹Older 1 – 200 of 290 Newer› Newest»=InsanTakTahuDemonstasi=
Aku tak tahu nak buat demonstrasi.Aku buat demonstrasi kang digelar macam pariah keling Hindraf pula.Bro,bukan DNA babi dekat kek saja tapi di kedai Kopitiam pun sama yang berada di Johor.Macam inikah orang Islam tidak curiga pada Orang Cina?Oh 13 Mei oh 13Mei aku rindu padamu..
Salam Dr Ridhuan
Apa lagi yang boleh kita nak katakan dengan orang Cina yang Ultrakiasu ini? Tiada perkataan rasanya yang dapat menggambarkan perasaan saya melihat sikap sikap Cina Ultrakiasu ini!?
Si Pendatang Lim Lian Geok berkata “..... Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”.
Dia terlupa satu perkara disitu....jika bangga sangat menjadi Cina, sayang pada Cina, budaya Cina dsb....maka kenapa tidak tinggal juga di bumi Cina!!??
Balik lah ke negeri Cina!? dari mula lagi kenapa mahu berhijrah?! Jika pergi ke tempat orang dan masih mahu berada di tempat orang maka buat lah cara seperti di tempat orang!
Sekarang Lim Lian Geok ni dah masuk kubur...Tahulah dia balasan Allah yang menanti!
Apakah KITA masih buta?
Tajuk ini ditujukan untuk PEMIMPIN ISLAM kita yang BUTA,PEKAK,BISU.Jangan sampai nanti rakyat Islam yang memerintah "buat seketika" demi memerangi kaum BABI ini.
puak ultra-kiasu (tak kira dari Kerajaan atau Pembangkang) selalu cakap "Malaysian First, Chinese Second".
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!
Terima kasih Dr Ridhuan memberi tahu fasal ultra kiasu ini. Boleh dikatakan semua Melayu tidak akan tahu jika tidak Sdr kemukakan disini.
Dizaman sebelom Merdeka satu hal. Selepas Merdeka Perlembagaan telah menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tidak ada sebab sekolah Cina menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar.
Apa yang sekarang sudah 53 tahun ada tidak semestinya betul. Nyata semua sekolah mesti menggunkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sebab sekolah adalah urusan resmi dan Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahasa lain boleh digunakan hanya selain dari urusan resmi (other than for official purposes).
Mereka dapat meng"hype"kan perkara seperti pengasas Dong Zong itu kerana mereka ada banyak saluran massa media. Mereka diberi lesen dan mempunyai berbelas akhbar Cina. Berbagai saluran radio, TV, dan sudah tentu berpuluh ribu blog dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
Saya sedihkan keadaan Melayu didalam bidang penyiaran dan penyebaran juga. Kerajaan yang dipimpin UMNO sepatutnya mengeluarkan berita, rencana, pendapat, temu ramah yang mempertahankan dan memajukan kepentingan Melayu, sekurang kurangnya kepentingan nasional berpandukan Perlembagaan Perkara 153 Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Tetapi saya masih tertanya jika Bernama, sebuah agensi berita nasional, benar benar berbuat demikian. Tidak pasti jika setaf Bernama yang bukan Melayu ada agenda sendiri dan meng"slant" penulisan dan penyiaran berita untuk kepentingan tertentu mereka.
Bernama tidak pun membenarkan kita meng"copy paste" berita mereka secara biasa. Jika kita diperlukan "subscribe" untuk berbuat demikian, bukankah itu tidak menggalakkan rakyat umum menolong sebarkan berita Kerajaan?
Apakah mereka mahukan wang darinya? Bukankah mereka dapat "financial grant" dari Kerajaan sebagai agensi berita nasional? Bukankah mereka boleh mendapat wang dari jualan berita kapada pihak komersial, termasuk agensi agensi berita luar negera? Mengapa mahu ambil wang dari rakyat negara ini pada hal sudah menjadi tugas penting mereka untuk menyebarkan berita Kerajaan kapada rakyat?
{Bersambung}
{Sambungan}
Akhbar kepunyaan Melayu dan yang dianggap boleh menyuarakan pendapat dan pendirian Melayu tidak berapa kerat. Yang tulin Melayu adalah Utusan, mungkin Sinar Harian, tak tahu yang mana lain.
Akhbar New Straits Times, Berita Harian dan kumpulannya, nampaknya sudah simpang siur pendiriannya sejak pemerintahan yang dipanggil Tun Dol dan Riong Kali. Bertaburan dengan masalah kemerosotan jualan akibat benci kapada Tun Dol, gejala Internet dan globalisasi meranapkan akhlak membaca anak muda. Akibatnya memang banyak antara kita yang masih buta.
Akhbar Cina laris dibeli, saluran radio dan TV Cina penuh dengan pengiklanan yang membawa keuntungan dan nyawa panjang. Sebab Cina adalah kaum yang terkaya dinegara ini. Sistem bantu membantu, tolong menolong mereka sudah semula jadi dinegara ini melalui persatuan berbagai suku kaum dan persatuan berbagai jenis perniagaan. Sumbang menyumbang oleh beribu jutawan Cina.
Maka tiap akhbar ada ditiap persatuan diseluruh negara, dibeli dengan wang persatuan atau sumbangan sana sini. Begitu juga di kampong kampong diseluruh pelusuk negara. Maka tersebarlah agenda agenda mereka dimerata tempat.
Melayu hanya 18% kekayaan korporat sekarang. Belom dikira kekayaan dibidang bidang lain ekonomi negara. Kuasa membeli atau purchasing power walau pun untuk akhbar masih tidak sebanding dengan kaum Cina.
Kerajaan mesti berusaha sepenuhnya, mengseimbangkan ekonomi Melayu dengan ekonomi kaum Cina. Meneruskan DEB dalam MEB dan sebagainya. Jika tidak, perasaan iri hati, cemburu dan hasad dengki akan berterusan. Sepandok subversif "Malaysian Malaysia" yang dipikul DAP sudah membawa kapada MCA mahukan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan. Menimbulkan reaksi mahukan hak kerakyatan mereka juga dihapuskan.
Kaum Cina sahaja dapat mempopularkan tokoh tokoh mereka walau pun tokoh pengasas Dong Zong mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar disekolah itu tidak seimbang dengan Perkara 152 Perlembagaan. Jika dibiarkan, perpaduan jangka masa panjang tidak akan kelihatan.
Melayu kekurangan serba serbi akibat kemunduran ekonomi, pelajaran dan pengtahuan. Kuasa pembeli (purchasing power) yang rendah, tak banyak yang boleh membantu akhbar akhbar dan pengusahawan Melayu.
Kerajaan tidak boleh mengabaikan fakor ini. Tidak boleh hanya mementingkan pencapaian taraf kemajuan ekonomi dan pendapatan tinggi sahaja. Mesti seimbangkan kedudukan ekonomi Melayu dan kedudukan Melayu dibelakang dibidang professional negara ini dengan seboleh bolehnya.
Salam Dr. Ridhuan.
Satu maklumat yang amat berguna.Ianya harus direnung dan diambil iktibar.
Tapi apakah pemimpin-pemimpin negara, Melayu dan Islam maklum dan hayati hal ini, terutama sekali golongan yang lahir selepas kemerdekaan negara apatah lagi selepas penubuhan Malaysia.
Kalau kita masih mau bercakaran sesama sendiri dan membiarkan orang lain mengadudomba serta memperakperandakan sesama kita, jangan salahkan orang kiranya kita terus dihina dan diperlekehkan. Kesudahannya akan terjadilah seperti cerita "Seorang Arab Dengan Unta"
Terima sajalah....kalau kita terlalu sayangkan "politik" kepartian kita dan mengabaikan kepentingan ummah.
Sdr =InsanTakTahuDemonstasi=,
Kita tak boleh "rindukan 13 Mei". Kita mesti elakkan 13 Mei.
Tapi kita boleh suarakan apa yang kita tak puas hati bila bila masa. Walau pun berulang ulang kali. Asalkan ikut kehendak undang undang, termasuk Akta Hasutan.
Harap jangan marah saya beri sikit teguran. Untuk keamanan dan untuk masa depan anak cucu kita.
Marilah kita sebutkan segala apa yang kita tak puas hati dalam lingkungan undang undang yang ada.
Sekian, teima kasih.
Lembutlah punca politik Melayu hilang power.
Pendek kata hampir semua hak milik Melayu telah, sedang dan akan hilang segala galanya.
Yang masih kekal sekarang ialah "kereta tanah Melayu" dan "askar Melayu" serta "raja raja Melayu" yang sudah tinggal seluar dalam diterlenjangkan oleh umno yang berlembut melampaui batas.
Diminta betis diberi peha dan diminta peha diberi maruah sehingga segala galanya hilang punca.
DR Ridhuan,
Ramai yang sudah tahu dengan apa yang anda kata, bahawa Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut.
Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram.
Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur?
saya pernah sebut tidak lama dulu bahawa JAKIM cuba menghalalkan benda benda haram melalui logo halal yang diberikan kepada orang bukan Islam.
Adakah wajar JAKIM atau kerajaan yang memerintah negara ini menyerahkan kuasa kepada orang bukan islam melaksanakan hukum syarak, sedangkan mustahil orang bukan islam boleh melaksanakan hukum syarak.
Sekarang ini pun orang yang mengaku islam pun tak boleh melaksanakan hukum syarak sepenuhnya.
Betapa ramai yang menjual arak dikedai kedai mereka dipusat pusat peranginan diseluruh negara demi wang.
Itulah punca adanya kedai kek yang mengeluarkan kek haram bukan saja dari sumber babi malahan arak juga dibubuh dalam kek yang jadi kegemaran orang Melayu kini.
Saya juga pernah syorkan supaya JAKIM mengeluarkan logo haram,kerana benda hhhhhharam dijual secara bebas termasuk daging babi yang ditinkan oleh negara China.
Puncanya duduk pada kerajaan yang memberi kuasa kepada orang bukan Islam melaksanakan hukum syarak melalui logo halal JAKIM.
Ya Allah... satukanlah hati umat Islam di Malaysia...
Ameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen.
Salam Dr. Saya sangat gemar membaca tulisan-tulisan Dr. yang banyak membuka hati kita umat Islam di Malaysia, semakin hari semakin terhimpit. Suatu ketika dulu saya amat berbangga dengan bangsa Cina yang jauh lebih pintar dalam akademik, maju dalam ekonomi, cekap di dalam segala-galanya... terdetik untuk mencontohi mereka. Namun sekarang apabila saya melihat sendiri bagaimana cara licik mereka mendapatkan sesuatu yang mereka idamkan, saya jadi benci dan marah. Kenapa mereka sanggup mengkhianati bangsa lain di dalam senyum? Hanya untuk mencapai hasrat suci bangsa mereka, sehingga kepentingan bangsa lain diketepikan. Kadang-kadang saya terfikir, mengapa Malaya tidak mengikut jejak langkah Indonesia dan Thailand yang bertegas terhadap kaum pendatang sehingga mereka semakin hari semakin lantang. Saya berharap untuk Melayu bersatu sepenuhnya tanpa ada fahaman yang berbeza, tinggalkanlah persengketaan yang silam dan bina semula ukhuwah demi menjaga maruah di tanah air sendiri, sebelum ia jatuh ke tangan orang lain yang sudah lama menunggu. Orang kita selalu tertipu dengan sikap baik orang lain, walau secara senyap mereka bersatu menjatuhkan kita. Secara kasar mereka berpecah tetapi di belakang mereka berbincang, berbeza dengan kita apabila bermusuh sesama sendiri hingga ke mati.
Salam Sdr Ariefzone, jangan membenci orang Cina, kerana orang Cina itu adalah makhluk Allah seperti kita jua. Ibubapa dan adik beradik saya semuanya orang Cina. Kita ada tanggungjawab terhadap mereka. Kita perlu sedarkan mereka supaya tidak menjadi ultra kiasu seperti parti ultra kiasu dan ultra kiasu yang berselindung dalam NGO dan parti politik yang lain.
Kalau aku buat perbandingan kehidupan aku dari awal tahun 60an hingga kini, aku rasa soal bahasa melayu dan perpaduan kaum tidaklah seteruk sekarang. Zaman 60an dulu walaupun aku bersekolah Inggeris tapi pergaulan kami sesama pelajar cina dan india sangat rapat dan pastinya kami bertutur dalam bahasa melayu. Begitu juga ketika di Sekolah menengah Jenis Kebangsaan Inggeris.
Aku rasa kalau kerajaan waktu itu hanya membenarkan SMJK Inggeris diteruskan sebagai pilihan dan menutup Sek.aliran cina dan India pasti tidak akan berlaku apa yang sedang hangat kita bahaskan skrg.
Aku rasa pemimpin melayu zaman 60an dan 70an lebih iklas dan kuat semangat kebangsaannya. Pemimpin melayu sekarang? Apa telah mereka lakukan demi warisan bangsa dan tanah air mereka.
Yang pastinya apa saja yang berkait dengan bangsa melayu sikit demi sikit lenyap ditangan pemimpin melayu sendiri..
Apa yang berlaku hari ini dan akan datang semuanya akan ditentukan oleh pemimpin melayu yang telah diberikan amanah.
Pemimpin melayu boleh bercakap apa saja buat apa saja kerana masih ramai umat melayu yang akan ikut saja kerana memang sifat dan tabiat orang melayu setia ,patuh ,ikut saja,tak apa,ya ke,biarlah dan ada aku kisah!
So..amat malanglah bangsa melayu jika terus mendapat pemimpin melayu yang tahu mengambil kesempatan.
Kita mahukan pemimpin melayu yang tegas.Tak kira samada kerajaan atau pembangkang. Oleh kerana negara ini masih mempunyai majoriti orang melayu serta perlembagaan yang begitu jelas maksudnya maka amat penting asas dan dasar kemelayuan ini dituruti demi memelihara perpaduan dan keharmonian negara yang sangat kita cintai ini.
Saya setuju dengan Dr Ridhuan.
Semua komen komen saya dan saya percaya rakan rakan yang lain sebenarnya ditujukan khusus buat Cina yang ULTRAKIASU sahaja seperti Song (budak ini bukan ultrakiasu sahaja bahkan spesis baru..layak dipanggil morbidly super ultrakiasu).
Yang komen saya yang kasar itu memang disengajakan, supaya saya boleh "whack some sense" to this ultrakiasu people.
Kepada Cina yang tak ULTRAKIASU. Anda semua jangan risau, kami mengalukan alukan kamu semua di bumi Malaysia ini dan komen komen saya itu memang tak ada kena mengena dengan kamu semua (Cina yang tak ultrakiasu)
Harap maklum
Anon 10:54 AM,
Saya setuju dgn pendapat Sdr tapi langsung tak yaakin pemimpin Melayu pembangkang yang ada sekarang boleh menyelamatkan keadaan. Saya fikir akan lebih teruk keadaan jika dibawah depa.
Lihat sahaja pemimpin PKR sanggup ketepikan Ketuanan Melayu yang tersemat diKedudukan Istimewa Melayu diPerkara 153 Perlembagaan. Lihat saja pemimpin PAS yang sanggup sebantal dengan DAP, Nik Aziz kagumkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh walau pun depa kata "Never" dan "Over my dead body" kapada Hukum Hudud yang PAS mahukan.
Sebenarnya, depa lah yang telah mengakibatkan perpecahan Melayu sehingga kita lemah dan dieksploitasi ultra kiasu. Pulaknya, bukan sahaja DAP yang ultra kiasu sekarang. MCA yang cuba memajukan resolusi seminar mahukan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan - sehingga ada Melayu yang mmahukan hak kerakyatan depa
juga dihapuskan - sudah mula jadi ultra kiasu jugak.
Tak boleh macam tu. Kita Melayu tak boleh diamkan. Mesti terus laungkan dengan lantang. Kalau nakkan apa pun, jangan sekali kali lagi sebut pasal sasaran ekuiti Melayu dihapuskan. Kita mesti bangkang depa fasal ini sampai bila bila.
Bangkang DAP sudah tentu lah - depa ultra kiasu sejak mula pikul sepandok Malaysian Malysia kononnya, tak hormatkan Perkara 153
Perlembagaan negara fasal Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah.
Kita desak pemimpin Melayu sekarang ambil perhatian jangan benarkan perkara resolusi jahat MCA itu berlaku lagi dengan tidak diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Itu nyata menghasut.
Kita juga desak pemimpin Melayu sekarang jangan asyik mikirkan undi. Kena pertahankan hak dan majukan kepentingan Melayu. Jika tak, kita desak UMNO gantikan depa.
Saya sokong kata ikhwan 11:04 AM.
Salam Dr Ridhuan,
Harap2 Dr jangan marah kalau ingin menyedarkan Dr samada sudah memastikan kesahihan dan ketepatan setiap berita yang diterima atau yang ingin disampaikan sebagaimana yang telah diarahkan oleh Allah SWT.
Walaupun Dr tidak menamakan kedai kek tersebut, sudahkah Dr melakukan proses menyelidik kesahihan berita terutama dengan pihak Jakim sepertimana yang dianjurkan oleh pihak kedai kek tersebut?
Sekali lagi, saya berminta maaf sekiranya terlanjur menyedarkan diri Dr.
Sekian, wassalam.
Anon 2:27PM
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
sila rujuk disini:
http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/search/label/DNA%20BABI
http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe
Saya pun tak pasti sebenarnya berkenaan hal ini. Carian didalam Jakim masih menunjukkan yang barang Puratos dan Secret Recipe tersebut masih dalam bahagian halal.
Kalau was was tu...baik tak payah beli lah. Kedai Orang Islam pun banyak lagi kat Malaysia tu...lainlah saya yang kat Australia ni...punyalah susah nak cari kedai kek yang ada tanda halal.
Saya tidak nampak logik atau siumannya "ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik ..." bila dia memutar belitkan dasar pendidikan negara yang berpandukan kapada Perlembagaan negara dan menghasut rakyat supaya bencikan YDP Agong.
Berbuat demikian selepas Merdeka dimana Perlembagaan negara nyata menyebutkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah menghasut dan beliau sepatutnya didakwa dibawah Akta Hasutan. Terutamanya bila dia menghasut bencikan YDP Agung dengan memutar belitkan Perkara 152 berkenaan Bahasa Kebangsaan.
Kerajaan langsung tidak boleh mengiktiraf apa yang dikatakan sebagai ‘perjuangan’ beliau bila tindakan beliau itu merupa mengkhianati negara. Menghasut bencikan YDP Agung adalah mengkhianati negara dari apa segi pun. Apatah lagi bila berdasarkan interpretasi Perkara 152. Peruntukan itu menyatakan bahasa selain dari Bahasa Melayu tidak boleh digunakan bagi urusan resmi, dan, dengan itu, sebagai bahasa pengantar disekolah. Sekolah adalah urusan resmi mana mana negara pun.
Ultra kiasu yang mengungkit perkara ini dan menyiarkannya diakhbar sekarang adalah memutar belitkan peruntukan Perlembagaan negara berkenaan hak kebebasan bersuara. Hak itu nyata terbatas. Perkara perkara sensitif diPerlembagaan nyata dilindung oleh Akta Hasutan. Termasuk kedudukan YDP Agong yang terdiri dari seorang daripada Raja Raja Melayu. Perkara 153 menyatakan fungsi dan kedudukan Raja Raja Melayu. Salah diAkta Hasutan menyo'al Perkara 153. Apatah lagi menghasut bencikan YDP Agong.
Mereka yang menghebohkan perkara itu perlu diambil tindakan undang undang. Mana mana tindakan dan kata kata yang menghasut mesti dikenakan dakwaan Akta Hasutan. Mereka berkenaan perlu disiasat.
DS Najib perlu sedar selagi dia diamkan perkara seperti MCA memajukan resolusi seminar mahukan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan, selagi itu pihak ultra kiasu akan naik kepala dia. Resolusi seperti itu menarik panggilan supaya hak kerakyatan mereka yang berkenaan juga dihapuskan. Ini mengerohkan lagi keadaan dan akan menjejaskan ketenteraman. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan menyiasat mereka berkenaan dan mendakwa mana yang menghasut.
Ikhwan,
Periksalah berita itu terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum dalam keadaan jahil, lantas kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan.
omunikasi dan penyebaran maklumat tidak berlaku secara lisan tetapi disebar pantas secara maya (virtual) melalui internet. Penciptaan alat komunikasi ini mempunyai banyak faedah jika digunakan dengan baik. Pengguna perlu berdisiplin, mengikut peraturan dan bertanggungjawab supaya kemajuan itu tidak disalahgunakan terutama menyebarkan perkara tidak benar. Amat mendukacitakan apabila ada menggunakan kemudahan internet ini untuk menyebarkan maklumat palsu, pembohongan dan fitnah.
Senario ini menyebabkan masyarakat berada dalam dilema, sama ada mahu mempercayai atau terus menafikan sesetengah maklumat yang disebarkan melalui internet atau lisan itu. Kesan penyebaran maklumat melalui lisan mahupun internet sama saja. Jika secara lisan maklumat boleh dimanipulasi dan dikelirukan, begitu juga melalui internet. Malah melalui internet, latar belakang diri boleh dirahsiakan menggunakan nama samaran dan maklumat diri yang palsu.
Ada kala ini menyukarkan untuk mengesan ‘orang’ yang mendalanginya. Oleh itu, segala berita yang disebarkan, tidak kira melalui lisan mahupun internet hendaklah diselidik terlebih dulu. Untuk menilai kesahihan sesuatu berita yang disebarkan, al-Quran sudah ada garis panduannya.
Allah SWT sudah memberi peringatan dan mengajar semua umat Islam supaya meneliti serta menyelidik terlebih dulu berita disampaikan kepada mereka. Jangan tergesa-gesa mempercayai sesuatu berita dan jangan terlalu cepat menafikannya sebelum membuat penelitian terhadap kebenarannya. Takut jika terlalu tergesa-gesa membuat keputusan berdasarkan berita disebarkan, menyebabkan orang yang diberitakan itu mendapat hukuman, padahal ia tidak melakukan kesalahan pun. Dalam hal ini jelas berlaku penganiayaan dan kezaliman.
Umat Islam seharusnya berhati-hati menerima berita yang disebarkan. Penyebaran dan perkongsian maklumat yang tidak berpandukan kaedah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis, boleh menimbulkan ketegangan dan pertelagahan dalam masyarakat.
Umat Islam juga seharusnya berfikir dengan rasional manfaat dan kemudaratan hasil tindakan yang akan dilakukan.
Aku rasa ramai yang setuju dan menyokong pendapat sdr.ridhuan 10.26am.
Golongan manusia yang ultrakiasu ni bukan dari kaum cina aje. ultrakiasu dari kaum India juga pun sangat hebat. Dan paling terhebat sekali adalah segelitir pemimpin melayu yang sanggup menjadi pengikut kepada golongan manusia yang ultrakiasu ini.
Golongan manusia yang ultrakiasu ini sebenarnya terdiri dari bangsa MALAYSIA yang ego,kelam kabut jati dirinya,takut pada bayang-bayang sendiri,tidak menghormati perasaan orang dan tidak tahu mengenang budi..
Dengan kelembutan yang ada pada kerajaan, maka itu di anggap kelemahan, wajar ditukar kepada satu kepimpinan yang lebih keras.
Mana ada bebas suara yang tak terhad. Pergilah negeri China mau tau. 10 tahun dulu cakap tak kena sikit saja kena sumbat jel. Sekarang dah kurang, tapi cuba lah cakap sesuka hati mau tau sampai ke mana.
Inilah masalah diorang yang tak sedarkan diri. Tak berterima kasih dapat kerakyatan dan diam dinegara yang ada banyak kebebasan.
Jangan cakap pasal ada Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tak ada kebebasan. Nanti aku suruh pergi ke Guantanamo Bay, USA, tengok Amerika yang kononnya tersangat bebas pun ada tahanan tampa bicara macam ISA kita. Masih ada lk 200 tahanan disitu sekarang.
Ini adalah sbhgn dr keratan yg saya ambil dr penulisan Jawid Laiq pd thn 1988 ttg btp pemimpin Melayu terutama UMNO m'gambil sikap b'lembut t'hdp DAP dan ultrakiasu sudah t'lalu lama.
'There is concern that politics in Malaysia may be polarised along Malay vs Chinese racial lines. The ruling National Front has traditionally defused polarisation by co-opting such radical ethnic parties as the Malays oriented PMIP and the Chinese-oriented Gerakan.The National Front government has already moved towards making its economic policies more sensitive in reducing
poverty among all Malaysians rather than merely among Malays. It may now resort to its traditional pattern by trying to co-opt the DAP rather than confront it.'
Kl di Indonesia lain pl halnya iaitu dr Alexander (dlm tulisan Jawid Laiq, 1988)
"In Indonesia, public suspicion of ethnic Chinese has a long history, starting with the use of the Chinese as middlemen by the Dutch colonisers. Later even while president Sukarno encouraged a policy of close friendship with Beijing, Government Regulation No. 10 of May 4, 1959 banned any ethnic Chinese from trading in rural areas. By 1960,there was a mass exodus of 4,00,000 Chinese petty traders and their helpless families from the Indonesian country side into urban areas.
About 1,00,000 of these forced migrants left Indonesia. China had to send ships to repatriate 40,000 of them".
Saya juga hairan dikala kita sbk derdialog di sini, pemimpin2 Melayu/Islam masih buta dan pekak dgn hujjah kita. Malah mereka semakin tunduk kpd ultrakiasu yg semakin lantang cuba menenggelamkn hujjah kita di sini. Keluar satu persatu isu baru, Lim Lian Geok salah satunya, di kala kita mendesak kerajaan mengahpuskan sekolah vernakular.
Memang amat licik.
Pilihanraya dah dekat. nah, bagi mereka yang kononnya dah 'sedar', apakah pilihan anda ?
- Undi pembangkang dan negara akan hancur .
- Undi BN dan habuk pun tak ubah ?
Cakap banyak tiap hari pun takde guna. Sekurang2nya kita kena ada satu jalan bersama untuk mencapai matlamat.
Bila dah ada jalan bersama itu, kita lebihkan lagi cakap banyak disamping menyeru kawan2 supaya ikut sama jalan yang dipilih. Baru nampak yang kita ni ada satu tujuan walaupun kita pot pet.
Cakap kena terang, tak boleh dah main kias2. Pemimpin yang ada bukan bodoh, jangan kita anggap mereka tak tahu semua benda yang kita bincang ini.
Mereka tahu tapi merek tetap teruskan cara mereka kerana ada kepentingan lain yang lebih penting, kepentingan yang tak ada kena mengena dengan bangsa atau ugama.
Nak peringatkan mereka ? Buang masa !
The only way adalah tunjukkan yang 'kita' ( orang2 yang sedar ) ada lah satu kuasa/pengaruh yang perlu diberi perhatian kalau mereka mahu terus berkuasa. Tak boleh berlembut dah. Tapi bukan maksud saya berkeras, cuma bertegas.
Kita kena jadi a force by itself, jika tidak suara2 kita tidak lebih macam buni nyamuk yang menganggu je. Dan kita juga akan terus je bercakap dan komplen sampai kita mati - habuk pun tarak !
Maaf, tidak berniat kasar berbahasa cuma nak lepas geram je...
Salam semua
Untuk Makluman
disini saya terjumpa dua blog yang mengatakan "secret recipe" halal.
Untuk maklumat lanjut sila baca blog dibawah:
http://missirina.blogspot.com/2011/05/secret-recipe-halal-or-not.html
http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2011/05/update-maklumbalas-dari-secret-recipe.html
Halal atau tidak? Masing masing boleh menyelidik dan buat keputusan sendiri.
Terima kasih
Saya fikir halal atau tidaknya mesti bergantung kapada pengesahan Jabatan Agama atau yang ditauliahkan mereka mengesahkannya.
Blogs bermacam yang ada, tak tahu siapa sebenar pemunya blog itu atau apa tujuan blog tersebut mengatakan halal atau tidaknya.
Saya syorkan diMalaysia bila ragu, kita jangan makan di situ, cari kedai yang disahkan atau kedai Melayu.
Di luar negeri lain lah. Kita berjaga, berusaha dan berserah kapada Tuhan. Saya pernah naik kapal terbang Japan Airlines ke USA dalam kumpulan yang ada Tan Sri dan beberapa yang 'alim. Eksekutif yang mengelolakan dan mengiringi kumpulan itu nyata telah minta JAL makanan Islam, dan tempat duduk kami mereka tanda.
Steaknya sedap, lembu yang diakui mereka disembelih. Tetapi Tan Sri itu nampak daging itu diikat dengan benda yang dia nampak pelik. Bila ditanya, kami diberitahu itu adalah pig intestine. Celaka. Mengamok kami, terutamanya Tan Sri dan 1-2 yang lain. Terbongkok bongkok seorang lepas seorang JAL Stewardess, Chief Steward dan "Flight Purser" meminta ma'af. Astaghfirullah.
terima kasih atas keberanian Dr Tee MEMBELA bangsa Melayu..walaupun darah yg mengalir dalam diri Dr Tee bukan darah Melayu...namun Islam telah menjadikan Dr Tee seorang yang bericikan Melayu ..seperti yang Dr. Tee jelaskan dalam artikel ini...ciri Melayu sebagai seorang yang lemah lembut..bertoleransi, dlll..tapi sayang sekali,hanya seorang Melayu yang lantang memperjuangkan HAK Melayu.. Datuk Ibrahim Ali .... adakah semua Melayu takutkan I.S.A ...ayuh wahai anak muda Melayu pertahankan HAK dan NEGARA mu...
dinturtle,
cadangan saya ialah semasa pilihanraya nnti, kita lihat kpd calon dan bukan parti sbg penentu.
Di negara barat kepimpinan dan kemampuan calon yang dipilih menggambarkan pengundi dianggap sbg membuat pilihan yg matang.Sbg seorg Islam, akhlak calon adalah kriteria utama biar dr parti mana sekalipun, UMNO baik PAS.
Ianya bkn lg terletak kpd parti yg memerintah. Bkn lg check and balance keutamaan kita, kesatuan ummah adalah wahid kerana selama2nya golongan kufar tidak akan senang dengan kesatuan ummah. Dgn itu, kita berupaya mencorak perubahan dlm senario politik Malaysia. Biar calon2 yg terbaik dr PAS dan UMNO dipilih dan bknnya lembu yg blh ditarik hidung. Bl keadaan itu berlaku, mereka terpaksa memikirkn langkah seterusnya utk kepentingan ummah dan negara.
Bgmn kl dua2 tak bagus, lihat mudarat yg kurang antara mereka. Penentuan imam dlm solat blh kita jadikan panduan.
Any take?
Kenapa Melayu di Malaysia masih buta walaupun celik?
Melayu sangat Terang Mata Hati dengan HIBURAN.
Apa jua aktiviti kalau tak ada elemen hiburan tak dapat sambutan. Kita selalu dihiburkan dan berhibur. Bila kita terhibur kita jadi alpa dan lalai. Bila kita tersedar, pada masa itu kita telah hilang segala-galanya.
Jatuh Melayu maka pudarlah Islam. Jika Hamas dan Fatah boleh bersatu kenapa Melayu masih bercakaran. UMNO rela hati memeluk MCA dan PAS senang hati mencium DAP. Adalah lebih molek jika UMNO dan PAS dapat tidur sebantal.
Melayu perlu berkuasa sepenuhnya melalui penyatuan atau kita akan jadi macam Lebai Malang dan Pak Pandir. Menang sorak kampung tergadai, di sana melepas di sini pun hilang.
Menyalahkan Orang Cina ultrakiasu memang mudah. Tetapi mereka mempunyai visi dengan penuh kesedaran dan tidak pernah lena walaupun sedang tidur. Mereka sentiasa memperkasakan barisan walaupun memakai uniform yang berlainan warna. Nampak bergaduh di luar tetapi sangat baik di dalam. Di luar mereka dapat manakala di dalam mereka menang. Perjuangan mereka bermatlamat dan apa yang diidamkan pun amat jelas. Mereka sentiasa celik walaupun NAMPAK macam BUTA.
Diharap ada terjemahan dibuat kedalam bahasa Melayu (Kebangsaan) crita2 akhbar Cina supaya seluruh masyarakat Melayu tahu isi hati mereka yang busuk itu.
Memang benar akhbar2 Cina rasis malahan NTV7 juga dan beberapa rancangan berbahasa Cina seperti "What Say You" dalam bahasa Cina bersifat rasis. Tolong buat terjemahannya kedalam bahasa Melayu.
Siapa yang ingin buat demontrasi perlu tahu bahawa mesti ada permit atau kebenaran dari Polis. Jika tidak akan diarah bersurai. Jika tidak akan disembur air deras. Jika bekeras lagi akan ditangkap. Banyak berlaku kapada kumpulan ultra kiasu dimasa lalu.
Satu cara yang lebih baik ialah berdemonstrasi di blog seperti ini. Boleh keluarkan suara dan tunjukkan perasaan beramai ramai. Boleh dimasa yang sama tapi komen keluar satu lepas satu. Kalau ramai dan pesanan yang lebihkurang sama atau serupa tujuan, itu boleh dikira demonstrasi juga.
Ingat, satu sebab Tun Dol yang dibenci dinyahkan dari jawatan Presiden UMNO ialah blog seperti yang Tun Dr Mahathir bukak. Beratus komen ditiap satu pos dia.
Asalkan cakap tak seditious atau mengancam ketenteraman negara, tak ada masalah. Beribu komen bagi satu pos pun boleh.
Amacam, jom berdemonstrasi kita diInternet. Komen beramai ramai diblog ini dll. Tuju blog yang popular lah. Kalau tak, orang tak baca kita.
Pendek kata, satu sebab suara Melayu tak berapa kuat ialah banyak sangat yang nak bukak blog. Amacam kalau kita tumpukan kapada beberapa blog saja untuk meluahkan rasa tak puas hati kita. Jangan marah saya kata begitu.
Anon 7:57am
Saya tak fikir yang banyaknya blog mengurangkan kuantiti komen dari orang Melayu.
Kalau lihat pada kaum Cina sendiri, mereka juga ada blog persendirian yang banyak.
Cuma saya lihat, kita tiada blog "focal point" untuk semua bersatu mengeluarkan pendapat. Tidak seperti kaum Cina, mereka ada MT dan MI. Disitulah pusat mereka berkumpul...sebab tu nampak banyak. Kalau lihat blog blog persendirian mereka...sama sahaja dengan blog blog Melayu yang lain. Tak banyak pun komen.
Ini teori pertama...teori kedua...
Kerana sikap "tak pa" orang Melayu. Mereka tak kisah orang tulis apa apa di internet..tak payah balas katanya....Mereka kata "tak apa lah..nanti time undi kita tunjuklah mana yang kita sokong"
teori ketiga:
Orang melayu terlampau "sibuk" dan "rajin" bekerja :) Tak sempat nak luangkan masa menulis komen di blog blog seperti ini. Sempat baca sahaja :).
Tak macam si ultrakiasu yang bernama Song tu...tak ada kerja duk jaga cyber cafe je...sebab tu yang banyak masa nak lemparkan komen kosong kat blog ini dsb.
Sekian
Penulis blog anti DAP.
Penulis blog sangat rasis.
Penulis blog pro UMNO.
Demonstrasi perkauman yalah tu!
Apakah kita masih buta? memang "YA" titik.
Jawapannya bukan setakat buta mata malah sudah buta hati.
Bila hati dah buta hati begitulah jadinya sehingga tak nampak halal haram lagi.
Yang mereka nampak harta dikumpul seberapa banyak mungkin yang boleh tanpa menyedari negara sudah tergadai.
Politik negara mahu tak mahu ikut terlunjuk orang lain.Yahudi dan kafisme dijadikan ikutan.
Begitulah jadi hati dah buta lantas jauh dari pertunjuk Allah kerna mendapat pertunjuk syaitan dan iblis.
Rick & DI are informing way more than that...Utah going under fast with SEACREST- REGIS!
Tindakan Anwar melancarkan gerakan reformasi telah mencetuskan satu percikan api yang membakar semangat juang setiap orang yang inginkan perubahan.
Tidak dapat disangkal apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim menjadi pemangkin kepada penyatuan pelbagai kekuatan politik di luar pemerintah yang mahu melihat perubahan dan keadilan di wujudkan di bumi Malaysia ini.
Trend blog ini mengajak pembaca membenci dan memfitnah DAP dan sekutunya sebagai pembangkang yang tidak boleh dipercayai dan cukup merbahaya.
Kandungan blog ini pula hanyalah menabur kebencian dan sikap benci atau melemparkan persepsi negatif terhadap DAP dan sekutunya. Maka slogan-slogan seperti pengkhianat, rasis, jumud, penipu dan lain-lain lagi dilemparkan kepada pembangkang.
Blog ini tidak pernah jemu-jemu memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan sentiasa mengingatkan orang Melayu agar peka dengan taktik halus pihak yang mahu menghapuskan hak istimewa bumiputera sementara musuh utama negara ini ialah korupsi dan salah tadbir.
PAS dan PKR dituduh dalam blog ini sebagai penyebab perpecahan kaum Melayu dan sebagainya.
Penulis blog menganggap dirinya sebagai penyedar umat Melayu dan orang Cina kerana beliaulah merupakan insan yang terpelajar.
Semua rakyat mempunyai hak tersendiri. Kalau masih yakin dengan BN dan UMNO, undilah mereka.
Bagi yang inginkan perubahan, undilah yang alternatif.
Cukuplah dengan penulisan dan tohmahan serta fitnah yang menyinggungkan perasaan pembaca. Buatlah undi yang sepatutnya.
Anon anon sekelian...apa lah susah nya nak letakkan "nick name".? Boring dan susah la setiap kali nak reply kena copy paste pastu nak kena tengok waktu pulak tu...
Tolonglah letakkan "nick name".
Terima kasih.
_______________________________
Sekarang nak reply anon 9:43am
Amboi sedap betul anda menulis :"Kandungan blog ini pula hanyalah menabur kebencian dan sikap benci atau melemparkan persepsi negatif terhadap DAP dan sekutunya."
Apa yang fitnah dan apa yang persepsi negatifnya? Siapa yang mempertikaikan pemberian biasiswa JPA? (wee ka siong dari MCA kemudian disahut pula oleh PKR dan DAP). Siapa yang mahukan kuota ekonomi dan pelajaran untuk pribumi dihapuskan? Apakah anda tidak baca komen komen penyokong anda (pakatan rakyat) yang menghina Melayu dan Islam (bukan menghina Umno, kalau hina UMNO, buat apa aku nak kisah)? Bacalah blog Lim Kit Siang sendiri dan lihat bagaimana dia memutar belitkan Sejarah Tanah Melayu semata mata untuk menunjukkan yang tanah bertuah ini sebenarnya milik Cina!?
Alangkah naifnya....bagaimana pula ini boleh dikatakan fitnah dan bagaimana pula boleh dikatakan sebagai "persepsi"!!??. Ini bukan fitnah dan ini bukan persepsi. Ini adalah kenyataan dan semua ulasan dan kesimpulan yang dibuat berdasarkan bukti yang nyata.
Seperti tajuk di posting kali ini, saya ingin bertanya pada saudara jika saudara ini Islam dan Melayu:
Apakah masih buta!!??
Lagi dari anon 9:43am
________________________________
Semua rakyat mempunyai hak tersendiri. Kalau masih yakin dengan BN dan UMNO, undilah mereka.
Bagi yang inginkan perubahan, undilah yang alternatif.
__________________________
Hehe..kalau undi PR...perubahan yang macam mana tu? Ke arah yang baik ke lagi jahanam!?
anon 9:43am,
______________________________
Cukuplah dengan penulisan dan tohmahan serta fitnah yang menyinggungkan perasaan pembaca. Buatlah undi yang sepatutnya.
________________________________
Huh...tersingung rupanya kawan kita ini....
Habis yang penulisan penulisan racism,tohmahan serta fitnah dari puak ultrakiasu di MT dan MI dsb tu macam mana!? Saudara ingat pembaca pembaca lain tak tersinggung?
Apa kata saudara nasihatkan mereka (MT dan MI) supaya berhenti mem"fitnah dan Men"tohmah" seperti mana saudara dengan "ikhlasnya" menasihati Dr Ridhuan.
Sekian
Terima Kasih
Ikhwan sayang,
Macam mana nak tau kalau sokong alternatif, negara ke arah jahanam?
Macam anon dah kata, kalau tak yakin, sokonglah BN aje.
Relek lah beb, tok sah cepat boring ngan nick name. Itu hak masing2. Gitu jugak hakmu nak cadang.
Yang penting, jgn lupa mengundi, ok?
adios, beb!
Isu hubungan akrab PAS-DAP diputarbelitkan sebagai bukti kedua-dua parti itu telah menggadai prinsip perjuangan demi mencari kuasa politik. Mengapa PAS mesti ditolak? Umno memperbodohkan orang Melayu kononnya PAS alat DAP.
Mengapa DAP tidak boleh dipercayai? MCA mengelirukan orang Cina kononnya DAP sudah mengikut telunjuk PAS.
Antara yang sering dipetik dan diulangsebut dalam blog ini ialah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang mencabar PAS melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam.
Namun, apakah adil menjadikan kenyataan itu sandaran memburukkan imej DAP selama-lamanya?
Para pemimpin DAP adalah manusia biasa yang mampu berubah pemikiran dan pendirian. Karpal sendiri sudah menunjukkan perubahan sikap amat ketara.
Hujah “langkah mayat saya dulu” itu sudah tidak relevan dan termansuh dengan sendirinya apabila beliau mengisytiharkan pendirian merasionalkan agenda PAS menegakkan Negara Islam.
Harus diakui sebelum ini komen DAP mengenai Islam ekoran kejahilan mereka tentang Islam. Ia tidak berpeluang mengenali PAS secara lebih dekat dan mendalami Islam dengan minda terbuka.
Sebaliknya, baru tidak sampai sepenggal menjalin hubungan akrab dengan PAS, nada cakap pemimpin DAP mengenai Islam sudah banyak berubah. Contoh ekstrem, apabila memerintah Pulau Pinang, ketua kerajaannya secara terbuka menyatakan hasrat mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.
Biarpun ada pihak terutamanya penulis blog ini mempertikai sejauh mana realistik hasrat itu, sekurang-kurangnya pemimpin Cina bukan Islam itu sudah tertarik dengan model pemerintahan Islam.
Sedangkan Umno yang mengaku Islam dan telah berpeluang memerintah negara lebih separuh abad membuktikan sebaliknya.
Umno ternyata gagal memahamkan rakan baiknya untuk lebih bertoleransi. MCA tergamak berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS menentang pelaksanaan hukum Islam. Presiden MCA juga mengaitkan Islam dengan kemunduran negara.
Indahnya Islam... tak pernah buat kacau di Malaysia tercinta ini... Yang selalu buat kacau yang masih belum memeluk Islam. Bukalah mata dan masih belum terlambat mengenali agama suci ini...
Huiyo
Ada orang sayang kat aku la pulak. Kalau perempuan tak apa jangan kau ni laki pulak...nanti jadi macam Anwar Aljuboori :)
Thank you
Anon 10:42am
Macam mana nak tahu kalau PKR memerintah negara jadi jahanam?
Tengoklah contoh apa yang jadi di negeri pakatan. Tak lari dari masalah korupsi dan salah tadbir seperti UMNO/BN dan..
Kalau mulut pun dah lantang mempertikaikan hak Melayu! Bagaimana pula dengan tindakan? Memang confirm jahanam.
Anon 10:42am:
__________________________________
"Macam anon dah kata, kalau tak yakin, sokonglah BN aje."
________________________________
Itu tak payah nak bagitahulah...semua orang tahu...
begitu juga sebaliknya...Kalau tak yakin dengan BN sokong lah pembangkang!?
Kita sebagai orang Islam mesti juga pesan memesan satu sama lain...seperti juga saudara yang cuba menasihati saya dan orang lain di blog ini...
Oleh itu saya fikir memang banyak keburukan nya mengundi Pakatan Pembangkang. Jadi saya seru orang ramai supaya jangan mengundi mereka!
Lagi dari Anon 10:42am
______________________________
Relek lah beb, tok sah cepat boring ngan nick name. Itu hak masing2. Gitu jugak hakmu nak cadang.
___________________________
Iyelah beb...suka hati ko lah nak letak anon ke apa...
Tapi aku cadangkan sekali lagi tak payah la pakai anon..letaklah nickname bukan susah sangat pun ok.
give up your passport lah ultrakiasu!
Jangan lupa rekod buruk Umno sendiri terhadap Islam. Umno bertegas tidak mahu hudud dilaksanakan. Ia menggunakan kuasanya di kerajaan Pusat menghalang usaha itu.
Bahkan bekas perdana menteri pernah memberi amaran kepada Kelantan dipimpin PAS agar tidak menerukan hasrat itu. Ertinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah.
Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut “daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakan untuk buat jalan raya?”
Pemimpin sama juga membidas kecaman umat Islam terhadap tabiat pemimpin yang suka meminum arak. Antara reaksinya, “apa salahnya jika hanya seteguk (bir)?.”
Pemimpin Umno selepas itu turut menyerang hukum Allah. Antara katanya yang masyhur, “jika dilaksanakan hukum potong tangan (hudud), nescaya akan busuklah Sungai Kelantan.”
Jangan lupa juga, seburukburuk DAP, bukan parti itu yang meruntuhkan masjid di Terengganu dan menyondol beberapa surau di serata negara.
Bukan juga pemimpin parti itu yang bertanggungjawab menyuburkan budaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama dalam masyarakat negara ini.
Bukan DAP yang menolak mentah-mentah garis panduan hiburan dikeluarkan Jakim, meluluskan lesen arak dan judi, mencadangkan hab hiburan demi mempertingkat ekonomi, menyuburkan budaya rasuah dalam pemerintahan dan masyarakat, membazirkan wang rakyat dan berbagai lagi. Sebaik-baik Umno, itulah kerja “baik”nya terhadap Islam dan negara!
Parti yang lebih lantang sejak dulu dan bertambah lantang mutakhir ini menentang pelaksanaan Islam bukannya DAP, tetapi MCA selaku rakan akrab Umno.
Justeru, sayogia ditanya Umno yang kononnya pembela dan penegak Islam di negara ini, apakah ia melakukan sesuatu untuk mengubah persepsi amat negatif di kalangan rakan bukan Islam BN terhadap Islam? Maaf cakap, keceloparan para pemimpin MCA yang kebelakangan ini semakin lantang menghina dan membuktikan sebaliknya.
Umno ternyata gagal memahamkan rakan baiknya untuk lebih bertoleransi. MCA tergamak berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS menentang pelaksanaan hukum Islam. Presiden MCA juga mengaitkan Islam dengan kemunduran negara.
ikhwan,
Bukannya "mengurangkan kuantiti komen dari orang Melayu." Tapi kurangnya konsentrasi, tidak dapat impak seperti jika lebih banyak komen Melayu ditumpukan dibeberapa blog yang diketahui popular dan kuat perasaan Melayunya.
Seperti blok MI, MK, MT. Semua ultra kiasu dan sedikit kiasu nak dengar Malay or UMNO/ BN bashing, tuju kesitu. Blog seperti MI, MK dan Free Malaysia Today dikatakan diongkosi pembangkang jutawan seperti Anwarul Jalan Belakang atau jutawan kroninya dan sesiapa lagi. Mungkin jutawan Zaid Ibrahim pun ada menaja satu sepertinya.
Mereka siap dengan kaki tangan berpengalaman. Termasuk Ketua Eksekutif dan wartawan wartawa yeng bergaji bulanan dan ada sekim perkhidmatan yang memuaskan. Operasinya seperti sebuah akhbar. Wartawan wartawan dihantar meliputi dan melaporkan peristiwa harian, kemudian diarah "follow up" besoknya atau sepertinya. Cara melapornya dan menyiarkan berita bergantung kapada Editor.
Pengarah Urusan dan/ atau Managing Editor Malaysian Insider dikatakan ialah bekas wartawan Reuters dan Reuters berpengalaman dalam perang saraf (psychological warfare) membenteras musuh secara senyap dsbnya diPerang Dunia Kedua, berperanan mengutip rahsia (intelligence) dan menyebarkan berita cara khas. Perkara "slanting the news, misinformation, disinformation, misdirection, silent propaganda dan sepertinya dilakukan dengan teratur dan mengikut sistem dan jadual.
Malaysiakini begitu juga. Pernah dimarah Menteri Dalam Negeri kerana salah melaporkan apa yang dikatanya. Tapi banyak rakyat sudah baca. Dari segi dakyah atau propaganda, terutamanya dakyah kominis, ada maxim mengatakan: tidak peduli apa yang dikatakan, asalkan dikatakan untuk menimbulkan syak wasangka pembaca. Atau, tak kisah betul tidaknya sesuatu maklumat itu, asalkan selalu dikatakan lama lama orang akan percaya sedikit sebanyak.
Btw, ada pulak papatah Melayu yang lucu: kalau cakap 44 kali, mungkin akan jadi benar. Kapitan Cina Kongsi Gelap penjahat dan gengster Hai San ke Ghee Heng ke diLarut pulak buat petition dengan 44 gengster tanda tangan, minta British diPenang masuk Perak tolong dapat dapatkan balik lombong bijih yang ditawan musuh. The rest, as they say is history - bloody British colonization and the problems we are suffering right to this very day. Damn.
Ada ke UMNO mempunyai blog beroperasi seperti MI atau MK? Termasuk ada full-time Blog Admin staff mengawal komen masuk keluar, block memblock mana yang tak sesuai dengan agenda blog financiers. Bagaimana mahu dapat tumpuan pengkomen pengkomen Melayu diblog yang popular supaya pihak berkuasa dengar suara ramai Melayu?
Heboh RT dan 1-2 lain dituduh dibayar UMNO dsbnya yang mengarut. Blog blog demikian nak employ seorang full-time Admin Staff pun tak terdaya. Jangan marah, RT saya cakap begini.
Sekarang nak respon komen Anon 9:43 AM dan 1-2 kemudiannya yang rasanya dari dia juga.
"gerakan reformasi telah mencetuskan satu percikan api"? Percikan air mani lebih munasabah!
Anwar telah memecahkan Melayu. Dengan itu dia menjadi pengkhianat bangsa. Di dalam dan diluar negara. Sanggup ketepikan Ketuanan Melayu. Laungkan ketuanan rakyat kononnya, apa yang telah cuba ditonjol DAP. Mencerca negara ini bermacama macam bila diluar negara. Banyak rakyat sudah tahu. Zaid Ibrahim pun sudah cabut dari dia.
Bila mengata trend disini "membenci dan memfitnah DAP dan sekutunya sebagai pembangkang", mengapa tidak keluarkan hujah hujah sebaliknya. Hanya menyebut "tidak boleh dipercayai dan cukup merbahaya" budak budak pun boleh cakap. Pulak diulang saja kata kata begitu diperenggan berikutnya.
Mengapa dia tidak suka "Blog ini tidak pernah jemu-jemu memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan sentiasa mengingatkan orang Melayu agar peka dengan taktik halus pihak yang mahu menghapuskan hak istimewa bumiputera". Mengapa dia tidak buat counter-comment diatasnya? Dan siapa kata korupsi dan salah tadbir tidak dibidas diblog ini? Jumudlah kamu berkata demikian.
Hanya menyebutkan "PAS dan PKR dituduh dalam blog ini sebagai penyebab perpecahan kaum Melayu dan sebagainya". Tapi tak ada hujah hujah menafikannya. Mengaku betul ke?
Yang masuk akal dikomennya setakat ini ialah "Semua rakyat mempunyai hak tersendiri. Kalau masih yakin dengan BN dan UMNO, undilah mereka"
Saya langsung tak yaakin ada "yang alternatif".
Sekian setakat komennya di 9:43 AM.
Akan merespon kommenya yang lain kemudian masa.
Kepada pemimpin-pemimpin UMNO..amanah telah diberikan kepada anda untuk memastikan warisan bangsa melayu dinegara ini kekal dan terpelihara. Bukankah itu antaranya perjuangan UMNO!
Tapi.. sejak merdeka hinggalah ke hari ini apa dah jadi?
Bahasa Melayu,antara lima bahasa yang paling ramai penuturnya di dunia diperlekeh,diperkecil dan secara halus cuba dilenyapkan dibumi melayu ini.Oh..tulisan Jawi kemana menghilang?
Hak Istimewa orang melayu,sedikit demi sedikit dirampas,diagih-agihkan dan dimanipulasi atas nama 1MALAYSIA.
Kedudukkan Raja-Raja Melayu. Andaikata Hidupnya Hang tuah hari ini pasti mengamok giler.
Yang pastinya orang melayu bukan nak mintak lebih tapi cuma ingin hak yang telah dimaktubkan kepada mereka diberi tanpa terus diungkit dan dipersoalkan.
Negara ini sangat beruntung kerana diwarisi oleh bangsa melayu yg sangat pelik tabiatnya. Ditambah dengan Islam agamanya maka walaupun seringkali mereka terguris dan kecewa tapi negara tetap aman adanya.
Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek telah mengumumkan sedia menerima PAS menyertai BN dengan syarat PAS menggugurkan agenda menegakkan negara Islam. Ia membawa dua pengertian;
Pertama, MCA sanggup bekerjasama dengan UMNO setelah UMNO mengetepikan agenda menegakkan negara Islam.
Kedua, MCA tahu PAS tidak pernah menggugurkan agenda menegakkan negara Islam, maka secara automatik ia menolak tuduhan liar UMNO bahawa PAS menggugurkan agenda negara Islam kerana tunduk kepada DAP.
Penolakan DAP terhadap pelaksanaan negara Islam bukan penolakan peribadi Pengerusinya Karpal Singh tetapi sikap rasmi parti itu sejak dahulu. Bukan sekali DAP menegaskan bahawa ‘negara Islam dan hukum hudud’ tidak termasuk dalam agenda kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sama seperti MCA, DAP tahu PAS tidak pernah mengugurkan agenda negara Islam namun mereka masih sanggup bekerjasama dengan PAS, menunjukkan MCA lebih teruk dari DAP berhubung tahap anti Islam mereka.
Hidup PAS, Hidup Pakatan!
Hancurkan Umno, Hancurkan BN.
Let BN Be Ended!!
Media berkecuali seperti MI, MK, MT dan FMT memainkan peranan yang mustahak untuk memantau pihak berkuasa (parti pemerintah) mahupun pihak pembangkang agar menjamin keberkesanan kuasa-kuasa politik dalam pentadbiran negara.
Media berkecuali seringkali menemui pelbagai rintangan daripada pihak berkuasa dan parti pembangkang yang menganggap mereka sebagai “musuh ketat”.
Akta-akta seperti PPPA, OSA, ISA yang sedia ada, dengan berkesan, telah menggugat ketelusan dan kebebasan media Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Bukan itu sahaja, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kelihatan kurang adil semasa mengendalikan kes-kes yang melibatkan media Malaysia secara implisitnya telah memburukkan lagi keadaan.
Hal ini jelas terbukti melalui tindakan “double standard” KDN terhadap laporan Utusan Malaysia berkenaan dengan isu “Kristian Agama Rasmi?” negara serta tindakan yang diambil terhadap Malaysiakini berhubungan dengan liputan isu kepala lembu yang telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan perkara ini, media arus perdana telah dijinakkan atau lebih teruk lagi, membiasakan diri mereka dengan laporan berita yang menyenangkan pihak berkuasa.
Secara tidak langsung, media arus perdana telah meminjam tangan mereka kepada pihak berkuasa lalu menjejaskan prestasi mereka kerana laporan mereka bagaikan perutusan yang telah dirancang dan didraf oleh kerajaan Barisan Nasional.
Dengan kata lain, pandangan-pandangan yang bertentangan dengan pihak berkuasa amat tidak digalakkan dan lazimnya ditutup daripada pengetahuan ramai.
Perkara ini amat merugikan masyarakat yang memerlukan kepelbagaian pendapat dalam menjamin proses demokrasi yang sihat.
Masyarakat perlu dimaklumkan dengan pelbagai maklumat dan pandangan untuk membuat pilihan yang terbaik buat mereka.
Anonymous 10:57 AM pulak berkata:
"Isu hubungan akrab PAS-DAP diputarbelitkan sebagai bukti kedua-dua parti itu telah menggadai prinsip perjuangan demi mencari kuasa politik." Saya ingin ulangkan kata kata itu. Dan saya tidak membelit memutar sedikit pun!
Hujahnya menafikan hal itu hanyalah "Mengapa PAS mesti ditolak? Umno memperbodohkan orang Melayu kononnya PAS alat DAP." Lagi sekali hujah tin kosong. Siapa kata "UMNO memperbodohkan orang Melayu"? UMNO "memaalomkan orang Melayu". Cubalah beri hujah hujah PAS tidak alat DAP.
Pelik pulak mengatakan "Mengapa DAP tidak boleh dipercayai?" Sepatutnya anda menidakkanya dengan bukkti bukti, fakta dan data, jika ada. Tapi anda hanya berkata "MCA mengelirukan orang Cina kononnya DAP sudah mengikut telunjuk PAS". Selalunya orang mengatakan PAS telah diheret hidung oleh DAP.
Benar, "Antara yang sering dipetik dan diulangsebut dalam blog ini ialah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang mencabar PAS melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam". Saya tak payah counter comment ini.
"apakah adil menjadikan kenyataan itu sandaran memburukkan imej DAP selama-lamanya"? Istilah adil tidak ada dalam pemikiran DAP melainkan yang mereka kata "adil", kawan. Mana adilnya menyokong sekolah Cina masakan ada Perkara 152 Perlembagaan? Mana adilnya mahukan apa yang dipanggil "Malaysian Malaysia" dengan tidak mengakui Perkara 153 Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?
Ini berita baru dari Sdr: "Para pemimpin DAP adalah manusia biasa yang mampu berubah pemikiran dan pendirian. Karpal sendiri sudah menunjukkan perubahan sikap amat ketara." Bila boleh kita dengar Lim kit Siang dan Karpal kata silalah PAS, majukan cadangan Hukum Hudud, kami akan sokong sepenuhnya? Hahaha. Lucu.
Bila saya dengar Karpal kata seperti saya acakap itu, bahrulah saya boleh percaya kata kata anda "Hujah “langkah mayat saya dulu” itu sudah tidak relevan dan termansuh dengan sendirinya apabila beliau mengisytiharkan pendirian merasionalkan agenda PAS menegakkan Negara Islam". Sedap ayyat anda itu, bahasa pun tinggi, tapi apa maknanya "merasionalkan agenda PAS menegakkan Negara Islam". Kenapa tak cakap Karpal kata dia tarik balik kata kata "Over my dead body" itu? Susah sangat ke? Atau anda cakap tak betul?
Hah, sekarang nampak tembelang. Anda kata "diakui sebelum ini komen DAP mengenai Islam ekoran kejahilan mereka tentang Islam". Sekarang sudah sebantal, minda sudah terbuka? Saya harap benar, jangan kain saja yang terbuka!
Baguslah jika DAP "sudah banyak berubah". Tetapi pendirian rasisnya sejak mula memikul sepanduk "Malaysian Malaysia", hingga 13 Mei 1969, hingga PRN Sarawak, masih serupa. Baguslah anda kata "Contoh ekstrem" berkenaan DAP hendak mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz. Tapi DAP diketahui cakap tak serupa bikin. Kenapa tak keluarkan "contoh contoh biasa" yang dia dah buat macam dia cakap?
Siapa cakap "pemimpin Cina bukan Islam itu sudah tertarik dengan model pemerintahan Islam". Apa buktinya. Cakap hanya diantara dua bibir, amigo.
Pulak takda bukti mengatakan Umno "membuktikan sebaliknya"? Mengapa sebut contoh MCA berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS. Bukankah DAP tak habis habis berdemonstrasi disana sini? Dan bukankah PAS kebelakangan ini sudah pandai ikut berdmonstrasi, baring diatas jalan dengan pakai kain dan kupiah, ketayap atau serban, menghalang kereta Raja Muda Perak, contohnya?
Anon 1.45pm sayang,
Kan dah saya katakan tadi, kalau mu tak yaakin pada yang alternatif, sokonglah BN/UMNO.
Itu hak mu.
Begitu juga hak Dr Ridhuan Tee menulis dan sama juga dengan anon yang lain.
Kalau tak nak baca komen tertentu, scroll aje ke bawah. Itu hak mu juga. Tak semestinya mu kena cut and paste dan mengecam penulisan si anon.
Undi hanya satu pangkah x aje.
Tak suka alternatif, pangkahlah x pada BN.
Tok sah berbuih-buih kecam sini dan sana. Nak bagi pendapatmu, bagilah. Tok sah kutuk mengutuk.
Anon 2.26pm,
Memang mu ada hak untuk bagi respon.
Kan elok kalau mu boleh menulis macam anon yang lain daripada cuba menyangkal setiap komen yang tak sehaluan denganmu?
Cubalah tulis macam Dr Ridhuan.
Tok sahlah menyangkal sangat. Mu anggap pembaca macam insan yang tak boleh berfikir.
Tok sahlah melambangkan gelagat kiasu sangat, ok?
Adios beb.
Mister Adios beb,
Kan takda guna mu ghoyyak "Memang mu ada hak untuk bagi respon"? Sumo ore tahhu, wei.
GGapo mu tak tulis mace mu ghoyak? Cakap tak serupo bikin gok?
Dah ghoyak aku ado hok, mu ghoyyak "Kan elok kalau mu boleh menulis macam anon yang lain daripada cuba menyangkal setiap komen yang tak sehaluan denganmu?" Mu tak panda ke?
Tak panda takpo, tapi jange nyakitkan hati orang tak memasal. Buang masa orang membaca. Inilah contoh Melayu (kalau mu nih Melayu) yang mahu buat komen (itu baguh) tapi komen tak berfikir (tak baguh). Daripada nyakitkan hati oghe, baik mu ghoyyak sokong tak sokong saja cukuplah.
Apa makna "Tok sahlah menyangkal sangat"? Apo maksud mu "Tok sahlah melambangkan gelagat kiasu sangat?"
Hok ni, kalo tok seh jawab dengan bermakna, tak payah jawab pun tak po.
Really, Adios beb, hahaha.
Anon 3.11pm yang,
Semua termasuk mu boleh bagi pendapat.
Tapi tok sahlah kutuk mengutuk pasal undi satu pangkah x aje.
Dah pangkah x, kawanlah kita semua.
5 tahun nanti, undi lagi, ok?
adios, beb!
Anon 2:31
Banyak betul orang yang hang sayang. Memang penyayang la hang ni :)
Kenapa saudara boleh cakap macam ni? : "Tok sah berbuih-buih kecam sini dan sana. Nak bagi pendapatmu, bagilah. Tok sah kutuk mengutuk."
Kita ni orang Islam. Ada konsep amar makruf dan nahi mungkar. Kalau lihat ada perkara yang mungkar contohnya orang Melayu duk pangkah DAP, kita kenalah mengecam dan mengutuk perbuatan tersebut.
Adakah anda tidak membaca hadis Nabi SAW? Mafhumnya Kalau kita lihat kemungkaran seelok eloknya kita ubah dengan tangan, kalau tak mampu kita kita tegur dengan mulut (atau tulis), kalau tak mampu juga kita benci didalam hati...itulah selemah lemah iman.
Sama juga dengan yang proses pangkah memangkah ini. Kita kena bersuara. Atas dasar Islam jugalah Dr Ridhuan menulis mengecam ultrakiasu dan mengingatkan orang Melayu.
Kalau anda nak sangat suruh orang diam sila lah post komen anda yang ini (Tok sah berbuih-buih kecam sini dan sana. Nak bagi pendapatmu, bagilah. Tok sah kutuk mengutuk.)
di Harakah, MI, MK dan MT dsb.
Yang ini saya sokong. Jangan nak suruh yang disini sahaja diam membisu tetapi yang disana bebas dan lantang menghina dan mengecam Islam dan Melayu.
Wassalam
Sejak sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di negara ini, Umno dianggap sebagai parti yang terkuat yang sehingga kini ia belum mampu dicabar dalam mana-mana pilihanraya umum.
Umno adalah parti yang berasaskan kaum Melayu dan perjuangannya pun berteraskan asobiyyah Melayu sempit.
Sekuat-kuat Umno pun, jika ia memilih untuk menyertai pilihanraya secara bersendirian, bertanding di kesemua kerusi Parlimen; Umno masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan.
Tanpa kerjasama dengan bukan Melayu, ditambah dengan persaingan parti politik Melayu/Islam atau individu Melayu/Islam dari parti multi racial, maka Umno tidak berupaya memenangi kesemua kerusi.
PAS buat masa ini belum lebih kuat dari Umno, jika bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen maka jawapannya tetap sama, PAS tidak mampu menang semua dan jika menang semuanya masih tidak dapat membentuk kerajaan bersendirian tanpa sokongan kaum bukan Melayu/Islam. Ia adalah realiti politik yang sangat mudah untuk difahami.
Justeru itu, PAS perlu jalinan kerjasama dengan parti bukan Melayu untuk membentuk kerajaan di Pusat. DAP bukan parti Cina, tapi imej DAP adalah ‘parti Cina’.
DAP adalah ‘parti Cina’ yang berpengaruh setanding dengan MCA dan Gerakan. Sebagai pembangkang, pilihan yang ada bagi PAS ialah DAP, sepertimana sebagai parti kerajaan pilihan bagi UMNO ialah MCA dan Gerakan.
ikhwan,
Saya cadangkan kita tak payah layan lah "Adios beb" dan sayang mengarut tu. Dia kerjanya "distracting readers' attention" saja. Kita tau kaum Cina ada 1-2 begitu disini. Cukuplah. Tak payah layan mereka semua tu.
Baik kita tumpukan masa kapada pengkomen yang cuba medakyah pembangakang tu. Seperti Anon 12:44 PM, 2:09 PM, 2:20 PM, dan 3:46 PM yang rasanya belom berjawab tu.
Saya dah berbuih mulut menyembur, nak buat kerja biasa pulak.
Dia tak pernah menjawab komen kita atau tujukan komenya kapada sesiapa. Mungkin komen komen itu diambil dari fail Harakah, PKR atau sepertinya. Tapi saya ingin respon lagi bila lapang.
Salam Dr,
1. Memetik kata Dr, "Saya tidak pernah mendengar kata-kata seumpama ini diungkap oleh bangsa minoriti yang tinggal di mana-mana negara yang dihijrahinya. Jika kata-kata ini diungkapkan di Thailand dan Indonesia, sudah lama mereka dihumban dalam penjara."
2. Atau mereka sudah pun punya apa yang mahu dipunyai, dalam suasana keasimilasian tersebut...
3. Cuba di Amerika atau Eropah, Perancis contohnya, tetamu-tetamu tak sopan tersebut pasti bertemu buku dengan ruas...
4. Tentang makanan, emak-emak dan abah-abah atau penjaga kenalah kuatkan beri pedoman pemakanan kepada keluarga... masak dan makanlah dirumah ... atau pack yang mudah (sandwiches) dan yang segar (buah-buahan) and jus-jus keluaran kilang muslim ... insyaALLAH
Terima kasih
CHANNA STRIATUS
Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas banyak persetujuan bersama. Antaranya penentangan berterusan terhadap rasuah, kronisme, ISA, ketidakadilan sosial, beberapa akta Parlimen yang merampas hak rakyat, hedonisme yang keterlaluan, kepincangan sistem kehakiman, penyalahgunaan kuasa polis, penyalahgunaan instrument kerajaan untuk politik dan macam-macam lagi.
Anonymous 4:37 PM mengarut, mengarut dan mengarut.
Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas DAP mahu ambil kuasa politik dari tangan Melayu, gunakan PAS, PAS ingat dapat tumpang bas kePutrajaya, tak sedar Anwar calonkan Lim Kit Siang sebagai DPM, dua dua diorang tak sebut apa jawatan pun untuk PAS.
DAP dan PAS pun rasuah, kronisme, malahan DAP ada dinasti-isme, anak lelaki, perempuan, silap cucu LKS pun dah diberi jawatan! Amerika pun ada ISA, tahanan tanpa bicara diGuantanmo Bay.
Kata bodoh marah, tapi bukankah akta Parlimen dilulus oleh majoriti MP, apa pulak cakap "merampas hak rakyat"?
Cakapnya yang lain tu pun mengarut juga, tak ada bukti dikeluarkan, saja ikut sedap cakap, macam cakap dikedai kopi tepi jalan.
Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tidak dapat dibendung lagi.
Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal’yazubillah, itu cuma andaian).
Satu-satu cara untuk menghapuskan semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.
Di peringkat negeri kerjasama seperti itu terbukti dapat mengalahkan BN di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Maknanya dengan kerjasama yang serupa BN boleh dikalahkan di Pusat.
Umno cukup sedar bahawa dengan kerjasama antara PAS, DAP dan KeADILan adalah satu-satunya cara BN boleh ditumbangkan di Pusat.
Maka satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut ialah dengan memecahkan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Umno juga tahu bahawa isu besar yang boleh (dianggap) memecahkan PAS dan DAP ialah isu ‘Hudud atau Negara Islam’.
Oleh itu, soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud?
Manakala di kalangan bukan Islam pula, mengapa DAP nak bekerjasama dengan PAS yang nak laksanakan hudud?
Anon 4:15pm
Setuju...memang betul semua tu...ini semua memang taktik ultrakiasu..kat sini, deminegara, dinturtle, JMD...dsb..berbuih la mulut dia suruh orang lain senyap, berhenti "pot pet"..mengutuk dan sebagainya tapi dekat blog pembangkang dan ultrakiasu...dia lah yang paling bising sekali dan paling kuat mengutuk, mengkritik, mengecam dan sebagainya.
Tentang "dakyah" pembangkang yang lain tu...kebanyakannya saya lihat menyerang UMNO dan memang ada kebenarannya. Seperti yang semua tahu...saya bukan orang UMNO dan saya memang tidak menyokong UMNO bahkan saya EX PAS...jadi saya biarlah orang lain yang "Pro UMNO" menjawab. Cuma pada saat ini mungkin saya terpaksa menyokong UMNO kerana yang alternatif tu lebih buruk dari parti UMNO yang sememangnya dah buruk ni. Terpaksa...
Segala korupsi, salah tadbir dan berbagai lagi salah laku UMNO bukan menjadi masalah saya. Diorang yang buat dan orang orang yang mengundi mereka lah perlu menjawabnya.
Dalam saya tak suka UMNO, kafir harbi DAP dan MCA lagi lah saya tak suka. PKR, PAS dan DAP masing masing ada skandal kroni dan rasuah dan juga salah tadbir masing masing. Jadi bagi saya 2x5 je mereka mereka ini.
Telah banyak kali saya ulang...tentang masalah korupsi, salah tadbir dan sebagainya itu mungkin ada kebenarannya...tidak menjadi masalah jika dipertikaikan.. cuma yang peliknya kenapa pula boleh timbul pertikaian papan tanda tulisan jawi, isu memakai songkok, Bahasa Melayu, Agama Islam,putar belit sejarah dan sebagainya oleh parti ultrakiasu DAP dan MCA. Lihat sahaja komen komen penyokong penyokong mereka (DAP) ini...memang terang terang yang mereka ini sebenarnya mahu sama rata, sama rasa dan amat anti Islam dan Melayu.
Jadi DAP tak payah lah berselindung disebalik UMNO. Kepada PAS dan penyokongnya, ingin saya ulang sekali lagi pertanyaan ini: Apakah masih buta!!??
Betul ke laporan Malaysiakini yang berikut ni?
'Umno offered 3 ministers' posts to form unity gov't'
Abdul Rahim Sabri
May 30, 11
1:37pm
With its most contested party polls just around the corner, PAS again alleged that Umno had recently approached its spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat up to five times with an offer of three ministerial posts, to persuade it to form a unity government with BN.
Malaysiakini nyata pernah kena marah sebab wrong or inaccurate reporting apa Menteri Dalam Negeri kata.
Tak ingat kena sue ke kena warning ke, kena mintak ma'af ke.
Boleh caya ke dia orang ni?
Tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan BN sangatlah besar tuntutannya.
Jika PAS perlu memilih parti politik bukan Islam yang kuat, dan sedia terima hudud (sebagai syarat), baru hendak dijadikan rakan kerjasama menumbangkan BN maka PAS tidak akan menjumpainya. Maka Umno/BN akan terus berkuasa.
Apabila DAP menolak perlaksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut. Apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Terdapat berbezaan yang jelas antara ‘tidak mahu’ dan ‘tidak mampu’.
Pindaan perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu.
Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian ‘tidak mampu’ melakukannya.
Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Mekah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.
Ia berbeza dengan UMNO yang langsung tiada cita-cita untuk melaksanakan hudud, malah mempersenda-sendakan hukum tersebut dalam perhimpunan Agung UMNO.
Hudud adalah satu juzuk dari tuntutan Islam yang diwajibkan ke atas pemerintah, bukan kewajipan individu.
Bagi individu Muslim, tanggungjawab mengembelingkan kekuatan ummah serta menjana kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang tersenarai 1001 kebejatan tadi adalah kewajipan yang lebih utama.
Anon 4:37 pm, 5.57 pm, 6.48 pm
(Bukankah senang jika ada satu nickname..tak payah lah saya nak list kan anons bla bla bla? atau mungkin disengajakan supaya nampak banyak :))
Tak payah lah nak copy and paste seluruh atau sebahagian besar artikel orang lain (Zulkifli Yahya 5 Mei) dalam ruangan komen yang kecik ni.
Adakah anda kurang cerdik ? Bukankah lebih senang jika anda tuliskan sahaja address web nya disini supaya orang lain boleh pergi terus ke sumber dan membacanya.
Ini addressnya:
http://dupahang.wordpress.com/2011/05/05/mengapa-pas-bekerjasama-dengan-dap-yang-tolak-negara-islam/#more-17750
Kalau ya pun nak ambik tulisan orang lain biarlah beretika sedikit..nyatakan sumbernya dan beri kredit pada penulisnya...
Nanti akan saya jawab artikel tersebut....
wassalam
DAP nak menghancurkan UMNO adalah melalui MCA seperti isu JPA,Soi Lek undi PKR dan sebagainya.Sekarang ini kita lihat DAP lebih "sedehana"kerana mereka mahukan undi Melayu.Takkan nak attack isu judi,arak brother,hati Malayu mau jaga ma.DAP sekarang berada zone terbaik kerana majoriti Cina mengundi mereka.Penang,Perak,bandor2 di Malaysia ni mereka pegang bro.Gua tabik lu DAP!
Taktik terbaru mereka adalah meletak calon Melayu DAP ditempat Melayu atau sebaliknya.Padan muka hang tokjanggut mana kerjasama wonderpet kau tu?Seperti yang DRT menulis,mereka(p.politik Cina) ini walaupun nampak mata kasar seperti bergaduh tetapi di dalam ada yg memujuk.
Orang Cina ni undi Pembangkang sebab mereka nak wakil Cina jadi PM.Kalau aku jadi Cina Kapir yang tak ultrakisau pun aku undi DAP juga sebab orang bontot kasik chance jadi TPM, siapa tidak mahu?
Oooo, ikhwan, depa main copy paste tulisan orang ka? Padan lah nampak ligat. Aku dok ingat depa ambik dari fail PAS ke PKR ka.
Pulak tak sebut punca pun, noooo? Itu omputih kata plagiarism - nyaris aku tulis buah pliaqism tak sat tadi!
Anonymous 2:20 PM,
Siapa cakap MI, MK, MT dan FMT mainkan peranan yang mustahak. So’al utama ialah apa cara depa gunakan untuk “menjamin keberkesanan kuasa-kuasa politik dalam pentadbiran negara” dan depa berfugnsi untuk siapa.
Bagaimana pulak depa “menemui pelbagai rintangan daripada .. pihak pembangkang yang menganggap mereka sebagai “musuh ketat”? Saya fikir depa pembangkang, depa lidah pembangkang. Takkan anda tak tau apa dan cara yang depa tulis?
Apa pulak marahkan Akta-akta seperti PPPA, OSA, ISA? Bagilah bukti bukti, sekurang kurangnya contoh akta-akta itu “telah menggugat ketelusan dan kebebasan media Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab mereka”. Anda bunyi macam pembangkang saja ni. Saya pun pembangkang – membangkang pembangkang yang tidak betul – DAP dan sekutunya.
Begitu juga anda tuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) “kurang adil semasa mengendalikan kes-kes yang melibatkan media Malaysia”. Tak boleh kata dengan sewenang wenangnya saja “jelas terbukti melalui tindakan “double standard” KDN terhadap laporan Utusan Malaysia berkenaan dengan isu “Kristian Agama Rasmi?” Apa jelasnya? Mana buktinya? Kena bagi hujah hujah lah, kawan. Apa, macam mana “kurang adil”, “double standard” dsbnya. Kata omputih, anda kena argue your case sikit lah, tak boleh nak tohmah saja.
Begitu juga anda dengan senang saja kata “pandangan-pandangan yang bertentangan dengan pihak berkuasa amat tidak digalakkan dan lazimnya ditutup daripada pengetahuan ramai”. Tak ada bukti atau contoh pun. Sebaliknya, macam mana hal banyak komplen depa nak beri pandangan yang bertentangan dengan MI, MK dll itu tidak disiarkan?
“Demokrasi yang sihat” melibatkan dua pihak, Mister. Pihak merintah ikut lunas lunas Perlembagaan, media pula sedarkan kebebasan ada hadnya dan ada tanggung jawabnya.
Benar, masyarakat perlu dimaklumkan dengan pelbagai maklumat dan pandangan untuk membuat pilihan yang terbaik buat mereka. Tapi jangan maklumat yang tak betul seperti M’kini dimarah Menteri Dalam Negeri suatu masa yang lalu, atau maklumat yang dipesong (slanted), termasuk “snide remarks, innuendos, speculation and seditious interpretation”. Kalau melapurkan berita, mesti “factual”, kalau memberi pandangan, mesti juga berdasarkan “facts”.
Anonymous 6:48 PM,
Tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan Pakatan Rakyat sangatlah besar tuntutannya.
PAS tidak boleh tahan lama perhubungan yang ta'ajub dengan DAP. Depa kata "Never" dan "Over my dead body" kapada impian PAS berkenaan Hukum Hudud.
Hah, "Apabila DAP menolak perlaksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut"? Nak tunggu sampai zaman kucing bertanduk ke? Atau nak risiko sampai ke Putrajaya tapi Anwar dan Lim Kit Siang beri Kementerian Kebajikan Masyarakat saja? Kesian.
Betul, apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Bak kata orang tidur sebantal tapi mimpi berlainan. Tak tahu lah nyenyak tidur ke tidak.
Tak usah fikir fasal pindaan perlembagaan dulu. Fikir fasal DAP kata "Never" dan Karpal kata "Over my dead body" itu. Keras bahasanya, tegas pendiriannya, lantang bunyi laungannya.
Bukan so'al berdosa, kawan. Melainkan nak makan sepinggan yang tidak bersamak.
So'al ada cita cita dan tak ada cita cita. Kalau cita cita tak practical, sentiasa dibangkang "Never" dan "Over my dead body", itu makna cita cita ke? Cita cita realistik ke? Selalunya musuh yang bangkang, tapi ini rakan sebantal bangkang. Baiklah aku yang nama pun Pembangkang - ia itu Pembangkang DAP.
Rakan satu lagi PKR pulak tak masuk buku PAS agaknya. Mana nak masuk buku sebab Anwar kata Lim Kit Siang calon DPM tak runding PAS pun. Pastu tak sebut apa jawatan untuk PAS pun kalau sampai kePutrajaya.
Anon 7.53,
La golongan BABI MALAS ni main copy paste saja.Copy paste dari otak Melayu.Otak sendiri tarak guna ka?Kau sbg orang Cina yang rajin guna otak sediri la.Jangan makan babi selalu ok?It's not good for health.
Betul tu Pembangkang DAP
Ada yang kata (Anon 2:20 PM) "Media berkecuali seperti MI, MK, MT dan FMT..."
Komen aku:
Hello mr Anon...@#$%^&*()!!!!
tolanglah...tolong jangan perasan...MEDIA BERKECUALI "my ass"!!
Loya tekak aku mendengar "media berkecuali"!?
Apa yang di siarkan semua telah disaring atas tujuan propaganda mereka. Bahkan komen komen pembaca yang tidak selari dengan agenda mereka pun tidak mereka siarkan!?
Ini yang dikatakan "media tidak berkecuali"!!?
Paling tidak pun..media media kerajaan semua telah sedia maklum sebagai media yang berat sebelah pada kerajaan termasuk juga seperti harakah....tapi yang lebih jahat dan buruk itu adalah media media yang "dianggap" dan "mengaku" sebagai berkecuali seperti MT, MI dsb tetapi sebenarnya adalah yang sebaliknya.. ada agenda pembangkang..tidak berkecuali malahan sebenarnya menyebelahi pembangkang!!
Tak ada rasa malu ke nak panggil diri sebagai "berkecuali"!?
UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO".
Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.
Kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini.
Sekiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman.
Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.
Dalam mengendalikan strategi dalam dakwah dan politik, jamaah Islam mestilah menggambilkira ‘waqi dan biah’ ataupun realiti dan suasana. Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.
Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan.
Jika waqi’ dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai pra syarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa.
Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, ‘tak boleh buat semua jangan tinggal semua.’
Surah Al Baqarah,006. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
Jelas dari ayat ini, samada MCA, DAP, MIC dan Gerakan, mereka adalah SAMA. Sampai kiamat pun tidak akan tunduk dan menerima Islam.
Kenapa kita masih buta?
Apa yang paling penting ialah orang Melayu perlu bersatu, itupun jika kita masih sayangkan Islam. Perlu difahami sekiranya jatuh Melayu maka dengan sendirinya akan pudarnya Islam!
Kerana oran Melayu itu Islam, walaupun Islam keturunan tetapi orang Melayu tetap membawa Islam dalam dirinya sehingga ke akhir hayat.
aconite,
Sebab tu aku aku tak berapa nak suka guna ayat berugama ni.Mungkin sebab itu peratus kemasukan bukan Islam dalam Islam kurang dari 1 peratus.Tak gitu?
Teringat perbualan saya di tepi kolam memancing (hobi saya memancing) dengan orang kuat PAS di daerah saya. Dia memulakan bicara dengan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rasuah dalam pentadbiran pemerintah hari ini terutama UMNO. Lalu saya katakan, rasuah adalah penyakit masyarakat tidak kira apa bangsa atau parti. Saya katakan padanya orang PAS dan UMNO tiada bezanya kalau perbandingan imej kepartian masingx. UMNO berimej Melayu manakala PAS berimej Islam. Dari air muka jelas sahabat saya tadi kurang setuju jika UMNO dan PAS dikatakan sama walaupun tak serupa. Maka sahabat saya minta saya berikan contoh bagi menjelaskan maksud.
Maka saya bertanya kepadanya, agakx apa perkara penting yang akan Allah swt tanya pada semua anak Adam di hadapan mahkamah agung nanti? Bincang punya bincang kami setuju SOLAT adalah perkara utama yang akan disoal. Lalu saya bertanya kembali kepadanya majoriti yang memancing di kolam hari ini orang PAS atau UMNO? Dia pun mengira dan menjawab orang PAS. Soalan saya, berapa ramai orang yang memancing hari ini dari zohor hingga maghrib pergi menunaikan solat. Dia tidak dapat menjawab soalan saya kerana jumlah yang bersolat tidak sampai 10% termasuklah dirinya sendiri yang tidak meninggalkan batang pancing kecuali untuk ke tandas sahaja.
Jadi tidak hairanlah jika Lim Guan Eng- DAP, membaca hadis dan mereka ini (orang Melayu PAS) meleleh air liur kerana terpesona. Kononnya PAS telah berjaya membuka hati dan beri kesedaran kepada DAP mengenai Islam.
AL-QURAN adalah cahaya (nur) yang diturunkan Allah untuk menerangi fikiran manusia dan membimbing perjalanan hidupnya.
Manusia yang BUTA sebenarnya ialah mereka yang telah diberikan petunjuk(disuluh) dengan Al-Quran tetapi masih tidak nampak kebenaran!
Orang yang celik hendaklah bimbing orang yang buta!
Jika rasa diri kita BUTA, hendaklah cepat-cepat membaca Al-Quran!
Terima kasih kepada Dr. Redhuan Tee yang telah mempopularkan istilah ULTRA KIASU serta memberikan ta'rif tertentu kepadanya.
ULTRA KIASU merupakan sekumpulan sifat-sifat manusia yang majmumah(dibenci).
Setakat ini Dr. Redhuan hanya menerangkan kepada kami ULTRA KIASU dari kalangan orang Cina.
Saya amat berharap Dr. juga terangkan kepada kami ULTRA KIASU dari kalangan orang Melayu, India dan suku kaum lain.
Setuju semua apa Anonymous 8:46 PM cakap melainkan:
Perenggan 1 - bukan "menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS", tapi menyatakan fakta, apa yang sebenarnya, fasal PAS.
Perenggan 5 - Apa pulak kata "Sekiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana", bila sudah ada akses media eletronik kepunyaan "rakan rakan sejawat" MI, MK, MT, FMT?
Dan ada pulak akhbar parti bernama Harakah yang telah diberi lesen beroperasi. Harakah "beri laluan" kapada UMNO ke? Kalau tak, mana Utusan nak beri laluan kapada PAS?
Aiyyya, mana ada "memenangi pilihanraya secara gentleman"? Wat man u? Tanya orang yang tidur sebelah anda lah - DAP. Ada "gentleman" ka DAP? Jugak PKR katak lompat man. Janji Putrajaya pada 16 September dengan katak lompat.
Perenggan 6 - Bila tak dapat "laluan" dalam Utusan, New Straits Times dsbnya, nak kata "demokrasi negara kita diurus secara pincang" pulak? Sporting lah oi, be sporting.
Cakap pulak "memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang". Ini lu kena cakap kpd ultra kiasu lah. Dia orang sudah kaya raya, terkaya dalam negara ini, paling banyak pegang jawatan professional, tak mahu padang sama rata, tapi mahu semua lain sama rata, bo paluli Perkara 153 Perlembagaan fasal Kedudukan Istimewa Melayu. Apa ini macam?
Lu kasi tahu itu DAP bila lu tidur sebantal dengan dia orang lah. DAP angkat itu sepandok apa dia olang panggil "Malaysian Malaysia", tak paluli Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Lu ada pikir ini ka? Lu tak nampak ini ka?
Apakah kerjasama UMNO dan MCA \ MIC berasaskan kebaikan dan taqwa ?" atau sebaliknya "kerjasama yang menghasilkan dosa dan permusuhan"?
Kerjasama UMNO dengan MCA \ MIC dan lainnya membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional pula telah berpeluang memerintah lebih 50 tahun negara ini. Kononnya UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tetapi :
Apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah?
Apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa?
Apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil?
Apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah?
Apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat?
Di 8:48 PM pulak, Anonymous tu kata "tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian". Realiti dan suasana, kata dia.
Kalau ikut Hisab yang senang saja pun, Melayu hampir 60% dinegara ini. Kalau bersatu, sudah majoriti. OK, realitinya tak semua pergi mengundi, ada yang tak berdaftar pun. Tapi realitinya, usaha boleh dilakukan untuk mendapat 51% Melayu mengundi.
Lagi satu realiti: majoriti untuk menang pilihan raya dan menubuhkan Kerajaan tidak perlu 51%. 40% lebih sedikit sudah jadi majoriti bagi menang pilihan raya dari segi ini.
Bukan Melayu India dan Cina ada hanya 30%. Bumiputera Sabah dan Sarawak ada lk 11%. Tak tentu berapa peratus yang tidak menyokong Melayu. Mereka pun sama satu "Rumpun Melayu" walau pun berbeza agama. Bacalah buku "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization" penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia yang telah dihebohkan disana sini.
Buku buku itu mengeluarkan berpuluh puluh kajian yang menunjukkan hal bahawa Rumpun Melayu meliputi Bumiputera Sabah dan Sarawak. Penyelidekan dan kajian oleh pakar pakar ilmu bahasa (linguists), ilmu kaji maanusia (anthropologists), ilmu kaji bahan purba (archeologists) dll sejak abad 19 lagi.
Kot PAS silap kira bila nak sebantal dengan DAP? Sekarang dah ikut cara ganas DAP menuduh menohmah macam macam tanpa bukti. Anon ini menohmah "pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa". Pada hal dia cakap fasal realiti. Gunakan bahasa Arab pulak tu.
Apa tak realiti nya wei kalau rakan sebantal kamu pun kata "Never" dan "Over my dead body" kapada Hukum Hudud? Aku tak faham maanusia macam ni. Rakan kongsi dia pun tak mahu Hukum Hudud dia nak marahkan "pihak yang zalim terus berkuasa". Apa daaaa, kata P. Ramleee.
Kot dia tak tahu siapa P. Ramlee. Macam Taliban, tak benarkan orang menyanyi, dengar lagu, potong jangguut. Tapi sebantal dengan orang yang tak potong ..... Astaghfirullah.
Kerjasama antara UMNO dan MCA lebih awal dari kerjasama PAS dan DAP. Namun apa ertinya kerjasama sedemikian?
Ini kerjasama yang berasaskan dosa dan kerjasama seperti ini ditolak oleh Islam.
Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam.
Macam mana MCA dan MIC boleh faham Islam jika pemimpin UMNO sendiri pun rabun agama.
Ini berbeza dengan kerjasama PAS dan DAP serta PKR.
PAS tetap dengan dasar perjuangan Islamnya dan tegas dengan prinsip - prinsip Islam.
Malah PAS membawa Islam yang tulen sebagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Iaitu Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung tali persaudaraan, menegakkan keadilan, menentang kebhatilan dan memelihara nyawa, aqal, harta, maruah dan keturunan. PAS konsisten memperjuangkan Islam.
Tohmahan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan mestilah disertakan bukti, bukan membebel tidak menentu arah.
Berkenaan Melayu “bersuara dengan membuka banyak blog” dan “bersuara banyak didalam blog-blog yang popular dan dihormati” dan mungkin dibacai pemimpin negara atau pegawai pegawai Kerajaan yang ditugaskan baginya, saya ingin mengatakan:
1. Saya difahamkan bahawa di Jabatan Perdana Menteri ada Pegawai Khas kapada Perdana Menteri yang megelolakan perjumpaan para bloggers yang diundang menjumpai PM pada masa masa yang perlu. Maka Pegawai seperti ini membaca blog blog dari masa kemasa. Kerana dia ada bertimbun tugas-tugas lain, saya percaya dia membaca ha-nya blog-blog tertentu sahaja. Saya fikir, mana yang penting dimaklomkannya kpd PM bila perlu atau bila ditanya.
2. Saya fikir diKementerian Kementerian lain pun, seperti Kementerian Penerangan dan Media Massa, ada Pegawai yang ditugaskan berbuat demikian. Jika tidak diKementerian itu sendiri, mungkin diMultimedia Corporation, yang berfungsi sebagai tangan kanan Kerajaan berkenaan media letronik. Saya jangka Pegawai tersebut membaca lebih banyak blog dari Pegawai Khas PM. Tugasnya saya fikir ialah menlihat perkembangan, termasuk pengawasan jika ada yang melanggar landasan, seperti pemberita yang disaman keMahkamh pada masa yang lalu.
3. Pihak Polis sudah tentu ada Pegawai Pegawai khas memerhatikan blog blog yang berupa menghasut, subversif dan melanggar undang undang jenayah lain. Bukan niat saya menakutkan sesiapa, hanya ingin menyatakan bahawa ini sudah tugas mereka, menjaga keselamatan dalam negeri dan keamanan negara. Kita bebas bersuara asalkan bertanggung jawab dan tidak melanggar undang-undang Akta Hasutan dsbnya.
Bagus juga ada banyak blog Melayu bagi menunjukkan angka yang bersuara. Tetapi yang penting ialah yang bersuara politik dan mempertahankan hak dan kepentingan Melayu. Bagi tujuan mendapatkan pemimpin atau pihak berkuasa mendengar, dengan harapan mengambil tindakan keatas apa yang kita tidak puas hati, kita boleh berpandukan kapada 3 perkara diatas.
(Bersambung)
(Sambungan)
Melayu ada lebih kurang 60% penduduk dinegara ini. Tetapi
a. Kuasa ekonomi rendah, daya membeli kurang, tak banyak yang ada komupter, yang ada masih banyak yang tidak berupaya melenggan perkhidmatan Internet secara berterusan, rancangan Kerajaan memberi komputer percuma pada umumnya bertujuan untuk pelajaran dan pengtahuan sahaja.
b. Anak Melayu banyak yang terpesong, yang dapat satu ijazah ada yang memikir mereka liberal - walau pun sebenarnya liberal olok olok atau pseudo liberal – yang tidak atau belom berijazah, banyak yang kena pengaruh globalisasi, bermacam saluran TV, gejala Mat Rempit, restoran buka 24 jam berselirat hingga ke pekan kecil, gejala kutu embun, sex rambang, “enjoy, brader,” kata mereka.
Kebanyakan masalah sosial seperti itu timbul dipemerintahan Tun Abdullah Badawi yang dibenci, berpanjangan hingga sekarang. Keadaan Melayu berpecah belah, dieksploitasi bukan Melayu, yang berleluasa mengata dan menohmah apa saja, DAP dengan apa yang dipanggil mereka Malaysian Malaysia kononnya, tidak menerima Kedududukan Istimewa Melayu, mengikis hak dan kepentingan Melayu dengannya, sehingga menyebabkan MCA pun meloncat-berokkan (aping) DAP, mahukan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan, mahukan sekolah Cina dan biasiswa walau pun mereka kaum terkaya dan terbanayk memegang jawatan professional dinegara ini.
Maka, bagi mendapatkan pemimpin politik dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas membaikki keadaan, termasuk mengimplementasi SSS, kita perlu terus bersuara. Sebanyak mana yang boleh, seberapa selalu yang boleh. Tetapi untuk mendapatkan pemimpin politik menggerakkan pihak berkuasa bertindak kearah itu, perlu perasaan tidak puas hati kita dengan ramai sampai kapada mereka. Perkara perkara dasar, seperti SSS dan banyak lain, bergantung semata mata kapada pemimpin politik.
Bagi mendapatkan pemimpin politk benar benar tahu perasaan tidak puas hati kita secara ramai melalui blog, saya fikir caranya sudah saya sebutkan diatas. Nyata PM tidak ada masa membaca banyak blog, walau pun dia diberitakan berkata isterinya pun komplen dia lambat tidur malam sebab memegang komputer. Tapi kita mahukan PM diberitahu secara lisan atau melalui memo Pegawainya bahawa "ramai diblog sekian dan sekian yang tidak puas hati berkenaan ..."
Sudah menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka ialah ia tidak menjejas rakyat bawahan.
Dalam menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas.
Sebenarnya mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat kesan sampingan daripada kenaikan tarif letrik.
Hujah mereka ialah kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik.
Hujah yang sama juga daripada penerangan Umno BN yang menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan.
Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna.
Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.
Menurut ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng, akan berlakunya kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ?
Bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ?
Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ?
Orang tua - tua pernah kata, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Tapi lain pula kata orang muda . Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.
Menyampah aku dengar Anon 7.10 AM cakap “Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam.”
Apa DAP faham Islam kalau Kit Siang cakap “Never” dan Karpal cakap “Over my dead body” kapada Hukum Hudud kamu?
Kamu senang terpedaya bila dengar Guan Eng ke Ngar ke Ngo ke sebut serangkap ayyat Qur’an atau petikan Hadith yang siapa saja boleh Google.
Mengarutlah kamu dipagi hari ni.
Hidup PAS, Hidup Pakatan!
Hancurkan Umno, Hancurkan BN.
Let BN Be Ended!!
Jahanamkan orang orang itu dan binatang binatang seperti zebra di blog ini!
Let Barang Naik be ended.
Jahanamkan barang naik!
yes, hancurkan BN demi kepentingan negara dan rakyat. hentikan kecurian wang rakyat. hentikan komisyen 500juta.
JAHANAMKAN BARISAN NAJIS!!!
haha, macam ikhwan kata, si song ni dapat curi pakai komputer bos dia diInternet Cafe tempat dia kerja pagi ni.
hahaha... siapa bos saya? you kah?
how come i dont know i have a boss.
anyway, itulah sikap orang Barisan Najis, selalu ingat sendiri pandai sangat :)
sampaikkan kena pergi ke australia jadi kuli dan jilat jari kaki mat salleh, serupa RT disini, demi mencari rezeki!! kesian betul sampah sampah ni...
huhu...ada lagi sampah masyarakat si pemberi rasuah tegar SONG disini rupanya..
hehe
Oh... aku pegi Australia jilat kaki Mat Salleh kau kata :)...Tak apa...sama la dengan member member kau (Orang Cina) yang kat sini. At least aku jadi "kuli" sementara je under temperory working visa....yang member member kau yang pandai lebih sikit dari kau, kat sini nak jadi permanent kuli untuk mat salleh.. beria ia mintak permanent resident dan citizen Australia! memang elok lah tu.
Yang Kau ni Song pulak macam mana? dah berketurunan dari nenek moyang kau berhijrah dan menetap di Malaysia buat apa? Jadi kuli jilat jari kaki dan punggung Melayu dan UMNO!?? :)
Jangan cakap aku rasis pulak....aku hanya membuat ulasan berdasarkan logik dari Song sendiri....
setuju ikhwan. sokong 100% apa brader cakap.
senyap song ... dah kena marah boss dia kot.
Kalau kita mahu 100 peratus jadi macam kita baru boleh kerjasama, tidak wujud lagi DAP dan tiada lagi istilah kerjasama.
Mestilah terdapat berbezaan, walaupun banyak aspek bersama yang diperjuangkan.
Umno, MCA, Gerakan dan MIC pun berbeza dalam banyak perkara. Tetapi akibat permuafakatan mereka dapat berkuasa lebih separuh abad.
PAS dan DAP kena begitu.
DAP tidak menjadi ancaman kepada kuasa politik Melayu kerana mereka bertanding di semua kerusi majoriti bukan Melayu atau majoriti bukan Melayu agak besar.
Persaingan mereka ialah MCA, Gerakan, MIC atau parti-parti bukan Melayu.
Siapa yang menang antara mereka pun tetap bukan Melayu.
Begitu juga dengan PAS pada umumnya hanya bersaing di kawasan yang ditandingi UMNO.
Jika UMNO kalah yang menang ialah PAS bukan DAP. Jadi di mana hujah DAP menjadi ancaman Melayu?
Sekarang, isu yang diasak bertubi-tubi di kalangan rakyat ialah mengapa PAS memilih bekerjasama dengan DAP bukan UMNO?
Salam Dr.Ridhuan. Sepanjang 2 minggu ini saya mengikuti blog sdr, saya amat tertarik dengan isu-isu yang dibincangkan. Seperkara lagi saya amat kagum dan terharu dengan tulisan saudara. Walaupun berbangsa cina. Itulah kehebatan Islam.
Islam tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan kerana kehidupan itulah Islam sebenarnya.
Begitulah dengan manusia, selagi islam masih berada walaupun sebesar biji sawi didalam hati insyaAllah selamatlah mereka.
Tapi apabila islam dipergunakan dengan niat duniawi semata-mata samada secara langsung atau tidak,dalam sedar atau tidak maka jadilah manusia islam khususnya orang melayu dalam UMNO,PAS,PKR dan Selainnya.Kelam kabut dan hiruk pikuk dibuatnya.
Perjuangan orang-orang melayu ini tidak kira dari partai mana pun sejak dari dulu hingga kini apakah mereka benar-benar berhasil mencapai apa yang diperjuangkan? Apa yang aku nampak sedikit demi sedikit hak warisan melayu makin rapuh dan terancam.
Maka berkatalah pemimpin-pemimpin melayu hebat ini kita terpaksa bertolak ansur demi perpaduan dan KEADILAN kepada kaum lain. Tapi perlukah diusik hak orang melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kalau kita nak sebut keadilan dan kesamarataan apakah adil nisbah 50 : 50 (contoh) dijadikan ukuran? Budak sekolah rendah pun tahu kalau kita majoriti dan masih lagi ketinggalan dalam banyak segi di negara ini apakah adil diukur begitu.
Justeru itu saya berpendapat kalau kerajaan masih lagi membuat sesuatu atau menurut kehendak berasaskan kepada kaum tertentu maka masalah asas kepada perpaduan dan keadilan tidak akan selesai di perbahaskan.Suka atau tidak perkara asas dan teras orang melayu seperti bahasa melayu perlu dan wajib ditingkatkan mertabatnya dinegara ini. Kerana negara kita berbilang bangsalah maka mengunakan satu bahasa kebangsaan sangat penting demi perpaduan. Orang kenal bangsa dari bahasanya. Bangsa MALAYSIA bahasa melayu/ malaysia.
Mengenai hak orang melayu yamg ada sekarang ini betul ke tak adil kepada kaum lain jika terus dikekalkan. Jangan hanya nak beremosi dan merapu tolong berikan bukti dan fakta yang mengatakan demikian.
Akhirnya ingin aku katakan walaupun semua orang tahu mengenainya tapi melayu mudah lupa..Melayu dan bangsa Malaysia akan sentiasa kuat,hebat dan agung
jika islam dihayati dengan penuh iman dan takwa.
P/s Nak tanya sikit, Dewan bahasa dan pustaka masih berfungsi lagi ke?
Apa punya amat cetek pemikiran Anon 10:54 ni.
Cakap "DAP tidak menjadi ancaman kepada kuasa politik Melayu". Kita kata bodoh, dia marah. Tapi dia tak tahu langsung ke niat disebalik apa yang DAP panggil Malaysian Malaysia tu? DAP nak hakis dan kikis hak dan kepentingan Melayu, tak tahu ke, ngol?
Tak tahu ke apa makna nak sama rata tapi tak akui Kedudukan Istimewa Melayu?
Tak kisah bertanding dimana pun. Kamu tak sedar ke jika bertanding atau mesyuarat dibawah pokok pun, bila dia menang, kamu PAS semua dia tolak tepi atau dijinjit hidung. Tengok masa Nizar jadi MB Perak sekejap dulu - mana mana pergi Nizar diekor dek DAP Nga, Ngo, Ngeh aysik bercakap sesuatu kpd Nizar dan Nizar tak buka mulut pun. Nah, sekejap saja menang, beribu keping tanah diberinya 999 tahun pajakan. Itu seolah olah geran bebas, faham tak? Kebanyakannya kampong baru Cina yang banyak didudukki penyokong Kominis dulu.
Luas tanah, jumlah kepingan tanah adalah terhad dimana mana negara pun. Kata comedienne Bob Hope, Tuhan tak bikin tanah lagi untuk maanusia. Kalau mana yang ada kebanyakannya diberinya kapada kaum Cina yang pada umumnya sudah kaya raya, tak kan kamu tak nampak bahawa, selain dari Malaysian Malaysia kononnya, ini juga bukti "DAP menjadi ancaman Melayu."
Mestilah "Sekarang, isu yang diasak bertubi-tubi di kalangan rakyat ialah mengapa PAS memilih bekerjasama dengan DAP bukan UMNO." Sebab banyak rakyat tak nampak langsong dimana atau berapa banyak faedah PAS dapat dari bergabung dengan DAP. Niat Hukum Hudud PAS tentu tak tercapai, kuasa merintah hanya setakat Menteri Kebajikan Masyarakat saja.
DAP nak kasi jawatan Menteri Hal Ehwal Agama pun takut, tup tup Menteri PAS hebohkan Hukum Hudud. Nak beri jawatan Menteri Hal Ehwal Wanita pun DAP takut, tup tup Menteri PAS kata tengok wayang pun isteri kena duduk tempat lain dari suami.
Ada faham ke, Anon 10:54?
"Bandingkan di Indonesia, apabila Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno, beliau memberi pilihan kepada orang Cina sama ada balik semula ke negeri asal atau mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia. Majoriti orang Cina memilih untuk tinggal di Indonesia. Ini kerana, sudah menjadi dasar negara China ketika itu sudah tidak mahu lagi menerima mereka yang telah berhijrah."
SONG,
kau sedar tak kau x layak pun kembali ke tpt asal usul moyang kau..
so behave la, kau jd warganegara malaysia pun sebab bg peluang /simpati sama datuk nenek kau..if not?
say NO to DAP.
Sokong sepenuhnya Anonymous 11:10 AM.
Harap dia selalu keluarkan pendapat disini. Demi kepentingan Melayu, keadilan untuk masyarakat Melayu, yang ketinggalan jauh dibelakang dibidang ekonomi dan jawatan professional dinegara ini.
Berkenaan DBP, masih ada. Tapi Ketua Pengarahnya makan gaji, mengharapkan naik pangkat, dapat gelaran Dato atau Tan Sri, agaknya.
Maka takda lagilah jeritan Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Melambangkan Negara dsbnya seperti dahulu. Buat apa susah susah, nanti kena marah. Tan Sri Muhyiddin takut, kita faham, sebab dia ngarapkan jadi PM satu masa - mana tau, walau pun lebih tua, tapi kalau Najib jadi macam Tun Dol, dia boleh masuk sepatu PM.
Ketua Pengarah DBP kalau bising pun macam Dato Hassan Ahmad yang bangkang Anwar Menteri Pelajaran masa itu fasal Bahasa Baku, dia "ditendang keatas" - naik pangkat jawatan tertinggi hape ke, dihantar sebagai Wakil Malaysia diUNESCO, Paris.
Kan sedap peluang kerja diParis kalau hebohkan pasal Bahasa Malaysia ke sekarang. Tapi mungkin KP DBP sekarang tak sedar peluang tu. Aatau ada udang disebalik mee disebalik pencetakan buku dsbnya.
Aku cakap banyak kang marah orang. Berhentilah aku disini.
Antara serangan UMNO kepada PAS adalah kononnya hubungan PAS dgn DAP yang telah menyebabkan orang Melayu menolak PAS.
Masaalahnya sewaktu PAS berseorangan diri dahulu, PAS biasa hilang wang deposit di Melaka.
Malahan pada tahun 1986, PAS cuma mampu dapat 1 kerusi Parlimen sahaja dan tiada negeri yang diperintah.
Adakah PAS perlu berseorangan seperti 1986 baru UMNO mahu berhenti menggunakan isu ini?
Pimpinan Umno perlu memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.
Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut.
Saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.
Akibat perbuatan Umno yang sanggup mengkhianati orang Melayu sendiri, menyebabkan bangsa itu masih terkebelakang dalam soal ekonomi dan pegangan ekuiti.
Umno tidak layak bercakap pembelaan orang Melayu, kerana mereka tidak bermoral untuk membela orang Melayu.
Saham bumiputra sebenarnya rancangan dalam DEB, dirumuskan untuk mengangkat martabat orang Melayu, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu.
Amalan rasuah dan khianat yang dianjurkan Umno adalah punca saham Bumiputra hilang.
Menteri sendiri mengaku DEB gagal, ini semua kerana rasuah, khianat yang dilakukan Umno. Sebab itu Pakatan Rakyat menolak DEB, tetapi Pakatan pula dituduh pengkhianat.
Sekiranya siasatan dijalankan, banyak lagi pengkhianatan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dapat didedahkan.
Kalau "PAS berseorangan seperti 1986", UMNO mesti mengurat PAS. Tak caya cuba lah.
Selagi PAS sebantal dengan DAP, selagi ada isu akan diutarakan. Percayalah.
PAS tak sedar ditipu DAP. Tak dipeduli PKR. Kesian.
Tak payah cerita fasal kononnya hilang RM52 bilion saham bumiputra.
PAS belom masuk Putrajaya pun Nik Aziz dah ambik pekej Haji dari kontretkter Kerajaan Kelantan, letak menantu diPerbadanan Kerajaan Kelantan.
UMNO dah banyak membela orang Melayu sejak lebih 50 tahun merintah.
Cuba sebut apa yang PAS "bela orang Melayu"? Ada buat Rancangan Luar Bandar atau sepertinya ke?
Atau PAS nak cuba bela DAP sekarang? Hamsat punya cita.
Perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik.
Anggota PAS khasnya pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain.
Namun, ini tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar.
Dengan dasar sedemikian, anggotanya dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik.
Fitnah bersifat umum dan ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu. Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit.
Politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video.
Walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka.
Rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah.
Hahaha jenaka besar ni:
"Anggota PAS khasnya pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak mahu politik jijik .."
Yang baring atas jalan pakai kain, ketayap ke serban ke, menghalang kereta Raja Muda Perak itu bukan Ahli PAS ke? Hantu syaitan, jembalang puaka ke?
Dah ikut cara ganas DAP ke? Cakap tak serupa bikin ke?
PAS tak fitnahkan UMNO ke?
Ada sesiapa nak senaraikan fitnah PAS?
Aku dah bosan nak buat gitu.
Ini Deris Ketua Penghebah PAS ke yang keluar bertalu talu ni?
Tak pakai nama dia pulak. Pakai nama Anon.
Itu bagusnya ada sistem Anon diblog ini. Aku pun tak payah buang masa nak fikir nama apa nak tulis.
Ayoh, Mat Deris. Bila kau atau puak kau keluar disini, aku akan cuba keluar jugak.
Kalau kau nak bersatu, aku akan pelok cium kau.
Boleh cium kan? Anwar Ibrahim buat lebih dari cium kan? Korang sokong dia jugak lagi.
Aku cium korang, korang tak payah sokong aku. Aku tak minat politik. Hanya nak Melayu bersatu tak kena eksploitasi puak Cina yang ultra kiasu.
Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi.
Kalau dulu Umno-BN mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan.
Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah.
Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen.
Umno cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu-isu yang sengaja diwujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat.
Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda.
Setiap kali Pakatan Rakyat lancarkan sesuatu, Umno-BN akan kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru.
Cuba lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru.
Ini ucapan Mat Sabu;
"Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera,"
Alamak, apa nak cakap "Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi". Siapa kata?
Korang kata gitu sebab Kelanatan 20 tahun PAS perintah pun tak dapat membanguan bukan? Ada satu mall diKB pun heboh sedunia. Apa daaa.
Tak usah cakap pelabur asing, pelabur tempatan pun tak masuk Kelanatan. Bila ada papan tanda projek baru, semunya projek agensi Kerajaan Federal.
Cakap pasal "hilang pekerjaan" pulak. Tak sedar ke berapa banyak rakyat Kelantan kena hijrah kenegeri lain diMalaysia untuk dapat kerja. Dari Pegawai atau Eksekutif tinngi sampai ke buruh kasar. Kesian orang Kelantan. Bila Hari Raya penuh sesak balik kampung sampai traffic jam berjam jam.
Cakap pasal Pulau Pinang pulak. Ooi, tolong ingat Motorola mula melabur diPenang bukan dizaman DAP lah. Dah 35 tahun mereka diMalaysia. DS Najib pergi Amerika baru baru ini umumkkan Motorola labur 3 billion Ringgit lagi. Jangan ingat usaha DAP lah. Jangan khayal dengan DAP dan "kagum lihat Karpal" macam Nik Aziz lah.
Bukan kah kamu memfitnah bila cakap "Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda." Lagi sekali, apa daaa ...
Kau cakap pasal "tiru" itu ikut bahasa India ke? Orang India pakai perkataan itu untuk nama orang pun ada. Aku tak pakai perkataan "tiru". Aku nak pakai perkataan "tipu" - sebab korang selalu tipu rakyat. Cakap nak Hukum Hudud tapi sebantal dengan orang yang kata "Never" dan "Over my dead body" kapada Hukum Hudud. Tipu!
Ini ucapan Mat Tipu:
"Marilah kita laksanakan Hukum Hudud. Kami dah sebantal dengan DAP. Lim Kit Siang kata "Never', Karpal Singh kata "Over my dead body". Tapi itu mereka main main saja. Esok lusa mereka akan kata, Marilah PAS kita llaksanakan Hukm Hudud 3 hari lagi".
Hahaha. Mat Sabu. Mat Tipu.
Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno.
PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.
Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalam mencari sokongan dan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat untuk menyokong.
Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.
Jika ada pertuduhan, silakan lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu.
Rakyat janganlah diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.
Apa yang jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebabkan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa.
Isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri.
Sementara kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.
Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.
Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana dan proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.
Gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas.
Tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.
Apa daaa kamu cakap "PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain"? Aku baru saja sebutkan bukti kamu memfitnah dikomen panjang aku diatas.
Ni lagi kamu memfitnah: ".. jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat untuk menyokong". Bila kamu tak beri bukti, kamu menuduh, itu memfitnah, ada faham ka? Apa la kamu ini?
Sekarang diperenggan berikut kamu pulak cakap "silakan lampirkan bukti yang benar". Tapi kamu baru saja memfitnah menuduh Polis "memaksa dan mendesak rakyat untuk menyokong" diatas ini. Aku khuatir kamu ni sewel. Sekurang kurangnya jenis cakap tak serupa bikin.
Bagi aku ;
PAS bergabung dgn DAP dgn harapan DAPAT gunakan DAP.
Tapi sebenarnya diorang yang digunakan.
Ape ingat DAP tu bodoh ke? Ape punya bangang la PAS ni tu pun tak boleh fikir.
Waaah, dalam 7 minit dari pukul 2:01 hingga 2:08 PM minit kamu boleh keluarkan komen panjang 6 perenggan yang tiap satunya juga panjang.
Kau cedok C & P dari mana mana ke ni?
Takpa lah, aku takda apa nak cedok, tak mau C & P orang. Aku akan cuba respon kau berterusan.
Cerita Anwar dah nyata, apa hal pun watak meliwatnya dah samapai ke kes Sodomy II. Cerita Altantuya dah tak ada lagi, Raja Petra Kamarudin dah tuding jari ke lain.
Kau tak baca berita ke? Kau kau pilih berita yang kau nak baca? Macam tu ke orang PAS mcm kau ni?
Banyak komen yang masuk kali ini....tapi sayangnya...banyak yang copy dan paste sahaja...
Semua pihak harus bersetuju agar fitnah diperangi, fitnah ditolak dan fitnah tidak wajar disuburkan dalam sosial, ekonomi dan politik tanah air kita.
Semua pihak harus menuju ke alam politik yang matang dan dewasa pemikiran para politikusnya. Politik yang telus dan tulus. Politik yang berakhlak dan beradab. Politik hujah dan fakta bukan politik lucah dan fitnah, politik jijik dan keji.
Semua pihak harus menjauhi politik kotor dan cemar ini, insya-Allah negara akan lahir sebagai sebuah negara sejahtera dan harmoni serta rakyatnya bestari dan damai.
Iklim politik baru yang diharapkan ini tidak akan tercapai hanya dengan satu pihak bertindak, sebaliknya semua pihak termasuk NGO mestilah akur dan tunduk kepada prinsip politik yang berasas kehendak pencipta iaitu Allah Azza wa Jalla.
Bila tergelincir dari landasan wahyu Allah itulah meletakkan kita dalam jerangkap fitnah yang tidak berkesudahan.
Membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selaku pemegang amanah rakyat mestilah dilaksanakan asal sahaja ia bertunjangkan bukti yang kukuh, maka ia bukan fitnah malah ia adalah satu kewajipan.
MACAM-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.
Menteri Besar Kelantan itu sangat gembira dengan hubungan yang ada kerana ia membuka ruang dakwah orang bukan Islam, malah beliau merasakan DAP sudah tidak sensitif lagi dengan pandangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Jalinan yang ada itu mulanya justeru politik yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bolehlah dikatakan peranan dan kebijaksanaan Anwarlah yang merapatkan kedua parti itu boleh berada di bawah satu bumbung.
Dikenang kejadian lampau, seolah-olah tiada lorong bagi kedua parti pembangkang itu untuk bekerjasama malah untuk berdekat-dekat.
Dia ni jenis yang bukan nak respon apa kita cakap. Aku pun terasa nak kata dia haprak, dia haprak tak habis habis. Tapi tak bertanggung jawab pulak aku.
Jadi aku nak gunakan peluang ini untuk cakap apa saja menunjukkan PAS tak guna punya parti, ada orang macam dia ni, main ciplak saja apa orang tulis yang ada dalam fail dia.
Tapi komen 2:25 PM dia hanya retorik saja. Tak perlu dicounter-argue pun.
Dikomen 2:31 PM dia, terlintas dikepala dia ni mungkin kaki tangan Nik Aziz ke. Pertahankan Nik Aziz pula.
Nik Aziz dikatanya "merasakan DAP sudah tidak sensitif lagi dengan pandangan Islam yang dibawa oleh PAS." Hahaha, jenaka besar lagi. Terima kasih kawan, meriangkan aku sikit petang ni.
Mana tak "sudah tak sensitif lagi" bila dah kata "Never" dan "Over my dead body" kapada Hukum Hudud.
Yang tak sensitif sebenarnya Nik Aziz. Tak sensitif langsung yang impian PAS dijijikkan DAP.
Pulak Nik Aziz kata "Saya kagum dengan Karpal Singh". Haiii, dah nasib lah, Melayu.
Salam Dr,
Sdr Ikhwan kata,"Kita ni orang Islam. Ada konsep amar makruf dan nahi mungkar. Kalau lihat ada perkara yang mungkar contohnya orang Melayu duk pangkah DAP, kita kenalah mengecam dan mengutuk perbuatan tersebut."
Benar. Itu sebab juga terkilan bila Zaid Ibrahim tewas kepada bukan Islam di majoriti orang Islam.
Terima kasih
CHANNA STRIATUS
Hah, dah senyap orang PAS. Boleh aku rehat.
Bekerjasama dan tolong menolong dlm kebajikan dan takwa dlm ayat 2 surah al-Quran, merangkumi kerjasama dgn org kafir/non-muslim, jika tujuan kerjasama itu adalah utk kebajikan spt utk menegakkan keadilan, dan membanteras kezaliman tanpa mengira kaum dan agama.
Tidak timbul kerjasama antara Pas dan DAP atas dasar Pas meleburkan prinsip perjuangannya. Pas tidak pernah berganjak drp prinsip perjuangannya utk mendaulatkan Islam, w/pun kadang2 terpaksa melayan sedikit kerenah sesetengah pemimpin DAP yg masih belum faham konsep 'negara Islam' yg phobia dgn istilah itu.
Maka Pas pun menggugurkan istilah 'negara Islam' dlm manifestonya kerana kawan sana terlalu takut dan bimbang dgn istilah itu. Setakat buang satu istilah, pd pandangan saya, tidak mendatangkan masalah pd matlamat perjuangan. Kalau org takut sgt dgn istilah 'negara Islam', tak usahlah guna istilah itu.
Dlm al-Quran dan sunnah pun tak ada suruhan supaya menggunakan istilah itu. Yg ada antaranya, amar makruf nahi mungkar.
Maka perjuangan Pas atas dasar amar makruf nahi mungkar masih diteruskan w/pun istilah 'negara Islam' itu digugurkan. Utk org yg dah faham dan jelas ttg istilah itu, boleh digunakan dan dijadikan manifesto. Tidak timbul soal hipokrit atau talam dua muka.
Kadang2 kita juga gunakan bahasa dan istilah yg berlainan utk menerangkan benda yg sama kpd org yg berlainan kerana disebabkan tahap pemahaman mereka berbeza. Itu saja.
Jadi kerjasama Pas dan DAP atas dasar kebajikan, menegak keadilan dan mencegah kezaliman.
Manakala kerjasama Umno dan komponen2 BN atas dasar sekularisme, mengekalkan sebahagian besar peraturan yg penjajah sendiri telah tak pakai lagi dan banyak asas2 Islam tergadai dgn kerjasama itu. Itu bezanya.
Sebab itu dikatakan haram bekerjasama dgn parti bukan Islam spt dlm BN. Al-Quran sendiri melarangnya spt dlm ayat yg sama (Al-Maidah: 2) bermaksud: "….dan janganlah kamu tolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…"
Hah, sudah menagku pun -
".. berganjak drp prinsip perjuangannya utk mendaulatkan Islam, w/pun kadang2 terpaksa melayan sedikit kerenah sesetengah pemimpin DAP yg masih belum faham konsep 'negara Islam' yg phobia dgn istilah itu". Ada yang jerit Hidup PAS ke, hahaha.
Yang ni lagi teruk -
"Maka Pas pun menggugurkan istilah 'negara Islam' dlm manifestonya kerana kawan sana terlalu takut dan bimbang dgn istilah itu". Habis lah Melayu. Buang itu buang ini. Untuk DAP.
"buang satu istilah", kata dia. Mereka tak sedar implikasinya. Padan lah ada ultrakiasu DAP yang asyik jeritkan Hidup PAS disini. Sebab PAS senang boleh dikelentong. Cakap "Never" dan "Over my dead body" kpd Hukum Huudud saja, maka buang istilah "Negara Islam". Ya Allah, tak tahu apa lain mereka akan buang untuk DAP. Macam ni kata nak bela nasib Melayu? You are joking, fellows.
Alasan dia senang saja:
"Kalau org takut sgt dgn istilah 'negara Islam', tak usahlah guna istilah itu". Teruk lah bangsa Melayu dengan orang macam ni.
Tidak timbul soal hipokrit atau talam dua muka, kata dia. Hanya timbul so'al apa lagi PAS akan tanggalkan untuk DAP. Harap jangan tanggalkan kupiah, serban atau kain.
""""Teringat perbualan saya di tepi kolam memancing (hobi saya memancing) dengan orang kuat PAS di daerah saya. Dia memulakan bicara dengan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rasuah dalam pentadbiran pemerintah hari ini terutama UMNO. Lalu saya katakan, rasuah adalah penyakit masyarakat tidak kira apa bangsa atau parti. Saya katakan padanya orang PAS dan UMNO tiada bezanya kalau perbandingan imej kepartian masingx. UMNO berimej Melayu manakala PAS berimej Islam. Dari air muka jelas sahabat saya tadi kurang setuju jika UMNO dan PAS dikatakan sama walaupun tak serupa. Maka sahabat saya minta saya berikan contoh bagi menjelaskan maksud.
Maka saya bertanya kepadanya, agakx apa perkara penting yang akan Allah swt tanya pada semua anak Adam di hadapan mahkamah agung nanti? Bincang punya bincang kami setuju SOLAT adalah perkara utama yang akan disoal. Lalu saya bertanya kembali kepadanya majoriti yang memancing di kolam hari ini orang PAS atau UMNO? Dia pun mengira dan menjawab orang PAS. Soalan saya, berapa ramai orang yang memancing hari ini dari zohor hingga maghrib pergi menunaikan solat. Dia tidak dapat menjawab soalan saya kerana jumlah yang bersolat tidak sampai 10% termasuklah dirinya sendiri yang tidak meninggalkan batang pancing kecuali untuk ke tandas sahaja.
Jadi tidak hairanlah jika Lim Guan Eng- DAP, membaca hadis dan mereka ini (orang Melayu PAS) meleleh air liur kerana terpesona. Kononnya PAS telah berjaya membuka hati dan beri kesedaran kepada DAP mengenai Islam. """"
Aku sungguh minat ngan komen sahabat kita ni, itu jgk pengalaman aku.
Bagaimanakah pendekatan Pucuk pimpinan PAS terhadap anak buahnya...
Aku pernah berminat ngan PAS..
tp ramai, rakan2 aku yg fanatik ngan perjuangan PAS cuba mmberi pandangan mereka masing..
masing2 mengutuk kerajaan macam2..
siap keluar hadis n segala bagai..
tp aku lihat dia sembahyang tinggal, solat jumaat tu pun boleh kata minggu ni pergi mnggu depan xpergi.., ada yang lagi hbt, hentam kerajaan xlaksanakan hukum islam..
Tengok2 rambut dh berwarna, lihat ayah gaya dh mcm ulama PAS...
Anak dihantar kat sekolah tok guru kat kelantan sana...
tp balik, johor.. mcm lagi teruk...
Bagaimana pendekatan PAS kpd ahlinya?
setahu aku, klu agama hanya bijak berkata2, tp xlakukannya.. munafik namanya..
Allah akan tanya amalan wajib rukun Islam kita dahulu...
Istigfar banyak2 sahabat semua..
klu esok kita mati, Solat, mengucap pun kita masih xbetul, bagaimana kita nk bertemu ngan Allah...
aku lihat komen2 diatas dh jd macam medan pergaduhan...
BERHENTILAH..
Apa yg dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan prinsip al-Tahaluf al-Siyasi, iaitu satu perjanjian politik.
Perjanjian spt ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri di Madinah apabila org2 Yahudi bekerjasama dgn baginda dan org2 Islam utk mempertahankan Madinah drp sebarang musuh.
Ini kerjasama baik, maka Islam tak melarangnya w/pun dgn org Yahudi. Kalau baginda s.a.w. tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam, begitu juga Pas.
Islam tetap diperjuangkan, bahkan Islam yg dibawa bukan saja utk Pas, tapi utk org2 DAP juga, bahkan utk manusia sekeliannya. Kerana Islam itu agama rahmat utk sekalian alam.
Tidak spt Umno yg menyempitkan pemahaman Islam dlm bab kepercayaan, ibadat, munakahat dan sedikit muamalat sahaja. Islam sebg negara, kehakiman, perundangan, khilafah tidak diterima oleh org2 Islam dlm Umno.
Itulah beza kerjasama Pas-DAP dan kerjasama Umno-BN. Bentuk berbeza maka hukumnya pun berbeza.
Yg berbeza bukan pd nama parti bukan Islam itu, tapi terletak pd asas kerjasama itu, adakah utk kebajikan atau kejahatan, atau kejahatan yg bercampur dgn sedikit kebajikan.
wah ramainya anon di sini..
nak reply kene mention anon x:xx am/pm.. :)
kalau lupa kene scroll atas balik..
say no tu DAP.
Tujuan komen 4:10 PM tu bagus. Tapi cara buatnya tak.
Patut tengoklah siapa yang mula, siapa yang banyak cakap, tulis panjang panjang, bertalu talu. Kasi tahu dia lah.
Aku cuma nak dia stop. Dengan cara counter-argue. Dia tak stop. Ketawakan dia, dengan harapan dia sedar. Tak juga.
Dia diam 45 minit. Aku kata aku nak rehat. Haish, dia keluar lagi.
Kalau nak hentikan dialog ke hape ke benda ni, kena jadi Hakim sikit lah, kawan. Suruh dua dua orang stop dengan tak kaji hujung pangkal, mana boleh.
Aku nak stop. Tapi kalau dia keluar lagi, aku akan keluar.
Aku tak mahu dia gunakan blog ini untuk propaganda parti dia. Aku tak ada parti, tak minat politik. Aku hanya minat Melayu bersatu.
Jenis dia ni tak boleh bersatu punya. Jadi aku cuba stop dia gunakan blog ini untuk propagandia dia dan PAS.
Kau pulak gunakan perkataan huruf besar. Mcm marah orang pulak. Nasihat dengan huruf kecil saja sudah lah. Ada ngarti?
"Ini kerjasama baik, maka Islam tak melarangnya w/pun dgn org Yahudi. Kalau baginda s.a.w. tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam, begitu juga Pas. "
wah standard PAS dah sama mcm nabi. maksum jgk ker?
ooo kerjasama dgn yahudi pun xpe..abes psal kecoh sgt dgn apco apco tuh?
cakap x serupa bikin la, kalau kene dgn umno semua salah..tu haram ni haram..kene batang hidung PAS sendiri semua ikut nabi..habis keluar hadis ayat quran semua..
sewel la, sempit betul fikiran..
Hah, Anon tu keluar lagi pada 4:16 PM. Aku kena respon lagi.
Yahudi bekerjasama utk pertahankan Madinah drp sebarang musuh, tak boleh dibandingkan dengan PAS-DAP. Musuhnya bukan Arab Muslim lah, "musuh" jenayah pada keseluruhannya atau tentera asing. PAS-DAP nak lawan UMNO Muslim, mana boleh.
"Islam yg dibawa .. utk org2 DAP juga"? Berjenaka lagi kamu.
Yang lain lain kau cakap juga retorik. Tak payah aku respon.
Isu perpaduan diantara Umno dan PAS ini bukanlah satu cerita baru. Dari segi sejarah, ianya telah bermula semenjak zaman pemerintahan perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
PRU ketiga pada tahun 1969 yang buat pertama kalinya melibatkan negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak, Perikatan yang dianggotai oleh Umno, MCA dan MIC hilang penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen.
Keputusan PRU tersebut menyebabkan berlakunya rusuhan kaum diantara orang-orang Melayu dan Cina yang dinamakan Tragedi 13 Mei.
Peristiwa ini digunakan oleh pimpinan Umno untuk memulakan rundingan kerjasama dengan PAS menggunakan isu perpaduan atau penyatuan Melayu.
Sebagai persiapan untuk menghadapi PRU keempat pada tahun 1974, Abdul Razak membentuk koalisi politik baru untuk menggantikan Perikatan yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973.
BN menang besar dalam PRU tahun 1974 dimana PAS adalah salah satu parti komponennya. Selepas PRU, PAS turut serta dalam kerajaan BN. Pimpinan-pimpinan PAS turut menjadi menteri dalam kabinet Abdul Razak.
Akan tetapi jodoh PAS bersama Umno dalam BN tidak bertahan lama. Pada tahun 1977, PAS dipecat dari BN. Semenjak peristiwa pemecatan PAS dari BN, parti tersebut terus menjadi seteru Umno.
Semenjak pemecatan PAS dari BN, tidak timbul lagi isu perpaduan atau penyatuan Melayu.
Pada tahun 1980an, kita dapat saksikan bagaimana pimpinan-pimpinan PAS turut menjadi mangsa kegenasan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Operasi Lalang yang dilaksanakan oleh kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1987 menyaksikan sebahagian besar pimpinan PAS merengkok dalam Kem Kamunting.
Pada ketika itu tidak timbul pula isu mengapa penjarakan orang Melayu?
Bukannya "Keputusan PRU tersebut menyebabkan berlakunya rusuhan kaum diantara orang-orang Melayu dan Cina yang dinamakan Tragedi 13 Mei".
Kata kata dan tingkah laku DAP di kempen PRU tersebut dan diperarakan selepas PRU tersebut telah mencetuskan Trajedi 13 Mei.
Kita tahu DAP nak kikis sejarah 13 Mei sebab guilty conscious perbuatan mereka. Sampai bantah cadangan memperingatkan hari 13 Mei. Orang orang DAP cuba tukar sejarah, tulis di Wikipedia, ada yang tulis buku pun, menuding jari kapada Tun Razak menyebabkan 13 Mei. Sangat melampau. Patut benar disumbat ke Kemunting.
Pada hal, kalau Tun Razak mahukan kuasa untuk diri sendiri atu memperkuatkan kaum Melayu secara perintah dengan Undang Undang Dharurat (Emergency Powers), dia tak payah serah semula kuasa kapada Parlimen selepas hanya 18 bulan.
Hosni Mubarak merintah Mesir dengan Emergency powers sampai 30 tahun, Muamar Ghadafi merintah Libya begitu sampai 40 tahun, Assad dan anaknya perintah Syria juga begitu sampai 40 tahun. Bukan saja tak berterima kasih, tapi kudut DAP cakap macam macam.
DAP buat gitu aku faham, sebab mereka ultra kiasu. Tapi PAS nak pertahankan DAP dan sembunyikan peranan DAP mencetuskan 13 May aku tak faham. Apakah PAS juga sudah jadi ultra kiasu?
Umno yang terlalu kuat dan tidak terkalahkan dari era Tun Razak sehinggalah era pemerintahan Dr Mahathir, akhirnya terpecah kerana pergaduhan dalaman.
Pada tahun 1980an, perpecahan Umno telah menyebabkan munculnya dua kem iaitu Team A yang dipimpin oleh Dr Mahathir dan Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Team B akhirnya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Umno dan Semangat 46 bersaing pada ketika itu mengenai siapa yang lebih Melayu.
Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Ahmad Shabery Chik adalah diantara tokoh Semangat 46 yang lantang melawan Umno pada ketika itu.
Dalam pertarungan memperjuangkan siapa lebih Melayu, Semangat 46 akhirnya tewas. Pada tahun 1996 parti tersebut dibubarkan dan tokoh-tokohnya termasuk Tengku Razaleigh, kembali menyertai Umno.
Krisis ekonomi Asia pada tahun 1997, menyebabkan Umno kembali bergolak. Kali ini, Dr Mahathir bergaduh pula dengan anak didiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pergaduhan tersebut berpunca daripada perbezaan cara untuk menguruskan ekonomi keika berada dalam krisis.
Anwar Ibrahim akhirnya terpelanting dalam perlawanan tersebut apabila disingkirkan oleh Dr Mahathir dari kerajaan. Anwar tidak berdiam diri dan menganjurkan gerakan Reformasi yang diinspirasi dari negara jiran, Indonesia yang pada ketika itu baru sahaja berjaya menjatuhkan regim Orde Baru dan Soeharto.
Anwar akhirnya merengkok dalam penjara dan penyokong-penyokongnya menubuhkan Parti Keadilan Nasional.
Keputusan PRU 1999 menggemparkan Umno dan BN. Walaupun BN masih lagi menguasai majoriti dua pertiga di parlimen, undi-undi orang Melayu secara majoriti telah beralih kepada pembangkang.
PAS yang paling untung dalam PRU tersebut. Selain dari berjaya merampas Terangganu, PAS turut mempertahankan Kelantan dan menjadi ketua pembangkang kerana mempunyai kerusi yang terbesar di parlimen.
Isu perpaduan Melayu muncul kembali pada ketika itu. Keluarlah cerita Melayu akan hilang kuasa politik jika tidak bersatu. Akhbar seperti Utusan Malaysia pada ketika itu, seperti hari ini, turut memainkan isu perpaduan Melayu diantara Umno dan PAS.
Kejayaan terbesar “geng perpaduan Melayu” pada ketika itu adalah apabila Dr Mahathir dan Almarhum Ustaz Fadhil Noor berjaya disatukan diatas satu pentas untuk berucap dalam isu Palestin.
Setelah 22 tahun memerintah, Dr Mahathir akhirnya meletakkan jawatan pada tahun 2003.
Imej “Mr Clean” Tun Abdullah Ahmad Badawi dan harapan rakyat kepada perdana menteri baru menyebabkan BN menang besar dalam PRU 11 pada tahun 2004.
Keputusan PRU 11 itu merupakan kejayaan yang terbesar dalam sejarah BN. Dari 2004-2008, sewaktu Umno dan BN mempunyai kuasa yang besar, tidak pernah ditimbulkan isu perpaduan Melayu.
Walaupun masih mempunyai kerusi parlimen yang terbesar dalam BN, Umno masih belum merasa selamat untuk berhadapan dengan PRU 13 nanti. Ini adalah kerana rakan-rakan utama mereka seperti MCA dan MIC berada dalam keadaan yang lemah.
Ditambah lagi dengan trend pengundi bukan Melayu yang memihak kepada PR. Ini menyebabkan perlunya isu perpaduan dan penyatuan Melayu dimainkan kembali. Dengan andaian bahawa jika Umno dan PAS bersama, kuasa undi orang Melayu yang kukuh pasti akan terus memenangkan BN.
PAS sekali lagi diheret dalam isu ini walaupun pada ketika Umno dan BN kuat pada tahun 2004 hingga 2008, parti tersebut langsung tidak dipandang oleh Umno.
Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu hanya perlu “disatukan” dari segi politik setiap kali kekuasaan Umno berada dalam keadaan bahaya. Terlalu jelas agenda penyatuan Melayu ini digembar-gemburkan hanya kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu dan bukannya orang-orang Melayu secera keseluruhannya.
Secara realitinya, orang-orang Melayu tidak akan pernah bersatu dari segi politik. Ini adalah kerana setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza. Dalam memilih makanan sahaja, setiap orang tidak mempunyai citarasa yang sama.
Apalagi didalam politik. Orang-orang Melayu akan terus mempunyai pandangan politik yang berbeza-beza. Ada yang menyokong ideologi Umno, PAS, PKR, DAP, PSM dan lain-lain lagi. Itulah naluri manusia, mempunyai citarasa yang berbeza.
Oleh itu, usaha sia-sia ini lebih elok dihentikanlah. Masa dan tenaga yang digunakan untuk propaganda “penyatuan Melayu” itu lebih baik digunakan untuk tujuan membangunkan negara.
Malaysia kini berada dalam keadaan bahaya, jika tidak diselamatkan, tidak mustahil Malaysia akan terus ketinggalan kebelakang berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara yang semakin maju kedepan.
Aku ni hentam PAS banyak banyak, jangan jangan Anon ni orang di DAP HQ.
DAP ada semua rekod begitu. Di situ ada Mama Lim yang Wee MP bekas PKR ke ape kata gufreng Lim Kit Siang, yang mungkin tulis ni semua.
Apa pun, aku hentam DAP juga dalam process counter-commenting siAnon ni.
Anon 5:11 PM banyak beri sejarah.
Kalaulah sejarah negara ini sejak nenek moyang ultra kiasu masuk beramai ramai, alangkah baiknya.
Tapi DAP pun tak suka Sejarah dimestikan disekolah sekolah mulai 2013. Dia takut sejarah tunjukkan mereka tak tahu berterima kasih, dah dapat Kerakyatan tak hormatkan Perlembagaan, dsbnya.
Apa pun, Sejarah yang diajar generasi muda akan meliputi usaha usaha mencapai kemerdekaan, latar belakang Perlembagaan, perana mereka dalam mencetuskan trajedi 13 Mei dsbnya.
Pas boleh bergabung dengan sesiapa saja yang boleh menerima perjuangan mendaulatkan agama Islam, tidak kira dari latar belakang mana mereka datang.
Teringat kata Tuan Guru Nik Aziz, "Kalau Umno mengubah dasar kepada al-Quran dan as-Sunnah, haram undi PAS"(1997).
Cukuplah bersatu atas isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama. 1974 kan dah try, sakit sampai la ni kata tok guru.
Asas bergabung mestilah wujud dulu wihdatul fikrah. Pemikiran mesti selari dalam isu-isu khususnya yang melibatkan kepentingan Melayu Islam.
Tapi kalau satu parti menjadikan Islam sebagai asas, manakala yang satu lagi menjadikan Melayu sebagai asas, memang gabungan ini nanti tak akan kukuh dan tak kekal lama.
Samada kita nak guna pain killer yang kesannya sementara ataupun nak operate buang terus barah yang ada.
Tumbangkan Umno ibarat membuang barah, seolah-olah tiada Malaysia tanpa Umno.
Memang nampak menyakitkan. Tapi bila barah dah dibuang, insyaAllah sejahteralah hayat.
Perodua tak bergabung dengan Proton adalah lebih baik. PAS tak bergabung dengan Umno pun adalah lebih baik.
Jangan kita berfikir secara simplistik bahawa dengan bergabung segalanya akan menjadi lebih baik.
Bukti PAS telah bekerjasama dengan Umno dalam aspek ini banyak. Tetapi, akhirnya yang menjadi mangsa PAS juga. Contoh, seperti apa yang telah berlaku ke atas Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS. Berapa kalikah MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas telah `dimalukan' oleh mereka? Bayangkan seorang MB `dimalukan' di negeri yang beliau perintah sendiri. Siapa yang mengkhianati kerjasama sebenarnya?
Mengapa Umno beriya-iya benar mahu bekerjasama dengan PAS, mengapa tidak dengan PKR?
PKR juga mempunyai ramai ahli-ahli dan penyokongnya yang terdiri daripada kaum Melayu dan Islam. Bahkan, ada di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PKR masih terdapat `bau' Umno ditubuhnya. Tetapi mengapa Umno lebih berselera dengan PAS?
Adakah Umno tertarik dengan dasar PAS iaitu untuk menegakkan sebuah Negara Islam berpaksikan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias itu?
Bukankah Umno pernah melarang Kerajaan PAS di Terengganu suatu ketika dan di Kelantan untuk melaksanakan Undang-Undang Islam Hudud dan Qisas?
Bukankah pemimpin Umno juga yang menentang kes Qazaf yang dibawa oleh DS Anwar di Mahkamah Syariah berkaitan kes liwatnya?
Pemimpin Umno juga berhasrat untuk meluluskan lesen judi sukan di samping masih mengekalkan lesen berbagai jenis judi sekarang? Jadi, apa asasnya Umno ingin bekerjasama dengan PAS dan tidak mahu menghampiri PKR?
Waaaah, 1 komen panjang pada 5:11 PM, satu lagi 5:12 PM, 1 lagi 5:13 PM. Nyata sudah ada kilang buat komen panjang panjang. Keluar tup, tup, tup satu minit satu.
Mungkin kilang diDAP HQ, mungkin juga di pajabat PAS.
Banyak sejarah dan retorik la. Tak guna counter-argue. Semua orang dah tahu.
Umno ingin bekerjasama dengan PAS semata-mata untuk menjatuhkan PKR terutamanya pemimpin tertinggi parti tersebut iaitu DS Anwar. Umno mahu semua orang Melayu menjauhi PKR dan DS Anwar agar mudah bagi Umno untuk memperkudakan PAS seperti yang pernah dilakukannya dahulu.
Umno sedar, kekuatan dan perpaduan PR banyak terletak di tangan Ketua Pembangkang itu. Usaha Umno untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP selalu gagal kerana adanya DS Anwar di tengah-tengah.
Kebanyakan pimpinan di dalam PKR datangnya dari Umno. Mereka amat mahir dengan strategi politik Umno dan mereka banyak tahu segala jenis penyelewengan pemimpin Umno.
DS Anwar pemimpin di dalam PKR yang banyak kali membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'. Berbagai pendedahan telah dibuat oleh DS Anwar terhadap kerajaan dan pemimpin Umno, kebanyakannya gagal dijawab oleh mereka.
Berbagai usaha telah mereka lakukan untuk menamatkan karier politik DS Anwar, namun masih tidak berhasil. Maka, mereka mengharapkan PAS membantu mereka.
Bagaimana PAS boleh bersatu dengan UMNO, sedangkan UMNO lah yang 'menjajah' bumi & rakyat Malaysia - bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia; mencekam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat & bumi Malaysia?
Bagaimana boleh PAS bersatu dengan golongan UMNO yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum ALLAH swt?
PAS akan terus perjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan Undang-undang negara agar:-
[i] Badan Keadilan dan Perundangan (Judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen;
[ii] SPR / SPRM / ROS diletakkan di bawah Pengawasan Parlimen;
[iii] bentukkan IPCMC dan letakkan IPCMC ini di bawah pengawasan Parlimen. Kesimpulannya kembalikan “Supremacy of Parliament” yang telah di nodai oleh Kerajaan UMNO / BN semenjak merdeka lagi.
Jika UMNO jujur dia membentangkan pindaan Perlembagaan dan Undang-undang.
Kalau UMNO itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.
Tubuhkan Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat pembelian kapal selam scopene; bagi menyiasat saham-saham allocation untuk Bumiputra daripada 1970 sehingga sekarang siapa penerimanya; bagi menyiasat penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004 - 2009; bagi menyiasat Kes Kematian Sarbani (Kastam); bagi menyiasat kes PKFZ.
Kami menentang parti UMNO bukan kerana dia UMNO, KAMI MENENTANG parti UMNO KERANA MEREKA ZALIM, MEREKA MENINDAS RAKYAT MALAYSIA, MEREKA PEROMPAK HARTA NEGARA DAN MEREKA (Parti Umno bukan ahli Umno) ADALAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA !".
Wallahalam
Anon 5:13 PM boleh komen sikit sebab sebut tak mahu PAS-UMNO bersatu. Ini mungkin dakyah DAP sebab DAP tak mahu PAS-UMNO bersatu.
"agenda penyatuan Melayu ini digembar-gemburkan hanya kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu dan bukannya orang-orang Melayu secera keseluruhannya," kata dia. Sudah tentulah dia cakap gitu.
Pulak dia cakap "Secara realitinya, orang-orang Melayu tidak akan pernah bersatu dari segi politik. Ini adalah kerana setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza." Ini adalah nohe' kata orang ditebing Sungai Perak.
Awasi bahawa aku tak gunakan perkataan bodoh. Macamlah orang Cina, India dll pun tak cita rasa berbeza.
Ini lagi tanda tanda Anon ni mungkin duduk di DAP HQ. Dia kata, "Oleh itu, usaha sia-sia ini lebih elok dihentikanlah. Masa dan tenaga yang digunakan untuk propaganda “penyatuan Melayu” itu ..."
Salam DRT,
Boleh tuan hentikan penggunaan anonymous?Kita tak mahukan orang malas di sini.
Orang Muor, Aldan,
Itu lah aku dah kata susah nak reply dengan anons...dah terlampau banyak...
Dr Ridhuan
Saya sokong...lebih baik kita disable kan balik "anonymous" ni. Diorang ni tak reti bahasa dan tak ada adab...
Ingat blog ni macam tong sampah ke nak campak, copy n paste artikel penuh orang lain dalam ruangan komen.
Lagi satu tanda Anon ni dari DAP HQ. Di 5:31 PM, dia kata
"Umno ingin bekerjasama dengan PAS semata-mata untuk menjatuhkan PKR terutamanya pemimpin tertinggi parti tersebut iaitu DS Anwar ..."
Langsung tak sebut UMNO nak jahanamkan DAP. Pada hal DAP mush UMNO sejah penubuhan DAP. Tak mahu rakyat nampak DAP jahat. Katakan PKR jahat pulak.
Haha, siapa cakap "Usaha Umno untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP selalu gagal kerana adanya DS Anwar di tengah-tengah." Bukan kerana Anwar, amigo. Kerana Nik aziz kagumkan Lim Kit Siang dan Karpal walau pun mereka tak mahu Hudud.
Apa pun, saya harap kumplan Erdogan ke siapa ke akan tukarkan keadaan. Muktamar PAS tak lama lagi.
Siapa peduli Anwar cakap? Melainkan ahli PKR dan sekutunya. Janji 16 september kosong saja. Anwar mahu guna katak lompat, melibat wang, rasuah. Sodomy I kata dia liwat, Sodomy II, dia akan diikat. Di Sungai Buluh. Tak payah cerita viseo sex lah. Zaid Ibrahim dll pun dah cabut lari dari dia. Apa nak propagandakan lagi?
Ooooi ikhwan
Jaga mulut sikit. Jangan kata tak reti bahasa, tak ada adab. Ingat, the enemy is out there, not between you and me.
I've never commented against you. The least you could do is return the gesture.
If you are so damned lazy to type Anon and to c & p the time, WTH. As for scrolling down, you'll have to do so anyway. So many comments that you can't hope to remember the ones you want to comment on and have to scroll down to refer if you want to comment on the specific ones.
Or you can comment in general. Be sensible, bro.
Muktamar PAS kali ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.
Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.
Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif. Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi.
Tekanan kearah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah.
Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai ‘mercu tanda’ pengurusan sarat rasuah Umno/BN.
Umno/BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.
Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, PKR dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).
PS ikhwan
If you are referring to the fler "copy n paste artikel penuh orang lain dalam ruangan komen", OK lah, not me, me no c&p. If so, be specific lah.
I'll protest withdrawing the Anon commenting facility. By not commenting here any more. If that happens, siapa untung propaganda?
Kalau korang nak counter-argue semua komen propaganda siAnon yang tu, lain lah.
Umno jelas telah dihinggapi ‘Sindrom Takut Kalah’ atau ‘Atichyphobia- Fear of Failures’, sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.
Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah ‘Sindrom Takut Kejayaan – Fear of Success’.
PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan ‘Al-Asolahnya’ atau ‘Ketulenan keIslamannya’ lantas curiga serta khwatir untuk menempuh ‘jalan-jalan’ yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.
PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.
Anon bla bla bla...????!!
If you want to comment against me...go ahead...I dont give a damn and I dont care....
I am not bound by anybody and I'll express my opinion anyway I like.
I have repeatedly stated my opinion on the use of anons....And that is of course for you and others that used anons. Whatever side you people are from. Tak ada pilih kasih bro.
You people (the anons) can use it, I have no power to stop it however I will continue with my criticism. I see a lot of irresponsibility and abuse when using anons.
And yes I know the same goes with people using nickname like me but a bit less if I may say from my observation.
The main thing is because of the difficulty to refer back and to type here when addressing/replying these anons.
Harap maklum
Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi’ dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.
PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus ‘tag-line’ –‘PAS Untuk Semua’ dan ‘Islam Untuk Semua’ melalui program-program perjuangan yang lebih ‘Inklusif’ menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam.
PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu ‘fiqhiy’ (legalistik) kepada paradigma pemikiran ‘Usuliy dan Maqasidiy’ (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih daqiq (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa.
Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua’malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.
Inilah antara pengisian agenda “Penampilan Agenda Politik Islam PAS” dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.
PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu ‘eksklusif’ dan ‘centrik’ yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.
Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.
Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!
Anon 5:39 PM komen banyak hogwash propaganda. Tak ada bukti dikeluarkan.
Dia kata "Kami menentang parti UMNO bukan kerana dia UMNO, KAMI MENENTANG parti UMNO KERANA MEREKA ZALIM, MEREKA MENINDAS RAKYAT MALAYSIA, MEREKA PEROMPAK HARTA NEGARA DAN MEREKA (Parti Umno bukan ahli Umno) ADALAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA !".
Gantikan UMNO dengan PAS, DAP dan PKR diatas itu. Tambah: mereka merosakkan hak dan kepentingan Melayu.
anon 6:11pm (Urgh!! hate doing this)
Anda betul...yang saya cakap tak ada adab dengan kurang ajar tu khusus untuk anon yang copy and paste dan campak masuk artikel orang lain dalam blog ni...
Bukan semua untuk anons....
Tapi komen saya berkenaan penggunaan anons dan saranan supaya meletakkan nickname tu memang untuk semua anons termasuklah anda.
Anon 6:05pm:
__________________________________
If you are so damned lazy to type Anon and to c & p the time, WTH. As for scrolling down, you'll have to do so anyway. .
___________________________________
My reply:
If I am so damned lazy to cnp and scroll these huge list of anons; then these anons like you must be PRETTY DAMN SUPER DUPER LAZY that cant even put down a simple nickname as you write your comment!!??
Tak maklom, ikhwan bla bla
Just because you put a nic you want to ride rough shods in here. Come on la, Mister, what an attitude to say "I dont give a damn and I dont care...."
I thought being overseas make you a little broad minded. What a shame.
I'll now say who the hell cares that you "have repeatedly stated my opinion on the use of anons.."
Now you are talking sense, saying "You people (the anons) can use it, I have no power to stop it". You can continue with your criticism but who the hell cares any more.
You are talking nonsense saying "I see a lot of irresponsibility and abuse when using anons." As if you comment by giving your full name and place of work like RT does.
You have distracted the attempt to counter-argue the fler. And he and the likes of him are clapping their hands and laughing at us. What a pity.
I do not wish to continue this conversation with you. Over and out.
Oh no Anon...you are wrong there...
I am not broad minded at all.. I am specific minded...I state things in my opinion the way I see it. So please correct your perception there.
Being oversea doesnt make you broadminded so does not being oversea...If not these ultrakiasu people dah lama dah broadminded...
And please dont go telling others not being broadminded when you yourself couldnt even accept a simple suggestion not to use anons.
And yes dont tell others pemalas when you yourself couldnt even do a simple task of putting down a nickname on your own comment!
ni anon yg gile kopipes nih..baru belajar ctrl-c ctrl-v ke wei?
sampah2 yg ko sepah2kan kt sini kalau kitaorg nak kitaorg bleh pungut sendiri la ..tau kat mane nk carik..tp sape yg nakkan smph mcm fitnah2 pembangkang nih? penyokong totok PAS/PKR mahu la..
tolong la..zaman photostat propaganda byk2 then campak dpn rumah org dah berlalu..
say no to DAP..
Semalam komen terakhir saya kapada propaganda PAS sampai ke komen Anon 5.31 PM, selepas itu saya telah kena "rudely distracted".
Anonymous 5:39 PM pula menuduh UMNO "menjajah' bumi & rakyat Malaysia - bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia; mencekam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat & bumi Malaysia?"
Disini juga dia menuduh tanpa mengeluarkan bukti atau hujah hujah yang boleh dipercayai. Sebagaimana saya kata dulu, bila menuduh tanpa memberi bukti, itu bermakna fitnah.
Tetapi dia pulak juga menuduh orang memfitnah. Jadi, ini sudah tidak betul sekali jenis komen seperti ini. Tuduhan seperti itu adalah cara politik DAP.
Dia mencari helah tidak mahukan PAS-UMNO bersatu, sekali lagi membayangkan apa yang DAP mahu. Apa kah mungkin ini ditulis oleh orang DAP?
Pemindaan Perlembagaan memang biasa diutarakan kaum DAP sehingga Mufti Perak telah mengatakan sudah ada Derap Perlembagaan baru, kononnya, yang telah disediakan oleh pihak ultra kiasu itu.
Jika derap itu menyentuh perkara perkara sensitif yang tidak boleh diperso'al, apatah lagi dipinda, dan dilindung oleh Akta Hasutan, mereka yang mencuba buat derap itu perlu diburu, ditangkap dan dikenakan dakwaan dibawah Akta Hasutan sekurang kurangnya.
Memang Anonymous 5:39 PM tidak semenggah dengan tohmahan tohmahan liarnya yang tidak didampingi bukti atau justifikasi.
Memang kata kata yang dikeluarkannya berbau DAP.
Tidak masuk akal cuba menggunakan perkataan UMNO 'menjajah' dasbnya. Istilah "bertindak zalim terhadap rakyat", "mencekam kebebasan rakyat" dan "bertindak tanpa keadilan kepada rakyat" itu semua rangkaian kata yang biasa keluar dari mulut DAP.
Menuduh UMNO "mengamalkan budaya rasuah", pada hal PAS, DAP dan PKR juga mengamalkan rasuah. Sayang dia tak sebutkan rasuah yang juga melanda landa diAmerika sehingga syarikat besar Enron lingkup dan Yahudi bernama Bernard Madoff "made off with US$ 50 billion of fellow Jewish money".
Oh, dia mesti cari pasal dengan UMNO dan BN. Diamkan hal rasuah Nik Aziz terima pekej Haji untuk dia, keluarga dan pembantunya berjumlah lebih setengah juta Ringgit dari kontrekter Kerajaan Kelantan. Melantik menantunya kejawatan CEO sebuah Perbadanan negeri Kelantan tanpa due process.
Dia juga diamkan kes siasatan Exco DAP Selangor yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock. Peniaga Cina yang jadi saksi diCOI TBH menyatakan bahawa Exco DAP Ean Yong menentukan harga bagi tender Majlis Majlis Bandaran Selangor. Exco DAP Ronnie Liu menggunakan kepala suratnya bagi mempengaruhi tender. Pegawai pegawai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Pulau Pinang yang dilanktik oleh DAP ditangkap MACC atas tuduhan rasuah.
Lim Guan Eng melancarkan projek Majlis Perbandaran Pulau Pinang bernilai berbillion Ringgit dengan tidak menggunakan cara tender biasa. Gunakan cara Turk-Key dimana konterkter sendiri yang melantik arkitek, jurutera, jurunilai dan lain perkhidmatan professional, yang membolehkan berbagai jenis rasuah berlaku diberbagai peringkat dan pelusuk projek itu.
Anonnymous 5:39 PM juga berkata PAS akan terus perjuangkan pemindaan Perlembagaan dan Undang-undang negara.
Tujuan itu ialah bagi memporak perandakan keadaan. Masalah dibanyak negara bukan pada sistem yang ada tetapi pada orang yang mngendalinya. Benar, lantikan yang dibuat oleh PM menyebabkan yang dilantik patuh dan cuba pertahankan kepentingan yang melantik. Tetapi jika dilantik atau bertanggung jawab kapada Parlimen pun tidak boleh mengelakkan yang dilantik mempromosi atau mempertahankan kepentingan yang melantik.
Fikirkanlah, jika Peguam Negara dilantik oleh dan bertanggung jawab kapada Parlimen, bagi mentadbirkan lantikan dan prestasi orang yang dilantik, Parlimen perlu melantik seorang sahaja baginya, seperti Speaker atau sesiapa MP lain. Kalau tidak, takkan Peguam Negara, umpamanya, perlu berhubung dengan semua MP.
Ini orang semuanya kiasu. Menuduh tidak adilnya sistem Mahkamah kita. Pada hal berkenaan penggunaan Kalimah Allah, Ketua Hakim membiarkan Hakim Kristian yang menghakimkannya. Dan keputusan yang dibuatnya menyebelahi kepentingan Kristian. Apa lagi yang diperso'alkan ketulusan para Hakim kita? Ultra kiasu punya pemikiran itu semua.
Subhanallah... sahabat-sahabat, boleh untuk mengkritik sapa2pun... tp agak2ya... nk kutuk kerajaan kutuk la... tp negara ni Alhamdulillah Allah masih memberi jalan untuk kerajaan membantu rakyat... banyak kemudahan, yg kerja kerajaan gaji kerajaan yg bagi, anak klu skola kerajaan, bape ringgit je anda laburkan untuk anak anda... Dengan izin ALLAH, rezeki yg anda perolehi klu anda lupa, anda kufur NIKMAT... jgn lupa jasa yg kerajaan bagi.. tu semua nikmat ALLAH... tolonglah jadi umat ISLAM yang bersyukur... semakin anda lupa nikmat yg anda dapt, semakin Allah xkan memberikan nikmat rezeki yang seterusnya... ASTAGFIRULLAH... sgt sedih tgk anda semua berbalah sesama Islam... mmg SEDIH!
TENANGKAN,
Aku tau niat kau baik. Baguslah.
Tapi cuba kau baca komen aku di 7:41 AM sekali lagi.
Kan aku ngentam DAP tu. DAP tu Islam ke?
Perenggan 4,5,6,7 tu semua aku ada sebut DAP.
Dengan segala hormatnya, bila kau nak nasihat, be specific sikit la, kawan. Supaya yang berkenaan tau, dan yang tak berkenaan tak ambik hati.
Bukan bebudak bergaduh ni. Kalau kau nak leraikan bebudak gaduh pun, kau perlu kasi tahu siapa yang salah. Kalau tak mau kata salah pun, katakan jangan buat gitu atau gini, tapi sebutkan specificnya.
Ini pulak orang dewasa. Bukan nak bergaduh. Yang satu nak keluarkan propaganda PAS dan DAP, yang satu lagi nak kaunter comment atau menidakkan atau mematahkan tomahan liar mereka dan sebagainya.
Sekain, harap maalom.
Aku naik rimas tengok orang-orang kita melayu bertikam lidah sesama sendiri mengenai isu yang sama berulang-ulang kali seolah-olah takda kesudahannya. Sindir menyindir,kutuk mengutuk ada kala terlajak sampai memaki hamun. UMNO kata PAS dan sebaliknya Juga PKR dan KITA.
Sefahaman aku lah parti ini semuanya berteraskan melayu. Maksudnya majoriti ahlinya adalah melayu.
Tapi malangnya aku berpendapat perjuangan parti yang berteraskan melayu ini berjuang bermati-matian untuk samada mengekalkan kuasa atau menang pilihanraya. Ok, memang itulah sepatutnya. Tapi...kenapalah apabila kita nak perjuangkan hak dan kepentingan orang melayu seolah-olah parti-parti ini mempunyai tafsiran atau versi mereka sendiri.
Banyak perkara yang berlaku dari dulu sampailah kehari ini isu mengenai kepentingan melayu yang diperjuangkan dikalangan parti-parti ini selalunya berakhir dengan menang mejadi abu kalah menjadi arang.
Berlainan dengan Parti yang berteraskan Cina atau India. Apa sahaja isu demi kepentingan bangsa mereka akan bersatu,melupakan ideologi parti bagi memastikan tuntutan mereka berjaya. mereka akan tetap bersatu menuntut tanpa berputus asa sehinggalah mereka berjaya.Jangan salahkan mereka kerana sebagai warganegara mereka berhak untuk menuntut.Mereka yakin lambat laun pasti berjaya cuma masa sahaja yang menentukannya. Kerana mereka tahu dan masak benar dengan cara kepimpinan orang melayu.
Kepimpinan melayu terlalu sibuk dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa. Sanggup bergaduh sesama sendiri untuk berebut kuasa. Hari ini Kawan menjadi lawan dan esok lawan menjadi kawan kerana mengejar kekuasaan.
Kepimpinan bangsa selain melayu pula sibuk dan sanggup melakukan apa sahaja untuk terus memonopoli ekonomi, mengekalkan warisan mereka,mendapatkan seberapa banyak tanah dari orang-orang melayu dan pribumi.Untuk mencapai semua hasrat tersebut mereka akan sentiasa mencari kawan dan tidak ada lawan bagi mereka.
Orang Melayu jangan salahkan mereka kerana mereka mengambil kesempatan ini sebab mereka sangat arif dan sangat mengenali tabiat dan kelemahan orang melayu.
Aku nak tanya sikit, apa pendapat kalian,
1.Bolehkah bangsa kita bersatu tidak kira dari parti mana sekali pun apabila kita memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Melayu.
2.Apabila kita mengundi dalam PRU akan datang jangan pilih dari mana partinya tapi pilih hanya calun melayu atau Islam sahaja.
Rawang,Selangor.
Salam Semua
Kerajaan adalah pemegang kuasa. Harus sedia menerima dan mengakui kegagalan pemerintahannya.Jika anak kita tidak cemerlang siapakah yg dipertanggungjawabkan? Sudah pastilah kita sebagai ibubapa. Jgn menunding kearah org lain atas kegagalan didikan kita.
Persoalannya, adakah Melayu itu sudah cukup Islamnya? dan adakah negara ini sudah cukup Islamnya? Dan apakah peranan org Islam kepada yang bukan Islam. Menghukum!!! atau Menyampai dan mendidik...
Apakah kita masih buta? Buta mata mungkin tidak. Sesungguhnya orang yang buta adalah yang tidak berilmu, tidak beramal dan tidak bertaqwa.
Si Pendatang itu juga adalah makhluk ciptaan Allah. Ingatlah, yang melakukan kemusnahan itu adalah manusia. Di akhir hayat kita hanya Allah yang mengetahui ucapan syahadah kita.
Orang Rawang,Selangor,
Kata kata anda dan so'alan yang dikemukakan nampaknya ikhlas dan aku nak cuba beri pendapat yang anda minta.
Aku fikir memilih berdasarkan bangsa membawa risko yang menang dan menubuhkan Kerajaan bukan yang kita mahukan.
Melainkan sudah terbukti dan dideklarasikan oleh parti parti politik yang kita mahukan bahawa mereka akan berbuat demikian dan meletakkan calon berdasarkan bangsa. Tetapi ini tidak mungkin didalam keadaan sekarang.
Teori "vote the man, not the party" dan sebaliknya sudah lama dipertikaikan. Bahayanya ialah kita dapat orang yang kita suka mewakili kita, tetapi kalau dia tidak didalam parti yang menerajukan Kerajaan, tak banyak kita dapat.
Cubalah baca kisah pembangkang Dr Tan Chee Koon yang mewakili kawasan Kepong banyak tahun dahulu. Kawasan dia jalan berlobang, longkang pecah dsbnya bertahun tahun, akibat Kerjaan tak mempedulikannya sebab dia parti pembangkang.
Mengapa Kerajaan buat demikian? Ini sudah semula jadi dimana mana negara. Parti yang memegang dapat menubuhkan Kerajaan dan memegang kuasa mesti mau perkuatkan parti dan constituency dia, lemahkan parti dan constituency pembangkang.
Itu saja pendapat aku setakat ini.
Nampaknya tak dapat nak jawab so'alan orang Rawang,Selangor
"Bolehkah bangsa kita bersatu tidak kira dari parti mana sekali pun apabila kita memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Melayu."
Tengok sajalah komen komen diblog ini.
Tapi kita kena terus laungkan MARI BERSATU, MARI BERSATU, MARI BERSATU ...
mungkin boleh kalau sembahayang hajat banyak banyak.... kuasa tuhan tu tak terhingga.... orang pas pun ada buat sembahyang hajat ... ada yang hadi awang imamkan.......umno pun boleh buat juga.........tak usah tunggu najib imamkan .......pkr pun boleh sembahayang hajat.......juga tak usah tunggu anwar imamkan....
Saya risaukan kenapa dibiar sekolah cina ini semua. Kalau dah Perlembagaan kata bahasa melayu mesti diguna untuk urusan resmi, kenapa biarkan sekolah cina pakai manadarin mengajar disitu. Dah jadi lintang pukang keadaan sekarang.
aman.
aman,
inilah yang menjadi persoalan. Kerajaan terlampau berorientasikan undi daripada melihat kepada maslahat negara. Memang tiada alasan kenapa sekolah vernakular in mesti wujud atau diteruskan jika dilihat kepada kepentingan negara.
Telah banyak diperkatakan, malahan kajian pun telah banyak dijalankan dan menunjukkan betapa kesan negatif hasil dari sekolah vernakular. Tapi sayangnya itu lah pemimpin melayu...Mereka hanya suka melaksanakan perkara yang "politically correct" tapi bukan yang benar benar "correct".
Dalam hal ini saya lihat nak kata "politically correct" pun salah sebenarnya kerana banyak orang Melayu yang tidak senang dengan tindakan ini.
terima kasih kepada RT.
"sambutan secara besar-besaran sempena memperingati perjuangan beliau diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak pernah menghalang, kerana jika dihalang, undi akan lari"(RT)
yang takut undi cina lari adalah Umno dan bukannya kerajaan.
adakah MCA, Gerakan dan MIC juga takut undi kaum mereka lari ???
tidak saudara, dalam hati mereka berkata "nak lari, lari lah" kerana ia ibarat "kuah tumpah kenasi"
jadi sebagai orang melayu, mulai sekarang jangan lah merelakan diri diperbodohkan oleh bangsa sendiri.
Anon 10:44 AM (Rawang,Selangor),
Satu "consolation" (Kamus kata sagu hati?) bagi kita ialah hal bahawa banyak negara lain pun tidak bersatu penduduknya, walau pun "homogeneous" atau satu bangsa, satu agama.
Negara negara Arab, contohnya. DiPalestine, walau pun ada kuasa asing (Zionis Israel) melasak mereka berpuluh tahun, orang Arab Palestine berpecah diantara Hamas dan PLA. Baharu saja bersatu beberapa minggu yang lalu.
Hal Hamas dan PLA bersatu itu memberi kita harapan bahawa, walau pun mereka bertembak berperang antara mereka satu masa dahlu, mereka ada bersatu.
Saya fikir itu ada pengaruh luar - Barrack Obama, yang bapaknya orang Islam.
Masalah Melayu tak begitu besar untuk menarik Obama mengata atau membuat sesuatu bagi menggerakkan Melayu bersatu. Mungkin ada kuasa lain, dalam negara.
Marilah kita berdo'a moga moga tidak timbul bencana atau kerugian besar kapada masyarakat Melayu sebelom mahu bersatu.
Pembetulan:
Barrack Obama, yang bapaknya orang Islam = bapak tirinya
Salam Razlan
Setuju Kerajaan adalah pemegang kuasa. Tapi fasal anak, guru disekolah ada peranan, emak bapak dirumah lebih peranan mendidik sebab lebih masa dirumah.
Masalahnya sekolah vernakular salah didik dari mulanya - sebab tak guna BM sebagai bahasa pengantar. Boleh menunding kearah org lain fasal itu.
Tak faham maksud Sdr "adakah Melayu itu sudah cukup Islamnya? dan adakah negara ini sudah cukup Islamnya?" Cuba cerita macam mana "cukup Islamnya" yang dimaksudkan.
Mcm mana pulak yang Sdr maksudkan "apakah peranan org Islam kepada yang bukan Islam. Menghukum!!! atau Menyampai dan mendidik..."
Sdr maksudkan ada orang menghukum Pendatang ke? Kalo dari segi undang undang Perlembagaan, tak hormat tak ikut Perlembagaan, boleh dihukum.
Izzad.
Anon 3.06PM
Dari satu aspek aku setuju dengan pendapat anda. Namun kalau dihalusi dengan lebih mendalam, aku berpendapat senario dan situasinya sangat berbeza. Secara umumnya selepas merdeka, Bangsa melayu di negara ini tidak pernah sampai hendak berperang sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa. kalau ada pun segilintir pemimpin melayu yang tamak haloba dengan mengunakan pengikut-pengikut setia mereka bergaduh sesama mereka dan sanggup bersengkokol dengan bangsa lain asal apa yang dihajati tercapai walaupun maruah dan warisan bangsa tergadai.
Kita mungkin berpecah dan tidak sekata kerana menjadi pengikut parti yang berbeza.Tapi Islam akan sentiasa menyatukan kita.
Pemimpin bangsa melayu adalah Islam.
Sedangkan terdapat ramai pemimpin bangsa arab termasuk palestin terdiri daripada mereka yang bukan islam.
Bangsa Melayu pastinya islam agamanya. Tak tahu lah sejak setahun dua ini kabarnya sudah ada melayu kristian,buddha dan Hindu.
Orang arab palestin berjuang untuk mendapatkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.walaupun negara itu asalnya memang hak mereka.
Sedangkan Bangsa melayu berjuang supaya hak mereka di pertahankan dan sememang asalnya hak mereka.tak dak pula minta lebih atau nak rampas balik perkara yang telah diserahkan kepada bangsa lain.
Kita boleh bersatu kerana Bangsa melayu itu Islam. Apakah sukarnya untuk bersatu lainlah kalau Islam Bangsa Melayu dalam UMNO, PAS, PKR, KITA dan sebagainya itu berbeza?
Rawang.
Rawang,
Kabar fasal melayu kristian,buddha dan Hindu tu propagadan mereka saja. Ada 1-2 yang dilamun cinta macam yang kawin dengan Bengla tu. Pompuan. Tapi kena yang Hindu, ikut sajalah.
Yang kata masuk Kristian pun gitu. Yang kata beribu tu, mengarut saja. Memanglah puak Kristian dakyahkan, kata ramai masuk Kristian, sebenarnya 1-2 yang dilamun cinta, 1-2 yang belajar tinggi sikit, kononnya dah liberal kepala hotaknya ke hape, konon ada status tinggi masuk Kristian. Mengarut. Mak bapak diorang tak didik masa kecik.
Tak banyak. Nama nama yang disebut disatu pengajian PhD yang ada nama penuh, nombor K/P pun lk 10, punca dari Jabatan Agama, kebanyakannya pompuan, munkin dilamun cinta punya fasal.
Setuju, Kita boleh bersatu kerana Bangsa melayu itu Islam. Tapi sukar. Politik punya fasal. Cadangan untuk dapatkan bersatu termasuk makan malam diIstana Trengganu, KL, dimana Nik aziz, Hadi Awang, Najib dan Muhyiddin dikatakan ada bersama. Dan juga cadangan semabahayang hajat seperti ada ditulis diatas.
Kalau ada cadangan lain, silalah kemukakan. Saya minat nak dengar apa saja cadangan untuk Melayu bersatu.
org melayu dah tak percaye pada agama...kehancuran dan kehinaan menanti mereka.
ahli sunnah waljamaah
Tak boleh cakap begitu. Kita ada undang undang, kena ikut undang undang.
Salah kalau mahukan 13 Mei berlaku lagi, melanggar Akta Hasutan. Boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Negeri, ISA, pun.
Apa yang hendak dilakukan mesti yang tidak menlanggar undang undang.
Baguslah komen di 11:19 PM itu telah anda keluarkan sejurus selepas komen saya 11:42 PM keluar.
Salam Dr.Ridhuan Tee,
Sebelum ini saya merupakan salah seorang yang paling meminati ceramah dan tulisan Dr.Cuma sejak kebelakangan ini,saya menjadi keliru sama ada Dr.adalah masih seorang Pendakwah Bebas,seorang Motivator Islam atau seorang tukang kempen kepada parti politik?
Andainya Dr.dikatakan hendak menegur sikap dan menyedarkan orang yang tidak sepemikiran dengan Dr.saya dapati cara Dr.agak keterlaluan,kerana Dr.adalah orang yang mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi.Ingat!Nabi Muhammad S.A.W. sendiripun tidak penuh menghina musuhnya dengan gelaran-gelaran tertentu.Saya rasa sebagai orang yang dihormati Dr.harus mengubah pendekatan yang lebih 'indah' kerana ugama islam itu sendiri adalah agama yang indah.
aku tak sedia lagi la nak keluar komen2 tu...aku pun takut mati gak mcm umno dan org melayu yg lain..cintakan dunia dan takutkan mati....baik kite bagi jek semua milik kite kat ultra kiasu...asalkan diorang tak bunuh kite org2 melayu..asal boleh hidup mkn minum kat malaysia ni jadi laa...kalau diorang nak tukar nama malaysia kpd nama cina pun tak pe...aku tak kisah...sebab aku nak hidup aman jek...aku tak peduli la agama buddha atau kristian jadi agama negara....sebab aku pun penakut mcm umno gak...cakap besar jek...aku nak hidup di dunia ni makan dan minum pastu pergi kerje dengan aman sampai la aku mati...
Bangsa Melayu boleh bersatu jika semua pihak ‘Berlapang Dada’. Boleh menerima dan memaafkan.
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
(H.R. Bukhari)
Oleh kerana orang Melayu beragama Islam maka bangsa ini perlu bersatu untuk menang sekiranya ingin melihat Islam terpelihara.
Semuanya terletak di tangan pemimpin UMNO dan PAS.
Doa saya jika tidak masa terdekat, suatu hari nanti akan timbul seorang pemimpin yang mampu membawa bangsa Melayu ke arah penyatuan.
Manusia merancang tetapi Allah swt juga merancang untuk hambanya. Resah gelisah perasaan dan kucar kacir pemikiran menandakan ‘normality’ atau fitrah kelemahan manusia.
Ketidakpastian mengenai nasib bangsa Melayu lslam akhirx ini. Saling mencela dan mengaibkannya sesama sendiri. Untuk berjaya terpaksa melayan kehendak mereka (MCA, DAP, GERAKAN + MIC) dan akhirnya sedar atau tidak sanggup mempertaruhkan nasib yang akan menghancurkan bangsa dan agama.
zaman peperangan dah tiba...dajal akan keluar tak lama lagi...sebelum tu umno akan jatuh pada pru-13...pemimpin2 umno yg tewas akan mencetuskan huru-hara dalam negara...kaum melayu akan kalah dengan hina macam palestin sebab melayu memang tak ade kekuatan...melayu dah lah tak de kekuatan fizikal, agama diorang pun hancur juga tu pasal diorang akan kalah dengan mudah...ramai org melayu akan jadi pengkianat sebab diorang memang dah tak de agama, ramai org melayu akan kianat tanpa rasa bersalah...akhirnya umat islam di sini akan berada dlm keadaan seperti umat islam yg lain di seluruh dunia kerana mereka bersatu dalam perkara mungkar...mereka akan terus berada dalam keadaan itu sehinggalah nabi isa datang untuk membunuh dajal.
walau apa pun umno buat tetapi tiada pembaikan dalam agama dilakukan...sistem kafir masih dibiarkan memerintah umat melayu dan umat melayu nampaknye sgt redha dan suke dgn sistem undang2 dan riba...tu pasal melayu akan binasa dalam tempoh terdekat...melayu akan menghancurkan dirinye secara sendiri kerana tidak mengikut hukum2 Allah...mereka tak akan dapat bangun lagi selepas kejatuhan itu sehinggalah nabi isa datang untuk membunuh dajal...marilah bergembira dalam tempoh setahun dua ini...lepas ni kite beramai-ramai akan menangis berabad-abad lamanye...semua pasal umno tak buat perlindungan (hukum islam) utk org2 melayu untuk melindungi org2 melayu drp fitnah Al-masih Dajjal...org2 melayu dah tak percaya pada agama lagi...
aconite,
Baguslah anda mahukan Melayu bersatu, sebutkan beberapa Hadith baginya.
Tapi saya rasa diorang semua tau, brader. Lagi pulak orang mcm Nik Aziz, kata dianya Tok Guru pulak tu.
Nampaknya nak kena sembahayang hajat juga ni. Kuasa memang ditangan Tuhan. Kita dah cuba macam macam. Laung disana laung disini. Orang politik UMNO dan PAS tentu ada yang mau, dah pasang kaki sini, pasang kaki sana, cuba dapatkan Melayu yang berkuasa dalam PAS dan UMNO mula bersatu. Tak ada tanda tanda mungkin berjaya pun.
Amacam kalau kita sembahayang hajat beramai ramai?
Kalau boleh sembahayang hajat sendiri sendiri pun tak apa. Kan tak salah sembahayang hajat sendiri sendiri. Mari kita cuba. Tuhan tu kaya. Dia boleh menggerakkan hati yang keras hati tu jadi lembut.
Pssst, tolong do'akan juga supaya DAP jangan cuba sabotaj PAS dan UMNO nak bersatu.
Tukang do'a.
umno mesti memperjuangkan hukum dan sistem islam juga jika mahu semua golongan dalam islam menyokong mereka...tapi namapaknye umno tak perlukan sokongan pas dan umat islam yg lain...mereka hanya perlukan sokongan sementara puak2 ultra kiasu supaya mereka boleh memerintah untuk setahun dua lagi. Tak lama lagi sempurnalah kekuatan ultra kiasu ini...boleh ditunjuk drp kilang2 arak dan babi yg byk di Malaysia...kalau jalan2 berdekatan kilang arak tu pun boleh bau arak dari jauh lagi...dgr cite ramai org melayu keje kat kilang arak tu...nak pegi masuk check...pastu buat keputusan untuk pru-13...kemudian dapatkan lagi data kat pub2 dan kelab malam kat KL itu hari...ramai remaja melayu...kene masuk dalam keputusan gak ni...pastu nak kene check statisitik buang anak, zina org melayu, pastu check lagi sistem kewangan sekarang bebas riba tak...tu semua kene masuk perkiraan tu...
ahli sunnah waljamaah
Mengarut lah kau ni. Jangan cakap fasal perang lah.
Fikiran kau dah kelabut aku tengok. Tenangkanlah.
Cakapkan apa patut Melayu buat, apa patut UMNO buat, apa patut PAS buat, apa patut Melayu di PKR buat.
Cakap berkali kali pun takpa, biar pekak telinga diaorang dengar. Asalkan jangan cakap kasar keras nak lawan nak perang ke.
Kalau dah kena tawan, kena takluk macam Palestine, lainlah. Kita masih kontrol negara kita sendiri diMalaysia ni. Cuma ada yang nak lebih tak habis habis. Kita cakap tak boleh, tak boleh tak habis habis jugalah.
ok bro..
ahli sunnah waljamaah
Aku sayang kat ko bila cakap macam tu. Betul.
Mari kita kasi tau diorang jangan nak lebih, nak lebih tak habis habis. pastu jangan nak korek hak dan kepentingan kita. Jangan nak sekat apa apa langkah UMNO dengan PAS nak bersatu.
Kita jumpa lagi disini bila kita ada masa lapang nanti.
Assalamualaikom.
Petikan dari http://www.buletinonline.net :-
SUNDAY, 29 MAY 2011
Apabila orang-orang bukan Islam di negara ini memahami dan mula menghayati Islam, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi gusar serta menggelepar.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu Dr. Balachandran, berkata hanya satu sahaja perkataan yang boleh diberikan kepada Umno terhadap Islam, iaitu 'munafik'.
Katanya, Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau keatas pemikiran orang-orang Umno terhadap hukum Hudud.
"Bila kita dah mula menghayati Islam, yang serabut dan menggelepar itu (adalah) Umno dan Barisan Nasional, sebab kita tahu setelah kita membaca, memahami dan menghayati Islam, satu sahaja perkataan yang boleh digunakan untuk Umno (iaitu) munafik,
"sebab bila (ketika) kita tak tahu pasal hukum Hudud, ini pengalaman saya sendiri, banyak (rmai) kawan-kawan MIC dengan Umno sekali mengatakan hukum Hudud itu terlalu kuno, potong tangan sisni, potong kaki sana,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Sempena Sambutan Hari Keluarga Teluk Pasu, dekat sini 26 Mei.
Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional boleh memisahkan hukum Hudud daripada perlaksanaan Islam.
Katanya, beliau hairan, ramai orang Islam bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramdhan, mengeluarkan zakat dan lain-lain tetapi menolak perlaksanaan hukum Hudud.
"Hukum Hudud sebahagian daripada Islam, ia bukan hukum PAS ataupun hukum (yang dicipta oleh) sesiapa, ia adalah Hukum Allah,
"bila orang Islam bersembahyang, berzakat dan (membuat) amalan-amalan lain, (semua) amalan itu ikut hukum Islam,"tegasnya.
Namun begitu, beliau hairan mengapa orang-orang Umno dan Barisan Nasional menolak hukum Islam termasuk hukum Hudud yang adil kepada semua manusia
Dah mula lagi propaganda PAS disini. Nampaknya c & p juga lagi.
Aku tengah mikirkan nak respon ke tidak. Tengoklah dulu. Kalau asyik c & p saja, rasanya malas nak buang masa.
Salam Dr Ridhuan Tee,
Kenapa Dr tidak membidas tentang kenyataan Dr Chua Soi Lek?
Bukankah Presiden MCA Chua Soi Lek pernah menghina Islam secara terbuka? Dia ada kata kononnya negara2 Islam tidak progresif, mengamalkan rasuah, miskin dan mundur. Apakah dengan mendiam dan tidak menentang dalam penulisan Dr, menunjukkan Dr secara senyap bersetuju?
Kenapa Dr tidak menyedarkan UMNO dan pemimpinnya yang tidak berbuat apa2 terhadap kenyataan Dr Chua Soi Lek yang begitu sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan ummatnya.
Ini kenyataan yang terkini dan dilakukan oleh seorang Presiden dalam komponen BN!
Bolehkah saya sifatkan secara sinis Dr ini bagaikan "kuman di seberang nampak jelas namun malang gajah di hadapan langsung tidak nampak"? Sinis macam ini bertujuan untuk menyedarkan Dr dan pihak UMNO bahawa dulu dan kini [harap2 tidak selamanya] yang parti MCA sebuah parti cauvanis yang sungguh anti Islam.
Sebenarnya, maafkan sayalah, Dr ini buta ataupun rabun.
Dr begitu kritis terhadap DAP. Tetapi bila presiden MCA yang kata, Dr menikus.
Dr masihkah ingat sewaktu berkempen di DUN Tenang menghadapi pilihanraya kecilnya tempohari, Presiden MCA itu sekali lagi menunjuk sikap anti Islam apabila memperkecil dan mempersenda langkah calon PAS Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki sebagai kolot dan ketinggalan zaman.
Waktu itu, di manakah Dr? Penulisan Dr waktu kempen Tenang langsung tidak menibai kenyataan Presiden MCA itu.
Kalau UMNO dan pemimpinnya gagal memberi gambaran jelas mengenai Islam kepada MCA, kenapa Dr tidak mengambil initiatif untuk menyedarkan MCA? Asyik kutuk pembangkang sahaja.
Sudahlah UMNO tidak pernah mengambil tindakan tegas untuk membendung perkara seumpama itu dari berulang, Dr mengiyakan sahaja.
Terbaru, sewaktu Presiden UMNO dan Barisan Nasional Datuk Seri Najib menyelar PAS kononnya langkah yang diambil oleh PAS untuk bersama dengan DAP hanyalah akan merugikan Islam, disamping melemparkan tuduhan kononnya PAS telah menggadai prinsip perjuangan Islam dan memujuk supaya PAS menyertai Barisan Nasional, tiba - tiba lantang suara Presiden MCA memberi amaran kepada PAS agar tidak memperjuangkan Islam dan cita2 menegakkan negara Islam jika mahu menyertai Barisan Nasional.
Saya fikir suara Presiden MCA terlebih lantang daripada penulisan Dr.
Amaran daripada Presiden Chua Soi Lek itu bukan hanya dilihat hanya kepada PAS tetapi malangnya Dr buta melihat secara terlebih dekat bahawa ianya dihalakan kepada Presiden BN sendiri agar tidak mendekati PAS justeru membuktikan bahawa PASlah yang sebenar2nya yang memperjuangkan Islam.
anon 10:11
kau tu yg sewel..
betulla soi lek ckp tue..kalau jd negara islam yg x progresif mmg la akan mundur..abis kalau perempuan nak bawak kereta pun x bleh, progresif ker? di arab saudi sana waris perempuan nak lawat kubur pun x bleh tau tak? lain kali jgn percaya bulat2 apa yg tranungkite ckp.. soi lek dah ckp wartawan misquote ckp die..
lg 1 psl negara islam, aku faham la apa yg soi lek maksud kan..psl die tau PAS nak ni ekstrim sgt, kalau buat negara islam semua x boleh.. judi haram, konsert haram, padahal bg org cina mcm die x haram! jd fikir dlm2 la apa mksd die..
tp aku x pelik la, mentaliti pembangkang mcm ko mmg setakat ni je, apa tranung kite/penarik beca ckp ko kaut semua..tu yg ko bukan setakat buta, tp hilang akal..
anon 9:35
aku ingat org yg giler kopipes tu ko..nama same, anonimos.. :P
Post a Comment