Monday, April 25, 2011

Berbaik biarlah berpada

Sinar Harian, 25 April 2011

Keputusan pilihan raya Sarawak sudah terang lagi bersuluh akan trend pengundiannya. Tidak perlu diulas panjang. Jawapannya semua sudah ada. Parti-parti komponen Cina Barisan Nasional (BN) sudah tidak dapat lagi mewakili masyarakat Cina. Majoriti Cina telah nekad memilih parti ultra kiasu sahaja. Parti Cina komponen BN sudah tidak percayai. Dalam kata lain, pilihan mereka hanyalah parti ultra kiasu.

Trend pengundian sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa ataupun baharu muncul dalam politik Malaysia. Undi yang diperolehi oleh parti-parti bukan Melayu dalam BN selama ini, saya berani mengatakan adalah undi orang Melayu dan bumiputera. Ini toleransi yang selalu saya katakan tidak ada tolok bandingnya. Melayu mengundi bukan Melayu, tetapi belum tentu bukan Melayu mengundi Melayu atas semangat 1Malaysia.

Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa SUPP masih boleh menang sebelum ini? Jawapannya, ketika itu ultra kiasu masih belum ada contoh untuk diketengahkan atau dibuktikan. Kini, tidak lagi. Mereka telah ‘berjaya’ mendapatkan Pulau Pinang dan Selangor. Bukti telah ada. Pembelaan terhadap bangsa mereka begitu jelas sekali. Hanya orang Melayu yang tidak membela Melayu (Islam). Inilah malangnya nasib Melayu di bumi Melayu.

Politik Cina sama ada Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak tidak banyak bezanya kerana mereka berpegang kepada konsep 1Bangsa yang menjadi rukun politiknya. MCA dan Gerakan tidak perlulah mencuba nasib di Sarawak atau memberi pandangan. Ia hanya akan menyakitkan semua pihak terutama orang Melayu dan bumiputera. Tepuk dada tanya selera, kenapa pengundi mereka turut mengundi ultra kiasu. Carilah jalan dan merangka strategi untuk memenangi hati orang Cina kembali, bukannya menuntut ini dan itu.

Terbaharu, Naib Presiden MCA mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak meletakkan jawatan kerana tidak mendapat sokongan orang Cina. Pada saya, suruhlah atau tegurlah pemimpin mereka dahulu meletak jawatan kerana terlibat dalam skandal seks yang amat memalukan tetapi masih dipilih menjadi pemimpin. Jangan mengata dulang, paku serpih.

Jangkaan terhadap bangsa saya dan cara mereka berpolitik tidak banyak berubah. Mereka amat bijak. Kebijaksanaan inilah yang menjadikan politik Melayu terus berada dalam kerugian, kerana Melayu tidak mahu mengambil pengajaran. Perpecahan tidak ada kesudahan, malah semakin menakutkan, seolah-olah tidak ada penghujung. Apakah akan terjadi pada masa akan datang? Masih belum dapat dipastikan. Tuhan sahaja yang tahu. Yang pasti, trend politik Melayu langsung tidak menguntungkan Islam dan Melayu, kerana mereka kurang berjiwa 1Melayu dan 1Islam.

Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mendakwa parti mereka telah mendapat sokongan berbilang kaum. Saya ingin mencabar parti ini supaya bertanding di kawasan majoriti Melayu atau bumiputera dalam pilihan raya umum akan datang bagi kawasan parlimen, kita lihat siapa mengundi siapa?

Janganlah kerana telah menang beberapa kerusi tambahan, sudah mula perasan bahawa parti mereka mendapat sokongan semua kaum. Kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kidurong yang mengandungi 27,225 pengundi, mewakili 46.2% Iban, 38.1% Cina, 15.2% Melayu dan lain-lain 1%, dijaja ke sana ke mari sebagai contoh. Majoriti 6930 yang diperolehi didakwa hasil undian semua kaum. Sedangkan kita tahu, ia adalah undi solid orang Cina dan undi protes Iban dan Melanau terhadap ‘Pek Mo’(dalam bahasa hokkien disebut sebagai rambut/bulu putih).

Memang tidak dinafikan undi popular BN telah banyak menurun selepas 2008. Sepatutnya kita mengambil pengajaran daripada semua yang berlaku. Tetapi kita sengaja memejamkan mata. Pemimpin yang sudah terbukti korup terus dicalonkan dan bertanding. Bila berkempen, cakap tidak serupa bikin. Seekor kerbau yang membawa lumpur, hampir semuanya terpalit.

Benar, faktor Pek Mo memang menjadi beban kepada pentadbiran Perdana Menteri. Jika dahulu cerita-cerita Pek Mo hanya berligar di kawasan bandar, kini ia telah tersebar di luar bandar, sehinggakan orang aslipun tahu. Bau bangkai gajah memang tidak dapat ditutup lagi. Apapun kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tidak perlulah lebih garpu daripada sudu seperti yang dilakukan oleh MCA. Orang Cina tidaklah begitu ramai berbanding dengan bumiputera Sarawak (juga Sabah). Kenapa perlu terlalu kecoh jika sokongan Cina berkurangan di sana? Yang penting jaga mereka yang tidak ultra kiasu.

Kekalahan SUPP tidak meninggalkan sebarang kesan kepada orang Cina. Sama ada ultra menang atau SUPP kalah, keadaan tidak banyak berubah. Yang menjadi kebimbangan saya adalah SUPP akan menjadi bersifat ultra kiasu bagi memenangi hati orang Cina seperti yang dilakukan oleh MCA dan tidak ketinggalan Gerakan. Soal moral dan akhlak sudah tidak penting lagi. Kalah atau menang soal lain, tetapi mesti ultra kiasu.

Apa tidaknya, jika parti ultra kiasu menang besar, parti bukan Melayu komponen BN kalah, mereka tetap menang, kerana ada kuota atau kerusi senator atau jawatan menteri yang menunggu. Maka tidak hairanlah mereka berebut-rebut mendapatkan kerusi senator apabila dikosongkan tanpa rasa malu.

Misalnya, apabila Murugiah (dahulunya PPP kini MIC) tidak disambung lagi tempoh kesenatorannya, maka berebut-rebutlah parti-parti nyamuk ini, mahukan ia diisi, sedangkan kekuatan mereka boleh dikatakan tidak seberapa. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada sokongan Melayu melalui semangat BN. Inilah dinamakan menangpun untung, kalahpun masih untung. Siapa yang rugi? Melayu juga yang rugi. Bila Melayu rugi, maka Islam pun turut terpalit sama.

Justeru, jika UMNO masih lagi dengan keputusan meletakkan calon bukan Melayu bertanding dengan kawasan majoriti Melayu, ia hanya akan merugikan politik Melayu pada masa hadapan. Adakah adil orang Melayu dipaksa mengundi calon bukan Melayu, sedangkan bukan Melayu kurang mengundi Melayu (UMNO). Berbuat baik biarlah berpada.

Pada saya, jika parti-parti bukan Melayu komponen BN merasakan dirinya kuat, biarkan mereka bertanding menentang ultra kiasu sahaja. Kita lihat siapa yang akan menang? Jika ultra kiasu juga yang menang, ‘wajar’ mereka diberikan kerusi menteri bagi mewakili masyarakat Cina. Jika BN tidak tergamak, maka ketika itu bolehlah ditawarkan kepada parti Cina komponen BN yang kalah melalui lantikan sebagai senator. Mereka akan menolaknya jika bermaruah. Sama seperti percubaan MCA mendesak Ketua Menteri Sarawak supaya berundur kerana tidak mendapat sokongan Cina. Jangan cakap tidak serupa bikin. Sebenarnya pembangkang tidaklah sekuat mana, masalahnya BN yang lemah.

Saya amat yakin MCA dan Gerakan sudah dapat menjangkakan nasib yang akan diterima, terutama pada pilihan raya umum akan datang. Sebagai persiapan, pemimpin-pemimpin mereka mula mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar oleh pemimpin Melayu dan Islam. Ada yang mengambil pendekatan pukul anak, sindir menantu. Tidak kurang pula yang begitu lancang dan celupar. Tidak menghairankan jika suara mereka akan menjadi sama sebiji seperti suara parti dan NGO ultra kiasu selepas ini, dengan nada sedikit berbeza. Strateginya memberikan tekanan.

Pendek kata, mereka perlu menjadi ultra kiasu untuk kekal relevan dan bertaring, kerana penampilan parti ultra kiasu telah menenggelamkan mereka. Tidak mustahil, kedua-dua parti ini akan bergabung dengan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan yang lebih hebat kepada kepimpinan Islam di negara kita. Realitinya sebenar telahpun berlaku. Malang sungguh umat Islam tidak dapat mengesan baunya.

Misalnya, artikel bertajuk ‘1Melayu 1Bumi’ terbitan Utusan Malaysia terus menerus dimanipulasikan untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO. Wal hal, tidaklah seserius bagaimana mereka menghina raja-raja Melayu dan menghina Islam sebagai perkara yang mempunyai keistimewaan dalam perlembagaan.

Pemimpin ultra kiasu Selangor bertaraf andartu ini mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk bertindak tegas terhadap akhbar tersebut dan penulisannya dengan kadar segera, bukannya setakat mengatakan itu adalah pandangan peribadi penulis. Ultra kiasu sungguh andartu ini. Saya cadangkan andartu ini berkahwin untuk meredakan sedikit nafsu bujangnya. Jangan terlalu bongkak dengan sedikit kemenangan pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Sikit-sikit apa juga yang bertentangan dengan mereka, maka gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai hujah. Fahamkah ultra kiasu ini apakah gagasan 1Malaysia sebenarnya?

1Malaysia bukan gagasan menjaga hati orang dan memuaskan hati semua pihak. Tetapi gagasan ini adalah idea mengurus dan mentadbir negara berasaskan perlembagaan. Perlembagaan adalah asas keadilan. Melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan adalah asas kepada kepada gagasan 1Malaysia, walaupun pada ultra kiasu mungkin tidak adil. Jika pemimpin ultra kiasu boleh sewenang-wenangnya mengata orang lain, kenapa tidak kebebasan bersuara akhbar tersebut?

Saya tidak bertujuan mempertahankan tulisan dan penulis tersebut. Tetapi lebih baik kita melihat apa yang benar, apa yang salah. Apakah selama ini ultra kiasu tidak mempertahankan 1Malaysia 1Cina? Saya masih teringat dan tidak dapat melupakan kenyataan pemimpin andartu ini sebaik sahaja mereka berjaya menguasai negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Perkara pertama yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Bandar Cina hendalah mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Alasannya mudah, untuk menarik pelabur-pelabur Cina. Terang-terang kenyataan bercanggah dengan perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Tidak ada sesiapapun termasuk akhbar Utusan Malaysia mengutuk kenyataan tersebut dan meminta beliau meminta maaf.

Tiba-tiba tulisan ‘1Melayu 1Bumi’ sengaja diperbesar-besarkan. Wal hal, belum ada lagi modus operandinya. Ia hanya pendapat seorang penulis sahaja, bukan melambangkan pendapat keseluruhan akhbar tersebut mahupun UMNO. Sudah seminggu berlalu, isu ini terus diperbesarkan dan mereka sudah menuding jari menyalahkan Perdana Menteri, dan UMNO

Terkini, orang kuat MCA mengajak rakyat Malaysia memboikot akhbar Utusan. Saya hanya tersenyum sendirian. Akhbar Utusan pun tidak perlu bimbang. Saya yakin selama inipun mereka tidak pernah membaca Utusan. Pilihan mereka hanya berminat membaca Shin Chew, Nanyang dan akhbar perkauman sewaktu dengannya.

Akhirnya, saya ingin bertanya tidak cukupkah lagi dengan China Town dan universiti perkauman yang telah diluluskan oleh kerajaan, seolah-olah sama seperti universiti merdeka yang diperjuangkan selama ini? Sebenarnya, universiti merdeka telah wujud dengan nama yang berbeza. Jika tidak percaya, pergi ke Kajang, singgah ke Kolej New Era. Ini tidak termasuk IPTS yang lain seperti Universiti Terbuka Wawasan dan Universiti Tunku Abdul Rahman.

Soalan khas kepada andartu ultra kiasu ini dan juga ultra kiasu yang lain, adakah mendesak kerajaan mengikhtiraf sekolah vernacular setanding dan setaraf dengan sekolah kebangsaan tidak menggambarkan tindakan 1Cina? Yang peliknya, mereka mahukan kerajaan mengikhtiraf, tetapi pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut tidak dibenarkan kerajaan campurtangan langsung. Ini termasuk kurikulum, tanah, bangunan dan sebagainya. Adakah tindakan ini tidak melambang atau tidak sama dengan 1Melayu 1Bumi?

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

106 comments:

tokgaru said...

Sedara RT

Alhamdulillah. Sangat2 berterima kasih. Ini lah tajuk yang sangat2 saya nantikan untuk disentuh oleh anda.

Maafkan saya. Tak sempat baca habis lagi posting anda pada kali ini. Cuma sempat baca para pertama saja.

Insyallah saya akan masuk balik selepas keadaan mengizinkan.

tokgaru said...

Wahai Pemimpin Pas.

Sedar lah bahawa isyarat dari tuhan itu jelas. Anda mengaku kepada rakyat konon nya anda saja yang memperjuangkan islam. Orang lain tidak.

Ramai juga rakyat yang tertipu. Tapi tuhan tahu apa sebenarnya inti pati perjuangan anda.

Tuhan enggak bisa ngomong seperti anda ngomong. Tapi tuhan bisa kirim signal kepada rakyat untuk di nilai. Mustahil tuhan tak mahu tolong berikan kemenangan kepada anda yang mahu berjuang untuk agama Dia.

Sudah banyak PRK selepas 2008 yang anda tewas kepada Umno. Terbaru anda tewas lagi di Sarawak 5-0. Apakah itu ertinya Tuhan juga keberatan menolong anda, atau adakah tuhan lebih senang dengan PBB pimpinan Taib Mahmud banding dengan Pas pimpinan Nik Aziz.

Apa pun hanya Tuhan saja yang tahu. Tokgaru sekadar mengagak ajer.

Muhd Nor Arif said...

Saya amat2 setuju dengan apa yg dikatakan oleh Dr RT ,klu adalah 10 orang pemimpin cina yang berjiwa seperti dr.RT aman negara kita..
Terima kasih dr.

anuar ibrahim said...

Sdr Dr RT
Saya mohon kebenaran Sdr utk bawa catatan Sdr ke Blog saya. Semoga diizin. TK

not irene said...

Syukur, ada yang boleh memberi kesedaran kepada para pemimpin yang sedang enak duduk di kerusi empok.

Bangun dan bangkitlah pemimpin negara. Doa saya sentiasa untuk kamu semua agar menjadi pemimpin yang bertaqwa dan beriman.

Negara islam akan tertegak dengan tegaknya Islam dihatimu.

PEMBANGKANG-DAP said...

Ini subjek yang menunjukkan DAP rasis saya suka. Orang DAP yang gunakan nama PENYOKONG DAP tak keluar lagi. Nampaknya dia orang yang gunakan dua tiga nama buat komen disini. Ini tidak ada dinafikan bila saya keluarkan hujah hujah kata begitu dalam komen saya yang panjang dipos yang lalu.

Sekarang saya ingin keluarkan pendapat saya seperti berikut.

Saya setuju "Parti Cina komponen BN sudah tidak percayai. Dalam kata lain, pilihan mereka hanyalah parti ultra kiasu."

Reaksi Melayu sudah keluar. Seorang penulis Utusan Malaysia timbulkan konsep 1Melayu, 1Bumi. DS Najib jauhkan diri, UMNO dan Kerajaan darinya. Perkasa mahu mendokong konsep itu.

Macam biasa, DAP ambil kesempatan eksploitasikannya. Apa saja depa boleh politikkan, depa akan politikkan. Parti yang sangat ultra kiasu. Lim Guang Eng dan Teresa Kok mahu Najib buat lebih dari apa yang dia sudah kata. Tapi kepala keras Guan Eng dan Kok membuta tuli pasal pendirian rasis partinya. Tidak mahu akui tingkah laku rasis depa diPRN Sarawak itu. Tidak mahu tukar cara.

Inilah masalah diMalaysia ini. Selagi ada DAP tidak akan aman sentosa dijangka masa panjang. Tingkah laku depa telah membawa kapada tercetusnya pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Depa perlu dibendong kata kata dan gerak geri depa. Supaya dapat harmoni, aman dan makmur dijanga masa panjang.

tokgaru said...

"Tidak mustahil, kedua-dua parti ini akan bergabung dengan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan yang lebih hebat kepada kepimpinan Islam di negara kita. Realitinya sebenar telahpun berlaku. Malang sungguh umat Islam tidak dapat mengesan baunya" (petikan tulisan RT)

"Malang sungguh umat Islam tidak dapat mengesan baunya"

Untuk makluman saudara RT. Kami orang melayu yang tak berparti ini dah lama sedar, dan dah lama bersetuju, dah lama nampak apa yang anda nampak.

Sebab itu lah, kami tak buang Umno, dan kami juga tak membuang Pas. Kami perlukan kedua2nya.

Yang buta mata dan buta hati adalah melayu yang ada parti, baik Umno mahu pun Pas, atau PKR. Mereka jenis yang fanatik ini, apa saja kata oleh pemimpin, apa saja yang disuruh oleh pemimpin hatta apa juga yang diminta oleh pemimpin .. pasti akan mereka taat tanpa berbelah bagi.

Dan kerana itu lah, bila parti mereka letak "keranda" dan "batu nisan" sebagai calon, bila pemimpin mereka suruh pangkah maka mereka anak beranak dan cucu cicit pakat pangkah beramai2 sehingga "keranda" dan "batu nisan" itu mendapat kemenangan besar.

Dan lama kelamaan, "keranda" itulah yang akan jadi tempat kuasa politik melayu/islam bersemadi. Manakala "batu nisan" sebagai tanda bahawa bumi tanah melayu ini satu masa dulu pernah diperintah oleh mereka2 yang sekarang ini sedang bersemadi dalam "keranda".

Hendaknya orang2 melayu yang berparti, biar lah "cerdik" sikit semasa hendak "memangkah". Orang lain dah lama "cerdik".

Abdullah Ngah said...

Dr Ridhuan,

Kemana hala tuju dr dam di mana terletaknya pendirian dr.

Dr Marah dan tak setuju dengan cadangan MCA agar Taib Mahmud letak jawatan.

Dan marah juga dengan MCA kerana masih mengekal dan mempertahankan presidennya yang terbabit dengan skandal seks.

Pada saya cadangan MCA agar Taib mahmud letak jawatan tersangat wajar.

Semua sedia maklum status quanmya sebagai ketua Sarawak.

Dalam tulisan kali ini dr kelihatan mula berlembut dengan ultra kiasu.

Walaupun Dr turut mencabar DAP untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, tapi sebmacam ada udang di balik batu.

Mungkin Dr dah tahu yang DAP akan menyertai BN macam tinakan parti GERAKAN dulu.

kelemahan politik MCA dan GERAKAN dan kekuatan DAP seolah olah telah mengubah tanggapan Dr selama ini.

Maaf itulah yang saya nampak.

Mungkin orang lain tak nampak macam saya nampak.

Ads Here said...

Tuan,

Saya memang selalu mengikuti pandangan saudara, tapi klu saya yang membaca apa yang boleh diubahkan. So harap la pihak tuan dapat panjangkan pandangan saudara ini kepada PM, biar PM buka Mata sikit. Pada pandangan saya PM Najib juga terlalu lemah seperti zaman Pak Lah dalam melayani tuntutan kaum Cina ini. Sepatutnya Najib kena bertegas.

song said...

kalau tak pilih umno-bn, bermakna pengundi itu rasis.

undi PAS atau PKR pun rasis kah?
bodoh punya bloggers.

selagi umno tidak membetulkan mindset pengikut-pengikutnya seperti zebra,
over my dead body akan saya beri undi kepada umno.

abda said...

Dollah kata "Mungkin orang lain tak nampak macam saya nampak."

Macam mana nak nampak macam dia nampak. Sekejap ada gambar di komen dia, sekejap tak ada!

Sekejap gambar dia ada pakai songkok, sekejap tidak!

Tapi bila dia cakap "Mungkin Dr dah tahu yang DAP akan menyertai BN", saya nak sorak. Tapi tak boleh haraplah Dollah sokong.

abda said...

Saya setuju dengan pendapat Ads Here diatas.

Harap selepas PRN Sarawak Najib sedar. Cina dah pergi ke Cina saja. Macam mana pun dia tak boleh dapat undi Cina biasa yang dia kejar.

Sekarang ada Melayu yang nakkan Melayu saja. Harap Najib sedar kemana kita pergi kalau dia tak bukak mata.

supie rafiee said...

salam takzim,,pru kali ini pemimpin bn kena cbr ultra kiasu ni bertanding d kawasan majotiti cina...kaliu x menang jgn bagi kerusi@jawatan penting dalm kersjaan ..brulah nmpak kejujuran yg mereka ada...bagi parti pas umno kembali ke meja rundingan..buat pakatan baikk2.jernihkan kembali masalah yg ada..buang kegiaaan masing2..untuk kepentingan agama bangsa dan negara

arjuna said...

Diantara yang Dato Seri Najib kata diucapannya diASEAN Blogers Conference semalam ialah:

"What disputes we have are resolved through proper channels" - tapi saya tidak faham mengapa MCA tidak buat begitu.

".. the deployment of cybertroopers who wage viral warfare with the might of their keyboards and keypads .. " - saya harap dia baca blog seperti RT ini. Bukan warfare, hanya minta dia sedar mana yang tidak betul berlaku perlu diambil tindakan. Termasuk yang Dr Ridhuan sebutkan dipos ini.

"In some cases, these have led to the downfall of regimes and governments. At the very least, they create havoc and instability" - saya harap dia akan ambil tindakan diatas mereka yang menghasut dan yang sentiasa rasis sejak mula slogan yang dipanggil Malaysian Malaysia kononnya.

"Tun (Dr Mahathir) made the promise to the world that Malaysia would never censor the Internet. My Government is fully committed to that wisdom." - Yang ultra kiasu sudah tentu akan terus ambil kesempatan. Mereka perlu terus dikeji dan dihina.

Setuju "Berbaik biarlah berpada", juga "berbaik dibalas baik", tetapi yang tidak baik dibalas sepertinya.

".. I take such feedback very seriously as I am aware that you represent not just yourselves or your blogs and Twitter, but millions of readers and followers" - saya tahu dia "take seriously" tapi harap dia ambil tindakan keatas yang "seditious" dan yang "subversive".

song said...

" saya harap dia akan ambil tindakan diatas mereka yang menghasut dan yang sentiasa rasis sejak mula slogan yang dipanggil Malaysian Malaysia kononnya "

how about 1bumi, 1melayu?
tidak rasis kah? tidak mengahsut kah? ambil tindakan apa? double standard?
apa yang umno dan gang buat, legal.
apa yang bukan umno dan gang buat, semua subversive dan seditious.
dun talk ccok lah.

PEMBANGKANG-DAP said...

Seperti yang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dulu cakap - Malaysian First, Chinese Second. Tapi Guan Eng resmikan suatu upacara menamakan Sun Yat Sen. Jadi Sun Yat Sen First, China Second.

Sebab Sun Yat Sen ialah pemimpin China, tak ada kena mengena dengan Malaysia. Langsung tak ada Malaysian or Chinese pada depa. Cakap tak serupa bikin. Langsung tidak Malaysian First, Chinese Second.

La ni duk kondem 1Melayu, 1Bumi. Tapi depa yang mulakan 1Cina diSarawak dan diSemenanjung sebelomnya. Tak habis habis cakap tak serupa bikin.

Depa tu rasis dan cauvinis dari hujung kepangkal. Depa yang pernah Kata dan buat yang seditious sehingga tercetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Depa perlu dikawal dan diberkas bila kata dan buat lagi apa apa yang seditious.

Kita teruskan disini cakap mengeji depa. Malaysia tidak akan tenteram dalam jangka masa panjang selagi depa tidak ubah cara. Pada hal perlu ada political stability untuk ekonomi terus berkembang dalam jangka masa panjang.

arab said...

Saya memohon maaf kepada Ustaz di atas tulisan saya yang mengutuk Ustaz sebelum ini. Setelah membaca artikel ustaz kali ini saya sungguh terpegun dengan pandangan ustaz dan saya mengucapkan syabas walaupun adakalanya saya masih tertanya tanya melayuke, cina ke , bumiputra ke atau apa ustaz ini ? Apa pun semuga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada ustaz , segala apa yang di tulis adalah di buat secara jujur dan ikhlas demi agama yang kita cintai.

tokgaru said...

Saudara Arab

Tok sah dok kira la melayu atau cina. Yang penting dia tu sorang islam. Orang islam yang sayangkan saudara seagama dengannya.

Jadi melayu pun tak guna kalau tak reti nak bela melayu. Sama juga tak guna jadi islam kalau duk biaq bagi orang perlekeh islam.

Ustaz melayu pun tak sanggup nak bela melayu macam mana yang Ustaz RT buat tau .....

Spin1001 said...

Alhamdulillah dan syabas Uztaz keatas penulisan ini... harap share ngan blog lain... tk

Abdullah Ngah said...

abda,

saya nampak dengan begitu jelas mengenai diri anda.

anda berbangga atau dengan kata anda bangga dengan diri sendiri, sedangkan bangga itu "takbur".

Tak masuk syurga sesiapa yang ada sebesar zarah takbur.

Oleh itu jangan membiarkan diri anda berbangga dengan hujah dan ilmu yang anda berikan, kerana merasa megah, besar hati dan takbur membuat kita hilang kelayakan memasuki syurga.

Jika tiada modal untuk berhujah lebih baik diam atau berfikir, kerana berfikir sejenak itu lebih baik dari solat satu waktu.

maaf ya.

tokgaru said...

Melayu dengan slogan 1Melayu 1Bumi .. riuh dikatakan rasis oleh puak ultra kiasu.

Tapi bila cina berbuat sesuatu yang menampakkan 1Malaysia 1Cina .. contoh paling dekat adalah keputusan PRU DUN Sarawak 2011 .. orang melayu diam, tak bising, tak riuh, tak tuduh rasis pun.

Kenapa ???

Kerana dah jadi resmi orang melayu belum buat pun lagi, hanya baru berura2, udah riuh satu kampong, udah riuh satu dunia .. last2 hapah pun tarak. Contohnya isu perpaduan melayu yang di usahakan oleh Umno dan Pas.

Kerana orang cina, dah jadi resmi mereka, mereka tak riuhkan apa yang mereka nak buat supaya musuh tak tahu apa strategi dan perancangan mereka .. tau2 dah jadi dan musuh tak sempat nak berbuat apa2 untuk mempertahankan diri. Contohnya : (1) mereka berpakat secara diam2 nak ambil Penang, mereka berjaya. (2) mereka berpakat nak boikot BN di Sarawak, mereka berjaya bila DAP daripada 6 kerusi bertambah menjadi 12 kerusi, sedangkan BN hilang 8 kerusi dariupada sebelumnya, PKR setakat 3 sahaja, manakala Pas habuk pun tak dapat.

Bila lah agaknya orang melayu nak cerdik ?????

abda said...

Dollah,

Tak payah mintak ma'af dengan saya. Mintak ma'af dengan Tuhan. Dia yang mengtahui segala galanya.

Anda nampak macam mahu seperti Tuhan. Kata "Tak masuk syurga sesiapa yang ada sebesar zarah takbur." Tuhan yang menentukan siapa masuk syurga, siapa tidak. Tuhan yang menentukan siapa yang takbur. Cakap macam macam tapi hati busuk macam mana?

Senang anda cakap "saya nampak dengan begitu jelas mengenai diri anda .. anda berbangga atau dengan kata anda bangga dengan diri sendiri .." Sebenarnya saya tidak ada kata begitu pun. Anda yang "nampak" begitu. Siapa percaya apa yang anda "nampak"?

Tentu anda tak "nampak" anda "zarah takbur". Kalau gitu, anda masuk syurga?

Lihat pada tujuan juga lah, Dollah. Tuhan sahaja yang boleh menilai tujuan sesorang dengan sebenarnya. Kalau tujuan memecah belahkan ummat, tentu Tuhan pun tidak suka.

Lagi satu bukti anda mahu seperti Tuhan - anda kata "berfikir sejenak itu lebih baik dari solat satu waktu." Anda Tuhan ke boleh menilai markah solat dengan markah "berfikir sejenak"? Bukan kah anda yang "zarah takbur" tu? Apa pun, saya tak kata anda tak masuk syurga!

btw, boleh kasi tahu ngapa Nik Aziz kata "Tuhan pun mencarut"?

abda said...

tokgaru,

Orang Melayu susah nak bersatu. Sebab ada orang macam Dollah dan Nik Aziz.

Kita riuh dipos lalu bincang cari jalan untuk Melayu nak bersatu. Dollah tak mahu beri cadangan pun. Lepas diminta beberapa kali. Itu pasal saya panggil dia Dollah saja sekarang.

Pulak dia kata saya tak masuk syurga! Dah nasiblah, ada Melayu sekejap gambar pakai songkok sekejap tak pakai songkok dah tahu saya tak masuk syurga!

Aldan said...

slogan 1Malaysia- yg satu malaysia tak faham, dah jd ibarat duri dlm daging..

masuk sakit, dikeluarkan pun sakit..

tanpa politic will, keberanian, Najib x akan berjaya.. berilah org cina apa sahaja, di hujung harinya mereka tetap sokong DAP.

Aldan said...

jika MCA Gerakan dan DAP bergabung, ia akan jadi jalan yg sgt mudah utk UMNO dan PAS bergabung.. sbb dah tiada rakan dlm gabungan yg nak kita jaga hati mereka..

masa utk hapuskan sjkc!

abda said...

Aldan,

Setuju dengan dua dua komen Sdr.

Tapi Tun Dr Mahathir kata kalau jadi 2-party sistem diMalaysia tak bagus. Saya tak faham.

ajamz said...

Terima kasih, untuk menjadi satu semua perlu berkorban. Sebuah kek perlu dikongsi bukan direbut

abda said...

ajamz,

Setuju. Tapi mesti kongsi ikut perinsip atau formula yang menasabah.

Kek ekonomi kena kongsi sekurang kurangnya ikut DEB. Yang mahu sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan membuat yang lain mahukan hak kerakyatan diorang pun dihapuskan juga.

Kek kuasa politik dah kongsi hingga berapa Menteri MCA dan Gerakan ada dalam Cabinet. Tapi diorang tak deliver kerusi Pilihan Raya, amacam?

Khairul Ikhsan said...

Kalau seketul batu besar kasar dicurah dan dilimpah setangki air dengan sekali gus tidak akan berubah dan berganjak pun batu itu. Sebaliknya titisan kecil yang berterusan dan lama yang dapat me'lembut'kan tekstur baut itu.

Berpada-pada memberi; tidak perlu kpd 'pemberian' dan 'ganjaran' yang mencurah lagi melimpah, cukup sekadar yang diperlukan kerana org lain juga berhak mendapat.

tokgaru said...

Sedara Abda

Usah lah membazirkan masa berhujah dengan si Dolah tu. Keadaan sama juga terjadi jika anda melayan Song.

Saya tak nampak isi dan inti pati berkenaan isu yang kita sedang fikirkan dari kebanyakan posting si Dolah. Kita cakap benda lain, dia beri benda lain.

Dia banyak buat sentuhan setakat kulit saja, bila minta fakta dia "kantoi"

abda said...

Khairul,

Saya setuju juga. Banyak yang saya setuju hari ini. Melainkan Dollah saja.

Diorang yang dah kaya raya, kaum yang paling kaya dinegara ini, apa lagi nak kasi 'pemberian' dan 'ganjaran'. Diorang pulak sangat ultra kiasu, tak mahu kasi apa kapada kita, tak mahu tolong Melayu niaga sikit pun. Tambah pulak nak target ekuiti Melayu dihapuskan. Melampau.

Mirahs Albab said...

Kenapa melayu islam sering bertelagah dan bercanggah pendapat? Cuma kerana mereka hanya tahu tetapi tidak mengenali. Pernahkah kita dengar cerita mengenai empat orang buta dan seekor gajah. Seorang dari sibuta tersebut memegang kaki gajah lalu dia pun berkata "Ohh gajah ini bentuknya seperti batang kelapa", lalu seorang lagi memegang gading si gajah lantas beliau berkata "Ohh gajah ini seperti lembing, tajam dihujungnya", seorang lagi sibuta memegang ekor sigajah lantas berkata, "Ohh gaja ini seperti tali" dan sibuta keempat memegang dibahagian badan sigajah lalu berkata, "ohh gajah ini seperti dinding" Begitulah yang berlaku menyebabkan kita sentiasa bertelagah. Firman Allah "Jika kamu buta di dunia maka kamu juga akan buta di akhirat" Kenali dirimu rata-rata, baru mengenal Allah yang nyata. Bersatulah bangsaku,jangan sampai esok anak cucu kita menjadi hamba di bumi sendiri. Apa yang kita ada di dunia ini hanyalah sementara dan tak menjamin kehidupan kita di sana yang kekal abadi. Tinggalkanlah benih2 kejayaan dan kebahagiaan untuk anak cucu kita. Tanamkan jiwa perjuangan dan jati diri dan sayangkan bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa.

abda said...

Sdr tokgaru,

Setuju jugak tak usah buang masa kpd Dollah.

Hanya sekali sekala nak kena tunjukkan kpd pembaca lain dia selalu mengarut dan tak payah dengar cakap dia.

Yang satu lagi tu tak masuk buku pun. Saya dah ikut kata Sdr dan kawan kawan lain dulu.

Mana yang ada jawab dia pun mungkin tujuan nak sekali sekala tunjukkan pembaca baru dia selalu mengarut, melalak dan menyalak saja.

tokgaru said...

Saya baru tengok BH

Seorang kolumnist menulis berkenaan keputusan PRU DUN Sarawak 2011. Nampaknya dia sependapat dengan saya bahawa besar kemungkinan pada PRU 13 nanti perkara yang sama akan turut tempias ke semenanjung.

Tapi pendapat ini telah di sanggah oleh Prof Khoo Kay Kim. Kata Prof Khoo, cina sarawak tak ada hubungan dengan cina semenanjung selain mereka berbeda "seh" (puak).

Bagi saya, orang cina tak kira dimana mereka berada, mereka tetap 1Cina 1Matlamat. Mereka punyai matlamat yang sama. (1) menguasai ekonomi ditempat itu. (2) selepas wang (ekonomi) dah banyak, mereka akan berusaha untuk mendapatkan kuasa pula .. kuasa adalah matlamat terakhir.

Mari kita lihat Singapore sebagai contoh paling hampir.

Singapore asalnya diterokai oleh orang melayu (Sang Nila Utama). Orang melayu membina tamadun pemerintahan di pulau itu.

Orang cina datang untuk menumpang mencari makan, berniaga. Pelanggan mereka adalah orang melayu. Lama kelamaan perniagaan mereka semakin maju dan berkembang.

Orang melayu rasa selesa sebab apa saja keperluan mereka (keperluan hidup, keperluan beribadah dan keperluan semasa kematian) dijual di perniagaan orang cina.

Daripada hasil perniagaan orang cina mula membina kekuatan ekonomi. Segala cabang ekonomi dalam tangan mereka, kawalan mereka bermula daripada bahan mentah sehingga kepada produk siap guna.

Orang melayu bertambah selesa. Tak perlu bersusah payah semuanya ada di jual di kedai cina. Bagusnya orang cina pada pandangan orang melayu.

tokgaru said...

bersambung ...

Akhirnya kuasa ekonomi di Pulau Singapura sudah berada dalam tangan orang cina.

Jika orang melayu, itu sudah di kira cukup kerana duit sudah banyak, apa lagi yang nak dikejar.

Tapi orang cina ini cerdik dan berfikiran kritis, banyak wang saja belum tentu dapat menjamin survival bangsa cina di bumi Singapura secara kekal.

Lalu mereka berusaha untuk meramaikan bilangan mereka di Pulau Singapura, tujuan untuk menyaingi bilangan orang melayu di pulau itu. Lalu berlakulah penghijrahan suku sakat mereka secara besar2an dari tanah besar cina, hong kong dan taiwan.

Bila Malaya merdeka, mereka semua diterima sebagai warga negara secara "jus soli" kerana itu adalah syarat yang dikenakan oleh pihak British kpd Tunku Abd Rahman semasa menuntut kemerdekaan.

Orang Melayu masih leka dan selesa. Tahu2 bilangan orang cina sudah melebihi orang melayu di Singapura. Bila pilihanraya di adakan, suara politik orang cina dominan.

Dan Tunku Abdul Rahman, dengan berat hati terpaksa melepaskan Singapura kepada PAP dan Lee Kuan Yew. Jika tidak dilepaskan Singapura, virus PAP ini pasti akan menyerang sistem politik di Malaysia yang memungkinkan parti Perikatan hidup tak sempat menjadi Barisan Nasional seperti yang ada pada hari ini.

Dan mulai dari saat itu sampailah dunia ini kiamat, Singapura tidak akan balik semula ke tangan melayu.

Apakah Pulau Pinang juga akan menerima nasib yang sama. Hanya melayu yang celik dan cerdik saja yang mampu meneka dengan tepat.

tokgaru said...

bersambung ...

Ingatlah wahai pemimpin Umno. Sedarlah wahai pemimpin Pas.

Sekali kuasa memerintah terlepas ke tangan orang lain, tidak ada hari lagi untuk kuasa itu kembali semula ke tangan orang melayu.

Belajar lah mengiktiraf kelebihan orang lain daripada kelebihan yang kita miliki. Buka mata hati dan cuba renungkan :

1. Adakah kawasan pilihanraya yang diwakili oleh YB melayu semakin bertambah ?

2. Adakah kawasan pilihanraya yang diwakili oleh YB cina semakin berkurangan ?

3. Adakah hak2 yang asalnya patut dimiliki oleh orang melayu semakin bertambah ?

4. Adakah hak2 yang dapat ke tangan orang cina semakin berkurangan ?

5. Adakah harta kekayaan (pemilikan tanah) orang melayu semakin bertambah ?

6. Adakah harta kekayaan (pemilikan harta tanah) orang cina semakin berkurangan ?

tokgaru said...

bersambung ...

Para pemimpin Umno dan Pas (PKR saya tak sebut sebab Mr Y sedang bermasalah ... DNA dah sepadan)

Hendaknya kamu wahai pemimpin Umno dan Pas renung lah pertanyaan ikhlas dari Tokgaru ini. Perebutan kuasa diantara kamu berdua ... bukan mustahil boleh menyebabkan Melayu Malaysia satu hari nanti akan menjadi seperti Melayu Singapura.

Pulau Pinang belum lagi menjadi seperti Singapura. Tapi melayu di sana sudah mula merintih mengenag nasib malang.

Drp Tokgaru yang tak benci Umno dan tak buang Pas.

tokgaru said...

Masih berkenaan tulisan kolumnist dalam BH hari ini.

Juga disebut bahawa ada suara sumbang daripada pimpinan MCA yang berkata "kami tak kisah jika kami tak diberikan jawatan dalam kabinet sekiranya parti kami tak menang dalam PRU 13 nanti"

Mungkin bagi ramai orang, akan kata memang patutlah kalau dah tak menang nak bagi jawatan dalam kabinet buat apa.

Tapi bagi orang yang berfikiran kritis, kenyataan pimpinan MCA itu ada makna tau, mendalam sangat maknanya, ada signal (isyarat) yang nak dibagi tahu kepada Umno.

Mudah saja nak interperate. Maksudnya, kami tak kisah kalau kami kalah pun, sebab yang mengalahkan kami tu bukan nya orang lain, tapi sedara mara kami juga, "kuah tak tumpah ke mana melainkan ke dalam pinggan yang berisi nasi jua". Ertinya, tak dapat kepada cina MCA, tapi dapat kepada cina DAP.

Tetapi perebutan kuasa di antara Umno dengan Pas, boleh mengakibatkan "kuah tak tumpah ke nasi tapi tumpah ke lantai".

Dan selepas tu, kalau nak rasa juga kuah tu, Umno dan Pas pakat jilat lah lelehan kuah di atas lantai itu.

Biar lah penyokong fanatik Umno dan Pas jilat lantai tu kerana nak rasa kuah yang tumpah. Kita yang duk atas pagar ni ambil air mineral letak garam sikit dan tuang masuk dalam nasi sebagai kuah, selamat di makan dan tak akan sakit perut.

Maksudnya bila tiba masa untuk memangkah kita yang atas pagar ni kenalah "cerdik" dan "celik".

ikhwan said...

Salam Dr R.T.

Sudah banyak saya baca berkenaan dengan analisis PRU di Sarawak di blog blog lain, tetapi nampaknya analisis Dr masih mempunyai keistimewaan dan kelainannya yang tersendiri.

Saudara dengan tepat telahpun mengetahui dan menulis; yang tradisi meletak calon bukan Melayu/Islam di tempat orang melayu telah lama diamalkan oleh BN.

dan sememangnya majoriti bukan Islam/Melayu didalam BN seperti MCA, kebanyakannya menang diatas sokongan Melayu tetapi memang malang kerana perkara yang sama tidak akan berlaku sekiranya calon melayu/Islam diletak di kawasan majoriti Cina.

Fenomena ini bukan baharu.

Saya secara kesimpulannya memang bersetuju dengan analisis Dr.

Saya harap marilah kita ramai ramai menyokong gagasan 1Bumi!

ikhwan said...

Saudara ajamz menulis:

___________________________________
Terima kasih, untuk menjadi satu semua perlu berkorban. Sebuah kek perlu dikongsi bukan direbut
___________________________________

Ulasan saya:

Saya amat bersutuju saudara, kita bukan sahaja mesti berkongsi malah mestilah berkongsi dengan ADIL!

Masalahnya saudara ada sesetengah pihak yang nampaknya mahu lebih potongan kek tersebut.

Populasi golongan tersebut tidak sampai 30% saudara, tetapi potongan kek yang mereka mahu tidak ada batasnya. Mereka mahu lagi dan lagi....lebih dan lebih... Tidak cukup dengan penguasaan ekonomi, bahagian "kek ekonomi" oleh kaum yang lagi satu tu yang merangkumi populasi sebanyak lebih 60%, walaupun pencapaian ekonomi mereka tak sampai 30% seperti yang dirancang, mereka ini tetap mahukannya juga.

Begitu juga dengan "kek pelajaran"; kuota 60% pengajian tinggi awam yang diberi kepada puak yang populasinya melebihi 60% juga mereka mahu...tidak cukup dengan kuota 40% yang diberi oleh kerajaan. Berpada lah dengan bilangan populasi mereka yang tidak sampai pun 40%. Mereka masih tidak puas hati saudara. Mereka mahu potongan kek yang lebih besar!

Dimanakah keadilannya saudara???

Bagaimana kita mahu aman saudara???

Bagaimana????

tokgaru said...

Sedara Ikhwan

Jangan duk pening lah. Kalau anda faham matlamat mereka, anda akan tahu bagaimana nak menghadapinya.

Kuasa wang dah lama dalam tangan mereka.

Sekarang mereka pelan2 nak menagih kuasa politik daripada Umno pula lah bro.

Mereka tak minta direct, tapi melalui tekanan2 dan tuntutan2 sedikit demi sedikit daripada Umno.

Kita boleh baca kearah mana mereka nak bawa Umno. Umno boleh baca tapi Umno keseorangan .. tak siapa datang menghulur bantuan.

Sebab tu kita harap Pas cepat2 sedar bahawa mereka juga melayu sama seperti Umno.

PEMBANGKANG-DAP said...

tokgaru 3:16 PM,

"Tunku Abdul Rahman, dengan berat hati terpaksa melepaskan Singapura kepada PAP dan Lee Kuan Yew. Jika tidak dilepaskan Singapura, virus PAP ini pasti akan menyerang sistem politik di Malaysia yang memungkinkan parti Perikatan hidup tak sempat menjadi Barisan Nasional seperti yang ada pada hari ini."

Saya tak setuju dengan yang ini, Sdr. Saya setuju dengan pendapat bahawa TA Rahman cari jalan senang, macam cara raja dizaman feudal, lepaskan satu wilayah tanah Melayu dengan sewenang wenang saja.

Penang telah diberi Raja Kedah kapada British diabad 18. Singapura diberi Raja Melayu Johor kapada British pada 1819. Mungkin tipu helah sebab Melayu tidak banyak pelajaran dizaman itu. Tapi Singapura diberi balek kapada kita dimasa penubuhan Malaysia 1963. Maka TA Rahman, dengan marah kpd Lee Kuan Yew, telah "tendang" Singapura dari Malaysia konon. Tak sedar betapa rugi Melayu diTanah Melayu dan betapa seksa Melayu diSingapura dibuat Lee Kuan Yew. Kita kata seksa, tapi depa tak sedar, macam banyak Melayu sekarang diMalaysia juga. Tak sedar.

Pada hal bila orang politik Kelantan buat hal beberapa tahun kemudian, Kerajaan Pusat hantar askar kesana. Istiharkan Undang Undang Dharurat dan perintah melalui Pengarah Operasi dilantik oleh Kuala Lumpur.

TA Rahman buat keputusan "menendang" Singapura bersendirian. Dia pergi keLondon buat keputusan itu. Dah buat keputusan, baru kasi tahu Cabinetnya bila balek Malaysia. Yang nak bising, diarahkan senyap. Politik Melayu zaman itu tak banyak yang kurang ajar. Main ikut saja, tersengeh atau masam muka geram tapi tak buat apa. Bacalah archive Straits Times, Utusan dsbnya berkaitan perkara itu.

Maka zaman sekarang politik Melayu ada yang kurang ajar. Seperti yang didakwa Mahkamah Sodomi II. Melayu sudah berpecah. Patut bersatu. Ada pulak yang keras kepala, dendam tak habis habis. Seperti Nik Aziz diKelantan dan Abdullah Ngah diblog ini.

Benar, Singapura tidak akan balik semula ketangan Melayu. Apa saja yang Cina dapat tidak akan balik ketangan kita. Melayu perlu sedar hakikat ini dan sentiasa berjaga jaga. Tidak mustahil Pulau Pinang juga akan menerima nasib yang sama. Tapi kita berharapkan timbul pemimpin yang tegas dan gigih menyatukan Melayu dan mengambil balik Penang dari DAP. Juga Selangor dllnya yang diperintah Melayu tetapi dijinjit hidungnya oleh DAP.

[Bersambung]

PEMBANGKANG-DAP said...

[Sambungan]

Maka perlulah anak anak muda Melayu sekarang sedar betapa gentingnya keadaan kuasa Melayu. Janganlah yang terpelajar pulak mahukan jadi liberal. Tidak sesiapa liberal jika tidak nampak perlunya padang pertandingan diratakan. Jika cakap fasal kesama rataan dengan tidak ambil kira Kedudukan Istimewa Melayu diPerkara 153 Perlembagaan maka tidak liberal lah dia. Itu bukan liberal tetapi pseudo-liberal, atau liberal olok olok.

Sedarlah bahawa Melayu masih jauh kebelakang dalam bidang ekonomi dan bidang professional. Bukan saja Melayu belom mencapai sasaran ekuiti Melayu, Melayu juga masih jauh kekurangan dijawatan jawatan professional dinegara ini. Pulak depa MCA sudah cakap mau sasaran ekuiti itu dihapuskan. Sehingga ada Melayu yang mahukan hak kerakyatan depa juga dihapuskan.

Kita semua sudah tahu bahawa DAP sentiasa mau kikiskan hak dan kepentingan Melayu. Depa lagu tu sejak mula ditubuhkan selepas Lee Kuan Yew dan PAP dinyah keluaq ditahun 1965. Depa pikui sepandok PAP mahukan Malaysian Malaysia kononnya. Tidak boleh kesama rataan jika depa tak akui Kedudukan Istimewa Melayu itu. Depa ultra kiasu. LKY maharaja ultra kiasu. Lim Kit Sinag dan Guan Eng mahu cuba tiru dia diMalaysia.

Awaslah Melayu. Sebagaimana Dr Ridhuan kata, "Berbaik biarlah berpada". Depa sudah kaya raya, bersepah dibidang professional. Jawatan Menteri pun dapat banyak walau pun tidak deliver kerusi pilihan raya 2008, PRN Sarawak. Sekarang nak ungkit dan salahkan BN. Naib Pengerusi MCA mahukan Taib Mahmud bersara dengan awal. Cakap pulak sanggup tak masuk Kabinet jika tak dapat banyak kerusi diPRU13.

Apa ini? Kupla wotak depa, kata orang. Keputusan PBB Sarawak pun depa nak masuk campur. Sepatutnya depa perah kepala depa macam mana nak dapat nundi lebih. Pergi ke akar umbi, buat banyak leg work memujuk dan mengambil hati Cina tak berhenti henti supaya dapatkan kerusi. Pulak nak menyindir, macam nak mengugut.

Wahai Melayu. Marilah kita sentiasa minta yang ada suara atau undi diParti gunakan suara atau undi itu dimesyuarat parti, perhimpunan dsbnya meminta keluar pemimpin yang tegas dan ada teloq. Usahakan seboleh bolehnya supaya dapat Melayu bersatu. Kasi jawatan Kabinet yang MCA/ Gerakan tak mahu itu kapada PAS. Jika Tun Dr Mahathir kata sistem dua parti satu Melayu stau bukan Melayu tak baik untuk negara, minta dia keluarkan hujah hujah mengapa tidak. Belom pernah dicuba, macam mana boleh tahu. Jika ada kekacauan atau keadaan dharurat timbul akibatnya, bukan kah askar boleh bantu seperti dipemerintahan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) selepas peristiwa 13 Mei berlaku dahulu.

Kita mesti elakkan berulangnya 13 Mei. Maka semua pihak mesti cari jalan supaya sa'at genting tidak akan timbul. Semua pihak mesti bertanggung jawab. Mainkan peranan yang akan membawa berpatutan senentiasa.

Aldan said...

1Malaysia 1sekolah..

Mirahs Albab said...

1 Malaysia 1 Sekolah
Sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Abdullah Ngah said...

abda,

saya tak kisah kamu nak panggil dollah ke, atau apa saja, kerana orang yang dapat kawal diri pasti akan ber emosional.

yang peliknya kamu menggunakan nama samaran, sama ada cina ke, India ke, atau Melayu ke.

Orang yang menggunakan nama samaran biasanya orang yang tak bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Kedua, orang ini, seorang yang penakut dan pengecut.

Bagaimana jika saya sebut a -amat b-bodoh d- dunia a- akhirat.

Jangan marah kalau saya kata nama samaran kamu ini "amat bodoh dunia akhirat".

lebih lebih lagi Kamu tak nampak cadangan saya bahawa "adil" syarat utama untuk Melayu bersatu, sebaliknya rakan rakan kamu kata umno tak zalim.

Memang umno tak zalim, tapi para pemimpinya yang tak adil terhadap rakyat yang tak sokong umno.

oleh itu, sampai bila bila pun Melayu di malaysia ini tak akan boleh bersatu, kecuali terpaksa apabila berlaku rusuhan kaum sepertimana 13 mei dulu.

Itupun hanya bersifat semantara saja kerana ketidakadilan pemimpin akan berlaku lagi secara bermaharajalela.

tokgaru said...

Sedara Pembangkang DAP

t/k kerana membaca posting saya.

tentang kisah tunku abd rahman pi london senyap2 kemudian sorang diri buat keputusan nak tendang singapura keluar dari malaysia tanpa minta persetujuan dan pendapat pemimpin melayu yang lain ... mungkin bab ini saya miss kut.

apa pun kita kena terima benda tu dah terjadi. kita tak dapat nak reverse. dan tak guna kita nak kutuk tunku atas perkara tu.

sekarang kita adalah pada peringkat untuk elak daripada trajedi itu berulang.

abda said...

Hahaha Dollah, kau jenaka pagi pagi ni.

Keji orang pakai nama samaran diblog. Hahaha.

Ada orang kata tak guna layan orang macam kau ni.

Aku cuma nak ketawakan kau saja pagi ni.

tokgaru said...

bersambung ...

saya tak kisah kelantan dalam tangan Pas. saya juga tak kisah Kedah boleh dekat Pas.

saya rimas tengok Selangor. walau pun MB nya melayu macam saya, tapi si khalid tu nampak sangat ikut telunjuk DAP. so apa maknanya kepada melayu di Selangor ?

penang pada saya dia akan jadi macam singapore. melayu tak akan jadi dominan di sana. tak akan ada hari lagi untuk melayu menjadi ketua menteri di penang. itu adalah hakikat yang kita kena terima dan jadikan iktibar.

cukup lah dengan penang dah boleh dekat depa. jangan lah kita menjadi pemangkah yang "bengong" dan "buta" dek kerana mengikut seruan pemimpin parti yang kita sokong. itulah harapan saya kepada pemangkah melayu bila tiba pru 13 nanti.

kita sedar umno jadi kecut perut kerana umno sedang tersepit. pas itu parti melayu, tapi dek kerana berebut kuasa, bukan nya pas nak tolong umno, sebaliknya pas berpesta melihat umno menggeliat kesakitan di belasah oleh rakan setia kawan, mana kala rotan yang membelasah umno itu dihulor oleh pihak yang memang tak suka umno (melayu).

sebab itu lah saya mengajak pemangkah melayu, jika anda orang umno jangan anda buang pas, jika anda orang pas jangan anda buang umno.

tokgaru said...

bersambung ...

saya rasa mungkin orang lain pun bersetuju kalau saya kata kan selepas PRU 12, umno terang2 "kena main" dengan rakan setia kawan umno sendiri.

1. mereka kalah pilihanraya, umno lantik mereka jadi senator, kemudian bagi jawatan dalam kabinet.

2. umno tunaikan kebanyakan permintaan mereka, sehingga orang melayu sendiri terasa kecil hati.

tapi adakah mereka membalas balik kebaikan umno itu. saya tak mahu sebut, tapi anda buat lah penilaian sendiri daripada kiraan undi dalam beberapa PRK selepas PRU 12 di peti2 undi kawasan yang mereka majoriti. begitu juga dengan yang terbaru mesej yang mereka hantar kepada umno (bn) semasa PRU DUN Sarawak 2011. siapa yang mereka pangkah ?

pertanyaan kita : masih kah umno nak menunaikan tuntutan mereka atas alasan supaya mereka berpatah balik kepada BN ?

hakikatnya : selepas PRU 12, tak ada hari lagi untuk mereka berpatah balik kepada BN. dan mereka tak akan patah balik kerana mereka sudah nampak "cahaya" di hujung terowong. dan mereka akan terus melangkah ke hadapan sehingga mereka sampai kepada "cahaya" itu.

UMNO KENA SEDAR DAN INSAF, DIANTARA KITA DAN MEREKA, SIAPA YANG AKAN MENYELAMATKAN UMNO.

PEMBANGKANG-DAP said...

Sdr tokgaru @ 8.05 AM,

Saya mesti baca komen Sdr sebab saya minat kpd kata kata Sdr.

Ma’af kita berbeza pendapat lagi dalam perkara Tengku A Rahman lepaskan Singapura kpd Lee Kuan Yew.

Di archives akhbar Straits Times (sekarang diSingapura) dan diUtusan ada berita berita dan gambar gambar TA Rahman pulang dari London dan mengumumkan apa yang dipanggil keputusannya “memisahkan” Singapura dari Malaysia. Kemudian ada gambar “Singa UMNO” Syed Jaafar Albar (bapa Syed Hamid Albar yang ada sekarang) menunjukkan buku tumbuknya seolah olah kapada Lee Kuan Yew. Lepas tu senyap, singa pun jadi kucing.

Kita tak ada jalan lain tapi terima sebab benda tu dah terjadi. Tapi kita tak boleh lupakan keputusan bodoh seperti itu, tokgaru. Kalau tidak Melayu akan berterusan cari jalan senang, buat keputusan bodoh, lepas tu lupakan.

Kan dah banyak orang kata Melayu cepat lupa. Naik kepala, naik tocanglah depa ultra kiasu. Tak boleh, kita tak boleh dan mesti jangan lupakan, Sdr. Demi kepentingan anak cucu kita dan masa depan Melayu.

Tujuan memperingatkan ialah supaya Melayu jangan sekali kali buat macam tu lagi dimasa depan. Orang kata Tun Dol pun nyaris nak lepaskan hak Malaysia berkaitan Limbang ke hape ke - saya tak berapa faham - masa dia perintah tak lama dulu.

Sdr sendiri kata Penang pun mungkin lenyap kpd DAP dimasa depan. Kita tak boleh biaq pi. Mungkin kita tak boleh buat apa la ni sebab Melayu berpecah, tapi kita kena selalu laungkan Melayu perlu bersatu, kutuk mana yang tak baik bagi kepentingan Melayu, supaya kita dapat elakkan trajedi itu berulang, macam Sdr kata.

Harap tak bunyi kasar respon saya ni, Sdr tokgaru. Niat saya tidak lain dan tidak bukan dari mengingatkan muda mudi Melayu yang melawat blog ini – bukan saja “Buat Baik Berpada” tapi jugak jangan benarkan atau diamkan saja pemimpin Melayu buat keputusan bodoh. Kena kutuk. Secara yang dibenar undang undang.

PEMBANGKANG-DAP said...

Tambahan:

Dan Dato Seri Najib sudah kata diASEAN Regional Bloggers Conference hujung minggu lalu – Kerajaan jamin tidak akan censor atau halang Internet. Tak salah kutuk pemimpin lepas ke pemimpin sekarang ke jika buat secara yang biasa. Yang baik kita puji yang merosakkan hak dan kepentingan Melayu kita keji.

Dato Zaini Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia pun puji "kawan baiknya" Dr Ridhuan dengan kuat direncana 1Melayu 1Buminya diakhbar itu tempoh hari. Kita perlu sokong cadangan Zaini itu. Dan sokong pesanan pesanan yang Dr Ridhuan keluarkan diblognya ini.

ikhwan said...

Salam Pembangkang DAP

Saya amatlah bersetuju dengan pendapat saudara.

Cukup cukup lah orang Melayu beralah...cukup cukup lah orang Melayu mengambil jalan mudah. Cukup cukuplah orang Melayu menjadi "Pak Angguk" kepada pemimpin pemimpin mereka. Kita mesti merubah sikap dan kita harap para pemimpin pula mendengar aspirasi kita orang Melayu!

Kita mesti berhadapan dengan realiti sekarang dan mesti bertegas.

Marilah kita beramai ramai meyokong gagasan 1Bumi.

tokgaru said...

Sedara Pembangkang DAP

tak apa saya tak ambil hati. apa pun niat kita di sini adalah untuk mengingatkan melayu supaya bangun menjadi pemangkah yang "cerdik" dan "celik".

cukup lah dengan yang dulu2 bila kita diperbodohkan oleh pemimpin2 parti yang kita sokong.

dek kerana kita jadi ahli parti itu, maka bila di letak "keranda" sebagai calon menggunakan lambang yang parti kita guna, maka kita pun berduyun2 pakat pangkah. punya lah "tongkoi kayu" para pemangkah melayu pada zaman itu.

Aldan said...

tok garu , pembangkang dap,

ada pro n kontra dlm pemisahan singapura.

1 fakta yg jelas ialah kemasukan Singapura itu sendiri adalah disebabkan LKY ingin membendung pengaruh parti komunis di negeri beliau. Komunis melalui kesatuan sekerja telah hampir pasti mengalahkan PAP.

dan penyingkiran singapura pula kerana LKY cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan pengundi cina hingga MCA sbg parti komponen perikatan x ubah spt MCA hari ini.

benar, jika tidak disingkirkan, Malaysia akan memiliki sebuah pusat perdagangan yg stategik dan jajahan takluknya. tp sbg 'trade off' nya juga ketuanan melayu pasti telah lama lenyap.

jd tak ada apa perlu dikesalkan dgn kehilangan singapura. kita dgn apa yg kita ada hari ini adalah hasil 'kesilapan' TAR tersebut.

tokgaru said...

bersambung ...

era selepas PRU 2008 menuntut perubahan cara memangkah kepada kita. orang lain dah lama berubah, orang lain dah lama celik.

kalau umno percaya sangat dengan semangat setia kawan konon, saya minta umno pi lah letak calon berlawan dengan DAP di kawasan yang cina majoriti. berani ker umno ? kalau tak berani, mahasabah lah balik, dalam BN siapa yang lebih setia kawan, adakah umno kurang setia kawan manakala depa2 yang lain tu tersangat lah setia kawan kepada umno.

PEMBANGKANG-DAP said...

Salam ikhwan,

Big Dog blog sekarang juga sedang bincangkan 1Melayu 1Bumi. Seperti RT blog ini juga. Sekarang konsep itu hangat disana sini.

Kita mesti sokong konsep baru itu. Desakkan UMNO ambil tindakan mulakan gerakan itu. Kalau tidak, kita sokong dan sorakkan NGO NGO Melayu ambil tindakan. Seperti Perkasa.

Banyak sudak keluar komen diBD. Termasuk seorang yang dikatakan menyamar sebagai Melayu, mahu memecahkan Melayu berterusan. Ada yang sekel kepala dia disitu.

tokgaru said...

Sedara Pembangkang DAP, Ikhwan dan Aldan.

pagi ni saya tengok paper BH. Tajuk lebih kurang begini "Umno Nafi Nak Bawa Masuk DAP Kedalam BN"

tak apa bila mereka menafikan, saya sokong. tapi kecil hati ini bila umno kata mereka akan berusaha keras untuk membawa balik pengundi cina kepada BN.

1. ini membawa maksud pengundi cina adalah aset penting kepada umno untuk berhadapan dengan PRU 13.

2. adakah ini juga membawa maksud bahawa pengundi melayu kurang penting kepada umno.

kita tak kisah umno nak tarik pengundi cina. kalau setakat guna air lioq saja, buat lah kita pun sokong. tapi yang kita jadi tak selesa dan tak seronok adalah umno akan bagi itu bagi ini kepada kaum cina untuk memikat depa. kita dah tengok selepas PRU 12, umno lebih beri perhatian kepada kaum cina dan india bila saja terpaksa berdepan dengan PRK, tapi kiraan undi di peti undi kawasan mereka majoriti sikit sangat yang pangkah BN.

umno bagi mereka sapu. kemudian mereka minta lagi. tapi undi masih tak memihak kepada umno.

umno kena sedar. boleh dikatakan kebanyakan PRK selepas PRU 12, umno menang kerana undi melayu. begitu juga di Sarawak, Taib Mahmud terus jadi KM kerana undi melayu/melanau.

jangan bagi melayu rasa diri mereka tak dihargai oleh umno sudah lah. melayu seperti saya yang memang menyokong umno sejak dari dulu lagi, tapi bukan pelik kalau gerak hati saya menyuruh saya pangkah Pas dan saya akan ikut gerak hati saya.

bukan saya sorang saja yang perasan. ramai melayu yang saya temui yang memang di ketahui menjadi penyokong umno terasa sangat sejak akhir2 ini umno melebihkan orang lain daripada melayu sendiri.

tokgaru said...

Muka depan Sinar Harian

MB Kedah ustaz azizan nafi akan hadir dalam majlis perhimpunan anjuran Perkasa di Alor Setar pada 30.4.2011 ini.

saya rasa pelik. Perkasa tu NGO, dia bukan pertubuhan politik. kenapa sampai takut nak hadir. Perkasa perjuang hak semua orang melayu tak kira dia umno kjer atau Pas ker atau PKR ker atau Kita ker.

adakah ustaz azizan tak rasa dirinya orang melayu ? kalau ustaz azizan tu bukan orang melayu, jangan mimpi nak jadi MB Kedah kerana orang melayu Kedah pun tak akan angkat dia sampai jadi MB, dan lagi Sultan Kedah pun tak akan terima dia sebagai MB macam mana Sultan Perak tak boleh terima Ngeh jadi MB Perak.

jadi di sini kita nak tanya " Wahai Ustaz Azizan, adakah anda bukan seorang yang berbangsa melayu".

rakyat kedah selama ini menyokong anda kerana mereka ingat kan anda adalah seorang melayu, tapi jika anda mungkin seorang berbangsa SIAM mungkin penggal ini adalah terakhir buat anda. Mahfuz Omar, Taulan Rasul atau Ir Fakrulrazi mungkin lebih diterima oleh melayu kedah.

ikhwan said...

Betul tu Tokgaru....

Kalau mereka (UMNO/BN) setakat guna air liur atau insentif lain yang tidak mengurangkan hak orang Melayu dan bumiputera yang lain, kita memang tak kisah, bahkan kita sokong!

Tetapi malangnya, bukan itu yang mereka buat!

Inilah masalahnya pemimpin pemimpin Melayu...Mereka terlampau berpolitik tetapi meninggalkan perjuangan Islam/Bangsa Malaysia.

Atas nama politik segalanya boleh, Islam pun boleh ditoleransi (Isu nama Allah), Bahasa kebangsaan di anak tiri atas nama 1Malaysia (pengiktirafan dan bantuan kepada sekolah vernakular), Namewee tidak dikenakan tindakan dan sebagainya!

Sedih!!!!

PEMBANGKANG-DAP said...

Aldan,

Ma'af saya tak nampak apa pro nya dlm pemisahan singapura. (Asyik ma'af saja pulak - ini agaknya sebab Melayu mundur, selalu kena tekan, tak ada maruah, tak confident dengan diri sendiri?).

Mungkin 1 faktor kemasukan Singapura ialah LKY ingin membendung pengaruh parti komunis di negeri beliau. Tapi banyak yang dah kata dia setuju Singapura masuk sebab nak jadi PM negara yang besar, kalau tak PM hanya suatu island state, suatu Red Dot. Kalau tak silap, Tun Dr Mahathir sendiri pun ada kata begitu.

LKY memang pintar (cunning - beza dengan intelligent, sebab cunning ada kudutnya), cuba taktik rasisnya, kononnya malaysian malaysia tapi tak akui Kedudukan Istimewa Melayu, subversif kapada kedudukan istimewa itu. Dia loyar, dia mesti tahu itu. Tapi dia cunning. Seperti seekor fox (serigala?). Eksploit sentimen rasis Cina. Macam DAP sekarang - DAP muncul bila PAP cabul. Dinyah dari Malaysia.

Saya juga tidak setuju pendapat jika LKY tidak disingkirkan, Ketuanan Melayu lenyap. Nyata, Aldan, bahawa jika dibuat seperti diKelantan, istiharkan Emergency Rule dengan bantuan tentera Malaysia diSingapura, sumbatkan LKY kepenjara Pulau Bukom ke Pulau Belakang Mati ke, hantam kuasa kominis walau jika timbul urban warfare sekali pun, Cina diSingapura tidak akan naik muka.

Saya baca bahawa ada Melayu yang berkelayakan yang pada masa itu sanggup pergi keSingapura sebagai Director of Operations macam diKelantan, tapi TA Rahman arahkan Ketua batalion Askar Melayu yang sentiasa berada diSingapura pada masa itu supaya pergi kekediaman LKY, tabik dia pulak, kata dia diarahkan menjaga kseselamatan LKY. Ini ditulis sendiri oleh LKY dalam buku memoirsnya.

LKY mengaku dia menggeletar ketakutan bila Ketua Askar itu tiba dikediamannya. Sekarang berkumandang sombong bongkaknya. Jangan Melayu mahu keadaan begini dengan ultra kiasu Lim Guan Eng ke siapa ke pulak dibelakang hari.

Perlu dikesalkan kehilangan Singapura, brader. Benar, kita dgn apa yg kita ada hari ini adalah hasil kesilapan TAR tersebut. Tapi tak setuju perkataan kesilapan tu diberi inverted commas didepan belakangnya. Sebab benar kesilapan, malah kebodohan TAR.

Perlu kita terima dan sarankan kpd generasi akan datang supaya elakkan keputusan yang amat merugikan Melayu seperti itu. Bukankah itu bukti Cina boleh ambil lagi wilayah diMalaysia ini. Tak tahu jika ada depa kata begitu dipenulisan Mandarin diakhbar atau blog depa.

Apa pun, melepaskan Singapura itu telah menaikkan semangat Cina dirantau ini. Tak pernah dalam sejarah maanusia serah saja wilayah negaranya. Sejarah penuh kisah negara berperang bila kedaulatan (sovereignty) nya dicabul. Ini pulak dicebis dengan kehendak sendiri oleh Melayu TA Rahman.

Tak boleh dibiarkan lagi kelakuan seperti itu, brader. Tak boleh dilupakan. Anak anak Melayu perlu diingatkan. Tun Dr Mahathir kata Melayu mesti ada maruah. Ini perkara maruah Melayu. Integriti Melayu. Keutuhan bangsa Melayu. Kedaulatan/ sovereignty negara.

tokgaru said...

Sedara Ikhwan

"Inilah masalahnya pemimpin pemimpin Melayu...Mereka terlampau berpolitik tetapi meninggalkan perjuangan Islam/Bangsa Melayu" (ikhwan)

itu masalah pemimpin, dan bukan masalah kita.

masalah kita adalah saya takut ramai di luar sana yang masih menjadi sebagai pemangkah yang disebut "tongkoi" yang ada otak tak mahu fikir, ada mata tak mahu celik.

kalau orang kita berubah menjadi pemangkah yang "cerdik dan celik" macam orang depa, maka kuah tak akan tumpah ke lantai melainkan ke nasi juga lah akhirnya.

contoh dah ada :

1. kelantan, Umno terlepas, tapi dapat kepada Pas - bagi kita kuah tumpah ke nasi lah tu.

2. kedah, Umno terlepas, tapi dapat kepada Pas - bagi kita kuah tumpah ke nasi juga lah tu.

3. penang, Gerakan terlepas, tapi boleh kepada DAP - bagi orang depa itu maknanya kuah tumpah ke nasi lah. bagi Umno dan BN itu maknanya kuah tumpah ke lantai.

4. selangor, Umno terlepas boleh kepada PKR - bagi kita meja duk bergoyang, kuah pun berkocak, kuah banyak tumpah ke lantai daripada tumpah ke nasi.

5. perak, mula2 Umno terlepas dan boleh kepada Pas - bagi kita meja senget keluar dan bergoyang sangat kuat, dan mangkok kuah turut senget keluar, kuah pun berkocak, banyak kuah yang nak tumpah ke lantai sedangkan yang tumpah ke nasi cuma setitik dua saja. tapi mujorlah Umno cepat sambar dan ambil mangkuk kuah itu.

tokgaru said...

sambung ...

saya ni orang lama. jadi gaya bahasa saya lebih banyak berkias. harap sedara2 boleh ikut kut.

saya menggunakan perkataan2 "tongkoi", "kuah", "keranda", "batu nisan" dan "cerdik dan celik". harap kalian boleh menerima dengan senang hati.

Aldan said...

pembangkang dap,

cb letakkan diri saudara di tpt najib skrg. berani tangkap LGE/LKS masuk ISA?

situasi nya sama ketika LKY membesarkan pengaruhnya.

jika berani, sy akan mengaku TAR silap. tp ayah sy seorang askar melayu. dan dia menyebut tindakan TAR betul demi kelangsungan politik dan survival orang melayu.

jika tidak skrg mungkin pemerintahan malaysia masih dibawah legasi PAP.

juga dr buku sejarah yg sy baca, history channel yg saya tonton, tindakan TAR adalah yg plg tepat pd 'masa itu'. bermakna jika ia berlaku pada hari ini, mungkin tindakan yg diambil adalah LAIN.

x perlu minta maaf, perbezaan pendapat adalah lumrah. samada TAR betul atau salah, yg menentukan survival kita skrg adalah diri kita sendiri..

tokgaru said...

Sudara Aldan dan Pembangkang DAP

tak perlu lah cabar mencabar sesama kita. dan tak payah lah nak kata siapa betul siapa salah.

yang dah berlalu kita jadikan iktibar dan panduan supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama.

sebenarnya ini lah yang saya teringin sangat nak tengok supaya terjadinya perubahan kepada kita.

saya tak salahkan Umno dan tak juga salahkan Pas. bila mereka bersuara mereka kena lihat kiri lihat kanan, kerana nak jaga hati rakan setia kawan mereka.

saya mengaku dan tak malu nak mengaku, yang paling "bahlol" adalah orang kita yang telah menjadikan diri mereka sebagai "pemangkah bahlol"

dan kerana para "pemangkah bahlol" ini lah orang lain membina kekuatan politik sedikit demi sedikit dari pilihanraya ke pilihanraya.

hasilnya, selepas PRU 2008 mereka dah nampak "cahaya" di hujung terowong. logiknya adakah mereka akan berpatah balik meredah kesamaran menuju ke permulaan terowong.

jika Umno tak nampak. jika Pas tak nampak. biar kan mereka. tapi kita boleh membuatkan Umno dan Pas nampak apa yang kita nampak, asalkan kita tidak menjadi "pemangkah bahlol"

tokgaru said...

Bijak Mereka Memang Bijak.

dalam bisness mereka jadi pembekal bahan mentah. harga bahan mentah mereka yang tetapkan. tak ambil bahan mentah dari mereka, projek akan kantoi, kita akan rugi besar.

dalam politik pun sama juga. mereka jadi pembekal pengundi kepada Umno. mereka letak bermacam syarat. Umno dalam dilema. kalau dituruti syarat tu pun belum tentu lagi pengundi yang mereka bekalkan itu akan undi Umno (BN) ... bukti dah ada, PRK kecil selepas 2008 mereka memihak kepada pembangkang walau pun Umno menang, di Sarawak lagi lah jelas.

yang paling baik sekali adalah melayu. tak minta apa2 pun, tak letak syarat apa2 pun, di minta undi sure mereka akan bagi walau pun calon tu bukan dari puak (bangsa) mereka atau umat (agama) mereka.

gua "tabik spring" sama gua punya orang lah.

Abdullah Ngah said...

rakan rakan pembahas,

berkata hendak berubah mudah tapi berubah memang payah.

Lebih lebih lagi bagi mereka yang usianya melebihi 40 tahun.

Mereka mustahil boleh berubah. Kata memang mudah.

Mahu berubah. Tapi tak ubah ubah pun.

Mereka tetap dengan perangai lama juga.

Pendek kata pi mai pi mai duk tang tu la jugak.

Saya percaya dan yakin mereka boleh berubah.

Bukan dari jahat kepada baik tapu kepada jahat lebih jahat lagi.

Lama kelamaan muncul dajal dajal kecil macam kata Aminuddin Darus dalam buku kecilnya.

Ikut Quran mereka ini tak akan berubah hatta sudah masuk tanah merah dalam mulutnya.

Oleh itu, jangan haraplah pemimpin yang usia melebih 40 tahun ini boleh berubah menjadi baik.

Mereka kelihatan semakin hari semakin rakus dan pelahap.

malahan adanya antaranya menghalalkan riba menerusi perbankan Islamik yang beroperasi dulu dan sekarang

PEMBANGKANG-DAP said...

Aldan @ 12:49 PM,

Lambat keluar menjawab sebab tak dapat masuk komen diblog RT sejak 5 ptg tadi. Tiap kali tekan "Post Comment" keluar kotak "Blogger unable to complete your request", katanya.

Sebenarnya dah banyak kali perkara yang Sdr cakap itu terlintas difikiran saya, brader. Selepas beberapa kali, jawabnya, saya berani.

Sudah tentu akan ada demonstrasi, malah rusuhan. Tetapi ada Polis. Beberapa batalion Police Field Force atau Reserve Units yang didirikan dimasa Kominis melanda dulu. Ditambah kemudiannya untuk menjaga keamanan walau pun Kominis sudah tersumbat diBetong Salient, south Thailand.

Saya baca penambahan itu dibuat dimasa Tun Ghazali Shafie jadi Menteri Dalam negeri. Dia pintar juga orangnya. Dia berpendapat bahawa trend dimasa selepas Kominis jungle guerilla akan muncul urban guerilla warfare.

Sudah betul, banyak berlaku urban guerilla warfare diPaletine, Gaza dan sebagainya. DiIndonesia sudah timbul letupan pelampau Jemaah Islamiah diBali dsbnya. DiMalaysia dan Philippines, ahli ahli AlQaeda telah diberkas sebelom boleh mengembang. Mohamad Top berasal dari Pontian tapi cabut lari mengganas diIndonesia.

Tambahan pula, jika Polis tak dapat kawal, ada tentera. Dirusuhan 13 Mei 1969, Askar telah membantu Polis mengawal keadaan. Ini boleh dibaca dari Kertas Putih yang dikeluarkan oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara yang merintah selepas dhharurat diistiharkan bila tercetus rusuhan 13 mei 1969). Kertas Putih itu ada diPerpustakaan Negara dan boleh digoogle.

Askar melaksanakan curfew atau menetukan rakyat tak keluar rumah dimasa yang ditentukan. Keadaan dapat dikawal dalam tempoh yang kira tak lama.

Tun Razak dapat serahkan kembali Kuasa Dharurat (Emergency Powers) hanya selepas 18 bulan. Punya baik Melayu - pada hal Hosni Mubarak diMesir perintah dengan Kuasa Dharurat hingga 30 tahun, Muamar Ghadafi diLibya sampai hampir 40 tahun, Assad bapak dan Assad anak diSyria juga hampir 40 tahun. Itu pun depa diMalaysia nak cuba ambik kuasa Melayu la ni. Melayu yang tidak eksploitasi Kuasa Dharurat macam orang Arab.

[Bersambung]

muhammad said...

fikir fikir kan....

anda labur rm10, org yg berada labur rm100000. at the end of the day, keuntungan nak sama rata... adil ke?

kalau anda buta atau tak erti matematik mcm kebanyakan org melayu, akan kata adil... tapi kalau anda pakar ekonomi, akan kata go and fly kites....
ini just 1 perkara, banyak lagi yg boleh dibicarakan kan....
sebelum adna pandang belakang org lain, pandang jubur anda dulu..kalau boleh...pakai tisu ke atau cebok, tak tau la tu..kalau masih pakai tisu lg, org mcm ni (riduan tee) patut dapat anugerah pelakon hebat sepanjang zaman

PEMBANGKANG-DAP said...

[Sambungan]

Aldan,

Kita sudah ada pengalaman mengawal rusuhan. Sudah ada rekod rekod macam mana nak tubuhkan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang merintah apabila sahaja keadaan dharurat diistiharkan. Rekod diJabatan Perdana Menteri dimana MAGERAN beroperasi dulu. DiIbupejabat Polis berkenaan batalion batalion Police Field Force atau Reserve Units yang ambil peranan mengawal rusuhan 13 Mei dulu. Dan diKementerian Pertahanan bekenaan lojistik askar yang diarah ambil bahagian.

Saya fikir sudah ada garis panduan seperti di"standing regulations and procedures" Civil Defence Force kita, bersedia kalau ada mala petaka banjir besar besaran, juga jika ada rusuhan dari luar negeri seperti Bung Sukarno hantar tentera Indonesia cuba "ganyang" Malaysia dulu.

Jadi, amacam, brader. Seperti Sdr kata, selepas saya jawab sanggup, tambah dengan penerangan lebih lanjut lagi, saya harap Sdr akan mengaku TAR silap.

Saya juga tidak setuju dengan pendapat ayah Sdr. Jika TA Rahman tak ambik jalan senang, jika Melayu diJemaah Menterinya berani mmengeluarkan suara dimasa itu, jika diistiharkan pemerintahan dharurat diSingapura bila Lee Kuan Yew melampau sangat melebihi batas, Singapura telah terus didalam Malaysia dan tidak ada so'al "legasi PAP". Pendek kata, generasi Melayu satu per satu akan bangga dengan legasi Melayu "berani mempertahankan hak dan kepentingan negara Malaysia".

Berwaspadalah dengan buku sejarah yg Sdr baca, History Channel yg Sdr tonton. Ingatlah bahawa ada yang mahu tukar sejarah negara ini. Lihat saja Kua Ka Siong ke hape namanya, yang ada PhD, kononnya berfikiran dan berkemampuan menganalisa secara saintifik. Tapi dia tulis buku mengatakan Tun Razak yang bermuslihat mencetuskan 13 Mei pulaknya.

Dia mahu tukarkan persepsi pembaca dan rakyat Malaysia dari peranan DAP dalam pencetusan peristiwa berdarah itu. Fakta fakta yang telah jadi sejarah, ada didalam rekod Kerajaan dan dibuku buku yang ditulis berpuluh tahun sebelom dia menulis. Dia yang ada PhD pun mahu cuba tukar sejarah. Apa tah lagi Chong, Meng, Woo dsbnya diWikipedia, yang boleh ditulis oleh sesiapa saja.

Saya gembira dengan pendirian Sdr "x perlu minta maaf, perbezaan pendapat adalah lumrah". Maka kawan kita tokgaru dan lain lain tidak perlu khuatir kita berbincang dan mengeluarkan pendapat berlainan disini.

Sekali lagi saya kata TAR buat keputusan yang amat merugikan negara, dan bangsa Melayu yang telah berkurun dikenali sebagai pemunya dan pentadbir Singapura.

Setuju "yg menentukan survival kita skrg adalah diri kita sendiri.." Oleh itu, marilah kita sentiasa berwaspada, jangan lagi biarkan pemimpin buat salah yang amat merugikan kita. Jika nampak kemungkinan demikian, kita mesti kutuk. Dengan cara cara yang dibenarkan undang undang.

ikhwan said...

Muhammad

Nama anda cantik seperti nama Nabi kami Muhamad SAW tetapi sayangnya budi pekerti anda jauh bezanya!

Cuba anda terangkan lagi berkenaan RM10 dan RM100000 tu dengan lebih jelas.

Boleh kita debatkan dengan lebih dan mendalam dan boleh kita lihat samada orang Melayu seperti sayakah yang bodoh matematik atau orang seperti anda?

PEMBANGKANG-DAP said...

Saya tidak pasti maksud muhammad kata "pakai tisu ke atau cebok, tak tau la tu..kalau masih pakai tisu lg, org mcm ni (riduan tee) patut dapat anugerah pelakon".

Saya harap dia tidak menyindir atau mengeji Dr Ridhuan yang KeIslamannya kita langsung tidak ragui dan pendiriannya terhadap Melayu Islam ramai disini sanjung tinggi.

ikhwan said...

Muhammad

I am still waiting for your further clarification on the "anda labur rm10, org yg berada labur rm100000. at the end of the day, keuntungan nak sama rata... adil ke?"

I cant wait for you to show me that you are mathematically more competent than a Malay like me :)

So let us debate....

Nama: husnadiasofeaulfa said...

Salam sejahtera.....PRU akan datang sudah tidak berapa lama lagi...banyak sudah petunjuk yang boleh kita lihat.Saya bersetuju sekiranya kita memberi undi kepada orang Melayu/Islam samada UMNO atau Pas. Untuk Majoriti memerintah....itu perkara kedua (Konsep kuah tumpah ke nasi atau ke lantai).Dgn syarat letakkan calon2 Melayu samada UMNO atau PAS di Majoriti Melayu. Jangan harapkan undi cina pun sebab memang mereka tidak akan berbuat demikian. Betul tulisan2 saudara yg mengatakan bahawa Calon YB bukan melayu boleh menang di Majoriti Melayu. Cukup2lah tu.....berbuat baik biarlah berpada-pada. Saya setuju dgn kiasan di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi atau ke lantai. Saya masih ingat UMNO mempunyai kerusi DUN yang lebih dari GERAKAN tetapi atas dasar Tradisi dan setiakawan KM Penang bukan Melayu, maka dengan berat hati UMNO beri Jawatan KM kepada mereka. Bila Penang terlepas kepada DAP...dgn senyuman manis dia turun Takhta bagi Jawatan KM kpd DAP. Insiden2 sebegini menjadikan orang Melayu kecil hati. Biasanya orang yg atas pagar ni akan nampak kedua2 belah pihak. Undi, biarlah bijak. Petunjuk2 yg telah kita lihat ini perlu kita ambil iktibar.....sama2lah kita berdoa supaya orang Melayu/Islam bersatu kerana apa yang kita ada hari ini belum tentu milik kita hari esok. Ini sekadar pendapat peribadi saya.

ikhwan said...

Mari kita berbalik kepada kenyataan Muhammad yang ini: "pandang jubur anda dulu..kalau boleh...pakai tisu ke atau cebok, tak tau la tu..kalau masih pakai tisu lg, org mcm ni (riduan tee) patut dapat anugerah pelakon hebat sepanjang zaman"

Apakah adalah masalah sekiranya Dr RT pakai tisu???

Nampaknya mungkin disitu anda merujuk kepada bagaimana cara sepatutnya kita membersihkan najis mengikut Islam? Adakah menggunakan air atau tisu?

Persoalan ini boleh saudara rujuk didalam bab ISTINJAK dimana mana buku Fekah.

Jawapannya saudara; Kedua dua ini (air atau tisu) dibolehkan. Rujuk pada definisi Istinjak: Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak. (Sumber: http://tayibah.com/eIslam/istinjak.htm)

Apa dia alat alat istinjak itu? Ini termasuklah air, batu dan benda benda yang kesat (termasuklah tisu!)

Cumanya di Malaysia ini banyak air dan umat Islam di Malaysia tidak biasa beristinjak dengan benda benda yang lain selain dari air.

Di tempat tempat lain saudara seperti di padang pasir, negara Arab, Pakistan dan negara negara barat, istinjak pakai tisu ini dah jadi kebiasaan sebab susah nak jumpa air.

Jadi secara kesimpulannya saudara Muhammad; anda mungkin lebih faham Matematik berbanding kebanyakan Melayu termasuk saya tetapi yang sahnya disini nampaknya anda sememangnya tak berapa faham Agama Islam. Saya ragu ragu samada anda faham atau tidak maksud ADIL yang anda sendiri tulis tersebut!

Abdullah Ngah said...

tokgaru,

saya sangat sedih dengan kata kata sesungguhnya "tak perlu lah cabar mencabar sesama kita.

Allah mencabar orang kafir membuat satu surah yang hampir sama dengan Al Quran, kerana kedegilan tak mahu menerima kebenaran.

Cabaran itu disahut tapi jauh lagi hampir sama dengan Al Quran.

Kini kita lihat lahir "Al Furqun" yang dicipta oleh kaum yahudi dan disebarkan seluruh muka buminya.

Allah pernah cabar manusia cipta bumi lain dan berpindahlah jika derhaka denganNya.

Oleh itu sangat patut cabar mencabar antara kita yang sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

Bukan setakat menyimpang jauh malahan ada antara kita yang mengaku islam memperolak olakkan dan mempersenda sendakan hukum Allah.

Juga sangat tak patut mengatakan "tak payah lah nak kata siapa betul siapa salah."

Jika kita tak payah nak kata siapa yang salah siapa betul, bermakna kita redha dengan kejahatan yang dilakukan oleh mereka yang melakukan kesilapan.

Redha dengan kesilapan orang lain bermakna kita turut bersekongkol atau bersubahat yang dosanya sama dengan dosa orang yang melakukan.

Bukan setakat tak redha malahan bneci dalam hati terhadap orang yang melakukan kejatan dicap sebagai selemah lemah iman. Jika diam melihat orang lain melakukan kejahatan mereka dicap tiada iman.

Oleh itu jangan harap mereka yang penuh dengan sampah kejahatan boleh berubah dari jahat kepada baik sepertimana yang kamu harapkan itu.

Kita kena salahkan umno dan salahkan PAS kerana kedua dua parti ini sudah menyimpang jauh dengan ajaran islam yang sebenar.

abda said...

Dollah kata "Kita kena salahkan umno dan salahkan PAS kerana kedua dua parti ini sudah menyimpang jauh dengan ajaran islam yang sebenar."

Dia ngaku PAS pun salah ke? Mcm tu ada peluang PAS-UMNO bersatu ke?

Amacam tokgaru?

ikhwan said...

Now Abdullah Ngah seems to be a bit open minded.

That is the spirit Abdullah Ngah

Congratulations!

Mari kita semua berusaha cuba perbaiki kedua duanya: (PAS dan UMNO) dan kemudian satukan mereka

1Islam

1Melayu1Bumi

Aldan said...
This comment has been removed by the author.
Aldan said...

abdullah ngah,

"Kita kena salahkan umno dan salahkan PAS kerana kedua dua parti ini sudah menyimpang jauh dengan ajaran islam yang sebenar"

sy rs x pernah lihat statement saudara yg menyalah kan PAS dn sy kira ini yg pertama. (mmaf kalau sy missed it).

sekurang2nya sy nmpk kita berkongsi kesimpulan yg sama (UMNO dan PAS sama2 ada salah silap masing2)..

abda said...

Alhamdulillah. Kekawan lain pun dah gembira Dollah nampak berpendirian realistik sekarang.

Berdo'alah kita dia tidak keluarkan kata kata yang menidakkanya selepas ini. Dan meneruskan kata kata yang bawa harapan PAS dan UMNO atau Melayu boleh bersatu.

Saya dengan ikhlas dan penuh minat berdo'a begitu.

Ameeeen.

song said...

saudara Abdullah Ngah,

saya bersimpati dengan kedudukan anda yang diserang oleh blogger pro RT dan ada seorang blogger yag suka memakai berbagai jenis nama untuk memberi pendapat disini dan menyokong pendapat dia sendiri dengan memakai nama blogger lain.

seperti yang anda kata, orang ini jenis adalah pengecut dan bersifat kebudakkan walaupun umurnya sudah lanjut.
anda akan dimaki hamun sebab anda tidak sehaluan dengan blogger ini dan ' kawan kawan ' ataupun ' kekawan ' dia.

teruskan perjuangan dan pendirian anda. syabas!

PEMBANGKANG-DAP said...

Saya suka Dr Ridhuan gunakan jenama "andartu" dalam penulisannya. Kita tahu saja lah siapa dia dan apa dia parti andartu. Pada saya itu parti hantu. Hantu dari segi hantu setan.

Siapa yang ragu apa atau siapa yang dimaksudkan, lihat sahaja nama yang saya pakai diatas ini.

Betul memanipulasi ‘1Melayu 1Bumi’ untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO. Depa juga selalu menghina Raja-Raja Melayu dan Islam dengan tidak hormatkan Ketuanan Melayu diPerkara 153 Perlembagaan negara.

Betul, pemimpin ultra kiasu dan andartu diSelangor itu mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk mengkeji akhbar tersebut dan mengenyahkan penulisnya. Mungkin dia tak mahu berkahwin seperti Dr Ridhuan cadangkan. Sebab boleh meredakan nafsu bujangnya secara Elizabeth Wong.

Dia faham apa itu 1Malaysia. Hanya tak mahu terima. Pendek kata apa saja dari BN depa tak mahu terima. Kutuk sehabis habisnya. Sampai jadi anarkistik tak ikut undang undang depa. Seditious dan rasis. Banyak Cina suka itu, ikut depa. Itu sebab keluar cadangan 1Melayu 1Bumi.

Bagus Dr Ridhuan keluarkan hujah menunjukkan selama ini ultra kiasu mempertahankan 1Malaysia 1Cina. Selepas PRU 2008, depa cadangkan mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Untuk menarik pelabur-pelabur Cina, konon.

Memang bercanggah dengan Perlembagaan negara dan gagasan 1Malaysia. Tidak dikutuk dulu. Sekarang kita kutuk depa dan sebutkan tak habis habis.

Hazil said...

Alhamdulillah. Mari kita terus mencari titik pertemuan agar segala jurang pandangan diantara kita dpt kita rapatkan demi kerana tali agama Allah.

Tahniah kpd semua krn istiqamah. Saya hny dpt sekali skl shj singgah disini. Bl berpeluang, saya juga spt anda inginkn yg terbaik buat Islam dan umatnya.

Hazil said...

Org spt song tdk akan sng sampai bila2 sekiranya umat Islam bersatu.

tu sbb keluar statement sebegitu.

CEO Billcorp said...

Asslamualaikum,

mohon laluan utk promosi emas yg merupakan duit yg sebenar

i'm selling gold wafer in denomination of 5 grams international 999.9 with
certificate behind the packing and selling lower then retail price.

experienced in this field for long time with excellence track record.
Gold price is a good investment

http://billtrade.blogspot.com/2011/04/you-see-you-deside-you-should-buy-now.html

Orang_MuOr said...

Song,

Untuk pegetahuan saudara,aku merupakan Pembangkang DAP dan abda.Percaya tak?hahaha

Orang_MuOr said...

Selepas PRU 2008, depa cadangkan mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Untuk menarik pelabur-pelabur Cina, konon.
(Pembangkang DAP dan DRT)

Bukti tersebut meunjukkan Dap memegang konsep Chinese first bukannya Malaysian first.Malaysian Malaysia konon.PODAH!Mulut cakap lain, perbuatan buat lain.Kalau cakap Malaysian first sudah pasti pengikut2 mereka menerima SSS(sekolah satu sistem)aku tulis gitu sebab budak Song mentah tu tak tahu.B_T_lah

Angin Kentut said...

terbaik drpd ridhuan tee. tepat dan tegas. sifat begini yg kami mahukan dlm setiap pemimpin kami.

Anonymous said...

testing

Anonymous said...

Orang_Muor,

Komen ni tak dapat masuk masa komen Sdr dinombor 88 semalam – mungkin sebab disekat ultra kiasu, hahaha.

Sdr dapat komen nombor 88 tu oghang Cina kata bertuah besor tu. Diorang sanggup bayar banyak nakkan nombor tu.

Tapi sebenarnya semua nombor diorang nak. Tau saja lah jenis ultra kiasu.

Ooooops, saya tulis macam ni pulak. Silap. Kita dua orang orang yang sama, hahaha. Kembor Siam agaknya.

Lantaklah apa ultra kiasu nak kata.

abda.

Anonymous said...

-ikhwan-

Salam semua

Saya tak dapat nak post komen di blog ni dan blog lain semenjak 2 hari lepas. Bila register dengan acc. Google je semua jadi error. So terpaksa pakai anonymous.

Ada sesiapa menghadapi masalah yang sama? Macam mana nak solve?

Thanks

Anonymous said...

Same with me, bro ikhwan. As I implied in my comment above.

Tapi pagi ni boleh comment at least as Anon. Semalam langsung tak dapat.

abda.

RIDHUAN TEE said...

Salam semua, cubaan. Saya pun ingin tahu apa yang terjadi kepada blog saya ini. Mohon maaf kepada semua kerana menghadapi kesukaran untuk memberikan komen. Saya pun tidak tahu nak buat macam. Oh ya, Mingguan Malaysia jemput saya menulis untuk esok. Mungkin keluar mungkin tidak. Ada beberapa perkara yang kita bincangkan minggu lepas, saya masukkan.

Anonymous said...

-ikhwan-

Salam Dr Ridhuan

Bukan blog ini sahaja, blog lain pun sama.

Nampaknya macam ada masalah dengan google account untuk keluar komen. Keluar error apabila kita register untuk komen. Tak tahulah apa masalahnya yang sebenar.

Anonymous said...

-ikhwan-

Utusan 2 hari lepas telah melapurkan yang SPRM telah pun berjaya menangkap pemberi rasuah lebih dari penerima rasuah pada tahun lepas.

Tahniah saya ucapkan pada SPRM.

Tetapi sayangnya, ada seekor pemberi rasuah tegar yang masih terlepas bebas di alam maya dan di blog ini iaitulah pengkomen yang bernama Song.

Harap SPRM boleh ambil tindakan dengan segera :)

Anonymous said...

tokgaru dan kekawan sekelian,

Free Malaysia Today cakap Najib dah
jemput PAS masuk BN dan tinggalkan DAP.

Nampak berita baik ni. Harap PAS akan sambut baik jemputan tu.

Ni dia beritanya:

April 30, 2011

The prime minister has issued an invitation to the Islamic party to cross over to his side for the sake of race, religion and nation.

KUALA TERENGGANU: Prime Minister Najib Tun Razak today invited PAS to join the Barisan Nasional (BN) in efforts to champion the agenda on race, religion and the nation.

He said the time had come for PAS to break off from the DAP which had clearly not fought for the cause of Islam.

“Why be friendly with the DAP? Can the DAP champion the cause of Islam?

“Hadi (PAS president Hadi Awang), enough of the DAP, leave the DAP, join BN,” he said in his speech before an audience of about 15,000 at a gathering with the people in the Manir state constituency, at Kampung Pulau Bahagia, near here.

abda.

PEMBANGKANG-DAP said...
This comment has been removed by the author.
PEMBANGKANG-DAP said...

Ini lagi satu kembar tiga atau kembar empat keluar. Sambung dikepala dengan abda, Orang_Muar atau sesiapa lagi.

Yang saya tuduh PENYOKONG DAP, "malaysia" dan anjing menyalak itu orang yang sama sikit pun tak dijawab. Sudah diberi hujah hujah panjang lebar menunjukkan depa orang yang sama, menyamar dan ber"theateric" seperti gerombolan pemblog yang pakai nama Eyes Wide Open atau EWO.

Cukuplah dengan budak jahat itu cuba menarik perhatian kita dari apa yang Dr Ridhuan keluarkan untuk kita bincang. Sekarang saya nak komen sikit berkenaan jemputan PAS masuk BN dan tinggalkan DAP.

Sudah tentu DAP akan cuba sedaya upaya ambik hati Nik Aziz sekarang. Kalaulah ada pemimpin PAS barisan kedua atau ketiga yang sudah sedar dan sanggup mengeluarkan suara diMuktamar PAS tak lama dari sekarang, alangkah bagusnya. Berdo'a lah kita.

Nik Aziz sudah kata tak mahu. Tapi kalau dia dijanjikan jawatan Menteri, rasanya ada peluang dia tukar fikiran. Menteri Pembangunan Luar Bandar, seperti Asri Muda dahulu. Atau yang seumpamanya.

Dia orang politik dan tahu realiti politik. DiPakatan Rakyat peluang kePutrajaya tipis. Dengan BN, peluang amat tinggi. PAS dihina DAP dan PKR. LKS kata "Never" dan Karpal Singh kata "Over my dead body" kapada cadangan PAS berkenaan Hukum Hudud. Pada hal UMNO tak pernah kata sekeras itu. Masih boleh dibincang bagaimana yang paling sesuai mempraktikkan hukum Islam dinegara ini.

Jika PAS dengan BN, sudah tentu sampai kePutrajaya. kalau tak dapat majoriti 2/3 pun, tentu masih dapat majoriti besar, sekurang kurangnya seperti diPRU2008. Peluang dapat majoriti 2/3 itu ada dengan BN. Langsung tak ada, malah prospek tiu tidak timbul, kalau dengan PR.

Marilah kita berdo'a supaya Tuhan buka hati Nik Aziz dan lain lain didalam PAS kpd jemputan bersama BN itu.

PEMBANGKANG-DAP said...

Lupa nak cakap -

Saya pun dikatakan sama orangnya dengan Aldan. Nampaknya kembar Siam berkepala lima enam lah kita.

Yang saya berbeza pendapat dengan Aldan pasal Tengku A Rahman lepaskan Singapura dikomen komen diatas tu agaknya budak kecik tak senonoh tu fikir kita orang main main saja.

Itulah jenis penipu dia tu. Kalau dah sentiasa menipu, dia ingat semua orang pun menipu macam dia. Atau dia sengaja nak larikan imej dia sebagai penipu, kurang ajar dan sebagainya.

Komen ini bukan tujuan melayan budak itu. Komen ini hanya berikutan komen saya diatas. Bahagian awal komen diatas hanya nak berjenaka dipagi Ahad ini.

Anonymous said...

stupid zebra, sampai hari ini masih tidak tahu bagaimana identiti kau dibongkar!
utterless useless zebra!

song said...

" Reiterating yet again its total commitment to Pakatan Rakyat, PAS today rejected prime minister Najib Razak's latest gesture for the Islamic party to join Barisan Nasional " (Harakah Daily )

Seronok nya cerita ini. whats more with a slap on the desperado's face!!
Syabas PAS for snubbbing the people who betrayed you guys before.

Anonymous said...

Hanya nak kata nampaknya budak nama song ini tinggal sorang saja Cina yang komen diblog ini.

Komen dia tak ada isi pulaknya.

student said...

nampaknya org umno harus keluar dr BN dan ramai2 sertai PAS.... MCA anti Islam...

Anonymous said...

student,

Nampaknya anda perlu terus berlajar sebagai student lagi.

Students digalakkan mengeluarkan pendapat. Tapi kalau mengeluarkan pendapat seperti anda buat itu, perlulah beri hujah hujah mengapa. Supaya dapat pembaca setuju atau tidak dengan kata kata anda itu. Dan membuat maalom balas.

Dengan cara itu pendapat anda boleh menyumbang kapada perbincangan diblog ini. Sekian, pendapat saya dengan ikhlas.

Anonymous said...

En. RT,
Sebagai penduduk Sarawak, Saya merasa bimbang tentang trend keputusan pilihanraya DUN baru2 ini. Ternyata, kepimpinan bumiputera Sarawak semakin banyak kelemahan. Tambahan pula, kurangnya kefahaman dan kesedaran di kalangan penduduk Sarawak untuk memperjuangkan masa depan agama dan Negara. Ia terlalu rasis. Sedikit kesalahan boleh melupakan banyak kebaikan yang telah diberikan selama ini. Ini menyebabkan banyak pihak boleh mengambil kesempatan. Apapun terima kasih diucapkan kepada En. RT di atas keberanian menyatakan kebenaran. Perjuangan harus diteruskan.