sila layari laman
web https://www.ismaweb.net/2018/03/05/wahai-ultra-kiasu-siapa-nak-mengaku-berak-tengah-jalan/
PEMIMPIN ultra kiasu menafikan sekeras-kerasnya menerima derma atau sumbangan daripada taikun ultra kiasu seperti dilaporkan beberapa media arus perdana. Saya tidak fikir ultra kiasu akan mengaku, kerana sudah tentu berita ini makan tuan. Siapa nak mengaku berak tengah jalan.
Saya tidak fikir taikun ultra
kiasu tersebut akan berterus terang atau secara terang memasukkan sejumlah wang
langsung kepada akaun ultra kiasu. Sudah tentu dalam soal ini mereka akan
bertindak licik. Derma atau sumbangan ini akan diberikan melalui cara lain,
mungkin ada pengantaranya.
Sama seperti berlaku kepada
laman web ultra kiasu apabila mahkamah memerintahkan supaya membayar kos lebih
kurang RM300,000. Maka segera ultra kiasu ini melancarkan kutipan derma. Dalam
masa tidak sampai seminggu sudah mencapai sasarannya. Sekarang ini, mereka
membuka akaun lain pula, jika ditakdirkan terpaksa membayar kos guaman yang
lain.
Saya fikir ultra kiasu tidak
sebodoh yang difikirkan untuk memberikan derma atau sumbangan secara langsung.
Mereka mesti secara berstrategi dan taktikal. Saya amat yakin, selepas ini akan
ramai ultra kiasu akan memberi sumbangan kepada parti ultra kiasu ini.
PRU14 adalah kemuncak dan
penentu kepada hidup mati dan masa depan ultra kiasu. Mereka mahu memastikan
kejayaan dapat diraih dalam PRU14, dalam pada UMNO dilihat berada dalam keadaan
‘lemah’ dengan isu-isu kontroversi yang melanda. Jika tidak peluang ini mungkin
tidak muncul pada masa akan datang. Lima tahun lagi adalah suatu keadaan yang
sukar untuk diramalkan.
Pada awalnya mereka sangat
yakin ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat (PR). Tetapi apabila PAS
keluar daripada PR, mereka seolah-olah kehilangan ibu. Mahu tidak mahu mereka
terpaksa mencari rakan baharu. Mereka hasut pemimpin atau ahli PAS yang liberal
agar keluar daripada PAS dan menubuh parti baharu. Strategi ini ternyata
berjaya. Akhirnya, membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (PAN). Orang
Melayu berpecah lagi.
Pucuk dicita ulam mendatang,
perpecahan dalam UMNO yang membawa kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) dimanipulasi sepenuhnya bagi memastikan orang Melayu terus
berpecah.
Kini, semua strategi dan
harapan mereka telah tercapai dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH). Saat
yang dinanti telah tiba. Ultra kiasu sedang mengumpul segala tenaga dan
kekuatan sehingga menuju puncak untuk menawan Putrajaya.
Saya amat yakin taikun-taikun
ultra kiasu sedang berbondong di belakang untuk memastikan ultra kiasu ini
berjaya sepenuhnya pada PRU14. Mereka menjelma dalam bentuk lain, bukan nama
sebenar. Tetapi mereka tetap taikun ultra kiasu memberi bantuan kepada parti
ultra kiasu.
Mereka takut, jika mereka
menyerlah nama sebenar, ditakdirkan PH gagal dalam PRU14, sudah tentu nasib
mereka ibarat berada di hujung tanduk.
Ultra kiasu tetap ultra kiasu.
Mereka bukan bodoh politik. Kita yang perbodohkan. Saya sangat pelik kenapa
kita masih buta dan tidak nampak kebobrokan mereka itu. Malah, terus
bersengketa sesama sendiri dengan memberikan kelebihan kepada ultra kiasu. Mereka
terus bersandiwara kononnya mahu memberikan kerusi Parlimen Alor Gajah yang
selama ini ditandingi kepada PPBM. Wal hal, ultra kiasu memang tidak boleh
menang di kawasan majoriti Melayu.
Ultra kiasu mungkin boleh
berlagak kerana menang di kawasan majoriti Cina iaitu kawasan bandar. Tetapi
masih lagi tidak boleh menipu Melayu di kawasan majoriti Melayu.
Jika mereka begitu berani dan
yakin Melayu menyokong, letakkan sahaja calon Melayu ultra kiasu di Alor Gajah,
tidak perlulah bersandiwara. Bukankah bilangan orang Melayu menyertai parti
ultra kiasu tersebut sudah bertambah?
Lagi satu, jika ultra kiasu
benar-benar baik dan bersopan santun, korbankan kerusi kawasan majoriti Cina
yang mereka tandingi selama ini kepada PPBM. Kenapa mahu bersedih memberikannya
kepada PPBM. Ini menunjukkan bahawa ultra kiasu tidak boleh ke mana-mana di
kawasan majoriti Melayu. Jika ada undi, hanya daripada PAN sahaja.
Justeru, saya amat mengharapkan supaya pihak berkuasa benar-benar
dapat mengenal pasti taikun ultra kiasu yang memberikan sumbangan kepada ultra
kiasu. Saya amat yakin ramai. Mereka telah berjaya dikayakan dengan sistem yang
sedia ada. Apabila berjaya, wang dicurah kepada ultra kiasu.
Janjilah sebanyak manapun
bantuan diberikan kepada sekolah Cina termasuk penambahan pembinaannya. Saya
tidak nampak ultra kiasu akan mengundi UMNO. Percayalah! Di mata ultra kiasu
hari ini, imej UMNO amat buruk. Kalau boleh mereka mahu membenamkan UMNO agar
tidak boleh timbul lagi jika ditakdirkan tewas dalam PRU14.
Sebab itulah, saya menyeru
kepada UMNO, sekarang ini bukan masa untuk memenangi hati ultra kiasu. Masa
yang terdekat ini mesti digunakan untuk memenangi hati orang Melayu, mereka
yang sebangsa dan seagama. Pastikan tidak ada undi diberikan kepada ultra kiasu.
Kerana di kawasan bandar, ultra kiasu tidak memberikan undi kepada UMNO (BN).
Ini bukan bermakna mengabaikan
bukan Islam, ramai lagi Cina dan bukan Islam yang baik-baik. Teruskan menjaga
kebajikan mereka yang tidak menentang Islam dengan baik.
Tetapi jangan menjanjikan bulan
dan bintang. Memberikan bantuan dan menambah sekolah Cina akan menyakiti hati
orang Melayu kerana mereka melihat sendiri beza antara aekolah Cina dengan
sekolah agama. Seolah-olah sekolah agama diabaikan.
Pergilah buat perbandingan,
sekolah Cina ini hari ini begitu mewah. Prasana dan kemudahan mereka hebat.
Berbondong-berbondong taikun ultra kiasu membantu dan menderma. Hatta SJKC
kurang murid seperti SJKC Choon Hwa, Batu 18, Hulu Langat. Hanya mempunyai 23
murid dengan 22 murid terdiri daripada murid Melayu dan hanya ada satu (1)
orang murid Cina. SJKC ini terus beroperasi dengan gah walaupun sepatutnya
sudah ditutup.
Banding dengan sekolah agama,
apakah kita turut memberikan fokus membantunya? Insiden kebakaran di Maahad
Tahfiz Keramat yang mengorbankan 23 murid cukup menyayatkan hati. Selepas
terbakar, baharu kita bergegas membantu sekolah agama yang dijamin haknya dalam
Perlembagaan.
Hari ini, kita sudah tidak lagi
memahami apa itu equality dan equity. Equality bermaksud persamaan atau
memberikan hak yang sama kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Manakala,
equity bermaksud memberikan hak kepada yang berhak yang juga terangkum dalam
definisi keadilan. Apakah kita sudah memenuhi tanggungjawab kita memberikan hak
kepada yang berhak?
Dalam maksud, persamaan hak
misalnya, hak mendapatkan pendidikan bahasa ibunda dengan kewujudan sekolah
vernakular. Pada hemat saya, kerajaan sudah menunaikan tanggungjawabnya pada
tahap terbaik. Bantuan demi bantuan dan pembinaan demi pembinaan telah diberikan.
Malangnya, mereka beroperasi
terlampau kecinaan sehingga sukar untuk dikawal. Malah, PRU14 yang bakal
menjelang dijadikan medan untuk mendesak dan mengugut kerajaan sedia ada agar
segera menambah lagi pembinaan sekolah Cina. Mereka tidak mengambil serius pun
tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak Cina yang sangat rendah.
Kita terus tertipu, undi tidak
juga berpihak kepada BN. Begitulah liciknya taikun dan ultra kiasu berpolitik
dan berstrategi.
Pendek kata, kita terlalu
memberikan perhatian kepada persamaan hak atau equality, sehingga mengabaikan
equity, iaitu memberikan hak kepada yang berhak.
Bergenang air mata kadangkala
melihat kedudukan sekolah agama. Jauh sekali bezanya dengan sekolah Cina,
kerana kita tidak banyak taikun. Sedangkan dari segi hak, bukan sahaja ia
berhak, tetapi mendapatkan satu lagi jaminan, mendapatkan hak yang menjadi hak.
Semuanya ini sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Cukuplah…cukuplah berpolitik.
Saya fikir sempena PRU 14 yang bakal menjelang tiba dalam saat terdekat ini,
fokuskanlah untuk memenangi hati orang Melayu yang sudah lama terluka, bukannya
ultra kiasu yang sememang mempunyai kemampuan dan taikun-taikun untuk membantu.
Sebanyak mana pun yang diberikan, bantuan dan undi tetap terfokus kepada ultra
kiasu.
Kita melopong dan berputih mata
hanya kerana percaya kepada strategi licik mereka.
Percayalah, semakin banyak
sekolah vernakular dibuka, semakin gah sekolah ini. Malang pembinaan negara
bangsa tidak banyak berubah. Penguasaan bahasa Melayu mereka masih berada di
peringkat yang sangat rendah. Kita mahu membina apa sebenarnya? Membina negara
atau mahu mendapatkan kuasa untuk tempoh lima tahun. Selepas itu apa?
Prof
Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
0 comments:
Post a Comment