Kasihan...Naifnya
MCA
Pergeseran
antara MCA dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan
lagi dengan kecaman terbaru Pemuda MCA terhadap menteri pelancongan itu. Ketua
Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Chiong membangkitkan isu pakaian hitam Nazri pada
sambutan Tahun Baru Cina di Sungai Petani minggu lalu. Chee Chiong menggesa
Perdana Menteri memecat Nazri sebagai menteri pelancongan dan kebudayaan kerana
"tiada sensitiviti budaya". Kebudak-budakan sungguh pemimpin MCA ini.
Siapa Chee
Chiong sehingga mahu mengarah orang memecat individu tertentu? Besar sangatkah sumbangan
MCA dalam politik bernegara? Kebanyakan kerusi yang dimenanginya pun rata-rata
di kawasan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak mengundi MCA, MCA mungkin
berputih mata. Pendek kata, keberadaan MCA dalam politik negara dan ‘jasa’ yang
ditinggalkan adalah kerana ehsan orang Melayu.
Terbaharu,
MCA masih menuntut tambahan kerusi kawasan majoriti Melayu untuk ditandingi.
Termasuk parlimen di kawasan Kuala Lumpur yang mereka kalah sebelum ini,
seperti Bandar Tun Razak. Harapkan undi siapa untuk memenangkan mereka, kalau
bukan undi Melayu. Ahli MCA sendiri belum tentu mengundi calon MCA. Bertolak
ansur dan bekerjasamalah. Jangan kiasu sangat. Jika kalahpun nanti masih ada
kerusi senator yang menanti.
Justeru,
tidak perlulah membesarkan isu yang remeh temeh. Soal Menteri kebudayaan dan pelancongan
tidak mempunyai sedikit pun sensitiviti budaya, itu hak dia. Beliau memakai
pakaian serba hitam menghadiri rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina, itupun
hak dia. Dia yang tuan punya baju, suka hati dialah nak pakai masa bila. Sejak
bila pula ada undang-undang menetapkan kena pakai baju warna apa ketika
menghadiri sesuatu majlis?
Jika begitu
keadaannya, kenapa tidak kenakan syarat kepada semua yang menghadiri majlis
tersebut supaya menukar warna rambut kepada warna selain daripada warna hitam, yang
dikaitkan membawa nasib malang. Oleh kerana sambutan Tahun Baharu Cina, semua
kena tukar dan celup warna rambut kepada merah? Kenapa pemimpin MCA tidak tukar
warna rambut dan segala bulu yang tumbuh dibadan kepada warna merah sempena
perayaan Tahun tersebut jika hitam dikaitkan dengan nasib malang? Rasional
sedikit. Nak kata BODOH nanti marah pulak.
Ya, tidak dinafikan bahawa warna hitam sinonim
dengan kesedihan dalam budaya Cina. Tetapi tidak dalam budaya lain. Dalam
Islam, warna adalah warna. Ia adalah kurniaan Allah. Tidak timbul soal hitam
itu sedih. Apakah orang berkulit hitam perlu mengecat kulitnya menjadi putih
semata-mata untuk hadir Tahun Baharu Cina. Kadang kala hitam itu menawan.
Persoalannya, sejauh mana kita menghargai erti warna.
Apa guna
berpakaian merah atau hitam jika hati penuh dengan kepura-puraan? Lebih baik
menjadi seperti Nazri, sekurang-kurangnya beliau berterus terang daripada
menjadi manusia hipokrit. Sekarang ramai ultra kiasu yang hipokrit.
Bila mahu
mendapatkan kepentingan di negeri pembangkang, dikutuknya kerajaan pusat.
Begitu juga sebaliknya, bila mahu mendapatkan kepentingan pusat dikutuknya
pembangkang. Pendek kata, mereka mahu makan dua-dua.
Sebab itu
sangat beruntung menjadi ultra kiasu hari ini. Boleh makan kiri kanan. Jika MCA benar-benar ikhlas dan tidak
kepura-puraan, sudah tentu MCA akan bersama kita mengutuk video Namewee yang
diviralkan sempena tahun baharu Cina yang
menggunakan ikon anjing (seks) berlatar belakangkan Putrajaya, bukan di
Tokong. Kenapa MCA senyap sepi. Kena kepada kita tidak mengapa, kena pada
mereka melenting. MCA ini siapa?
Heran
sungguh saya, sehingga warna pakaian pun hendak ditetapkan warna apa. Siapakah
yang mengeluarkan wang untuk mengadakan rumah terbuka tersebut. Wang MCA atau
wang rakyat. Jika wang rakyat, suka hati rakyat lah nak pakai baju warna apa.
Cuma saya
musykil bila pemimpin MCA mahu memakaikan baju melayu ketika masuk dalam sidang
Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. MCA sangat berbanggga
memakai blues jacket, blazer dan tie. Tetapi tidak sama sekali mahu memakai
kebangsaan Melayu seperti wakil rakyat Melayu yang lain. Apakah pakaian Melayu
membawa ‘sial’ si pemakai atau kepada pemimpin MCA.
Janganlah
hipokrit. MCA boleh mengaburi mata orang lain, tetapi bukan mata saya.
Cukup..sudah cukuplah ‘attack’ Nazri Aziz. Dia ada hak bersuara dalam sistem
demokrasi. MCA gatal punggung pasal apa.
Sekian lama,
MCA menyingung perasaan umat Islam dengan mencampuri hal ehwal agama Islam.
Kami diam sahaja. Sehinggakan saya mengambil keputusan keluar daripada parti
perkauman ini kerana terlalu menentang Akta 355 yang tidak ada kena mengena
dengan mereka. Kenapa begitu lantang?
Wang bapak
kamukah yang punya mengadakan rumah terbuka tersebut, sehingga mahu menetapkan
warna orang yang mahu menghadirinya. Ditakdirkan nanti bila ada orang
menghadiri majlis kematian orang Cina dengan memakai baju merah. Apakah nanti
MCA akan bertindak menghalau orang tersebut?
Tidak semua
faham budaya Cina. Jika mereka faham pun, sekiranya dia tidak mahu mengikut.
Kita tidak boleh buat apa-apa sebab itu hak dia, bukan hak kita.
Ramai
pemimpin MCA memakai skirt pendek menghadiri majlis keramaian dan majlis
kematian orang Melayu, kita tidak kisah pun. Sebab kita faham, kamu bukan Islam
dan mungkin kerana kejahilan. Kenapa perlu membuang masa dengan isu remeh temeh
ini?
Saya sendiri
ketika mengajar subjek hubungan etnik, sentiasa mengingatkan pelajar saya
supaya menjaga sensitiviti setiap kaum di negara kita. Dalam soal warna
misalnya, hitam dan putih itu melambangkan kesedihan. Jika pergi menziarahi
majlis kematian orang Cina, maka hormatlah dengan memakai warna tersebut.
Namun, pepatah
orang putih ada berkata, kita boleh bawa kuda ke tebing, tetapi kita tidak
boleh paksa kuda minum air.
Mungkin
Nazri tidak tahu. Jika dia sengaja buat,
tidak menjadi masalah apa-apa. Bukan isu besar. Lagi pun tidak ada apa-apa kejadian malang
yang berlaku ketika rumah terbuka tersebut.
Jangan jadi
kaduk naik junjung. Berpada-padalah. Tidak perlu berkelahi dengan Nazri Aziz.
Malah perlu berterima kasih kerana selaku Menteri Pelancongan dan kebudayaan,
saya fikir ramai orang Cina yang telah dibantu dan dikayakannya, terutama dalam
sektor perhotelan dan pelancongan.
Saya hanya
akur kepada MCA jika mereka hormat kepada Islam dan pada masa sama berjaya
menarik undi Cina kepada BN. Tetapi boleh dikatakan majoriti besar undi pergi
kepada DAP. MCA hanya mengharapkan undi Melayu. Apakah ini sebenarnya jasa
kepada negara? Tidak jasa yang ditinggalkan itu adalah hasil daripada ehsan
orang Melayu yang memberi kemenangan kepada MCA?
.
0 comments:
Post a Comment